Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Pemuda KeADILan rayu masyarakat bantu mangsa tsunami
    12.30.04 (10:46 am)   [edit]



    Pemuda KeADILan rayu masyarakat bantu mangsa tsunami
    Thursday, December 30 @ 12:50:55 MYT


    Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
    KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan Malaysia hari ini melahirkan rasa sedih terhadap kejadian ombak besar tsunami yang melanda empat buah negeri di utara Semenanjung Malaysia pada Ahad, 26 Disember, sehingga mengakibatkan 65 nyawa terkorban.

    Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Dabrul Hisham Shaharim, pihaknya merayu seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.


















      

    Kata Badrul Hisham, ramai mangsa kini sedang menderita sama ada dari segi kehilangan nyawa, kecederaan atau kehilangan harta benda di negeri- negeri terbabit.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan media beliau yang difakskan ke pejabat Harakahdaily.

    Tambahnya, semenjak hari pertama bencana alam tersebut, Angkatan Muda Malaysia (KeADILan) melalui Angkatan Muda Pulau Pinang dan Angkatan Muda Kedah bertungkus lumus membantu untuk meringankan bebanan mangsa.

    Menurut Badrul Hisham, kawasan Teluk Kumbar, Pulau Pinang, merupakan tempat paling teruk menerima akibat tsunami.

    Justeru Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang telah membuka Bilik Gerakan 24 jam untuk membantu mangsa dan juga sebagai pusat pengumpulan barang dan bahan bantuan.

    "Bagi pihak semua mangsa tsunami, Angkatan Muda Pulau Pinang amat mengharapkan bantuan yang difikirkan sesuai," katanya.

    Penderma boleh menghubungi Bilik gerakan bantuan Angkatan Muda Pulau Pinang di 2-G-7, Bandar baru Perda, Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas atau menghubungi talian 016-4695343.

    Sementara itu, Badrul Hisham turut memberitahu bahawa tinjauan AngkatanvMuda KeADILan mendapati kebanyakan mangsa kini sedang bersesak-sesak di pusat penempatan sementara.

    Tambahnya, ada di antara mangsa yang masih cedera di hospital dan tidak kurang juga keluarga yang sibuk menguruskan jenazah yang meninggal.

    Apa yang lebih menyedihkan lagi katanya, mangsa kini terpaksa berdepan dengan kerugian akibat kemusnahan kesemua harta benda.

    Justeru kata beliau, bagi pihak semua mangsa, Angkatan Muda KeADILan merayu sumbangan masyarakat dalam apa juga bentuk sumbangan, termasuk kewangan, pakaian seperti baju terpakai, buku-buku, peralatan sekolah, bahan makanan untuk meringankan beban mangsa.

    Menurut Badrul Hishamlagi, Angkatan Muda KeADILan juga membuka pusat pengumpulan bantuan di Pusat Aktivis Gerakan Reformasi Malaysia (Pager Malaysia), Ting. 1, Wisma Anwar Ibrahim, No. 4 & 5, Taman Sri Puteh, Jalan Tok Ungku,Seremban (nombor telefon-012-6657329)

    Bantuan juga boleh dihulurkan melalui, Rodah Ahmad di No. 338, jalan Kenanga 3, Taman Bukit Chedang, Seremban (Tel : Pn Rodah 06-7623810)

    Selain itu Angkatan Muda KeADILan juga membuka pusat pengumpulan bantuan di Pusat Keadilan Rasah, No. 5, Kg Mantau, Bt. 3 Mambau, Rasah (Belakang Tapak Pasar Malam Bt 3 Mambau) Tel ; 019-2354541 (Rahim) 017-6291220 (Salimin)

    Bilik Gerakan Keadilan Sepang, Lot 3150 Jalan rahmat, Kg.Teras Jernang, Bandar baru bangi. (Nomber telefon : Era Hanim 012 6262929 atau Syed Nazarudin 013- 323 2491).

    Bantuan yang dikumpulkan akan dihantar pada 30 Disember 2004, jam 10.00 malam dan diserahkan terus kepada mangsa terbabit

    0 Comments
     
    Tsunami Yang Membogelkan Kelemahan Institusi Kerajaan
    12.30.04 (10:36 am)   [edit]
    Tsunami Yang Membogelkan Kelemahan Institusi Kerajaan
    Oleh Dr Nologareng (Laman M@RHAEN)


    Bencana Tsunami Asia yang kedua selepas meletupnya Gunung Karakatoa dalam tahun 1883 dahulu bukan sekadar menyebabkan kerugian bilionan Dollar dari segi harta benda tetapi juga angka korban yang terus meningkat apabila semakin banyak mangsa yang dijumpai. Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan yang mangsa di kalangan rakyatnya mungkin mencecah lebih 30,000 orang kerana masih banyak kawasan yang belum didatangi pasukan penyelamat kerana masalah perhubungan.

    Sementara itu, kekuatan gempa bumi yang terhasil oleh pergeseran pelantar benua itu telah dinilai semula. Dikatakan ia mencecah kekuatan 9.2 pada skala Richter, sekali gus menjadikan ia yang terhebat pada zaman moden ini dan dipanggil “megathrust”. Ada pakar yang menganggar secara perbandingan ia menyamai letupan berjuta-juta butir bom atom! Pada pusat gempa, kocakan air yang terhasil dikatakan naik setinggi 45 kaki yang bergerak pada kelajuan beratus-ratus kilometer sejam dengan jutaan tan air laut merempuh ke arah daratan.

    (Gambar foto menunjukkan pesisir pantai Sri Lanka yang sedang dilanda Tsunami seperti diambil oleh satelit)

    Menurut cerita Konsul Kehormat Malaysia di Medan yang terselamat daripada malapetaka itu, tsunami setinggi dua pokok kelapa telah meranapkan bandar Acheh yang memukul sejauh lebih 5 kilometer ke kawasan daratan. Beliau yang terselamat dengan menumpang kenderaan telah menjauhi kawasan bencana sehingga 10 kilometer dari pantai.

    Pihak berkuasa Sri Lanka telah mengaku secara terbuka kesalahan mereka kerana tidak mengendahkan usul yang dibuat oleh masyarakat Saintis di sana yang menggesa kerajaan menyediakan pusat amaran bencana yang berkaitan. Thailand pula dikatakan terlambat dalam menghebahkan akan kemungkinan berlakunya Tsunami ekoran gempa bumi itu. Manakala pihak berkaitan di Amerika telah dikatakan gagal menghebahkan akan tsunami yang terjadi kepada negara yang menjadi mangsa kerana masalah perhubungan yang tidak lengkap. Dalam pada itu sempat pula mereka menghubungi rakan sekutunya Australia, pegawai Tentera Laut serta kedutaan mereka di negara-negara terbabit!!

    Kelemahan dalam mengesan terjadinya tsunami diletakkan kepada sejarah akan jarangnya kejadian itu menimpa rantau Lautan Hindi. Kini dikatakan semua negara yang menjadi mangsa telah mempelajari sesuatu untuk mengelak kejadian serupa dari berulang. Telah dicadangkan setiap negara mewujudkan Pusat pengesan dan amaran tsunami seperti yang terdapat di kawasan Pasifik.

    Manakala pihak berkuasa dalam negara kita pula tidak mahu mengulas masalah ini secara yang objektif. Mereka lebih dilihat bagai ikan baung yang berdengung terperangkap dalam bangkar. Lebih aneh apabila mereka lebih gemar untuk tidak mengaku kesilapan, sebaliknya lebih seronok memberi kuliah murahan yang memualkan di kaca TV sambil tersenyum kambing. Mereka juga lebih selesa untuk menekankan akan kesukaran dalam mengesan tsunami walaupun sekiranya memiliki kelengkapan yang canggih. Alasan betapa kelengkapan itu terlalu mahal adalah suatu yang bodoh serta memperbodohkan rakyat. Menurut pakar bebas, hanya beberapa juta Dollar sudah mencukupi.

    Setakat ini Jabatan Kaji Cuaca (JKC) hanya canggih dan gah dalam mengulas kejadian serta meraban soal teori kejadian itu. Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 Disember 2004, Pengarah Bahagian Seismologi, Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia (JPKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Low Kong Chiew, berkata “Harga peralatan untuk mengesan tsunami terlalu tinggi dan kita bukan berada dalam zon yang mengalaminya. Jika ada sekalipun, amaran awal tidak dapat dikeluarkan berikutan kelajuannya antara 700 hingga 800 kilometer sejam manakala jarak antara sumber gempa bumi dan Malaysia amat dekat,”

    Bagaimana anda rasa apabila seorang yang berjawatan tinggi dalam jabatan kerajaan memberi ulasan sebegitu? Bersimpati atau pun mahu ketawa? Saya memilih untuk menerima pengakuannya secara terbuka. Memang begitulah tahap Pegawai Tinggi kerajaan apabila mereka tidak menggunakan kemahiran dan kuasa yang ada kepada mereka. Mengikut adatnya, mereka lebih suka menjadi anjing suruhan sahaja kepada ahli politik! Bukan mereka yang melakar dasar sebagai ahli profesional tetapi sebagai Pak Turut dan Pak Sanggup kepada politikus seperti mana anjing yang menggedikkan ekor apabila melihat tuannya membawa seketul tulang.

    Merujuk kepada ulasan beliau di atas, sekiranya negara kita bukan dalam zon ditimpa Tsunami, kenapa kah kita kini mengalaminya yang meragut lebih 70 nyawa? Tsunami melibatkan ombak lautan. Mangkuk Hayun itu berkata benar dan kelihatan bijak jika kita berada di Nepal atau pun Mongolia. Ini Malaysia lah…..negara maritim! Tambahan lagi berjiran pula dengan Indonesia yang terkenal sebagai kawasan mudah dilanda gempa bumi.

    Komen seterusnya tentang ketidakmampuan mengeluarkan amaran kerana jaraknya yang terlalu dekat adalah satu lagi penyelewengan fakta yang memalukan! Mari kita lihat ulasan oleh Ketua Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Charles McCreery yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Disember.

    [Beliau menegaskan kerajaan seharusnya mengarahkan penduduk yang tinggal di pesisiran pantai supaya berpindah selepas gempa bumi dikesan. Oleh sebab tsunami berpunca dari pusat gempa bumi di dasar laut, penduduk ada masa 20 minit hingga dua jam untuk menjauhi pantai.

    "Ombak mengambil masa sejam setengah untuk bergerak dari pusat gempa bumi ke Sri Lanka dan sejam untuk bergerak ke pantai barat Thailand dan Malaysia,'' kata McCreery.

    "Anda boleh berjalan ke darat selama 15 minit untuk sampai ke kawasan selamat,'' katanya. – Reuters]

    Nah! Mana satu yang anda mahu percaya? Cakap Low Kong Chiew ataupun ulasan Charles McCreery? Pengarah bahagian seismologi JKC ataupun Ketua Pusat Amaran Tsunami Pasifik? Jelas salah seorang dari mereka sudah jual kelentong. Siapa agaknya?

    Selain dari Pegawai Jabatan Kaji Cuaca yang sah telah gagal dalam melaksanakan tugas mereka, ada juga para sahabat di Forum Gerak Reformasi mempersoalkan peranan satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2 yang digahkan selama ini! Memang itu satu persoalan yang menarik. Jika boleh ditambah kita juga mahu tahu, kenapa tidak ada segmen ‘Breaking News’ sebaik sahaja gempa bumi terjadi di barat Utara Sumatera sambil membuat siaraya memberi amaran?

    Kita menjangkakan keadaan menjadi lebih baik dengan kehilangan nyawa yang minimal sekiranya institusi kerajaan seperti JKC berfungsi sepenuhnya dan ditambah nilai pula oleh peranan berkesan pihak swasta seperti sistem satelit dan rangkaian televisyen dalam negara.

    Kita semua telah diberitahu bagaimana Satelit negara kita mampu menjangkaui seluruh Asia Tenggara sehingga ke Utara Australia dan juga sebahagian Asia Selatan. Selain dari menjadi penyiar rancangan hiburan dan maklumat, sistem satelit itu dikatakan juga berfungsi dalam pemantauan cuaca. Apa agaknya yang telah terjadi? Apakah ianya hanya untuk kegunaan hiburan hedonisme serta alat untuk mengaut keuntungan komerSIAL Ananda Krishnan dan Tun Kepala Taik Mahathir sahaja?

    Dalam keghairahan untuk menjadi negara pertama di rantau ini kita telah memperuntukkan hampir RM90 juta bagi program angkasawan yang mahu di hantar melalui pakej pembelian pesawat SU-30MKM dari Russia. Apakah boleh diterima komen haprak Pengarah Jabatan Kaji Cuaca yang mengatakan peralatan mengesan Tsunami itu terlalu mahal? Pengakuan PM DS Abdullah Badawi bagi mewujudkan sistem itu dengan kerjasama antarabangsa adalah satu jaminan yang baik dan amat tepat masanya.

    Pak Lah sudah pun melawat kawasan bencana dan mangsa, cuma ianya agak terlewat sedikit. Sewajarnya beliau segera memendekkan cuti Krismas nya kerana masalah negara yang dilanda bencana. Pelbagai janji telah dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian terbabit serta tabung bantuan yang sudah pun mencecah hampir RM6 juta. Kita harap kesemua itu dapat diagih dengan saksama dan adil tanpa menggunakan fahaman politik sebagai syaratnya.

    Manakala tahap keselamatan Jambatan Pulau Pinang haruslah diperiksa sehingga ke bahagian tapak tiangnya di bawah laut di situ, bukan hanya melihat konkrit di bahagian atas sahaja.

    Sementara itu pihak berkuasa di semua negara terbabit begitu sibuk melakukan kerja pencarian dan memberi bantuan kepada mangsa. Keadaan di Indonesia dijangka jauh lebih teruk apabila kawasan yang terputus hubungan dapat dimasuki. Mengikut laporan luar, mayat mangsa begitu banyak yang terapung-apung di perairan kawasan bencana itu. Manakala yang hidup selain menanggung trauma, mula dilanda masalah kebuluran serta penyakit yang mungkin menular dengan cepatnya.

    Faktor yang mungkin telah menyelamatkan negara kita dari menerima musibah yang lebih teruk ialah kerana kedudukan Pulau Sumatera sebagai pelindung. Namun dengan anjakan kedudukan Pulau itu lebih 20 meter ke Barat serta peralihan pada sempadan pelantar benua sepanjang lebih 620 batu sehingga melepasi kawasan utara Sumatera, keadaan di masa hadapan sukar diramalkan.

    Sekurang-kurangnya dengan adanya sistem rangkaian pengesan Tsunami yang bakal diwujudkan, hati rakyat akan menjadi tenang. Apa pun, institusi seperti Jabatan Kaji Cuaca sudah tercalar imejnya. Mungkin satu rombakan perlu diadakan supaya mereka tidak hanya kelihatan hebat di kaca TV selepas sesuatu musibah melanda. Rakyat tidak dapat menerima kesilapan yang sama berulang. Cukup lah sekali sahaja untuk Pulau Pinang dan negara menanggungnya.

    Low Kong Chiew…….  apa yang terkonteng-konteng tuh?

    Dr. Nologareng- 29.12.2004

    3 Comments
     
    Kunjungan Presiden PAS Terhadap Mangsa Tsunami
    12.30.04 (10:15 am)   [edit]

    Kunjungan Presiden PAS Terhadap Mangsa Tsunami
    Oleh Taraknama





    Mesej dan imej-imej berikut diterima melalui MMS:
    .


    .



    Suasana semasa kunjungan Presiden PAS & AJK sukarelawan Tsunami PAS Kedah dengan mangsa ombak tsunami di sebuah sekolah kawasan Kuala Muda Kedah..


    Taraknama69@yahoo.com

    1 Comments
     
    WAHAI UMNO INI LAH INILAH PEMIMPIN KAMU.
    12.29.04 (4:48 pm)   [edit]
    WAHAI UMNO INI LAH INILAH PEMIMPIN KAMU.
    Kirimantokjanggut pada Wednesday, December 29 @ 17:30:45 MYT
    DilUlus Oleh tokjanggut

    Sehingga kini Mahadir masih punya kuasa yang besar dalam pentadbiran negara.Tahukah anda wahai pembaca minyak diberi subsidi oleh kerajaan.Kenapa Petronas tidak menanggung bebanan ini.Tahukah anda tahun lalu Petronas untung 14,000 bilion.Siapa pegang duit ini.Bukankah Mahadir?????




    UCAPAN MAHADIR SEMASA PERHIMPUNAN PARTI UMNO--APA MACAM , MACAM-MACAM ADA . MAHADIR KATA TAK PAYAH AGUNGKAN NABI MUHAMMAD SEDANGKAN DALAM AL-QURAN ADA AYAT MENYURUH KITA BERSELAWAT KEPADA NABI.

    1 Comments
     
    Konsert Sambut Tahun Baru 2005 Ditangguh
    12.29.04 (4:30 pm)   [edit]

    KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Dua konsert mega yang dijadualkan berlangsung di ibu kota pada malam 31 Dis ini untuk menyambut kedatangan tahun baru 2005, ditangguhkan sebagai tanda kesedihan rakyat Malaysia atas tragedi tsunami yang melanda pantai utara Semenanjung Ahad lepas.

    Pengarah Hal Ehwal Awam Kumpulan AmBank Syed Anuar Syed Ali ketika dihubungi Bernama Rabu berkata, semua pihak yang terlibat dengan konsert tersebut bersetuju untuk menangguhkannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

    "Pada malam itu memang tidak akan ada konsert. Di Dataran Merdeka tak ada, di KLCC pun tak ada," katanya.

    Pada malam berkenaan AmBank dijadual menganjurkan konsert 'AmBank Group Gemilang' di Dataran Merdeka yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta TV3.

    Sebuah lagi konsert ialah anjuran Petronas di KLCC dan dijadualkan untuk siaran tertunda pada malam esoknya oleh TV3.

    Ia adalah program 'Kiraan Detik 2005' anjuran tiga badan korporat tersebut.

    "Saya difahamkan TV3 akan menyiarkan program-program lain untuk mengisi slot-slot tersebut," katanya.

    Langkah itu selaras dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu yang meminta supaya tidak diadakan sebarang acara kemeriahan bagi menyambut kedatangan 2005.

    Sebaliknya Abdullah berkata rakyat sepatutnya mengadakan majlis doa selamat bagi memohon keselamatan negara daripada sebarang bencana.

    Ombak besar tsunami yang melanda sembilan negara di selatan dan tenggara Asia pada Ahad lalu akibat kejadian gempa bumi di utara Sumatera, telah mengorbankan lebih 60,000 nyawa dan di negara ini pihak berkuasa mengesahkan 64 orang terbunuh.

    -- BERNAMA

    0 Comments
     
    Alhamdulillah: M'sia Ganti Perayaan Tahun Baru Dengan Majlis Doa
    12.29.04 (4:28 pm)   [edit]

    M'sia Ganti Perayaan Tahun Baru Dengan Majlis Doa



    SUNGAI PETANI, 29 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu berkata kerajaan tidak akan mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan menyambut Tahun Baru dan sebaliknya menganjurkan semua pihak, termasuk pihak swasta, supaya mengadakan majlis doa agar negara selamat dari sebarang bencana alam.

    Perdana Menteri berkata semoga dengan majlis doa itu negara akan selamat dan tidak lagi dilanda ombak besar tsunami seperti Ahad lepas dan malapetaka yang lain.

    "Marilah juga kita doakan agar yang menderita (akibat tsunami) mendapat kesabaran dan mengatasi kerugian yang telah dialami," katanya ketika berucap di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda di sini, semasa mengunjungi mangsa tsunami dan meninjau kerosakan akibat serangan ombak besar itu.

    "Kita harap mereka yang mengalami kerugian dan hilang mata pencarian dapat berusaha lebih tekun untuk memulihkan mata pencarian mereka."

    Perdana Menteri juga meminta meminta masjid-masjid di seluruh negara mengadakan khutbah yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami dan apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi penderitaan yang dialami mangsa.

    Bagi rakyat Malaysia yang bukan Islam, Abdullah meminta mereka mendoakan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara ini mengikut amalan dan kepercayaan masing-masing.

    Beliau berharap mangsa-mangsa tsunami bersyukur dengan apa jua bantuan yang dihulurkan kepada mereka setakat ini bagi meringankan beban yang mereka tanggung.

    Pada majlis itu juga, Perdana Menteri mengumumkan beliau bersetuju dengan saranan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop supaya bantuan untuk mangsa tsunami ditambah.

    Katanya bagi setiap rumah yang rosak akan diberi tambahan sebanyak RM2,000, bagi setiap rumah yang ranap RM5,000, bagi bot kecil nelayan yang rosak RM1,000 dan bot besar nelayan yang rosak RM3,000.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan bantuan segera kepada mangsa tsunami sebanyak RM1,000 bagi setiap kematian anggota keluarga, RM500 untuk mangsa yang terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara, dan RM200 untuk mangsa yang mengalami kecederaan.

    Di Pulau Pinang di mana 50 setakat ini dilaporkan terkorban, lebih 800 penduduk pesisir dipindahkan kerana rumah mereka ranap atau sebab keselamatan dan di Kedah 10 mati dan lebih 4,600 penduduk pesisir terpaksa berpindah dengan lebih 800 rumah dilaporkan rosak.

    Abdullah juga berterima kasih kepada akhbar-akhbar nasional yang mengadakan kutipan di bawah bantuan Tabung Bencana dan memuji rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan apa jua bantuan termasuk wang ringgit.

    Katanya bantuan-bantuan ini akan diagihkan mengikut formula yang telah ditentukan secara adil dan saksama agar tidak berlaku sebarang masalah nanti.

    Beliau juga meminta mangsa yang terlibat memberi maklumat yang dikehendaki dengan tepat termasuk alamat, nombor kad pengenalan dan lain-lain serta menggesa agensi kerajaan mengeluarkan bantuan secepat mungkin.

    "Pagi tadi Najib berkunjung ke rumah saya dan saya mengulangi permintaan agar apa-apa jua bantuan yang hendak diberikan, diberi melalui peruntukan yang sedia ada dalam Tabung Bencana Alam sebelum lain-lain bantuan dikeluarkan," katanya.

    -- BERNAMA

    0 Comments
     
    Tahun baru, Tsunami, Sistem Amaran dan Bantuan wang judi
    12.29.04 (4:25 pm)   [edit]



    Tahun baru, Tsunami, Sistem Amaran dan Bantuan wang judi
    Wednesday, December 29 @ 12:32:14 MYT


    TAHUN 2004 bakal berakhir, tahun baru 2005 bakal menjelang. Pelbagai peristiwa pahit dan manis berlaku sepanjang 2004.

    Bagi PAS, 2004 adalah tahun sedih...kerana ramai wakil rakyat, tidak kira Parlimen atau Dun hilang kerusi. Yang paling pedih, PAS Terengganu, hilang negeri.

    Di Kelantan, separuh kerusi hilang samada Parlimen atau Dun. Begitu juga di Kedah, Perak, Selangor dan juga Pahang.

    Sebagaimana kata Presiden PAS, semuanya takdir Allah. Ada lah ujian yang hendak dikenakan Allah kepada hambaNya. Moga-moga bertambah ketaqwaan kepadaNya.

    Semoga tahun 2005, pencapaian PAS lebih cemerlang. Tambah-tambah lagi selepas Munaqasyah Khas yang diadakan baru-baru ini.

    Banyak cadangan dan teori untuk kejayaan dikemukakan dalam munaqasyah yang dihasilkan dari Muktamar di Kota Bharu dahulu itu.

    Yang perlu sekarang adalah political will dari pemimpin, petugas dan ahli PAS sendiri untuk mempastikan ianya berjaya dilaksanakan.

    Jika segala masalah disapu ke bawah karpet sahaja, tak gunalah segala cadangan dan saranan sepanjang munaqasyah itu.

    Masalah perlu dihadapi dan diselesaikan...bukan dibiarkan untuk mati sendiri dan merasa senang kerana ianya telah tidak berbangkit lagi.

    Tsunami

    Menjelang akhir tahun 2004 ini, negara dan dunia dikejutkan dengan bencana ombak besar Tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi pada 9 skala ritcher yang berpusat di Banda Aceh, Sumatera.

    Apalah malangnya Aceh, Serambi Mekah ini. Sudahlah sentiasa bergolak dengan pelbagai masalah, kini ditimpa gempa pula.

    Mengikut AFP, mungkin 25,000 rakyatnya akan menjadi korban akibat bencana ini. Ini kerana selain yang mati serta merta selepas gempa, kesan dari gempa ini lagi teruk terutama wabak penyakitnya.

    Inilah bala Allah...tiada siapa yang dapat menyekatnya.

    Sistem amaran

    Bercakap tentang Tsunami juga, kita sebenar tertanya-tanya, mengapa sistem amaran bencana kita terlalu lemah.

    Kita difahamkan, amaran yang sampai hanya kepada beberapa penghuni hotel di Pulau Pinang dari petugas hotel.

    Pihak hotel pula mendapat amaran dari rakan-rakan mereka di Langkawi yang terlebih dahulu menerima hentaman ombak besar ini.

    Jadi, pekerja hotel di Pulau Pinang berjaya memberi amaran awal kepada pelanggan mereka yang berada di tepi-tepi pantai berhadapan hotel mereka.

    Sebab itulah, mangsa yang paling ramai adalah di tempat perkelahan awam di Pantai Batu Feringggi yang tidak mendapat apa-apa amaran.

    Mengikut maklumat, gempa bumi berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di Acheh. Selepas satu jam atau dua jam kemudian, ombak besar melanda pantai India dan Sri Lanka. Kira-kira jam 1.10 tengahari, pantai Malaysia pula dipukul ombak besar.

    Ini bermakna, jika sistem amaran bencana kita cekap, jumlah kematian dapat kita atasi. Ini rasanya perlu mendapat perhatian serius khasnya dari Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi JK Bencana Negara, Dato' Seri Najib Tun Razak.

    Bantuan wang judi

    Bercakap tentang bencana, bantuanlah yang paling diperlukan oleh mangsa. Ini kerana pelbagai masalah dihadapi oleh mereka selepas ditimpa bencana.

    Kita juga tupang berbangga kerana rakyat Malaysia memang baik...pemurah. Pelbagai pihak membuka tabung bantuan untuk mangsa bencana ini.

    Yang musykil sedikit bagi kita orang beragama ni adalah bantuan dan murah hati dari pihak-pihak seperti Genting Berhad yang mendapat keuntungan dari judi dan Sport Toto yang juga bersumberkan wang judi.

    Kita tidak tahu setakat mana orang Islam misalnya boleh menerima dan menggunakan wang sebegini.

    Kita harap Mufti boleh memberikan garis panduan segera sebelum terlambat dan menjadi darah daging kita. - zs

    0 Comments
     
    MENDENGAR DARI MULUT MANGSA SENDIRI...
    12.29.04 (4:24 pm)   [edit]

     


    MENDENGAR DARI MULUT MANGSA SENDIRI...Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke utara Semenanjung semalam bagi mendengar dan melihat sendiri kesan dari bencana Tsunami yang melanda negara. Di Pantai Kuala Muda,Seberang Perai Utara, Ketua PAS Cawangan Kuala Muda, Abdul Halim menerangkan keadaan ombak besar yang melanda pantai Kuala Muda Ahad lalu kepda Presiden PAS itu. Foto Sabri Said.

    0 Comments
     
    Pastikan sumber derma untuk mangsa Tsunami halal
    12.29.04 (4:23 pm)   [edit]



    Pastikan sumber derma untuk mangsa Tsunami halal
    Wednesday, December 29 @ 17:20:11 MYT


    KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - Pihak penganjur yang menganjurkan sebarang tabung bantuan kepada mangsa Tsunami diminta supaya lebih berhati-hati dalam menguruskan derma-derma tersebut supaya tidak berlaku percampuran antara sumber halal dan tidak halal.


    Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, berkata kebanyakkan daripada mangsa ombak besar di Malaysia terdiri daripada umat Islam dan adalah tidak wajar sekiranya bantuan yang disalurkan daripada sumber tidak halal digunakan untuk pendidikan anak-anak, makanan, pakaian dan peribadatan kepada Allah.

    "Pemuda PAS tidak menolak derma yang disalurkan, tetapi pihak penganjur perlu mengasingkan derma daripada sumber haram seperti syarikat judi, arak untuk digunakan bagi tujuan lain seperti membaiki jalan, tandas dan kemudahan asas yang lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

    Beliau menambah, sensitiviti penganjur dalam soal ini sangat penting dan sangat dihargai supaya setiap mengsa tidak terpaksa menggunakan sumber haram setelah dilanda bencana.

    Semalam, akhbar utama negara ini melaporkan sebuah syarikat perjudian, Genting Berhad turut menyalurkan bantuan kepada Tabung Tsunami anjuran New Straits Times Press (NSTP), Berita Harian (BH), 8TV, dan TV3.

    Salahuddin, bagaimanapun berbesar hati dengan para dermawan yang mendermakan sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa Tsunami yang melanda negara ini, Ahad lalu.

    Dalam pada itu, beliau juga menyokong pandangan pelbagai pihak supaya pesta tahun baru pada malam 1 Januari dibatalkan di seluruh negara kerana tidak wajar sebahagian yang lain berpesta, di saat sebahagian lagi bersedih.

    Beliau turut mencadangkan malam tahun baru akan tiba nanti diadakan majlis doa selamat, tahlil dan solat hajat di seluruh negara untuk memohon kepada Allah agar negara ini selamat daripada bencana pada masa hadapan.

    "Sebagai umat Islam, bencana ini harus dilihat juga dari aspek peringatan daripada Allah atas kelalaian manusia, bukan semata-mata dari aspek sains semata-mata," kata beliau lagi. - zs

    0 Comments
     
    Bantahan Secara Online
    12.27.04 (1:27 pm)   [edit]

    Bantahan Secara Online:
    jAWATANKUASA BERTINDAK MENENTANG KENAIKAN TOL (CAUTI) melancarkan bantahan secara online di url http://www.petitiononline.com/notohike/petition.html" title="http://www.petitiononline.com/notohike/petition.html" target="_blank"http://www.petitiononline.com... semua rakyat dijemput menyatakan bantahan dengan menandatangani petisyen tersebut.


    Sokongan juga boleh nyatakan dengan menghantar email sokongan di alamat anti_tol@yahoo.com


    Program 26 Disember 2004 (hari ini) akan diteruskan dijangka ribuan rakyat akan turut serta dalam bantahan tersebut. Siri Bantahan pada 26 Disember di 4 plaza tol ini hanya sebagai satu pemulaan untuk menyedarkan rakyat mengenai kezaliman dan pemerasan wang rakyat yang dilakukan sebuah syarikat milik kerajaan ini.


    Pada 27 Disember Delegasi CAUTI akan bertemu Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.


    CAUTI menentang kenaikan 10 % tol bagi lebuhraya utara selatan dan memohon sekurang - kurangnya PLUS dan Kerajaan Malaysia menangguhkan kenaikan selama 2 bulan untuk kajian menyeluruh dan mendengar rintihan dan pandangan perbagai pihak.

    0 Comments
     
    KEMUDAHAN AWAM ATAU KESUSAHAN AWAM?
    12.27.04 (1:12 pm)   [edit]

    KEMUDAHAN AWAM ATAU KESUSAHAN AWAM?


    Isu kenaikan bayaran tol Lebuhraya PLUS sebanyak 10% menjelang Januari 2005 ini berjaya menarik perhatian saya, apalagi dalam masa yang sama timbul pula isu penswastaan dispensari hospital-hospital kerajaan. Sebelum ini juga kita banyak dibisingkan dengan kesusahan-kesusahan rakyat akibat masalah penswastaan perkhidmatan bekalan air di negeri-negeri tertentu.


    Jalanraya atau lebuhraya, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan bekalan air adalah sebahagian dari apa yang disebut sebagai kemudahan awam. Syer tanggungjawab parti yang memerintah sepatutnya besar di sini, bahkan adakalanya perlu ke tahap seratus peratus.


    Kemudahan atau fasiliti mengikut Kamus Webster ditakrifkan antara lainnya sebagai; menyenangkan untuk dilaksanakan, kebebasan dari kesusahan, satu alat yang mana penyiapan apa-apa kerja pun menjadi lebih mudah.


    Maka kemudahan awam tentulah sepatutnya berfungsi sebagai alat untuk 'awam' yakni rakyat menyiapkan apa-apa keperluan mereka secara lebih mudah. Tetapi dalam konteks kemudahan awam yang sedang kita bicarakan ini, apakah ia menjurus ke arah takrif Webster tadi, atau sudah menjadi sebaliknya? Begitu bertentangan dan berlawanan.


    Kita ambil satu senario. Katakan anda bekerja nun di selatan tanahair, di Johor Bharu, sedangkan ibubapa anda tinggal nun jauh di uatara tanahair, di Changlun, Kedah. Satu hari dalam bulan Januari 2005, tiba-tiba anda dikejutkan dengan berita bahawa mak anda sedang sakit tenat. Dalam keadaan kritikal begini, apakah anda sempat lagi terkial-kial mencari nombor telefon untuk menempah tiket kapal terbang? Atau sempat lagi melilau-lilau di Stesyen Bas Larkin mencari tiket bas? Atau anda akan terus memecut kereta anda balik ke Changlun, pastilah melalui lebuhraya. Kalau saya pun, tentulah pilihan ketiga itu yang pertama melintas dalam kepala saya. Tetapi bila sampai ke plaza tol yang pertama, baru anda teringat yang wang dalam poket anda cuma ada dalam RM200 sahaja, sedangkan bayaran tol sehala untuk sampai ke kampung anda sahaja sudah mencecah RM100 lebih, belum lagi dikira kos petrolnya yang setahun dua tiga kali naik itu (kalaulah negara kita ini bukan pengeluar petroleum, entah berapa kali pula naiknya), perbelanjaan di kampung nanti belum dikira lagi tu... Tiada gunalah lebuhraya yang cantik itu, tiada gunalah landskap di kiri-kananya yang menarik, bila hari itu mak anda meninggalkan dunia tanpa anda di sisi untuk mengajarnya mengucap buat kali terakhir. Kemudahan awam yang canggih itu telah menyusahkan orang awam seperti anda yang pendapatannya tidaklah setinggi mana.


    Kebelakangan ini, pihak parti yang memerintah seakan sudah ketemu satu jawapan yang ampuh untuk mewajarkan segala tindakan menaikkan harga dan caj yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta yang telah diberi konsesi atau kontrak menguruskan kemudahan awam tersebut. Maka diwar-warkanlah, katanya kerajaan telah berbelanja sekian jutaan, sekian billion ringgit, atas nama SUBSIDI untuk rakyat, supaya rakyat tidak berbelanja banyak untuk menggunakan kemudahan-kemudahan awam ini, dalam sesetengah keadaan bila berlaku kenaikan harga, katanya lagi kerajaan hanya mengurangkan sedikit sahaja SUBSIDI, jadi rakyat perlulah berbelanja sedikit lebih untuk menolong kerajaan. Apalagi katanya... oh ya! Kerajaan tidak selamanya mampu memberi SUBSIDI yang terlalu banyak. Berbanggalah pula si Menteri Kesihatan mengumumkan yang kerajaan telah memberi SUBSIDI sebanyak 98% terhadap harga ubat-ubatan di hospital kerajaan. Maka berputiklah kembali rasa kasihan dan simpati rakyat terhadap komitmen dan murah hati parti yang memerintah, maklumlah, kalau tidak SUBSIDI ini, rakyat terbanyak sudah tentu tidak mampu untuk menggunakan lebuhraya, tidak mampu berubat di hospital kerajaan, tidak mampu merasa mengguna air dalam besi, api dalam kaca! Tertanamlah dogma 'bersyukurlah ke hadhrat UMNO dan Barisan Nasional' di hati sanubari setiap rakyat. Kita bayar sedikit sahaja, kalau tidak kerana SUBSIDI parti yang memerintah, tentu kita akan lebih susah! (Saya ketawa ketika menulis frasa ini)


    Rakyat hari ini bukan hidup di zaman SUBSIDI beruk! Kita beli barang bercukai, kita beli perkhidmatan bercukai, kita ada tanah bercukai, kita bina rumah pintunya dicukai, kita beli kereta nak berjalan dicukai, kita cari pendapatan dicukai, kita makan di kedai mamak pun bercukai. Untuk apa kita bayar semua cukai ini? Supaya secara timbal baliknya, rakyat akan dapat menikmati hasilnya, antaranya dibangunkan dan disediakanlah kemudahan-kemudahan awam yang terbaik oleh parti yang memerintah, kalau tidak boleh percuma pun, biarlah harga atau cajnya pada kadar yang paling minimum.


    Rakyat hari ini bukan hanya ramai yang berpelajaran tinggi, tetapi sudah ramai juga yang pandai berfikir secara kritis, sudah ramai juga yang pandai memandang secara lebih jauh. Kita tuntut bayaran tol yang lebih murah, kita tuntut perkhidmatan kesihatan yang hampir percuma, kita tuntut tarif air dan elektrik yang berpatutan! Bukan kerana kita ini bangsa SUBSIDI, bukan kerana kita terhegeh-hegeh ketagih dan tergilakan SUBSIDI dari parti yang memerintah, ingat! Kita semua adalah pembayar cukai. Lebih dari itu, yang kita tuntut adalah tanggungjawab parti yang memerintah, parti yang katanya punya tradisi membela rakyat, bukan mendera rakyat. SUBSIDI itu sendiri adalah istilah yang salah. Menyedia dan membangunkan kemudahan awam adalah TANGGUNGJAWAB parti yang memerintah! (Maka belanja sekian jutaan, sekian billion ringgit untuk memastikan kos penggunaan kemudahan awam terus murah dan termampu adalah TANGGUNGJAWAB, ulang... TANGGUNGJAWAB, bukan SUBSIDI, sumbernya antara lain adalah dari rakyat juga, kita yang membayar cukai) Sementara penswastaan hanyalah satu pilihan. Dalam keadaan ia diswastakan sekalipun, tidak boleh pada bila-bila masa ia sampai membebankan rakyat, sehinggakan kemudahan awam ini menjadi kemudahan untuk sesetengah orang awam sahaja, sementara sesetengah orang awam lagi melopong, tidak mampu menggunakannya kerana kekangan kewangan.


    Saya kira saya ingin meminta jika ada kalangan ahli ekonomi kita yang boleh membuat pengiraan semula terhadap Pendapatan Per Kapita rakyat di negara ini. Semakin hari semakin banyak yang perlu diperuntukkan oleh setiap dari kita untuk menampung perbelanjaan tinggi menggunakan kemudahan awam ini (ini bukan perkhidmatan komersil). Baru kita akan lihat berapakah 'pendapatan benar' rakyat negara ini. Akan ada anak yang tak mampu pulang (kerana kos tolnya) mengajar maknya mengucap di saat nazak, tentulah saya tidak mahu pula menjangka akan ada anak yang terpaksa melihat maknya menderita hingga mati di atas katil kelas tiga kerana tidak mampu menampung biaya ubatnya.


    Mohd Zukri Aksah
    Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
    Dipos pada jam 12:04 pm oleh zukri-keadilan

    0 Comments
     
    kemusnahan dari ombak...
    12.27.04 (12:58 pm)   [edit]







    0 Comments
     
    Ombak: Amaran Alun Besar Ekoran Gempa Susulan Masih Dikesan
    12.27.04 (12:51 pm)   [edit]

    Ombak: Amaran Alun Besar Ekoran Gempa Susulan Masih Dikesan



    KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Gempa susulan masih dikesan dan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga dua hari akan datang ekoran gempa bumi besar di barat laut Sumatera semalam, menurut Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia tengah hari Isnin.

    "Sehubungan itu, kejadian alun besar mungkin berlaku lagi di kawasan pantai negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam tempoh yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

    Kesan daripada gempa bumi dengan magnitud 8.9 skala Richter di barat laut Sumatera pagi semalam menyebabkan lebih 12,000 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal di beberapa negara di selatan dan tenggara Asia.

    Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban manakala lebih 30 orang lagi dilaporkan hilang di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam kejadian itu yang turut melanda kawasan pesisiran pantai Thailand, Myanmar, India, Sri Lanka dan Maldives selain Indonesia.

    -- BERNAMA

    0 Comments
     
    Senarai Nama Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang
    12.27.04 (11:13 am)   [edit]

    Senarai Nama Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang


    Berikut ialah senarai nama 41 mangsa yang dikenal pasti terkorban setakat ini dalam kejadian ombak tsunami yang melanda Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tengah hari Ahad yang berpunca dari gempa bumi di utara Sumatera, Ahad.


    Tiga puluh satu mangsa terkorban di Pulau Pinang dan 10 di Kedah.


    Pulau Pinang


    1.Nazari bt Mahmod, 39, Gurun, Kedah.


    2.Nurul Naimah Mohd Hassan, 18, Guar Chempedak, Kedah.


    4.Nurul Hasinah Mohd Hassan, 14, Guar Chempedak, Kedah.


    5.Mohamad Faiz Izudin, 5, Lunas, Kedah.


    6.Norazlina Aminudin, 5, Bukit Jambul, Pulau Pinang.


    7.Zawani Rosli, 10, Utan AJi, Perlis.


    8.Yusliza Wahab, 22, Sik, Kedah.


    9.P.Arshini, 4, Jalan Terengganu, Pulau Pinang.


    10.Goh Pek Choon, 75, Kuala Kangsar, Perak.


    11.Fauziah Omar, 37, (tidak dinyatakan)


    12.K.Sarasuly, 43, (tidak dinyatakan)


    13.Jamaliah Mat Isa, 38, Kangar, Perlis.


    14.Mohamad Farid Tupaini, 18, (tidak dinyatakan)


    15.Wan Nazirah Mat Zain, 35, (tidak dinyatakan)


    16.Hajah Saimah Md Zain, 64, Balik Pulau.


    17.Nor Ain Zulkifli, 16, Balik Pulau.


    18.Siti Atiqah Zulkifli, 16, Balik Pulau.


    19.Noor Shafiqah Abdul Aziz, 6, Balik Pulau.


    20.Mohamad Adam Abdul Aziz, 5, Balik Pulau.


    21.Teoh Ah Hock, 50, Balik Pulau.


    22.Noor Rufiah Ismail, 50, Balik Pulau.


    23.Nurdiana Wahida Azzahir, 9 bulan, Balik Pulau


    24.Irdawati Shahimi, 23, Balik Pulau.


    25.Chin Hai Chee, 50, Balik Pulau.


    26.Lina Lee, 36, Balik Pulau.


    27.Fong Seng Hock, 69, Balik Pulau.


    28.Mohamad Adam Abdul Aziz, 5, Balik Pulau


    29.Ng Swee Lee, 10, Balik Pulau.


    30.Nur Asmah Mohamad, 22, Teluk Bahang.


    31.Mah Hang Ting, 50, Teluk Bahang


    Kedah


    32.Rofisah bt Abdul Rashid, 69, Kg Kepala Jalan


    33.Tempawan bt Kamis, 74, (Kg Kepala Jalan)


    34.Norhafizatul bt Fasahah, 11 bulan, Kg Kuala Sungai Muda


    35.Mohd Nasir bin Ibrahim, 54, Kg Haji Kudong


    36.Saayah bt Hitam, 70, Kg Tepi Sungai)


    37 Fatimah Hassan, 70, (Kg tidak dinyatakan)


    38.Munah Awang, 81, Kg Tepi Sungai


    39.Norma Ahmad, 60, Kg Kepala Jalan


    40 Norshuzana Bt sabdin , 15, Kg Kuala Muda


    41.Rahmah bt Abdul Kadir, 80, Kg Kuala Triang, Langkawi


    Dua orang yang dilaporkan masih hilang di Pulau Pinang dikenal pasti sebagai:


    1.Nurul Nazirah Mohd Hassan, 13, Guar Chempadak, Kedah.


    2.Mohamad Ferdaus Mohd Hassan, 4, Guar Chempedak, Kedah.

    0 Comments
     
    Tsunami: PAS Pulau Pinang dan Kedah tubuh bilik gerakan bantu mangsa
    12.27.04 (11:12 am)   [edit]





    Tsunami: PAS Pulau Pinang dan Kedah tubuh bilik gerakan bantu mangsa
    Monday, December 27 @ 10:28:06 MYT


    PULAU PINANG, 27 Dis (Hrkh) - PAS Pulau Pinang dan Kedah mulai semalam lagi telah menubuhkan Bilik Gerakan membantu mangsa Tsunami yang melanda utara Semenanjung semalam.

    Ia bertujuan untuk mengumpulkan bantuan segera bagi memberikan bantuan secepat mungkin kepada mangsa ombak besar yang melanda kawasan itu ekoran gempa bumi di Sumatera, Indonesia tengahari semalam.


    Menurut bekas calon PAS di Gelugor Pulau Pinang, Mujahid Yusof mulai petang semalam lagi rombongan PAS telah melawat mangsa-mangsa dan memberikan bantuan semampu mungkin.

    Ekoran itu, sebuah Bilik Gerakan telah ditubuhkan segera bagi membantu mangsa.

    "Mangsa sangat memerlukan makanan, pakaian dan seumpamanya. Cara yang paling mudah adalah memberikan wang untuk membolehkan mereka berbelanja," kata Mujahid kepada Harakah.

    Alamat Bilik Gerakan PAS adalah Bilik Gerakan Bencana Negeri, Tingkat 3, Sungai Gelugor 1, Sungai Gelugur, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

    Pengarah Bilik Gerakan ini adalah Haji Abdul Aziz Ismail dan boleh dihubungi melalaui telefonnya 019-4669330.

    Orang ramai boleh membantu dengan menyumbangkan terus ke akaun PAS Pulau Pinang 9010003872 BIMB.

    Di ALOR SETAR Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Razak melawat keluarga Cikgu Ishak Harun di Kampung Guar Stesyen yang kehilangan lima ahli keluarganya yang sedang bercuti di Batu Feringgi semalam.

    Isteri dan dua anaknya disahkan meninggal manakala dua anaknya belum lagi ditemui selepas dipukul ombak besar semasa bercuti di Batu Feringgi tengahari semalam.

    Malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan PAS Kawasan Sungai Petani untuk membantu mangsa Tsunami di kawasan berkenaan.

    Keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Sekretariat Bantuan segera di Balai Islam Tikam Batu bagi membantu mangsa.

    Mereka yang inginkan bantuan atau mahu menghulur bantuan bolehlah menghubungi Ahmad Hilmi Ghazali 019-4585814 atau setiausahanya Khairul Nizar Ismail 019-5638164 .

    Pemuda PAS Kedah pula telah menubuhkan skuad khas terdiri 50 anggota bagi membantu mangsa Tsunami ini di semua kawasan bencana seluruh Kedah.


    Pemuda PAS Kedah juga menubuhkan Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah ac 2011010058915 BIMB.

    Di KUALA LUMPUR Setiausaha Agung PAS berlepas ke utara Semenanjung segera bagi menyelaraskan bantuan kepada mangsa.

    Beliau dijangka akan menemui petugas Bilik Gerakan PAS bagi menyelaraskan aktiviti bantuan.

    Ekoran itu PAS telah melancarkan satu kutipan derma untuk mangsa Tsunami dalam dan luar negara.

    Orang ramai boleh membantu dengan mamasukkan wang anda ke ac 564070703248 MBB atas nama Parti Islam SeMalaysia- zs

    0 Comments
     
    end of time
    12.27.04 (11:08 am)   [edit]

    Kalimah end of time , digunakan oleh pihak orientalis bagi menggambarkan / menceritakan suasana akhir zaman. Mengikut Orkan.Sebelum dunia menuju ke akhir zaman, muncul satu era(zaman) yang dikenali sebagai GOLDEN AGE/ERA KEEMASAN. hAL INI JUGA DISEBUT DALAM HADITH NABI MUHAMMAD S.A.W SEJAK LEBIH 1400 TAHUN DAHULU.Pencapaian yang cukup tinggi dicapai pada zaman itu. Sekarang kita dikatakan berada pada zaman itu. Pencapaian sains cukup tinggi
    (i) teknologi satelit
    (ii)teknologi DNA
    (ii)teknologi BLUETOOTH
    (iii)teknologi iRDA (Infrared)
    .yang hampir semua mampu menjadikan PERJALANAN JAUH MENJADI SINGKAT


    Apa yang berlaku pada hari ini (26/12/04), wajar kita renungkan bersama. Ombak pelabuhan (tsunami) yang berpusat di Lautan Andaman telah meragut ribuan nyawa (dilaporkan: Bangladesh 2,200, Aceh:700).Media Burma melaporkan bahawa kerosakan yang dibawa oleh ombak (alun kata orang Penang dan Kola Perlis) Tsunami tidak pernah dijangka kerana selama ini Burma bukan terletak dalam kws. LINGKARAN API PASIFIK.


    Apa itu Tsunami


    Code: 
    Tsunami (Hepburn) (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut tidal wave, merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi, gempa laut, aktiviti gunung berapi, mendakan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 metre atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.


    Kebanyakan bandar di sekitar Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawai, mempunyai sistem amaran dan prosedure pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami akan dijangka dengan pelbagai institusi seismologi sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelite.


    Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.
     



    Malaysia juga tidak ketinggalan merasakan gegaran akibat ombak. Ada laporan statistik kematian yang kurang jelas oleh TV1,2,3 (mengapa?), Perlis,Kedah , PP: ramai yang bertemperian lari meninggalkan bangunan. Kenapa tiada laporan mengenai LANGKAWI (tempat dimana arak berharga RM 1.00 -RM2.00), tiada laporan berkaitan kerosakan Pantai-pantainya


    ramai benar yang cuba mendapatkan maklumat berkaitan tsunami, bandwith di website berkenaan pun dah exceed :The web site you are trying to access has exceeded its allocated data transfer.Ramai yang terpinga-pinga apa sebenarnya berlaku 


    fikir2 kan lah

    0 Comments
     
    Pertama kali dalam sejarah Malaysia, 40 orang terkorban akibat gempa bumi
    12.27.04 (11:06 am)   [edit]

    Pertama kali dalam sejarah Malaysia, 40 orang terkorban akibat gempa bumi


    Empat puluh orang disahkan terkorban setakat ini dan beratus-ratus rumah serta kenderaan dan bot musnah apabila ombak tsunami akibat gempa bumi di utara Sumatera, melanda pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Ahad.


    Pulau Pinang paling teruk terjejas oleh ombak ganas setinggi 5 hingga 6 meter itu apabila sejumlah 31 orang disahkan terkorban, kebanyakannya mereka yang sedang berkelah dan memancing di pantai Batu Ferringhi dan Pulau Betong, Balik Pulau tengah hari Ahad. Tujuh lagi mangsa iaitu dua di Pulau Pinang dan lima di Kedah dilaporkan hilang dan operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan.


    Sembilan lagi yang menjadi mangsa ombak itu ialah lapan penduduk di enam kampung sepanjang pantai Kuala Muda, Kedah, di mana lebih 700 rumah dan beribu-ribu penduduk terjejas, dan seorang wanita tua di Kampung Kuala Triang, Langkawi.


    Ombak besar itu turut memusnahkan lebih 100 rumah di pantai Kuala Muda, di sebelah Seberang Perai tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


    Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah mengesahkan Ahad malam setakat ini mayat lapan kanak-kanak, 11 wanita dan sembilan lelaki ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sehingga lewat petang Ahad.


    Ombak yang melanda secara tiba-tiba itu turut mencederakan seramai 141 orang, 18 daripadanya parah dan dimasukkan ke wad dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar, katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.


    Tsunami itu, yang pertama kali melanda pantai barat utara Semenanjung, berlaku berikutan gempa bumi berukuran 8.1 pada skala Richter di utara Sumatera.


    Abdul Rashid berkata bahaya ancaman daripada kejadian itu masih ada kerana menurut laporan Jabatan Kajicuaca air pasang akan berlaku pada tengah malam ini.


    "Kerajaan negeri telah mengarahkan beratus-ratus penduduk di penempatan sepanjang pantai terutama di Tanjong Tokong, Tanjong Bungah, Batu Feringgi dan Pasir Panjang di Balik Pulau supaya berpindah," katanya.


    Katanya pejabat-pejabat daerah telah diarahkan membuka pusat-pusat tinggal sementara untuk menempatkan penduduk yang berpindah.


    Kerajaan negeri juga telah membuka bilik gerakan bagi mengenal pasti mangsa dan menyalurkan bantuan, kata beliau.


    Mangsa-mangsa yang terselamat dari malapetaka itu menceritakan kejadian itu amat menggerunkan apabila ombak besar tiba-tiba menghempas segala benda yang ada di pantai tanpa belas kasihan.


    Mazlifah Abdul Rashid, 32, dari Alor Setar yang kehilangan anak saudara, Nazirah Mohd Jamil, 9, berkata kejadian itu berlaku terlalu cepat sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.


    Katanya selepas makan tengah hari beliau sedang bermain-main di gigi air bersama Nazirah dan Mohd Adha, seorang lagi anak saudaranya, pada kira-kira pukul 1 tengah hari apabila tiba-tiba nampak ombak besar menuju ke pantai dan mendengar teriakan beberapa orang nelayan "lari, lari cepat naik ke darat."


    "Ombak besar datang sebanyak tiga kali dan menolak dengan kuat. Saya berteriak meminta suami saya menyelamatkan ibunya sementara saya memegang tangan Nazirah dan Adha. Malangnya Nazirah terlepas dari tangan saya," katanya.


    Ombak besar itu melanda kira-kira sembilan kampung di sepanjang pantai dari Pulau Sayak ke Pantai Merdeka di Kuala Muda, Kedah, dan beberapa kampung di Kuala Muda, Seberang Perai, yang terletak bersebelahan, kira-kira setengah jam kemudian.


    Seorang mangsa di Kuala Muda Kedah, Shoib Md Isa berkata: "Saya tidak pernah lihat ombak sebegini besar sepanjang 44 tahun tinggal di Kuala Muda dan bersyukur masih lagi hidup selepas dihanyutkan ombak sejauh tiga kilometer."


    Beliau seperti tidak percaya masih hidup selepas dilambung ombak besar selama setengah jam sehingga tercampak ke kawasan hutan bakau di tebing Sungai Muda.


    Turut terkorban dalam kejadian itu ialah seorang budak lelaki, Mohamed Azwan Azhar, 9, apabila bot yang dinaiki bersama bapa dan dua adik beradiknya karam dalam perjalanan pulang dari memancing di pantai Telok Air Tawar, Butterworth dalam kejadian itu.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda (Kedah), ACP Law Hoong Soon memberitahu pemberita di kawasan kejadian di Kuala Muda, Kedah, operasi mencari dan menyelamat bersepadu mangsa dalam timbunan runtuhan rumah sedang dijalankan di enam kampung yang terlibat.


    Katanya operasi itu dijalankan oleh 120 anggota terdiri daripada pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan tentera.


    Menurutnya, kebanyakan mangsa adalah warga tua yang tidak sempat menyelamatkan diri apabila ombak besar memukul rumah mereka yang berlaku antara pukul 1.30 tengah hari hingga 1.45 tengah hari.


    Menurut maklumat terkini daripada bilik gerakan, sehingga pukul 10 Ahad malam, lima orang dari empat kampung di Kuala Muda, Kedah dilaporkan masih hilang dan gerakan mencari dan menyelamat oleh 400 anggota diselaraskan oleh Ketua Polis Negeri Datuk Supian Ahmat, sedang dijalankan.


    Sejumlah 11 kampung membabitkan 655 rumah dan 2,106 penduduk terdiri daripada 339 keluarga di Kuala Muda, setakat ini didaftarkan sebagai mangsa ombak besar tersebut.


    Mangsa-mangsa yang terselamat kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara di empat buah sekolah di kawasan berhampiran.

    0 Comments
     
    KUASA UNTUK APA!!!???
    12.27.04 (11:05 am)   [edit]

    kabusputih
    KUASA UNTUK APA!!!???
    Mon Dec 27, 2004 12:37pm
    203.106.116.86


    Saya hairan kenapa kuasa cukup senang digunakan untuk melakukan kejahatan tetapi cukup sukar bagi menjana kebaikan.


    Di satu sudut,kita ada seorang PM yang sanggup menggunakan kuasanya untuk mengamalkan kronisma dan membenarkan korupsi berleluasa serta mencantas musuh-musuh politiknya melalui apa cara sekali pun. Maka dilakukan fitnah, guna BPR, guna polis, guna SPR, guna wang ringgit rakyat, beli tanah gersang, buat projek mega, adakan bailout untuk kroni-kroni, jual saham pada Kerajaan dengan harga yang tinggi dan macam-macam lagi.


    Di satu sudut yang lain pula, kita ada seorang PM yang baru yang katanya hendak berbuat baik seperti bantaras rasuah dan penyelewengan, tak de projek mega, nak menegakkan keadilan. Dah jadi PM, dah menang pilihanraya dengan hebat dan dah dinobatkan sebagai Presiden parti pun janji masih tidak ditepati dan kata belum dikota.


    Itu la saya heran kenapa sungguh susah untuk manusia melakukan kebaikan walaupun kuasa sudah ada di tangan. Ramai kawan aku kata semua orang memang begitu, hatta PAS, Keadilan, Anwar Ibrahim, Hadi Awang sekali pun. Belum dapat dia kata nak buat baik. Dah dapat dia lagi teruk. Betul ke begitu???


    Saya tak fikir begitu kerana seorang kawan saya tidak begitu. Beliau pernah menjadi General Manager sebuah bank, Senior Vice President sebuah syarikat kewangan, Corporate Nominee sebuah syarikat broker saham, SVP sebuah syarikat amanah saham, pengarah beberapa syarikat kepunyaan UMNO dan Pengarah Kewangan sebuah institusi latihan. Pendek kata dia mempunyai banyak peluang untuk melakukan kronisma, korupsi dan penyelewengan. Namun begitu, di mana-mana saja beliau berada beliau tetap bersih dan melakukan kebaikan.


    Tuan Guru Nik Aziz pun bersih dan sentiasa melakukan kebaikan.


    Tapi seperti biasa sesiapa yang hendak melakukan kebaikan tidak disukai orang, terutama manusia yang berjiwa kotor dan korup. Maka tak bolehlah orang itu bertahan lama seperti Hussein Onn, Anwar Ibrahim dan Dr Burhanuddin Helmi atau hidup senang macam Nik Aziz dan Hadi Awang.


    Kenapa agaknya begitu dan kenapa pula susah sangat Pak Lah nak menunaikan janji-janjinya. Kalau saya, dah lama dah saya gunakan kuasa saya untuk melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan negara dan rakyat dari penyangak-penyangak, lintah-lintah darat, serigala-serigala jadian dan musang berbulu ayam.

    2 Comments
     
    gambar kejadian Tsunami
    12.27.04 (11:00 am)   [edit]


     


     


     


     


     


     


    At Least 40 Dead In Tsunami Disaster






     


     


     


     


     


     


     


     

    1 Comments
     
    MENGENALI TOLAKANSUR AGAMA (SAMBUNGAN)
    12.26.04 (2:24 pm)   [edit]
    kabusputih
    MENGENALI TOLAKANSUR AGAMA (SAMBUNGAN)
    Sun Dec 26, 2004 1:12pm
    203.106.116.88


    Berbalik kepada arahan Y.A. Hakim Gopal Sri Ram supaya Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara memberikan sebab kenapa beliau tidak menukarkan agama orang berkenaan kepada Kristian dari Islam di dalam kad pengenalan orang itu, mana-mana individu harus sedar bahawa ini melibatkan kepercayaan agama Ketua Pengarah tersebut sebagai seorang Islam. Apakah harus kepercayaan agama seseorang Islam diketepikan kerana hendak memuaskan kebebasan beragama seseorang individu yang mahu menukarkan agamanya dari Islam ke Kristian? Jika demikian, tidakkah pula penepian ini boleh dianggap sebagai pencabulan hak dan kebebasan Ketua Pengarah tersebut mempercayai apa yang telah ditetapkan oleh agamanya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara? Sudahkah pandangan Peguam Negara atau Ketua Setiausaha Negara dipinta bagi menjernihkan suasana?

    Pada pandangan saya, perkara sebagaimana yang dihuraikan di ataslah yang sekarang ini menjadi kemushkilan ramai penganut-penganut Islam di negara ini, termasuk pegawai-pegawai kerajaan, hakim-hakim, hakim-hakim mahkamah syariah, pegawai-pegawai jabatan agama, pengetua-pengetua sekolah dan guru-guru, dan berbagai-bagai lagi. Apabila berdepan dengan pemasalahan seperti di atas, mereka akan menjadi keliru. Ditelan mati emak, diluah mati bapak!

    Kemushkilan tersebut di atas menjadi lebih mendalam memandangkan Islam adalah agama resmi negara ini, Malaysia telah pun diistiharkan oleh Kerajaan sebagai Negara Islam, majoriti penduduk di negara ini adalah penganut agama Islam dan sistem pemerintahan negara ini adalah sistem demokrasi yang harus mendahulukan kepentingan dan perasaan gulongan majoriti sambil tidak mengabaikan kepentingan dan perasaan gulongan minoriti. Jadi apabila pentelingkahan berlaku, di mana sempadannya? Sempadan inilah yang diharapkan daripada Kerajaan. Kerajaan, sebagai penjana perpaduan kaum, hendaklah ke depan untuk memberi garispanduan dalam hal ini supaya kemuliaan dan kesucian agama Islam akan sentiasa terpelihara sementara keharmonian negara akan berkekalan. Tidak payahlah Kerajaan berselindung di sebalik rhetorik-rhetorik seperti “integrasi bukan asimilasi adalah pilihan Kerajaan” kerana tidak ramai rakyat marhaen yang faham bahasa orang-orang besar ini.

    Seperkara lagi yang ingin saya sentuh ialah peranan orang-orang Islam tertentu dalam memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam. Rasanya tidak salah jika saya katakan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menerangkan kepada sahabat-sahabat bukan Islam mereka mengenai keperluan-keperluan agama seseorang Islam dan kewajipan-kewajipan beliau kepada agamanya. Misalnya, di dalam kes mahkamah tersebut di atas, pada ingatan saya tidak dilapurkan sama ada dua hakim Melayu yang duduk bersama Y.A. Gopal Sri Ram di dalam panel Mahkamah Rayuan yang mendengar kes itu telah mengemukakan atau tidak pandangan mereka mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh sahabat mereka itu. Jika tidak, saya tidak mahu menyalahkan 100% hakim-hakim tersebut kerana mereka juga terikat kepada pandangan perundangan. Namun begitu, tidak salah bagi mereka untuk menyuarakan pandangan mereka supaya sesuatu keputusan itu boleh dibuat dengan lebih “considered” lagi.

    Apalah sebuah negara Islam jika garispanduan-garispanduan mengenai kemurtadan seseorang Islam tidak diberi dan huraikan. Apalah sebuah negara demokrasi jika kepentingan dan perasaan gulongan majoriti diketepikan atas nama “religious tolerance”. Pada pemerhatian saya, isu ini kian menjadi tandatanya dan kegundahan di kalangan penganut-penganut Islam di negara ini dan sudah sampai masanya untuk Kerajaan memberikan penjelasan. Jangan kita menjadi lemah semangat sementelah perang menentang “keganasan Islam” (sebagaimana takrif pihak barat) sedang berlaku dengan rancak. Jangan ada pula pihak yang naik semangat kerana “kemenangan” di Afghanistan dan Iraq. Negara kita adalah negara kita!
    0 Comments
     
    RahSia 5 JaRi.....
    12.26.04 (9:42 am)   [edit]

    RahSia 5 JaRi.....
    putrinazihah menulis "


    Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan .."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


    Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


     


    Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


    Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


    Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


    Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


    Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

    0 Comments
     
    ?????????????????
    12.26.04 (8:58 am)   [edit]


    0 Comments
     
    MENGENALI TOLAKANSUR AGAMA (RELIGIOUS TOLERANCE)
    12.26.04 (8:25 am)   [edit]

    kabusputih

    MENGENALI TOLAKANSUR AGAMA (RELIGIOUS TOLERANCE)

    Sat Dec 25, 2004 3:44pm

    203.106.116.29


    Pada hari natal ini, marilah kita menongkan bersama mengenai tolakansur agama (religious tolerance). Dalam hal ini, ada tiga perkembangan terkini yang menarik minat saya. Pertama, kes memakai serban di mana Y.A. Hakim Gopal Sri Ram telah memutuskan Kerajaan bertindak betul apabila melarang kanak-kanak dan guru-guru datang ke sekolah dengan memakai serban. Kedua, lapuran akhbar mengenai bantahan seorang paderi Kristian terhadap larangan menyanyikan lagu-lagu Christmas atau pun “Christnas carols” menjelang dan pada perayaan natal. Ketiga dan terakhir, sekali lagi menyentuh hakim yang sama, Y.A. Gopal Sri Ram, yang mengarahkan Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara memberi sebab kenapa Ketua Pengarah tersebut hanya menukar nama seorang Islam yang telah menukar agamanya ke Kristian tetapi tidak agamanya (dari Islam ke Kristian) di dalam kad pengenalannya walhal telah diminta berbuat demikian.

    Dalam kes pertama, pemakaian serban oleh orang Islam adalah sunat hukumnya; pakai mendapat pahala, tidak pakai pun tidak berdosa. Kerajaan melarang guru-guru dan pelajar-pelajar memakai serban di sekolah. Persoalannya, kenapakah Kerajaan melarang walhal tidak pula dinyatakan sama ada pemakaian songkok juga dilarang di sekolah. Begitu juga, dengan pemakaian baju Melayu, “coat”, dan “mortar board” (sewaktu penganugerahan ijazah di universiti-universiti). Jika serban dan jubah itu asalnya dari Arab, songkok dan baju Melayu pula berasal dari benua India dan ada kalanya dipakai oleh orang-orang yang bukan Islam. Mengenai coat dan mortar board pula, tradisi memakainya sewaktu “convocation” sudah lama menjadi amalan orang-orang barat. Malah boleh dikatakan penggunaan mortar board dan jubah-ala-barat itu menyerupai pemakaian paderi-paderi Christian.

    Dengan semangat tolakansur agama, saya tidak mahu mengatakan pemakaian songkok, baju Melayu, mortar board dan jubah-ala-barat itu salah. Kepada saya ini soal nawaitu. Yang menjadi kemushkilan kenapa pula pemakaian serban yang lebih mirip kepada pemakaian Islam dan diberi pahala pula dilarang di sekolah-sekolah. Kemushkilan inilah yang akan mendorong orang-orang Islam membuat rumusan serban dilarang kerana ia biasanya dipakai oleh pemimpin, ahli dan penyokong-penyokong PAS atau pun ia menyerupai pemakaian pengganas-pengganas Islam sebagaimana takrif barat. Kalau inilah sebab-mnasababnya, nyatalah sementara Kerajaan menyeru rakyat supaya mengamalkan tolakansur agama, Kerajaan sendiri tidak menunjukkan tolakansur tersebut kerana sebab-sebab politik. Paling malang jika larangan itu dilakukan semata-mata untuk menggembirakan Bush, Blair dan Howard. Bagi Y.A. Gopal Sri Ram (kenalan lama saya semasa berkerja di Bangunan Yee Seng, Jalan Raja Chulan) memutuskan tindakan Kerajaan itu betul adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana ia melambangkan kurangnya penghayatan terhadap kebebasan individu dan beragama serta kecenderungan untuk menyebelahi pemerintah. Kepada saya, tolakansur agama bukan hanya harus ditunjukkan oleh orang-orang Islam tetapi juga olih Kerajaan terhadap orang-orang Islam sendiri dan lain-lain pihak.

    Berbeza dengan soal serban tadi, Kerajaan telah menunjukkan tolakansur agama yang tinggi apabila menjelaskan bahawa orang-orang Kristian tidak dilarang daripada mendendangkan “Christmas carols” pada perayaan hari natal. Sebenarnya, ramai orang-orang Islam juga tidak ambil pusing jika orang-orang Kristian mahu mendendangkan lagu-lagu Christmas hatta hingga ke dinihari pun. Rasanya lagu-lagu ini lebih enak didengar daripada sesetengah lagu orang-orang Melayu. Namun begitu, orang-orang Christian harus menyedari bahawa ada lirik sesetengah lagu Christmas yang menyentuh sensitiviti orang-orang Islam. Contohnya, jika ada sesebuah lagu yang mengandungi ungkapan seperti “Father Jesus comes to town”. Kepada orang-orang Islam, Isa a.s. adalah nabi dan rasul sebelum Mohammad s.a.w. Kerana itu mereka tidak dapat menerima bahawa Isa a.s. itu Tuhan dan kerana Isa a.s. itu mengikut fahaman Islam adalah manusia, tidak mungkin beliau akan datang ke bandar kecuali di akhir zaman. Di sinilah orang-orang Kristian harus menunjukkan semangat tolakansur agama yang tinggi jika diminta meninggalkan lagu Christmas yang bercorak demikian dan tidak perlu bertegang leher untuk meminta orang-orang Islam menunjukkan semangat tolakansur agama kecuali mahu mendatangkan mudarat kepada negara dan rakyat. Pendek kata, kita jangan hanya pandai meminta tetapi tidak pandai memberi walhal orang yang diminta itu adalah gulongan majoriti sementara yang harus memberi itu pula, golongan minoriti. Hakikat inilah kadang-kadang dilupai terutama pada zaman pasca 11 September sekarang ini. Ia seolah-olah menunjukkan semangat tolakansur agama di sebelah sana sudah berkurangan semenjak penjajahan Afghanistan dan Iraq. Saya harap tidak!

    Menyentuh perkembangan ketiga, apakah perlu bagi Y.A. Hakim Gopal Sri Ram membuat arahan saperti itu? Tidakkah beliau telah dinasihatkan oleh dua lagi hakim berbangsa Melayu yang duduk bersamanya di dalam panel Mahkamah Rayuan bagi mendengar kes tersebut? Pada pandangan saya, seseorang yang arif tentunya lebih memahami bahawa Ketua Pengarah tersebut adalah seorang Islam dan terikat dengan tanggungjawabnya kepada Allah sebagai seorang Islam dan juga satu lagi sebagai seorang pegawai kerajaan; Kerajaan yang mentadbirkan negara ini mengikut perlembagaan dalam mana dinyatakan agama Islam itu adalah agama resmi negara Malaysia.

    Mengikut pemahaman saya, sebagai seorang Islam tentunya Ketua Pengarah tersebut tidak mahu dianggap bersubahat dengan seorang Islam yang murtad apabila menukarkan agama orang itu dari Islam ke Kristian di dalam kad pengenalannya. Ia adalah satu dosa besar; satu dosa, mengikut fahaman Islam, yang boleh menentukan beliau masuk syurga atau neraka. Kerana itu beliau memerlukan satu pengesahan dari orang yang pakar mengenai perkara berkenaan dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Jabatan Agama Islam atau pun Mahkamah Syariah. Saya percaya, Ketua Pengarah tersebut mahu melindungi dirinya dalam hal yang bersangkut-paut dengan kemurtadan seseorang Islam.

    Mengikut pemahaman saya lagi, sebagai seorang pegawai kerajaan pula, Ketua Pengarah tersebut mungkin berfahaman bahawa Kerajaan yang mendokong perlembagaan dan juga yang telah mengistiharkan negara ini sebagai Negara Islam, tidak akan berasa senang jika beliau menukarkan agama orang berkenaan kepada Kristian. Sekali lagi beliau mahu melindungi dirinya. Ini tidak sukar difahami.

    Jika pemahaman saya mengenai sebab-munasabab Ketua Pengarah tersebut tidak menukarkan agama orang berkenaan itu betul, adakah bersesuaian dengan amalan tolakansur agama bagi Y.A. Hakim Gopal Sri Ram memanggil beliau untuk memberi sebab. Bukankah lebih baik bagi hakim tersebut meminta Ketua Setiausaha Negara atau pun Peguam Negara memberikan penjelasan. Rakyat jelata, baik yang bukan Islam mahu pun yang Islam, juga mahu mendengar sama ada perlembagaan sebenarnya tidak melarang orang-orang Islam menukarkan agama mereka dan Kerajaan sekarang sanggup membenarkan orang-orang Islam berbuat demikian. Ini isu sebenarnya dan ia adalah tanggungjawab Kerajaan dan bukan tanggungjawab Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara. Encik Kerajaan, sila bangun dan berikan kataputus! Kalau ya, katakan ya. Kalau tidak, katakan tidak. Hanya dengan cara itu, semangat tolakansur agama di negara ini dapat diadakan atas landasan yang betul berdasarkan amalan demokrasi dan raja perlembagaan serta kacaubilau dapat dihindar.

    Akhirkata, penganut-penganut Islam dinegara ini digalak mengamalkan tolakansur agama pada tahap yang tertinggi. Demikian juga dengan Kerajaan; bukan hanya terhadap penganut-penganut agama lain dari Islam tetapi juga terhadap penganut-penganut Islam sendiri. Bagi gulongan bukan Islam pula, sementara mereka meminta orang-orang Islam mengamalkan tolakansur agama terhadap mereka, mereka juga hendaklah memahami sensitiviti-sensitiviti gulongan Islam. Penganut-penganut Islam sebenarnya telah diperintahkan oleh Allah pertama, supaya berkenal-kenalan dan berbaik-baik dengan penganut-penganut agama lain dan kedua, membiarkan penganut-penganut agama lain dengan fahaman mereka dan kita dengan fahaman kita (dengan proviso selagi mereka membiarkan kita dengan agama kita dan mereka dengan agama mereka). Inilah yang harus difahami dengan mendalam oleh penganut-penganut agama lain, terutama mengenai proviso tersebut. Dalam pada itu, faktor persekitaran juga harus diambilkira. Jika majoriti rakyat sesebuah negara itu beragama Islam dan negara itu pula mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, maka sudah barang tentulah kepentingan-kepentingan gulongan majoriti itu harus mendapat lebih perhatian sementara kepentingan-kepentingan gulongan minoriti tidak harus diabaikan. Jangan sesekali ada pihak yang cuba menangguk di air keroh dengan berlakunya peristiwa 11 September dan penaklukan Afghanistan dan Iraq. Inilah formula kita untuk kedamaian, kesejahteraan, kemakmuran dan kebahgian negara dan rakyat di dunia dan di akhirat.
    0 Comments
     
    PENCABULAN HAK PEKERJA...
    12.26.04 (8:13 am)   [edit]


    PENCABULAN HAK PEKERJA... Wakil-wakil daripada 136 orang pekerja-pekerja perkeranian dan teknikal syarikat Express Nasional Berhad (ENB) dan syarikat Transnasional Express Sdn Bhd (TESB) yang diberhentikan pada bulan Ogos 2004 lalu, menyampaikan nota bantahan untuk perhatian dan tindakan SUHAKAM di pejabat SUHAKAM pada jam 3 petang tadi (24 Disember). Foto Wan Zahari.

    0 Comments
     
    Warga Indon mengaku rogol, bunuh Syazwani
    12.24.04 (5:10 am)   [edit]
    Oleh: ZAID MOHD. NOOR

    SUNGAI PETANI 23 Dis. - Polis berjaya menyelesaikan kes rogol dan bunuh Siti Syazwani Ahmad Dasuki, 9, dalam tempoh 24 jam apabila seorang daripada 14 warga Indonesia yang ditahan semalam, mengaku melakukan jenayah itu di ladang kelapa sawit Tikam Batu, bersebelahan Taman Rhu di sini kelmarin.

    Suspek yang berusia 25 tahun dan bekerja di ladang kelapa sawit itu mengaku mencekik mangsa hingga mati, selepas merogolnya, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Law Hong Soon hari ini.

    Dia kemudian mengaku mencampakkan mangsa ke dalam parit di ladang kelapa sawit itu.

    Suspek yang masuk secara sah ke negara ini setahun lepas, ditahan bersama 13 rakannya di sebuah rumah di Taman Rhu tengah hari semalam.

    ``Hasil siasatan polis, lelaki berusia 25 tahun itu mendedahkan yang dia merogol dan membunuh mangsa sebelum mencampakkannya ke dalam parit,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

    Hong Soon berkata, polis telah mendapat perintah dari mahkamah untuk menahan reman lelaki berasal dari Bali itu selama 11 hari bagi siasatan lanjut.

    Katanya, polis menganggap kes ini selesai ekoran tertangkapnya suspek berkenaan serta keterangan yang diperoleh dalam siasatan.

    Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

    Beliau turut mengesahkan kematian Syazwani akibat dicekik selepas dirogol, selain kepalanya juga dipercayai dipukul dengan objek tajam sehingga cedera.

    Siti Syazwani, pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan (SK) Pinang Tunggal di sini ditemui mati dalam sebuah parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu pada pukul 9.15 pagi semalam.

    Mangsa yang tinggal di Taman Rhu dilaporkan tidak pulang-pulang selepas mengaji al-Quran di taman yang sama pada pukul 2 petang kelmarin.

    Muka Siti Syazwani, yang hanya dalam keadaan berbaju kurung, tersembam ke dalam parit tanpa air sedalam dua meter, kira-kira 100 meter sahaja dari rumahnya.

    Mayatnya dipercayai diheret oleh penyerangnya dan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

    Selain seluar dalam dan jeansnya dijumpai berhampiran kawasan itu, turut ditemui ialah basikal mangsa, telefon bimbit milik bapanya yang dibawa bersama, kain tudung dan beg berisi al-Quran.
    1 Comments
     
    Hukum Mengucapkan Merry Christmas
    12.24.04 (4:50 am)   [edit]
    Hukum mengucapkan Merry Christmas kepada teman-teman kita yang beragama
    Kristien adalah Haram lagi Syirik. Ia lebih besar dosanya daripada
    menyuruhorang berzina, minum arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan
    sebagainya. Ini adalah kerana dosa syirik adalah dosa yang tidak akan
    diampunkan oleh Allah jika seseorang itu mati sebelum sempat bertaubat
    daripada dosa syiriknya.

    Bagaimana mengucapkan Merry Christmas boleh menjadikan kita syirik?

    Kita tahu bahawa agama Christianity adalah agama yang batil (salah)
    lagisesat kerana mempertuhankan manusia dan rasul yang bernama Isa yang
    merekasebut sebagai Jesus Christ. Ada pula yang mempertuhankan ibunya,
    iaituMaryam. Mempertuhankan seseorang ada banyak cara, samada dengan jelas
    menyembahnya atau dengan takut kepadanya atau dengan mengharap dan
    meletakkan sandaran kepadanya, atau ghalu (melampau) dalam
    menyanjungnya dan sebagainya. Jadi, agama Christianity adalah agama syirik, agama yang
    bukan sahaja menduakan Allah, tetapi mentigakan Allah dengan ajaran Trinity
    mereka yang mengajarkan konsep the Father, the Son and the Holy Ghost atau
    HolySpirit.

    Nah, hari Natal atau Christmas adalah hari keagamaan mereka, syiar dan
    lambang kegembiraan mereka. Ia adalah perayaan yang ada sangkut paut
    denganagama sesat ini.

    Mengucapkan Merry Christmas memberi implikasi bahawa kita menyuruh atau
    menggalak atau memberi perangsang kepada orang Kristien supaya terus
    sesat dan menyesatkan. Ucapan Merry Christmas mempunyai unsur-unsur redha
    dan rela dengan kesyirikan yang mereka lakukan, atau yang mereka percayai
    atau yang mereka yakini, sekaligus memberikan kesetiaan kita kepada Bible
    yang mereka anggap sebagai wahyu!

    Apa yang perlu kita buat bila teman kita berikan kita hadiah Christmas?
    Ambil sahaja sebagai suatu kurniaan Allah kepada kita. Kalau ianya
    makanan yang halal, makanlah. Kalau benda yang baik, gunakanlah. Kalau tidak
    halal,buang sahaja. Ini bukan membazir. Sebagai contoh, memakan daging babi
    diharamkan oleh Allah didalam Al-Quran dan Al-Quran tidak
    mengharamkannya untuk orang Islam sahaja, tetapi untuk manusia secara umum. Jadi,
    kalau hadiah makanan itu tidak halal, buang sahaja. Kita tidak perlu
    membalas kembali pemberian itu. Kita pun tidak meminta diberikan sesuatu,jadi
    mengapa mesti kita terasa perlu untuk membalas kembali?

    Kalau ingin berikan hadiah sangat, berikan pada kesempatan yang lain
    yang tidak ada kaitan dengan hari kebesaran mereka atas dasar persahabatan
    biasa.Kalau teman Kristien kita mengucapkan Merry Christmas, cukup kita
    senyum sahaja dan tidak perlu membalas ucapan itu dengan kata-kata "same to
    you" atau yang senada atau yang sewaktu dengannya; kerana membalas kembali
    memberi implikasi yang telah kita bincangkan tadi. Senyuman kita itu
    pun bukan kerana gembira kepada Christmas itu, tetapi kerana kita telah
    diberikan rezeki oleh Allah yang memang patut kita bergembira dan tersenyum.

    Kalau mengucapkan Merry Christmas sahaja adalah haram, apatah lagi
    bersuka ria dan berpesta menyambut Christmas? Apatah lagi menghias pokok
    Christmas dan sibuk-sibuk di situ? Tidak cukupkah dengan IdulFitr, IdulAdha dan
    hari Jumaat yang Allah telah kurniakan kepada kita sebagai Hari Raya?

    Wajarkah kita hapuskan pahala ibadah puasa kita dengan kesyirikan yang
    amat tidak terasa itu? Dalam hadith sahih disebutkan bahawa syirik itu
    adalah seperti seekor semut hitam berjalan di atas batu yang hitam di malam
    yang gelap gelita yang berada di belakang kita. Begitulah hakikat syirik,
    tidak terasa kehadirannya, tetapi berbahaya untuk dunia dan akhirat kita.

    Sesungguhnya mengucapkan Merry Christmas adalah bid'ah aqidah yang
    berlaku setiap hujung tahun yang menghapus amalan ibadah kita sepanjang tahun
    itu dan jika ia tidak diiringi dengan Taubat Nasuha, bererti amal ibadah
    kita selanjutnya adalah null and void kerana dilakukan oleh orang-orang yang
    sudah rosak aqidahnya.

    Jadi,ucapan mudah dan ringan seperti Merry Christmas ada kuasa untuk
    menghapuskan keimanan kita sepertimana ucapan dua kalimah syahadah
    mempunyai kuasa untuk menjadikan kita orang yang memeluk Aqidah Tauhid.

    Beza antara keduanya ialah, ucapan Merry Christmas menghancurkan
    keimanan dan membawa kepada kemurkaan Allah manakala kalimah syahadah membawa
    keredhaan-Nya.

    Firman Allah di awal Surah Al-Kahfi yang bermaksud:
    Segala pujian bagi Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran)
    kepada hamba-Nya (Muhammad) dan tidak menjadikan baginya sesuatu kebengkokan.
    (Diturunkan) untuk memberikan peringatan mengenai siksaan yang keras
    dan berat dari sisi-Nya dan untuk memberikan berita gembira kepada
    orang-orang yang beriman yang beramal soleh bahawa bagi mereka pahala yang baik
    (Syurga).

    Mereka tinggal di dalamnya (Syurga) selama-lamanya.
    Dan untuk memberi peringatan kepada mereka yang berkata Allah telah
    mengambil seorang anak (eg. Christians).

    Tidak ada bagi mereka dengan kata-kata itu daripada ilmu dan tidak pula
    bapa-bapa mereka; besar (implikasi/risiko) kalimat yang keluar daripada
    mulut-mulut mereka; mereka tidak mengatakan kecuali dusta.

    Jadi, kata-kata Allah mempunyai anak itu adalah kata-kata yang besar
    implikasi dan risikonya dan besar pada pandangan Allah. Maka ucapan
    Merry Christmas yang memberi makna anjuran supaya bersukaria di hari
    kebesaran orang Kristien itu juga mengandungi anjuran supaya terus menganut
    ajaran sesat itu.

    Sepatutnya kita berdakwah kepada mereka mengenai ajaran Islam, bukan
    menggalakkan mereka terus dalam kesesatan.

    Wassalaam
    5 Comments
     
    Negara & Rakyat Kian Tidak Terurus
    12.24.04 (4:47 am)   [edit]
    kabusputih
    Negara & Rakyat Kian Tidak Terurus
    Fri Dec 24, 2004 12:35am
    210.186.19.25

    Kebelakangan ini aku lihat persaingan di antara dua kem di dalam UMNO makin menjadi-jadi. Macam ada dua kepala.

    Lihat saja response Najib/orang-orangnya berbanding response Pak Lah/orang-orangnya kepada tuduhan Thaksin bahawa orang-orang Islam di Selatan Thai telah mendapat latihan kententeraan di Kelantan. Pak Lah terkejut dan menolak sama sekali tuduhan tersebut. Anwar Musa, juara UMNO di Kelantan, rasanya tak komen pun. Tok Pa ada komen? Syed Hamid Albar bantah keras. Mohd Nor terus nafi adanya latihan tersebut di Kelantan. Mahathir suruh Thaksin bagi bukti.

    Sejurus setelah Mahathir menyuruh Thaksin mengemukakan bukti, Thaksin dan orang-orangnya kata mereka ada gambar yang diambil oleh ejen Thailand dan akan memberi kepada Malaysia jika Malaysia mahu. Thaksin juga menjelaskan dia tak kata Kerajaan Malaysia terlibat atau menyokong.

    Cerita Thaksin ini macam cerita Bush fasal WMD di Iraq. Azmi Khalid komen gambar tak boleh dipercayai kerana kawasan hutan di Thailand adalah serupa dengan kawasan hutan di Malaysia. Saya setuju. Bukan hanya hutan, orang Thai dengan orang Melayu pun dekat-dekat nak sama rupa. Najib pula tanya kalau Thailand ada maklumat risikan, kenapa tak lalui saluran yang betul untuk bagi tahu Malaysia. Tambahnya sepatutnya Thailand yang patut bagi kita bukan kita yang minta. Sambungnya lagi Thailand patut menyerahkan gambar-gambar itu kepada Malaysia supaya Malaysia boleh siasat dan jika didapati benar, tindakan akan diambil.

    Macam ada perbalahan pendapat dan pertelingkahan motif. Di satu pihak, mereka langsung tolak cerita Thaksin tu dan membayangkan kecenderungan untuk menjaga perpaduan Islam/Melayu di Malaysia. Di pihak satu lagi pula, mereka macam mahu percaya tuduhan Thaksin tu dan mahu kepada bukti supaya tindakan dapat diambil.

    Kalau Kerajaan Malaysia tak terlibat dan tak sokong, siapa yang Thaksin maksudkan yang terlibat dan sokong? Anwar Musa kata Perkim Kelantan bagi sebahagian dari wang hasil jualan konsessi balak kepada PULO. Ada pemimpin Kerajaan pula bilang sekolah agama di Kelantan sarang pengganas. Ini macam nak pekenakan PAS aje!

    Nampaknya pertelingkahan di dalam UMNO ini sungguh tak sihat. Sampai tak kira imej dan keselamatan negara. Sampai nak gadaikan saki-baki perpaduan Melayu/Islam di negara ini. Sementara itu kepentingan rakyat jelata semakin tidak terurus. Harga semuanya naik melambung. Kenaikan gaji macam tersekat-sekat atau disekat-sekat. Air keluaran PUAS terus kotor. Kemudian nak swastakan pula tu. Kadar air pasti akan naik berikutnya. Tak cukup di situ. "Kadar tersebut akan dinaikkan mengikut jadual yang dipersetujui dengan pihak berkenaan kerana Kerajaan tak larat nak bayar RMXX billion kepada mereka jika kadar tidak dinaikkan". Mungkin ini yang akan dikatakan oleh Menteri berkenaan nanti. Aku sedih!
    0 Comments
     
    Kalau tol naik, harga barang pun naik!
    12.23.04 (6:24 pm)   [edit]
    Thursday, December 23 @ 18:12:28 MYT


    Oleh Abu Nur
    KASIHAN sungguh penyokong Umno. Nak mengampu sampai terpaksa mengiyakan apa sahaja keputusan kerajaan meskipun mereka tahu ia memberi kesan buruk kepada mereka.



    Hari ini, isu kenaikan kadar tol yang dibantah oleh parti pembangkang terutamanya PAS menjadi mainan laman web Kelab Maya Umno (KMU).

    Naib Ketua Pemuda Umno, Azimi Daim mengeluarkan kenyataan yang tidak mencerminkan kesungguhan Pemuda Umno membela nasib rakyat.

    Saya memetik kenyataan itu dalam http/www.kmu.net...Azimi berkata:

    "Kita sesungguhnya faham dalam keputusan itu kerajaan telah mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua pihak,� ujarnya.

    Serentak itu, beliau turut meminta pemimpin PAS memastikan semua ahli mereka tidak menggunakan lebuh raya berkenaan sebagai tanda protes mereka terhadap kenaikan 10 peratus kadar tol itu.

    �Kita minta mereka pastikan tidak seorang pun ahli dan pemimpin mereka melalui lebuh raya terbabit mulai 1 Januari depan sebab seperti mana yang kita tahu PAS ini selalunya lain cakap di depan lain buat di belakang,� kata Azimi.

    Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai fikiran waras, kenyataan Azimi itu tidak menggambarkan pembelaan ke atas rakyat, malah beliau secara angkuh membela keputusan kerajaan.

    Tidakkah beliau terfikir bahawa, PLUS adalah syarikat yang diswastakan kerajaan di mana kerajaan juga mempunyai kepentingan dalam pemegang saham, selain mendapat cukai pendapatan tahunan daripada syarikat tersebut.

    "Tak untungkah lagi kerajaan?" Mengikut kenyataan Pengerusi PLUS, Tan Sri Shariff Mohd Kasim, PLUS masih mendapat keuntungan walaupun pada 1 Januari ini mereka tidak menaikkan kadar tol kepada 10 peratus...

    Azimi perlu melihat perkara ini secara rasional. Mengapa PLUS atau kerajaan tidak mengkaji kenaikan terlebih dahulu dengan mendapatkan pendapat umum, pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NG0) dan aktivis masyarakat.

    Satu perkara yang Azimi dan ahli Umno perlu ingat, kenaikan harga tol, kesan yang paling buruk akan berlaku kepada sektor pengangkutan.

    Benar jika mereka kata pekerja seperti kerani dan kakitangan rendah tidak akan menaiki kereta ke tempat kerja, tetapi tahukah mereka kerani dan kakitangan rendah yang lain akan menggunakan bas atau kenderaan pengangkutan lain untuk ke tempat kerja.

    Tidak cukup dengan itu, lori yang mengangkut beras, gula, belacan juga guna lebuh raya. Apabila kos naik, tentulah mereka akan naikkan harga barang yang juga akan digunakan oleh orang Umno.

    "Jika tol naik, tidakkah pengusaha bas dan lori akan mengenakan caj tambang yang lebih? Takkan peniaga dan pemborong tidak akan menaikkan harga barang akibat kenaikan harga tol. Jika harga barang naik, semua pihak tidak kiralah yang kaya atau yang miskin akan menerima bebannya. Bagi yang kaya mungkin tidak terasa bebannya tetapi bagi yang miskin�renungkanlah�

    Jika sekalipun nak mempertahankan keputusan kerajaan, ahli mahupun pemimpin Umno perlulah memikirkan tentang hak dan kerisauan rakyat. Jangan hanya membuat kenyataan yang tidak berasas. � lanh
    0 Comments
     
    AN OPEN LETTER TO PM ABDULLAH AHMAD BADAWI
    12.23.04 (6:22 pm)   [edit]
    Corruption Is A Way Of Life In Malaysia


    The Right Hon. Abullah Badawi <