Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Wang atau tiada apa
    01.26.05 (12:35 pm)   [edit]

    Wang atau tiada apa



    Oleh George Monbiot

    Jika wang yang telah dijanjikan untuk mangsa-mangsa tsunami kurang dari jumlah yang diperlukan, sebahagiannya adalah disebabkan oleh keutamaan-keutamaan lain, yakni perang di Iraq

    Tidak pernah ada saat sebegini di kaca-kaca televisyen di Britain. Begitu asyik sekali menonton Vicar of Dibley, salah satu sitkom kegemaran kita yang seperti biasa menghiburkan pada Hari Tahun Baru apabila secara tiba-tiba kita terpukul dengan satu babak daripada dunia lain. Dua orang kanak-kanak Afrika teresak-esak dan cuba untuk menenangkan antara satu sama lain selepas ibu mereka meninggal dunia akibat AIDS. Bagaimana mungkin, saya tertanya-tanya, rancangan itu akan membuatkan kita ketawa selepas itu? Ia tidak bertujuan begitu. Satu demi satu watak-watak, terkenal dengan kebiadapan sempit, berdiri di hadapan kamera memakai lilitan putih di lengan yang menunjukkan sokongan mereka untuk kempen Make Poverty History. Anda mungkin berhati batu jika tidak menangis.

    Masanya memang tepat. Di dalam kedai saya di Oxfam pada minggu lalu, orang ramai beratur sehingga ke pintu untuk menjanjikan wang bagi dana mangsa tsunami. Sebuah pub di bahagian lain bandar itu telah mengumpulkan £1,000 pada malam minggu. Di dalam satu mangkuk di atas sebuah kaunter agen berita tempatan mengandungi mungkin hampir £100. Wanita yang menguruskan kedai roti itu menceritakan mengenai seorang lelaki tanpa rumah, yang mengeringkan simpanan-simpanannya di bank, berkata “Saya hanya cuba untuk melakukan bahagian saya,” sementara keseluruhan yang berbaris cuba menahan diri dari menangis.

    Sejak beberapa bulan lalu, melihat kurangnya minat umum yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Republik Demokratik Congo, dan kegagalan, di barat, untuk menggerakkan bantahan-bantahan berterusan terhadap kekejaman-kekejaman berterusan di Iraq, saya mula tertanya-tanya sama ada kita telah kehilangan keupayaan kita untuk memahami masalah-masalah orang lain. Saya kini telah berhenti menyoal diri sendiri. Tindakbalas terhadap tsunami menunjukkan bahawa, bagaimanapun kita mungkin berusaha untuk menutupnya, kita tidak mampu menghapuskan keupayaan kita untuk meletakkan diri dalam kedudukan orang lain. Tetapi satu persoalan ketara berulang kembali. Mengapa perlu bantuan untuk mereka yang terjejas, di dalam dunia mewah yang belum pernah berlaku sebelum ini, bergantung atas dorongan hati rakyat dan rayuan-rayuan oleh bintang-bintang pop dan para pelawak? Mengapa, apabila kemelaratan melampau boleh menjadi sejarah dengan hanya satu peruntukan semula sumber-sumber kewangan umum, dunia yang miskin masih perlu menanti orang yang tidak berumah di negara kaya untuk mengosongkan simpanan-simpanan mereka?

    Jawapan yang jelas ialah kerajaan memiliki keutamaan-keutamaan lain. Dan suatu yang terpantul di fikiran ialah peperangan. Jika wang yang telah mereka janjikan untuk mangsa-mangsa tsunami masih jauh kurang daripada jumlah yang diperlukan, ia sebahagiannya disebabkan oleh dana kontigensi yang dikeluarkan sewaktu krisis, telah dibelanjakan untuk meletupkan orang ramai sehingga berkecai di Iraq.

    Kerajaan AS setakat ini telah berjanji untuk menyumbangkan $350 juta kepada mangsa-mangsa tsunami, dan kerajaan UK sebanyak £50 juta ($96 juta). AS telah membelanjakan sebanyak $148 bilion untuk peperangan di Iraq dan UK pula sebanyak £6 bilion ($11.5 bilion). Peperangan tersebut telah berlangsung untuk 656 hari. Ini bermakna bahawa jumlah wang yang telah diikrarkan untuk bencana tsunami oleh Amerika Syarikat bersamaan dengan perbelanjaan satu setengah hari di Iraq. Wang yang diserahkan oleh UK menyamai kepada lima setengah hari dalam peperangandi Iraq.

    Ia masih kelihatan teruk apabila anda bandingkan kos peperangan tersebut terhadap jumlah keseluruhan belanjawan bantuan asing. UK telah membelanjakan hampir dua kali ganda lebih banyak di dalam mencipta penderitaan di Iraq daripada perbelanjaan tahunannya yang dibelanjakan di tempat-tempat lain. Amerika Syarikat sekadar menyumbangkan lebih sedikit dari $16 bilion di dalam bentuk bantuan asing: kurang dari satu per sembilan wang yang ia telah bakar sehingga kini di Iraq.

    Perangkaan-perangkaan untuk peperangan dan bantuan adalah perlu dibandingkan kerana, ketika kesemua alasan-alasan lain yang digunakan untuk penaklukan Iraq dilucutkan satu per satu, kedua-dua kerajaan menjelaskan bahawa ia (perang) dilancarkan untuk kebaikan para penduduk Iraq.

    Marilah kita, untuk seketika, mengambil dakwaan ini pada zahirnya. Mari kita andaikan bahawa penaklukan dan pendudukan Iraq tiada kena-mengena dengan kuasa, politik-politik dalam negara atau minyak, tetapi, hakikatnya, komponen-komponen dari satu program bantuan hebat. Dan marilah kita, dengan kemurahan hati yang tidak terhad, mengandaikan bahawa lebih ramai penduduk di Iraq telah mendapat faedah hasil dari program bantuan ini berbanding yang rugi.

    Untuk mewajarkan perang tersebut, walaupun dengan andaian-andaian liar yang tidak selamat ini, George Bush dan Tony Blair terpaksa menunjukkan bahawa wang yang telah mereka belanjakan adalah untuk tujuan-tujuan kos yang berkesan bagi melegakan penderitaan yang dialami oleh manusia. Memandangkan adalah mencukupi untuk melakukan peningkatan yang boleh diukur di dalam kehidupan kesemua 2.8 bilion penduduk yang hidup dalam kemiskinan mutlak, dan hanya terdapat 25 juta orang penduduk di Iraq, ini secara mudahnya tidak mungkin. Malahan jika anda tidak menghiraukan setiap isu yang lain – umpamanya perkara yang tidak penting seperti pembunuhan besar-besaran – kos peluang bagi perang Iraq mengkategorikannya sebagai bencana kemanusiaan. Oleh itu, pengiraan yang dibuat menunjukkan, pada kos asas sahaja, sebuah peperangan kemanusiaan adalah satu istilah yang bercanggah.

    Tetapi para pemimpin kita nampaknya telah kehilangan upaya untuk membezakan di antara menolong orang ramai dan membunuh mereka. Nada mesej Tahun Baru Blair hampir sama dengan desakan menyentap-airmata beliau agar kita memahami penduduk awam Iraq perlu dibom untuk kebaikan mereka. Tentera-tentera Marin AS yang kini telah dikerah ke Sri Lanka bagi membantu operasi menyelamat, hanya beberapa minggu lalu, membunuh orang-orang awam (untuk ini, ingat, ini adalah satu peperangan yang tidak sah), memusnahkan kediaman dan mengusir keseluruhan populasi di Bandar Fallujah.

    Bahkan di dalam belanjawan-belanjawan bantuan rasmi sasaran kedua-duanya mengelirukan: $8.9 bilion dari wang bantuan yang AS belanjakan telah digunakan untuk bantuan ketenteraan, operasi-operasi anti-dadah, menentang keganasan dan dana bantuan dan pembinaan semula Iraq (dalam hal lain dikenali sebagai tabung amanah kebajikan Halliburton). Bagi Bush dan Blair, operasi bantuan tsunami dan peperangan di Iraq adalah dua episod tindakan menyelamat daripada bencana di dalam bentuk cerita yang sama. Dunia yang bertamadun belayar untuk menyelamatkan warga-warga asing daripada kegelapan mereka.

    Sementara mereka membelanjakan wang yang telah kita serahkan kepada mereka untuk meringankan penderitaan yang membunuh mereka yang miskin, dunia perlu bergantung kepada bantuan bencana daripada lelaki tidak berumah yang mengosongkan poketnya. Jika para pemimpin kita benar-benar bermurah hati di dalam membantu orang ramai seperti juga membunuh mereka, tiada sesiapa yang akan kelaparan.

    Karya ini asalnya telah diterbitkan di dalam The Guardian (UK).

    George Monbiot adalah penulis ‘Poisoned Arrows’ dan ‘No Man’s Land’ (Green Books). Baca lebih lanjut tulisan-tulisan beliau di Monbiot.com

    1 Comments
     
    Mangsa Tsunami: Kami Terabai Kami Tertipu
    01.26.05 (12:32 pm)   [edit]

    Mangsa Tsunami: Kami Terabai Kami Tertipu



    Oleh Zulkifli Mohamed

    Malaysia Today beri ruang mangsa tsunami luahkan rasa tidak puashati

    KOTA KUALA MUDA- 24 Jan: “Selepas 2 hari balik dari pusat penempatan, kami diberi sekampit beras dan setin sardin. Saya tanya mereka bekalan ini berapa hari boleh tahan untuk 8 orang makan? Kerajaan hanya beri RM500.00. Dengan duit sebanyak itulah kami membeli dapur, rempah, cabai… mana cukup. Mereka berjanji selepas kami balik ke rumah masing-masing kami akan dibekalkan segala keperluan dapur. Tapi, satu benda pun mereka tidak beri. Di mana tanggungjawab kerajaan hari ini?”

    “Lainlah mereka yang tinggal di rumah transit, mereka dapat serba sedikit bantuan. Itupun ada penipuan. Sebab, ketika Datuk Najib mai (datang) rasmi, rumah contoh dilengkapkan peti ais, kerusi, meja, katil, tapi selepas Najib balik, mengapa semua peralatan itu diambil balik? Seluruh negara tahu perkara ini. Ini satu penipuan seluruh Malaysia. Kita patut sedar, ini kenyataan.”



    Begitulah antara keluhan Abdul Halim Abdullah, bekas ahli JKKK Kampung Masjid, ketika menyuarakan ketidakpuasan hati beliau kepada Jawatankuasa Pusat Perhubungan Bantuan Komuniti Tsunami, Sungai Petani dan Malaysia Today. Perjumpaan dengan sebahagian mangsa tsunami yang mendiami rumah separuh rosak, (Kategori rumah kelas “B” atau “C”) diadakan berikutan aduan mangsa yang terasa mereka diabaikan dan kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah mereka.

    Kata Halim, “Sepatutnya kerajaan beri duit untuk membantu mangsa yang musnah papa kedana, tinggal sehelai sepinggang. Kami hanya terima bantuan daripada NGO yang beri beras, gula, kopi, hinggakan belacan pun mereka beri. Kerajaan tak beri apa-apa.”

    Sambungnya, “Kami tidak mahu mempertikaikan bantuan kepada mereka yang meninggal, tetapi bagaimana dengan ribuan yang masih hidup dibiarkan menderita. Duit yang telah dikumpul lebih RM40 juta itu derma daripada rakyat, bukan hak kerajaan lagi. Kerajaan perlu bertanggungjawab. Ini negara Malaysia, bukan Syarikat Malaysia. Berapa banyak orang ramai derma, duit itu kena dikeluarkan bukannya untuk disimpan.”

    Menurutnya lagi, “Saya pernah buat inisiatif sendiri, catatkan senarai nama orang kampung dan diserahkan kepada pihak berkenaan, tetapi mereka tidak terima, mereka menganggap orang kampung macam kami ini, bodoh.”

    Bagi Badaruddin Hamid, nelayan, turut tidak berpuashati dengan kadar bantuan yang telah diterima para nelayan. Katanya, “Dengan bantuan RM3000.00 apa yang kami boleh buat? Hendak perbaiki bot pun tak cukup.” Menurutnya, kos untuk “overhaul” enjin sahaja mencecah RM5000.00.

    Manakala, bot-bot yang musnah mencecah puluhan ribu untuk diganti. Katanya, badan bot sahaja bernilai RM30,000.00, enjin RM15,000.00, pukat RM5000.00, dan peralatan-peralatan lain-lain menjangkau RM7000.00.

    Beliau yang mendakwa botnya telah musnah, kini menjadi ‘penganggur terhormat’.

    Katanya, Datuk Sharif Omar, Timbalan Menteri Pertanian telah melawat mereka dan berjanji kerajaan akan mengeluarkan dana RM25,000.00 kemudian bantuan akan ditambah sehingga mencukupi kos pembaikian. Tetapi apabila beliau merujuk kepada pegawai LKIM, mereka memaklumkan dana diperuntukkan setakat RM25,000.00. sahaja.

    Bercakap soal bantuan, kata Badaruddin, “Kami macam makan debu saja. Sebab semua bantuan ditumpukan kepada mangsa di rumah transit, padahal kami juga kehilangan segala peralatan rumah dan bot. Tilam bantal pun saya tidak dapat.”

    Beliau turut mengakui telah menerima bantuan RM3000.00 untuk kerosakan bot, dan RM2000 untuk kos pembaikan rumah. Sekarang terpaksa tinggal bersama dengan dua keluarganya yang lain dalam sebuah rumah.

    Seorang lagi nelayan, Kassim Yahya, 56 tahun, turut meluahkan isihatinya. “Mata pencarian kami hanya laut. Sehingga sekarang kami tidak boleh ke laut lagi, dah sebulan. Bot kami rosak, kerajaan keluar dana, itupun kami kena bayar semula. Saya dah tua, saya tiada hutang. Tiba-tiba hari ini, dah tua nak mampus nak kena hutang lagi.”

    “Hidup kami sekarang hanya mengharapkan bantuan orang ramai, sampai bila kami perlu bergantung kepada orang ramai? Kami nak hak kami, sekurang-kurangnya kami dapat turun ke laut semula,” rayunya.

    Beliau turut mengakui telah menerima bantuan awal sebanyak RM500.00. RM2000.00 untuk membaiki rumah dan sebanyak RM3000.00 untuk membaiki bot. Beliau turut mengakui telah menerima sumbangan RM200.00 daripada Persatuan Agama Buddha. Namun bantuan sebanyak itu tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Pakcik Kassim turut mendakwa, kunci rumah transit yang diterimanya telah diambil semula oleh pihak-pihak terbabit.

    Sementara itu, tinjauan Malaysia Today, mendapati sebahagian dinding dapur rumah Pakcik Kassim telah roboh dan tiada jaminan rumah tersebut selamat diduduki.

    Ahmad Yahya, 60an ahli persatuan nelayan yang bernombor 174, turut mendakwa segala peralatan rumahnya rosak dan musnah.

    Katanya, “Saya pernah menunggu bantuan yang diberi di SM Kebangsaan Kota Kuala Muda, dari siang sehingga malam. Bukan sahaja RM1000.00 yang dijanjikan tidak dapat, nama saya pun tiada dalam senarai.

    “Tilam pun baru terima tadi.” Katanya.

    Malaysia Today turut dimaklumkan, bantuan tilam daripada Pejabat Daerah baru diserahkan semalam, kepada sebahagian mangsa. Itupun setelah perkara ini dimaklumkan kepada pihak berkenaan oleh individu prihatin yang enggan namanya disiarkan.

    Abdul Wahab Arifin, yang menduduki rumah sewa dan mempunyai 5 anak turut meluahkan rintihan hatinya.

    “Rumah sewa saya kecil, anak-anak hendak belajar, nak sembahyang semuanya di situ. Saya pohon rumah transit, jumpa Penghulu Ghani dan ADUN Pantai Merdeka Dr. Shuib. Saya minta ehsan, kerana saya mangsa dan tiada rumah. Tapi permohonan saya ditolak kerana saya dianggap “banyak mulut.”

    Malah menurutnya, permohonan beliau selama ini untuk mendapatkan rumah KEDA dan PPRT tidak pernah dilayan. Wahab turut mendakwa rumah sewanya terselamat daripada ombak tsunami, kerana beliau melaungkan azan ketika badai tsunami melanda.

    Sementara, Hj Hussin Hj Osman, 62 tahun, mendakwa, pampasan yang diberikan tidak adil antara mangsa di pusat penempatan dan mangsa yang tinggal di rumah sendiri.

    Katanya “Sebahagian rumah dan peralatan dalam rumah kami rosak, tiada sebarang gantirugi. Bantuan sebanyak RM2000.00 tidak cukup untuk membaiki rumah dan menggantikan peralatan-peralatan yang rosak. Itupun masih terdapat sebahagian mangsa yang langsung tidak menerima bantuan RM2000.00.”

    Beliau turut memaklumkan, telah mendapat gantirugi peralatan rumah daripada Tan Sri Eric Chia. Hj Hussin melahirkan kekesalan, “Saya berasa sedih dan marah, sedih kerana orang bukan Islam yang datang memberikan bantuan, marah kerana ke mana perginya korperat dan pemimpin Melayu yang kaya-raya itu?”

    Malah, katanya, Eric Chia turut menyatakan kepadanya, “Tuhan akan marah, jika saya tidak pulangkan semula wang ini kepada saudara semua.”

    Sementara itu, Puan Salma Ismail, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, yang turut hadir dalam perjumpaan itu, mahukan kerajaan menyalurkan secepat mungkin bantuan kewangan kepada mangsa. Mengikut kiraannya, kerajaan baru menyerahkan sejumlah wang tunai yang kecil kepada para mangsa, berbanding kutipan tabung tsunami yang telah mencecah lebih daripada RM40 juta.

    Ir. Zamri Yusof, Ketua Angkatan Muda PKR Sungai Petani, juga selaku Pengarah Pusat Perhubungan Komuniti Sungai Petani, yang turut serta dalam perjumpaan itu menjelaskan, “Kenyataan dalam akhbar selama ini bukannya indah khabar dari rupa, tetapi jauh daripada yang digambarkan. Kedudukan sebenarnya, rumah yang mereka duduki sekarang ini belum selamat didiami dan tidak mendapat bantuan yang secukupnya untuk membaiki rumah tersebut supaya selamat didiami.”

    Katanya lagi, kerajaan telah mengabaikan dan tidak mengambilkira keperluan para nelayan untuk membolehkan mereka turun ke laut secepat mungkin. Nelayan terus tertunggu-tunggu kerana sehingga minggu kelima, mereka tidak mendapat sebarang taklimat lengkap berkaitan dengan bantuan yang akan diperolehi. Kerajaan dilihat cuba melengah-lengahkan bantuan.

    Dalam perjumpaan tersebut, semua mangsa kelihatan “puas” kerana dapat melahirkan isi hati masing-masing tanpa berselindung, kerana dakwa mereka, selama ini suara mereka tidak didengari oleh mana-mana pihak dan disisihkan oleh media arus perdana yang enggan menyiarkan keluhan mereka.

    Dalam pada itu, Malaysia Today dimaklumkan kesemua 112 keluarga mangsa tsunami telah mendiami rumah transit yang dibina sebanyak 120 unit. Setiap keluarga telah menerima RM5000.00 baru-baru ini. Tinjauan yang dibuat, mendapati bendera Umno dan Kedah turut dikibarkan di tiang bendera setinggi 10 meter yang dibina khas di depan perkampungan rumah transit berkenaan.

    Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Aznan Nasharuddin, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Komuniti Sungai Petani dan Zarini Zainol, Exco Wanita PKR Pusat.

    2 Comments
     
    PM tidak kota apa yang dicakapkannya dulu - Kamarudin Jaffar
    01.26.05 (11:56 am)   [edit]

    KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi seolah-olah menghalang media melaporkan siasatan BPR terhadap beberapa timbalan menteri bercanggah dengan janjinya ketika memegang jawatan dahulu.

    Anggota Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, sepatutnya Perdana Menteri menggalakan media membuat laporan sebarang salah laku mana-mana pemimpin kerajaan.

    "Sepatutnya PM tidak menghalang siasatan atau laporan. Kenyataan PM hari ini seolah-olah dia tidak berpuashati dengan laporan media dan cuba menghalang kerja BPR menjalankan tugasnya," kata Kamarudin.

    Media hari ini melaporkan kenyataan PM yang meminta media jangan mengganggu siasatan BPR dan menghentikan dakwaan melalui media.

    Ini ekoran laporan media berdasarkan kenyataan BPR yang sedang menyiasat seorang timbalan menteri yang didakwa terlibat dalam mempengaruhi Tenaga Nasional memberikan tender bernilai RM1.6 juta.

    Sebelum itu, media melaporkan BPR membuat kenyataan pihaknya sedang menyiasat seorang timbalan menteri berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak sebuah pusat latihan.

    Menurut Kamarudin, PM sepatutnya menggalakkan BPR dan membuat siasatan secara terbuka kepada mana-mana pemimpin yang disyaki terlibat dengan penyelewengan.

    "Di UK baru-baru ini misalnya, seorang menteri kanannya, David Bunkett, disiasat dan dilaporkan oleh media berhubung dengan dakwaan beliau terlibat memberi visa kepada pembantu rumah kekasihnya.

    "Beliau disiasat dan dilaporkan oleh media. Oleh kerana ada keraguan wujud dalam kesnya, beliau telah meletakkan jawatan," kata Kamarudin.

    0 Comments
     
    Jangan urus OIC macam Umno - KeADILan
    01.25.05 (3:54 pm)   [edit]














    Jangan urus OIC macam Umno - KeADILan
    Tuesday, January 25 @ 14:23:12 MYT
    Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
    KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diingatkan supaya tidak menguruskan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) seperti beliau menguruskan Umno.

    Jurucakap Angkatan Muda KeADILan, Badrul Hisham Shaharim berkata, dalam keadaan di mana sebuah negara Islam iaitu Iran diancam Amerika Syarikat, Malaysia dituntut untuk menggerakkan OIC bersatu menentang niat jahat Amerika itu.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut isu kenyataan Presiden Amerika, George W.Bush yang mahu menyerang Iran berikutan dakwaan memiliki senjata nukleur.

    Badrul mengingatkan Abdullah selaku Pengerusi OIC supaya jangan bertindak menguruskan OIC seperti mengurus Umno.

    Tambahnya, sebelum ini OIC dilihat hanya menghimpun ulama bagi mencanang perpaduan sahaja tanpa sebarang tindakan apabila negara anggota menghadapi tekanan dari Amerika.

    "Kali ini Amerika di bawah pemerintahan kali kedua Presiden yang sama, George W.Bush yang menyerang Iraq dan Afghanistan sekali lagi mengugut mahu mengancam negara umat Islam.Kemungkinan besar perang itu terjadi,"tegas beliau.

    Angkatan Muda KeADILan menyifatkan inilah cabaran sebenar komitmen Abdullah sebagai Pengerusi OIC dalam mendepani ancaman negara kuasa besar.

    "Abdullah jangan hanya berkokok dalam negara sahaja.Cerita besar-besar dalam akhbar tentang OIC.Tetapi ini masa praktikkan.Tragedi perang yang sama seperti di Iraq perlu dihentikan, cukuplah Afghanistan dan Iraq jadi mangsa terakhir Amerika,"tegasnya.

    Sebelum ini ketika Iraq dan Afghanistan diancam oleh Amerika,OIC sendiri hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa berusaha membantu negara umat Islam ketika itu.

    Untuk itu jelas beliau, OIC sendiri perlu menegaskan dengan berani pendirian pertubuhan Islam itu menentang hasrat Amerika.

    Tambahnya, dalam isu ini Angkatan Muda KeADILan berharap OIC mampu memberi tekanan kepada Amerika yang disifatkan sebagai 'gangster'.

    "OIC sebelum ini tidak mampu lakukan kerana tidak ada penyatuan.Justeru kami menuntut Abdullah memainkan peranan mengerakkan OIC menyatukan negara anggota menentang hasrat Amerika ini,"tegas beliau.

    Beberapa hari lalu,akhbar arus perdana melaporkan bahawa Amerika telah mengumumkan untuk menyerang Iran berikutan dakwaan memiliki senjata nukleur.

    Sebelum ini Amerika pernah mengancam untuk menyerang negara Islam tersebut bagaimanapun niat jahat itu tidak kesampaian setelah Iran berkeras menentang hasrat Amerika. - mks.

    0 Comments
     
    Tidak Dapat Dielakkan, Islam Kini Kembali
    01.24.05 (4:40 am)   [edit]

    Tidak Dapat Dielakkan, Islam Kini Kembali



    ‘Pihak Barat perlu memahami ianya tidak dapat dielakkan: Islam kini kembali’

    Faisal al Yafai berbicara dengan kumpulan Islam paling radikal di Britain, yang diharamkan di seluruh Timur Tengah, tentang kepercayaan, tentangan dan masa depan.

    Dewan East London membalikkan bunyi suara penceramah: “Mereka mahukan kita mendefinasikan semula Islam untuk menyesuaikannya dengan agenda barat,” zikirnya, dan para hadirin berbisik sesama sendiri. “Islam akan menjadi politik, tidak kira sekuat mana pun mereka mencuba. Islam itu sendiri bersifat politik. Allah tidak berdiam diri bila menyentuh tentang politik.”

    Penceramah tesebut merupakan anggota Hizb ut Tahrir, kumpulan Islam paling kontroversi di Britain hari ini. Para pengkritik telah menggesa agar kumpulan itu diharamkan, seperti yang dilakukan di Jerman, manakala para penyokong mengalu-alukannya sebagai penyelamat komuniti Islam. Hizb – namanya bermakna Parti Pembebasan dalam bahasa Arab – diharamkan di seluruh Timur Tengah, dan tiga orang lelaki British dipenjara di Mesir atas tuduhan menyebarkan pandangannya. Di Uzbekistan, beribu-ribu orang anggota Hizb berada di dalam penjara, dan satu badan pemikir Russia telah menyamakan kumpulan itu dengan al-Qaida.

    Lapan belas bulan yang lalu, kumpulan tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila isteri kepada Omar Sharif, warga Britain yang telah melancarkan satu serangan berani mati yang gagal di Tel Aviv, didapati memiliki risalah-risalah kumpulan tersebut di kediaman beliau. Hizb ut Tahrir juga mempunyai tapak di kampus-kampus universiti, di mana ia telah didakwa sebagai anti-yahudi.

    Sehingga baru-baru ini, kepimpinan Hizb sangat berahsia dan berhati-hati, keberatan untuk mendedahkan maklumat-maklumat lengkap mengenai skala keanggotaannya, struktur kepimpinan atau pembiayaannya. Seorang bekas anggota yang telah bertahun-tahun bersama kumpulan itu berkata mungkin terdapat hanya 500 orang anggota di seluruh negara, tetapi kumpulan berkenaan mungkin memiliki 10 kali ganda bilangan penyokong yang komited. Persidangan tahunan Hizb di Birmingham pada tahun lalu menarik kira-kira 8,000 orang, jumlah paling ramai setakat ini untuk sebuah pertubuhan Islam.

    Di dalam satu petanda yang kumpulan itu sedang bertukar arah, ia telah memberi Guardian laluan yang belum pernah diberikan sebelum ini kepada barisan kepimpinannya. Akhbar tersebut telah berbicara dengan anggota-anggota dan bekas-bekas anggota Hizb dan para penyokongnya di London, Derby, Leicester, Birmingham, Nottingham dan Manchester di dalam satu percubaan untuk menyatukan motivasi dan ideologi kumpulan tersebut.

    Ketua kumpulan berkenaan, seorang perunding teknologi maklumat berusia 28 tahun dikenali sebagai Jalaluddin Patel, adalah pemimpin pertama di dalam sejarah 18 tahun kewujudannya di United Kingdom berbicara kepada akhbar kebangsaan tersebut. Beliau berkata Hizb tidak mempunyai apa-apa yang ingin disorokkan tetapi tidak akan mendedahkan bilangan keahlian kumpulan itu: “Ini disebabkan isu keselamatan semata-mata. Kami tidak pasti bagaimana masyarakat barat akan melayan satu kumpulan seperti kami.”

    Patel menegaskan bahawa Hizb bukanlah satu ancaman kepada barat, tetapi merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi beliau menambah bahawa barat “perlu memahami satu perkara yang tidak dapat dielakkan, dan perkara tersebut ialah Islam kini muncul kembali, pemerintahan Islam akan dilaksanakan di dunia tidak berapa lama lagi… Masyarakat Islam perlu menyedari bahawa cara untuk yang akan mengembalikan maruah dan membawa kemajuan kembali ke dunia Islam ialah dengan membentuk satu pemerintahan Islam yang moden.”

    Gesaan untuk menubuhkan semula pemerintahan Islam, satu negara Islam tunggal yang wujud untuk 1,500 tahun, sehingga berakhirnya empayar Othmaniah pada tahun 1924, membentuk inti sari mesej kumpulan itu. Tetapi ia menyeru agar umat Islam membina kekuatan bukan dari segi politik semata-mata; juga dari sudut keagamaan. “Duniawi telah menggagalkan dunia” satu poster Hizb mengisytiharkan.

    Membawa semula pemerintahan Islam bukanlah sesuatu yang mudah: di dalam satu perdebatan mengenai masa hadapan Iraq, yang diadakan berhampiran Brick Lane, seorang wartawan Amerika memberi amaran kepada hadirin bahawa Amerika, China dan India tidak akan bertolak-ansur dengan sebuah negara Islam “menimbulkan ketegangan di serata dunia. Pasti akan berlaku satu tindakbalas.”

    Mesej Hizb terlalu radikal untuk dilihat dengan segera sebagai satu ancaman. Tetapi skala cita-citanya yang menarik perhatian. Hizb kelihatan memfokuskan usaha-usahanya di Britain untuk menyingkirkan Presiden Pakistan Musharraf, sekutu utama Amerika Syarikat di dalam peperangan menentang keganasan. Bulan lalu kumpulan tersebut mengetuai satu perarakan ribuan orang menuju ke pejabat pesuruhjaya tinggi Pakistan di London, mendesak untuk satu perubahan rejim dan membuat pengisytiharan “Tentera Pakistan: mengapa anda berdiam diri?”

    Di Pakistan perkhidmatan keselamatan berkata mereka sedang membuat pemantauan ke atas Hizb, berhati-hati dengan kaitan kumpulan tersebut dengan golongan berpendidikan kelas menengah dan bimbang mengenai kemungkinan hubungannya dengan kumpulan-kumpulan lain, yang lebih radikal.

    ‘Brainwash’

    Di sebalik tindakan terbaru oleh kumpulan itu untuk mendedahkan dirinya – pada bulan Mac tahun ini, untuk pertama kalinya, Hizb mengumumkan sembilan orang yang membentuk jawatankuasa eksekutif kumpulan – namun untuk menganggotainya tetap sukar. Sebelum menjadi ahli, para penyokong perlu dijemput untuk menyertai satu kumpulan belajar. Patel menafikan idea pembentukan kumpulan-kumpulan belajar ini adalah untuk brain-wash para penyokongnya. “Jika anda menganggap membasuh otak sebagai tindakan untuk menyampaikan idea dan berhujah berdasarkan kepada idea-idea tersebut, maka saya bimbang itulah apa yang sepatutnya. Tetapi mujurlah kami tidak terlibat dengan tindakan brainwash.”

    Pada usia 28 tahun, Patel secara perbandingannya agak muda untuk mengetuai satu kumpulan peringkat kebangsaan, walaupun beliau telah terlibat dengan Hizb semenjak berusia 16 tahun. Beliau menyertai Hizb untuk mencari pelbagai jawapan, mentelaah bersama kumpulan itu, dan menjadi pengerusi jawatankuasa eksekutif di usia 26 tahun. Walaupun keberatan untuk membicarakan mengenai latar belakangnya sendiri, jelas beliau dibesarkan dalam suasana yang selesa dan tidak bersifat politik semata-mata – beliau berkata bapanya tahu mengenai penglibatannya di dalam Hizb tetapi tidak mengetahui beliau mengetuainya. “Kini dia akan tahu.”

    Hizb kerap mengadakan perdebatan umum dengan tokoh-tokoh politik atau media. Pertemuan itu kebiasaannya penuh sesak dengan hadirin. Di seluruh negara kumpulan itu menerbitkan buku-buku dan majalah-majalah dan mengadakan kumpulan-kumpulan perbincangan untuk cuba merangsang masyarakat Islam dengan pelbagai isu berbeza. Tetapi penyelesaiannya masih penubuhan semula pemerintahan Islam.

    Hizb keberatan untuk memberitahu dari mana ia memperolehi sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Patel berkata ia diperolehi keseluruhannya daripada derma-derma para anggota dan penyokongnya, dikumpul pada masa ia diperlukan. Tiada seorang pun anggota kumpulan yang menerima gaji.

    Hizb ut Tahir telah ditubuhkan di Jerusalem pada 1953 oleh seorang hakim Palestin. Sejak itu, ia telah berkembang ke serata Timur Tengah dan ke seluruh dunia, dari Indonesia ke Amerika. Tetapi di Britainlah kemungkinannya kumpulan tersebut mempunyai kehadiran paling kukuh. Persidangan-persidanganny a telah menarik ribuan penduduk Islam Britain.

    Di Tower Hamlets, timur London, Hizb mengedarkan satu risalah menentang pesta Brick Lane pada bulan lalu, berhujah bahawa menggalakkan “budaya meminum arak, menari dan pergaulan bebas” bukanlah imej yang ingin digambarkan oleh masyarakat Islam di kawasan itu.

    Mesyuarat-mesyuarat – atau “lingkaran-lingkaran” – mengikut format yang sama, dengan seorang penutur daripada kumpulan tersebut memperkatakan mengenai sesuatu subjek untuk sekitar 40 minit. Para hadirin, rata-ratanya para pelajar dan profesional di dalam usia 20-an dan 30-an, mendengar dan kemudiannya menyembur penutur dengan pelbagai soalan. Sesetengah pertemuan hanya untuk kaum lelaki atau wanita sahaja. Pada majlis yang bercampur-gaul, kaum wanita, duduk berasingan daripada kaum lelaki, bertanyakan soalan-soalan dengan penuh bertenaga dan lengkap, kebiasannya dari sebalik lautan tudung-tudung kepala.

    Walaupun salah satu daripada matlamat utama kumpulan itu adalah untuk menempa satu identiti agama yang kukuh untuk penduduk Islam di Britain, ia juga mempercayai dunia Islam yang meluas telah disalah-tadbir oleh para pemerintahnya. Ia secara terbuka telah mendesak supaya dilakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan-kerajaan Arab untuk menubuhkan kepimpinan yang lebih berperwakilan. Kerajaan-kerajaan seperti Mesir yang merasakan Hizb sebagai ancaman telah mengharamkan kumpulan itu dan menahan para anggotanya.

    Kumpulan tersebut muncul di Britain pada 1986, ditubuhkan oleh seorang warga Syria yang dikenali sebagai Omar Bakri Muhammed. Bakri kekal menjadi pemimpin selama 10 tahun sehingga beliau keluar untuk membentuk satu kumpulan Islam lain yang lebih radikal, al-Muhajiroun.

    Pada pertengahan 1990-an, Hizb menjadi penunggu di kampus-kampus universiti, mengelolakan persatuan-persatuan dan perdebatan-perdebatan. Retoriknyanya garang dan marah. Kemudian Hizb menyepikan diri, dan pada masa ini pengaruhnya ke atas kampus terhad kepada sebahagian persatuan-persatuan Islam atau kumpulan-kumpulan kecil. Sesetengah pihak masih menganggapnya sebagai ancaman: pada bulan Mac tahun ini satu usul telah dicadangkan oleh Kesatuan Pelajar-pelajar Yahudi di persidangan Kesatuan Pelajar-pelajar Kebangsaan untuk mengharamkan Hizb daripada kampus-kampus disebabkan oleh dakwaan ia anti-yahudi.

    Pada tahun lalu kerajaan Jerman telah mengharamkan kumpulan itu di atas alasan-alasan yang sama dan menteri dalam negeri negara itu, Otto Schilly, mencadangkan Britain agar mengikut langkah negaranya, dengan berkata: “Ia tidak akan berhasil jika satu perkara yang sama kemudiannya tidak diharamkan di sebuah negara berjiran. Kita perlu bertindak secara harmoni.”

    Patel berkata bahawa dakwaan-dakwaan sedemikian adalah silap. Tetapi beliau tidak menafikan sebagai seorang yang anti-Israel: “Menjadi anti-Israel mungkin satu sentimen yang dipegang oleh satu bilion penduduk Islam di seluruh dunia. Ia bukanlah sesuatu yang unik kepada kumpulan itu. Ramai para pengulas barat yang boleh diklasifikasikan sebagai anti-Israel.”

    Di sesetengah kampus, kumpulan itu telah menggunakan nama yang lain, menggunakan nama-nama seperti Persatuan Ideologis. Nadanya yang tidak bertolak-ansur, berlawanan dengan sikap membisu sesetengah imam sederhana, menjadi satu tarikan yang berkuasa. Di bandaraya-bandaraya di mana ia mempunyai tapak yang kukuh, seperti Birmingham dan Leicester, sesetengah masjid telah menyatakan dengan jelas bahawa Hizb tidak dialu-alukan. “Kami tidak menyukai idea mereka sama sekali,” menurut seorang imam di salah sebuah masjid terbesar di Birmingham. “Itu bukannya idea Islam, ia bersifat kebangsaan yang keterlaluan, idea-idea perkauman yang dikutip dari tempat-tempat lain.”

    Marah

    Hizb berkata kritikan sebegitu adalah cubaan untuk ‘mentidakpolitikkan’ Islam dan memberi amaran agar tidak sentiasa melihat kesedaran politik dari segi konteks belia yang marah. Hibz menawarkan satu pandangan dunia yang boleh digenggam dengan mudah, satu penyelesaian terus-terang terhadap banyak masalah di dalam masyarakat.Skop Hizb – Menurut Patel “setiap masjid di negara ini” mempunyai anggota atau penyokongnya – telah mendatangkan kebimbangan tentang pengaruhnya. Namun ia tidak termasuk dalam senarai pertubuhan yang melanggar undang-undang di Jabatan Hal Ehwal Dalam negeri, dan polis cawangan anti-keganasan Metropolitan mengatakan tiada bukti ia melakukan sebarang aktiviti haram.

    Pengkritik paling bimbangkan kehadiran Hizb di Asia Tengah, di mana jenama Islam politiknya memotivasikan rakyat Uzbek yang miskin untuk menentang kerajaan Uzbekistan. Dalam keterangan dalam Kongres Amerika awal tahun ini, seorang pengarah Nixon Centre, sebuah badan pemikir berhaluan kanan, memberi amaran: “Seperti pergerakan Islam yang lain, matlamat HT adalah untuk menggulingkan rejim-rejim sekular di seluruh dunia. Bagaimanapun, tidak seperti yang lain, HT berharap mencapai cita-citanya secara aman… Saya fikir HT, yang tidak dianggap sebuah pertubuhan pengganas, merupakan satu ancaman jangka masa panjang yang lebih bahaya, memandangkan ianya adalah seperti sekolah dasar untuk latihan ideologi bagi banyak kumpulan lain.”

    Ini merupakan hujah “jalur penyebar keganasan”: implikasinyaadalah pertubuhan sebegini mungkin memberi semangat kepada yang lain. Patel bersikap acuh tak acuh : “ Saya fikir pandangan itu sangat tidak jujur. ‘The Founding Fathers of America’ mungkin juga telah dipanggil jalur penyebar bagi pengganas kerana mereka menghasilkan idea-idea intelektual yang membawa rakyat Amerika bangkit menentang pemerintahan penjajah.”

    Jika ada ancaman ia hadir daripada ideanya, kerana mesej Hizb – berkenaan negara antarabangsa Islam yang gagah; tentang Timur Tengah yang bebas dari kuasa barat, bahawa Islam sebagai penyelesai masalah masyarakat – mungkin jauh lebih merbahaya kepada barat.

    Patel mengakui yang idea sebuah pemerintahan Islam membayangkan kehancuran sistem institusi dan kerajaan, tetapi yakin tidak ada alternatif lain – biarpun menekankan peralihan tersebut tidak akan melibatkan keganasan. Dan walaupun Hizb telah membentangkan hujahnya selama lebih separuh abad tanpa hasil yang boleh dilihat, Patel tidak menganggapnya sebagai kritikan terhadap konsep itu. “Kami percaya pemerintahan Islam itu boleh ditubuhkan esok. Kami yakin kesemua ramuannya telah ada,” katanya. Dan beliau mempunyai amaran untuk pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia: “Satu daripada halangan terbesar yang wujud adalah kekejaman keadaan sekarang dan ketakutan yang disemai dalam diri masyarakat. Apa yang kami katakan ialah akan tiba masanya masyarakat menyaksikan kekejaman itu dan berkata cukuplah semua itu.”

    0 Comments
     
    Amaran Iran kepada AS
    01.24.05 (4:33 am)   [edit]

    Amaran Iran kepada AS


    TEHRAN 23 Jan. - Iran hari ini memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Washington akan melakukan kesilapan besar dengan melancarkan serangan terhadap negara Islam itu.


    Amaran Kementerian Luar Iran itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap kenyataan para pemimpin AS baru-baru ini.


    ``Kami menganggap kemungkinan itu (serangan tentera AS) sebagai sangat tipis melainkan mereka mahu melakukan kesilapan strategi yang besar,'' kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Hamid Reza Asefi dalam satu sidang media.


    ``Secara logiknya, kami tidak fikir perkara ini akan berlaku,'' kata beliau.


    Presiden AS, George W. Bush minggu lepas berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan ketenteraan dilancarkan bagi menghapuskan program nuklear Iran.


    Naib Presiden, Dick Cheney pula menyatakan Iran berada dalam senarai teratas di kalangan negara-negara bermasalah di dunia.


    Beliau memberi amaran Israel mungkin memutuskan untuk mengebom kemudahan nuklear Iran.


    Reza yang mengulangi kenyataan para pegawai kanan Iran yang lain baru-baru ini menolak kenyataan AS itu sebagai `perang saraf.'


    ``Kenyataan seperti ini adalah contoh jelas perang budaya dan agama yang hanya akan mencetuskan kebencian orang terhadap dasar AS dan menyebabkan Amerika semakin terpencil,'' tegas beliau.


    Reza berkata, kenyataan Cheney mengenai Israel menyerang kemudahan nuklear Iran menunjukkan pengaruh Israel terhadap dasar luar AS.


    ``Iran selama ini menyatakan Tel Aviv menentukan dasar-dasar AS dan lobi Zionis di AS begitu kuat, kerana itu kami tidak terkejut dengan kenyataan sedemikian,'' katanya. - Reuters

    0 Comments
     
    Surah ‘al-Kelkatu’
    01.24.05 (4:14 am)   [edit]
     

    Surah ‘al-Kelkatu’


     


    Maghrib sampai ke Isyak,


    Malam suram, kelam berbalam-balam,


    Bulan enggan menampakkan riak wajahnya,


    Berselindung di balik tirai awan,


    Kalaulah aku malaikat di langit tinggi,


    Nescaya kuseka peluh hujan,


    Yang bertakung gantung di bibir kolam langit,


    Kutarik awan-awan liar dan akhirnya,


    Cahaya terpancar menyimbah bumi,


    Semoga hadirlah bayanganku,


    Sebagai tanda kewujudan diriku.


     


    Isyak merangkak ke pelabuhan dinihari,


    Air mata langit enggan berhenti,


    Walau puas kupujuk ribuan munajat,


    Amukan malaikat bertambah kuat,


    Petir halilintar sabung menyabung,


    Bertempik syaitan degil tak mahu mengalah,


    Kerana mencuri rahsia Ketuhanan,


    Demi merosakkan anak Adam,


    Sanggup binasa luluh anggota.


     


    Dalam kegelapan dan kedinginan ini,


    Tiada pemandangan yang enak dinikmati,


    Di atas sebidang sejadah bertafakur diri,


    Pelita usang penyuluh kamar sepi,


    Bijian tasbih dalam genggaman,


    Dan al-Qur’an lama jadi pedoman.


     


    Perang sudah tamat,


    Air mata langit berhenti mengalir,


    Soldadu Iblis pulang ke lautan,


    Yang lemah menahan sakit di hutan,


    Aku menjamah suasana yang edan,


    Menjadi peneka pentafsir keadaan,


    Mencari makna pencerahan keagungan,


    Ketika ribut kelkatu merempuh jendela,


     


    Satu persatu kelkatu bergelimpangan,


    Bertawaf mereka mengelilingi api,


    Hampir aku memanah kalam nista,


    Sambil tanganku mengibas mereka,


    “Jauhilah kelkatu laknat dari api pelita,


    Tidakkah kalian tau ia merbahaya?,


    Cuma tau membakar diri dengan percuma!”


     


    Lalu aku mendengar suara di dalam diri,


    “Mereka tak faham bahasa manusiawi,


    Mereka tak endah nistaan dan laknatmu,


    Jauhi mereka dari api dengan tanganmu,


    Kerana mereka tertipu dan diperdaya,


    Dengan keindahan api serta


    Liuk lentuk pesonanya,”


     


    “Demikianlah manusia yang celaka,


    Tidak ubahnya kelkatu seumpama mereka,


    Leka memandang keindahan pesona dunia,


    Dan liuk lentuk gadis mongel dan genitnya,


    Tanpa mengetahui hakikatnya ialah api neraka”.


     


    “Dan engkau wahai hambaKu,


    Berusahalah menjauhkan mereka,


    Dengan keindahan kata-kata,


    Kebagusan budi dan kehalusan makna,


    Dengan tindakan secebis usaha,


    Gerakan raksasa sehabis tenaga,


    Engkau antara manusia pilihan,


    Jangan takut, risau dan wahan,


    Aku penolongmu setiap masa saban ketika”.


     


     


    Ibnuamir al-Pendangi,


    7.57 pagi,


    Pendang, Kedah


    3 Zulhijjah 1426 – 23 Januari 2005

    0 Comments
     
    Belasungkawa: Pemergian Naib Canselor USM Kedua
    01.24.05 (4:12 am)   [edit]

    Belasungkawa: Pemergian Naib Canselor USM Kedua;


    Tun Hamdan Syeikh Tahir


     


    Kami mahasiswa serta wartawan-wartawan Berita Kampus Universiti Sains Malaysia merakam ucapan takziah atas pemergian seorang tokoh ternama dalam pendidikan negara dan politik tanahair baru-baru ini. Beliau yang dimaksudkan itu ialah bekas Naib Canselor USM kedua dan mantan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang; Tun Hamdan Syeikh Tahir.


    Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa Tun Hamdan adalah putera kepada Syeikh Tahir Jalaluddin. Ayahandanya Syeikh Tahir adalah tokoh reformis Kaum Muda yang seangkatan dengan Syed Syeikh al-Hadi di mana nama kedua-dua mereka dirakam dalam sejarah negara. Syeikh Tahir merupakan ketua agama dari Acheh yang berhijrah ke Pulau Pinang.


    Pengaruh Syeikh Tahir di Pulau Pinang khususnya di sekitar Masjid Lebuh Acheh ketika itu amat rancak dengan keilmuan serta menjadi pusat penyebaran Islam. Ini menjadikannya sebagai negeri yang masyhur dengan persuratkhabaran Melayu-Islam dan sebagai pusat intelektual Melayu melalui pengaruh Kaum Muda.


    Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ketokohan si ayah meresap dalam darah anaknya. Sekitar 1950-an, Tun menjadi guru dan pengetua beberapa buah sekolah di Perak. Dekad 1960-an, beliau ditugaskan untuk merangka sistem pendidikan kebangsaan di Kementerian Pelajaran. Beliau mengurus hal ehwal sekolah menengah di bahagian latihan dan biasiswa serta hal ehwal peperiksaan.


    Antara tugas yang disandang ialah Ketua Pengarah Pendidikan pada 1966 selepas Aminuddin Baki hingga 1976. Enam bulan kemudian beliau dilantik Naib Canselor USM sehingga 1982 untuk menggantikan Tan Sri Hamzah Sendut sebagai Pengasas dan Naib Canselor pertama USM. Selepas persaraannya dari USM beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang pada 1989 sehingga 2001.


    Selain itu, beliau menjad Wakil Tetap Malaysia ke Unesco di Paris sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang pendidikan pada 1983. Pada 1992 beliau dilantik sebagai Pro-Canselor UTM dan dilantik sebagai Canselor UPM tahun berikutnya. Kerana itu, ketokohannya tidak dinafikan lagi. Dengan itu, pada 1995 beliau mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 1416. Tidak habis di situ, pada 2000, kerajaan memberikan anugerah kebangsaan Tun Abdul Razak.


    Anugerah lain-lainnya ialah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelar Tan Sri oleh Kerajaan Persekutuan pada 1974. Beliau menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) (Pulau Pinang–1977), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) (Sarawak–1991) dan akhirnya Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) (Kerajaan Malaysia–1989) yang membawa gelaran tertinggi, iaitu Tun.


        & nbsp;   &n bsp;   Kementerian Pendidikan memberikan Anugerah Pendidikan Khas kepada beliau pada 1991 sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam pendidikan negara. Pada 1992, beliau menerima The International Lion's Club Melvin Jones Fellow Award dan Grand Gordon of the Rising Sun’ di Jepun pada 1993.


    Di peringkat universiti, beliau menerima anugerah ijazah kehormat Doktor perundangan dari Universiti Malaya pada 1976, ijazah kehormat Doktor Persuratan dari Universti Sains Malaysia (1984) dan Honoris Causa dari Deakin University, Victoria, Australia (1991).


        & nbsp;   &n bsp;   Dalam pertubuhan sosial, beliau adalah Pengerusi ‘Malaysian Historical Society’, Presiden ‘the Royal Life Saving Society of Malaysia’, Pengerusi Yayasan Sardon, Penaung Persatuan Kebajikan Anak-Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor serta Penaung kepada Kelab ‘Zone One & Two of the Lions' and Lionesses' in district 308’ di Singapura, Brunai dan Malaysia.


        & nbsp;   &n bsp;   Sebagai tokoh pendidik dan politik tanahair, beliau disanjung dan dihormati dalam kalangan mahasiswa, warga kampus serta masyarakat sekitarnya. Kami percaya bahawa gabungan kepakaran bidang pendidikan dan politik memainkan peranan utama dalam menjamin iklim suasana siasah-ilmiah yang stabil.


        & nbsp;   &n bsp;   Dalam al-Quran, konsep ‘khalifah’ dihubung terus kepada keilmuan. Ketika malaikat menolak kepimpinan Adam, Tuhan mencabar agar mereka menamakan segala benda dalam syurga. Mereka gagal. Hanya setelah Adam mengajari nama-nama itu, maka barulah mereka mengerti bahawa kelebihan insan terletak pada ilmu yang melayakkan mereka menjadi insan politik di bumi. (al-Baqarah: 30–33).


        & nbsp;   &n bsp;   Islam enggan berkompromi dengan fenomena politik wang ‘money politic’ kerana ia mengeruhkan hubungan ilmu-politik. Al-Quran menjelaskan politik wang pernah mempengaruhi undian Bani Israel dalam kepimpinan Talut. Sehingga kini, mereka melobi Kongres Amerika dengan pengaruh wang. Talut terpilih kerana dia ‘gagah’ dan yang pentingnya, dia memiliki kekuatan ‘ilmu’. (al-Baqarah: 246–247)


        & nbsp;   &n bsp;   Bagi kami, Tun Hamdan adalah satu imej replika sebagai watak pemimpin politik berilmu yang naik di gelanggang politik bukannya kerana wang tapi kerana jurai keturunannya bersandarkan ilmu, ketokohannya sendiri dan sumbangannya dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, kedudukan beliau sebagai pemimpin universiti menunjukkan kepada kita satu contoh bahawa hubungan universiti dan politik adalah suatu hubungan yang tidak mungkin dipisahkan.


        & nbsp;   &n bsp;   Seperti mana Islam tidak meminggirkan ‘agama’–‘politik , maka Islam tidak memisahkan ‘ilmu’–‘politik . Dalam mana-mana bangsa, peradaban serta negara, universiti dilihat sebagai menara ilmu dan gedung pengetahuan. Justeru, universiti merupakan suatu medan yang sesuai untuk menggali makna dan membahaskan idea-idea politik yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.


        & nbsp;   &n bsp;   Dan janganlah dilupakan bahawa tokoh-tokoh akademik acuan Barat yang menulis mengenai idea-idea demokrasi adalah dari universiti juga. Idea demokrasi berkembang di universiti dan di universiti jugalah tempat mengembangkan segala idea mengenai politik, ekonomi, penjelajahan sains dan teknologi dan lain-lain.


        & nbsp;   &n bsp;   Universiti dengan keagungannya sebagai daerah autonomi mesti dihormati oleh ahli-ahli politik dan masyarakat sebagai rujukan utama, gedung pengetahuan dan kebenaran. Segala ‘fatwa’ politik, ekonomi, sosio-budaya dan lain-lain mesti dihormati. Sebuah universiti di Arizona, Amerika menjadi gelanggang debat antara Kerry-Bush. Apa juga debat, berhaluan kiri atau kanan, dikupas secara terbuka.


    Selain politik wang yang boleh mengeruhkan hubungan murni ilmu–politik, kecacatan ketua dan pemimpin agama juga adalah antara sebab utama terhadap kemunduran masyarakat. Pendirian ini tersiar dalam akhbar Al-Ikhwan pimpinan Kaum Muda: “Bukan sekali-kali agama Islam ini sebab kejatuhan kaum Islam, tapi hanyalah sebab angkara ketua-ketua agama”. (16 Oktober 1930).


    Seperti yang dijelaskan oleh al-Mawardi di dalam Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, Wa Al-Wilayah Al-Diniyyah, ketua negara diwujudkan bertujuan menjaga agama (iqamat ad-Din) dan mentadbir urusan dunia dengan panduan agama (siyasat ad-Dunya bihi). Maka, dengan kerosakan ketua agama itulah antara penyebab utama mengundang kerosakan agama rakyat jelata dan urusan dunia mereka sendiri.


    Asas politik adalah ilmu. Dalam dokumentari bertajuk Mahathir terbitan TV3 menjelang persaraan Tun Dr Mahathir, antara yang disentuh ialah saranan beliau bahawa setiap pemimpin mesti berilmu. Saranan itu antara punca pertikaian serta krisis dalaman parti suatu ketika dahulu.


    Tun Hamdan menyuntik pengalaman rohaniah, penyubur ilmiah terhadap hubungan tradisi ‘ilmu’–‘politik dalam universiti, Kita iringi pemergiannya dengan sejambak al-Fatihah dan rakaman pantun sebagai mengenang jasa-jasa beliau.


     


     


    Ombak di Acheh TInggi Menggunung,


    Kampung Roboh Di Pulau Pinang,


    Ketokohan Tuan Kami Menyanjung,


    Sehingga Kini Dikenang Orang.


    Belasungkawa


     


     

    0 Comments
     
    Pelacur ubah taktik ‘niaga’
    01.24.05 (4:09 am)   [edit]
    Pelacur ubah taktik ‘niaga’

    Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN | anbia@hmetro.com.my


    KUALA LUMPUR: Kerana bimbangkan serbuan polis, sekumpulan pelacur asing mengubah jadual ‘berniaga’ dengan menjadikan waktu pagi sebagai masa sesuai untuk mencari pelanggan.



    Tambah mengejutkan apabila kumpulan pelacur terbabit tidak lagi hanya menanti kunjungan pelanggan di bilik hotel, sebaliknya berkeliaran di tepi jalan untuk memancing perhatian.

    Perkara ini didedahkan oleh Ketua Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, Superintendan Zaki Masroh, selepas pihaknya menahan 19 pelacur warga China yang bergiat aktif di sebuah hotel murah di Jalan Petaling, pagi kelmarin.

    Menurutnya, polis mengesan sarang pelacuran warga asing terbabit selepas melakukan intipan sejak seminggu lalu.

    “Kebanyakan pelacur terbabit didapati berkeliaran pada waktu siang di sekitar kawasan terbabit untuk mencari pelanggan sebelum dibawa untuk ‘urusan’ seterusnya di bilik hotel.

    “Kebanyakan pelacur asing itu ditahan di kaki lima jalan raya, manakala selebihnya ditahan sewaktu leka melayan pelanggan,” katanya.

    0 Comments
     
    PERTABALAN RAJA DUNIA ALAF BARU
    01.24.05 (3:48 am)   [edit]
    PERTABALAN RAJA DUNIA ALAF BARU
    MASA DEPAN YANG GELAP UNTUK ISLAM
    Oleh Roslan SMS - Laman M@RHAEN




    Selesailah sudah pertabalan George W Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat bagi penggal yang kedua yang perayaannya sahaja menalan belanja USD40 juta dengan tambahan peruntukan keselamatan sahaja berjumlah USD20 juta. Dengan perlantikan ini bermakna sehingga tahun 2009 dunia akan terus menyaksikan aksi dan lagak beliau sebagai Raja dan pemimpin yang paling berkuasa di dunia.

    Malah bagi penggal 4 tahun pertamanya Bush telah menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama yang berani campurtangan terus dalam hal-ehwal Negara-negara umat Islam sehinggalah berjaya membina pengkalannya di Tanah Hijaz iaitu bumi lahirnya Rasulullah s.a.w.

    Bush telah menjajah Afghanistan dengan meruntuhkan kerajaan Taliban dan kemudiannya menawan pula Iraq dengan menggullingkan kerajaan Baath Saddam. Kedua-dua penjajahan ini telah menyaksikan beratus-ratus ribu nyawa umat Islam terbang melayang semata-mata atas nama pembebasan tajaan Amerika Syarikat.

    Namun pada waktu yang sama beliau membisu terhadap Korea Utara yang dikatakan memiliki senjata nulkear serta Cuba, satu-satunya negara kominis di Benua Amerika.

    Selepas persitiwa 911 yang dikaitkan dengan pengganas Islam, Bush telah meletakkan umat Islam seleuruh dunia sebagai umat yang perlu diawasi dan diperhatian tindak-tanduknya. Umat Islam mula menjadi warga dunia kelas dua, disegani apabila memiliki kekayaan tetapi selain daripada itu akan dianggap sebagai berpotensi mengganas.

    Islam dilihat berpotensi mengganas pada bila-bila masa dan ketika dan institusi pengajian Islam dilihat sebagai pusat latihan dan sarang pengganas sedangkan kumpulan pengganas dunia yang lain sama ada IRA, pemberontak Basque di Sepanyol maupun Tamil Tigers di Sri Lanka tidak dilabel sedemikian.

    Demikianlah tafsiran Bush dan demikianlah juak-juak dan anak didik Bush dikehendaki mempercayai termasuklah juak dan anak didiknya di dunia sebelah sini.

    Menarik diperhatikan dalam ucapan beliau kali ini di mana Bush berkata:

    We are led, by events and common sense, to one conclusion: The survival of liberty in our land increasingly 
    depends on the success of liberty in other lands. The best hope for peace in our world is the expansion 
    of freedom in all the world

    So it is the policy of the United States to seek and support the growth of democratic movements and institutions 
    in every nation and culture, with the ultimate goal of ending tyranny in our world.

    Bermakna kebebasan di AS hanya akan dapat bertahan apabila bumi lain turut dibebaskan. Bush mahu dilihat sebagai juara kebebasan dunia namun beliau lupa beliaulah juga merupakan satu-satunya Presiden AS yang menahan tanpa bicara orang-orang asing semata-mata kerana dituduh menyokong dan menyertai pertubuhan ataupun kumpulan pengganas.

    Apakah Bush lupa darihal tahanan khsusnya warga Afghan dan negara-negara lain di Guantanamo Bay, Cuba. Yang ditahan dalam kandang besi dan diperlakukan bagai haiwan tanpa hak membela diri! Rata-rata mereka ini adalah penganut Islam.

    Dan Bush mendakwa kononnya:

    America will not pretend that jailed dissidents prefer their chains, or that women welcome humiliation and servitude or that any human being aspires to live at the mercy of bullies.
    Amerika tidak akan berdiam diri di atas tindakan menahan mana-mana individu tanpa bicara atau atas alasan politik. Sedangkan beliau dan Amerikalah sebenarnya merupakan BULLY yang terbesar di dunia, membuat dan mentafsir undang-undang sendiri menurut kemahuan sendiri.

    Kesimpulannya selagi makhluk bergelar Bush ini berkuasa maka selagi itulah Islam akan terus berada di kandang orang salah. Dan selagi itulah juga masa depan Islam akan menjadi gelap melainkan Allah swt jualah yang membantu.

    0 Comments
     
    Ombak Tsunami - Nama Allah atau Kepala Syaitan?
    01.22.05 (10:44 pm)   [edit]
    Ombak Tsunami - Nama Allah atau Kepala Syaitan?
    Dilulus terbit pada Saturday, January 22 @ 07:34:51 MYT oleh Webmaster

    Bahan Bergambar AyahSu menulis - "Apabila berlaku sahaja perkara besar, maka ramailah dikalangan kita cuba mengaitkan perkara tersebut dengan sesuatu melalui pengamatan, penglihatan atau adaian.

    Hujah akan disertai dengan pelbagai teori. Misalnya ombak tsunami yang melanda Sri Langka telah dikaitan dengan kebesaran Allah. Gambar setelit telah ditunjukkan, menyerupai nama Allah ini menandakan kebesaran Allah atau kemurkaan Allah s.w.t.

    Tulisan dan artikel sebegini mendapat bacaan yang begitu banyak.

    Memang tidak dinafikan bahawa Allah itu maha besar, tetapi membuat kaitan tanpa hujah dengan nas dan Al Quran sahaja tidak memadai.

    Ayah Su lebih suka gambar-gambar Masjid dan surau yang tak roboh, walaupun ada patong-patong agama lain di Sri Langka juga tak roboh. Sebab telah nyata dalam agama jika berlaku apa-apa musibah rumah Allahlah mestu menjadi tempat untuk menyelamatkan diri.



    Kalau kita pusing gambar yang sama, lihat betul-betul. Nampak gambar kepala kambing dan naga.
    Apa pula kaitan dengan nama Allah?

    Ada orang kata, ini kepercayaan barat, ini adalah gambar syaitan.






    Habis nama satu yang dikatakan! Kebesaran Ilahi ke keagungan Syaitan yang memusnahkan bumi?

    Mungkin masa Ayah Su kecil dulu, kita orang selalu menyebut TUHAN, TUHAN, TUHAN banyak kali dengan cepat bunyi menjadi HANTU.

    Apa pun yang penting kita menginsafi setiap kejadian adalah semuanya kebesarkan Allah, walaupun tiada tanda-tanda nama Allah, kerana Allah tidak memerlukan itu semua.

    Jumpa lagi..
    31 Comments
     
    'Katakan Tak Nak'
    01.22.05 (10:43 pm)   [edit]
    Tsunami oh Tsunami 


    Oleh Salim Hashim

    Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati
     
    Saya terpanggil memberi sedikit komen kerana kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah 'kalifah' di bumi Allah ini dalam menyambung tugasan menyampaikan Maaruf dan menegah mungkar demi kesinambungan kesejahteraan umat Muhammad s.a.w. yang dikasihi.
     
    Di samping menyahut seruan dari PM Malaysia kita terhadap kempen anti-merokok bertemakan 'Katakan Tak Nak', kita amat menyokong seruan itu demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia apa lagi dengan statik setiap tahun angka kematian meningkat dari Kementerian Kesihatan terhadap keparahan wabak ini. Tidak sedikit jumlah wang digunakan dalam kempen ini tapi keberkesanannya amatlah diragui.
     
    Juga amat pelik dirasai apabila arahan kepada penjual-penjual rokok dari syarikat-syarikat gergasi pengeluar rokok supaya penjual-penjual hanya menjual dalam kotak atau tidak menjualnya sebatang atau dalam jumlah sedikit! Ini seperti menggalakkan pengguna menghisap rokok lebih banyak jika dibeli dalam kotak tambahan pula digalakkan menjual kotak besar, apa kejadahnya di sebalik kempen anti-merokok kita berkempen pula menjual rokok dalam kotak besar ataupun tidak dibuka? Semacam 'main-main' saja. Ini hanya menguntungkan syarikat penjual dan juga kerajaan di segi cukai, tidak keterlaluan juga jika dikatakan akan kegelojohan sebuah stesen TV milik umNO mengiklankan 'Sempurnakan Harimu' dengan hiburan bercorak 'gameshow' ala judi ditaja oleh sebuah syarikat gergasi rokok juga! Apakah demi ketamakan mencari untung atau sekadar berhelah dan menipu dalam memanipulasikan undang-undang iklan rokok di dalam media!
     
    Harapan agar semua pihak memainkan peranan membanteras gejala tidak sihat ini perlu dari semua bukan sahaja kerajaan atau swasta, bahkan sudah sampai ke tahap bahaya apatah lagi peningkatan kematian berpuncakan wabak ini.
     
    Kita juga patut memuji sebuah kerajaan bukan Islam iaitu negara China yang pada 14 Januari' 05 telah mengharamkan segala bentuk pembinaan kilang rokok luar demi menjaga rakyatnya yang kian parah dengan wabak ini. Ini satu tindakan proaktif yang sepatutnya telah diambil dulu oleh kerajaan Malaysia yang mengisytiharkan Negara Islam Hadhari!
     
    Juga demi mengelakkan bencana dan musibah, segala bentuk perjudian baik empat nombor ekor (yang mana dahulu hanya sekali dua seminggu) tapi kini semakin galak dan kerap, juga segala perjudian/kasino di Genting, perjudian video dan apa saja berbau judi !Ini semua hanya menguntungkan 'tauke-tauke' judi dan kerajaan mendapat keuntungan sekelumit sahaja di samping bala yang mungkin menimpa!
     
    Umum mengetahui bahawa banyak pendapat alim ulama tersohor dunia berkenaan kes rokok yang pada mereka setelah dihalusi adalah 'haram’, jika tidak silap arwah datuk PM kita juga seorang ulama terkenal yang juga menentang wabak dan perangai 'membazir' ini. Kita perlu memperingatkan semua sebagai 'kalifah' pada umat Islam kita semua adalah bertanggungjawab terhadap segala tindak-tanduk yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t. supaya jangan kita ditimpa laknat jika Allah s.w.t. murka, kerana jika bala atau laknat menimpa kita semua akan merasa bukan pesalah sahaja, demi masyarakat Islam yang penyayang kita semua perlu bantu membantu dan saling ingat memperingati demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ingatlah seksa akhirat amatlah pedih. Wassalam.

    Allahu Akhbar  Allahu Akhbar  Allahu Akhbar
     
    Salim Hashim
    Anak jati Kg Makam Tn Guru Hj Kassim
    Jalan Datuk Keramat
    Pulau Pinang
    22.01.'05/11 Zulhijah 1425

    1 Comments
     
    Haiwan lebih mengerti
    01.22.05 (10:41 pm)   [edit]



    Haiwan lebih mengerti
    Dilulus terbit pada Friday, January 21 @ 16:00:00 MYT oleh Webmaster


    Kolumnis Oleh : Ahmad Lutfi Othman

    Untuk memeriahkan kembali kolum yang tersangkut-sangkut entah ke sekian kalinya ini, izinkan saya merakamkan semula tulisan dalam Harakah terbaru:

    Segalanya sudah dipaparkan, pelbagai analisis dikemukakan, kisah-kisah sedih, pelik, aneh dan tragis menjadi bualan, limpahan derma dikumpul, bantuan dari seluruh pelosok dunia tertumpu ke kawasan bencana, maka hendaknya untaian iktibar dan pengajaran dapat dipungut dari peristiwa mengejutkan itu. Soalnya, berapa lama "keinsafan" ini mampu bertahan?

    Pada malam tahun baru, saya sengaja menyusur KLCC dan lokasi berdekatan yang dulunya meriah dengan pesta maksiat. Meskipun acara rasmi dibatalkan, namun suasana tidak jauh berbeza. Sukar untuk "mendidik dan memurnikan" kalbu dengan bencana sedahsyat itu, apatah lagi yang tidak menjadi saksi-mata, sewaktu kerajaan hanya berduka kerana "menghormati" mangsa, dan akan meneruskan kelaziman bila segalanya kembali seperti biasa.

    "MCA Kedah lebih sensitif apabila membatalkan rumah terbuka Tahun Baru Cina Februari depan, berbanding TV3 yang akan menjayakan pesta anugerah juara lagi beberapa hari lagi," komen seorang kawan, yang cukup tidak puas hati dengan pengagihan bantuan yang lambat dan bersifat pilih kasih.

    Tsunami -- sedap didengar, halus disebut, namun petaka kiamat kecil itu cukup pedih menikam, sedalam-dalamnya. (Ia mengingatkan nama menarik Bosnia-Herzegovina, yang hanya mula dikenali ketika ramai penduduk Muslimnya tergeletak disembelih). Sekadar menonton cebisan peristiwa melalui rakaman kamera amatur sudah cukup menggerunkan, tidak terbayang mereka yang bertarung hidup-mati dipukul ombak ganas. Air yang tiba-tiba surut disedut rupanya mengumpul kekuatan untuk memberi pukulan maut.

    Ikan di laut lepas meluru ke pesisir pantai seakan mahu membawa khabar ancaman, namun ia dianggap tidak lebih dari rezeki terpijak. Burung-burung bangau putih memenuhi angkasa Banda Aceh sehari sebelum gelora, tetapi tiada siapa dapat mengesan amaran awal bahaya itu.

    Gajah di Thailand mengamuk lari ke bukit hanya disedari sebabnya selepas pekikan dan lolongan pengunjung pantai bergema. Taman Negara Yala di Sri Lanka turut dilanda ombak besar namun tiada bangkai gajah, harimau bintang, rusa, anjing liar dan buaya ditemui selepas kejadian.

    Sesungguhnya kekerdilan insan terbukti sudah, kecanggihan teknologi tidak dapat menolak bala Ilahi. (Tapi ia bukan daleh untuk kerajaan pasrah kepada takdir selepas tidak membuat persiapan rapi menghadapi bencana tidak terduga, disusuli pengurusan krisis yang buruk, selain asyik memperagakan imej parti di kawasan penempatan mangsa. Menantu PM, naib ketua Pemuda Umno mendapat liputan istimewa sebuah harian Melayu semasa berita bekas PM, Mahathir Mohamad digelapkan walaupun beliau turut turun ke Langkawi dan Kuala Muda).

    Saban hari dilaporkan angka korban terus meningkat, manakala ramai lagi dipercayai ditelan bumi, sepertimana ada lokasi dan pulau di Aceh yang lenyap begitu saja. Musibah belum berakhir apabila saudara-mara terbunuh, kediaman ranap, mata pencarian terputus, wabak penyakit merebak, bekalan air bersih diburu, trauma menyelubungi diri, dan bantuan yang dijanji belum ditepati semasa kuasa penjajah baru Amerika dan sekutunya menunjuk simpati.

    Dari sisi lain, bayangkan saja, Banda Aceh yang secara relatifnya mudah dihubungi pun belum terurus pengebumian mayat, bagaimana pula dengan Meulaboh (150km dari pusat gempa) yang terputus terus dengan dunia luar itu? Entah puluhan ribu lagi jasad reput belum ditemui. Jenazah yang dulunya disantuni, dan dipesan agar tidak disakiti, dimandikan penuh beradab, dikafan secara teratur, disembahyangkan, kini ditimbus begitu saja, berlapis-lapis, culang-caling, tanpa sebarang penghormatan.

    Terkedu membaca luahan rasa seorang pekerja kilang elektronik berasal dari Aceh yang kini bekerja di Pulau Pinang selepas mendapat tahu 12 ahli keluarganya di Desa Lhok’nga, terkorban dan kampungnya lenyap ditelan laut. Seorang anak kakaknya yang berusia 10 tahun terselamat apabila ombak setinggi pokok kelapa itu menghanyutkannya ke kubah masjid dan tersangkut di situ. Selepas surut penduduk kampung menurunkan anak yang berpaut pada kubah masjid itu.

    Husam Musa, anggota Exco kanan kerajaan Kelantan juga membawa kisah menakjubkan seperti diceritakan penduduk Aceh kepadanya. Ombak yang meluru deras tiba-tiba menyimpang ke kiri dan kanan masjid, tempat tumpuan mangsa mencari perlindungan. Perdana Menteri turut memaklumkan hal sama, mungkin berlaku kepada masjid berbeza: "Ombak berpatah balik sebelum menghampiri masjid."

    Faktor kekukuhan struktur binaan masjid mungkin banyak membantu daripada ia menyembah bumi, tapi apa rasionalnya bila ada masjid kayu terselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah. Bagi dua warga Aceh yang ditemui di Lautan Hindi selepas seminggu dilambung ombak, seorang darinya sedang membina masjid ketika kejadian dan seorang lagi berlari ke arah masjid untuk berlindung. Semasa lapan hari terapung, mangsa pertama tidak pernah berhenti membaca doa tahan lapar dan tidak meninggalkan solat.

    Jiran sekampung saya, Anuar Mahmud, yang kehilangan puteri kesayangannya di Pantai Pasir Panjang, memberitahu dia melihat orang yang solat Zuhur di tepi pantai terselamat dari bidasan tsunami. Ditanya perasaannya, melalui SMS, ketika mayat anaknya belum ditemui, Anuar membalas: "Aku redha."

    Panggilan maut adalah kiamat kecil bagi setiap orang, namun suasana kekalutan dan kacau-bilau sewaktu kejadian lebih dahsyat lagi. Presiden Mercy Malaysia, Dr Jemilah Mahmood berkata, beliau seperti melihat gambaran kiamat di depan mata. Apa yang dinukilkan kiamat dalam al-Quran semuanya berlaku – orang bertempiaran, anak terlepas dari tangan, ibu mengandung melahirkan anak.

    Beliau juga menyaksikan mayat seorang ibu bergelimpangan dengan janin yang masih melekat tali pusat terkeluar daripada rahim. Ketua misi pertama PAS ke Aceh, Dr Syed Azman mengungkapkan hal yang sama: "Suami tidak dapat menyelamatkan isteri, begitu juga sebaliknya, ada yang tertanggal terus pakaian tetapi tidak sempat merasa malu demi menyelamatkan diri." Husam menambah: "Ada wanita tua yang uzur selamat sedangkan orang muda yang gagah maut."

    Ada yang mengingatkan: Majoriti di Malaysia terselamat dari pukulan gempa tsunami disebabkan ombak besar itu tertahan dengan zon penampan, iaitu kepulauan Sumatera, terutama wilayah di utara, Aceh. Justeru, berbanding warga dunia lain, kita sepatutnya lebih merasa bertanggungjawab untuk, bukan saja memberi sumbangan awal, malah memulihkan Serambi Makkah itu, sekurang-kurangnya sebagai tanda terima kasih tidak terhingga "menyelamatkan" kita, selain kelaziman jiran terdekat.

    "Bukan saja Langkawi, Pulau Pinang, pesisir pantai Kedah, Perlis dan utara Perak yang terjejas, tetapi seluruh pantai barat sehingga jauh ke selatan tanahair, termasuk Pelabuhan Klang, akan musnah teruk jika tidak dihadang muncung Aceh," kata seorang teman.

    Presiden Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia, Sanusi Junid menjolok: "Kita memerlukan gempa bumi untuk membuka Aceh kepada dunia, membebaskan Aceh sehingga orang luar boleh masuk. Begitu hebatnya, Tuhan "terpaksa campur tangan" untuk membebaskan Aceh." Berdepan kamera TV3, Sanusi sempat melepas geram kepada Jakarta yang selama ini menzalimi Aceh, selepas merampas hasil kekayaan buminya.

    Agak malang, selaku Pengerusi OIC, Abdullah Badawi cukup lambat melawat Aceh, itu pun dalam perjalanan pulang ke KL selepas menghadiri mesyuarat khas tsunami di Jakarta. Selepas 13 hari baru Abdullah meninjau padang jarak di Aceh. Ini mengingatkan kepulangannya ke tanahair juga terlewat; sempatlah timbalannya, Najib berlagak hero ketika ketuanya bercuti di luar negara!

    Ramai tertanya-tanya, apa peranan khusus yang dimainkan Malaysia selaku peneraju OIC, ketika masyarakat Islam bingung melihatkan negara-negara Arab yang kaya raya bakhil menawarkan bantuan. Brunei yang dilimpagi nikmat emas hitam itu juga membisu seribu bahasa. Sudahlah negara Islam kekurangan kepakaran teknikal dan logistik, lebihan wang yang ada pun terperam di poket pemerintah masing-masing.

    Lihatlah senarai negara penderma terbanyak, kalau bukan Australia, Jerman, Jepun dan Amerika. Saya tidak pasti pada takah berapa negara-negara Islam tersenarai walaupun negara paling terjejas teruk adalah Indonesia, yang mempunyai penduduk teramai di dunia. (Umat Islam di Thailand, Sri Lanka dan India turut menjadi mangsa, selain Malaysia).

    Sewajarnya selaku pengerusi OIC, Malaysia bingkas bertindak menyelaraskan bantuan, sekurang-kurangnya menemukan semua menteri luar bagi merumuskan langkah terbaik. Pamerkanlah kesungguhan, jangan hanya menunggu inisiatif pihak lain. Bencana di Bam Iran, pada tarikh sama 2003 turut menonjolkan kelemahan Malaysia beraksi sebagai peneraju di pentas dunia, yang ketika itu baru saja dilantik mengetuai OIC.

    Dari satu sudut, saya tidak bersetuju dengan pendapat PM bahawa negara kita mempunyai prasarana bertaraf dunia tetapi mentaliti rakyatnya bertaraf dunia ketiga. Tidak perlu untuk mengungkit begitu banyak projek -- misalnya MRR2, makmal sekolah, bangunan Matrade, pembinaan sekolah satu sessi di bawah PMC – yang diselubungi kegagalan, sistem amaran awal pun tidak terbentuk, walaupun pada tahap amatur. Kalau Thailand boleh "memecat" ketua jabatan kaji cuacanya, apakah tiada cacat cela pengurusan krisis negara ini pada kemampuan sedia ada?

    Ini belum diselidiki rungutan mangsa yang menghadapi pelbagai karenah pengagihan bantuan. Rakyat Malaysia sudah membuktikan kemurahan hati mereka, malangnya pihak kerajaan seperti sukar sangat untuk memanfaatkan wang hampir RM40 juta itu. "Nak mengagihkan derma orang pun teragak-agak, inikan pula kalau nak minta duit dari kantung kerajaan sendiri," rungut seorang pemerhati.

    "Kalau hanya beri peruntukan kepada mangsa dari derma rakyat, senanglah jadi kerajaan," kata Mahfuz Omar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah. Ingatan pakar motivasi, Dr Fadzilah Kamsah tentang perlunya diasingkan bantuan dari sumber tidak halal kepada mangsa Muslim wajar dilaksanakan segera. Jangan selepas musibah mengamuk, kita masih tidak kenal halal haram.

    Moga tsunami mengurniakan "syuhada" pada mangsa dan menyuntik rasa gerun terhadap kuasa Allah, di samping mendorong tekad tanpa bertangguh lagi untuk bertaubat nasuha. Hendaknya semangat berlumba-lumba membuat kebaikan berterusan, dan pihak kerajaan bersedia mengumpulkan semua pihak terbabit, termasuk NGO dan pembangkang, membedah-siasat kelemahan menguruskan bencana ini.

    1 Comments
     
    APA ITU PAS - UNTUK BACAAN ORG ATAS PAGAR
    01.16.05 (5:59 pm)   [edit]
    APA ITU PAS - UNTUK BACAAN ORG ATAS PAGAR
    Kirimanwebmaster pada Sunday, January 16 @ 14:37:50 MYT
    Contributed by webmaster

    PAS DITUBUHKAN UNTUK MENJADIKAN AL-QURAN,HADIS DAN QIAS SEBAGAI PELAMBAGAAN NEGARA MALAYSIA.

    EEEEIIIIII MALAYSIAKAN NEGARA BERBILANG BANGSA.BOLEHKAH MEREKA MENERIMA KONSEP INI?

    TENTU BOLEH.DENGAN SYARAT ORANG ISLAM HENDAKLAH MEMBERI CONTOH TERLEBIH DAHULU KEPADA KAUM-KAUM YANG BERBILANG BANGSA INI.

    BUKAN SEMUA TETAPI KEBANYAKAN.DAN MEMBERI PENERANGAN TENTANG KEBAIKAN ISLAM.BUKAN SEPERTI SEKARANG ORG ISLAM SENDIRI SANGSI DENGAN AGAMA SENDIRI.

    MENGAPA BUKAN ISLAM BOLEH MENERIMA PELEMBAGAAN ENGLISH/BRITISH , INI KERANA MEREKA JAJAH KITA DAN TERUS MEMPRAKTIK PELEMBAGAAN MEREKA KEPADA KITA .

    MENGAPA KITA SANGSI DENGAN HUKUM YANG ALLAH TELAH WAJIBKAN KEPADA KITA.TIDAKKAH JIKA WALAUPUN SATU AYAT AL-QURAN KITA SANGSI MAKA KITA JATUH MURTAD.JATUH KUFUR.

    SEDARLAH WAHAI YANG MENGAKU MUSLIM

    2 Comments
     
    Tsunami: TV lain....Realitynya lain...
    01.16.05 (5:56 pm)   [edit]
    Assalamuallaikum,

    Salam sejahtera untuk semua. Hari ini ingin saya memaparkan satu lagi kisah yang apa saya alami pada tengahari tadi di penempatan sementara bencana Tsunami di Kuala Kedah.

     

    Semalam hati saya bercampur gembira dan sukar untuk mempercayai apabila saya menonton berita TV mengenai penyerahan kunci rumah-rumah tersebut. Apa tidaknya jika apa yang dilihat itu adalah suka hatinya saya sebagai rakyat Malaysia jika begitulah layanannya kepada mangsa2 yang diberikan kunci kerana dari apa yang dilihat didalam rumah tersebut sudah disediakan selengkapnya dari peralatan dapur pergi keruang tamu dan sampai kedalam bilik tidur. Segala2nya telah disediakan dengan selengkap2nya.

     

    Di ruang tamunya tersedia indah sofa dengan TVnya dan didapurnya pula tersedia pula mesin basuh dengan peti aisnya serta dapur memasak.Manakala di bilik tidur pula tersedia katil dan tilam yang empoknya dimana telah di fokuskan akan MB duduk sambil bertanya-tanya kepada penghuninya.....

     

    TETAPI....itu semuanya hanyalah di TV..sebaliknya..reality adalah berlainan sekali....semasa saya tiba pada tengahari tadi saya melihat sebuah lori sedang mengangkat peti ais keatas lorinya dan saya melihat lori perabot telah bersedia untuk keluar meninggalkan kawasan penempatan itu...lantas saya pun cubalah bertanya kepada beberapa orang yang berdiri ditepi rumah tersebut dan mereka berkata tidak tahu..lalu saya pergi terus kepada salah seorang yang berada dalam rumah tersebut dan bertanya terus kepadanya....anda tahu apa jawapannya...."oohhh...ini cuma rumah contoh aja encik....jadi kami terpaksalah ambil balik kesemua peralatan yang ada nie..."

     

    Sekarang ini telah timbul persoalan pada saya apa yang di lihat dalam TV semalam adalah berlainan sekali dari realitynya., untuk memuaskan hati saya lalu saya pergi pula pada sebuah rumah disebelah rumah tersebut dan dapatlah saya beramah mesra dengan tuan rumahnya. Beliau menjemput saya masukkedalam rumahnya dan saya meminta kebenaran untuk meninjau akan keadaan rumah tersebut. Sambil melihat saya pun bertanyalah beberapa soalan padanya dan ternyata jelaslah kini apa yang ditunjukkan dalam TV itu hanyalah TV sahaja yang tahu akan kebenarannya. Apa yang mereka perolehi adalah cuma tilam dan satu dapur gas untuk memasak dan beberapa kampit beras dengan beberapa kilo gula untuk digunakan dan itu merupakan pemberian yang terakhir dimana selepas ini sudah tiada lagi dan yang paling saya sedihkan adalah tandas yang disediakan saya mendapati airnya bertakung diantara pintu masuk dan mangkuk tandas itu. 

     

    Jika inilah realitynya, saya berharap selepas ini adalah pihak2 yang dapat membantu untuk menyediakan kesemua peralatan tersebut penghuni2 dipenempatan tersebut...dan biarlah UMNO dengan labu2nya itu....biarkanlah mereka dengan propaganda mereka untuk mengelabui mata rakyat Malaysia...dan kepada rakyat2 Malaysia amnya...cubalah anda datang dan lihat sendiri apa yang terjadi disini...kerana realitynya ada disini bukannya di TV atau akhbar perdana....