Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Tekanan kepada Khir Toyo meletakkan jawatan semakin kuat
    03.01.05 (11:43 am)   [edit]
    Tekanan kepada Khir Toyo meletakkan jawatan semakin kuat
    Tuesday, March 01 @ 10:46:02 MYT


    KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Tekanan ke atas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo semakin kuat khasnya dari media milik Umno dan pemimpin Umno negeri sendiri.

    Beberapa siri pertemuan yang dibuat oleh Khir nampaknya tidak mendapat reaksi yang memberansangkan bagi beliau untuk kekal di jawatan itu.

    Sikap beberapa pemimpin kanan Umno khasnya Ketua Penerangan Umno Malaysia sendiri, Dato' Seri Muhamad Haji Mohd Taib sendiri tidak berapa cenderong untuk mempertahankan Khir bahkan cuba mengambil peluang dari krisis tekanan yang dihadapi Khir.

    Isu perkosaan terhadap tanah sekitar Taman Pertanian Bukit Cerakah dibangkitkan sehingga ke peringkat Majlis Tertinggi Umno.

    Presiden Umno memberi kata dua kepada MB Selangor itu dan ketua-ketua negeri lain agar tidak lagi mengizinkan perkara seumpama ini berlaku lagi.

    Mingguan Malaysia Ahad lepas adalah gambaran jelas sikap media Umno terhadap Khir.

    Semalam, Utusan Malaysia melaporkan berita negetif lagi tentang Khir.

    "Khir Toyo demam, mahu jelaskan semuanya hari ini," lapor Utusan.

    Beliau disambut oleh semua Exco kerajaan negeri Selangor dan pemimpin kanan Umno di KLIA sekembalinya dari luar negeri. Ia semacam mahu menunjukkan sokongan terhadap beliau.

    Beliau dilaporkan akan bertemu Perdana Menteri petang ini selepas melawat Bukit Cahaya Seri Alam yang teruk diteroka.

    - ZS



     
    KONSERT FORCE OF NATURE
    02.24.05 (4:40 am)   [edit]

    KONSERT FORCE OF NATURE:
    KELIRU DAN TERPINGGA KITA DIBUATNYA
    Oleh Roslan SMS


    Kalau nak difikirkan semasak-masaknya kita pun akan turut jadi keliru dan terpingga-pingga.


    Betulkan jika saya silap. Tidakkah lantaran kejadian malapetaka Tsunami pada 26 Disember tahun lalu maka Pak Lah telah mengarahkan agar segala bentuk sambutan meraikan ketibaan tahun baru 2005 dibatalkan? Bukankah tindakan ini diambil kerana menghormati mangsa kejadian serta menginsafi kesengsaraan yang menimpa mereka yang terlibat?

    Maka batallah segala bentuk acara hiburan dan tari-menari sebagaimana biasa. Kerajaan mengarahkan agar ianya digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat. Maka sunyi sepilah KL dan Bandar-bandar utama yang lain melainkan beberapa kelompok yang memang degil dan meneruskan perayaan. Tanggal 1 Januari 2005 dada-dada akhbar diserikan dengan wajah para menteri lelaki dan perempuan duduk berdoa di masjid-masjid.

    Kini dah hampir 2 bulan bencana tersebut berlalu. Akibat sikap prihatinnya kerajaan maka dilantik bekas diplomat Tan Sri Razali Ismail sebagai Duta Khas Perdana Menteri dalam urusan bantuan mangsa Tsunami. Ramai yang terpegun dengan perlantikkan ini kerana ia seolah-olah mencerminkan betapa seriusnya penglibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan antarabangsa.

    Semalam tiba-tiba kita dikejutkan apabila Razali mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengutip RM10 juta untuk mengisi tabung misi beliau. Macam mana nak dapat RM10 juta ini? Kata Razali melalui penganjuran Konsert Force of Nature pada 18 Mac kelak di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan bangganya Razali mengumumkan bahawa artis-artis antarabangsa akan dijemput untuk menjayakan konsert ini antara lain Backstreet Boys, Black Eyed Peas, Boyzs II Men di samping artis-artis tempatan.

    Tak serabut ke kalau nak difikirkan? Dan takkanlah Duta Khas PM ini tidak ada idea lain selain menganjur konsert untuk memperolehi dana? Kalau sekadar menganjur konsert lebih kurang sama taraf manager funfair sahaja, buanglah status diplomat.

    Ini kita tak masuk bab sesuai atau tidaknya konsert dalam suasana kita mendakap konsep Islam Hadhari di peringkat Negara. Sesungguhnya keutamaan kita makin bercelaru apabila dasar kita tidak jelas dan berubah-rubah. Sekejap kita mahu pada Islam sekejap Islam terpaksa kita kesampingkan. Apalah kesudahannya kita kelak, wallahualam.

    Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/

    Oleh Roslan sms



     
    Umno Perjuangkan Neraka
    02.24.05 (4:38 am)   [edit]
    Oleh Putera Reformasi

    Gambar Besar

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bertambah panas kisah JAWI VS JESLINA. Saya tertarik dengan ayat Jeslina yang diucapkan kepada media. Dosa dia hanya dengan ALLAH. Sedap sungguh ayat itu. Kalau boleh, saya cadangkan tahun depan wanita yang disukai oleh puak-puak neraka ni dicalonkan sebagai penerima tokoh MAAL HIJRAH. Ini kerana beliau bukan saja tak berdosa dan lagi suci. Saya minta pihak BA khususnya PAS menyaman pihak Jabatan Agama yang tidak memberi permit atau membenarkan ceramah di masjid. Ini kerana bahawa kita tahu kalau disko tempat yang haram dan tempat ahli NERAKA itu boleh dan tidak menjadi kesalahan untuk sesiapa yang datang, maka masjid tempat yang suci di sisi ALLAH boleh digunakan untuk menyampaikan kuliah atau ceramah Agama.

    PAS tidak boleh berganjak dari sekarang kerana kes JESLINA ini patut memberi perangsang untuk PAS menggunakannya sebagai perisai. Dan kepada ahli PAS, gunakan segala kemudahan awam yang ada buat macam harta kita. Janganlah asyik nak menyalahkan UMNO bila mereka menggunakannya. Jangan kita perduli apa umno nak kata. Peduli apa rakyat nak kata. MALAYSIA ini bukan mak dan bapak umno yang punya. Jangan bersikap sabar dan bercakap. Barulah puak-puak umno ini gementar bila berhadapan dengan BA. Ini saya lihat, pihak kita banyak bersabar. Lepas itu berkokok atas pentas dan menyalahkan pihak BN. Dengan kata-kata tak boleh menjatuh mereka. Kita harus berhadapan dengan mereka. Kalau mereka menggunakan jabatan kerajaan, kita saman jabatan tersebut kerana membenarkan umno menggunakan mereka. Baru rakyat nampak. Jangan bercakap di pentas atau Harakah sahaja. Rakyat tak tahu puak-puak ini menghabiskan harta rakyat.

    Dan kepada pihak BA jangan terlalu lembut dengan BN khusus UMNO. Jangan pandai membebel. Tapi lakukan juga benda yang mendapat feadah kepada parti. Kalau umno pacak bendera di tempat sementara di Kedah, mengapa PAS tidak lakukan perkara sama. Ini membebel macam orang hilang bini. Tak salah dan menjadi satu kesalahan. Pemimpin BA harus fikir benda ini semua. Gunakan cerdik pandai di dalam BA untuk menjana kemenangan.

    Dah jauh saya menyimpang daripada tajuk asal. Berbalik kepada ‘Dosa Saya Dengan Allah’. Ini akan dijadikan satu hujah bila AHLI ZINA, AHLI DISKO , AHLI MAKSIAT DAN AHLI KAKI NOMBOR DAN JUDI sebagai perisai mereka bila jabatan Agama negeri melakukan tangkapan kepada mereka. Pernahkah terfikir Pak Lah Don (sempena nama bininya) dan sekutu mereka akan soal ini. Apakah mereka suka melihat anak Melayu berzina di pelusuk kota. Mabuk dan berjudi di mana-mana sahaja. Dan jabatan Agama negeri hanya melakukan rondaan macam Pak Guard mengunci jam.

    Bila berlaku apa-apa yang buruk kepada puak-puak ini, jangan kita simpati. Ini kita terlalu baik hingga kita lupa puak-puak inilah yang menzalimi kita semua. Sepatutnya kita bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kerana mereka telah memilih satu kerajaan yang membawa mereka ke alam neraka.

    Jangan kita bersimpati kepada mereka yang menghina Islam. Malulah bila ALLAH yang kita sembah dipermainkan. Kita hanya membebel macam hilang bini. Tapi apa pun tarak. Ingat Rasulullah berperang dengan puak-puak menghina ALLAH dan ISLAM. Tapi kita hanya melalak bukit dan bersimpati bila mereka ini dalam kecelakaan. INGAT DAN SEBARKAN JANGAN SEKALI-KALI SIMPATI KEPADA PIHAK AHLI NERAKA UMNO INI. KERANA SIMPATI ANDA BOLEH MEMBAWA ANDA JALAN LURUS KE NERAKA.

    SALAM DARI REFOMASI JALANAN  T.A.R.

    Putera Reformasi



     
    Nak Dangdut Datang Ke Terengganu
    02.24.05 (4:36 am)   [edit]



    Pemidang yang menjadi Derih Jusoh Panas Punggong::Untuk makluman pembaca kain pemidang ini telah diarahkan turun oleh MPKT dan kerajaan Negeri sebaik sahaja gambarnya masuk buletinonline.net dan Harakahdaily.net



     
    Lailahaillallah dan burung hijau
    02.24.05 (4:34 am)   [edit]
    Bila hamba Allah menggucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.

    Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka.

    Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan"

    Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?"

    Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

    berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".

    beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

    Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.

    Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

    Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukaii olah Allah maka balasanya berterusan hingga hari kiamat. Maha suci Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. sekian ..wallahuaqlam...........

    taraknama@yahoo.com
    www.taraknama.tblog.com














     
     
     

     



     
    Penindasan Islam, ala UMNO
    02.20.05 (3:41 pm)   [edit]
    Kejahatan UMNO SriBunian05 menulis - "
    OLEH : SriBunian

    Assalamu,alaikum wm.wbh

    Sekiranya ada pihak yang boleh dianggap telah mengkhianati Islam, maka pihak tersebut adalah UMNO.

    Adalah suatu ironi bagi (bekas) Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan menuduh PAS memperalatkan Islam kerana beliau suatu ketika dulu semasa diusir keluar dari UMNO telah bekerjasama rapat dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. Bukankah PAS diwaktu itu sama dengan PAS masa kini? Saya fikir ideologi PAS tidak berubah sejak waktu Dr Mahathir menganggap PAS sebagai "rakan seperjuangan" yang sesuai dalam usaha beliau menentang UMNO dulu.

    Kalau pun ada pihak yang boleh dituduh mempergunakan (atau lebih tepat mengkhianati) Islam, pihak berkenaan adalah UMNO. Saya masih ingat peristiwa yang berlaku di Kuala Terengganu dalam tahun 70an. Pada masa itu salah sebuah kawasan perumahan, Taman Purnama, belum lagi mempunyai surau. Penghuni terpaksa melintas jalan besar Kuantan-Kota Bharu untuk menunaikan solat berjemaah di surau yang terletak di seberang jalan tersebut. Bukan sahaja bunyi bising lalulintas kenderaan yang mengganggu bacaan Imam, tetapi adalah sangat merbahayakan diri untuk melintas dan mengelak lori-lori dan bas yang dipandu laju di jalan yang tersibuk sekali di Kuala Terengganu ketika itu. Banyak kecelakaan trafik telah berlaku di jalan besar tersebut.

    Oleh demikian, ramai penduduk Taman Purnama telah bersepakat untuk mendirikan surau di Taman mereka sendiri. Ini akan juga membolehkan kanak-kanak untuk turut ke surau bagi mengerjakan solat kerana mereka ketika itu ditegah dari pergi ke surau di seberang jalan demi untuk keselamatan mereka.

    Salah seorang tuan rumah telah mewakafkan sebahagian dari kawasan tanahnya untuk tapak surau tersebut, dan penduduk-penduduk pula telah berusaha mendapatkan derma bagi kos pembinaannya. Apabila surau tersebut siap dibina, air dan letrik telah tidak dibekalkan. Menurut Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab, AJK UMNO dari Cawangan UMNO di situ telah membuat aduan kepada kerajaan dan menggesa kerajaan supaya bekalan air dan letrik ke surau baru tersebut tidak diluluskan.

    Imam dan Bilal di surau "lama" di seberang jalan adalah AJK Cawangan UMNO tersebut. Mereka berdalih sekiranya surau di Taman Purnama yang baru dibina itu dibenarkan penggunaannya, maka jemaah akan lari ke surau baru tersebut. Saya rasa mungkin ahli-ahli UMNO di kawasan itu telah cuba menghalang surau baru tersebut dari digunakan kerana dua orang kuat PAS, Mustapha Ali dan Haji Harun Jusoh tinggal di Taman Purnama. Kebetulannya Mufti Terengganu juga tinggal di Taman tersebut dan beliau berpendapat pembinaan surau Taman Purnama itu bukan sesuatu yang tidak munasabah. Malah, sebagai seorang yang beriman beliau menyambut baik pembinaan surau tersebut.

    Di mesyuarat Bahagian UMNO pula, suatu usul telah diluluskan untuk menggesa Pejabat Agama supaya meruntuhkan surau baru di Taman Purnama tersebut, kononnya untuk menggelakkan berlakunya "perpecahan jemaah." Pejabat Agama menjawab bahawa memandangkan yang penduduk membelanjakan duit sendiri sepenuhnya dalam membina surau tersebut dan satu sen pun duit kerajaan tidak terlibat, maka pihak Jabatan Agama tidak boleh berbuat apa-apa.

    Dalam satu lagi peristiwa, juga di Terengganu, Pejabat Agama telah memecat kesemua ahli jawatankuasa Masjid Cendering kerana membenarkan Ustaz Haji Hadi Awang memberi ceramah agama di masjid tersebut. Penduduk kampung Cendering berasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan tersebut lantas mereka memulihkan semula satu masjid lama (yang dulunya adalah Masjid Cendering yang asal tetapi diturunkan taraf menjadi surau setelah dibina masjid baru) yang terletak di satu lagi hujung perkampungan Cendering. Walau apa pun, Masjid Cendering yang baru sudah pun menjadi terlalu sesak hinggakan sebahagian jemaah (solat Jumaat) terpaksa sembahyang di ruang tempat letak kereta.

    Pihak kerajaan telah bertindak balas dengan mengunci masjid lama yang dipulihkan semula itu dengan rantai bermangga untuk mencegah orang mengerjakan solat di dalamnya. Akhbar-akhbar pun membawa cerita-cerita tajuk utama mengenai "Masjid Haram Cendering", yakni hanya ada satu lagi masjid haram selain dari yang di Makkah, iaitu di Cendering.

    Penduduk Kampung Cendering walau bagaimanapun memperkuatkan azam dan di bawah perhatian satu trak anggota "Police Field Force" (PGA sekarang ini) yang dihantar untuk mengepong masjid yang telah dipulihkan itu serta menghalang jemaah dari memasukinya, penduduk kampung telah memecahkan kunci-kunci mangga dan memasuki masjid tersebut untuk solat jemaah Jumaat. Ujudlah keadaan tegang dan jemaah telah terasa semacam suatu lagi peristiwa Memali bakal tercetus. Pihak polis mengambil keputusan bahawa adalah suatu tindakan sia-sia untuk ditembak penduduk-penduduk kampung, dan sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk turut bersama-sama penduduk kampong dalam menunaikan fardhu Jumaat. Maka berakhirlah dengan baik sesuatu yang boleh mencetuskan peristiwa yang buruk.

    Apabila kerajaan bina Masjid "Terapung" di Kuala Ibai Lagoon, pihak kerajaan menghantar pekeliling kepada penduduk kampung dengan pengisytiharan bahawa adalah haram bagi mereka untuk mereka mengerjakan solat di masjid yang lain kecuali di Masjid Terapung yang baru itu. Sebelum itu penduduk kampung telah sembahyang di Masjid Kolam yang terletak tidak jauh dari masjid terapung yang baru itu. Pihak kerajaan tidak ambil kira langsung bahawa lebih tiga generasi telah sembahyang di Masjid Kolam yang sudah pun ujud lebih 100 tahun.


    Penduduk kampung menjadi bingung. Apakah asas agama yang digunakan oleh Pejabat Agama dalam membuat fatwa bahawa solat penduduk kampung tidak sah kalau mereka solat di masjid yang lain daripada masjid yang diisytiharkan sah oleh pihak kerajaan?

    Sebab yang sebenarnya adalah kerana Masjid Kolam merupakan salah satu dari masjid yang Pejabat Agama gagal "cerobohi" (menguasai). Malahan saya (Raja Petra Kamaruddin) adalah ketika itu Pengerusi jawatankuasa masjid dan saya dipanggil oleh Pejabat Agama dan digesa meletakkan jawatan - dan saya lakukan sepertimana yang dikehendaki mereka.

    Seminggu selepas itu, Pejabat Agama telah menghantar pegawai-pegawainya ke Masjid Kolam dengan diiringi oleh selori pasukan. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk mengisytiharkan bahawa orang-orang yang telah dilantik oleh Pejabat Agama akan mengambil alih kesemua jawatan dalam jawatankuasa masjid. Imam dan Bilal juga turut akan digantikan. Penduduk kampung tidak menentang tetapi telah memohon supaya Imam dan Bilal yang sedia ada dibenarkan untuk terus imamkan jemaah di samping mereka yang dilantik oleh Pejabat Agama. Imam dan bilal yang dilantik oleh Pejabat Agama walau bagaimanapun telah tidak menjengok langsung ke Masjid Kolam sepanjang perlantikan mereka. Imam dan Bilal yang sedia ada telah meneruskan tanggungjawab tanpa meninggalkan jemaah walau sekali pun dengan tidak meminta atau mendapat sebarang bayaran.

    SUMBER ASAL : Terjemahan artikel Raja Petra Kamarudin
    DECEMBER 1, 2004


     
    Islam ialah Tamaddun: Penjelasan kepada Islam
    02.20.05 (12:17 pm)   [edit]
     







    Islam ialah Tamaddun: Penjelasan kepada Islam Hadhari
    Dilulus terbit pada Saturday, February 19 @ 22:12:59 MYT oleh LinuxPro


    Bahan Ilmiah Saya bawa petikan daripada buku "Petunjuk Sepanjang Jalan" karangan Al-Syahid Syed Qutb untuk memberikan perbandingan ilmiah dengan Islam Hadhari agama baru tajaan UMNO.

    Petikan bab ke-8 ini daripada muka surat 97-111 karangan Al-Syahid cukup indah. Semoga petikan ini menambahkan kemuliaan Islam dan menolak faham baru tajaan UMNO.

    ISLAM IALAH TAMADDUN


    Islam mengenal dan mengiktiraf hanya dua bentuk masyarakat sahaja, iaitu masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah.


    “Masyarakat Islam” ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup. Manakala masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tata susila.


    “Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu yang mereka reka bentukkan bentuk Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif”.


    Manakala “masyarakat jahiliyah” pula lahir dalam beraneka bentuk dan rupa, tapi semuanya jahiliyah belaka:


    Ada yang berbentuk masyarakat yang engkar sama sekali akan wujudnya Zat Allah SWT dan membuat tafsiran secara benda terhadap sejarah, melaksanakan sistem apa yang disebutkan sebagai “sosialisme saintifik” sebagai panduan hidupnya.


    Ada pula yang berbentuk sebuah masyarakat yang tidak engkar akan wujudnya Zat Allah SWT, tetapi menghadkan kuasa Allah SWT di dalam urusan yang bersangkutan dengan akhirat sahaja dan enggan mengiktiraf kuasa Allah SWT dalam urusan hidup di dunia. Masyarakat ini tidak mahu menjadikan syariat dan undang-undang Allah sebagai panduan hidup mereka, dan tidak sudi mengambil nilai-nilai Islam sebagai pedoman dalam mengukur sesuatu. Anggota-anggota masyarakat seperti ini dibolehkan beribadat di dalam biara-biara, gereja-gereja dan masjid-masjid, tetapi mereka dilarang menuntut pelaksanaan syariat Allah dalam urusan hidup sehari-hari, dengan demikian maka masyarakat itu dengan sendirinya menolak dan melemahkan kekuasaan dan ketuhanan Allah dan seluruh urusan hidup di bumi ini, sedangkan Allah SWT sendiri telah menyatakan dengan tegasnya bahawa kekuasaan dan ketuhanan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi.


    Firman Allah:
    وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاء إَِلهٌ وَفِي الَْأرْضِ إَِلهٌ


    Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan [yang disembah] di langit dan Tuhan [yang disembah] di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.” (Azzukhruf: 84)


    Oleh kerana itulah masyarakat seperti itu tidak mengikut agama Allah yang sebenar sebagaimana yang ditegaskan-Nya di dalam firman:


    إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِّلهِ َأمَرَ َألاَّ تَعْبُدُوْا إِلاَّ إِيَّاهُ َذلِكَ الدِّينُ الَْقيِّمُ


    Maksudnya: “Tidak ada hukuman itu melainkan bagi [kepunyaan] Allah. Ia perintah kamu jangan sembah melainkan Dia [sahaja], [kerana] yang demikian itu adalah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusoff: 40)


    Dengan sebab yang di atas itulah masyarakat itu menjadi sebuah masyarakat “jahiliyah”, walaupun ia mengiktiraf wujudnya Allah SWT dan walaupun ia memberi kebebasan kepada manusia untuk beribadat di biara-biara, gereja-gereja dan masjid-masjid.


    “Masyarakat Islam” dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat “jahiliyah” dalam segala bentuknya adalah masyarakat “songsang”.


    Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan. Buku itu asalnya berjudul: “Menuju masyarakat Islam yang bertamadun”, tetapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan “bertamadun” dan judul buku itu diubah menjdai “Menuju Masyarakat Islam” sahaja. Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis. Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau “operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa”. Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar.


    Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau. Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi “tamadun” sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau.


    Saya terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman, sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya. Definisi “tamadun” ala Eropah selalu sahaja bermain-main di dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.


    Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi “tamadun” dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan denagn agak luas.


    Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran “Masyarakat Islam” ialah sebenar-benarnya masyarakat yang “bertamadun”. Perkataan “bertamadun” sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru.


    Bila sahaja kekuasaan tertinggi dalam pemerintahan sebuah masyarakat itu diserah kepada Allah sahaja, dalam bentuk berkuasanya syariat Allah di dalam masyarakat itu, ketika itulah baru terdapat kebebasan dan kemerdekaan penuh umat manusia dari pengabdian diri kepada sesama umat manusia. Inilah yang dinamakan “tamaddun kemanusiaan” kerana tamaddun umat manusia itu mempunyai pokok pangkal yang penting, iaitu kebebasan asasi dan mutlak bagi umat manusia, kehormatan yang sebenar bagi setiap anggota masyarakat, kerana pada hakikatnya kebebasan dan kemerdekaan itu tidak wujud di dalam sebuah masyarakat yang setergah anggotanya menjadi “Tuhan” dan yang setengah lagi menjadi “hamba abdi” yang mesti mematuhi kekuasaan tuannya.


    Kita perlu tegaskan bahawa kekuasaan itu tidak hanya terbatas di dalam lingkungan sistem undang-undang sahaja, seperti yang lumrah difahami orang terhadap perkataan “’Syariat”, yang difahami melalui faham yang begitu sempit sekali, sebab fikiran, program, undang-undang dan nilai-nilai, kebiasaan dan adat resam pun merupakan perkara yang mesti dipatuhi oleh setiap individu, iaitu apabila segolongan manusia melakukan kekuasaannya atas golongan lain, dan golongan lain pula patuh menerima kekuasaan itu, maka masyarakat itu tidak layak lagi disebut sebagai sebuah masyarakat yang bebas dan merdeka, kerana ia mengakui kekuasaan sesuatu golongan atas golongan lain, di luar daripada panduan Allah, masyarakat yang satu golongan anggotanya menjadi “Tuhan” manakala satu golongan yang lain menjad “abdi”.


    Oleh yang demikian masyarakat itu bukanlah sebuah masyarakat yang ber“tamaddun” malah ia adalah sebuah masyarakat yang “songsang”, atau menurut kaca mata Islam, masyarakat itu ialah sebuah masyarakat “jahiliyah”.


    “Masyarakat Islam” ialah satu-satunya masyarakat yang dikawal dan dilindungi oleh Allah Yang Maha Esa. Anggota-anggota masyarakat itu meninggalkan dan membuang jauh segala bentuk pemujaan dan pendewaan kepada sesama manusia untuk melakukan pemujaan dan pendewaan kepada Allah SWT sahaja. Oleh sebab itulah anggota-anggota masyarakat itu menjadi orang yang bebas dan merdeka sepenuhnya, kebebasan yang menjadi paksi keseluruhan tamaddun dan kehormatan umat manusia sebagaimana yang ditakdir Allah sejak azali sewaktu Allah memproklamasikan kepada para malaikat tmtuk melantik manusia sebagai “khalifah”Nya di bumi ini.


    Bila sahaja program yang berpunca dari Tuhan Yang Maha Esa menjadi tali pengikat antara umat manusia, dalam mana kedaulatan bagi seluruh umat manusia tidak bersumber dari sebarang kuasa duniawi dalam bentuk pengabdian dan penindasan atas sesama umat manusia nescaya masyarakat itu menjadi sebuah masyarakat yang ideal yang boleh menggambarkan keindahan ciri kemanusiaan, iaitu ciri roh dan fikiran.


    Sebaliknya bila sahaja dasar perkauman, kebangsaan, warna kulit dan tanahair, persamaan nasib dan lain-lain lagi, yang menjadi tali pengikat antara kelompok umat manusia, maka jelaslah bahawa dasar-dasar itu tidak menggambarkan ciri kemanusiaan, sebab manusia akan tetap menjadi manusia juga tanpa kebangsaan, tanpa warna kulit dan tanahair, tetapi manusia itu bukan manusia lagi tanpa roh dan fikiran


    Di samping itu dengan berdasarkan kebebasan dan kemahuan sendiri manusia boleh mengubah akidahnya, boleh mengubah fikirannya, dan jua mengubah program hidupnya, sebaliknya manusia tidak akan berdaya mengubah kebangsaan dan wana kulitnya, seperti jua dia tidak akan berupaya mengubah terrpat kelahirannya.


    Sebuah masyarakat yang di dalamnya manusia berkumpul dan berorganisasi berdasarkan kemerdekaan dan kebebasan kemahuan fitrah kemanusiaan itulah masyarakat yang bertamaddun.


    Adapun sebuah masyarakat yang di dalamnya manusia berkumpul berdasarkan sesuatu di luar kemerdekaan dan kebebasan fitrah kemanusiaan, maka masyarakat itu adalah sebuah masyarakat yang songsang atau mengikut istilah Islam, masyarakat itu ialah masyarakat “jahiliyah”.


    Sesungguhnya masyarakat Islam sahajalah sebuah masyarakat yang anggotanya berkumpul berdasarkan kemerdekaan dan kebebasan. Ia juga sebuah masyarakat yang menganggap “akidah” sebagai rupa bangsa yang mengumpulkan orang-orang berkulit putih, hitam, merah dan kuning, mengumpulkan orang Arab, Romawi, Parsi, Negro dan seluruh bangsa manusia di muka bumi ini menjadi satu umat yang bertuhankan Allah, yang memuja dan menyembah-Nya sahaja. Orang yang paling mulia dan dihormati di dalam masyarakat itu ialah orang yang paling bertaqwa dan yang selainnya adalah setaraf sahaja dalam menjunjung hukum dan perintah Allah.


    Apabila “kemanusiaan” manusia itu menjadi nilai yang tertinggi di dalam sesebuah masyarakat, dan apabila sifat-sifat “kemanusiaan” di dalam masyarakat itu yang menjadi tumpuan penilaian ketika itulah masyarakat itu menjadi sebuah masyarakat yang bertamaddun. Sebaliknya bila sahaja “benda” - dalam bentuk apa pun - yang menjadi nilai tertinggi sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk “teori” seperti dalam tafsiran ala Karl Marx terhadap sejarah, atau dalam bentuk “pengeluaran benda” seperti di Amerika, Eropah dan seluruh negara yang menganggap pengeluaran benda itu sebagai nilai tertinggi, dan kerana itulah pula nilai-nilai kemanusiaan itu dipandang hina dan malah dipijak-pijak, maka masyarakat itu adalah sebuah masyarakat yang “songsang” atau mengikut sebutan Islam masyarakat itu adalah masyarakat "jahiliyah."


    Sesungguhnya masyarakat bertamaddun, atau masyarakat Islam, tidak memandang enteng kepada benda, tidak dalam bentuk teori (dengan menganggapnya sebagai bahan penyusunan alam dan daripadanyalah kita mengambil faedah dan penghasilan) dan tidak pula dalam bentuk “pengeluaran benda”, kerana pengeluaran benda adalah punca kehidupan di dunia ini, yakni sebagai pemberian Allah, tetapi Islam tidaklah pula memandang benda itu sebagai asas semua nilai kemanusiaan, semata-mata kerana hendak mengejar kemewahan benda.


    Apabila “nilai kemanusiaan” atau “moral kemanusiaan” yang menjadi asas hidup umat manusia, berkuasa di dalam sebuah masyarakat, nescaya masyarakat itu akan menjadi sebuah masyarakat, yang bertamaddun, dan nilai moral kemanusiaan itu bukanlah suatu perkara yang sukar, tidak pula merupakan suatu perkara yang berubah dan tidak mantap serta tidak punya asas, sebagaimana yang dituduh oleh “pentafsiran ala benda atas sejarah” atau seperti yang dituduh oleh para penganut “sosialisme saintifik”.


    Sesungguhnya nilai yang dimaksudkan itu ialah nilai-nilai yang menggalakkan pertumbuhan ciri-ciri yang menjadi milik manusia sahaja dan tidak dimiliki oleh haiwan, nilai-nilai yang menonjolkan sudut-sudut yang membezakan manusia dengan haiwan, bukanlah nilai-nilai yang menggalakkan pertumbuhan ciri dan sudut yang menyamakan manusia itu dengan haiwan.


    Apabila persoalan sudah sampai ke peringkat ini maka lahirlah garis pemisah yang terang dan nyata, yang tidak jadi pak turut kepada aliran fahaman orang yang menamakan dirinya “progresif” dan orang yang mendakwa diri mereka sebagai orang “sosialis saintifik”!


    Ketika itu istilah suasana keliling dan kebebasan. masyarakat tidak lagi menjadi kuasa penentu dalam menilai moral dan tata susila, kerana perbezaan suasana masyarakat itu berlaku mengikut nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah. Pada ketika itu tiada lagi nilai masyarakat “pertanian”, atau masyarakat “industri”, tiada juga nilai moral “kapitalis” atau nilai moral “sosialis”, tiada moral “borjuis” atau “proletar” yang ada hanyalah nilai moral “kemanusiaan” dan nilai moral “kehaiwanan/kebinatangan” kalaulah perkataan itu boleh disebut atau mengikut pandangan Islamnya, nilai-nilai moral “Islam” dan nilai moral “Jahiliyah”.


    Sesungguhnya Islam mengiktiraf nilai moral “kemanusiaan” yang menyebabkan lahirnya aspek yang membezakan manusia dengan haiwan. Islam memang menggalakkan perkembangannya di dalam setiap masyarakat yang menghayati Islam, sama ada masyarakat itu berbentuk sebuah masyarakat “pertanian” atau masyarakat “industri”, sama ada masyarakat itu masih primitif dan hidup dari sumber ternakan atau sebuah masyarakat kosmopolitan, masyarakat orang-orang miskin atau masyarakat orang berada.


    Islam menatang manusia mendaki ke puncak dengan membawa ciri-ciri yang khusus untuk manusia di samping mengawalnya sungguh-sungguh dari menjunam jatuh membawa ciri-ciri kehaiwanan atau kebinatangan. Apabila sistem “keluarga” menjadi kaedah utama dalam pembentukan masyarakat, dan keluarga itu dibina di atas asas pembahagian tugas di antara suami isteri, pembahagian tugas dalam melaksanakan kerja, serta keluarga itu memberi perhatian penuh kepada masalah perrbentukan generasi baru dan pendidikan anakanak; maka masyarakat itu menjadi sebuah masyarakat yang bertamaddun; kerana keluarga dalam bentuk ini, di bawah lindungan program Islam, adalah merupakan tapak dan pangkalan dalam mana nilai-nilai “kemanusiaan” itu diproses dan dilentur, dibentuk dan dipupuk, untuk menjadi panduan generasi muda, sebab nilai-nilai itu tidak mungkin diproses dan dibentuk kecuali dalam unit sebuah keluarga.


    Sebaliknya apabila hubungan sex (yang kadang-kadang dinamakan sebagai perhubungan bebas) dan pembentukan keturunan dan zuriat di luar hukum syarak, yang menjadi asas perkembangan masyarakat, apabila hubungan sex antara laki-laki dan wanita dilakukan atas asas memuaskan hawa nafsu yang ganas dan serakah, bukan atas asas pembahagian tugas seperti yang disebut tadi, dalam pembentukan sesebuah keluarga, apabila peranan dan tugas wanita ialah semata-mata menjadi bahan perhiasan dan penglipurlara sahaja apabila kaum wanita ikut menumpukan usaha dan waktunya ke arah pengeluaran benda dan membikin alat produksi negara, dan tidak memberikan perhatiannya kepada masalah membentuk dan menghasilkan “manusia” kerana kononnya pengeluaran benda itu lebih mustahak dan lebih bernilai daripada pengeluaran “manusia” maka pada ketika itu menonjollah ciri “songsang”nya tamadun, dipandang dari sudut kemanusiaan atau tegasnya lahirlah “jahiliyah” dalam kaca mata Islam.


    Masalah keluarga dan hubungan sex antara laki-laki dan wanita adalah menampakan persoalan pokok yang menentukan, di dalam menilai sifat sebuah masyarakat, sama ada mundur atau maju, sama ada songsang atau tamaddun, sama ada jahiliyah atau Islam, sebab sesebuah masyarakat yang dipengaruhi oleh nilainilai kehaiwanan dan kebinatangan, tidak mungkin menjadi sebuah masyarakat yang bertamaddun, walaupun taraf ekonomi dan ilmu pengetahuannya tinggi melangit, kerana ukuran ini dibuat mengikut kadar maju mundurnya nilai kemanusiaan. Dan sudah pasti sekali ukuran ini tetap dan tidak akan pernah meleset!


    Nilai-nilai moral sangat merosot keadaannya di dalam masyarakat jahiliyah, kerana di dalam masyarakat jahiliyah itu aspek-aspek dan ciri-ciri yang membezakan “manusia” dengan “binatang” itu tidak diberi perhatian, malah dikesampingkan langsung. Oleh kerana itulah di dalam masyarakat jahiliyah hubungan sex di luar hukum syarak (dengan perkataan lain “zina”) dan malah hubungan sex antara sama sejenis (homosexual) atau mengikut istilah Islam “liwat” yang terkutuk di sisi undang-undang agama, tidak dipandang sebagai suatu kejahatan moral.


    Di. dalam masyarakat seperti itu “kejahatan” hampir hanya terbatas di dalam lingkungan persoalan yang ada kaitannya dengan ekonomi dan politik sahaja, dan malah ada yang hanya berkaitan dengan “kepentingan negara” semata-mata. Oleh sebab itulah maka skandal sex antara Christine Keeler dengan bekas seorang Menteri Perang Inggeris - umpamanya - tidak dianggap sebagai suatu kejahatan dalam pandangan masyarakat Inggeris semata-mata kerana mereka berhubungan sex secara zina. Skandal itu dianggap sebagai suatu kejahatan justeru kerana Christine Keeler juga menjadi seorang teman wanita kepada bekas Attache Angkatan Laut Soviet Russia di Negeri Inggeris, iaitu suatu hal yang membahayakan kepentingan Negara kerana bocornya rahsia negara kepada pihak musuh melalui perhubungan beliau dengan kedua orang itu. Hal ini dianggap berbahaya kepada negara kerana bekas Menteri Perang itu telah memberikan keterangan bohong kepada Parlimen mengenai skandai ini. Skandal-skandal yang sama bentuknya tidak kurang berlaku di Dewan Senate Amerika Syarikat; begitu juga. skandal-skandal lain berupa sindiket pengintipan dan, jaringan penggelapan berita, seperti juga terdapat pegawai-pegawai tinygi kerajaan Inggeris dan Amerika yang melarikan diri ke Soviet Rusia. Hal-hal itu tidak dianggap sebagai kejahatan kerana mereka melakukan hubungan sex secara haram (zina) tetapi justeru kerana perbuatan mereka yang merugikan kepentingan dan mengancam keselamatan negara.


    Ramai pengarang, wartawan dan penulis cerpen dan novel yang telah membongkar skandal rahsia dan aneh yang berlaku dengan sebenarnya di dalam masyarakat jahiliyah. Mereka telah menceritakan dengan terus terang tentang kejadian ganjil di sana sini di sekitar hubungan sex bebas; malah mereka telah sanggup menjalankan kempen di kalangan para isteri dan suri rumahtangga dengan mengatakan bahawa perhubungan sex bebas (zina) bukanlah termasuk di dalam golongan skandal yang meruntuhkan moral.


    Mereka lagi malah sanggup menjalankan kempen bahawa tidaklah termasuk dalam istilah mengkhianati cinta sekiranya seorang isteri berlaku curang terhadap suaminya dengan umpamanya melakukan zina dengan seorang laki-laki lain, asalkan hajat nafsu syahwat dapat ditunaikan, malah mereka menganggap suatu kebodohan bahawa seorang isteri itu masih tetap menjaga kesucian dirinya seandainya si suami didapati lemah tenaga batinnya. Mereka beranggapan bahawa seorang isteri yang mengalami nasib demikian boleh menyerahkan dirinya kepada laki-laki lain dengan penuh kerelaan hati dan dengan penuh “amanah”. Banyak sekali hal-hal seperti ini boleh dibaca melalui cerpen-cerpen dan ruangan pojok juga gambar-gambar kartun serta komik yang beraneka rupa, juga dalam bahan bualan di kaki lima dan di jalan raya yang semuanya membawa pengertian seperti di atas. Masyarakat model ini adalah masyarakat yang mundur, adalah masyarakat yang “songsang” ditinjau dari sudut “Manusia” dan diukur dengan nilai-nilai tamaddun “kemanusiaan”. Sesungguhnya garis tamaddun “kemanusiaan” itu bergerak ke arah “pengawasan” terhadap “syahwat kebinatangan” dan membatasnya ke dalam lingkungan “keluarga” berasaskan tugas kemanusiaan, berfungsikan pembinaan generasi manusia bukan bermatlamatkan,kelazatan dan kepuasan sex pembinaan generasi muda yang boleh dilakukan dengan disediakan praserana yang berbentuk ciri-ciri kemanusiaan yang akan menghiasi hidup mereka.


    Penyediaan praserana itu tidak mungkin dapat dilakukan dengan jayanya kecuali dalam pangkuan kekeluargaan yang dilindungi oleh ketenteraman dan ketenangan jiwa berdasarkan rasa kasih sayang dan hormat menghormati di dalam unit sebuah keluarga.


    Manakala di dalam masyarat yang dibentuk oleh arahan dan pengaruh yang penuh beracun, yang mengkesampingkan fahaman moral yang sebenar, yang tidak menghormati kesopanan dan ajaran agama di dalam soal hubungan sex, dalam masyarakat seperti ini tidak mungkin wujud praserana untuk membentuk generasi muda “manusia” yang sejati.


    Oleh hal yang demikian maka nilai-nilai moral, pengajaran dan hukumhakam Islam yang menjamin keselesaan hidup manusia yang memang benar-benar layak untuk mengelakkan diri sejauh mungkin dari ciri-ciri kebinatangan.


    Dari huraian ini nyatalah bahawa Islam adalah suatu bentuk “tamaddun” mengikut nilai-nilai kemanusiaan yang tetap teguh, nilai yang tidak berganjak dan tidak sudi menjadi pak turut kepada nilai-nilai lain.


    Kesimpulannya: Bila sahaja umat manusia itu benar-benar melaksanakan tugasnya sebagai “khalifah” Allah di bumi-Nya mengikut cara yang betul, iaitu: dengan menumpu dan memurnikan “ubudiyah” semata-mata kepada Allah dan dengan demikian membebaskan diri sepenuhnya daripada “ubudiyah” dan tunduk kepada yang lain daripada-Nya dengan cara menghayati syariat dan undangundang Allah di dalam segenap aspek hidup dan menolak tegas sahnya (legalitinya) undang-undang dan sistem selain undang-undang Allah, di samping membina kehidupan di atas nilai-nilai moral yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan melempar jauh nilai-nilai dan hukum-hukum bikinan para hamba Allah di samping membuat kajian dan mengambil manfaat daripada peraturan-peraturan alam yang telah ditugaskan oleh Allah sejak azali, dan menggunakannya untuk memajukan kehidupan dan mengeluarkan hasil bumi, meneroka rezeki dan menikmati makanan yang telah dikurnia oleh Allah. Memang perlu sekali alam itu diteroka dan diolah dengan menggunakan kepandaian dan keahlian yang telah dikurnia-Nya melalui berbagai bentuk ilmu yang berkenaan dengannya. Bila sahaja umat manusia menggali sumber rezeki dan meneroka bahan-bahan mentah, mendirikan kilang perusahaan, melaksanakan pembangunan ekonomi dan pemerintahan negara dengan menghayati undang-undang dan syariat Allah apabila itu semuanya melaksanakan di atas asas “LILLAAHI” - kerana Allah, iaitu kerana menunaikan ubudiah kepada Allah, kerana menunaikan amanah Allah yang telah melantik umat manusia menjadi “khalifah”-Nya di muka bumi ini - maka pada ketika itu umat manusia itu ber“tamaddun” sepenuhnya. Ada pun ciptaan, kemajuan dan pembangunan benda sahaja, tanpa menjalankan tugas sebagai “khalifah” dan menjalankan “ubudiah” kerana Allah sahaja, tidak diiktiraf oleh Islam sebagai “tamaddun” sebab kemajuan dan pembangunan benda seperti itu boleh jadi diresapi oleh pengaruh jahiliyah.


    Allah SWT telah mempamerkan sifat dan ciri jahiliyah di dalam pembangunan benda di dalam ayat-ayat berikut:


    َأتَبْنُو َ ن بِ ُ كلِّ رِيعٍ آيًَة تَعْبَُثو َ ن ( 128 ) وَتَتَّخِ ُ ذو َ ن مَصَانِعَ َلعَلَّكُمْ تَخُْلدُو َ ن ( 129 ) وَإَِذا بَ َ طشْتُم ( بَ َ طشْتُمْ جَبَّارِينَ ( 130 ) َفاتَُّقوا اللَّهَ وََأطِيعُونِ ( 131 ) وَاتَُّقوا الَّذِي َأمَدَّ ُ كم بِمَا تَعْلَمُو َ ن ( 132 َأمَدَّ ُ كم بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ ( 133 ) وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ( 134 ) إِنِّي َأخَافُ عََليْ ُ كمْ عَ َ ذابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ (135)


    Maksudnya: “Mengapakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main? [maksudnya: untuk bermewah-mewah dan memperlihatkan kekayaan] Dan kamu membuat benteng-benteng [mahligai: istana) dengan maksud supaya kamu kekal [hidup di dunia] Dan bila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang-orang kejam dan bengis. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepada-Ku. Dan bertaqwalah kepada Allah yang telah menganugerahkan kepadamu apa yang kamu ketahui. Dia telah menganugerahkan kamu binatang-binatang ternak dan anak-anak, kebun-kebun dan mata air. Sesungguhnya Aku takut kamu ditimpa azab hari yang besar.” (Asy-syu'araa: 128-135)


    Dan firman:


    َأتُتْرَ ُ كو َ ن فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ ( 146 ) فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ( 147 ) وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ َ طْلعُهَا هَضِيمٌ 148 ) وَتَنْحِتُو َ ن مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ ( 149 ) َفاتَُّقوا اللَّهَ وََأطِيعُونِ ( 150 ) وََلا تُطِيعُوا َأمْرَ ) ( الْمُسْرِفِينَ ( 151 ) الَّذِينَ يُفْسِدُو َ ن فِي الَْأرْضِ وََلا يُصْلِحُو َ ن ( 152


    Maksudnya: “Adakah kamu akan dibiarkan tinggal di sini [di negeri kamu ini] dengan aman. Di dalam kebun-kebun serta mata air, Dan tanaman-tanaman dan pohon-pohon kurma yang mayangnya lembut, Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan jangan kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas. Yang melakukan kerosakan di muka bumi dan tidak mengadakan perbaikan.” (Asy-syu'araa:146-152)


    dan firman Allah:


    َفَلمَّا نَسُوْا مَا ُذكِّرُوْا بِهِ َفتَحْنَا عََليْهِمْ َأبْوَابَ ُ كلِّ شَيْءٍ حَتَّى إَِذا َفرِحُوْا بِمَا ُأوتُوْا َأخَذْنَاهُم ( بَغْتًَة َفإَِذا هُم مُّبْلِسُو َ ن ( 44 ) َفقُطِعَ دَابِرُ الَْقوْمِ الَّذِينَ َ ظَلمُوْا وَاْلحَمْدُ لِّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ( 45


    Maksudnya: “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang zalim itu pun dimusnah dan dihancurkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.” (Al-An'aam: 44-45)


    Dan firman:


    حَتَّىَ إَِذا َأخَ َ ذتِ الأَرْضُ زُخْرَُفهَا وَازَّيَّنَتْ وَ َ ظنَّ َأهُْلهَا َأنَّهُمْ َقادِرُو َ ن عََليْهَآ َأتَاهَا َأمْرُنَا َليْ ً لا َأوْ نَهَارًا َفجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا َ كَأن لَّمْ تَغْنَ بِالأَمْسِ


    Maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi ini, adalah seperti air [hujan] yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu, tanaman-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang-ternakan. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya dan memakai [pula] perhiasannya [maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah yang menghijau dengan tanamannya] dan pemilik-pemiliknya menyangka bahawa mereka pasti menguasainya [dapat memetik hasilnya], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam dan siang, lalu Kami jadikan tanaman-tanamannya laksana tanaman-tanaman yang sudah disabit [atau ditual] seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat [Kami] kepada orang-orang yang berfikir.” (Yunus: 24)


    Kita telah jelaskan di atas tadi bahawa Islam sama sekali tidak memandang rendah kepada benda dan tidak sama sekali memandang rendah kepada teknologi benda, tetapi sebaliknya Islam menganggap corak kemajuan seperti ini, yang berteraskan panduan Allah, adalah satu nikmat Allah untuk umat manusia, yang Allah kurnia kepada umat manusia sebagai balasan ketaatan mereka di dunia ini.


    Firman Allah:


    َفقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّ ُ كمْ إِنَّهُ كَا َ ن َ غفَّارًا ( 10 ) يُرْسِلِ السَّمَاء عََليْ ُ كم مِّدْرَارًا ( 11 ) وَيُمْدِدْ ُ كمْ ( بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّ ُ كمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّ ُ كمْ َأنْهَارًا ( 12


    Maksudnya: “Maka Aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anak kamu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu mengadakan [pula di dalamnya] untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)


    dan firman:


    وََلوْ َأنَّ َأهْ َ ل اْلُقرَى آمَنُوْا وَاتََّقوْا َلَفتَحْنَا عََليْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وََلكِن َ كذَّبُوْا َفَأخَذْنَاهُم بِمَا َ كانُوْا يَكْسِبُو َ ن


    Maksudnya: “Jikalau sekiranya penduduk kota [dan kampung] beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan [ayat-ayat Kami] itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A'raaf: 96)


    Yang penting ialah asas, tapak dan pangkalan bagi pembangunan industri, dan nilai-nilai yang mempengaruhi masyarakat, yang menjadi bahan ramuan dalam pembentukan ciri tamadun “kemanusiaan”. Sesungguhnya pangkalan gerakan dan kaedah pembentukan anggota masyarakat Islam itulah yang menjadikan ia (masyarakat Islam) sebuah masyarakat yang unik, sebuah masyarakat yang tidak boleh diresapi oleh mana-mana jua teori pun yang menjadi asas dan kaedah pembentukan anggota masyarakat jahiliyah kerana masyarakat Islam itu lahir dari suatu gerakan, gerakan yang terus menerus di sepanjang zaman, gerakan yang akan memberi posisi dan tempat kepada setiap individu dalam masyarakat Islam itu, gerakan yang akan menentukan tugas dan fungsi mereka di dalam masyarakat Islam itu. Gerakan yang menetaskan masyarakat Islam itu pada asalnya ialah suatu gerakan yang datang dari luar daya umat manusia gerakan itu datang dalam bentuk suatu akidah yang Allah kurniakan secara langsung kepada manusia. Gerakan yang melahirkan suatu konsep yang unik mengenai hakikat wujud ini, mengenai hakikat hidup, hakikat sejarah, hakikat nilai-nilai dan hakikat tujuan hidup. Gerakan yang melahirkan suatu program kerja yang lahir dari konsep itu.


    Cetusan permulaan yang melahirkan gerakan itu tidak datang dari dalam jiwa umat manusia dan tidak pula dari sesuatu bahan benda di dalam alam nyata ini, tetapi seperti telah kita katakan tadi, ia datang dari luar lingkungan bumi nyata, dari luar daya umat manusia. Inilah pokok perbezaan terpenting dalam pembentukan masyarakat Islam yang memisahkannya dari masyarakat jahiliyah.


    Dengan menggunakan unsur azali yang ghaib, di luar jangkauan daya manusia dan di luar campur tangan umat manusia itulah, pada asalnya, bermulalah langkah pertama dalam pembentukan masyarakat Islam, disertai dengan kerja melentur pembentukan “manusia”, iaitu manusia yang berimankan akidah yang datang secara langsung dari sumber ghaib itu, dengan kudrat Allah SWT. Bila sahaja satu individu manusia itu mula menerima akidah ini dan mula beriman dengannya maka pada dasarnya bermulalah sudah wujudnya masyarakat Islam itu sebab individu yang satu itu menerima akidah dan iman itu bukan untuk dipendam dan disimpan di dalam hatinya seorang sahaja. Dia pasti akan bergerak dan berjalan membawa akidah itu bersama-samanya.


    Inilah tabiat setiap gerakan yang dinamis dan aktif. Kudrat Ilahi yang Maha Tinggi yang menggariskan akidah ini meresap atas seketul hati, Maha Mengetahui bahawa akidah akan mengajak dan mendorong individu bergerak, bergerak terus langkah demi langkah menuju matlamat yang ditentukan.


    Bila sahaja orang yang menerima akidah itu genap jumlahnya menjadi tiga orang, maka akidah sendiri akan membisikkan kepada mereka: “kalian telah menjadi sebuah masyarakat Islam yang merdeka dan bebas”, sebuah masyarakat yang terpisah jauh daripada masyarakat jahiliyah yang tidak menganut akidah seperti ini dan tidak punya nilai-nilai asasi akidah itu. Kemudian tiga orang tadi akan bertambah jumlahnya menjadi sepuluh, seratus, seribu, dua belas ribu hingga berkembang dan bertapaklah secara pastinya sebuah masyarakat Islam itu. Semasa kedua bentuk masyarakat ini meneruskan perjalanan masing-masing, sering pula timbul pergeseran, yang satu baru berumur setahun jagung, mendukung akidah dan konsep hidup sendiri, manakala yang satu lagi menderita kerana kehilangan pengikut. Pergeseran itu dengan sendirinya tambah menampakkan perbezaan antara kedua bentuk masyarakat itu, perbezaan konsep dan cara bergerak, walaupun masyarakat Islam masih belum mengisytiharkan kelahirannya di tengah-tengah masyarakat jahiliyah yang masih berpengaruh itu. Tetapi “gerakan” yang menjadi tanda pengenalan akidah Islam dan menjadi cap masyarakat baru ini, masyarakat yang lahir dari cetusan akidah, tidak akan membiarkan para anggotanya tinggal diam membungkam. Setiap individu di dalam masyarakat baru itu akan bergerak, bergerak dari menonjolkan akidahnya, bergerak dalam pembentukan anggota masyarakatnya, bergerak menarik anggota masyarakat jahiliyah supaya menukar haluan menjadi anggota masyarakat baru ini, bergerak mengikis bersih sisa-sisa pengaruh jahiliyah yang masih melekat pada diri anggotaanggotanya. Pendek kata pergeseran itu tidak dapat dielakkan; ia akan berjalan terus, dan jihad tidak akan berhenti hingga ke hari kiamat.


    Posisi setiap individu di dalam masyarakat baru ini akan ditentukan oleh peranan dan aktivitinya di dalam menghayati gerakan. Pembentukan masyarakat baru ini pun akan sempurna dengan wujudnya koordinasi di antara peranan individu dan peranan posisi masing-masing. Pertumbuhan dan proses seperti ini akan merupakan dua ciri penting di dalam pembentukan masyarakat Islam. Ia tidak boleh memakai cara lain dan tidak boleh menggunakan konsep yang lain, juga tidak dapat dilaksanakan melalui sistem yang lain, sistem yang disadur dari konsep lain. Sesungguhnya masyarakat Islam itu, seperti yang telah dihuraikan melalui definisi “tamaddun” di atas, bukanlah hanya suatu lagenda sejarah yang boleh disebut-sebut sebagai bahan kenangan sahaja. Ia adalah suatu keperluan semasa dan cita-cita masa depan. Ia adalah suatu matlamat yang dicari-cari dan ditunggutunggu ketibaannya oleh seluruh umat manusia sejagat, baik hari ini mahupun besok, supaya kemanusiaan itu dapat keluar menyelamatkan diri daripada jurang jahiliyah yang menyeksanya sekarang, sama ada jahiliyah itu di kalangan bangsabangsa yang telah maju di lapangan industri dan ekonomi dan sama ada di kalangan bangsa-bangsa yang sedang membangun. Sesungguhnya nilai yang kita sebutkan secara ringkas tadi ialah nilai-nilai kemanusiaan, nilai yang tidak akan boleh dicapai oleh umat manusia kecuali di dalam lingkungan “tamaddun Islam” iaitu tamaddun yang lengkap dengan nilainilai kemanusiaan bukan nilai kemajuan ekonomi, perindustrian atau ilmu-ilmu pengetahuan yang kosong dari nilai-nilai kemanusiaan.


    Nilai-nilai itu bukanlah juga berbentuk “khayalan ideal” malah ia adalah nilai-nilai yang real dan praktikal, boleh dilaksanakan melalui kesungguhan usaha manusia - di bawah lindungan fahaman Islam yang sebenar - boleh dilaksanakan di dalam setiap suasana tanpa perikat kepada bentuk kehidupan yang sedang wujud juga tanpa terikat kepada kemajuan industri, ekonomi dan kebudayaan; sebab ia tidak menghalang sebarang kemajuan dalam segenap aspek hidup, tetapi dalam waktu yang sama ia tidak mendiamkan diri di dalam negeri-negeri yang masih mundur di dalam lapangan itu. Sesungguhnya kemajuan dan pembangunan boleh berjalan di dalam suasana mana pun yang menerima dan melaksanakan nilai-nilai ini.


    Adapun bentuknya secara benda, maka sama sekali tiada batas baginya, kerana ia tetapjuga melaksanakan nilai-nilai itu. Dengan demikian maka masyarakat Islam itu - dari segi bentuk dan rupanya, dari segi jenis suasana yang wujud bukanlah suatu lagenda sejarah yang statis tetapi wujud dan tamaddunnya adalah bergantung kepada nilai-nilai sejarah yang tetap.


    Apabila kita menyebut “sejarah” maka tidaklah kita maksudkan selain daripada bahawa nilai-nilai itu telah dikenali di dalam sejarah yang tertentu. Ia bukanlah hasil bikinan sejarah dan tiada sangkut paut dengan masa dan zaman tertentu. Ia adalah suatu hakikat dan kebenaran yang datang dari Tuhan untuk manusia dari sumber ketuhanan, di luar realiti hidup manusia dan di luar daripada wujudnya benda.


    Tamaddun Islam boleh dibentuk di dalam berbagai corak dan rupa, baik corak benda atau teknikal; asal sahaja nilai-nilainya mempunyai asas yang kukuh; kerana nilai itulah yang menjadi tonggak tamaddun ini.


    Asas-asas itu ialah:
    1. Pengabdian diri kepada Allah Yang Maha Esa.
    2. Berorganisasi atas asas akidah.
    3. Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan benda.
    4. Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat “kemanusiaan” manusia, bukan sifat “kebinatangan”."
    5. Kesucian keluarga.
    6. Melaksanakan tugas “khilafah” di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah dan setia memegang janji dan amanah Allah.
    7. Mematuhi syariat sahaja di dalam semua urusan khilafah ini.


    Sesungguhnya tamaddun Islam yang didirikan di atas asas yang tetap itu boleh terpengaruh dan boleh pula menyesuaikan dirinya dengan kemajuan industri, ekonomi dan sains, kerana ia hendak menggunakan segala kemajuan itu sesuai dengan perkembangan suasana. Oleh kerana itu, mahu tak mahu, bentuk lahirnya boleh berubah dan bertukar ganti, selaras dengan keadaan yang sentiasa berubah dan terlentur, untuk membolehkan segenap corak masyarakat manusia di seluruh dunia menyesuaikan diri di dalam lingkungan masyarakat Islam sejagat.


    Sifat ketelenturan (flexibility) bukanlah suatu perkara yang dipaksa-paksakan ke atas akidah Islam yang menimbulkan tamaddun tadi, sebab sifat ketelenturan (flexibility) memang menjadi tabiat akidah Islam. Perlu diingat, bahawa walaupun ia flexible, bukanlah bererti ia tidak punya batas langsung, bukanlah bererti ia longgar dan loose langsung.


    Sesungguhnya Islamlah yang telah membawa tamaddun ke tengah-tengah hutan belantara Afrika di kalangan umat manusia yang masih bertelanjang bogel. Justeru dengan wujudnya Islam di sanalah orang-orang yang tadinya masih bertelanjang itu telah pandai menggunakan pakaian dan memasuki arena tamaddun berpakaian yang memang terkandung di dalam pengajaran Islam secara langsung.


    Melalui Islam juga umat manusia melangkah keluar dari kancah kemunduran untuk meneroka kekayaan benda. Islam jugalah yang membawa mereka keluar daripada cara hidup bersuku sakat dan berkabilah untuk menjadi suatu umat dan bangsa yang tidaksudi lagi menjadi penyembah “totem” untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang terbentang luas ini. Yang demikian, manakah lagi tamaddun itu, kalau bukan dalam bentuk ini? Inilah tamaddun yang sepadan dengan suasana yang seperti ini. Ada pun bila Islam menghadapi masyarakat yang lain, maka ia akan melahirkan (dengan memakai nilainya yang tetap itu) suatu bentuk suasana yang berlainan pula, yang mempergunakan segala fakta yang wujud di dalam masyarakat itu sendiri pula.


    Demikianlah perkembangan tamaddun Islam itu, tidak berhenti setakat suatu tahap tertentu sahaja, baik dalam batas kemajuan industri, ekonomi dan sains, bahkan ia terus berkembang meladeni gerak hidup masyarakat manusia.


    Hanya dasar-dasar dan nilai-nilainya tetap tidak berubah dan berganjak membimbing umat manusia ke mercu tamaddun sepanjang zaman, membawa bentuk Islam azali, yang telah dijamin oleh Allah SWT di dalam firmannya:


    صِبْغََة الّلهِ وَمَنْ َأحْسَنُ مِنَ الّلهِ صِبْغًَة


    Maksudnya: “Sibghah [celupan] Allah dan siapakah yang lebih baik sibghah [celupan]nya daripada Allah?” (Al-Baqarah:138)



     
    Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari
    02.20.05 (11:10 am)   [edit]
     Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari
    Oleh Dr Shafie Abu Bakar
    Mantan Adun Kajang

    Pendahuluan

    BUKU Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari (HIBIH) karangan Presiden Pas, Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, pertama kali dilancarkan pada 30 Januari 2005 di Markas Tarbiyah Pas, Taman Melewar Gombak Selangor.



    Kelahiran buku ini setelah satu setengah tahun konsep `Islam Hadhari` diumumkan pada September 2003 pada tahap nasional oleh Dato’ Seri Abdullah Badawi sebelum beliau menjawat jawatan Perdana Menteri (NST, Jun 26, 2004: 11).

    Pada masa pelancaran itu dijanjikan buku Islam Hadhari akan dilancarkan pada Julai 2004, tapi bila masa berlalu buku tersebut tidak muncul, sebaliknya timbul janji baru bahawa buku tersebut akan dilancarkan pada bulan Ogos 2004 (NST, Julai 25, 2004: 8).

    Namun hingga buku HIBIH dilancarkan gagasan Islam Hadhari itu tidak pernah muncul dalam bentuk buku. Karya yang ditunggu-tunggu ini baru diterbitkan, tapi hanya dalam bentuk risalah (booklet) yang hanya baru dilancarkan pada 8 Februari 2005 (The Star 9 Februari 2005: 2).

    Sebelum dari itu ada pihak lain jauh lebih awal mengambil kesempatan semasa Islam Hadhari masih keawang-awangan menerbitkan buku, iaitu Nakhaie Haji Ahmad mengarang atas judul `Masyarakat Islam Hadhari` diterbitkan oleh Yadim 2004 dan terbaru Ashaari Muhammad bekas pemimpin Arqam dan pengarang Aurad Muhammadiyyah yang diharamkan merasa amat sesuai Islam Hadhari dengan citarasa dan seleranya dan turut mengarang dan mengeluarkan buku berjudul Islam Hadhari Menurut Ustaz Hj. Ashaari Muhammad yang diterbitkan oleh Rufaqa` Corporation 2004.

    Sudah tentulah dengan berlainan pengarang berlainan pulalah perspektif, pendekatan dan kandungan. Tanpa penyelarasan maka jadi bercelarulah Islam Hadhari. Ini belum termasuk Islam Hadhari ala Terengganu yang mendahului dua buku Islam Hadhari di atas.

    Adalah menjadi pertanyaan bagaimanakah Islam Hadhari gagasan Umno yang ideanya lebih awal dijual dan dijaja bukan saja di dalam negeri tetapi hingga keluar negara dapat berdiri secara ilmiah, intelektual dan bertanggungjawab tanpa dokumen di dalam bentuk buku atau sekurang-kurang dokumen tertulis yang sewajibnya bersifat ilmiah?

    Sebagai catatan Islam Hadhari disampaikan Perdana Menteri di dalam ucapannya di Oxford Centre of Islamic Studies Magdallen College, University of Oxford, England (UM 2 Oktober, 2004: 6), kemudian disampaikan di Jamiah Milliah Islamiyyah di New Delhi (NST,22 Disember, 2004: 6).

    Kandungan kedua-dua ucapan bersifat sentuhan dan tidak sepenuhnya tentang Islam Hadhari. Sebelum ini gagasan Islam Hadhari bersifat ucapan dan hanya dapat diikuti dari laporan-laporan akhbar dan bersifat fragmented. Usaha bagi mendapatkan bahan tambahan dari kursus-kursus yang diwajibkan pegawai-pegawai hadir juga sukar, kerana pensyarah-pensyarah ditugaskan enggan menurunkannya secara berkertaskerja kerana kabur oleh ketiadaan buku (tiada rujukan) pegangan dan takut menjadi bahan kritikan.

    Mereka berceramah sekadar `cari makan` bagi mendapat rezeki tambahan durian runtuh dari peruntukan Islam Hadhari yang begitu besar.

    Di dalam hal ini kita menghormati Tun Dr. Mahathir yang menulis buku dahulu bagi menyampaikan ideanya ke tengah masyarakat, Antara yang penting dan menggemparkan ialah `Malay Dilemma` di samping buku-buku lain bagi mencabar orang Melayu memperbaiki nasib mereka. Ianya walaupun kontroversi, menjadi dokumen yang mantap, releven yang dijadikan kajian dan rujukan.

    Islam Hadhari

    Gambar Besar


    Bagi rakyat negara ini tentulah merasa bangga jika Perdana Menteri benar-benar mau memperkasakan Islam di negara ini, tetapi bersifat terbuka dan tidak pula menyekat rakyat dari memberi pandangan, cadangan dan kritikan terhadap sesuatu yang difikirkan perlu (BH, 4 Februari, 2005: 1).

    Atas semangat ini dan tanpa berniat memperlekehkan gagasan Islam Hadhari, tapi oleh kerana Islam merupakan pegangan dan anutan umat dari dahulu hingga kini yang mempunyai prinsip, aqidah, falsafah (aqliyyah), syariah, nilai rohaniah, amaliah, akhlakiah, peradaban dan tamadun secara mantap dan sempurna, maka sebarang pembicaraan terhadap Islam yang menyentuh sensitiviti umat pasti mendapat respond dan kritikan penganut demi mempertahankan kesucian Islam.

    Pengambilan Istilah `Islam` dan digandingkan dengan hadhari, maka `Islam Hadhari` menimbulkan implikasi dari segi kata, bahasa, makna, nahu (tatabahasa), logik, worldview, aqidah, falsafah dan nilai. Islam Hadhari yang diperkatakan mempunyai asas permasalahan yang bukan setakat biasa, tetapi serius yang melibatkan umat yang perlu dibincang, dikritik, diperbaiki dan diperbetulkan.

    Kelahiran buku HIBIH

    Kelahiran HIBIH adalah kena dan tepat pada masanya. Kehadirannya lebih bersifat islah dan sesuai dengan tuntutan al-Qur`an yang bermaksud:

    ``Serulah ke jalan Tuhan Engkau dengan secara hikmah dan nasihat yang elok. Dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terlebih baik (al-Nahl, 16: 125).

    Dari sudut ini kalau kita melihat kepada judul HIBIH adalah mengambil pendekatan lembut dan bertujuan untuk memperbaiki sesuatu yang dianggap kurang betul dan mengelirukan. Agar kebenaran dapat ditegakkan. Sesungguhnya kebenaran adalah sesuatu yang betul dari segi hakikat termasuklah realiti.

    Kebenaran tidak boleh dirubah oleh kerana kedudukan, pangkat dan kuasa. Juga tidak boleh dirubah dengan banyaknya suara sokongan yang diwawancara dan sebagainya. Tujuan buku HIBIH dikarang menurut pengarangnya:

    ``merupakan salah satu usaha untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada dirubah bentuk samada dari segi asas atau istilahnya, atau amali dan teorinya`` (HIBIH, hlm. V).

    Menurut penerbitnya (Nufair Street Sdn. Bhd.), ``Kami menerbitkan buku ini atas dorongan dan rasa tanggungjawab supaya umat Islam khususnya di Negara ini dipandu dan dicetuskan kesedaran tentang kebenaran Islam yang hakiki, … bagaimana insan harus meletakkan paksi akidah mereka di atas landasan yang syumul`` (HIBIH: III-IV).

    Buku HIBIH yang setebal 206 halaman terdiri dari 12 bab. Memulakan pembicaraan bagi bab pertama sebagai muqaddimah dan bab kedua bertolak dari pembicaraan mengenai istilah yang sepatutnya digunakan ialah Hadharah Islamiyah (Tamadun Islam) dan bukannya Islam Hadhari (Islam Tamadun), kerana ia boleh membawa kepada implikasi negatif dan mengelirukan.

    Pembicaraan awal ini penting kerana kata-kata judul adalah pancaran minda, akar dan pangkalan persoalan yang darinya diolah secara syarah dan hasyiah. Timbulnya istilah Islam Hadhari tidaklah begitu rumit untuk disusurgalur. Istilah ini dipopularkan oleh Ibn Khaldun (m.808H./1406M.) di dalam bukunya yang berjudul Al-Muqaddimah bersama istilah yang lain yang lebih popular antaranya Madani, Misri, Badwi.

    Semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia beliau pernah membawa wawasan membina masyarakat Malaysia sebagai `Masyarakat Madani` (Masyarakat Madani, 1998: 220 hlm.).

    Apabila beliau disingkirkan, maka atas pertimbangan politik sempit, maka segala yang berkaitan dengannya dihapuskan, walaupun ternyata baik, termasuk gagasan Masyarakat Madani. Kata orang sekali bah sekali pantai berubah, setiap pimpinan baru naik, maka ianya mau menonjolkan jatidiri dengan gagasan sendiri.

    Islam Hadhari adalah gagasan salah nasihat yang bersifat ikut-ikutan dari penasihat yang bertujuan mau menggerhanakan masyarakat Madani dan digantikan dengan Islam Hadhari (sepatutnya Masyarakat Hadhari).

    Implikasi Islam Hadhari

    Meneliti `Islam Hadhari` tidak betul dari segi tanggapan makna terhadap Islam. Kedudukan dari segi nahu `Hadhari` ialah nisbah. (Ibn `Aqil, Juz` 2, Misr, 1961: 383-396) Islam Hadhari ialah Islam yang dinisbahkan kepada Hadhari, dengan ini dari segi semantiknya terkeluar dan menafikan aspek-aspek Islam yang lain dari itu yang Islam sepatutnya bersifat syumul.

    Logiknya memperlihatkan world view pendukungnya bahawa ada Islam Mundur. Ini mencemarkan akidah. Hakikatnya hadhari dan madani secara Islam wujud sejak dari Awal diutuskan Rasulullah s.a.w. dan berterusan hingga kini dan akan datang. Yang turun naik maju atau mundur ialah masyarakat umatnya yang menurut atau tidak menurut ajaran Islam. Islam tidak boleh dinisbahkan misalnya Islam sosialis, Islam Ash`ari, Islam Mu`tazili dan sebagainya kerana Islam adalah kebenaran yang sempurna dan tidak boleh ditempelkan dengan mana-mana aliran fikiran yang nisbi sifatnya (Sayid Qutb, Masyarakat Islam, 1975: 24).

    Penyebutan yang betul dari segi istilah, nahu, makna, logik dan akidah ialah ungkapan Al-Hadharah al-Islamiyyah atau Hadharah Islamiyyah atau Tamadun Islam berkedudukan dari segi nahu ialah sifat dan yang disifatkan, hadharah yang disifatkan kepada Islam atau hadharah yang menurut acuan Islam. Za`ba menyebutnya sebagai sifat nama `Islamiyyah` pada `Hadharah` atau `Islam` pada tamadun `Tamadun Islam` (Za`ba, Pelita Bahasa Melayu I, 1961: 153).

    Lihat juga: (Ibn `Aqil, Juz` 2, Misr, 1961: 150-162). Penerangan ringkas dalam ruang yang terhad ini diharap dapat membantu memperjelaskan maksud `Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari`. Implikasi Islam Hadhari bukan setakat bahasa, makna dan logik, tetapi lebih besar masalah dari segi falsafah, aqidah dan amali yang tercermin pada realiti.

    Mempersoalkan kejujuran Umno memperjuangkan Islam

    Dalam bab tiga pengarang mempersoalkan kejujuran Umno dengan menokok tambah Islam, implikasi Islam Hadhiri, bahawa Islam yang sebelum dari Islam Hadhari adalah jumud dan tidak selari dengan kemahuan Umno, sebab itu perlu diubah menurut kemajuan dan kekinian.

    Perjuangan Islam Umno selama ini tidak istiqamah, kabur, menyeleweng, malah berisiko menyesatkan. Tidak ada kesungguhan untuk mendaulatkan Islam. Pendekatan keislaman Umno diakibatkan oleh tekanan politik lawannya dan tidak ada keikhlasan.

    Pergerakan ke arah keislaman melalui transisi berhelah yang panjang dan penghujungan kininya tak tiba kepada noktah perjuangan keislaman sebenarnya.

    Dalam transisi pentahapan berhelah ini dapat dilihat pada awal sejak penubuhan Umno 1946, tidak memberi perhatian pada perjuangan keislaman, sehingga segelintir dari ahli keluar menubuhkan Parti Islam (1951) bagi melanjutkan perjuangan parti Hizbul Muslimin yang diharamkan British.

    Apabila Malaya mencapai kemerdekaan, perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan Islam dalam artikal dua sebagai agama rasmi Malaya (kini Malaysia) hanya menghadkan kepada yang bersifat upacara dan adat istiadat, sedangkan Malaysia tetap negara sekular.

    Apa yang lucu pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri ini loteri menjadi sebahagian dari hasil Negara dan hasil loteri ini antaranya diperuntukkan untuk membina masjid. Ada masjid yang dibina dari duit loteri ini dibiarkan oleh rakyat hingga runtuh dan tidak makmur. Contoh masjid di Air Tawar, Kuala Besut Terengganu (runtuh) dan masjid Selising, Kota Bharu, Kelantan (tidak makmur). Ada rancangan untuk membina masjid Negara dari wang loteri, tapi dibantah.

    Sebuah muzakarah ulama-ulama diadakan di Kuala Kangsar memutuskan bahawa wang loteri haram, apalagi digunakan untuk masjid (Qalam, Bil. 126 Rejab 1380/Januari 1961 hal. 2). Mufti negeri Kelantan juga menegah dari menggunakan masjid dan surau yang menerima peruntukan dari Loteri Kebajikan Masyarakat (Funston, 1980: 57).

    Pandangan Umno tentang Islam berhubung dengan politik amat jauh menyimpang. Undang-undang Islam tidak boleh dicampurkan dengan undang-undang negera, kata Tengku Abdul Rahman:

    ``Undang-undang Tuhan jangan dicampurkan dengan undang-undang Negara. Masya Allah Tengku. Sekali lagi masya Allah. Tengku seterusnya menyambung, bahawa kalau undang-undang Tuhan digunakan, Negara akan kacau bilau dan permusuhan di antara rakyat dalam negeri ini akan berlaku``. (Qalam Bil. 127, Sya`ban 1380/ Februari 1961: hlm. 2).

    Apabila Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas berlakunya rusuhan 13 Mei, 1969 dan selepas Negara di bawah pemerintahan MAGERAN, Negara agak reda dari politicking, apabila BN ditubuhkan dan Pas sama menjadi pengasas dan sama menjadi parti pemerintah (1973-1977).

    Hasil dari dakwah dan atas cadangan PAS ada beberapa perubahan perjalanan kerajaan ke arah menghormati nilai-nilai Islam. Misalnya pengharaman loteri Kebajikan Masyarakat, penukaran logo Kementerian Kesihatan dari lambang Red Cross kepada lambing Bulan Sabit, Penukaran pakaian jururawat ke arah lebih menutup aurat, penukaran dari menghormati tugu pada hari pahlawan kepada doa, mengadakan majlis membaca yasin dan tahlil bagi hari penghormatan dan peringatan dan sebagainya.

    Selepas PAS dipecat dari BN (1977) pada zaman Tun Hussein Onn, maka tuduhan dan kecaman terhadap Pas menyala semula, khususnya selepas kenaikan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (16 Julai1981). Ada ungkapan-ungkapan Dr. Mahathir berhubung dengan Nabi mengelirukan.

    Isu pindaan perlembagaan berhubung dengan kekuasaan Raja-Raja Melayu dipersoalkan. Perpecahan di dalam parti Umno terutama antara Dr. Mahathir dengan Dato’ Musa Hitam, dengan Tengku Razaleigh yang membawa kepada kelahiran Parti Semangat 46 yang memperkukuhkan Pas dan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memperteguhkan BA termasuklah PAS adalah warna-warna politik pada zaman Dr. Mahathir.

    Dalam masa yang sama, iaitu sejak 1970an gerakan keislaman baik pada peringkat tempatan dan juga peringkat antarabangsa memuncak, Umno yang selama ini berpegang bahawa Islam terpisah dari politik dan apabila melihat orang Melayu lebih mendukung Islam hasil dari dakwah dan penerangan PAS, maka Umno terpaksa berubah dan menerima hakikat politik adalah sebahagian dari Islam, maka Umno terpaksa menyesuaikan diri bagi mendapat sokongan orang Melayu.

    Maka antara puluhan slogan politik Dr. Mahathir, maka diungkapkan slogan `penerapan nilai-nilai Islam`. Ini mencerminkan Umno memang mengelak dari menerima Islam sepenuhnya. Tidak ada kesan nyata daripada penerapan nilai-nilai Islam.

    Oleh kerana PAS memperjuangkan negara Islam dan dilihat orang-orang Melayu makin memberi sokongan terhadap perjuangan Islam, maka Umno terpaksa berubah lagi untuk menarik sokongan mereka, maka Umno melalui Dr. Mahathir di dalam satu perhimpunan Parti Gerakan Malaysia di Kuala Lumpur pada tanggal 29 September 2001 mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.

    Pengisytiharan luaran tanpa perubahan dalaman ini disifatkan oleh YB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sebagai menjenamakan kereta lembu dengan jenama Mercedes. Pertukaran pimpinan parti Umno dan pemerintahan Negara dari Dr. Mahathir kepada Dato’ Seri Abdullah Badawi membawa satu lagi perubahan, kepada pertukaran slogan yang mengelirukan, iaitu Islam Hadhari.

    Ini membuktikan bahawa Umno tidak ikhlas dan tidak mau meletakkan kedaulatan Islam pada tempatnya, sebaliknya sentiasa berhelah dan mengelirukan dengan Islam Hadhari.

    Di dalam Islam semuanya lengkap dan syumul baik dari segi ibadat, pemerintahan, kemajuan, sejarah peradaban dan ketamadunan sebagaimana diterangkan oleh pengarang di dalam bab-bab 4 – bab 7.

    Kejatuhan umat bukan kerana kelemahan dari segi prinsip dan dasar Islam, tetapi kerana kelalaian dan pengabaian umat terhadap ajaran Islam dan silau terhadap pengaruh barat yang membawa kepada terjajah dan terbelenggunya pemikiran umat dan membawa kepada kelemahan (bab 8 -9). Sebab itu umat Islam perlu kembali kepada Islam yang sebenarnya berpandukan kitab Allah dan Sunnah Rasulnya s.a.w. (bab 10 – 12).

    Rumusan dan cadangan

    Kita menyokong usaha memajukan negara berdasarkan Islam, tapi tidak perlu kepada penukaran label Islam kepada Islam Hadhari, kerana ini boleh mengelirukan, menyelewengkan, bahkan mencemarkan akidah. Islam sendiri sudah lengkap dan syumul.

    Kita menganggap keengganan pihak Umno menarik balik Islam Hadhari kepada Islam secara benar kerana mempertahankan maruah yang tidak sewajarnya dipertahankan. Ini samalah dengan sikap pihak RTM mempertahankan istilah infortainmen yang dikritik oleh masyarakat dan pakar-pakar bahasa termasuklah dari DBP, tetapi tetap berkeras menggunakannya.

    Sudah 15 abad Islam berkembang, ramai lahir ulama dan intelektual di dalam berbagai-bagai bidang. Selama ini tidak ada seorang daripada mereka memandai-mandai menokok tambah pada istilah Islam, kerana mereka tahu Islam adalah agama yang diakui Allah sempurna. Apakah hak mereka menambah Islam kepada Islam Hadhari ?

    Dari segi logiknya Islam hadhari menganggap Islam sebelum ini mundur, sewajarnya kita jangan bersifat angkuh terhadap kemajuan yang telah dicapai sejak 15 abad yang lepas. Peradaban, tamadun dan Persuratan yang telah terhasil di dalam Islam di dalam berbagai-bagai bidang tidak terpemenai banyaknya. Tidakkah kita malu dengan sekelumit fikiran kita secara angkuh merendahkan peradaban dan ketamadunan Islam yang telah memberi kemajuan kepada umat Islam dan manusia sejagat ?

    Tidak dapat dinafikan Islam Hadhari boleh membawa kepada tanggapan mengelirukan bahawa, Umno membawa Islam baru, mazhab baru, aliran baru dan agama baru. Usaha Umno menurunkan Islam kepada 10 prinsip yang bersifat kehidupan keduniaan tanpa bertunjangkan kepada al-Qur`an, hadith, rukun iman, Islam, ihsan, penekanan pada perundangan, kerohanian dan keakhiratan bagi mensesuaikannya bagi penerimaan masyarakat Malaysia, seolah-olah ada kesamaan dengan usaha pemerintah India, Akbar The Great (1542-1605) yang menukarkan Islam yang dianggap ortodox dan mundur kepada prinsip Islam ‘devine’ Ilahi untuk mendekati semua agama di India.

    Untuk mengelak dari tercebur ke implikasi dan komplikasi sedemikian sewajarnya dikembalikan prinsip-prinsip positif bukan setakat 10 prinsip sahaja kepada Islam semata-mata dan bukannya Islam Hadhari.

    Islam tidak wajar diperturunkan ke taraf kemahuan pihak tertentu semasa dan dipaksakan dengan prinsip-prinsip yang dikehendaki ke atasnya secara rasional akal semata-mata, sebaliknya dari Islamlah diperturunkan prinsip, falsafah, akidah, perundangan, nilai, keakhlakan, budaya dan kemasyarakatan sebagaimana dilakukan oleh ulama dan tokoh-tokoh intelektual Islam.

    Umat Islam seharusnya mengelak diri dari terjebak kepada fikiran sekular dan rasional akal semata-mata dan melihat Islam dari segi kepentingan kehidupan lahiri semata-mata dan mengenepikan persoalan rohani dan keakhiratan. Aliran ini sesungguhnya sedang berkembang di dalam masyarakat yang dapat dilihat dari sikap golongan anti Hadith, pihak yang menentang kononnya wujudnya ketidakadilan Islam terhadap kaum wanita dan kalangan yang tidak setuju melihat sesuatu malapataka contohnya bencana Tsunami dihubungkan dengan penyelewengan dan kejahatan manusia dengan kekuasaan Allah dan pertanda-pertanda hari kiamat.

    Ada pertanda Islam Hadhari tidak saja berlandaskan rasional dan kepentingan semasa, tetapi juga menuju ke arah falsafah liberal dan mengabaikan perundangan agama. Contoh tangkapan-tangkapan yang dilakukan JAWI menurut peruntukan yang diperuntukkan kepadanya dikecam dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pemerintah.

    Ada kes-kes yang terang-terang salah dari segi perundangan Islam tidak diambil tindakan. Ada penulis upahan yang sengaja dilindungi dan membiarkannya menyebarkan kekeliruan mengenai Islam di dalam ruangan-ruangan yang dikhaskan kepadanya di dalam akhbar dan majalah. Islam Hadhari nampaknya tidak memberi perhatian terhadap perkembangan kegiatan judi dan berbagai-bagai gejala maksiat di negara ini.

    Kita bimbang dalam jangka panjang umat Islam di Malaysia akan dipandang serong dan terpisah dari negara-negara Islam lain, kerana ianya membawa satu aliran baru atau mazhab baru yang berlainan dari pegangan negara-negara Islam.

    Dalam hal ini ada sahabat penulis membuat lelucon, bila seorang pengikut Islam Hadhari mati. Apabila munkar dan nakir menyoal si mati di dalam kubur. Apa agama engkau ? Lalu dijawab, ``Islam Hadhari !`` tentulah dipukul oleh munkar dan nakir, kerana selama ini orang Islam diajar agar menjawab `Islam agamaku`, bukan Islam Hadhari agamaku !, kerana jawapan sedemikian salah.

    Secara serius timbul pertanyaan, apakah bersama rangkaian konspirasi Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya untuk merosakkan Islam secara berkonfrontasi dari luar, di sana ada pula terdapat konspirasi yang diatur secara halus bersifat dalaman untuk merosak dan memecahbelahkan Islam dari dalam ?

    Bukankah pimpinan negara pernah terjebak menyekat perkembangan sekolah-sekolah agama rakyat dan sama menganggapnya sarang militan angkara hasutan Amerika ? Tidak mustahil sekarang kita sedang terjebak ke dalam konspirasi musuh Islam yang berusaha merosakkan Islam secara dari dalam ?

    Walau bagaimanapun kita melihat oleh kerana Islam Hadhari lebih bersifat slogan politik Umno yang tidak ikhlas mau memperjuangkan Islam dan Islam Hadhari diletak di bawah Jakim setaraf dengan unit zakat, wakaf dan lain-lain di bawahnya, maka kita menjangka dan mengharapkan Islam Hadhari tidak ke mana-mana. Kedudukannya di bawah Jakim bersifat duplikasi.

    Bukankah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berfungsi untuk memajukan Islam, jadi Islam Hadhari (sepatutnya Jabatan Hadharah Islamiyyah) juga kononnya untuk memajukan Islam ? Apa bezanya dari segi untuk memajukan ?

    Sejauhmanakah Jakim dapat memajukan Islam dalam politik, pentadbiran, ekonomi dan sebagainya ? Ianya terikat kepada perkara-perkara agama. Islam Hadhari di bawah Jakim akan bersifat terhad atau mungkin lebih bercelaru ?

    Kesan dari penerbitan HIBIH

    HIBIH dihasilkan atas kesedaran untuk mempertahankan kemurnian Islam dan buku tersebut dihasilkan secara teliti dan bersifat ilmiah. Sebelum diterbitkan disemak oleh ulama-ulama yang berwibawa. Yang Berbahagia Dato` Dr. Harun Din (Profesor dalam Pengajian Islam), Timbalan Murshidul Am dan Ketua Penerangan PAS Pusat mencatat: ``Keunggulan Islam dan keagungan tamadunnya tiada tolak banding. Justeru buku ini memperjelaskan fikrah sebenar dan menyanggah kekeliruan Islam Hadhari. Patut menjadi tatapan dan renungan, bukan saja bijak pandai Islam, malah orang-orang yang cintakan kebenaran``.

    Mantan Mufti Selangor, Al-Fadil Dato`Ishak Baharum yang turut meneliti buku ini berpendapat, ``Satu penjelasan yang mantap untuk menidakkan kecelaruan fahaman Islam yang terpesong ciptaan Umno``.

    Sesungguhnya kelahiran buku ini menggelisahkan pimpinan Umno hingga terpaksa dipanggil sidang khas Umno bagi menyerang pengarang buku yang mempertahankan Islam sebenar dan Umno cuba menegakkan Islam Hadhari (UM 4 Februari, 2005: 2) antaranya dengan menginterviu tokoh-tokoh agama Umno (UM, 5 Februari, 2005: 10).

    Ekoran dari pelancaran buku HIBIH dan perhimpunan di atas Umno secara tergesa-gesa menyiapkan risalah Islam Hadhari dan melancarkannya pada 8 Februari 2005 (NST, 9 Februari 2005: 2). Apa pun adalah berkewajipan bagi setiap orang yang cintakan kebenaran mempertahankan kesucian agama Islam.

    Firman Allah bermaksud: ``Sesungguhnya Agama di sisi Allah ialah agama Islam``. (Ali Imran 3: 19).

    FirmanNya lagi bermaksud: ``Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku lengkapkan ke atas kamu nikmatku dan aku redakan bagi kamu ISLAM sebagai agama kamu. (al-Ma`idah 5: 3).

    Daripada Saydatina Aishah r. `anha berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa mengada-ngadakan perkara baru dalam urusan agama kami ini yang bukan daripada urusannya nescaya ia ditolak. (Hadith riwayat Bukhari).

    Bersama-samalah menolak Islam Hadhari dan tegak maju bersama Islam (hakiki).

    Wa Allahu a`lam.


     


    Keindahan Islam boleh dirasai bila Islam memerintah
    02.20.05 (11:07 am)   [edit]





    Keindahan Islam boleh dirasai bila Islam memerintah
    Friday, February 18 @ 15:06:14 MYT

    Oleh BASIRON ABD WAHAB
    BERA 18 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Islam bukan hanya sekadar teori tetapi perlu direalisasikan dalam kehidupan bernegara untuk melihat keindahannya.

    Menurutnya, untuk merealisasikan Islam ia memerlukan kuasa politik, tanpa kuasa, peraturan Islam tidak dapat laksanakan untuk menguatkuasanakan hukum dan peraturan halal dan haramnya.

    “Mereka yang bersalah melanggar hukum dan peraturan hanya akan dapat dihukum melalui penguatkuasaan undang-undang tanpa penguatkuasaan undang-undang, hukum dan peraturan Allah akan dilanggar dengan sewenang-wenang.


    “Inilah yang terjadi hari ini, apabila perlanggaran hukum Allah berlaku sewenang-wenang kerana undang-undang Islam gagal dikuasakan,” katanya.


    Berucap di Markaz PAS Darul Ikhwan, dekat sini, beliau menegaskan memperjuangkan Islam adalah wajib kepada setiap muslim.


    Malah setiap individu muslim wajib memperjuangkan untuk mendaulatkan peraturan Allah.


    Islam, menurut beliau, bukan sekadar teori dan diperkatakan hanya di masjid, surau atau seminar oleh ulama-ulama dan cendikiawan Islam tetapi ia mesti perjuangkan untuk dilaksanakan dalam sistem pentadbiran.


    Menurut beliau, keindahan Islam hanya akan dilihat apabila ia dilaksanakan sebagai suatu sistem di dalam negara kerana itu semua pihak perlu berusaha untuk mendaulatkan Islam ke tahap sewajarnya sebagaimana di tunjuk oleh Baginda Nabi Muhamad saw.


    Jelas beliau, andainya Islam sudah sempurna dengan melaksanakan ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sudah tentu Nabi saw tidak perlu berhijrah ke Madinah kerana kesemua ibadat-ibadat tersebut mampu dilaksanakan di Mekah yang kuasa perundanganya ditangan Abu Sufian.


    Tetapi kerana Islam memerlukan kuasa perundangan, Rasulullah saw terpaksa berhijrah ke Madinah dan di sana Baginda mempunyai pemerintahan yang membolehkan Baginda menguatkuasakan peraturan Islam.


    Tuan Ibrahim berkata, perkembangan Islam lebih pesat di Madinah berbanding Mekah dengan pertambahan bilangan penganut begitu ketara dimana apabila Banginda membebaskan Mekah, Banginda membawa 10,000 tentera bersamanya.


    Keadaan itu jauh berbeza kerana selama 13 tahun berdakwah di Mekah Banginda mempunyai pengikut yang kecil iaitu tidak sampai 500 orang.


    “Ini menunjukkan bahawa kuasa politik memainkan pengaruh yang besar,” ujarnya.


    Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dalam ucapannya turut mempersolkan tindak tanduk pemimpin politik Umno yang menyebelahi pesalah (artis wanita) yang ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di dalam pusat hiburan di Ibu kota.


    Menurutnya, tidak munasabah bagi pemimpin kerajaan menempalak pegawai penguatkuasanya sendiri.


    “Penguatkuasa adalah kakitangan kerajaan yang diamanah untuk menjalankan peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagaimanapun pemimpin kerajaan boleh menyebelahi pesalah yang melanggar peraturan yang dibuat oleh kerajaan,” soal beliau.


    - zs

     
    Malaysia pelik tapi benar dibawah Islam Hadhari
    02.13.05 (5:51 pm)   [edit]
    Assalamu’alaikum wm.wbt,

    a) Lebih ramai anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang terkorban akibat kemalangan udara daripada akibat berperang.

    b) Di Israel, sebuah negara Yahudi tidak terdapat pun seekor babi, tetapi Malaysia, sebuah negara Islam, mengeksport babi.

    c) Berjudi dan minum arak adalah haram di kalangan orang Islam, tetapi syarikat-syarikat seperti Magnum, Genting dan Guinness Anchor mempunyai CEO dan Deputy Chairman yang beragama Islam.

    d) Apabila Jabatan Agama Islam mengharamkan penyertaan wanita Islam di Malaysia dalam pertandingan ratu cantik untuk menjaga Kehormatan mereka, yang aneh golongan yang kuat membangkang ialah wanita Islam di Malaysia sendiri.

    e) Bila JAWI ambil tindakan mencegah maksiat, orang yang buat maksiat dibela, pihak JAWI diperlecehkan dan diperbodohkan.

    f) Apabila tiba awal muharam, bermulanya tahun yang baru dalam kalender Islam, sambutannya dingin. Tapi apabila menyabut tahun baru, mengikut kalender kristian, Malaysia, sebuah negara Islam menyambut dan merayakannya dengan pelbagai acara - live telecast dan lain-lain.

    g) Ceramah-ceramah agama di masjid-masjid dan di surau-surau tidak dibenarkan, tetapi konsert-konsert dibenarkan dan digalakkan serta diberi publisiti meluas.

    h) Orang yang baik-baik tidak dipilih menjadi pemimpin, orang yang buruk akhlak, rasuah dan buat maksiat dipilih pula sebagai pemimpin.

    I ) Pendapat orang lain tidak mahu terima, pakai pendapat dia seorang sahaja yang betul.

    Pelik-pelik di zaman Islam Hadhari ni.

    Sekian, terima kasih.Wassalam

     
    Kenapakah Amerika seakan redha dengan apa yang berlaku di Negara Malaysia???
    02.13.05 (5:49 pm)   [edit]

    Tujuan saya mengeluarkan persoalan ini adalah kerana apa yang sedang bermain dikepala saya selepas mendengar ceramah dari Saudara Saifuddin Nasution mengenai keadaan tersebut. Beliau telah membuka satu isu mengenai peranan Amerika terhadap Negara-negara didunia yang menjalankan pilihanraya.

    Selepas setahun pilihanraya umum berlangsung di Malaysia dan juga beberapa pilihanraya di dunia tidak terfikirkah anda telah berlaku satu perkara yang anda sedar atau tidak Malaysia dan Amerika kelihatan seperti ada satu hubungan yang tidak dapat dibayangkan oleh kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran.

    Di dalam suasana pilihanraya yang compang camping dan dipenuhi dengan ketidak kepuasan beberapa pihak yang bertanding terutama pihak pembangkang, tetapi tidak sedarkah anda yang sebaliknya Amerika kelihatan bersetuju dan redha akan perjalanan pilihanraya tersebut dan tidak ada sebarang tekanan dan teguran mengenai perjalanan pilihanraya kepada SPR dan kerajaan BN amnya.

    Seperti apa yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang di Malaysia dan juga pihak-pihak yang inginkan perjalanan pilihanraya yang adil dan telus serta meminta pihak pemerintah supaya tidak menyalahgunakan kuasa semasa pilihanraya berlaku seperti penggunaan wang, media-media kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan, pihak polis serta berbagai lagi perkara yang memualkan dan meloyakan tekak.

    Kita ambil contoh semasa pilihanraya di Indonesia dan Ukraine yang mana pihak Amerika telah menekan serapat-rapatnya pihak pemerintah agar tidak menggunakan kuasa mereka supaya menindas dan menekan pihak pembangkang. Selain melarang mereka untuk menggunakan media-media untuk menekan dan menyebarkan propaganda kepada rakyat supaya menerima mereka.

    Di Indonesia baru-baru ini, rakyat telah menggunakan kuasa mereka untuk memilih Presiden yang dijalankan secara langsung. Semasa pilihanraya tersebut Amerika telah menekan secara teruk dan memaksa Indonesia menerima pemerhati Antarabangsa, menekan pemerintah agar memberi kebebasan kepada parti2 yang bertanding menggunakan system Media yang disediakan seperti radio & TV dengan sama rata dan sebagainya.

    Di Ukraine pula rakyat telah keluar beramai-ramai berkumpul di hadapan pejabat kerajaan sambil menuntut keadilan selama seminggu sehingga memaksakan mahkamah tinggi membatalkan keputusan pilihanraya pertama dan mengeluarkan arahan supaya pilhan raya hendaklah dijalankan semula.

    Dari kedua-dua Negara ini kita mendapati yang Amerika yang memainkan peranan dengan menyuarakan dan menekankan kepada kedua-dua Negara tersebut supaya menjalankan pilihanraya didalam suasana yang berdemokrasi dan adil. Alhamdulillah, selepas pilihanraya dikedua-dua Negara ini kita telah mendapati satu perjalanan pilihanraya yang adil dan telus telah berlaku dan berlangsung.

    Daripada itu tidak terlihat dan terfikirkah kita akan keadaan ini?.? Bagaimanakah pilihanraya yang dijalankan di Negara kita pada tahun lepas pihak Amerika seperti menutup mata dan merestui akan perjalanannya? Kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Adakah apa yang dilakukan oleh Amerika pada Negara-negara lain dunia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap rakyat yang menentangnya?

    Kesimpulan dari sini inginlah saya memetik akan maksud ayat suci Al-Quran suruh ke-2 Al-Baqarah, ayat 120:

    "...orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dan suka kepada engkau (Nabi Muhammad saw), kecuali kalau engkau menuruti agama mereka......"

    Oleh itu marilah sama-sama kita renung-renung dan fakir-fikirkan akan perkara ini??.

    TarakNama69@yahoo.com
    www.taraknama.cjb.net
    Allah'huakbar.........
    Allah'huakbar.....
    Allah'huakbar......

     
    Pohon Semalu Vs Kaum Wanita
    02.13.05 (5:47 pm)   [edit]
    Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

    Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

    Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

    Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

    Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

     
    Monday, February 07 @ 14:40:32 MYT
    02.07.05 (10:27 pm)   [edit]
    POKOK SENA, 7 Feb (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan Islam Hadhari adalah usaha BN untuk membendung kebangkitan semula umat Islam dalam negara yang ingin bersama PAS.

    Timbalan Ketuanya, Ustaz Idris Ahmad menyatakan Islam Hadhari adalah re-packaging atau tukar bungkusan baru dari konsep penerapan nilai-nilai Islam yang dicadangkan pada hujung 1980an sehingga awal 2000.

    Baginya, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk menggunakan aliran agama juga bagi memastikan usaha masyarakat untuk kembali bersama Islam dapat dikurangkan atau dimatikan, jika boleh berbuat demikian.

    “Sebab itulah, kita menyeru agar masyarakat dan rakyat di dalam negara ini terutama umat Islam tidak akan tertipu lagi dengan tindakan Umno BN yang memang bijak mengelirukan mereka yang terkeliru.

    “Apa yang mereka lakukan ini hanyalah sebagai penerusan cita-cita jahat mereka yang tidak ingin melihat rakyat Muslim di dalam negara ini bangkit dan berjaya berdaulat sebagai sebuah negara.

    “Kerana itulah, mereka terpaksa menggunakan berbagai-bagai istilah yang boleh meyakinkan masyarakat terbanyak tetapi kali ini mereka agak sukar berbuat demikian,” tegasnya.

    Ustaz Idris yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS berkata demikian ketika mengulas ucapannya yang disampaikan di dalam Parlimen Pokok Sena, malam tadi.

    Beliau bersama-sama dengan Ustaz Akhil Hayyi dan Pemangku Timbalan YDP PAS Kawasan Pokok Sena selaku Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Sheikh Ismail Kamis menyampaikan ucapan di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena yang baru di Pekan Langgar.

    Bekas pensyarah UTM yang kini sedang menyiapkan tesis PhDnya berkata, ternyata penerapan nilai-nilai Islam telah memenui keputusan gagalnya dengan banyaknya gejala hiburan skinhead, dadah dan rasuah di negara ini.

    “Jika isinya adalah sama, cuma yang bertukar hanyalah bekas atau bungkusannya sahaja, apa lagi yang rakyat terutama Muslim boleh harpkan pada Islam Hadhari.

    “Lihat pada sudah jadi pada indek rasuah dalam negara ini, menunjukkan jumlahnya semakin meningkat kerana mereka yang ingin bercakap tentang rasuah juga sedang terpalit dengan rasuah yang berjuta-juta.

    “Sebab itu masyarakat perlu mengkaji semula sokongan atau dokongan mereka kepada Umno BN yang secara terang-terangan berani menipu rakyat dengan hanya menukar bungkusan sedangkan isinya adalah sama sahaja,” tambahnya lagi serius.

    Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Pokok Sena pula berkata, Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena itu adalah sumbangan masyarakat kepada Islam.

    Katanya, untuk menyiapkan bangunan itu dalam bentuk dan rupa paras seperti yang diimpikan, sekali lagi maysrakat adalah dijemput untuk menghulurkan sumbangan kepada PAS Pokok Sena.

    Kepada mereka yang berminat, boleh hulurkan sumbangan anda kepada Bendahari PAS Kawasan Pokok Sena, Dewan Dato’ Abu Bakar Omar, Pekan Langar, Alor Setar, Kedah. Tel: 04-7870802.



     
    Elakkan perpecahan, tinggalkan Islam Hadhari
    02.07.05 (10:21 pm)   [edit]
    Politik dan undang-undang
    Oleh MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

    Abdullah Ahmad Badawi memang sesungguhnya seorang insan politik yang amat ganjil. Mana tidaknya. Setelah beliau berpeluh dan berhempas pulas mempolitikkan Islam Hadhari kini beliau melarang pula Islam Hadhari dipolitikkan Akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa: "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pentadbirannya tidak dipolitikkan hingga membawa perpecahan kepada masyarakat di negara ini".

    Sebaliknya, Perdana Menteri meminta ia difahami dengan jelas dan dilaksanakan untuk kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

    Katanya, mereka yang melihat Islam Hadhari secara negatif sebenarnya tidak memahami atau tidak membaca keseluruhan apa yang digariskan dalam pendekatan itu.

    "Yang paling saya takut ialah apa yang saya buat ini boleh menimbulkan porak peranda kepada masyarakat,'' katanya pada majlis Diskusi Islam Hadhari bersama Ulama Kedah, bertemakan Islam Hadhari Membina Damai Abadi, di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), di sini hari ini. ( Lihat Utusan 4/2/2005 )

    Jika benar pun perpecahan berlaku ianya adalah hasil kerja UMNO yang mempolitikkan Islam Hadhari. Umpan Islam Hadhari hanya boleh dimakan oleh mereka yang jahil dan keliru tentang Islam yang sebenar diturunkan oleh Allah dan didakwahkan oleh RasulNya. Mereka yang memahami Islam yang sebenar tidak akan mungkin menerima umpan Islam Hadhari tersebut .

    Apabila terdapat golongan yang menerima Islam Hadhari dan terdapat golongan yang menolak Islam Hadhari tersebut perpecahan pasti terjadi. Apa yang lebih malang mereka yang mencanangkan Islam Hadhari tidak sanggup dan tidak mahu mendengar daripada pihak yang mengatakan Islam Hadahari itu tidak betul dan tidak menetapi Islam yang sebenar. Keengganan mendengar itu sudah cukup membuktikan bahawa mereka yang mencanangkan Islam Hadhari tersebut sesungguhnya tidak yakin untuk berhujah dengan golongan yang menentang Islam Hadhari tersebut.

    Apa yang lebih malang lagi sebaik sahaja ada suara yang menentang Islam Hadhari dan usaha menanggalkan topeng Islam Hadhari tersebut bagi menzahirkan wajah buruk dan hodoh Islam Hadahari tersebut dengan sepantas kilat golongan tersebut dilabelkan sebagai pemecah belah.

    Perpecahan itu sendiri tidak semestinya suatu yang buruk. Apa yang buruk adalah mereka yang berpecah kerana sessuatu perkara itu masih berkeras berpegang dengan apa yang mereka percaya meskipun kepercayaan mereka salah. Di dalam konteks mereka yang berpecah kerana isu Agama ( baca Islam ) , perpecahan akan dapat dielakkan jika golongan yang berada di jalan yang salah bersedia mengakui kesalahan mereka dan kembali kepada kebenaran .Dalam konteks Agama kayu pengukur bagi menentukan kebenaran dan kebatilan adalah Al-Quran dan Al-Sunnah.

    Jika menepati Al-Quran dan Al-Sunnah adalah betul dan tepat meskipun seluruh dunia mengatakan ianya salah. Apabila bercanggah dengan AlQuran dan Al-Sunnah adalah salah dan sesat meskipun seluruh dunia atau bepuluh ribu Tantawi mengatakan ianya adalah betul. Syaidina Abu Bakar di dalam ucapannya menyatakan " Tidak ada kebaikan ( al-khair ) jika diakhir kebaikan itu neraka dan tidak dikatakan keburukan sekiranya diakhirnya adalah syurga."

    Di dalam sejarah, perpecahan sering berlaku di antara golongan yang memperjuangkan hak dan golongan yang ingin mengekalkan kebatilan. Ianya berlaku di generasi manusia yang awal lagi. Qabil menentang Habil. Ibrahim ditentang Namrud. Musa ditentang Firaun yang dibantu oleh Haman dan Qarun. Noh ditentang golongan al-mala'( golongan penguasa dan pembesar ). Rasululah s.a.w ditentang Abu Jahal, Abu Lahab, Walid Al-Mughirah di Mekkah dan ditentang golongan munafiqin seperti Abdullah bin Ubay dan Abu Amir Al-Fasiq.

    Golongan munafiqin ini lebih susah dihadapi disebabkan mereka juga mempopularkan mereka sebagai golongan Islam. Jika dikatakan mereka menentang Islam mengapa mereka sembahyang di belakang Nabi s.a.w. Jika dilabelkan mereka tidak mahu Islam bukankah mereka juga berjihad bersama Nabi s.a.w di dalam peperangan. Jika mereka tidak bersembahyang bagaimanakah mereka tergamak membuat masjid.

    Masyarakat yang tidak begitu memahami Islam mudah nampak kejahatan Abu Jahal kerana beliau tidak menyembunyikan seterunya kepada Islam. Tetapi mereka mungkin teragak-agak untuk menerima bahawa golongan yang bersembahyang di belakang Nabi , berperang dengan Nabi dan mendirikan masjid sebagai golongan yang juga menentang Islam.

    Dalam konteks negara ini mereka yang menyerang hukum hudud dan tidak mahu laksanakan hudud kerana dikhuatiri negara huru hara dan rakyat akan makan sup tangan, menyatakan nabi tidak mencukur janggut disebabkan tidak ada pisau cukur dan sebagainya mungkin lebih terserlah dilihat melawan Islam .

    Bagaimanapun golongan yang pada suatu keadaan menjadi Imam solat jamaah , mengajak rakyat memerangi rasuah ( meskipun melantik ahli kabinetnya yang tidak bersih dari rasuah ), dan dalam keadaan yang lain merestui tindakan pemimpin parti mereka mencabar undang-undang Hudud di Mahkamah, merestui program maksiat seperti sure heboh dan konsert hiburan yang melalaikan, meneruskan polisi membenarkan khazanah negara dipenuhi wang judi, mengekalkan ISA dan akta-kata draconian yang mencabut akar umbi kebebasan rakyat dan sebagainya seringkali berjaya menipu rakyat dengan permainan licik mereka.

    Percayalah mereka tidak bersedia melaksanakan Islam sebagai Al-Deen sebaliknya terpaksa menggunakan kad Islam ( Islamic card ) bagi meneruskan survival politik jijik mereka. Tidak hairanlah golongan seperti ini menurut Newsweek adalah golongan "Islam moderate" - Islam mengikut telunjuk Amerika.

    Elakkan perpecahan? Tinggalkan Islam Hadhari. Berpeganglah kepada Islam Hakiki.



     
    Abdullah diminta kaji buku tulisan Ustaz Hadi
    02.06.05 (11:24 am)   [edit]
    Abdullah diminta kaji buku tulisan Ustaz Hadi
    Saturday, February 05 @ 12:00:02 MYT


    Oleh Salmiyah Harun
    KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa untuk mengkaji buku ‘Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari’ yang dihasilkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk mengetahui gambaran Islam yang sebenarnya.

    Naib Presiden PAS, Ustaz Azizan Abd Razak berkata demikian sambil menggesa pihak Yayasan Islam Hadhari yang dipimpin oleh Perdana Menteri supaya menjawab satu persatu apa yang terkandung di dalam buku itu.




    “Tolong jawab satu persatu apa yang dinyatakan di dalam buku itu, kalau tidak betul tolong ulaskan,” tegasnya ketika diminta oleh Harakahdaily untuk mengulas kenyataan Abdullah semalam.

    Katanya, pihaknya tidak memperlekehkan Islam Hadhari sebaliknya memberi penjelasan tentang kebenaran Islam yang sebenarnya.

    Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas panjang berhubung kenyataan memperlekehkan Islam Hadhari tetapi meminta Abdullah mengkaji buku tersebut.

    (Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menunjukkan buku 'Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari' selepas melancarkan buku itu.)

    Menurut buku yang ditulis Ustaz Hadi, beliau menolak Islam Hadhari adalah salah satu usaha untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada dirubah bentuk sama ada dari segi asas atau istilahnya atau amalinya dan teorinya.

    Buku itu menjelaskan, Islam adalah agama yang suci lagi mulia, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

    Oleh kerana itu, Islam tidak boleh diubahsuai dalam apa sudut sekalipun mengikut selera insan kerana ia adalah agama Allah.

    Dalam buku itu juga Ustaz Hadi, menghuraikan tentang Hadharah Islamiyyah atau Tamadun Islam adalah salah satu usaha untuk memperbetulkan tanggapan dan kesilapan yang berlaku apabila negara mencanangkan slogan Islam Hadhari yang indah dari segi bahasa namun disebaliknya tersirat seribu kekeliruan.

    Buku tersebut mempunyai 206 muka surat dan mengandungi 12 bab. Di antara bab-bab yang ditekankan, takrif tamadun atau hadharah mengikut Islam, Umno mencipta penyelewengan, pelaksanaan syariat, krisis nilai, prinsip Hadharah Islamiyyah, sejarah pelaksanaan Hadharah Islamiyyah, pengaruh hadharah Gharbiyyah terhadap ummah, factor kemusnahan hadharah, penilaian hadharah, dan tasawwur hadharah Islamiyyah mengikut Al-Quran. – mks.

    Buku 'Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari' adalah terbitan Nufair Street Sdn Bhd (03-40253525/019-3873499 e-mail: sales@nufair.com).

     



     
    Cikgu Azmi, gerakan Islamisme juga sektarian
    02.06.05 (11:18 am)   [edit]

    Cikgu Azmi, gerakan Islamisme juga sektarian


     


    Aqil Fithri


    aqilfithri@yahoo.com


     


    Baru-baru ini ada satu pameran yang bertema Palestine and Iraq: End of Agony yang di adakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Nawaitu awalnya, saya tidaklah merancang untuk berada lama di situ memandangkan saya perlu menepati temujanji yang telah lama saya aturkan. Singgahan saya ke pameran tersebut hanyalah kebetulan, bukannya dirancang. Namun, pameran ini yang benar-benar menambat perhatian saya. Selain memuatkan bahan-bahan pameran yang menarik, emosi saya turut berkesan dengan sesi multimedia yang ditontonkan kepada khalayak. Ia benar-benar memaut hati nurani saya.


     


    Dari jauh saya memerhati seorang lelaki yang begitu segak dengan berbaju Melayu dan berpelikat, malah beliau hanya memakai capal sahaja. Kelihatan juga beliau giat berkempen mengajak mahasiswa agar membeli (sebenarnya menyumbang) sekeping poskad protes yang cuma berharga RM1. Poskad tersebut perlu ditandatangani, manakala pihak Citizen International akan membantu mengirimkannya kepada Presiden George W. Bush sebagai tanda protes terhadap dominasi/kezaliman US di Palestine dan Iraq. Inisiatif murni Citizen International memang patut dipuji, kendatipun ia barangkali tidak memberikan sebarang impak yang besar terhadap perubahan bermakna di Palestine dan Iraq. Tetapi sekurang-kurangnya dengan kiriman poskad ‘murah’ ini kepada Presiden Bush, ia dapat menzahirkan kepedulian social kita terhadap nasib mustadh’afin di Palestine dan Iraq.


     


    Saya cuba mengamati orang yang berkempen tersebut. Ya, saya pasti itu ialah Hj. Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras (saya selalu di maklumkan oleh teman-teman saya sebelum ini bahawa mereka memanggilnya sebagai Cikgu Azmi sahaja). Melihat reaksi pasif dari kalangan mahasiswa (dan barangkali juga pensyarah) terhadap kempen Cikgu Azmi itu, maka saya cuba berjalan menghampirinya yang keseorangan. Ketika mendekatinya, saya memberi sapaan dan berharap mudah-mudahan saya beruntung jika dapat berbual barang seketika dengan beliau, meskipun saya tahu masa saya amat-amatlah tidak mengizinkan.


     


    Saya akui, sebelum ini saya belum pernah bersua ‘muka ke muka’ (apatah lagi berbicara) dengan beliau. Jadi inilah kali pertama saya berpeluang berbicara langsung dengannya. Memang sekali imbas, beliau kelihatan segak dengan pakaian tradisi Melayu tersebut. Tentunya kesegakan beliau begitu sempurna dengan reputasi beliau sebagai seorang aktivis keadilan yang berteraskan keMelayuan dan keIslaman. Pada saya, ketrampilan beliau memang memikat. Di samping itu, tutur bicara beliau yang serak basah sangat jelas dan mengesankan.


     


    Saya melihat jam di handphone saya, tetapi belum sempat saya memohon diri untuk beredar, tidak semena-mena beliau membuat tanggapan kritikal yang terus memberatkan kaki saya untuk melangkah pergi, “saudara, cuba saudara lihat, kebanyakan mahasiswa non-muslim langsung tidak prihatin dengan apa yang berlaku pada muslim, walhal ini isu kemanusiaan sejagat”. Kata beliau dengan rasa hampa. Dan, beliau menambah lagi, “mereka semua sekadar melintasi kawasan pameran ini, tetapi tidak ada keinginan untuk mendalami konflik ini, apa sebenarnya yang mahasiswa sedang fikir sekarang?”


     


    Mendengar dengusan beliau itu, jiwa muda saya mula rasa tercabar. Dengan nada selamba saya membuat tanggapan, “hai cikgu, mahasiswa muslim pun malas nak fikir isu-isu ‘serius’ ini, jadi apatah lagi nak diharapkan dengan mahasiswa non-muslim, bukankah ini trend kampus kita muktakhir?” Lantas, saya tanpa memberi peluang untuk beliau mencelah cuba menghangatkan lagi perbincangan, “muslim kadangkala lihat non-muslim saja yang tidak peduli masalah kita, tetapi bagaimana dengan kepedulian muslim terhadap isu-isu di Mexico, Brazil dan Cuba, bukankah mereka turut sama ditindas oleh hagemoni politik-ekonomi-budaya Amerika Syarikat sepertimana di Palestine, Iraq dan Afghanistan?” soal saya lagi.


     


    Yang anehnya, meskipun kami masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini, tetapi cara kami bersembang seolah-olah sebagai teman akrab pula. Tiada langsung wujud jurang generasi antara kami. Barangkali masing-masing minat sangat dengan tema ini.


     


    Sampai di sini, saya tidaklah berhasrat untuk melanjutkan lagi petikan perbincangan kami itu. Namun apa yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan khalayak ialah tema perbincangan kami tersebut. Tema yang kami bahaskan adalah seputar soal sektarianisme dan kepedulian yang kini di batasi oleh agama, ras dan budaya.  Dalam tulisan ini, saya cuba untuk mengupas perosalan ini serta relasinya dengan gerakan Islamisme - suatu lapangan yang memang saya gemari.


     


    Pada hemat saya, inilah tema-tema besar yang harus di tangani oleh gerakan Islamisme supaya masalah-masalah kita turut mendapat perhatian dunia. Kita sebelum ini sering merintih tentang penindasan unipolar terhadap teman-teman seagama kita di Palestine, Iraq, Kashmir, Aceh, Pattani dll. Tetapi tanpa kita sedari, ada di kalangan gerakan Islamisme sendiri yang bersikap persis sepertimana persepsi mereka bahawa belahan dunia non-muslim langsung tidak peduli dengan pemasalahan dunia Islam.


     


    Hingga dewasa ini, amat payah untuk kira melihat terdapatnya gerakan Islamisme yang melaungkan bantahan kerasnya (samada dalam bentuk kenyataan atau aksi politik) terhadap usaha licik Amerika untuk menguling Hugo Chavez di Venezuela. Taktik halus Amerika di Venezuela ini adalah bertujuan untuk mengaut khazanah minyak negara Amerika Latin tersebut – di ketahui bahawa Venezuela merupakan pengeksport keempat terbesar minyak di Amerika ketika ini. Begitu juga bilamana Amerika mendalangi usaha penyingkiran Jean-Bertrand Aristide dari tampuk Presiden Haiti pada Mei 2004. Sebaik sahaja Aristide melarikan diri ke Afrika Tengah, lantas Amerikalah yang mula-mula sekali menghantar tentera-tentera marinnya ke Haiti sembari berselindung atas alasan untuk menjaga keamanan wilayah Caribbean tersebut.


     


    Malangnya, di sebalik sikap undemocratic Amerika tersebut, tiada suara bangkangan dari gerakan Islamisme yang kedengaran. Justeru timbul pertanyaan dalam minda kita, apakah faktor-faktor yang mendorong gerakan Islamisme menjadi tersudut sebegini? Bukankah ini angkara menebalnya amalan sektarianisme? Realiti yang perlu kita akui, reaksi gerakan Islamisme masih lagi terbatas kepada lingkungan keagamaan dan wilayah muslim semata-mata? Gerakan Islamisme masih lagi terkekang dengan sempadan agama, ras dan budaya. Saya yakin dan percaya, inilah kesilapan sisi pandang yang amat besar sekali dalam sejarah gerakan Islamisme, lebih-lebih lagi pendirian ini amat bercanggah dengan seruan Islam yang sejati yang mengajar kita akan erti kemanusiaan sejagat. Islam, agama yang kita anuti bukan sahaja hadir untuk kebaikan muslim, tetapi juga untuk kesejahteraan seluruh manusia sejagat tanpa mengira agama, ras dan budaya.


     


    Lantaran itu, gerakan Islamisme sewajarnya memperluaskan skop kepeduliannya; bahawa kepedulian kita harus melampaui sempadan agama, ras dan budaya, dan jangan wujud lagi unsur-unsur sektarianisme dalam apa-apa aspek sekalipun. Seluruh halatuju perjuangan gerakan Islamisme haruslah integral dengan prinsipal keadilan yang telah digariskan oleh ajaran suci agama kita. Apa yang kita inginkan ialah sebuah Islam inklusif, progresif, pluralis, terbuka dan dinamik. Dan juga, sebuah Islam yang memuliakan para penganutnya serta menyantuni insan-insan lain yang berbeza agama. Ia juga adalah Islam yang membawa rahmatan lil-alamin kepada seluruh ummat manusia. Bukankah begitu keindahan Islam yang kita mahukan?


     


    Memang tidak dapat dinafikan, kepedulian kita terhadap teman-teman seagama kita ini akan membantu mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan teman-teman seagama (bonding capital), tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya jauh tersisih dengan arus perdana dunia. Dalam aspek merapatkan jurang antara belahan dunia muslim dan non-muslim (bridging capital), kita agak jauh ketinggalan. Kegagalan kita ini dirumitkan lagi dengan agenda Washington yang mahu mengatur dunia menurut kepentingannya - tanpa mengira apa-apa garis sempadan sekalipun. Dan, perlu kita diingat; selain dunia muslim, Afrika, Amerika Selatan dan Eropah Timur turut sama merasai kesan hagemoni politik-ekonomi-budaya Amerika ini sekalipun mereka bukan dari kalangan wilayah muslim. Masing-masing merasai bahana dominasi Amerika ini.


     


    Di samping itu, dalam keghairahan gerakan Islamisme menentang tirani Israel dan Amerika, kadangkala kita alpa bahawa musuh kita turut terdiri di kalangan rejim muslim negara-negara Arab itu sendiri. Lupakah kita, tatkala rejim negara-negara Arab di ancam krisis politik domestik, mereka cuba mengurangkan tekanan tersebut dengan mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu-isu pembebasan Palestine? Natijahnya, fokus rakyat beralih lantaran diseru dengan slogan Islami yang emotif. Akhirnya, status quo rejim Arab berkenaan terus terjamin dan mereka kembali mendapat dukungan rakyat. Sebaliknya rakyat Palestine terus membaling batu, dan sudah pastinya isu Palestine akan kembali di eksploitasi bila kepentingan-kepentingan rejim Arab diganggu-gugat lagi. Rekod politik Gamal Abdul Nasser (Mesir), Raja Hussein (Jordan) dan Saddam Hussein (Iraq) jelas membuktikan ketepatan manipulasi ini dari kalangan rejim Arab itu sendiri.


     


    Sebab itu saya secara peribadi tidak gemar melihat dimensi muslim dan kufr dari perspektif aqidah semata-mata. Persoalan ini harus diperluaskan lagi sehingga mencakupi soal akhlak/moral. Hal ini jelas dirakamkan dalam Al-Quran (Ibrahim:7), bahawa kufr boleh saja didefinasikan menurut neraca akhlak/moral. Sebagai contoh, bagaimana mungkin kita boleh mengakui bahawa seorang muslim yang diktator, autotarianisme lebih Islami berbanding dengan seorang non-muslim yang berbuat baik kepada semua insan. Sudah tentu pada kita si kafir itu lebih tampak Islami, sekalipun beliau tidak mengimani ajaran Muhammad. Jadi, aqidah saja tidak boleh menjadi piawai mutlak yang mengambarkan keIslaman seseorang selagi ia tidak di susuli pula dengan keluhuran akhlak.


     


    Begitu juga kelemahan gerakan Islamisme dalam mecermati agenda halus Amerika yang mahu memanipulasi sebarang peluang yang ada. Banyak gerakan Islamisme telah terpedaya dengan ‘perang menentang keganasan’ yang diprakasai oleh Amerika, walhal sebelum ini wujud pakatan intim antara Amerika dengan Taleban (yang konon-kononnya dikatakan pejuang Islam itu). Sejarah tidak boleh melupakan bagaimana pakatan kuartet inilah yang menumbangkan kerajaan Mujahideen di Afghanistan pada suatu ketika dulu. Amerika ketika “zaman mesranya” dengan Taleban, telah mebekalkan senjata dan dana yang cukup banyak, agar akhirnya mereka dapat menguasai laluan strategic minyak di Asia Tengah. Taleban ketika itu jelas menjadi bonekanya. Tetapi bila Amerika melihat Taleban (si budak suruhan Amerika ini) ini tidak lagi dapat memberi apa-apa faedah, maka mereka kini di perangi oleh bekas bossnya sendiri.


     


    Hal ini berbeza dengan gerakan Islamisme seperti Hezbollah (di dirikan tahun 1982) yang begitu tegas dalam soal dominasi Amerika ini. Hezbollah sesekali tidak bermain politik dengan musuh mereka samada dengan Israel mahupun Amerika. Dalam pertimbangan Hezbollah, mereka mengerti bahawa dengan menyokong Taleban hanya akan membawa rebah. Perangkap besar yang di pasang oleh Amerika untuk menjerat Hezbollah gagal kerana kebijaksanaaannya dalam memahami structural globalisasi dunia. Sebab itu Amerika sebenarnya lebih gementar dengan Hezbollah ketimbang gerakan Islamisme lain di dunia. Ini jelas dibuktikan melalui kenyataan Richard Armitage, Timbalan Setiausaha Negara Amerika selepas merumuskan serangan 11 september 2001. Beliau menyifatkan Hezbollah sebagai pengganas team A manakala Al-Qaeda dalam team B. Dan bagi Amerika, pengganas Team A inilah yang lebih menimbulkan kegusaran berbanding dengan tanzim Al-Qaeda.


     


    Namun apa yang lebih mendukacitakan kita ialah kebanyakan gerakan Islamisme gagal mengamati strategi politikal Amerika ini. Sebahagian dari gerakan Islamisme mengambil sikap tunggu dan lihat, namun apa yang lebih memalukan lagi, ada di antara gerakan Islamisme – tanpa berfikir panjang - terus mendukungi Taleban tanpa memahami konspirasi yang bermain di sebalik tabir. Kerana inilah Mohammed Arkoun, seorang sejarahwan muslim yang kritis menganggap bahawa gerakan Islamisme dewasa ini tidak lebih dari sebuah gerakan yang ahistoris, idealistic, non-intelektualisme, eksklusif, dan tidak toleransi. Simpul beliau lagi, gerakan Islamisme dewasa ini langsung tidak membuahkan harapan lantaran mahu mengabungjalinkan teori dan retorika dengan reality pedih ummat Islam yang dihadapi kini. Saya berpendapat, pandangan Arkoun tersebut - walaupun tidak sepenuh tepat - wajar diteliti oleh gerakan Islamisme agar dapat menampilkan kebijaksanaan dalam mencerapi permainan politik dunia yang sangat kompleks dan menyukarkan.


     


    Saya ingin mengajak pembaca menghimbau kembali sejarah pra-kemerdekaan negara. Ketika mana era mana gerakan komunis dicemuh, banyak sekali pihak yang mengelak untuk membela mereka yang di tuduh pro-kumunis ini kerana bimbang lumpur akan terpalit sama. Namun, kita sebagai muslim di Malaysia sepatutnya berbangga dengan seorang putra bangsa kita, Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau langsung tidak menghiraukan provokasi kerajaan ketika itu, sebaliknya beliau tetap tegar dan konsisten atas prinsip keadilan dan kebenaran. Beliau sangat berani membela tanpa mengira sesiapapun yang menjadi mangsa penindasan. Nasib-nasib mereka yang dituduh komunis seperti Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Abdullah CD dll tetap diperjuanginya sampai beliau sendiri mendekam lama dalam penjara. Beliau juga langsung tidak menaruh curiga terhadap ide-ide kiri yang sesetengahnya relevan dan selari dengan dasar perjuangan Islam. Gagasan Islam inklusif benar-benar menjadi praktik politiknya. Namun soalnya sekarang, adakah lagi putra bangsa kita (terutamanya di kalangan pemimpin gerakan Islamisme) seupama beliau? Jadi, saya pulangkan kembali soalan ini kepada para pembaca sekalian untuk menilai di mana tahap pencapaian gerakan Islamisme di tanahair kita dewasa ini.


     


    Jika direnung-renung, amat banyak tugas yang perlu dibereskan oleh gerakan Islamisme sebelum mereka mampu mengapai kemenangan Islam yang dicita-citakan. Selain keperluan untuk menghapuskan siege mentality dalam dimensi pemikiran serta praktik mereka, gerakan Islamisme juga perlu meneladani semula seruan kemanusiaan yang telahpun dirakamkan dalam sejarah Islam. Sejarah Islam meninggalkan kita suatu pesanan kemanusiaan yang sangat-sangat signifikan, surat daripada Saidina Ali kepada Malik Ashtar, gabenornya di Mesir. Sepertimana yang ditegaskan oleh Syed Hussein Alatas dalam kertas syarahannya yang fenomenal; cita sempurna warisan sejarah, “penganjur-penganjur kemanusiaan di barat tentunya akan menyambut meriah gagasan surat ini jika mereka mengetahuinya”.  Alatas mencadangkan lagi, surat ini tidak perlu diubah apa-apapun, dan ia masih boleh menjadi pedoman perjuangan gerakan Islamisme sepanjang zaman.


     


    Hal ini membuktikan bahawa khazanah ilmu Islam tidak pernah kekeringan ide. Islam sentiasa relevan dan dinamik sepanjang zaman. Islam satu ketika dulu pernah mewarnai dunia dengan gagasan-gagasan kemanusiaannya. Kita telah mempunyai suatu sejarah yang hebat (tetapi ia belum tentu ia mencerminkan Islamisme autentik yang kita hasrati). Teringat mengenai perkaitan sejarah dan masadepan ini, ia membawa saya kepada saranan Ali Shari’ati dalam bukunya Man and Islam bahawa, “tanpa masa silam, mustahil seseorang dapat memiliki masadepan”. Waima, meskipun kita telah mempunyai masa silam yang hebat, ia belum tentu menjamin kelangsungan kegemilangan selagi mana kita tidak memulai wacana progresif terhadap soal-soal universal seperti hak-hak asasi manusia, globalisasi, kapitalisme, post-modernisme, demokrasi-Islam dll.


     


    Apapun masih belum lagi terlambat untuk gerakan Islamisme membentuk suatu perjuangan global yang mempunyai visi ke arah membebaskan seluruh ummat manusia sejagat dari sebarang penindasan dan hukum yang represif. Muhammad Iqbal, pujangga Islam asal Pakistan dengan puitis sekali telah membangkitkan semangat ummat Islam ini melalui puisinya,


     


    Penduduk bumi telah tewas dalam judi diri,


    Sebab tidak faham makna terlembut dari takdir,


    Kelembutan yang terkandung dalam ungkapan sederhana,


    “jika kau mengubah dirimu sendiri, nasibmu pun akan berubah”


     


    Dari mesej indah Iqbal ini, ia telah menginsafkan saya bahawa kita sebenarnya boleh berubah serta mampu menentukan operasi arus sejagat yang mendatang - supaya dunia senantiasa dalam kerangka ajaran Qurani. Biarlah struktur dominasi unipolar runtuh, berkecai, musnah bersama paradoks yang diciptanya sendiri, dan kita dari belahan dunia muslim berupaya untuk menawarkan kepada dunia satu penyelesaian yang konkrit dan disenangi oleh seluruh ummat manusia. Di waktu itu, tiada lagi mustadhafin dan tiada lagi mustakbirin.


     


    Akhir, saya dengan rendah hati mengakui tulisan ini bukanlah berhasrat untuk mengajak kita mengkritik Amerika secara keras-kerasan sepertimana yang diharap-harapkan. Bagi saya tulisan ofensif sebegitu telahpun ramai yang menulis. Sebaliknya tulisan ini lebih bersifat kritikan dalaman terhadap gerakan Islamisme itu sendiri dalam upaya kita mencari sebuah pergerakan Islamisme yang ideal (walaupun saya sendiri percaya misi ini mustahil, tetapi sekurang-kurangnya kita bergerak ke arah tersebut). Cuma, apa yang kita harap dalam masa terdekat ini agar gerakan Islamisme kembali memikirkan amalan sektarianisme semasa menyuarakan kepedulian mereka – supaya tiada lagi batasan agama, ras dan budaya dalam ungkapan keprihatinannya. Di hati kecil saya terdetik, kalaulah fahaman sectarian dapat di hapuskan dalam praktik gerakan Islamisme, tentunya kita bakal melihat sebuah kemenangan Islam universal yang memang telah lama kita impi-impikan itu. Ia sungguh idealistic!


     


    Oh ya Cikgu Azmi, inilah ide-ide yang tidak sempat saya bicarakan. Kalau masa tidak mencemburui saya, tentunya kita dapat berbual lebih lama lagi ketika itu untuk saya meluahkan ide-ide ini. Namun, meskipun pertemuan kita itu ringkas, tetapi ia amat-amat bermakna sekali. Malah, sangat menyentuh dan mengesankan dhamir saya. Cikgu, terima kasih!



     
    MTEN gagal berkhidmat kepada PM, ke mana keuntungan Petronas?
    02.06.05 (11:08 am)   [edit]
    MTEN gagal berkhidmat kepada PM, ke mana keuntungan Petronas?
    Wednesday, February 02 @ 13:22:36 MYT


    Oleh Sal
    SEORANG sahabat saya di Tawau, Sabah telah mengirimkan keratan akhbar yang mengkritik kegagalan Majlis Tindakan Ekonomi Negara MTEN) dalam menghadapi implikasi kenaikan harga minyak.


    Kritikan itu disiarkan dalam ruangan forum halaman tiga akhbar 'Sabah Daily Express’ edisi bahasa Melayu bertarikh 24 November 2004. Kandungan surat itu adalah seperti di bawah:

    Kenaikan harga minyak mentah daripada AS$28.67 setong pada 30 Oktober tahun lalu kepada AS$54 setong sekarang ini tidak dapat dielakkan.

    Kerajaan mungkin telah menjalankan banyak kaji selidik mendalam terhadap implikasi kenaikan harga itu, tetapi semua kaji selidik ini hanyalah tinggal akademik semata-mata sekiranya tidak diterjemahkan kepada tindakan pre-emptif dan preventif.

    Berhubung dengan harga minyak itu, MTEN telah gagal teruk dalam tugasnya kepada Perdana Menteri setelah gagal dalam

    1) Mengenal pasti trend kenaikan harga minyak mentah;

    2) Membuat taksiran yang betul dan menganggap yang output Petronas boleh menahan kesan kenaikan harga minyak mentah dunia;

    3) Mewujudkan tabung luar jangka sebagai persediaan menghadapi kenaikan harga itu apabila ia memecahkan tahap rintangan AS$35 dan AS$40 pada pertengahan Januari 2004;

    4) Menasihat Petronas menambah kekuatan stoknya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kenaikan harga minyak dan

    5) Mengaudit penipuan yang berlaku dalam penjualan pengiriman oleh Petronas dalam perniagaan derivatifnya dan juga dalam hasilnya daripada operasi seberang laut.

    Petronas merekod pusing ganti RM210.7 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama pengeluaran tahun lalu. Pendapatan bercukai Petronas seharusnya di sekitar RM36.3 bilion atau kira-kira 17.2 peratus daripada pusing gantinya.

    Selepas membayar cukai pendapatan dan dividen sebanyak RM19.26 bilion kepada kerajaan, Petronas masih mempunyai keuntungan RM6.99 bilion. Keuntungan bersih yang diperolehi Petronas sejak 1983 senang-senang sahaja mencapai lebih RM140 bilion. Ke manakah perginya semua wang itu?

    Firma minyak negara itu sepatutnya mengemukakan laporan perakaunan dan auditnya kepada orang ramai kerana ia adalah sebuah syarikat awam dimiliki sepenuhnya oleh pembayar cukai.

    Rekod Keuntungan Petronas Baik

    Petronas berkata, keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2004 naik 56.6 peratus kepada RM23.66 bilion, suatu rekod, disebabkan harga minyak mentah yang lebih tinggi serta peningkatan operasi.

    Angka Petronas Bukan Gambaran Sepenuhnya

    Melihat kepada angka keuntungan Petronas itu, pihak media memberi pujian sebagai pencapaian terbaik setakat ini dan malah sebagai yang terbaik di dunia berbanding syarikat-syarikat minyak lain.

    Ini adalah berdasarkan penyataan bahawa Petronas memperolehi pulangan pada kadar 38.4 peratus berdasarkan hasil (RM97.5 bilion) berbanding dengan yang terbaik dalam sektor tersebut - Exxon Mobil yang hanya pada kadar 14.7 peratus.

    Adakah ini benar? Mungkin ya mungkin tidak, kerana Petronas tidak menyatakan perincian penuh seperti yang dilakukan syarikat-syarikat lain atau seperti yang dibuat syarikat-syarikat kawalan kerajaan yang lain.

    Tentang isu bagaimana keuntungan sebelum cukai naik 40 peratus sedangkan keuntungannya selepas cukai naik 57 peratus, ini jelas berupa cukai tertunda atau peruntukan lebih cukai daripada tahun-tahun sebelumnya yang diputarbelitkan sekarang.

    Akhirnya, tidak ada sesiapa yang akan tahu angka yang betul serta angka yang sebenar kunci kira-kira Petronas kerana ia tidak pernah didedahkan.

    Hasil lebih tinggi bagi Petronas tidak memberi apa-apa manfaat kepada defisit negara kerana lebihan tunai yang penting dan kita tidak tahu berapa banyak wang Petronas kerana ia tidak diumumkan.

    Sebagai sebuah negeri pengeluar minyak, Sabah harus diberi royalti minyak lebih tinggi (lebih tinggi daripada lima peratus yang telah kita terima untuk sekian lama) lebih-lebih lagi selepas penemuan beberapa telaga baru minyak di pantai Sabah baru-baru ini).

    Dan sebagai sebuah negara pengeluar minyak, kita sepatutnya bertambah makmur jika harga minyak naik (seperti negara-negara pengeluar minyak yang lain).

    Sebaliknya kita diberitahu bahawa keperluan diesel dan petrol kita sendiri perlu disubsidi! Akibatnya, kita pengguna terpaksa membayar lebih bagi diesel dan petrol!

    Ke manakah perginya semua keuntungan minyak itu?



     
    Isu Mercedes: Hati Ku Sangat Hiba
    02.01.05 (5:28 pm)   [edit]
    Oleh Ahem - Laman M@RHAEN



    Membaca artikel "Kerajaan Kelantan Akan Membeli 8 Buah Mercedes Lagi?" membuatkan hati saya sangat hiba terhadap segala tuduhan yang telah dilemparkan. Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan Islam ini dipenuhi dengan ujian-ujian. Teringat ayat Al-Quran yang mafhumnya:
    "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan KEDENGKIAN dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS 59:10)
    Marilah kita cuba berfikir dengan fikiran yang terbuka terhadap isu ini. Sebagai orang yang hendak mendaulatkan Islam, bila berlaku sebarang perselisihan faham tentang sesuatu, marilah kita kembali kepada Al-Quran, Al-Hadis dan sunnah Rasulullah untuk menyelesaikan isu ini.

    Marilah kita berbaik sangka sesama Islam

    Marilah kita cuba melihat isu ini dalam suasana persaudaraan dalam Islam. Janganlah sampai kita mengkritik seseorang Islam dengan kritikan yang seolah-olah saudara seIslam kita ini musuh kita. Di dalam Islam, hubungan minimum antara saudara seIslam adalah berbaik sangka dan maksimumnya adalah mengutamakan saudara seIslam kita lebih daripada diri kita. Ada satu kisah pada zaman Rasulullah yang diceritakan dalam satu hadis yang mafhumnya:

    Di suatu hari Nabi sedang duduk di Masjid bersama para sahabatnya. Tiba-tiba Nabi berseru, "akan datang penghuni syurga." Serentak para sahabat memandang ke arah pintu. Ternyata datanglah seorang sahabat yang memberi salam pada majlis Nabi lalu shalat.

    Keesokan harinya lagi, pada situasi yang sama, Rasul berseru, "Akan datang penghuni syurga." Tiba-tiba hadir dari arah pintu sahabat yang kemaren juga digelari Rasul penghuni syurga.

    Selepas bubarnya majlis Nabi, seorang sahabat mengejar "penghuni syurga" tersebut. Ia berkata, "maafkan saya wahai saudaraku. Aku bertengkar dengan keluargaku bolehkah aku barang satu-dua hari menginap di rumahmu?"

    "Penghuni syurga" ini lalu berkata, "baiklah..." Satu hari berlalu, dua hari berlalu dan tiga hari pun berlalu. Akhirnya sahabat ini tak tahan dan berkata pada "penghuni syurga". "Wahai saudaraku sebenarnya aku telah berbohong padamu. Aku tak bertengkar dengan keluargaku. Aku bermalam di rumahmu untuk melihat apa amalanmu kerana aku mendengar Rasul menyebutmu penghuni syurga. Tapi setelah aku perhatikan amalan mu sama dengan apa yang aku kerjakan. Aku jadi tak mengerti....."

    "Penghuni syurga" itu menjawab, "maafkan aku, memang inilah aku! Ibadah yang aku jalankan tidak kurang- tidak lebih sebagaimana yang engkau saksikan selama tiga hari ini. Aku tak tahu mengapa Rasul menyebutku "penghuni syurga".

    Sahabat itu lalu pergi meninggalkan "penghuni syurga". Tiba-tiba "penghuni syurga" itu memanggil sahabat tersebut. "Saudaraku, aku jadi teringat sesuatu. Aku tak pernah dengki pada sesama Muslim. Mungkin ini......"

    Sahabat tersebut langsung berseru, "ini dia yang membedakan engkau dengan kami. Ini dia rahasianya mengapa Rasul menyebutmu penghuni syurga. Ini yang tak dapat kami lakukan."

    Subhanallah….. cukup besar ganjaran orang yang berbaik sangka ini.

    Adakah Salah Membeli Mercedes?

    Untuk memulakan perbincangan ini, marilah kita melihat isu ini dari pandangan atau neraca Islam/Syarak. Kita kena mengambil neraca Islam/Syarak dalam menentukan sesuatu itu boleh atau tidak. Jika Islam/Syarak kata boleh, maka kita kena kata boleh walaupun dari segi peribadi kita rasa tidak boleh. Jika Islam/Syarak kata tidak boleh, kita kena kata tidak boleh walaupun secara peribadi kita rasa boleh. Jika kita ambil neraca selain dari neraca Islam/Syarak, maka kita akan tersesat.

    Dari segi hukum
    Dalam Islam hukum yang ada adalah Haram, Makruh, Harus, Sunat dan Wajib. Dari segi dasar umum hukum, segala sesuatu adalah harus kecuali yang telah diharamkan oleh Allah. Jadi, apakah yang akan menyebabkan membeli Merc ini haram?

    Dari segi duit yang digunakan, ia bukan duit zakat dan tidak tertakluk kepada pembahagian zakat. Duit yang digunakan adalah duit cukai dan cukai adalah daripada Undang-undang yang dibuat oleh manusia yang dibenarkan oleh Islam. Pengagihannya juga tidak tertakluk pada pengagihan zakat. Pada pendapat saya, Exco yang dilantik oleh TG Nik Aziz adalah mantap dan majoritinya tidak ada kepentingan peribadi dan berupaya membuat keputusan yang berkesan. Dan perlu diingat, TG Nik Aziz sendiri adalah Ketua Exco dan keputusan yang beliau buat saya yakin InsyaAllah mengikut Islam/Syarak.

    Dari segi pembaziran, saya rasa jika dinisbahkan dengan keseluruhan peruntukan, peruntukan untuk membeli Merc ini adalah terlalu kecil. Dan satu perkara yang perlu dilihat adalah Merc yang dibeli adalah yang terpakai dan bukan baru. Dari segi penyelenggaraan, Merc adalah antara kereta yang tahan lasak dan jarang rosak jika dijaga dengan betul. Saya berpendapat, Merc adalah sesuai untuk digunakan di Kelantan kerana secara geografinya, Kelantan adalah sebuah negeri yang besar dan Merc adalah kereta yang sesuai untuk digunakan untuk mengurangkan keletihan jika ahli Exco perlu untuk bertugas di kawasan pedalaman. Dengan itu ahli Exco akan dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang ingin dilakukan.

    Merc yang dibeli adalah tetap asset kerajaan negeri dan bukan diberi kepada ahli Exco.

    Jadi setakat ini saya tidak merasakan yang membeli ini mempunyai masalah dari segi Syarak.

    Dari Segi Kezuhudan

    Zuhud ini tidak boleh diukur oleh seseorang seperti mana dari segi hukum di atas. Zuhud terletak di hati dan berbeza antara seseorang dengan yang lain. Sebagai seorang Islam kita mesti berbaik sangka dan tidak boleh menghukum seseorang itu tidak Zuhud.

    Untuk membincangkan perkara ini, marilah kita melihat hadis di bawah yang mafhumnya:

    Dari Abul Abbas, Sahel bin Sa'ad as-Sa'idi RA berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah aku suatu amalan, jika aku kerjakannya, nescaya aku dicintai Allah, dan dicintai orang ramai". Bersabda Rasullulah SAW, "Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah kepada pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai" – Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang hasan

    "Zuhud di dunia itu bukanlah dengan mengharamkan yang halal atau mensia-siakan harta. Tetapi zuhud di dunia yang sebenarnya, ialah jangan sampai anda merasakan apa yang ada di dalam tanganmu itu lebih utama dari apa yang ada di tangan Allah"

    Secara umumnya zuhud bukan membuang dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati. Kita lihat Abdul Rahman Al Auf, seorang Sahabat Rasulullah, merupakan seorang yang kaya dan mempunyai harta yang banyak. Tetapi beliau tidak mencintai harta kepunyaan beliau yang mana sanggup membelanjakan hartanya yang banyak untuk keperluan Islam.

    Adakah dengan menggunakan Merc seseorang itu dianggap tidak zuhud? Kita lihat Rasulullah pernah menggunakan pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan permata. Kita lihat Rasulullah pernah memakai pakaian yang cukup bagus sehinggakan Abdul Rahman Al Auf yang kaya tu pun mengagumi pakaian Rasulullah. Rasulullah juga mempunyai beberapa unta yang baik-baik. Bagaimana pula dengan hadis beliau yang mafhumnya:

    "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
    Jadi kenderaan yang bagus ini disebut sendiri oleh Rasulullah. Walaupun begitu, Rasulullah adalah orang yang tersangat Zuhud. Beliau tidak mencintai harta beliau ini dan banyak yang beliau belanjakan kepada Islam sehinggakan pernah tiada makanan di rumah Rasulullah kerana habis dibelanjakan kepada Islam.

    Oleh itu Merc tidak boleh mengukur atau menentukan kezuhudan seseorang.

    Kesimpulan

    Daripada fakta di atas, saya rasa tidak ada salahnya pembelian Merc ini. Saya yakin ahli Exco Kelantan yang dipilih oleh TG Nik Aziz mempunyai kredibiliti untuk membuat keputusan yang tidak mempunyai kepentingan diri. Jika mereka mempunyai kepentingan diri, lebih baik mereka melompat ke Umno yang boleh memberi berjuta Ringgit dan membentuk kerajaan BN.

    Bagi pengkritik, saya berpendapat kritikan adalah penting untuk membina parti yang kuat. Tetapi ia mempunyai adab-adab yang perlu diikut. Kritikan mestilah membina dan tidak menimbulkan fitnah kepada parti. Jangan sampai kritikan kita akan menyebabkan ramai orang memandang negatif kepada parti dan seterusnya menjatuhkan parti. Jangan sampai kita membina budaya memburuk sangka sesama kita dan seterusnya menjatuhkan diri kita sendiri. Jika kita tidak puas hati dengan individu tertentu, jangan kritik individu tersebut secara terbuka, tetapi terus dikemukakan pada pimpinan parti untuk mengelakkan fitnah kepada parti. Jangan sampai kita menjadi agent yang menjatuhkan parti.

    Semoga Allah memberi kita semua hidayahnya dan diampunkan segala dosa kita.

    Wallau A’lam

    Ahem



     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog