Orang dah kata dah....tempat2 camnie mana ada nak dengaq tazkirah punya.... buat habih ayaq lioq aja.... tapi dah bebal telinga tuuu nak buat camna.... hah lanie apa nak buat pulak.... nak buat program 7 jahanam pulak.... pie bawak artis kaa pelakon kaa buat tazkirah dalam disko tuuu.... manalah tau.... nanti tak degil laaa puak2 nie sebab cakap2 artis nie kan semuanya hikmah dah bagus....eishh...eishhh pening pening...
Edisi KL: Disko masih degil
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Sebuah disko di Jalan Ampang yang pernah dikunjungi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar bagi menyampaikan kempen kesedaran dadah, masih menjadi pusat pengedaran dan penagihan dadah pengunjungnya.
Disko terbabit yang dikunjungi Noh dalam kempen ‘Ops Enam Jahanam’ pada 28 Februari lalu, menjadi tumpuan remaja untuk mendapat bekalan pelbagai jenis dadah, antaranya ganja, heroin dan syabu.
Hasil maklumat diperolehi, 60 anggota polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat serbuan di disko terbabit pada jam 2 pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, seramai 117 pengunjung dan 69 kakitangan disko terbabit berusia antara 20 hingga 30 tahun diarah menjalani ujian air kencing.
“Hasil pemeriksaan itu, seramai 14 pengunjung ditahan selepas disyaki positif dadah. Turut ditahan empat kakitangan disko terbabit,” katanya.
Beliau berkata, dua daripada tiga pengunjung wanita yang ditahan didapati positif ganja, manakala seorang lagi disyaki menggunakan heroin.
“Empat pengunjung lelaki pula disahkan terbabit dengan ganja, empat lagi menggunakan syabu, dua di bawah pengaruh ecstasy dan seorang lagi menggunakan heroin.
“Tiga kakitangan lelaki disko terbabit didapati menghisap ganja, manakala seorang lagi kakitangan wanita menggunakan ecstasy,” katanya.
Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
“Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang dadah yang ditinggalkan atau disimpan di premis disko,” katanya.
Operasi terbabit yang turut disertai empat anjing pengesan dadah berakhir pada jam 5 pagi.
Siapa yang menjahanamkan bangsa sendiri jika bukan UMNO...
Hari ini selepas menatap s/habaq saya lantas berfikir akan resionalnya akan rancangan yang diperjuangkan oleh UMNO beberapa tahun yang lalu....semasa hendak dilaksanakan perkara tersebut bermacam2 telah dikatakan kepada pembangkang.....jumud laa... tak mahu perubahan laa... nak bagi rakyat mundur laaa.....nah kini apa sudah jadi.....
orang dah kata dah.....puak UMNO nie bebal nak tunjuk kata depa aja yg betul sampai tak boleh tegoq.... lanie cuba tengok apa jadi dengan pelajaq melayu...... boleh dikatakan separuh kat kampong sana GAGAL.... tapi dok buat telinga badak situ laaaa...... aku pon dah tak tau laaa camna laaa puak2 UMNO kat kg sana boleh jadi pak turut lagi..... yang dok pelingkop bangsa depa2 nie laaa..... tapi dok sokong situ laaaa.....eisshhh aku pon dah taktau nak kata camna lagi laaa.....
Kaji semula pengajaran dalam bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperbaiki segera kelemahan berhubung pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (BI) sebelum memudaratkan prestasi pendidikan pelajar Melayu.
Pengerusi Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu Kedua (KPM2), Tengku Razaleigh Hamzah, berkata banyak pihak sudah mencadangkan supaya keputusan mengubah bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik ke bahasa Inggeris dikaji semula, sama ada berbalik kepada dasar asal atau mengambil jalan tengah.
Katanya, satu kajian mendapati pelajar yang menjawab soalan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu lebih ramai lulus berbanding mereka yang menjawab dalam bahasa Inggeris.
“Saya difahamkan guru sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dibenarkan menggunakan kaedah alternatif iaitu mengajar mata pelajaran itu dalam bahasa Mandarin, mengikut kaedah tersendiri dengan tidak menolak sistem rasmi kerajaan.
“Tetapi sekolah kebangsaan tidak dibenarkan menggunakan apa-apa kaedah yang lebih fleksibel dan tidak dibenarkan mengajar dalam bahasa Melayu,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada KPM2 di sini, semalam.
Kongres itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dihadiri kira-kira 1,000 peserta daripada kalangan cendekiawan, pendidik, profesional dan tokoh korporat.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata ilmu sains dan matematik tidak hanya dipelajari dalam bahasa Inggeris saja, tetapi dalam semua bahasa lain, termasuk bahasa Arab, Mandarin, Jepun, Korea dan Bahasa Melayu.
Sehubungan itu, katanya, pelajar Melayu di sekolah rendah yang gagal dalam mata pelajaran itu bukan bermakna mereka tidak mempunyai bakat atau kebolehan untuk belajar matematik dalam bahasanya sendiri tetapi kerana mereka gagal dalam bahasa Inggeris.
“Tidak ada bangsa yang maju di dunia ini yang menggunakan bahasa asing untuk melemahkan bangsa dalam bidang ilmu melalui sistem pendidikan seperti itu,” katanya.
“Pakar linguistik kognitif berpendapat berdasarkan kajian saintifik mereka, kanak-kanak lebih mudah dan cepat mempelajari serta memahami konsep ilmu menerusi bahasa mereka sendiri, bukan melalui bahasa orang lain,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, jika ramai yang berpendapat bahawa pelajar Melayu lemah dalam bahasa Inggeris, penyelesaiannya bukanlah dengan mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya kaedah pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat di sekolah dikaji semula jika ia didapati tidak berkesan.
“Jangan kita membangkitkan perkara yang tidak relevan dengan menyatakan bahawa pelajar Melayu tidak suka bahasa Inggeris atau malas belajar.
“Kita kena periksa kaedah mengajar bahasa ini, buku teks yang digunakan, mutu guru bahasa Inggeris dan kelengkapan mengajar terutama di sekolah luar bandar,” katanya.
Beliau berkata, sistem pendidikan tidak perlu terlalu dikongkong tetapi wajar lebih fleksibel untuk membolehkan guru mengembangkan kreativiti mereka di bilik darjah bagi merangsang pelajar agar mereka tertarik dengan apa yang diajar.
"Nampaknya, terdapat kecenderungan di kalangan SEBAHAGIAN forumers TKO ini (tanpa mengira kecenderungan ideologi) yg berharap agar pasukan pembangkang Malaysia mula merancang utk melancarkan gerakan seperti yg dilakukan oleh pihak pembangkang di Kyrgyzstan itu...
Nampaknya, terdapat kecenderungan di kalangan SEBAHAGIAN forumers TKO ini (tanpa mengira kecenderungan ideologi) yg berharap agar pasukan pembangkang Malaysia mula merancang utk melancarkan gerakan seperti yg dilakukan oleh pihak pembangkang di Kyrgyzstan itu...
Adakah terdapat juga di kalangan forumers TKO ini (tanpa mengira kecenderungan ideologi) yg turut cenderung kpd pendekatan ala 'Al-Maunah' (penggunaan senjata berat) yg mana ianya jauh lebih agresif dpd yg digunakan oleh pembangkang di Kyrgyzstan kelmarin??? [Baca : Mengikut dakwaan sesetengah pihak - entah betul, entah tidak - ahli2 Al-Maunah itu terdiri dpd golongan yg bengang dgn PAS krn masih 'berlembut' dgn UMNO]...
Macam mana tuh???
Apabila dilihat jumlah demonstrators di Kyrgyzstan tu, takde lah gempaq sgt crowdnye sekalipun kita bandingkan dgn jumlah penduduknya yg 5 kali ganda lebih kecil dpd negara kita, Malaysia... Tapi, mereka tetap sukses dlm usaha islah mereka itu! Ini menunjukkan KUALITI atau KOMITED itu adalah lebih penting dpd KUANTITI...
Secara peribadi, saya takde masalah jika pasukan pembangkang Malaysia mahu bertindak spt pembangkang di Kyrgyzstan nanti...
Tak perlu gusar, tak perlu bimbang, tak perlu ghisau jika terdapat sebahagian parti pembangkang Malaysia yg enggan turut serta kerana TIDAK semua parti pembangkang di Kyrgyzstan itu menyertai gerakan 'rampasan kuasa secara demonstrasi' tersebut tetapi depa tetap sukses eventhough, NOT ALL of the opposition parties there commit in that movement!
Yg pahit itulah ubat... Negara huru-hara sebentar untuk kesejahteraan yg lebih lama... Umpama kita berjuang mendapatkan kemerdekaan dpd penjajah British. Tanah Melayu tegang untuk satu tempoh masa demi memelihara kedudukan bangsa dpd tergugat! Kalu sibuk sgt pasal keselamatan nasional, buat hape atok nenek kita kacau British tu dulu...??? Tapi, demi keselamatan yg lebih 'bermakna', huru-hara 'sementara' terpaksa ditimbulkan!
Ibarat si gadis yg meronta2 & menjerit2 utk melepaskan diri dpd dirogol... Dahlah kene rogol, berdarah2 pulak badan tu sbb si perogol cuba mendiamkan si gadis dgn membelasah gadis berkenaan... Kecederaan tanpa meronta2 takkan seteruk kecederaan akibat meronta2 itu... Tapi, adakah ini bermakna semua gadis yg dirogol itu jgn meronta2, biarkan shj si perogol itu mencabul dgn mudah demi mengelak dpd mendapat cedera yg lebih teruk??? Tanyalah diri sendiri...
Itulah yg dpt saya nukilkan berkenaan keperluan strategi pembangkang di Kyrgyzstan itu utk kita, pembangkang di Malaysia pertimbangkan... Agak kasar tapi tak terlampau kasar rasanye! Tak sekasar penggunaan senjata2 berat...
Islam Hadhari halang tegak negara Islam Sunday, March 27 @ 12:30:19 MYT
DUNGUN, 27 Mac (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang berkata, Islam Hadhari adalah senjata musuh untuk menghalang umat Islam daripada mendirikan negara Islam.
Katanya, perkara itu telah didedahkan di dalam buku yang dikarang oleh seorang penulis Islam yang terkenal, Anwar al-Jundi pada tahun 1980.
“Anwar al-Jundi telah menulis buku dalam tahun 1980 menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah langkah terbaik musuh Islam menghalang orang Islam daripada mendirikan negara Islam,” ujarnya ketika menyampaikan ucap utama pada Ijtimak PAS Kawasan Dungun di Sura, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau akan meminta rakan-rakan untuk menterjemahkan buku itu khususnya fasal yang menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah satu senjata sulit untuk menghalang orang Islam daripada mendirikan negara Islam.
Menurutnya, buku itu mendedahkan bahawa Islam Hadhari hanya mahu orang Islam membina tamadun di atas nama sains dan teknologi dengan meninggalkan ajaran Islam.
Katanya, Anwar al-Jundi juga mendedahkan bahawa Islam Hadhari hanya mahu menjadikan umat Islam maju dengan sains dan teknologi tetapi dalam masa yang sama meninggalkan aqidah, usuludin, syariat, hukum Allah dan sebagainya.
“Ini senjata yang kita sedang hadapi sekarang, kita wajib mendedahkan senjata ini,” tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.
Tegasnya, PAS akan terus mendedahkan perkara itu walaupun menyedari Kerajaan Barisan Nasional dan kepemimpinan Umno akan terus menyerang dengan menggunakan media massa.
Menurutnya, tindakan Umno mengadakan berbagai program bukan sekadar bagi menyerang PAS tetapi juga bertujuan untuk menentang Islam.
Sehubungan itu, beliau menggesa ahli-ahli supaya meneruskan gerak kerja jemaah dan tidak hanya bersemangat pada waktu-waktu tertentu sahaja.
“Jangan semangat seketika sahaja kerana semangat kita ditanam dan tumbuh daripada iman yang perlu kita suburkan,” katanya.
Katanya, apa yang penting ialah menyusun gerak kerja dengan teratur dan rapi di samping mengikhlaskan diri dalam perjuangan kerana Allah.
“Allah akan beri pertolongan semula kepada kita dan kita akan dikurniakan kemenangan, sudah tentulah kemenangan dengan izin Allah pada masa akan datang menjadikan kita lebih mengerti dan lebih berpengalaman lagi, insya Allah,” ujarnya.
Beliau menambah, PAS yang memperjuangan Islam boleh mencapai kemenangan sekiranya pilihan raya dijalankan mengikut demokrasi yang sebenarnya dan diadakan secara bebas.
Ini, katanya menyebabkan BN mengadakan pilihan raya secara berat sebelah dan tidak adil.
“Kita tahu pilihan raya tidak adil, kita akan berdepan dengan kezaliman yang banyak,” katanya lagi - ayu/mks.
" Akhir akhir ini, menerusi apa yang ditulis oleh webmaster tranungkite, terdapatnya banyak fitnah melaga lagakan kepimpinan PAS. Mengikut corak tulisan seperti yang diterangkan oleh webmaster, saya rasa artikel/e-mail tersebut ditulis oleh para penyokong UMNO.
Akhir akhir ini, menerusi apa yang ditulis oleh webmaster tranungkite, terdapatnya banyak fitnah melaga lagakan kepimpinan PAS. Mengikut corak tulisan seperti yang diterangkan oleh webmaster, saya rasa artikel/e-mail tersebut ditulis oleh para penyokong UMNO. yang mahu melaga lagakan kepimpinan PAS serta juga hubungan parti parti didalam BA (antara PKR dan PAS). Usaha sebegitu telah mereka lakukan semasa pilihanraya lepas dimana terdapat mereka yang menyamar sebagai penyokong kedua dua parti tersebut menyerang parti yang satu lagi.
Selain dari itu, seperti yang kita maklum, UMNO mempunyai unit cyber mereka untuk "memantau" laman laman web anti UMNO. Dan antara tugas mereka ialah membuat kacau di laman laman web tersebut. Malah dilaman web tranungkite ini juga menjadi tumpuan mereka sejak dahulu lagi. Forum di laman ini telah lama menjadi tumpun mereka. Maka kenallah kita beberapa nama popular dari UMNO berforum di sini. Jadi, tidak hairanlah jika wujudnya artikel berunsur fitnah tersebut yang ditulis oleh pemantau UMNO ini yang menyamar sebagai ahli PAS/reformasi.
Mengenai laman laman web reformasi yang menyiarkan artikel tersebut, dari pengalaman saya, webmaster mereka akan menyiarkan apa sahaja yang dihantar oleh pengunjung (mungkin sebab tiada masa untuk membacanya dahulu). Jadi, tidak hairanlah jika artikel berbau fitnah melaga lagakan kepimpinan BA terlepas untuk tersiar di laman web ini.
Inilah satu delima yang dihadapi oleh webmaster. Untuk menapis artikel, masa menjadi faktur utamanya, jika siarkan semua sekali, akan terlepas artikel berunsur jahat tersebut yang ditulis oleh pihak parti lawan...... Saya ucapkan syabas kepada webmaster tranungkite yang telah menjalankan tugas dengan baik....
anak perelih
Maaf.. lama tak menulis.. sebok sikit 3-4 bulan ni... 2 minggu lepas saya ke KT, nampaknya Derih Lusoh menjadi bahan ketawa orang KT...hehehhe"
BN bimbang, polis kawal ketat ceramah Presiden PAS
BN bimbang, polis kawal ketat ceramah Presiden PAS Sunday, March 27 @ 13:40:52 MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Kehadiran lebih seratus anggota polis di Ceramah Umum Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi di Taman Jasa, Batu Caves menggambarkan Barisan Nasional (BN) masih bimbang dengan pengaruh dan kekuatan PAS.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, anggota-anggota polis telah ditempatkan sekitar kawasan ceramah seawal selepas waktu Zohor semalam.
Beliau berkata, pasukan polis yang dihantar ke situ termasuklah dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan sekatan jalan raya untuk ke kawasan tersebut telah turut diadakan.
Bagaimanapun katanya, mereka (polis) tidak mengganggu ataupun mengeluarkan sebarang arahan sehinggalah selesai majlis tersebut iaitu jam 12.00 tengah malam tadi.
"Walaupun kehadiran polis yang begitu ramai dan tidak mengeluarkan apa-apa arahan tetapi ia menimbul suasana yang tidak selesa sedangkan orang ramai yang datang ke situ lebih kurang 300 orang sahaja dan hanya ingin mendengar pesanan daripada seorang pemimpin," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Katanya lagi, sebelum itu sudah beberapa kali tuan rumah tempat berlangsungnya ceramah malam tadi telah dikunjungi oleh pegawai polis untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program tersebut.
"Biarpun sudah lama ceramah PAS tidak diadakan tetapi kelihatannya tekanan dari pihak berkuasa belum reda dan sekaligus juga nampaknya mereka cuba menakut-nakutkan orang ramai daripada mengikuti perkembangan PAS," dakwanya.
Dalam pada itu, semasa berucap dalam majlis malam tadi, Ustaz Abdul Hadi mengajak umat Islam memahami tuntutan dalam kehidupan seharian.
Beliau juga mahukan pelaksanaan demokrasi negara ini diamalkan dengan lebih baik dan kebebasan bergerak yang terbuka juga hendaklah dilakukan selaras Malaysia sebagai sebuah negara berdemokrasi.
Selain itu katanya, kefahaman Islam yang sebenar perlu diterapkan bagi mengelakkan rakyat daripada terpedaya dengan slogan yang berbaur Islam dan menyesatkan.
Hadir sama berucap dalam majlis tersebut ialah Dr Hatta Ramli serta kepimpinan PAS Kawasan. - ROY/mks.
SEOUL 3 Mac - Kerajaan Korea Utara mengancam untuk menyambung semula ujian peluru berpandu jarak jauh dan meminta Amerika Syarikat (AS) memohon maaf kerana menggelar negara itu sebagai `paksi kejahatan', menurut laporan media lewat malam tadi.
Agensi berita kerajaan, Korean Central News Agency (KCNA) yang memetik kenyataan Kementerian Luar menjelaskan bahawa Pyongyang mengancam untuk meneruskan ujian tersebut walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak antarabangsa termasuk AS.
Menurut kenyataan itu, Korea Utara tidak lagi terikat dengan penangguhan sementara ujian peluru berpandu pada 1999 yang dicapai ketika Pyongyang terlibat dalam rundingan pengawalan senjata dengan kerajaan AS semasa di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton.
``Sekarang ini kami tidak lagi terikat dengan mana-mana rundingan berhubung ujian peluru berpandu.
``Oleh itu, kami juga tidak melanggar sebarang perjanjian antarabangsa atau apa-apa perkara berhubung isu peluru berpandu,'' jelas kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, dialog dua hala berhubung ujian peluru berpandu telah tamat apabila bermulanya pentadbiran baru AS pada 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush .
Dalam pada itu, Pyongyang mengkritik hebat tindakan AS yang bertindak menggelar Korea Utara sebagai `paksi kejahatan' dan meminta Washington supaya memohon maaf atas dakwaan terbabit.
``Bagaimana kami mahu meneruskan rundingan jika AS menggelar Korea Utara dengan gelaran tersebut,'' menurut kenyataan itu. - Reuters
bAGHDAD 3 Mac - Jumlah askar Amerika Syarikat (AS) yang terkorban dalam peperangan di Iraq telah bertambah ke angka 1,500 orang.
Jumlah tersebut berdasarkan kiraan agensi berita AP hari ini selepas pengumuman kematian terbaru seorang askar AS.
Askar tersebut terbunuh semasa menjalani tugasan di wilayah Babil, utara Baghdad yang juga dikenali sebagai `kawasan kematian segitiga' kerana kerap berlaku serangan pemberontak terhadap tentera AS dan Iraq.
Askar berkenaan ditugaskan dalam Pasukan Ekspedisi Marine pertama dan mati semasa menjalankan operasi keselamatan dan kestabilan.
Bagaimanapun, tentera AS tidak memberitahu kejadian tersebut secara terperinci.
Sebanyak 1,362 askar AS mati apabila Presiden George Bush mengumumkan pertempuran utama sudah tamat pada 1 Mei, 2003 di mana 1,030 daripadanya mati disebabkan serangan musuh. - AP
ABU Bakar Bashir dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 30 bulan di Jakarta semalam. - Gambar Reuters.
JAKARTA 3 Mac - Guru agama, Abu Bakar Bashir hari ini dihukum penjara 30 bulan setelah didapati bersalah terlibat dalam konspirasi serangan bom di Kuta, Bali, lebih dua tahun lalu.
Mahkamah bagaimanapun melepaskan Abu Bakar daripada tiga tuduhan lain iaitu mengetuai pertubuhan Jemaah Islamiah (JI), merancang serangan bom ke atas hotel JW Marriott di Jakarta dan menghasut para pengikutnya supaya melancarkan serangan bom.
Serangan ke atas dua buah kelab malam di Bali pada 12 Oktober 2002 menyaksikan 202 mangsa terbunuh manakala serangan berani mati di Jakarta pada 5 Ogos 2003 lalu menyebabkan 12 mangsa terkorban.
Pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh Abu Bakar sebelum ini boleh membawa hukuman mati tetapi kebanyakan penganalisis sebelum ini berpendapat dia hanya akan menerima hukuman ringan walaupun sabit kesalahan kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti-bukti kukuh.
Perbicaraan yang berlangsung selama lima bulan itu menyaksikan hanya seorang saksi sahaja yang memberi keterangan bahawa Abu Bakar adalah pemimpin JI.
Sementara itu, pihak pendakwa dan para peguam Abu Bakar berkata, mereka akan mengemukakan rayuan ekoran keputusan tersebut.
Peguam guru agama terbabit berkata, hukuman itu lebih didorong oleh kepentingan politik kerana Jakarta masih berada di bawah tekanan Amerika Syarikat (AS) yang mahu perbicaraan itu berakhir dengan Abu Bakar didapati bersalah.
``Saya berasa tertekan oleh mereka yang berada di luar serta di dalam negara. Bagi saya, mereka ini ialah hamba kepada sifat tidak bermoral dan menjadikan sifat itu sebagai panduan hidup.
``Kita perlu membuka pintu hati mereka atau singkirkan mereka,'' kata Abu Bakar selepas dijatuhi hukuman itu.
Australia yang menyaksikan 88 rakyatnya terkorban dalam serangan bom di Bali serta AS berulang kali menuduh Abu Bakar sebagai pemimpin agung JI berharap ulama tersebut dikenakan hukuman lebih berat.
Bagaimanapun, pakar AS mengenai keganasan, Zachary Abuza berkata, beliau sebenarnya menjangka hukuman ke atas Abu Bakar akan lebih ringan berbanding apa yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.
``Saya sebenarnya terkejut dengan hukuman itu kerana saya fikir ia akan lebih pendek.
``Para pengikut Abu Bakar tidak akan mempercayai beliau bersalah terutama apabila pihak pendakwa terpaksa menggugurkan pertuduhan selain meminta hukuman lebih ringan berbanding hukuman maksimum,'' katanya. - AP
Islam adalah agama istimewa. Sebab itu, ia tidak boleh duduk sama rendah dengan agama-agama lain. Malah secara khususnya, Islam bukannya agama seperti mana yang lain. Islam adalah ad-din, suatu konsep yang berbeza daripada agama.
Umumnya banyak pihak menterjemahkan istilah ad-din sebagai `cara hidup.' Itu kurang tepat. Kalau dinamakan cara hidup, agama-agama lain juga adalah `cara hidup'. Ad-din meliputi mentaliti atau cara seseorang melihat kewujudan dan isu-isu berkaitan dengan kehidupan.
Untuk melihat perbezaan ad-din dengan agama, wajar diperhatikan apa yang menjadikan Islam istimewa berbanding dengan agama lain.
Pertamanya, Islam amat tegas dalam hal menolak berhala, patung, gambar, lukisan dan imejan. Ini kerana Islam tidak mahu minda manusia dicemari dengan salah faham, kepalsuan dan kekaburan.
Bukan saja Allah s.w.t. tidak dibenarkan digambarkan tetapi juga wajah Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana apa saja yang digambarkan oleh manusia tidak sama dengan realiti. Islam menggalakkan penganutnya pergi kepada realiti secara peribadi dan bukannya melalui patung atau gambar. Justeru, minda Muslim berkaitan dengan Allah s.w.t. adalah bersih dan tulen.
Ini membawa kepada perkara kedua.
Islam amat tegas menolak kepaderian. Tidak seperti agama-agama lain. Dalam Islam, tidak ada paderi atau sami. Semua penganut boleh sembahyang dan melakukan upacara ibadat tanpa perlu penglibatan imam atau ulama.
Ini bermakna tidak ada golongan paderi dalam Islam dan semua Muslim mempunyai hubungan langsung dengan Allah s.w.t. Ia juga bererti minda Muslim tidak terhalang oleh perantara. Semuanya layan diri.
Ini membawa kepada perkara ketiga iaitu Islam tidak mempunyai gereja atau kuil dalam erti kata tempat suci yang menentukan seseorang itu masuk neraka atau syurga.
Masjid sama sekali berfungsi tidak seperti gereja atau kuil. Ia hanya tempat masyarakat setempat berhimpun melakukan ibadat bersama atau bersosial. Tidak seperti gereja dan kuil, masjid tidak mempunyai autoriti kekuasaan terhadap komuniti.
Justeru tidak timbul pemisahan antara masjid dengan negara seperti mana sekularisme menuntut pengasingan antara gereja dengan kerajaan. Di sinilah teras ad-din itu sendiri. Sekularisme tidak wujud dalam Islam kerana ia tidak menjadi isu. Sebagai ad-din, Islam berada dalam minda Muslim di mana-mana sektor kehidupan penganutnya.
Justeru, tanggungjawab Muslim bukan pada masjidnya, agamanya atau negaranya tetapi secara langsung kepada Allah s.w.t.
Akhirnya untuk memahami Islam, harus disedari bahawa ia bukanlah suatu fahaman yang bermula dengan dakwah Rasulullah s.a.w. Baginda hanya menyambung fahaman yang telah dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.
e-mel: abdulrahman_abdulrahim@ya hoo.com
PM terkejut... -- Selepas tinjau Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam dari udara
Itulah reaksi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas membuat tinjauan dari udara di kawasan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, pagi semalam.
Perdana Menteri yang membuat tinjauan selama sejam, menyaksikan sendiri bagaimana pembangunan di sekeliling kawasan itu tidak terkawal dengan pokok ditebang sewenang-wenangnya dan bukit ditarah sesuka hati.
Ketika berucap merasmikan Hari Landskap Negara 2005 di ibu negara iaitu sejurus selepas tinjauan udara itu, Abdullah dengan nada kesal menceritakan betapa landskap di sekeliling taman pertanian yang sebelum ini dipenuhi hutan, berubah secara drastik - gondol.
``Saya lihat kawasan yang dibangunkan itu, habis pokok ditebang, langsung tidak ada pokok, malahan rumput pun tidak ada,'' katanya.
Dari mimik muka Abdullah semasa di atas pesawat, reaksi segeranya dalam ucapan tersebut dan gambaran yang diberikan terhadap kawasan sekitar taman pertanian itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah: ``Kawasan sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tidak OK.''
Ternyata kesimpulan tersebut berbeza dengan kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, selepas membuat tinjauan darat taman tersebut Selasa lalu: ``Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.''
Sejurus selepas tinjauan tersebut, Abdullah membuat empat keputusan drastik bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan kepada alam sekitar.
KEPUTUSAN 1
Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diwajibkan bagi kawasan melebihi 20 hektar berbanding sebelum ini iaitu seluas 50 hektar. Jika terdapat pecahan kawasan kurang 20 hektar secara berturutan yang hendak dimajukan maka laporan EIA diwajibkan bagi keseluruhan kawasan tersebut
KEPUTUSAN 2
Semua kawasan pembangunan dengan keluasan 40 hingga 80 hektar yang telah dibersihkan tetapi tidak dimajukan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan kerajaan akan membayar balik kos yang ditanggung oleh pemilik tanah. Kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai taman rekreasi untuk penduduk setempat
KEPUTUSAN 3
Pokok-pokok bersaiz dengan diameter 15 hingga 20.32 sentimeter (enam hingga lapan inci) tidak boleh ditebang. Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi berkaitan akan menandakan pokok-pokok yang tidak boleh ditebang sekiranya kawasan itu hendak dibangunkan
KEPUTUSAN 4
Semua undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta. Penguatkuasaan diketatkan dan pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut
SELEPAS selesai perbicaraan kes bunuh dan rogol Canny Ong, sejak akhir-akhir ini hampir setiap hari kita dihantui pendedahan banyak lagi kes rogol dan bunuh wanita.
Pada 13 Februari lalu, pelajar dari China, Ling Ming Qian, 17, ditemui mati dengan kesan rogol dan liwat di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Kanchung Tengah, Banting, Selangor.
Lima hari selepas itu kita dikejutkan dengan kematian pemilik butik pakaian kanak-kanak, Goh Lee Fong, 26, di kedainya di Petaling Jaya.
Belum pun reda kes itu, sekali lagi kita dikejutkan dengan pembunuhan Rosbaita Yahya, 35, yang mayatnya ditemui di tepi Batu 1, Jalan Lama Bangi-Semenyih.
Tarikh hitam 23 Februari pula menyaksikan suri rumah, Khairun Sharif, 52, ditemui mati dengan kesan hentakan pada muka dan dijerut di leher menggunakan wayar kipas di rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh Country Resort.
Majlis Hal Ehwal Wanita (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bimbang dan risau tahap keselamatan wanita hari ini. Di manakah perginya kemuliaan dan nilai wanita di sisi masyarakat kita?
Adakah mereka ini sekadar tempat untuk melepaskan hawa nafsu yang berkecamuk, tempat untuk melepaskan kemarahan dan tekanan atau mengambil kesempatan terhadap wanita demi kepentingan diri.
Majlis HEWI PKPIM juga kesal melihat gelagat generasi muda hari ini yang berpasangan dan melampaui batas pergaulan, berpeleseran bebas. Seks rambang seolah-olah semakin diterima sebagai norma masyarakat kini.
Keadaan ini mendedahkan kepada kita bagaimana sikap sebahagian masyarakat yang semakin lali dan mula menganggap seks bebas tanpa nikah bukan satu kesalahan besar di sisi agama dan moral.
Lantas kita tidak boleh menolak bulat-bulat sekiranya kes rogol dan bunuh di kalangan wanita adalah berpunca daripada golongan wanita itu sendiri. Kurangnya pendidikan agama dan moral daripada ibu bapa dan keluarga menyebabkan wanita tidak dapat menilai sama ada perbuatan yang dilakukan oleh mereka salah atau tidak di sisi agama.
Begitu juga adab berpakaian misalnya. Adakah memakai pakaian yang dikategorikan sebagai mencolok mata dan meningkatkan hawa nafsu orang yang melihatnya dikatakan baik dan bersopan santun?
Saya tidak pasti mengapa wanita dan remaja perempuan hari ini lebih suka untuk menggayakan pakaian dari Barat yang dikategorikan sebagai seksi? Adakah kerana kita mesti up to date? Adakah kerana kita risau kalau kita ini dilabel sebagai wanita kampung yang kuno dan tidak pandai berfesyen?
Tidakkah kita sedar dalam keghairahan kita menggayakan pakaian yang seksi, ada yang terliur melihat kita dan boleh membawa kepada perlakuan maksiat dan jika ditentang oleh bakal mangsa, berakhir dengan pembunuhan?
Perlukah kita up to date sehingga lupa perintah agama? Di manakah peranan mereka yang bergelar ibu dan ayah? Apakah anda selesa dengan pemakaian seksi anak anda? Apakah anda bangga dengan penampilan up to date mereka?
Majlis HEWI PKPIM ingin menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak gadis, agar mendidik mereka, ajar mereka, sedarkan mereka bahawa tindakan mereka yang berpakaian seksi dan menjolok mata ini boleh mengundang musibah yang tidak kita ingini.
Bukanlah saya ingin campur tangan dalam urusan mendidik anak, tetapi sebagai teguran dan peringatan kepada anda sebagai ibu dan bapa yang saya hormati. Siapa lagi ingin memikul tanggungjawab sosial sebagai ahli masyarakat dalam suasana masyarakat kita yang semakin tebal sikap individualistik mereka?
Saya berharap kesedaran yang kita peroleh dan kebimbangan yang timbul hasil pembacaan tulisan ini dapat diterjemahkan menerusi tindakan yang relevan demi kepentingan ummah akan datang!
SHAMSIAH MAHLI, Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Taman Bukit Cerakah di rogol dimana pergi perogolnya?
ramlisdar menulis - "Taman bukit cerakah dorogol. Dan ianya dirogol bergilir-gilir. Bukti jelas dan bertaboran tapi malangnya perogol yang licik ini dapat meloloskan diri. Dalam akhbar semalam jelas menunjukkan pergondolan taman Bukit Cerakah amat parah sekali melalui ganbar dari udara.
Sejak akhir-akhir ini media massa perdana, yang cetak mahu pun elektronik sibok memperkatakan isu perogolan taman Bukit Cerakah. Dalam sebuah akhbar perdana siap mempamirkan kawasan penggodolan yang terlibat. Mak oooiii bukan kecil. Kalau ini pun Kerajaan negeri dan majlis tempatan tak tahu dan tak sedar, saya cadangkan pergi kedai cermin mata. Mata anta sudah rabun terok. Si menteri besar pula senang aje buat disclaimer, saya tak tahu.
Kalau ini statement menteri besar, dia patut letak jawatan serta merta. Ini bukan kali pertama dia ni buat hal. Tulah orang melayu cepat lupa. Ingat tak kawasan lapang di Bangi yang dirompak dan dijadikan kawasan commercial..
dulu sibok orang complain dan ada yang protes siap dengan sepandok. Terjerit-jerit sikit punya marah, sampai ada yang serak suara, sakit tekak. Sehingga ada yang kena jumpa doktor. Si menteri besar has the last laugh. " Aku apa peduli dengan kamu semua. Aku dilantik oleh rakyat bukan kamu yang terjerit terpekik, tak percaya next election mereka tetap pilh aku. Ini kan bukti jelas mereka setuju dengan tindakkan aku". Jangkaan Sang menteri besar memang tepat sekali, rakyat tak kesah. Jadi apa kamu sibok-sibok.
Penat mereka yang menaiki tangga membuat laporan polis dan BPR. Sekarang dah bertahun-tahun laporan itu dibuat. Secara jujur tanya diri kita, adakah tindakkan diambil, meski pun bukti-bukti disertakan dengan laporan tersebut. Saya peringatkan dan saya cadangkan sesiapa yang rajin tu, keratkan dan simpankan keratan akhbar, especially gambar dari udara yang menunjukkan betapa parahnya bukit cerakah telah dirogol dengan teroknya, malah dirogol bergilir-gilir. Banyak perogol yang terlibat, semuanya kroni.
Percayalah sungguh pun laporan kepada BPR atau polis dibuat, dan bukti perogolan telah dipaparkan dengan jelas diakhbar, perogol itu pasti akan lepas, sebab disini semuanya buta, pekak dan bisu. Dan percayalah tak lama lagi semua orang termasok kita akan lupa akan isu ini. Sebagai mana kita telah lupa isu-isu yang lampau, saperti tanah diBangi dan Shah Alam dulu. Percayalah setelah kita semua sibok semula dengan hal dunia kita masing-masing, siperogol ini akan mencari mangsa yang seterusnya. Kerana perogol ini tahu yang orang Malaysia ini cepat lupa. Tapi ingat perogol-perogol mungkin ada antara kami yang mungkin lupa, tapi ALLAH tidak lupa.
Si menteri besar pembohong besar. Adalah tak masok akal bila anda mengatakan, anda tak tahu menahu tentang perogolan ini kecuali anda ada sebab-sebab yang tertentu. Saya tinggal dekat rumah anda dari Persiaran Kayangan boleh nampak jelas perogolan Taman Bukit Cerakah. Dari rumah anda diatas bukit tu lagi lebeh jelas, wahai sang menteri besar. Tolong jawab tuduhan saya ini. Kepada yang ingin tahu bila lalu di Persiaran Kayangan hentikan kenderaan anda di kaki bukit rumah rasmi menteri besat, ada akan dapat melihat dengan jelas apa yang saya perkatakan. Jangan percaya cakap saya, lihat sendiri. Seeing is believing. Dan anda PASTI terkejut.
kata-kata seorang menteri besar yang dia tak tahu walhal boleh dilihat dari jendela rumah rasminya. Amatlah mengejutkan sekali anda buat statement begini.
Siapa yang rajin tu ambil gambar dari Persiaran Kayangan dan satu lagi dekat pagar rumah rasmi menteri besar dan poskan ke TRANUNGKITE dan HARAKAH juga media perdana. Cuma media perdana ni bukan boleh harap sangat. Maklumlah reporter cari makan. Kita orang yang tak berkepentingan lah yang patut jadi reporter untuk rakyat kepada rakyat
Yang amat menyedihkan peristiwa ini saperti peristiwa yang lain-lain akan dilupakan dan perogol yang bersalah akan lepas dan bergembira ke bank mengira keuntungan. Akan terlihatlah kita ni sebagai orang yang bodoh menyalak bukit. Adakah ini yang kita mahu. Tidak. Ya tidak. Kita boleh perbodohkan orang lain dengan jeritan semangat kita. Tapi kita tak boleh perbodohkan diri kita sendiri. Kita sudah tahu kesudahan ceritanya, skrip jalan cerita telah tertulis. Tak kan mereka berak tengah jalan nak beritahu orang ramai. Tapi ini tak sepatutnya melemahkan semangat kita. Lawan tetap lawan"