Laporan Perkembangan Islam Hadhari Oleh Dur Gus (Laman M@RHAEN)
1. Tahniah kepada Pak Lah, Imam Islam Hadhari kerana telah berjaya mengislamhadarikan Helen Clarke, Perdana Menteri New Zealand dan John Howard, Perdana Menteri Australia. Sekurang-kurangnya tak sia-sia juga mencipta ajaran baru. Kalau orang Islam Malaysia tidak mahu memeluk Islam Hadhari (kecuali beberapa puak dalam UMNO dan mereka yang memang sudah lama tak yakin kepada Islam) sekurang-kurangnya ada juga pemimpin bukan Islam terima Islam Hadhari. Lepas ini Sharon dan Bush tertunggu-tunggu untuk terima Islam Hadhari. Tak sia-sia juga lulus pengajian Islam Universiti Malaya dapat hasil ajaran baru. Nak cetuskan pemikiran baru lain tak mampu.
2. Siti Nurhaliza mengharumkan nama Malaysia di peringkat hiburan antarabangsa. Begitu kurang lebih berita dihebohkan media tempatan. Yang memenuhi Albert Hall rupanya orang Melayu (yang layu) termasuk Sultan Pahang yang sangat suka kepada hiburan. Mat Salleh yang hadir malam itu jenis yang kaki lepak dah tak tahu nak buat apa. Atau Mat Salleh yang hanya ingin nak lihat macam mana bodohnya orang Melayu tipu bangsa sendiri. Itulah pembohongan media Islam Hadhari.
3. Konsert Amal Tsunami diadakan lepas satu-satu hingga Fuad Hassan, anak kepada Dato Hassan Azahari yang ajar tajwid dalam radio dan TV juga menganjur. Kuat betul penganut Islam Hadhari ini beramal. Tak hairan Jawi dihentam habis-habisan kerana melarang Jeslina dan rakan-rakanya beramal di Zouk. Satu lagi dasar tidak bertulis Islam Hadhari.
4. Penggalak maksiat zina dari Indonesia, Indul (setaraf dengan penari bogel di kelab malam) akan membuat persembahan di KL. Ini telah diluluskan oleh kerajaan Islam Hadhari. Penyanyi ini yang akan mengaya gerak erotik yang menaikkan syahawat pasti akan menarik ramai belia Melayu yang memang sudah terkenal dengan kerosakan moralnya. Begitulah hormatnya kerajaan Islam Hadhari UMNO ini kepada hak asasi manusia.
5. Rais anak Yatim terseksa dengar Klasik FM. Adnan Yakob pula tak larat makan kerana RIMA ditukar bentuknya. Begini sayang pemimpin UMNO dengan kebudayaan dan Bahasa Melayu. Tun Paduka Tuan yang menulis hal ini sungguh tepat. Hal yang remeh begini yang mereka mampu fikirkan. Yang pelajaran Matematik dan Sains ditukar kepada Bahasa Inggeris mereka tak mampu nak fikirkan. Mungkin IQ mereka terlalu rendah seperti down syndrome. Sungguh bertuah kerajaan Islam Hadhari mendapat orang yang berIQ demikian.
6. Silih berganti anugerah menghargai artis diadakan dan didokong oleh kerajaan Islam Hadhari. Sekarang dah mula Malaysian Idol, AF dan Audition supaya belia Melayu khayal dengan hiburan. Usaha yang amal pemimpin Islam Hadhari. Semua ini dihebahkan ke seluruh pelusuk tanah air. Artis ini lah yang ditangkap pengedar dadah dan maksiat lain. Begitulah sanjungan negara Islam Hadhari kepada penggalak maksiat ini.
7. Lumba Kuda (tujuannya apa?) telah pun dibenarkan ditayang melalui Astro. Menangis kegembiranlah kaki judi kerana terlalu bersyukur mereka kepada kerajaan Islam Hadhari kerana perhatian kepada kesusahan mereka dalam melaksanakan hobi mereka.
8. Bangga kerajaan Islam Hadhari kepada sistem pertahanan. Glen Braveheart berlabuh hanya 500 km dari Pelabuhan Kelang pun kita tak tahu. Apa yang kapal tersebut dan intip kita tidak diberitahu.
9. Idris Jusoh kata buku Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari tidak bernilai kerana tidak rujukan. Ingat Idris ini terlalu takut dengan buku ini hingga nak belek-belek pun tak berani apatah lagi nak baca. Mana hasil tulisan awak? Dicadangkan awak tulis buku bertajuk “Cara Mendapat Kekayaan Diri dari Kesusahan Rakyat”. Begini corak pemerintahan Islam Hadhari. Kalau tak dapat jawap pandangan alternatif haramkan orang lain membaca. Mesti terima apa yang pemimpin UMNO kata. Tak hairan rakyat tidak kreatif kerana pemikiran terkongkong. Sesuailah slogan imam Islam Hadhari “Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan TEMBERANG”
Dus Gur - 18.04.2005
Sokong tulisan Pillai: PKR, Anwar, pembangkang perlu koreksi diri
Sokong tulisan Pillai: PKR, Anwar, pembangkang perlu koreksi diri Sunday, April 17 @ 17:22:05 MYT
Oleh AHLI BIASA PKR
Umno di bawah Pak Lah bukan parti yang cukup mantap dan tenang, seperti dianggap banyak pihak. Tetapi disebabkan parti-parti pembangkang pun "berselerak", maka "kekecohan" dalam Umno langsung tidak terasa.
Bahang pergeseran dalaman Umno terasa panasnya kalau kita berbicara dari hati ke hati dengan pemimpin Umno di peringkat akar umbi.
Lihat saja bagaimana media Umno sendiri memainkan isu Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Kedah. Ini belum dikira isu menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Banyak cerita menarik di sebaliknya.
Oleh itu, saya setuju sekali dengan artikel MGG Pillai yang menyentuh hal ini, terutama berkaitan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dilihat seperti tidak terurus dengan baik. Justeru, minat anak-anak muda Melayu khususnya, untuk terlibat aktif dalam politik tidak dapat disalurkan kepada parti-parti pembangkang.
Lebih mengecewakan apabila pembebasan Anwar Ibrahim yang ditunggu-tunggu itu seperti tidak memberikan apa-apa impak besar kepada perkembangan PKR.
MGG Pillai juga menyentuh hal dua peristiwa penting dalam April, termasuk Black 14, yang sepatutnya dirayakan oleh PKR tidak dihiraukan lagi.
Bagi saya, kritikan berani MGG Pillai itu wajar direnung bersama. Harapan masyarakat umum untuk melihat kemunculan parti-parti pembangkang berwibawa tidak pernah surut.
Masalahnya ialah sikap pemimpin pembangkang untuk sedia menangani cabaran dengan tangkas dan cergas, dan tidak hanya menjadi pemerhati pasif semata-mata.
Saya kira MGG Pillai tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan keazaman pemimpin pembangkang, namun jika suasana kini dibiarkan berterusan, Umno akan mengaut keuntungan besar walaupun parti itu sendiri sebenarnya tidak memerlukan lagi ahli-ahli baru.
Namun begitu saya tidak bersetuju dengan pandangan MGG Pillai bahawa Anwar Ibrahim sepatutnya dibiarkan berada di luar negara, sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.
Anwar seharusnya berada bersama denyut nadi masyarakat negara ini, merasai kepayahan dan keperitan mereka, serta bersama menggerakkan agenda perubahan.
Anwar juga perlu berunding dengan rakan-rakan dalam parti pembangkang, bukan hanya dalam majlis-majlis rasmi tetapi sentiasa bergerak menyelesaikan apa jua masalah berbangkit bersama mereka.
Tidak banyak yang boleh dilakukan Anwar jika beliau hanya sesekali menjenguk muka -- kemudiannya dilihat cuba "tunjuk pandai" -- tanpa meresap dalam budaya kehidupan pembangkang di negara ini.
Lebih penting, Anwar perlu memantapkan kedudukan PKR itu sendiri. PKR bagi saya ibarat rumah kediaman buat Anwar. Keutamaan Anwar ialah memunculkan PKR sebagai teraju utama pembangkang, dengan menyelesaikan karenah remeh-temeh yang mungkin menyelimutinya sekarang. - UM
Umno dulu berjuang, sekarang ber'wang', nanti beruang!
Umno dulu berjuang, sekarang ber'wang', nanti beruang! Sunday, April 17 @ 11:45:54 MYT
Oleh DIN TULANG
Lama kita tidak dengar berita tentang Pak Ghafar Baba. Bagi saya, kali terakhir membaca laporan bekas timbalan perdana menteri itu ialah mengenai kehidupan keluarganya yang cukup menyedihkan.
Bagaimanapun, selepas saya membelek berita dalam dua akhbar mingguan hari ini, 17 April, saya tersentak. Rupanya kilasan idea Pak Ghafar masih menyengat dan menyentap perasaan.
Saya yakin, luahan perasaannya supaya jawatan tertinggi dalam Umno datang dari kprihatinannya yang mendalam terhadap masalah politik wang yang menular dalam parti itu.
Saya tak nak mengulas panjang kekecewaan Pak Ghafar itu, kebetulan diluahkan di Kota Bharu, biarlah pembaca dapat merenung sendiri maksud yang cuba disampai bekas timbalan presiden Umno itu:
Ghafar syor jawatan dalam Umno dilelong
KOTA BHARU: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Abdul Ghafar Baba, mencadangkan jawatan dalam Umno dilelong kepada pembida tertinggi jika semua pihak dalam parti enggan bekerjasama menangani politik wang.
Beliau berkata, ini kerana amalan politik wang masih terus dihadapi dalam Umno meskipun pelbagai usaha dijalankan untuk menangani masalah itu setiap kali menjelang pemilihan parti oleh Presiden parti.
Katanya, ramai pemimpin Umno terus bercakap mengenai usaha membanteras politik wang tetapi dalam masa sama, mereka sendiri turut terbabit dengan gejala itu.
"Dulu Umno berjuang, sekarang sebahagian pemimpin Umno ber`wang'. Sikap ini boleh mematikan Umno. Kalau Umno mati, Melayu pun mati, dan akibatnya Islam pun mati.
"Kalau tiada jalan lagi menangani politik wang, lelong saja jawatan dalam Umno kepada pembida tertinggi. Ketua bahagian mungkin boleh bida RM50,000 manakala Naib Presiden pula RM5 juta.
"Lepas itu, kita siasat cara mana wang bidaan itu diperoleh. Duit bidaan itu boleh masuk ke dalam kantung Umno," katanya ketika berucap pada majlis penghormatan sempena ulang tahunnya yang ke 80 di sini, malam kelmarin.
Ghafar juga menyarankan agar Perhimpunan Agung Umno wajar dijadikan sepenuhnya forum yang membincangkan pencapaian dan masalah orang Melayu di negara ini sepenuhnya.
Beliau berkata, pendekatan itu lebih baik daripada membincangkan pelbagai isu antarabangsa yang sebenarnya tiada kena mengena dengan kedudukan dan pencapaian orang Melayu di negara ini.
Jangan Jadikan Perhimpunan Umno Medan Cerita Pendek - Ghafar
KOTA BAHARU, 16 April (Bernama) -- Bekas timbalan presiden Umno Tun Abdul Ghafar Baba berkata perhimpunan agung Umno hendaklah dijadikan forum membincangkan nasib orang Melayu dan bukannya "medan pertandingan cerita pendek", cerita-cerita lucu yang tidak membawa manfaat.
Para anggota perwakilan seharusnya fokus membincangkan usaha untuk membela nasib orang Melayu yang masih tercicir dalam bidang ekonomi pada perhimpunan agung parti, katanya.
Beliau menarik perhatian tarikan orang Melayu untuk menyokong Umno sebelum ini adalah disebabkan perjuangan parti untuk mencapai kemerdekaan dan apabila Allahyarham Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein melancarkan program pembangunan kawasan luar bandar, orang Melayu merasa nasib mereka terbela.
"Presiden parti (pada perhimpunan agung) perlu membentangkan kemajuan yang dicapai dalam tempoh tertentu dan langkah yang patut diambil. Ini termasuk laporan kemajuan mengenai berapa kontrak yang diberikan kepada (kontraktor) Melayu, modal yang diwujudkan dan berapa banyak syarikat Melayu yang disenaraikan dalam bursa saham," katanya.
Ghafar berkata demikian pada majlis "Satu Penghormatan sempena ulangtahun Ghafar ke-80" anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sebuah hotel di sini, Jumaat malam. - UM
Saya menerima e-mel daripada seorang responden mengenai istilah Islam Hadhari, adakah ianya betul daripada nahu Bahasa Arab. Memandangkan saya ini tidak tahu Bahasa Arab cuma mendengar daripada seorang ustaz yang mahir Bahasa Arab, maka saya hanya menyampaikan apa yang disampaikan oleh ustaz tadi. Menurut ustaz tadi katanya mengikut nahu Bahasa Arab sepatutnya Hadharatul Islam atau pun boleh Hadharah Islamiyyah.
Pada saya orang kebanyakkan yang tidak mendalami nahu Bahasa Arab ini, Islam Hadhari boleh diterima sebagai istilah yang telah di Melayukan sepertimana banyak istilah-istilah lain sebelum ini seperti masjid kalau kita baca Al Quran selalunya disebut masajid. Untuk mengatakan penggunaan istilah Islam Hadhari itu salah dari segi nahu Bahasa Arab mungkin ada kebenarannya, tetapi setelah diMelayukan apa-apa pun boleh jadi, sepertimana istilah Infotainmen yang dipertikaikan sendiri oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jadi apa sebenarnya Islam Hadhari ? Kalau menurut Perdana Menteri , Islam Hadhari itu mudah difahami, ianya bukan ajaran yang baru, hanya sekadar pendekatan yang diperlukan untuk mengembalikan umat Islam ke landasan Islam yang fundamental. Beliau hanya memerlukan buku kecil saiz poket sahaja untuk menerangkan konsep Islam Hadhari.
Persoalannya sekarang ialah kebanyakkan kita bukannya hendak mengetahui apa itu Islam Hadhari, tetapi apa yang penting ialah pelaksanaan konsep Islam Hadhari itu sendiri. Apakah peranan konsep Islam Hadhari dalam Pusat Serenti dan Penjara contohnya. Adakah dengan adanya konsep Islam Hadhari ini maka pelatih-pelatih Pusat Serenti dan banduan-banduan yang beragama Islam dibenarkan memakai seluar panjang yang menutup aurat sepanjang masa ? Apakah dengan konsep Islam Hadhari ini maka siri-siri tazkirah pada waktu rehat kakitangan awam akan dihidupkan semula dan disemarakkan ?
Penjelasan dari masa ke semasa melalui ceramah dan seminar mengenai Islam Hadhari adalah seperti kita menerangkan kepada orang yang belum pernah melihat apatah lagi merasai buah mangga. Lalu kita ceritakanlah kepada orang tadi rupa bentuk dan rasa buah mangga tadi. Buah mangga itu bentuknya bujur, kulitnya ada yang berwarna hijau ada yang berwarna kuning. Kalau yang masak isinya lembut dan berwarna kuning. Enak dimakan jika disejukkan. Kepada mereka yang pernah merasai buah mangga akan terliur juga mendengar penjelasan ini tambahan pula dalam keadaan cuaca panas dan dibayangkan buah mangga tadi telah dikupas dan dihidang sejuk dari peti ais. Orang yang belum pernah melihat dan merasai buah mangga ini tidak akan dapat merasai keenakan dan kelazatan buah mangga jika hanya setakat mendengarnya melalui ceramah dan seminar. Jalan terbaik ialah kita hidangkan kepada mereka tadi buah mangga maka dengan mudah mereka dapat memahami dan menceritakan kepada orang lain apa itu buah mangga.
Begitulah juga dalam konsep Islam Hadhari ini. Jika kita hendak meyakinkan orang ramai konsep Islam Hadhari ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat maka hendaklah pelaksanaan konsep Islam Hadhari ini dicernakan dalam kehidupan harian dan tugasa harian. Hadharatul Islamiyyah atau Islam Hadhari pada mereka yang tidak mengerti bahasa Arab tiada bezanya.
Rozmal bin Malakan Kg. Bongek, NS rozmal@yahoo.com
Kediaman kroni Pak Lah, Ghazali Hashim, di Permatang Rambai, Kepala Batas.
Ghazali Hashim diberitakan mendapat kontrak bernilai berbillion ringgit untuk menggantikan paip air di seluruh negara melalui syarikatnya dalam program pengswastaan pengambilalihan pengurusan bekalan air oleh kerajaan pusat yang telah diluluskan Parlimen.
Umno Kelantan sudah tak relevan Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat Monday, April 11 @ 21:12:39 MYT
BERITA Perdana jam 8 yang disusuli dengan berita yang sama keesokan harinya mengenai adanya politik wang dalam Umno melibatkan seorang bekas Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang kini adalah ahli Parlimen Kota Bharu serta seorang lagi Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai melalui Lembaga Disiplin Umno sendiri mengesahkan satu perkara sahaja.
Sahlah yang adanya politik wang. Semasa membuat kenyataan yang hampir sama dalam temu ramah eksklusif dengan New Straits Times baru-baru ini, saya diugut itu dan ini.
Apabila saya berdiri menyahut cabaran, kenapa Umno tidak teruskan saman. Pada waktu itu, Ketua Pemudanya pura-pura berselindung kononnya saya berpolitik. Dato’ Seri Hishamuddin kemudian mahu tangani kenyataan saya secara politik.
Kini, berpolitiklah itu agaknya sehingga Lembaga Disiplin partinya sendiri mengesahkan ada politik wang dalam Umno. Ini cukup memalukan imej Islam Hadhari yang cuba ditonjolkan oleh parti kebangsaan berkenaan.
Ketua Umno Bahagian Kota Bharu kemudian mengatur langkah politik seterusnya iaitu beliau “mungkin akan berundur dan tumpukan perhatian kepada bisnes?”. (Utusan Malaysia 9 April 2005).
Pengunduran ini (jika benar-benar berlaku) akan semakin mengesahkan lagi perihal penglibatan beliau dalam politik wang. Ertinya di sini, Umno Kelantan sungguh-sungguh terlibat dalam politik wang.
Mengikut Profesor Ungku Aziz, politik wang itu rasuah. Maknanya Umno parti rasuah. Bagaimana Umno mahu perangi rasuah jika Umno sendiri sudah rasuah. Jadi, salah apa jika saya berkata Umno mengamalkan politik wang dalam temu ramah dengan NST pada 5 Disember 2004 yang lalu.
Pada saya, jika Zaid sanggup berundur dengan “gentleman”, maka orang yang lebih mustahak berundur serentak ialah YB Dato’ Mustapa Mohamad. Jika nak undur, undur belaka. Contohilah keberanian Dato’ Zaid kerana Dato’ Mustapa dilihat lebih ketara mengamalkan politik wang.
Beliau pernah didedahkan oleh Dato’ Ibrahim Ali melalui sebuah buku di mana beliau telah menggunakan “letter head” semasa mengumpan pengundi dengan habuan wang di sekitar Jeli semasa pilihan raya yang lalu.
Seperkara lagi ialah jika Dato' Zaid berundur kerana tidak puas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin, maka ini bermakna Lembaga itu tidak adil. Tidak adil juga bermakna zalim. Menurut Dato’ Shahrir, “Lembaga Disiplin Umno pilih kasih.” (Utusan Malaysia 8 April 2005).
Pilih kasih itu apa, jika tidak diskriminasi? Jika sesama sendiri pun mereka boleh berlaku zalim dan berdiskriminasi, maka cubalah bayangkan bentuk layanan terhadap PAS, pemimpin dan para penyokongnya.
Wang begitu berleluasa dalam pilihan raya umum lalu. Persempadanan semula pilihan raya. Pertukaran alamat pengundi yang mengelirukan. SPR yang tidak berkecuali. Jika Umno menang di Kelantan, peluang pekerjaan akan disediakan. Sebenarnya, tidak payah menunggu menang kalau memang jujur mahu menyediakan pekerjaan.
Angka pengangguran siswazah seluruh negara yang menggelembung sampai 80,000 orang terkini, yang kemudian cuba dikecilkan angkanya oleh seorang Dato’ Menteri dari Parlimen Jeli benar-benar membayangkan status Umno/BN yang cuma tahu berkokok berdegar-degar, ekornya penuh bergelumang najis. Demikian, jika diikutkan pepatah orang-orang tua kita.
Sebenarnya, kehadiran Umno di Kelantan tidak membawa erti apa-apa. Jika di sepanjang tahun 1999 – 2004, pembangunan boleh berjalan dengan rancak walaupun ketika itu Umno cuma ada dua kerusi sahaja, maka apa perlunya Umno menjanjikan pembangunan jika mereka menang besar. (Itu pun Alhamdulillah, mereka kalah pada 21 Mac 2004 yang lalu).
Sewaktu mereka amat minoritipun, Kelantan sudah menikmati pembangunan dalam bentuk kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Tanpa perlu kehadiran Umno sekalipun, Kerajaan PAS Kelantan telah menikmati bantuan projek yang sememangnya menjadi hak Kelantan pun melalui jentera JPP.
Jika Kelantan tetap menerima bantuan dalam amaun yang besar melalui JPP, kehadiran Umno sudah tidak relevan. Ada Umno atau tidak, Perlembagaan Persekutuan dalam semangat Federalisme tetap menjamin hak bantuan yang wajib diberikan kepada Kelantan.
Ia bukan kerana ihsan sesiapa. Ini adalah hak yang termaktub secara undang-undang. Walaupun ada diskriminasi di sana sini, tetapi itu tidak pernah menghalang Kerajaan PAS yang sabar dan tabah ini mengharungi ujian dengan berjaya walaupun Allah S.W.T sahajalah yang Maha Tahu betapa azabnya kita setiap kali didera oleh Umno/BN di peringkat Pusat.
Berkat kesabaran dan jimat cermat kita, akhirnya Kelantan membangun tanpa Umno. Lebih istimewa lagi ialah apabila kita Membangun Bersama Islam. Yang datang daripada Kerajaan Pusat dan disalurkan menerusi JPP adalah wang rakyat yang dikembalikan kepada rakyat.
Jambatan untuk rakyat, jalan untuk rakyat. Bekalan air untuk rakyat. Sekolah untuk rakyat. Klinik untuk rakyat. Hatta pasar, longkang dan tandas awam adalah dari kerajaan untuk rakyat. Yang membangun ialah Kelantan. Kerajaan yang memerintah ialah kerajaan PAS Kelantan. Jadi, apa perlunya Umno dan Barisan?
Saya cukup yakin dengan kebijaksanaan rakyat Kelantan. Umno Kelantan sebenarnya semakin buntu. Setiap kali cuba membongkar, dia membongkar kesilapan sendiri.
Dalam musim tengkujuh baru-baru ini misalnya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri terpaksa membongkar diri sendiri yang beliau sedang berada di London semasa negerinya sedang senget tenggelam.
Terlalu ghairah mahu memalukan Kerajaan Negeri, beliau sekali lagi terlajak dengan mengejutkan semua orang termasuk Umno Pusat apabila menuduh Kerajaan Kelantan membantu pergerakan Pulo di Selatan Thailand.
Pendedahan beliau boleh mengundang ketegangan dan kekacauan serantau dalam konteks tuduhan kuasa besar terhadap Malaysia yang menjadi sarang pengganas.
Saya ingat, Umno Kelantan sedar yang apabila dia gagal merampas Kelantan pada 21 Mac 2004 yang lalu dan dijangka gagal untuk meruntuhkan PAS sebelum pilihan raya 2007/8, maka dia tidak akan mempunyai harapan lagi untuk memenangi kerusi sebanyak 21 buah seperti yang dikuasai sekarang.
Kekhuatiran yang amat sangat inilah yang barangkalinya mengajak mereka berkhemah dalam nyamuk di Pulau Tikus di Ulu Kelantan. Tidak semena-mena, sejurus kemudian, Gua Musang bergegar dengan pembakaran tiga buah bulldozer sehingga laporan polis terpaksa dibuat.
Sementara menyerahkan kes ini kepada siasatan lanjut dan mengamati kewarasan, kerajaan negeri mengambil keputusan meminta pihak kontraktor membayar pampasan yang setimpal ke atas peneroka tanah haram yang terlibat, saya masih nampak nafsu pemimpin Umno yang gemar mencari kekeruhan.
Sebagaimana jelasnya penafian yang dibuat oleh seorang pengusaha lombong emas, Wan Zulkifli Ibrahim mengenai tidak benarnya air Sungai Sokor keruh akibat kerja melombong di situ. (Berita Harian 8 April 2005) seperti dakwaan Umno, maka sebegitulah juga saya melihat akan tidak jernihnya niat Umno dalam kerja membantu menjayakan agenda pembangunan bersama demi kepentingan rakyat di Kelantan secara keseluruhan.
Jauh dari bersifat pembangkang yang konstruktif, Umno seakan-akan sangat mahu bersegera untuk melihat kerajaan negeri ditumbangkan dalam tempoh sesingkat-singkat.
Dari percubaan memancing ADUN kami, mereka beralih kepada kenyataan-kenyataan lunak seakan menghulur tangan persahabatan semasa sidang Dewan. Saya tetap menyambutnya walaupun saya masih meragui yang tangan kirinya yang tersembunyi itu entah-entah bergenggamkan ‘kapak kecik’ atau menyimpan sebengkok dendam ‘berlawi ayam’.
Terkini pula, mereka cuba mengeruh air di hulu untuk menangguk kesempatan. Semua ini saya sedang teliti dengan hati-hati. Saya bimbangkan satu saja. Peristiwa senjata memakan tuan! - /mj
-----------------
Penulis adalah Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan.
Parti Politik Yang Sedang Hanyut (A political party loses its way) Oleh: MGG Pillai - 10-04-2005 10:07 pm - Laman M@RHAEN Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid, adalah seorang bekas askar komando. Kerana itu beliau lebih dikenali sebagai Raja Komando. Sebagai seorang warga istana Selangor, tentulah beliau amat rapat dengan kerabat istana Selangor. Beliau juga merupakan seorang bekas ahli UMNO yang keluar parti sejurus parti itu mengaibkan Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan menganggotai Parti Keadilan sebaik ia ditubuhkan. Sejak meninggalkan UMNO beliau telah menolak sebarang tawaran menganggotai parti itu semula walaupun kerap dijanjikan wang bertimbun. Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo pernah merayu agar Raja Komando tidak bertanding menentang beliau semasa Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu.
Raja Komando menampakkan ketokohan yang membayangkan darjat DiRaja beliau. Sesungguhnya beliau adalah seorang pejuang. Setiap kali beliau berjuang memang beliau tidak akan mengaku kalah. Namun, Raja Komando bukanlah seorang pemikir ataupun seorang intelek. Beliau lebih berpijak di bumi nyata, dan memperkasakan reputasi diri dengan melihat apa yang bergerak di bumi. Memang beliau bukan seorang pengecut dan tidak pernah berganjak setiap kali ada agenda parti yang kerap diganggu-gugat dan mencetuskan pertembungan dengan pihak polis.
Memang Raja Komando merupakan seorang pejuang parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada 2002 yang lalu, pemimpin Keadilan, S.D. Johari, telah menganjurkan satu majlis makan BBQ (sebut barbikiu – penterjemah) di Jalan Kebun di Kelang yang telah diganggu oleh pihak polis. Sebelum itu polis telah mencatatkan sejarah kerana membelasah kumpulan aman di Lebuh Raya Kesas. Pada kali itu tidak mahu terlepas peluang mengulangi kekejaman yang sama. Polis telah mengepung tempat majlis BBQ itu dan menangkap Raja Komando sebagai seorang luar. Raja Komando bertegas dia tidak bersalah kerana jamuan itu adalah majlis sosial di tanah milik awam. Polis menangkap beliau dan mengenakan tuduhan melanggar perintah polis.
Seperti biasa, Keadilan dan penggantinya PKR sengaja ambil perkara itu sambil lewa sahaja dan tidak mempedulikannya. Malahan PKR tidak pun memberikan sokongan kepada anggota parti yang ada masalah dengan undang-undang disebabkan kegiatan mereka dalam aktiviti parti.
Terdapat beberapa nama besar yang menganggotai parti itu dan diabaikannya dulu dan juga sekarang ini. Mereka yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung, pemimpin pemuda, dan anggota Majlis Tertinggi PKR semacam tidak memperdulikan lagi nasib mereka sejurus mereka ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) ataupun dikenakan tuduhan di mahkamah. Demikianlah yang terjadi pada Sabtu 9 April, 2005 semasa Raja Komandao dihadapkan di mahkamah majistret Klang. Pada hari itu saya berada di Kelang dan menghadiri sesi mahkamah tersebut. Hanya saya seorang orang bukan-Melayu yang berada di galeri untuk orang luar. Sedangkan PKR digembar-gemburkan sebagai sebuah parti politik berbilang kaum.
Kira-kira setengah dozen anggota PKR yang hadir di situ adalah mereka yang terlibat sebagai saksi kes itu. Naib Presiden PKR yang datang daripada Sabah datang ke situ dengan belanja sendiri dan bukan sebagai wakil parti. Yang lain-lain adalah kawan-kawan Raja Komando dan isterinya. Raja Komando telah dibela oleh seorang peguam DAP, Mr. Tan Chen Kim, yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mewakili Bandar Kelang. Kes itu selesai sebelum akhir sesi pagi dan keputusan penghakiman akan diumumkan pada 20 Mei. Apabila para saksi dan orang lain beredar untuk makan tengah hari, nampak sangat betapa kesalnya Raja Komando kerana diperlekeh oleh partinya. Ketika makan, ada panggilan telefon daripada istana yang mahu tahu apa yang sudah terjadi dengan kesnya. Dia meminta maaf dan berundur dari situ.
Perbincangan di meja makan berkisar kepada satu parti politik yang sudah hilang kemudinya. Inilah yang amat menepati segala jangkaan saya. Parti itu tidak ada rencana jitu, tidak ada wawasan dan sudah jelas hanyut dan hilang arahnya. Seperti yang diulang-ulang oleh para pengkritiknya, KEADILAN telah ditubuhkan untuk menekan pihak berwajib agar membebaskan pemimpin agung parti itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada penjara. Kini parti itu dilihat sebagai satu alat untuk melonjakkan beliau menjadi seorang Perdana Menteri. Memanglah tidak begitu hakikatnya, tetapi itulah persepsinya dan inilah yang lebih kerap ditonjolkan walaupun jauh sangat kebenarannya. Akar umbi sudah kelam kabut. PKR semakin lebih bercelaru kini berbanding ketika Anwar Ibrahim masih meringkuk dalam penjara. Yang lebih menakutkan ialah kuasa pengaruh bahagian pemuda parti yang menguasai parti itu sendiri. Kalau kita berkata mudah, PKR adalah sebuah parti yang terlalu bergantung kepada pengaruh kroni dan cengkaman pusat semacam UMNO dalam BN.
Satu malam yang lalu saya telah menghadiri satu jamuan makan malam yang dihadiri oleh beberapa anggota muda PKR yang profesional. Mereka sedar betapa parti mereka terlalu berpaut kepada Anwar Ibrahim sehingga mengabaikan akar umbi. Mereka berbincang apakah tiba masanya untuk mereka berundur daripada parti. Mereka berpendapat kalaulah pembangkang tidak menonjol dalam Pilihan Raya Umum 2009 nanti, ia akan menjadi titik perhentian kepada PKR dan juga DAP. Mereka berpendapat hanya PAS yang akan terus bernafas lega. Inilah yang mereka tidak inginkan, namun mereka sedar bahawa PAS mempunyai wawasan, dan bertungkus lumus untuk menggerakkan akar umbinya. Namun, melihatkan sikap PAS yang bernafas teokratik membuatkan anak-anak muda ini resah-gelisah. Mereka mahu bergiat dalam politik tetapi tidak nampak akan masa depan PKR sambil mereka bercakap secara lantang untuk menganggotai UMNO. Pandangan seperti ini bukannya sesuatu yang ganjil.
Kumpulan ini berfikiran bahawa Anwar Ibrahim seharusnya tidak berada terlalu lama di luar negara. Saya membantah dan mengatakan bahawa beliau seharusnya diberikan peluang untuk berehat sekurang-kurangnya setahun selepas keluar daripada penjara. Dia juga seharusnya dibiarkan menghabiskan tempoh itu sesuka hatinya. Lebih baik beliau berada di luar negara untuk menentukan masa depannya di Malaysia. Adalah tidak ada maknanya kalau dia berada di Malaysia selagi PKR masih meraban di peringkat akar umbi. Soalnya, para pemimpin PKR lebih selesa berada bersama Anwar semasa beliau berada di luar negara. Adalah dianggap penting kalau Anwar berada di Malaysia ketika UMNO mengadakan persidangannya dan beliau dapat dilihat berada di PWTC semasa persidangan itu diadakan.
Kini parti itu kerap menonjol melalui kenyataannya di media, dan beberapa majlis berprofil tinggi, sekali-sekala. Inilah yang tidak dapat menanam semangat keyakinan. Kalaulah UMNO tidak turut bercelaru sekarang ini, sudah tentu ia mudah memancing beberapa pemimpin PKR yang diingininya. Saya sudah pun bercakap dengan beberapa pemimpin tertinggi PKR yang menyatakan kesediaan mereka menganggotai UMNO ataupun PAS atas alasan yang munasabah, sama ada dengan janji bayaran wang ataupun tanpa upahan.
Sesuatu parti politik tidak wujud kerana pemimpinnya sahaja. Tidak ramai yang mengetahui apakah asas kewujudan PKR, selain untuk memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim dan kini untuk menonjolkan beliau ke jawatan paling tinggi. Sudah tentu kerja-kerja untuk menarik anggota baru dan mengekalkan anggota lama, dianggap tidak memadai. Mereka yang telah menganggotai PKR setelah mual dengan BN dan UMNO sedang mencari satu alasan baru untuk keluar daripada parti. Mereka mungkin berpatah balik kalaulah keyakinan mereka tidak diperbetulkan. Apa lagi dengan segala deraan dan tekanan kerajaan yang tidak mudah mereka tangkis. Para pemimpin parti memang kerap buat-buat menyibuk seolah-olah menunjukkan kesungguhan menyusun parti, tapi itu hanya satu lakonan sahaja. Kalau ada pun yang nampak meyakinkan ialah segala kenyataan akhbar, dan kadangkala kata-kata hikmah yang datang daripada Timbalan Presiden, Dr. Syed Husein Ali. Itu pun tidak mencukupi.
Mungkin keras sekali hakikatnya, tetapi PKR ternyata sedang menggigil ke arah jurang kepupusannya. Kalaulah parti itu mengharapkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terus memegang panji-panji parti untuk parti terus hidup subur, perjuangan parti itu akan kecundang juga. Akan tetapi kalau parti itu terus berusaha mengatur rencana untuk menjadi satu parti yang cergas setibanya nanti, maka masih ada harapan lagi. Malangnya tidak pun ada sebarang pertanda perkara semacam itu. Pada bulan April ini akan ada dua hari jadi: Tarikh empat April ialah hari parti itu ditubuhkan. Pada empat belas April ialah dianggap “Gelita 14” hari beliau mula-mula dikenakan hukuman penjara selama lima tahun. Inilah yang dilupakan pada tahun ini. Kenapa? (Tahun lalu) persediaan untuk menyambutnya dilakukan tiga bulan lebih awal. Tahun ini tidak ada persiapan langsung, dan hari jadi yang pertama berlalu tanpa sesiapa pun menyedarinya.
Satu ketika dahulu, setiap kali ada pemimpin Keadilan yang keluar parti untuk menganggotai UMNO ataupun PAS, ada kata-kata sumbang mengatakan mereka “sudah dibeli”.. Tetapi, mereka mungkin berundur kerana mereka mahu berpolitik dan inilah yang tidak ada dalam PKR. Saya tidak berani berkata ramai yang melompat masuk UMNO kerana ada pemimpin parti itu menjanjikan yang muluk-muluk tapi akhirnya satu hapah pun tak mampu tunjuk. Akan tetapi kalaulah PKR terus bergerak semacam ini juga tentu ramai sekali golongan yang akan berundur daripada parti. Soalan yang patut menyusul selepas itu ialah: Apa perlunya seseorang menganggotai PKR sedangkan ada UMNO, PAS, DAP dan parti yang lain-lain?
MEMANTAU MASALAH RAKYAT...Adun Anak Bukit, Haji Amiruddin Hamzah (paling belakang) menaiki sebuah sampan meninjau sekitar Kampung Seberang Terus, Kampung Telok Yan, belakang Pekan Cina, Kampung Tongkang Yard di sepanjang Sungai Kedah. Beratus keluarga dari kampung tersebut akan 'dihalau' dan dibayar dengan harga RM300 sahaja demi untuk melihat sebuah taman persisiran sungai di antara Ampang Jajar berdekatan Pejabat MADA dekat sini menuju ke Kampung Telok Yan kira-kira sepanjang lima kilometer dapat dibangunkan selaras dengan slogan 'Kedah Maju 2010'. Foto Helmi Khaled.
3 isu besar dari Guan Eng untuk tindakan segera Najib
3 isu besar dari Guan Eng untuk tindakan segera Najib Tuesday, April 12 @ 09:54:19 MYT
Oleh LIM GUANG ENG Setiausaha Agung DAP
Kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Saya ingin menarik perhatian YAB ke atas tiga kes berkaitan dengan masalah pelaksanaan dasar dan undang-undang oleh system pentadbiran kerajaan pusat dan negeri yang bersifat berpilih-pilih dan boleh menimbulkan ketidakadilan, double-standard serta merugikan rakyat. Tiga kes ini adalah:
1. Membenarkan Badan Pencegah Rasuah(BPR) bertindak ke atas 18 kes rasuah membabitkan individu kenamaan dan berprofil tinggi termasuk menteri yang diumumkan oleh Datuk Rais Yatim pada Februari 2004, ekoran kenyataan kontroversi Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin di International Herald Tribune pada 29 Mac 2005;
2. Memberhentikan pemusnahan Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang oleh kerajaan negeri Melaka untuk projek perumahan dan taman bertema yang hanya memberikan keuntungan besar kepada satu dua individu tetapi merugikan rakyat jelata; dan
3. Memulihkan keyakinan orangramai ke atas kewibawaan pegawai kanan kerajaan dan ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan menghentikan lantikan individu yang mempunyai rekod jenayah pecah amanah atau tidak menunjukkan teladan yang baik.
Kes 18 Individu Kenamaan dan Berprofil Tinggi
Akhbar International Herald Tribune keluaran 29 Mac lalu, memetik Khairy sebagai berkata, ‘Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi did not want to dig up the past and will not focus on retroactive actions but rather look forward’.
Ini membawa makna kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah yang berlaku sebelum pilihan raya umum tahun lalu, khususnya 18 invidu kenamaan dan berprofil tinggi.
Kenyataan oleh seorang Naib Ketua Pemuda UMNO ini berlawanan dengan jaminan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum pilihanraya umum 2004 yang bertegas memerangi rasuah.
Kenyataan Khairy dianggap menjelaskan mengapa pihak pentadbiran kerajaan pusat dan BPR begitu lesu menguruskan dan menyiasat kes-kes rasuah oleh 18 individu kenamaan atau berprofil tinggi.
Adalah perlu YAB menyangkal sama sekali kenyataan dan anggapan dibawa Khairy serta menggesa BPR bertindak segera ke atas 18 kes-kes rasuah berprofil tinggi dan kenamaan ini.
Sekiranya tidak, maka rakyat akan menganggap ada amalan double-standard oleh BPR yang membeza-bezakan antara orang atas dan orang biasa.
Ia adalah perlu untuk menghidupkan kempen anti-rasuah yang telah kehilangan tenaga kebelakangan ini.
Menyelamatkan Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang di Melaka
Pada 5 April 2005, saya telah mendedahkan pembalakan dan pemusnahan di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang di Melaka. Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang seluas 164 hektar merupakan hutan simpan terakhir di Daerah Melaka Tengah. Dengan keperluan pembangunan industri, pelancongan dan perumahan, tidak ada hutan simpan lagi dalam Daerah Melaka Tengah.
Warga kota Melaka amat “menyayanginya” dan menyokong ia diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Oleh itu, pembalakan dan pemusnahan Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang telah menimbulkan perasaan kurang puas atau tidak senang hati bahawa kerajaan negeri Melaka gagal menjalankan tanggungjawab melindunginya.
Betapa marah dan terkejutnya rakyat Melaka bila didapati pembalakan dan pemusnahan hutan simpan kekal ini dilakukan dengan pengetahuan, kebenaran dan restu kerajaan negeri Melaka.
Maka Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam dengan begitu ceria dan senang hati sekali menyatakan status 41 hektar hutan simpan kekal ini telah dilucutkan haknya pada tahun lepas sebagai hutan simpan kekal untuk membolehkan ia dibangunkan sebagai taman bertema dan projek perumahan.
Beliau menambah cadangan projek ini disokong dan direstui oleh warga kota dan kerajaan telah menerima royalti RM61,000.00 untuk pembalakan pokok meranti dan keruing.
Adalah tidak benar sekali pemusnahan Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang ini disokong oleh warga kota Melaka.
Lunas demokrasi tidak diikuti, warga kota Melaka tidak dirundingkan terlebih dahulu atau dibicarakan secara umum. Malah orang awam tidak tahu bahawa hutan simpan kekal ini telah dimansuhkan sehingga skandal ini didedahkan oleh saya.
Saya percaya sekiranya suatu pungutan suara diadakan di kalangan warga kota Melaka, pemusnahan hutan simpan kekal ini untuk membangunkan projek rekreasi dan taman bertema akan ditolak oleh segala lapisan masyarakat tanpa kira kaum dan agama.
Pengakuan Datuk Mohd Ali Rustam tentang RM 61,000 royalti yang diterima dari pembalakan pokok harus dibidas kerana hanya untuk RM61,000, kerajaan negeri Melaka sedia menggadaikan hutan simpan terakhir di Daerah Melaka Tengah.
Macam mana generasi akan datang berpeluang melihat pokok meranti dan keruing berpuluhan tahun.
Perlu ditanyakan siapa yang akan untung besar daripada pembangunan taman bertema dan projek perumahan ini. Hutan dan alam sekitar harus dipelihara untuk generasi akan datang dan bukan dieksploitasikan untuk meraih keuntungan yang hanya memihak individu tertentu.
Apa gunanya undang-undang melindungi hutan dengan mewartakannya sebagai hutan simpan kekal sekiranya ia boleh dilucutkan dengan begitu senang sekali?
Status hutan simpan kekal sama seperti status hak kewarganegaraan. Ia tidak boleh dilucutkan dengan sewenang-wenangnya. Sekiranya hak status hutan simpan kekal dilucutkan adalah sama dengan hak kewarganegaraan dilucutkan.
Di samping itu, keputusan membatalkan warta 41 hektar Hutan Simpan Kekal Bukit Beruang bertentangan dengan saranan Perdana Menteri dalam Persidangan Biodiversiti di Melaka pada 13 Januari 2005 melindungi hutan yang sedia ada dengan menambahkan keluasannya.
Demi memenuhi hasrat YAB Perdana Menteri, adalah perlu YAB bercampur tangan menyelamatkan hutan simpan kekal di Melaka yang tinggal 5,400 hektar.
Sekiranya hutan simpan kekal terakhir di Daerah Melaka Tengah boleh dimusnahkan, tidak ada hutan simpan lain yang terselamat dari rancangan dan muslihat kerajaan negeri Melaka.
Pengurus Besar Melaka International Trade Centre Sdn Bhd (MITC) Yang Ada Rekod Jenayah Pecah Amanah Dan Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB) Yang Hutang Sewa MBMB
Adalah perlu pegawai kanan anak syarikat kerajaan negeri dan ahli majlis kerajaan tempatan merupakan individu yang berwibawa.
Bekas Timbalan Pengerusi MAIM yang sekarang adalah Pengurus Besar MITC, Hasnoor Sidang Husin, bukanlah lantikan yang “credible” untuk menguruskan badan berkanun kerajaan ratusan juta ringgit.
Ini adalah kerana Hasnoor pernah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 16 Oktober 1995 atas jenayah pecah amanah di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaaan. Beliau dihukum denda RM1,500 dan penjara sehari.
Adakah menjadi amalan untuk melantik pegawai dengan rekod sedemikian ataupun Melaka begitu kekurangan orang berbakat sehingga MAIM atau MITC tidak boleh cari orang lain kecuali yang mempunyai rekod jenayah?
Kes kedua melibatkan Tuan Haji Md. Sani bin Hj. Jantan, yang menyewa kiosk MBMB sungguhpun beliau adalah seorang ahli MBMB. Kiosk MBMB terletak di Hang Tuah Mall, yang dibina oleh MBMB dengan harga RM8.5 juta.
Yang menarik adalah sehingga 22 Oktober 2004, tunggakan sewa Md Sani adalah RM41,000.
Adalah tidak patut seorang ahli MBMB berebut-rebut dengan orang awam peluang perniagaan yang diwujudkan oleh MBMB.
Penjelasan MBMB bahawa Md Sani telah menyewa kiosk sebelum menjadi ahli MBMB tidak boleh diterima.
Sebaik sahaja dilantik menjadi ahli MBMB, beliau seharusnya menyerahkan balik kepada MBMB semua menafaat yang diterima demi mengelakkan dakwaan timbulnya percanggahan kepentingan.
Sekiranya beliau tidak sedia menyerahkan menafaat yang diterima maka beliau patut letak jawatan.
Sebagai seorang ahli pentadbiran yang mengambil bahagian dalam keputusan berkaitan dengan peniaga kecil, beliau mesti membuktikan tidak ada sebarang kepentingan peribadi dalam urusan MBMB.
Ini sama dengan mereka yang jadi ahli pentadbiran kerajaan menyerahkan semua kepentingan termasuk syarikat guaman.
Walaubagaimanapun, samada Md Sani menyerahbalik kiosknya di Hang Tuah Mall, bukan lagi isu penting kerana beliau sudah tidak layak menjadi ahli MBMB memandangkan beliau bukanlah role model yang baik.
Macam mana MBMB mempunyai “moral authority” menguatkuasakan undang-undang dan meminta peniaga kecil melunaskan sewanya sekiranya ahli MBMB dibenarkan hutang sebanyak RM 41,000.
Tidak patutnya berlaku “double-standard” oleh kerajaan negeri mengejar peniaga kecil yang berhutang beberapa ratus ringgit tetapi terus membiarkan mereka yang berhutang berpuloh-puloh ribu ringgit.
Adalah sungguh tidak bertanggungjawab politik kroni dibenarkan berlaku sehingga ahli MBMB yang tidak layak terus dikekalkan.
Sungguhpun perkara ini telah dibawa berkali-kali kepada perhatian Ketua Menteri Melaka, beliau masih berdegil mengekalkan mereka.
Saya percaya YAB sendiri tidak akan menggaji individu seperti ini yang mempunyai rekod seburuk ini untuk memimpin masyarakat atau menguruskan wang rakyat.
Demi menjaga prestasi, imej dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri Melaka sebagai kerajaan yang bersih, cekap dan amanah, YAB harus mengarahkan Ketua Menteri Melaka agar kedua-dua individu ini dipecat dengan segera. - um
Putera Melayu – memartabatkan suara anak muda untuk perjuangan Alif, Ba, Ta
Putera Melayu – memartabatkan suara anak muda untuk perjuangan Alif, Ba, Ta
“Ada keseimbangan perjuangan dalam parti,” demikian kata seorang pelajar IPT ketika membaca laporan mengenai penubuhan Putera Umno telah diluluskan oleh Majlis Tertingginya baru-baru ini. Jika tidak, katanya, Puteri Umno saja berjuang, puteranya di mana? Sesetengah pihak pula berkata, semoga polemik tidak berlaku seperti desas-desus Puteri Umno yang seakan-akan menyaingi Wanita Umno tidak lama dahulu.
Tetapi itu sekadar hipotesis-hipotesis nakal yang mungkin berniat membangkitkan kekecohan dalam parti. Semoga ia tidak berlaku. Dalam tinjauan awal, kita lahirkan rasa sukacita dengan penubuhan Putera Umno ini.
Penukaran nama daripada Briged Putera–Putera Umno sudah pun membayangkan penghormatan secara tersirat. Moga-moga suara anak-anak muda Melayu semakin meriah dan dihormati di mana-mana. Mungkin daripada gerak kerja sosial, maka ia akan berubah kepada gerak kerja yang bakal mengambil peranan untuk membawa keprihatinan masalah pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera di negara kita. Ini lebih bermanfaat.
Misalnya, kajian pada 2003 bertajuk Pendidikan: Masalah Pelajar Melayu Pulau Pinang pada Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang di USM mendapati kekurangan berat badan atau zat pemakanan adalah punca kemerosotan murid-murid sekolah rendah sebahagian besarnya kaum Melayu dalam pelajaran.
Kira-kira 60 peratus murid Tahun Empat, Lima dan Enam yang ditemui didapati tidak mencapai tahap kesihatan normal. 10 sekolah dikaji sekitar Pulau Pinang dan tidak ada seorang pun lulus mata pelajaran UPSR sepanjang tempoh enam tahun pembelajaran. Itu baru permasalahan pelajar-pelajar Melayu Pulau Pinang yang tecicir dalam pelajaran. Mungkin hal ini boleh turut sama dibangkitkan oleh Putera.
Mengenai masalah kemiskinan Melayu Pulau Pinang pula, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam kenyataannya beberapa tahun lalu pernah menyebut bahawa Melayu Pulau Pinang kelihatan tidak berubah sejak era penjajahan Jepun dulu. Kalaulah hal ini diabaikan Putera Umno dan pelajar Melayu khususnya di Pulau Pinang, maka hal ini sudah pasti menumbuhkan barah penyesalan.
Genap setahun usia Kementerian Pengajian Tinggi, maka seharusnya kementerian ini bertindak pro-aktif ke arah memartabatkan perjuangan pelajar Melayu di bumi sendiri. Bukan sahaja keahlian Putera perlu digalang sendiri oleh Pemuda, bahkan tanggungjawab ini terpikul sama oleh kementerian juga. Dan sudah tentu, universiti bertaraf antarabangsa dan penyelidikan seperti USM sepatutnya memikul amanah ini untuk kemaslahatan orang Melayu di negeri ini. Pendek kata, keahlian Putera perlu dibuka kepada mahasiswa.
Di Selangor, sebuah akhbar melaporkan kira-kira 18,402 Putera telah didaftarkan. Jumlah ini sebenarnya masih rendah kerana ahli Pemuda dari 18 – 25 tahun akan menjadi ahli Putera secara langsung. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo menyarankan agar Pemuda mensasarkan 10,000 ahli baru di bahagian masing-masing dalam tempoh dua bulan agar mencapai sasaran 28,000 ahli.
Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein, berkata hal ini tidak mempengaruhi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971 kerana gerakan itu tidak bersifat politik. Beliau selaku Menteri Pelajaran berkata: “ … kumpulan (Putera) ini yang membantu Pemuda menggerakkan aktiviti untuk manfaat golongan tersebut”.
Tapi, ada beberapa seksyen di dalam AUKU yang menyekat kehadiran Putera ke dalam universiti. Antaranya ialah Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4).
Seksyen 15 (1), AUKU memperuntukkan: “Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, … kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor”.
Seksyen 15 (2): “Tiada suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, … kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor”.
Seksyen 15 (3) dan (4) lebih berat kerana mana-mana pelajar atau pun pergerakan pelajar tidak dibenarkan membuat suatu yang boleh ditafsir sebagai menyatakan simpati, sokongan terhadap mana-mana parti politik dan sebagainya. Kedua-dua seksyen ini pula tiada pengecualian langsung daripada Naib Canselor.
Sekadar menukilkan beberapa contoh Melayu Pulau Pinang yang terpinggir dalam arus kemodenan, beberapa tahun lalu, Pemuda UMNO Tanjung mengadakan demonstrasi berdekatan Lorong Selamat agar kerajaan negeri membina rumah orang Melayu di tengah bandar. Kemudian, isu enam buah rumah penduduk Melayu di Lebuh Hutching yang mengalami masalah yang sama.
Demikian juga dengan kuarters kerajaan di Jalan Haji Zainal Abidin dan Lorong Selamat yang dirobohkan. Kali terakhir saya dan rakan-rakan membuat tinjauan, sebuah bangunan Kristian sedang dalam pembinaan di sekitar tanah perkuburan Yahudi (Jewish Cemetery) di belakang Menara Umno.
Dengan kepelbagaian mehnah dan tribulasi yang kian mencengkam Melayu Pulau Pinang, maka di manakah suara Putera Melayu? Secara tidak sedar, kita telah meletakkan Putera Umno di universiti-universiti di ‘Tanjung’ dalam dilema. Mereka ingin membantu masyarakat sekitar, tetapi kekangan akta-akta ini membunuh daya kreativiti mereka.
Itu belum dikira dengan gelagat lumba haram muda-mudi Melayu sekitar Gelugor berhampiran USM saban malam minggu. Pelajar Melayu universiti prihatin tentu berasa terpanggil bagi memperbaiki hal ini. Pendekatan kaunseling rakan sebaya amat berfaedah daripada perlumbaan bersama polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain.
Kelahiran Putera tepat pada masanya. Perubahan mesti dilakukan segera. Oleh itu, Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang yang baru diusul oleh Majlis Peguam perlu peka dengan dilema ini. Bagi membolehkan keterlibatan Putera dan meraikan keinginan pelajar universiti untuk memasuki Putera Umno, maka beberapa seksyen dalam AUKU seperti di atas, adalah disyorkan dengan beberapa pindaan.
Kita harap ‘suara’ orang muda dalam Putera Melayu tidaklah dipinggirkan oleh Umno. Jangan dilupakan bahawa Sulalatus Salatin pernah merakam kisah seorang budak yang dibunuh setelah beliau memberi pandangan mengenai kaedah yang berkesan untuk mendepani serangan todak dari laut. ‘Kesilapannya’ hanya satu; kerana dia mengangkat suara dan pandangannya di hadapan penguasa demi menolong rakyatnya yang menderita.
Bencana Tsunami dari laut juga memperlihat kesungguhan putera-puteri Melayu dan pelbagai ras daripada seluruh universiti yang turun padang untuk membantu mangsa-mangsa bencana itu. Aktiviti sosial memang mereka mudah hulurkan.Tapi, suara mereka demi membangunkan bangsa itu yang lebih diperlukan oleh masyarakat kita kini demi menyahut perjuangan Alif, Ba, Ta (Agama, Bangsa dan Tanahair).
1. Pada pandangan anda, adakah Umno / Pemuda akan memberikan ruang kepada Putera untuk melontarkan pandangan, usul dan cadangan mereka dalam sebarang keputusan, seperti melantik kepimpinan Pemuda dan lain-lain?
2. Pada pandangan anda, adakah Dewan Rakyat akan meminda atau memansuhkan Seksyen 15 (1), (2), (3) & (4) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971), Pindaan 1975 [Akta 30] bagi membolehkan keahlian / pendaftaran Putera Umno dalam kalangan pelajar-pelajar universiti?
Pengguna telefon bimbit cecah 14.5 juta orangPengguna telefon bimbit di Malaysia kini mencecah sehingga 14.45 juta orang, melebihi separuh daripada jumlah penduduk negara ini yang berjumlah 23 juta orang.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata ini angka ini berdasarkan statistik kementerian sehingga suku keempat tahun lalu yang tidak meliputi pemilik telefon talian tetap yang berjumlah 4.46 juta orang.
"Kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menjadikan penyediaan kemudahan komunikasi sebagai satu keperluan awam, yang diiktiraf sama seperti penyediaan bekalan air dan elektrik," katanya ketika menjawab soalan Datuk Liow Tiong Lai (BN-Bentong) dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat Khamis.
Beliau berkata usaha sedang dibuat bagi meminda akta sedia di bawah kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menghendaki pihak berkuasa tempatan menjadikan penyediaan menara telekomunikasi sebagai salah satu keperluan untuk dibekalkan pada setiap projek perumahan baru yang diluluskan.
"Ini sama seperti keperluan menyediakan bekalan air dan elektrik bagi sesebuah kawasan perumahan baru sebelum diduduki," katanya.
Shaziman berkata kementerian sedang berusaha memperluaskan kawasan liputan telefon bimbit ke seluruh negara yang dibahagikan kepada dua fasa iaitu T-1 dan T-2.
"Dalam T-1, sasaran kawasan seperti Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan 23 buah bangunan kerajaan persekutuan di Putrajaya diberikan liputan telefon bimbit yang kini sudah 66 peratus disempurnakan," katanya.
Beliau berkata dalam Fasa T-2 yang meliputi liputan di bandar-bandar utama, jalan raya utama dan jalan kereta api, sejumlah 1,650 menara telekomunikasi akan dibina dalam dua peringkat dengan peringkat pertama sebelum akhir tahun ini, manakala selebihnya menjelang akhir tahun depan.
"Selain itu, sejumlah 4,448 stesen pemancar juga akan dibina dan dikongsi bersama syarikat-syarikat telekomunikasi," katanya.
Shaziman berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah meminta kerajaan negeri mengenal pasti sebuah syarikat di setiap negeri bagi bersama-sama menyediakan kemudahan menara telekomunikasi itu
Derma Tsunami RM60 juta: Tabung Bencana Negara perlu perincikan
Derma Tsunami RM60 juta: Tabung Bencana Negara perlu perincikan
Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa RM36.9 juta daripada RM97.4 juta derma yang dikumpulkan oleh pelbagai pihak di negara ini untuk membantu mangsa tsunami belum diserahkan kepada kerajaan. Sebanyak RM60.4 juta diserahkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Datuk Zainal Abidin Osman.
Beliau juga berkata Tabung Bencana Tsunami Asia yang dikelolakan oleh kementerian itu telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM22.3 juta, termasuk sumbangan daripada kerajaan berjumlah RM19 juta. Baki terkini tabung itu ialah RM17.78 juta setelah ditolak agihan yang dibuat kepada Republik Indonesia sebanyak RM3 juta, Sri Lanka RM1 juta dan Maldives RM530,000, katanya.
Saya rasa rakyat ingin ketelusan, berapa banyak wang yang dijanjikan oleh pelbagai pihak telah ditunaikan. Kita bimbang ramai pihak yang hanya mahu tumpang glamour berdepan kamera untuk memperagakan sebagai diri dan syarikat prihatin ke atas nasib malang mangsa Tsunami.
Namun lebih menakutkan saya ialah bagaimana caranya wang derma itu diagih-agihkan, apakah ia sampai kepada mangsa yang menderita atau bocor di tengah jalan?
Kadang-kadang terfikir, mengapa susah sangat pengagihan duit yang banyak itu? Bukankah semasa kita mahu memungut derma, yang kita tonjolkan ialah penderitaan dan kesusahan mangsa Tsunami, jadi apabila sudah dapat mengumpul berpuluh juta ringgit, mengapa tiba-tiba kita menggigil mahu memberikan kepada yang berhak? Kita harapkan Tabung Bantuan Bencana Negara memperincikan dengan jelas ke mana wang derma itu diagih-agihkan. Rakyat ingin tahu kedudukan mangsa-mangsa Tsunami, terutama di Kuala Muda dan Langkawi Kedah, serta di Pulau Pinang, apakah nasib mereka sudah terbela atau terbiar begitu sahaja. Wang RM60.4 juta itu bukan jumlah yang kecil, dan setiap sen darinya hendaklah diperuntukkan kepada mereka yang benar-benar layak.
Begitu juga dengan baki tabung khas untuk Tsunami Asia, sewajarnya baki tersimpan lebih RM17 juta itu disegerakan pengagihannya. Sudah pasti mangsa terbabit, khususnya di Aceh amat-amat memerlukannya. Biar derma untuk terus langsung kepada rakyat yang menderita, bukan melalui kerajaan Indonesia yang terkenal dengan sikap zalim mereka terhadap penduduk Aceh. Memang wajar ada peruntukan untuk projek jangka panjang tetapi jika ditagih keperluan mendesak, ia sudah sepatutnya disegerakan.
Tabung Bantuan Bencana Negara mesti tampil ke depan, mengadakan persidangan akhbar menjelaskan segala yang menjadi kebimbangan umum. Tunjukkan angka-angka yang telah dibelanjakan itu tanpa berselindung. Anda hanya pemegang amanah kepada penderma yang sememangnya berazam untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami, jadi lakukanlah tanggungjawab itu dengan baik dan jujur. -- um
Kini, tambang naik lagi. Tambang pengangkutan. Kenaikan yang amat menggembirakan para pemandu dan persatuan mereka dan berita yang kiranya gembira/sedih kepada para pengguna.
Ada pengguna yang boleh menerima kenaikan tambang pengangkutan ini dengan syarat, perkhidmatan juga mestilah dipertingkatkan tarafnya. Janganlah tambang sahaja yang naik, tetapi perkhidmatannya seperti low class juga.
Ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan tambang pengangkutan ini kerana mereka memberi alasan, ini akan membebankan para pengguna perkhidmatan pengangkutan itu.
Para pengendali perkhidmatan pengangkutan memanglah mengalu-alukan kenaikan tambang yang telah diumumkan ini. Mereka memberi alasan, kenaikan ini adalah amat wajar sekali kerana kos untuk mengendalikan perkhidmatan pengangkutan ini telah meningkat dengan begitu ketara sekali. Contohnya, harga bahan api naik, service naik dan bermacam lagi yang naik.
Walau macammana pun, kita mengharapkan, dengan kenaikan tambang pengangkutan ini, para pengendali perkhidmatan dapatlah mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada para pelanggan. Janganlah bila tambang pengangkutan dah naik, perkhidmatan yang diberi, menurun pula tarafnya. Itulah yang kita harapkan.
Semua dah naik. Badan aku pun naik juga. Kuat makan punya pasal.