Dendam Seorang Raja (The King's Revenge) Oleh: Raja Petra Kamrudin - Laman M@RHAEN Ada seorang raja yang kini tersenyum lebar selepas tersiar berita tersungkurnya Tan Sri Mohd Isa Samad.
Walaupun tidak dinafikan bahawa majoriti musuh Isa Samad adalah di kalangan para pemimpin UMNO, musuh ketat beliau yang paling unggul sejak dua dekad yang lalu sebenarnya berada di luar gelanggang politik. Setelah berusaha untuk menyingkirkan Isa Samad lebih dua puluh tahun, beliau akhirnya berjaya juga berbuat demikian dengan cara menggunakan khidmat seorang ahli politik muda yang berasal daripada Negri Sembilan juga. Cara yang digunakan ialah dengan mendesak si anak muda tadi mempengaruhi bapa mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi untuk menjatuhkan Isa dengan menggunakan khidmat Lembaga Disiplin UMNO.
Secara keseluruhannya rakyat Malaysia tentu terkejut beruk apabila mengetahui bahawa insan istana yang menggunakan Khairy Jamaludin untuk menghenyak Isa ialah tidak lain dan tidak bukan DYM Yam Tuan Negri Sembilan, Tuanku Jaafar.
Namun demikian, mereka yang arif akan susur galur Adat Perpatih dan juga politik murahan memang sedar betapa Tuanku Jaafar amat membenci Isa Samad selama hampir keseluruhan 22 tahun beliau menjadi Ketua eksekutif pentadbiran kerajaan negeri. Memang mereka tidak pernah serasi antara satu sama lain.
Kira-kira lima tahun dahulu, pertama kali Khairy Jamaluddin muncul dalam arena politik Negri Sembilan, tidak ramai orang yang mengenalinya. Namun, dengan menggunakan pengaruh lama ayah beliau di Rembau, Khairy berjaya mewujudkan satu jentera politik menyaingi Isa Samad. Cara beliau ialah menggunakan keluarga Menteri Besar Negri Sembilan yang baru di Rembau – Mohamad Hassan - untuk memperkasakan pengaruhnya di kalangan UMNO negeri.
Khairy telah berjaya mempengaruhi bapa mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi, menaikkan pangkat Mohamad Hassan sebagai pengganti Isa. Sekali gus Khairy berjaya menggugat pengaruh Isa. Alasannya amat mudah sekali. Oleh kerana Isa sudah terlalu lama menjadi Menteri Besar, Khairy menghadapi laluan sukar untuk mengukuhkan pengaruhnya di Negri Sembilan. Khairy telah memilih Negri Sembilan kerana tidak mampu menggunakan negeri asal ibunya – Kedah- disebabkan wujudnya pertelagahan antara suku-sakat Tun Kepala Taik Mahathir dengan suku-sakat Abdullah yang dahulunya merupakan penyokong kuat mantan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim. Itulah sebabnya Khairy memilih negeri kelahiran bapanya dan bertindak memilih Rembau sebagai pangkalan kerjaya politik beliau.
Akan tetapi, pengaruh arwah ayah Khairy di Rembau, tidak sampai ke mana pun. Arwah ayah Khairy, Datuk Jamaluddin Abu Bakar ialah seorang diplomat, yang dikenali begitu angkuh dan bongkak. Beliau amat cenderung dengan budaya cara hidup golongan diplomat zaman dahulu yang lebih risau akan corak tali leher sutera buatan Paris berbanding cara hidup orang kampung di Rembau. Kerana itu Khairy terpaksa bergayut kepada keluarga Mohamad Hassan yang termasuk adik beradik beliau. Antara mereka ialah abangnya Datuk Azman Hassan dan adik beradik beliau yang lain. Orang kampung mereka lebih suka mengenali mereka sebagai “Anak-anak Abu Hassan Pencuri”. Ada satu pakatan antara mereka berdua di mana Mohamad Hassan akan menjadi Menteri Besar Negri Sembilan untuk memberi laluan kepada Khairy akhirnya mendapat tempat di negeri itu sama ada sebagai ahli Parlimen ataupun pengganti Mohamad Hassan sebagai seorang Menteri besar
Usaha Khairy itu sudah tentu berdepan dengan Isa yang merupakan seorang politikus yang bersahaja dengan pendidikan yang tidak seberapa. Walaupun katek dan pendek, Isa melakar sejarah menjadi Menteri Besar yang paling muda di Negri Sembilan ketika baru mencapai usia 33 tahun. Isa merupakan anak lelaki kepada seorang bekas Exco Negri Sembilan dan juga anak saudara kepada Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri. Selama lebih 22 tahun Isa telah berjaya menebar pengaruh politiknya ke ceruk rantau Negri Sembilan. Kalau dibandingkan kepada Khairy yang bercakap Inggeris dengan telo (slang) Oxford yang tidak pun mudah dimengerti oleh akar umbi Rembau, Isa mampu menarik minat rakyat marhaen di keseluruhan negerinya. Lagi pun Isa amat mudah didekati berbanding dengan menantu Perdana Menteri yang pandai berlagak dan sukar untuk didekati. Sebalik masalah Khairy seperti ini, dia sudah ada seorang penyokong kuat, Tuanku Jaafar. Tuanku akan berusia 83 tahun pada bulan Julai ini dan telah memerintah negerinya sejak 1967. Selama itu baginda telah menerima khidmat empat Menteri Besar. Yang tiga sebelum itu adalah Arwah Tan Sri Said, Arwah Dato Mansur, dan Datuk Rais Yatim. Mereka bertiga dapat serasi dengan Tuanku kerana mengongsi cara hidup aristokrat Tuanku Bill (nama timang-timangannya di kalangan orang istana Negri).
Namun, Isa adalah insan yang berbeza sama sekali. Dia bukannya berdarah Minangkabau kerana dia berdarah Bugis daripada Linggi. Isa tidak pernah memberi ruang kepada Tuanku Jaafar yang sentiasa kemarukkan tanah untuk difaraidkan kepada syarikat Antah dan Melewar. Inilah dua syarikat induk yang dimiliki oleh keluarga istana Negri Sembilan. Tuanku terlalu kemaruk mahukan tanah untuk dijadikan ladang khinzir dan Isa tidak mempedulikannya. Kerana itu Isa sengaja tidak ambil tahu akan perihal nafsu tuanku mengagihkan gelaran ‘datuk’ dan kurnia lain. Tuanku juga mahu Isa memberi baginda monopoli ke atas tanah kuari di merata Negri Sembilan. Sudah tentu Isa tidak rela memberikan kuasa ini kerana dia mahu menyamun juga untuk kepentingan sendiri . Lagipun Isa sedar Tuanku minat kepada semua itu sebagai broker kepada peniaga Cina tertentu sahaja.
Pada 1992, tuanku telah meminta beberapa kawasan kuari di Serting agar diberikan kepada seorang kawan beliau berbangsa Cina. Isa menolak permintaan itu dan sebaliknya memberikan tanah tersebut kepada bebrapa orang politik UMNO di Negri Sembilan dan jgua daripda tempat lain. Tuanku Jaffar naik murka sehingga ‘bernazar’ memelihara janggut. Ini merupakan satu amalan tradisi mengikuti gelagat Almarhum Sultan Idris di Perak semasa baginda murka kepada Menteri Besarnya. Baginda memlihara janggut setiap kali permintaannya tidak diperkenan oleh Menteri Besar. Malangnya, janggut yang dipelihara oleh Tuanku Jaafar tidaklah seanggun janggut bekas Sultan Perak dulu. Janggut Tuanku Jaafar kelihatan semacam janggut Datuk Nikah Kahwin yang muncul dalam filem P. Ramlee berjodol “Musang Berjanggut.” Permusuhan mereka berdua terus berpanjangan dan Isa tidak pernah ambil peduli akan kerenah rajanya. Isa pernah menolak permintaan Datuk Cina yang cuba merayu untuk mendapatkan tanah kuari itu. Malahan Isa pernah menolak arahan Tuanku agar beliau datang ke istana untuk ‘kautim’ dengan peniaga Cina tadi.
Keadaan menjadi semakin bercelaru sehinggakan Tuanku tidak mudah kelihatan bersama Isa di majlis rasmi. Istana telah membuat pengumuman bahawa Tuanku Jaafar tidak akan menghadiri (mencemar duli) apa juga majlis yang dihadiri oleh Isa. Begitu juga, Setiausaha Politik Menteri Besar tidak akan menerima jemputan sesuatu majlis yang sudah diterima oleh pihak istana. Tetapi ada juga segelintir majlis yang terpaksa dihadiri oleh mereka berdua seperti pembukaan sesi Dewan Undangan Negeri. Dalam majlis semacam itu kedua-dua orang protagonis politik Negri Sembilan ini tidak bercakap banyak. Ada kalanya semasa Tuanku bercakap, Isa akan berpaling kepada orang lain. Tuanku pula akan berundur ke tandas setiap kali Isa memberikan ucapannya. Memang melucukan gelagat mereka berdua.
Apabila pertelagahan itu berpanjangan, Tuanku telah menitahkan adiknya Tunku Abdullah (yang mempunyai nama timangan sebagai Charlie) untuk meminta TKT Mahathir memecat Isa daripada jawatan Menteri Besar. Akan tetapi, ketika itu Mahathir baru sahaja mencetuskan kontroversi yang melibatkan krisis Perlembagaan dengan Majlis Raja-raja gara-gara karenah Sultan Johor memukul Gomez. Semasa itu TKT Mahathir tidak berapa selesa dengan permintaan Tuanku Jaafar. Mahathir telah meminta Isa mencari jalan menyelesaikan karenah Tuanku Jaafar. Isa mengalah dengan merelakan Tuanku Jaafar membuat pilihan sendiri siapa yang patut menerima pingat dan gelaran datuk serta menerima sogokan kerana anugerah itu. Sekali gus Tuanku menjadi kaya raya dengan harta karun semacam itu.
Namun demikian, kebencian baginda terhadap Isa tidak kunjung padam. Kemunculan Khairy Jamaluddin dalam gelanggang politik Negri Sembilan, telah menyuntik satu tenaga baru kepada Tuanku Jaafar untuk menyingkirkan Isa. Tuanku telah memberitahu Khairy betapa baginda tidak ada sebarang masalah seandainya Khairy mahukan orang lain menjadi Menteri Besar Negri Sembilan. Malahan melalui putera baginda, Tunku Naqiyuddin, Tuanku Jaafar telah mencadangkan bahawa Khairy sendiri pun layak satu hari nanti menjadi Menteri Besar Negri Sembilan. Justeru, baginda mencadangkan agar persempadanan semula (ala gerrymandering) disediakan untuk kemunculan beliau dalam pilihan raya umum di Rembau. Dengan itu, menjelang pilihan raya 2004, kawasan Paroi di Seremban telah secara tiba-tiba menjadi sebahagian kawasan Parlimen Rembau.
Bagaimana pun, Isa bukanlah si dungu yang difikirkan oleh ramai orang. Apabila sedar akan kegiatan Khairy, Isa telah menganjurkan beberapa pertemuan dengan beberapa kumpulan akar umbi UMNO dan memberi ingatan akan berlakunya tsunami di negeri itu yang bernama Khairy Jamaluddin. Akar umbi UMNO memang tidak suka sangat akan lulusan Oxford itu dan lebih selesa dengan orang lama seperti Isa dan Khalid Yunus, malahan juga dengan orang lama yang pernah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh, Datuk Mokhtar Hashim. Kesannya beberapa bas membawa penyokong UMNO Negri Sembilan telah pergi berbondong-bondong dengan alasan melawat Putrajaya. Mereka telah meminta peluang bertemu Paklah dan memberi ingatan kepada beliau bahawa adalah terlalu awal untuk Khairy Jamaluddin dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya 2004.
Khairy tetap bersabar walaupun kemarahannya terhadap Isa sudah semakin membara. Sekali lagi Tuanku Jaafar merebut peluang keemasan ini dan dalam satu pertemuan secara terbuka dengan Khairy, telah mengulangi sokongan baginda agar Isa dinaikkan pangkat lebih tinggi lagi. Khairy terima cadangan itu sebagai satu isyarat untuk menaikkan Mohamad Hassan yang telah menamatkan khidmatnya dengan Cycle and Carriage untuk menceburi politik. Pada hari pencalonan 2004, Mohamad Hassan sudah dikenali sebagai calon Menteri Besar walaupun baru berkecimpung dalam politik hanya kurang dari enam bulan. Tidak lama kemudian dua buah kereta Mercedes Benz yang baru telah dihantar daripada Kuala Lumpur ke Istana Seri Menanti sebagai hadiah daripada Mohamad Hassan kepada Tuanku Jaafar sebagai ‘ufti’ kepada Tuanku untuk memperkenan pelantikan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar yang baru.
Isa sudah dilanda satu dilema. Beliau menjadi kaget akan kuasanya untuk menolak arahan Abdullah Badawi (dan juga Khairy Jamaluddin) untuk bertanding kerusi Parlimen di Jempol di mana Khalid Yunus terpaksa dikorbankan. Insan yang digelar ‘Pipit Uban’ terpaksa berundur walaupun para penyokongnya berpura-pura menunjuk perasaan agar beliau dikekalkan sebagai ahli Parlimen. Isa menang di situ dan ini bukanlah pelik sangat kerana di Negri Sembilan kalau diletakkan seekor lembu bunting pun bertanding sebagai calon BN di kawasan majoriti Melayu, lembu itu akan tetap menang. Namun, dalam pengumuman kabinet yang baru, Isa telah diberikan portfolio yang tidak berapa penting sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Demikianlah kecilnya portfolio itu, sehinggakan Paklah terlupa menyebutnya dalam sidang akhbar beliau. Pihak media hanya terjumpa jawatan itu setelah tempoh sekatan (embargo) ke atas senarai akhbar melepasi tempohnya.
Apabila Isa menang kerusi Naib-Presiden UMNO, Tuanku Jaafar naik gelabah kalau-kalau musuh ketatnya akan naik mencanak lagi. Lebih-lebih lagi kalau Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Lagi pun Isa pernah berjenaka kepada para penyokongnya di Negri Sembilan betapa jendela pejabatnya di Putra Jaya mempunyai pemandangan indah yang menjurus kepada Jabatan Perdana Menteri. Lantas, Tuanku Jaafar telah menggunakan segala usaha untuk menentukan Isa jatuh menyembah bumi.
Sebenarnya Tuanku Jaafar tidak perlu berusaha berlebihan sangat kerana Khairy sudah pun merencana kejatuhan itu. Khairy telah mengupah beberapa orang perwakilan dalam persidangan UMNO yang bertemu Isa di pejabat beliau di Dewan Bandaraya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan ‘duit minyak’ sebanyak RM300 setiap seorang. Semua penerima wang sogokan itu telah membawa wang itu kepada Khairy yang meminta mereka membuat salinan pendua (fotokopi) akan wang sogokan itu semua dan membuat Surat Sumpah mengaku yang mereka telah menerima wang sogokan itu daripada Isa.
Apabila Tuanku Jaafar mendengar hal Isa, baginda cuba menunjuk-nunjuk yang baginda tidak berat sebelah dengan menelefon Tengku Ahmad Rithauddeen, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Tengku Ahmad Rithaudeen adalah anggota istana dan seperti juga Tuanku Jaafar adalah seorang aristokrat yang berasal daripada istana raja Pattani. Mereka memang sudah lama berkenalan sejak menjadi pelajar jurusan undang-undang di England dahulu lagi. Walaupun Rithaudeen adalah beberapa tahun lebih muda daripada Tuanku Jaafar, Rithaudeen ternyata berguna juga kepada Presiden UMNO. Dalam perbualan telefon mereka, Tuanku Jaafar telah mendengar segala butiran mengenai Isa. Baginda mencelah agar kes Isa itu dibiarkan mengikut perjalanannya kerana baginda tidak ada apa-apa yang mahu menyokong Isa.
Akhirnya sudah pun diumumkan betapa keahlian Isa Samad kena gantung enam tahun. Isa mengetahui keputusan Lembaga Disiplin itu pad a 4 petang 24 Jun, 2005. Pada jam 5 petang, Setiausaha Peribadi Tuanku telah memberitahu baginda akan keputusan itu.
Pada petang itu Tuanku Jaafar memang kelihatan sungguh ceria. Baginda puas hati kerana dapat membalas dendam melihatkan Isa jatuh tersungkur sebelum baginda menutup matanya buat kali yang terakhir. Sambil terus tersenyum baginda telah mengangkat telefonnya dan memberikan kepada Setiausaha peribadi baginda. Baginda mahukan nombor telefon seorang insan yang ketika itu berada di pejabat bapa mertuanya di Putrajaya.
Tahi rasuah dalam Umno Dilulus terbit pada Thursday, June 30 @ 21:35:20 MYT oleh LinuxPro
Fikrah Pimpinan Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
DENGAN keputusan penggantungan Naib Presiden Umno selama enam tahun, setiausaha politiknya selama tiga tahun, Exco kerajaan Pahang dan Melaka, masing-masing selama dua tahun dan ahli Parlimen Kota Bharu selama tiga tahun, (dan mungkin ada lagi yang lain), maka terbongkarlah sebuah tembelang Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang enggan meneruskan ugutan terhadap saya, suatu ketika dahulu.
Itu belum lagi dicampur dengan 18 kes rasuah berprestij tinggi seperti yang diiklankan oleh Perdana Menteri. Pada asalnya, saya telah diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik tuduhan saya yang mengatakan Umno memang mengamalkan rasuah semasa memenangi pilihanraya umum yang lalu. Jika dalam pemilihan sesama Umno pun, Umno sanggup menabur wang, apa lagilah apabila mereka berdepan dengan PAS. Kini, muktamadlah yang Umno memang sebuah parti yang mengamalkan rasuah.
Jika Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi pun boleh rasuah sedangkan dia orang nombor tiga dalam parti, maka apa lagi yang masih tinggal dalam Umno. Umno harapan bangsa? Harapan pembela ugama? Harapan tanah air.
Semasa mengikuti komen pemimpin-pemimpin Umno seperti Dato’ Seri Khir Toyo dan beberapa orang yang lain, kita mendengar peringatan-peringatan berbunyi, “kita (pemimpin Umno) perlu tengok kesan hukuman terhadap Umno kerana kita mahu Umno terus mendapat tempat di hati rakyat khususnya orang Melayu. Yang penting ialah ahli dan imej parti.” (Khir Toyo-Berita Minggu 26 Jun 2005).
Jika rakyat betul-betul teliti kata-kata ini, tentu rakyat boleh menjadi semakin keliru. Pertama, masih mahu membelakah lagi Menteri Besar Selangor ke atas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang telah diputuskan bersalah oleh Lembaga Disiplin Partinya sendiri?
Kedua, bagaimana lagi boleh Umno mendapat tempat di hati rakyat jika sudah bergelumang dengan rasuah? Ketiga, menjaga imej apa lagi sesudah Umno sudah tidak berimej? Imej Umno ialah rasuah. Masih adakah maruah?
Jika saya perlu menyokong respons pemimpin Umno, saya lebih menghormati komen Dato’ Shahrir yang berbunyi, “kita perlu bersihkan (Umno) daripada peringkat atas terutama pemimpin jika benar-benar sayangkan parti.” (Berita Minggu 26 Jun 2005).
Kenyataan ini lebih kelihatan jujur walaupun dengan demikian, ia boleh mengesahkan status Umno terkini yang amat busuk. Jika tidak, perlu apa gesaan Shahrir agar partinya itu dibersihkan!
Pada saya, Umno sudah busuk dan tidak layak lagi didekati oleh seluruh makhluk baik manusia atau malaikat. Jika dadah, rakyat digesa supaya menganggapnya sebagai najis maka rasuah telah saya nisbahkan sebagai tahi.
Saya sengaja ingin melahirkan rasa jijik kepada rasuah untuk menimbulkan kebencian dikalangan umat Islam. Ini kerana, Islam menganjurkan kita membenci apa jua bentuk maksiat lebih-lebih lagi rasuah baik dengan tangan atau lidah. Jika takdirnya tidak berdaya, maka ia wajib dibenci dengan hati.
Ada sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang matannya berbunyi begini, “Malaikat tidak akan mendekati orang yang berbohong.” Jika bohong yang biasanya melibatkan dua tiga orang di sekitar kita pun boleh menyebabkan malaikat menjauhi kita inikan pula amalan rasuah yang melibatkan wang rakyat dan mungkin puluhan ribu manusia.
Terlanjur menyentuh isu najis, saya masih ingat lagi semasa bekas Ahli Parlimen PAS dari Sik menulis sebuah novel bertajuk “shit”.
Ramai orang yang marah-marah. Nampaknya, PAS sekali lagi memang mendahului zaman dari segi pemikiran. Setelah lima tahun kemudian, baru kebanyakan rakyat boleh memahami “tahi” yang bagaimana yang telah dimaksudkan oleh PAS itu.
Kita perlu benci sesuatu kemungkaran biar sampai berjejak ke dalam hati. Kita namakan tahi rasuah agar rakyat boleh bayangkan yang kereta yang dibeli dengan wang rasuah adalah kereta yang penuh tahi.
Baju yang dipakai kaki rasuah adalah baju yang berlumuran dengan tahi. Lantai dinding banglonya adalah penuh bersalut dengan tahi. Masyarakat memandang pengamal rasuah sejijik memandang tahi.
PAS secara peribadi mempunyai satu perancangan tersendiri dalam usaha untuk bersama dengan sesiapa jua bagi memerangi rasuah. Kita berhajat benar untuk mendokong Pelan Integriti National (PIN).
Bagaimanapun kita mahu gunakan kaedah Islam. PAS mahu bermula dari prinsip insan yang bersifat hamba. Insan yang dibebankan dengan hukum. Insan yang dihidupkan dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Insan yang menegakkan makruf dan menentang kemungkaran kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Insan yang akhirnya rindukan syurga dan gerunkan neraka.
Di tengah-tengah kerangka besar itulah saya bercadang untuk menanamkan sifat bencikan rasuah. Perasaan jijikkan rasuah ini biar bertapak kejap dihati setiap rakyat dan berkembang menjadi budaya hidup.
Tiba-tiba, di tengah-tengah impian itu, pemimpin Umno pula yang buat perangai. Saya menjadi serba salah. Jika PAS meneruskan perancangan asal, bermakna PAS akan menghina pemimpin tahi. Kebetulan Lembaga Disiplin Umno sendiri pula yang mengesahkan yang pemimpinnya sendiri telah menjadi “tahi”.
Maksud saya, dalam konteks ini, telah terbukti ada pemimpin Umno yang sudah menjadi tahi rasuah. Sama juga dengan tahi judi, tahi rasuah adalah “tahi”. Izinkan saya pulangkan persoalan ini untuk direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Wallahua’lam.