Oleh : IMTIAZ
UMNO menuduh PAS GANAS akibat dari peristiwa Batu 6 Kuala Terengganu. Benarkah PAS GANAS atau sebaliknya PAS menjadi Mangsa keganasan UMNO.
Mari kita lihat kronologi siri keganasan UMNO di Terengganu.
Tahun 2000 - Selepas kalah TERUK dalam pilihanraya 1999. UMNO TERENGGANU (IDRIS JUSOH) telah bertindak balas dengan mengemukakan usul menarik balik (merompak!) royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri pimpinan PAS.
- UMNO juga bertindak menutup MRSM-YT Dungun & Besut. Kemudian MENUDUH PAS yang menutupnya.
- UMNO MENUDUH PAS menghalau pelajar2 TADIKA KEMAS. Sebenarnya PAS Menghalang UMNO melalui KEMAS menggunakan aset Kerajaan untuk tujuan politik. PAS juga cuba mendaulatkan undang2 dari pebuatan tidak bermoral UMNO menghasut pelajar TADIKA dengan politik kotor. Malangnya sekali lagi selepas menawan kembali Terengganu.. bebudak TADIKA diheret ke Perhimpunan Perdana UMNO demi menyokong Menteri Besar paling zalim dalam sejarah.
Kembali kita kepada Peristiwa Batu 6. Sebenarnya pada hari kejadian, PAS menganjurkan ceramah Isra' Mikraj di kawasan berkenaan. Malangnya kawasan tersebut telah dikepung oleh FRU tanpa alasan munasabah. Sebuah negeri yang bermoto kan ISLAM HADHARI menghalang program berkenaan ISLAM. Apakah ISLAM HADHARI bermaksud MUSUH ISLAM? Untuk pengetahuan semua sejak ISU PEROBOHAN MASJID KG BUJAL, UMNO begitu tertekan sehingga setiap aktiviti PAS pasti diserang dengan FRU. PAS adalah sebuah PARTI POLITIK yang berdaftar dan sah disisi Undang2 sama macam UMNO. Untuk pengetahuan pembaca juga, aktiviti maksiat seperti DIKIR BARAT begitu berleluasa di Terengganu tanpa gangguan dari mana2 pihak terutama FRU. Walaupun para pendikirnya terdiri dari campuran lelaki dan wanita. Memang jelas aktiviti Dikir Barat ini tidak memberi sebarang manfaat lebih2 lagi kepada ISLAM. Malah dikatakan pada malam serangan FRU ke atas program Isra' Mikraj PAS di Batu 6 ada aktiviti Dikir Barat di kawasan sekitar.
Tetapi musuh2 ISLAM lebih berminat untuk menyerang ISLAM. Ketika Majlis sedang dijalankan di dalam masjid lebih kurang pukul 10 malam, musuh ISLAM telah melepaskan tembakan gas ke arah masjid. Sama macam askar Yahudi di Masjid Al-Aqsa. Maka bergembiralah "ketua-ketua" laknat di mana saja mereka berada. Sedangkan di dalam masjid sudah riuh rendah kerana ramai kanak2 menangis lantaran gas durjana yang dilepaskan manusia keparat atas arahan manusia laknat. Tidak cukup dengan sebutir peluru.. ditembak lagi sebutir sehingga habis. Kemudian disembur pula dengan air beracun sehingga kering tangki. Peristiwa berkenaan sepatutnya kita saksikan di Palestin, tapi malangnya pemimpin Yahudi rupanya sudah ada di Terengganu.
Seperti mana juga rakyat Palestin, rakyat di Batu 6 juga bertindak balas atas apa yang telah diperlakukan ke atas mereka. Mereka sudah lama bersabar. Tetapi sabar juga ada hadnya. Orang Islam bukan lemah, diam orang ISLAM kerana Allah...tindakan orang ISLAM juga kerana Allah.
Mempertahankan Hak dan Maruah adalah tuntutan ISLAM bukan KEGANASAN. KEganasan adalah seperti meroboh MAsjid kerana politik, atau mengarahkan FRU kerana Dendam politik baru dinamakan keganasan. MEnceroboh tanah rakyat juga satu keganasan, seperti berlaku di Kuala Brang.
Apakah berkumpul untuk Majlis Ilmu dikira Perhimpunan Haram tetapi berhimpun untuk Dikir Barat dikatakan Halal? Jadi benarlah pada fahaman kami bahawa ISLAM HADHARI adalah ajaran yang berlawanan dengan ISLAM.
Jadi adakah salah penduduk Batu 6 mengejar dan menyerang Polis dan Bangunan UMNO di Kuala NErus. Sedangkan mereka mempertahankan diri. Mereka menyerang orang yang menyerang mereka dulu. Mereka juga menyerang bangunan sebuah Parti yang mengarahkan penyerang menyerang mereka.
UMNO mengatakan mereka kerugian RM10 ribu. Bagaimana rumah rakyat dan Masjid di Kg Bujal? Berapa Ratus ribu mereka rugi kalau dikira soal wang? Bagaimana penduduk Kuala Brang yang tanah mereka dicuri UMNO? Berpa puluh ribu mereka rugi?
Cuba fikir, apakah akan berlaku kejadian di Batu 6 kalau pihak Polis tidak bertindak sedemikian? Apakah pihak Polis akan mengepung Masjlis berkenaan kalau UMNO tidak mengarah sedemikian. Apakah peristiwa Polis mengepung Majlis Politik berlaku di Terengganu sewaktu PAS memerintah? Apakah PAS mengarahkan POLIS untuk menggangu program UMNO walaupun penuh dengan fitnah terhadap kerajaan PAS waktu itu? Benda2 itu tidak berlaku kerana BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH.
Tak payahlah UMNO nak buat2 cerita untuk menunjukkan PAS sebagai GANAS. Kerana orang yang sihat akal fikirannya pasti tahu siapa sebenarnya ganas. Kalau ada orang yang cuba mengatakan sebaliknya bermakna akalnya tak berapa sihat.
Kemudian ada terbaca di laman web paling teruk atas muka bumi (Al-HAQDAILY)yang dengan bangganya memberitahu kerajaan UMNO Terengganu membina 9 Santuari Penyu dan membandingkan zaman PAS tidak ada satu pun. Cuma aku nak ingatkanlah kepada penulis cerita tersebut, Kerajaan Pemimpin PAS lebih utamakan "Santuari" Manusia. UMNO cuba menunjukkan kasih kepada binatang tetapi dalam masa yang sama meroboh rumah manusia, menyerang perhimpunan-perhimpunan manusia. Bermakna UMNO (Terengganu) bersifat peri kebinatangan.
Satu lagi sifat keganasan UMNO yang kita boleh saksikan ialah sewaktu Sdiang Dewan Negeri baru-baru ini. Ketika YB TG Hj HADI sedang berucap tiba-tiba bangkit orang UMNO untuk mengganggu. TG Haji Hadi enggan beri laluan kerana beliau belum pun lagi menyampaikan maksud ucapan beliau jadi gangguan jin UMNO itu untuk apa sedangkan pokok perbincangan belum pun disebut lagi. Kalau tuan-tuan rajin membeli vcd persidangan Parlimen, tuan-tuan pasti tahu hak memberi laluan terletak kepada orang yang sedang berucap. Tetapi lain pula berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tuan Speaker pulak yang lebih2. Mentang2 gangguan datang dari jin yang sama parti dengannya dia boleh arahkan TG Hj Hadi pula duduk. Inilah apabila orang yang tidak bertamaddun mengendalikan dewan, kelam kabut jadinya. Fikirkan kenapa negeri Terengganu sekarang kelam kabut. Tindakan TG Haji Hadi dan rakan2 keluar dari Dewan bukan kerana takut tapi terkejut dalam zaman moden masih ada orang tidak bertamaddun. Sudah berpuluh tahun TG Hj Hadi dan rakan-rakan jadi ahli Dewan tapi kali ini macam dikendalikan oleh orang utan.
Kesimpulan, dalami lagi maksud ganas dan keganasan. Apakah orang yang membalas serangan atau mempertahankan diri dikira ganas atau orang yang menyerang tanpa sebab dikira ganas? Bagaimana pula orang yang mengarahkan serangan? Bukan saja lebih ganas tetapi juga pengecut.
Bagaimana dengan orang yang merampas hak orang lain, contohnya macam tanah selepas setahun baru offer nak beli itupun jauh lebih rendah dari harga pasaran. Rasanya yahudi Israel pun buat macam ini juga. Ganas atau tidak? Kasihan orang Kuala Brang.. ingatkan bila pangkah UMNO dapat kesenangan rupanya tanah kena ceroboh.
Bagaimana pula dengan orang yang robohkan Masjid? Kemudian mengatakan itu bukan Masjid tapi markas PAS. Markas PAS ada Mihrab dan SAF? Walaupun kalau dirobohkan itu sebuah Markas sekalipun ianya dikira zalim kerana PAS adalah Parti berdaftar. Kalau taraf TOL tanah tersebut dikatakan sudah tamat bukankah itu hanya teknikal, sambunglah balik lesennya dengan bayaran. Lagipun bukan nak buat apapun atas tanah tersebut. Tapi oleh kerana hati sudah rosak, iman sudah lenyap, politik asobiyyah sudah sebati dalam diri maka beginilah jadinya.
Program2 parti pembangkang tidak diberikan permit. Kemudian diserang pula oleh polis atas arahan pemerintah. Apa ni? Kata sudah merdeka 48 tahun tapi perangai macam tak bertamadun. Kalau program UMNO boleh buat besar2an, kalau Dikir Barat boleh tiap-tiap malam, campur lelaki perempuan, lirik merapu meraban atas dasar apakah program sebuah Parti Politik yang didaftarkan dan sah mengikut undang2 diperlakukan sedemikian. Benarkah negara kita sudah merdeka? Atau benarkah negara kita sudah bertamaddun? Atau kerana negara kita diperintah oleh sebuah Parti Melayu terbesar di dunia, kerana orang melayu terkenal dengan dengki dan busuk hati maka negara jadi kelam kabut?
Tapi yang lebih sedih lagi, ketika Melayu mempunyai sebuah Parti yang Besar untuk "menjaga" mereka maka Melayu lah paling ramai rosak akhlak seperti lapuran Remaja Terlampau Harian Metro. Parti melayulah satu2 nya yang mengamalkan politik wang (Rasuah- satu lagi contoh keganasan), ugut mengugut, Parti Melayu lah yang menjadi satu-satunya Parti yang menghalang jawatan tertinggi parti dari dipertandingkan. Ini adalah satu jenis keganasan secara diam.
Sejarah pernah membuktikan bagaimana Parti UMNO pernah memecat kemudian menghina seorang pemimpin tertinggi mereka sendiri. Berbagai tuduhan yang mengaibkan dibuat kemudian akhirnya kebenaran terserlah juga tuduhan2 yang dibuat ternyata palsu. Malang sekali tidak ada sekelumit pun rasa kesal dalam hari warga dan pemimpin parti Melayu ini untuk memohon maaf. Akibat dari fitnah dari Parti Melayu ini jugalah ramai pelajar dibuang kolej, ramai anak kehilangan bapa yang disumbat dalam ISA, ramai yang hilang pekerjaan, ramai yang dibuang sahabat handai dan saudara mara. Banyak business melayu lingkup contohnya Abrar. Ramai yang cedera fizikal dibelasah oleh kuncu-kuncu suruhan UMNO. Semuanya bermula dari fitnah UMNO (Keganasan Paling dahsyat dalam sejarah Malaysia Merdeka). Pemimpin UMNO pernah mencanangkan kepada dunia Anwar pukul mata sendiri, Anwar bekam mata sendiri, Anwar agen amerika, Anwar tipu sakit, Anwar liwat, Anwar Zina. Akhirnya dAnwar dipenjara 6 tahun atas tuduhan rasuah yang tidak melibatkan satu sen pun wang. Kita lihat hari ini pemimpin umno yang terlibat dengan politik wang (rasuah)tidak dipenjara pun, malah jawatan menterinya masih disandang. Sekali lagi, SIAPA YANG GANAS???
Kemelut ekonomi negara berpunca dari sifat membazir pemimpin2 UMNO. Bukan kita tidak cakap, bukan kita tidak halang tetapi sifat bongkak dan tamak mereka akhirnya kita sebagai rakyat juga yang menanggungnya. Lihat sahajalah MAHLIGAI PERDANA MENTERI yang dibina dengan belanjar lebih RM200 juta. Dua ratus juta bukan sikit. Kemudian baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita dari parlimen Mahligai tersebut telah mengalami proses ubahsuai berjumlah RM12.5 juta hanya selepas 4 tahun digunakan. GANAS atau tidak? Apakah negara kita sudah tidak ada orang miskin? Tonton sahaja rancangan BERSAMAMU TV3... agaknya dengan RM200 juta campur RM12.5 juta perlukah lagi mengutip derma. Mahligai tersebut hanya untuk keselesaan beberapa orang tua termasuk seorang tua yang sedang berehat di Hospital terbaik di Amerika.
Harga petrol dinaikkan atas alasan kerajaan mahu gunakan duit subsidi untuk buat pembangunan. Pembangunan apa? Ubah suai rumah PM? Masihkah kita ingat tragedi jambatan KADA di Kelantan yang meragut beberapa nyawa? Dimanakah kerajaan waktu itu? Mana wang yang dikatakan untuk pembangunan itu? Kenapa wang derma untuk Mangsa Tsunami tidak diberikan semua sekali kepada mangsa? Kenapa pula ditulis "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL" untuk membina semula jeti di Kuala Perlis dan rumah transit mangsa tsunami sedangkan wang yang digunakan adalah hasil dari kutipan derma orang ramai? Bukankah ini satu keganasan.
Setiap kali pilihanraya, Maka setiap kali itu jugalah UMNO akan menjaja pembangunan. Tetapi kita tidak sedar kita ditipu. Pembangunan yang dijaja itu bukan Asli. Akhirnya rakyat juga yang membayar janji UMNO itu. Bayangkan kalau 10 sen diambil dari poket setiap pengguna petrol bagi satu liter berapa banyak yang diambil oleh UMNO demi melunaskan janji pembangunan pilihanraya. Malangnya lagi pembangunan ini juga terpilih. Hanya penyokong mereka sahaja yang merasa itupun tak semua. Tetapi yang membayarnya setiap orang tak mengira parti. Bukankah ini keganasan?
Kalau Parti PAS dinafikan Hak untuk membuat aktiviti, kenapa pula tidak setiap ahli PAS dikecualikan dari membayar cukai kepada kerajaan? Kenapa sewaktu memohon biasiswa ditanya tentang keahlian parti sewaktu membayar cukai pendapatan tidak ditanya? Kenapa sewaktu meminta subsidi baja diminta nombor ahli parti UMNO, tetapi sewaktu membayar cukai tanah tak minta nombor ahli PAS?
Kenapa mempertahankan diri dikatakan ganas, tetapi menahan orang tanpa bicara dikatakan untuk keselamatan negara? Yang hairanya yang ditahan hanya penyokong pembangkang. Yang kuat rasuah, yang main politik wang, yang pukul tahanan, yang fitnah orang, yang ceroboh tanah rakyat, yang apikan isu perkauman dengan menghunus keris semua orang UMNO tidak pula dikatakan mengancam keselamatan negara. Malah yang buat Nuclear Warhead pun disenarai antara melayu terkaya di Malaysia dan masih bebas berniaga.
Jadi BERFIKIRLAH! jangan kita jadi melayu tipikal. Apabila taksub kepada sesuatu kumpulan, maka bulat2 kita percaya kata-kata pemimpin kumpulan tersebut. Bila pemimpin kita tuduh kumpulan lain ganas kita pun mnegiyakan. Sedangkan kita tidak pernah pun memikirkan akan puncanya. Sebagaimana Amerika menuduh ISLAM itu MILITAN, walhal punca keganasan umat ISLAM adalah kerana ditindas Amerika. Apakah umat ISLAM yang memulakan keganasan? Tentunya tidak. Begitu jugalah setiap apa yang dikatakan "keganasan" PAS bukan kerana PAS GANAS.. tetapi kerana tindak balas terhadap provokasi dan penindasan yang dikenakan. Apakah anda akan membiarkan saja orang lain membuli anda? Sekali dua mungkin tidak mengapa.. bagaimana kalau berkali-kali?
Hanya iman dan akal yang sihat boleh memberi jawapannya. Jangan jadi Pak Turut semata.. kalau Idris Jusoh nak masuk neraka tak payahlah kita ikut. Sekurang-kurangnya Idris Jusoh dapat habuan dunia.. bagaimana dengan kita???
Al-Fatihah kepada Allahyarham Ketua SB Terengganu yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya beberapa hari selepas peristiwa Batu 6. Kita harap beliau tidak terlibat dalam peristiwa tersebut. SEKIAN.
IMTIAZ- Tok Has, Besut.