Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    jom boikot..
    12.31.05 (11:54 pm)   [edit]
    Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN
    dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan sukarela dan para pejuang keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar menghormati pengguna.



    Kita renung antara fakta-fakta berikut :-

    · COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;

    · Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

    · COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini;

    · Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

    · Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

    · Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

    · Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush...?

    · Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

    · Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.

    BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.


    Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.



    “BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA”


    PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN
    3 Comments
     
    Bersyukur...
    12.15.05 (8:20 pm)   [edit]

    Bersyukur...

    Tekan untuk dapat foto yang jelas
    Bersyukur kepada Ilahi... Sama ada dalam waktu senang atau susah

    0 Comments
     
    Kenapa ini boleh berlaku???
    12.15.05 (8:17 pm)   [edit]


    BERKIBAR MEGAH DI ATAS BANGUNAN UMNO... Tidak sensitif atau sudah hilang sensitiviti. Inilah yang berlaku kepada parti yang kononnya memperjuangkan Melayu dan agama Islam ini. Walaupun dalam pasport Malaysia jelas ditandakan Israel sebagai sebuah negara yang tidak boleh dilawati oleh rakyat negara ini, tetapi kini bendera Israel berkibar megah di atas bangunan Umno sendiri. Gambar ini diambil oleh jurugambar Harakah jam 3.30 petang 15 Disember di atas bangunan Umno yang terletaknya PWTC. Foto Wan Zahari.

    3 Comments
     
    Siapa perlu minta maaf pada siapa???
    12.15.05 (8:15 pm)   [edit]

    Pak Lah turut digesa minta maaf kepada rakyat Malaysia

    Apakah permohonan maaf kepada China atas tindakan polis membogelkan wanita yang pada awalnya dikatakan warga China menunjukkan bahawa tindakan polis itu turut di kecam oleh Pak Lah?


    Hari ini kita dimaklumkan bahawa wanita itu bukan rakyat China. Wanita itu rakyat tempatan dan orang Melayu kita? Apakah Pak Lah akan turut meminta maaf terhadap rakyat negara ini atas tindakan polis tersebut? Sebenarnya kalau Pak Lah mampu minta maaf kepada China maka Pak Lah juga perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia.


    Abdullah Badawi, Azmi: Sila mintak maaf kepada rakyat Malaysia !!!

    Isu wanita “China” yang dibogelkan dalam tahanan menjadi lebih dramatik apabila Inkuiri Awam  (diwakili lima orang ahli panel bebas) semalam mendedahkan identiti wanita tersebut sebagai  orang Melayu tempatan dan bukannya wanita dari negara China!

    Pendedahan ini amat memalukan apatah lagi pihak kerajaan secara tergopoh gapah mengutuskan  Datuk Seri Azmi Khalid mengadap Negara China untuk memohon seribu kemaafan diatas layanan  buruk polis terhadap wanita “China” tersebut. Apakah YAB PM tidak mendapat fakta atau  maklumat yang secukupnya daripada pihak polis sebelum lawatan itu dibuat? Adakah lawatan  tersebut dibuat sekadar untuk mendiamkan (pacify) golongan tertentu ketika BN ditentang hebat dalam kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir?

    Dan kini setelah identiti gadis yang sebenar diketahui, maka pihak kerajaan perlu memohon maaf secara rasmi pula kepada rakyat Malaysia diatas tindakan pihak polis yang memalukan  terhadap gadis Melayu tersebut. Jangan pula penyalahgunaan kuasa pihak polis dalam kes ini  didiamkan selepas pendedahan ini dibuat.

    Terlampau banyak kes yang melibatkan tahanan polis dilayan secara buruk ketika dalam  siasatan. Maka sebagai rakyat Malaysia saya mahu melihat YAB PM mengarahkan Inkuiri Awam ini diperluaskan kuasanya untuk menyiasat semua kes-kes salahguna kuasa polis terhadap tahanan  rakyat tempatan, bukan sekadar rakyat dari China sahaja kerana kita tidak mahu kerajaan  hanya bersikap “Anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui”.

    Abu Harith

    0 Comments
     
    Pengundi hantu apa cadangan anda ?
    12.12.05 (9:27 am)   [edit]
    Pengundi hantu apa cadangan anda ?

    Fikir Sejenak lancerwrx40 menulis - "Ketidak terlusan sistem pilihanraya dengan penipuan demi penipuan semakin membimbangkan. Malah hampir-hapir mencetuskan pertumpahan darah demi untuk menegakkan pihak masing-masing. 'PEGUNDI HANTU' masalah yang sedang hangat diperkatakan sebelum dan selepas pilihanraya adalah besar bagi sesetengah pihak. Namun apakah kita tidak dapat memikirkan cara-cara nak mengatasi masalah tersebut ? Rumit sangatkah masalah tersebut sehingga isu ini selalu dibualkan dan menjadi buat mulu ketika pilihanraya.

    Dari segi pihak SPR, apakah mereka tidak mempunyai kepakaran dan cotoh tauladan daripada pengalaman yang lepas dan daripada pengalaman negara yang lain. Sekali fikir amatlah malang sekali kepada pihak SPR apabila setiap kali pilihanraya pihaknya menjadi bahan kutukan daripada pihak yang bertanding.

    Tiadakah cara untuk mengatasi kutukan demi kutukan ini, mengapa benda yang semudah ini pun tidak dapat diatasi ? Dimanakah Ijazah dan sijil-2 kehormat yang anda perolehi dan apakah nilainya jika hal ini pun tak dapat diselesaikan.

    Disini saya bukan apa, hanya ingin meluahkan perasaan kesiannya saya kepada mereka yang teraniaya ini. Mungkin mereka tidak sedar akan kesilapan mereka ataupun mereka menghadapi tekanan daripada pihak yang tertentu ataupun kurang peruntukkan ataupun masalah lain yang kita semua tidak ketahui.

    Yang menjadi teramat malangnya disini adalah kerana mereka tidak mahu mengubah diri mereka sendiri, masih kekal dengan kesombongan, kebongkakan, keegoan diri yang amat tebal sekali. Masalah system yang seringkali disebutkan adalah perkara kecil bahkan langkah yang terakhir sekali untuk di guna pakai. Kenapa ? Kita ambil iktibar daripada system yang Nabi Muhammad kita buatkan dahulu 1400 tahun lebih. Yang pertama diterapkan adalah bukan sistem, tetapi peribadi ummat itu sendiri dahulu. Apa gunanya kalau sistem itu baik paling canggih tetapi ummat hancur. Adakah orang yang jahat akan ikut sistem yang dibuat (undang-2) ? Cubalah fikirkan sendiri masak-masak. Tak ada gunanya sistem yang terbaik sekalipun jikalau jatidiri ummat itu hancur. Kesedaran ini yang penting dan paling utama. Yang kita perlu faham sekarang sistem hanyalah pelengkap kepada akhlak yang baik itu sendiri, dimana setiap yang hidup ini ada yang baik dan jahat, jadi system itu hanyalah untuk mereka yang jahat dan tidak berpendirian yang betul.

    Begitulah maksud saya kalau orang dalam SPR sendiri yang tidak ingin mengubah diri mereka, maka sampai bila-2 pun mereka akan menjadi bahan kutukan dan tomahan.

    AMAT MUDAH UNTUK MENYELESAIKAN PENGUNDI HATU.

    1. Letakkan camera CCTV di tempat mengundi dimana setiap pengundi akan akan dirakam muka mereka yang menggundi. Masa dia pankah tu pedulikanlah.

    2. Kamera CCTC ini hendaklah dipantau oleh parti yang bertanding bersama satu badan pemantau bebas dan pihak polis.

    3. Untuk kepastian lagi pihak SPR mestilah mebenarkan pihak yang bertanding untuk merakam pengundi yang masuk mengundi dengan jarak yang tertentu dan dipantau bersama pihak yang bertanding, pihik SPR dan badan bebas.

    4. Pendaftaran senarai nama pengundi hendahlah diedarkan dalam masa lebih daripada sebulan dan tiada lagi sebarang perubahan dalam nama pengundi tersebut dimana pihak yang bertanding, polis dan badan bebas mendapat senarai tersebut.

    Dengan empat cara yang mudah ini pun tak boleh buat ke ? Kalau kekurangan peruntukan tak pe, bagi peluang kepada pihak yang tidak berpuas hati yang curiga melakukannya dan SPR, polis dan badan bebas jadi pemerhati bahkan saksi.

    Jangan la kita menjadi bebal kerana doa orang-2 yang terania. Dimanakah maruah pihak SPR ? Dengan pangkat yang diberikan, wang yang ada, rumah, kereta, semuanya boleh betambah tapi umur anda semakin berkurangan. Bila-2 masa sahaja kita boleh masuk kubur, dah tak ada nilainya masa tu untuk berubah. Jadi ubahlah sekarang, maruah amat bernilai jika kita berada dipihak yang benar.

    Untuk menyelesaikan masalah ini, ada tak boleh melepaskan jawatan, tidak semudah itu, kerana setiap kekotoran yang kita buat kita kena bersihkan, bahkan yang orang lain buat pun kita kena bersihkan kalau sudah terkena pada diri kita.

    Wahai orang SPR berubahlah, selagi peluang masih ada, biar ramai orang yang datang mendoakan kamu semasa dikubur kerana keadilanmu, tetapi jangan biarkan orang menghinamu disaat kematianmu.

    CELAKALAH KEPADA ORANG YANG MENGETAHU KEBENARAN KEMUDIAN MENYEMBUNYIKANNYA."
    2 Comments
     
    Pengerusi SPR wajar dipecat dan didakwa
    12.09.05 (3:21 pm)   [edit]
    Pengerusi SPR wajar dipecat dan didakwa

    Pendapat Penulis Sportlight menulis - "Tidak terlewat rasanya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada perisik-perisik jentera BA yang berjaya menangkap pengundi hantu. Saya secara peribadi amat berbangga dengan kejayaan ini. Bertugas seperti ‘Special Branch’ ini harus dipertingkatkan lagi keupayaan dan jumlah anggotanya untuk terus membuat pemantauan yang bukan sahaja pengundi hantu tetapi terhadap anggota polis dan pegawai SPR yang bertugas.

    Peristiwa pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir membuktikan bahawa SPR jelas tidak berlaku adil, telus dan bebas. Kini, tidak lagi boleh diterima alasan dan penjelasan daripada Pengerusi SPR setelah banyak kesalahan dan penipuan ketika PRU ke-11 yang lalu berulang lagi. Segala janjinya untuk memperbetulkan badan itu dilihat hanya untuk menarik perhatian dan menyedapkan telinga yang mendengar. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mungkin akan bergelar Tun pula selepas ini memang wajar diheret ke muka pengadilan kerana didapati bersubahat melakukan penipuan.

    Pengerusi SPR tidak seharusnya terpengaruh dengan kenyataan Najib Razak yang mengatakan bahawa pengundi hantu ini hanyalah khayalan sahaja kerana terdapat banyak bukti penipuan dan tangkapan berjaya dilakukan. SPR sepatutnya kena bertindak pantas dan tegas jika terdapat undi hantu untuk membuktikan badan itu benar-benar bebas, adil dan bertanggungjawab. Pendedahan siasatan dari badan pemantau bebas (MAFREL) tentang wujudnya penggundi hantu sebelum tiba hari mengundi dilihat begitu menakutkan SPR apabila badan itu sendiri bertindak membuat laporan polis atas alasan mengganggu proses pilihanraya. Tindakan badan ini menyerlahkan peranan SPR yang bersubahat melakukan penipuan tersebut.

    Kini, jaminan daripada SPR dan Polis untuk menjalankan tugas dengan lebih adil dan bertanggunjawab tidak lagi boleh dipercayai. Oleh itu Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang ditubuhkan pada 12 November 2005 yang lalu adalah amat tepat pada waktunya dan dilihat mampu untuk memberi saingan serta cabaran terbaru kepada parti BN dan jentera kerajaan yang korup. Sudah sampai masanya kita pula bertindak untuk memantau pergerakan polis cawangan khas, pegawai-pegawai SPR, BPR dan hakim-hakim di negara ini.

    Pimpinan BA diharap pamerkan kesungguhan untuk bertindak sehingga pengerusi SPR ini dipecat dan diheret ke muka pengadilan. Selagi Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini wujud di badan SPR, selagi itulah undi hantu ini tidak akan selesai kerana beliau diyakini adalah raja hantu tersebut.
    "
    1 Comments
     
    Anda bangga menjadi rakyat Malaysia ??
    12.08.05 (8:04 pm)   [edit]
    Anda bangga menjadi rakyat Malaysia ??
    Dilulus terbit pada Thursday, December 08 @ 13:56:42 MYT oleh AbuJihad

    Fikir Sejenak Sportlight menulis - "MALAYSIA yang telah lama dipandu parti politik BN kini telah berjaya melaksanakan sistem pemerintahan sebuah negara diktaktor contoh yang moden dan bernafas baru. Pengatur sistem pemerintahan diktaktor yang memakan masa untuk dilaksanakan ini telah bermula sejak pemerintahan Perdana Menteri yang lalu. Mereka juga dikatakan jaguh memperjuangkan demokrasi dan keadilan di negara-negara bergolak tetapi sebaliknya menekan dan menindas pejuang-pejuang yang menuntut keadilan di negara sendiri.

    Berbanggakah anda menjadi rakyat Malaysia sekiranya :-

    1) kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong hilang;
    2) kuasa Raja-Raja Melayu hilang;
    3) kuasa mufti-mufti hilang;
    4) kegagahan BPR hilang;
    5) memiliki hakim yang rendah moral, kredibiliti dan kelayakan;
    6) memiliki akta AUKU, OSA dan ISA yang mencengkam;
    7) Polis yang tidak bertindak adil dan professional;
    8) saluran media massa dan elektronik yang tidak bebas;
    9) SPR tidak berlaku adil dan telus;

    Senjata rakyat Malaysia telah pun dirampas sebelum turun ke medan perjuangan. SPR dan BPR yang diletakkan kuasanya di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah punca negara ini semakin condong ke arah sistem pemerintahan kuku besi. Pak Lah diyakini sebagai bahan ujikaji kepada sistem pemerintahan ini dan dijangka akan dipaksa letak jawatan atau dipecat sekiranya tidak mematuhi arahan pihak pengubal sistem pemerintahan diktaktor yang masih lagi aktif disebalik tabir.

    Namun ujian yang dihadapi rakyat Malaysia tidaklah setanding cabaran rakyat di Iraq dan Afghanistan. Berjaya menjadikan sistem pemerintahan yang tempang adalah merupakan kubu dan kubur terakhir rejim BN. Bersama nafas yang sangat mulia, marilah kita sumpahkan seluruh pimpinan tertinggi BN akan musnah sebelum menjelang PRU ke-12.
    3 Comments
     

    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter


     



    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com

    ANTARA TAJUK2
    MENARIK DI TarakNama



    Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.
     
     
    Mahathir VS Kerajaan

     

     



    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com