Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Panas...sejuk...spekulasi rombakan kabinet muncul semula
    01.25.06 (1:06 pm)   [edit]

    Tidak begitu ramai yang tertarik lagi mengenai spekulasi rombakan kabinet.Ini kerana ia sudah hangat berkali-kali tetapi tidak ‘ menjadi’ kebelakangan ini.
    ”Betul ke?..tak mungkinlah,” begitulah bunyi cakap sebilangan orang politik yang melepak disekitar ibupejabat UMNO,PWTC ketika berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Selasa.
    Namun begitu ada yang cepat-cepat berlari bertanya rakan-rakan wartawan ketika turun di lobi bangunan itu adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi umum rombakan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat selama tiga jam .
    Jawabnya memang tidak ada dan tidak ada seorangpun wartawan yang bertanya Presiden UMNO soalan mengenai rombakan kabinet semasa sidang akhbar.
    Spekulasi terhangat muncul semula pada awal bulan Januari ini.Ramai yang menduga sekembali Abdullah dari bercuti dan sempena tahun baru beliau akan umum mengenainya.
    Sebaliknya bila ditanya wartawan Perdana Menteri membayangkan ia mungkin berlaku lepas April ini setelah Rancangan Malaysia Ke 9 dibentangkan di Parlimen.
    Sejak itu spekulasi mengenainya sepi semula.Apapun Agendadaily mendapat tahu ada kalangan yang yakin rombakan kabinet dalam berlaku bila-bila masa sekarang.
    ”Tak sehari dua ni...lepas cuti Tahun baru Cina nanti,”kata mereka.Antara indikasinya,kata mereka ialah beberapa orang pegawai menteri yang jarang sekali berada sekitar PWTC bila mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung kelihatan melepak sama di situ.
    Lagipun merurut mereka deraf RMK9 sudah selesai dan tunggu masa untuk dibentangkan saja.” Jadi jangan terkejut kalau Pak Lah umum rombakan anytime sekarang,”kata salah seorang dari mereka dengan penuh yakin.
    0 Comments
     
    Kontroversi undang-undang keluarga Islam disengajakan
    01.17.06 (12:09 pm)   [edit]
    Kontroversi undang-undang keluarga Islam disengajakan Monday, January 16 @ 16:54:08 MYT Oleh ROY RASUL KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) – Kontroversi Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2005 yang heboh diperkatakan adalah sengaja diada-adakan, kata Presiden Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM),Haji Muhammad Burok. Muhammad Burok berkata demikian dalam program taklimat dan diskusi mengenai ‘Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2005’ yang diadakan di Markas PAS, Taman Melewar pada 13 Januari lalu, dan telah mendapat sambutan menggalakkan khasnya di kalangan muslimat. Program tersebut yang dianjurkan oleh Muslimat Legal Team (Muslet), Dewan Muslimat PAS Pusat menampilkan dua ahli penal iaitu Haji Muhammad Burok dan Timbalannya, Zainul Rijal Abu Bakar. Program tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib memberi penerangan yang jelas mengenai kecelaruan yang berlaku dalam akta undang-undang tersebut terutamanya mengenai kes harta sepencarian dan poligami. Sementara itu, pimpinan tertinggi PAS juga tidak ketinggalan menyertai majlis tersebut antaranya, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo’Lo’ Ghazali; Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad; Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS, Dr Halimah Ali; Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusai, Hanipa Maidin dan lain-lain. Sementara itu Muhammad Burok dalam diskusi tersebut berkata, pada awalnya Pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984’ tidak pun menjadi isu penting tetapi disebabkan timbul kontroversi oleh badan-badan Wanita maka ia hangat dibincangkan sekarang. “Kontroversi ini diada-adakan walhal pada PGSM ia tidak sepatutnya menjadi kontroversi dan yang menimbul kontroversi itu orang yang sama juga yang mendesak kerajaan untuk meminda undang-undang tersebut,” katanya. Malah katanya, kebanyakan negeri telah dibentang di Dewan Undangan Negeri dan tidak pun ada bantahan pada hal sama dengan Wilayah Persekutuan. Sementera itu, Dr Mariah berkata, dari dulu lagi ramai yang membuat persepsi bahawa Mahkamah Syariah tidak memberi khidmat yang begitu baik kepada kaum wanita. Oleh sebab itu katanya, orang awam perlu diberi pengetahuan kerana ramai yang tidak tahu secara mendalam mengenai undang-undang keluarga Islam. “Kadang-kadang kita tidak mengetahui semuanya dan kita bukannya peguam. Apa yang diketahui melalui media. “Malangnya orang yang ada pengetahuan tidak memberi maklum balas,” katanya. - mks.
    3 Comments
     
    PAS sokong penuh projek nuklear untuk tenaga Iran
    01.17.06 (12:07 pm)   [edit]
    PAS sokong penuh projek nuklear untuk tenaga Iran - Presiden Monday, January 16 @ 07:00:14 MYT "Program pembangunan nuklear ini hanya untuk keperluan tenaga elektrik Iran dan bukan untuk melindungi pembinaan bom atom sebagaimana yang didakwa Barat," kata Abdul Hadi dalam suratnya itu. KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh)- PAS menghantar surat sokongan penuhnya kepada Kerajaan Republik Islam Iran bagi meneruskan projek nuklear untuk tenaga elektriknya. Surat yang dihantar oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang itu telah diserahkan kepada Duta Iran di Kuala Lumpur 13 Januari lepas. "Kami mengambil peluang ini untuk menyampaikan sokongan kepada Kerajaan Republik Islam Iran untuk menghentikan pergantungan dua tahun terhadap penyelidikan tenaga nuklear Iran. "Program pembangunan nuklear ini hanya untuk keperluan tenaga elektrik Iran dan bukan untuk melindungi pembinaan bom atom sebagaimana yang didakwa Barat," kata Abdul Hadi dalam suratnya itu. Iran kini mendapat tekanan Barat ekoran langkahnya mahu meneruskan semula projek penyelidikan nuklear untuk tenaga elektriknya. Kerajaan Amerika pula menganggap langkah Iran ini mengancam negara Israel. Bagi PAS, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan penerima anugerah nobel, Mohamed Elbaradei telah mengesahkan tidak ada sebarang bukti Iran berusaha membangunkan senjata nuklear. Lagipun, kata Presiden PAS lagi, Iran sendiri adalah salah satu negara yang telah menandatangani NPT yang berusaha untuk mengawal penyebaran senjata nuklear. "Kami dengan ini memberikan sokongan sepenuhnya kepada Iran untuk membangunkan tenaga nuklear untuk damai," kata beliau dalam suratnya itu. Salinan surat Abdul Hadi: 13th January 2006 PAS/P. PRES/3.02 (06) His Excellency The Ambassador of the Islamic Republic of Iran to Malaysia Embassy of the Islamic Republic of Iran No.1 Lorong U Thant Satu Off Jalan U-Thant 55000 Kuala Lumpur Fax No : 03-4256 2904 Sir, SUPPORT TO THE ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN ON THE RESUMPTION OF NUCLEAR FUEL RESEARCH May peace and blessing of Allah be upon you. We would like to take this opportunity to extend our support to the Islamic Republic of Iran to end the two-year suspension of nuclear fuel research. This nuclear development is solely to meet electricity needs of the republic and not serve as a cover to build an atomic bomb as claimed by the West. Furthermore, IAEA chief and Nobel laureate Mohamed ElBaradei had underlined that there was no evidence Iran was developing nuclear weapons. Also, the right to peaceful nuclear technology is already enshrined in the Non-Proliferation Treaty (NPT) that for 35 years has governed efforts to contain the spread of atomic weapons, which Iran is one of the signatory to this covenant. We reiterate our full support the Islamic Republic of Iran right to further develop the peaceful nature of its nuclear program. Your brother in Islam, DATO’ SERTI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG President -ZS
    3 Comments
     
    Anak Haram bejadah AMELIKA...
    01.12.06 (1:23 pm)   [edit]
    Saya lanie tension sama itu AMELIKA..pasai paa dia sebok pasai IRAN buat itu nuklear..yg dia buat tak apa pon...dunia pulak yg takut kat AMELIKA tuu apasai.....mai pakat2 jadi macam IRAN tuuu...kasi gertak itu AMELIKA ramai2.....amacam apa kata kau org kita bincang ramai ramai......
    3 Comments
     
    Bigfoot: Kaum zaman Iskandar Dzulkarnain?
    01.12.06 (1:20 pm)   [edit]
    Bigfoot: Kaum zaman Iskandar Dzulkarnain?
    Dilulus terbit pada Wednesday, January 11 @ 19:52:04 CST oleh LinuxPro

    Bahan Umum Dihantar Oleh : cakroaminoto

    "Dalam Tafsir Al Quran oleh Bapak Ahmad Sonhadji Mohamad dalam Juz 16 muka surat 34 , beliau telah menghuraikan bahawa Dzulkarnian telah menemui satu bangsa yang ganjil keadaannya. Mengikut tafsir al Maraghi menyebut bangsa itu terdedah tubuh badannya ( berbogel) kerana tiada berpakaian, tiada rumah dan terdedah kepada panas matahari.

    Mereka mendiami lubang-lubang dalam tanah. Di lubang itulah mereka berlindung pada waktu siang dan keluar pada malam hari untuk mencari makan mengikut cara mereka. Mereka tidak pula mengikut kebiasaan lain-lain bangsa.

    Berdasarkan beberapa penemuan rakyat negara kita, hampir kesemuanya mendakwa terserempak dengan makhluk berbulu ini selepas lewat senja dan malam. Adakah ini manusia ganjil yang dikhabarkan oleh Allah swt dalam surah Al Kahfi ini?
    2 Comments
     
    Renungkan... Artikel kenaikan harga minyak
    01.12.06 (1:15 pm)   [edit]
    Renungkan... Artikel kenaikan harga minyak
    Dilulus terbit pada Thursday, January 12 @ 06:46:21 CST oleh LinuxPro

    Artikel Dihantar Oleh : DinKuale

    "Artikel ni ditulis oleh seseorang yg mahu dikenali sbg 'hamba tuhan yg kerdil'. Ada baiknye kita renung sejenak ape yg ingin diperkatakan olehnye...

    Apabila ditanya oleh wartawan asing mengenai kesan kenaikan harga minyak ke atas ekonomi negara, jawab pemimpin Malaysia seperti ini - 'Kita tidak akan mengalami masalah kerana Malaysia ialah sebuah negara net producer untuk petroleum (hasil ekspot melebihi kos import untuk minyak)'.

    Apabila ditanya rakyat, kenapa harga petroleum dinaikkan, ini pula jawapannya, 'Adalah tidak adil untuk kerajaan menanggung subsidi untuk harga minyak yang diimpot untuk kegunaan rakyat. Lebih baik kita salurkan wang tersebut kepada pembangunan negara seperti membuat jalanraya, hospital dll.'

    Di manakah kelebihan rakyat yang dilahirkan di negara yang dianugerahkan Tuhan dengan minyak ini? Situasi ini boleh difahami jika dihadapi oleh rakyat Jepun atau Singapura yang tidak mempunyai hasil galian minyak asli.

    Bagaimana pula dengan penggunaan wang hasil dari ekspot Petroleum untuk menyuntik dana ke dalam bank yang rugi akibat salah urus? "

    Bagaimana dengan penggunaan wang petroleum untuk membina bandar pentadbiran Putrajaya?

    Adakah ia adil?

    Nampaknya semua perkara adalah adil dan "fair" selagi rakyat marhain yang tidak mendapat manfaat tersebut. Adakah keuntungan dari ekspot Petroleum tadi menjadi kurang apabila diambil sedikit hasilnya untuk manfaat rakyat marhain seperti memberi sedikit subsidi untuk harga petrol?

    Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia menanggung beban pula bagi menampung "kebanggaan negara" seperti Proton. Separuh dari gaji bulanan rakyat digunakan untuk membayar 'installment ' bulanan kereta.

    Akibat dari tekanan kewangan, scrap metal (kereta potong) 'half cut' dibawa masuk ke Malaysia. Besi buruk yang dibuang oleh pengguna di Jepun, Singapura dan Eropah dibawa masuk ke Malaysia untuk diguna pakai oleh rakyat. Komponen-komponen enjin yang terbuang ini digunapakai kembali, mungkin terdapat juga kereta yang telah terbabit kemalangan dan sebagainya. Apa nak buat, kalau nak source yang baru, harganya sama dengan satu tahun gaji terkumpul.

    Keselamatan rakyat sendiri terabai kerana menanggung kos "kebanggaan negara". Besar sungguh pengorbanan rakyat negara ini untuk memuaskan nafsu dan menampung kesilapan pemimpin negara.

    Di negara Britain pula, harga kereta Waja sekitar 8 ribu pound sterling. Gaji purata seorang eksekutif yang berumur 30an tahun di Britain ialah sekitar 5 ribu pound sterling. Waja untuk edisi ekspot mempunyai 4 airbags, ABS dan pelbagai ciri keselamatan. Jaminan menyeluruh (Full warranty - body, engine, gearbox and everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam masa tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar) akan ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam tahun (sepanjang hayat kereta).

    Jika saudara-mara Tony Blair, Michael Howard, Jack Straw atau sesiapa jua mat saleh di UK memiliki Waja berusia 5 tahun, kemudian enjin atau gearbox tidak berfungsi, Proton akan menggantikan komponen terbabit tanpa kos. Menurut majalah "car review" di UK, tiada pembuat kereta lain di dunia ini yang memberi warranty sebegitu komrehensif dan menarik kepada pembeli.

    Siapakah sebenarnya "hamba abdi" yang menanggung kos terbabit?

    Rakyat negara manakah sebenarnya yang menanggung beban kewangan (dan bebanan mental) untuk mambayar harga bagi memberi keselamatan dan keselesaan kepada pembeli kereta Proton di UK?

    Adakah patut kita berbangga kerana negara kita "mampu" membuat kereta?

    Adakah negara seperti Austria, Norway, Finland, Kanada, Denmark, Switzerland, Taiwan dan banyak lagi negara maju lain tidak "mampu" membuat kereta yang menyebabkan mereka tidak mempunyai projek kereta "nasional"?

    Adakah rakyat dan kerajaan Britain "tidak mampu" menanggung beban kewangan syarikat Jaguar, Bentley, MG, Rover, RollsRoyce, Lotus dll. sehingga mereka "menggadaikan maruah" negara dengan membenarkan syarikat asing memiliki stake dalam syarikat-syarikat tersebut? Ini bukan soal mampu atau tidak, ini soal bodoh atau cerdik.

    Juga persoalannya ialah adakah negara meletakkan kepentingan rakyat marhain mengatasi kepentingan yang lain?

    Thailand yang mengamalkan dasar polisi pintu terbuka untuk industri otomotif telah berjaya menarik syarikat asing seperti Honda, GM, Ford, BMW dan sebagainya ke negara tersebut untuk membuka kilang dan pusat R&D masing-masing. Jika projection (jangkaan) Proton diambil kira, menjelang tahun 2010, Proton akan berjaya mengekspot 45,000 buah kereta. Thailand pula akan berjaya mengekspot 250,000 buah kereta. Walaupun kereta yang diekspot dari Thailand adalah berjenama Honda, Chevrolet, Toyota, Ford dll, kandungan bahan tempatan (Thai contents) di dalam kereta tersebut mencapai sehingga 85%.

    Kereta yang diekspot oleh Proton pula, walaupun berjenama dan logo tempatan (kepala harimau disembelih), kandungan tempatan (local contents) belum tentu boleh mencapai angka setinggi tersebut. Di Malaysia, syarikat asing hanya membuka assembly plant (tempat pemasangan) untuk kenderaan mereka dengan mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu menjadikan keluaran mereka status CKD (complete knockdown) supaya cukai boleh dikurangkan. Kesemua mould dan expertise telah siap dibangunkan di Thailand atau Jepun. Kereta Honda City ialah contoh product Thailand. Ia dibina dari scratch di Rayong, Thailand. Komponen-komponen kemudian dibawa ke Malaysia, Filipina, Indonesia untuk pemasangan. Kereta yang siap dipasang di Thailand diekspot ke seluruh dunia termasuk Jepun! Tiada satu Honda City yang dipasang di Jepun. Honda City di Jepun ialah sebuah kereta CBU dari Thailand. Bilangan pekerjaan (job creation) untuk rakyat yang terhasil dari dasar otomotif Thailand berlipat-lipat kali ganda jika dibandingkan dengan Malaysia. Thailand dikenai sebagai "Detroit of Asia" dan akan menjadi salah satu dari pengeluar kereta bertaraf dunia - setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan.

    Hanya rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) sahaja yang menjadi seperti "vulture" atau gagak yang merobek-robek longgokan sampah besi buruk yang dilusuh (scrap) oleh penduduk negara lain. Di dalam longgokan sampah sarap besi buruk inilah rakyat Malaysia menjumpai alternator, pulley, pump dan sebagainya. Itu pun harganya bukanlah semurah yang disangka. Jika alternator yang baru kosnya RM1000, Ah Leong atau Chong di kedai potong (half cut) tadi akan menjual kepada kita barangan buangan tadi pada harga sekitar RM550. Jika selepas seminggu menggunakan barang buruk dan terbuang tadi, ia menjadi rosak, kita sendiri yang menanggung kerugian. Ini kemudiannya akan menyumbang pula kepada statistik pesakit mental.

    Secara ikhlas saya nyatakan, saya tidak pernah terjumpa rakyat di mana-mana negara di dalam dunia ini yang dilayan sebegitu hina dan cuai sekali, seolah-olah mereka semua ini adalah kambing atau lembu (atau b_b_) di ladang. Negara Komunis yang selalu di- demonised oleh rakyat negara ini (akibat propaganda) melancarkan projek kereta nasional untuk membantu rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu ego sesiapa.

    Kereta LADA (bekas Soviet Union) dan Yugo (bekas republik Yugoslavia) dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat marhain memiliki kenderaan. Kereta tesebut simple dan murah, tetapi tujuannya ialah supaya petani, nelayan juga boleh memiliki kereta.

    Akhir sekali, saya menyeru kepada golongan pemerintah dan elitis supaya mengembalikan tenaga yang telah anda terima dari bumi ini kepada penghuninya.
    2 Comments
     
    Jadi UMNO untuk kekayaan
    01.12.06 (1:11 pm)   [edit]
    Jadi UMNO untuk kekayaan
    Dilulus terbit pada Thursday, January 12 @ 06:59:02 CST oleh LinuxPro

    Bahan Berkala Dihantar Oleh : nurbiha

    "assalamualaikum,
    Sidang pengarang, Salam sejahtera pada pembaca budiman sekalian.Bersyukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana kita dapat berjumpa di alam maya ini. Tidak ingin saya membuang masa anda semua. Cerita aku yang kedua.

    Berberapa hari sebelum acara menyambut tahun secara sederhana pada hari jumaat sebelum saya menunaikan solat jumaat aku dikejutkan deringan telefon bimbit yang nama aku tak pasti kerana nombor tidak di simpan dalam buku telefon. Dari suara aku dapat agak bahawa sahabat lama sudah lama tidak berjumpa.

    Setelah berbual beberapa minit aku bersetuju pergi mengambil beliau dan keluarga untuk di hantar ke KLCC kebanggaan pakcik makcik UMNO di kampung-kampung terutama penyokong kuat.

    Selepas solat jumaat aku bergegas ke tempat mereka untuk menjemputnya.Alangkah terkejut kera,minah labu itu telah membawa mercedes berlampu mata berlalang atau panggilan orang Terengganu mata kacang.

    Yang aku pasti yang aku tahu selama ini beliau baru lepas grad dari UM. Beliau bukan lah dari keluarga terlalu berada cuma sederhana. Tetapi apakah tekaan tuan-tuan pelayar budiman.

    Beliau adalah naib Ketua Puteri UMNO di selatan tahahair.Setiap pilihanraya kecil beliau akan hadir termasuk lah di Pengkalan Pasir.

    Jadi moralnya kalau tuan-tuan budiman hendak rebut kemewahan dah kesenangan dunia sertai UMNO dan menjadi ahli UMNO berpengaruh bukan sekadar memekak di warung-warung tepi jalan (UMNO RM300).
    0 Comments
     

    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter


     



    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com

    ANTARA TAJUK2
    MENARIK DI TarakNama



    Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.
     
     
    Mahathir VS Kerajaan

     

     



    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com