Atas terdesak UMNO Terengganu
telah mengadakan Perhimpunan Setia Perdana di depan pejabat UMNO Negeri
semalam 25 Jun 2005 untuk menandingi bantahan rakyat isu Roboh Masjid
Kg Bujal.
Perhimpunan ini lebih dikenali
perhimpunan menyeksa budak tadika Kemas kerana tak ada yang nak datang
hanya budak tadika sahaja jadi mangsa. Lihatlah pada gambar di atas.
Walaupun
cuti, bagi duit, tambang pengangkutan desakan dan ugutan kepada ahli
tetapi tak ramai yang datang maka, tak ada jalan lain UMNO Terengganu
telah mempergunakan budak-budak tadika kemas untuk memeriahkan majlis.
Dato' Seri Idris Jusoh, langsung
tak ada sifat kesihan belas, bayangkan dahlah berucap panjang lebar.
Sebelum itu beberapa orang pimpinan UMNO turut berucap, yang malang
budak-budak tadika kemas terpaksa memengang sepanduk sepanjang majlis.
Memang kesian kepada budak-budak yang masih mentah. Mak bapaknya satu
hal, tak terfikir mereka bahawa kanak-kanak tersebut letih dan
dipergunakan.
Kalau manusia ada fikiran takkan buat budak-budak tadika kemas macam ini, demi politik murahan UMNO sanggup buat apa sahaja.
Ini pun sama budak-budak
digunakan atas paksaan pemimpin rakus UMNO Terengganu. Dulu mereka
menggunakan budak-budak tadika yang sama melakonkan kononnya dihambat
oleh PAS. Sekarang mereka guna lagi budak tadika. Itulah politik
murahan. Hanya yang bodoh terjerat dengan UMNO.
Patutlah sesetengah pimpinan UMNO kata ganti sahaja si Deris tu dengan Rosol.
Disaat umat Islam seluruh dunia masih terluka dengan tindakan
biadap akhbar Denmark Jyllands Posten yang
menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad saw, sepatutnya
semua pihak khasnya di Malaysia mengambil jalan tengah menyejuk
dan meredakan keadaan. Jangan lagi diguris dan ditoreh luka yang
masih merah berdarah itu.
Apabila akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan
semula karikatur yang sama, pihak kerajaan segera mengambil
tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Demikian juga
apabila akhbar harian Cina Guang Ming Daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur
tersebut, kerajaan telah serta-merta menggantung penerbitannya
selama dua minggu.
Semua ini dilakukan demi memelihara sensitiviti umat Islam yang
telah tidak dihormati atau dipedulikan oleh anasir-anasir dari
Barat itu.
Kita sangkakan keadaan akan kembali tenang, rupa-rupanya masih
ada pihak yang cuba menangguk di air keruh. Dan kali ini pihak
berkenaan bukan calang-calang statusnya, iaitu salah sebuah
akhbar media perdana yang tersohor dalam negara yang ada pula
kaitan langsung dengan parti pemerintah. Akhbar NST telah menyiarkan kartun karikatur berikut dalam ruangan kartun
akhbarnya Isnin lepas:
Ekoran penyiaran karikatur tersebut beberapa badan NGO seperti
GPMS, Persatuan Pengguna Islam PPIM, KIMMA, MAPAN termasuklah
PAS telah membuat laporan Polis kerana menganggap kartun
tersebut menghina Nabi Muhammad saw.
NST sepatutnya bertindak dengan penuh
tanggungjawab dan segera memohon maaf di atas kelalaiannya itu.
Akan tetapi penjelasan yang disiarkan di muka dua akhbar NST hari ini tidak langsung mencerminkan keinsafannya.
Sebaliknya ia menganggap mereka yang membuat laporan termasuklah
pihak media lain yang menyerang tindakannya menyiarkan kartun di
atas sebagai memiliki agenda jahat terhadapnya.
Do we continue to be a
society where a vocal few, with personal vendettas and less than
honourable motives, can whip up sentiments and make the innocent
guilty?
(Adakah kita mahu menjadi satu masyarakat dimana segelintir
kecil yang begitu vokal, yang masing-masing dendam kesumat dan
maksud jahat, memukul gendang dan membuat tuduhan sesuka hati)
NST cuba membela tindakan mereka dengan
menyatakan:
The issue we have to decide
here is whether the cartoon has transgressed the limits; whether
it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam
and the Prophet.
(Isu yang perlu kita putuskan adalah, apakah kartun (itu) telah
melampaui batas-batas yang ditetapkan dan apakah ia menghina
Islam dan Nabi nya?)
Saya sendiri pada awalnya menganggap kartun ini
biasa sahaja dan tidaklah setanding dengan karikatur terbitan Jyllands Posten yang biadap itu. Namun setelah
lama berfikir saya terpaksa bersetuju dengan pihak-pihak yang
telah membuat laporan Polis itu kerana bahang karikatur Jyllands Posten masih panas membara, mengapa NST tidak ambil pusing dan berhati-hati agar maksud
yang sama tidak lagi dieksploitasi oleh mana-mana pelukis kartun
dan karikatur.
Mungkin kartun terbitan NST itu berbeza dari
kartun Jyllands Posten, tetapi maksudnya tetap
sama iaitu memperlekeh dan merendah-rendahkan kecintaan umat
Islam terhadap Nabinya Muhammad saw.
Dalam hal ini saya kira NST perlu segera
memohon maaf dan pihak kerajaan sendiri, suka tak suka, kalau
berani bertindak terhadap Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily, maka walaupun NST kerabat kroni sendiri, tindakan tegas perlu juga
dikenakan.
Dan NST janganlah lagi bermain api, setelah
berjaya melepaskan diri bermain api ketika isu Perkara 121
(1)(A) dan isu Allahyarham Sarjan Moorthy (dan memo Geng 9)
dahulu. Semoga dalam kes ini NST tidak dapat
melepaskan diri.
Ini
ada satu persoalan yang saya dapat dari laman web
UMNO-Reform.com....Lepas di tilik betul nampaknya semakin lama UMNO
memerintah Malaysia semakin hilang hak ketuanan Melayu dimuka bumi
Malaysia nie....
Disini saya senaraikankan serba sedikit imformasi yg saya dapat dari
ceramah Mat Sabu di Komplek PAS Kedah Batu 9 tempohari.
Kemana hilangnya tulisan JAWI jika bukannya umno punya angkara.....
Kemana hilangnya SAR yg rata2nya milik Melayu...
Kemana perginya tanah rizarb Melayu yg diambil untuk pembangunan yg mana tak diganti semula...
Dimana letaknya bahasa kebangsaan BM yg telah digantikan dengan BI untuk ajaq mate & sains....
Melayu Islam...Islam Melayu....inilah motto kita suatu masa dahulu...tapi kini Melayu Islam telah banyak murtad.....
Mahathir hina nabi....melenting....Denmark hina nabi...buat tak tahu jee...
Siapa gadai saham telekom dan saham hospital pada singapore....
.........
........ahhhh aku rasa banyak lagi....jika kau org ada kau org tambahkanlah....
Ini semua jika kau org nak tahu ianya sama seperti lagu....WARISAn...yang mana salah satu rangkapnya berbunyi...
NENEK MOYANG KAYA RAYA...dot..dot...
AIR MATA DARAH....BERCAMPOR KERINGAT...
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG............................
Cuma mahu bertanya - sendiri fikir sendiri jawab
Tuan editor, mari kita fikirkan bersama, Pokoknya UMNO
memerintah - parti dominan tetapi hakikatnya semua orang tahu. Melayu
merempat dan akhirnya kepimpinan menunding jari menyalahkan Melayu.
Cuba lihat hakikat ini, bukan mahu menuduh tetapi fikir sendiri.
Kepentingan kehidupan rakyat terbahagi kepada beberapa kepentingan
asas.
Secara asasnya kita letakkan : Air, Elektrik, Perumahan,
Kesihatan, Sumber Manusia termasuk pekerja dan pengangkutan. Siapa yang
memegang kuasa dalam Kementerian tersebut? Ini dia - Datuk Seri Ong Ka
Ting - Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lim Keng Yeik -
Tenaga , Air dan Komunikasi, Datuk Chua Soi Lek - Kesihatan, Datuk Seri
Fong Chan Onn - Sumber Manusia, Datuk Seri Chan Kong Choy -
Pengangkutan, Datuk Seri Samy Vellu - Kerja Raya. Siapa yang
bertanggungjawab kepada asas kehidupan rakyat Malaysia - mereka inilah.
Cuba fikirkan - hari ini pekerja baik kerajaan dan swasta - siapa
majoritinya, perumahan tempatan, setinggan dan asas kehidupan setempat
siapa menentukannya. Fikirkan lah, dimana kita.
Tidak perlu tunggu ilham, kabinet baru kekalkan menteri ‘bermasalah’ – Husam
Thu | Feb 16, 06 | 02:14:21 PM Oleh Wartawan Harakahdaily
GUA MUSANG, 16 Feb (Hrkh) - Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu sehingga mengambil
masa begitu lama bagi merombak kabinet, memandangkan menteri yang
‘bermasalah’ masih dikekalkan.
Naib
Presiden PAS, Haji Husam Musa berkata, Perdana Menteri tidak perlu
menunggu untuk mendapat ilham begitu lama, sekiranya ditengok kepada
rombakan kabinet yang dibuat kelmarin.
“Menteri
Kerja Raya serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
diketahui umum mencetus kontroversi banyak kontroversi sebelum ini,
namun mereka masih dikekalkan. Sedangkan keperibadian mereka diperbahas
hangat sebelum ini.
“Rakyat
menunggu dalam tempoh begitu lama untuk melihat Perdana Menteri
menyelesaikan secara telus, namun akhirnya ia tidak ke mana juga. Kalau
macam itu tidak payah tunggu masa yang begitu lama untuk membuat
rombakan kabinet,” katanya selepas mesyuarat Exco di Tanah Tinggi
Lojing, semalam.
Kelmarin
Abdullah mengumumkan rombakan kabinet dengan mengekalkan kedudukan
Dato’ Seri Rafidah Aziz dan Dato’ Seri S Samy Vellu. Manakala Dato’ Dr
Mohd Shafei Salleh digugurkan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan
tempatnya diganti Dato’ Mustapa Mohamed.
Menteri
Pelancongan, Dato’ Dr Michael Toyad juga digugurkan dan diganti Dato’
Tengku Adnan Tengku Mansor. Dua menteri lagi meletak jawatan iaitu
Dato’ Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Penerangan) dan Dato’ Adenan Satem
(Sumber Asli dan Alam Sekitar).
Husam
yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau turut hairan
mengapa Mustapa seorang pemimpin yang dikatakan pakar dalam bidang
ekonomi dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
“Bagaimanapun
kita berharap dengan pelantikan Mustapa, sekurang-kurangnya Kelantan
mendapat sebuah universiti seperti dicanang Umno sebelum ini. Rakyat
juga kecewa apabila seorang yang diketahui menyempitkan ruang kebebasan
akhbar, Dato’ Zainuddin Maidin dinaik pangkat sebagai menteri penuh.
“Rombakan
yang dibuat itu sungguh mengecewakan kerana anggota kabinet masih lagi
disaluti pelbagai isu,” katanya. Pendapat itu turut disokong Pengarah
Unit Intergrasi Nasional PKR,
N Gobalakrishnan.
Beliau
berkata, selagi Rafidah, Samy dan Dato’ Seri Dr Lim Keng Yaik masih
kekal dalam kabinet, rombakan yang dibuat Perdana Menteri tidak memberi
apa-apa makna. Malah katanya, rombakan itu masih membayangi konsep
Mahathirisme kerana orang rapat pemimpin terbabit dilantik semula.
“Ini
menggambarkan masih berlaku krisis di antara Abdullah dengan Dr
Mahathir dan bekas Perdana Menteri itu masih lagi mempunyai pengaruh
yang kuat ke atas Abdullah,” tambahnya.Beliau
juga percaya pelantikan Zainuddin sebagai Menteri Penerangan akan
menyusahkan lagi rakyat terutamanya mereka yang tidak sebulu dengan
kerajaan.
Timbalan
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, tiada apa
yang menarik dengan rombakan kabinet kerana menteri bermasalah sebelum
ini dan berkhidmat terlalu lama dalam kabinet masih dikekalkan.
Timbalan
Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Haji Buni Amin Hamzah
berkata, pihaknya menyokong tindakan matang diambil Abdul Kadir melepas
jawatan sebelum Perdana Menteri mengugurnya.
“Apabila
merasakan begitu lama berada dalam kabinet dan tewas dalam pemilihan
parti sewajarnya peluang diberi kepada orang lain pula. Namun, tindakan
seperti itu tidak diminati ramai pemimpin politik di negara ini,”
ujarnya
Kpd :
H.E. Borge Petersen
Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary
22nd Floor, Wisma Denmark, 86, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tuan Yang Terutama,
BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN KARIKATUR NABI MUHAMMADSAW OLEH AKHBAR JYLLANDS-POSTEN
Saya mewakili Majlis Mufti-mufti Malaysia membantah sekeras-kerasnya
perbuatan biadap akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi
Muhammad SAW kerana perbuatan berkenaan adalah merupakan satu
penghinaan kepada agama Islam dan seluruh penganut Islam yang sukar
untuk dimaafkan.
Kami berkepercayaan bahawa agama adalah hak manusia dan tidak boleh
mana-mana pihak menghina dan mencaci agama lain. Keharmonian beragama
yang masih bertahan di negara ini adalah disebabkan tiada perbuatan
jijik dan hina seperti yang telah dilakukan oleh akhbar berkenaan yang
menggambarkan sikap tidak menghormati sensitiviti agama lain.
Penganut Kristian dan agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing
di Negara ini kerana umat Islam amat berpegang kepada ajaran kitab suci
Al Quran yang menegaskan :
“Bagi kamu agama kamu , bagiku agamaku”
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah”
Kami menuntut penyiaran karikatur berkenaan dihentikan serta merta dan
perbuatan yang tidak bertamadun berkenaan tidak diulangi pada masa akan
datang. Kami juga menuntut akhbar berkenaan memohon maaf kepada seluruh
umat Islam SEBELUM SAMPAI KE SITUASI KAMI MUFTI-MUFTI GAGAL LAGI
MENGAWAL PERASAAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
Sekian.
DATO SERI DR HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SMP, DPMP, SIM, AMN, PKT, PJK
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Mewakili Majlis Mufti-Mufti Malaysia
Pekilang arak Malaysia harus hormat Islam sebagai agama rasmi Dilulus terbit pada Thursday, February 16 @ 10:18:13 CST oleh TokPenghulu Dihantar Oleh : rozmal
"Setelah
dunia Islam dikejutkan dengan karikatur yang menghina junjungan kita
Nabi Muhammad saw yang pada mulanya disiarkan oleh akhbar dari Denmark,
barulah umat Islam tercari-cari apakah tindakan yang harus diambil
memandangkan akhbar berkenaan enggan meminta maaf kerana telah
melukakan hati ribuan juta umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah
dengan mengadakan demonstrasi, menghantar surat bantahan serta
memboikot produk yang berasal dari Denmark.
Tapi bagaimana umat
Islam hendak memboikot sesuatu barangan yang pada hukumnya memang haram
dan dikilangkan pula di negara Islam ?
Yang paling ketara ialah jenama arak Carlsberg yang berasal dari
Denmark , dikilangkan di Shah Alam, Selangor serta menguasai lebih 50%
pasaran arak tempatan serta diekspot pula ke negara-negara Asia lain.
Inilah masanya kerajaan Malaysia yang berpegang kepada prinsip Islam
Hadhari serta menjadi Pengerusi kepada Persidangan Negara-Negara Islam
OIC agar mengambil pendekatan yang realistik terhadap pekilang-pekilang
arak, lebih-lebih lagi pekilang arak dari negara Denmark yang hingga ke
saat ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada semua
umat Islam di dunia.
Sekiranya negara barat boleh mengenakan pelbagai sekatan ekonomi serta
meletakkan pelbagai syarat perdagangan untuk melindungi syarikat
tempatan mereka, mengapa kita tidak dapat berbuat demikian agar
pelabur-pelabur yang melabur di Malaysia terlebih dahulu menjaga
sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi ?
Pekilang-pekilang arak yang ingin beroperasi di Malaysia haruslah
dikenakan beberapa syarat antaranya ialah mereka hanya dibenarkan
mengambil pekerja bukan Islam untuk bekerja di kilang atau syarikat
mereka. Sekiranya pada ketika ini kita boleh mengenakan syarat seperti
hanya warga Indonesia dan Filipina sahaja boleh diambil sebagai
pembantu rumah, pekerja Vietnam sebagai pekerja kilang dan seterusnya,
mengapa tidak diletakkan pula syarat kilang arak hanya dibenarkan
mengambil pekerja bukan Islam , baik pekerja tempatan ataupun pekerja
asing.
Malah bukan setakat pekerja sahaja pekilang arak mesti mengambil orang
bukan Islam , malah jawatan lain termasuk pengarah syarikat , pembekal,
pengedar dan peruncit juga haruslah diambil dari kalangan orang bukan
Islam.
Begitu juga dengan tempat operasi kilang arak berkenaan, hendaklah
ianya tidak beroperasi di kawasan penduduk yang majoritinya beragama
Islam. Sekiranya hasil daripada pembangunan semasa serta kepadatan
penduduk yang bertambah, maka lesen pekilang arak tidak sepatutnya
diperbaharui, serta pekilang arak berkenaan harus diberi tempoh agar
mereka dapat berpindah ke kawasan yang majoriti penduduknya adalah
bukan Islam.
Islam begitu bertoleransi dengan penganut agama lain. Islam tidak
menghalang pengikut agama lain makan apa yang mereka suka, serta minum
apa yang mereka suka, asalkan pengikut agama lain menjaga sensitiviti
umat Islam setempat.
Sebagai sebuah negara Islam juga , Malaysia boleh meletakkan syarat
bahawa pekilang arak yang beroperasi di Malaysia ini hendaklah
memastikan bahawa pengeluaran arak mereka hanyalah untuk pasaran
tempatan sahaja, bukannya untuk pasaran ekspot. Adalah agak pelik
Malaysia sebuah negara Islam menjadi pengeluar arak utama bagi rantau
Asia Tenggara atau pun rantau Asia. Apatah lagi pekilang arak tersebut
berasal dari negara Denmark, negara dimana akhbar mereka memulakan
penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw.
Apabila saya terbaca akhbar hari ini alangkah terkejutnya akan perkara
ini
kerana sekarang ini isu kartoon ini nampaknya telah datang kebatang
hidung
kita sendiri....adakah ini menanda satu ujian Allah swt datangkan
kepada
kita kerana kita masih lagi dalam bersikap acuh-tak acuh akan isu ini
dimana kebanyakkan kenyataan yg dikeluarkan seperti kita masih nak jaga
kedua-dua belah pihak....ISLAM nak jaga KAPIAQ laknatullah tuu pon kita
nak
jaga....
BUkan sahaja akhbar tempatan sarawak yang telah menorobos memporak
perandakan isu ini malahan satu Rancangan TV Breakfast Show di sebuah
syarikat swasta nampaknya kita perlu pantau dengan teliti memandangkan
apa
yg di perkata dalam siaran itu semalam nampaknya telah mengajak orang
ramai
agar jangan peduli akan isu karikatur Nabi Muhammad saw kerana ianya
bukan
salah dan bukan satu sentimen.
Berdasarkan dari petikan Berita Harian 7/2/2006 nampaknya rancangan ini
bukan kali ini sahaja telah mencemarkan akan maruah Umat Islam itu tapi
sudah dua kali....dimana Pada Aidilfitri lalu, hosnya mendakwa perayaan
itu
diwarnai dengan keganasan dan kononnya kerajaan tidak tahu apa-apa
ketika
membincangkan isu penggunaan telefon bimbit di sekolah.
Oleh itu fikirkanlah wahai umat Islam di Malaysia...dimanakah kita
berada
sekarang dan apakah tindakkan yg telah kita lakukan diatas perkara
ini...????
FIKIRKANLAH ................!!!!
Berita Harian 7/2/2006 - Rencana
Suara Orang Muda: Berganding bahu bantah penghinaan agama
Isa Nekmat
BANYAK sudah cabaran yang kita lalui di negara ini. Tidak kira sama ada
orang Islam, Buddha, Kristian atau Hindu, begitu juga Melayu, Cina,
India,
Kadazan atau Dayak. Tidak kira siapa, warga Malaysia mengalami pelbagai
cabaran bersama.
Apa lagi ketika inflasi dan ekonomi meleset pada 1972, 1985 dan 1997
atau
ketika menghadapi tempoh hubungan tegang dengan negara berjiran dalam
pelbagai hal. Di dalam negara juga kita hadapi keganasan komunis,
Peristiwa
13 Mei 1969, isu bahasa yang berakhir dengan Ops Lalang dan rusuhan
reformasi jalanan hampir setiap minggu dari 1998 hingga 2002.
Biasanya semua kaum di negara ini dapat bersama mengatasi cabaran itu
dengan kesudahan untuk meneruskan hidup bersama, demi kepentingan
bersama
dan dengan formula yang disepakati bersama secara semula jadi.
Malah, kelompok atau individu yang dulu ghairah, agresif, lantang dan
meredah segala resam, kini akur dan memahami untuk mencari pendekatan
paling berkesan, diterima dan berfaedah kepada semua. Tinggallah
beberapa
orang yang ditinggalkan oleh kawan-kawannya.
Waktu kemelesetan ekonomi 1997, formula Malaysia dipromosi syarikat
pelbagai kaum untuk kita bersama mempertahankan ekonomi negara daripada
penjajahan dan agenda Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
Ketika kedaulatan Afghanistan dan Iraq dicerobohi oleh tentera Amerika
Syarikat dan sekutunya, segenap lapisan rakyat kita bangkit membantu
meringankan penderitaan pelarian negara yang sudah lama kelaparan dan
mengalami ancaman penyakit oleh sekatan antarabangsa itu.
Tidak kira ulama, paderi, sami Buddha, Hindu dan Sikh, semua tampil
berganding bahu menentang keganasan, perang dan pencerobohan kuasa
besar.
Kita mampu bersatu mencegah penjajahan ekonomi negara dan pencerobohan
kuasa luar dengan membantu rakyat Afghanistan, Iraq dan Palestin.
Kita juga bersama-sama membantu mangsa tragedi tsunami utara
Semenanjung,
Aceh, Sri Lanka, Thailand dan India, mahupun mangsa gempa bumi di Pulau
Nias, Indonesia Bam di Iran serta banjir besar di China.
Justeru, ada baiknya kita bersatu mengelakkan sebarang agama daripada
dihina dan diejek oleh golongan kartunis, politikus, kuasa luar,
pejuang
hak kebebasan bersuara dan pelbagai suku atau individu yang tidak tahu
menghormati sensitiviti pihak lain.
Tidak kira kaum, parti politik, fahaman agama, umur dan kerjaya, Umno
atau
MCA, MIC atau PPP, Pas atau PBB, kita kena berganding bahu menyatakan
bantahan kepada mereka. Jika hari ini Islam dihina dengan karikatur,
ada
saja nanti yang memperlekeh agama Hindu, Buddha dan Sikh.
Kristian pernah dihina dalam satu karikatur 'Spirit of Christmas' yang
menggambarkan Santa Claus memperlekeh kanak-kanak apabila dia memikul
pergi
patung Nabi Isa, manakala kanak-kanak itu tercengang melihat patung
tuhannya boleh dilarikan oleh Santa Claus berwajah bengis.
Ada baiknya kita pantau 'Breakfast Show' di televisyen swasta yang
semalam
mengajak orang ramai jangan peduli isu karikatur Nabi Muhammad SAW
kerana
bukan salah dan bukan sentimen.
Pada Aidilfitri lalu, hosnya mendakwa perayaan itu diwarnai dengan
keganasan dan kononnya kerajaan tidak tahu apa-apa ketika membincangkan
isu
penggunaan telefon bimbit di sekolah.
Jangan kerana 'hak asasi segelintir orang yang tidak bertanggungjawab'
untuk bersuara bebas ini mengatasi kepentingan ramai, perpaduan,
keamanan
dan tamadun manusia.
ISLAM adalah ajaran yang lengkap dan menyeluruh
dalam setiap aspek kehidupan manusia. Islam memiliki panduan hidup yang
ditetapkan Allah bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan
kebahagiaan sejati di akhirat.
Oleh itu, tidak ada sebab umat Islam perlu meniru
atau mengambil mana-mana budaya asing, selain Islam. Ajaran Islam
lengkap, sempurna dan diyakini dalam serba serbinya.
Amat malang akhir-akhir ini, generasi muda begitu mudah
terpengaruh dan menerima bulat-bulat unsur budaya asing. Mereka
sebenarnya tidak memerlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas
bertentangan dengan Islam.
Contohnya, ramai muda mudi yang menyambut kedatangan hari memperingati kekasih pada 14 Februari.
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada
umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing
melalui sabda Baginda bermaksud: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang
menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan
itu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Jelas daripada maksud hadis Rasulullah SAW bahawa
umat Islam dilarang sama sekali meniru budaya asing yang ternyata
bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, apatah lagi ia turut
menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.
Oleh itu, mengapa perlu kita mengamalkannya,
sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri
sepanjang waktu. Bukannya menetapkan pada hari tertentu atau berkala
seperti Hari Valentine.
Kasih pada ibu bapa, cinta pada isteri dan sayang pada anak pada hakikatnya terus berlangsung sepanjang hayat dikandung badan.
Begitu juga kasih sayang sesama umat Islam dan
manusia sejagat sewajibnya utuh dan erat sepanjang masa. Bahkan, jika
kita tidak bertegur sapa dengan saudara sesama Islam selama tiga hari
berturut-turut, hukumnya sudah pun jatuh haram.
Amalan atau budaya Islam terbukti jauh lebih baik daripada budaya asing.
Islam turut menggalakkan umatnya kasih mengasihi
sesama mereka dengan mengamalkan budaya menyebarkan salam, saling
bertukar hadiah, ziarah-menziarahi. Kita juga dianjurkan berkongsi
perasaan suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah
atau bersimpati apabila ditimpa mala petaka.
Rasulullah SAW kerap menziarahi orang sakit dan
tidak ketinggalan pernah mengunjungi orang yang meninggal dunia biarpun
berlainan kaum mahupun agama. Malah, perbezaan agama, kaum atau
keturunan tidak akan menyebabkan permusuhan dan pertelagahan antara
kaum.
Sebaliknya, mereka saling bantu membantu,
bekerjasama dan berganding bahu untuk membangunkan Madinah ketika itu.
Perbezaan akidah atau agama bukanlah satu penghalang besar ke arah
mewujudkan hubungan kemanusiaan yang lebih harmoni dan akrab.
Dalam erti kata lain, berkasih sayang menurut
perspektif Islam amat luas dan ia tidak hanya terhad kepada golongan
tertentu. Ia meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada
ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh
umat manusia.
Tidak
menghiraukan ancaman sekatan, Iran telah menjelaskan bahawa ia tidak
akan mengubah keputusannya melancarkan penyelidikan nuklear di Natanz,
250 km selatan Teheran. Pada 11 Januari, Iran, dengan kehadiran
pemeriksa dari International Atomic Energy Agency (IAEA), pemantau dari
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ia telah membuka penutup di Natanz
Pilot Fuel Enrichment Plant (PFEP).
Teheran menegaskan ia
mengambil langkah tersebut bagi menjalankan penyelidikan tenaga nuklear
dan bukan untuk menghasilkan uranium dalam kuantiti yang besar. Ketua
IAEA Mohammad ElBaradei juga mengakui bahawa Iran bercadang
menghasilkan uranium pada ‘skala kecil’. Penutup telah dibuka daripada
dua tapak lain, Pars Trash dan Farayand Technique.
Dengan
pengubahan penutup IAEA telah mencetuskan respon yang agresif dari
negara-negara barat utama, diketuai oleh Amerika Syarikat dan Britain.
Setiausaha negara AS Condoleezza Rice dan rakan EU Javier Solana telah
mendesak bagi kes tersebut dirujuk kepada Suruhanjaya Keselamatan PBB.
Dari perspektif Iran, kenyataan paling merosakkan keadaan ialah
daripada ElBaradei. Dalam satu temuramah dengan majalah Newsweek,
Elbaradei berkata: "Jika mereka [Iran] mempunyai bahan nuklear dan
mempunyai program persenjataan selari, mereka sebenarnya tidak jauh
lagi — beberapa bulan — dari satu senjata."
Pada 16 Januari,
lima ahli Suruhanjaya Keselamatan —AS, Britain, Perancis, Russia, dan
China — bersama Jerman, telah bertemu di London, dimana mereka menyeru
Iran mengubah keputusannya. Satu mesyuarat tergempar 35-negara lembaga
IAEA, dimana India merupakan ahli, akan diadakan di Vienna pada 2
Februari, bagi membincangkan berbagai pilihan, termasuk kemungkinan
merujuk Iran kepada Suruhanjaya Keselamatan untuk tindakan lanjut.
Iran
telah membekukan semua aspek pengayaan uranium, sejak November 2003,
menghormati rundingan dengan negara-negara EU-3— Jerman, Perancis, dan
Britain — dan interaksi bersama IAEA yang sudah bermula sejak itu.
Selepas dua tahun rundingan, Iran membuat rumusan bahawa dialog dengan
EU-3 tidak membawa kemajuan kerana pada pandangan mereka, pihak Eropah
cuba membekukan program pengayaan mereka buat selama-lamanya. Mereka
melihat respon Eropah sebagai pencabulan tersembunyi Nuclear
Non-Proliferation Treaty (NPT), yang membenarkan ahli-ahli seperti Iran
bagi menjalankan seluruh proses pengayaaan tenaga dengan sendiri,
dengan syarat kemudahan mereka dibawah pengawasan IAEA, memastikan
bahawa bahan nuklear tidak ditukarkan kepada pengeluaran senjata.
Bagi
meredakan kebimbangan barat mengenai tujuannya, Iran telah
menandatangani Additional Protocol kepada NPT. Dengan berbuat demikian,
ia telah bersetuju membenarkan pemeriksa IAEA melawat kemudahannya pada
notis yang singkat, menafikan sebarang masa untuk menyembunyikan
senjata-senjata yang disyaki bagi pengayaan uranium.
Sementara
kelihatan seperti konsensus di Iran mengenai mendapatkan teknologi
nuklear yang canggih, terdapat perbahasan yang aktif mengenai sama ada
ia patut ditukarkan kepada senjata. Tetapi ancaman untuk mengheret Iran
ke Suruhanjaya Keselamatan bagi tindakan hukuman, dengan kemungkinan
tindakan ketenteraan terhadapnya di masa akan datang, dijangka akan
menukar haluan perbahasan kepada mereka yang menyokong untuk
mendapatkan senjata atomik bagi menjamin keselamatan Iran.
Sudah
terdapat cukup alasan yang boleh dipetik bagi menjustifikasikan desakan
Iran kepada senjata, sekiranya ia memilih berbuat demikian.
Kejiranannya pesat dengan senjata nuklear. Tiga kuasa nuklear —
Pakistan, Israel, dan Russia — semuanya di sekeliling Iran, dan dua
lagi — India dan China — yang tidak jauh. Daripada itu, Israel, dengan
anggaran 100 senjata nuklear, memang bermusuhan. Malah, musuh ketatnya,
AS berada di negara jiran Afghanistan dan Iraq, dan kapal-kapal perang
AS lengkap dengan peluru berpandu jarak jauh, sedang belayar perairan
Teluk Parsi.
Semboyan sedang berbunyi di Iran kerana Israel,
yang telah mengebom Osirak, reaktor nuklear Iraq pada tahun 1981, telah
mengambil tindakan mengadakan sekatan ekonomi terhadap Iran yang
dikenakan melalui saluran Suruhanjaya Keselamatan.
Kepimpinan
generasi baru yang penuh yakin di Iran tidak akan menerima kompromi
yang tidak adil dengan barat. President Mahmoud Ahmedinejad ialah
sebahagian kumpulan Abadgaran, yang telah berjuang habis-habisan ketika
perang Iran-Iraq pada ahun 1980an dan sudah bergerak masuk ke dalam
kedudukan kepimpinan Iran dalam dua tahun yang lalu. Kumpulan Abadgaran
mempunyai hubungan rapat dengan Iranian Revolutionary Guards — pembela
elit 1979 revolusi Islam. Setengah daripada mereka kini, dalam
kepimpinan baru, mendakwa mempunyai pengalaman peribadi dakwaan
penggunaan senjata kimia oleh tentera Iraq semasa perang lapan tahun,
memaksa mereka menimbang untuk mendapatkan senjata atom sebagai pilihan
keselamatan.