Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Apa ada dengan 30 sen??????????
    03.30.06 (1:37 am)   [edit]
    Oleh Tarak nama

    uba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh sen. Kalau dicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates taknak ambil, malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak cukup untuk mereka membeli kad mainan Naruto atau Pokemon dan seumpamanya.

    Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan budak kecil pun tak pandang?

    Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki penuh 45 liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan kita isi tangki penuh 5 kali, ini bermakna kita telah membelanjakan RM67.50 lebih banyak dari kos biasa. (Boleh dapat setangki penuh lagi!)

    Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku.

    Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan dinaikkan 50 sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 70sen lebih daripada biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen x 5 hari = RM3.50. Maknanya sebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu ditanggung oleh seseorang. Anggaplah makan di luar sekali sahaja hanya pada waktu bekerja.

    (RM67.50 + 14= RM81.50)

    Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga sampai mati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu dinaikkan juga. Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 10 kilo ikan sebulan, maka penambahan kos yang ditanggung ialah RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak. Sebulan kita beli 10 ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10 perlu dibelanjakan untuk menanggung kos.

    (RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50)

    Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya belum masuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika sebelum ni kita belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang kena tambah RM10 lagi.

    (RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50)

    Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita membelanjakan RM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu belanjakan RM 330. Lebih RM30 perlu ditanggung.

    (RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50)

    Masak sendiri di rumah lebih jimat? Tapi jangan lupa, harga LPG pun naik 30 sen sekilogram. Satu silinder bersamaan 12 kg. 12 x 30 sen = RM3.60. Anggap saja sebulan guna satu silinder.

    (RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 = RM145.10)

    Sebulan paling tidak pun sesekali nak juga makan di luar bersama kawan-kawan atau keluarga kan. Ikut teori kenaikan 20 sen harga minuman dan 50sen makanan, sekali makan di luar kita terpaksa bayar lebih 70sen. Katakanlah kita makan di luar, sebulan 5 kali, maknanya kita telah belanjakan lebih RM3.50. Tu kira belanja diri sendiri. Kalau belanja kawan atau ahli keluarga, mestilah berganda tambahannya.

    (RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 + 3.50 = RM148.60)

    Jadi? Simpanlah 30 sen tu untuk masa depan. Sekarang, boleh rasa kan..???? Ada apa dengan 30 sen?! Sesungguhnya.. aku tercari2 dimanakah 30sen aku sekarang!..

    UUUUuwWWWWaAAAaaAAAAA.........................


    1 Comments
     
    SIAPA YG HARUS BERUBAH & SIAPA ROMPAK SIAPA????
    03.30.06 (12:51 am)   [edit]
     
    SIAPAKAH YG HARUS BERUBAH....???
     
    LIHATLAH BUKTINYA REKOD KENAIKAN HARGA MINYAK DI NEGARA KITA... & ANDA FIKIRKANLAH SIAPA YG HARUS BERUBAH....!!!!!!!! 
     
     
    KOMEN ANDA...
    0 Comments
     
    APA GUNANYA KERIS ITU????????
    03.30.06 (12:46 am)   [edit]

    1 Comments
     
    S.I.S????????
    03.30.06 (12:44 am)   [edit]
     
    APAKAH PERASAAN ANDA...ADAKAH GOLONGAN2 INI YG AKAN ANDA SOKONG UNTUK PERTAHANKAN ISLAM....... FIKIRKANLAH... DAN KOMEN.... 
    0 Comments
     
    DULU..... KINI......... SELAMANYA...............
    03.30.06 (12:41 am)   [edit]
    0 Comments
     
    MENGAPA SAYA INSAN TERPILIH..????
    03.25.06 (4:54 pm)   [edit]
    MENGAPA SAYA INSAN TERPILIH..???? 
     
    Features
    ---


     
    Kebanyakan yang berkumpul di depan rumah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara Khamis malam tidak sedar langsung ketibaan dua pegawai polis dari Ibupejabat Polis Pasir Mas,Kelantan untuk mengambil keterangan darinya.

     


    Beliau memberi keterangan itu dibawah Sekysen 112 Kanun Prosedur Jenayah berdasarkan satu laporan polis yang dibuat ketika pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember lalu.

    Ia berkaitan dengan kandongan ucapannya yang didakwa berbau hasutan di kempen pilihanraya kecil itu di mini stadium Pasir Mas pada malam 27 November.

    Dua pegawai polis berkenaan tiba dengan sebuah kereta kira-kira jam 8 malam dengan berpakaian baju batik dan terus masuk ke dalam rumah bersama peguam Anwar iaitu Sankara Nair dan Sivarasa Rasiah.

    Pada jam 9.20 malam mereka keluar menerusi pintu depan dan kemudiannya Anwar muncul untuk bercakap dengan para wartawan.

    Kira-kira 100 orang penyokongnya sebelum itu berhimpun sekitar rumah itu untuk melihat sendiri perkembangan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memberi keterangan.

    Anwar yang tiba di Kuala Lumpur dari Dubai jam 3 petang memberitahu beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam memberi keterangan itu.

    Namun begitu beliau telah mempersoalkan betapa segeranya polis menyiasat laporan polis yang dibuat keatas dirinya.

    Beliau bertanya mengapa laporan polis yang dibuat oleh berbagai pihak keatas pemimpin kerajaan tidakpun disiasat atau diambil keterangan.

    “Mengapa saya menjadi intan terpilih," katanya.

    Katanya polis seharusnya menyiasat semua laporan polis yang dibuat ke atas mana-mana individu tidak kira pemimpin atau rakyat.


    Anwar memberitahu laporan polis yang dibuat keatasnya itu mendakwa beliau cuba menghasut ketika berceramah dalam kempen membantu calon PAS di Pengkalan Pasir.

    Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 Anwar boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

    Risiko yang Anwar hadapi sekalipun dikenakan denda ialah beliau akan hilang kelayakannya lagi untuk memegang jawatan dalam parti politik dan bertanding pilihanraya.

    Tempoh hilang kelayakannya dari kes lalu dimana beliau selesai menjalani hukuman penjara sebelum dibebaskan pada 2 September 2004 berkuatkuasa sehingga 14 April 2008.

    Akta Pertubuhan menetapkan seseorang yang pernah menjalani hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih RM2,000 dilarang memegang sebarang jawatan atau bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun mulai tarikh dia dibebaskan.

    Kes ini masih dalam peringkat siasatan.Bila selesai siasatan nanti keputusan samaada Anwar didakwa atau tidak ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

    Semasa pilihan raya umum ke 11 pada Mac 2004 lalu, tiga tokoh parti Keadilan tidak bertanding kerana masalah hilang kelayakan.

    Mereka ialah Naib Presiden, Azmin Ali; Ketua Pemuda, Ezam Mohd Nor dan Timbalan Ketua Wanita, Irene Fernandez.

    Ezam didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 7 Ogos 2002 kerana memiliki dokumen rahsia rasmi berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

    Azmin pula didapati bersalah kerana memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes rasuah Anwar manakala Fernandez dipenjara 12 bulan selepas didapati bersalah menerbitkan memorandum mengandungi berita palsu berhubung pendatang asing di kem tahanan. (1.30 pagi 24/3/2006 )

     
     
    0 Comments
     
    Naluri Seorang Melayu......
    03.25.06 (4:24 pm)   [edit]

    Naluri Seorang Melayu kalau rasa kita nie anak melayu bangsa melayu jangan la malu malu nak baca...... bila difikir ader kebenarannya.
    (teks ini ditulis semula berdasarkan pengalaman seorang saudara)

    Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara saudari sekalian pengalaman saya selama bekerja di bahagian industri. Saya berjaya mendapat kerja di kilang mungkin kerana nasib menyebelahi saya. Majoriti ditempat kerja saya adalah bangsa Cina dan rata -rata daripada mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan memiliki Diploma dari kolej yang tidak diiktiraf oleh JPA. Setelah beberapa tahun saya berada di sini, saya telah dinaikkan pangkat yang mana saya adalah satu-satunya orang melayu yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat saya. Sedangkan ramai lagi melayu lain yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi yang layak menjaw at jawatan tinggi dalam syarikat ini.

    Saya dikelilingi oleh bangsa cina yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris dan tak ada qualification (not qualified by JPA) tetapi dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengurus dan senior engineer. Sedangkan orang melayu yang mempunyai ijazah, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai reputasi kerja yang baik hanya diberi jawatan assistant engineer. Kalau pasal gaji tak payah cakap lah. Graduan lepasan ijazah Melayu diberi gaji RM 1200/- (starting salary ) tetapi graduan ijazah bangsa Cina diberi gaji RM 1800/- .

    Bayangkanlah betapa jauhnya berbezaan mereka. Saya pernah didatangi oleh seorang engineer (bangsa cina) dia minta tolong saya memeriksa surat draft untuk membatalkan perkhidmatan insuran bagi credit cardnya. Alangkah terkejutnya saya seorang
    engineer menulis " I like to cancer my Insurance ...." Dalam hati saya berkata " Awatlah teruk nya cina bukit ni tulis surat ... dia ni tau ke meaning cancer dengan cancelled tu ... " . Sebenarnya rata- rata orang cina boleh berjaya kerana mereka ni diberi peluang oleh majikan mereka saja. Sekiranya orang melayu diberi peluang sepertimana yang diperolehi oleh mereka tu, we can perform much better than them.

    Masalahnya nasib orang melayu tidak terbela disebabkan kuota tidak dibuka untuk bahagian staff dan management. Kerajaan kita hanya meletakkan kuota secara umum disetiap sector swasta 30-40% me stilah melayu. Maka 30-40% itu dimasukkan ke dalam bahagian bawahan seperti operator, drebar dan kerani saja. Sebenarnya orang Melayu merempat di negara sendiri. Orang Melayu dianggap 'second class' oleh orang cina di Malaysia. Perkara diskriminasi di sektor swasta terlalu ketara sekali.

    Orang-orang melayu kalau adapun hanya dipergunakan oleh majikan mereka. Contohnya diri saya sendiri saya bekerja di bahagian logistics. Saya berhubung rapat dengan jabatan kerajaan mengenai kemasukan dan penghantaran barang. Saya tak rasapun yang saya dihargai di tempat kerja saya kerana saya tak dapat layanan (treatment) yang sepatutnya berbanding dengan bangsa cina yang sejawatan saya. Dari segi gaji, elaun dan bonus. Saya hanya dipergunakan untuk memudah kan urusan mereka saja. Tetapi saya masih bekerja di sini kerana, sekiranya saya lari ke tempat lain keadaannya juga sama atau mungkin lebih teruk lagi. Di sini sekurang2nya saya diperlukan, kalau saya tidak ada siapa nak membela nasib anak buah saya yang kesemuanya Melayu. Saya pernah ditegur oleh MD saya kenapa pilih semua staff melayu. Dengan alasan bila perayaan siapa nak standby? Saya rasa sakit hati teramat sangat dengan persoalan tadi secara terang-terangan dan saya tanya dia balik, kenapa Procument / Purchasing department semua Cina pulak? Macam mana kala u cuti Chinese New Year siapa nak stand by ? Boss saya terus diam dan tak dapat kata apa-apa.

    Nampak tak mentaliti mereka? Cukup busuk hati. Dalam hati mereka dah tertanam sikap bencikan melayu dan beranggapan melayu no class. Kalau dikaji mereka tu lagi tak dak class. Kita selalu lihat di luar rumah mereka begitu gah tersergam indah tapi di dalamnya bersepah tak berke mas lansung.

    Begitu jugalah diri mereka nampak putih bersih tapi busuk dan tak suci sebabnya tak mandi. Saya sangat berharap agar kita semua dapat lakukan sesuatu untuk membantu nasib graduan melayu yang terpinggir dan juga melayu yang lain agar tidak menjadi kuli batak saja. Anggapan Melayu bodoh dan tak de class patut dihakis sama sekali. Alasan pengangguran siswazah Melayu yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin kita adalah kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tetapi bagi saya, pemimpin yang berkata begitu adalah pemimpin yang hanya dengar cakap orang dan jarang turun padang. Saya ingin menyatakan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa proses pencarian kerja sejurus tamat pengajian didalam dan di luar negara. Saya telah duduk di kalangan bangsa asing sejak berumur 19 tahun. Saya menimba ilmu dengan dikelilingi bangsa lain begitu juga dengan rakan-rakan saya. Jadi bahasa pengantar kami adalah bahasa Inggeris. Jarang saya jumpa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama sekali yang datang dari bandar-bandar besar lemah berbahasa Inggeris kecuali yang datang dari pedalaman. Kalau nak diikutkan purata pelajar IPT yang betul-betul datang dari pedalaman amat sedikit sekali bilangannya. Di manakah silapnya orang Melayu kita? Hampir setiap hari di dada surat khabar kita dihamburkan dengan kritikan-kritikan yang tidak membina tentang orang Melayu..

    Semua yang tak bagus dilemparkan kepada orang Melayu, yang baik-baik kepada bukan Melayu. Bagi saya itu hanyalah alasan pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat.

    1) Ketinggalan.

    Apa sebenarnya berlaku di Malaysia? Sebenarnya bukan kerana kelemahan bahasa Inggeris ataupun ketinggalan dari segi teknologi, tetapi kita mesti akui bahawa syarikat-syarikat besar di Malaysia kebanyakannya dikuasai oleh kaum bukan Melayu walaupun syarikat itu milik Amerika Syarikat (AS) ataupun Eropah. Mereka telah memegang jawatan penting di syarikat itu dan mempunyai agenda tersendiri.

    Mereka menggunakan pelbagai cara supaya orang Melayu dilihat sebagai lemah. Mereka menggunakan alasan bahasa Inggeris sedangkan apabila membuat iklan tercatat di situ Mandarin is an added advantage atau berkemahiran berbahasa Mandarin ataupun Kantonis. Kalau dilihat, syarikat-syarikat tersebut adalah dari AS ataupun Eropah. adakah mereka akan menggunakan bahasa Mandarin untu berkomunikasi? Sudah tentu tidak. Itu hanyalah alasan yang dibuat-buat supaya peluang orang Melayu akan tertutup dengan sendirinya. Kalau tidak percaya, belilah akhbar bahasa Inggeris dan lihat di ruangan jawatan kosong. Untuk pengetahuan pembaca, bukan setakat belajar bersama bangsa asing tetapi saya bekerja pun bersama mereka. Saya adalah satu-satunya pegawai peringkat pertengahan di mana selebihnya adalah bukan Melayu dari peringkat saya sampai ke peringkat atasan. Saya percaya tujuan pengambilan saya adalah untuk mencukupkan syarat supaya apabila ada pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya ditolak untuk melayan mereka walaupun bidang saya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mereka. Saya telah lihat mereka bukanlah seperti yang digembar-gemburkan di dada-dada akhbar malah mereka adalah lebih teruk daripada Melayu bila berbahasa Inggeris.

    2) Bercakap

    Memang mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris mengatakan mereka sudah cukup bagus tapi bagi saya orang Melayu kita lagi bagus. Mereka hanya berani bercakap walaupun tatabahasanya tunggang terbalik. Di sini saya sertakan beberapa ayat yang selalu digunakan oleh mereka " you calling from where? ", you want to talk to who? " yang mana kadang- kadang menyebabkan saya ketawa besar bila mendengarnya. Inikah kaum yang perlu dicontohi oleh orang kita? Mungkin mereka pandai dalam bidang ekonomi tapi sebenarnya mereka bukanlah pandai sangat. Mereka hanya mempunyai persatuan yang kuat di mana mereka bersatu padu dan sanggup bantu membantu. Antara pengalaman yang saya alami sendiri apabila ingin mengambil staf di bahagian saya yang baru. Pengurusbesar awal-awal memberitahu, jawatan ini adalah untuk bukan Melayu. Mereka sudah pendekkan senarai dan suruh saya menemu duga mereka, yang paling mengejutkan bos saya (yang ketika itu berada di sisi) yang selama ini mengutuk orang Melayu keluar tersipu-sipu dari bilik temu duga kerana malu apabila kaumnya sendiri bercakap bahasa Inggeris tunggang terbalik dan mempunyai ijazah dan diploma yang tidak berkualiti dari IPT swasta.

    Pengalaman rakan baik saya semasa ditemu duga oleh sebuah kilang milik pelabur AS yang terkemuka di Malaysia amat menyedihkan. Walaupun fasih berbahasa Inggeris tetapi tidak juga berjaya menambat hati kaum pegawai bukan Melayu. Dia lulus ketiga-tiga peringkat yang diperlukan dan akhir sekali penemu duga tidak mempunyai cara lain selain berterus terang. Rakan saya bagaikan tidak percaya, walaupun berada di negara sendiri tetapi diberi layanan seperti rakyat asing. Akhirnya dia berjaya mendapat jawatan di salah sebuah syarikat kerajaan. Tujuan saya menceritakan semua bukanlah untuk mengutuk pemimpin kita, tetapi janganlah lagi menggunakan alasan yang tiada langsung kebenarannya. Buat analisis di kilang-kilang, kenapa banyak orang Melayu hanya bekerja sebagai operator kenapa tidak jawatan yang berpangkat? Di manakah longgokan graduan Melayu? Adakah mereka ini benar-benar tidak berkualiti atau menjadi mangsa keadaan kerana pemimpin yang sengaja menutup sebelah mata?

    Nota:

    i. Di dalam akhbar menyatakan setatkat hari ini seramai 80,000 graduan menganggur di mana 90% adalah bumiputera. Itu di dalam akhbar, hakikat sebenar mungkin lebih.

    ii. Kenapa isu graduan melayu menganggur tak selesai sampai hari ini? Siapa Menteri Sumber Manusia: Fong Chan On. Kenapa ramai anak melayu (baca: kanak2) yang sakit kritikal (e.g: sakit jantung berlubang, hati) tak dapat bantuan. Masalah birokrasi, tiada peruntukan. Dalam media massa/elektronik ramai yang mati sebelum dapat rawatan. Orang Melayu tengok sahaja. Lebih2 pun mengalir hati mata. Besok lupa. Siapa Menteri Kesihatan? Dulu Chua Jui Meng, sekarang Soi Lek. Pernah keluar berita anak cina mati tak dapat rawatan?

    Fikir2kan lah.

    iii. Satu2nya peluang anak melayu adalah dalam pendidikan. Itupun sedang digugat sekarang. Ada kuota untuk mrsm, matrikulasi dan lain2. kenapa tak mintak kuota untuk pusat serenti? Di bidang pekerjaan, jabatan kerajaan kekosongan jawatan hampir tepu, swasta, mimpilah anak melayu nak masuk kecuali milik melayu.

    iv. Betulkah pelajar melayu tidak bersungguh2? Mungkin ada tapi bukan majoriti. Ramai yang berminat belajar tapi tiada panduan. Yelah, waktu sekolah menengah, mrsm, matrikulasi ada orang jaga. Masuk U takde siapa jaga, bebas, kau-kau aku-aku. Di jabatan kerajaan lebih 80% adalah melayu/beragama Islam. Penglibatan semua pihak, makcik cleaner, pekerja am, pensyarah, para pegawai nc, tnc, universiti amat2 diperlukan. Perlu satu anjakan model untuk mengubah segalanya. Kalau pelajar melayu kurang motivasi, kita beri motivasi, yang susah kita bagi bantuan. Majoriti anak melayu datang dari kampong dan keluarga susah, anak yatim. Tiada siapa yang pandang atau membantu. Dari segi psikologi rasa keseorangan. Akan menjadi seorang 'individualism'.

    v. Kenapa nak tolong pelajar melayu/islam. Kenapa nak manjakan mereka? Kenapa nak suap? --- Kenapa perkara yang sama orang cina buat kita tak cakap apa --- memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila nak tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini.

    vi. Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri. Kadang2 menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan keje. Pelajar melayu akan berubah sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguh2, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kira dorongan positif

    vii. Orang cina adalah golongan oportunis (berkepentingan). Kalau kita ada kepentingan, mereka akan baik, bodek bagus, muka manis. Cuba kalau kita takde kepentingan, pandang pun taknak. Pengalaman seorang pensyarah senior: waktu belajar, student cina (satu kumpulan) ni cukup baik ngan saya. Boleh kata selalu jumpa kat bilik. Tunjuk minat untuk belajar, muka manis tersenyum 24 jam. Tapi bila dah bergraduate, selisih (face to face) kat shopping complex, sikit pun tak pandang. Pelajar melayu walau pun kurang berjaya, bila ada masa mereka datang melawat. Kalau kereta kita rosak tepi jalan anak2 melayu yang 'bodoh
    dan malas' inilah yang akan tolong tolak (berdasarkan pengalaman). Anak2 bangsa yang kita pandang rendah inilah saudara seagama kita.

    Pelajar2 melayu walaupun kita bagi 'D' atau 'F' sekalipun, bila berselisih insya-Allah takkan kedekut untuk memberi salam dan sedia membantu bila kita memerlukan.


    viii.Orang melayu cuma akan sedar/insaf bila:

    a.bila datang dari keluarga susah. Mak ayah penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh2 untuk berjaya dalam hidup.

    b. bila masuk dunia pekerjaan (baca: swasta). Walaupun kita sama kelayakan dengan mereka (baca: bangsa cina), mimpilah kita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka.

    c. bila kene tipu ngan cina, pernah tak kene tipu ngan cina bila beli barang? ya, banyak kali pulak tu. beli rumah pun kene tipu. hari2 keluar berita. Masalah tak selesai2 pun. Siapa menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Ong Ka Ting (cina). Siapa
    pemaju perumahan? (Ong Ah Tipu - cina juga) Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya.

    d. Bila diri sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang cina. Melayu adalah bangsa individualism. Bila tengok orang lain kene
    pukul, biaq pi la. B ukan keluarga aku yang kene. Tapi bila kene kat batang hidung sendiri baru tau nak marah.

    ix. Orang MELAYU perlu menjadi BANGSA YANG BERANI. Jangan takut dengan bangsa cina. Mereka berani sebab ramai (samseng).

    Cuba kalau sorang2. takkan berani punya. Bangsa yang kurang ajar perlu dilayan dengan kurang ajar juga. Jangan takut. Kalau mereka ada samseng, kita ada askar dan polis. Orang melayu memang senang dipijak, pijak banyak kali pun takpe. Tapi kalau sekali dia bangun, mengamuk semenanjung. (e.g: 13 Mei 1969 & Tragedi Kampung Medan).

    x. Ingat tak zaman darurat dulu. Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk apa? Adakah untuk memerdekakan Malaya pada waktu itu? Tidak. Mereka menubuhkan Parti Koumintang untuk menguasai dari Tanah Besar Cina sehingga ke Indonesia. Tapi tak berjaya. Tapi usaha itu masih diteruskan dari sudut politik, ekonomi dan social. "Tanah Rizab Untuk Dipajak, Tanda Melayu Akan Dipijak". Arwah datuk (bekas pegawai tentera) pernah berpesan, kalau Singapura serang Malaysia, cina Malaysia akan membantu cina Singapura. Tak percaya? Kita tunggu...


    Lyrics - Warisan (Uncut Version)

    Anak kecil main api,
    Terbakar hatinya yang sepi,
    Air mata darah bercampur keringat,
    Bumi dipijak milik orang.

    Nenek moyang kaya raya,
    Tergadai seluruh harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita,
    Cinta lenyap di arus zaman.

    Indahnya bumi kita ini,
    Warisan berkurun lamanya,
    Hasil mengalir ke tangan yang lain,
    Peribumi merintih sendiri.

    Kita rumpun bangsa Melayu,
    Menganut agama yang suci,
    Semangat bangsa berlandaskan Islam,
    Teras capai kemerdekaan.

    Masa depan sungguh kelam,
    Kan lenyap peristiwa semalam,
    Tertutuplah hati terkunci mati,
    Maruah peribadi dah hilang.

    Kini kita cuma tinggal kuasa,
    Yang akan menentukan bangsa,
    Bersatulah hati, bersama berbakti,
    Pulih kembali harga diri.

    Kita sudah tiada masa, Bangunlah dengan gagah perkasa,
    Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara


    Kandungan bahan-bahan yang termuat di dalam eGroup Mahligai ini adalah pendirian rasmi pemilik/pengirim bahan dan bukannya dari Pemilik dan Moderator Mahligai. Pengirim bahan bertanggung-jawap di atas mana-mana bahan yang didapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Pengirim bahan diminta mematuhi peraturan hakcipta sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

    0 Comments
     
    AMACAM???
    03.24.06 (4:43 pm)   [edit]

    0 Comments
     
    SELAMAT PAGI CIKGU
    03.24.06 (4:42 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    depa mai dah..........
    03.24.06 (4:40 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    SINIS....
    03.24.06 (4:19 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    Demo Kat IPOH
    03.24.06 (4:17 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    demo LAGI...
    03.24.06 (4:15 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    PROTEST SAMPAI TURUN......
    03.24.06 (4:04 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    UBAH GAYA HIDUP ANDA
    03.24.06 (4:01 pm)   [edit]
    0 Comments
     
    Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat
    03.23.06 (12:52 am)   [edit]
    Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj
    Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan)
    di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu,
    seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai
    hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari
    Jumaat.

    Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam
    berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan
    pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan
    masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya ,
    restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual
    beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram
    kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan
    jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan
    bila masuk waktu.

    Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang
    membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang
    menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam.
    Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi
    haram jika membelinya lelaki Islam.

    Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat
    yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air
    soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama
    dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli
    sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau
    mengikut penjelasan Us Arshad.

    Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati
    makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu
    solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber
    rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang
    hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang
    langsung tak solat Jumaat.

    Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :

    "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk
    kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka
    bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan
    meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih
    baik bagimu jika kamu mengetahui".

    Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

    Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui
    Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa
    Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

    Wassalam.
    0 Comments
     
    Mahasiswa terbeban dengan Kenaikan Harga Minyak....
    03.23.06 (12:50 am)   [edit]
    Saudara pengarang,

    Isu kenaikan harga minyak telah memeranjatkan beberapa pihak termasuk mahasiswa. Perkara ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan mahasiswa. Hal ini berlaku kerana mahasiswa merupakan antara barisan pengguna yang terikat dengan pengaliran ekonomi negara. Mahasiswa turut menyumbang dalam kegiatan ekonomi melalui pengangkutan awam, barang runcit dan sektor makanan. Oleh yang demikian, saranan supaya mengubah cara hidup oleh Timbalan Perdana Menteri tidak tercapai sekiranya wujud anasir yang mula memberanikan diri dengan menaikkan harga yang tidak berpatutan hasil tekanan harga minyak yang naik mutakhir ini terhadap mahasiswa.

    Tempias bisa kenaikan harga minyak tersebut kini telah dirasai oleh mahasiswa Beberapa pihak di sesetengah IPTA perdana mula mengambil kesempatan terhadap mahasiswa. Atas dasar isu kenaikan minyak, beberapa keperluan penting mahasiswa mula tergugat dan tidak terjamin gara gara isu ini. Kesempatan tersebut menjadi semakin serius apabila terdapat segelintir pihak kafe di kolej kediaman menaikkan sebut harga makanan dan minuman. Tindakan tersebut telah menindas mahasiswa yang lahir dari keluarga yang berpendapatan rendah. Malah perkara yang menyedihkan ialah ada dikalangan mereka yang sanggup mengikat perut demi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mereka. Buktinya telah terpampang melalui laporan sebuah akhbar perdana baru baru ini. Tindakan berani mahasiswa di Universiti Putra Malaysia memboikot kafetaria haruslah dipuji. Ini kerana hak mereka untuk mendapat harga makanan yang berpatutan telah tercabar dan tergugat. Diskriminasi ini perlu dihentikan kerana mahasiswa bukanlah mereka yang mempunyai kerjaya dan pendapatan tetap. Bahkan isu ini turut berlaku di IPTA di Gombak apabila terdapat seorang mahasiswa di universiti terbabit bangun dan mengajukan persoalan ini kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi sewaktu pertemuan beliau bersama mahasiswa di UiTM Shah Alam baru baru ini.

    Selaku mahasiswa undang undang, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato Mustapha Mohamed, Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi atas usaha beliau turun bersama mahasiswa hampir setiap universiti perdana dalam rangka lawatan kerja beliau. Di dalam setiap lawatan tersebut, beliau telah memberikan penerangan dan taklimat isu semasa terutamanya berkaitan isu minyak. Selain itu, beliau turut menerima pandangan dan komen secara terbuka dari mahasiswa dalam usaha beliau memperkasakan kementerian tersebut. Ini merupakan titik permulaan yang baik kepada mahasiswa untuk memberikan pandangan apatah lagi ketika berlakunya isu kenaikan harga minyak.

    Namun begitu, tekanan harga minyak tetap merungsingkan mahasiswa di IPTA. Walaupun pelbagai penerangan telah diberikan, masih lagi terdapat pihak yang cuba mengaut keuntungan. Kes lain berlaku melibatkan sector pengangkutan awam. Segelintir pengusaha bas ekspress di laluan Pantai Timur menaikan tambang harga hampir tiga peratus. Kenaikan harga ini turut menekan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman. Walaupun kerajaan telah memberikan peringatan, masih ada mereka yang tidak bertanggung jawab melakukan perkara terbabit demi memenuhi nafsu serakah mereka. Namun begitu, kita tidak harus menyalahkan mereka kerana mereka juga terkesan hasil kenaikan minyak. Jalan yang terbaik ialah pemantauan perlulah dilaksanakan seberapa segera yang mungkin demi menjamin kebajikan mahasiswa.

    Justeru mahasiswa kini yang menerima ancaman mula berpijak dibumi yang seolah tiada tempat pergantungan. Maka amatlah wajar bagi kerajaan melakukan sesuatu untuk menghadapi peperangan harga kerana mahasiswa akan menjadi di antara mangsa utama. Krisis yang menular ini perlu dihalusi oleh agensi terbabit demi menjernihkan keadaan yang semakin keruh ini. Oleh itu, mahasiswa menaruh harapan yang besar kepada kerajaan dalam menangani isu yang semakin meruncing ini.


    Sekian, terima kasih.
    M.Hafiz Az Zubaidy

    5 Comments
     
    Kenapa saya kata Pak Lah Perdana Menteri yang lemah ?
    03.23.06 (12:44 am)   [edit]
    Kenyataan Media

    17 Mac 2006

    Kenapa saya kata Pak Lah Perdana Menteri yang lemah ?
     

    Saya ingin mengulangi penegasan yang telah saya lakukan semasa program Debat Perdana pada 12 Mac 2006 lalu yang disiarkan secara langsung melalui TV 1 bahawa Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah. Pada malam tersebut, saya telah membawa sekurang-kurangnya tiga contoh yang jelas iaitu:
     

    Kegagalan Perdana Menteri untuk meluluskan permit surat khabar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan walaupun Parti Keadilan Rakyat merupakan sebuah parti yang berdaftar. Permohonan permit telah dilakukan semenjak tujuh tahun yang lalu. Kebebasan media dan maklumat merupakan prasyarat kepada sebuah kerajaan yang demokratik.

    Kegagalan Perdana Menteri untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu di mana secara khususnya saya merujuk kepada dasar kerajaan pimpinan beliau mengenai pengajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris, AP (approved permit) yang dianugerahkan kepada segelintir elit pemerintah dan anugerah biasiswa yang pada waktu sekarang ini tidak lagi dinikmati oleh pelajar Melayu.

    Kegagalan Perdana Menteri untuk memahami masalah dan beban rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripada kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen.

    Saya percaya penilaian dan pandangan saya bahawa PM Abdullah merupakan seorang Perdana Menteri yang lemah turut dikongsi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia termasuk beberapa bekas pimpinan kerajaan. Yang terbaru ialah kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan secara diplomatik bahawa kenaikan harga minyak di Malaysia boleh dielakkan sekiranya kerajaan mengambil tindakan dengan mengukuhkan mata wang kerana dengan mengukuhkan mata wang, harga minyak sebenarnya tidak akan menjadi terlalu tinggi. Dalam erti kata yang lain, pandangan beliau memberikan satu perspektif bahawa kerajaan di bawah pimpinan PM Abdullah adalah lemah dan tidak berwibawa.

    Justeru, saya percaya tindakan YB Wee Ka Siong yang menganggap bahawa kenyataan saya mengkritik PM Abdullah seorang Perdana Menteri yang lemah sebagai satu kenyataan yang BIADAP, menggambarkan tentang bagaimana semangat demokrasi khususnya kebebasan memberikan pendapat dan pandangan telah mati di dalam sebuah negara yang dianggap sebagai negara yang demokratik. Apatah lagi, pandangan seperti ini keluar dari mulut seorang pimpinan muda kerajaan yang sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih progresif dan terbuka.

    Saya dengan ini membuat cabaran rasmi dengan mana-mana pimpinan muda parti pemerintah untuk berdebat dengan saya tentang penegasan saya bahawa Malaysia mempunyai sorang Perdana Menteri yang lemah dan beliau perlu berubah segera !
     

    Shamsul Iskandar Mohd Akin
    Naib Ketua Angkatan Muda
    Parti Keadilan Rakyat
    019 341 3312 / shamsuliskandar@yahoo.co.uk   
    1 Comments
     
    Formula One dan rakyat: Ibarat kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan
    03.23.06 (12:39 am)   [edit]
    Igauan ngeri kenaikan harga minyak 30 sen seliter yang diikuti kenaikan harga barang dan perkhidmatan masih belum reda. Demonstrasi di seluruh negara masih panas.

    Dalam keadaan demikian, lumba kereta Formula One di Litar Sepang menjadi saksi betapa kerajaan BN pimpinan UMNO sebenarnya lebih mementingkan orang luar dari rakyat sendiri.

    Petronas dikatakan membelanjakan RM98 juta bagi mempromosikan perlumbaan tersebut.
    Petronas juga dikatakan membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion bagi menjayakan perlumbaan itu, tidak termasuk bayaran kepada ‘ustaz hadhari’ Lionel Ritchie yang dijemput khas datang untuk menyerikan lagi perlumbaan di atas airmata dan keringat rakyat itu. (Berapa agaknya yang dibayar? Ada pegawai Petronas sedia dedahkan?) Bagaimana pula dengan maintenance Litar untuk sepanjang tahun?

    Pengerusi Sepang International Circuit (SIC), Mokhzani Mahathir berkata, walaupun jumlah penonton masih belum diperoleh, tetapi beliau yakin tahun ini angkanya melebihi 106,000 penonton yang dicatatkan pada tahun lalu dan 30 peratus jumlah penonton adalah daripada luar negara.

    Jelas sekali lagi betapa slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’ BN hanyalah slogan lapuk mendodoi rakyat marhaen terus menyokong kebangsatan mereka. 30 peratus penonton luarnegara termasuk beberapa kerat yang menghadiri F1 termasuk Pak Lah, Najib, Azalina, Presiden Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Merican dan tokoh-tokoh korporat barangkali lebih penting dari puluhan juta rakyat Malaysia.

    Bayangkan antara RM2.4 bilion untuk satu perlumbaan membazir berbanding RM4.4 bilion subsidi minyak untuk rakyat. Jawapan: “Rakyat perlu berkorban sama”, “Kerajaan tidak mampu menampung subsidi lebih banyak”, “Harga minyak dunia naik” hanyalah hujah penyedap mulut sendiri. Terang-terang rakyat diperbodoh dan dipermainkan.

    Masih butakah mata penyokong BN dan UMNO? Masih ingin menyokong BN dan UMNO lagi? Atau hati itu sebenarnya sudah dipenuhi daki minyak lalu tidak nampak kebenaran?

    Peribahasa Melayu ‘Ibarat kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan’ memang relevan untuk situasi ini. Tapi pepatah Melayu moden ‘Melayu mudah lupa’ juga masih relevan walaupun pelopornya sesekali saja muncul sekarang dalam akhbar, terakhir untuk bersalam dengan ‘ustaz hadhari’ Lionel Ritchie. Atau tukarkan sahaja slogan BN kepada ‘Tradisi Membelasah Rakyat’.

    Oleh: rantisi_jr
    0 Comments
     
    Wirit BN.. amalkan setiap pagi 100x
    03.15.06 (6:07 pm)   [edit]

    Wirit BN.. amalkan setiap pagi 100x.

     Oleh Taraknama

    N
    arang Naik…
    ila Naik….
    aru Naik….
    erapa Naik….
    anyak Naik….

    Aduhhh….segala2nya sudah naik sekarang ini….tetapi aku tetap bersyukur dapat hidup dibumi Malaysia walaupon semasa aku hendak pergi bersarapan ROTI CaANAI pada hari ini telah membuatkan aku bertambah kusut memikirkan apa yang akan nak naik lagi….

    Roti Canai biasa….naik 10sen… Roti Telor naik 20sen…Roti Sardin naik 20sen… Roti Bawang naik 20sen…. air minuman yang menggunakan ais naik 20sen…. naik… naik… naik….ini baru semasa hendak pegi minum pagi….yang nak makan tengahari belum dikira lagi….yang makan malam belum lagi…..syukur sabar syukur sabar syukur sabar… inilah wirid yg terpaksa aku gunakan 2,3 hari nie…..walaupon hakikatnya hati aku nak kata…..hah! PANGKAH LAA LAGI..!!!!

    Apakah untungnya nak meyelamatkan 4.4bil subsidi tuu walaupon hakikatnya rakyat terpaksa menanggung berkali ganda akan kesan kenaikkan minyak ini….nak buat projek apa lagi dengan 4.4bil tuu….takkan nak guna untuk perut segolongan sahaja….tuuu laaa jika kepala otak asyik dok ingat projek…projek…projek . Dok ingat projek lagi walaupon rakyat dah kais pagi makan pagi kais petang makan petang…tak caya cuba tengok rancangan Bersamamu TV3 ada yang sampai makan siput babi…lepas nie aku tak tau laa keluarga yg makan siput babi tuu nak makan apa pulak….

    Aku pon tak tau laa macamana puak UMNO tongong dok dapat terima penjelasan dr pemimpin-pemimpin mereka….

    Jika minyak kita masih murah dari Thailand sedarkah anda semua yg hakikatnya beras se Kilo di Thai hanya lebih kurang RM1.00 sahaja….jalanraya mereka tak ada kena TOL….cukai jalan bayaq sekali seumoq hidup…

    Kat Singapore nuu jika nak tau pekerja cuci jamban pon gaji RM2500…..nie jika nak dibandingkan dengan pegawai kerajaan kita….kau orang pikiaq laa sendiri….

    Syukur….Sabar….Syukur….Sabaq….nak buat camna dapat pemimpin yang bijak mentadbir sampai macam nie…pastu dapat pulak rakyat yang 'samiaqna wa'atoqna' terimalah….nak kata apa lagi….w/pon hakikatnya aku tak HALAL DUNIA AKHIRAT...

    Syukur Sabaq Syukur Sabaq…..pierahhhhhhhhhhh……bua t apa aku nak syukur kat toghot aku hanya bersyukur pada ALLAH swt sahaja….aku sabaq kerana kesabaran itu sebahagian drpd IMAN…..

    Pada rakyat marhaen semua…kpd yg pangkah BN…harapan aku hang pa PANGKAH LAA lagi….inilah satu2nya kerajaan yg BIJAK, CERDIK, PANDAI MENTADBIR NEGARA ini….dalam erti kata GEMILANG CEMERLANG TERBILANG…. Pierahhhhhhhhhh TEMBERANGGGGGGGGGGGGG… ……..

    1 Comments
     
    UMNO stereotaip buat penerangan mengenai kenaikan harga minyak
    03.15.06 (6:03 pm)   [edit]
    UMNO stereotaip buat penerangan mengenai kenaikan harga minyak
    Oleh Amirulreza - Laman M@RHAEN


    Assalamualaikum w.b.t.

    Mutakhir ini, pihak UMNO melalui jentera kerajaannya melakukan pelbagai usaha untuk membuat sesi penerangan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak. Antara pengisian sampingan yang dilakukan oleh pihak UMNO adalah menyelar pembangkang yang dikatakan mengapi-apikan rakyat agar berdemonstrasi setiap kali selepas solat jumaat terutamanya di Kuala Lumpur.
     
    Ketika pemimpin-pemimpin mereka bermati-matian menegakkan benang yang basah dengan menyabitkan faktor pasaran harga minyak dunia yang kian meningkat, pihak media sedunia seperti bloomberg dan AMEinfo pula sudah menyiarkan berita terperinci bahawa harga minyak dunia sudah kembali kepada nilai US dollar 60 setong.
     
    Seandainya kita lihat laporan dari bloomberg pada 28 Februari 2006 (iaitu hari kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen), semua pihak terutamanya Amerika Syarikat telah bertindak meningkatkan 'stockpiles' mereka bagi berhadapan kemungkinan serangan 'pengganas' terhadap perkapalan Arab Saudi. Ini berikutan kekacauan yang sedang berlaku pada masa itu di Kingdom's Abqaiq refining center.
     
    Namun seperti pandangan yang diutarakan oleh penganalisa Mark Waggoner, Presiden Excel Futures Inc. di Huntington Beach, California,
     
    "Saya menjangkakan kesemuanya, minyak, gas dan penyulingan akan berada pada tahap yang positif"
     
    "Ia tidak menampakkan akan berlaku banyak masalah di Arab Saudi"
     
    Natijahnya, harga minyak turun berikutan langkah Amerika Syarikat meningkatkan 'stockpiles' mereka. Harga Minyak mentah untuk penghantaran bulan April jatuh sebanyak 49 sen atau 0.8 peratus untuk ditutup pada US Dollar 60.51 setong selepas sejam ia diniagakan di New York Mercantile Exchange. Walaupun penganalisa menyatakan pandangan yang positif tentang isu di Arab Saudi, kerajaan Malaysia tetap mahu menaikkan harga minyak pada hari berkenaan.
     
    Pada 8 Mac 2006 pula, negara-negara OPEC iaitu Organization of Petroleum Exporting Countries bertindak mahu mengekalkan pengeluaran minyak tertinggi hampir 2 dekad bagi mengimbangi segala kemungkinan ketidakseimbangan isu yang berlaku di Nigeria dan langkah Iran terhadap rancangan nuklearnya. Ini memastikan pasaran harga minyak dunia berada pada sekitar US Dollar 60 setong.
     
    Hasil dari perjanjian itu, persetujuan telah dicapai untuk mengekalkan kouta pengeluaran pada 28 juta tong sehari. Ini berdasarkan kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Najmi kepada pemberita di Vienna.
     
    Pada 9 Mac 2006, harga minyak terus didagangkan rendah sebagai suatu 'jawapan' terhadap langkah OPEC untuk mengekalkan pengeluaran minyak pada jumplah 28 juta setong sehari.
    Seperti reaksi spontan yang disuarakan oleh penganalisa Mark Waggoner,
     
    "OPEC adalah sesuatu yang penting, mereka akan terus mengepam(minyak) walau apapun yang berlaku"
     
    Jadi bagi UMNO untuk menggunakan hujah kenaikan harga minyak dunia sebagai senjata utama untuk menaikkan harga minyak di Malaysia sudah tidak berasas lagi.Seharusnya pihak kerajaan Malaysia menurunkan kembali harga minyak pada tahap munasabah memandangkan tiada asbab lagi mereka harus mengekalkan harga minyak pada kedudukan sekarang.
     
    Nampaknya Zainuddin Maidin,Shafie Apdal, Datuk Mustapha Mohammad serta anggota pemimipin UMNO yang lain terpaksa memburuk-burukkan usaha pembangkang serta NGO lain yang bertindak melakukan demonstrasi setiap kali solat jumaat. Ini terbukti melalui ulasan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan pembangkang mengambil kesempatan ke atas isu kenaikan harga minyak.
     
    Ternyata pihak UMNO sudah kehabisan hujah untuk mepertahankan tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak di Malaysia. Manakala pihak Barisan Alternatif serta NGO yang lain meneruskan usaha murni untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Sesungguhnya rakyat bukan lagi bodoh!
     
    Maka seharusnya kita "Protes Sampai Turun".

    SILA LAWATI: http://amirulreza.blogdrive.com" title="http://amirulreza.blogdrive.com" target="_blank"http://amirulreza.blogdrive.c...

    Sekian.

    Kiriman: amirulreza

    0 Comments
     
    ANDA PERCAYA KEPADA KEAJAIBAN?
    03.15.06 (5:59 pm)   [edit]
    ANDA PERCAYA KEPADA KEAJAIBAN?
    (Do you believe in miracles?)
    Oleh: Raja Petra Kamarudin - Laman M@RHAEN
     

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencadangkan agar amalan memasang poster semasa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil - dihentikan. Mengikut anggaran beliau, parti politik membelanjakan sekitar RM110 juta hanya untuk poster pada setiap pilihan raya umum. Dengan menghentikan amalan itu, banyak wang yang boleh diselamatkan. 

    Sekarang ada beberapa perkara yang mesti diambil kira. Kalaulah RM110 juta dibelanjakan untuk membuat poster, ini membawa erti hampir keseluruhan jumlah itu telah dibelanjakan oleh gagasan Barisan Nasional kerana jumlah yang dibelanjakan oleh pihak pembangkang tidak pun sampai kepada RM2 juta. Ini bermakna hampir 99% wang berjumlah RM110 juta itu datang daripada Barisan Nasional. 

    Kedua, setiap calon tidak boleh membelanjakan lebih dari RM200,000 untuk kempen politiknya kalau dia bertanding satu kerusi Parlimen dan RM100,000 kalau dia bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Berapa banyakkah yang dibazirkan oleh parti politik pada masa lalu? Mari kita tengok apa yang dibelanjakan pada pilihan raya umum 2004 dahulu. 

    Kita ada 219 kerusi Parlimen. Pada kadar RM200,000 setiap kerusi itu jumlahnya menjadi RM42,800,000. Kemudian kita ada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. (tidak termasuk Sarawak yang mempunyai pengundian Dewan Negeri secara berasingan). Kalau belanjanya adalah RM100,000 keseluruhannya ialah RM20,500.000. Jadi, jumlah besar bagi kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri ialah RM94,300.000. Inilah yang dibelanjakan oleh BN kalau mengikut peraturan undang-undang. Tidak lebih lagi dari itu. Jika mereka engkar bererti mereka melanggar undang-undang dan calon mereka boleh dikira tidak sah dan didenda sebanyak RM5,000 setiap seorang. 

    Itu baru kira-kira mengenai poster sahaja. Apa pula cerita air minuman yang menggunakan logo BN, baju-T, telefon bimbit, bendera, papan ‘billboards’ iklan akhbar, slot di TV, dan banyak lagi? Bagaimana pula dengan bungkusan makanan, wang petrol, angpau untuk pengundi dan petugas pilihan raya dan sebagainya. 

    Ada pihak yang mengatakan bahawa BN membelanjakan RM1.5 billion untuk pilihan raya umum. Ini tidak mengambil kira jumlah yang dibelanjakan sendirian oleh para calon, yang dikatakan adalah antara RM1 billion kepada RM1.5 billion jumlah semuanya. Setiap calon perlu menyediakan antara RM500,000 hingga RM3 juta bergantung pada tempat pertandingan, lagi besar kawasan lagi ramai pengundinya dan lebih tinggi perbelanjaan. 

    BN tidak boleh menang pilihan raya kalau parti itu dan calonnya tidak membelanjakan antara RM2.5 billion hingga RM3 billion. Inilah kos untuk menang dalam pilihan raya umum dan ini bukan satu rahsia lagi. 

    Cuba kita tengok Sabah sebagai contoh. Terdapat 25 kerusi Parlimen di sana. Tetapi, bil (kos perbelanjaan) untuk BN Sabah ialah sekitar RM200 juta. Sekali lagi ini tidak termasuk apa yang dibelanjakan oleh setiap calon secara individu. Mengikut SPR, pilihan raya kecil Pengkalan Pasir yang baru berlangsung telah membelanjakan RM3.5juta sedangkan kos yang dibenarkan ialah hanya RM100,000. Saya sendiri mengenali segelintir calon BN yang membelanjakan antara RM1 juta hingga RM3 juta. Semasa pilihan raya, lebih banyak perbelanjaan melepasi RM100,000 dan RM200,000 yang dibenarkan oleh undang-undang. 

    Yang perlu dijawab sekarang: Apakah ini melayakkan calon BN itu dikira tidak sah? Bagaimana mereka masih memegang jawatan? Bukan sahaja mereka mesti disingkirkan malahan perlu dikenakan denda sebanyak RM5,000. 

    Yang ketiga, dengan berbilion yang dibelanjakan oleh BN untuk menang pilihan raya, bagaimana mungkin pihak pembangkang bersaing sedangkan peruntukan RM1 juta adalah satu peruntukan yang amat tinggi kepada parti politik pembangkang yang ketiadaan wang? Mungkin juga PAS mampu berbelanja sikit, tetapi ia tidak akan mampu menyediakan lebih RM10 juta. Kalau pun kita ambil kira perbelanjaan setiap calon, jumlahnya masih sekitar RM15 juta. 

    Dengan kata lain, kalau diambil kira apa yang mampu dimiliki oleh BN dalam bentuk jentera, infrastruktur dan kewangan (kebanyakannya adalah milik kerajaan, yakni milik rakyat Malaysia dan bukan milik sesuatu parti) pihak pembangkang tidak akan mempunyai sebarang peluang menyingkirkan parti pemerintah ataupun menubuhkan satu kerajaan yang baru. Inilah hakikat keadaan sebenarnya. Apabila wang juga yang bercakap dan kelentung turut berderap, seyogia diingat bahawa BN akan terus mencengkam kuasa untuk satu tempoh yang lebih lama. 

    Sekarang kita akan teruskan lagi. Cuba KITA ANDAIKAN BAHAWA BN mematuhi undang-undang dan membelanjakan apa juga yang dibenarkan, marilah kita anggarkan bahawa BN tidak menyalahgunakan kemudahan kerajaan dan infrastruktur untuk dijadikan jentera pilihan raya peribadi, cuba andaikan juga BN berlaku adil dan SPR tidak menipu dalam pilihan raya itu, (samalah menunggukan kucing boleh bertanduk) apakah semua ini memberikan peluang
    kepada pihak pembangkang untuk berjuang di bumi yang rata? 

    Jauh panggang dari api. Tetapi siapakah yang benar-benar peduli? PAS memang berhasrat mahu menubuhkan negeri-negeri Islam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. DAP berhasrat mahu menjadi parti pembangkang yang perkasa, tidak lembik dan penuh kepura-puraan sebagai pembangkang yang tidak bermaya. KeADILan pula mahu menubuhkan kerajaan baru nanti di pusat walaupun ia mampu menang hanya satu kerusi; itu pun secara tercungap-cungap. Apa jadi kalau seseorang inginkan Tom Yam sedangkan seorang lagi mahukan Dim Sum sedangkan seorang lagi inginkan ’nan’ dan ’tandoori’? Ini bererti mesti ada tolak ansur dan ini bermakna semua orang makan ’fish and chips’ (ikan dan kentang ) sahaja. Hairankah kalau tidak seorang pun yang menikmati hidangan yang diberikan pada mereka? 

    Sejak dahulu lagi pihak pembangkang terpaksa berdepan dengan tiga pelakonnya (PAS, DAP dan Keadilan) menentang pihak lawan yang mengandungi 14 parti gagasannya. Kemudian ada pula pengadil (SPR) yang kerap mengalihkan tiang gol di tengah-tengah waktu permainan dan kadangkala turut menendang bola juga. Kemudian, kaki ketiga-tiga pemain pihak pembangkang diikat supaya mereka tidak dapat berlari; hanya cukup untuk melompat sahaja. Bayangkan bagaimana boleh menang? Lagi pun pihak pembangkang tidak pula diberitahu apakah undang-undang permainan itu sedangkan mereka terus menukar peraturan dan undang-undang untuk menyebelahi pihak lawan. Secara tiba-tiba kita boleh menyentuh bola, dan kemudian diubah tidak boleh pula sebaik sahaja pihak pembangkang menyentuhnya. 

    Malaysia tidak mengamalkan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia bukan bebas kerana anda perlu membayar wang yang banyak untuk menang,. Apa guna bertanding? Selagi undang-undang yang adil tidak dikuatkuasakan, pihak pembangkang harus berfikir untuk tidak bertanding dalam pilihan raya itu. 

    PIhak SPR sepatutnya menjadi pengadil dalam permainan. Ia sepatutnya menentukan permainan itu berjalan dengan licin dan adil. Sebaliknya SPR telah memainkan peranan seorang pemain juga dan menendang bola banyak kali ke arah tiang gol dan setiap kali menolak gol sepakan puak pembangkang sebagai tidak sah. 

    Cuba kita bincangkan satu isu yang sungguh pahit. Yakni undi pos. Kita kerap diberitahu bahawa undi pos adalah sengaja diputar belit. (di Pengkalan Pasir terdapat 215 undi pos sedangkan secara rasminya hanya ada 195 undi pos yang didaftarkan). Apabila diminta agar SPR menghentikan penggunaan undi pos, SPR menjawab kita boleh bincang apa sahaja kecuali perihal undi pos. Amalan menggunakan undi pos tidak akan dihentikan, dan perkara itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Undi pos adalah satu-satunya yang akan menjamin tokoh utama dalam kerajaan akan terus menang dan mengekalkan kerusi mereka, kata SPR. Pernahkah terlintas pada fikiran anda kenapa kem tentera terletak di kawasan pilihan raya pemimpin tertinggi (termasuk PM dan TPM) – ataupun para pemimpin ini diberikan kerusi untuk ditanding di mana terletaknya kem tentera? 

    Pemerintah kem tentera pernah mengaku bahawa anggota tentera memang dipaksa memangkah kertas undi secara terbuka di depan ketua mereka untuk menjamin undi mereka adalah diserahkan kepada calon parti pemerintah. Ada seorang pemerintah kem yang mengaku bagaimana kertas undi dipangkah oleh dua ataupun tiga orang pegawai kerana askar tidak dibenarkan mengundi secara sendiri. Memang banyak lagi cerita yang menakutkan cara memutarbelit sistem yang ada. Ada seorang pemerintah kem yang menceritakan kisah bagaimana dia dipanggil kerana terdapat satu undi yang memangkah pihak pembangkang dan mereka tahu dialah orangnya yang memangkah kertas undi itu. Apabila dia bertanya bagaimana mereka tahu perkara itu, mereka menjawab semua orang lain memangkah di hadapan pegawai pemerintah mereka, kecuali pegawai pemerintah itu sendiri. 

    Janganlah diragukan lagi. SPR bukannya pemegang amanah pilihan raya. Mereka bukan diwujudkan untuk menentukan pilihan raya itu adil dan saksama. Mereka berada di situ untuk menentukan bahawa kuasa politik orang Melayu tidak akan terhakis. Sebagai orang Melayu adalah tanggungjawab pegawai SPR menentukannya. Keengganan berbuat demikian boleh dilihat sebagai penderhaka kepada bangsa. 

    Apakah pegawai SPR itu penipu dan penyamun? Tidak, kononnya mereka adalah Nasionalis dan wira negara. Mereka berjuang untuk bangsa. Mereka menentukan agar Ketuanan Melayu tidak tercabar. Mereka menjamin agar orang Melayu akan terus mencengkam kuasa politik dan tidak menjadi warga kelas dua di negara sendiri. 

    Pihak pembangkang adalah laksana si kenit melawan raksasa. Berbeza dengan cerita dongeng David yang mengalahkan Goliath, pihak pembangkang melontar lastik masing-masing ke arah pihak kawan. Tiga orang pemain bertarung melawan 14 di pihak lawan (ataupun 15 kalau diambil kira SPR). Akan tetapi apabila si tiga orang itu enggan bermain sebagai satu pasukan dan menyepak bola masuk gawang sendiri, adalah lebih baik kita pulang ke rumah dan lupakan segala-galanya. 

    Kita memerlukan satu keajaiban untuk menghumban BN daripada puncak kuasa. Itu pun kalau anda percaya dengan benda yang ajaib.

    - Raja Petra Kamarudin

    Terjemahan MT-SPAR - 15.03.2006

    0 Comments
     
    Petisyen Pengkalan Pasir: Hakim tolak bantahan awal BN
    03.15.06 (5:55 pm)   [edit]
    Petisyen Pengkalan Pasir: Hakim tolak bantahan awal BN    
    Wed | Mar 15, 06 | 02:40:05 PM
    Oleh Mazlan Jusoh

    KOTA BHARU, 15 Mac (Hrkh) - PAS menang pusingan pertama perbicaraan petisyen pilihan raya kecil Pengkalan pasir hari ini apabila hakim menolak bantahan awal Umno terhadap fakta kes yang dikemukakan PAS mengenai dakwaan berlakunya penyogokan dan penyamaran pada perbicaraan kes itu hari ini.

    Hakim Dato’ Hassan Lah menerima fakta kes yang dibentang PAS pada petisyen pilihan raya yang dikemukakan pempetisyen, Mohd Ridza Zain secara bertulis pada 4 Januari lalu.

    Ekoran itu Hakim mengarahkan perbicaraanpenuh diteruskan pada 3 hingga 6 April dan 17 hingga 20 April depan.

    Bagaimanapun bantahan awal Hanafi termasuk berkaitan kes penganjuran jamuan, ugutan (pengaruh tidak wajar), amalan rasuah melalui penerbitan risalah tanpa nama penerbit, mengembang perasaan jahat, amalan undang-undang yang salah dan calon tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti diterima mahkamah.

    Hakim ambil masa 45 minit bacakan keputusan

    Hakim mengambil masa kira-kira 45 minit membaca keputusan bertulis, bermula jam 11 pagi tadi. Galeri awam Mahkamah Tinggi Kota Bharu penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

    Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, timbalannya, Ustaz Zulkifli Mohd Yusof, Pengarah Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan calon DUN Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad.

    Mohd Ridza hari ini diwakili Nasrul Mohamad, Ahmad Najib Deris, Hisyam Fauzi dan Fariz Izwan Mustafa, manakala responden pertama diwakili Adhan Kechik, Norah Abu Bakar dan Azmi Abdullah.

     

    Image
    Presiden PAS dalam sessi kempen Pengkalan Pasir
    Manakala Peguam Kanan Persekutuan Siti Salwa Musa mewakili responden kedua dan ketiga iaitu pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isu penyogokan yang dikemukakan pempetisyen mengikut Seksyen 32(a) Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang didakwa menjejaskan keputusan pilihan raya.

     

    Fakta kes yang dibentangkan antaranya seorang petugas parti responden pertama dikenali sebagai Ismail memberi wang sebanyak RM100 dan berpesan ‘cukuplah kamu pangkah bulan, kamu ambil duit ni pangkah dacing’ katanya kepada seorang pemilih berdaftar yang dikenali Zubaidah Ahmad.

    Terdapat dua bukti lain lagi yang dikemukakan di bawah kesalahan penyogokan dilakukan pihak responden pertama.

    Selain itu, perbuatan penyamaran termasuk perbuatan rasuah di Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan raya 1954, di bawah Seksyen 7 Akta tersebut didakwa dilakukan agen-agen responden pertama.

    Fakta yang dikemukakan

    Fakta yang dikemukakan dalam petisyen antaranya terdapat seorang yang memohon mendapatkan kertas undi dan seterusnya mengundi atas nama orang lain, iaitu seorang pemilih berdaftar bernama Fatimah Mahmood di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 3, sedangkan pemilih berdaftar tidak hadir mengundi pada hari pengundian kerana berada di rumah anaknya di Gerik.

    Terdapat tujuh fakta kes yang dikemukakan pempetisyen di bawah kesalahan penyamaran.

    Petisyen yang dikemukakan Ridza setebal 22 muka surat itu menyatakan perlanggaran dilakukan responden pertama di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

    Perbicaraan petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir bermula Isnin lalu, di mana pempetisyen diketuai Haji Mohd Ariff Yusof dan Tan Sri Zaki Azmi mewakili responden pertama. Bagaimanapun kedua-dua peguam terbabit tidak hadir pada perbicaraan hari ini.

    Mohd Ridza ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur kerana fakta kes mengenai penyogokan dan penyamaran yang dikemukakan sebelum ini diterima mahkamah.

    “Ini membolehkan segala bukti yang dikumpulkan mengenai kes tersebut dapat dikemukakan pada perbicaraan penuh nanti bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat sebenar.

    “Kita berharap demokrasi dalam erti kata sebenar dapat ditegakkan melalui pendengaran kes tersebut nanti,” ujarnya. Pada pilihan raya kecil 6 Disember lalu, calon BN mengatasi calon PAS dan Bebas, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dengan kelebihan 134 undi.

    0 Comments
     
    MENGAPA MENANGIS APABILA MAMPUIHNYA JAWI?
    03.04.06 (7:06 pm)   [edit]

    MENGAPA MENANGIS APABILA MAMPUIHNYA JAWI?
    Oleh Azizi Hj. Abdullah (Laman M@RHAEN)



    Lagi-lagi salahkan Melayu. Lagi-lagi salahkan Melayu. Pasal politik, orang Melayu yang kena. Pasal ekonomi, orang Melayu juga tempat handas. Pasal keruntuhan sosial anak muda, kemunduran anak-anak  dalam pelajaran, Melayu juga dipersalahkan. Mudah lupaq pun, orang Melayu.

    Apa ni? Tak ada lainkah dari hentam orang Melayu?

    Kenapa tak alih pandang kepada pemimpina Melayu: Pemimpin Melayu yang berpolitik, pemimpin Melayu yang pegang kuasa, pemimpin Melayu yang tak pernah beliak mata kepada bangsanya sendiri? Pemimpin Melayu yang pejam mata kepada kelemahan bangsa Melayu sendiri.

    Lagi-lagi salah kepada bangsa. Kenapa tak salah kepada mereka yang berkuasa, yang berkemampuan, yang bertanggung jawab terhadap Melayu?

    Tulisan Datuk Johan Jaaffar dalam Berita Minggu keluaran 19 Feb 2006 melalui kolum khasnya, adalah di antara orang Melayu yang hala tujunya tak lain menyalahkan orang Melayu. Tulisan itu seolah-olah kerana orang Melayulah maka tulisan jawi ‘mampuih’ dan kojol tanpa kubur. Tulisan itu seolah-olah orang Melayu tak perihatin, tak mau bertanggung jawab terhadap tulisan yang mempunyai roh al-Qur`an itu.

    Kita nak tanya, apa kaitannya dengan orang Melayu kalau tulisan jawi itu ‘mampuih’ begitu saja?

    Tulisan jawi yang mampuih bukan kerana bangsa Melayu, tetapi kerana ‘pemimpin Melayu’ yang tidak ada jiwa Melayu, kerana pemimpin Melayu tidak ada roh Melayu melalui tulisan jawi. Jawi dimampuihkan oleh mereka yang biadap dan kurang ajar terhadap budaya dan maruah bangsanya sendiri kerana mereka tidak ada jatidiri Melayu, kerana mereka anggap  bahasa jawi bukan bahasa maju dan mereka seboleh-bolehnya tidak mahu jadi Melayu. Dalam jiwa mereka menjerit loya; apa itu jawi? Nak buat apa dengan jawi?

    Lalu dengan kuasa mereka, mereka terajang kepentingan tulisan jawi dan akhirnya generasi Melayu baru tak tahu lagi apa itu jawi, Maka wujudlah generasi yang semakin berkembang tetapi tidak ada lagi pendidikan jawi. Generasi ini pasti merasa susah hendak baca. Apabila susah hendak baca, buat apa susah-susah. Lagi pun kalau pandai jawi, nak buat apa?

    Sampai begitu mereka tanam dan semai terhadap generasi bangsanya akibat mereka;lah yang jahil dan tidak ada jatidiri.

    Kita tak pandai menulis secara tertip, berkronologi dan berdisiplin. Tapi kita telah melalui sejarahnya betapa tulisan jawi melalui zaman subur, gemilang kemudian dimatikan oleh pemimpin Melayu serndiri, bukan bangsa Melayu. Tapi sayangnya penulis, cerdik pandai yang berkebolehan menulis, tidak pernah menuding jari kepada si anu, si anu bahawa; hanglah yang menyebabkan jawi mampuih! Tidak ada dalam seminar, kertas kerja, kajian menamakan ‘youlah sebenarnya yang memampuihkan jawi!’. Yang ada hanya sebutan bangsa Melayu.

    Datuk Johan mesti kena tanya diri sendiri, kenapa sebelum merdeka, di zaman penjajah, tulisan jawi mendapat tempat? Kenapa? Setidak-tidaknya pada masa itu pihak berkuasa (walaupun penjajah) memberi ruang tulisan jawi diguna pakai. Di sekolah ada buku-buku bacaan dalam tulisan jawi. Buku cerita, termasuk cerita Sang Lamri tulisan jawi.

    Maka budak-budak berhingus pun, mau tidak mau kena baca jawi. Tak boleh baca, sanggup kena rotan; soalnya jawi kena baca.

    Waktu itu pegawai di Jabatan Pelajaran, pegawai di kementerian, orang yang ada kuku dalam Kementerian Pelajaran suka, malah berjiwa kejawian walaupun mereka mampu bercakap soh-seh, soh-seh.

    Maka muncullah Utusan Melayu. Sebab apa? Sebab pihak syarikat tahu apa yang akan diberikan, akan diterima pula oleh bangsa Melayu.

    Tiba-tiba sedang jawi diguna pakai tanpa sakit dan cedera, datang seorang Menteri Pelajaran lalu mengumumkan supaya tulisan jawi di ‘mampuihkan’ dalam sukatan pelajaran.

    Nasib baik ketika itu ramai bangsa Melayu boleh mengusai jawi. Tapi oleh kerana menteri itu mabuk kuasa, entah apa yang ada dalam kepala otaknya, hasrat memampuihkan jawi diteruskan.

    Ketika itu, mampuih atau dikambus jawi, orang Melayu masih mampu membaca, membeli akhbar jawi kerana mereka masih berjatidiri dengan jawi.

    Tetapi bolehkah hal itu  berlarutan sekiranya generasi itu sedikit demi sedikit mampuih dan yang hidup adalah generasi yang belajar di sekolah tanpa lagi tulisan jawi. Kalau pun diajar hanya 30 minit seminggu.

    Generasi ini semakin besar, beranak pinak dan anak pinak ini apabila celik ke dunia Malaysia, jawi sudah tidak ada lagi.

    Habis, kita nak tempek kepada mereka, hoi, bacalah jawi, cintailah tulisan jawi? Poorrahhh! Bangsa mana pun tidak akan cinta terhadap sesuatu jika tidak dibibit cinta sejak awal.

    Cuba tanya anak muda sekarang, apa perlukah surat khabar jawi itu dihidupkan atau di matikan? Jawapan tentunya mereka tidak peduli apa-apa. Yang asyik berkokok ialah generasi yang masih ada saki baki zaman dahulu. Masakan mereka dapat menongkat langit dengan jawi?

    Jadi adilkah apabila kita menyalahkan orang Melayu tak mahu pelihara, menjada maruah jawi kalau mereka sendiri tidak tahu apa itu jawi?

    Kenapa tidak hala saja muncung pena kepada pemimpin yang berkuasa tentang jawi ini atau pemimpin yang bertanggung jawab. Caranya mudah. Hidupkan semula tulisan jawi, pelajaran jawi di sekolah-sekolah. Bila mereka celik mata kena belajar jawi, merekalah yang akan membaca jawi apa bila besar.

    Kenapa tidak ditojah dahi menteri itu kerana kesalahan mampuihnya jawi ini? Bukankah kerana dia yang mencadangkan? Adakah memampuihkan jawi ini kehendak bangsa Melayu?

    Menteri Pelajaran sekarang pula, perlu fikir lama-lama bagaimana untuk menyibar luas, menghidupkan semula jawi yang ‘nazak’ ini. Kalau boleh ketepikan ‘dosa’ menteri lama terhadap jawi.

    Dalam hal memampuihkan sesuatu perkara, bukan saja jawi. Bahasa Malaysia sendiri  akan mengalami perkara yang sama jika orang yang bertanggung jawab tidak suka kepada Bahasa Malaysia.

    Ini bukan soal nak maju atau nilai ekonomi. Ini soal maruah bangsa dan martabat bahasa. Apa jenis bangsa di dunia ini kalau bahasanya sendiri hendak dihapus?

    Zaman 60 dan 70-an dulu, Bahasa Malaysia telah diguna pakai dengan baik apabila ia dijadikan bahasa rasmi. Waktu itu buku-buku berbahasa Malaysia jenuh diterbitkan sebab pembaca ramai. Tapi kini, apabila mereka yang berkuasa tidak berapa peduli dengan bahasa Malaysia, tenguklah taraf dan nilainya. Maruah bahasa itu sendiri dipermain.

    Bukan apa, sebabnya banyak pula jongos, bajak wangkang, hipokrit, tukang ampu, wahhal dia tahu program itu program menjahnamkan bangsanya sendiri.

    Pemimpin-pemimpin bangsa lain cerdik tetapi  kita bodoh. Mereka mempertahankan penggunaan bahasa mereka dengan apa cara pun, maka surat khabar dalam bahasa mereka pun mendapat tempat. Tapi kita, lorong dan jalan meluaskan penyibaran dimampuihkan, tiba-tiba nak suruh orang Melayu baca. Mana ada jalan?

    Saya secara peribadi, sedikit pun tidak dukacita atas ‘mampuihnya’ surat khabar jawi. Buat apa hendak diterbitkan kalau tak ada orang baca. Nak salahkan orang Melayu tak mahu baca? Mengapa nak salahkan mereka kalau mereka sendiri tak tahu baca!

    Barangkali dari segi hendak memanjangkan hayat penerbitan akhbar jawi ini satu saja caranya. Akhbar jawi Utusan Melayu kepunyaan Umno. Ahli Umno sekarang lebih dari 2 juta. Mengapa ahli Umno sendiri, sekurang-kurangnya 300,000 tak mahu beli Utusan Melayu jawi kalau mereka sayangkan kepada saham, syer dan jawi mereka. Sepatutnya merekalah yang memertabatkan jawi.

    Tapi apa yang hendak dikata, mereka juga (ahli Umno kini, termasuk Putri dan Putra) adalah generasi baru yang buta jawi disebabkan menteri Umno juga yang memampuihkan jawi sebelum mereka lahir. Kemudian setelah mereka lahir, jawi sudah tidak ada. Yang ada hanya spesis lemah dan tidak berguna. Jadi nak salah siapa?

    Sayang, orang seperti Datuk Johan selalu melihat sisi lain terhadap sesuatu isu. Ia seolah-olah fenomena alam yang perlu dipertahankan oleh semua orang, sedangkan puncanya dilakukan oleh seorang sahaja kemudian diskokong oleh mereka yang ada kepentingan tidak diambil kira.

    Jahatnya orang politiklah. Dari kuasa politik mereka menggunakan semau-mau tanpa memikirkan masa depan bangsanya.

    Bukan saja jawi wahai Datuk Johan, yang lain lagi pun berlambak-lambak yang hanya menunggu masa saja. Matematik dan Sains yang diwajibkan mengguna bahasa Inggeris, apa pun alasan, ia tidak melambangkan satu keputusan yang baik. Tetapi kerana kuasa politik, banyak tukang angguk maka ia solah-olah sangat tinggi martabat disebalik penurunan nilai dan peratus markahnya.

    Apa ertinya Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dukacita apabila surat khabar itu ditutup? Ini bukan masalah tutup, ini masalah ketelanjuran  menteri dulu dan tidak diperbaiki oleh menteri sekarang dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Sistem yang sangat tidak betul politik pemimpin Melayu kita ialah tidak berani mengubah sistem lama yang diputuskan dalam bentuk politik. Mengapa? Kerana ramai yang mahu hidup dengan kuasa poiltik walaupun terpaksa berpura-pura atau memamah maruah bangsanya sendiri.

    - Azizi Haji Abdullah - 28.02.2006
    3 Comments
     

    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter


     



    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com

    ANTARA TAJUK2
    MENARIK DI TarakNama



    Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.
     
     
    Mahathir VS Kerajaan

     

     



    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9