Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Perbezaan TNB dgn LILIN??
    05.01.06 (12:19 am)   [edit]
    Perbezaan TNB dgn LILIN??
     
    Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri
    memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang, period i dah
    lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check
    kat doktor."

    Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak
    memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya
    benar2 pasti.

    Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
    terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

    Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni
    isterinya. ada apa encik"

    Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
    boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

    Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
    tu.

    "APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai
    TNB tu pun dengan selamb a menjawab "ala puan, ni kan zaman IT, semua tu
    ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

    Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
    "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

    Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat
    sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

    Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
    nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari
    situ..

    Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia
    pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..


    Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
    memekik seraya berkata

    "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam
    internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan
    kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

    Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
    keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
    perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik
    berang.

    "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

    Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
    punya..........."

    Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
    apaaaaaa???"

    Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
    AJERRRLAAAAAAAA...."

    0 Comments
     
    KUKU..!!!
    05.01.06 (12:16 am)   [edit]
    KUKU..... 
     
    Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuhpada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada
    hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).

    Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan dan
    kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku
    berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan
    oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun
    kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang
    masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong
    kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi
    junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

    Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum,
    hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam
    Irsyad Hukum kali ini.

    1.  Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku

    Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
    dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:"Sepuluh perkara
    dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut,
    bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi,
    mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air
    (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh
    kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)

    Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan
    atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah
    menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku,
    yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

    Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala
    kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan
    kesihatan.


    2.   Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku

    Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
    memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

    Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
    keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan
    diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah
    ibu jari.

    Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
    sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
    kelingking.

    Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau
    benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
    sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

    Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku
    yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru
    pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

    Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
    memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit
    kusta.

    3.   Waktu Memotong Kuku

    Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian
    dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku
    tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
    itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
    tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
    diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
    "Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut
    bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih
    daripada empat puluh malam." (Hadis riwayat Muslim)

    Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
    memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
    disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke
    masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at. Diriwayatkan oleh Abu Sa'id
    al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :
    "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada
    hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang
    terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak
    melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia
    mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam
    keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan
    sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at
    sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad)

    Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya :
    "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan
    mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk
    bersembahyang." (Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

    Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu
    pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

    4.   Menanam Potongan Kuku

    Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan
    anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah
    sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota
    manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar
    Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

    5.   Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

    Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
    berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah
    atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub.
    Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan
    keadaan junub.

    6.   Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya (Cutex)

    Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan
    yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi wasallam
    , kerana Baginda menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu
    panjang, nescaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti
    wudhu, mandi wajib dan sebagainya.

    Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah
    haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan
    yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika
    pewarna itu diperbuat daripada benda najis adalah haram digunakan melainkan
    ada hajat seperti berubat.

    Jika pewarna kuku itu boleh menghalang daripada masuknya air, maka wajiblah
    ditanggalkan pewarna tersebut. Jika tidak ditanggalkan ia daripada kuku
    tangan atau kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia berhadas kecil, atau
    mandi wajib apabila dia berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.

    Hal ini berbeza pula dengan berinai, kerana perempuan yang bersuami atau
    perempuan yang hendak berihram sunat baginya berinai atau berpacar. Walau
    bagaimanapun cara berinai yang disunatkan itu ialah dengan menggunakan daun
    inai pada seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
    Disunatkan juga menyapukan sedikit inai kemuka, sebab ketika ihram,
    perempuan disuruh membuka muka dan kadang-kadang kedua telapak tangannya
    akan terbuka. Maka dengan berinai itu akan menutupi warna kulit tangan dan
    muka.

    Adapun perempuan yang tidak bersuami, adalah makruh berinai (menginai
    seluruh dua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan) tanpa ada sesuatu
    sebab keuzuran dan tidak pula bermaksud untuk melakukan ihram. Ini kerana
    ditakuti akan menimbulkan fitnah.

    Sementara cara berinai dengan hanya menginaikan hujung-hujung jari sahaja
    dan membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak dianjurkan, bahkan haram
    hukumnya berbuat begitu. Akan tetapi diharuskan bagi perempuan yang
    bersuami berinai dengan cara berkenaan dengan syarat ada keizinan daripada
    suami. Ini memandangkan ada tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa
    ada keizinan suami maka hukumnya tetap haram.

    Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki pada dua tangan dan kaki adalah
    haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya yang maksudnya:
    "Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kaum lelaki memakai
    za'faran (kuma-kuma)." (Hadis riwayat Muslim)

    Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu terdapat di
    dalamnya unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita berhias. Akan tetapi jika
    lelaki itu berinai kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau hajat
    seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan
    ke atasnya berinai.

    p/s: buat bakal pengatin baru di ingatkan agar anda tidak berinai juga,
    saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz semasa di mekah, dia menggatakan
    lelaki tak boleh pakai inai haram hukumnya melainkan sebab sebab tertentu
    seperti untuk meyembuhkan penyakit kulit dan sebagainya (dulu saya tak
    tahu) tapi oleh kerana saya dah tahu hukumnya sekarang, maka kewajiban saya
    menasihatkan kawan2 dan sanak saudara, tapi terkilan juga sebab ada yang
    tak mahu dengar (lebih lebih lagi mereka yang lebih senior dari saya -
    sebab mereka merasa pengetahuan mereka lebih baik dari saya, apa boleh saya
    buat, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan beristhifar saja).
    0 Comments
     
    Keputusan FAM tidak HADHARI
    05.01.06 (12:10 am)   [edit]
    Keputusan FAM tidak HADHARI
    Oleh: Taraknama

    Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca akan teguran Datuk Ahmad Basri, Pengurus Bolasepak Negeri Kedah. Teguran yang telah beliau berikan jika kepada sesiapa yang mengikuti akan perjalanan FAM beberapa hari ini di mana mereka telah mengumumkan yang Liga Bola Sepak kita akan berubah format pada tahun depan.

    Itu semua saya tidak peduli kerana sudah menjadi lumrah kepada FAM jika negeri Pahang dan Selangor menghadapi masalah atau akan tercicir ke Liga Premier maka ianya akan di ubah dan diolah agar menjadi seperti menarik dan elok dipandang.

    Apa yang bermain di fikiran saya adalah sepak mula untuk semua perlawanan pada tahun depan dimulakan pada jam 8.00 malam. Tidak terfikirkah mereka semua akan waktu itu merupakan waktu kecederaan bagi umat Islam. Di mana waktu Magrib kebiasaannya masuk pada jam 7.30 malam dan jika bermula pada jam 8.00 malam sudah tentu stadium akan dipenuhi dari jam 7.00 malam lagi dan kepada golongan yang tidak menunaikan sembahyang ini siapa nak jawab. Jika sebelum ini kebiasaannya yang saya lakukan adalah saya akan masuk ke stadium jam 8.00 malam dan saya mempunyai 45 minit lagi jadi dengan waktu itu orang ramai pun mulalah memasuki stadium tapi jika bermula jam 8.00 malam sudah tentulah terjadi seperti apa yang telah katakan tadi.

    Selain itu, sudah menjadi lumrah kepada mana-mana perlawanan bola di Malaysia jika terdengar azan berkumandang perlawanan itu akan diberhentikan seketika untuk menghormati azan. Jika lagu Negaraku kita mengarahkan satu stadium untuk berdiri sebagai tanda hormat takkan azan yang di perintahkan oleh Allah swt kita hendak membuat endah tak endah. Saya katakan sebegini kerana waktu isyak di Malaysia selalunya akan masuk jam 8.30 malam jadi tidak ada yang terfikirkah akan perkara ini.

    Jika dalam bab duniawi pulak jam 8.00 malam merupakan waktu 'prime time' di mana waktu itulah berita akan disampaikan di TV-TV di negara kita jadi bagaimanakah pula dengan siaran langsung yang akan dilakukan oleh TV-TV tersebut. Tidakkah ianya akan mengganggu rentak perjalanan siaran TV tersebut.

    Oleh itu fikirkanlah, jika sesuatu perkara yang hendak dilakukan berbaliklah kita kepada hukum hakam Allah swt insya' Allah ianya akan berjalan sejajar dengan apa yang diserukan. Jadi fikirkanlah?
    0 Comments
     
    10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak
    05.01.06 (12:08 am)   [edit]
    10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak
    umumOleh: Taraknama

    1. Tidak mengambil sarapan pagi
    - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

    2. Terlebih makan
    - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

    3. Perokok
    - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

    4. Penggunaan gula yang berlebihan
    - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

    5. Pencemaran udara
    - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

    6. Terlebih tidur

    - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

    7. Menutup muka ketika tidur
    - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

    8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
    - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

    9. Kurang berimiginasi
    - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

    10. Jarang berfikir
    - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
     
    OLEH ITU GUNAKANLAH AKAL UNTUK BERFIKIR....
    MANA BAIK MANA TAK BAIK.. 
    0 Comments
     
    Pesanan untuk kawan-kawan di Sarawak
    05.01.06 (12:05 am)   [edit]
    Pesanan untuk kawan-kawan di Sarawak
    Oleh: Taraknama

    Selamat berjuang diucapkan kepada kawan-kawan di sana kerana akan menghadapi peperangan dalam suasana yang tempang sebelah.

    Dari pesanan kawan-kawan saya di Sarawak inginlah saya memberikan beberapa peringatan dan pesanan semasa perjalanan pilihan raya ini.

    Jika di Semenanjung pun kami terpaksa berjuang dalam suasana yang tiada keadilan jadi jika di sana lagilah saya mengerti akan cabaran yang terpaksa ditempohi. Dalam keadaan bumi semenanjung yang di penuhi dengan sumber maklumat dan penerangan serta ceramah kita masih lagi belum dikurniakan kemenangan di dalam perjuangan.

    Oleh itu berjuanglah anda semua kerana matlamat kita bukan kemenangan sahaja tetapi yang lebih tinggi adalah keredhaan Allah swt. Itulah kemenangan kita yang sebenar-benarnya.

    Salah satu pesanannya adalah, jagalah kawasan rumah panjang kerana golongan ini akan senang di taburi dengan harta kekayaan dari kerajaan langit, jadi bersedialah untuk menahan lori-lori hantu ini. Gunakanlah segala kepakaran dan akal yang dikurniakan oleh Allah swt itu untuk menyekat golongan ini.

    Salam Perjuangan Dan Salam REFORMASI untuk pejuang-pejuang di BUMI KENYALANG?"

    0 Comments
     
    ADA NAIK ADA TURUN.....
    04.16.06 (12:21 am)   [edit]
    1 Comments
     
    KENAPA MEREKA TAK SEMBAHYANG SUBOH???
    04.16.06 (12:18 am)   [edit]
    0 Comments
     
    Dalam bengong UMNO, ada 'CERDIK'NYA..?
    04.16.06 (12:13 am)   [edit]
    lOTUS123..Umno sebagai ketua kerajaan BN, ditonjolkan sebagai kerajaan paling lemah dalam pengurusan negara dan sangat 'memalukan' negara dalam pelbagai bidang......dan melayu digambarkan sebagai satu bangsa yang amat dangkal dan sangat-sangat bangang dalam mengatur dan menguruskan pelbagai urusan negara....

    Tapi tahukah kita.....semuanya dibuat semata-mata menambahkan dana BN untuk tabong pilihanraya ke-12 nanti yang akan adakan lebih-kurang setahun setengah nanti....

    Pasal mereka nampak...bahwa duit bukan sahaja boleh membeli undi...tapi juga boleh membeli orang yang 'mengawal' atau 'menguruskan' peti undi...i.e SPR, Pendaftaran negara, polis, askar dll. yang juga terlibat dengan undi pos...mereka ini memerlukan wang yang sangat banyak....banyak yang tak terhingga...disamping juga untuk melobi bagi pemilihan parti...

    Bayangkan....berapa billion wang yang diperlukan oleh umno untuk projek PRU 12 ni...kerana kedudukan mereka pada asasnya tidak beberapa kuat....tapi mereka yakin dengan duit tersebut, mereka berjaya dan boleh membuat 'sesuatu' terhadap keputusan pilihanraya...

    Minyak naik....duit boleh buat pembangunan dan dihalakan kpd RMK-9....so, siapa akan dapat projek nanti, kalau tak orang kuat umno jugak...dan setiap 1 juta akan di masukkan paling kurang 15-20% ke tabung parti......yang pasti projek selalunya akan bernilai lebih ratus juta...bayangkan betapa banyak wang yang ade dalm tabung umno....

    Itu belum termasuk projek yang batal, spt jambatan 'bengong' (baca bengkok) tu..kroni dapat RM 100j..so, masuk tabung umno at least RM25j...

    LIHATLAH RAKYAT SEMUA....DUIT ITU DIGUNAKAN UNTUK MENGANIAYA DAN TIPU KITA SENDIRI.....

    AKU TIDAK HALAL KALAU UMNO BUAT KAT AKU MACAM TU.....AKU AKAN UNGKIT DIHARI AKHIRAT NANTI......PASAL AKU PUN BAYAR CUKAI.....
    0 Comments
     
    JOM TENGOK
    04.15.06 (11:47 pm)   [edit]
    TAWARAN REFORMASI!!
    dapatkan VCD PERCUMA
    BELI 5 DAPAT 1 PERCUMA
    cuma RM25 sahaja untuk 6 keping VCD
    Ayuhhh..!! mulakan ODAR ANDA sekarang!
    sila layari laman web..
    0 Comments
     
    Assalamualaikum
    04.15.06 (4:05 am)   [edit]
    HARAP MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN YG BERLAKU....SAYA SEBENARNYA MENGHADAPI KESULITAN NAK UP-DATE BLOG NIE.....PC ADA PROBLEM SIKIT PASTU....BLOG NIE PON 2/3 HARI NIE PON PALAU JUGAK....JADI JIKA ADA APA2 MASALAH TUU HARAP MAAF LEE...ANYWAY
    PROTEST SAMPAI TURUN
    0 Comments
     
    elabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?
    04.10.06 (4:19 pm)   [edit]
    Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?

    Sebagai seorang akauntasi dlm dprt, ini pandangan
    saya...... kalo buleh
    bagi comment.....it makes sense...Cuba anda
    fikir-fikirkan......

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri
    jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini.
    Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya
    sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

    Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan
    tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu.
    Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat
    keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
    dengan duit pinjaman bank).

    Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari
    Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank
    mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
    == Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

    Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd
    anda.
    Contoh:
    Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap
    tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at
    the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang
    boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan
    sebagainya.

    Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
    ------------------------- -----

    Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,
    jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar
    semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda,
    loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
    bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
    (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg
    dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda
    terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan
    RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

    Untung atau rugi?

    Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan
    selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM
    94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8
    tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
    pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

    Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain
    membayar bulanan kpd loan
    ------------------------- -----
    ------------------------

    Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%
    setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun
    adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk
    20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun =
    RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima = RM 240,000

    Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda
    perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos
    pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

    Untung pada mata kasar == RM 64,64

    Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan
    anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,
    anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan
    RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai
    pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,
    oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda
    kehilangan 'potential gain'.

    Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
    Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
    ------------------------- -----
    ----------------------
    Kehilangan Keuntungan RM 143,018

    Siapa yang untung sebenarnya? == Bank !

    Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM
    175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna
    mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang
    anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
    Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
    ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan,
    mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka
    ambil dari pelaburan anda.

    Yang Rugi == Anda sebenarnya!!!.

    Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit
    sendiri.

    Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap
    email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.

    Terima kasih
    6 Comments
     
    BOIKOT MAXIS....???
    04.08.06 (7:53 am)   [edit]
    BOIKOT MAXIS

    Ikhwah yang dikasihi kerana Allah, ini adalah pendapat ana boleh jadi benar
    boleh jadi salah oleh itu kalau benar ikutlah dan kalau ada dalil atau
    hujah yang lebih kuat berdasarkan Al-Quran dan sunnah maka sila nyatakan
    pada ana. Kerana kita adalah generasi yang ditarbiah, panduan kita adalah
    Al-Quran dan sunnah untuk mencari kebenaran seperti yang disarankan Allah
    dalam surah Yusuf,(12:108)

    "Katakanlah (Muhammad): Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang
    mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci
    Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"

    Syarikat telekomunikasi MAXIS merupakan sebuah syarikat
    telekomunikasi sangat berpengaruh dan banyak digunakan oleh masyarakat
    Malaysia hatta tidak terkecuali ikhwah mahupun akhawat. Pemilik syarikat
    ini adalah Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia
    selepas Robert Khoo, jutawan gula. Selain MAXIS , Ananda Krishnan juga
    merupakan orang yang bertanggungjawab membawa ASTRO masuk ke Malaysia yang
    menyebabkan banyak gejala kerosakan akhlak berlaku dan melalaikan ramai
    orang Islam tehadap tanggungawab mereka terhadap Islam. Selain itu, dia
    juga merupakan antara penyumbang utama program berbentuk maksiat yang
    sangat terkenal iaitu AKADEMI FANTASIA yang melahiran ramai perosak
    masyarakat.

    Perkara yang lebih parah lagi adalah dia akan menyumbangkan 10%
    setiap tahun daripada keuntungannya kepada Persatuan India Sangam Malaysia
    iaitu antara sebuah persatuan yang yang mendokong penubuhan IFC (
    InterFaith Commision) yang membolehkan undang-undang Islam digubah oleh
    sebuah gagasan yang nak diwujudkan apabila dirasakan ia tidak relevan lagi
    dengan zaman sekarang menurut tanggapan mereka. Ini jelas-jelas menunjukan
    mereka menyerang Islam dan mencabar hukum Allah swt. Mereka ini jelas-jelas
    KAFIR HARBI. Tidakkah kita sensitif dengan ayat Allah dalam surah
    al-Anfal,(8:39),
    "Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah 1 dan supaya agama itu
    semata-mata untuk Allah 2. Jika mereka berheni (dari kekafiran) maka
    sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan"

    dan ayat lain surat al-Maidah(5:54),
    "dari awal ayat...maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah
    mencintai mereka dan mereka mencintaiNYa,yang bersikap lemah lembut
    terhadap orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir ,yang
    berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang yang suka
    mencela.....hingga akhir ayat"

    Oleh yang demikian ana menyarankan ikhwah sekalian supaya memBOIKOT
    MAXIS kerana Ia mengancam Islam. Sanggupkah antum memberi sumbangan pada
    MAXIS untuk menghancurkan Islam padahal antum beriktikad dalam hati dengan
    penuh keazaman dan keikhlasan untuk membela agama Allah swt..?

    Bukanlah ana berkata kita tidak boleh pakai handphone kerana
    penggunaan handphone adalah tergolong dalam maslahat Al-Hajiyyat
    (perkara-perkara yang diperlukan) untuk zaman sekarang untuk melancarkan
    perjalanan dakwah cuma kita ada banyak alternatif lain umpamanya CELCOM
    yang pemiliknya melayu yang beragama Islam. Tidak dapat dinafikan CELCOM
    juga ada melakukan program berbentuk maksiat tetapi tidak semudarat MAXIS.
    Antara kaedah usul fiqh yang boleh dipakai disini adalah

    "Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan
    kemudaratan yang lebih kecil 3"

    "Melakukan al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi mendapatkan
    kemaslahatan (kebaikan) yang besar 4"

    Ana yakin kita semua tentu telah baca dan tahu bahawa Assyahid Imam
    Hassan Al-Banna telah mengariskan 38 kewajipan Al-Akh yang mesti diamalkan
    oleh kita. Sila rujuk kewajipan yang ke 21 yang berbunyi :
    "saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secar umum dengan
    menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara
    mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidah jatuh ke
    tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara
    pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam 5"

    Tujuan ana menulis ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan
    untuk mengingatkan diri ana supaya menyampaikan yang haq. Ana yakin ramai
    ikhwah dan akhawat yang tidak tahu perkara ini jadi ana sampaikan supaya
    kita sama-sama akan sedar dan terus bertukar talian selain MAXIS seterusnya
    terus beriltizam dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan untuk terus
    berjuang untuk menegakkan Agama Allah yang sangat kita cintai ini.Ana bukan
    yang terbaik untuk menulis artikel ini sekadar hendak melaksanakan
    kewajipan ana sebagai hamba Allah seperti dalam firman Allah surah
    Ali-Imran,(3:104)
    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada yang
    ma'ruf dan mencegah yang mungkar ; merekalah golongan yang beruntung"
    dan juga hendak menyahut saranan Asssyhid Imam Hassan Albanna dalam 38
    kewajipan al-Akh muslim yang ke 8 yang berbunyi'
    "Hendaklah saudara bersifat berani dan luas pandangan. Keberanian yang
    paling mulia ialah berterus- terang demi haq dan kebenaran, menyimpan
    rahsia, mengaku kesalahan, menginsafi diri dan menahan diri dari kemarahan"
    sekali lagi ana tegaskan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dalam
    penulisan ini tolong tegur ana supaya kita sama-sama mendapat keredhaan
    Allah tapi pastikan kemukakan hujah atau dalil yang lebih kuat daripada ana
    kerana Islam berdiri atas dasar hujah Al-Quran dan Sunnah bukan menurut
    fikiran dan perasaan.

    RUJUKAN
    1.Al-Quran Terjemahan
    2.Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Ustaz Fathi Yakan, Pustaka Salam,
    Cetakan 1997
    3.Fiqh Al-Awlawiyyat,Prof Dr Yusuf Al-Qardawi,Thinker's Library Sdn Bhd,
    Cetakan 2005
    4.Syahid di jalan Allah, Hassan Musa AL-Shaffar,Penerbitan
    Al-Ramadhan,edisi 1994

    1 Maksudnya: gangguan terhadap umat Islam dan Agama Islam

    2 Maksudnya: Menurut A-Nasafi dan Al-Maraghi, tegaknya agama Islam dan
    sirnanya agama-agama yang batil

    3 hlmn 29, bab pertimbangan Al-Mafasid atau Al-Madar antara satu dengan
    lainnya,Fiqh Al-aulawiyyat, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardawi

    4 hlmn30, , bab pertimbangan Al-Mafasid atau Al-Madar antara satu dengan
    lainnya,Fiqh Al-aulawiyyat, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardawi

    5hlmn 268,bab kewajipan al-akh muslim, Apa Ertinya Saya Menganut Islam,
    Ustaz Fathi Yakan
    1 Comments
     
    Macam-Macam Ada...
    04.08.06 (12:57 am)   [edit]
    CERAMAH TERKINI
    sekadar renungan........
    0 Comments
     
    ORANG MELAYU SEMAKIN LAYU..........
    04.07.06 (5:07 am)   [edit]
    7 Comments
     
    MELAYU DULU.......MELAYU KINI........
    04.07.06 (5:04 am)   [edit]
     
    INIKAH BANGSA MELAYU YANG KITA PERTAHANKAN...??????
    DAHULU JIKA ISLAM SUDAH TENTULAH MELAYU.....
    KINI JIKA MELAYU NAK KATA ISLAM PON KENA FIKIR DULU... 
     
    2 Comments
     
    iNIKAH DIKATAKAN HALAL....??
    04.07.06 (4:58 am)   [edit]
    0 Comments
     
    Why men will always look for a reason to have more than one woman
    04.07.06 (4:53 am)   [edit]
    KALI INI AKU NAK LARI SIKIT DARI KISAH POLITIK, AKU NAK MASUK BAB RUMAH TANGGA PULAK......JADI KAU ORG FIKIR2KANLAH.....GUNA AKAL UNTUK BERFIKIR...... 
     
                Why men will always look for a reason to have more than one woman
             
                Kak Bedah bagi Tips..........................

               1. A man needed a girlfriend and not a wife. Dia tak suka bila
               balik umah jer, bini citer pasal bil TNB tak bayar lagi, citer
               pasal tuan sewa rumah datang mintak duit. Dia menyampah biler
               hari hari kena dengar citer Mak kat kampung ( mak bini ler )
               talipon suruh pi ziarah anak pak ngah kat UiTM. Guna akal
               puan2, bagi dia kenyang perut, malam tu pulak bagi se das dua,
               masa dia dok hisap rokok atas katil tu, kiss dahi dia baru ler
               mintak duit ker apa ker.. Yang si Laki tu pulak, jangan ler
               lepas menggigil keenakkan tu terus pejam mata membuta..kentut
               pulak tu..buruk.

               2. Orang Jantan ni memang gatal dan miang..Jangan larang dia
               tapi jangan pi suruh dia raba bontot amoi kat Giant
               pulak..ish..Kalau mamat tu jeling pun dah kena belasah, fed up
               dia. Cubit manja cukup. Pastu, balik umah piat manja telinga
               dia pulak, " Abang gatal ekkk..mai sini nak tengok gatal setara
               mana.." hehehe..pastu kau orang pikir sendiri ler apa nak
               buat..tak payah ajar dah. Tapi orang jantan pun jangan pulak
               jegil bijik mata kat amoi sampai berair mulut..Memang patut ler
               kalau bini belasah ngan kulit durian.

               3. Cik Abang awak tu nak makan lauk yang awak masak....kalau
               hari hari ta pau kat kedai Wichuda..alamat bermadu ler awak. Pi
               ler beli buku masak Chef Wan tu.. satu investment yang memang
               patut. Kari tu biar ler rasa kari, ini idak, buat sup ayam tapi
               rasa cam hirup air panas bergaram. Buat ler macam tu, kena ada
               Mak Janda jambu bagi dia pekena gulai ketam ker apa ker,
               hmmm...makan hati ler awak nanti.

               4. Kalau ada buah buahan kat umah tu, kupas ler bagi dia
               makan..Rambutan pun kupas depan dia..sambil pipi atas paha dia
               depan TV.. Tapi tak leh caya gak orang tuer tu..sambil sengeh
               makan rambutan pun dia dok khayal kat amoi gak tu..tapi tak
               kisah ler.. janji dia ada kat umah ngan awak... Ajak ler orang
               tua tu main congkak ker apa ker kat umah..hehehe..

               5. Jangan ler di bebel sangat kat mamat tu kalau dia buat salah
               sikit sikit. Orang jantan ni pantang kalau diungkit kisah kisah
               lama... Tarik ler muker masam kejap..20 minit cukup. Tak payah
               dok moncong dari KL sampai Melaka. Pastu awak gertak jer..cakap
               " kalau u boleh buat, I pun nak buat lah " Alah..dia cakap jer
               tak takut tapi kat laur jer tunjuk macho..kat dalam dia cuak
               gak...

               6. Tok sah dok rengek rengek mintak itu mintak ini. Girlfriend
               tak buat cam tu..GF selalu cakap " asal dinda dapat bersama
               kekanda...itu saja yang dinda pinta". Lagi rengek lagi ler dia
               tak belikan..lagi ler dia murah hati kat officer comel kat
               ofis.

               7. Sex ? memang penting kak oi..jangan dok amik ringan. Awak
               yang mulakan dulu. Jangan tunggu dia mintak. 3 kali seminggu
               minimum. kalau period guna akal cari cara lain ( jgn sua kot
               belakang pulak..ish haru biru pulak nanti ). Kalau muak atas
               katil, bawah katil pulak hehe, muak dalam bilik, bagi orang
               gaji cuti, buat kerja atas sink..hehehhehehe.., kalau muak
               dalam rumah, ajak pi ronda dalam kereta, berenti kat taman
               bunga ker apa ker.. Pi chow kit sengsorang, beli ler maajun ker
               jamu ker bender ker, so that ketat sentiasa... gelak ler gelak.
               tak main main ni.

               8. Bersolek..bersolek .. bersolek..bau tu kasi harum sikit.
               Kalau tak cukup duit nak beli perfume mahal, kat petaling
               street ada yang ciplak. RM 10 jer. Tapi jgn ler sembur sejam
               sekali, mau pengsan orang tuer tu. Bulu ketiak cukur, biar ler
               gatal ketiak tu, asal laki tak pi gatal kat luar. Bulu itu pun
               trim ler sikit tapi jgan pi kaler blonde lak, kena heart attack
               lak cik abang awak.

               9. Amboi seronok kau orang jantan baca ni erk..kau orang tu pun
               sama gak. Exercise sikit. Ada hati nak tackle amoi tapi
               semput..perut tu jaga. Balik umah jgn ler dok berkubang ngan
               kain pelikat depan TV, bini2 kau orang tengok pun menyampah.
               Kalau bini dah wangi, kau orang pun sama ler ikut..bagi ler
               bini selera sikit nak seduce ko rang. Ketiak macam ketiak
               monyet pastu dok harap bini cium...eee..





                Terima kasih...............eh.!eh.!eh .!eh.!
    5 Comments
     

    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter


     



    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com

    ANTARA TAJUK2
    MENARIK DI TarakNama



    Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.
     
     
    Mahathir VS Kerajaan

     

     



    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com