Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Masih mencari punca kekalahan
    05.31.06 (8:07 pm)   [edit]

    Oleh BORHAN ABU SAMAH (WARTAWAN UTUSAN)


    SELEPAS Pilihan Raya Sarawak Kesembilan selesai, banyak jari menuding kepada pelbagai pihak dan individu sebagai punca kekalahan sembilan kerusi termasuk satu kerusi yang telah sedia disandang DAP dan lapan kerusi memang milik Barisan Nasional (BN).

    Lebih buruk lagi apabila terdapat pihak termasuk media yang mendesak orang tertentu meletakkan jawatan sebagai menunjukkan rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan itu yang disifatkan sebagai memalukan, walaupun BN masih lagi berkuasa di Bumi Kenyalang.

    Ada yang menyalahkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana telah 25 tahun mentadbir Sarawak – barangkali menyebabkan rakyat menolak kepimpinan beliau dan ia disamakan dengan situasi yang berlaku di Terengganu pada satu ketika sehingga Pas menguasai negeri berkenaan.

    Namun hakikatnya, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak meletakkan punca kekalahan lapan kerusi SUPP itu kepada Abdul Taib. Sedangkan banyak lagi faktor yang menyumbang kepada keputusan berkenaan.

    Hakikatnya parti pimpinan Abdul Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang semua 35 kerusi yang ditandinginya tidak harus diketepikan, walaupun terdapat beberapa kawasan majoriti agak menurun.

    Analisis kepada jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka turut berkurangan dengan purata kira-kira 60 peratus, berpunca daripada tarikh pilihan raya pada 20 Mei yang kurang sesuai.

    Tarikh 20 Mei berada di tengah-tengah cuti umum Maulidur Rasul 11 April dan Good Friday pada 14 April dengan diikuti satu lagi cuti umum iaitu Gawai Dayak pada 1 Julai. Keadaan itu menyebabkan bagi mereka yang beragama Islam baru sahaja pulang ke kampung, manakala bagi kaum Dayak ia terlalu hampir dengan cuti Gawai Dayak.

    Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata, isu kepimpinan Abdul Taib memang sering dibangkitkan oleh pembangkang pada setiap kali pilihan raya, tetapi ia tidak memberi impak besar kerana rakyat lebih melihat kepada isu setempat yang memberi kesan secara langsung.

    Sebagai contoh di kerusi-kerusi bandar, isu kenaikan harga diesel, petrol dan gas masak dan yang paling serius kesannya ialah isu bayaran untuk memperbaharui pajakan tanah.

    Kenaikan harga bahan api memang memberi kesan kepada rakyat secara langsung terutama mereka yang tinggal di bandar dan terutama kaum Cina yang banyak terlibat di dalam bidang perniagaan.

    Namun isu yang menjadi punca utama kekalahan BN di kerusi di dalam bandar ialah isu bayaran pembaharuan pajakan tanah yang dikatakan agak tinggi, manakala tanah yang tempoh pajakan masih sah melebihi lima tahun belum dapat diperbaharui.

    Di dalam hal ini sebenarnya SUPP telah termakan racun yang dipasangnya sendiri.

    SUPP sebelum menggunakan pihak lain bagi membangkitkan isu pajakan tanah yang tidak perbaharui dengan harapan untuk menjadi juara apabila dapat menyelesaikan masalah tersebut.

    Bagaimanapun taktik tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila ia tidak dapat dikawal oleh SUPP dan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menggambarkan parti berkenaan terlalu mengikut cakap pucuk pimpinan BN. Pembangkang mendesak pajakan tanah diperbaharui secara percuma oleh kerajaan, sedangkan ia adalah sesuatu yang mustahil.

    Ekoran kegagalan SUPP menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut para pemimpinnya dianggap sebagai pengkhianat kepada kaum Cina kerana tidak bersungguh-sungguh membela masyarakat berkenaan yang sebelum ini tertekan dengan kenaikan harga bahan api.

    Kecenderungan DAP untuk menggunakan isu pajakan tanah memang dapat dilihat sejak awal lagi apabila mereka menggunakan ceramah dan risalah bagi mengapi-apikan isu tersebut.

    Tindakan paling berkesan adalah apabila penyandang kerusi Kidurong dari DAP, Chiew Chiu Seng membangkitkan isu itu pada sidang Dewan Undangan Negeri terakhir pada 20 April lalu bagi membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Perspektif Sarawak dan mewartakan 71 kawasan Dewan Undangan Negeri termasuk sembilan kawasan baru.

    SUPP juga tidak begitu ghairah menggunakan media untuk menaikkan imej mereka seperti yang dilakukan pada pilihan-pilihan raya yang lepas.

    Para pemimpin parti berkenaan juga kelihatan agak selesa dan lebih memberi tumpuan kepada ceramah-ceramah serta dialog sahaja.

    Keadaan sebaliknya pula berlaku kepada calon-calon dari PBB yang begitu bersungguh-sungguh menggunakan media elektronik dan media cetak sebagai medium mereka berkempen.

    0 Comments
     
    Anak Ghafar mohon hak penjagaan bersama harta Kartika Sri
    05.31.06 (8:06 pm)   [edit]

    Oleh SUWARNI MOKHTAR

    KUALA LUMPUR 30 Mei - Dua anak perempuan Tun Ghafar Baba mengemukakan permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan bersama bekas isteri Allahyarham dalam menguruskan harta milik adik bongsu mereka, Kartika Sri.

    Permohonan itu yang sepatutnya didengar oleh Hakim Zulfikri Yasoa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bagaimanapun ditangguhkan sehingga 12 Julai ini bagi membolehkan responden, D.Heryati Abd. Rahim membalas afidavit permohonan berkenaan.

    Hamidah Abdul Ghafar dan Salmah @ Sally Ghafar Subri memfailkan permohonan tersebut melalui firma guaman, Tetuan Kamar Ainiah dan telah diserahkan kepada Heryati pada 23 Mei lalu.

    Pada prosiding hari ini, Hamidah, Salmah dan Heryati tidak hadir di mahkamah.

    Hamidah dan Salmah selaku pemohon diwakili oleh peguam syarie, Azizah Arifin manakala peguam syarie, Muhamad Burok mewakili responden.

    Kartika Sri, 10, anak tunggal Allahyarham bersama Heryati kini berada di bawah penjagaan ibunya selepas kematian Allahyarham sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 9 Ogos 2004.

    Hakim Syarie Abu Bakar Ahmad pada masa itu memutuskan bahawa hak penjagaan diserahkan kepada Allahyarham tetapi sekiranya berlaku sebarang musibah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu, maka hak penjagaan anak bongsunya diserahkan kepada bekas isterinya.

    Allahyarham kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun pada 23 April lalu akibat komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

    Menurut afidavit yang difailkan pada 22 Mei lalu, Hamidah dan Salmah memohon hak penjagaan bersama bagi menguruskan harta Kartika Sri iaitu wang pencen terbitan Allahyarham.

    Mereka juga memohon agar Jabatan Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan Melaka memasukkan atau membayar wang pencen tersebut melalui Akaun Amanah atas nama bersama pemohon-pemohon dan responden.

    Akaun Amanah itu juga hendaklah diteruskan sehingga Kartika Sri berusia 21 tahun atau sehingga 24 tahun, sekiranya adik bongsu mereka itu masih belajar.

    Selain itu, afidavit tersebut menyatakan duit pencen Allahyarham hanya boleh digunakan untuk bayaran persekolahan dan wang saku Kartika Sri di Sekolah Antarabangsa Alice Smith atau sekolah antarabangsa lain yang setanding dengannya, bagi mata pelajaran agama, komputer dan piano.

    Hamidah dan Salmah juga memohon agar diberi hak untuk melawat adik mereka dan juga meminta Heryati mengemukakan butir-butir semasa perbelanjaan Kartika Sri sehingga permohonan itu didengar.

    0 Comments
     
    Misyar...Minsyar...Misyar....
    05.31.06 (8:03 pm)   [edit]
    nurpetunjuk menulis "Heboh sekarang diperkatakan oleh rakyat malaysia mengenai isu perkahwinan misyar.apakah sebenarnya perkahwinan misyar itu?mengapakah ia menjadi isu yang hebat diperkatakan?mengapakah ada golongan tidak mempersetujui cara perkahwinan misyar ini?

    PERKAHWINAN MISYAR adalah perkahwinan secara sah yang melibatkan perjanjian yang kedua belah pihak suami dan isteri.perkahwinan misyar ini membolehkan suami berkahwin dan tidak memberi nafkah kepada isteri,dalam erti kata lain,hidup berasingan walaupun telah berkahwin.

    para isteri yang berkahwin secara misyar tidak boleh merungut sekiranya telah ditinggalkan oleh suami tanpa nafkah.hidup adalah disara oleh diri sendiri.suami boleh meninggalkan isteri dalam tempoh masa selama mana yang disukai.ADAKAH ITU ADIL dan SESUAI DILAKSANAKAN DI MALAYSIA?

    Sila tulis pendapat anda di runagan forum atau klik komen"
    5 Comments
     
    Itu yg dikatakan sengal tuu...
    05.31.06 (6:38 pm)   [edit]

    M'SIA PERMAINKAN RAKYAT PALESTIN !

    "Rakyat Palestin harus mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Malang sekali jika mereka menonjolkan imej di mana kesemua kita terus menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi mereka sendiri tidak bersatu,"
    (Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar-Petikan BERNAMA)

    Ceh... mulut tu ada insuran ker.. hampeh.. yang kau pergi jemput wakil FATAH tu buat apa.. ini persidangan Menteri-menteri Luar NAM apa kaitannya FATAH ngan persidangan ni sedangkan Palestin yang diperintah oleh HAMAS telah menghantar Menteri Luarnya, Mahmoud Zahar.. apa yang kau nak buktikan.. cakap mcm balaci zionis.. tak guna sesen.. aku nak tanya kau.. apa perasaan kau kalau dalam satu persidangan antarabangsa yang sepatutnya kau wakili negara tiba tuan rumah jemput juga Anwar contohnya sebagai wakil negara yang diiktiraf.. tentu kau marahkan.. tentu kau kata tuan rumah tak sensitifkan.. tentu kau kata tuan rumah tak hormat prinsip diplomasikan.. sama juga dalam kes Palestin ni.. dah HAMAS menang secara mutlak di Palestin yang kau panggil sekali wakil FATAH buat apa.. jelas sangat kau ni sama saja seperti Amerika dan Yahudi yang tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS diPalestin.. Kau tak nak beri ruang kepada HAMAS untuk menyuarakan kegelisahan dan kesengsaraan rakyat Palestin.. dengan membuka peluang kepada FATAH si talibarut Zionis tu.. kau memang kurang ajar.. kurang ajar sesangat..! Malu aku nak ngaku ada Menteri Luar yang tak reti prinsip diplomatik mcm kau.. woi kau duduk kat zoo lebih baik lah..hampeh !tauXpe
    0 Comments
     
    Dia dah mula tunjuk taringnya.........
    05.31.06 (6:20 pm)   [edit]

    MENANTU KESAYANGAN TOK AYAH LAH !


    Pasukan MyTeam berjaya menunjukkan persembahan yang menarik ketika menentang Malaysia kelmarin
    (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Utusan Malaysia Online)

    Hah kan aku dah cakap.. lepas ni sapa yang berani tuding jari kat Khery yang projek MyTeam tu sia-sia kalau pak mentua dia sendiri dah cakap mcm tu.. silap-silap haribulan lepas ni FAM pun ubah keputusan.. kau orang percayalah cakap aku projek MyTeam ni adalah turning point Khery untuk tunjuk power dia yang sebenar.. itulah kebijaksanaan khery.. lepas ni tok cham auw..auw pun tak boleh buat apa-apa.. dia dah ada power di high level melalui pak mentua dia.. dengan projek MyTeam dia bina power di grassroot.. dalam masa yang sama cengkaman tok cham terhadap pemuda semakin longgar.. kementerian tok cham juga semakin hari semakin dihentam teruk kiri dan kanan.. so dari segi kredibaliti.. antara tok cham dan khery.. khery jauh ke depan.. roadshow khery ke seluruh negara juga menunjukkan indikator yang cukup memberangsangkan.. dia dilayan dengan cara yang cukup hebat.. tak pernah ada layanan yang sebegitu hebat dikecapi oleh seorang yang hanya bergelar naib ketua pemuda.. so next election choice yang ada pada tok cham ialah angkat kaki daripada pemuda dan bertanding salah satu jawatan naib presiden.. itupun kalau masih laku.. kita nengok jerlah nanti..!tauXpe
    0 Comments
     
    IPCMC: Malaysia negara 'polis'?
    05.31.06 (6:18 pm)   [edit]
    Oleh Abu Bakar Rahman

    KUALA LUMPUR, 31 Mei (Hrkh) - Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menangani pemberontakan dan ugutan polis terhadap kerajaan mengukuhkan lagi keyakinan umum bahawa Malaysia sebenarnya adalah negara 'polis' ( police state) dan Barisan Nasional amat bergantung kepada polis untuk mengekal dan menguatkan cengkaman kekuasaannya, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

    "Sikap Perdana Menteri bukan sahaja membuktikan dengan lebih kukuh kata-katanya bahawa beliau 'mungkin kelihatan lesu dan tidak boleh membuat keputusan' malah membuktikan beliau takut kepada ugutan polis untuk mengundi pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

    "Adalah jelas polis begitu besar kepala sehingga berani mengugut kerajaan dan bila polis besar kepala sehingga ke peringkat berani mengugut kerajaan, negara ini hakikatnya negara polis," kata beliau.

    Dalam buletin yang sebelum ini tersiar dalam web rasmi Polis Diraya Malaysia (PDRM), polis mengugut akan mengundi pembangkang jika kerajaan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

    Bagaimanapun, selepas media massa menghebohkan pemberontakan itu, buletin itu ditarik balik dari laman web tersebut.

    "Kelesuan dan kegagalan Perdana Menteri membuat keputusan mengenai IPCMC memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa beliau takut dengan pemberontakan dan ugutan polis kerana Barisan Nasional selama ini amat bergantung kepada operasi polis untuk mengekal dan menguatkan cengkaman kekuasaannya.

    "Perdana Menteri bukan sahaja memberikan gambaran jelas tentang ketakutannya kepada polis malah beliau membiarkan begitu sahaja penghinaan pihak polis terhadap Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, dibantu oleh bekas ketua mereka sendiri, Tun Mohammed Haniff Omar sebagai Timbalan Pengerusi dan 14 anggota.

    "Persoalannya, adakah Perdana Menteri merestui penghinaan polis terhadap tokoh-tokoh berwibawa yang mencadangkan IPCMC itu?" tanya Mohamad Sabu.

    Dalam pemberontakannya itu, polis menuduh IPCMC menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, bertentangan dengan undang-undang, bercanggah dengan perlembagaan, mencabul keadilan semulajadi, boleh mengakibatkan anarki, bersifat diskriminasi, menafikan keadilan dan mengkompromikan perintah Ketua Polis Negara.

    Dalam kenyataannya yang disifatkan oleh Mohamad Sabu sebagai menggambarkan ketakutan, sikap tidak tentu arah dan tidak berani membuat keputusan, Abdullah memberi jaminan penubuhan IPCMC akan mengambil kira kepentingan polis serta kehendak rakyat.

    Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, beliau tidak mahu mengatakan sama ada bantahan polis itu mewakili perasaan semua anggota polis atau sama ada ia benar atau tidak.

    "Perdana Menteri sendiri yang beria-ia menubuhkan suruhanjaya yang mencadangkan IPCMC itu, tetapi apabila suruhanjaya itu membuat cadangan, beliau pula yang ketakutan, tidak tentu arah dan tidak berani membuat keputusan untuk melaksanakan cadangan suruhanjaya itu walaupun majoriti pendapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada cadangan suruhanjaya tersebut," kata Mohamad Sabu.

    Perdana Menteri mencadangkan suruhanjaya yang mencadangkan IPCMC itu pada 29 Disember 2004 ketika merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander Briged Pasukan Gerakan Am dan Komandan di Putrajaya.

    Bagaimanapun, ketika majoriti pendapat menyokong cadangan penubuhan IPCMC oleh suruhanjaya itu, polis dan ahli-ahli Parlimen dari Umno menentang penubuhan IPCMC.

    Mengulas kegagalan kerajaan menepati cadangan suruhanjaya tersebut supaya penubuhan IPCMC dibentangkan di Parlimen sebelum hari ini, 31 Mei 2006, dan kerajaan tidak pula menolak cadangan itu, Mohamad Sabu berkata: "Kegagalan itu hanya menambahkan lagi koleksi kegagalan Perdana Menteri yang paling gagal dalam sejarah Malaysia". - mks.

    0 Comments
     
    Tragedi berdarah KLCC bukti media tidak bertanggungjawab
    05.31.06 (6:16 pm)   [edit]
    Oleh Nabila Abdullah
     
    KUALA LUMPUR, 31 Mei (Hrkh) - Kegagalan media arus perdana menyiarkan 'tragedi berdarah' bantahan rakyat di pekarangan KLCC Ahad lalu membuktikan media gagal menjalankan tanggungjawab sebagai lidah rakyat, dakwa Ketua Pengarang Suara Keadilan, Zulkifli Anuar (Zunar).

    Media bertanggungjawab memaparkan berita seimbang dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, katanya yang menyiarkan secara meluas 'tragedi berdarah' itu dalam buletin terbaru 'Suara Keadilan'.

    Buletin dwi bulanan terbitan 1-12 Jun itu,  pada halaman pertama menyiarkan gambar-gambar tragedi berkenaan termasuk seorang pemuda berlumuran darah dengan tajuk besarnya ZALIM.

    "Demonstrasi di KLCC baru-baru ini menunjukkan media perdana berat sebelah kerana tidak menyiarkan keadaan sebenar. Malah kebanyakan akhbar tidak melaporkannya langsung," katanya kepada Harakahdaily.
     
    Beliau berkata tindakan ganas polis menahan dan memukul peserta perhimpunan itu memperlihatkan penyalahgunaan kuasa pihak berkenaan.
     
    "Ia amat bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnta ia disiarkan agar rakyat mengetahui kezaliman polis," katanya.
     
    Kongkongan media di Malaysia keterlaluan kerana kerajaan berhak menarik permit akhbar yang tidak selari dengan kehendaknya, katanya.

    "Tindakan ini memperlihatkan kerajaan bila-bila masa boleh menggunakan kuasa veto," katanya.
     
    Beliau berpendapat jurang indeks kebebasan media di Malaysia sangat jauh berbanding Indonesia memandangkan akhbar di sana bebas mengkritik kerajaan.
     
    Indonesia ada unsur kebebasan media kerana setiap parti politik berhak menerbitkan akhbar, katanya.

    "Rakyat bebas untuk memilih dan pembatalan permit tidak terletak pada kerajaan sebaliknya hanya mahkamah boleh menarik balik permit berdasarkan kesalahan akhbar," katanya.
     
    "Di tanah air keadaan tidak akan berubah selagi tiada tekanan kuat daripada pihak pembangkang bagi mencapai kebebasan akhbar," katanya.

    Orang ramai yang ditemui juga menyatakan kekesalan kerana media arus perdana tidak menyiarkan 'tragedi berdarah' di KLCC.

    Mereka berkata amat menghairankan jika media berkenaan boleh menyiarkan tunjuk perasaan rakyat di kota-kota jauh seperti Manila, Bangkok dan Jakarta tetapi tidak langsung menyebut apa yang berlaku di depan mata mereka.

    Kata mereka akhbar tempatan menepati peribahasa 'kuman di seberang lautan nampak, bangkai gajah di depan mata tak nampak'. - lanh

     
    1 Comments
     
    SPEED 3......
    05.31.06 (3:17 am)   [edit]
    Hari ini dalam sejarah....malaysia kita dah jadi haru biru dek kecelaruan kehidupan pada sekarang ini...tahukah anda sekrg dah ada filem SPEED 1 kat KL....gila gila....
    0 Comments
     
    Antara 2 ketua PEMUDA.....
    05.31.06 (3:06 am)   [edit]
    Antara 2 ketua PEMUDA???????????  
     

    YB Salahudin Ayup, dahlah basah, kena tangkap pula. Pemimpin Pemuda PAS tidak lari apabila polis menyerang dan menangkap orang yang hadir untuk demostrasi.

     

    YB Salahudin di bawa masuk ke Black Maria dengan tangan bergari.


    sewaktu dibebaskan......... 
     
    Ini baru nama ketua PEMUDA.... bukan macam 
    yang sekor nie.....
     
    *maleh aku nak komen.....kau org fikir sendiri..... 
     

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    Guna Akal Untur Berfikir.......... 
     
    Apa komen kau orang..... 

    0 Comments
     
    Gambaq yg ada maksud disebaliknya...
    05.31.06 (2:49 am)   [edit]
    • Aku saja nak kasi kau orang tengok gambaq nie PUAS-PUAS...sbb ia nak habaq bagi orang yg lulus lesen jual ayaq setan nie ialah yg kat sebelah tuu lee...
     
    0 Comments
     
    mmm...sudah ketaq kaa...
    05.31.06 (2:40 am)   [edit]
    Mike Tyson cakap yg UMNO tak gentar Pasal CERAMAH yg sedang dianjurkan di T'ganu...

    TAPI aku pulak baca terbalik......
    Alaaaa...jika dok berkukuk tuu kira 'GENTAR' laa tuu..


    0 Comments
     
    DUNIA LEBIH MENGENALI PAS DARI UMNO...
    05.31.06 (2:28 am)   [edit]
    Memang pon...tapi UMNO aja yg dok perasan sendiri.. tengok kes 'FATAH' & 'HAMAS'.......
    0 Comments
     
    PELAKON ALI SETAN SUDAH TAK JADI SETAN....
    05.31.06 (2:18 am)   [edit]
    Titi Serong ? Siapa pun tidak menyangka Azmil Mustapha pelakon terkenal suatu ketika dahulu kini boleh berada atas pentas PAS.....
    2 Comments
     
    UCAPAN........
    05.30.06 (8:13 pm)   [edit]

    0 Comments
     
    LOH..KOK GITU JADINYA.. KATA ADA ISLAM HADHARI ?
    05.30.06 (8:12 pm)   [edit]

    Statistik terkini menunjukkan kadar kemiskinan luar bandar pada 2004 lebih dua kali ganda kadar kemiskinan seluruh Malaysia dan enam kali ganda kadar kemiskinan di bandar. Katanya, kini nisbah pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar hampir menyamai nisbah 1970 iaitu 1:2.14, berbanding 1:2.11 pada 2004.
    (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Utusan Malaysia Online)

    Eh.. ada orang miskin lagi rupanya.. ingatkan dah tak de dah.. ada lagi rupanya.. kawan ingat bila tok ayah lah memimpin dengan konsep islam hadahrinya takkan ada lagi kemiskinan.. yelah kalau ada pun kat kelantan jer lah.. almaklumlah negeri pembangkang.. semekin.. papa.. kedana.. rupanya bersepah lagi org miskin kat negara ni.. awatnya tok ayah lah islam hadhari tok ayah lah tak berfungsi ker.. ! nak kena overhaul ker tak pun nak create retorik baru.. kan ker dengan retorik tok ayah lah tu jer selesai semua masalah..
    !tauXpe
    1 Comments
     
    JANGAN LER MUNAFIK SANGAT !
    05.30.06 (8:10 pm)   [edit]
    Kami menggesa rakyat Palestin bersama-sama membentuk barisan yang lebih bersatu padu di kalangan mereka sendiri
    ( Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar-Petikan BERNAMA)

    Ceh.. suruh rakyat Palestin bersatu padu konon.. setakat cakap boleh lah.. kau orang ni memang jelas sangat sikap munafiknya tu.. suruh rakyat Palestin bersatu tapi dalam masa yang sama kau orang sendiri mengambil tindakan seakan-akan memecah belahkan Palestin.. Kau kata kau hormati keputusan rakyat Palestin memilih HAMAS tapi in the same time kau salurkan bantuan kewangan kepada FATAH.. ceh mahu aje aku sekeh kepala korang.. perangai saling tak tumpah mcm regim zionis.. semuanya balaci dan so chai kepada Amerika.. hampeh
    !tauXpe
    0 Comments
     
    SILAT KHERY SEMAKIN MENJADI ! YANG LAIN GERAM JER..!
    05.30.06 (8:09 pm)   [edit]
    Ala bucuk-bucuk..menantu kesayangan aku ni!

    Khairy Jamaluddin berhasrat mengkaji semula kedudukannya Ahli Majlis Bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika sumbangannya melalui MyTeam dianggap tidak membina arena bola sepak negara.
    (Khairy Jamaluddin-Petikan Utusan Malaysia Online)

    Kau memang cerdik khery.. patutlah ramai sangat orang dengki kat kau dalam umno.. kau tahu bila nak mengacah.. kau juga tahu bila nak menjerkah.. kes pertikaian dengan FAM tentang isu MyTeam dah lama timbul.. tapi sebelum ni kau tak buka mulut pun.. kau atur langkah kau cermat.. kau usung tok mentua kau kehulu ke hilir tengok promosi MyTeam.. sampai dalam dok sibuk menanti kehadiran mesyuarat NAM di Malaysia pun kau boleh heret dia ke stadium tengok MyTeam berlawan dengan Skuad Bawah20 Malaysia.. kau cerdik selepas selesai dan skuad MyTeam berjaya mengekang skuad B-20 M'sia hanya menang dengan jaringan 2-1 kau mula berkokok.. kau pertikaikan FAM sebab tak beri skuad MyTeam main di liga Malaysia.. kau tuduh FAM perlekehkan kau kerana hanya menurunkan skuad B-20... kau ugut FAM untuk tubuhkan MyTeam diluar negeri.. nak beritahu FIFA.. memang kau cerdik.. kau tahu sukan bola sepak adalah sukan paling popular di M'sia.. dan kau juga tahu kalangan peminat bola sepak ni cukup kritikal dengan FAM.. kau gunakan kesempatan sentimen tu untuk menjadi wira.. terutamanya wira kepada budak-budak muda.. dengan situasi tu secara tidak langsung kau sebenarnya sedang membina kekuatan grass root kau dikalangan generasi muda.. ler ni sapa berlawan ngan kau.. seolah-olah berlawan dengan semua generasi muda yang dok sokong MyTeam.. apa-apa hal kau dah menang dalam situasi ni...kau memang cerdik mengatur politik kau.. segala seranah yang kau hamburkan kepada FAM pastinya juga sukar untuk FAM jawab.. apataknya... diaorang nak marah pun susah sebab kau siang-siang dok tayang yang tok mentua kau sokong kau.. berlawan ngan kau sama seperti berlawan ngan tok mentua kau.. lagi sekali kau menang mudah dalam hal ni.. media pun kau dah mula control.. kau orang tengok bila bekas pemain kebangsaan Razip Ismail memberi pandangan yang mempertikaikan tindakan MyTeam bertemu skuada negara... apa yang berlaku... depa bela kau... depa hentam Razip Ismail sepuas-puasnya.. kau menang juga dalam hal ni.. bijak sungguh kau berpolitik.. tapi khery satu jer aku nak beritahu.. orang bijak ni biasanya tak kekal lama dlm umno kau nengok ler apa jadi pada Ku Li... Musa Hitam.. Anwar dan banyak lagi.. so kau ready jerlah.. orang dah mula meluat nengok muka kau.. so pepaham jerlah..!tauXpe
    0 Comments
     
    Sudah sampai masanya PAS bertindak...
    05.30.06 (8:07 pm)   [edit]
    ambo-jr writes "

    Betapa geramnya hati ini, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, sekali lagi mata ini menjadi saksi betapa kejam pentadbiran Pak Lah membelasah rakyat marhain yang dahagakan sedikit pembelaan dari mereka. Besar sangatkah tuntutan kami ini, atau berat sangatkah kesalahan yang kami lakukan, hingga tergamak pihak Polis & FRU membelasah rakyat yang cuma berhimpun secara aman di KLCC baru-baru ini.



    Himpunan aman di pagi 28-Mei bertukar menjadi kelam kabut bila pihak FRU mula menyemburkan air ke arah pembantah-pembantah, dan mula memukul & menangkap siapa sahaja untuk bertujuan meleraikan orang ramai yang tidak gentar dengan semburan air tersebut. Cuma bila FRU bertindak dengan menghayunkan cota, barulah bertempiaran orang melarikan diri, sifat ini seharusnya dipuji kerana kami masih lagi mampu bersabar menahan ujian ini, selagi pimpinan mengatakan demonstrasi ini adalah Demo yang aman, maka selagi itulah kami patuh dengan arahan pimpinan, kami takkan melawan, kerana di fikiran kami demo ini hanyalah untuk sekadar mengangkat poster, risalah, mengedarkan risalah penerangan & melaungkan apa yang terpendam di dasar hati rakyat Malaysia ini jauh sekali untuk bertempur dgn FRU, itu bukan cara kita.

    Namun kesabaran manusia itu ada hadnya, setabah manalah hati bila melihat rakan-rakan, ahli keluarga & pimpinan dibelasah serta ditangkap tanpa sebarang sebab yang boleh dikaitkan sebagai penjenayah, hati ini meruntun-runtun untuk memberontak, namun masih ditenangkan dengan akal yang waras, ketidakpuasan hati ini berjaya dikawal walaupun pedih melihat suasana ini berlaku.

    Rasanya sudah sampai, kita sebagai rakyat yang cintakan keadilan untuk semua menggunakan senjata rahsia kita. Gunakan lah senjata ini untuk menggerunkan pihak musuh, sebagai umat Islam wajarlah kita menghimpunkan rakyat di serata tanah air untuk menggerakkan himpunan rakyat memohon & bermunajat dari Allah S.W.T. kita lakukan solat hajat besar-besaran memohon dari Allah untuk membalas setiap kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap kita, biar kuasa Allah sahaja yang membalas mereka yang terlibat secara lansung melakukan kezaliman, menerima arahan melakukan kezaliman & mereka yang memberi arahan untuk melakukan kezaliman tersebut.

    Besar harapan kami rakyat marhain, agar PAS dapat mengepalai & menggerakkan satu majlis Himpunan & Munajat besar-besaran serentak diseluruh tanah air untuk kita menunjukkan bahawa sesungguhnya rakyat bencikan kezaliman dan semoga Allah membalas setiap kezaliman itu dengan balasan yang setimpal bagi mengelakkan mereka terus-menerus melakukan kezaliman…Amin…

    Ambo-jr
    30-Mei-2006

    0 Comments
     
    PAS JADI PILIHAN HAMAS...
    05.30.06 (8:05 pm)   [edit]
    Image
    PAS JADI PILIHAN HAMAS...Kecewa dengan sikap Malaysia melayan wakil rasmi kerajaan Hamas Palestin, Menteri Luar Palestin, Muhammad Zahar bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa sepanjang hari ini, malah Zahar turut menyatakan beliau memboikot program anjuran NAM.Pertemuan diadakan di Restoran Seri Melayu dekat sini sebentar tadi. Foto Nasir Sudin.
     
    0 Comments
     
    Kerajaan Malaysia tak iktiraf Hamas, tapi nak hulur bantuan
    05.30.06 (6:38 pm)   [edit]
    Tarabulsi writes
     
    Setiap kali kerajaan Malaysia menghulur bantuan maka ada syarikat-syarikat kroni UMNO-BN yang meraih keuntungan selaku pembekal barang-barang yang dihantar sebagai bantuan kecemasan. Maka tidak menghairankan apabila Pak Lah mengumumkan kerajaan Malaysia akan menghulurkan bantuan kepada kerajaan Hamas Palestin yang sedang menghadapi sekatan kewangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan European Union. Ada sesuatu yang tak kena. Kerajaan Malaysia tak iktiraf Hamas, malah menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas. Tak iktiraf tapi nak beri bantuan..atau yang sebenarnya nak beri bisnes kepada syarikat-syarikat kroni UMNO-BN.

    Kerajaan Hamas Palestin perlukan bantuan dalam bentuk wang (cash donations) untuk mengatasi sekatan kewangan, tetapi tidak akan menghairankan jika kerajaan Malaysia akan memberi bantuan berbentuk bahan makanan dan ubatan sebab yang penting bagi kerajaan Malaysia adalah memberi bisnes kepada syarikat-syarikat kroni selaku pembekal.

    Dari pengalaman saya sebagai kakitangan kerajaan, dari setiap satu ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia untuk sesuatu bencana alam itu, hanya dalam 40 sen sahaja yang dimanfaatkan oleh mangsa-mangsa. Sebahagian besar dari satu ringgit yang didermakan (iaitu lebihkurang 60 sen) masuk kedalam saku syarikat-syarikat kroni UMNO-BN sebagai pembekal bantuan kecemasan berbentuk makanan dan ubatan.

    Kini sudah menjadi budaya kecil (sub-culture) bagi kerajaan Malaysia untuk mengambil kesempatan memberi bisnes kepada syarikat-syarikat kroni setiap kali berlaku malapetaka atas nama menghulurkan bantuan kecemasan (humanitarian aid).

    Kita juga lihat kerajaan Malaysia cepat bertindak untuk menghantar pasukan keselamatan ke negara-negara yang dilanda krisis - Bosnia, Sudan dsbnya. Belum sempat Bangsa-Bangsa Bersatu memutuskan sesuatu, tentera Malaysia sudah pun mendarat sebagai pasukan pendamai pada 28 Mei 2006 di Timor Leste yang dilanda rusuhan perkauman. Mengapa cepat sekali kerajaan Malaysia bertindak? Sebab syarikat-syarikat kroni boleh meraih keuntungan dalam membekalkan ration makanan dan lain-lain kelengkapan. Ada syarikat kroni dapat ratusan ribu ringgit keuntungan dengan membekalkan kain kapan.

    Kita harap kerajaan Malaysia akan jujur dan ikhlas dengan bantuan yang akan diberikan kepada kerajaan Hamas. Kita harap bantuan yang akan dihulurkan akan berbentuk wang tunai (cash donations) untuk membolehkan kerajaan Hamas Palestin mengatasi sekatan kewangan. Derma yang dipungut dari rakyat Malaysia juga perlu diberikan kepada kerajaan Hamas dalam bentuk wang tunai.

    Kebetulannya ada berlaku gempa bumi di Jogjakarta, Indonesia yang dahsyat. Nah, gunakanlah gempa bumi ini untuk menghantar bantuan kecemasan berupa bahan makanan dan ubatan yang akan memberi bisnes kepada syarikat-syarikat kroni UMNO-BN selaku pembekal. Tapi untuk kerajaan Hamas Palestin, pastikan bantuan diberi dalam bentuk wang tunai.

    Satu lagi perkara penting. Yang membentuk kerajaan di Palestin adalah Hamas yang telah menang pilihanraya, dan Hamas bukan ahli PLO. Maka janganlah kerajaan Malaysia menghulur bantuan kepada PLO (seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat). PLO bukan lagi kerajaan Palestin. Maka pastikan bantuan kewangan diberi kepada Hamas dan bukan PLO.

    Kita telah lihat apa yang berlaku di Mesyuarat Negara-Negara Berkecuali NAM COB diperingkat Menteri-Menteri Luar yang baru berlangsung di Putrajaya. Untuk memuaskan kehendak Amerika Syarikat, maka kerajaan Malaysia sebagai tuan rumah dan pengerusi NAM telah turut menghantar jemputan kepada PLO yang bukan lagi berkuasa di Palestin. Maka berlakulah keadaan sumbang di mana Palestin diwakili oleh dua pihak. Kehadiran wakil PLO yang tidak punyai hak untuk mewakili Palestin telah menyebabkan wakil kerajaan Hamas yang layak mengundurkan diri. Apa yang berlaku di Putrajaya merupakan kemenangan besar bagi Amerika Syarikat kerana tindakan Malaysia menjemput wakil PLO turut hadir membawa implikasi bahawa NAM tidak iktiraf Hamas sebagai kerajaan Palestin.

    Wassalam

    Tarabulsi
    30 Mei 2006

    0 Comments
     
    Menteri Luar Palestin (Hamas) boikot program NAM anjuran Malaysia
    05.30.06 (6:36 pm)   [edit]

    Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

    EKSLUSIF KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar hari ini menegaskan beliau dan delegasi kerajaan Hamas memboikot program diatur kerajaan Malaysia sempena satu persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) setelah Malaysia sebagai tuan rumah persidangan mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi.

    Zahar berkata demikian ketika ditemu bual Harakahdaily selepas pertemuan beliau dengan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di sebuah restoran di sini.

    Turut serta dalam pertemuan itu ialah, Naib-Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

    Mengulas lanjut kontroversi tersebut , Zahar menyatakan, beliau kesal tindakan Malaysia sebagai Pengerusi NAM turut menjemput wakil PLO itu malah memberi kesempatan untuk berucap dalam persidangan semalam, sedangkan Farrouk bukanlah wakil kerajaan yang sah.

    "Saya adalah Menteri Luar Palestin yang sah, yang dipilih secara sah melalui pilihan raya yang adil. Seharusnya saya yang mewakili kerajaan untuk berucap," katanya.

    Zahar yang menyesali tindakan Malaysia itu, bertindak menelefon Ustaz Nasharudin bagi meminta PAS meraikan kehadiran wakil kerajaan Hamas di Kuala Lumpur.

    Satu kerja 'biadap'

    Sementara itu Mohamad Sabu pula menyifatkan Malaysia sebagai Pengerusi NAM dan juga Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah melakukan satu kerja 'biadap' terhadap sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

    Perwakilan dari parti yang tak dipilih (Fatah) pula diberi kesempatan untuk berucap sebagai mewakili rakyat Palestin, katanya.

    "Kenapa dipangil dia (Farrouk) sedangkan ini (Zahar) adalah wakil rasmi yang patut mewakili kerajaan yang telah secara sah dipilih. Ini sesuatu yang biadap," katanya..

    Dalam pada itu Ustaz Nasharudin pula menyatakan bahawa wakil Hamas itu telah meminta untuk bersama PAS setelah kecewa dengan layanan Malaysia selaku tuan rumah persidangan NAM.

    "Ini satu penghormatan kepada kita. Tidak kisahlah mereka (Hamas) minta bersama kita dan mereka tidak mahu mengikuti program yang disediakan Malaysia, kita dipihak PAS meraikan tetamu,"katanya.

    PAS sendiri tidak faham mengapa Malaysia selaku tuan rumah bertindak sedemikian terhadap wakil rasmi kerajaan Palestin, sebaliknya memberi ruang kepada wakil Fatah yang telah kalah dalam pilihan raya, katanya.

    Sebagai Pengerusi NAM, Malaysia tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik, katanya.

    Dalam pertemuan itu juga, PAS turut membincangkan soal pemberian bantuan kepada Palestin yang telah diusahakannya melalui kutipan derma yang sedang dijalankan.

    PAS juga telah menghulurkan sedikit bantuan buat permulaan kepada kerajaan Hamas bagi mengimbangi masalah yang dihadapi rakyat Palestin pimpinan Hamas setelah Amerika Syarikat menggunakan kuasa membuat sekatan ekonomi terhadap Hamas.

    Husam yang mewakili kerajaan Kelantan turut menyerahkan wang dinar emas kepada Zahar sebagai simbolik kepada usaha kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dalam urus niaga.

    0 Comments
     
    Umat Islam diminta elak ulama bisu
    05.30.06 (6:32 pm)   [edit]
    Oleh Che Omar Md Zin
    PERMATANG PAUH, 30 Mei (Hrkh) - Umat Islam perlu mengenali ulama ussu (bisu) bagi mengelak pegangan akidah dan amalan hidup tidak terpesong daripada ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w., kata seorang pendakwah bebas, Ustaz Badrul Abdul Rahman.
     
    Ciri-ciri ulama bisu yang Nabi Muhammad s.a.w. gambarkan melalui hadisnya sebagai dajal, katanya, adalah ulama dan ilmuan Islam yang menyembunyikan ajaran Islam syumul daripada pengetahuan umat Islam.
     
    "Golongan ini hanya berani bercakap soal ibadat, fazilat dan hal-hal feqah yang biasa saja dengan mengolah begitu sedap dan mempersonakan tetapi soal hukum, memerintah negara, berpolitik dan sebagainya tidak dinyatakan sebalik sengaja dikelirukan.
     
    "Inilah sebesar-besar bahaya sebelum kedatangan dajal maka kerana itu awasilah dan hati-hati supaya tidak tersesat jalan dan akidah akibat mengikut ulama suk yang menjual akhirat untuk dapatkan dunia," katanya.
     
    "Sama ada menjaga kepentingan dirinya, pangkatnya, atau apa-apa tujuan duniawi, mereka ini tidak sanggup berkata benar malah sengaja menyembunyikan tuntutan Islam sebenar menyebabkan timbul salah faham dalam amalan dan penafsiran Islam.
    "Hasilnya muncullah perpecahan di kalangan umat Islam dan jemaah Islam akibaat ajaran ulama ussu yang tidak amanah dalam ilmu sedangkan ulama diletakkan sebagai pewaris Nabi dan Nabi melaksanakan amanah ini dengan sepenuhnya tanpa mempedulikan kebencian orang," ujarnya sewaktu menyampaikan kuliah di sini baru-baru ini.
     
    Menurut Ustaz Badrul, kaedah mengenal siapa ulama ussu atau jahat ialah dengan melihat sendiri sirah Nabi dan al-Quran, bagaimana Nabi tidak sembunyikamn ayat Abbasa Watalla (bermasam muka) walaupun ayat ini mengegur Nabi.
     
    "Nabi Muhammad s.a.w. membaca firman tersebut kerana sifat Nabi dan Rasul amanah dan mana-mana ulama pewaris Nabi tidak boleh menyembunyikan kebenaran kerana itu mana-mana ulama atau ilmuan Islam yang tidak menunaikan amanah ini dan menyembunyikan  ajaran Islam yang syumul dia dianggap sebagai ulama jahat dan umat Islam tidak perlu belajar daripada mereka ini," kata beliau.
     
    Katanya lagi, umat Islam hari ini perlu belajar dan berguru dengan ulama dan ilmuan Islam yang amanah dengan ajaran Islam yang syumul dan tidak perlu terpedaya atau terpesona dengan tahap ilmu seseorang atau kehebatan mereka walaupun berkelulusan PhD sedangkan mereka sembunyikan ajaran Islam sebenar.
     
    0 Comments
     
    UCAPAN........
    05.30.06 (2:07 pm)   [edit]

    0 Comments
     
    Restoran Daun Pisang: Soal Kesihatan, Budaya Dan Halal
    05.30.06 (2:05 pm)   [edit]
    Oleh Zulkiple Ibrahim

    PETALING JAYA, 30 Mei (Bernama) -- Para pelanggan yang singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran daun pisang di Jalan Cantek, Seksyen 5, di sini semakin ramai biarpun jam menunjukkan baru pukul 11.30 pagi.

    Begitu juga keadaannya di satu lokasi di Jalan 11/4, susur dari Jalan Universiti, lebih kurang satu km dari situ.

    Apa yang menarik lokasi berhadapan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu digelar "medan makanan daun pisang Petaling Jaya" kerana di situ sahaja terdapat empat restoran makanan daun pisang India dalam satu baris kedai!

    Salah sebuah daripada restoran di situ beroperasi 24 jam dan menawarkan masakan selatan India termasuk hidangan chettinad yang begitu popular di Lembah Klang.

    Keistimewaan restoran-restoran itu membuatkan ia mempunyai pelanggan setia pelbagai kaum yang bertali arus mengunjungi restoran kegemaran mereka. Hidangan makanan beralaskan daun pisang menjadi antara makanan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia.

    Menurut satu laporan berita Smart News Network International (SNNi), delegasi Malaysia yang mengunjungi Singapura awal September 2002 untuk rundingan dua hala telah meluangkan waktu untuk makan di sebuah restoran daun pisang yang terkenal di Jalan Lumba Kuda di negara itu.

    KENAPA PILIH RESTORAN DAUN PISANG?

    Kebelakangan ini, kemunculan restoran daun pisang bercambah bagaikan cendawan tumbuh. Antara sebabnya, kian ramai warga India bekerja di negara ini dalam pelbagai sektor.

    Salah seorang peminat masakan ala chettinad, Noorul Hafiz Jamaludin, 26, berkata beliau bersama keluarga sanggup datang dari Kajang hanya untuk menikmati hidangan nasi daun pisang di sebuah restoran yang popular dekat Jalan Gasing, di sini.

    "Mulanya saya dibawa ke restoran ini oleh rakan dan sejak itulah saya meminati makanan daun pisang," kata Noorul Hafiz, seorang pegawai sains di sebuah agensi kerajaan kepada Bernama ketika sedang makan di salah sebuah restoran tersebut di sini.

    Noorul menyifatkan makan beralaskan daun pisang memberikannya satu pengalaman yang lain daripada biasa.

    "Selera saya naik bila lihat sehelai daun pisang besar dilembarkan di hadapan saya sebaik sahaja saya duduk di meja makan dan selera bertambah naik apabila melihat nasi yang berasap panas dilambakkan keatas daun pisang itu.

    "Di mana lagi nak saya dapatkan hidangan yang tiada had pada nasinya, serta tiga hingga empat jenis sayuran, tiga jenis keropok, acar serta potongan ikan atau ayam yang baru sahaja digoreng dengan harga yang tidak mahal," katanya.

    Rakan Noorul Hafiz, Abdul Rashid Abdul Rahman pula berpendapat suasana juga merupakan faktor pendorong baginya dan rakan-rakan untuk kerap mengunjungi restoran tersebut.

    "Ia bagaikan satu kenduri kecil untuk keluarga dan rakan-rakan duduk sekeliling meja dan menikmati hidangan, sama seperti kami lakukan masa dulu di kampung saya di Perak.

    Abdul Rashid menyifatkan penggunaan pinggang dan mangkuk hanya mencacatkan suasana riang ria.
     
    Photobucket - Video and Image Hosting

    MENU VEGETARIAN

    Bagi Hasbullah Hasnan, seorang guru berusia 50 tahun pula menganggap masakan chettinad memberikannya diet yang lebih sihat.

    "Orang berpenyakit seperti saya, makanan Melayu seperti nasi lemak dengan lauk rendang adalah jenis berkalori tinggi. Pergi kedai mamak pun masakannya juga berkalori tinggi.

    "Di restoran daun pisang India, menu vegetariannya amat sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang. Harganya berpatutan, hidangan vegetarian lebih kurang RM3.50 sahaja".

    Sementara itu, pakar pemakanan Normah Mohamed Annuar menasihatkan individu yang mempunyai kandungan kolesterol dan gula yang tinggi dalam darah serta yang bermasalah kardiovaskular supaya mengelak masakan tradisi Melayu berasaskan santan seperti nasi lemak, rendang, gulai dan lontong.

    "Lebih baik jika mereka makan capati atau tosai untuk sarapan serta mengambil makanan vegetarian dan yang berserat tinggi. Restoran daun pisang adalah salah satu tempat di mana mereka boleh mendapat banyak pilihan makanan berserat tinggi".

    BUDAYA

    Dr Hashimah Mansur, 48, pensyarah seni dan kebudayaan di sebuah institusi pengajian tinggi di sini pula tidak bersetuju dengan andaian yang makan beralaskan daun pisang merupakan satu budaya yang diimport.

    "Pada masa dahulu lagi, masa perang dunia, tahun-tahun belum dan selepas baru Merdeka, bagi orang kampung makan berlapik upeh dan daun pisang adalah kebiasaan mereka. Mereka juga membawa bekal yang dibungkus dengan bahan ini semasa bekerja di sawah dan estet atau masa mengembara.

    "Pada masa itu, hanya yang kaya dan berada sahaja menggunakan pinggang dan mangkuk. Makan berlapik daun pisang memanglah antara budaya dan adat orang Melayu," katanya.
     
    Photobucket - Video and Image Hosting

    STATUS HALAL

    Bagaimana pula dengan status halal makanan yang dijual di restoran-restoran ini?

    Bagi pelanggan seperti Abdul Rashid dan Hasbullah serta ramai lagi, persoalan ini langsung tidak terlintas dalam fikiran mereka.

    "Bila saya lihat ramai orang Melayu makan di restoran itu, saya anggap halal lah", kata Hasbullah.

    Dr Hashimah, yang juga seorang aktivis pengguna, menyifatkan persoalan ini sebagai sesuatu yang rumit.

    "Masih banyak restoran India Muslim atau mamak yang tidak mempunyai persijilan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), apatah lagi restoran-restoran daun pisang ini," katanya.

    Awal tahun ini, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan kenyataan Jakim yang menyebut masih banyak kedai makanan mamak yang belum mendapatkan persijilan halal.

    Menurut Jakim, antara sebabnya ialah restoran-restoran mamak gagal mematuhi peraturan yang mahukan setiap kedai makan mempunyai sekurang-kurangnya dua tukang masak beragama Islam.

    "Kalau nak ikut hukum, pelanggan beragama Islam tidak boleh makan di kedai yang status halalnya boleh dipersoalkan".

    Kata Dr Hashimah, banyak kedai-kedai makan yang cuba lari daripada isu ini dengan mempamerkan persijilan Jakim yang sebenarnya hanya mengesahkan bahawa ayam-ayam yang digunakan dalam masakan di kedai tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam dan adalah halal.

    "Ini adalah satu muslihat, satu cara nak menipu pelanggan Islam.

    "Sijil itu walaupun asli hanya untuk pengesahan sembelihan ayam sahaja. Bagaimana pula dengan cara, bahan dan rempah ratus masakan?"

    "Bagi sesetengah restoran, kalau tidak ada daging babi maka orang Islam boleh makan. Sudah tentu tak boleh kalau status halal diragui!.

    "Isu ini adalah meluas. Bagaimana pula dengan masakan ala Thai. Adakah kita menganggap masakan ala Thai yang diurus masyarakat Siam dan Indonesia, juga halal? Kalau diperiksa banyak juga yang tiada sijil halal".

    Begitu juga halnya dengan restoran makanan segera dan restoran yang hidangannya begitu "exquisite" seperti sushi dan stek yang memang dikunjungi ramai pelanggan beragama Islam.

    Inilah antara persoalan yang wajar dipandang serius oleh pihak berwajib sejajar dengan hasrat dan usaha menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan halal dunia.

    Seelok-eloknya, apa kata dibersihkan bahagian dalam rumah dahulu sebelum menyapu kawasan lamannya!

    -- BERNAMA

     
    Photobucket - Video and Image Hosting
     
     
     
    0 Comments
     
    HAMAS: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
    05.30.06 (2:00 pm)   [edit]

    (Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)
     

    Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

    Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

    Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

    HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

    Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

    Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

    Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

    Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

    Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

    Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

    Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

    Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
     

    Umat Islam di Malaysia sekelian,

    Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

    Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

    Umat Islam di Malaysia,

    Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

    Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

    Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

    Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

    Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

    Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

    Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

    Allah Akbar!!!

    Saudaramu,
    Khalil Ismail al-Haya
    Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
    Kuala Lumpur,
    14 Mei 2006. (kiriman: octopus)
     
    Photobucket - Video and Image Hosting
    0 Comments
     
    Umat Islam hina kerana rasuah
    05.30.06 (1:58 pm)   [edit]
     
    Oleh Khairul Azlam Mohmad

    MARANG, 30 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penyakit menggunakan wang kerana pangkat dan kebesaran membawa bencana kepada sesuatu umat.

    Image
    Taip HRKH [jarak] UNDI [jarak] A/B/C/D. Hantar ke 36022. Setiap SMS yang dihantar akan di Caj RM0.50. Keputusan akan disiar- kan dalam akhbar harakah edisi akan datang.
    Katanya, penyakit itu sedang dialami oleh umat Islam di akhir zaman ini.

    “Kita tidak boleh menyelamatkan umat kita melainkan dengan Islam, dengan berjihad pada jalan Allah dan membuang penyakit-penyakit rasuah termasuk menggunakan wang untuk terus berkuasa,” ujarnya pada satu majlis di sini, baru-baru ini.

    Sehubungan itu, tambahnya semua penyakit itu perlu dibuang segera.

    “Jika tidak, kita akan dilaknat di dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.

    Menurutnya, penyakit yang melanda umat Islam hari ini seperti rasuah telah menjadikan mereka bangsa yang hina kerana kemuliaan hanya dengan Islam.

    Jelasnya, Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada umat Islam bahawa Allah melaknat pemberi dan penerima rasuah dan kedua-duanya di dalam neraka.

    Beliau mengingatkan umat Islam bahawa rasuah dan meninggalkan jihad yang menimpa Bani Israil menyebabkan mereka menjadi bangsa yang hina serta dilaknat oleh Allah.

    Katanya, walaupun di kalangan mereka dilantik rasul-rasul dan nabi yang paling ramai dan berbangga dengan keturunan Nabi Yaakob tetapi mereka menjadi hina kerana tidak menerima perintah Allah SWT.

    Ini, katanya kerana disebabkan mereka meninggalkan perintah jihad fisabilillah iaitu perjuangan menegakkan kalimah Allah.

    “Allah memberi kemuliaan kepada sesuatu umat itu dengan Islam, bukan dengan keturunan dan kekayaan,” katanya.

    Tambahnya, penyakit kedua yang melanda Bani Israil ialah rasuah.

    Katanya, mereka dipengaruhi oleh wang serta menjadikannya sebagai alat untuk mencapai kuasa pemerintahan untuk membeli manusia bagi menghasilkan sesuatu hajat dalam kehidupan di dunia tanpa mempedulikan kepada benar dan salah.

    Tambahnya lagi, mereka memilih pemimpin dan ketua yang boleh memberi wang dan harta bagi mencapai sesuatu impian hidup di dunia ini. - mks.

     
    Photobucket - Video and Image Hosting
    0 Comments
     
    Pilihan raya umum ke-12, akhir tahun depan?
    05.30.06 (1:55 pm)   [edit]
    Oleh Maslan Yusoh
    Harakahdaily

    Pilihan raya umum ke-12 dijangka diadakan lebih awal memandangkan Barisan Nasional (BN) dikatakan berada dalam keadaan tertekan selepas pembangkang bangkit di Sarawak pada pilihan raya negeri baru-baru ini.

    Selain itu, faktor kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang banyak dipertikaikan dan gagal menyelesaikan masalah berbangkit berlaku dalam Umno dan kerajaan juga mendorong ke arah itu.

    Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar berkata, disebabkan situasi yang berlaku sekarang Perdana Menteri kemungkinan akan membuat keputusan membubarkan Parlimen lebih awal.

    "Lagi pun faktor Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi indikator yang cukup penting. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas April 2008 bermakna bekas Timbalan Perdana Menteri itu boleh terbabit secara langsung dalam pilihan raya.

    "Oleh itu mengikut teorinya pilihan raya umum terpaksa diadakan lebih awal daripada tarikh sebenar iaitu seawal-awalnya akhir tahun depan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Tanah Merah di sini, kelmarin.

    Kamaruddin yang juga anggota Parlimen Tumpat berkata, sekiranya Perdana Menteri tidak mengambil langkah drastik membubarkan Parlimen lebih awal, kebencian rakyat terhadap Umno dan BN akan tambah meluas.

    Begitu juga katanya dengan berlaku fenomena baru di Sarawak baru-baru ini cukup melemaskan Presiden Umno, selepas rakyat sedar banyak kelemahan yang berlaku sehingga kini gagal ditanganinya.

    Pada pilihan raya itu, pembangkang berjaya menguasai sembilan daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Sedangkan pada pilihan raya negeri 2001, pembangkang hanya berjaya menguasai satu kerusi sahaja.

    Begitu juga undi yang berjaya diraihkan calon PAS di Beting Maro meningkat begitu banyak sekali sehingga berjaya mengecilkan jumlah majoriti kepada hanya lebih 800 undi.

    Menurut Setiausaha Agung PAS juga, kenaikan harga barangan keperluan harian akan berlaku sekali lagi apabila tarif elektrik dinaikkan kerana industri yang mengeluarkan produk terpaksa berdepan dengan kos tinggi.

    "Sebelum ini harga barangan meningkat selepas harga minyak dinaikkan, dan bermula Jun ini barangan keperluan akan naik sekali lagi setelah tarif elektrik naik tinggi," ujarnya.

    Oleh itu kata beliau, berdasarkan perkembangan politik sekarang, pengaruh PAS di Kelantan dan tempat-tempat lain dijangka tambah melebar pada pilihan raya umum akan datang termasuk berkemampuan merampas semula kerusi dimenangi BN pada pilhan raya umum lalu.

    Hadir sama Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Ustaz Wan Yusoff Wan Mamat, timbalannya, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Naib Yang Dipertua, Abdul Patah Mahmood.
    0 Comments
     
    12,000 murid buta huruf
    05.30.06 (10:22 am)   [edit]

    Oleh Aizawati Ahmad

    ROMPIN 29 Mei - Lebih kurang 12,000 orang murid tahun satu hingga enam di negeri ini mengalami masalah buta huruf ekoran kegagalan mereka menguasai sistem pembelajaran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

    Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rata-rata pelajar yang menghadapi masalah tersebut datang dari sekolah luar bandar dan ketiadaan guru pemulihan antara faktor masalah buta huruf gagal diatasi.

    Katanya, sebanyak 159 buah sekolah di Pahang yang mempunyai bilangan pendaftaran pelajar yang kurang terdedah kepada masalah berkenaan.

    ``Jabatan Pelajaran Pahang ada membuat permohonan untuk mendapatkan guru-guru pemulihan tersebut dan setakat ini ia masih lagi dalam proses, saya harap pihak kementerian dapat mempercepatkan permohonan itu,'' katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru 2006 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Auditorium Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah, di sini semalam.

    Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib.

    Adnan berkata, beliau sendiri akan menghantar surat kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memohon bantuan bagi mendapatkan lebih ramai guru yang boleh membuat kerja-kerja pemulihan supaya para pelajar buta huruf itu dapat dicelikkan.

    Adnan turut mencadangkan kepada kementerian agar sistem pembelajaran yang diamalkan di sekolah-sekolah pada masa ini dikaji semula bagi mencari kelemahan yang wujud.

    ``Anak-anak ini mesti diajar semula seperti orang-orang tua dahulu atau semasa zaman saya belajar iaitu dengan menguasai suku kata,'' ujarnya.

    Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk menimbangkan cadangan tersebut.

     

    1 Comments
     
    Dollah marah iklan arak di NST
    05.30.06 (10:21 am)   [edit]
    ROSLAN SMS
    Baru-baru ini Pengerusi Kelab Senator, Senator Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee telah menyatakan bantahannya terhadap iklan arak yang terbit di akhbar NST (milik Umno) termasuklah satu yang betul-betul bersebelahan wajah Perdana Menteri yang terbit dalam akhbar yang itu pada hari berkenaan.


    Kata Syed NST seolah-olah tidak sensitif dan seperti mempunyai agenda tertentu apabila menyiarkannya



    Sekembalinya dari Tokyo PM Dollah Badawi telah diajukan soalan berkenaan iklan itu dan Dollah berkata:

    Iklan minuman keras atau sebarang iklan yang berkaitan minuman keras, tidak sepatutnya disiarkan dalam akhbar New Straits Times.

    Mengapa Dollah nak marah pada NST?

    Minuman keras merupakan produk yang dihasilkan oleh Malaysia. Malah Malaysia memiliki dua buah kilang minuman keras yang terbesar iaitu Guiness Anchor dan Carlsberg yang kedua-duanya terletak di Selangor Darul Ehsan. Kedua-dua syarikat ini adalah antara syarikat yang paling stabil di Bursa Malaysia membekalkan arak bukan sekadar di negara ini malah ke rantau sebelah sini.

    Kalau PM sensitif dan benar-benar mahu marah kerana arak itu haram, maka saya syorkan:

    Pertama agar PM selaku Menteri Kewangan mengharamkan saham kedua-dua syarikat ini dari diniagakan oleh orang-orang Islam (maknanya haramkan orang Islam dari menjadi pemilik saham syarikat ini termasuklah GLC dan badan-badan berkanun lain)

    Kedua PM sepatutnya mengarahkan semua ahli lembaga pengarah syarikat ini agar meletakkan jawatan serta-merta kerana haram bagi mereka bersubahat menjadi pengarah syarikat yang mengeluarkan minuman haram ini.

    Ketiga PM sepatutnya juga mengarahkan agar semua kakitangan Islam syarikat ini berhenti dan melarang orang Islam dari bekerja di sana. Bagi mengelakkan mereka ini menganggur maka adalah menjadi tanggungjawab Dollah agar menyerap mereka ini kemana-mana syarikat milik kerajaan yang lain.

    Keempat PM patut mengharamkan arak dari diniagakan oleh syarikat-syarikat GLC, MAS masih menghidangkan arak secara percuma kepada para penumpangnya sedangkan Penerbangan Brunei tidak!

    Kelima PM patut mengarahkan agar penguatkuasaan terhadap umat Islam yang meminum atau membeli atau menjual arak diperketatkan di seluruh Negara (lebih-lebih lagi dikalangan menteri-menteri, wakil rakyat, ahli politik, tokoh-tokoh korporat Islam yang meminum dan menghidangkan arak)

    Jangan hanya marah apabila iklan arak dipaparkan di depan wajahnya dalam akhbar. Tetapi selaku pemipin tertinggi Negara yang dikatakan memiliki latarbelakang pendidikan Islam sepatutnya Dollah mengerti bahawa beliau memiliki kuasa yang lebih dari sekadar menyatakan kemarahan begitu sahaja.

    Jika tidak Dollah patut biarkanlah sahaja sebagaimana kata para soldadu apabila si Luncai terjun dengan labu-labunya:

    Biarkan, biarkan..............................
    ------------------------- ------------------------- --------------
    SILA KE BLOG ROSLAN SMS
    TONTONI WEB TV ALTERNATIF
    0 Comments
     
    Khairy mahu kaji kedudukan dalam FAM
    05.30.06 (10:20 am)   [edit]

    Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

    KUALA LUMPUR 29 Mei - Penerbit Eksekutif Skuad realiti bola sepak TV MyTeam, Khairy Jamaluddin (gambar) berhasrat mengkaji semula kedudukannya Ahli Majlis Bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika sumbangannya melalui MyTeam dianggap tidak membina arena bola sepak negara.

    Khairy yang kecewa dengan keengganan FAM menurunkan skuad senior kebangsaan dalam perlawanan menentang MyTeam malam tadi berkata, beliau akan berbincang dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung perkara tersebut.

    ``Jika sumbangan itu disambut dingin dan tidak dihargai serta tidak dianggap membina bola sepak negara, saya akan bincangkan semula kedudukan saya dalam FAM,'' katanya pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini hari ini.

    Dalam perlawanan tersebut, Malaysia yang diwakili oleh pasukan bawah 20 tahun menewaskan MyTeam 2-1.

    Khairy menegaskan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh MyTeam, pasukan itu berhak diberikan tempat untuk beraksi sekurang-kurangnya dalam Liga Perdana kelolaan FAM.

    ``Kami sudah menyarankan supaya MyTeam menyertai Liga Perdana tetapi dikenakan pelbagai syarat oleh FAM seperti diarahkan supaya bermain dalam mana-mana liga peringkat negeri terlebih dulu.

    ``Namun saya berasa MyTeam berhak lebih daripada itu terutama berdasarkan malam tadi. Hampir 70,000 orang membanjiri stadium dengan 90 peratus menyokong kami, bukannya pasukan kebangsaan.

    Menafikan

    ``Kami cuma kalah 1-2 malah mungkin mampu seri jika percubaan terakhir tidak melepasi palang. Lawan hanya menang dengan dua sepakan percuma tetapi tidak dapat menembusi benteng kami,'' katanya.

    Beliau menjelaskan, aksi skuad amatur itu ternyata memikat majoriti penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil selain berjaya mencipta keghairahan umum terhadap bola sepak tempatan yang sebelum ini kerap terarah ke liga luar negara.

    Katanya, MyTeam membuktikan mereka mampu keluar dan mencabar sistem pemilihan pemain yang sedia ada selain nyaris mengikat Malaysia dengan keputusan seri serta menafikan andaian ramai pemerhati bola sepak bahawa mereka akan kalah teruk.

    Menurut beliau, prestasi MyTeam yang membuat persediaan hanya enam minggu tidak menunjukkan perbezaan ketara dengan pasukan profesional malah dari segi bakat sebenar, pemainnya setanding dan lebih baik daripada purata pemain negara.

    ``Ada juga beberapa pihak yang mulai mendekati saya, Serbegeth Singh, Bojan Hodak (jurulatih) untuk mendapatkan khidmat pemain MyTeam menyertai pasukan mereka,'' katanya.

    Beliau berkata, pihak pengurusan MyTeam tetap melihat siri realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke luar negara jika cadangan meneruskan musim keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

    ``Kami masih boleh memikirkan alternatif dan tidak akan hanya bergantung kepada satu pihak dengan mengadakan MyTeam di negara jiran,'' katanya sambil menjelaskan, video siri MyTeam turut dihantar kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

     

    0 Comments
     
    Kecewa keluar solat sekejap penganjur kenakan tiket baru
    05.30.06 (10:17 am)   [edit]

    PADA hari Sabtu, 27 Mei 2006, saya telah berkesempatan untuk mengunjungi Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Setibanya saya di sana, saya telah membeli tiket yang berharga RM20. Ia merupakan harga yang berpatutan bagi pameran yang agak besar seperti ini.

    Dengan pameran yang sebesar ini, tentulah memerlukan masa yang agak panjang untuk mengunjungi dan melihat pelbagai teknologi dan kenderaan yang dipamerkan.

    Dan sebagai umat Islam, tentulah solat tidak boleh diabaikan. Saya telah bertanya kepada seorang pengawal sebelum keluar daripada dewan pameran, adakah saya boleh masuk balik selepas keluar menunaikan solat. Pak guard tersebut mengatakan saya boleh masuk kembali selepas solat.

    Malangnya, selepas solat saya ingin masuk kembali tetapi pihak penganjur mengatakan saya tidak boleh masuk. Jika hendak masuk saya perlu beli tiket baru.

    Saya sungguh kecewa pada ketika itu dan terus beredar selepas beberapa kali menjelaskan bahawa saya hanya keluar sebentar untuk solat zohor.

    Saya berharap perkara ini dapat diatasi oleh pihak penganjur supaya perkara sebegini tidak berulang. Semoga pihak penganjur dapat mengatasi masalah sebegini pada masa hadapan.

    - CHOKIE3200,

    Shah Alam, Selangor.

    0 Comments
     
    Tegur radio kerajaan jangan berkempen
    05.30.06 (10:16 am)   [edit]

    SIAPA bakal memegang jawatan nombor dua dalam parti MIC akan terjawab pada 24 Jun ini. Namun pihak media, terutama media elektronik kerajaan seharusnya mengambil sikap berkecuali memandangkan kedua-dua calon berkenaan pemimpin parti komponen Barisan Nasional dan sekali gus berperanan kepada kerajaan memerintah.

    Saya terpaksa menekankan perkara ini kerana pada 28 Mei yang lalu berita radio RTM pada pukul 9 pag