“BUAT apa lagi tulis ini semua. Ini cerita basi. Dah
tak ada modal ke?” Itulah antara maklum balas yang Tabib dan rakan
terima apabila beberapa minggu lalu Harian Metro sekali lagi membongkar
bahaya gejala Black Metal di kalangan remaja Melayu di negara ini. Lagi...
SENSITIVITI umat Islam negara ini nampaknya terus
diperlekehkan apabila Harian Metro pada Khamis lalu dan semalam
mendedahkan mengenai salah laku dua pengusaha makanan yang membekalkan
produk haram kepada pengguna Islam. Lagi...
ADA nada terkejut, geram, dan kecewa perasaan bercampur-campur
apabila mengikuti perkembangan terbaru di bumi Palestin sejak beberapa
minggu lalu.
Terkejut kerana kita sememangnya tidak menyangka konflik
Israel-Palestin, yang sebelum ini agak suam-suam kuku sifatnya sejak
Hamas mengambil alih kerajaan pada Mac lalu, boleh menjadi sebegitu
buruk...(LAGI)
PIALA Dunia 2006 semakin menuju
kemuncaknya. Empat tahun lalu, Brazil muncul juara Piala Dunia selepas
menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan akhir. Aksi lincah pemain Brazil,
Ronaldinho sentiasa mencuri tumpuan.
Namun, pada kali ini, adakah Brazil akan menepati ramalan semua
peminat sukan bola sepak dunia atau ada kejutan yang bakal tercipta?..(LAGI)
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF3),
Asmawi Ani atau Mawi, membayangkan mahu memutuskan pertunangan dengan
gadis pilihannya, Nor Diana Mohd Naim.Mawi memberi bayangan itu ketika menghubungi Nor Diana atau Ina, kira-kira jam 7 malam tadi.(LAGI)
mahathir vs pak lah....apa ceritanya pulak pada hari ini......
Individu disayangi Mahathir, dihormati Abdullah bantu pulihkan hubungan
SUNGAI PETANI 30 Jun - Seorang individu ‘yang disayangi’ Tun Dr.
Mahathir Mohamad dan dihormati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’ akan
membantu memulihkan hubungan antara mereka, kata Menteri Penerangan,
Datuk Zainuddin Maidin.
Kritikan Dr. Mahathir tidak jejas ekonomi negara
KOTA BHARU 30 Jun - Pertumbuhan ekonomi negara kini mencapai enam
peratus iaitu tahap paling baik selepas kegawatan ekonomi 1997 walaupun
ada kebimbangan pihak tertentu berhubung tercetusnya krisis antara Tun
Dr. Mahathir Mohamad dengan kerajaan.
Kemelut Dr. M ibarat ribut dalam cawan
IPOH 30 Jun - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali
menyifatkan kemelut politik serta polemik antara Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad umpama ‘ribut dalam cawan’
yang boleh diselesaikan dengan cara bijaksana.
Pecat individu pecah belah UMNO
PASIR PUTEH 30 Jun - Lembaga Disiplin UMNO diminta mengambil tindakan
terhadap individu yang cuba memecah belahkan parti dan menghakis
keyakinan rakyat terhadap pucuk pimpinan dan kerajaan Barisan Nasional
(BN).
ADUN BN sokong Abdullah
SHAH ALAM 30 Jun - Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan
Nasional SeMalaysia yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi mempunyai pendekatan tersendiri dalam menangani kritikan dan
isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Laaa.....bising-bising lepas tuu pegi bercuti...apa
punya turrr laa mangkok hayun berdua nie...inilah dia pemimpin yg kita
ada...suka buat isu biaq rakyat tertanya2...apa nak jadi aku pon tak
tahu...
Isu
Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan kesal dengan beberapa keputsan
kerajaan kemudian mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri
Abdullah Badawi telah memberi peluang kepada beberapa pemimpin Pas naik
‘perasan’ seperti kata pepatah, pipi tersorong-sorong wahhal hidung
selamanya penyet. Ramai di kalangan pemimpin Pas telah membuat
perhitungan lembik , mudah percaya dan tidak dapat menilai apa itu
‘isme’ seseorang.
Kecuali
Nasaruddin Mat Isa yang saya lihat memiliki daya fakir yang sederhana
dan faham tentang percarutan politik terhadap ‘isme’ politik seseorang.(baca lagi)
Datuk Seri Anwar Ibrahim has defended Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim has defended Tun Dr Mahathir
Mohamad’s right to attack the Government, and appealed to the media not
to censor his views.
The former deputy prime minister, who was detained under the
Internal Security Act in 1998 and later jailed for abuse of power, said
a media blackout on his former boss would be unwise. (MORE)
pencabulan ISRAEL keatas negara PALASTIN nampaknya
tidak mendapat simpati dari dunia....jika ada simpati mengapa dunia
boleh biarkan ianya berlaku sedemikian rupa....
bukannya
barat yg kapiaq buat pekak badak tetapi negara Islam sendiri pon kecut
nak bersuara...termasuk laa OIC sendiri....malahan pengerusi OIC pon
boleh lagi pergi makan angin....
Kuala Lumpur is the third rudest city in the world – according to a survey conducted by Readers Digest (of all people!), as reported by The Times of London.
Malaysians
who have lived and worked in our nation’s proud capital, and who have
the good fortune of travelling extensively overseas, need no global
survey to know that indeed rudeness - among many other negative things
- is a way of life in KL. (MORE)
Iraqi ex-PM rules out claims on Iran's interference in Iraq
Iraq-Jaafari
Former Iraqi Prime Minister Ibrahim Jaafari here Wednesday brushed off rumours that Iran interfered in Iraqi affairs.
No
evidence has yet been found to substantiate Iran's interference in
Iraqi affairs," said Jaafari in reaction to the US repeated claims that
Iran was meddling in Iraqi affairs. (more)
OH dunia lihatlah sekarang siapa penggana sebenarnya....terang2 ISRAEL lah punca segala2nya...mengapakah orang Islam boleh nynyak lena sedangkan ada sahabat seagama sedang ditindas....
mana2 OIC...mana negara islam di telok...mana-mana kau orang pergi..?? mana umat Islam HAD-Hari....???
OOOOOOOOO...Presiden OIC sedang bercuti di Australia...oegi buat ubat "resdung"....apa punya "turrrrrrrr" laa sekor nie.......Dulu HAMAS mai kau iktiraf FATAH........
Simpan laa hasad dengki tu banyak2..insya'allah suatu hari tuhan akan balas pd "KAU"....
Lina Joy...wanita murtad yg telah memohon kepada mahkamah untuk membuangkan nama ISLAM di kad pengenalannya....
Lihatlah akan kelopongan UNDANG2 kepada AGAMA ISLAM dimana orang kapiaq dan murtad boleh main macam itu sahaja....MALANGnya bagi rakyat di negara HAD-Hari...
A
MAN WENT TO A BARBERSHOP TO HAVE HIS HAIR CUT AND HIS BEARD TRIMMED. AS
THE BARBER BEGAN TO WORK, THEY BEGAN TO HAVE A GOOD CONVERSATION. THEY
TALKED ABOUT SO MANY THINGS AND VARIOUS SUBJECTS. WHEN THEY EVENTUALLY
TOUCHED ON THE SUBJECT OF ALLAH, THE BARBER SAID: "I DON'T BELIEVE THAT
ALLAH EXISTS."
BEBERAPA penduduk Palestin
meninjau sebuah jambatan yang musnah dalam serangan udara tentera
Israel di Genting Gaza, semalam. - Gambar AP.
BANDAR GAZA 28 Jun - Israel mengerahkan askar dan kereta kebal
menceroboh masuk ke Genting Gaza sebelum subuh hari ini dan melancarkan
serangan udara ke atas beberapa kedudukan utama dalam operasi
besar-besaran untuk membebaskan seorang askarnya yang ditawan oleh
pejuang Palestin.
Hampir seluruh Genting Gaza kegelapan selepas pesawat perang Israel
membedil sebuah stesen jana kuasa dan sekurang-kurangnya dua jambatan
dalam beberapa serangan waktu malam yang bertujuan untuk menghalang
pergerakan pejuang di wilayah itu.
Api dari stesen jana kuasa itu menerangi langit malam dan bunyi
tembakan serta bedilan dari helikopter penggempur boleh kedengaran
semasa anggota tentera darat memasuki Gaza di mana askar berkenaan,
Gilad Shalit dipercayai ditahan.
“Kami menggunakan segala bala tentera yang ada melalui udara dan
darat untuk membawanya pulang,” kata jurucakap tentera, Noa Meir.
Operasi itu merupakan serangan darat pertama terhadap Gaza sejak
Israel mengundurkan askar dan pendatang Yahudi dari wilayah miskin tepi
pantai itu pada tahun lepas dalam satu tindakan yang kontroversi bagi
menamatkan pendudukan selama 38 tahun.
Belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dalam pencerobohan yang menyusuli rundingan intensif untuk membebaskan Shalit.
Sementara itu, penduduk Palestin yang ketakutan melarikan diri dari
kawasan sempadan di Genting Gaza hari ini selepas bala tentera Israel
mencerobohi wilayah itu.
Wanita dan kanak-kanak kecil kelihatan muram dan enggan bersuara
ketika mereka mencari perlindungan bersama-sama ahli keluarga lain dan
sahabat handai.
Pengarah hospital Rafah, Ali Mussa pula berkata, pasukan doktor,
jururawat dan jurutekniknya sudah bersiap sedia untuk menerima penduduk
yang mungkin cedera dalam serangan Israel itu.
KUALA
LUMPUR 27 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau
tidak bersekongkol dengan mana-mana pemimpin Pas atau parti pembangkang
lain dalam mengkritik kerajaan.
Mengenai amaran 'si botak' pula:
‘‘Lagipun siapa Datuk Nazri untuk melucutkan keahlian saya kerana saya sudah menyertai UMNO sebelum dia dilahirkan,” katanya lagi. (Utusan Malaysia)
Ha..ha..ha...best
jugak tengok dia orang anak beranak gaduh ni....aku bukan apa, bukan
nak sokong mana-mana, tapi time inilah kita nak tengok segala panau,
kurap, kudis buta, tokak, kayap dan segala macam benda yang ada pada
badan UMNO/BN. Kalau tak gaduh, kita tak akan dapat maklumat yang
sebenarnya dari apa yang berlaku...kalau pihak lain yang buat cerita
atau berita...perkara ini akan di anggap fitnah pulak. So, lantakkan
dia orang...lagi lama episod ini berjalan..lagi pendekla umur UMNO(
actually, UMNO ni dah meninggal pada tahun 1986, kalau tak silap aku)
tapi boleh hidup balik...pelik..pelik..lepas tu mengaku dah hidup 60
tahun...kelakar..kelakar....
tauXpe: makbul
juga doa almarhum Ust. Fadzil Noor supaya Mahader panjang umur...dan
panjangnya umur beliau tu supaya dapat melihat kebobrokkan UMNO yang
mendakwa membela nasib umat melayu....
Malaysian
former Deputy Premier Anwar Ibrahim on Wednesday said he was being
approached to throw his hat in the ring for the post of UN Secretary
General, but he had yet to decide on running.
Anwar said foreign
ministers and leaders had asked him in the past three months whether he
would vie for the hotly contested post, which is expected to go to an
Asian diplomat...(MORE)
Following the forum on Saturday, which was not reported in the following day’s New Sunday Times (NST),
Brendan Pereira, the NST's Group Editor, made certain remarks towards
Tun Dr Mahathir Mohamad in his Monday column which I took exception to.
I then proceeded to submit a letter to editor on the same day....(MORE)
ADUH PERANG BESAR TELAH BERLAKU....ANAK MURID TELAH
MELAWAN GURUNYA SEMULA...ADAKAH TINDAKKAN ANAK MURIDNYA INI ADALAH
DATANG DARI PERANGAI GURUNYA SENDIRI...ATAU ANAK MURID SUDAH ADA GURU
BARU JADI IA PUN SUDAH BANGGA DENGAN GURUNYA YG BARU....ADUHHHH KAU ORG
NAK GADUH RAKYAT YG PENIN.....
KECEDERAAN Michael Owen merugikan kelab yang diwakilinya, Newcastle yang terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.
NEWCASTLE - Pengerusi
Newcastle, Freddy Shepherd semalam mengugut akan mengambil tindakan
undang- undang apabila pasukan Liga Perdana England itu menerima bil
perubatan yang mahal ekoran kecederaan penyerangnya, Michael Owen
ketika mewakili England dalam Piala Dunia.
Shepherd mendakwa Persatuan Bola Sepak
(FA) England hanya mengatur perjanjian insurans yang lebih baik buat
Wayne Rooney daripada pemain England lain.
Ini bererti penyedia insurans akan
membayar lebih kepada kecederaan Rooney ketika kejohanan daripada
pemain lain termasuk Owen yang kini menghadapi sekurang-kurangnya lima
bulan rehat dengan kecederaan ligamen lutut.
Shepherd memberitahu Daily Express:
‘‘Daripada apa yang saya dengar dan sumbernya baik satu urusan
berasingan dijalankan untuk Rooney dan meliputi satu nilai perpindahan
30 juta pound (RM201 juta) dan seluruh pendapatannya.”
‘‘Jika benar FA mengambil perlindungan
tambahan buat Rooney dan melebihi daripada apa yang mereka lakukan
untuk pemain lain ketika Piala Dunia, itu salah.
‘‘Kami sudah memaklumkan peguam dan
jika kami perlu ke mahkamah, kami sedia. Kami mahu layanan yang adil
dan saksama. Michael sentiasa penting bagi kami dan kelab lain akan
berasa sedemikian,'' katanya.
Pemain
Ukraine bersorak meraikan kejayaan pemain tengah pasukan mereka Oleg
Gusev (tiada dalam gambar) setelah menjaringkan gol kemenangan ke atas
pasukan Switzerland melalui penentuan sepakan penalti ketika kedua-dua
pasukan seri tanpa sebarang jaringan sehingga memasuki masa tambahan di
Stadium Cologne, 26 Jun 2006, Ukraine menang 3 - 0 selepas penentuan
sepakan penalti. - GAMBAR AFP
DR. MAHATHIR MOHAMAD: Tak (sempat) habis satu ayat, tangan dah naik, saya sokong
Cukup menarik suasana politik di Malaysia
dalam seminggu dua kebelakangan ini. Ianya muncul apabila mantan
PM ke 4, Dr. Mahathir Mohamad bangkit mengkritik secara langsung pentadbiran
Abdullah Ahmad Badawi yang dilihatnya lemah dan sudah lari dari landasan
mendaulatkan agama, bangsa dan Negara. Kemuncaknya apabila Mahathir mengisytiharkan
perang secara terbuka terhadap Abdullah di Majlis Dialog pada 24.6.2006,
hari Sabtu lalu di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Hulu Kelang.
Majlis itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga dihadiri
oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang dari PAS, DAP, KEADILAN dan
NGO. (LAGI)
SAYA tidak setuju apabila Bandaraya Kuala Lumpur diiktiraf sebagai bandar raya ketiga paling biadab di dunia.
Tetapi sekiranya betul, saya tidak hairan kerana perkara ini berlaku dengan jelas di hadapan mata kita.
Ingatkah kita apa yang ada di tempat-tempat tumpuan di Kuala Lumpur?
Ya, tempat tumpuan Kuala Lumpur dipenuhi oleh samseng dan pemeras ugut
seperti di Petaling Street di mana kisah golongan ini pernah menghiasi
tajuk-tajuk utama akhbar di negara ini. Begitu juga dengan
kumpulan-kumpulan ‘punk’ atau ‘hip-hop’ yang pernah memeras ugut wang
dan membelasah pelancong asing.
Tetapi sebab paling utama yang menyumbang kepada kebiadaban ini
ialah Kuala Lumpur telah dipenuhi oleh para pendatang asing yang sangat
ramai sehingga kebanyakan rakyat negara ini menjadi takut untuk pergi
ke Kuala Lumpur.
Sekiranya perkara ini tidak dibendung, maka saya tidak hairan
langsung Kuala Lumpur diiktiraf sebagai bandaraya biadab kerana kita
sendiri menutup sebelah mata dengan permasalahan yang berlaku.
KANGAR 26 Jun - Ahli Pergerakan Wanita UMNO diingatkan supaya tidak
bertindak seperti penyokong parti pembangkang yang sering mempersoalkan
tindakan kerajaan apabila timbulnya sesuatu isu seperti kenaikan harga
minyak dan kekurangan bekalan gula.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, sebagai ahli
terhadap parti yang menunjangi kerajaan, mereka sepatutnya memahami dan
menjelaskan isu berkenaan supaya rakyat tidak mudah dikelirukan oleh
pihak tertentu.(LAGI)
Jomheboh! Kerajaan Pas bersikap terbuka - Nik Aziz
KOTA BHARU 26 Jun – Kerajaan negeri membenarkan penganjuran program
Jomheboh! di negeri ini berteraskan kepada pendirian tidak menghalang
apa sahaja kegiatan yang tidak bercanggah dengan dasar pemerintahan dan
agama.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sememangnya
bersikap terbuka dan kesediaan mana-mana pihak untuk menyesuaikan
dengan pendirian kerajaan membolehkan kerjasama diberikan.
Beliau berkata, selagi sesuatu program yang dianjurkan itu tidak
bertentangan secara jelas dengan sebarang nas, maka ia boleh dibenarkan. (LAGI)
AL-SUNAH dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, metod atau
cara hidup. Ia juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang
baik atau yang buruk. Al-Sunah dari segi istilah ahli-ahli hadis ialah
apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s.a.w. daripada perkataan,
perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak dan sejarah sama ada
sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul.
Malangnya masyarakat Melayu sering disogokkan dengan perkataan atau
ungkapan yang didakwa sebagai hadis sedangkan ia tidak mempunyai hujah
yang kukuh. Ini dilabel sebagai ‘hadis Melayu’. Yang membimbangkan,
‘hadis Melayu’ ini seolah-olah diterima pakai dan menjadi pegangan
agama oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto IZHAM JAAFAR
menginterviu pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed untuk mengupas
persoalan ini. (TEMURAMAH)
KERETA kebal Israel dihimpunkan berhampiran bandar Kibbutz Mefalsim di sempadan Israel-Palestin di Semenanjung Gaza semalam.
BAITULMAQDIS 26 Jun - Konflik di Asia Barat semakin tegang hari ini
apabila Israel mengancam akan menggulingkan kerajaan Palestin pimpinan
kumpulan militan Hamas kecuali jika askar Yahudi yang diculik oleh
sekumpulan pejuang Palestin dibebaskan.
Seorang pegawai tinggi keselamatan Israel berkata: “Kami akan
memastikan kerajaan Hamas digulingkan jika askar kami yang diculik itu
tidak dibebaskan.’’ (lagi)
PAS adalah parti yang besar dan kehadhiran Mahathir tidak akan menggugat kekuatannya
Ramai yang merasa gerun dan
takut apabila Mahathir mahu mendedahkan penyelewengan UMNO dan
kelemahan Dollah Badawi. Saya ingin bertanya kepada ahli PAS bukan kah
kita setiap malam menekan mata untuk menyelidik penyelewengan UMNO dan
kerakusan UMNO mencuri duit negara yang sepatutnya digunakan untuk
memajukan orang melayu dan kaum dhuafa' yang lain di Malaysia(lagi)
22 soalan untuk Mahathir - Kembalikan surat hantu raya itu kepada penganjur program Dialog Mahathir
Majlis Dialog bersama Mahathir tempoh hari 24-06-2006 tegang sedikit
bila jawatankuasa penganjur meminta surat yang mereka kata Surat Hantu Raya dikembalikan. Rupanya ada juga usaha dari pihak - pihak tertentu untuk
mempengaruhi mereka yang hadir pada program tersebut untuk menolak Mahathir. 22
soalan itu adalah soalan - soalan dari "theedgedaily" tulisan P. Gunasegaram
yang mengemukakan 22 soalan mungkin sempena 22 tahun Mahathir memerintah.
SoalaN - soalan itu mungkin adalah balasan dari 4 soalan yang Mahathir
kemukakan kepada pemerintahan Pak Lah. Soalan - soalan itu juga dijangka akan
menjadi topik - topik utama siri pendedahan yang akan dibuat mengenai kegagalan
Dr Mahathir oleh media perdana. Rakyat Malaysia kemungkinan akan menyaksikan
siri pertentangan hebat antara Dr Mahathir dan Pak Lah. klik sini untuk
membaca soalan - soalan tersebut.
Naib-Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas sebarang dakwaan yang
mengaitkan beliau dalam krisis antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dan kerajaan.
“ Maaf...saya tidak memberi sebarang
interview kepada mana-mana pihak sekarang,” katanya ketika dihubungi
oleh malaysiakini hari ini.
Malaysikini
cuba mendapat penjelasan dan wawancara khas dengan beliau bagi memberi
peluang kepadanya mengulas dan mengupas segala dakwaan yang dibuat oleh
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau secara tidak langsung
dalam krisis antara bekas Perdana Menteri itu dengan Perdana Menteri
dan kerajaan sekarang.
Dr. Mahathir dalam satu majlis dialog
di Taman Melawati, Hulu Kelang, Sabtu lalu menyebut ada kumpulan
tertentu di tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, lebih berkuasa daripada
tingkat 5, yakni pejabat Perdana Menteri sendiri.
Bekas
Perdana Menteri itu tidak meyebut nama sesiapa tetapi berkata kumpulan
yang menduduki tingkat 4 itu adalah lulusan Oxford dan Cambridge.
Sekurang-kurangnya
lima kali secara sinis Dr. Mahathir merujuk kepada kumpulan lulusan
Oxford dan Cambridge itu dalam sesi soal jawab majlis tersebut.
Kumpulan
yang sama juga dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan perjalanan
operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di mana nasihat mereka perlu
dipatuhi sebelum apa-apa keputusan mengenai perniagaan dibuat.
Beliau turut menggelarkan menantu Abdullah itu sebagai budak yang masih berhingus.
Dalam
majlis dialog selama hampir dua jam itu, Dr. Mahathir beberapa kali
menyindir Abdullah yang dikira tidak dapat membuat keputusan penting
untuk negara, sebaliknya tertakluk kepada nasihat pihak lain yang
ditujukan kepada Khairy dan kumpulannya
Bekas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mencabar bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad bertindak 'jantan' dengan keluar dari
Umno secara sukarela.
Dalam sidang media yang hangat selama
kira-kira 45 minit di lobi Parlimen hari ini, Nazri berkata, jika Dr.
Mahathir terus kekal dalam Umno, beliau hanya akan menjadi kaki
bangkang.
" Lebih baik kalau Dr. Mahathir bertindak jantan, tinggalkan Umno," katanya.
Komen
keras Nazri pagi ini adalah serangan terbaru dari anggota kabinet
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap bekas Perdana Menteri itu
selepas 'perang mulut' antara Dr. Mahathir dan kerajaan reda sejak
seminggu lalu.
Sebelum ini ada spekulasi bahawa Abdullah dan
Majlis Tertinggi (MT) Umno mahu memecat Dr. Mahathir ekoran kelantangan
beliau mengkritik kerajaan. Bagaimanapun mesyuarat MT Umno pada Isnin
lalu tidak membincangkan soal pemecatan tersebut.
Nazri turut
mempertahankan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menjadi sasaran
Dr. Mahathir dalam satu majlis dialog di Taman Melawati, Hulu Kelang,
Selangor Sabtu lalu.
“Orang tua berusia 81 tahun mahu bergaduh
dengan orang muda berusia 31 tahun. Lebih baik Dr. Mahathir bergaduh
dengan orang seusia dengannya.
“Semata-mata kerana dia marahkan
seorang tokoh muda dia nak musnahkan negara ini," tekan Nazri lagi
sambil mengisytiharkan perang terbuka dengan Dr Mahathir.
MALAYSIAKINI.COM
Mengapa Nazri Seperti Cacing Kepanasan?
Reaksi Menteri "penjaga" Parlimen, Datuk Seri
Nazri Aziz terhadap kenyataan Dr. Mahathir pada 24 Jun 2006 menimbulkan
seribu tanda tanya. Mengapakah Nazri semacam cacing kepanasan
sedangkanTun Dr. Mahathir tidak menyentuh sebarang isu di bawah
jagaannya?
Sebagai "pengawal keselamatan" Parlimen bukanlah
tanggungjawab Nazri untuk menjawab. Malah sebagai menteri yang standard
jawatan beliau berada dalam kasta paling rendah dari semua menteri
kabinet, Nazri tidak ada Locus Standi untuk menjawab kenyataan Tun.
Ini
menimbulkan tanda tanya, adakah ada sesuatu yang Tun sebut dalam
wawancara beliau dengan media internet telah menyebabkan Nazri tidur
tidak lena, makan tidak kenyang dan mandi tidak basah? Adakah Nazri
merupakan menteri yang dimaksudkan oleh TUN bahawa fail BPR sudah
lengkap tetapi Pak Lah tidak mendakwanya?
Mahathir-Abdullah bertanggungjawab jika negara tergugat - Presiden PAS
Mon | Jun 26, 06 | 03:10:26 PM Oleh Mohd Rashidi Hassan
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh)
- PAS bimbang pertembungan sengit bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi boleh mengancam ketenteraman awam dan memberikan impak yang
buruk kepada ekonomi negara.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang berkata, PAS juga
bimbang pertelagahan tersebut akan menjejaskan imej negara di peringkat
antarabangsa dan rakyat akan menanggung kesengsaraan akibat kemelut
tersebut.
Katanya, PAS terus komited untuk melakukan 'enggagement' politik dalam apa jua pergolakan demi menjaga kestabilan awam, kedaulatan negara dan kesinambungan persaingan negara.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Presiden PAS:
Bagi
pihak PAS, saya selaku Presiden parti, merakamkan kekhuatiran tentang
pergolakan politik mutakhir yang membabitkan Tun Mahathir dengan
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Apa yang
mulanya dibangkitkan sebagai keprihatinan peribadi Tun Mahathir
bersabit isu-isu dasar dan polisi kerajaan yang dipimpin Perdana
Menteri khasnya tentang pembatalan Jambatan Indah, Dasar Otomobil
Negara (NAP) dan isu-isu AP, kini telah memuncak sebagai pertembungan
sengit yang berpotensi mengancam ketenteraman awam dengan implikasi
serta impak yang buruk terhadap ekonomi negara di peringkat
antarabangsa dengan rakyat sekali lagi akan menanggung segala
kesengsaraan akibat kemelut tersebut.
PAS akan terus komited
untuk melakukan 'enggagement' politik dalam apa jua pergolakan demi
menjaga kestabilan awam, kedaulatan negara dan kesinambungan persaingan
negara.
Kami sekali lagi menyatakan kesediaan untuk terlibat
dengan mana-mana pihak untuk membincangkan hal-hal yang mempunyai
kepentingan negara dan rakyat atas dasar 'constructive enggagement.'
Berkaitan
dengan isu pertembungan polisi ini, kedua-dua pihak Tun selaku mantan
Perdana Menteri dan Perdana Menteri hari ini, pada pengamatan kami
mesti dipertanggungjawabkan.
PAS akan terus memantau perkara yang dibangkitkan oleh Tun dan penjelasan yang dibuat oleh kerajaan BN tanpa prejudis.
Apa
jua pendirian PAS yang akan kita putuskan akan tergantung kepada
kebenaran hujjah dan fakta serta penelitian kami akan informasi yang
diperolehi.
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa
Kementerian Air, Tenaga dan Telekomunikasi dan Forum Pengguna
Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menghentikan segera gimik
syarikat telekomunikasi yang menghantar keputusan perlawanan bola sepak
dunia secara ‘percuma’ kepada pelanggan mereka.
CAP menerima aduan yang pelanggan syarikat
itu sebenarnya dikenakan 50 sen jika memilih ‘WC OFF’ kepada 22006,
nombor keputusan bola sepak piala dunia dihantar dan diterima pelanggan
berkenaan.
Pelanggan ditipu syarikat itu kerana mereka tidak
diberitahu mengenai bayaran dikenakan kerana memilih dan menerima
keputusan itu. Pelanggan juga tidak meminta mesej itu dihantar.
CAP
menggesa Kementerian Air, Tenaga dan Telekomunikasi serta Forum
Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menghentikan amalan
ini dan membayar balik kepada mereka yang dikenakan bayaran sejak
‘promosi’ itu dilancarkan.
Kementerian dan forum berkenaan juga perlu mengawasi syarikat dan memastikan skim bersifat eksploitasi tidak dibenarkan.
S M MOHAMED IDRIS,
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Akhirnya Mahathir sedar penyokongnya tidak berkualiti
Selepas
22 tahun sebagai Perdana Menteri, akhirnya barulah Tun Dr Mahathir
Mohamed menyedari sokongan yang beliau terima daripada pemimpin Barisan
Nasional (BN) selama ini tidak berkualiti.
Ini kerana semua
pemimpin yang pernah menyokongnya itu, telah mengalihkan sokongan
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, terutamanya
apabila beliau membangkitkan isu jambatan bengkok, proton, AV Agusta
dan permit import kenderaan (AP).
“Saya dulupun mendapat
sokongan macam tu, ada yang cium tangan…banyak. Tapi barulah sekarang
ini saya tahu sokongan itu tidak ada kualiti,” jelasnya sambil mendapat
tepukan dan tawa hadirin.
“Saya ingat dulu mereka sokong kerana
apa yang saya lakukan untuk negara, itulah sebabnya mereka sokong saya,
itulah pendapat saya. Tapi sekarang barulah saya tahu, mereka sokong,
kerana saya Perdana Menteri. Saya buat apapun - Kami sokong.”
Beliau
mengambil contoh ketaatan Hang Tuah kepada Sultan dalam hikayatnya
sebagai perbandingan sokongan para pemimpin kepada Perdana Menteri
sekarang.
Katanya, apabila Perdana Menteri menyuarakan sesuatu beliau seolah-olah terdengar para menteri itu berkata :
Jelasnya ketaatan kepada pemimpin biarlah berpada-pada.
Sewaktu zaman Tunku (Abdul Rahman), katanya beliau tidak begitu menyokong Tuanku.
“Buat benda yang betul saya sokong, buat benda tidak betul saya tidak sokong,” ulasnya.
Beliau
berkata, “Saya fikir orang sokong saya sebab saya buat benda yang
betul, rupanya tidak, semua Menteri-menteri saya dulu…( ketawa ).
“Tak (sempat) habis satu ayat, tangan dah naik-Saya sokong,” katanya.
Beliau sedih kerana rakan-rakan menterinya dulu, kini sudah melupakannya, malah tidak lagi mengunjunginya.
Padahal mereka inilah, katanya mengaku menyokong beliau secara seikhlas hati.
“Berhenti,
berhenti (letak jawatan) sahaja, tak jumpa dah. Tak berani datang jumpa
sama sekali, kenapa begitu, kita kawan buatlah cara kawan,” rayunya.
Mahathir
meluahkan isi hatinya itu ketika berucap pada majlis ceramah dan dialog
di Kelab Century Paradise, di Taman Melawati, Sabtu, anjuran
Malaysia-Today dan 26 Badan Bukan Kerajaan (NGO), yang dihadiri lebih
500 peserta.
Antara
yang hadir ialah pemimpin Keadilan Abdul Rahman Othman, Saifudin
Nasution, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden
Husam Musa, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Mazlan Aliman, Dr Rosli
Yaakob, Mariah Mahmood dan Dr Lo Lo Ghazali.
Turut serta bekas
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, Datuk
Ibrahim Ali, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times,
Datuk A Kadir Jasin, bekas Pegawai Eksekutif Proton (CEO) Tengku
Mahaleel Ariff, Presiden ABIM, Yusri Mohamad dan ulama Uthman
El-Muhammady.
KUALA LUMPUR: Kunjungan rombongan Datuk Khalid
Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K ke rumah keluarga
penyanyi popular, Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) di Kuala Lipis Jumaat lalu, bagi merancang tarikh perkahwinan mereka, dijadualkan seawalnya Ogos ini.
Bagaimanapun
Berita Harian difahamkan perbincangan itu belum menetapkan tarikh
sebenar perkahwinan mereka walaupun media sebelum ini meramalkan
diadakan pada 8 Ogos.
Sumber memberitahu Berita Harian,
pertemuan Jumaat lalu turut membincangkan majlis pertunangan yang
mungkin diadakan tidak lama sebelum majlis pernikahan dan persandingan
mereka.
Sementara itu, Siti, yang diserbu media selepas
pelancaran wajah baru sebuah majalah hiburan di Berjaya Times Square
semalam, berkata beliau tiada di rumah keluarganya ketika kunjungan
keluarga Khalid.
“Malah Siti juga tidak tahu-menahu
kedatangannya ke rumah keluarga Siti sehinggalah dimaklumkan seorang
anggota keluarga Siti. Mengenai apa niat dia berkunjung ke rumah saya,
Siti tidak pula bertanya kepada ibu bapa Siti.
“Apa yang
boleh Siti katakan kedatangannya itu hanyalah sekadar menziarah
keluarga Siti. Tidak ada kena-mengena dengan upacara merisik atau
meminang Siti,” katanya.
Apabila disoal bertalu-talu, beliau
mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa sekali lagi belum ada hitam
putih, beliau tidak akan mengumumkan tarikh pernikahannya.
“Siti pun tidak mahu dikatakan mempermainkan media. Kalau boleh Siti
tidak mahu umumkan cara sebegini. Ini benda baik. Sampai masanya nanti
Siti akan umumkan secara rasmi,” katanya.
Siti turut mengulangi kata-katanya sebelum ini iaitu beliau sudah bersedia mendirikan rumah tangga.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan Khalid bersama keluarga terdekatnya
berkunjung ke kediaman keluarga Siti di Kampung Sungai Kerpan, Kuala
Lipis kira-kira jam 11 pagi sehingga hampir jam 4 petang.
------------------------- ----
Siti Nurhaliza suka nombor 3
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
“Saya suka nombor 3,” ungkap Siti Nurhaliza ketika ditemui
selepas rakaman rancangan Bit It terbitan Channel V Astro di Petaling
Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tetapi janganlah dibuat spekulasi atas kenyataan yang
diperkatakannya. Nombor 3 yang dimaksudkannya ialah jika dia berpeluang
untuk membuat bidaan dalam rancangan Bit It tersebut.
Siti dijemput menjadi artis undangan bagi episod ke-11 Bit It musim
ke-2 yang akan disiarkan pada hari Khamis pukul 8 malam 15 Julai ini.
Dalam episod tersebut Siti Nurhaliza tampil selaku penyampai berita
yang melaporkan kes kecurian yang berlaku di satu lokasi jenayah.
Dua pengacara rancangan tersebut iaitu Joey dan JP melakonkan watak pencuri.
Bit It musim ke-2 masih mengekalkan keunikan rancangan tersebut
iaitu penonton berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti
iPod, Sony PSP dan banyak lagi.
Rancangan selama 15 minit itu diperkenalkan pada tahun lalu. Ia
memberi peluang kepada penonton untuk berebut membuat bidaan pada harga
yang paling rendah dan unik untuk memperoleh hadiah-hadiah yang
ditawarkan.
Ketika ditanya pengalamannya menjadi penyampai berita, Siti berkata:
“Siti enjoy menjadi penyampai berita. Bagi Siti ia simple, tapi Siti masih perlu buat betul-betul.”
Menyentuh mengenai perkembangan terbarunya, Siti bakal terbang ke Indonesia pada Julai ini.
Siti akan mengadakan mini konsert secara langsung pada majlis pelancaran stesen televisyen TransTV di Jakarta.
“Siti dijemput untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran stesen
televisyen tersebut. Siti ingin sekali turut serta dan dapat pula buat
persembahan untuk menghiburkan masyarakat di sana,” katanya yang
kelihatan semakin
jelita.
Pada sidang akhbar tersebut hanya satu soalan cepumas yang berjaya
ditanya kepada Siti sebelum ia diakhiri disebabkan Siti terpaksa pulang
awal.
Siti Nurhaliza ditanya adakah dia takut untuk berkahwin? Siti menjawab ringkas: “Siti tak takut nak kahwin.”
TarakNama: Nak ULAS sikit pasai minah nie....Jika kau nak kawin kawin laa cakap kat peminat kau betul2 jangan dok sorok2...benda baik lebih baik cakap...boleh jugak orang tolong doakan semoga bahagia sampai mati....nie tak kona sana kona sini...jadi banyak laa orang dok menyumpahnya....tuu yg ada kawin tak kekal lama....eishhh eishhh eishhh
TEHERAN 25 Jun - Menteri Minyak Iran, Kazem Vaziri-Hamaneh hari ini
menegaskan, Iran akan menggunakan minyak sebagai ‘senjata’ jika
kepentingan negaranya diserang.
“Jika kepentingan negara diserang, kami akan menggunakan semua
kemampuan yang kami miliki, dan minyak adalah salah satu darinya,’’
kata Kazem seperti yang disiarkan melalui sebuah laporan televisyen.
Iran kini berhadapan kontroversi dengan komuniti dunia berikutan
program nuklearnya, dan menghadapi ancaman akan dikenakan sekatan jika
tidak menerima tawaran Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan
pengayaan uranium.
Kazem berkata, sebarang sekatan yang dikenakan terhadap Iran yang
mungkin melibatkan pasaran minyak akan menyebabkan harga minyak mentah
yang kini berharga RM253 (AS$70) setong akan meningkat kepada RM361
(AS$100) setong.
“Dunia memerlukan tenaga dan memahami kesan sekatan minyak terhadap
Iran di pasaran dan tiada sesiapa pun akan membuat keputusan yang tidak
munasabah,’’ jelasnya.
KOTA BAHARU, 26 Jun (Bernama) -- Hanya 20 hingga 25 peratus daripada
penagih dadah yang dirawat di pusat serenti seluruh negara benar-benar
dapat dipulihkan manakala selebihnya kembali menagih kerana disisih
oleh masyarakat terutama keluarga sendiri, kata Timbalan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum.
"Usaha memulihkan mereka sepenuhnya tidak mungkin tercapai
sekiranya kerajaan tidak mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak,"
katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Anti Dadah
Antarabangsa dan Karnival Anti Dadah peringkat negeri di sini Isnin.
Beliau berkata bahawa tahun lepas kerajaan membelanjakan RM200
juta untuk tujuan pemulihan manakala dalam tempoh Januari hingga April
tahun ini, sebanyak RM92 juta telah dibelanjakan.
Seramai 293,000 penagih berumur antara 21 dan 29 tahun telah dapat
dikesan di seluruh negara. Kelantan mempunyai bilangan keempat
terbanyak dengan hampir 40,000 orang penagih.
"Setiap enam jam, dua orang terjebak dengan dadah dengan 90 peratus daripadanya anak-anak muda Melayu," kata Johari.
Mengenai pemalsuan MyKad di Sabah, beliau berkata kementerian sedang memantau kegiatan itu yang kini merebak ke Semenanjung.
-- BERNAMA
TarakNama: DADAH DADAH DADAH.......Sampai bila kita nak selesai dari benda nie...??
PEMAIN England, David
Beckham (tiga dari kanan) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan
apabila dia menjaringkan gol ketika menentang Ecuador dalam perlawanan
pusingan kedua di Stuttgart, malam tadi. England menang 1-0 untuk layak
ke suku akhir. - Reuters.
STUTTGART - Ketua pasukan, David Beckam memastikan England mara ke
suku akhir bola sepak PIala Dunia selepas menjaringkan gol tunggal yang
membawa kemenangan 1-0 ke atas Ecuador di sini, semalam.
Beckham yang terkenal dengan sepakan lencong mencipta jaringan pada
minit ke-60 menerusi tendangan bebas dan menjadi pemain pertama England
menjaringkan gol dalam tiga Piala Dunia.
Dengan kemenangan itu England akan menentang Portugal atau Belanda, Sabtu ini.
Ia merupakan jaringan pertama buat bintang Real Madrid itu di peringkat antarabangsa selepas 13 perlawanan.
Bagaimanapun England ternyata masih belum mempamerkan aksi terbaik
apalagi terpaksa beraksi di atas permukaan padang yang lembab di
Stadium Gottlied-Daimler.
Keputusan pengurus Sven-Goran Eriksson menurunkan barisan baru
kurang menyenangkan para penyokong England ditambah pula dengan kelibat
pemain tengah Tottenham, Michael Carrick yang mempamerkan persembahan
hambar ketika mengemudi bahagian tengah.
England kelihatan agak sukar untuk melakukan serangan kerana terlalu
bergantung kepada Wayne Rooney yang sering kali tidak mendapat umpanan
setiap kali membuat larian dengan formasi 4-1-4-1 meletakkan dia
seorang sebagai penyerang.
Jelas England tidak memberikan ancaman dengan ketumpulan tindakan
penyudah yang hampir sahaja membawa kegagalan apa lagi persembahan
tidak bermaya Frank Lampard yang terlepas beberapa peluang untuk
menjaringkan gol termasuk pada minit ke-73 selepas mendapat hantaran
Rooney.
Sepanjang tempoh 45 minit permainan, England gagal mencipta peluang
terbaik ke arah pintu gol lawan kecuali dua percubaan mudah menerusi
Lampard dan Rooney yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Ecuador,
Cristian Mora.
Ecuador sepatutnya mendahului England pada minit ke-11 jika tindakan
penyudah yang baik dilakukan oleh Carlos Tenorio ekoran kesilapan John
Terry menanduk bola ke belakang.
Terry terjatuh dan gagal menanduk bola ke belakang. Ia kemudian
mudah dipintas oleh Tenorio, yang hanya berdepan dengan penjaga gol,
Paul Robinson.
Namun penjaga gol itu tenang ketika melihat Tenorio melepaskan
rembatan, yang sempat ditampan oleh Ashley Cole sebelum bola terkena
palang.
Ia merupakan aksi buruk pertahanan England. Ecuador mendapat satu
sepakan percuma yang membuatkan pertahanan England tercabar di depan
pintu gol.
Ketika Terry atau Rio Ferdinand kelihatan selesa setiap kali sepakan
percuma, Robinson sebaliknya kurang menyakinkan setiap kali bola berada
di kawasan kotak penalti.
BARU-baru ini rakyat negara ini telah dikejutkan dengan laporan
majalah antarabangsa iaitu Reader‘s Digest tentang sikap warganegara
Malaysia yang memiliki budi pekerti rendah.
Kajian yang dijalankan oleh majalah tersebut ke atas warga Kuala
Lumpur menunjukkan rakyat Malaysia adalah sombong dan tidak mempunyai
sikap hormat menghormati antara satu sama lain.
Secara peribadi, saya menolak hasil kajian yang dijalankan. Saya
optimis bahawa masyarakat di Malaysia mempunyai nilai kesopanan yang
tinggi.
Namun, persepsi saya berubah apabila saya dapat merasakan nilai kesopanan di kalangan masyarakat kita semakin terhakis.
Pada Jumaat yang lepas iaitu pada 23 Jun 2006, saya ingin membeli tiket Putra LRT dari Setiawangsa menuju ke KL Sentral.
Semasa giliran saya untuk membeli tiket, saya telah memberi wang RM50 kepada penjual tiket tersebut.
Penjual tiket berkenaan enggan menerima wang tersebut dan
mengarahkan saya untuk menukarkan kepada wang kecil walaupun terdapat
seorang lagi penjual tiket yang asyik bersembang dengan penjual tiket
yang bertugas.
Bagaimanapun, saya optimis dan berpendapat mungkin mereka berkenaan sibuk.
Lalu saya pun bercadang untuk menukarkan wang saya di sebuah gerai
menjual kad pra bayar telefon bimbit beberapa langkah dari kaunter
tiket itu.
Namun saya berasa hampa, kerana penjual itu memberitahu dia tiada wang kecil.
Tertekan
Saya berasa agak tertekan kerana tidak dapat menukarkan wang saya,
dan saya pula terpaksa bergegas ke KL Sentral kerana mempunyai urusan.
Saya ingin menukar wang saya di kedai berhampiran, namun kedai-kedai terletak agak jauh dari stesen tersebut.
Mujur ada penjaja kacang di sekitar stesen itu. Apabila saya
mengadukan masalah saya kepada penjaja kacang itu yang merupakan
seorang warga emas, beliau dengan serta merta meminta RM50 dan berjaya
menukarkan wang untuk saya, dari gerai menjual kad prabayar yang saya
pergi tadi.
Saya terkilan dengan sikap peniaga kad prabayar itu kerana menipu
saya selain layanan penjual tiket yang amat mengecewakan. Walaupun saya
dapat membeli tiket, namun sikap penjual tiket menunjukkan rasa tidak
hormat kepada pelanggan.
Sudahlah saya dilayan ‘acuh tak acuh’, ucapan terima kasih pun tidak mampu diluahkan.
Saya berfikir, sekiranya saya seorang warga asing atau pelancong,
bagaimana persepsi mereka terhadap rakyat Malaysia sekiranya mereka
dilayan sedemikian rupa.
Adakah nilai ini yang ingin kita tunjukkan sesama kita dan kepada
warga asing? Adakah kita rakyat bersopan santun? Tepuk dada tanyalah
diri.
– MOHD. REZWAN
Selangor.
TarakNama: Aku setuju yg rakyat Malaysia dah jauh mereka punya sifat2 kesopanan dan kesusilaan...salah siapa??? Meraka dengan keluarga mereka.....???
MARAN 25 Jun - Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat perlu
menyemak semula akta di bawah Perlembagaan UMNO yang menyebut mengenai
memartabatkan bahasa Melayu dan menjaga kepentingan seni, budaya dan
warisan bangsa.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
berkata, pemimpin UMNO sama ada di peringkat pusat, negeri, bahagian
dan cawangan harus merujuk fasa 3 ceraian 5 akta Perlembagaan UMNO demi
kepentingan seni budaya Melayu.
Sehubungan itu, beliau mahu semua pemimpin UMNO tidak terlalu asyik
berpolitik dan ghairah mengejar kemajuan serta kedudukan dalam parti
sehingga menafikan martabat bahasa, seni dan budaya bangsa.
“Kita jangan asyik berpolitik saja dalam menjalankan kegiatan di
cawangan, bahagian atau nasional tapi kita kena lihat balik
Perlembagaan UMNO, fasa 3 ceraian 5.
“Kita ditugaskan untuk menjayakan dan memartabatkan bahasa dan
kebudayaan sejak tahun 1946 lagi. Kita terlampau ghairah mengejar
kemajuan dan kedudukan dalam parti dan sebagainya, maka kita kurang
beri penekanan kepada bahasa dan kebudayaan.
‘‘Contohnya tulisan Jawi yang hampir mati, itu adalah skrip bangsa
dan budaya, jadi kita dah hidupkan semula dan kita harap ia terus
hidup,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis
pelancaran program Merakyatkan Seni Budaya di Chenor, dekat sini malam
tadi.
Program kali kedua di Pahang anjuran bersama Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan dengan Kerajaan Pahang itu berlangsung tiga hari
di Padang Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor yang berakhir hari
ini.
Rais berkata, pihaknya tidak keberatan menganjurkan program bersama
dengan Pergerakan Pemuda, Wanita atau Puteri UMNO untuk mengangkat
semula martabat bahasa, seni, budaya dan warisan Melayu.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut membangkitkan persoalan
berapa ramai kalangan pemimpin UMNO sekarang yang memperjuangkan seni
dan budaya Melayu.
Masalah itu jelasnya mendorong kementeriannya turun padang
memastikan seni budaya dan warisan bangsa diperjuangkan secara
bersepadu agar berterusan untuk generasi akan datang.
Rais turut menyentuh dilema Melayu yang kini semakin hilang nilai
budaya berbanding bangsa lain seperti Cina, Korea dan Taiwan yang
berpegang teguh kepada seni budaya mereka.
“Orang Melayu telah hilang budayanya sama seperti hilangnya Utusan
Melayu Jawi. Kita dah hidupkan semula Utusan Melayu Jawi tapi itu tak
cukup. Kita akan pastikan Utusan dan tulisan Jawi terus hidup dalam
menghasilkan tulisan atau rencana jawi,” tambahnya.
TarakNama: Siapakah yg telah menjahanamkan Bahasa Melayu di sekolah sekolah.....sekolah lah puncanya orang Melayu semakin ketinggalan....agungkan lagilah pembelajaran MATE & SAINS dalam B.I. nanti kau orang tengoklah hasilnya.....
SEORANG askar Israel yang
cedera dalam serangan pejuang Palestin di pos tentera rejim itu dibawa
ke Hospital Soroka, selatan Israel, semalam.
GAZA 25 Jun - Pejuang Palestin menyusup masuk ke wilayah Israel hari
ini dan melancarkan serangan maut pertama dari sini sejak pengunduran
rejim Yahudi itu pada tahun lepas.
Mereka membunuh sekurang-kurangnya dua askar Israel dalam serangan itu yang turut mengorbankan beberapa pejuang Palestin.
Pejuang yang menyeberangi sempadan berpagar itu menerusi terowong
melepaskan tembakan mengguna senjata automatik dan bom tangan roket ke
arah sebuah pos tentera dalam operasi waktu subuh dekat pintu sempadan
Kerem Shalom.
Israel bertindak balas beberapa jam kemudian dengan mengerahkan
askar dan kereta kebalnya memasuki Gaza untuk memeriksa kawasan di
sekitar terowong berkenaan.
“Serangan ini dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan
penduduk awam,” menurut kenyataan bersama daripada Hamas dan
Jawatankuasa Perjuangan Popular (PRC), dua pertubuhan pejuang yang
mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.
Sebanyak 20 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh dua minggu lalu
dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel untuk membalas
serangan roket pejuang Palestin dari Gaza.
Sumber tentera Israel berkata, tujuh lelaki bersenjata menyusup
masuk menerusi terowong dan menyerang sebuah kenderaan berperisai
tentera Israel.
Dalam pertempuran yang meletus selepas itu, dua warga Israel dan
beberapa penyerang terbunuh, kata satu sumber keselamatan Israel.
Pekerja penyelamat Israel di tempat kejadian berkata, sekurang-kurangnya tiga penyerang terbabit terbunuh.
PRC mendakwa dua pejuang bersenjatanya terkorban.
“Serangan ini telah meningkatkan ketegangan. Mereka menyusup masuk
ke wilayah kita,” kata Menteri Infrastruktur Israel, Binyamin
Ben-Eliezer kepada radio tentera Israel.
– Reuters
Kerajaan Pas Kelantan benarkan Jomheboh! bersyarat
KOTA BHARU 25 Jun - Kerajaan Pas Kelantan yang semakin
memperlihatkan sikap keterbukaannya, membenarkan stesen penyiaran TV3
menganjurkan program Jomheboh! di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan
negeri, Takiyuddin Hassan menegaskan program itu dibenarkan dengan
beberapa pengubahsuaian agar ia tidak bercanggah dengan dasar kerajaan
negeri.
Katanya, perbincangan dengan pihak TV3 kini di peringkat akhir dan
beliau tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan bagi memeriahkan
sambutan ulang tahun pertama pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar
Raya Islam, Oktober depan.
‘‘Pendirian kerajaan negeri itu dibuat seiring dengan perubahan masa
dan keadaan,” katanya sambil merujuk kepada permainan snuker yang kini
dibenarkan semula berdasarkan peraturan-peraturan baru ‘atas nama
sukan’.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Takiyuddin menjelaskan, selama ini TV3 tidak pernah memohon secara
rasmi untuk menganjurkan program yang diadakan di kesemua negeri sejak
lima tahun lalu itu.
“Jadi, kita ambil langkah lebih awal (menyatakan kesediaan) tetapi
ia bergantung kepada pengubahsuaian atau pengisian yang berbeza
berbanding negeri-negeri lain.
“Kita tidak menolak pendekatan yang diambil oleh Terengganu yang menggunakan nama lain (Perkampungan Hadhari).
“Ia boleh diisi dengan beberapa kegiatan baru seperti pertandingan
syarahan, selain pameran agensi kerajaan, swasta, promosi jualan dan
hiburan,'' katanya.
Mon | Jun 26, 06 | 12:11:14 PM Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) -
Soal siapa orang yang mengkritik bukanlah hal yang harus didebatkan
untuk menjadi alasan menerima atau menolaknya, kata Berita Harian
Singapura (BH) ketika mengulas kritikan-kritikan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi dan kerajaan.
"Yang utama adalah niat si pengkritik (walaupun Tuhan yang Maha
Mengetahui niat seseorang). Tindakan pengkritik juga boleh dinilai dari
segi undang-undang penghinaan (defamatory).
"Dari segi Dr
Mahathir, ramai berpendapat bahawa beliau bak menepuk air di dulang -
melakukan banyak hal yang sama yang dikritiknya sekarang ketika
memegang tampuk kepimpinan," kata akhbar itu lagi.
Para
penganalisis politik pula, kata akhbar itu, melihat peranan Dr Mahathir
sebagai berguna dalam mengetengahkan beberapa kepincangan dalam
kerajaan, yang kurang berkesan dicetuskan oleh pihak pembangkang.
Mengulas
lanjut kritikan-kritikan bekas Perdana Menteri itu, BH berpendapat
beberapa pertimbangan lain mungkin boleh dipakai seperti sejauh mana
perkara yang diketengahkannya itu bersifat benar dan huraiannya boleh
mendatangkan kebaikan; atau, setelah berubah kedudukan dan kian matang,
maka beliau menginsafi kesalahan masa lalu, lantas berazam untuk tidak
mahu penyimpangan serupa berlanjutan?
"Amalan orang Malaysia
tentulah baik sangka - bahawa Dr Mahathir tidak mungkin mempunyai
tujuan jahat bagi kepentingan peribadi.
"Sebagai bekas orang
dalam, menurut sesetengah pihak, Dr Mahathir memang pakar dan
berpengalaman untuk menegur beberapa kelemahan dalam kerajaan," kata
akhbar itu.
Akhbar itu seterusnya menyarankan sifat terbuka
untuk bersedia menerima pandangan bernas yang dapat dimanfaatkan demi
mengatasi penyimpangan seperti salah guna kedudukan dan meningkatkan
kesejahteraan (seperti bebas daripada rasuah, kebebasan bersuara).
"Sering
ada andaian bahawa mengkritik secara terbuka daripada seorang mantan
pemimpin tinggi memaparkan akan adanya perpecahan yang serius dalam
kerajaan atau parti utama. Ini pula dinilai oleh pelabur sebagai kesan
negatif yang boleh menjejas kerancakan pertumbuhan ekonomi.
"Bagaimanapun
dalam amalan demokrasi, rakyat melihat dinamisme sebagai suatu
keberanian moral untuk mendedahkan kepincangan atau permasalahan agar
dicarikan huraiannya," kata BH.
Apa yang menarik ialah
apabila akhbar itu memetik penganalisis politik, Khoo Kay Peng yang
berpendapat, kritikan Dr Mahathir itu sepatutnya mendorong PM Abdullah
agar segera meningkatkan imejnya dan tegas melancarkan pembaharuan
tulen seperti melaksanakan rekomendasi Suruhanjaya Bebas bagi Aduan dan
Salahlaku Polis atau membetulkan syarikat-syarikat kaitan kerajaan
(GLC).
Kritikan Mahathir terhadap Abdullah tidak dapat
dibendung lagi, dan kemarahan bekas PM itu terserlah dalam ucapannya di
Taman Melewati, 24 Jun lalu, di hadapan lebih 500 peserta, yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang politik, termasuk Timbalan Presiden
PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Bendahari KeADILan, Abd Rahman Othman
dan Presiden ABIM, Yusri Mohamad. - mks
Doa Almarhom nampaknya sudah termakbul kini.......
what does that old man want? When he is PM, he wants everyone to support him. Anyone out of line goes into Kamunting.Now he is no longer the PM, he tries to destabilise the government, even saying that Pak Lah was not his choice.
Really, he has a psychological problem. They call it Narcissistic Personality Disorder. Go into google and see this. We have lived with his problem for more than 22 years.
Lihatlah akan kekalutan UMNO sekarang nie...jadi kepada sahabat handai usia mereka insya'allah sedang berada dipenghujungnya...itupun jika kita bersedia untuk memperkuatkan jentera kita...jika kita masih leka...mereka akan tentu terus berkuasa....
Saya menulis surat ini dengan penuh keinsafan
bahawa Majlis Tertinggi UMNO (MT) mampu menjadi wahana yang akan
menjernihkan kekeruhan politik UMNO kebelakangan ini. Hari ini ahli
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat dan pastinya akan
membuat ketetapan menyokong kepimpinan Abdullah Badawi sepenuhnya.
Namun,
ssebagai ahli UMNO akar umbi, saya dan rakan-rakan ingin melihat bahawa
selepas mesyuarat MKT UMNO hari ini, akan berlaku perubahan-perubahan
drastik dalam corak kepimpinan negara bagi memulihkan semula imej dan
keyakinan ahli parti serta rakyat jelata.
Praya 11 2004, masa tu aku nampak kerajaan di bawah urustadbir paklah
benar2 menepati dasar PIN Pelan Intergriti Nasional, di mana rasuah dan
karenah birokrasi jadi agenda utama kerajaan memerintah. Paklah aku
lihat sebagai seorang waris ulama yang bakal benar2 membawa ISLAM dalam
gerakan urustadbirnya. malah aku berbangga sebagai ketua penerangan
pemuda diberi peluang menjaja ISLAM HADHARI anjuran paklah. Semua
program penerangan UMNO akau ikut demi benar2 nak bawa dan tegakkan
ISLAM HADHARI ini.
Semasa praya aku berkerja kuat sehingg subuh
membantu kempen untuk paklah untuk kemenangan besar BN. Semangat aku
masa tu hanya untuk paklah sahaja. Namun sebelum tu akau tak kenal
siapa KJ.
Refer Myanmar Junta to UN Security Council - Rohinyans
A group of ethnic Rohingyans has supported calls for Burma military
junta to be referred to the United Nation Security Council but
expressed pessimism that such an action would materialize.
Myanmar Ethnic Rohingyas Human Rights Organisation in Malaysia
president Zafar Ahmead Mohd Abdul Ghani said such a measure would bring
some form of assurance of safety to Rohingyas and avoid further
movement of refugees out of the country. (MORE)
Go for fair trade, not free trade
LAST
week, Malaysia began talks with the United States to establish a free
trade agreement (FTA) between the two countries, with the idea of
boosting bilateral trade by rolling back or dismantling tariffs and
non-tariff barriers.
For most, this seems like too much
information on a subject so arcane, complex and dry, especially with
our attention consumed by the World Cup in Germany and political
intrigues at home. (MORE)
Sanggupkah
Kita Menyepaknya?.. Dalam kehangatan Kejohanan Piala Dunia yang
berlangsung kini masih ramai diantara kita tidak menyedari ada
sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan. Gambar ini dirakamkan oleh
seorang pembaca Harakahdaily ketika berkunjung ke sebuah pasaraya di
negara kita baru-baru ini. Terdapat kalimah 'Lailahaillallah,
Muhammadur Rasullullah' pada rajah bendera Negara Arab Saudi dan di
jual pada harga RM 5 sahaja. Apakah tindakan pemimpin-pemimpin kita?.
Foto - Zain
TarakNama: Aku rasa isu bola nie dari Piala Dunia kat Perancis dulu dah kecoh dah...takkan masih ada lagi kot kedai yg dok jual bola jenis nie....apa pekerja Islam kat kedai tuu buat...apa pengunjung islam kat kedai tuu buat....dan yg paling penting APA KERA'jaan spt Majlis AGAMA, JAKIM, PUSAT ISLAM buat pasai bola ada kalimah macam nie.....apa hang pa semua buat..."NGANGA?"
FOR good reason, Proton chairman Datuk Azlan Hashim wants the
uncomfortable business of selling MV Agusta over and done with. It
isn't that the decision to buy over the ailing Italian motorcycle
manufacturer was a bad one.
hah cakap sikit dah nak melatah...baru kita tau yg mereka nie rupanya tak keharuan....dari sini pun kita dah tahu akan sebab musababnya....betul laa org kata jika pencuri tuu tak perlu org tangkap cuma tunggu masa aja...lama lama pecah laa temberang tuuu.........
KUALA LUMPUR 17 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama
2006, Datuk Harussani Zakaria berkata, ke putusan jawatankuasa itu
mengenai isu kongsi raya tidak berniat memburukkan ke percayaan agama
lain di negara ini.
Sebaliknya, beliau berkata, ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.
Menurutnya, akidah boleh terpesong apa bila kita meredai dan turut
sama dalam perbuatan yang boleh menjerumus kepada perkara syirik.
“Akidah boleh terpesong melalui niat, per buatan, mahu pun
percakapan,” katanya ke tika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri,
Datuk Seri Ab dullah Ahmad Badawi bahawa perayaan rumah terbuka kongsi
raya diteruskan.
Perdana Menteri berpendapat, kongsi raya yang diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan lebih kepada pertemuan sosial untuk mengeratkan perpaduan
kaum dan bukan menjurus kepada aktiviti keagamaan.
Pada 13 Jun lalu, Harussani meminta kerajaan mengkaji semula
beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi
memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Di kala kita asyik dengan Piala Dunia ... saudara kita di Palestin dibunuh !
Mangsa
terbaru serangan rejim Zionis pada Selasa 13/06/06) ang membunuh 11
rakyat Palestin termasuk 3 kanak2, 6 dewasa dan 2 pejuang
Jihad Islami.
Jenazah Sabrine Ghalia(14 tahun), kanan, bersama adiknya, Haitham, 1
tahun dan Hanidi yang masih berusia 18 bulan sebelum dikebumikan di
utara Jalur Gaza di Beit Lahiya, pada Sabtu 10/06/06.
Huda Ghalia (tengah) ditenangkan oleh saudara mara semasa jenazah
ibubapa dan adik beradiknya dikebumikan di utara Jalur Gaza. Mereka
antara mangsa terbaru rejim Zionis ."
KANGAR: Lebih 3,000 peserta satu pertandingan
memancing mengamuk dan mencampakkan sebuah kereta penganjur ke laut
selepas mendakwa mereka gagal menyediakan pelbagai hadiah menarik
termasuk hadiah untuk tiket bertuah, sebuah kereta GEN.2.
KERETA MANGSA KEMARAHAN PEMANCING: Inilah kereta milik penganjur
pertandingan pancing yang dihumban ke laut oleh sekumpulan
kaki pancing yang mengamuk menuntut hadiah bagi
pertandingan itu di Kuala Sungai Baru,
dekat Kangar, jam 5 petang semalam.
Mereka
turut membelasah teruk dua lelaki dalam lingkungan umur 40-an
dipercayai pegawai pertandingan ‘Duga Kail Perlis 2006’ sebelum
diselamatkan anggota polis dalam kejadian itu di Kuala Sungai Baru,
dekat sini, kira-kira jam 5 petang, semalam.
Kekecohan berlaku
apabila penganjur pertandingan gagal menyediakan hadiah yang dijanjikan
dan enggan mengembalikan yuran penyertaan antara RM40 hingga RM50
seorang sehingga menyebabkan peserta mengamuk.
Penganjur
dikatakan menawarkan hadiah menarik iaitu tempat pertama wang tunai
RM8,000 serta pakej melancong ke Medan, Indonesia selain pakej cabutan
bertuah kereta GEN.2.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan
Yusof Md Diah, berkata polis terpaksa menyelamatkan dua pegawai yang
terbabit dalam penganjuran itu daripada terus dibelasah peserta. Mereka
kini ditempatkan di balai polis berdekatan.
“Kita percaya kekecohan ini berlaku berikutan penganjur mungkir janji dan gagal menyediakan hadiah ditawarkan.
“Kita sudah mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki menghumban kereta penganjur ke laut,” katanya di tempat kejadian.
Beliau berkata, lebih 20 anggota polis, termasuk berpakaian biasa
bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan sejurus menerima
laporan berhubung kekecohan pada pertandingan memancing itu.
Katanya, siasatan menyeluruh sedang dijalankan, termasuk menyoal siasat
dua lelaki yang diselamatkan itu. Setakat keadaan terkawal dan orang
ramai diarahkan tidak berkumpul di persisiran pantai itu.
Tinjauan Berita Minggu mendapati kereta baru jenis Hyundai milik
penganjur remuk dan cerminnya pecah dipercayai diketuk peserta sebelum
dihumban ke laut. Kereta itu masih berada di dalam laut.
Seorang peserta, Shafie Sawal, 54 dari Padang Besar, dekat sini,
berkata peserta menyedari ditipu apabila mendapati hadiah dijanjikan
tidak ada apabila pertandingan itu berakhir kira-kira jam 3.30 petang.
PENDUDUK Palestin membawa
seorang lelaki yang cedera akibat serangan tentera Israel ke Hospital
al-Shifa, Bandar Gaza kelmarin. - AFP.
BANDAR GAZA, 17 Jun - Seorang pejuang kanan Palestin terbunuh dan
sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam serangan udara tentera Israel,
di Genting Gaza, semalam.
Menurut pihak perubatan Palestin, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Habib Ashour.
Sementara itu, salah seorang daripada mangsa yang cedera, Emad Yassin, berada dalam keadaan kritikal.
Serangan balas itu berlaku pada waktu senja, apabila pesawat Israel
menembak ke arah sebuah kenderaan milik kumpulan pejuang, Jihad Islam.
Awal semalam, pejuang Palestin telah melepaskan tembakan lima buah
roket buatan sendiri ke arah Israel, sehari selepas kerajaan Hamas
menawarkan diri untuk memperbaharui gencatan senjata.
Meskipun, roket tersebut tidak dilepaskan oleh Hamas, namun mereka
adalah sasaran yang paling berpotensi untuk menerima ancaman dari
Israel.
Sejak beberapa minggu lalu, lebih dari 120 buah roket telah dilepaskan ke arah Israel.
ALOR STAR - Kedah menamatkan kemarau trofi sejak 10 tahun lalu
apabila muncul juara selepas menewaskan Melaka 1-0 dalam perlawanan
akhir Liga Perdana di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Gol tunggal dihasilkan oleh pemain yang berasal dari Brazil, Paulo
Roberto Da Silva pada minit ke-12 yang sudah cukup menceriakan lebih
30,000 penyokong Hijau Kuning untuk meraikan kejayaan itu.
Beraksi di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di gelanggang sendiri ternyata
memberi kelebihan buat Kenari yang menguasai hampir keseluruhan
permainan.
Separuh masa pertama menyaksikan Melaka lebih banyak berkampung di
halaman sendiri apabila tuan rumah mengasak tidak henti-henti ke kubu
lawan.
Da Silva yang mendapat lorongan daripada Rafiz Abu Bakar melakukan
rembatan kencang untuk menewaskan L. Murugan pada minit ke-12.
Gol semangat itu menjadikan tonik kepada kesebelasan anak buah Mohd.
Azraai Khor Abdullah untuk menggandakan asakan yang menyaksikan lebih
banyak sepakan di luar petak penalti.
Kedah berpeluang untuk menambah jaringan pada minit ke-65 menerusi
Marcos Magno yang hanya berhadapan dengan Murugan selepas mendapat
hantaran lintang daripada rakan senegaranya, Da Silva.
Namun, sepakan lambung yang dilakukan oleh Magno melegakan Murugan dan penyokong Melaka.
Ketiadaan penyerang dari Argentina, Gustavo Fuentes yang mengalami
kecederaan nyata amat dirasai oleh anak buah L. Evarasen yang
menghadapi masalah ketumpulan di bahagian serangan.
Kekebalan pertahanan menggagalkan hampir semua percubaan yang
dilakukan oleh jentera serangan Melaka yang diketuai oleh Luis Fernando
dan Maldonado Adrian.
Keceriaan penjaring gol, Dal Silva tercalar apabila diperintah
keluar padang oleh pengadil Yusoff Md. Karim selepas mengasari pemain
Melaka pada waktu kecederaan.
APAKAH maksud sebenar fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang kini dikatakan mula mempengaruhi umat Islam.
Liberalisme iaitu kebebasan individu tanpa
had ialah fahaman yang timbul pada kurun ke-16 dan 17 ketika zaman
kebangkitan atau Renaissance iaitu golongan intelektual menyerang
pentadbiran gereja.
Ketika itu agama Kristian dikawal Roman
Katolik, jadi orang awam tidak boleh tafsir Kitab Injil, kecuali pihak
gereja. Mereka yang menentang pihak gereja akan diseksa seperti dijemur
di tengah jalan, dibakar hidup-hidup dan dikurung dalam kotak besi.
Maka, timbul kumpulan dan pendapat mengatakan Kitab Injil itu harus
ditafsir semula dan daripada idea itu timbul pelbagai mazhab dalam
agama itu seperti Protestan, Anglikan dan berpuluh-puluh lain lagi.
Pendapat mazhab ini jauh berbeza antara satu sama lain sehingga muncul
kenyataan ‘kebenaran itu tidak selamanya benar dan harus dinilai
semula’. Dari situ, timbul fahaman iaitu Kitab Injil itu sendiri
diturunkan dalam bahasa tuhan perlu diterjemahkan ke bahasa yang boleh
difahami orang lain.
Tindakan itu dengan sendirinya menjadikan
kitab itu sebagai unsur manusiawi iaitu masing-masing memahami kitab
itu dengan bahasa sendiri. Bila ini berlaku, mereka ada hak mengubah
atau mengolahnya bila dirasakan (kandungannya) tidak lagi relevan
(dengan keadaan semasa).
Dari situ, timbul pula pendapat
dipelopori John Hick bahawa semua agama itu boleh diterima kerana
tujuannya satu cuma jalannya berlainan, maka lahirlah pluralisme.
Ia kemudian dijadikan senjata oleh orientalis atau penjajah Barat untuk
menyerang Islam kerana serangan lebih 200 tahun dengan senjata nyata
tidak dapat menundukkan orang Islam. Walaupun, pada kurun ke 15 dan 16,
banyak negara Islam dapat dijajah, mereka tidak dapat menguasai hati
orang Islam.
Jadi timbul fikiran bahawa serangan fizikal tidak
memberi kesan kepada orang Islam, tetapi menyerang Islam menerusi
fikiran maka lahirlah pejuang Kristian yang menghabiskan banyak masa
pergi ke negara Islam khususnya di Timur Tengah untuk mengkaji sumber
Islam dan mencari kelemahan yang boleh diserang.
Mereka
kemudian menubuhkan pengajian Islam di universiti di Eropah dan orang
Islam melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan kedoktoran mendapat
pendidikan daripada tenaga pengajar orientalis sehingga menimbulkan
‘racun’ dalam pemikiran pelajar Islam itu.
Sejak bila pemikiran liberalisme dan pluralisme agama ini mula bertapak di negara ini.
Pemikiran ini mula meresap ke golongan intelektual dan profesional
Islam sejak beberapa tahun lalu dan mula menunjukkan kelantangannya
sejak akhir-akhir ini, apabila menyeru supaya apa yang berlaku kepada
Kitab Injil dilakukan terhadap al-Quran dengan kenyataan meminta
al-Quran diolah semula.
Firman Allah jelas menyatakan al-Quran
itu diterima terus oleh Rasulullah daripada Allah yang bermaksud ia
ayat Tuhan yang tidak boleh diolah.
Mereka lupa bahawa sejak
al-Quran diturunkan, jutaan umat Islam menghafaznya dalam bahasanya
yang asal dan tiada sesiapa boleh menambah atau mengurangkan walau satu
huruf dalam kitab suci itu. Mereka menuduh pula al-Quran sebagai mushaf
Quraisy, tetapi berdasarkan sejarah kita sendiri tahu bahawa orang yang
menjadi jurutulis al-Quran terdiri daripada pelbagai keturunan termasuk
dari Afrika.
Bolehkah kita kenal pasti penganut fahaman ini di Malaysia.
Di Malaysia, golongan ini tidak membuat pengisytiharan terbuka mengenai
kedudukan mereka berbanding di tempat lain seperti di Indonesia. Di
negara ini, mereka hanya meledakkan idea fahaman itu menyatakan
al-Quran mesti diolah semula, ayat berkaitan sistem faraid serta amalan
poligami tidak relevan lagi serta kedudukan lelaki sebagai ‘superior’
dalam rumah tangga juga sudah tidak relevan.
Ia mungkin tidak
lagi relevan dalam masyarakat Barat kerana Kitab injil itu mereka
karang sendiri. Sebenarnya, Tuhan maha bijaksana dengan menciptakan
hukum untuk hambanya.
Walaupun sekarang zaman atom, zaman
nuklear, kemudahan untuk manusia dan alam itu tetap wujud maka tuhan
mengaturkan sesuatu untuk dijadikan pegangan manusia itu dan ia sesuatu
yang sempurna.
Malah, tabiat manusia pun pemimpin dalam rumah
tangga itu ialah lelaki. Bangsa apa pun sejak zaman lampau, malah
mereka yang tinggal dalam hutan atau gua pun, masih mengekalkan perkara
ini. Itu sudah tabiat manusia.
Islam liberal menghalalkan
perkahwinan sejenis, manusia normal dan waras mana yang boleh
menerimanya kerana perkahwinan itu tetap bertujuan menyambung
kesinambungan zuriat manusia. Itu tujuan asas perkahwinan.
Jika
perkahwinan sejenis dibenarkan, tiada lagi keturunan manusia (pada masa
depan). Tetapi, oleh kerana mereka mahu menerima budaya moden, mereka
sanggup mengorbankan akal, fikiran dan nafsu asasi, malah menjual agama
untuk kepentingan dunia yang sedikit.
Adakah bilangan pengikut fahaman ini ramai di Malaysia.
Bilangan sebenar sukar dinyatakan kerana mereka tidak berpersatuan.
Tetapi kita beranggapan walaupun mereka tidak menganggotai persatuan
itu, mereka banyak mendapat sokongan kerana golongan menerima fahaman
ini boleh dikategorikan sebagai intelektual.
Golongan
profesional tertentu pandai bercakap dan menulis sedangkan ulama dan
golongan yang memperjuangkan Islam di negara ini tidak begitu
profesional serta tidak cenderung dalam menulis menyebabkan tulisan
mereka jarang kita lihat untuk menangkis fahaman ini.
Khususnya
serangan ini dibuat dalam bahasa Inggeris, sekali gus mempengaruhi
golongan berpengetahuan dalam bahasa Inggeris sedangkan ulama kita
kurang sangat tahu bahasa Inggeris serta kurang membuat kajian
pergerakan liberal dari segi akar umbinya.
Oleh itu, rahsia
penganut fahaman ini sukar diketahui dan hujahnya tidak ditangkis. Ini
kekurangan kepada pejuang Islam dan mereka mengambil kesempatan
daripada kekurangan ini.
Malah, mereka bergabung dengan
(sesetengah pihak) agama lain yang sememangnya juga tidak ingin melihat
kekuatan Islam tegak di Malaysia. Masalah lain pula ialah gerakan ini
dipelopori golongan berpendidikan tinggi secara Barat dan mempunyai
kedudukan tinggi dalam masyarakat. Ini agak sulit sedikit berbeza
dengan golongan Ayah Pin.
Adakah mereka dibantu atau mendapat sokongan luar.
Saya difahamkan mereka mendapat sokongan luar. Di Indonesia, mereka
mendapat imuniti undang-undang iaitu ada pihak tertentu dari luar yang
menghalang tindakan undang-undang dikenakan sedangkan ada peruntukan di
Indonesia yang boleh mengenakan tindakan terhadap Presiden negara itu
jika melakukan kesalahan.
Setakat ini, adakah fahaman ini sudah mula tersebar di kalangan pelajar terutama di institut pengajian tinggi (IPT).
Ya, sekarang mereka cuba meluaskan pengaruh pada peringkat universiti
dan golongan intelektual. Itu yang sudah berlaku di Indonesia dengan
sasaran mereka ialah pensyarah pengajian Islam.
Sebab itu
kita melihat (di Indonesia) golongan memperjuangkan liberalisme dan
pluralisme agama adalah intelektual Islam berkelulusan agama dengan
menyatakan ini satu pendapat, falsafah dan pemikiran baru berbentuk
ilmiah diceduk daripada pendapat sarjana terdahulu.
Sedangkan
firman Allah ialah orang beriman dan beramal soleh perlu beriman dengan
Allah dan Rasul. Beriman dengan Allah ialah mempercayai kandungan
al-Quran yang didatangkan menerusi Rasul.
Tetapi, mereka
memperkecilkan (peranan) Rasul. Firman Allah: “Allah mengurniakan
kepada orang mukmin seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri
(manusia) yang membacakan ayat-ayat tuhan dengan terang dan dia
mengajarkan kandungan al-Quran dan ilmu lainnya sedangkan sebelum itu
mereka orang yang tidak mengetahuinya.”
Ayat ini menjelaskan
Rasul saja yang berhak mentafsirkan al-Quran kerana Baginda diajar
dengan fikiran cukup kuat oleh Jibril mengenai maksud dalam kitab suci
itu. Maka orang menafsirkan al-Quran hanya dengan fikirannya
semata-mata, adalah tergolong sebagai ahli neraka.
Mungkin
kewujudan golongan ini berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran
Islam di negara ini, khususnya Mahkamah Syariah yang dikatakan banyak
mendiskriminasi wanita.
Sistem pentadbiran agama Islam di
negara ini tidak pernah menekan wanita. Mahkamah Syariah sebenarnya
membela orang Islam khususnya wanita Islam dengan membicarakan soal
nafkah, hak harta sepencarian dan sebagainya dan wujud untuk melahirkan
keluarga yang sempurna dan bahagia.
Mungkin wujud kecuaian
dalam pelaksanaannya yang kelihatan seperti satu kelemahan. Tetapi,
kelemahan ini tidak boleh dijadikan alasan mengatakan agama Islam
sebagai tidak sempurna.
Pada masa sama, undang-undang sivil
juga khususnya di Barat lebih banyak kelemahannya tetapi kerana mereka
dianggap superior ia tidak diperkatakan. Sebahagian daripadanya adalah
sikap inferiority complex (di kalangan orang Islam sendiri).
Adakah fahaman ini sebenarnya hanya satu bentuk perbezaan pendapat dalam Islam saja.
Fahaman ini bukan setakat perbezaan pendapat, tetapi amat bertentangan
dengan Islam dan boleh menjurus kepada syirik dan mungkin kepada murtad.
Dalam
fahaman pluralisme jika kita mengatakan semua agama adalah sama, jadi
tidak perlu menganut Islam, apa guna Tuhan memberi amaran yang banyak
dalam al-Quran mengenai perbuatan orang kufur dan menolak peringatan
Tuhan.
Tidakkah ini akan menunjukkan seolah-olah orang Islam
dan agamanya tidak memiliki sifat toleransi kerana tidak mahu menerima
fahaman orang lain.
Kita bukan tidak mahu terima fahaman
orang lain, tetapi setiap benda yang menggugat akidah dan menafikan
syariat, kita tidak boleh terima. Dalam Islam, ada perkara sudah qat'ie
(ditetapkan) seperti sifat Tuhan yang kita tidak boleh persoalkan.
Begitu juga dalam hukum syarak dan ibadat puasa, solat dan mengucap dua
kali syahadah.
Walaupun ada pelbagai mazhab dalam Islam,
perkara pokok seperti solat lima waktu, mengucap dua kalimah syahadah
dan menghadap kiblat ketika bersolat, tidak pernah dipersoalkan.
Jadi, jika mengubah yang qat'ie ia boleh menjadi murtad sehingga
sekarang yang tidak pandai cakap Arab pun membuat kenyataan seolah-olah
dia lebih pandai daripada Rasul.
Tetapi, mungkin fahaman
mereka yang agak liberal tetapi pada masa sama masih mengaku dan
melakukan perkara asas dalam Islam seperti solat, puasa.
Kita perlu melihat liberal dalam bentuk yang bagaimana. Jika sudah
menyentuh soal akidah, itu tidak boleh dipanggil liberal (dalam Islam)
tetapi sudah menyimpang.
Ia berbeza liberal dari segi hukum
yang khilaf seperti isu batal air sembahyang. Bagi Mazhab Hanafi,
lelaki sentuh wanita tak batal, Mazhab Shafie kata batal, Mazhab Maliki
kata jika sentuh dengan syahwat batal.
Dalam keadaan seperti
ini boleh liberal seperti ketika mengerjakan tawaf di Baitullah, saya
katakan boleh ambil logik mazhab Hanafi. Cuma perlu tahu juga apa
nasnya (bagi membenarkannya), itu saja masalahnya. Tetapi, tidak kita
boleh khilaf seperti solat Jumaat ditukar kepada Ahad kerana ia hari
cuti umum atau wanita menjadi imam untuk lelaki dan wanita. Perkara ini
dilarang kerana ia sudah jadi itjimak ulama.
Kita tidak boleh
mengubah semata-mata untuk mewujudkan hak persamaan. Islam tidak pernah
mendiskriminasi wanita. Islam sudah mengatur hak wanita dan hak lelaki.
Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi biarlah pekerjaan sesuai dengan wanita.
Adakah
fahaman ini sebenarnya hanya lanjutan daripada pelbagai fahaman yang
wujud dari zaman silam seperti muktazilah, jabariah dan khawarij.
Fahaman seperti khawarij dan syiah lebih berbentuk politik kerana tidak
mahu menerima arahan pemerintah ketika itu. Tetapi, kita tidak
menafikan ada mazhab dalam Syiah yang terkeluar dalam akidah dan tidak
boleh diterima.
Dalam Sunnah Wal Jamaah, walaupun khilaf dari
segi fahaman syariat, ia masih tidak terkeluar daripada Islam, hanya
berbeza daripada masalah furuk (cabang kecil) dan tidak khilaf dari
segi masalah usul (utama).
Justeru, Datuk Seri menganggap fahaman liberalisme dan pluralisme ini bukan cabang daripada perbezaan pendapat dalam Islam.
Fahaman ini sebenarnya daripada Yahudi kerana daripada dulu lagi mereka memang berniat untuk menyesatkan orang Islam.
Bagaimana perkembangan fahaman ini di Malaysia, adakah ia kelihatan semakin berbahaya kepada akidah Islam.
Di Malaysia, bibit-bibitnya sudah kelihatan seperti menafikan azab
kubur, hukum aurat dan sebagainya. Ini bibit liberalisme dan ia cukup
berbahaya apatah lagi dalam masyarakat ketika ini apabila pelajaran
agama tidak lagi dianggap penting, sebaliknya hanya untuk lulus
peperiksaan akibat pemisahan pelajaran agama dengan akademik.
Fahaman agama semakin tipis akibat dijajah dan dinafikan hak pendidikan selama 480 tahun oleh penjajah.
Ketika penjajahan, penjajah hanya mendirikan sekolah mubaligh kristian,
jadi orang Islam tidak mahu pergi ke sekolah itu, Penjajah kemudian
bagi alasan orang Melayu sendiri tidak mahu menerima pendidikan. Ini
semua strategi untuk melemahkan orang Islam.
Pada masa sama,
fikiran kita masih beku, sejak penjajahan sehingga sekarang saya boleh
katakan hanya 10 peratus orang Melayu Islam yang capai tahap
profesionalisme sebenar. Kita masih terus dengan khayalan ibarat
pepatah ‘menang sorak kampung tergadai’ kita lupa.
Oleh itu, apa tindakan boleh dilakukan untuk mengekang fahaman ini daripada merebak.
Kita perlu beri kesedaran. Kita tidak boleh membanterasnya tanpa beri
kesedaran, khususnya di kalangan ulama dan guru agama. Jika mereka
(ulama dan guru agama) sendiri tidak faham, bagaimana mahu berhadapan
dengan golongan ini dan mungkin mereka sendiri pula akan terpengaruh.
Bila kami mengadakan seminar hal ini baru-baru ini, ia semata-mata
untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ia menjadi parah
seperti di Indonesia sehingga universiti Islam sudah kekurangan
pelajar, hanya tinggal tujuh atau lapan orang mengikuti pengajian
syariah.
Di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum
dan agama, jika orang Melayu Islam bergaduh dalam pelbagai isu (akibat
perbuatan golongan liberalisme dan pluralisme), bagaimana Islam mahu
dipertahankan.
Tidakkah Datuk Seri berhasrat mengadakan dialog dengan golongan ini untuk menyedarkan mereka.
Saya memang mencadangkan dialog dengan mereka dengan pembabitan Jabatan
Kemajuan Islam (Jakim), Jabatan Agama negeri dan Jabatan Mufti setiap
negeri.
Adakah Datuk Seri yakin menerusi dialog ini mereka boleh berubah atau masih tetap mempertahankan fahaman dianuti.
Kita tidak boleh memaksa mereka menerima (apa yang kita minta) kerana
ini fikiran manusia. Terpulang kepada mereka memilih jalan keluar,
sesat daripada Islam atau jalan kebenaran. Kalau mereka memilih jalan
sesat, ada firman Allah “Apabila mereka memalingkan diri daripada
kebenaran, maka Allah akan memalingkan hati mereka, dan Allah tidak
akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasik.”
Ini
bermakna kalau mereka pilih jalan fasik, tuhan tidak mengatakan jalan
itu benar, walaupun seluruh manusia mengatakannya begitu.
Bagaimana jika mereka meneruskan usaha menyebarkan fahaman kepada orang ramai.
Liberalisme dan pluralisme ini boleh ditafsirkan sebagai ajaran sesat.
Jika dikategorikan sebagai ajaran sesat mengikut Enakmen Jenayah
Syariah, mereka boleh dikenakan tindakan jika menghasut orang ramai
sama ada secara penulisan atau menggunakan pendekatan pengajaran dan
perkumpulan.
Ketika ini, sudah ada fatwa dikeluarkan menyatakan mereka sebagai ajaran sesat.
Setakat ini, hanya pendapat dan belum ada fatwa secara rasmi mengatakan
mereka sebagai ajaran sesat. Ia dinyatakan pada Muzakarah Ulama 2006 di
Ipoh Selasa lalu, dalam satu daripada resolusinya ialah fahaman
liberalisme dan pluralisme ini adalah ajaran sesat.
Seminar itu
dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri atau wakilnya, intelektual
Islam; Mufti Kelantan, Sabah, Johor, Kedah serta wakil Mufti bagi
negeri lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Selain penulisan, difahamkan golongan ini juga menggunakan kaedah internet untuk menyampaikan fahaman mereka.
Kita sendiri tiada laman web khusus menentang mereka. Saya cadangkan
setiap Jabatan Agama dan Mufti mengadakan laman web. Malangnya di
Jabatan Mufti ini, kita tidak mempunyai kakitangan mencukupi dan
golongan profesional yang mahir dalam penyelidikan.
Jabatan Mufti ini mengikut skim penjawatan dalam kerajaan yang mempunyai kategorinya sendiri.
Justeru, saya harap NGO Islam yang mempunyai golongan profesional dan pakar dapat membantu.
Adakah NGO Islam menyedari hal ini.
Alhamdulillah, NGO Islam menyedari hal ini. Di Perak baru-baru ini, 45
NGO Islam mengadakan perhimpunan menyatakan sokongan menentang fahaman
ini.
Pada Muzakarah Ulama 2006 lalu, terdapat 23 resolusi menyentuh isu liberalisme dan pluralisme ini, apa tindakan selanjutnya.
Semua resolusi ini akan diperhalusi dan diperbaiki dari segi bahasanya
dan apabila siap akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri,
semua Jabatan Agama Islam negeri dan kerajaan pusat.
Tindakan
ini dilakukan untuk memberi ingatan kepada pimpinan kerajaan mengenai
kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, kerajaan perlu memantau agar klausa ini tidak diusik atau
dikacau terutama orang bukan Islam. Mereka (bukan Islam) boleh
mengamalkan agama mereka, memajukan diri dengan agama mereka tetapi
tidak berhak campur tangan dalam isu agama Islam.
rozmal menulis "Kalau
pandangan dan nasihat mufti-mufti di Malaysia ini ditolak mentah-mentah
dalam isu berkaitan agama bukannya isu berkaitan politik seperti hukum
kongsi raya, hukum konsert jom heboh, isu pengundian SMS, isu tafakkur
di Tugu Peringatan Negara dan banyak lagi , maka lebih baiklah lantik
Astora Jabat menjadi mufti.
Mufti-mufti
dalam resolusi muzakarah ulama peringkat kebangsaan baru-baru ini
mengeluarkan resolusi, pandangan, nasihat kepada pemerintah, bukannya
memberi arahan.
Tidak
bolehkah pemerintah bawa berbincang terlebih dahulu dengan mufti-mufti
sebaliknya membiarkan pihak tertentu yang mengapi-apikan isu
kepentingan agama Islam di negara kita?
Kalau
Astora Jabat jadi mufti, bolehlah dilantik pula Amina Wadud sebagai
imam masjid negara dan Zainah Anwar sebagai ketua hakim mahkamah
syariah.
Masihkah golongan agama, ulamak-ulamak, guru-guru pondok di Malaysia ini hendak berdiam diri ?
TarakNAma:
"aku memang setuju...bagi aja kat mamat sekor nie...nak buat camna Islam Hadari suka macam nie...!!"
Sat | Jun 17, 06 | 01:28:15 PM Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh)
- Bubarkan sahaja institusi agama Islam di dalam kerajaan dam mansuhkan
jawatan mufti di semua negeri yang dikuasai Barisan Nasional jika
kerajaan tidak mahu mengambilkira dan menghormati pandangan mufti-mufti
dan pihak berkuasa agama.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyarankan perkara
itu ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi yang mahu program rumah terbuka dan kongsi raya diteruskan
kerana ia adalah acara sosial yang diterima baik masyarakat pelbagai
kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.
Sambil
menjadikan acara di Sabah sebagai contoh, Abdullah berkata tarian,
pementasan dan adat resam yang berhubung kait dengan kepercayaan
seperti semangat padi juga bukan sesuatu yang boleh menggoncang
keimanan seseorang.
"Itulah pendirian kerajaan dan ia
seharusnya tidak dijadikan polemik kerana boleh menimbulkan pelbagai
tanggapan yang akan mewujudkan keadaan tidak menentu," kata Perdana
Menteri.
Idris menolak pandangan Perdana Menteri itu dan
mempersoalkan apakah kelayakan dan atas kapasiti apa di sisi Islam yang
membolehkan beliau membuat kenyataan bahawa perayaan-perayaan itu hanya
acara sosial dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.
PM angkuh dan bongkak
"Persoalan
di sini bukan soal sama ada kita boleh hadir atau tidak hadir, tetapi
apa yang lebih berbahaya ialah sikap angkuh dan bongkak Perdana Menteri
yang membuat pandangan berdasarkan agakannnya sendiri sahaja tanpa
menunjukkan pihak berkuasa Islam yang manakah yang menjadi rujukan
beliau," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS.
Idris
mengecam kegelojohan Abdullah membuat kenyataan sedangkan sebelum ini
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan
bersedia menimbang saranan Muzakarah Ulama 2006 untuk mengkaji semula
amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak
bercanggah dengan hukum Syarak.
"Kenyataan Abdullah itu
hakikatnya menunjukkan perangai bongkak dan angkuh seolah-olah beliau
layak dan mempunyai kewibawaan untuk membuat keputusan dalam soal agama
Islam dan ini bukan kali pertama Abdullah bertindak mencabar pihak
berkuasa agama," kata beliau.
Antaranya, kata beliau, ialah
apabila Abdullah begitu berang dengan tindakan Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) menahan 53 orang termasuk 31 orang di bawah Seksyen 10
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 pada 10 Jun 2000.
Hasil
penentangan Abdullah itu, pada 28 Jun tahun yang sama, kerajaan
Selangor mengaku Jais telah melakukan kesilapan ketika menahan 31 orang
kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah
Syariah (Selangor) 1995 berikutan pemeriksaan Jais di Restoran The
Ship, China Town Nite Club dan LC Pub & Cafe.
Penentangan
Abdullah itu juga membantu kesemua 31 yang ditahan itu bersama 22 orang
yang lain di mana mereka tidak didakwa atau dihadapkan ke Mahkamah
Syariah.
Dalam operasi Jais itu, sebanyak 53 tangkapan dibuat iaitu 30 lelaki dan 23 wanita termasuk penyanyi Azlina Abbas.
Mengulas
lanjut sikap Abdullah itu, Idris berkata, tindak-tanduk Abdullah sejak
dahulu lagi jelas membuktikan beliau tidak menghormati pihak berkuasa
agama dan tidak menghormati ulama.
"Abdullah jelas tidak
menghormati dan menghina pihak berkuasa agama yang membuat keputusan
itu sedangkan mereka bukan ulama PAS.
"Para mufti dijatuhkan
taraf mereka oleh kerajaan Abdullah dan dihina seolah-olah mereka
adalah singa tua yang tidak ada gusi," kata beliau. Idris juga menggesa
para mufti mempertahankan maruah dan harga diri mereka dan bersikap
tegas dengan keputusan yang dibuat berdasarkan hujjah yang sahih di
sisi Islam.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah
Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria mahu kerajaan mengkaji semula
amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan tidak bercanggah
dengan hukum Syarak.
Rosak akidah, syirik
Kajian
itu dikatakan perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat
keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain adalah merosakkan akidah
dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Bagaimanapun,
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
kelmarin ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan meneruskan
penganjuran program itu seperti yang dilaksanakan sejak beberapa tahun
lalu.
Rais berkata, sebelum ada keputusan rasmi berhubung isu
itu daripada badan agama yang bertauliah seperti Institut Kefahaman
Islam (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Majlis Fatwa dan Majlis
Raja-Raja supaya acara rumah terbuka diteruskan.
Sementara itu,
di Ipoh, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata adalah
tidak salah bagi orang Islam hadir pada majlis perayaan agama lain yang
dianjurkan jiran atau rakan bukan Islam sebagai tanda persahabatan,
perpaduan atau muhibah tetapi tidak dibenarkan untuk bersama-sama
merayakannya atau menganjurkan majlis berkenaan.
Menjelaskan
dengan lebih lanjut, beliau berkata, adalah menjadi kesalahan apabila
orang Islam sendiri yang begitu beria-ria meraikannya seperti memberi
hadiah atau memakai pakaian baru merayakan perayaan agama lain.
"Pada
zaman permulaan Islam, ada umat Islam yang merayakan perayaan Gahambas
daripada fahaman Zoroastrisme kerana ia sudah menjadi amalan masyarakat
Arab Jahiliah ketika itu.
"Zoroastrisme adalah agama menyembah api yang berasal dari Parsi dan tersebar luas sehingga Tanah Arab sejak 2,000 tahun lalu.
"Berikutan
itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa umat Islam ada perayaannya
iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang mesti disambut, bukannya perayaan
agama lain," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Soal-Jawab Agama
Radio Perak FM pagi Jumaat lalu. - mks.
Beberapa
ulama dan cendekiawan Islam menyifatkan tindakan bekas Setiausaha
Politik Perdana Menteri keempat, Matthias Chang bersumpah di depan
al-Quran sebagai penghinaan terhadap Islam dan kitab suci itu.Mereka
turut mempersoalkan niat dan pemahaman Chang mengenai Islam apabila dia
meletakkan al-Quran sebaris dengan empat kitab agama lain, dalam sidang
akhbar di sini kelmarin.
(Petikan Berita Harian Online)
Baguslah
tu.. semua pihak ada rasa marah bila ada pihak sewenang-wenangnnya
menghina agama Islam.. menghina al-Quran... tapi yang aku pelik kemana
semua yang dikatakan ulama dan cendekiawan ini berada ketika isi
al-Quran dihina... Kalau ada pun tok mufti perak kita yang sentiasa
konsisten... mana perginya mufti johor yang hebat no tu... kenapa hanya
muncul apabila timbul isu yang menglibatkan kepentingan UMNO dan
kerajaan tetapi setiap isu yang melibatkan kepentingan ummat Islam
kemana mereka ? Kemana perginya suara mereka ? Kenapa membisu ? Aku
bukan nak bergaduh ngan ulama'... aku sayang ulama' tapi ulama' yang
aku sayang bukannya dari kategori yang menjadikan titlenya itu sebagai
tiket untuk membesarkan perut dan tembolok saja... yang dengan sengaja
mencampakkan diri sendiri ke lembah kekotoran untuk tujuan peribadi...
masih tak lekang dikepala aku ni gelagat seorang mufti kerajaan negeri
yang didalam satu muzakarah bagi membincangkan isu IFC dan artikel 11
... apabila diminta pandangan beliau... dia kata kita tok sah kecohlah
nanti mengugat perpaduan negara... ini mentaliti ulama' ker mentaliti
ahli politik... nasib baik ada lagi orang berilmu dlm muzakarah itu
yang berani dan jujur dengan keilmuannya yang terus bidas berkata...
Datuk mufti ni mufti agama apa.. ? Kalau mufti agama Islam mengapa pada
perkara yang cukup serius ini, dimana ketika akidah ummat Islam cuba
diganggu gugat, Datuk Mufti boleh berkata begitu, boleh berkata demi
perpaduan kita tidak perlu sebut hal ini... dan antara ayat yang begitu
menyegarkan ialah... Datuk Mufti kena ingat bila berdepan dengan Allah
nanti kita adalah golongan pertama yang akan ditanya dan adakah Datuk
Mufti bersedia untuk menjawab dengan jawaban yang sama pada hari ini
didepan Allah kelak ? Kelu tak terkata kau.. ? Aku terus terang cakap
kalau mufti yang sekor tu ( aku tak nak sebut nama ler ) masuk
bertanding pilihanraya lawan dengan DAP, aku lebih rela undi DAP
daripada undi orang yang menjual agamanya untuk perut dan tembolok !
Ustaz Harussani teruskan ketegasan Ustaz.. semoga dengan ketegasan
ustaz dapat mengetuk sikit kepala puak pemerintah yang dah lupa diri tu
!tauXpe
Maka kini telah bermulalah era mebodek dan menurut
bontot siapa yg diatas..jika dahulu org itu adalah TDM maka bontot
dialah yg akan di ikut TAPI kini sorry to say sebab bontot itu sudah
diganti dengan bontot yg baru..........
Implikasinya
amat besar kepada politik negara. Pertelagahan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi hakikatnya mencetuskan suatu polemik yang lebih besar dari
apa yang dijangkakan.
KOTA BHARU, 14 Jun (Hrkh) -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dijangka akan dipecat
dari menjadi anggota Umno tidak lama lagi, dakwa Naib Presiden PAS,
Husam Musa, berdasarkan sumber-sumber yang beliau perolehi.
Tindakan ini dijangka akan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijangkakan akan berlangsung Isnin depan.
Menurut
Husam, langkah ini beliau difahamkan akan diambil oleh Presiden Umno,
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan langkah Dr Mahathir yang
menyulitkan pentadbiran beliau sejak kebelakangan ini.
Sebelum
ini, kata Husam, Abdullah telah bertemu dengan semua pengerusi
perhubungan Umno negeri-negeri kecuali Pengerusi Perhubungan Umno Johor
dan Selangor yang tidak hadir.
Husam berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan dipejabatnya lewat petang tadi.
Aduh
biaq puak2 nie takbir negara semakin hari semakin penin kita
dibuatnya....sat nak buat sat tak mau buat..nak buat tak jadi sat
jadi...eihhh apa laa nak jadi dengan negaraku...jika dibiarkan lagi
memegang kuasa tak tahulah apa nak jadi...last2 negara kena gadai pon
pakat tak tau apa rasanya rakyat kat bawah nie...
Pikiaq laa Pikiaq abang2 adik2 kakak2....takkan nak biaq Dulu Kini Selamanya kita di lakukan sebegini.....???????????
Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di Ipoh meminta kerajaan
mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah
terbuka bagi memastikan ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Terjemahan Mahkamah
Rayuan hari ini membatalkan sabitan hukuman liwat ke atas Sukma
Darmawan Sasmitaat dan mengarahkan supaya diadakan perbicaraan semula.
Mahkamah
menolak alasan sabitan hukuman tersebut yang dibuat berdasarkan kepada
pengakuan bertulis yang mana Sukma mendakwa dia dipaksa berbuat
demikian.
Hakim Datuk Gopal Sri Ram kemudiannya mengenepikan
sabitan hukuman enam bulan penjara dan mengarahkan perbicaraannya
diadakan semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kes tersebut dijadual disebut jam 9 pagi esok.
Pada
1999, Sukma dihukum penjara selepas mengakui bersalah terhadap tuduhan
liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa berlaku
pada bulan April 1998 di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sukma adik angkat Anwar
Malaysiakini difahamkan pagi ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan semula itu.
Bekas
Perdana Menteri itu telah memecat Anwar daripada kerajaan pada
September 1998 berkaitan beberapa tuduhan, termasuk salahguna kuasa dan
liwat.
Wah best! hebat betul sistem kerajaan Dollah nie! Yelah ianya lebih
mahal untuk tidak membina jambatan dari membinanya. Hebat bukan ! Hanya
berlaku di Malaysia sahaja, negara lain tak akan berlaku punyalah.
Malaysia Boleh!!!
hari ini aku adapat satu ILMU yg aku rasa ianya amat berguna kepada golongan yg menunggang motorsikal. Yang mana ilmu ini haram tak diajaq oleh JPJ @ pon mana2 pihak sebelum ini.
Tahukan anda semua bahawa apakah puncanya kemalangan antara motorsikal dan kenderaan lain sering berlaku. Adakah disebabkan kecuaian penuggang ataupun faktor lain. Walau soalan ini ditanyakan pada penunggang sudah tentu diakan menjawab...."saya dah break dah tayar motor tuu dah tak pusing dah tapiiiiiiii......motor terus pie jugak hentam kat kereta tuu...nak buat camana!!!"
Sedarkah anda yg selama ini kita membreak emergency motorsikal kita adalah dalam kaedah yg salah dimana kita akan menggunakan sekuat yg mungkin utk menekaN break belakang agar supaya motorsikal dapat berhenti...TETAPI tahukan ianya merupakan satu kaedah yg salah dan salah salah sekali.
Jika kita melakukan kaedah demikian 'daya' badan dan berat motor sebenarnya telah berpindah kedepan dan motor akan menjadi ringan dibelakang....dalam keadaan ini motor akan berkemungkinan akan bergerak dalam 10 ke 15meter kedepan...ini dalam speed 50km/sejam...bayangkan jika anda dalam kelajuan 120km/sjm...berapakah jarak yg akan dicapai....???
Sebenarnya kaedah yg betul dan saya telah pun menguji dan terbukti....ialah kita menggunakan kedah membreak 30% / 70% dimana hanya 30% shj break blkg dan 70% break depan....tak percaya anda cuba try sendiri....tapi nak try tuu mula lah dengan speed yg perlahan dahulu dimana 30km/sjm dulu then naikanlah sikit2...insya'allah selamat punya....nak dapat tunning 30/70 tuu tak dapat laa saya menurunkan ilmunya sebab ini skill individu....
dan satu lagi ilmu ialah kaedah memegang trootle dimana 1st kembangkan tapak tangan dan buat tanda 'PEACE' alaa spt angkat jari tunjuk & jari tengah dimana 2 jari nie letak atas pedal break dan yg lain pegang trootle...amalkan yg nie...yg salah kita buat selalu adalah kita pulas trootle dengan semua jari dan nak break kita guna juga semua jari....ingat masa nak angkat semua jari dr trootle ke break tuu berapa lama masa sudah terbuang tapi jika dlm bentuk PEACE 2 jari kita dah dok stanby atas pedal break.
oklah anda try la buat kaedah nie....dan lupakanlah kaedah yg diajaq oleh JPJ dahulu...
Dilulus terbit oleh LinuxPro pada Sunday, June 11 @ 10:17:22 MYT
Buletin Utama TV3 malam tadi sekali lagi terlibat dalam kerja penaburan fitnah dan kewartawanan KAKI LIMA apabila mereka-reka sesuatu yang palsu yang tidak pernah berlaku sama-sekali.
Kononnya dilaporkan semasa Muktamar PAS baru-baru ini pemimpin PAS dikatakan telah membenarkan ahli-ahlinya berdemonstrasi dijalanan hatta sehingga jika perlu melontarkan batu ke arah anggota polis yang menganggu mereka.
Lalu TV3 telah menemuramah Perdana Menteri Dollah Badawi yang ketika itu berada dalam satu majlis dan duduk bersebelahan pula dengan Timbalan Ketua Polis Negara. Dollah (sebagaimana biasa) tanpa berfikir panjang telah mengutuk pendirian PAS itu.
Soalnya benarkah ada pemimpin PAS yang berkata demikian?
Saya yang berada sepanjang tempoh Muktamar PAS itu tidak pula teringat ada mana-mana pemimpin PAS yang berucap menghalalkan agar dilontar batu ke arah sesiapa pun semasa berdemonstrasi.
Benar mereka digesa agar terus berdemonstrasi memperjuangkan hak rakyat, tetapi mereka diseru berbuat demikian dalam keadaan aman. Berikut saya sertakan keratan laporan akhbar saluran perdana hari ini.
Dalam THE STAR:
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said ulamak do participate in demonstrations. I myself go down to the ground to hold demonstrations. Some of us even had tear gas in our eyes. But the police do not arrest us (the ulamak), he said. The police tend to arrest the young ones. The police are considerate towards us (elderly ulamak).
Abdul Hadi said it was PAS intention to only hold peaceful demonstrations, adding that it was the most effective way to express mass dissatisfaction.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ulama' memang mengambil bahagian dalam demonstrasi. Saya sendiri turun ke padang untuk berdemonstrasi. Ada di kalangan kita yang terkena gas pemedih mata. Tetapi pihak polis tidak menahan kami (ulama'), katanya. Pihak polis memilih untuk menahan golongan muda. Pihak polis bertimbangrasa terhadap kami (ulama yang lebih berusia).
Abdul Hadi berkata PAS memang menjadi niat PAS untuk mengadakan demonstrasi secara aman, menambah bahawa itulah satu-satu cara yang paling berkesan untuk menyuarakan bantahan umum.
Manakala dalam UTUSAN pula:
Abdul Hadi menegaskan, adalah tidak salah jika ahli PAS menyertai demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak atau elektrik.
Menurut beliau, meskipun PAS menggalakkan demonstrasi, pihaknya menolak sebarang unsur keganasan dalam pendekatan tersebut. Sebaliknya, beliau memberi alasan bahawa huru-hara yang timbul dalam demonstrasi berpunca daripada provokasi yang dicetuskan oleh pihak berkuasa.
Semua demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS adalah secara aman tetapi provokasi daripada pihak kerajaan menyebabkan berlakunya keganasan.
Sesungguhnya TV3 terbukti telah mencemarkan etika kewartawanan mereka dengan membuat laporan berunsur fitnah dan jahat. Sedih memikirkan bagaimana sebuah saluran TV yang sedemikian besar boleh melacurkan dirinya untuk kerja-kerja mungkar seumpama ini.
Sunguh malang lagi apabila seorang perdana menteri tanpa mengetahui kenyataan sebenar terus melemparkan fitnah tanpa terlebih dahulu menkaji kesahihan berita yang didengarnya.
Kini semua sudah tikam kau dari belakang dan ada yg sudah berani tikam dari depan...Nyatalah kini apa yg kau ada...sekadar mampu bersuara dan bersuara...Nampaknya doa Almarhom Ustaz Fadil Nor sudah menjadi kenyataan kini....jadi kau hadapilah wahai Tun Mahadir...
Mukriz
Mahathir kecewa dengan kecaman hebat yang penuh emosi terhadap bapanya
walaupun kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji untuk lebih telus dan terbuka
menerima kritikan
(Petikan Bernama)
Anak
bapak.. mcm tu ler.. berani untuk berbeza pandangan dengan keputusan
pemuda.. yelah takkan nak diam jer orang kutuk bapak kita.. betul tak
mukriz... takkan nak jadi mcm budak hitam tu... diam jer bila pak
mentua dia kena bantai... apalagi mukirz hunuskan keris ditangan..
gelanggang telah dibuka.. jampi serapah telah dibaca.. tinggal menanti
pencak menghunus senjata.. common mukriz takkan takut kut... sampai
orang dah pijak kepala pak kau.. masih nak fikir pasai takut... ayuh
untuk sekalinya jadilah anak bapak yang betul-betul wira... amuk ! amuk
! amuk !tauXpe
Menteri
Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tidak wujud perselisihan
antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
(Petikan BERNAMA)
Ini
lagi sorang... ontah apa2 ontah dah terang-terang depa tengah
bergaduh.. perang mulut... sampai che det cakap dia sebenarnya tak nak
pilih tok ayah lah tapi nak pilih tok jib... masih lagi kata tak de
apa-apa.. ceh kau ingat semua rakyat m'sia ni pekak dan buta ker...
hampeh... woi.. baik kau letak jawatan jer lah tok mid... bunag karen
jer kau ni... nak menipu pun jangan ler terang-terang sangat... orang
kelako kau tahu tak.. kelako... nak pecah perut ni ketawa... apa heh..!tauXpe
Mungkin mereka tidak punyai jawapan, itu sebabnya mereka cuba memburuk-burukkan saya
(Tun Dr. Mahathir Mohamad-Petikan Bernama)
Cayalah
che det... lawan jangan tak lawan... jangan beri muka che det... depa
semua ni dah tahap kurang ajar... dah tahap pijak kepala ni... lawan
tetap lawan.. apa sangatlah tok ayah lah tu.. alah small matter
punya... tauXpe
Inilah dikatakan roda....sekejap diatas sekejap dibawah.... dulu kau angkuh dan sombong...kini baru kau tahu....sekarang baru kau tahu langit tinggi atau rendah....
Aduh betoi ka kita selama ini ditipu....jika betoi..takkan kot UMNO nak buat camtuu...depa kan penolong bangsa agama & negara...eishhh cek tak caya aihhh.......
Apa nak jadi dengan Malaysia pun tak tahu...ada seorang menteri agama yg tulis di akhbar tapi penulisan dia tuu di sanggah dengan fakta2 oleh budak2 sek agama...apa nie?? kau tu menteri...kasi la tulis betul2...jangan main hentam aja...ingat budak2 sekarang tak sekolah kee...??
Apa nak jadi...pasal aurat nie jika
kita tengok sekarang 99.9999% dikatakan rakyat malaysia
terlibat....jika yg pompuan compom yg buka tudung tuu telah membuka
auratnya dan yg laki2 yg pakai seluar pendek tuu compom buka
auratnya....
The debate for PAS to accept non-Muslims as associated members
continues whilst members look up to the party leadership to come up
with a decision that will enable the Islamic Party of Malaysia (PAS) to
fare much better in the next general election.
Opposition Parti Islam SeMalaysia (PAS) is revving up its party
machinery, betting that the general election will be held by the end of
next year.
Elections are not due until March 2009, but PAS
leaders think the ruling Barisan Nasional coalition may call the polls
early in order to deny rebel politician Anwar Ibrahim the chance of a
political comeback.
Keberanian
Ketua Pemuda PAS mengalu-alukan 'coming-back' Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai 'Ketua Pembangkang Negara' menimbulkan reaksi berbeda para
perwakilan di Muktamar Pemuda PAS pagi 6 Jun 2005.
Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang ke sini dalam misi
membantu mangsa gempa bumi terkejut bila melihat kewujudan salib dan
patung Hindu dalam sebuah masjid ketika hendak menunai solat zohor di
sebuah perkampungan dekat sini semalam...
Aduhh...ini dia dikatakan kepeningan UMNO bila
memerintah Malaysia....Janji apa yg diusulkan oleh pembangkang jika
baik ke tak baik kee compom tak dapat terima...
Contoh
ahli parlimen yg dah kena spt Shahril, Sri Gading &
Sithinathan...mereka2 ini telah melanggar akta BN jika apa usul dr
pembangkang kena tolak....tapi mereka telah sokong dan mereka telah
terima natijahnya...
Sekarang bab DINAR EMAS pulak....yg jelasnya sebijik ianya telah berlaku...malang malang...
Mamat sekor nie aku tak tahu lee nak kata
apa...budak2 luar bandar yang tak bersekolah haram tak di endah pon nie
tak dok nyebok nak suruh pie sekolah antarabangsa....
nak
sekolah di sekolah kerajaan pon dah ada yg tak cukup duit nak bayaq
yuran...awat hang ingat rakyat Malaysia nie semua dah kaya raya kaa...
Ini ditujukan kepada golongan yang merasakan UMNO nie boleh diubah dari dalam...ingat dah berapa orang dah yg cuba mengubah UMNO dari dalam...dan yg terkini DSAi...dah sampai ke 2 tangga terakhir tetapi akhirnya jatuh kedebuk...fikirkanlah...??
THE STORY of the Kampung Pasir landslide has dominated the news in
recent days. Why did it happen? Was the Ampang Jaya Municipal Council
(MPAJ) culpable? These and other questions are on the lips of many
Malaysians.
Memang tidak
dijangka dalam kemelut masalah gejala sosial, hiburan terlampau dan masalah
penagihan dadah khususnya yang melibatkan belia pada hari ini, kerajaan
Malaysia berhasrat pula untuk membuatkan berbagai lagi benda melalaikan....udah laa tuu dah macam2 dah ada kat bumi malaysia nie...takkan nak tambah bala lagi kot...
Sebut sahaja AMERIKA semua boleh buat SEBUT aja ISLAM semua terorist...TAK ada kah suara yang nak menetang semua nie....aduhh malangnya dunia hari ini....
Bermula bulan ini kemungkinan blog saya akan menyajikan bacaan yg
dikeluarkan harian...insya'allah jika saya tak
keberatan....memandangkan ianya akan dikeluarkan harian jadi saya akan
merubahkan sedikit format bahan bacaan dimana saya akan me'link'kan
dengan tajuk2 besar sahaja...dan anda bolehlah klik dibahagian tajuk2
yg disediakan....
Selain itu kaedah ini
dijalankan adalah untuk mengaktifkan GOOGLE ADSEND saya dimana saya
memohon jasa baik sahabat yg melayari blog saya sudikanlah kiranya
meng'KLIK' di IKLAN GOOGLE ADSEND saya hanya sekali then hasilnya saya
perolehi untuk mengservis blog ini...
Marriage of convenience is allowed, says Grand Imam
The
contoversial "misyar" marriage or marriage of convenience for
independent women is legitimate as it conforms with the tenets of
Islam, said the Grand Imam of Al-Azhar Prof Dr Muhammad Sayyed Tantawi.
He
said that according to Islam, a marriage was solomnised once "ijab dan
kabul" (marriage vow), "mas kahwin" (dowry) and public proclamation
were endorsed and there was no coercion.
Bulan
untuk kita semua.. Makalah berbahasa Cina, Ren Min Shi Shi, terbitan
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, siap untuk diedarkan secara
percuma kepada masyarakat Tionghua, dan akan dilancarkan 6 Jun nanti di
Kedah; kelihatan Ketua Pengarangnya, Dr Halimah Ali. Isu sulung ini
menekankan perjuangan PAS bersama rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.
But of course we know that in practice, misyar
marriage more often than not leads to abuse and exploitation of women.
In many cases, it is nothing more than legitimised prostitution.
(Zainah Anwar-Petikan daripada rencana di NST)
Nak
kata kau ni bodoh kau ni belajar tinggi..tapi perangai dan otak kau ni
mcm siamang..awat kau dengki sangat ngan Islam...beb kau tahu tak
bezakan antara benda yang hak ngan batil..sengal betul..dah kalau jelas
dlm Islam benarkan perkahwinan misyar so kau nak buat apa...ini ler
masalah kau dan puak-puak SIS ni semua dok nak pakai logik sampai benda
yang kena terima dengan iman dan keyakinan pun nak pakai logik..beb
kita orang ni bukan ler kebulur sangat nak kahwin misyar ni..tapi aku
bercakap ni sebab nak beritahu kau benda ni benda yang dibenarkan
agama.. so yang kau memandai nak menolak buat apa... kan ke orang dah
cakap perkahwinan misyar ni hanya akan berlaku atas persetujuan
wanita.. so kalau ada wanita yang tak setuju dah lah jangan dok
citer...sapa yang kau nak cabar.. tuhan ? kau ni bukan intelektual..
pun juga bukannya feminis fighter kau ni sebenarnya puak-puak misionery
yang kerjanya nak merosakkan orang Islam.. ! tauXpe
Bermula bulan ini kemungkinan blog saya akan menyajikan bacaan yg
dikeluarkan harian...insya'allah jika saya tak
keberatan....memandangkan ianya akan dikeluarkan harian jadi saya akan
merubahkan sedikit format bahan bacaan dimana saya akan me'link'kan
dengan tajuk2 besar sahaja...dan anda bolehlah klik dibahagian tajuk2
yg disediakan....
Selain itu kaedah ini
dijalankan adalah untuk mengaktifkan GOOGLE ADSEND saya dimana saya
memohon jasa baik sahabat yg melayari blog saya sudikanlah kiranya
meng'KLIK' di IKLAN GOOGLE ADSEND saya hanya sekali then hasilnya saya
perolehi untuk mengservis blog ini...
SEREMBAN 1 Jun - Masyarakat hari ini memandang sinis terhadap gadis
yang hamil di luar nikah sehingga ada yang sanggup meminggirkan mereka
daripada masyarakat.
Sikap seperti itu membuatkan gadis-gadis terbabit akan hilang punca
dan malu untuk berhadapan dengan keluarga serta masyarakat sehingga
membuatkan mereka mengambil jalan mudah membuang bayi yang dilahirkan
di tepi jalan atau dalam tong sampah.
Bagaimanapun pernahkah masyarakat mencari punca berlakunya keadaan seperti ini sebelum menuding jari menyalahkan pihak tertentu.
Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan (JHEAINS), Selamat Paigo, masalah hamil di luar nikah berpunca
daripada sikap ibu bapa yang tidak menyemaikan nilai-nilai Islam sejak
kecil.
Beliau berkata, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat itu
menyebabkan anak-anak berkenaan terjebak dalam gejala sosial kerana
tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.
“Didikan awal keluarga merupakan asas penting bagi membentuk
keperibadian seseorang individu, sekiranya anak itu telah meningkat
dewasa sukar untuk kita membentuknya.
“Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada
anak-anak, jika bapa tidak menunaikan sembahyang bagaimana dia hendak
menyuruh anak-anaknya melakukan ibadat wajib itu.
“Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mengingatkan anak-anak tentang
perkara yang mereka lakukan bagi mengelak daripada terjebak dalam
gejala sosial,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selamat berkata, selain itu pengaruh media juga membuatkan golongan muda terlibat dalam gejala sosial.
Katanya, pengaruh yang dibawa daripada negara barat membuatkan
golongan tersebut terpesona sehingga melakukan dosa besar seperti zina.
“Kita tidak boleh hanya menuding jari menyalahkan pihak tertentu sahaja tetapi perlu saling ingat mengingati,” katanya.
Ujarnya, bagi mengatasi masalah sosial pihak JAINS melakukan
pelbagai aktiviti seperti ceramah bagi meningkatkan kesedaran umat
Islam.
Jelasnya, ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan modal insan dalam pembangunan negara.
Mengulas mengenai peningkatan kes hamil luar nikah Selamat
menjelaskan, statistik kes yang didakwa di mahkamah tidak boleh
dijadikan penanda aras kerana tahap penguatkuasaan diperketatkan.
“Dulu kes ini nampak seperti sedikit kerana tahap penguatkuasaan
yang tidak begitu ketat disebabkan JAINS tidak mempunyai kakitangan
yang mencukupi.
Pada masa kini jabatan telah mempunyai kakitangan yang mencukupi dan terlatih untuk menjalankan penguatkuasaan,” katanya.
DRAMA tercetus di dua tempat berasingan iaitu Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya dan Restoran Seri Melayu di
Jalan Conlay di ibu negara, ketika berlangsung Mesyuarat Menteri Biro
Penyelarasan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM-CoB) yang berakhir
Selasa lalu.
Ini gara-gara kehadiran perwakilan yang mewakili
dua puak bertelagah dari Palestin, iaitu iaitu Ketua Jabatan Politik
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farouk Kaddoumi daripada kumpulan
Fatah dan Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar dari Hamas.
Agensi berita asing melaporkan Menteri Luar Hamas pimpinan Pihak
Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Zahar memboikot mesyuarat NAM-CoB
sebagai membantah kehadiran pesaingnya dari Fatah, Kaddoumi.
Pada malam Isnin lalu, Mahmoud mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi selama 45 minit sebelum jamuan malam di PICC yang
diadakan oleh Perdana Menteri bagi meraikan menteri luar NAM yang
menghadiri mesyuarat NAM-CoB.
Seorang pegawai kanan Wisma Putra
memberitahu, dalam pertemuan itu Pak Lah menasihatkan Mahmoud bahawa
Malaysia komited untuk membantu rakyat Palestin tetapi mereka sendiri
harus menyelesaikan masalah dalaman.
"Pak Lah berkata bahawa
Palestin boleh belajar daripada Malaysia iaitu bersatu padu meskipun
penduduknya pelbagai kaum dan etnik tetapi berupaya mewujudkan
kestabilan politik," katanya.
Sebaik tiba untuk menghadiri
mesyuarat NAM-CoB baru-baru ini, Kaddoumi berkata, Mahmoud tidak
mempunyai kapasiti mewakili negara itu dalam bidang diplomatik,
sebaliknya hanya bertanggungjawab pada peringkat kerajaan tempatan.
Kaddoumi berkata beliau lebih layak mewakili Palestin sebagai Menteri
Luar.
Pada mesyuarat itu, Deklarasi Palestin diluluskan sebagai
tanda sokongan negara anggota NAM terhadap wilayah yang bergolak itu.
Baru-baru ini, Malaysia turut mengumumkan sumbangan dana RM57.6 juta
(AS$16 juta) bagi membina 16 kemudahan asas di kawasan majlis kerajaan
tempatan di Palestin.
Projek spesifik itu dirancang di 16
kawasan majlis kerajaan tempatan di Palestin dengan setiap kemudahan
asas dianggar bernilai RM3.8 juta (AS$1 juta).
Isu wakil Fatah
dan Hamas, belum berakhir terutama berkaitan wakil ke forum
antarabangsa dan persoalan kini ialah siapakah akan menjadi wakil rasmi
Palestin pada Sidang Kemuncak NAM di Havana, Cuba, September depan.
Menteri Luar Cuba, Felipe Perez Roque yang ditemui sempena NAM-CoB di
PICC Selasa lalu berkata, pihak Palestin perlu menyelesaikan sendiri
isu wakil yang akan dihantar menghadiri persidangan di Havana itu
nanti. Jemputan menghadiri persidangan itu sudah dikemukakan kepada
wakil Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
"Terpulang kepada Kerajaan Palestin menghantar wakil," katanya.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan, Kuala Lumpur
mempelawa kedua-dua pemimpin Palestin itu menghadiri NAM-CoB.
Syed Hamid berkata, Mahmoud bagaimanapun memilih tidak menghadiri
mesyuarat NAM-CoB, sebaliknya datang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan
pertemuan dua hala.
"Kita memutuskan menjemput Kaddoumi dan
Mahmoud kerana kedua-duanya rakyat Palestin. Kita berbincang dengan
Kaddoumi bahawa kita mahu Mahmoud menghadiri mesyuarat ini. Kaddoumi
bersetuju tetapi Mahmoud tidak mahu (menghadiri mesyuarat NAM-CoB) dan
melawat negara ini... kita setuju dia datang untuk pertemuan dua hala
dan tidak hadir mesyuarat ini.
"Di Palestin Presiden adalah
juga ketua eksekutif negara dan ketua kerajaan... perlembagaan
mengehadkan beliau dalam hak tertentu. Kita jelas dan (keadaan ini)
sudah tentu ada pihak tidak berpuas hati," katanya sambil menambah
kerajaan berusaha memastikan lawatan kedua-dua pemimpin Palestin itu
dipenuhi agenda penting termasuk menemui Pak Lah.
Syed Hamid
berkata, Kedutaan Palestin pada mulanya memberi akreditasi kepada
Kaddoumi untuk mewakili negara pada Mesyuarat NAM-CoB.
"Kita berpandukan surat dari pejabat Kedutaan Palestin. Dalam kes ini, kedutaan beri akreditasi terhadap Kaddoumi," katanya.
Apa pun yang jelas, NAM komited untuk terus membantu Palestin.
Pak Lah dalam ucaptama pada perasmian NAM-CoB Isnin lalu misalnya,
menegaskan bahawa rakyat Palestin patut diselamatkan daripada dinafikan
bantuan berikutan tindakan penderma menghentikan kemasukan sumbangan ke
negara itu.
“Adalah penting bagi anggota kuartet antarabangsa
(kumpulan empat) menunaikan tanggungjawab mereka bagi memastikan
pelaksanaan sepenuhnya pelan damai Asia Barat. Sebagai ‘broker jujur’,
kuartet ini tidak harus menyokong sebarang tindakan satu pihak terhadap
konflik Palestin-Israel sehingga menjejaskan pihak lain," katanya.
Kumpulan empat broker pengaman Asia Barat itu terdiri daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, PBB dan Russia.
Pak Lah berkata, penafian terhadap bantuan antarabangsa yang sangat
diperlukan rakyat Palestin adalah tindakan yang tidak berhati perut dan
sudah tentu akan menjejaskan penyelesaian awal konflik.
Pada
akhir mesyuarat NAM-CoB itu, Deklarasi Palestin setebal empat muka
surat dikeluarkan dan jawatankuasa NAM mengenai Palestin menggesa
negara anggota NAM memberikan dengan segera bantuan ekonomi dan
kewangan kepada rakyat Palestin.
Jawatankuasa itu menyuarakan
kebimbangan dengan penderitaan teruk rakyat Palestin berikutan
pemberhentian bantuan kewangan dan politik oleh beberapa negara.
Tindakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin itu dilakukan selepas pilihan
raya Majlis Perundangan Palestin Januari lalu yang menyaksikan puak
Hamas dipilih untuk menerajui kerajaan.
Keseluruhannya,
mesyuarat NAM-CoB merumuskan lima dokumen hasil daripada perbincangan
menyeluruh. Ia terdiri daripada Dokumen Muktamad setebal 61 halaman,
Deklarasi Putrajaya mengenai mesyuarat peringkat menteri, deklarasi
berasingan mengenai Palestin mengutuk pendudukan berleluasa Israel dan
kenyataan mengenai isu nuklear Iran dan kejadian gempa bumi di
Indonesia.
Namun, dalam menghadapi pelbagai kemelut politik,
pembangunan, sosial dan hak asasi manusia, NAM perlu melakukan lebih
banyak lagi bagi menggalakkan kepentingan negara membangun dalam iklim
geo-politik baru yang diselubungi kebimbangan mengenai
‘unilateralisme.’
Seperti ditegaskan Pak Lah, NAM perlu
memanfaatkan jumlah anggotanya yang besar yang merangkumi dua pertiga
penduduk dunia untuk menggalakkan kepentingan bersamanya dalam rangka
multilateralisme.
SETIAP makhluk yang Allah dijadikan hidup berpasangan-pasangan demi untuk menjamin keturunan masing-masing di muka bumi ini.
Allah menjadikan fitrah manusia suka kepada perkahwinan supaya fitrah
dan naluri nafsu syahwat disalurkan mengikut landasan yang betul.
Islam menggariskan beberapa tata cara untuk memudahkan umatnya
berkahwin seperti menggalakkan orang yang berkemampuan supaya segera
berkahwin, meringankan mas kahwin, mengadakan kenduri kahwin yang
sederhana, menghalalkan perkahwinan serta mengharamkan zina.
Malangnya, apa yang berlaku di dalam masyarakat hari ini, perkahwinan
seolah-olah menjadi suatu perkara membebankan. Ini berlaku apabila
pelaksanaan perkahwinan itu tidak mengikut panduan syariat.
Hantaran perkahwinan mencecah ribuan ringgit, mementingkan status dan kedudukan serta mengutamakan kecantikan berbanding agama.
Di samping itu, berlakunya pergaulan bebas sebelum berkahwin.
Akibat paling ketara daripada fenomena ini ialah bertambahnya wanita
yang belum berkahwin walaupun usia semakin meningkat. Ia bukan masalah
peribadi bagi mereka yang terbabit saja, malah masalah bersama
masyarakat dan ummah.
Kita perlu mengkaji dan mencari langkah praktikal untuk mengatasinya.
Justeru, beberapa usaha perlu dilakukan, umpamanya:
l
Mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak
iaitu dengan merendahkan belanja perkahwinan sama ada wang hantaran
atau mas kahwin serta elakkan perkara membazir.
Nabi Muhammad
SAW bersabda bermaksud: “Hai golongan pemuda, barang siapa di antara
kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih
menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Hadis riwayat
Bukhari-Muslim)
l Mendidik generasi muda supaya mengutamakan
kedudukan agama berbanding kecantikan fizikal atau status kedudukan di
dalam memilih calon suami atau isteri.
Sabda Rasulullah SAW
bermaksud: “Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya.
Maka pilihlah yang beragama. Kamu menempah kerugian jika tidak
mengutamakan yang beragama.”
l Menganjurkan perkahwinan di antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam.
l
Melaksanakan poligami meskipun ia isu kontroversi sepanjang zaman,
namun hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki
berkahwin sehingga empat isteri (surah an-Nisa, ayat 3).
Poligami yang positif adalah antara cara penyelesaian terhadap masalah wanita belum berkahwin dan ibu tunggal.
Sekiranya usaha telah dijalankan, namun seseorang wanita itu belum juga
menemui jodohnya, maka anggaplah itu ujian di sisi Allah. Ini kerana
sama ada berkahwin atau tidak, tugas utama wanita untuk menjadi hamba
yang tunduk dan patuh kepada-Nya.
Kehidupan sebagai seorang wanita yang beriman perlu diteruskan.
Perkara berikut boleh dijadikan renungan.
l Jodoh pertemuan, rezeki dan ajal ditentukan Allah. Tiada siapa pun dibenar mencampuri urusan-Nya.
l
Jodoh pertemuan juga tiada kaitan dengan rupa paras fizikal seseorang
kerana pengalaman membuktikan tidak semua yang menemui jodoh itu
daripada mereka yang mempunyai rupa paras menawan.
l Bukan semua
masalah boleh diselesaikan hanya dengan berkahwin kerana bukan semua
perkahwinan itu baik dan bukan semuanya buruk.
Perkahwinan
adalah suatu ujian Allah untuk melihat siapa yang berjaya dalam ujian
itu dan siapa pula yang gagal, siapa yang sanggup menjalani
tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dan siapa pula sebaliknya.
l
Penuhkan masa lapang dengan kegiatan kemasyarakatan dan sosial yang
membawa manfaat kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
l
Tidak terburu-buru mendapatkan suami, bertenang dan sentiasa
memanjatkan doa kepada Allah supaya menganugerahkan yang terbaik di
sisi-Nya.
Dalam hal ini Hafsah binti Umar yang lewat mendapat
jodoh setelah kematian suaminya sering mengucapkan doa: “Ya Allah aku
berserah kepadamu di atas musibah yang menimpaku dan kurniakanlah
kepadaku sesuatu yang lebih baik.” Akhirnya Rasulullah saw sendiri
datang bertanya untuk mengahwininya.
l Bersuami ada baik dan
buruknya. Demikian juga membujang sepanjang hayat. Hidup membujang juga
kadang-kadang membahagiakan, bahkan hidup berpasangan juga ada yang
mendukacitakan.
Tokoh besar Islam seperti Jalal al-Din
al-Suyuti Imam al-Nawawi dan Rabiatul Adawiyah tidak memilih
perkahwinan sebagai jalan untuk membahagiakan hidup mereka.
Oleh Sumilah Marto
l
Penulis ialah Pensyarah Maktab Pergurauan Temenggong Ibrahim, Johor
Baru dan boleh dihubungi di emel wanitajim@jim.org.my. Artikel dengan
kerjasama Wanita Jemaah Islah Malaysia.
TOKYO 1 Jun - Pernahkah anda berhadapan dengan perompak yang
berhasrat untuk merompak tetapi tidak tahu cara melakukan rompakan?
Itulah yang berlaku di bandar Kumagaya, utara Tokyo semalam.
Dalam kejadian yang agak melucukan, seorang penganggur lelaki
berusia 58 tahun memasuki bank Saitama Resona cawangan Kumagaya untuk
merompaknya.
Bagaimanapun, lain yang dirancang lain pula yang dibuatnya apabila
dia kemudian bertanyakan kepada salah seorang kakitangan bank berkenaan
cara-cara untuk merompak sebuah bank.
Seorang jurucakap polis berkata, hasrat lelaki tersebut untuk
merompak gagal selepas dia bersetuju untuk beredar dari premis bank
apabila diminta berbuat demikian oleh salah seorang kakitangan bank.
Jelas beliau, kakitangan bank berkenaan yang menemani lelaki itu
keluar mendapati, terdapat kesan darah pada bahagian seluar lelaki
tersebut dan sebilah pisau tersangkut pada poket seluarnya.
Kata jurucakap polis, lelaki terbabit mengalami kecederaan selepas
pisau yang dibawanya dengan tidak sengaja tertikam pada bahagian
kakinya.
Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh polis kerana kesalahan memiliki senjata.
BEIJING 1 Jun - Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa hari ini
mengkritik syarat-syarat yang dikenakan oleh Barat dan Israel supaya
kerajaan Palestin pimpinan Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan
mengiktiraf Israel sebelum hubungan rasmi boleh diadakan.
Tegas Amr, Palestin merupakan isu pendudukan Israel, bukannya isu keganasan.
“Isu ini perlu diselesaikan melalui rundingan,” kata Amr pada sidang
akhbar semasa persidangan antara China dengan kerajaan-kerajaan Arab.
“Kami menyatakan kerajaan Palestin tidak boleh dipaksa menerima mana-mana syarat itu,” tegas beliau.
Amr mengulas seruan China minggu ini agar kerajaan Palestin menolak
‘keganasan’, mengiktiraf Israel dan menerima perjanjian yang telah
dicapai - syarat-syarat yang ditetapkan oleh Israel dan Barat untuk
mengadakan hubungan rasmi.
Menurut Amr, “isu utama ialah pendudukan Israel di wilayah Palestin
yang perlu berakhir sebelum sebarang syarat boleh dikenakan.”
Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar menyertai persidangan China-Arab itu tetapi tidak menghadiri sidang media tersebut.
KUTIPAN Tabung Bantuan Tsunami yang dimulakan selepas bencana tsunami
pada hujung 2004, berakhir kelmarin dengan nilai pungutan berjumlah
RM78.95 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM51.39
juta dibelanjakan untuk membantu mangsa tsunami di seluruh negara
berdasarkan kadar yang ditetapkan.
"Baki daripada sumbangan
orang ramai berjumlah RM27.56 juta sudah diakaunkan ke dalam Tabung
Bantuan Bencana Negara untuk tujuan memberikan bantuan kepada mangsa
bencana lain di seluruh negara pada masa depan,” katanya menjawab
soalan Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohamed.
Mohamed
Nazri berkata, selain bantuan ehsan, mangsa yang layak turut menerima
bantuan pemulihan dan pembangunan semula daripada Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani.
"Bantuan itu antaranya membabitkan pembaikan dan pemulihan bot, enjin dan pukat serta pemulihan kawasan pertanian.
Syarikat Rapid KL juga bertanggungjawab untuk memperbaiki enjin bot yang rosak,” katanya.
Mohamed Nazri berkata, antara usaha lain bagi pembinaan semula kawasan
yang terjejas akibat bencana itu ialah pembaikan rumah yang rosak,
pembinaan rumah transit dan rumah kekal kepada mangsa yang dilaksanakan
oleh Syarkat Perumahan Negara Berhad.
Katanya, pembinaan rumah
kekal untuk mangsa tsunami di Langkawi sudah pun siap tetapi di Kedah
dan Pulau Pinang ia lagi masih dijalankan.
"Mangsa yang layak dan berdaftar dengan jabatan berkaitan, sudah menerima semua bantuan berkenaan,” katanya.
Sementara
itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari
Baharum, berkata kerajaan sedang memperhalusi cadangan menjadikan gam
sebagai bahan kawalan bagi menangani gejala menghidu atau ketagihan
bahan perekat itu, terutamanya di kalangan pelajar.
Katanya,
kajian terperinci perlu dilakukan sebelum cadangan itu dilaksanakan
kerana gam digunakan secara meluas dalam industri pembuatan termasuk
perabot dan kraftangan.
"Ia perlu diteliti terlebih dulu, jika
tidak akan timbul masalah besar kerana membabitkan industri perabot dan
sebagainya,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Wan Ubaidah Omar.
Mohd Johari berkata, kerajaan juga sedang menggubal undang-undang bagi
membolehkan tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang terbabit
dengan gejala menghidu gam.
"Undang-undang itu kini di peringkat kajian oleh Jabatan Peguam Negara," katanya.
Menjawab soalan tambahan Senator Lee Chee Keong, beliau berkata gejala
menghidu gam mungkin disebabkan bahan itu mudah diperolehi dan lebih
murah berbanding dadah.
Kepada soalan asal Senator Datuk
Muhamad Abdul Ghani, mengenai tindakan kerajaan bagi menangani masalah
itu di kalangan pelajar, Mohd Johari berkata kementerian melaksanakan
program pendidikan dan kesedaran di sekolah rendah dan menengah.
Katanya, kementerian turut memberikan pendidikan, kesedaran dan
kemahiran bertindak kepada ibu bapa bagi membantu mereka mencegah dan
melindungi anak mereka daripada terbabit dengan gejala menghidu gam.
"Kementerian juga sedang menimbang untuk menggubal satu akta bagi
menjadikan perbuatan menghidu gam dan bahan-bahan lain yang
mengkhayalkan sebagai suatu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah
undang-undang,” katanya.
Salah siapa? -- * Pemaju cuai - MB * Pemilik tanah langgar peraturan - MPAJ
BAHAYA... JESVER Kaur
menunjukkan kawasan di belakang rumahnya yang runtuh dikatakan berpunca
daripada pergerakan tanah berikutan kerja-kerja pembinaan di Taman
Bukit Zoo View, Hulu Klang, semalam.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Ketika keluarga mangsa yang terkorban dalam
kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Taman Bukit Zoo View semalam
meratapi pemergian orang tersayang, punca bencana masih lagi menjadi
persoalan.
Seperti biasa seolah-olah terlalu sukar untuk mencari siapa yang
bersalah sehingga memungkinkan tragedi itu berlaku yang bukan sahaja
meranapkan tiga blok rumah panjang tetapi juga meragut nyawa empat
penduduk termasuk dua daripadanya kanak-kanak.
Ini bukan kali pertama tanah runtuh berlaku di Hulu Klang malah ia
adalah kali ketiga dalam tempoh 13 tahun dan sekali lagi seperti juga
beberapa kes lain di Selangor siapa yang bersalah dan langkah
penguatkuasaan sering menjadi tanda tanya.
Dalam kes terbaru di Kampung Pasir itu, Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dengan tegas berkata:
``Kejadian itu sepatutnya boleh dielakkan jika syarikat pemaju dan
perunding mendengar nasihat kerajaan negeri yang diberi secara
`percuma' pada tahun lepas.''
Malah Mohamad Khir juga berhujah, kecuaian dan sikap tidak
bertanggungjawab syarikat terbabit yang hanya menyiapkan tembok penahan
di cerun itu secara `ala kadar' pada minggu lalu, telah mengundang
padah.
Beliau berkata, akibatnya tembok yang dibina dengan tidak mengikut
spesifikasi dan reka bentuk yang ditetapkan itu runtuh dalam masa yang
singkat.
Persoalannya, kenapakah tiada tindakan diambil? Kenapa hanya
mengakui keingkaran pemaju itu setelah tragedi terjadi? Wajarkah `hanya
nasihat' diberikan kepada mereka yang melakukan perbuatan yang boleh
mengancam nyawa manusia?
Apa yang lebih dikesalkan, ketika Mohamad Khir meletakkan kesalahan
sepenuhnya kepada syarikat pemaju, Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) dengan selamba mengakui tidak mengetahui kewujudan rumah panjang
tersebut dengan alasan ``kedudukannya agak tersorok dan berhampiran
hutan''.
Bagaimana dengan dakwaan seorang penduduk Mohd.Yunus, 55, yang juga
ahli jawatankuasa penduduk Kampung Pasir bahawa dia sudah menetap di
situ selama 10 tahun?
Adakah ini bermakna sudah 10 tahun, MPAJ tidak dapat melihat kewujudan kampung tersebut?
Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Ahmad Shafii Saidin, kawasan perumahan itu telah dibina tanpa kebenaran.
``Ini kerana pemilik tanah telah membina rumah panjang untuk
disewakan kepada warga Indonesia berstatus penduduk tetap tanpa
mengemukakan sebarang pelan kepada MPAJ.
``Kami dimaklumkan terdapat 43 unit rumah di tiga blok rumah panjang
yang didiami oleh lebih 200 penghuni warga Indonesia,'' jelasnya.
Sekali lagi timbul persoalan, jikalah benar pemilik tanah melanggar peraturan kenapa selama ini tiada tindakan diambil?
Benarkah ia terlalu tersorok atau `ada sesuatu yang tidak kena' sehingga tragedi mendedahkan segala kepincangan yang berlaku.
Kenapa selepas tragedi barulah hendak menyatakan ia dibina tanpa kebenaran MPAJ?
Dalam soal tindakan terhadap pemaju yang dikatakan melanggar
peraturan Ahmad Shafii mendakwa, pembangunan di kawasan itu
diberhentikan pada Disember 2004 tetapi dibenarkan meneruskan projek
tidak lama kemudian selepas pemaju membuat pemulihan tanah dan dinilai
semula oleh Jawatankuasa bagi Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
Tetapi sudah nyata pemaju tidak mematuhi arahan yang diberikan, ini
jelas apabila hanya hari ini Ahmad Shafii berkata: ``Pihak pemaju telah
diarahkan untuk bertindak segera menstabilkan struktur tanah.''
Semua ini menimbulkan kekeliruan dan mewujudkan persoalan.
Justeru dalam kes Kampung Pasir ini, sekali lagi kita tertanya-tanya
di mana silapnya, adakah akhirnya kita akan mendengar jawapan ``semua
ini suratan takdir?''.
Sukar dipastikan, apa yang nyata Mohamad Khir dan MPAJ mengarahkan
siasatan dijalankan bagi mencari punca kejadian tetapi tindakan selepas
ini entah bagaimana?
TIDAK
perlu timbul keraguan ataupun persoalan mengenai identiti skuad
kebangsaan yang akan turun menentang pasukan MyTeam dalam pertemuan di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Kerana buat Penerbit Eksekutif MyTeam,
Khairy Jamaluddin, FAM harus patuh kepada Memorandum Persefahaman (MoU)
dan menurunkan pasukan kebangsaan yang dipimpin ketua jurulatih,
Norizan Bakar.
“Pihak MyTeam tetap dengan perjanjian bersama
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) betapa kami akan menentang pasukan
kebangsaan pada 28 Mei 2006.
“Perjanjian ini terkandung dalam
MoU dan dalam perbincangan ketika mesyuarat pengurusan di antara MyTeam
dan FAM pada 23 Mei 2006.
“Kami kini menanti perlawanan
menentang pasukan kebangsaan yang akan dipimpin oleh jurulatih Norizan
Bakar,” kata Khairy dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.
Khairy juga menegaskan seluruh negara tidak sabar menantikan pertemuan
MyTeam menentang pasukan kebangsaan dan turut merakamkan penghargaan
kepada FAM di atas kerjasama yang dihulurkan sehingga kini.
“Bagi kami, persoalan MyTeam tidak akan menentang pasukan kebangsaan
tidak timbul kerana perjanjian (itu) dan semangat muhibbah yang
dijelmakan MyTeam di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Sebelumnya, persoalan timbul ekoran langkah FAM menghantar skuad senior
dan bawah 23 tahun kebangsaan ke Singapura untuk perlawanan
persahabatan dan hanya dijadual pulang, 1 Jun nanti.
Semua 30
pemain yang membentuk kedua-dua pasukan itu, bersama-sama Norizan dan
pegawai lainnya berlepas ke republik itu, petang kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, yang
ditemui lebih awal semalam, menjelaskan isu berkenaan tidak timbul
kerana ‘Pasukan Malaysia’ akan turun menentang MyTeam.
““Perlawanan itu antara pasukan Malaysia menentang MyTeam. Memang
pasukan Malaysia akan beraksi. Ketika ini, ada empat pasukan Malaysia
menjalani latihan. Siapapun pemain terpilih nanti, mereka akan
membentuk pasukan Malaysia,” tegasnya.
TAHNIAH kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz kerana secara berani dan terbuka meminta Tun Dr. Mahathir
Mohamad tidak mencampuri urusan pentadbiran negara.
Utusan
Malaysia, 4 Mei memetik beliau sebagai berkata: “Ini adalah harapan
saya dan rakan-rakan dalam Kabinet supaya bekas Perdana Menteri itu
tidak campur tangan dalam keputusan Kerajaan untuk menghentikan
pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
“Tindakan beliau seolah-olah memperkecilkan kerajaan yang ada sekarang,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Isu
itu dicetuskan oleh beberapa Ahli Parlimen mewakili penyokong kerajaan
dan pembangkang ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan
Tambahan 2005 di Dewan Rakyat.
Mereka meminta penjelasan
daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung perbalahan yang berlaku
antara Dr. Mahathir dan kerajaan mengenai isu itu.
Tahniah
kepada Dr Mahathir kerana suaranya tidak sesumbang yang cuba
digambarkan oleh sesetengah pihak dan bukan lagi “a voice in the
wilderness”. Rintihan beliau mengenai pembatalan projek itu sudah
menjadi isu Parlimen.
Walaupun berbagai-bagai percubaan telah
dibuat untuk mematahkan dan melenyapkan hujah beliau, Kerajaan, melalui
Nazri, akhirnya terpaksa mengakui secara rasmi bahawa suara bekas
Perdana Menteri itu ada pendengarnya yang tersendiri.
Dengan
membangkitkannya di Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen berkenaan telah
menjadikan bangkangan Dr Mahathir terhadap pembatalan projek sebagai
isu rasmi.
Nazri tidak perlu berasa bersalah dan tidak perlu
menegaskan yang beliau tidak mempunyai kepentingan peribadi di dalam
membuat kenyataan itu selain mempertahankan pendirian kerajaan.
`Saya
bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan menjawab kritikan Dr.
Mahathir ini dan meminta segala janjinya semasa bersara dikotakan,''
kata bekas Ketua Pemuda Umno itu.
Namun
saya hairan sedikit mengapa Nazri membandingkan Dr Mahathir dengan Tun
Abdul Rahman Yaakub apabila beliau berkata yang Dr. Mahathir pernah
berjanji tidak akan campur tangan (dalam urusan Kerajaan selepas
bersara) “seperti mana dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun
Abdul Rahman Yaakub terhadap Ketua Menteri sekarang.”
Mohamed Nazri berkata beliau tidak mahu Dr Mahathir menjadi seperti apa disifatkannya sebagai `sindrom Tun Rahman'.
Sekali lagi, kali ini kali yang ketiga dalam tempuh 13 tahun kejadian
tanah runtuh berulang di kawasan Hulu Kelang sehingga meragut nyawa
mangsa-mangsanya.
Kali
ini kejadian berlaku di Kampung Pasir, Hulu Kelang apabila tembok
halangan di Taman Ukay Bestari runtuh sehingga mengakibatkan tanah dan
selut dari sana menggelungsur ke bawah dan menimpa serta menimbus 3
blok rumah panjang yang dihuni oleh 160 orang di lereng dan cerun Bukit
Zoo View itu.
Empat orang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu.
Punca
keruntuhan tembok halangan di Taman Ukay Bestari itu dipercayai berlaku
kerana kerja-kerja pembinaan rumah di atas bukit tersebut.
Sebelum
ini di kawasan yang sama pada bulan Disember 1993 satu blok apartmen 12
tingkat di Highland Towers telah runtuh apabila berlaku kejadian yang
sama yang telah mengorbankan 48 nyawa. Begitu juga sekali lagi pada
tahun 2002 yang lalu seramai 8 orang terkorban apabila sebuah rumah
banglo kepunyaan Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar di Taman Hillview
turut roboh akibat kejadian yang sama.
Sekali lagi Menteri Besar
Selangor Khir Toyo sekadar mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan akan
dijalankan ke atas syarikat perumahan di kawasan itu kerana didapati
gagal menyediakan tembok halangan yang kukuh sehingga menyebabkan tanah
runtuh.
Mengapakah setiap kali berlaku kejadian kerajaan negeri sekadar menuding jari ke pihak yang ketiga?
Siapakah
yang memberikan kelulusan kepada syarikat perumahan tersebut
menjalankan kerja-kerja dan aktiviti mereka? Apakah setelah tiga kali
kejadian yang meragut nyawa orang-ramai berlaku MB dan kerajaan negeri
tidak menginsafi bahawa kawasan tersebut sudah tidak selamat lagi untuk
dibangunkan?
Pada tahun 2002 lagi Jurutera Dato Dr Ramli Mohamad
pernah dipetik oleh akhbar NST sebagai berkata bahawa kedudukan granit
di sekitar kawasan tersebut sudah tidak lagi stabil sehingga boleh
sahaja memungkinkan berlakunya tanah runtuh sekiranya cuaca lembap.
Malah
Pengarah Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) Profesor Dr. Mahadzer
Mahmud pernah sebelum ini berkata bahawa kestabilan tanah di kawasan
berkenaan sudah tidak mampu bertahan lagi oleh kerana terdapatnya
aktiviti pembukaan tanah dan pelencungan sungai besar-besaran di situ.
Kini
apabila kejadian berulang lagi MB sekadar mahu menuding jari ke pihak
lain sedangkan kerajaan negeri sesungguhnya bertanggungjawab sejak
kejadian pertama lagi bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin dan
sebarang kejadian yang sama tidak berulang.
Kononnya menurut
Khir pasukan teknikal dari kerajaan negeri telah pun menjangkakan
masalah seumpama ini bakal berlaku malah telah mengesyorkan agar pemaju
yang terlibat mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian
seumpama ini dari berlaku.
Soalnya mengapa kerajaan negeri
sekadar memberikan syor? Jika sudah menjangkakan kejadian buruk akan
berlaku sepatutunya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mengarahkan
agar dihentikan projek tersebut!
Empat nyawa telah terkorban
kerana kecuaian ini dan dalam hal ini saya mengira, bukan sekadar
pemaju, kontraktor dan consultant sahaja yang perlu dipersalahkan, MB
juga turut perlu memikul pertanggungjawaban dan diseret sekali jika ada
penyiasatan dan dakwaan.
Sekiranya
Marina Mahathir menulis mengkritik Islam dengan nafsu dan nada ultra
liberalisma nya itu, ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana
memang demikianlah style dan cara Marina.
Para ulamak, peraturan
dan syariat Islam, adab dan akhlak dalam Islam semuanya pernah diserang
oleh beliau kerana menegakkan pandangan dan tafsiran peribadinya
terhadap Islam yang jelas jauh tersasar dari sumber dan peraturan hukum.
Apabila
Marina mengeluarkan pandangannya ia sering mendapat perhatian kerana
pertama Marina adalah Puteri kepada bekas Perdana Menteri dan keduanya
Marina merupakan satu-satunya anak perempuan bekas PM yang mempunyai
ruangan mingguannya sendiri dalam salah sebuah akhbar media perdana
iaitu The Star.
Kerana itulah Marina memiliki pengaruh dan apa sahaja yang disuarakan atau dicetuskan olehnya sering mendapat perhatian umum.
Jadi apabila target atau sasaran baru diserang oleh Marina, ianya telah menarik perhatian saya.
Dalam ruangan MUSINGS nya dalam akhbar THE STAR semalam Marina menulis:
I
dont know about you but the fact for me is reading the news daily, our
politicians are losing credibility daily. Already they are our least
trusted people, but with all the recent pronouncements, is it any
wonder that our confidence gets eroded even more? Did we actually elect
this people? What on earth possessed us?
To stop living in a
fictional world where we think everything is fine when they are
actually not, we, as citizens, need to take more responsibility. If a
politician says something objectionable or stupid, we should boo them
loud and clear. We mustnt close one eye to it all.
Apa macam?
Kini
Marina menyerang kerajaan pula. Mengatakan yang ahli-ahli politik (saya
rasa ahli politik yang beliau maksudkan itu lebih merujuk kepada Umno
dan BN) sudah hilang kredibiliti hampir serupa dengan nada ayahandanya
Tun Dr M yang menuduh kerajaan Dollah Badawi baru-baru ini sebagai: Half past six government with no guts
Nampak-nampaknya
seluruh keluarga Tun sedang menghalakan senjata mereka ke arah Dollah.
Kekanda Marina, Mukhriz yang memperolehi undi terbanyak dalam EXCO
Pemuda Umno sebelum ini pernah dan akan terus melakukan roadshow
mempertahankan beberapa teguran ayahandanya terhadap Dolah.
Menarik juga kita melihat dan mengikuti perkembangan ini.
Marina menulis lagi:
Nowadays
people aim to get into Parliament using the fiction that they wanted to
help others when the fact is often that the only people helped are
themselves.
Sejauh manakah pertelagahan di
antara keluarga Tun ini dengan Dollah akan berlarutan dan apakah
kesudahannya, wallahualam. Kononnya semasa di Jepun baru-baru ini
Dollah yang kebetulan tinggal satu hotel dengan Tun telah mengambil
kesempatan bertemu muka dengan Tun. Tapi dikhabarkan pertemuan sekadar
15 minit sahaja kerana Tun dikatakan mempunyai appointment lain!
Saya
masih ingat semasa Allahyarham Tun Mustapha hidup dahulu, pernah
apabila Datuk Harris Salleh menaiki pesawat KK ke KL dan didapatinya
Tun Mustapha sudah menaiki dahulu pesawat tersebut, Harris turun dan
menaiki pesawat lain!
Begitulah nampaknya Tun kita dengan Dollah
ni. Barangkali akan terbongkar dan melimpah keluar lah pelbagai dosa
dan aib masing-masing lantaran sengketa ini. Ketika itu siapakah
agaknya yang akan ketawa besar?
PADANG
BESAR, 25 Mei - Walaupun sudah berusia 60 tahun, Umno masih lagi belum
mengenal mana satu premis milik kerajaan ataupun milik parti.
Seperti
biasa mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan premis awam seperti
sekolah dan sebagainya untuk mengadakan program mereka.
Terbaru,
Biro Penerangan Umno Bahagian Padang Besar akan menganjurkan Majlis
Penerangan Pengurusan dan Pentadbiran Parti yang pada 28 Mei ini di
Dewan Seri Jernih Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan,
Bukit Keteri dekat sini.
Majlis tersebut bakal dihadiri oleh
Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang juga
merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Setiausaha PAS Kawasan
Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad menempelak Umno yang baru sahaja
meraikan sambutan ulangtahun ke-60 mereka baru-baru ini kerana tidak
tahu membezakan antara harta awam dan parti mereka.
"Mereka
dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan harta kerajaan untuk
menjalankan aktiviti mereka. Ini bukannya kali pertama diadakan
kegiatan Umno di situ," katanya.
Menurutnya lagi, jika program
tersebut adalah untuk pemimpin bersama rakyat, mungkin boleh dimaafkan
lagi, tetapi ini jelas mereka gunakan untuk program parti.
"Tambahan
pula yang akan datang adalah seorang menteri yang juga Setiausaha Agung
parti, sepatutnya mereka tahu tapi sengaja buat tak tahu atau memang
sudah perangai Umno macam tu," tambahnya lagi.
Ustaz Yahya turut
memberikan contoh bagaimana PAS walaupun tidak diberikan peluang
seperti itu, namun tetap teguh berdikari dan dapat menjalankan aktiviti
di premis sendiri.
"Kita ada banyak premis sendiri seperti
Markas PAS negeri, kawasan mahupun cawangan. Datanglah pemimpin kita
hatta seorang Menteri Besar pun seperti Tuan Guru Nik Aziz, kita dapat
jalankan aktiviti di tempat kita sendiri," jelasnya.
Tindakan Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan Skim Pelepasan Sepakat
(MSS) dengan sasaran mengurangkan 6,500 kakitangannya membabitkan kos
kira-kira RM850 juta berpunca daripada salah pengurusan yang berlaku
dalam syarikat milik awam itu terutamanya di pihak pengurusan atasannya.
Kerugian
besar yang dialami oleh syarikat penerbangan itu berlaku akibat
daripada pembaziran yang melibatkan jumlah berjuta ringgit dan
rasuah dalaman dari kalangan pihak pengurusan atasan.
Keadilan menganggap tindakan menawarkan MSS kepada kepada 18,027
kakitangan tetap rakyat Malaysia, manakala 70 daripada 1,700 kakitangan
rakyat asingnya di luar negara akan diberhentikan mengikut
undang-undang buruh antarabangsa pada tarikh penutupan stesen MAS di
destinasi yang terbabit adalah satu tindakan yang tidak adil dan tidak
wajar dilakukan oleh pihak pengurusan MAS bagi mengatasi masalah
kewangan syarikat itu.
Dalam pelan pemulihan yang
dicadangkan, kerugian yang dianggarkan sejumlah RM1.3 billion pada
tahun 2005 akan menutup 19 destinasi perjalanan dan menyerahkan kepada
AirAsia.
Dalam pelan itu juga bercadang untuk menutup bangunan yang menempatkan ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur.
Kami
berpendapat, terdapat langkah lain yang boleh diambil oleh MAS dalam
menangani masalah ini. Memandangkan MAS ialah sebuah syarikat milik
awam, maka rakyat mempunyai hak untuk mengetahui punca beban hutang
yang besar itu.
Rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui apakah punca yang membawa kepada kegagalan pihak pengurusan MAS.
Justeru, Keadilan menggesa agar MAS menjalankan inkuiri bagi mendedahkan punca sebenar kegagalan sistem pengurusan MAS.
Tindakan pemberhentian kerja ini akan menjadikan pekerja sebagai mangsa akibat daripada salahguna kuasa pihak pengurusan MAS.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
TIMBALAN PRESIDEN PAS, USTAZ NASHARUDIN MAT ISA, menyelar pihak
polis dan menyifatkan tindakan pihak berkuasa terhadap perhimpunan aman
membantah kenaikan harga minyak di KLCC hari ini sebagai tindakan yang
tidak bertamadun.
"PAS berasa amat dukacita dengan tindakan polis,
kerana kami berhimpun secara aman untuk mewakili rakyat Malaysia
mambantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini.
"Malangnya
tindakan polis hari ini amat tidak bertamadun dan tidak
berperikemanusiaan," tegas beliau semasa dihubungi semasa berada di
Pusrawi bagi melawat Amran Zulkifli yang berlumuran darah akibat
kecederaan dipukul polis di kepala.
Menurut Ustaz Nasharuddin, tindakan ganas ini
sebenarnya hanya meletakkan imej polis ke pada tahap yang paling rendah
pada pandangan rakyat jelata.
FRU pukul secara membabi buta
Timbalan Presiden PAS itu
menegaskan, apa yang beliau saksikan hari ini menjadi bukti jelas
bahawa pihak polis dan FRU memukul orang ramai yang berada dalam
perhimpunan aman tersebut secara membabi buta.
Beliau juga menyifatkan tindakan tidak profesional polis tersebut sebagai suatu tindakan yang didorong oleh tekanan pihak lain.
"Kita kesal selepas pelbagai
laporan mengenai polis (laporan suruhanjaya) dan perilaku yang
bercanggah dengan sistem keadilan negara, pihak polis tetap tidak
mengambil iktibar.
"PAS tidak akan berdiam diri dan kami akan mengambil tindakan susulan," tegasnya kesal.
Peristiwa
pada pagi semalam, menjadi hangat apabila Ketua Pemuda PAS, Salahuddin
Ayub, Ronnie Liu (DAP) dan Badrul Hisham Shahrin (KeADILan) antara
pemimpin utama pembangkang beserta 15 aktivis lain, dan dua orang
wanita ditangkap dalam demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di
hadapan KLCC kira-kira jam 10.50 pagi.
Semua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Pudu, bagaimanapun ke semua aktivis telah dibebaskan jam 3.30 petang
Namun semua mereka dikehendaki melaporkan diri di
Balai Polis Dang Wangi pada 28 Jun ini.Sehingga dibebaskan kesemua
mereka tidakpun dikenakan pendakwaan kata, Salahuddin yang keluar
selang beberapa minit selepas Ronnie Liu dibebaskan.
Menurut Salahuddin, dalam soal siasat kesemua
aktivis yang ditahan mengambil pendekatan untuk tidak mahu menjawab
sebarang soalan dari pihak berkuasa, katanya.
"Kita cabar polis agar mendakwa kami ke mahkamah.Kita akan berjumpa di sana," katanya.
Mengulas kejadian Salahuddin berkata, penahanan
beliau dan beberapa aktivis lain menunjukkan betapa tidak demokratiknya
kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi.
Rahsia yang tersimpan disebalik penyelesaian krisis GPMS…
June 1, 2006 : 11.00 PM ---
Selesainya
krisis Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Khamis sebenarnya
tidaklah mengejutkan.Kedua Datuk Suhaimi Ibrahim dan Reezal Merican
berpelukan di depan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang menjadi orang tengah.
Lihat gambar dibawah yang dirakam oleh Agendadaily pada 29 April lalu
.Ia di majlis perkahwinan adik kepada isteri Reezal,Ismaliana Ismail
yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia di sebuah dewan di Gombak.
Diketika semua menduga ‘dua Presiden GPMS’ Suhaimi dan Reezal yang
juga Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi di Kementerian
Kewangan tak bertegur...sapa siapa percaya melihat aksi mereka
berjenaka sebulan lebih sebelum penyelesaian hari Khamis.
Tertawa riang melihat gelagat mesra Reezal dan Suhaimi (kiri
sekali) ialah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga
Setiausaha Politik Menteri Kewangan II,Datuk Paduka Norza
Zakaria,Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Othman Desa (tengah)
dan kiri sekali Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Aziz.
Gambar ini tidak disiarkan Agendadaily sebelum ini kerana tidak
mahu mengganggu bibit proses damai yang sudah diusahakan sejak itu.
Krisis GPMS menjadi parah bila kedua-dua puak Reezal dan Suhaimi
mengadakan mesyuarat secara berasingan di Bangi pada 25 Disember tahun
lalu.
Sejak itu GPMS ada dua Presiden iaitu Reezal dan Suhaimi.
Krisis ini yang mendapat liputan meluas media berhari-hari mencetuskan kemungkinan GPMS terpaksa dibubarkan.
Mengikut
formula damai yang diumumkan oleh Najib dalam sidang akhbar di
pejabatnya di Putrajaya Suhaimi melepaskan jawatan dan menyokong Reezal
sebagai presiden yang baru dalam pemilihan yang bakal diadakan dalam tempoh sebulan.
Sebagai mengiktiraf jasa Suhaimi yang bersetuju memberi laluan, beliau akan dilantik sebagai penasihat GPMS.
Reezal
juga bersetuju menerima semua pihak termasuk penyokong Suhaimi dalam
kepimpinan yang baru bagi mengelak kepimpinan GPMS berpecah kepada dua
kumpulan.
"Saya sendiri akan merasmikan persidangan GPMS yang akan datang.
Saya ucapkan terima kasih terhadap jasa baik kedua-dua pihak untuk
bertemu dengan saya bagi meyatakan persetujuan itu," kata Najib.
Suhaimi
yang berterima kasih kepada Najib, berkata keputusan untuk melepaskan
jawatan tertinggi GPMS dibuat selepas memikirkan dan mengambil kira
masa depan GPMS.
"Jika krisis ini berlanjutan, ia akan merugikan semua pihak. Kami
tidak boleh biarkan isu ini berlarutan. Oleh itu saya dengan rasa
tanggungjawab dan rela hati, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,
mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden GPMS,
sebaliknya memberi laluan kepada Reezal," katanya.
Suhaimi berkata walaupun menyedari keputusan itu sukar diterima
penyokongnya, beliau berharap mereka dapat menerima keputusan ini
dengan sikap terbuka.
Reezal turut menghargai sikap Najib yang merahsiakan pertemuan
beliau dan Suhaimi bagi membincang serta mencari jalan menyelesaikan
kemelut kepimpinan GPMS.
"Saya rasa terharu kerana setelah apa yang kami lalui, Suhaimi sudi
melepaskan jawatannya dalam GPMS. Apa yang berlaku selama ini merupakan
satu kematangan kami berdua," katanya.
"It
is most unfortunate that the police have to resort to use minimum force
- that was minimum force - it was never their intention to cause harm.
Never."
(Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Bin Haji Omar)
Aku
malas nak ulas kau orang nengok sendiri gambar kat atas tu..nanti aku
ulas aku panggil ungka, cipan, tapir dan sebagainya orang marah.. tapi
kau orang nilai sendiri ler.. layakkah orang yang memperlakukan orang
sebegitu dipanggil dengan mulia..layakkah hikmah digunakan kepada
mereka yang terang-terang berhati busuk dan begitu dengki terhadap
Islam..kau orang fikir sendiri ler..! mereka hanyalah rakyat negara
ini.. mereka membayar segala cukai..bezanya mereka terdiri daripada
mereka yang tidak sehaluan dan tidak berpuas hati dengan tindak tanduk
kerajaan dan mereka hanya ingin menyampaikan ketidakpuashatian itu
secara berani dan vokal.. tapi apa yang mereka terima..? Adakah menjadi
satu kesalahan dinegara ini untuk meluahkan pandangan dan rasa hati
yang berbeza dengan kerajaan.. Jangan berhujah dengan mengatakan
kerajaan tak tahu apa-apa.. dan semua itu perbuatan polis dan kerajaan
tidak bersalah..kerana itu adalah hujah yang paling bodoh untuk
digunakan...jelas dan terang bahawa setiap apa tindakan polis adalah
dibawah bidang kuasa kerajaan..! so setiap perlakuan kurang ajar polis
adalah tanggungjawab kerajaan.. dan adakah kerajaan mengambil apa-apa
tindakan terhadap perkara ini..? takde..! tauXpe
IbnuSabah writes "Pilihanraya
diadakan sejak 1955 di negara ini sudah 11 kali pilihanraya umum. Dalam
tempoh lebih 50 tahun kerajaan Malaysia belum pernah ditukar kecuali
beberapa kerajaan negeri telah bertukar seperti Pulau Pinang,
Terengganu, Kelantan dan Sabah. Lain-lain kerajaan sejak pilihanraya
pertama hingga ke 11 masih dikuasai oleh Parti Perikatan kemudian
bertukar nama kepada BN ketika zaman Tun Abdul Razak.
Kepimpinan
zaman PM pertama Tuanku Abdul Rahman adalah fasa pertama kemerdekaandan
PM kedua Tun Abdul Razak merupakan fasa pertama pembangunan negara
hinggalah PM ketiga Tun Hussien adalah kesinambungan pembangunan yang
berentak sederhana. Setelah PM ke 4 Tun Mahathir yang diberi laluan
mudah oleh Tun Hussien menduduki kerusi PM pada lima tahun pertama
menjadi PM kelihatan sesuatu yang positif untuk rakyat dan negara.
Setelah semakin lama Mahathir berkuasa dia sudah berada dalam kotak
penalti yang dikuasai sepenuhnya tanpa menghiraukan sesiapa kawan dan
lawan sudah seperti musuhnya. Siapa sahaja yang buka mulut menyanggah
kehendak nafsu kuasa miliknya tidak ada pilihan sama ada berundur
secara terhormat tanpa sebarang risiko atau melawan tapi bersedia
menerima risiko sang penguasa yang sedang gila dengan kuasa.
PM
ke 5 sekarang Pak Lah baru sahaja menduduki kerusi PM 2 tahun lebih,
macam Khalifah Umar Abdul Aziz di zaman Umayyah dalam tempoh singkat
telah berjaya melaksanakan dasar yang sangat hebat memakmurkan rakyat
dan negara. Jauh berbeza dengan 2 tahun lebih Pak Lah menjadi PM
Malaysia lebih banyak menyukarkan kehidupan rakyat yang dipimpinannya
dengan pelbagai kenaikan keperluan asas rakyat seperti kenaikan petrol,
gas, tarif elektrik dan barangan lain.
Berdasarkan senario
tersebut tidak ada lagi hujah rakyat untuk terus mengekalkan kepimpinan
UMNO/BN di atas singgahsana kepimpinan politik negara. Untuk
mengharapkan Najib anak Tun Razak bergabung tenaga Hshamudin anak Tun
Hussien dan Mukriz anak Tun Mahathir menjadi pemimpin pelapis adalah
terlalu kerdil dari segi kewibawaan, keperibadian dan ketokohan jauh
sekali.
Mengharap pelapis dari anak dan menantu Pak Lah,
Kamarudin dan Khairy. Lagilah berat untuk dikatakan. Khairy sekadar
popular dengan MyTeamnya, manakala Kamarudin sibok dengan syarikat
perniagaannya Scomi..................
Sokong Yang Baik Pasti Menghasilkan Pemimpin Terbaik
Masa
terbaik untuk rakyat Malaysia memilih kepimpinan negara yang lebih
berwibawa, terbaik, berkualiti dan ikhlas. Kebetulan mereka ini tidak
berada dalam kem UMNO/BN, kalau adapun dalam kem UMNO/BN mereka sudah
dirosakkan oleh nilai kepimpinan negatif dan rasuah dalam tubuh badan
UMNO/BN itu sendiri.
Tetapi pemimpin yang berkualiti, terbaik,
berwibawa dan ikhlas itu secara kebetulan ramai yang berada dalam kem
BA/PAS, KeADILan dan parti-parti pembangkang lain DAP dan NGO's
Mereka
tidak sanggup untuk masuk kem UMNO/BN kerana terbukti bahawa
pemimpin-pemimpin yang baik sebelum masuk UMNO/BN, setelah berada dalam
UMNO/BN mereka kehilangan prinsip dan jati diri, kecuali DS Anwar dan
rakan-rakan lain seperti Ezam, Saifudin Nasution, Azmin, Gobala, Tian
Chua dan ramai lagi.
Formula mudah untuk rakyat Malaysia
fikir-fikirkan. Memilih pemimpin yang baik akan menghasilkan kepimpinan
yang baik untuk rakyat. Menyokong pemimpin yang amanah akan
menghasilkan kepimpinan yang jujur dan amanah kepada rakyat yang
memilih mereka. Mengundi pemimpin yang baik, jujur, berwibawa dan adil
pasti akan menghasilkan kepimpinan yang terbaik, jujur dan adil kepada
rakyat yang telah memilih mereka.
Tetapi memilih, menyokong
dan mengundi pemimpin yang suka membohong rakyat, suka putar belit
rakyat, suka janji tapi tak menepati janji, suka rasuah, suka buat
projek, suka kroni dan sebagainya. Pasti akan menghasilkan pemimpin
yang hanya pandai bercakap manis di depan rakyat, dan menghasilkan pula
kempimpinan yang tidak amanah, tidak ikhlas, suka bagi rasuah dan makan
rasuah.
Akhirnya, rakyat boleh melihat sendiri bukti-bukti jelas
berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang telah didapati bersalah kerana
rasuah, ditangkap kerana bawa wang rakyat keluar negara, agih kekayaan
negara dan rakyat macam wang peribadi mereka.
Apakah rakyat Malaysia tidak boleh menyedari hakikat yang terjadi di depan mata.
Jadikan
PRU ke 12 nanti sebagai tempat yang sah bagi rakyat memilih pemimpin
yang terbaik, berwibawa dan berkualiti. Kita yakin akan ramai lagi
pemimpin muda di Malaysia akan muncul melalui BA yang akan menawarkan
kepimpinan yang terbaik untuk Malaysia dibawah pimpinan DS Anwar
Ibrahim, Tuan Guru Hadi Awang, Ust. Nasaruddin, Dr Syed Husin, Dr Wan
Azizah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ronny Liu dan ramai lagi.
Sokong yang baik hasilnya baik
Sokong yang berwibawa hasilnya yang baik
Sokong yang amanah hasilnya rakyat hidup senang
Sokong kaki rasuah hasilnya rakyat susah
Sokong yang lemah hasilnya negara tidak terurus
Sokong yang tidak amanah hasilnya wang rakyat mereka sapu
Sedarlah wahai rakyat Malaysia
sebelum kita menjadi lebih teruk lagi
masa untuk kita lebih baik akan ditentukan
dalam PRU ke 12 nanti.
ALLAHU AKBAR...
Reformasi...."
Pemimpin UMNO ‘ditutup’ oleh ‘keterbukaan’ Khairy?
Dalam
sebuah artikel di blog A Kadir Jasin, (Benarkah Pemuda UMNO Terbuka)
beliau ada menulis bahawa seorang bekas menteri kabinet di zaman Tun M
pernah memberi pendapat tentang Khairy iaitu ‘a carbon copy of Anwar
Ibrahim’, selepas satu pertemuan dengan Khairy. Hairan, seorang rakan
pejabat lama saya yang belum pernah berjumpa Khairy juga pernah berkata
yang sama. Dan saya juga amat bersetuju dengannya.
Strategi
politik setiap politikus sebenarnya tidak banyak berbeza. Antara
strategi yang paling asas ialah mempopularkan diri
sepopular-popularnya, itu sahaja. Tikam belakang, bodek, ampu dan
sebagainya hanyalah sampingan.
Tetapi, bagaimana untuk popular? Mudah, iaitu dengan bekerja sebaik mungkin dan berjasa sebanyak mungkin.
Tetapi
ramai politikus yang terlalu malas untuk naik tangga, mereka mahu naik
lif. Jadi mereka memilih untuk menggunakan strategi yang lebih mudah
lagi iaitu tidak perlu bekerja atau berjasa cuma bercakap sebanyak
mungkin walaupun tiada apa hendak dicakap, atau hentam saja orang lain
atau politikus lain sekerap mungkin agar nampak diri sendiri baik, dan
sekali-kala tonjol kealiman. Kemudian pastikan semua ini sampai kepada
rakyat melalui media massa.
Mungkin inilah yang dimaksudkan
Khairy apabila bercakap tentang sikap terbuka pemuda UMNO. Iaitu, dia
begitu terbuka di dalam media massa sehingga terlihat oleh rakyat
seolah-olah cita-cita sebenarnya di dalam politik adalah untuk berkuasa
dan kaya.
Sebagai seorang graduan Oxford, tidak
mungkin Khairy begitu tidak bijak dengan memperlihatkan ketamakannya
terhadap kuasa dan wang, kepada rakyat secara terang-terangan. Tidak
mungkin seorang yang sebijak Khairy tidak pandai menyembunyikan sifat
tamak dan jahatnya dari pandangan rakyat. Namun jika ini benar, Anwar
sebagai ‘original copy’nya, sememangnya jauh lebih bijak dari Khairy
kerana sekurang-kurangnya dia berjaya mengabui mata rakyat selama lebih
satu dekad, bermula dari tunjuk perasaan pelajar sehinggalah menjadi
orang No. 2 negara.
Mungkinkah Anwar seorang graduan
tempatan yang separuh masak lebih bijak dari graduan Oxford dalam soal
mengatur langkah dalam politik?
Apabila Anwar jatuh,
dia masih berjaya dalam ertikata memperdaya agak ramai juga rakyat
Malaysia sekian lama. Ramai yang tidak tahu akan kisah-kisah Anwar di
sebalik tabir kerana dia lebih berhati-hati sehinggalah saat-saat
hampir ‘kemuncak’ kejatuhannya di mana dia tidak dapat menahan diri
lalu bertindak ‘a little too aggressive’ sehingga niat jahatnya mula
dikesan ramai.
Lalu, walaupun ada yang terpedaya oleh Anwar sekian
lama, lebih ramai lagi yang sempat membuka mata melihat
penderhakaannya.
Bagaimana pula dengan Khairy?
Dalam
masa 3 tahun sahaja dia nampaknya telah menggenggam semua media
perdana, dalam masa 5 bulan telah mengaut untung lebih RM3 juta dalam
satu pelaburan sahaja (belum lagi pelaburan dan perniagaan lain)
Jika diteliti semua rungutan dan persoalan yang dibangkitkan rakyat,
terlihat seolah-olah Khairy sedang mengatur langkah menakluk Malaysia
dan membiar Malaysia ‘ditakluk’ Singapura dengan penuh keterbukaan.
Kerana keterbukannya juga, setiap saat berlalu dia bukannya mengumpul
penyokong malah menambah lagi bilangan rakyat yang semakin bersemangat
dan merasa terdesak untuk menentangnya.
Adakah Khairy tidak bijak berpolitik atau terlalu bongkak atau sekadar tidak bijak? (Mungkin dia tidak tahu bahawa kita tidak perlu menyambung pelajaran ke Oxford untuk membaca strateginya)
Malang
bagi Malaysia kerana rupa-rupanya, ketika Tun M menyerahkan baton
kepada Pak Lah, ia juga merupakan upacara penyerahan baton dari Anwar
kepada Khairy. Tentu sekali Khairy yang lebih muda berlari jauh lebih
laju daripada Pak Lah.
Jika original copy telah
menguji UMNO ke tahap maksimum dari segi menghuru-harakan ekonomi
negara, perpaduan dan hampir-hampir menggadai negara, carbon copynya
walaupun kurang bijak dari yang original, sudah tentu mendokong
objektif yang sama.
Soalnya, di manakah
pemimpin-pemimpin UMNO yang kita sangka memiliki patriotisme yang
tinggi yang kita pilih dahulu? Di manakah pemimpin-pemimpin UMNO yang
kita sangka berani untuk bangun mempertahankan maruah, agama, bangsa
dan negara kita? Apakah mata dan hati mereka telah tertutup atau
ditutup sehingga tidak dapat melihat dan merasakan betapa seriusnya
perkara-perkara yang dibangkitkan rakyat sekarang ini?
Di
mana pula jaguh-jaguh media yang tulus bekerja untuk bangsa Melayu dan
negara Malaysia ini? Apakah semuanya sudah ‘tertutup’ kerana takut
periuk nasi ‘ditutup’?
Suara rakyat membantah layanan
istimewa kepada pengkhianat oleh keluarga Perdana Menteri mungkin
dikategorikan oleh pemimpin UMNO lain sebagai isu etika atau mungkin
emosi semata-mata.
Suara rakyat yang bernada sama
dengan kenyataan Tun M mengenai beberapa isu seperti isu jambatan dan
proton pula mungkin dianggap sebagai ketaksuban terhadap pemimpin ulung
tersebut.
Tetapi bagaimana pula pemimpin-pemimpin ini menilai suara rakyat dalam isu penggabungan Avenue Capital Resources (milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan)
dengan ECM Libra? Ianya bukan sahaja dilihat oleh rakyat sebagai
penyalahguna kuasa dan pengumpulan wang oleh pihak atasan semata-mata,
tetapi ia juga dilihat sebagai sebuah ‘perkongsian’ khazanah atau harta
negara secara tidak langsung, dengan individu yang punya kaitan dengan
pihak yang berpotensi dianggap sebagai musuh negara.
Melihatkan
‘ketertutupan’ para pemimpin kita atas isu ini, maaf bertanya, berapa
sen agaknya harga setiap seorang pemimpin kita di atas sana?
Untuk
para pemimpin UMNO, ketahuilah yang kata-kata keramat Tun M bahawa
‘Perjuangan belum selesai’ tetap dipegang teguh oleh rakyat,
terutamanya bangsa Melayu.
Melayu melalui UMNO tidak
pernah berhenti berjuang bermula dengan menentang Malayan Union,
menaikkan taraf hidup bangsa, mematahkan serangan asing terhadap
ekonomi negara, memajukan bangsa dan negara, mendaulatkan maruah dan
dicelah-celah itu, tiba-tiba terpaksa berjuang pula untuk
menyelamatkan negara dari pengkhianat yang merupakan orang no. 2 negara.
Hari
ini, kita pinta para pemimpin UMNO agar menyambung perjuangan yang
tidak akan selesai ini bagi memastikan maruah, harta dan kedaulatan
negara terpelihara. Dalam UMNO, bangsa dan negara adalah lebih tinggi
dari pemimpin. Oleh itu, perjuangan perlu diteruskan walaupun ia
mungkin bermakna kita perlu menyelamatkan negara dari pempimpin
tertinggi kita sendiri. Ia mesti diteruskan walaupun seperit menikam
diri sendiri.
Kita rayu para pemimpin UMNO untuk membuka mata dan hati untuk melakukan sesuatu agar tepung tidak berselerak.
Kita
merayu kerana kita bimbang sampai suatu ketika ada segolongan rakyat
memilih untuk berjuang bagi pihak pemimpin UMNO untuk menyelamatkan
negara ini. Dan ketahuilah, bahawa dalam banyak isu yang digembur dan
tidak digemburkan, bukan hanya bangsa Melayu yang bersuara tetapi
bangsa-bangsa lain juga bersuara senada.
Seandainya
tepung telah berselerak, semua pemimpin yang bacul, yang dayus, yang
hipokrit, yang pengecut, yang khianat, yang mengampu dan yang bodoh
termasuk yang asyik berlawak jenaka di Parlimen akan ‘disapu’ dan
‘dicampakkan’ sekali, kerana tepung yang telah tumpah berselerak
walaupun kelihatan masih putih bersih, ia tetap terlalu kotor untuk
dijadikan roti.
Kita begitu berharap agar tepung
tidak tumpah kerana jika ia berlaku, ia akan merupakan perjuangan yang
paling sedih di dalam sejarah Parti keramat ini.
Kemungkinan Saudara Abd. Jalil terkeliru
dengan pakaian yang dipakai oleh Menteri Belia Dan Sukan , Datuk
Azalina Dato' Othman Said ketika menyaksikan perlawanan bolesepak
antara pasukan Myteam dan juga pasukan Malaysia pada 28hb Mei yang
lalu.
Sebenarnya Datuk Azalina tidak langsung perasan atau
memikirkan untuk memakai baju yang berwarna biru bagi menyokong pasukan
Myteam kerana baju yang dipakai adalah berwarna Ungu.
Mungkin Cahaya lampu telah membirukan baju tersebut.
Sila layari laman www.menteribeliasukan.net untuk menyaksikan sendiri baju yang telah dipakai oleh Datuk Azalina Othman.
Pengguna Ubah Suai Gaya Hidup Tampung Peningkatan Kos Elektrik
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Organisasi perniagaan dan orang ramai
di sekitar ibukota mengambil pelbagai langkah untuk mengawal kos
elektrik berikutan kenaikan tarif oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)
mulai hari Khamis.
Tinjauan rambang Bernama mendapati secara umumnya masyarakat cuba
meminimumkan kos tanpa menjejaskan operasi perniagaan mereka atau
mengorbankan kebergantungan kepada kehidupan moden.
"Kami akan berjimat dan cuba mengurangkan penggunaan di mana yang
perlu. Sebagai contoh, kami akan memadamkan lampu dan penyaman udara di
bilik atau dewan atau menghentikan tangga gerak sekiranya tiada acara
yang berlangsung," kata jurucakap Hotel Istana di sini.
Beliau berkata hotel itu turut memilih untuk menggunakan lampu
yang menjimatkan tenaga sebagai langkah mengawal kos elektrik yang
tinggi.
Bagi pasaraya Carrefour, Pengurus Perhubungan Awamnya, Yuswanis
Yusof berkata pengurusan premis itu turut mengambil pelbagai langkah
mengurangkan penggunaan elektrik, terutamanya di pejabat.
"Kami sentiasa mengamalkan dasar mesra alam sekitar dengan
sentiasa menjimatkan elektrik setakat yang boleh. Bagaimanapun daripada
segi operasi, tidak banyak yang boleh kami lakukan memandangkan kami
perlu memastikan makanan sentiasa segar dan berkeadaan baik pada
sepanjang masa.
"Kami hanya boleh berusaha meminimumkan kos operasi tetapi bagi
kawasan lain seperti pejabat, saya pasti kami boleh melakukan lebih
lagi untuk mengurangkan kos," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk dari Puchong, yang hanya ingin
dikenali sebagai Low berkata beliau dan keluarganya harus menyesuaikan
gaya hidup mereka dengan cuba mengurangkan penggunaan alat penyaman
udara, sebaliknya menggunakan kipas angin walaupun dalam keadaan cuaca
yang terlalu panas sekarang.
"Keluarga saya mengamalkan sikap mematikan bukan sahaja peralatan
elektrik tetapi juga punca kuasanya semasa tidak digunakan sebagai
langkah menurunkan kos," katanya.
Low berkata beliau mungkin turut menimbangkan untuk menggantikan
peralatan elektrik di rumahnya yang berusia lebih 10 tahun dengan
peralatan baru sebagai satu lagi usaha mengawal kos.
TEMERLOH 1 Jun (Hrkh)
- Aktivis parti mengharapkan Muktamar PAS kali ke 52 di Kedah dari 5
hingga 9 Jun ini akan memperkemaskan strategi perjuangan parti ke arah
lebih cemerlang dan berdaya saing.
Aktivis PAS, Akmal Hidzri Othman 55, berkata sesuatu perlu dilakukan
untuk mempertingkat semangat juang ahli dan kepimpinan parti di
peringkat bawah.
Berbanding generasi PAS sekitar 80-an, beliau
dapati ahli-ahli PAS tidak didedahkan dengan program berbentuk
pengisian dalaman seperti tamrin, qiamulalil dan sebagainya menyebabkan
mereka tidak berupaya berhujah menggunakan dalil dari nas al- Quran dan
hadis dengan mantap.
Katanya generasi kami dahulu sering
mengadakan program berbentuk pengisian di merata tempat sama ada di
rumah ahli, markaz parti mahupun di kawasan rekreasi secara berjamaah.
"Hari
ini program sedemikian amat berkurangan, malah boleh dikatakan tiada,
kami dahulu sering juga berqiamulalil di rumah pemimpin dengan membawa
ahli keluarga, dengan cara itu perasaan kasih sayang sesama anggota
jamaah,” ujarnya.
Akmal berharap semua pihak melihat semula perkara itu apakah ia masih sesuai dilaksanakan atau sebaliknya.
Beliau
juga mahu Muslimat memperluaskan skop kegiatan kepada semua peringkat
masyarakat tidak tertumpu kepada kuliah fardu ain semata-mata.
"Kita
tahu fardu ain itu penting tetapi perlu difikirkan juga bagaimana
program muslimat itu diperluaskan sehingga mampu menarik remaja
menyertainya. Kita mungkin telah ada Nisa' yang ditubuhkan khusus untuk
remaja tetapi setakat ini Nisa ia belum menonjol dan belum dikenali
masyarakat," ujarnya.
Seoran lagi aktivis PAS, Amiruslan Manaf
44, mahu Muktamar PAS ke-52 ini menjadi medan untuk melihat semula ke
dalam parti untuk memantapkan PAS sebuah parti politik dan dakwah.
Katanya,
PAS perlu memperkukuhkan gabungan kepimpinan Ulama dan profesional
sehingga ke suatu tahap yang benar-benar membawa kekuatan kepada parti.
"Keduanya, pengagihan jawatan-jawatan utama di dalam parti juga
patut diberi perhatian, kita tidak mahu seseorang pemimpin itu memegang
terlalu banyak jawatan dan terlalu lama pula memegang jawatan sehingga
kekeringan idea sehingga menjejaskan kemampuan beliau sendiri.
"Ada
baiknya jika jawatan utama itu diagih-agihkan kepada pemimpin lain
supaya kita tidak menghadapi masalah melahirkan atau mencari pemimpin
pelapis yang berwibawa," katanya.
Selain itu perjuangan untuk
memperjuangkan demokrasi di dalam negara ini perlu di tingkatkan ke
tahap maksima. Ini kerana selagi amalan demokrasi itu tidak berjalan
selagi itu peluang untuk rakyat melihat perubahan politik di dalam
negara ini tidak akan tercapai.-mr
agi
Puan Brunson dari Georgia, perasaan bersalah Bush dan Blair di atas
korban anaknya bernama Jarques Gus Brunson bersama lebih 2,460 askar
Amerika Syarikat (AS) sejak serangan unilateral Bush bermula 20 Mac
2003 ke atas Baghdad sudah terlambat.
Cukupkah dengan kata-kata “ok we did make mistake?”
tanya beliau. (NST 28 Mei 2006). Demikian, rata-rata respons keluarga
mangsa ke atas dasar agresif kedua-dua pemimpin angkuh dari United
Kingdom dan AS itu.
Saya pula mahu bertolak dari perkara keikhlasan. Ikhlaskah yang
membawa Bush dan Blair untuk menyesal? Atau mereka berdua cuma sedang
cuba meredakan kemarahan rakyat sedunia yang terlampau mendidih. Itu
yang pertama.
Kedua, apakah jika tidak kerana protes rakyat mereka sendiri, kedua-dua
mereka masih enggan mengaku kesalahan? Sudah berapa lama dunia Islam
bertempik, meratap dan merayu agar perang yang menyembelih Baghdad,
Palestin dan Kabul itu dihentikan. Ada mereka dengar?
Ketiga, cukupkah dengan mengakui kesalahan dan menyatakan kekesalan?
Jika Adolf Hitler, Milosevic dan Pinochet boleh didakwa di atas
pelbagai kesalahan jenayah perang, apa sangat istimewanya Bush dan
Blair untuk diberikan pengecualian?
Tidakkah dunia sedang menyaksikan Saddam yang berpeluh-peluh di kandang
tertuduh? Beliau sedang lelah dihujani soal siasat di atas tuduhan dosa
pembunuhan.
Keempat, kenapa harus Bush dan Blair diberi kekebalan. Dunia sepatutnya
wajib mendesak mereka diseret ke The Hague untuk diadili. Jika dalam
kes Saddam, kita sedang diberi liputan harian bagaimana reaksi dan
dolak dalik beliau untuk melepaskan diri menarik parhatian, kenapa pula
kedua-dua pencatur utama huru hara dunia ini tidak boleh melalui proses
ini?
Dari segi kesahihan, pada saya Saddam masih Presiden Iraq. Beliau tidak
digulingkan oleh rakyat tetapi oleh tentera penceroboh di bawah
telunjuk White House dan Dawning Street. Bush dan Blair harus sedar
bahawa kesalahan beliau bukan setakat ke atas warga kulit putih dari
Eropah sahaja.
Penyesalan beliau harus lebih meluas meliputi puluhan ribu nyawa mangsa
dari Baghdad, Kabul, Mosul, Sanaa’, Najaf, Karbala, Shabra dan Shatila.
Jangan pula lupa bahawa di Guantanamo Bay, Cuba dan Penjara Abu Gharib,
kedua-dua pemimpin itu telah mengarahkan pelbagai pakej penyeksaan ke
atas sesiapa saja yang dikira memusuhi Amerika.
Hatta di Guantanamo Bay, angka terkini masih mencatat 60 kanak-kanak di sekitar umur 14 tahun yang sedang diseksa.
Hal ini dibantah sendiri dengan keras oleh pertubuhan hak asasi kulit
putih yang berpangkalan di London. Mereka menyanggah dengan kata-kata,
“masalahnya apabila kanak-kanak juga ditahan tanpa diadili dalam
keadaan yang mengejutkan. ("The problem is when you even hold minors without trial in shocking condition.” - NST 29 Mei 2006)
Sesungguhnya penyesalan sebenar itu datangnya dari hati. Hatilah tempat
yang seharus dan seawalnya merasai penyesalan. Dalam Islam, ini amat
diteliti dalam bab taubat. Dalam tertibnya, seorang yang mengaku
berbuat kesalahan, sekurang-kurangnya harus melibatkan tiga perkara
iaitu menyesali kesalahan, memohon maaf dan bertaubat dengan
sesungguh-sungguhnya untuk tidak mengulangi kekejian yang dilakukan.
Bolehkah kita percaya yang Bush dan Blair asaskan penyesalan
dan rasa berdosa mereka dari tiga pengkalan ini. Pendek kata, tanpa
iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. jangan diharaplah jenis pengakuan
yang dibuat oleh Bush dan Blair itu bertolak dari kejujuran yang boleh
menghentikan segala perbuatan kejam mereka lagi dan lagi.
Buktinya, lihatlah kata-kata Bush di West Point hari ini yang masih cuba mewajarkan lagi langkah perang anti terrorist beliau dengan kata-kata “ini baru permulaan. (This is only the beginning)” - NST 29 Mei 2006.
Dalam konteks Malaysia pula, setelah Bush dan Blair pun sudah sanggup
mengakui kesalahan mereka, apakah pula reaksi Malaysia. Kita jangan
lupa bahawa ISA kita yang sudah berusia 50 tahun ini telah menahan
ribuan orang tanpa perlu dibicara.
Sebelum AS melaksanakan kaedah “detention without trail”,
Malaysia telah lama mendahului Washington. Bahkan pemimpin-pemimpin
kita berbangga pula bahawa Pentagon pun belajar dari Malaysia dalam
soal mengambil langkah-langkah pre-emptif.
Sekarang, apakah tidak terasa bersalah dan tidak terlintas untuk
memohon maaf? Sudah lama saya mendengar cadangan ISA untuk dimansuhkan.
Entahlah. Setakat ini, saya belum dengar lagi permohonan maaf. Menyesal
pun tidak. Apa pun tidak. Apa yang selalu saya dengar dalam soal
minyak, elektrik dan harga barang yang naik, “ia wajar dan ia tidak
membebankan.”
pa
yang berlaku pada 28 Mei 2006 akan meninggalkan satu kesan hitam dalam
sejarah bola sepak dan sukan negara keseluruhannya. Daripada puluhan
ribu penyokong yang mengejek anak-anak muda negara berusia 19 tahun
yang menyarung jersi negara sehinggalah kepada Menteri Belia dan Sukan
yang memilih untuk memakai baju biru (warna pasukan myteam), semuanya
tampak cacat, sumbang dan mengelirukan.
Mungkin sebahagian orang Malaysia sudah hilang akal budi, jati diri dan patriotisme.
Apa
salah anak muda berusia sekitar 19 tahun sehinggakan diejek sebegitu
rupa bila menentang pasukan yang lebih matang seperti Myteam? Apa dosa
anak-anak muda yang menyarung jersi kuning kebanggaan negara sehingga
Menteri Belia dan Sukan pun tidak sanggup menggunakan warna rasmi
pasukan negara yang beliau sendiri ketengahkan sebelum ini?
Sepanjang
dua tahun ini, berapa kali kita dapat menonton siaran langsung mahupun
rakaman membabitkan skuad negara? Peminat pernah mengeluh dan kecewa
bila perlawanan-perlawanan penting Malaysia di luar negara bukan sahaja
tidak disiarkan secara langsung malah liputan pun jarang diikuti dengan
tayangan perlawanan.
Milik menantu PM
Anehnya,
satu perlawanan persahabatan pasukan negara membabitkan sebuah pasukan
amatur milik menantu Perdana Menteri bukan sahaja disiarkan secara
langsung malah diberi publisiti lebih meluas berbanding liputan Liga
Malaysia sendiri.
Sesiapa yang menyaksikan perlawanan tersebut
di rumah akan melihat bagaimana anak-anak muda Malaysia yang masih
keletihan kerana baru pulang dari perlawanan persahabatan di Eropah
turun bermain untuk memenuhi jadual yang sedia ada.
Mereka
menguasai perlawanan, bermain dengan sistematik walaupun keletihan
tetapi diejek oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang hadir di
stadium pada malam tersebut.
Yang hadir mungkin tidak dapat
melihat keseluruhan perlawanan secara jelas berbanding di TV. Di TV
jelas kelihatan Myteam bukanlah tandingan skuad bawah 20 tahun negara,
apatah lagi jika mahu mencabar skuad negara sebenar.
Soalnya
ini satu perlawanan persahabatan yang membabitkan pasukan negara dengan
pasukan menantu Perdana Menteri. Mengapa harus diejek mana-mana
pasukan?
Mengapakah Khairy Jamaludin sebagai Naib Ketua Pemuda
Umno dan Ahli Bebas Majlis Kerja FAM hanya terlonjak, terkinja-kinja
dan berlari apabila Myteam menjaringkan gol tetapi mendiamkan diri bila
pasukan Malaysia menjaringkan gol?
Apakah hanya myTeam yang
mendapat tempat di hati Khairy? Jika demikian layakkah beliau menduduki
Majlis Kerja FAM? Selebihnya layakkah beliau menjadi Naib Ketua Pemuda
Umno Malaysia jika mementingkan perniagaan berbanding negara?
Hakikatnya,
Myteam hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Academy Manchester United,
tetapi pasukan bawah 20 negara membelasah pasukan yang sama 4-1. Myteam
juga dibelasah oleh Kedah, Melaka dan Johor.
Sedang pasukan
bawah 20 Malaysia mengalahkan Salford FA academy 3-0, mengalahkan Stoke
City academy 2-0. Selain itu dalam 6 perlawanan di Eropah sepanjang
tiga minggu lalu menyaksikan mereka menumpaskan pasukan bawah 20 kelab
utama Slovakia, Spartak Trnava, 3-0, tumpas 3-4 kepada pasukan divisyen
1 Slovakia, Zapado Slovensky FC, dan tewas 0-4 kepada pasukan bawah 21
Slovakia.
Sikap kurang ajar Khairy
Setelah
begitu banyak perlawanan dan jauh perjalanan yang diharungi selama tiga
minggu lalu adakah kita berharap skuad negara bawah 20 ini mempamerkan
satu permainan yang cukup bermutu pada malam 28 Mei?
Hakikat
yang lebih mendalam ialah MYteam yang kononnya dipilih melalui satu
saringan yang ketat dan membabitkan 17 ribu peserta dan matang dari
segi pemikiran gagal menyaingi pasukan anak muda yang rata-rata berusia
19 tahun.
Mengapa tiada siapa yang mempersoalkan sikap kurang
ajar Khairy Jamaludin sehingga memaksa FAM memanggil kembali 3 pemain
skuad kebangsaan yang berlatih di Singapura untuk turut sama dalam
program ini?
Jika skuad budak-budak bawah 20 pun Myteam tidak mampu tewaskan, apa relevannya mereka mendesak untuk menentang skuad senior?
Namun
episod lebih malang ialah sikap TV3 yang terlebih sudu dari kuah.
Ulasan hari ini yang mempersoalkan kemampuan pasukan bawah 20 negara
berdasarkan permainan semalam semata jelas mencerminkan sikap sebenar
stesen TV yang diketuai oleh bekas Setiausaha Akhbar Pak Lah ini.
Ini
pasukan negara bawah 20 tahun yang layak secara merit ke Pusingan Akhir
Piala Asia Bawah 20 Tahun yang akan berlangsung di India hujung tahun
ini. Apakah ini bukan bukti kemampuan mereka?
Tapi TV3 bukan
sahaja menjadi tidak rasional malah meruntuhkan moral para pemain
negara yang berjuang bersungguh-sungguh mengambalikan maruah bola sepak
negara. Apakah bagi TV3 perlawanan menentang Myteam lebih penting
daripada prestasi pasukan bawah 20 ini yang layak ke pusingan akhir
Piala Asia?
Sampai bila kumpulan Media Prima dijadikan alat
kepada Khairy Jamaludin untuk memusnahkan musuh politik beliau dan juga
digunakan sebagai pentas mempopularkan diri sehingga mengorbankan
agenda negara yang lebih besar?
Apakah perasaan anak-anak muda
yang menyarung jersi negara bila mereka dicemuh dan dihina oleh rakyat
tanah air sendiri? Apakah erti perjuangan bagi mereka Jika Menteri
Belia dan Sukan pun memilih warna biru berbanding kuning - warna rasmi
skuad negara?
Apa yang tinggal dalam episod ini hanyalah satu
titik hitam yang tidak mungkin terpadam buat beberapa lama hanya kerana
dua orang manusia ingin membuat duit dan mencari populariti - Khairy
Jamaluddin dan Jason Lo. - www.kmu.net.my