Hadis Rasulullah perjelaskan hukum yang umum
Sumber hukum dalam Islam terbahagi kepada empat iaitu al-Quran,
al-sunah, qias dan ijmak ulama. Dari segi etimologi, perkataan hadis
berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian.
Antaranya adalah baharu, berita atau khabar, peristiwa atau kejadian
yang berlaku, perutusan atau perkataan dan kisah atau cerita.
Tue | Aug 01, 06 | 10:29:19 AM Oleh Mohd Rashidi Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh)
- PAS menjemput umat Islam yang prihatin untuk bersama mengiringi
pemimpinnya menghantar memorandum bantahan terhadap kekejaman rejim
Zionis Israel ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di
Jalan Semantan, Damansara jam 12 tengahari esok (2 Ogos 2006).
Tue | Aug 01, 06 | 11:31:48 AM Oleh Mohd Rashidi Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh)
- Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya meminta
maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung insiden memalukan yang
berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa Jumaat
lepas.
Tue | Aug 01, 06 | 09:35:43 AM Oleh Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH, 1 Ogos (Hrkh) -
Kumpulan Artikel 11 serta kumpulan-kumpulan seperjuangan dengannya
diminta menghentikan segera kegiatan yang dilihat sebagai cuba
mencampuri urusan agama orang Islam.
TarakNama: eishh dok sembang apa lagi...dah banyak yg mati nuu...cepat laa sikit..!!
PM sempurna istiadat meletak kalungan bunga Hari Pahlawan
KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini
menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan
Negara sempena Hari Pahlawan 2006 sebagai memperingati wira yang gugur
semasa mempertahankan tanah air.
TarakNama: hari tuu kan dah ada Tok Mufti kata yg dok kalung bunga kat tugu nie HARAM....eishh hangpa nie...tak reti2 kaa..??
Seperti
yang diduga oleh kebanyakan pemerhati Tun Dr Mahathir Mohamad telah
membuat kritikan yang lebih tajam dan terbuka terhadap Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu Jumaat.Bekas
Perdana Menteri itu antara lain buat pertama kali menyebut nama menantu
dan anak Perdana Menteri iaitu Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin
Abdullah dalam ucapannya.Beliau juga terus menghentam Timbalan
Pengerusi Kumpulan New Straits Times,Datuk Kalimullah Hasaan dan
menegaskan tentang perlunya pengarang Melayu kembali menerajui akhbar
itu.
SAYA terkejut juga membaca rencana yang menganggap kritikan-kritikan
keterlaluan yang menuntut kepimpinan FAM meletakan jawatan adalah tidak
wajar kerana ia seolah-olah tidak menghormati raja.
Bagi saya pandangan seperti inilah yang membawa kita terus
terbelenggu dan tidak rela menghadapi realiti dengan jujur dan ikhlas.
Kalau bola sepak nak dimajukan, maka segala faktor yang menjadi batu penghalang mestilah dihapuskan!
Takkanlah memegang tampuk selama 22 tahun tanpa sebarang pencapaian
atau kejayaan yang boleh dibanggakan boleh dianggap sebagai berjaya dan
tidak gagal?
Soal tidak menghormati raja sama sekali tidak timbul dalam pandangan
dan teguran yang disampaikan secara jujur dan ikhlas untuk bola sepak
kita.
Kita menyanjung tinggi seseorang raja yang rela merendahkan diri
turun mencemar duli bekerja dengan hamba rakyat, tetapi dalam segala
urusan yang sama-sama terlibat ini, kenalah dipastikan kebebasan
bertindak dan memberi pandangan diterima secara terbuka tanpa
membiarkan segala hal dipengaruhi oleh kuasa dan kedudukan semata-mata.
Kita tetap menghormati raja, tapi kita juga ingin melihat kejayaan
bola sepak negara kita yang kini tercorot di tangga 146 dunia!
Sumber kewangan utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah
melalui tajaan dan sumbangan. Sumbangan wang tajaan Liga Malaysia yang
sekarang ini diterima dari Telekom Malaysia (dulunya dari syarikat
Dunhill sebanyak RM30 juta setahun) berlaku disebabkan penglibatan
pasukan-pasukan negeri dan kelab dalam Liga Malaysia dan sumbangan
kepada mereka merupakan pembahagian tajaan, bukan subsidi dan bukan
bantuan!
Sumber tajaan ini boleh diperluaskan dengan lebih berkesan jika
pihak yang lebih berpengaruh dalam hal ehwal negara memimpin FAM.
Sasaran yang dinyatakan oleh Datuk Dr. Ibrahim Saad, Setiausaha
Agung FAM sememangnya boleh diterima tetapi FAM kenalah ada perancangan
yang komprehensif dan jelas untuk menghasilkan pemain-pemain bertaraf
dunia tanpa mengharapkan pihak lain.
Janganlah apabila gagal kelak, maka ada sahaja pihak lain yang mahu
dipersalahkan! Untuk mencapai sesuatu wawasan kita perlu berusaha gigih
untuk mempastikan kejayaannya.
Kita perlu terima itu sebagai tanggungjawab kita sepenuhnya. Kita
tidak perlu menanti persaingan di mesyuarat agung untuk membuat
perubahan.
Jika ada pertandingan, nanti ada pula pihak yang mempertikai
kononnya kedaulatan dicabar. Kita hanya berharap, wujud kesedaran dan
tindakan jujur, buat perubahan atau beri laluan untuk memartabatkan
semula bola sepak kita ke tahap yang boleh dibanggakan.
Sememangnya ramai lagi yang lebih mampu dan rela berjasa untuk
negara termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan, pegawai-pegawai,
sukarelawan, pakar-pakar sukan dan seumpamanya. Izinkanlah mereka ini
bekerja dan berkhidmat.
M Lebanon tolak permintaan Rice runding atasi krisis Asia Barat
BEIRUT 30 Julai – Perdana Menteri Lebanon, Fuad Siniora hari ini
mengambil tindakan ‘tegas’ dengan menolak permintaan Setiausaha Negara
Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice untuk mengadakan rundingan di
sini bagi menyelesaikan krisis di Asia Barat.
TarakNama: Inilah dikatakan orang yg ada prisip...biaq depa tau sikit yg kita tak suka apa depa dok buat dengan kita...nie tak kerisin sampai takmau2 bila deje sekoq nie mai Malaysia tempohari...
walaupun PAK LAH bermuram durja-tolong jawab soalan ini Contributed by drmuzi
PAK LAH tengah bermuram durja
Hati sedih bukan kepalang
Dikata ditohmah pelbagai
Apa apa ajeler....sila jawab soalan soalan berikut jika boleh, mudah sesangat soalan-soalannya:
1.bagaimana ECM-LIBRA yg kecil anak boleh makan Avenue yg besar bapa
2.bagaimana KJ boleh beli saham di ECM LIBRA hanya seminggu sebelum pengumuman pengabungan ECM-AVENUE
oiiittttttttttttttt!kalau bukan insider trading apa lagi tu ?
3.bagaimana PAK LAH tak tahu?
ku tak tahu.........!!!!!!!!!!!!!
menteri kewangan ke..atau menteri hal ehwal wanita sampai tak tahu,
4.bagaimana
PARK MAY boleh beli PAntai punya saham melebihi 30 peratus, tu dah
lebih had ceiling, mesti dapat perkenan menteri kewangan..oppppppppp
sorry i am not involved in any way
5.bagaimana sebuah bank tempatan, Alliance bank boleh dibeli Temasek..dah dapat kelulusan menteri kewangan tak?
6.bagaimana saham saham syarikat mewah terjual ke Temasek seperti Telekom
7.kenapa
bila jual MV AGUSTA 1 euro.....takde tender terbuka....kata
telusssssssssssssssssssss ssssssssssssss ....rupanya temberang punya
kaki juga...
8.kenapa masih beri AP pada raja AP tuan syed dan zainal walupun machai ni takde showroom langsung...untung atas angin je...
apa kes ni?
9.DAN menyusahkan lagi adaler...interest rate naik menggila...untung nya ciput..
so sampai sini dulu.....jawabler kalau boleh jawab....
jangan pikir awak punya sedih sahaja..sedih sedih awak pun boleh jalan makan angin kat Perth Australia..
rakyat sedoih jugak..kena bayar lebih utk hidup..
minyak naik
elektrik naik
gula kena round banyak hypermarket dan kedai runcit
nak pi melancong langkawi pun perit ...
anyway..jawan jgn tak jawab.
salam perjuangan...yg belum selesai.
TarakNama: ini aku ambik kat KMU.. jadi mana2 yg tak pie sana tuu boleh lee baca dan buat penilaian sendiri...kalau tanya aku tentu koo org dah tahu jawapannya....
UMNO parti politik pertama di dunia guna kad keahlian RFID
KUALA LUMPUR 24 Julai – UMNO merupakan parti politik pertama di
dunia yang menggunakan kad keahlian percuma menggunakan teknologi
Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).
Kad keahlian itu akan membantu pengurusan UMNO memberi akses kepada
ahli serta perwakilan yang sah untuk menghadiri mesyuarat agung serta
mesyuarat peringkat bahagian dan cawangan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kad
keahlian parti itu akan diedarkan pada ahli-ahli selewat-lewatnya Ogos
atau awal September ini bagi membolehkan ia diguna pada Perhimpunan
Agung UMNO 2006..[LAGI]
TarakNama: heh heh heh...baru ku tahu sebenarnya...cuba koo org baca habis petikan utusan nie.. ‘‘Tahun lalu kita berunding dan kaji (kad keahlian), UMNO ini kalau tak (diberi) percuma, memang tak boleh,’’..kata setiusaha UMNO
PBB tidak bermaya – Abdullah
JAKARTA 24 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengajak
umat Islam seluruh dunia bersatu membangunkan kekuatan ummah setelah
melihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sepatutnya berupaya
mempertahankan mereka di masa krisis gagal dan tidak bermaya berbuat
demikian.
TarakNama: Aduhh tajuk dah kira mengancam dah...last last bila baca sampai habih suruh pie jihad tanam kelapa sawit laa pulak...aduhh penin laa aku cam nie...
Hizbullah beri tentangan sengit
BEIRUT 24 Julai – Pertempuran sengit meletus hari ini antara pejuang
Hizbullah dengan askar Israel yang mara lebih jauh ke selatan Lebanon
untuk memasuki satu lagi kubu kuat pergerakan itu.
Israel dibekalkan 100 bom GBU-28 AS
DUBAI
24 Julai – Amerika Syarikat (AS) akan membekalkan kira-kira 100 bom
‘pemusnah kubu bawah tanah’ kepada Israel tidak lama lagi untuk
membunuh pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah dan memusnahkan
parit-parit pertahanan pergerakan Syiah Lebanon itu.
Serangan darat Israel tidak akan berjaya – Hizbullah
BEIRUT
24 Julai – Serangan darat Israel terhadap Lebanon tidak akan berjaya
menghalang pejuang Hizbullah daripada melancarkan roket ke utara
Israel, kata pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah.
Hotel yang membuatkan Ummat Islam tidak 'selesa' membiarkan golongan sekular menyebar tohmah terhadap Islam
Dato'
Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor) diiringi Mazlan Aliman (Naib
Ketua Pemuda PAS Pusat) ketika ditemuramah wartawan sebelum perarakan
& perhimpunan bermula. Turut kelihatan Ustaz Abdullah Husin (Ketua
Dewan Ulama' PAS Johor)
Ustaz Ridhuan Md Nor (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat) turut hadir
Ummat
Islam dari seluruh tanah air; Johor, Perak, Kuala Lumpur, P.Pinang,
Terengganu, Kelantan, Negeri sembilan berkumpul sebelum memulakan
perarakan ke Hotel Selesa
Golongan muslimat juga tidak ketinggalan menyatakan pendirian mereka
Sdr
Aminuddin Ayub (Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS Johor) sedang memberikan
arahan kepada muslimin & muslimat sebelum berarak ke Hotel Selesa
Perarakan
sepanjang Jalan Dato' Abdullah Tahir menuju ke Hotel Selesa diiringi
dengan takbir, doa wehdah serta laungan slogan-slogan kecaman terhadap
golongan sekular yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz
Mohamad. Berita Harian melaporkan 300 orang yang hadir. Sungguh ke?
Gambar ini diambil dari angle & jarak yang berbeza-beza.Terpulang kalau ada yang nak percaya suratkahbar tersebut...
Ummat
Islam dari seluruh semenanjung tanah air berhimpun di hadapan pintu
masuk Hotel Selesa, Johor Bahru sambil dikawal ketat oleh pihak polis
& FRU. Para pimpinan PAS, pimpinan badan-badan NGO serta wakil
mahasiswa dan peguam memberikan ucapan-ucapan semangat kepada Ummat
Islam yang hadir bahawa Ummat Islam tetap bersatu di dalam aqidah ini
dan tidak sekali-kali berganjak daripada menyatakan bahawa "KAMI TETAP
DENGAN ISLAM KAMI. DENGAN ROH DAN DARAH AKAN KAMIPERTAHANKANNYA.
BATALKAN SEKARANG FORUM HARAM INI!!!" Alhamdulillah dengan kesatuan
yang ditunjukkan forum yang sedang berjalantelah dihentikan sebelum
waktu yang telah ditetapkan...ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!
Umat Islam diminta pertahan kedudukan agama dalam perlembagaan
KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebuah forum hari ini meminta umat Islam
mempertahankan kedudukan istimewa agama Islam yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan menentang sebarang usaha pihak tertentu
untuk menggugat kedudukan itu atas nama demokrasi atau platform yang
lain.
TarakNAma: Bab IFC nie takkan hanya nak biaq Mufti PERAK NGO dan PAS aja menyalak..mana pie bijak pandai agama dalam JAKIM ke..IKIM kee..Jabatan Agama kee...takkan senyap aje...takut miss soru kee...dan mana dia ayah LAH..tuu le dulu cakap tangguh tangguh...lain kali cakap stop aje..cakap banyak ISA...itu baru power...
Saya sedia dicabar – Presiden FAM
CAMERON HIGHLANDS 23 Julai – Sebarang usaha merombak pengurusan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh dilakukan pada mesyuarat
agung persatuan itu yang dijangka akan diadakan sebelum Jun tahun
depan, kata Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
TarakNama: Sapa berani nak lawan koo..koo tu sultan yg nak lawan rakyat biasa je..nanti nama derhaka laa pulak rakyat kat Raja dia...lanie mudah aja berhenti secara terhormat....senang cerita....
Pemuda UMNO mahu jumpa Rice
KUALA LUMPUR 23 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO dijangka menganjurkan
satu perhimpunan raksasa yang bakal disertai oleh pelbagai pihak
termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai tanda
penyatuan suara rakyat Malaysia membantah tindakan ganas rejim Israel.
TarakNama: Laa yg koo org nak jumpa kapir tu apahal..dah terang2 dah tahu yg kapiaq tuu punya angkara...sekarang koo org pegi jumpa pengerusi OIC dan suruh dia istihar perang dengan puak laknatullah nie...suruh ahli OIC kumpul bala tentera dan hantaq pie ramai2 ke Lubnan Dan Palastin sana...amacam ada berani??
LARNACA, Cyprus 23 Julai - Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jan Egeland berkata, Lebanon sedang
menghadapi krisis kemanusiaan paling besar akibat “perang yang sia-sia”
dan mengadu mengenai kesukaran untuk penghantaran bantuan.
Pejuang Hizbullah mampu bertahan - Syeikh Hassan
BEIRUT
23 Julai - Pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah mengakui askar
Israel boleh mara ke seluruh selatan Lebanon tetapi yakin gerilanya
mampu bertahan daripada serangan besar-besaran tentera Yahudi untuk
meneruskan perjuangan mereka.
*Jadi sampai macamnie pon nak runding2 lagi......aparaaaaa......!!
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Belasan ribu umat
Islam melimpahi perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta,
pagi tadi bagi menyatakan sokongan dengan menandatangani borang
bantahan penubuhan Jawatankuasa Antara Agama (IFC).
Orang
ramai mula membanjiri masjid berkenaan sejak jam lapan, sebelum progam
forum bermula jam sembilan pagi. Mereka memenuhi dewan di mana forum
berlangsung, hingga menutupi pintu-pintu masjid.
Forum "Islam dan Cabaran" anjuran Pesatuan Ulama Malaysia (PUM)
dan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membincangkan cabaran-cabaran
yang dihadapi Islam muktahir ini, khususnya mengenai kes Azlina Jailani
atau Lina Joy, IFC dan Artikel 11. [lagi]
Palestin
pada ketika ini sedang menghadapi serangan yang maha dahsyat daripada
bala tentera syaitan zionis la'natullah. Beberapa hari yang lalu kita
telah digemparkan pula dengan serangan balas (balas dendam) zionis
dajjal terhadap Lubnan yang disasarkan kepada pejuang-pejuang Hizbullah
yang telah menyatakan kebersamaan mereka bersatu dengan HAMAS demi
menghapuskan entiti zionis dajjal dari bumi para Anbiya' yang dijajah
mereka, Palestin. Hasilnya ramai rakyat Lubnan yang kadang-kadang
mungkin tak tahu apa hujung pangkalnya menjadi korban termasuklah
sebuah lapangan terbang antarabangsanya di Beirut yang dinamakan
sempena bekas PMnya, Rafiq Hariri.
Berikutan itu, maka dengan magicnya
Syria yang berjiran dengan Lubnan tiba-tiba telah menjadi sasaran
seterusnya puak-puak yahudi dajjal atas alasan Syria bersekongkol
dengan Hizbullah di Lubnan (pulak daahh..) memandangkan kedua-duanya
mempunyai hubungan yang akrab umpama isi dan kuku, umpama aur dan
tebing, umpama Abdullah dan Khairy...
Menjawab segera ancaman itu, hero Islam kontemporari merangkap Presiden Iran, Mahmoud
Ahmadi Najjad telah mengecam serta memberi amaran kepada puak-puak
yahudi dajjal bahawa sekiranya itulah hasrat mereka maka secara
automatiknya
Israel la'natullah telah melancarkan perang terhadap Islam seantero
benua dan Iran akan bersatu dengan HAMAS dan Hizbullah menyerang Israel
la'natullah dengan serangan yang bukan kepalang hebat dan dahsyatnya. ALLAHUAKBAR!!
Saya
seringkali berulang-ulang menyatakan komen di dalam blog
sahabat-sahabat jemaah yang lain apabila isu sebegini dan seumpamanya
timbul; "kalaulah Saidina Umar alKhattab dipanjangkan umur lagi nescaya dah dipenggal leher mereka yang kurang ajar padaIslam", kerana
berdasarkan waqi' sekarang yang mana Islam diserang begitu hebat dari
segenap penjuru yang memerlukan insan seperti beliau menghadapinya.
Bukan bermaksud saya mengkesampingkan para sahabat Nabi Ridhwanullah
'Alaihim yang lain justeru saya seringkali mengungkap nama Saidina Umar
alKhattab r.a tetapi berdasarkan karekternya yang sangat keras dan
teramat tegas terhadap mereka yang memusuhi Islam.
Keras
dan tegasnya Saidina Umar alKhattab r.a sehinggakan ada yang
bertempiaran lari dari tempat duduk mereka kerana takutkan Umar walhal
tiada apa yang mereka lakukan. Melihatkan keadaan itu Umar memanggil
orang ramai untuk solat berjamaah. Pada ketika itu Umar telah pun
menjadi khalifah. Mereka hadir beramai-ramai. Umar naik ke atas mimbar
lalu memuji Allah s.w.t, berselawat atas Nabi s.a.w kemudian
menyampaikan ucapan. Antara ucapannya:
"Aku
mendapat tahu bahwa manusia merasa takut akan kekerasanku dan gerun
dengan ketegasanku. Mereka menyatakan bahawa Umar sangat keras kepada
kita ketika Rasulullah masih ada. Beliau juga bersikap keras ketika Abu
Bakar naik (menjadi khalifah) menggantikan baginda. Inikan pula
sekarang kekuasaan berada di tangannya. Benarlah kata-kata itu.
"Sewaktu
aku bersama Rasulullah aku berkhidmat kepada baginda. Tiada siapa yang
boleh menandingi sifat baginda yang begitu ramah sekali seperti yang
difirmankan oleh Allah s.w.t:
بالمؤمـنــين رءوف رحيــم
Maksudnya: amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman
(Surah atTaubah:128)
Di
hadapan baginda pada ketika itu, aku umpama pedang yang terhunus
sebelum disarungkan, jika dibiarkan aku akan terus maju. Aku terus
bersamanya sehingga baginda kembali ke Rahmatullah dengan hati yang
redha kepadaku. Alhamdulillah aku juga merasa bahagia bersamanya".
"Setelah
itu, Abu Bakar datang memimpin kaum muslimin. Kamu semua mengetahui
akan sifatnya yang tenang, dermawan dan lemah lambut. Ketika itu aku
juga adalah pembantu dan berkhidmay untuknya. Aku sebatikan sifatku
yang keras ini dengan kelembutan yang ada padanya. Aku juga umpama
pedang yang terhunus sebelum disarungkan, jika dibiarkan aku akan terus
maju. Aku masih bersamanya sehingga beliau pulang ke Rahmatullah dengan
hati yang senang terhadapku. Alhamdulilah aku pun merasa bahagia
dengannya".
"Kemudian
tibalah waktunya bagiku memimpin kalian. Ketahuilah, saudara-saudaraku!
Bahawa sikap keras itu mencair. Keras itu hanyalah untuk mereka yang
yang melakukan kezaliman dan memusuhi orng-orang Islam. Tetapi, bagi
mereka yang jujur dan perpegang teguh dengan agama serta berlaku adil,
aku akan bersikap lembut terhadapnya. Aku tidak akan membiarkan
seseorang melakukan kezaliman terhadap seseorang yang lain atau
melanggar hak orang lain melainkan aku akan letakkan sebelah pipinya di
tanah dan akan ku pijak dengan kaki ini pada sebelah pipinya yang lain
sehingga dia kembali kepada kebenaran. Kepada yang bersih dan
bersederhana, maka pipiku ini yang akan diletakkan di tanah..."
Dalam
kisah yang lain pula, ketika orang-orang Islam sedang bersiap-siap
dalam ketakutan dan bergerak secara senyap-senyap untuk berhijrah ke
Madinah kerana bimbang 'kantol' dengan pimpinan musyrikin Makkah,
Saidina Umar r.a yang kita tahu akan sikapnya telah membuat pengumuman
dan 'ceramah perdana' yang ditujukan khas kepada puak musyrikin
Quraisy. Antara lain, katanya:
"Wahai
puak-puak Quraisy! Aku akan berangkat, berhijrah ke Madinah. Maka
barangsiapa yang mahu kepalanya berpisah dari badan, maka silakan,
Tahanlah aku di tengah-tengah perjalanan!..." Begitulah kerasnya
Saidina Umar alFarrouq.
Apa
yang ditunjukkan oleh salah seorang khulafa' arRasyideen alMahdiyyeen
tersebut bukanlah sikap melampau tetapi sebagai peringatan terhadap
mereka yang kurang ajar dengan Islam-JANGAN BUAT MAIN DENGAN ISLAM!!-satu sikap yang digambarkan oleh Allah dalam firman:
أذلة على المؤمنـين أعزة على الكافرين...
Maksudnya: Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mu'min, bersikap keras terhadap orang-orang kafir. (Surah alMaidah:54)
Zaman
kegemilangan Islam telah berlalu untuk seketika. Kita telah dijanjikan
kemenangan oleh Allah melalui lidah RasulNya. Tetapi apakah kita hanya
sekadar menunggu kejayaan itu tanpa berbuat apa-apa?
Presiden
Iran, pada hemat saya adalah yang paling layak mengetui OIC kerana
ketegasanya terhadap isu Palestin dan Islam. Tiada apa yang boleh
diungkapkan terhadap pengerusi OIC sekarang merangkap imam Islam
Hadhari, Abdullah Badawi. Tiada kenyataan, tiada tindakan, tiada
amaran. Kalau ada pun mesti imam hadhari ni cakap, "Tok sah la dok
gaduh...kita berdamai...bawak ke meja rundingan..tak elok perang-perang
ni.." Boleh selesai ke? Dalam keadaan genting sebegini pun Pak Lah
boleh sempat cuti. Siap pergi luar negara pulak tu! Tak tahulah nak
memendam jiwa yang luka ke (sebab 'gangguan' che det) atau nak buat
ubat resdung ke atau saja-saja..
Dunia gesa Yahudi henti serang
JAKARTA 21 Julai – Ratusan ribu penduduk dunia mengadakan tunjuk
perasaan secara besar-besaran semalam dan hari ini sebagai tanda
sokongan terhadap Lebanon yang terus menjadi sasaran serangan Israel.
Bila serangan berakhir? - AS tolak syor gencatan senjata PBB
BEIRUT
21 Julai – Masyarakat dunia terus dilanda kebimbangan bila serangan
tentera Israel di Lebanon dan Palestin akan berakhir ketika usaha
Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) untuk membawa gencatan senjata
ditentang Amerika Syarikat (AS).
Syarat Hizbullah bebaskan 2 askar Israel
DUBAI
21 Julai – Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah menyatakan dua
askar Israel yang ditawan minggu lalu hanya akan dibebaskan dalam
pertukaran tahanan, sekalipun Israel menjalankan kempen pengeboman ke
atas bumi Lebanon sejak 10 hari lalu.
SAYA bukan alim ulama dan juga bukan pelampau
agama. Saya hanya seorang yang gemar melancong ke seluruh dunia dan
secara kebetulan tragedi tsunami di Pangandaran, Pulau Jawa memberi
suatu inspirasi kepada saya untuk memberi pendapat.
Kementerian Pelancongan yang seperti tidak
mahu mengalah dengan cadangan untuk membuka pusat hiburan sehingga jam
5 pagi, harus melihat kepada tragedi Pangandaran sebagai iktibar dan
renungan bersama.
Walaupun kita boleh menganggap tragedi
tsunami itu bencana alam dan bukannya bencana yang dibuat oleh manusia
tetapi hakikatnya, kebesaran dan kuasa Ilahi tiada siapa dapat
menghalangnya. [LAGI]
1) Hilang dara
2) Memalukan keluarga
3) Hilang kepercayaan daripada insan tersayang
4) Kekasih tidak mahu bertanggungjawab
5) Masa depan suram
6) Tekanan bila tiada siapa mahu bertanggungjawab
7) Bersalah pada diri dan bayi dalam kandungan
Kesan & Akibat Ikut Kata Hati...
1) Melakukan dosa besar kerana berzina
2) Kerosakan sistem reproduksi bila kerap gugurkan kandungan
3) Risiko menghidap penyakit kelamin seperti herpes, sifilis dan Aids bila bertukar-tukar pasangan.
4) Disisihkan keluarga
5) Nikah secara paksa tanpa persediaan mental dan fizikal.
6) Tekanan emosi
7) Gangguan mental
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) -
Masyarakat Islam di negara ini mulai bimbang berikutan kes-kes yang
melibatkan Islam antaranya seperti isu murtad, isu serban dan Kumpulan
Artikel 11 yang disifatkan menjejaskan kedudukan Islam dari sudut
Perlembagaan dan Perundangan.
Malah, masyarakat Islam menyifatkan para mufti seolah-olah membisu
dan berharap mereka semakin berani dan tegas membela Islam dan umatnya
yang semakin terancam berikutan isu-isu tersebut.
Mengulas lanjut perkembangan ini, Timbalan Mursyidul Am PAS,
Dato' Haron Din, berkata secara peribadinya beranggapan para mufti
telah pun menjalankan tanggungjawab dan amanah menasihati kerajaan
dalam isu-isu berkaitan namun tidak dihebahkan malah diabaikan oleh
kerajaan sendiri.
"Saya hormati mereka kerana telah menyampaikan nasihat tetapi
malangnya, pandangan dan fatwa mufti sering diabaikan malah
dipersendakan oleh pemimpin kerajaan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi....[LAGI]
iapa
besar, dia atau saya, saya kena respon dia ke atau dia kena respon
saya?. Itulah reaksi sombong YB Dato Abdullah Bin Md Zin, terhadap
kenyataan Mufti Perak berkenaan 100,000.00 orang melayu yang murtad.
Dalam keadaan yang menuntut semua pihak mengambil perhatian yang
serius itulah jawapan spontan yang dapat dinyatakan yang keluar dari
lidah seorang yang boleh dianggap berpengetahuan dalam bidang agama.
Apakah jawatan lebih penting dari perkara yang didedahkan oleh
mufti Perak. Yang disiarkan dalam Buletin Utama malam tadi. Dan reaksi
dan mimik muka yang seolah –olah marah, remeh, kehilangan punca dalam
menjawab pertanyaan wartawan. Sehingga beliau menjawap dengan keadaan
sedemikian. Hah! tak payahlah saya nak respon dia (mufti mesti
mengeluarkan kenyataan dengan mengemukakan bukti.)......LAGI
TarakNama:
Jika beginilah kelaku menteri yg diamanahkan utk menjaga Agama
Islam...bukan kata 100ribu 100juta pon belom tentu dia nak ambil endah
punya...
BONGKAR : Sah Pengikut Ayah Pin adalah umno Oleh: Tukulbesi Kata orang gambar boleh mentafsirkan beribu ribu perkataan.
Kita lihat gambar yang disertakan ini.
Tak Payah nak cerita banyak...siapa nak menafikannya silakan.
TarakNama: Eishh ayah pin tak teringin ke nak turun semula ke bumi..sedangkan SuperMan pon dah 'return'.....
Angka korban tsunami mencecah 550 orang
PANGANDARAN 19 Julai – Korban bencana tsunami di selatan Pulau Jawa
meningkat kepada sekurang-kurangnya 550 orang hari ini setelah pasukan
kecemasan menemui puluhan mayat di celah-celah sampah sarap yang
ditinggalkan oleh ombak besar itu kelmarin.
‘Ombak tsunami sangat kuat’
JAKARTA
19 Julai – Ombak tsunami yang melanda pantai selatan Pulau Jawa
kelmarin sangat kuat dan deras sekalipun kecil jika dibandingkan dengan
ombak gergasi tsunami Asia pada Disember 2004.
52 gegaran susulan di Pulau Jawa
PANGANDARAN 19 Julai – Pulau Jawa digegarkan oleh 52 gegaran susulan sejak satu gempa bumi kuat mencetuskan tsunami kelmarin.
Seringkali
bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan
Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda,
kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu
kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan
keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan
senapang, pistol dan meriam.
Ramai
yang merasa masalah antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun
Dr Mahathir Mohamad boleh segera selesai jika beliau sedia bersemuka
dengan bekas Perdana Menteri itu secara empat mata.Inilah yang menjadi salah satu soalan para wartawan semasa sidang akhbar beliau di pejabatnya di Putrajaya Rabu.Ketika
ditanya sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir untuk menyelesaikan
sebarang perbezaan pendapat antara mereka,tanpa berfikir panjang
Abdullah menjawab, “Saya memang sudah berbuat demikian.Saya fikir ini
bukan satu masalah."Perdana Menteri berkata bahawa semasa di Tokyo
menghadiri sidang antarabangsa Nikkei hujung Mei lalu beliau mengambil
inisiatif untuk menemui Dr Mahathir di biliknya apabila mengetahui
bekas Perdana Menteri itu menginap di hotel yang sama dengan
beliau.Abdullah berkata waktu itu beliau telah menghubungi pegawai Dr Mahathir bertanyakan sama ada Dr Mahathir mempunyai masa untuk berjumpanya.
Sebelum ini
tersebar cerita mengatakan Datuk Seri Syed Hamid Albar ‘kena’ semasa
majlis penerangan untuk menjawab kritikan terbuka Tun Dr Mahathir
Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
anjuran UMNO Selangor
di Shah Alam pada petang 12 Julai.Akibat
tidak puashati dengan penjelasan yang diberinya mengenai isu jambatan
bengkok… seorang Ketua UMNO bahagian dikatakan telah menegur Menteri
Luar itu dan memberi amaran tidak akan mencalonkannya jika bertanding
jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan akan datang.Dalam pada itu ada
yang bawa mulut mendakwa ada hadirin yang ‘ keluar dewan’...
AHLI Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof
sepatutnya membela nasib rakyat di kawasan Parlimennya daripada sibuk
mempertahankan kereta Mercedesnya. Apa guna menjadi Ahli Parlimen jika
niat dan tujuan asal adalah untuk kesenangan diri sendiri bukannya
mempertahan hak dan kebajikan rakyat di kawasannya?
Saya fikir Mohd Said sepatutnya melihat dan
membela nasib mereka yang tidak bernasib baik di kawasan Parlimennya.
Tidak perlulah Datuk bertengkar dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
kerana mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.
Malah saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada KDRM terutama Timbalan Ketua
Pengarah Bahagian Pencegahan kerana berjaya menjalankan tugas dengan
baik. Lebih baik Mohd Said bertanya kepada menteri yang
bertanggungjawab bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk penjelasan
lanjut.
Mohd Said sepatutnya menyuarakan masalah kawasannya di Parlimen dan bukannya mengutamakan masalah peribadi beliau.
AHMAD FIRDAUZ ABDULLAH,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
SEMALAM saya menerima pesanan ringkas berbunyi begini: Tolong
bacakan: Lailahaillallah Allahuakbar & surah al-Ikhlas 3 kali,
untuk Masjid Aqsa yang sedang dikepung oleh Israel. SMSkan kepada 10
orang segera. Inilah masa untuk berjihad.
Sebenarnya pesanan ringkas yang sama telah saya terima beberapa kali dari rakan yang berbeza.
Saya pasti ramai lagi yang pernah menerima pesanan seperti itu dan
menghantarkannya kepada rakan-rakan yang lain. Saya tidak menafikan
sama sekali yang bertahlil, bertakbir dan membaca al-Ikhlas adalah
amalan yang amat baik, cumanya saya percaya adalah lebih afdal berjihad
dengan mendermakan RM2 itu (purata kos untuk 10 SMS) terus kepada
penduduk Palestin.
Jangan dibazirkan dengan SMS. Jika mahu juga menyebarkannya, gunakan
emel. Bayangkanlah, bermula dengan satu individu menghantar 10 SMS dan
yang sepuluh itu menghantar kepada 10 lagi rakan mereka dan seterusnya.
Dalam tujuh peringkat sahaja syarikat telekomunikasi dapat memperoleh
RM200,000.
Jumlah tersebut boleh digunakan untuk membeli banyak kelengkapan
perubatan bagi umat Islam di Palestin yang cedera dibelasah regim
Yahudi itu.
Kutipan RM200,000 itu juga dapat membantu keluarga yang hilang
tempat bergantung apabila ketua-ketua keluarga ditangkap oleh rejim
Yahudi yang tidak berperikemanusiaan.
Saya menyarankan kita membantu rakyat Palestin dengan mengadakan
kutipan di tempat atau organisasi kita bekerja. Sememangnya RM2 cuma
dapat membeli sepinggan nasi lemak tetapi jika dikumpul oleh umat Islam
seluruh dunia akan dapat membantu rakyat Palestin berjuang mendapatkan
kembali hak mereka. Allahuakbar!
Kanada sokong Israel
TORONTO: Saudara mara dan anggota lapan sekeluarga rakyat Kanada
berketurunan Lubnan yang mati kerana bedilan tentera Israel di selatan
Lubnan, mengecam dan menuduh kerajaan Kanada gagal melindungi warga
negara itu kerana tidak menuntut rejim Zionis menghentikan
keganasannya.
Persekutuan Arab Kanada pula mengeluarkan kenyataan menyalahkan Perdana
Menteri, Stephen Harper, yang menyokong tindakan Israel itu sebagai
bertanggungjawab kerana tidak menggesa Tel Aviv mengelak keganasan
sedemikian.
Keluarga warga Kanada rayu lindungi Lebanon
TORONTO 18 Julai – Saudara-mara dan rakan kepada rakyat Kanada
keturunan Lebanon yang terkorban akibat serangan tentera Israel
membidas kerajaan Kanada kerana gagal memberi perlindungan kepada
warganya sendiri dan menuntut keganasan Israel dihenti.
PBB tangguh halang Yahudi
PERTUBUHAN BANGSA- BANGSA BERSATU (PBB) 18 Julai – Walaupun
negara-negara Arab mendesak agar gencatan senjata diadakan segera,
Majlis Keselamatan PBB semalam terus menangguhkan tindakan bagi
menghentikan serangan Israel yang semakin ganas terhadap kedudukan
Hizbullah dan penduduk awam di Lebanon.
Israel rancang serangan darat -- 9 sekeluarga antara 26 mati hari ketujuh di Lebanon
BAITULMAQDIS 18 Julai – Tentera Israel enggan menolak kemungkinan
melancarkan serangan darat besar- besaran terhadap Lebanon dalam kempen
ketenteraannya untuk memaksa pejuang Hizbullah membebaskan dua askar
Israel dan berhenti melancarkan roket ke atas negara Yahudi itu.
Tsunami kedua pilukan rakyat Indonesia
PANGANDARAN 18 Julai – Ibu bapa kesedihan mencari anak- anak mereka
yang hilang hari ini manakala askar menggali runtuhan rumah yang ranap
dalam ombak tsunami kedua melanda Indonesia dalam tempoh dua tahun.
Tsunami: Ramai lagi mangsa disyaki tertimbus
BANDUNG 18 Julai – Pasukan penyelamat bertungkus lumus memeriksa
runtuhan bangunan untuk mencari mangsa yang terselamat dalam bencana
tsunami yang menyebabkan lebih 340 orang terkorban dan puluhan lagi
hilang apabila ombak besar itu menghempas pantai selatan Pulau Jawa
semalam.
Ramai lari lihat air laut surut tiba-tiba
PANGANDARAN: Ibu bapa kehilangan anak dan tentera berhempas pulas
mencari mangsa di bawah runtuhan rumah akibat tsunami di Jawa Barat
kelmarin, kejadian kedua melanda Indonesia dalam tempoh 19 bulan yang
yang menyaksikan sekurang-kurangnya 340 orang terbunuh, 600 cedera,
manakala lebih 200 lagi hilang.
Sistem amaran awal Indonesia belum bermula
JAKARTA 18 Julai – Penduduk tempatan yang melarikan diri daripada ombak
tsunami di Pulau Jawa petang semalam, terpaksa bertaruh dengan maut
memandangkan sistem amaran awal tsunami yang sepatutnya dipasang
selepas tragedi tsunami 2004 belum dimulakan.
Alat kesan tsunami tak berfungsi
JAKARTA: Penduduk di kawasan dekat pantai Pulau Jawa di selatan
Indonesia terdedah kepada ancaman tsunami kerana sistem amaran yang
dipasang tidak berfungsi langsung, kata pegawai sehari selepas 339
orang maut dilanda ombak besar itu
5 ombak besar ranapkan kampung di Jawa Barat
PANGANDARAN: Seorang peniaga di tepi pantai Pangandaran, Jawa Barat
bermain dengan anak lelakinya yang berusia enam tahun di tepi pantai
apabila tanpa amaran dikejutkan dengan tsunami, menyebabkan anak
tunggalnya terlepas dari tangannya.
Ujian Tuhan’ : Ulama diminta buat doa selamat
JAKARTA: Tsunami yang melanda Jawa Barat kelmarin dan beberapa lagi
bencana alam yang melanda Indonesia sebelum ini, dianggap sebagai ujian
tuhan oleh ulama republik itu dan bukan kerana negara itu dilaknati
tuhan.
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) -
Pemimpin tinggi kerajaan bermula dari Perdana Menteri, menteri
hinggalah kepada setiausaha parlimen didakwa lambat dalam menyelesaikan
isu-isu projek untuk rakyat, sebaliknya mereka terkenal dengan isu
membawa kereta melebihi had laju hingga dikenakan tindakan saman, kata
Dato' Kamarudin Jaffar (PAS Tumpat).
Kenyataan Dr MAZA dlm isu serban Kenyataan
Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah
bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami
Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah.
ABIM MOHON AGAR SYOR KONGSI RAYA
DIKAJI SEMULA SEGERA
DIPERTIMBANGKAN
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) turut menyokong kenyataan
Datuk Seri Harussani Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulamak 2006
agar kerajaan mengkaji semula beberapa amalan rasmi kini seperti perayaan kongsi
Raya bagi mengelakkan kekeliruan timbul dalam masyarakat. ABIM berpandangan
bahawa mengiktiraf perayaan agama lain dengan cuti umum telah mencerminkan
semangat toleransi, kesefahaman dan perpaduan berbilang kaum, tetapi tidaklah
wajar sehingga meraikan perayaan agama lain.Semangat perpaduan dan toleransi
berbilang kaum boleh diterjemahkan dalam sambutan-sambutan seperti sambutan Hari
Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan lain-lain. Oleh itu ABIM sebelum ini pernah
menghantar Memorandum kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menyatakan kebimbangan
ABIM terhadap fenomena “Kongsi Raya” ini.
SIARAN MEDIA: 17 Julai 2006 / 21
JAMADIL AKHIR 1426H
Perbincangan khas di kalangan wakil-wakil NGO yang
beraspirasikan Islam telah berlangsung di Gombak, pada hari Ahad 16 Julai 2006
(2:30 petang hingga 6:00 petang) untuk merangka sikap dan gerak kerja bersama
bagi menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.
Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menubuhkan gabungan yang dinamakan
Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA) sebagai rangkaian gerak
kerja bersama pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Mesyuarat tersebut telah
dihadiri oleh wakil lebih 50 buah pertubuhan beraspirasikan Islam termasuk
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Peguam Pembela Islam (PPI), Wadah
Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Muslim
Professional Forum (MPF), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Teras Pengupayaan Melayu
(Teras), MUAFAKAT, badan-badan pelajar dan lain-lain Pertubuhan Bukan
Kerajaan(NGO). Ia turut dihadiri oleh wakil-wakil taman perumahan, surau,
masjid, para peguam, individu-individu yang mendokong aspirasi yang sama, selain
para peguam yang terlibat secara langsung mengendalikan kes-kes berkenaan
permohonan keluar Islam di negara ini.
Mesyuarat ini digerakkan dari keprihatinan terhadap
beberapa kes-kes mahkamah yang melibatkan Islam yang telah timbul akhir-akhir
ini seperti kes Muhammad Abdullah@Moorthy, Azlina Jailani (Lina Joy) dan Meor
Atiqulrahman. Wujud kebimbangan dan ketidak-puasan hati yang semakin
memuncak di kalangan masyarakat Islam di negara kita berkenaan dengan isu murtad
serta kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan perundangan negara.
Antara
perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah seperti
berikut:
• Menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap masalah
murtad di negara kita dan kesal dengan usaha berterusan pihak-pihak tertentu
bertujuan menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran
perundangan.
• Menegaskan bahawa persoalan status keIslaman dan
permohonan untuk keluar dari Islam adalah persoalan yang harus diadili oleh para
Hakim yang memahami perundangan Islam di Mahkamah Syariah; dan bukan di Mahkamah
Sivil terutama apabila ia melibatkan para Hakim bukan Islam.....[lagi]
Sedarlah semasa mahkamah memberi keputsan dalam kes Allahyarham Sarjan
Moorthy satu ketika dahulu, Reverand Wong Kim Kong seorang jurucakap Malaysian
Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism telah
berkata: We want to convey a very strong message to the government that we are
uneasy and uncomfortable. Eventually, slowly, people may assume syariah is the
supreme law of the land. klik
sini
Dari media Pembangkang Helme Hanafi
Samy Vellu mengesahkan Hariis Tun Hussein adik Ketua Pemuda Datuk
Hishammuddin memperolehi konsesi Lebuh Raya Duta - Ulu Kelang dalam menjawab
soalan dari Permatang Pauh Wan Azizah Wan Ismail. Media itu terus
mempersoalkan kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam soal siapa yang sebenarnya
mendapat projek dan siapa yang meniriskan projek itu?
First and foremost I want to thank you for
making Starbucks the $6.4 billion global company it is today, with more than
90,000 employees, 9,700 stores, and 33 million weekly customers. Every latte and
macchiato you drink at Starbucks is a contribution to the close alliance between
the United States and Israel, in fact it is - as I was assured when being
honoured with the “Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” - key
to Israel’s long-term PR success. Your daily chocolate chips frappucino helps
paying for student projects in North America and Israel, presenting them with
the badly needed Israeli perspective of the Intifada.
Starbucks, through the Jerusalem Fund of Aish HaTorah, an international
network of Jewish education centres, sponsors Israeli military arms fairs in an
effort to strengthen the special connection between the American, European and
Israeli defense industries and to showcase the newest Israeli innovations in
defense. As my contribution to the fight against the global rise of
anti-Semitism, the reason behind the current conflict in the Middle-East, I help
Aish HaTorah sponsoring the website "honestreporting.com” and produce material
informing of Israel’s side of the story.
Without you, my valued customer, I wouldn’t be able to raise hundreds of
millions of dollars each year to support Israeli citizens from terrorist attacks
and keep reminding every Jew in America, to defend Israel at any cost. $5
billion per year from the US government are no way near enough to pay for all
the weaponry, bulldozers and security fences needed to protect innocent
Israeli citizens from anti-Semitic Muslim terrorism. Corporate sponsorships are
essential.
Having the bigger picture in mind, Starbucks have donated a store to the US
army to help in the “War on Terror”. I cannot emphasise enough, how vital the
“War on Terror” is for the continued viability and prospering of the Jewish
State.
So next time you feel like chilling out at a Starbucks store, please remember
that with every cup you drink at Starbucks you are helping with a noble
cause.
Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee
Stores
POLIS PD ALAT POLITIK
Date: Mon 07/17/06 05:19 AM
Ruj. Kami
: amns / 2006 / (346)
Tarikh : 14 Julai 2006
Kepada :
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),
Tingkat 29, Menara Tun
Razak,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Bahagian Tatatertib Polis
Diraja Malaysia,
Polis Diraja Malaysia,
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Saudara ;
SALAH GUNA KUASA POLIS DAERAH
PORT DICKSON (TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH).
Adalah dengan ini perkara
diatas dirujuk.
Pada 10 Julai 2006 yang lepas Angkatan Muda Negeri
Sembilan telah mengadakan program menonton Final Piala Dunia Fifa 2006 bersama
pemimpin keADILan. Program ini diadakan dengan kami menyewa tapak e-stadium yang
yang di miliki oleh Mohd Nor.
Bukan sedikit wang dan tenaga yang kami
peruntukan ke arah menjayakan program tersebut. Untuk menampung segala
perbelanjaan tersebut kami terpaksa mengenakan tiket kepada setiap
pengunjung.
Malangnya selepas perkara ini dihebahkan telah beberapa kali
pemilik tapak program dikunjungi oleh pihak polis yang bertanyakan perbagai
perkara mengenai program ini, yang kami jangkakan ini bertujuan jahat untuk
menakutkan beliau. (Perkara ini diberitahu kepada kami oleh pemilik
sendiri).
Pada 10 Julai program dijadualkan bermula jam 12.30 pagi namun
anggota polis beruniform dan tidak beruniform telah hadir dengan jumlah yang
ramai seawal 9 julai 9.00 malam. Kehadiran polis ini telah menyebabkan orang
ramai berasa kurang selesa untuk hadir. Malah tidak sampai 350 meter dari tapak
program juga di buat sekatan jalanraya.
Namum atas niat baik untuk
bekerjasama dengan polis kami menyediakan tempat duduk untuk pihak polis dalam
khemah program.
Antara kepimpinan keADILan dan tokoh yang hadir ialah Tian
Chua (Ketua Penerangan, keAdilan Pusat) , Hishamuddin Rais (Pengarah filem) dan
cheGuBard (Timbalan Ketua Penerangan) selain dari kepimpinan peringat Negeri
Sembilan.
Dengan keadaan polis yang ramai dan sekatan jalan raya tapak
program seolah dalam kepungan polis. Walaubagaimanapun program tersebut tetap
berjaya menarik kira kira 400 orang lebih penonton (walaupun pada peringkat awal
penganjur menjangkakan 1000 orang akan hadir). Ada juga penonton yang pulang
awal kerana berasa kurang selesa kerana polis menggunakan kamera merakam gambar
hampir ke semua penonton.
Kami menjadualkan Tian chua dan beberapa orang
tokoh yang hadir untuk menyampaikan hadiah bagi kuiz dan cabutan bertuah ketika
rehat separuh masa pertama.
Namum 5 minit sebelum waktu rehat tersebut
kami didatangi pemilik tapak program merayu agar Tian Chua atau mana mana
pemimpin keADILan tidak naik ke pentas. Menurutnya pihak polis telah mengugut
akan menangkap beliau jika sesiapa pemimpin keADILan naik ke pentas walaupun
untuk menyampaikan hadiah. Ketika ditanya siapa pegawai yang membuat ugutan
tersebut beliau menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Md Sham
Abdullah.
Respon dari itu Hj. Ramlan Roes, Ketua Angkatan Muda Negeri dan
Norazizi Abd Aziz, Setiausaha keADILan Teluk Kemang terus berjumpa dengan
seorang pegawai beruniform dan bertanya siapa pegawai paling kanan yang berada
di situ. Pegawai polis tersebut memperkenalkan kami dengan seorang lelaki
berpakaian biasa yang bernama DSP Sham Abdullah, Timbalan Ketua Polis
Daerah.
Ketika ditanyakan mengapakah beliau mengugut pemilik tapak
program, beliau tidak menjawab sebaliknya beliau terus menyatakan beliau
mendapat arahan Ketua Polis Daerah untuk tidak membenarkan sesiapa pemimpin
keADILan untuk naik ke pentas walaupun untuk menyampaikan hadiah.
Ktika
ditanyakan apakah wujud peruntukan undang undang membenarkan beliau membuat
ugutan sebegitu ? Beliau menyatakan beliau hanya menjalankan arahan. Beliau
memberikan kad nama dan tidak mahu berbincang lagi.
Oleh kerana pemilik
tapak ketakutan diugut polis dan merayu kepada kami agar tidak memanggil mana
mana pemimpin keADILan untuk naik ke pentas, maka kami terpaksa akur.
Di
sini kami ingin membuat aduan ke atas Polis Dareah Port Dickson khususnya
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Md Sham Abdullah kerana salah guna
kuasa.
Jelas dari tindakan tersebut beliau bertindak di luar bidang
kuasa. Hampir semua pasti akan mengatakan polis pagi tersebut bertindak atas
arahan demi menjaga kepentingan politik parti politik pemerintah.
Kami
dengan ini menuntut pihak polis mengambil tanggung jawab atas kejadian malam
tersebut, tindakan tatatertib harus dikenakan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah
Port Dickson.
Pihak yang bertanggungjawab juga harus memikirkan ganti
rugi kepada penganjur yang telah banyak mengeluarkan tenaga dan wang untuk
menjayakan program dan akhirnya digagalkan oleh polis atas arahan politik pihak
tertentu.
Kami amat kesal dengan kejadian tersebut, dan jika tiada
tindakan diambil atas kejadiam tersebut maka imej polis akan terus buruk dan
hanya dilihat sebagai alat tunggangan politik pemerintah. Kejadian ini juga
sebagai bukti polis digunakan untuk mengancam ruang demokrasi dalam
negara.
Untuk pengetahuan pihak saudara juga kami dalam pertimbangan
untuk membuat laporan polis dan menfailkan saman di mahkamah ekoran peristiwa
tersebut.
Sekian.
ke arah memperkasakan kedaulatan
rakyat
AMIRUDIN ABD WAHAB
Setiausaha
Angkatan Muda
Negeri Sembilan
0176688404
TarakNama:
Mana budak yg kata aku kucing tempohari...Inikah dinamakan
demokrasi...biaq pie kat depa laa nak buat benda2 macam nie...yg dok
pie buat kat bkt.bintang...kat restoran2 seluruh negara (tajaan
celcom)...kat dataran merdeka....macam2 lagi laa kau orang tak
kesah..TETAPI kenapa yang satu nie di ambik kesah sangat...jika macam
nie aku kesian kat UMNO2 yg masih dok pertahankan yg merekalah parti
DEMOKRASI parti yg baik sebaik2 parti...tapi jika nanti puak
pembangkang hujah balik tentu mereka terkedu....eishhh..eishhh...inilah
dikatakan demokrasi ala MALAYSIA....