Penyampaian bantahan dan/atau aduan 5
orang perwakilan dari UMNO Bahagian Kubang Pasu pagi tadi membuktikan
sekali lagi ketelusan pentadbiran UMNO.
Apabila 5 orang
perwakilan tersebut ke tingkat 37 untuk menyerahkan bantahan dan aduan
kepada Unit Tatatertib dan Disiplin, mereka diarahkan untuk mendapatkan
chop atau endorsement daripada pengurusan UMNO Bahagian Kubang Pasu
sebelum unit tersebut boleh menerima aduan mereka.
Mungkin
atas sebab terpaksa, mereka ini dinasihatkan untuk ke tingkat 38
bertemu SUK UMNO bagi mendapatkan kebenaran dan tandatangan bagi
meneruskan aduan tersebut. Read More...
Kaca Mata Disiplin UMNO:
Antara Zaharin Dan Johari Baharom
Majlis Tertinggi UMNO hari ini
(28/09/06) bersetuju sebulat suara untuk memecat Setiausaha UMNO
Bahagian Tun Razak, Saudara Zaharin Md Yassin, kerana kesalahanya
mengkritik Kepimpinan UMNO dan bersekongkol dengan Pembangkang, dalam
menaja dan/atau menjadi sebahagian dari penganjur Majlis Dialog Tun Dr
Mahathir Mohamad bersama Media Alternatif, Kelab Century, Taman
Malawati, Akhir Jun lepas.
Ini adalah sebahagian dari 22
tuduhan yang dikemukakan Lembaga Disiplin UMNO ke atas seorang veteran
aktivis Pemuda UMNO dizaman Dato Suhaimi Kamaruddin dan Dato Seri Anwar
Ibrahim itu.Read More...
UMNO Kedah kecewa – Mahdzir
ALOR STAR 30 Sept. – UMNO Kedah kecewa dengan tindakan lima wakil
cawangannya kerana membuat laporan rasmi mengenai dakwaan berlaku
sogokan wang dan salah laku pada pemilihan wakil G7 ketika Persidangan
UMNO Kubang Pasu, 9 September lalu.
TarakNama: Looo koknya kenapa kecewa....sudah ada getar2 kee....jika pie mengadap kat koo seperti sangkancil nak repot kat raja singa yg harimau berak depan rumah dia dan harimau tuu ketua kg dia...tenti rimau tuu telan dia dulu sebelom dapat jumpa si raja Singa...betul tak...??
INI aku nak jawab Al-Islam bulan nie...memang celakak majalah anak haram bejadah nie...dia sanggah sungguh2 apa yg MUFTI PERAK kata 250ribu org murtad tuu...nie aku kasi data kat semua rakyat malaysia yg masih buta mata hati mana mai 250ribu tuu..nah koo org pikiaq sendiri....
ini pon aku ambik dr UCAPAN MUFTI PERAk sendiri...ini vcd dia...jika tak pecaya...
Jadi Muslimin sejati
PEKAN 30 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan umat Islam negara ini agar tidak lalai menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslimin sejati.
TarakNama:..Alhamdulillah...jika beginilah seruannya PEMIMPIN2 negara pada rakyatnya dan apa yg diseru itu jugak menjadi amalan perbuatan mereka seharian....alangkah bahagianya negara kita..tapi..mmm "sesungguhnya aku berpuasa hari ini...."
Pemahaman al-Quran cerminkan tahap umat Islam Malaysia
SEMPENA bulan Ramadan yang mulia, boleh dikatakan hampir semua masjid
di Malaysia menyediakan pelbagai program yang berkaitan dengan
al-Quran. Antaranya majlis tadarus al-Quran, bacaan al-Quran, solat
terawih berimamkan seorang hafiz al-Quran yang membaca satu juzuk
sehari, bacaan al-Quran di perkuburan dan majlis khatam al-Quran.
Berhenti makan sebelum azan Subuh
SOALAN: SESEORANG terlewat bangun bersahur kerana tertidur. Ketika
sedang makan, dia terdengar azan Subuh. Mestikah dia bersegera berhenti
makan sebaik saja mendengar azan ataupun meneruskan sahurnya sehingga
tamat azan?
Membandarkan orang Melayu bukan sekadar untuk melihat orang Melayu terus menjaja di pasar malam dan di kaki lima.
Membandarkan orang Melayu ialah untuk melihat orang Melayu sebagai
bangsa yang mampu bersaing dengan sesiapa sahaja dan di mana
sahaja.Sepatutnya perlambangan ini dizahirkan melalui lebih banyak
pencakar langit baru,bangunan atau ruang niaga baru ditempat berprestij
adalah milik Melayu. Sekiranya ia tidak berlaku, maka hasrat
membandarkan orang Melayu menjadi kosong dan tidak bermakna.Dulu,
itulah misi UDA. Ia tidak berkesampaian kerana program menswastakannya
gagal. Saya menaruh harapan, UDA yang diberi nafas baru kini akan
memberi harapan baru, agar misi asal kita dahulu akhirnya tercapai jua.
Sekiranya kita tidak berjaya, kita akan terus menyanyikan lagu lama.
TarakNama:...
Dulu ekonomi CINA...
PELAJARAn CINA
KUASA MELAYU...
skrg ekonomi CINA
PELAJARAn CINA
KUASA..sudah nak ke..dot dot..dot..sesungguhnya aku berpuasa hari ini...
Kita ambil contoh bicara
mengenai kegagalan Masyarakat Cina memasuki
Universiti, ini harus dibandingkan dengan ketidakmampuan anak
Melayu meneruskan pelajaran.
Kita harus juga melihat
masalah sosial kalangan anak - anak Melayu sebagai
satu refleksi desakan kehidupan - terpinggir dan
miskin. Ini seharusnya menjadi perbandingan dan
bukan mengukur kaum yang dikata tersisih
dengan Melayu Perdana yakni Melayu yang memperoleh
keistimewaan menyeluruh. klik sini
Penderitaan rakyat Palestin disebabkan kezaliman dan penindasan rejim
Zionis diketahui umum. Ia bermula sejak 1948 dan tidak pernah
berkesudahan.
Kemenangan Hamas dalam pilihan raya parlimen Palestin tahun ini
meningjkatkan lagi tekanan Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat
ke atas Palestin. Lebih menyedihkan, kerajaan Hamas turut berhadapan
permasalahn dalam negara.
"Seterusnya...
Beli, simpan Dinar mesti sedia hadapi risiko
BACHOK 27 Sept. – Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang
diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk
menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran
tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr.
Awang Adek Hussin.
KOTA BHARU, 28 Sept (Hrkh) - Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin dianggap cuba menafikan kenyataannya sendiri sebelum ini, apabila menganggap&n bsp;mereka yang membeli dan menyimpan Dinar berdepan dengan risiko.
Kata AKU:...sesungguhnya aku berpuasa hari ini...aku tak tahu..!!
RAHSIA KEKUATAN DAN KELEMAHAN UMAT ISLAM DI TANGAN MUSUH
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya.
Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang
hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus
dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi
mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di
mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu
lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan
mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh
jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam
kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.
Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.
Yang pertama :
Orang-orang
Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam
pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam
ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya
keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah
Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik
berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan,
seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram.
Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi,
sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak
dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.
Yang Kedua:
Begitu
juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan
minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir,
serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah
rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau
mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat
Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam
kelemahan.
Yang Ketiga:
Begitu
juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan,
filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui
ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat
Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu
umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan
berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak
mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.
Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.
Di
waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam
kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan
tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di
mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih
tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan
Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin
umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia
akan lebih lagi malang.
Bila umat Islam lalai dengan Tuhan,
lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap
bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain
tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam
mengambil peluang. Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak
boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap
musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari
satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Walaupun ramai umat
Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap
golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:
Kalau
dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa
dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk
mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga
sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di
dalam kehidupan.
Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari
keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan
penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan
kekayaan.
Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula,
dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian
megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing
hidup cara sendiri.
Kalau golongan artis dan budayawan kerana
mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem
itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi
popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah
besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan
sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.
Kalau
golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut
dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak
fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.
Kalau
orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah,
bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka
mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka
berjuang untuk hidup mewah.
Begitu jugalah golongan-golongan
lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya
hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah
diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.
Begitulah umat Islam
sudah tak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan.
Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah
yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula
semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh
menyatukan semua golongan itu.
Kita berdoalah agar Tuhan cepat
tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin
umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang
berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.
Amalan sahur bawa berkat
DALAM mengerjakan ibadat puasa Ramadan, sahur adalah satu amalan sunat
yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Bagaimanapun, ada umat
Muslimin yang enggan bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan
alasan kepada keengganan bersahur walaupun ia dianjurkan oleh
Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
"Seperti
seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin
berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti
digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan
tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal
berharap satu tahun itu puasa terus."
Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:"
TIDAK dapat dinafikan kini, kewujudan kelab malam bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Lihat saja senario di Bukit Bintang, Kuala Lumpur
yang menjadi segi tiga emas bagi rakyat negara ini serta pelancong luar
negara.
Selain menjadi destinasi membeli belah terkemuka, Bukit Bintang
menawarkan pelbagai bentuk hiburan sehingga ke larut malam seperti
pusat karaoke, pub termasuklah kelab malam yang menjadi nadi utama
tarikan pelancongan.
Pembukaan lebih banyak kelab malam adalah kesan daripada sambutan
hebat sektor pelancongan yang yang menjana ekonomi negara melalui
pungutan cukai berjumlah RM5.304 bilion pada 2001 dan diramalkan tumbuh
pada kadar 6.4 peratus setahun sehingga 2010.
Statistik pada April 2006 menunjukkan sejumlah 1.42 juta pelancong
melawat negara ini iaitu pertambahan kira-kira lapan peratus berbanding
bulan yang sama tahun lepas.
PERKEMBANGAN terakhir
Malaysia menampakkan keyakinan dan keupayaan negara meredah gelombang
ekonomi, tetapi kegawatan politik terus memberikan cabaran yang
menggugat kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad sekalipun proses demokrasi
telah memutlakkan penerusan kepimpinannya.
Ini adalah
harga paling mahal yang terpaksa dibayar kepada kesilapannya membawa
masuk ke dalam UMNO anasir-anasir revolusioner yang tidak menjiwai dan
menghayati jati diri UMNO.(Read More...)
Kelab Penyokong Maya UMNO kini bertindak membongkar
salah laku pentadbiran Mahathir khususnya dalam
perlakuan kronisma , nepotisma dan perkara -
perkara yang menjerumus kepada korupsi. Mereka hari ini
menyiarkan tindakan Mahathir sewaktu memerintah dengan
memberi projek - projek kepada anaknya tanpa tender. Ini
akan memberi kesan yang buruk kepada negarawan Malaysia
- bekas Perdana Menteri yang diagung - agungkan oleh
ahli - ahli UMNO sewaktu memimpin negara ini. Pendedahan
ini sebenarnya lebih memalukan ahli UMNO setelah
berhempas pulas melindungi - menyokong - mempertahankan
Mahathir sewaktu krisis UMNO 1998. Hari ini kita dalam
UMNO sendiri membongkar kesalahan Mahathir dan Mahathir
membongkar kesalahan Pak Lah. Ini hanya menunjukkan
keburukan UMNO itu sendiri. klik sini membaca pembongkaran kronisma Mahathir
Kesalahan Mahathir syarat
menghalalkan perbuatan Pak Lah ?
Membaca pendedahan laman web pro Pak Lah,
satu soalan yang mahu dikemukakan, adakah
dengan pendedahan kepincangan Mahathir akan membuat apa yang
dilakukan oleh Pak Lah tepat dan benar. Adakah sekiranya
tindakan kronisma Dr Mahathir akan menyebabkan sebarang
tindakan Pak Lah yang berbentuk kronisma itu halal.
Ini
sudah tentu tidak dan bagi pergeseran ini, apa yang kita
nampak adalah kedua - dua pendedahan baik Mahathir terhadap
Pak Lah dan penyokong Pak Lah pada Mahathir hanya
menunjukkan kepincangan mereka yang pernah menjawat dan
sedang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Ini hanya menunjukkan kepincangan dan
kepincangan ini akan memberi kesan buruk pada UMNO khususnya
pada pilihanraya akan datang. Bagi saya Mahathir sudah tamat
tempoh berkhidmat dan hari ini orang yang harus menjadi
tumpuan adalah Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan
perbuatan lama Mahathir adalah sejarah yang seharusnya
dipastikan tidak berlaku dalam era pentadbiran Pak Lah. Ini tidak harus dijadikan budaya setiap Perdana
Menteri untuk diamalkan. klik sini
Mahathir telah menjawab..
Tender RM214 juta: Dr. M pertahan anaknya
KEMAMAN 22 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan
yang mengatakan Opcom Sdn. Bhd. (Opcom), syarikat milik anaknya, Datuk
Mukhriz mendapat kontrak pembekalan gentian optik daripada Telekom
Malaysia (TM) tanpa melalui tender terbuka.
Inilah dikatakan kuasa ALLAH swt...Akhirnya taksin jatuh kpd seorg MUSLIm...takbirr ALLAH'HUAKBAR
Profile: Thai coup leader
Gen Sonthi is the first Muslim to be commander-in-chief
The leader of the coup in Thailand, Gen Sonthi Boonyaratglin, has
made his mark in recent months with some very public disagreements with
the man he has overthrown, Prime Minister Thaksin Shinawatra.
Appointed commander-in-chief last year, Gen
Sonthi is known to be close to the country's King, Bhumibol Adulyadej,
and has been seen as an unofficial spokesman for the monarch.
After parliamentary elections in April, which were later
annulled because of concerns about their legitimacy, he said that King
Bhumibol was "saddened" by the situation.
Gen Sonthi, 59, graduated from Chulachomklao Royal
Military Academy in 1969 and was commissioned to the Royal Army
Infantry Corps.
A decorated combat veteran, he headed several top Thai army units including the elite Special Warfare Command.
Muslim insurgency
Gen Sonthi was appointed commander-in-chief last year, the first member of Thailand's Muslim minority to hold the position.
The move was seen as an attempt by the government to
curb an Islamist insurgency in the south of the country which has
killed more than 1,400 people in the last two-and-a-half years.
His first major spat with the government came when his proposal for talks with the militants was rejected.
And when the political crisis blew up earlier this year,
with the opposition Democrat Party boycotting elections amid claims
that Mr Thaksin was abusing his power, Gen Sonthi voiced his - and the
king's - concerns.
"The country's problem, which originated some time ago
and has prevailed until now, has saddened his majesty, which has upset
and worried me," he was quoted by local media as saying.
"As a soldier of his majesty, I would like to help him
relieve his worry and the army will adhere strictly to whatever advice
he gives us."
"Presiden
Mahmoud Ahmadinejad pada hari Selasa memberikan ucapan di Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Dalam ucapannya,
dia mengkritik sistem baru dunia yang telah muncul kebelakangan ini
sepertimana yang ditunjukkan interaksi antarabangsa di mana "beberapa
kuasa tertentu menyamakan diri mereka dengan masyarakat antarabangsa
dan keputusan mereka untuk mengawal 180 negara ahli yang
lain." Beriklu t adalah teks penuh ucapan Presiden Ahmadinejad di
perhimpunan agung itu:"
Medium bahasa Sains, Matematik untuk SJKC masih dikaji
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Kementerian Pelajaran masih mengkaji medium
bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan bagi subjek Sains dan
Matematik pada 2008 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), kata
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Taraknama:...apa nie jika SJKC ko org nak pikiaq laa nak kaji laa...tapi kat Sek Anak Bangsa koo org koo org belasah aja suruh belajaq....biaq pon bebudak tuu tak reti dan tak paham apa2 pon... aib aib....jika beginilah caranya koo org perintah negara tak tahu apa nak jadi dgn generasi masa depan....
UTUSAN MALAYSIA hari ini membawa tajuk SAYA TAK HILANG KAWALAN. Manakala tajuk besar THE STAR pula berbunyi: PM, Im in control.
Demikianlah reaksi PM Dollah Badawi dari Havana, Cuba.
Soalnya
mengapa tiba-tiba Dollah perlu menyatakan pada dunia bahawa beliau IN
CONTROL? Setahu saya tidak pernah mana-mana PM Malaysia sebelum ini
terpaksa meyakinkan orang-ramai sampai keperingkat itu kerana
semata-mata mahu menyatakan bahawa beliau itu IN CONTROL.
Tak
silap saya semasa Almarhum YTM Tunku dahulu pun, ketika berhadapan
dengan Peristiwa Ketegangan Kaum 13 Mei, 1969 pun tak merasakan perlu
meyakinkan masyarakat bahawa beliau IN CONTROL. Tiba-tiba Dollah
terdesak menyatakan demikian.
Beliau memberikan reaksi begitu
berikutan kenyataan ahli Parlimen Kota Bharu Zaid Ibrahim yang
mempertikaikan bahwa PM yang baru ini tidak melakukan apa-apa perubahan
sejak berkuasa. Malah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah
turut menyuarakan sentimen yang sama ketika berucap di Parlimen
baru-baru ini.
Itu tak termasuk krtikikkan yang disampaikan oleh bekas PM Tun Dr M.
Malah
sebenarnya, kebanyakkan rakyat Malaysia samada yang terlibat dalam
sektor korporat mahupun peniaga dan orang kebanyakkan rata-rata melihat
PM kita adalah antara yang terlemah jika dibandingkan dengan PM-PM yang
lain. Saya difahamkan adik seorang Menteri Kanan Umno pun menyuarakan
perkara yang sama terhadap Dollah.
Bermakna sentimen rakyat
jelata rata-rata sama, dan barangkali merasakan bahang itulah maka
Dollah terpanggil untuk mengisytiharkan bahawa beliau sesungguhnya
masih IN CONTROL!
Ketidayakinan ini mungkin tercetus ekoran
beberapa insiden yang melihatkan Dollah seolah lemah dan tidak
berupaya. Antaranya pertelagahan secara terbuka antara sesama Menteri
kabinet. Kini terbaru Menteri dengan Timbalan Menteri pun berbeza
pandangan. Dan selain itu kerajaan seolah berlepas tangan membiarkan
kenaikkan kos hidup menimpa rakyat. Minyak naik, tariff letrik naik,
harga barangan keperluan naik, jenayah semakin meningkat, rasuah terus
berleluasa.
Mustahil kalau PM itu benar-benar IN CONTROL perkara ini dibiarkan berlaku?
Itulah
agaknya puncanya. Kerana itu walaupun berada nun jauh di Havana, PM
terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa beliau IN CONTROL. Mungkinkah
ada pihak dalam Umno yang mahu merampas CONTROL PM itu?
Apa pun bagi saya cempedak tetap cempedak walaupun rupanya seakan nagka.
Ramadan bulan menggandakan ibadah
Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu kefarduan bagi seluruh
umat Islam yang bergelar mukalaf. Ini difahami daripada firman Allah
s.w.t., “Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah difardukan ke atas mereka yang sebelum
daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)
Berfikir dalam zikir
BERFIKIR adalah suatu fitrah. Allah memberi manusia akal membolehkan
manusia berfikir. Allah mengurniakan manusia pancaindera membolehkan
manusia memandang, memerhati, melihat, menyaksikan, mendengar,
menghidu, merasa dan menyentuh supaya darinya manusia memperolehi
maklumat, pengalaman dan juga tanggapan.
Teknologi
adalah milik semua.Cuma kemahuan politik dan kesungguhan sahaja akan
menentukan seseorang itu dapat memanfaatkannya atau tidak. Berdasarkan
itulah, TVPAS.com dilancarkan memanafaatkan teknologi IT untuk
berkomunikasi bagi menjana kesejahteraan.Teknologi tanpa isi,
kosong.Melalui TVPAS.com, teknologi IT diisi dengan pelbagai program.
Berita dan rencana, forum, wawancara dengan pemimpin dan siaran secara
langsung apabila perlu. Ini adalah permulaan .- begitulah antara
bunyi mukadimah di laman web TVPAS.com yang dilancarkan oleh Presiden
PAS, Datuk Seri Hadi Awang di Markas PAS,Taman Melawar dekat Kuala
Lumpur Rabu malam.PAS sebelum ini pun sudah mempelopori pengunaan laman
web tv.Bagaimanapun ia tersangkut ditengah jalan.Dulunya kos
pengendalian agak mahal dan pelayarannya agak lembab mengikut sistem dialup untuk dapatkan line
internet.Cyberjaya.tv yang dikendalikan oleh bekas pengacara TV3
Suhaimi Sulaiman juga berkubur setelah beroperasi seketika.Kini dengan
pengunaan broadband yang semakin meluas webtv dijangka akan menjadi
arina baru bagi parti-parti politik dan sesiapa saja memanafaatkan
teknoloji siber untuk tembus kepada orangramai.UMNO sendiri sudah
mempunyai UMNO.tv.com yang tidak lama dulu dilancarkan oleh Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.Beberapa laman web tv dan video streaming
sudahpun beroperasi kebelakangan ini seperti Malaysiakini.tv,WTV8 dan
di laman Malaysia Today.Tanpa lesen,tanpa wang berjuta dan apa-apa
surat menyurat dengan kerajaan kini sesiapa saja boleh memiliki stesyen
tv sendiri.Bayangkan dengan kemajuan teknoloji broadband di masa akan
datang dari kotak interface webtv yang kecil sekarang ia boleh
menjangkau semuka penuh skrin komputer.Juga bila broadband yang stabil
dan laju bukan saja menjadi mainan orang bandar tetapi menjangkau
hingga ke Hulu Tembeling.Waktu itu mungkin laman-laman web dan surat
khabar sudah dikira ketinggalan zaman dan webtv akan menjadi medan
bicara.
Bush: Iran, Syria taja keganasan
PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB) 20 Sept. – Presiden Amerika Syarikat
(AS), George W. Bush cuba meredakan sentimen anti-Amerika di Asia Barat
dengan menegaskan bahawa puak pelampau cuba mewajarkan keganasan dengan
membuat dakwaan palsu kononnya AS melancarkan perang terhadap Islam.
--ini kata setan BUSH....
Iran lempar kecaman pedas terhadap Barat
NEW YORK 20 Sept. – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mempertahankan
program nuklearnya dalam ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam sambil menuduh Amerika Syarikat
(AS) dan Britain memanipulasi badan dunia itu untuk memajukan agenda
mereka sendiri.
--YAB Presiden IRAN bantai balik...
Chavez gelar Bush ‘syaitan’
NEW YORK: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, yang memusuhi Amerika
Syarikat menggelar Presiden George W Bush ‘syaitan’ ketika berucap di
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di sini
semalam.
‘Pergi PM, balik menganggur’
BANGKOK 20 Sept. – Perdana Menteri Thailand yang digulingkan Thaksin
Shinawatra berkata, beliau tidak menyangka pihak tentera akan melakukan
rampasan kuasa tetapi membayangkan beliau tidak akan cuba berpaut pada
kuasa, demikian menurut Agensi Berita Thai (TNA).
TarakNama:....inilah dikatakan 'wamakaru wamakarullah'....ingat UMNO jgn ingat hangpa hebat sangat TUHAn maha kaya.....bila dia kata 'kun fayakun'....jadi fikirkanlah koo org semua...
Harga ayam naik 65 sen sekilogram
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Menjelang masuknya bulan puasa beberapa hari
lagi, harga runcit ayam daging seluruh negara akan dinaikkan sebanyak
65 sen setiap kilogram mulai esok.
Kementerian tidak halang FLFAM naikkan harga ayam
PUTRAJAYA 20 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna tidak akan menghalang keputusan Persekutuan Persatuan
Penternak Malaysia (FLFAM) menaikkan harga ayam sebanyak 65 sen di
seluruh negara mulai esok.
TarakNama:....
BN...Barang Naik
BN...Bila Naik
BN...Baru Naik
BN...Brapa Naik
BN...Banyak Naik
Pangkah Lagi....apa yg mampu UMNo buat nak pertahan RAKYAT JELATA....kenapa takut nak buat perubahan...awat pihak pembangkang nie semuanya BODOH2 belaka kee...semuanya mai dalam hutan banat semua kee.....awat UMNO saje kah yg pandai urus hal dalam dunia nie...awat koo org nie bengong sangat...UMNo nie layak letak dalam muzium aja buat tatapan generasi akan datang...Buka Hati Buka Minda tanya DIRI UMNO nie hebat sangatkah ???
Hari
ini terpapar gambar jelas Perdana Menteri Malaysia , PM YDP Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dan menunjukan kemesraan luar biasa
dengan Presiden George W Bush diKedutaan Malaysia, New York, AS dan
dipaparkan semua akhbar perdana tanahair.
Kunjungan ini kunun
kunun menjelaskan kedudukan dan pandangan Malaysia berkenaan isu
konflik berdarah diLebanon baru baru dan pendirian Malaysia dengan
usaha PBB agar satu pasukan UNIFIL yang kuat disegerakan, agar kunun
kunun pembangunan diLebanon akan dapat diteruskan balik, tanpa ancaman
akan tercetus lagi peperangan.
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Pengendali blog Cuit Sikit,
Amin Yatim mendakwa terdapat khabar angin yang sedang bertiup kencang
di kalangan pemimpin politik Umno bahawa seorang bekas pemimpin kanan
parti itu mendakwa tujuan khusus perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden Amerika, George W Bush baru-baru
ini ialah untuk membincangkan isu skandal nuklear Scomi Group Berhad.
Scomi adalah gergasi korporat yang dikuasai anak Abdullah, Kamaluddin.
Menurut Amin, bekas pemimpin kanan Umno itu mendakwa, Bush sedang cuba
meyakinkan beberapa ahli Kongres supaya tidak membangkitkan isu Scomi
di dalam persidangan Senat yang akan datang.
Melayu harus mula menerima hakikat sebenarnya.
Perpaduan tidak pernah tidak wujud dengan sepenuhnya.
Mungkin hanya ada pada waktu Melayu bangkit menentang
Malayan Union tetapi setelah itu kita bergolak. Ini bukan
tidak baik buat Melayu kerana pergolakkan itu juga akan
mendewasakan Melayu tetapi bentuk - bentuk pergeseran
itu adalah perebutan, penindasan dan penipuan kumpulan elit
sesama untuk terus meminggir mereka yang tidak tahu dan
tidak berada. Dominasi Melayu sekarang terhad pada Melayu
Perdana yang mahu menentukan pemilikan kuasa dan
meminggirkan perjuangan sebenar. Ini harus dikesali dan
mereka ini harus dipastikan gugur dalam menerajui kuasa.klik
sini
Hutang tunggakan Air adalah RM
83.60, kos potong RM 25.00 dan penyambungan semula
adalah RM 25.00. Syabas, SYABAS. Inilah yang dikatakan
penswastaan air. Lebih dari 50% kos dari keseluruhan bil
tertunggak dikenakan hanya kerana gagal membayar RM 83.60.
Tambahan pula, pada bil ini ada tertulis deposit telah
dibayar sebanyak RM 100.00.
Bayangkan, mereka tidak membayar bil kerana kesempitan wang.
Apabila dipotong caj yang dikenakan melampaui kadar faedah
yang dikenakan oleh ALONG. Siapa sebenar lebih ALONG dari ALONG. Inilah perkara - perkara yang
memberi sokongan kepada perniagaan ceti dan ALONG.
Adakah sebelum ini, bila kerajaan ghairah
membicarakan usaha bagi mengatasi perniagaan ALONG ini satu
omongan kosong. Sebenarnya masalah kecil ini memberi kesan
besar kepada struktur sosial masyarakat.
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menilai kenyataan ahli
parlimen Barisan Nasional Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim dalam sidang
parlimen mengatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih tidak
membawa perubahan seperti yang dijanjikan selepas memegang jawatan
Perdana Menteri tiga tahun lalu merupakan ‘ satu pandangannya’.Beliau berkata kerajaan menggalakkan kebebasan bersuara asalkan ia tidak menyalahi peraturan dan disampaikan di dalam Parlimen.Najib
berkata Abdullah sendiri mengharapkan anggota Parlimen memainkan
peranan yang lebih berkesan supaya orang ramai tidak bergantung kepada
pembangkang.”Maknanya Zaid mesti sokong kerajaan dan beliau tidak boleh
berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan parti, katanya.Najib juga menjelaskan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap Zaid.
TaraKNama:....eishhh NO KOMEN....aku Tak TAHu..!!
POPE........tarik balik ko punya kata2 tuu..........
Parti
Islam SeMalaysia (PAS) menuntut Pope Benedict XVI menarik balik
kata-katanya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w dalam satu
ucapan yang disampaikan di Jerman pada 12 September 2006 yang lalu.
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh)
- "Sayalah antara mangsa yang paling tidak dapat melupakan perbuatan Dr
Mahathir ketika beliau berkuasa. Surat penahanan saya di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam dan barbaric ditandatangani
oleh Dr Mahathir sendiri dan saya masih menyimpan surat itu".
TarakNama:...nampaknya masih ada org kita sendiri yg terkapar2 mencari kekusutan dan gagal membuka tali yg tersimpol....aib aib aib.........
Komik agama bukan Islam berbahasa Melayu diedar percuma
ADA kumpulan tertentu menyebarkan buku komik agama bukan Islam
berbahasa Melayu secara percuma kepada orang ramai. Komik tersebut saya
peroleh secara percuma di tempat letak kereta Taman Shamelin Perkasa,
Cheras baru-baru ini.
TarakNama:....mana pie pihak jabatan AGAMA nie...bertindaklah cepat...sapa nak jaga agama kita jika bkn kita sendiri...
Jangan siar iklan TV berbau seks
SAYA berharap pihak TV tidak menyiarkan iklan berbau seks yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja.
TarakNama:....nak buat camna mungkin ISLAM HAD-HARI boleh buat camnie kot....??
Bimbing mat rempit tugas masyarakat
BERHUBUNG program perhimpunan mat rempit anjuran Putera Umno baru-baru
ini, saya juga mempunyai cerita tersendiri untuk mengulas perkara itu
yang boleh dijadikan panduan berguna kepada semua pihak terutama Putera
Umno.
TArakNama:.....aku dah kata bawak depa nie ajaq ajaran AGAMA ISLAM...kasi tarbiah bagi depa sedaq....nak buat apa2 pon pikiaq ISLAM dulu...insya'allah ada petunjuk punya...
Azalina syor F1 diadakan waktu malam
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan mahu menganjurkan lebih
banyak aktiviti sukan waktu malam bagi memberikan belia alternatif
selain berhibur, kata menterinya, Datuk Azalina Othman.
TarakNama;..ini aja yg hangpa tau..hibur hibur hibur.......
petikan Berita Hairan:
Putera Umno teruskan program mat rempit
KUALA LUMPUR: Putera Umno bertekad terus mendampingi mat rempit
walaupun dikritik hebat beberapa pihak berikutan beberapa program yang
dilaksanakan membabitkan kumpulan itu.
petikan Utusan Meloya:
Terserah kepada polis lulus perhimpunan ‘mat rempit’
KUALA LUMPUR 15 Sept. – Putera UMNO akan menyerahkan kepada pihak polis
untuk membuat keputusan sama ada akan meluluskan cadangan program
perhimpunan 50,000 ‘mat rempit’ di Bukit Jalil November ini atau
sebaliknya.
TarakNama:..nie mana satu nie...toya aihhhh........
MCA tidak akan minta maaf
KUALA LUMPUR 15 Sept. – MCA tidak akan memohon maaf kepada kerajaan
berhubung isu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat
yang mendakwa wujud sesetengah pegawai kerajaan menyeleweng wang
peruntukan khas untuk beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
TarakNama: cuba tengok camna MCA pertahankan SRJKC mereka....UMNO ada pertahankan Sek AGAMA camnie...harammmm...nak pelingkup ada lagi......
Jabatan Pelajaran tidak terlibat kerja senggara SJKC
JOHOR BAHRU 15 Sept. – Jabatan pelajaran Johor tidak terlibat dalam
kerja-kerja penyenggaraan 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
yang membabitkan peruntukan sebanyak RM523,000.
TarakNAma:...bila dah kena bambu balik lalu kelam kabut tendang sana sini bola tuuu....
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) -
Putera Umno tidak wajar melanjutkan program pengumpulan Mat Rempit ke
Bukit Jalil sekiranya ia hanya akan menimbulkan masalah kelak.
ini kata POLIS...
Polis tak setuju kumpul mat rempit
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak bersetuju dengan
cadangan Putera Umno yang mahu mengumpulkan kira-kira 50,000 mat rempit
dari sekitar Lembah Klang di Bukit Jalil, dekat sini, November ini.
ini kata aku:
TarakNama:....kumpol bebudaknie...ajaq depa bab ISLAM ulang ISLAM...bukan nak habaq pasal HIBURAN...ulang sekali lagi bab ISLAm...ajaq depa pasal DOSA PAHALA...ajaq depa pasal HALAL HARAm....insya'allah...hidayah ALLAH swt tuu akan tiba....tapi masalahnya tak pon....buat laa dulu try try..kerja ALLAh suruh kita buat....kerja bagi HIDAYAH kita serah kat DIA....
TarakNama:......inilah dikatakan lidah bercabang.....cakap lain buat lain...tengok mulut manis takmau2 buka aja busok nak mampos....dulu masa persidangan menteri2 luar siapa yg tak ikhtiraf k'jaan HAMAS....dok pie iktiraf si anak kapiaq amerika..jika ko betul berani lanie ko cakap aja satu dunia yg kau & OIC 'dengan ini megikhtiraf kerajaan HAMAS dan akan menyalurkan bantuan kpd k'jaan yg dilantik rakyat'.....ada berani...
Scomi hanya dapat kontrak kecil
SHAH ALAM 14 Sept. – Kontrak- kontrak kerajaan termasuk syarikat milik
kerajaan (GLC) yang diperoleh Kumpulan Scomi Bhd. (Scomi) adalah kecil.
TarakNama: kecik aja..dapat kontrak kepala kereta api..kecik jaa..dapat kontrak buat badan BAs kecik aja...eishhh penin aku nak pikiaq...
Cuba tawar kursus percuma doktor perubatan
HAVANA 14 Sept. – Cuba menawarkan 30 tempat bagi kursus doktor
perubatan secara percuma kepada pelajar Malaysia di Sekolah Perubatan
Amerika Latin (ELAM) di sini yang setakat ini telah mengambil lebih
10,000 pelajar asing daripada 28 negara.
TarakNama: Nah negara KOMUNIS tuu pon reti bagi percuma...tapi negara Hadhari nie...sikit2 duit sikit2 duit sampai nak masuk jamban berak pon duit.....
Adnan Yaakob pertahan idea buang keris
KUANTAN 12 Sept. – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tetap
mempertahankan ideanya supaya Keris Panca Warisan pada bendera UMNO
digantikan dengan lambang lain yang lebih sesuai walaupun beliau
dikritik hebat oleh pelbagai pihak.
tarakNama: aku dah tau pasaipa mamat nie suruh buang keris tuu......perli tuu perli tuuu....dulu kan mamat nie penah kata UMNO nie jika ada 75juta dapat beli kesemua....heh heh heh..ada kaa keris suruh ganti dgn lambang DUIt.....bukan ganti keris tuu..ganti aja UMNO tuu senang cerita....
Kepada
sesiapa yang pernah termakan roti High-5 diingatkan jangan lagi beli atau
makan roti tu lagi. Abang saya seorang pemberita yang mengikuti serbuan
ke kilang roti tersebut.
Serbuan dijalankan oleh Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), Kementerian Kesihatan
Malaysia, Imigresen, PDRM dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) ke kilang
roti high-5 setelah mereka menerima banyak aduan dari orang ramai yg mengatakan
kilang tersebut menjalankan operasi dalam persekitaran yang kotor dan tidak
sihat.
Apabila sebuan dibuat pada 06/08/06(rabu),
mereka mendapati apa yang diadu adalah benar malah jauh lebih buruk dari
sangkaan mereka.. kilang terlalu kotor, berbau busuk, persekitaran yang
tidak sihat, macam mustahil jenama roti yang popular ni kilangnya macam
tu.. memang amat meloyakan tekak!! Macam manalah KWSP boleh invest jutaan
ringgit kat company tu, ambil duit rakyat pastu invest kat tempat macam
ni, mmg mengejutkan semua org..So sesiapa yang pernah makan roti high-5
tu, paham2lah.. berikut adalah gambar2 yang diambil pada hari tersebut..
TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN DAN
ORG RAMAI AGAR MEREKA TIDAK TERBELI ATAU MAKAN ROTI NI LAGI?
The Malay Mail 7 sept. melaporkan
bahawa roti "High5" yang dibuat oleh Stanson Bakery di Nilai menggunakan
minyak masak dari Israel (jenama Dubor) yang tiada sijil Halal!!! Proses
pembuatan roti tersebut juga didapati tidak menepati peraturan kebersihan.
Perubahan kiblat bukti ketaatan umat
ANTARA peristiwa penting dan bersejarah berlaku kepada diri Rasulullah
serta Muslimin pada bulan Syaaban ialah peristiwa perubahan arah kiblat
daripada menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram
(Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. berita penuh
Ensiklopedia Nusantara: Hidayah al-Muta’allim kitab fiqh dalam Mazhab Shafie
ASH-SHIRAT al-Mustaqim, karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang
diperkenalkan adalah kitab fiqh, iaitu bahagian ibadah pertama dalam
bahasa Melayu. Selepas 200 tahun barulah muncul kitab fiqh yang lengkap
mengenai Kitab Ibadah, Kitab Munakahat, Kitab Mu’amalat dan Kitab
Jinayat yang dikumpulkan dalam satu kitab. berita penuh
Istiqamah daya kekuatan Muslim laksana tuntutan Islam
ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk
melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan.
Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap
individu Muslim. berita penuh
Liputan
sekitar "Perjum paan Tak Diundang" ahli UMNO dengan YABhg Tun Dr
Mahathir Mohamad, Di Yayasan Kepimpinan Perdana, Precinct 8, Putrajaya
pada Isnin, 11 Sept 2006 JAM 11 pagi
Keputusan Kubang Pasu Gambaran Tidak Mengenang Budi - Aziz Shamsuddin
Anggota
Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin berkata,
kegagalan Dr Mahathir untuk menjadi perwakilan bahagian menunjukkan
anggota UMNO tidak berterima kasih kepada Dr Mahathir yang telah
memimpin negara selama 22 tahun.
“Apa
yang hendak diulas lagi, itu keputusan perwakilan, tetapi jika ia
ditanya oleh kaum Cina dan India yang akan melihat bangsa Melayu
sebagai bangsa yang tidak tahu berterima kasih atau sesiapa juga, apa
yang hendak saya jawab, sebaliknya berasa malu atas layanan sebegitu
terhadap beliau (Dr.Mahathir),” katanya kepada pemberita.
Ditanya
adakah ia menunjukkan sikap orang Melayu pada masa sekarang, Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, ia mungkin berdasarkan
keadaan semasa sekarang.
“Saya
tidak tahu, mungkin dari apa yang berlaku sekarang itulah sikap orang
Melayu,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian
Larut.
KONDOM sekarang dijual di merata termasuk di kedai runcit, pasar
mini dan stesen minyak, sama seperti lain-lain barang kegunaan harian.
Sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, murid sekolah dan orang yang
belum bernikah boleh membelinya. Ia diletak bersama di rak gula-gula
dan bateri.
Di dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam, apakah
mesej yang kita hendak sampaikan melalui senario ini? Ia seolah-olah
memberikan isyarat bahawa seks di luar nikah pun boleh sekiranya
memakai kondom.
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh)
- Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini
menghadapi krisis keyakinan paling buruk, tidak boleh dipercayai
samasekali jika beliau enggan menyiasat dakwaan rasuah yang begitu
terbuka dan berleluasa dalam pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu ke
perhimpunan agung parti itu November ini.
aya
percaya kekalahan saya kerana sogokan kepada para perwakilan. Harga
kehormatan para perwakilan RM200. Dengan RM200 mereka sanggup tidak
pilih saya nombor 1 dan beri kepada orang lain. Saya telah membuktikan
ini sebuah kerajaan yang tidak tidak adil, kerajaan yang sanggup
mengunakan jentera kerajaan untuk parti.
PM sifatkan dakwaan rasuah Dr Mahathir sebagai amat berat
HELSINKI 12 Sept — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa berlaku rasuah
dalam pertandingan untuk menjadi anggota perwakilan UMNO Bahagian
Kubang Pasu ke perhimpunan agung UMNO, Sabtu lepas sebagai “amat
berat”.
Dr M diminta lapor politik wang kepada jawatankuasa disiplin
PETALING JAYA 12 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Tun
Dr Mahathir Mohamad membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin UMNO
jika bekas Perdana Menteri itu mempunyai bukti wujudnya gejala politik
wang pada pemilihan perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu Sabtu lepas.
Tiada politik wang di Kubang Pasu - Johari
KUALA LUMPUR 12 Sept — Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohamed
Johari Baharum hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad
mengenai wujudnya politik wang dalam pemilihan perwakilan bahagian ke
perhimpunan agung, Sabtu lepas.
Gerakan
mendesak Pak Lah letak jawatan kita sudah bergerak
hebat dalam web. www.umno-reform.com dimaklumkan oleh salah
seorang rakan melalui "yahoo messenger" akan
kehadiran laman web yang secara langsung tumbuh
untuk mendesak Pak Lah undur. Ini mengingatkan kami
kepada zaman - zaman berputik desakan reformasi
melalui laman web dan sekiranya dianalisa dengan
teliti laman - laman ini memberi impak yang
kuat kepada kerajaan memerintah.
Sekiranya kita layari hari ini, kita
dapat lihat kebanyakan laman web alternatif mula
mempamerkan desakan dan kelemahan Pak Lah sebagai
Perdana Menteri Malaysia.
Kedudukan Pak Lah lebih menyulitkan.
Beliau bukan sahaja diserang secara terang - terang
oleh Dr Mahathir dan percambahan sokongan ahli -
ahli UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu tetapi
turut diserang oleh bangsa - bangsa lain
sungguhpun tidak secara terbuka. Laman web www.arahkita.blogspot mempamerkan secara terang
serangan bangsa lain terhadap kerajaan kepimpinan
Pak Lah dan juga kerajaan yang dikatakan mengamalkan
diskriminasi perkauman. Adakah ini akan memberi
impak yang berkesan kepada Parti Keadilan Rakyat
yang mempunyai komposisi-komposisi berbagai kaum
sebagai pemimpin? Apa pun sekiranya dilihat asas
tentangan terhadap beliau isu kehadiran Khairy
Jamaluddin tidak dapat dinafikan wujud sebagai asas
penentangan. Adakah Khairy sekarang liabiliti bagi
UMNO, ahli Pemuda UMNO sahaja yang mampu menjawab.
Laman web yang telah dibentuk
tersebut dengan jelas menggesa agar Pak Lah berundur
dengan seberapa segera. Setakat laporan ini, pihak
kami masih tidak mengetahui siapa yang terlibat
dibelakang laman web pertama yang menggesa Pak Lah
untuk segera letak jawatan. Laman tersebut telah
menggariskan 30 perkara dalam Petition Terbuka
kepada Yang DiPertuan Agung, kenapa Pak Lah harus
meletak jawatan. klik sini
1. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang dibuat di
dalam manifesto pilihanraya 2004.
2. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang dibuat
setelah di lantik selaku Perdana Menteri untuk membersihkan
Malaysia dari gejala rasuah.
3. Beliau telah gagal menjalankan usul Suruhanjaya DiRaja
berhubung penubuhan IPCMC.
4. Beliau telah gagal mempertahankan maruah negara Malaysia
di dalam hubungan diplomatik.
5. Beliau telah gagal mempertahankan kedaulatan Malaysia di
dalam perjanjian-perjanjian perdagangan dua hala.
6. Beliau telah gagal mempertahankan nama baik Y.Bhg Tun Dr.
Mahathir, seorang negarawan ulung yang telah begitu besar
jasanya kepada negara daripada di keji dan dihina.
7. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap menantunya
yang mengusulkan bahawa Y.Bhg Tun Dr. Mahathir adalah Beruk.
8. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap
menteri-menteri kabinet beliau yang bersikap kurang ajar
terhadap Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir.
9. Beliau sendiri telah menghina Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir
dengan mengusulkan bahawa Tun Dr. Mahathir ibarat Iblis.
10. Beliau telah gagal menjamin kebebasan bersuara yang
diperuntukan oleh perlembagaan mengakibatkan Tun Dr.
Mahathir merasakan dirinya lebih hina dari mana-mana pacar
Tuanku yang terhina.
11. Beliau telah secara terbuka menipu rakyat Malaysia
dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercangah dengan
kebenaran hakiki.
12. Beliau telah menipu rakyat Malaysia dengan tujuan
mempertahankan anaknya sendiri.
Mufti tegur hantaran mewah
KUALA LUMPUR: Trend meletakkan nilai mas kahwin dan hantaran mewah pada
masa ini dikhuatiri menjadi budaya tidak sihat sehingga boleh
menimbulkan keaiban di kalangan golongan berpendapatan rendah.
Mayat bayi ditemui di bawah jejantas
KUALA LUMPUR 9 Sept – “Tolong sembahyang dan kebumikan bayi ini, bapa
bayi ini sudah tiada, mak dia sakit kuat, saya tak tahu hendak buat
apa-apa”.
Saddam – Al-Qaeda tiada hubungan
WASHINGTON 9 Sept. – Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mendedahkan
maklumat perisikan mendapati bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein
sebenarnya tidak mempunyai hubungan dengan rangkaian Al-Qaeda.
TarakNama:..jika difikirkan apa yg Bush buat nie sama tak dgn kat sebuah negara Atas Angin A-HadAiri..Bush main tuduh semborono pastu serang...cam kat negara tuu plak pemimpin tuduh semberono jgk pastu tangkap sumbat kat ISA....
Mengingati 11 September
Amerika Syarikat (AS) memperingati 11 September setiap tahun sebagai
hari mereka diserang segolongan pengganas yang berfahaman menentang
mereka. Umat Islam juga wajar memperingati 11 September kerana
peristiwa itu mengubah persepsi dunia terhadap mereka. Umat Islam
dipandang serong sehingga menjejaskan kehidupan dan kemajuannya.
Pulau produk: Denmark rugi RM616j
COPENHAGEN
9 Sept. – Tindakan masyarakat Islam dunia memulaukan barangan
pengeluaran Denmark berikutan penerbitan karikatur Nabi Muhammad s.a.w.
dalam sebuah akhbar tempatan awal tahun ini, mengakibatkan negara ini
kerugian RM616.4 juta (134 juta Euro).
TarakNama: Nah sapa kata kita tak mampu buat..inilah yg terjadi bila umat Islam bersatu...Musuh sudah semestinya akan gerun dan gentar...tapi Malangnya kini siapa yg gerun & gentar??
Khairy berkata " perkara seumpama itu sepatutnya tidak
berlaku kerana kerajaan yang memimpin negara sejak merdeka diterajui Umno dan
sepatutnya nasib orang Melayu lebih terbela."
TarakNama: Laaa 49thn baru nak sedar .....malangNya koo org nie....
ara
penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mula merasai tekanan apabila beberapa
jabatan kerajaan dan badan berkaitan kerajaan mengeluarkan surat
amaran, panggilan telefon dan juga perjumpaan.
epatutnya
Umno Bahagian Kubang Pasu semalam membuat ketetapan supaya Tun Dr
Mahathir Mohamad dikecualikan daripada terpaksa merebut kerusi
perwakilan bahagian itu ke perhimpunan agung Umno nanti, sebaliknya
mendapat "pelepasan" dengan memberinya laluan mudah tanpa perlu
bertanding.
Perwakilan bahagian: Mahdzir pula minta Dr Mahathir tarik diri
JITRA 8 Sept — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri
Mahdzir Khalid turut tampil pada saat-saat akhir menyuarakan permintaan
agar Tun Dr Mahathir Mohamad menarik diri daripada bertanding pada
pemilihan perwakilan bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO Nov
ini.
Rayuan terakhir UMNO Kubang Pasu kepada Dr. Mahathir
JITRA 7 Sept. – UMNO Bahagian Kubang Pasu hari ini membuat rayuan
terakhir kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menarik diri daripada
bertanding merebut satu daripada kerusi perwakilan bahagian itu, Sabtu
ini.
UMNO tidak sekat Dr. M jadi perwakilan
BANGI 7 Sept. – UMNO tidak menghalang bekas Presidennya, Tun Dr.
Mahathir Mohamad menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung parti
itu November ini.
Usah rendahkan kedudukan Dr. Mahathir
KUALA
KRAI 7 Sept. – Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu yang akan bersidang
Sabtu ini dinasihatkan supaya membuat keputusan tepat agar tidak
merendahkan kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku negarawan yang
banyak berjasa.
NILAI:
Sebuah kilang memproses roti jenama terkenal di Nilai 3, dekat sini
diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu mulai petang semalam
kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal.
Arahan
dikeluarkan selepas pihak berkuasa yang disertai Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai
(MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan di kilang
berkenaan.
Setiausaha
Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman,
berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang
yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak
beberapa bulan lalu.
Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.
"Kira-kira
tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar
keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada
sidang media di kilang itu petang semalam.
Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.
"Serbuan
berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti
berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.
Dalam
pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang
digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.
"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.
Sementara
itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti
bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki
mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia semakin tersasar
SAYA terpanggil untuk memberi komen tentang pengisian sambutan Hari
Kemerdekaan yang semakin hari semakin tersasar daripada matlamat
asalnya. Sambutan kemerdekaan yang bertujuan untuk mengembalikan
semangat nasionalisme dan cintakan negara kini seolah-olah dijadikan
wadah untuk merosakkan serta mencemarkan jiwa dan identiti bangsa.
Pada
hari Jumaat lepas saya merakamkan TAKZIAH BLOG ini ke rakan-rakan yang
beragama BUDDHA di atas kematian Ketua Agama mereka Dr K. Sri
Dhammananda Nayaka Maha Therra melalui artikel saya:
Condolence to my Buddhist friends
Dr Dhammananda merupakan Ketua Agama Buddha bagi rantau Malaysia dan Singapura.
Hakikat
kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini adalah
sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Sungguhpun majoriti rakyat Malaysia
berbangsa Melayu dan beragama Islam, namun di sana terdapat juga
sebilangan besar rakyat Malaysia dari bangsa-bangsa lain yang menganut
agama pilihan mereka samada Kristian, Hindu dan termasuklah Buddha.
Kejayaan
kita melahirkan keharmonian antara kaum dan agama adalah sesuatu yang
penting dan perlu dipelihara. Malah saya yakin kiranya masing-masing
penganut berpegang teguh kepada agama masing-masing dan dalam waktu
yang sama menghormati perbezaan itu, insyallah keharmonian kita akan
semakin kukuh dan padu. Dan bukan sahaja itu saya turut yakin ketika
itu segala bentuk kejahatan dan kesalahan moral termasuklah rasuah dan
salah-guna kuasa akan dapat dibendung dan diperangi.
Saya tidak
dapat menafikan bahawa ketika saya menulis artikel itu saya sangat
mengharapkan agar golongan Islam terutama dikalangan mereka yang
berpegang teguh pada Islam akan muncul dan hadir memberikan takziah di
atas kematian Ketua Agama Buddha ini sebagai simbol keharmonian yang
disebutkan itu.
Saya sengaja memaparkan usaha kerajaan PAS di
Kelantan berhubung jalinan persahabatan yang telah sekian lama wujud di
negeri itu antara penganut Islam dan Buddha dengan harapan kerajaan
negeri Kelantan lah yang seharusnya berdiri dan mewakili masyarakat
Islam bagi memberikan ucapan takziah masyarakat Islam terhadap
rakan-rakan kita itu.
Seakan isyarat saya dibaca, dengan izin
Allah swt PAS telah mengirim Naib Presidennya yang juga EXCO Kanan
Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Hj Husam Musa yang diiringi Bendahari
Agungnya Dr Hatta Ramli untuk menghadiri majlis Eulogy atau
memperingati jasa mendiang sebelum dikebumikan.
Mudah-mudahan
melalui engagement ini akan menonjolkan Islam sebagai sebuah agama yang
berjiwa besar dan menghormati anutan dan kepercayaan pihak lain, tidak
sebagaimana digambarkan oleh musuh-musuhnya.
Akhbar THE SUN hari ini
melaporkan keputusan kaji-selidik yang telah diuruskan oleh Merdeka
Centre untuk Institut Asia dan Eropah Universiti Malaya.
Kaji-selidik
tersebut dibuat untuk mengukur pandangan umat Islam di Semenanjung
Malaysia berhubung isu-isu berkenaan Islam dan pemahaman terhadapnya di
Malaysia. Banyaklah perkara-perkara yang telah dikaji dan diberikan
penekanan. Kaji-selidik tersebut melibatkan 1,029 orang responden.
Apa
yang menarik bagi saya adalah keputusan berkenaan penerimaan terhadap
Hukum Hudud dikalangan reponden tersebut. Menurut kaji-selidik itu
seramai 57% mahukan Hukum Hudud dilaksanakan Dengan 60% mengatakan yang
maysrakat bukan Islam sepatutnya tidak tertakluk kepada hokum ini.
Bagi
saya ini menunjukkan umat Islam kini semakin memahami tuntutan agama
mereka. Ini adalah perkembangan yang baik untuk Islam tambahan saya
percaya dengan becambahnya maslah sosial, jenayah dan maksiat yang
kelihatan semakin tidak terkawal telah menginsafkan ramai pihak bahawa
telah tiba masanya untuk kita kembali kepada penyelesaian secara Islam.
Soal
bagaimana ianya dilaksanakan adalah soal kedua yang juga penting dan
memerlukan kajian dan penyelidikan agar ianya benar-benar dilihat
lancar dan semata-mata untuk memberikan keadilan. Tetapi kini yang
pentingnya adalah kesediaan dan keinsafan kita untuk menerima Islam
secara keseluruhan sebagaimana yang telah diajarkan kepada kita oleh
Rasulullah saw.
Inilah hujah pemimpin yg diagung2kan oleh UMNO...Jika baca Utusan Meloya maka anda akan percaya bulat2 apa ditulis tuu...ok lah jika nak percaya..percaya lee tapi ini aku bawak hujah dr pihak yg dok bangkang tuu.....baca faham guna akal utk fikir....
Utusan Meloya:
Henti buat tuduhan terhadap Kamaluddin, Khairy
KUALA LUMPUR 6 Sept. – Dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini
mendesak pembangkang supaya berhenti membuat pelbagai tuduhan tidak
berasas terhadap anak sulung dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.
Hairan Metro:
Henti buat tohmahan KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari parti
pembangkang digesa menghentikan tuduhan tidak berasas terhadap anak dan
menantu Perdana Menteri yang terbabit dalam bidang perniagaan.
KUALA LUMPUR, 07 Sept - Golongan
berkepentingan di dalam Umno meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi seolah wali keramat yang tidak boleh ditegur dan
disentuh sedikitpun, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Antara anak Nik Aziz dan anak Pak Lah
ROSLAN SMS
Semalam
di Dewan Rakyat berlaku kekecohon semasa wakil Kubang Kerian yang juga
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bangun membahaskan Bajet
2007. Semasa berucap Salahuddin telah menyentuh tentang penglibatan dan
pembabitan anak sulung dan menantu Perdana Menteri dalam bidang
perniagaan dengan mendakwa kedua-dua ahli keluarga Dollah itu mendapat
projek kerajaan dengan menggunakan nama Perdana Menteri.
Sejurus nama PM dibabitkan maka bergegaslah bangun soldadu-soldadu beliau dalam dewan untuk memeprtahankan maharajanya.
Antaranya Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Umno-Larut) telah bingkas bangun dan berkata (UTUSAN):
Kalau
seseorang itu mengkritik, kita boleh terima tetapi apa yang Yang
Berhormat katakan ini seperti satu tuduhan. Kalau apa yang diperkatakan
ini hanya dengan khabar angin, ini sudah menjadi satu tuduhan.
Kalau Yang Berhormat ada bukti, cuba buktikan. Jangan buat tuduhan tidak berasas, ini akan makan diri sendiri.
Manakala rakannya Alwi Che Ahmad (Umno_Ketereh) pula berkata:
Saya
yakin Perdana Menteri sendiri tahu bahawa jika ahli keluarganya membuat
salah, maka mereka perlu disiasat. Pihak pembangkang tidak perlu
membuat tuduhan tidak berasas terhadap kedua-dua ahli keluarga Perdana
Menteri.
Sebagai wakil rakyat, kita sendiri
tidak mahu berlaku rasuah atau salah laku tetapi jika benar seseorang
itu melakukan kesalahan, ia, perlu dikenakan tindakan.
Kemudian Alwi menambah (sebagaimana terdapat dalam HANSARD):
Saya
hendak tanya ini sahaja, Yang Berhormat sebut mengenai Perdana Menteri,
anaknya dan menantu. Saya baru dapat maklumat mengenai Yang Berhormat
Menteri Besar Kelantan.
Saya
hendak tahu Yang Berhormat tahu atau tidak sahaja iaitu anaknya dahulu
tidak bekerja tetapi sekarang bekerja di Perbadanan Kemajuan Iktisad
Negeri Kelantan (PKINK) atau KSEDC ringkasnya dalam bahasa Inggeris
semasa Yang Berhormat Menteri Besar jadi pengerusi.
Kemudian, anak lelaki dia pula bekerja di Majlis Perbandaran Kota Bharu, dia pun tahu.
Saya
baru sahaja menelefon sahabat saya seorang ADUN Kelantan untuk
mendapatkan pengesahan. Menurut beliau anak Tok Guru yang dimaksudkan
itu adalah anak perempuannya. Jawatannya bukanlah pegawai kanan dan dia
memperolehi kerja tersebut atas dasar MERIT (bermakna berdasarkan
kelayakkan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri).
Sebagaimana saya percaya Puteri DYMM al Sultan Kelantan yang kini
bertugas sebagai Majistret di Mahkamah Tinggi KB juga atas dasar MERIT.
Manakala
tentang anak lelakinya yang dikatakan bekerja di MPKB, jelas ianya
suatu pembohongan. Ustaz Nik Abduh yang dimaksudkan itu bukannya
seorang pekerja di MPKB tetapi ahli Majlis yang dilantik oleh kerajaan
negeri berdasarkan jawatan politik beliau iaitu Naib Ketua Pemuda PAS
Kelantan dan ahli EXCO Pemuda PAS Pusat.
Berbalik kepada isu
yang dibangkitkan Salahuddin ternyata perbandingan yang mahu dibuat
oleh soldadu-soldadu Umno itu jauh laksana langit dan bumi bezanya.
Anak
dan menantu Dollah, bukan hanya dikhabarkan oleh media alternatif malah
turut didedahkan oleh bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir sendiri,
iaitu tentang penglibatan dan pembabitan mereka dalam perniagaan dengan
mengunakan pengaruh Pejabat PM dan Menteri Kewangan.
Isu Scomi
dan pembabitan Khairy dalam ECM Libra (walaupun saham beliau telah
dijual) terus menjadi perbualan di dunia perniagaan, dan ini bukan lagi
merupakan rahsia yang tersembunyi dari pengetahuan orang-ramai.
Bagaimana
kita nak samakan anak perempuan Nik Aziz dan Ustaz Nik Abduh dengan
Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. Takkanlah wakil Umno dari
Ketereh tak ada idea lain kalau pun bersungguh mahu mematahkan hujah
Salahuddin.
(Kenapa tak pula disebut nama seorang lagi anak Nik
Aziz iaitu Nik Adli yang sehingga kini merengkok dalam tahanan di
Kamunting kerana ditahan tanpa bicara oleh Dollah di bawah ISA)
Ternyata soldadu-soldadu Umno seakan menembak angin apabila Raja Zainuddin mengatakan (sebagaimana dalam HANSARD):
Takkanlah
anak seorang pemimpin tidak boleh langsung hendak berniaga? Takkanlah
kita hendak lihat anak pemimpin kita nak jual pisang goreng? Hendak
mengemis?
Siapa yang kata anak pemimpin tak boleh
berniaga? Isu yang dibangkitkan Salahuddin adalah anak-anak pemimpin
yang berniaga dan menggunakan kedudukan bapa mereka untuk kepentingan
perniagaan itu. Itu isunya.
Tak perlulah kita menegakkan benang
yang basah dalam hal ini. Dan memang cabaran soldadu-soldadu Umno itu
supaya laporan dibuat kepada BPR perlu segera disambut oleh Salahuddin.
Dan kita berharap BPR yang walaupun duduk di bawah ketiak PM akan
berani menyiasat dan menjalankan tugas apabila laporan telah dibuat.
Syabas Salahuddin kerana telah memaksa pimpinan Umno mendedahkan kelemahan dan tembelang mereka sendiri.
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh) - Front Bertindak Anti
Murtad (Forkad) merayu agar umat Islam di negara ini menandatangani
Petisyen Sokongan Memorandum Anti Murtad yang akan diserahkan kepada
Yang Di-Pertuan Agong.
Setiausaha Eksekutif Forkad, Abdullah Karim ketika menghubungi
Harakahdaily berkata, kempen menandatangani memorandum itu masih giat
dijalankan memandangkan jumlah tandatangan yang diterima belum mencapai
matlamat iaitu satu juta.
Katanya, individu yang hendak menurunkan tandatangan boleh melayari laman web di alamat: www.myislamnetwork.net dan kempen ini akan berakhir pada 12 September ini.
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh) -
Ramai Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa berkampung di
Kubang Pasu untuk melakukan sabotaj bagi mengagalkan usaha Tun Dr
Mahathir Mohamad menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno,
September ini.
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh) -
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Kementerian Pertahanan
Malaysia (Kementah) menolak kunjungan hormat Dewan Pemuda PAS Pusat
atas sebab-sebab tertentu melalui surat yang difaks ke Pejabatnya, 2
September lalu.
Oleh Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 5 Sept (Hrkh)
- Pelbagai pihak terus mempertikaikan gaya hidup mewah yang kini cuba
diterapkan melalui media elektronik, di mana ia langsung dianggap tidak
membina pemikiran ummah.
Mereka menganggap penonjolan yang cuba dilakukan itu
tidak sesuai dengan usaha-usaha kerajaan melahirkan pemikiran kelas
pertama seperti dihasratkan Perdana Menteri sebelum ini.
ebagaimana
rakyat Malaysia yang lain, saya juga turut mengikuti telatah Naib Ketua
Pemuda Umno Malaysia. Nampaknya makin sehari semakin kusut Umno
dibuatnya.
Sedikit masa lalu, beliau pernah memberi tempoh tujuh hari kepada saya
untuk menarik balik tuduhan bahawa Umno menang pilihan raya Umum kali
ke-11 kerana politik wang. Setelah lama mendiamkan diri kerana mungkin
disergah teruk oleh pucuk pimpinan Umno apabila tidak dilayan oleh
saya, beliau membuat kejutan lain pula dengan sebuah injunksi mahkamah
ke atas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa kerana agaknya tidak
mempunyai jawapan yang konkrit mengenai keupayaan pembelian saham
misteri beliau melibatkan RM 9.2 juta dalam ECM Libra.
Saman rendah galak langgar disiplin jalan raya
Rencana Pengarang LANGKAH Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan kadar
saman sebanyak 50 peratus berkuat kuasa serta-merta menimbulkan tanda
tanya kepada usaha mengatasi kemalangan maut di negara ini yang
merupakan antara tertinggi di dunia.
TarakNama: Pikiaq sendiri laaa..........benda camnie aku rakyat bawahan pon boleh pikiaq takkan yg dok besaq2 kat atas tak reti pikiaq..haru haru..
Kerajaan negeri hanya pentingkan rumah mewah
PULAU PINANG 5 Sept. - UMNO Bahagian Tanjong mempersoalkan keseriusan
kerajaan negeri menangani isu rumah kos rendah yang majoriti pembeli
adalah daripada kalangan bumiputera.
TarakNama: Awat tak buat rumah mewah....dah rumah mewah golongan dia yg mampu beli....hak Melayu nie mana ada duit...jadi lama2 terlempaq laa hangpa semua mai tanah besaq...pastu Pulau tuu kaum depa saja yg punya....aduhhh tak boleh pikiaq kaaa....???
Keistimewaan Melayu, bumiputera kekal – Abdullah
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,
kerajaan akan terus mengekalkan kedudukan istimewa kaum Melayu dan
bumiputera lain sejajar dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui
sejak merdeka.
tarakNama: keistimewaan tuu memnag akan kekal...tak pie mana pon...tapi hak yg ada tuu aja pie mana....tanah pie mana...bahas dah jadi apa...anak muda melayu hidup camna...aduhhh pikiaq sendiri lee...!!
Menteri Pengangkutan terkejut polis turunkan saman trafik
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Terkejut. Itulah reaksi Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Chan Kong Choy dengan keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menurunkan kadar saman melebihi 50 peratus kepada para pesalah trafik
berkuat kuasa serta-merta mulai semalam.
TarakNama: aku bab nie...walaupon aku sokong turn saman tapi aku nak tengok dr segi negative...jika boleh naikkan lagi saman tuu ...biaq padam muka rakyat Malaysia yg loqlaq atas jalan raya....manusia nie jika undang2 dah mula bagi mereka susah dan ada sifat kegerunan tentu dah tak buat punya....macam hukum allah jugak laa......jika dah ada sifat takut aman la dunia nie..nie apa tak tau sorang cakap camnie sorang cakap camtu..tak ada keseragaman langsung...
‘Saya tidak akan mengalah’
PULAU PINANG 5 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama sekali
tidak akan mengalah terhadap segala cabaran dan rintangan dihadapinya
dalam memimpin negara. Perdana Menteri sebaliknya menegaskan beliau
bersedia untuk terus berhadapan dengan masalah walau sebesar mana
sekalipun, sebagaimana dihadapi bekas-bekas pemimpin negara sebelum
ini.
tarakNama:..agaknya tak mau mengalah dgn sapa nie....mmmm....???
Penyelesaian krisis moral remaja
PAS kesal BN pilih hiburan
KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu melahirkan
rasa dukacitanya di atas langkah kerajaan Barisan Nasional negeri yang
seolah-olah cuba melambakkan hiburan kepada rakyat dalam keadaan mereka
dilanda krisis moral yang semakin parah.
Setiausahanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, langkah BN
menyemarakkan lagi pentas-pentas hiburan bukan sahaja tidak akan dapat
mengubati penyakit sosial, bahkan berpotensi menggandakan lagi unsur
negatif di dalam masyarakat.
“Moral rakyat kita sedang ‘sakit’ sekarang. Kita selalu dengar
orang kata, ‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Tapi apabila BN bawa
hiburan, ia tidak mengubat dan tidak juga mencegah. Ia menambahkan lagi
penyakit moral itu”, katanya.
Sukairi mengatakan demikian kepada Buletinonline
sebagai mengulas langkah kerajaan Terengganu menganjurkan program
hiburan khas meraikan kejuaraan tiga remaja negeri ini di dunia seni
baru-baru ini. Mereka ialah Mohamad Faizal Ramly, yang menjuarai
Akademi Fantasia 4, Edie Nazreen Hamzah, juara Bintang Asli Remaja
Kebangsaan 2006 dan Noradiatul Sharmiza Dzhuaimi, juara Bintang Kecil
Zon Timur. Selain mereka bertiga, persembahan pada malam 16 Ogos lalu
di Pantai Kelulut, Marang itu turut menampilkan beberapa artis undangan
lain.
Selang dua malam selepas itu, rakyat Terengganu diajak
berhibur lagi apabila berlangsungnya majlis perasmian Kembara Merdeka
di Dataran Shahbandar, dekat sini. Sudah pasti persembahan para artis
termasuk dalam agenda.
Perubahan paling ketara sejak BN mengambilalih pemerintahan
negeri daripada PAS ialah berlakunya lambakan konsert dan acara
hiburan. Kelab dangdut, karaoke dan pusat hiburan tumbuh di sana-sini.
Apa jua karnival, pesta atau pun ekspo yang diadakan tidak akan lengkap
tanpa persembahan artis.
“Pada saya, tindakan BN menyogokkan hiburan kepada rakyat sama
ada kerana BN tidak tahu memilih cara penyelesaian atau memang ia tidak
serius membanteras gejala sosial. Kerana, fakta yang ada membuktikan
bahawa pentas hiburan bukanlah saluran tepat menangani gejala sosial
dan krisis moral masyarakat”, kata Sukairi lagi."
Saya
dah beberapa hari tak buka akhbar online Malaysia. Bukan apa, malas nak
tengok dan baca. Sejak akhir-akhir ini, saya rasa macam orang bodoh
bila baca berita-berita yang disajikan oleh akhbar kita. Saya merujuk
kepada akhbar nasional kita iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Faham-faham sendirilah apa yang saya maksudkan. Oleh itu, kalau tak nak
jadi manusia bodoh dan jumud, jangan hari-hari baca akhbar itu (dan
juga TV).
Bendera Malaysia yang berkibar di Trafalgar Square, London. Gambar tahun lepas ni.
Bendera
Saya
tak pernah pasang bendera Malaysia di kenderaan atau pun di luar rumah.
Tapi dalam bilik saya ada saya gantung bendera Malaysia. Tapi saya tak
dapat terima kalau ada orang kata bahawa kita tidak patriotik dan tiada
jati diri kalau tak mengibarkan Jalur Gemilang. Ada banyak sebab untuk
orang tidak mengibarkannya. Ini antara sebab-sebabnya: Encik K (bukan nama sebenar) - operator pengeluaran
satu bendera rm10. kalau isi minyak rm10 dalam moto kapcai saya, boleh 5 hari ulang alik gi kerja tu.
Ajib - kerani am
saya terpakse ubah gaya hidup saya dengan tak keluar makan tengah hari, alih2 awak suh beli bendera? boleh kenyang tak ni?
Daud - pekerja sukarela
saya carik bendera palestin atau lubnan. tapi tak jumpe. awak ade jual?
Puan Ani - suri rumah
saya dah kibar dah. tapi semalam tercabut kena tiup angin. malas la saya nak beli lagi. baik saya beli gula.
Ramu - pengumpul stem
tahun lepas saya kibar pasal dapat bendera free. ini tahun saya takde dapat bendera free. so saya tak kibar.
Udin sireh - pelajar
minyak turun baru bendera naik!
Korang kenal pokok pisang hutan,alah
ada setengah orang panggil pisang kera, by the way ia adalah pokok
pisang yang hidup didalam hutan yang lazimnya dilurah lurah bukit.
Korang kenal pokok tebrau,alah pokok dia yang macam teby tuh,tapi batang dia kecik je dan tak manis pun isi batangnya tuh.
Ari nih aku nak habaq researh orang tua
tua tang pokok nih. Nak tau apa........Kalau korang nak tau, tanda
tanda tanah disesuatu kawasan itu subur ke idak ialah berpandu kepada 2
pokok tersebut.
Jika tuan tuan jumpa pokok nih tumbuh
secara semulajadi....poh sah tanah kat situ cukup subur. Kalau korang
lalu kat bukit tinggi,cuba lihat di tebing anak sungai tuh penuh pokok
tebrau dan di lurah bukitnya banyak pokok pisang hutan.Terlajak cakap
tang pisang hutan nih,pisang nih buahnya sangat banyak biji bagaikan
peluru penabur saiz 8.
Kesimpulannya jika ada sahabat kita nak
menceburi bidang pertanian,sila gunakan researh orang tua tua nih jika
ingin membeli tanah. Wa cakap lu,no wonder halia bukit tinggi Bentong
tuh just for export and the price is over rm 10/kilo.
By the way yang agak menyedihkan,aku
dengar tanah itu telah diberi gerannya kepada **** untuk mendapatkan
undi mereka di pilihanraya kecil yang lalu.
Ini permerhatian aku pulak, jika kau
orang lihat tanah tuh penuh pokok leban dan tembesu.....alamat tanah
tuh tak ada kualiti untuk pertanian. Dan kalau kau orang tak kenal
lansun empat empat pokok yang aku sebut tuh....engkau orang adalah
melayu baru yang tiada kepekaan kecuali hanya kepada hiburan.
Jangan mare
zar
***aku rasa tanah kat Tebrau Johor tuh mungkin sesuai untuk tanaman
TarakNama: TQ sahabat karangan koo nie berguna sampai mati..selagi ada tanah atas muka bumi
Itu belum aku citer situasidimalam merdeka kat Kuantan.!
Assalamualaikum,
Seperti Hari Merdeka di tahun yang lepas, kali ini saya dan rakan-rakan
dari NGO Wargakilang.com sekali lagi meneruskan expedisi kami menjengah
insan-insan yang kurang bernasib baik di pedalaman.
Pada mulanya, saya ingatkan cuma saya dan sdra Wahab berdua sahaja yang
akan ke sana, kerana berdasarkan reply kpd email yang saya siarkan di
mailing list wargakilang sebelum itu, tidak ada yang memberi respon.
Saya agak terkejut kerana pada pagi tersebut, bila bertemu dengan sdra
Wahab di parking lot Kulim Hitech Park, rupa-rupanya semua sekali ada 5
buah kereta yang akan turut serta bersama-sama kami. Ada dua pasangan
suami isteri yang turut serta, dan juga sebuah kereta semuanya kaum
wanita. Alhamdulillah, kerana buat pertama kalinya dalam expedisi kami
masuk kg, kali ini ada kaum wanita yang turut serta.
Perjalanan kami kali ini membawa kami ke sebuah perkampungan nun jauh di
pedalaman Pengkalan Hulu, Gerik Perak.
Lupa pula nak tanya nama kampung tersebut; tapi tak berapa jauh dari
Stesen Shell Pengkalan Hulu; sebelum signboard ke Thailand kalau tak
silap. Ada kot dalam 1 km dari jalan utama mengikut jalan mini tar yang
cukup-cukup memuatkan sebuah kereta di lereng-lereng bukit dalam kawasan
kebun getah tersebut.
Tempat yang kami kunjungi itu walaupun terpencil, tapi agak istimewa
kerana di situ memuatkan anak2 Yatim dan anak-anak yang memerlukan
perlindungan. Nama rumah tersebut ialah Kediaman Abu Nur, yang diasaskan
oleh Tn Haji Ahmad dari Sik Kedah. Abu Nur diambil sempena nama sebuah
tempat pengajian di Syria yang dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan orang
ramai, di mana sesiapa sahaja boleh belajar di situ tanpa sebarang yuran
pengajian.
Kediaman Abu Nur ini memuatkan sekitar 16 orang kanak-kanak perempuan,
yang sulung dalam form 2 dan yang paling bongsu berumur 7 tahun dan
sudah bersekolah. Setiap pagi, kanak-kanak ini akan dihantar bersekolah
ke sekolah biasa, dan sebelah petangnya mengikuti kelas pengajian agama
di Abu Nur yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang memberi khidmat
secara sukarela; dan malamnya mengulangkaji pelajaran seperti
kanak-kanak biasa.
Terharu jugak dengan sambutan yang diberikan oleh ustaz/ustazah dan dua
orang sukarelawan yang menjaga mereka itu; banyak yang diluahkan oleh
Ustaz (apa nama entah, lupa pulak nak tanya) yang bertugas full time
memberi khidmat di situ, yang melayan anak-anak itu seperti anak-anaknya
sendiri.
Dalam sessi briefing sebelum kami bertemu dengan anak-anak itu, soalan
yang pertama yang saya tanya Ustaz itu ialah,
"Apakah ustaz punya visi untuk budak-budak ini? Maksud saya 10 atau 15
tahun dari sekarang, apa yang ustaz nak tengok budak-budak ini jadi
apa?"
Jawab Ustaz ini dengan penuh yakin:
"Yang kita nak, kita nak budak-budak ini nanti bila mereka membesar,
mereka membesar dengan ilmu Islam di dada. Kami cuma nak terapkan ilmu
Islam kepada mereka; bukan nak kata, berapa ramai anak-anak yang sebaya
usia merekaa di luar sana nu, bukan kata semayang tapi nak baca doa
qunut pun tak reti. Kami cuma nak mereka ada asas-asas fardu ain, fekah
dan tauhid di dalam dada, agar mereka besar nanti mereka akan jadi
seorang Islam yang Solehah. Kalau ditakdirkan mereka jadi pekerja
kilang, maka mereka akan menjadi seorang pekerja kilang yang ada Iman
dan Islam di dalam dada, maka mereka akan menjadi seorang pekerja kilang
muslim yang cemerlang..."
Lebih kurang macam itulah jawab Ustaz; dan saya rasa cukup berpuas hati
dengan penjelasan tersebut.
Seterusnya sessi bertemu dengan anak-anak tersebut; fullamak.....rasa
macam nak menitis air mata tengok budak-budak pompuan kecik-kecik 7, 8,
9, 10 tahun sebaya anak-anak saya itu, dok ramai-ramai dengan baju
kurung dan tudung...nampak very innocent, nampak seronok sungguh dengan
kunjungan kami tersebut.
Seterusnya saya sebagai wakil NGO Wargakilang.com memberi ucapan
ringkas, diikuti dengan beberapa minit ceramah motivasi oleh Ketua Biro
Motivasi NGO kami, sdra Yusa dari kilang Komag, Penang. Dan, seterusnya,
tanpa diplan, saya menjemput dua orang kaum Wanita yang turut serta
dengan kami pagi itu (saya pun baru pagi itu kenal depa ni) untuk
memberi sepatah dua kata kepada anak-anak itu.
Terkejut saya, rupa-rupanya dua orang kaum hawa yang turut serta itu
memang kaki motivasi; depa dua orang ini Fresh-Grad dari UPM, seorang
itu baru sebulan kerja di kilang saya (no wonder tak kenal) dan sorang
lagi kerja kat mana entah (lupa pulak nak tanya). Depa dua orang ini,
Cik Ina dan Cik Annur memang kawan baik; pantang ada cuti dan
kelapangan, mereka berdua (tanpa melalui mana-mana NGO atau Pertubuhan)
akan ke rumah-rumah anak yatim atau mana-mana tempat untuk memberi
ceramah motivasi.
Bila saya dengar Cik Ina tu bagi motivasi kat budak-budak Abu-Nur itu,
barulah saya perasan kenapa beliau sanggup ke sana ke sini memberi
motivasi free-of-charge itu; kata Cik Ina kat budak-budak tu:
"Apa, orang ingat kita anak-anak Yatim tak boleh berjaya ka; ha ini, Kak
Ina ini dulu pun anak yatim jugak, anak-anak orang susah macam adik-adik
jugak, tapi Kak Ina boleh belajar...dan berjaya hingga dapat masuk ke
Universiti!!"
Saya dapat merasakan, deep inside di hati beliau, apabila menatap
wajah-wajah anak-anak tersebut, tanpa diundang beliau terlihat dirinya
sendiri semasa kecil-kecil dahulu, dan itulah yang me-motivate-kan
beliau untuk terus memberi motivasi free of charge sedemikian rupa. Kita
berharapkan lebih ramai orang-orang seperti Cik Ina yang akan muncul di
kalangan kita.
Seterusnya giliran rakan baik beliau pulak, Cik Annur ka apa nama untuk
memberi ceramah. Bijak Cik Annur ini menyusun kata bersesuaian dengan
usia budak2 tu. Kata beliau:
"Pasal pa, adik-adik tak suka ka duduk sini ka?, pasal pa....sebab tak
dak TV ka?"
Ada sorang dua budak2 tu macam mengangguk-angguk. Lalu, kata Cik Annur:
"Ha, Rasulullah SAW dulu dia ada TV ka?"
Budak-budak itu menggeleng kepala.
"Ha, Rasulullah SAW tak dak TV tak apa pun, pasal apa kita nak
kalut...bla bla bla..."
Saya tersenyum. Seterusnya beliau memberi motivasi tentang keperluan
menuntut ilmu dari kaca mata Islam dan sejarah Rasulullah SAW sendiri
sebagai seorang anak yatim yang berjaya. Hebat dua-dua orang budak
Fresh-Grad dari UPM ini. Syabas UPM!!
Opss, panjang pulak saya menulis; Cuma ada sedikit cerita nak dikongsi
di sini. Budak2 yang ditempatkan di situ, bukan semuanya anak2 Yatim,
tapi ramainya adalah anak2 yang terbiar. Ustaz tunjuk kat saya sorang
budak tu, ayah penagih dadah, bercerai; mak kahwin lain, ayah
menghilang; anak tu terbiar, sat sat org tu bela sat sat orang ini bela,
last sekali ada orang hantar mai ke situ. Satu kes lagi, mak kahwin
lain, ayah tiri x suka, kalau cuti sekolah hantar balik ke rumah, dok
sehari saja terus mak dia hantar mai balik sebab ayah tiri tak suka.
Satu kes lagi, mak ayah entah pi mana, bercerai berai, sat sat org tu
bela sat sat org ni bela, last2 jadi macam hamba diperhambakan orang;
nasib baik ada rumah Abu Nur....sekarang ini full time budak itu duduk
kat situ.
Satu kes lagi, tiga beradik, 10 tahun ke bawah; ayah siam kapiaq, mak
melayu tapi x brapa cukup rasanya. Lepas kahwin Siam tu bawa balik
negeri....nun jauh ke utara Siam, dekat sempadan Miyamar rasanya. Sana
depa dibesarkan dlm suasana kapir, hidup susah dan miskin melarat, makan
minum susah. Last2, ada puak2 kat sini masuk pi sana bawa lari budak2 tu
balik mai sini, letak depa kat Abu Nur. Kata Ustaz, mula-mula mai dulu,
kesian kat budak2 tu, punya la kebulur....hinggakan kalau ada
budak-budak makan gula-gula, kemudian plastik pembalut gula-gula itu
dicampakkan ke tanah, nanti budak-budak 3 beradik tu mai serbu ambik
bekas pembalut plastik tu, jilat habis sisa-sisa gula-gula yang masih
melekat kat plastik tu!!
Budak-budak 3 bradik tu sekarang ada di Kediaman Abu Nur ini,
comel-comel dan putih melepak budak-budak itu, comel dan ayu dengan
tudung dan baju kurung melayu. Terima Kasih Abu Nur kerana sudi
menyelamat dan memberi tempat perlindungan kepada mereka, dan terima
kasih kepada mereka yang sudi memberi sumbangan dan yang akan terus
memberi derma.
Moga segala sumbangan kalian yang kami tolong sampaikan tempoh hari, di
hari Merdeka 31.Ogos.2006 itu akan ada manafaatnya buat mereka dan ada
balasannya buat kalian semua di Akhirat sana.
Rompak: 2 anggota tentera cedera ditembak, 4 diberkas
ALOR STAR 4 Sept. – Enam anggota tentera ditahan oleh polis selepas
terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di
Pekan Tikam Batu, Sungai Petani, dekat sini awal pagi ini.
Enam anggota tentera pecah kedai baru empat tahun berkhidmat
SUNGAI
PETANI 4 Sept. – Enam anggota tentera yang dipercayai terlibat dalam
kes pecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Pekan Tikam Batu, di
sini awal pagi ini telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) tiga hingga empat tahun...
taraKNama:.....nie apa nie...nak harap sapa lagi...askar pon kena tembak dgn polis bukan kes pie perang tapi kes curi..apa kejadahnya nie...nie kira org yg dapat perhatian dan asuhan sepenuhnya dgn pendidikan tentera...last pie balon harta rakyat awam...penin penin kes kat malaysia...MERDEKA MERDEKA MERDEKA...
Ops Masih Ada Yang Sayang capai sasaran
MALAM 31 Ogos 2006 berlalu dengan seribu kenangan. KLCC yang menjadi
mercu tanda kebanggaan negara dipenuhi pengunjung berbilang bangsa.
Tidak kurang juga, ada yang memilih Dataran Merdeka sinonim dengan
sambutan kemerdekaan negara.
tarakNama:...Merdeka merdeka Merdeka....kita TUAI apa yg kita SEMAI....aduhh malangnya bangsaKu...ahh maleh nak kata aihh satgie kata aku nie pelingkup negara laa labi laa asyik nak kutuk aja..tanya apa aku buat...hah nie aku nak tanya apa hangpa buat 49thn MERDEKA...??
Sejak 1948, rakyat Palestin terus menjadi mangsa kekejaman zionis yang
memasuki negara itu secara haram. Puluhan ribu termasuk kanak-kanak dan
wanita yang terkorban akibat keganasan rejim zionis.
TarakNama:....allah...tak yah habaq..nabi muhammad saw habaq dah 1427thn dulu lagi...HANG PA aja dok buat pekak badak...dok sokong jgk org yg dok buat pekak badak tuu....Last cakap sana sini...nie baru labi..sembang tak serupa bikin....bak kata Salahuddin Ayob..kita kena buat apa kita cakap...jangan hari ini kita menetang YAHUDI tapi esok kita bersalaman atas dasar perniagaan...apa nie...Pierahhhhhhhhhhhhh..........
Pemilik premis tayang filem lucah secara terbuka
BUKIT MERTAJAM 3 Sept. – Selepas lebih 100 kali diserbu pihak berkuasa
kerana menjual cakera padat video (VCD) cetak rompak sejak tahun lalu,
pemilik sebuah premis perniagaan di Taman Maju di sini, bertindak lebih
berani menayangkan filem lucah secara terbuka untuk menarik
pelanggannya.
Haramkan rokok dapat kurangkan penagihan dadah
PELBAGAI usaha yang kerajaan lakukan untuk menghentikan rakyat Malaysia
merokok tapi belum ketara berjaya. Rata-rata penagih rokok ini juga
sentiasa berusaha mengurangkan tabiat ini dan seterusnya berhenti.
Namun kekuatan mental untuk berhenti tidak sama antara manusia.
TarakNama:.............ko cakap kat sapa nie.....tak ada org nak dengaq punya....kata ulamak rokok tuu haram pon org tak pakai nie koo nak berkukuk sorg2.udah laaa hapuskan dulu BN atas muka bumi nie lalu kita pikiaq nak buat apa..........!!!!!!!
Najib tegur ahli UMNO amal sikap ‘api dalam sekam’
MARAN 3 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menegur sikap segelintir ahli UMNO yang masih mengamalkan sikap
konservatif seperti ‘api dalam sekam’ dalam menyuarakan pendapat kerana
pendekatan itu boleh merosakkan parti sebagai organisasi tonggak
survival bangsa Melayu.
TarakNama:...mmmm nia kata kat sapa nie eeeeee............!!!
- Meskipun tidak
mendapat restu dari Umno Bahagian Kuala Pilah, namun program bersama
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Umno Cawangan
Kampung Padang Jual, Johol di Kuala Pilah tetap diteruskan dengan
permit polis.
TarakNama: eisshhh nie sapa yg bercakap nie...nik aziz kee...DSAi kee...Aduhhh...tuu laa dududk dlm lubang taik sapa nak ngaku taik tuu bususk tapi bila keluaq dr lubang taik tuu oooo baru rau taik tuu busuk.....kesiannnnn.........
Jambatan yang akan memecahkan rekod yang termahal di dunia ialah jambatan bengkok yang di ilhamkan oleh Tun jika ianya dibina.
Jambatan
yang tidak sampai pun 1 1/2 kilometer ini dianggarkan bernilai 1.1
billion ini dimana semua kontrak-kontraknya telah pun diberikan oleh
Tun ketika di zaman pemerintahan beliau kepada konco-konco beliau
ketika itu.
Projek yang sungguh mahal ini tidak pernah
diilhamkan atas kepentingan rakyat jelata. Ini adalah salah satu projek
mega Mahathir - gah, besar, tinggi harganya, bertujuan memperkayakan
para kroni, tidak perlu ditenderkan secara terbuka, dan tidak ada
rasionalnya
Itulah sebabnya ianya menjadi isu yang paling panas
sekali ketika ini kerana ramai konco-konco Tun yang kini marah apabila
projek ini dibatalkan.Baca Lagi...
Tun Dr
Mahathir Mohamad bersua dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di khalayak
umum Isnin malam.Kebetulan mereka berdua memenuhi undangan majlis
perkahwinan penyanyi Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa di
KLCC.Hadir sama di majlis itu Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy
Jamaluddin.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ada tugas rasmi lain
pada malam itu tidak dapat menghadiri majlis itu sekalipun menerima
undangan.Jika tidak senario itu pasti mencuri tumpuan para hadirin dan
mereka yang menyaksikan majlis perkahwinan yang disiarkan secara
langsung oleh TV3 itu.
etika
usia saya 13 tahun, bapa menghantar saya ke Maktab Mahmud. Sebuah
sekolah agama rakyat yang tersohor di Kedah. Kalau orang-orang tua di
Kedah bertanya, "Hang mengaji mana?", saya cuma perlu menjawab,
"Maahad!"
Serentak dengan itu, mereka mengangguk tanda faham, itulah Maktab
Mahmud, walaupun di Kedah berjebah dengan pondok-pondok dan sekolah
agama rakyat yang juga menggunakan nama 'Maahad'. Misalnya, Maahad
Tarbiyyah Islamiyyah, Dehrang yang dibina oleh arwah al-Fadhil Sheikh
Ustaz Nikmat Yusof, yang juga agak terkenal, tapi ia tenggelam kerana
nama 'Maahad' itu terlebih dahulu direbut oleh Maktab Mahmud.
Dan kiaskanlah juga dengan nama-nama madrasah lain yang
menggunakan nama 'Maahad'. Saya bercita-cita besar sebenarnya untuk
tinggal di asrama dalam Maahad itu. Kata kawan saya, makanan lebih
terpelihara dan lebih sempurna pengurusannya. Satu hal lagi yang
menyeronokkan ialah, saya tidak perlu runsing soal pengangkutan lagi.
Jimat masa berulang alik dan tidak lagi letih badan berulang-alik ke
sekolah. Saya cuba beberapa kali membuat permohonan. Tapi, tidak pernah
berjaya. Akhirnya, terpaksa saya memendam rasa dalam diam. Tinggallah
saya di asrama sewaan di luar sekolah.
uara
dan kehebatan Khairy Jamaluddin terserlah kebelakangan ini. Pada
dasarnya kita memang mengalu-alukan penyertaan Khairy ke gelanggang
politik. Sebenarnya Khairy adalah antara insan yang paling bertuah
kerana dapat mencapai kemuncak dengan begitu cepat.
Walaupun ada cakap-cakap yang berkata penyertaan Khairy ke dalam Pemuda
UMNO pada tahun 2004 adalah kerana kalibernya dan bukan atas tiket
menantu Perdana Menteri, pada saya itu semua adalah cakap berlapik
orang politik yang tidak mahu menyinggung perasaan ketuanya.
Kebelakangan ini kehebatan anak muda Rembau ini semakin
menyerlah. Setelah menang tanpa bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO
Malaysia, beliau aktif mempromosikan pasukan bola sepak My Team yang
berkesudahan menimbulkan kontroversi.
TARAKNama:....kalau ko sedar tak pe lee khairy oii...tapi jika koo nak melangkah juga sendiri mau ingat lee....
- Pembentangan
Belanjawan 2007 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi hari ini tidak mendatang keuntungan kepada
rakyat biasa.
-
Pelbagai pihak menyambut baik langkah kerajaan memansuhkan yuran
peperiksaan awam sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai tahun depan
tetapi berharap langkah itu dibuat secara berhati-hati kerana bimbang
nilai peperiksaan itu akan hilang.