Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    pangkah lagi..!!!
    12.01.06 (1:05 am)   [edit]

     
    BERITA SEGERA : Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung selama tiga jam di ibupejabat Umno petang Khamis memutuskan tidak mengenakan sebarang tindakan keatas Datuk Mukhriz Mahathir kerana memperlekehkan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa perasmian Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.Beliau sebaliknya hanya diberi amaran agar tidak mengulanginya.Hal ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan.Mukhriz hadir sama dalam sidang akhbar itu.Katanya Mukhriz akan menemui Abdullah sendiri untuk memohon maaf atas tindak tanduknya.Kata Hishamuddin mesyuarat berlangsung dalam suasana mesra.Mukhriz telah diminta memberi penjelasan lanjut mengenai komennya bahawa tiada ada apa yang baru dalam ucapan Abdullah kepada mesyuarat Exco.Menurut Hishamuddin keputusan sebulat suara anggota Exco pergerakan itu dibuat atas semangat "bersama" dan berharap agar ia akan menjadi satu pengajaran."Penjelasan itu telahpun diberikan termasuk memohon maaf di atas apa yang berlaku dan kita sedar bahawa apa yang berlaku salah tetap salah.

     

    TarakNama:....hangpa dok bincang ISU mukriz ptg tadi....aku ingat hangpa dok bincang pasal surau dan rumah kg berembang yg di tolak pagi tadi....nak tolong mangsa yg di tolak rumah tuu nak p berteduh dimana....nak bagi bantuan apa kat depa...macamana nak atasi anak2 kecil yg tidur berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah....aibb aibb aibb...!!! PANGKAH LAGI..!!! 

     
    Antara reality & fantasi...zzzzzzzzzzzzzzzzz
    12.01.06 (12:56 am)   [edit]

    Otak tak diisi pengetahuan juga punca mengantuk

    Saya melihat masalah 'kelonglaian' orang Melayu bukannya disebabkan oleh apa yang mereka isikan ke dalam perut mereka, tetapi apa yang mereka isikan ke dalam minda mereka.

    Otak yang diisi dengan pengetahuan sama ada melalui pembacaan, Internet, mengikuti siaran berita dan hal ehwal semasa serta hal ehwal dunia dan sebagainya akan menjadikan mereka prihatin dan sensitif dengan isu-isu semasa. klik sini
     
    TarakNama:....eishhhh aku jika dalam kelas dulu sah makan pemadan cikgu sains aku dah..!! 
     
    Datin & datuk dikatakan berkhalwat..
    12.01.06 (12:54 am)   [edit]

    Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn dan Gombak MP Datuk Dr Rahman Ismail dikatakan berkhalwat klik sini

    Mereka nafikan



    Mereka nafikan : dipetik dari malaysiantomorrow
     
    TarakNama:....nampaknya semakin hari semakin terserlah akan kelaku MP-MP dari UMNO nie...macamana tak ada perkara2 gejala sosial yg terok jika perangai yg dok meminpin pon macam nie...kelantan 16tahun di perintah PAS...apa kebenda pon tarak...RASUAH tarak...BETINA tarak...MAKAN HARTA RAKYAT tarak...ROBOH SURAU tarak...itu pon org UMNO masih dok buta perut lagi dok pangkah ........
     
    TERKINI : Surau telah dirobohkan....
    11.30.06 (3:58 pm)   [edit]

    SAYA KHIR TOYO  

     
     
     

    Sejenak nanti  anak - anak itu akan dewasa, terkenang bagaimana dirinya dihalau, diheret dan pukul kerana mempertahankan bumbung tempat dia dan keluarganya berteduh. Waktu itu pasti anak kecil itu sedar, mereka tidak tahu erti kemanusian dan terdengar suara halus sombong berkata - kata :  

    "saya khir toyo..anda sapa..bila mengundi baru aku kenal koo sapa.."
     

     

    Yang Tinggal

     

    TERKINI! AMPANG, 30 Nov (Hrkh) - Kejam! Itulah yang selayaknya digelar pada para penguasa dan pentadbir serta pemimpin di Selangor termasuk di kalangan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

    Setelah berjaya merobohkan Surau Al-Rahmaniah, Kampung Berembang pagi tadi, pihak MPAJ sebentar tadi bertindak pula merobohkan khemah-khemah penduduk yang dibina sejak 20 November lalu.

    Wakil penduduk Kampung Berembang, Qasim Abdul Aziz ketika menghubungi Harakahdaily menjelaskan, bahawa selepas pihak penguatkuasa dijamu makan oleh pihak pemaju pada tengahari tadi, khemah-khemah yang didirikan telah dirobohkan tanpa belas kasihan langsung.

    Sehingga kini, sejumlah empat buah khemah telah dirobohkan oleh MPAJ.

    Tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak MPAJ ketika ini jelas melambangkan sikap tidak berperikemanusiaan dan simpati kepada para penduduk yang telah kehilangan rumah mereka sebelum ini. - mks.

     
    KERAJAAN DAN UMNO HARUS JAWAB DAKWAAN RAJA PETRA
    11.30.06 (8:37 am)   [edit]
    By Ezam Mohd Nor- Laman M@RHAEN
    Editor Malaysia Today, YM. Raja Petra Kamarudin, mendakwa kerajaan berbohong dalam Parlimen berhubung peruntukan RM600 juta untuk projek pembangunan luar bandar yang dibahagi-bahagikan kepada Umno bahagian-bahagian oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada pada 13 November lalu ketika Perhimpunan Agung Umno.

    Di parlimen 15 November lepas Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin Osman menafikan mengenai peruntukan RM600 juta yang dikeluarkan melalui kementerian nya dan disalurkan kepada ketua ketua bahagian umno.
     
    Raja Petra dalam satu kenyataan nya yang disiarkan oleh malaysiatoday.net dan harakahdaily menyatakan beliau mempunyai cukup bukti kukuh mengenai perkara tersebut. (versi terjemahan di Laman ini: Bagaimana Mereka Berbohong Kepada Parlimen)
     
    Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) memandang serius isu ini kerana pembaziran wang rakyat yang sebegitu banyak di gunakan untuk  mencabul demokrasi negara. RM600 juta wang yang sepatutnya digunakan untuk manafaat rakyat di salurkan untuk mempertahankan kuasa politik UMNO.
     
    GERAK mendesak kerajaan dan UMNO untuk bertanggungjawab dan memberikan penjelasan terhadap dakwaan serius oleh Raja Petra.
     
    Dalam perkembangan yang sama GERAK melihat pembaziran dan rasuah berlaku dalam hampir semua projek pembangunan. Sehubungan dengan itu GERAK akan melancarkan Program Pemantauan Rakyat di peringkat daerah tidak lama lagi.
     
    Aktivis GERAK akan dilatih untuk memantau perbagai projek pembangunan di peringkat daerah masing masing dan menuntut pertanggungjawaban bagi unsur penyelewengan yang dilakukan.
     
    Dengan adanya program pemantauan rakyat ini rakyat akan didik memantau dan mendedahkan rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran yang berlaku di setiap projek pembangunan diperingkat akar umbi.
     

    RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA.

    MOHAMAD EZAM MOHD NOR
    PENGERUSI GERAK
     

    Web site : www.GerakMalaysia.org  email : gerakmalaysia@gmail.com
    +603-7804-9632/4962 (Tel)
    +603-7803-9423 (Fax)

     
    PUCUK PIMPINAN PERLU JELASKAN TIGA SOALAN
    11.30.06 (8:35 am)   [edit]
    KENYATAAN MEDIA PKR
    KES PEMBUNUHAN WANITA MONGOLIA:
    PUCUK PIMPINAN PERLU JELASKAN TIGA SOALAN
    Kiriman: Penerangan Keadilan


    Semakin banyak sekarang ini timbul tanda tanya tentang apakah peranan ataupun keterlibatan pucuk pimpinan negara dalam kes wanita Mongolia itu. Tanda tanya tersebut, yang sudah menjadi buah mulut,  berkisar sekitar tiga perkara:
     
    Pertama. Bagaimanakah seorang penganalisis politik seolah-olah dengan begitu mudah boleh  mendapat khidmat dari dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Pada hal UTK boleh dikatakan sebuah unit elit dalam pasukan polis, dan berkhidmat khusus kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.  Adakah kerana ada apa-apa hubungan istimewa?
     
    Kedua. Dipercayai bahawa bahan letupan yang digunakan ke atas mangsa ialah jenis C4. Kami diberitahu bahan ini agak baru dan disimpan dengan jagaan keselamatan yang rapi. Bagaimanakah bahan ini dapat diperolehi mereka yang dituduh meletupkan mangsa sehingga hancur berkecai?  Sekali lagi, adakah kerana apa-apa hubungan yang istimewa?
     
    Ketiga. Pihak tertuduh utama dalam kes pembunuhan ini dibebaskan oleh mahkamah dengan bon tanpa jaminan. Setahu kami, ini hanya kali kedua kes pembunuhan dibenarkan bebas. Tetapi ia merupakan kali pertama tertuduh dibebaskan tanpa membayar ikatan jamin. Yang anehnya pihak Pendakwa tidak membantah sama sekali. Apakah ada udang besar di sebalik batu?
     
    Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat, saya ingin menggesa supaya pucuk pimpinan Kerajaan segera memberikan penjelasan yang kukuh tentang ketiga-tiga perkara di atas, sama ada benar atau tidak. Jikalau didiamkan, berita angin akan semakin meluas, dan inilah yang akhirnya dipercayai umum.
     
    Dr Syed Husin Ali
    Timbalan Presiden
    Parti Keadilan Rakyat
     
    28 November 2006.
     
    Beberapa soalan buat Sisters In Islam
    11.30.06 (8:31 am)   [edit]

    SURAT Norhayati Kaprawi, Pengurus Program, Sisters in Islam (SIS) yang disiarkan dalam Forum, Utusan Malaysia 29 November 2006 atas tajuk Sisters in Islam kesal dilempar pelbagai tuduhan menarik perhatian saya.

    Saya ingin menyahut cabaran penulis daripada SIS itu yang berkata: “Jadi, bagaimanakah SIS dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah? Hanya kerana sekadar menuntut keadilan?"

    Sila baca satu artikel dalam akhbar International Herald Tribune (IHT) bertarikh 16 Februari 2006 dengan tajuk Letter from Malaysia: Malaysia‘s big sister shakes up Islam rule, hasil tulisan wartawan IHT Jane Perlez yang menemubual Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS).

    Antara lain ditulis: ‘‘With the acid touch that has made her an accomplished campaigner, Zainah Anwar calls the officials in the government religious departments ‘those Taliban-minded bureaucrats.’’

    Tidakkah itu menghina dan mempersendakan pegawai-pegawai kerajaan di Jabatan Agama Islam?

    Kenyataan seperti ini boleh menyelewengkan ajaran Islam dan membahayakan keharmonian rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

    Ini telah memberikan gambaran negatif terhadap perkhidmatan kerajaan di mata dunia luar.

    Tuduhan Zainah bahawa kakitangan kerajaan ‘berpemikiran seperti Taliban’ adalah keterlaluan dan seolah-olah memberi gambaran adanya unsur-unsur keganasan dan pelanggaran hak manusia dalam pentadbiran jabatan agama.

    Juga ditulis: ‘‘She (Zainah) has not married, saying to people: I don‘t want to be a slave to man .’’

    Janganlah soal peribadi turut terbawa-bawa dengan matlamat perjuangan SIS.

    Masalah peribadi beliau yang tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah bercanggah dengan Islam yang menganggap perkahwinan suatu yang mulia dan jalan keluar daripada maksiat.

    Kenyataan Zainah tidak mahu berkahwin disebabkan tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah kenyataan kedua daripada beliau selepas kenyataan yang sama di Mingguan Malaysia pada 12 Februari 2006.

    Persoalan SIS berfungsi sebagai sebuah pertubuhan NGO atau bukan, boleh menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan terhadap Zainah.

    Saya ingin bertanya kepada Pengarah Eksekutif SIS :

    * Berapa ramai ahli SIS?

    * Siapa yang boleh menjadi ahli?

    * Adakah dikenakan yuran tahunan kepada ahli?

    Pertanyaan ini timbul kerana daripada semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), SIS berdaftar di atas nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan ditubuhkan pada 1988.

    Lebih menghairankan tiada nama Sisters in Islam yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

    Mengiktiraf

    Jadi bagaimana SIS itu sendiri boleh membawa nama “Islam” di dalam nama dan aktivitinya dan siapakah yang mengiktiraf SIS Forum (Malaysia) Berhad sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO)?

    Sebelum memikirkan untuk menjadi juara di dalam hal-hal agama Islam, saya minta Zainah menjawab pertanyaan tersebut untuk dimaklumkan ke seluruh rakyat Malaysia siapakah SIS sebenarnya?.

    Harapan saya kepada Zainah supaya eloklah berfikiran terbuka dalam membicarakan soal perundangan Islam.

    Kita masih ada ulama syarie yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan pandangan. Tidak semua teori yang dibaca akan sama dengan kehidupan sebenar atau praktikal yang kita hadapi.

    SIS eloklah perjuangkan nasib wanita Islam yang kematian suami tetapi tiada pekerjaan, wanita yang ada masalah mendapatkan peguam untuk kes perceraian dan selamatkan wanita Islam yang terjerumus ke lembah maksiat seperti yang menjadi GRO dan pelacur.

    Bawalah mereka ke jalan yang sebenar dan bimbing mereka dengan mengadakan aktiviti yang lebih suci lagi.

    Saya melihat SIS lebih kepada menegakkan persamaan gender daripada perundangan Islam sebenarnya.

    Malah mereka juga menjurus kepada melahirkan kenyataan yang menjurus kepada membenci kaum Adam dan seolah-olah semua yang berlaku kepincangan dalam kehidupan kaum Hawa adalah disebabkan oleh perilaku kaum Adam semata-mata.

    Apakah sentimen kebencian kepada kaum Adam yang sudah ada di hati pemimpin SIS akibat sejarah silam membuatkan mereka menuntut dan menyarankan kesaksamaan dan keadilan kaum Hawa dengan mengenepikan perundangan syarie dan memperlekehkan mahkamah syariah?

    – ZIKRI AZIQ YUSOF,

    Cheras,

    Kuala Lumpur.

     
    Toyo sudah jadi TOYOL....
    11.30.06 (8:26 am)   [edit]
    SAYA KHIR TOYO

    Surau ini adalah tempat anak-anak ini tidur bila rumah mereka dirobohkan oleh pihak penguasa. Esok 30-11-2006 "pagi" &nb sp; AKU KHIR TOYO dijangka akan meruntuhkan surau ini.
     

    Surau Kg Berembang Bakal Tinggal Nama
    Pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah dihubungi oleh wakil penduduk Berembang, Saudara Mishod malam tadi dan memaklumkan tentang maklumat terkini tentang tindakan terbaru yang bakal dilakukan oleh MPAJ.
     
    Surau Kg Berembang dijangka diroboh esok!
    KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Penduduk Kampung Berembang, Jalan Ampang meminta orang ramai menyatakan sokongan mereka dengan berhimpun di hadapan surau kampung itu, bagi mempertahankannya dari dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi esok (Khamis, 30 November).

    Setiausaha Jawatankuasa Rayuan dan Penyelesaian kampung itu, Alizan berkata, pihak MPAJ, FRU, polis dan SB dipercayai akan memasuki kampung mereka esok, untuk meneruskan niat mereka merobohkan satu-satunya bangunan yang masih terdapat di kampung berkenaan.

    Image
    Surau Kampung Berembang, Ampang, akan dirobohkan oleh MPAJ pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
    Sebelum ini, hasrat MPAJ merobohkan surau itu tertangguh, apabila penduduk kampung bersama aktivis masyarakat berhimpun untuk mempertahankan surau berkenaan.

    Pada kejadian 20 November lalu, kesemua 60 buah rumah di kampung berkenaan dirobohkan secara kejam oleh MPAJ, sambil dikawal rapi oleh FRU, polis dan Rela.

    Malah, pada hari tersebut, 23 orang, termasuk beberapa penduduk dan aktivis ditahan polis kerana 'bertelagah' dengan pihak berkuasa.

    Image
    Dimanakah anak-anak ini hendak berteduh dari hujan dan panas jika sekiranya surau ini dirobohkan...?
    Dalam kejadian itu juga, seorang penduduk, Norhasliana Osman, 22, ditempatkan di High Dependancy Unit (HDU), Hospital Gleneagles Intan, akibat dibelasah FRU.

    Rentetan peristiwa tersebut, pada 21 Nov lalu, beberapa wakil penduduk dan para aktivis mengunjungi Suhakam, di mana Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam sendiri mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan.

    Beliau turut mengakui tindakan MPAJ mengasari penduduk itu sebagai penyalahgunaan kuasa serta menegaskan pihaknya akan segera bertemu dengan Menteri Besar Selangor (MB), Dato' Seri Mohd Khir Toyo, bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

    Semalam, para penduduk disertai para aktivis, wakil parti pembangkang, berhimpun di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), di Shah Alam, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo. - mr

     
     
     
    Malangnya kita sudah berpaut pd dahan yg rapon...
    11.30.06 (8:19 am)   [edit]

    UMNO tidak mampu membela perjuangan bangsa

    Mereka tidak dan belum lagi “gone overboard”. Mereka belum membunuh sesiapa mahupun mengancam untuk membunuh sesiapa. Dan mereka pun belum lagi menyuruh orang Melayu keluar beramai-ramai untuk pergi bunuh bangsa lain.

    Mereka HANYA sekadar menyatakan kesediaan mereka untuk mengikuti para pejuang dan pendekar Melayu yang lalu yang telah berbakti dan mengorban nyawa mereka hingga kita kita berjaya menjadi sebuah Negara aman makmur.

    Hasil keberanian pejuang dan pendekar Melayu terdahululah, orang-orang Melayu telah berjuang menentang Portugis, Belanda dan Inggeris.

    Pengorbanan orang-orang terdahululah menyaksikan pertentangan terhadap penjajahan Jepun. Dan hasil perjuangan orang Melayulah kita merdeka dan mencapai kemakmuran Tanah Melayu dan bangsa-bangsa lain turut menumpang kemakmuran yang kita capai hari ini.

    Apakah salah kalau para perwakilan menyatakan kesediaan mereka untuk mewarisi perjuangan pahlawan serta pendekar yang telah mengorbankan nyawa mereka? klik sini
     
    Inilah hasil drp UMNO:
    Penggunaan bahasa Melayu merosot
    KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) mengakui penggunaan bahasa Melayu semakin merosot dari segi tahap dan penggunaannya, kata Timbalan Menterinya, Datuk Wong Kam Hoong. 

     
    antara yg patut anda baca hari ini...
    11.29.06 (2:21 am)   [edit]
    Otak tak diisi pengetahuan juga punca mengantuk
    SAUDARA Sharipuddin Che Abdullah dalam ruangan Forum, 26 November 2006 telah membawa contoh beberapa orang perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2006 tidur semasa perbahasan untuk membuktikan orang Melayu lemah dan mudah terkulai, yang didakwanya berpunca daripada tabiat pemakanan.
     
    Petani terima pampasan RM1 juta daripada TNB
    ALOR STAR: Seorang petani, Ismail Abdullah, 55, mendapat lebih RM1 juta apabila Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membayar pampasan tambahan berhubung pembinaan menara kabel elektrik di atas tanahnya di Gelang Gajah, Pendang pada 1997.

    Mufti nafi kayu kokka berkhasiat
    KANGAR: Tindakan menjual kayu kokka yang didakwa dari jenis tongkat Nabi Musa dan mempunyai pelbagai khasiat adalah perbuatan yang menyeleweng dari Islam
     
    Pelajar IPT tak terbabit pelacuran
    KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata kes pelacuran kanak-kanak seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin tidak membabitkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

    KPN mahu laporan terperinci
    GEORGETOWN: Polis mengarahkan pegawai dari Bukit Aman menemui dan menyoal seorang pensyarah berhubung kajian ilmiahnya yang mendapati kanak-kanak seawal usia sembilan tahun adalah antara lebih 4,000 kanak-kanak yang dikesan terbabit dalam kegiatan pelacuran di seluruh negara.  
     
    Baca jangan tak baca..mana tau boleh sedaq sikit..
    11.28.06 (12:42 am)   [edit]
    Menangani Karenah Keanak-anakan UMNO
    (Dealing With UMNO's Childish Tantrums) 
    Oleh M.Bakri Musa . -Laman M@RHAEN



    Lidah Pengarang Hari Ini: Umno sudah menjadi satu masalah kepada orang Melayu, bukan-Melayu dan Malaysia. Umno sudah tidak lagi menjadi sebahagian penyelesaiannya..

    Memang amat menarik sekali, dengan sedikit pengecualiannya, rakyat Malaysia sudah pun pandai mengetepikan kerana kebudak-budakan yang menjadi ritual dan satu tradisi setiap kali Umno bersidang. Itulah yang telah mereka tunjukkan dalam Persidangan Agung Umno, penuh laungan cuvanis dan kata-kata hasutan perkauman yang amat menjijikkan.

    Pakar psikologi kanak-kanak ada memberitahu bahawa cara terbaik untuk menangani kelakuan yang buruk semacam ini ialah dengan menyerlahkan kejelekan kita yang tidak terhingga setiap kali kanak-kanak berkelakuan begitu. Ini mungkin perlu diselang-seli dengan hukuman.

     Kalau si anak itu masih terus bekelakuan begitu, maka strategi yang lain perlu difikirkan. Kejelekan dan hukuman yang berterusan tidak akan membawa kesan, kerana si anak itu akan menganggap itulah cara terbaik untuk menarik perhatian. Ini bererti secara tidak disedari kita memperkukuhkn ragam kelakuan mereka.

    Demikianlah kelakuan para pemimpin Umno hari ini. Lagi kuat amarah dan kebencian rakyat Malaysia serta sindiran daripada orang seperti Karpal Singh, Lim Keng Yaik daripada Gerakan, dan tukang komen yang lain; ia hanya menyemarakan semangat pemimpin Umno ini untuk terus mahukan perhatian.

    Mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia sudah faham sangat untuk memperlekehkan sahaja kelakuan mencuri perhatian Umno ini. Saya kena memaksa diri melihat rakaman video Perhimpunan Agung Umno itu. Memang saya naik mual melihat beberapa episod menggoyang-goyang keris. Kalau adapun yang menariknya kali ini mereka tidak lagi mencelupkan keris itu ke dalam mangkuk sos tomato, mungkin kerana mereka mahu mengelakkan kos mencuci kain seperti yang berlaku semasa dahulu.

    Budaya Pak Turut

    Semasa Najib Tun Razak menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun dahulu, beliaulah yang mula-mula melakonkan peranan menghunus dan menggoyang keris . Walaupun beliau ternyata janggal dia tidak pula menikam dirinya secara tidak sengaja. Kalaulah berlaku kemalangan semacam itu, sudah tentu berakhirlah di situ lakonan yang dilatihkan terlebih dahulu. Kerana itu Najib terus meniti tangga kerjayanya dalam Umno dan juga negara. Namun, budaya Pak Turut terus diperkaya.

    Pada tahun ini, kita melihat Hishamuddin meniru lakonan Najib dahulu. Tahun hadapan, kalau mengikut rencana yang sudah dirancang, akan muncul giliran Khairy Jamaluddin pula. Sebagai seorang lulusan Oxford tentu dia mahu membuktikan bahawa dia lebih baik Dari Hishamuddin dan cuba menunjukkan keunggulannya pula. Usah dihairankan kalau Khairy menunjukkan bunga-bunga silat pula ataupun gerak-geri yang memperbodoh diri sambil melenggangkan kerisnya. Sebagai insan yang tidak ada bakat seorang olahragawan, lihat nanti bagaimana dia akan jatuh terperusuk dengan keris menjadi penamat kerjayanya. Lakonan semacam itu memang akan berakhir dengan kesudahan yang dramatis juga.

    Kalau terjadi perkara itu, memanglah tidak baik bagi masa depan Khairy, tetapi mungkin baik untuk Umno, orang Melayu dan juga Malaysia. Ahli-ahli Umno dan (orang Melayu secara amnya) masih lagi taksub dengan kepercayaan mistik, dan akan melihat kejadian kemalangan semacam itu sebagai balasan Tuhan, dan kerana itu kita akan terselamat daripada terus dilanda bencana gara-gara fahaman perkauman. Kalaulah kejadian semacam itu tidak berlaku, anda boleh jangkakan banyak lagi kelakuan yang melampau dan memperbodohkn diri. Apakah yang akan mereka fikirkan nanti?

    Yang jelas, adalah lebih senang menonjolkan lakonan semacam itu daripada mengemukakan pelbagai cadangan yang dapat menyelamatkan orang Melayu yang menghadapi banyak masalah hidup mereka. Tindakan semacam itu adalah terlalu memeningkan fikiran , tidak kiralah kalau mereka berkelulusan Oxford. Keseronokan mereka dengan perkara yang remeh-temeh ternyata sepadan dengan perjalanan minda mereka yang masih mentah.

    Pada persidangan Umno Johor yang terbaru, pemimpin Umno negeri, Ghani Osman, telah mencadangkan agar sistem meritokrasi dimansuhkan kerana tidak dianggap sesuai untuk orang Melayu. Ghani berpendapat sistem itu merugikan anak Melayu yang pergi ke sekolah luar bandar yang serba kekurangan. Kesesalan semacam itu adalah satu lagu lama yang dimainkan sejak zaman penjajah dahulu lagi. Saya telah menjangkakan bahawa setelah lima puluh tahun lamanya negara ini dijajah oleh Umno, sepatutnya mereka sudah mampu menyelesaikan masalah yang sudah lama bercendawan itu.

    Tentu kita masih ingat bahawa Ghani pernah menjadi seorang dekan di Universiti Malaya, satu ketika dahulu.……Aduhai......!!!!Nampaknya kalau meritokrasi telah diamalkan di sana dahulu, tentu dia tidak naik mencapai tahap akademik yang diperolehinya, patutlah dia mahu mempertahankan status quo itu.

    Memusnahkan Tabiat Hodoh

    Oleh kerana tidak melaksanakan tanggungjawab kolektif keibubapaan yang sepatutnya menghukum Najib Tun Razak pada pertama kali dia melakonkan lagak menghayun keris dahulu, dan sebaliknya menggalakkan dia terus berbuat begitu,. kelakuan yang hodoh itu sudah menjadi semacam satu budaya pula. Perbuatan sumbang itu sudah semacam satu penggalak kenaikan pangkat dalam kerjaya politik Umno. Bayangkanlah kemungkinan Najib satu hari nanti akan naik menjadi seorang Perdana minter.

    Hanya ada satu jalan untuk mencemuh perangai Umno seperti itu yakni dengan behenti menyokong mereka. Cara terbaik untuk menyedarkan Umno ialah menggunakan bahasa yang anggotanya boleh faham. Kita harus berterus-terang dan bersikap ganas dengan menyampaikan amaran kepada Umno secara lantang, seperti tidak mengundi mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Sudah tidak ada masa lagi untuk kita berlemah-lembut kepada mereka.

    Undi bukan-Melayu sudah menjadi undi penentu yang kritikal. Malahan PAS turut memahami unsur ini, dan para pemimpin PAS sudah pandai berlembut dengan dakwah Islamiah mereka dan cuba meluaskan tarikan pengaruh mereka. Seperti yang terjadi pada muktamar yang terakhir dahulu, PAS telah mengemukakan calon bukan-Melayu untuk bertanding, dan ini merupakan satu anjakan pradigma dalam sikap dan pemikiran mereka.

    Kalau orang bukan-Melayu melupakan Umno dan mengikut langkah ramai orang Melayu yang sudah lama membenci Umno, calon Umno akan dapat dikalahkan. Barisan Nasional tidak perlu dikalahkan untuk melakukan perubahan besar dalam Umno. Kalau PAS dapat menang lebih banyak kerusi berbanding Umno, ini akan menghenyak pukulan maut yang melumpuhkan Umno. Budaya tuduh-menuduh akan mula membiak dan pertelagahan dalaman akan menghancurkan Umno daripada dalam.

    Kali terakhir Umno tergugat di pilihan raya ialah pada 1969, sehingga mencetuskan rusuhan kaum. Kalaulah Umno dijatuhkan pada hari ini, akan berlaku sambutan keriangan di Kampung Baru dan juga di Jalan Chow Kit. Satu ketika dahulu Umno dilihat sebagai pelindung orang Melayu, tetapi hari ini gara-gara gaya hidup UmnoPutra yang penuh kepalsuan dan befoya-foya, Umno sudah menjadi parti parasit sosial dan ekonomi negara.

    Satu ketika dahulu orang Melayu memang terpinggir daripada segi ekonomi,. Tetapi hari ini dengan adanya kelas menengah Melayu, orang Melayu akan menghadapi jalan sukar yang sama seperti orang bukan-Melayu kalau berlaku rusuhan. Kalau berlaku rusuhan kaum, anggota Umno akan saling bertuduhan, dan mencari pembalasan kerana mereka bergerak secara kolektif.

    Menyongsang harapan Khairy yang sungguh naïf, Umno yang lemah tidak akan merangsang rakan anggota gagasan Barisan untuk mencabarnya. Pilihan mereka nanti ialah berjinak dengan PAS dan ini tidak semestinya satu kerugian kepada rakyat Malaysia. Parti politik bukan-Melayu itu mungkin merupakan pengaruh yang diperlukan untuk melenturkan PAS agar bersikap sederhana. Lagi pun PAS adalah sebuah parti politik dan bukannya sebuah pertubuhan Islam. Kalau harga untuk merangkul kuasa bererti mereka perlu merobah imej keIslaman mereka, sudah tentu mereka akan lakukan juga. Buat masa ini pemimpin PAS memang ternyata sungguh jujur, kerana mereka belum lagi dirasuk kemewahan politik.

    Kehancuran Umno daripada dalam tidak merupakan satu kerugian besar kepada orang Melayu ataupun rakyat Malaysia. Sebaliknya banyak kebaikan yang akan lahir nanti. Sudah terlalu lama Umno menjadi sebahagian penyelesaiannya. Hari ini, Umno adalah satu masalah untuk orang Melayu, bukan-Melayu dan juga Malaysia.

    Kita tidak memerlukan campurtangan ghaib untuk melihat Khairy kemalangan dengan keris di tangannya untuk menyelesaikan masalah Umno. Cukuplah kalau para pengundi mengamalkan satu semangat ala keibubapaan yang amat diperlukan untuk mendisiplin parti itu.
     

    Terjemahan MT-SPAR
     
    Petikan: Marh@en 
     
    Ampu tok ya...
    11.28.06 (12:25 am)   [edit]
    Gambar Terbaik Perhimpunan Agung UMNO :) Senator Tan Sri Muhammad Mohd Taib Diucap Tahniah oleh Datuk Zakaria Md Deros

    Ada apa-apa ker Tan Sri? :) [politik: suatu ketika dahulu bila Mat Taib dilucutkan jawatan, Datuk Zakaria Md Deros merupakan antara orang yang mencerca nista beliau. Hari ini?]
    ikhsan dari: beritakmu.net©
     
    .....inilah UMNO...dulu bukan main hina dina si mamat tuu..kena dakwa songlap duit laa apa laa..last naik balik..eishh eishh... 
     
    alhamdulillah....
    11.28.06 (12:11 am)   [edit]
    Tajdid Iman: Al-Quran, hadis panduan sepanjang zaman
    KEJAYAAN bermula daripada hati dan akal yang sentiasa hidup. Jika kita mahu berada di puncak kemuliaan, pastikan al-Quran dan hadis menjadi destinasi persinggahan setiap hari. Tidak kira siapa diri kita dan latar belakang kita yang berbeza.
     
    macam nie aihh yg akai dok ada...rosak rosak..
    11.28.06 (12:10 am)   [edit]
    Penjara jika tak daftar anak sekolah
    DUNGUN: Ibu bapa yang enggan atau tidak mendaftar anak mereka mengikuti pendidikan wajib di tahun satu di mana-mana sekolah di negara ini, boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda RM5,000, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar.
     
    TarakNama: aku nak kata bangang tapi org UMNO dok sokong bagi menang...tapi memang bangang pon...bila ko dah p penjara mak pak dia...apa nak jd dgn keluarga dia...andaikata ada anak 5org yg tak sekolah tuu abg sulung...sbb malas...then bila didapati bersalah ibu bapa plak di penjara..tuu anak yg 5,4org tuu sapa nak jaga...eishhh mengong...pikiaq laa bagi bernas sikit... 
     
    Usah buang masa tonton sinetron khayalan
    SURAT ini merujuk kepada surat Mohammad Hafuez yang bertajuk ‘Siri Bawang Putih Bawang Merah wajar diteruskan’ yang disiarkan dalam ruangan ini, kelmarin. 
     
    TarakNama: dok buai benda2 macam nie yg mak pak anak dok jadi lali tuu....buang yg mcm2 nie dulu...apaa raaa...
     
    inilah dia Biro AGAMA pemuda UMNO..
    11.27.06 (11:53 pm)   [edit]
    Features
    ---
    Ini kes berat…

    Rupanya ‘ ada cerita ‘ disebalik kejadian Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hentam Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin di Perhimpunan Agung UMNO pada pagi Jumaat 17 November baru ini.Ramai yang terkejut bila Shamsul dengan lantang suruh Zam digantikan kerana mendakwa beliau gagal mermatabatkan Islam Hadhari menerusi program-program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).Sebagai pembahas usul agama mewakili Pemuda UMNO di perhimpunan itu tentu sekali berbagai andaian timbul termasuk apakah bab itu mendapat restu dari pergerakan itu.

    Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamuddin Hussein sudah menjelaskan hal ini.Terbaru beliau memberitahu dalam satu interbiu dengan wartawan The Star,Joceline Tan bahawa Shamsul antara pembahas dalam perhimpunan itu yang got out of control .“Saya merasa sungguh upset dan bila saya jumpa dia esoknya,saya suruh dia meminta maaf dan Zam menerimanya,”katanya.Zam yang diminta mengulas kenyataan maaf Shamsul oleh para wartawan semasa selepas satu acara di Melaka antara lain berkata, "Saya tidak cepat tersinggung, saya selalu membuat analisis sendiri apabila orang mengkiritik sama ada dia punya kreadibiliti atau tidak, sebab itu saya tidak buat kesimpulan".Ini membuatkan ada yang bertanya apa kena mengenanya soal kredibiliti Samsul dengan kenyataan pedasnya di depan para perwakilan UMNO dari seluruh negara itu. KLIK UNTUK LAPORAN LANJUT.


    TarakNama:.....eishhhmacam nie kaa perangai biro agama yg umno lahirkan....malangnya bangsaku...masih tak sedaq sedaq...bila laa hangpa nak sedaq yg hangpa ditipu nie....
     
    UMNOlah puncanya...
    11.27.06 (11:43 pm)   [edit]

    Bahasa kita tidak serupa
    Anuar Mohd Nor

    Ini satu pendekatan yang kejam. Mangsanya adalah anak - anak Melayu, orang  - orang Melayu dan akhirnya bangsa itu sendiri. Namun dalam kita melihat kekejaman rakus dilakukan, ada suara - suara yang tidak memahami. Ada suara - suara yang membela kerakusan - pemukulan ke atas wanita sehingga ICU atas alsan pembangunan, atas alasan notis dan kedegilan penduduk. Ada suara - suara mencari justifikasi buat kepimpinan yang dicabar turutn untuk melihat apa yang sedang berlaku pada bangsa yang kononnya sedang mereka perjuangkan. Alasan apa yang diberi pun, bahasa yang paling baik boleh kita katakan adalah rakus, kejam dan zalim. Malah suara - suara yang hari ini menjadi perisai kepada kepimpinan itu berdiri bersembunyi - tidak tampil dan tidak mahu berdepan dengan realiti.

    Kita menceritakan tentang mereka - cara mereka dihalau keluar, cara dilakukan kepada manusia bukan binatang dan tindakan buruk penguasa tempatan dan polisi kepimpinan negeri. Menghalau peneroka kota tidak harus dibuat sebagaimana kita mahu membasmi nyamuk aedes. Kita membicarakan masalah orang  - orang Melayu yang sudah bermastautin lebih dari 40 tahun di situ. Kita menceritakan kenapa mereka yang hanya bertaraf penduduk tetap memperolehi lebih keistimewaan ( bukan berhasrat untuk memperkecilkan mereka) tetapi di Kg Beremban, penguasa seperti tidak punya nilai dalam diri. Kita bertanya kepada mereka sedangkan pegawai Pejabat Perdana Menteri - khususnya Setiausaha Pak Lah Peribadi sedar dan perihatin tetapi Pejabat Menteri Besar Selangor tidak perduli. Kita menyebut dengan bahasa ringkas penuh sopan dan penuh nilai - nilai Melayu, penuh merendah diri - mereka tidak memahami.

    Apakah semua ini menunjukkan nilai kemanusian - Azman Wahid wakil rakyat mereka enggan bertemu mereka, Khir Toyo dengan setinggan sifar dan kita menggunakan Bahasa Melayu menceritakan masalah dan rayuan. Mungkin hanya satu bahasa yang  mahu mereka pertuturkan - Bahasa Duit - Bahasa Wang - " money is the language for them " dan "money do talk".   Dan mungkin itu juga bahasa pembela - pembela mereka yang tidak bermuka, bernama dan tanpa berjiwa memberi justifikasi menyokong tindakan rakus dan zalim dalam mencapai pembangunan dengan slogan "setinggan sifar"
     
    petikan: umno-reform© 
     
    Malangnya....
    11.27.06 (11:41 pm)   [edit]
    ANTARA RAJA SHERINA DAN AZHAR MANSOR
    Berita harian Sabtu 25 Nov 2006 ada melaporkan:
    Kerajaan perlu menyiasat dakwaan ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti didakwa wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' dan bukan menumpu kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya.
     
    TarakNama: bab nie aku pon tension jgk..selalu aja ISLAm yg disalahkan...macam kak long tuu..aku rasa hikmah jugak bagi org ISLAm sedaq..biaq p laa UMNO yg tak sedaq...kita pertahankanlah setakat mana kita mampu tahan jika nak biaq kat UMNo lama2 punggah habis... 
     
     
     
    Pengumuman...
    11.26.06 (8:50 pm)   [edit]

    PENGUMUMAN

    DARI  UMAT UNTUK UMAT  KERANA  ALLAH  S N W 
     
     

    TERAS Pengupayaan Melayu, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI`Y)

    dengan kerjasama

    Pusat Khidmat Sosial Islam - PAKSI

    Menganjurkan

     

    KONGRES UMAT ISLAM SE-MALAYSIA 1 -  KUISE 

    "MEMPERKASAKAN UMAT

    MERELIASASIKAN AGENDA

    MENEGAKKAN KEDAULATAN ISLAM"

     
     

    AKAN BERLANSUNG PADA

    2 - 3 ZULHIJJAH 1427 H

    23 - 24 DISEMBER,2006 

    DI DEWAN JUBLI

    POLITEKNIK UNGKU OMAR

    JALAN RAJA MUSA MAHADI,
    IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

    PERASMIAN OLEH

    DYTM RAJA MUDA PERAK
     
     

    AGENDA   & nbsp; Hari Pertama 

    UCAP UTAMA   &n bsp; PERSOALAN MENGEMBALIKAN IZZAH ISLAM DAN

        & nbsp;   &n bsp;       & nbsp;   MELINDUNGI MARTABAT UMAT

        & nbsp;   &n bsp;       & nbsp;    Oleh : Prof. Dr. AZIZ BARI   &nb sp;   &nbs p;     

    Agenda Pertama      MEMPERKUKUH AGENDA PENDIDIKAN ISLAM  

    Agenda Kedua   &n bsp;   &nb sp; MENGGARIS AGENDA UMAT MEMBINA

        & nbsp;   &n bsp;       & nbsp;    KEKUATAN SOSIAL  

    Agenda Ketiga   & nbsp;   &n bsp; MEMPERKASA EKONOMI UMAT 

    Malam   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     FORUM PERDANA KONGRES

        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp; Siasah dan Kepimpinan Ummat - mencari titik kesepakatan 

        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; HARI KEDUA 

    Agenda Keempat        MENGGERAKKAN KEDAULATAN ISLAM 

    Agenda Kelima   & nbsp;   &n bsp;  MEMBINA PENGHAYATAN ISLAM 

    Agenda Keenam   & nbsp;   &n bsp;  MEMBINA GERAKAN PEMUDA DAN

        & nbsp;     & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;   WANITA YANG BERKESAN – KEARAH

        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p; MELAHIRKAN GENERASI PEWARIS

        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p; PERJUANGAN MENDAULATKAN ISLAM 

    Resolusi Kongres:        GARIS BESAR TUNTUTAN MENDAULATKAN ISLAM 

    DI ANTARA AHLI –AHLI PANEL 

    Prof Dr Abdul Aziz Bari

    Prof Dr Mohammad kamal Hassan

    Prof madya Dr Sidek Baba

    Prof Dr Khalijah Mohd Salleh

    Ustaz Abdul Ghani samsuddin

    Datuk Syeikh Azmi Haji ahmad

    Prof Dr Awang Sarian

    Prof Madya Dr Hassan Basri

    Prof Madya Dr. Siti Zulaikha Mohd. Nor

    Prof Madya Abdul Salam Karnadi

    Dr Kamarulzaman Yusof

    Dr Muhammad Nur Manuty

    Dr Arsyad Taib

    Datuk Dr Siddiq Fadhil

    Dr Azizan Baharuddin

    Dr Zaini Hamzah

    Dr Ghazali Basri

    Dr Wan Salim Wan Mohd. Nor

    Dr Fadhullah Jamil

    Ust Salleh Hj Ahmad

    Dan ramai lagi. 

    DENGAN KERINGAT, DENGAN PENGORBANAN, DENGAN MARUAN 

        & nbsp;   &n bsp;   "DARI UMAT UNTUK ISLAM" 

    Seramai  2000 perwakilan dan 5000 pemerhati dari seluruh Negara akan berkumpul di IPOH.. untuk PENYERTAAN dan KETERANGAN LANJUT 

    SILA HUBUNGI:

    Sekretariat TERAS Pengupayaan Melayu   & nbsp; Tel/Fax:  04-4571712 

    Atau  URUSETIA KONGRES,

    JAMAI'Y d/a Masjid Sultan Idris Shah 11 (MASJID NEGERI) IPOH. PERAK  Tel: 0195550464 

    Bagi menjayakan Kongres Umat Islam yang pertama kali diadakan ini,Marilah sama-sama kita INFAQKAN (BERSEDEKAH) harta kita bagi membiayaai Kongres ini untuk Memertabatkan Islam dalam Kehidupan Masyarakat dan Negara melalui: 

    SATU KUTIPAN JUMAAT SATU MASJID 

    SECUPAK BERAS SATU KELUARGA 

    SEKILA TANGKAPAN IKAN SEORANG NELAYAN 

    SEKILA GETAH SEORANG PEKEBUN 

    Sumbangan dari setiap mu’min:  Ahli Pesara, Peniaga, Ahli Professional, Ahli Akademik, Mahasiswa, Pendidik,Seniman, Aktivis NGO, Usahawan, kakitangan Awam, Polis, Tentera, Pekerja Swasta, Pendakwah dan tidak ketinggalan PEMIMPIN SETIAP PARTI POLITIK YANG SEDANG MEMERINTAN DAN YANG TIDAK ADALAH

    SANGAT-SANGAT DIHARGAI. Semoga sentiasa di berkati Allah.  InasAllah.  

    SUMBANGAN WANG BOLEH DIMASUKKAN KEAKAUN;

    KONGRES UMAT ISLAM SeMALAYSIA

    NO. AKAUN :  08013010061047  (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

     
    Beginikah sikap seorg menteri.....
    11.25.06 (5:45 pm)   [edit]
    Sumbangan dari:
     
    Isu Perhimpunan Umno LIVE: Pak Pandir pun tersengeh
    11.25.06 (9:31 am)   [edit]
    Isu Perhimpunan Umno LIVE:
    Pak Pandir pun tersengeh

    Saya tak pasti darihal orang lain tetapi bagi saya apabila ASTRO menaja siaran langsung sepanjang Perhimpunan Agung Umno ke 57 baru-baru ini saya menganggap ianya sebagai suatu usaha untuk melangsungkan agenda pihak tertentu dala parti tersebut.

    Sebelum ini kita ada juga melihat siaran langsung perhimpunan parti Melayu yang terbesar dalam negara itu, tetapi ianya sekadar melibatkan upacara perasmian dan ucapan dasar presidennya serta ucapan penggulungan di penghujung persidangan. Tiba-tiba di bawah tangan Presidennya yang keenam ini, diberikan laluan kepada stesyen TV untuk membuat siaran langsung keseluruhan persidangan.

    Pasti ada yang tersirat yang begitu besar sehingga memungkinkan pemberian laluan sedemikian hebat.

    Pasti juga pihak ASTRO telah berbelanja jutaan ringgit untuk membuat liputan tersebut, mungkinkah akan menggelungsur lagi Indeks Rasuah tahun hadapan akibat liputan percuma ASTRO ini?



    Apa pun bagi saya hasrat sebenar membuka pintu pagar gelanggang Umno itu adalah untuk memberikan peluang satu dunia mendengar para perwakilan Umno seluruh negara menghentam dan mengkritik Tun yang dikira telah bertindak biadap terhadap Dollah Badawi, Presiden parti kini.

    Biar semua pihak dengar, biar satu dunia tahu bahawa seluruh kekuatan Umno tidak dapat menerima pandangan Tun dan mahu Tun duduk berdiam diri dan jangan lagi mencampuri urusan kerajaan dan Umno. Presiden dan keliling-kelalangnya akan hanya memerhati, mereka tak perlu bersusah payah, yang akan berkokok, terpekik-terlolong hanyalah para perwakilan.

    Demikianlah anggapan saya.

    Lalu apabila dilabuhkan tirai, diberi mikrofon, ditalakan kamera, rupa-rupanya anak buah Dollah bukan sekadar menyindir dan menyiku Tun (disamping agenda memuji dan memuja Dollah sendiri) tetapi habis apa sahaja yang lalu di depan mata dikerjakannya. Bila dah tahu yang wajah dan ucapan mereka akan ditontoni seluruh negara maka masing-masing pun mulalah menyingsing lengan dan menghunus keris.

    Tak pedulilah, keharmonian negara, perpaduan negara, kebebasan berusara habis semua diterajahnya.

    Akhirnya apa yang sepatutnya merupakan gelanggang terbuka untuk menyula dan menyalib Tun (disamping melambung dan membuai Dollah) menjadi medan bagi pendekar-pendekar perkauman ini untuk melepaskan geram masing-masing tanpa menyedari bahawa kuasa sebenarnya terletak pada pucuk pimpinan mereka, buruk dan cela negara sebenarnya angkara pucuk pimpinan yang diatas yang mereka sendiri pilih dan nobatkan.

    Dan kini apabila persidangan sudah berlalu tiba-tiba mereka menyesal kerana menyiarkannya secara lansgung. Agenda memomokkan Tun tidak berapa menjadi, akhirnya yang kelihatan adalah betapa ekstrim dan ultranya suara-suara para perwakilan Umno yang sesungguhnya mencerminkan suara Umno itu sendiri.

    Dan untuk mengawal nasi yang sudah menjadi bubur caca itu, maka Timbalan Presdien Umno berkata:

    Kabinet berpendapat lebih banyak kesan negatif daripada positif membuka perhimpunan Umno secara langsung

    (Hairan kenapa pula Samy Velu, Ong Ka Ting dan Lim Kheng Yaik yang diminta pendapat dalam urusan rumah tangga Umno?!)

    Dan menurut laporan para perwakilan yang telah TERLAJAK dalam berbahas tersebut difahamkan akan dirujuk kepada pihak berkenaan untuk diambil tindakan. Adakah ini bermakna mereka itu akan didakwa atas tuduhan menghasut sebagaiaman laporan polis yang dibuat oleh pihak DAP baru-baru ini?

    Haru-biru nampaknya nasib orang-orang Umno, dijemput jadi perwakilan disangkakan bebas bercakap, rupanya bila panas dibakar, kini yang membakar pula akan dibakar. Dalam hal ini agaknya Pak Pandir pun tersengeh rupanya ada yang lebih Pandir dari aku
     
    Mat Rempit tidak pernah serik...
    11.25.06 (9:24 am)   [edit]
    Oleh Fairuz Zaidan



    ENTAH bila `penyakit' lumba motosikal haram atau lebih popular dipanggil kita saban hari sebagai Mat Rempit mula menular sehingga menjadi suatu masalah sosial negara.

    Setahu sayalah, `sukan' yang digemari kebanyakan anak muda berusia antara 16 tahun dan 25 tahun itu tidak pula berlaku ketika era ayah dan emak kita dulu kala biarpun pada ketika itu tidak banyak pengaruh hiburan sebagai medium mengisi masa lapang.

    Jadi, apakah puncanya sehingga mempengaruhi sebilangan besar anak muda khususnya bangsa Melayu yang sanggup menggadai nyawa mempamerkan pelbagai aksi sambil memandu begitu laju di jalan raya.

    Tidak sayangkah mereka pada diri sendiri kalaupun kurang rasa sayang pada keluarga, teman, apa lagi bangsa dan negara?

    Sepatutnya, di usia yang masih muda belia itu mereka memanfaatkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah sebagai wacana untuk menjadi pelapis bagi mendokong wawasan negara.

    Walaupun saban hari cerita mengenai Mat Rempit dipaparkan di akhbar dan kaca televisyen, termasuk kemalangan maut, tangkapan hinggalah sekatan lalu lintas, masalah ini semakin menjadi-jadi!

    Tidak hairan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mengkelaskan Mat Rempit sebagai golongan yang berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan jalan raya.

    "Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana masih ramai yang degil," katanya sambil menegaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan polis bagi memerangi kegiatan berkenaan.

    Chan turut mengingatkan peranan ibu bapa dalam memantau sekali gus menasihati anak masing-masing supaya tidak terjebak kegiatan lumba haram.

    Jahat sangatkah Mat Rempit ini sehinggakan pak menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan yang mungkin `mengguris' segelintir Mat Rempit malah beranggapan minat mereka dibantah pihak berkuasa?

    Kata orang, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang! Tentu saja menjadi kebimbangan masyarakat juga kerajaan dengan senario yang sudah seakan menjadi `wabak penyakit' di kalangan generasi muda selain masalah najis dadah, merogol dan merompak.

    Kematian Muhamad Aufal Khalilah Mohd Saberi, 3, yang dirempuh motosikal sekumpulan Mat Rempit di Kota Bharu, baru-baru ini, juga kejadian Agus Asrafi Sumarji, 21, yang mati ditikam Mat Rempit dalam satu pergaduhan di ibu negara, 8 Oktober lalu menjadi bukti kerakusan segelintir kumpulan bermotor yang bukan sekadar membahayakan nyawa sendiri sebaliknya sudah membunuh orang yang tidak berdosa!

    Apa sebenarnya yang melanda kelompok Mat Rempit ini? i-Kon minggu ini cuba `merempitkan' diri untuk menyelami permasalahan sosial yang semakin serius ini. Prengg... prenggg... Prenggggggg!!!

    "Malaysia saja ada Mat Rempit" - Shahrol Yuzy

    MUNGKIN ada benarnya kata-kata bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang tidak menolak bahawa di negara ini saja berlaku masalah perlumbaan motosikal haram.

    Beliau yang juga Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Profesional Malaysia (Prorider) berpendapat, di negara luar seperti Thailand dan Indonesia tidak pula mempunyai kelompok Mat Rempit jalanan disebabkan faktor kesesakan lalu lintas di negara berkenaan yang mungkin menyukarkan aktiviti haram berkenaan.

    "Apatah lagi di negara Eropah yang langsung tidak wujud istilah lumba motosikal haram.

    "Berbeza pula di negara ini.Generasi muda termasuk mereka yang seawal usia 16 tahun berani menjadikan jalan raya sebagai medan untuk berlumba serta melakukan aksi merbahaya," katanya sambil mengatakan ada saluran yang boleh mencungkil bakat sebenar pelumba untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan.

    Shahrol Yuzy berkata, negara ini sebenarnya mempunyai ramai pelapis pelumba motosikal berbakat tetapi tidak digilap sepenuhnya.

    Beliau berkata, kekurangan pendedahan serta sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan ramai pelumba berbakat memilih jalan raya sebagai medan mempamer kebolehan sehingga menggadaikan nyawa sendiri... juga orang lain!

    Katanya, antara sebab yang mematahkan impian Mat Rempit untuk menyertai pertandingan profesional adalah kekangan kewangan untuk membeli motosikal yang sesuai untuk perlumbaan di litar selain kelengkapan pakaian perlumbaan yang agak mahal.

    "Pada pandangan saya, usaha menangani masalah rempit seperti tangkapan tidak memberikan impak yang besar buat mereka (Mat Rempit ).

    "Lebih baik mendekati mereka dan fahami minat sebenar dalam bidang permotoran. Ini adalah langkah bijak bagi membendung permasalahan ini," katanya yang turut berpendapat hanya pakar motosikal saja yang boleh memahami jiwa Mat Rempit.

    Ditanya mengenai peranan dan usaha persatuan itu dalam mengatasi kemelut Mat Rempit , Shahrol Yuzy berkata, Prorider turut menjadi `suara' dan menggilap pelapis pelumba motosikal berbakat menerusi program Akademi Sukan Bermotor.

    Kata Shahrol Yuzy, setakat ini persatuan itu berjaya menganjurkan beberapa siri perlumbaan litar Cub Prix, termasuk menganjurkan bengkel untuk mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran berkenaan.

    Sambutannya, kata Sharol Yuzu, memberangsangkan. Pada satusatu program yang dijalankan, pihaknya menerima kira-kira 1,000 permohonan namun hanya boleh menerima 100 peserta terawal.

    "Keadaan ini membuktikan jika Mat Rempit diberi saluran yang betul, mereka tidak akan berlumba secara haram lagi," katanya yang kini mempunyai kelab motosikal sendiri, Yuzy Racing Team yang dianggotai enam anak muda berbakat dalam sukan lumba motosikal berusia antara 13 dan 14 tahun.

    Lagi banyak parut lagi hebat!

    SEAKAN tidak masuk akal bila dikatakan kesan parut kemalangan jalan raya yang menimpa seorang Mat Rempit menggambarkan `ketinggian status' mereka dalam kelompok berkenaan.

    Lagi banyak parut kesan kemalangan, lebih layak seseorang itu digelar raja litar! Ada-ada saja gelagat anak muda ini!

    Senario itu didedahkan sendiri Presiden Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi Hashim yang menjadi pengerusi Forum Gejala Lumba Haram anjuran Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara, baru-baru ini.

    Beliau berkata, menerusi parut berkenaan, seorang Mat Rempit seakan mendapat lesen `hak untuk bermegah'.

    "Kebanyakan kes membabitkan Mat Rempit yang saya sering sebut sebagai pelumba jalanan ini berlaku pada remaja berusia antara 16 tahun dan 21 tahun yang tidak berduit.

    "Untuk mencari jalan mudah memiliki wang sambil berseronok, mereka berlumba sesama sendiri tanpa memikirkan risiko terbabit kemalangan," katanya sambil menjelaskan sebutan rempit sebenarnya adalah rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

    Kamal Affandi berkata, banyak sudah yang diperkatakan mengenai masalah Mat Rempit namun sehingga kini tiada satu penyelesaian jitu dapat menangani masalah berkenaan.

    Tindakan undang-undang yang ketat, akuinya, bukan langkah terbaik sebaliknya kelompok pelumba jalanan itu harus didekati sekali gus memahami apa yang mereka ingini.

    Sehubungan itu, katanya, forum gejala lumba haram PDRM itu, yang turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia bukan sekadar membincangkan permasalahan serius pelumba jalanan sebaliknya mencari penyelesaian untuk suatu tempoh jangka panjang.

    Antara cadangan ialah `menghukum' pelumba jalanan yang didapati memandu secara merbahaya melawat mangsa kemalangan di hospital bagi menyuntik kesedaran.

    Beliau juga tidak menolak cadangan penubuhan litar lumba motosikal untuk kelompok pelumba jalanan.

    Mungkin cadangan ini tidak dapat menamatkan `keghairahan' Mat Rempit untuk berlumba tetapi ia mungkin dapat membantu mengurangkan kegilaan mereka berlumba sekali gus menurunkan bilangan mangsa nahas jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

    Namun, apa yang lebih penting, Mat Rempit sekalian, tidakkah anda sayangnya nyawa? Jawapannya di tangan anda...

    FAKTA

  • Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei lalu 3,182 penunggang ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.

  • Statistik Ops Sikap IX tahun lalu menunjukkan sebanyak 62 peratus atau 144 daripada 233 kematian membabitkan penunggang motosikal.

  • Lima puluh enam peratus atau 3,487 daripada 6,223 kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 2004 juga membabitkan penunggang motosikal.

    Norizman merempit sekadar suka-suka

    PENGALAMAN `merempit' selama setahun ketika di tingkatan empat rasanya sudah cukup buat Norizman Ismail, yang kini menjadi pelumba berbakat Kejuaraan Cub Prix Petronas Sprinta AAM Malaysia.

    Norizman yang juga juara bertahan kelas Expert mendedahkan aktiviti itu sekadar untuk bersuka ria bersama teman sebaya yang seusia dengannya.

    Katanya, sepanjang bergelar Mat Rempit dia sesekali keluar bersama kelompok kumpulan Mat Rempit bersiar-siar bersama motosikal masing-masing di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur.

    "Jika sudah berada di pusat bandar, mulalah Mat Rempit mempamerkan aksi masing-masing yang lagaknya seakan ahli sarkas di jalan raya.

    "Inilah kepuasan yang dicari kumpulan Mat Rempit. Tetapi bila saya sudah di tingkatan lima, saya tidak lagi mengikuti kumpulan Mat Rempit," katanya yang mengakui ada mat rempit yang bertaruh perlumbaan bernilai RM3,000 dalam sesuatu perlumbaan.

    Ditanya sejak bila dia serius dalam bidang permotoran itu, Norizman berkata dia mula mengenali sukan bermotor sejak berusia lima tahun lagi.

    Katanya, pada ketika itu dia sudah didedahkan dengan motosikal kecil sebelum mendapat pendedahan dalam sukan motorcross.

    "Bila sudah biasa dengan motorcross, terasa begitu mudah berlumba di litar yang lebih tertumpu kepada pemanduan dan kemahiran," katanya.

    i-Kon turut meminta pandangan Norizman mengenai apa yang sebenarnya diingini Mat Rempit.

    "Bagi saya, untuk mengatasi permasalahan ini, perbanyakkan program untuk mereka (Mat Rempit) mengisi aktiviti dan minat mereka dalam berlumba.

    "Sebagaimana yang dianjurkan di litar Sepang memberi maklum balas yang sangat baik dan saya difahamkan lebih 300 peserta mengikuti program itu, termasuk peserta dari Perlis," katanya.

    Bio Norizman
    Nama: Norizman Ismail
    Umur: 21 tahun
    Tarikh lahir: 26 April 1985
    Tempat lahir: Banting, Selangor
    Tinggi: 1.55 sentimeter (sm)
    Berat: 45 kilogram
    Kerjaya: Pelumba motosikal Cub Prix

    Al-kisah...

    KOTA BHARU: Seorang Mat Rempit mengaku dirinya akan jadi `gila' jika tidak dapat melakukan aksi mengangkat tayar depan atau wheelie serta menunggang ala Superman sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu.

    Remaja berusia 20-an itu yang mahu dikenali sebagai Ronni berkata, ketika melakukan aksi terbabit, dia akan ditemani beberapa rakan dengan menjadikan beberapa jalan utama di sekitar daerah ini sebagai `litar'.

    Antara jalan utama pilihan mereka ialah Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Padang Tembak, Jalan Pengkalan Chepa, sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Jalan Salor.

    "Saya jadi `ketagih' jika tidak dapat melakukan aksi wheelie itu dalam masa seminggu, selain rasa bangga dan seronok jika ada penonton menyaksikan persembahan `percuma' kami.

    "Dua kali saya disaman kerana menunggang motosikal secara berbahaya, tetapi tidak serik kerana terlalu ikutkan perasaan.

    "Selepas ditangkap buat kali ketiga serta diberi kaunseling oleh polis.

    Kini saya insaf dengan kesilapan saya," katanya yang ditemui ketika bersama sebahagian daripada kira-kira 100 Mat Rempit, termasuk pembonceng dan penonton yang dicekup sepasukan polis IPD Kota Bharu dalam Ops Motosikal dan Rhino di sepanjang Jalan Sultan Yahya Petra.

    Istilah aksi Mat Rempit
  • Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
  • Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
  • Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
  • Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
  • Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.

    FAKTA
  • Kesalahan: Memandu secara melulu dan merbahaya
  • Peruntukan undang-undang: Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 dan lesen memandu digantung tidak kurang daripada dua tahun, jika sabit kesalahan.
  •  
    DSAI and RAZAK BAGINDA...!!
    11.25.06 (9:11 am)   [edit]
    aku nak klause kan citer razak baginda disini....
     
    mStar Online

    Kes pembunuhan wanita rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibu merupakan salah satu daripada dua kes di negara ini di mana tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan sejak 25 tahun lepas.

    Menurut seorang peguam jenayah terkemuka Christopher Fernando, keadaan ini agak jarang-jarang berlaku di mana tertuduh yang menghadapi pertuduhan membunuh dibebaskan dengan ikat jamin dan kes yang satu lagi, tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM500,000 sementara menunggu perbicaraan pada 2002 ialah kes peguam Datuk Balwant Singh yang dituduh dengan membunuh seorang penghantar cepat.

    "Ia adalah satu pengecualian dan bukan satu peraturan kerana kesalahan membunuh tidak boleh dijamin," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

    Katanya mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan tertuduh dibebaskan dalam keadaan seperti jika seseorang itu sakit atau kemudahan dan suasana di penjara tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kesihatannya.

    Mengenai terma yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi untuk membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat membunuh dengan ngeri Altantuya dengan ikat jamin bon, Fernando berkata ini adalah sesuatu yang luar biasa.

    Beliau berkata kes ini mungkin yang pertama seperti ini kerana pada kebiasaannya mahkamah tidak menetapkan jumlah wang yang akan dirampas daripada penjamin jika tertuduh gagal hadir di mahkamah.

    Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Kadir Musa semalam membebaskan Abdul Razak dengan bon RM1 juta dengan dua orang penjamin tanpa sekuriti setelah membenarkan permohonan peguam bela kerana alasan kesihatan berikutan pemeriksaan perubatan menunjukkan bahawa tertuduh mengalami sakit bronkitis yang teruk.

    Fernando berkata dalam keadaan biasa, mahkamah akan menetapkan jumlah jaminan dan jika tertuduh gagal hadir di mahkamah, mahkamah akan menghantar surat tunjuk sebab kepada penjamin bagi memberikan penjelasan bagi pihak dia (tertuduh) yang gagal hadir.

    Katanya mahkamah akan merampas wang jaminan atau sebahagian daripada wang jaminan itu jika mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin.

    Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Yeo Yang Poh berkata tertuduh yang menghadapi pertuduhan membunuh diikat jamin sementara menunggu perbicaraan adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi seseorang hakim mempunyai budi bicara untuk memberikan jamin dalam keadaan tertentu.

    Ditanya sama ada ini adalah kes pertama di mana mahkamah mengenakan bon tanpa sekuriti, Yeo berkata beliau tidak pasti dan tidak dapat mengulas.

    Seorang peguam, Gurbachan Singh, berkata sepanjang pengetahuannya, ini adalah kes pertama, mahkamah membebaskan seorang tertuduh dalam kes bunuh dengan bon tanpa sekuriti.

    Peguam Amer Hamzah Arshad berkata ini adalah perkara luar biasa untuk seseorang yang dituduh dibebaskan dengan bon tanpa sekuriti.

    "Ini mematuhi keperluan dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) yang hanya memerlukan satu bon dikeluarkan dengan penjamin.

    "Dalam kebanyakan kes, ada bon dengan penjamin," kata beliau.

    Bagaimanapun, katanya terpulanglah kepada budi bicara mahkamah mengenai keperluan untuk mendeposit satu sekuriti yang tidak ada dalam peruntukan CPC.
     
    tarakNama; apa beza kes bunuh dan kes liwat...kenapa DSAI tak dapat jaminan tapi mangkok nie dapat jaminan walaupon dituduh membunuh...nak kata dia sakit DSAI lagi sakit..why why why..??
     
     
    note kaki:

    Kes Altantuya: Karpal Singh jadi peguam secara percuma

    Kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh secara kejam semakin ‘menarik’ apabila peguam terkenal Karpal Singh diterima sebagai peguam keluarga Altantuya, secara percuma.

     
    Siasat dgn IKHLAS...
    11.25.06 (9:04 am)   [edit]
    Siasat Melayu murtad: Mufti
    GEORGETOWN: Kerajaan perlu menyiasat dakwaan ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti didakwa wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' dan bukan menumpu kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya.
     
    tarakNama: ada ke org nak dengaq nie....tak ada sesiapa nak siasat pon...asyik bising bak mai bukti bak mai bukti...org bagi bukti langsung tak terima...lanie cuba siasat krn lillahhitaa'ala...jgn main sorok2...nie tak siasat dengan berkepentingan jawatan nama tentu tak dapat punya...alaa nak kata banyak tak banyak geng ayah pin saja yg murtad tu berkenjah..tu belom lagi geng rasul melayu... geng black metal yg jijak quran...fikirkanlah....!!! 
     
    jatuh lagi Malaysia...
    11.24.06 (3:13 am)   [edit]

    Lagi rekod buruk untuk Malaysia

    Kini terbaru majalah antarabangsa The Economist (melalui The World in 2007, sebuah terbitan tahunan) menerbitkan Indeks Demokrasi 2006. Indeks ini mengukur tahap demokrasi 167 buah negara di dunia. Pengukuran tahap ini melibatkan lima indikator atau petunjuk iaitu yang melibatkan proses pilihanraya, hak asasi dan kebebasan, proses pengurusan kerajaan, penglibatan politik dan budaya politik. Dari ukuran yang dibuat kajian ini telah mengkelaskan 167 buah negara itu kepada 4 kategori iaitu: pertama negara demokrasi penuh iaitu melibatkan 28 buah negara, kedua negara yang demokrasinya tercemar iaitu melibatkan 54 buah negara, ketiga negara yang bercampur-campur amalan demokrasinya iaitu melibatkan 30 buah negara dan akhirnya negara otokratik atau kuku besi iaitu melibatkan 55 buah negara.klik sini
     

    Satu lagi sumber untuk kita teliti adalah world audit org. klik pada imej untuk mengetahui

     
     
     
    UMNO sama UMNO...
    11.24.06 (3:11 am)   [edit]
     
    Kezaliman Khir Toyo membunuh politik Pak Lah
    Yang Buruk dalam UMNO - REFORM
    22/11/2006 Nama Khir Toyo telah kami calonkan. klik sini
     
    Ura - ura tersebar luas bahawa Khir Toyo akan tergugur di Selangor. Maka ramai mangsa - mangsa beliau akan bersorak gembira dan akan terus meng-amin-kan agar Khir Toyo digugurkan kerana beliau adalah manusia yang tidak mempunyai peri kemanusiaan langsung. Sungguhpun begitu tindakan Khir melanggar saranan Pejabat Perdana Menteri - yang memohon kepada beliau untuk menangguhan perobohan rumah di Kg Beremban Ampang atas alasan yang dirasakan sesuai menunjukkan sikap biadap dirinya dan sikap ini pasti menunjukkan bahawa beliau BUKAN ORANG PAK LAH dan mungkin sudah siap sedia membawa Selangor untuk menolak Pak Lah dalam politik.
     
    Mana UMNO..???
    11.24.06 (3:08 am)   [edit]

    Inilah hasil kezaliman di Kg Beremban - fikirkan di mana nilai kemanusiaan Khir Toyo
     
    Apa yang dikesali, bukan sahaja rumah yang dihuni oleh penghuninya sejak sekian lama diragut secara rakus oleh pihak penguasa, tetapi ia dilakukan ketika musim tengkujuh serta di saat anak-anak kampung berkenaan berdepan dengan peperiksaan. Ketika tinjauan dilakukan di sekitar perkampungan tersebut, terpandang dua remaja berpakaian sekolah sedang duduk mentelaah pelajaran. Suziyana dan Syed Firdaus, 17, baru selesai menduduki kertas peperiksaan Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini  ketika kami menghampiri mereka.Mahu atau tidak, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kelang itu terpaksa berhadapan dengan keadaan yang merumitkan, demi pelajaran dan masa depan mereka.klik sini
     
    KOMEN ORANG CINA TERHADAP MELAYU
    11.23.06 (1:42 am)   [edit]


    Berikut adalah pandangan wartawan muda orang Cina terhadap orang Melayu.. Bacalah dengan perasaan minda yang terbuka.

    Oleh Tay Tian Yan
    Sin Chew Daily

    Jangan kita berbalah mengenainya lagi. Tiada siapa di Malaysia yang mencabar hak-hak orang Melayu atau status Islam.

    Tetapi sebaliknya, semua warga Malaysia (termasuk orang bukan Melayu) berharap orang Melayu akan memperbaiki kaum mereka sendiri dengan lebih pantas. Begitu juga orang bukan Islam berharap kejayaan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah.

    Orang bukan Melayu sedar bahawa penduduk negara ini ialah 60% orang Melayu dan 65% penduduk beragama Islam. Jika orang Melayu dan Islam tercicir di belakang dalam pembangunan, seluruh negara tidak akan bergerak ke hadapan.

    Dengan itu, bukan saja orang bukan Melayu akan mengelak daripada menggunakan taktik kotor atau mengambil kesempatan situasi yang ada, malah mereka akan senyap-senyap lakukan yang termampu membantu orang Melayu menghadapi keadaan tersebut.

    Saya ada seorang kawan Cina yang mempunyai sebuah perniagaan yang agak berjaya. Ramai orang mahu melabur dalam perniagaannya dan bersama dalam program francaisnya, yang bernilai agak besar.

    Bagaimanapun, bagi membantu membangunkan Melayu, dia telah menyediakan hak francais kepada orang Melayu dengan percuma, malah membantu mereka mendapatkan dana dan membuka kedai-kedai mereka.

    Alasannya semata-mata altruistik; dia tidak mengharapkan apa-apa pembayaran atau pampasan bagi usaha-usahanya itu. Dia hanya berharap dia dapat bantu rakan Melayunya berjaya.

    Dia mahu buktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya dan orang bukan Melayu boleh bekerja sama.

    Sedihnya, projek tersebut gagal. Perniagaan yang dijalankan oleh orang Melayu yang telah dibantu, semua mengalami kerugian dan terpaksa ditutup. Terdapat banyak sebab mengapa perkara tersebut berlaku, melibatkan pengurusan kewangan dan perbelanjaan, begitu juga jumlah masa dan usaha yang diluangkan.

    Dengan tidak disangka-sangka, perniagaan orang Melayu yang tidak menerima bantuan telah berkembang maju. Pemilik Melayu tersebut telah mendapatkan dananya sendiri dan bekerja bersungguh-sungguh dalam perniagaan francaisnya. Dia merupakan satu-satunya penerima francais Melayu yang berjaya dalam seluruh kumpulan tersebut.

    Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada semua itu: kejayaan boleh dicapai bagi orang Melayu yang kerja keras. Masalahnya ialah apabila semua disuapkan ke mulut, mereka tidak tahu menghargainya.

    Menggunakan dana perniagaan untuk membeli kereta-kereta mewah. Menghabiskan masa yang bernilai di padang-padang golf atau temujanji- temujanji yang tidak menambah nilai. Lemah pengurusan dan pengetahuan pemasaran. Buku kira-kira yang cacamarba. Pekerja yang tidak bersemangat. Penyelewengan.

    Dengan amalan dan masalah yang seperti ini, memang tidak lama bagi sebuah perniagaan akan menjadi lingkup. Walaupun dengan peluang yang turun dari langit sekalipun, akan jadi abu jika ia disalahuruskan.

    Begitu juga, orang Cina yang mempunyai mentaliti generasi kedua dan hanya tahu bagaimana membuat tuntutan tanpa berbuat apa-apa, itu tidak akan menghasilkan apa-apa. Tidak kira tinggi mana kedudukannya atau banyak mana keistimewaan yang diberikan, dia tidak akan mencapai kejayaan.

    Kejayaan atau kegagalan tidak bergantung kepada kaum atau agama; ia tidak kira sama ada anda seorang Melayu atau bukan Melayu. Apa yang penting ialah sikap, latihan dan semangat.

    Dengan itu, banyak yang telah disebut dalam Pemuda Umno dan di Perhimpunan Agung Umno mengenai melindungi keistimewaan- keistimewaan dan ekuiti bumiputera yang sebenarnya tidak bermakna.

    Jika kita masih terbelenggu dalam perbahasan tanpa menangani permasalahan yang menyelubungi orang Melayu, pembangunan negara akan terbantut dan tidak akan maju ke depan.

    Walaupun akan dirasa baik untuk melepaskan geram dengan menuding jari kepada orang lain dan mengherdiknya, tetapi adakah itu menyelesaikan permasalahan sebenar?

    Akhirnya, orang yang dijadikan kambing hitam dilanyak habis-habisan dan akan terfikir sama ada masih ada masa depan bagi kerjasama, sementara orang yang menghentam akan merasa hebat.

    Sudah tentu selepas hanya beberapa hari perasaan hebat itu akan pudar, dan masalah sebenar masih belum selesai.

    12 teras Pak Lah dan ucapan Najib adalah sebahagian mentaliti yang rasional dan berpandangan ke hadapan dan tidak akan berlegar selama- lamanya sekitar isu etnik. Pemuda Umno dan Umno patut ikut haluan tersebut dan tidak hanya gah menggunakan platfom politik.

     
    Salah siapa mereka mengganggu ISLAM..
    11.23.06 (1:36 am)   [edit]


    SISTERS IN ISLAM - Zainah Anwar adalah kekebalan

    Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah mendesak kerajaan memantau beebrapa pertubuhan NGO termasuk SIS atau Sisters In Islam. Sekitar bulan Mei 2006 Blog : http://www.shaifulbahri.blogs... telah memaklumkan kepada kami bahawa bantahan mempersendakan Jabatan Agama Islam  yang dihantar kepada Zainah Anwar sendiri telah ditolak dengan rangkaian kata - kata " go to hell" dan semua usaha untuk memaklumkan mengenai Sisters In Islam biar dihantar kepada menteri atau Perdana Menteri sekali gagal mendapatkan maklumbalas. Sungguhpun begitu berikut adalah kiriman moderator blog tersebut kepada kami. Inilah dia  Sisters In Islam tetapi malang organisasi ini seakan mendapat kekebalan khusus. klik sini

    • Sisters In Islam : Slanderous Accusations at the UMNO General Assembly klik sini

     
    TarakNama: dengarkan ceramah bang Mat sabu di www.TVceramah.tblog.com mengenai Sister In islam.....

     
    Nama pon UMNO...
    11.23.06 (1:33 am)   [edit]

    Kenyataan Media

    Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

    22 November 2006

    _________________________ _________________________ _____________

    PENDEDAHAN KEMENTERIAN KEWANGAN MENGECEWAKAN RAKYAT

     

     
    Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Memandang serius teguran dan pendedahan rasmi Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Hilmi Yahya berhubung perbelanjaan bernilai jutaan ringgit oleh beberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan bagi mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri setiap tahun.

    Kenyataan yang dibuat semalam, benar-benar menyentap rasa kecewa rakyat kerana kita memaklumi bahawa setiap Kementerian dan Agensi Kerajaan adalah dijana dengan wang rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini adalah tindakan yang sukar dimaafkan oleh rakyat.

    DPPWP tidak membantah sekiranya pihak Kementerian dan Agensi berhasrat untuk mengadakan apa-apa jua Majlis keraian bagi meraikan kakitangan dan pelanggan atau rakyat, tetapi perbelanjaan berhemah perlu dilaksanakan.

    DPPWP melihat bahawa pembaziran yang melibatkan kos jutaan ringgit ini adalah tidak munasabah. Mengikut pemerhatian DPPWP, kebanyakkan Kementerian dan Agensi yang sering mengadakan majlis sedemikian, kebiasaanya akan menjemput sekitar 3000-5000 orang tetamu. Berdasarkan pemerhatian ini, DPPWP beranggapan bahawa Majlis sedemikian boleh diadakan dengan anggaran kos yang maksimum RM 50 bagi seorang tetamu dengan jumlah anggaran perbelanjaan sekitar RM 250, 000 sahaja. Tetapi apa yang mereka buat adalah berlebihan dari yang sepatutnya.

    Oleh itu DPPWP mengesa Jabatan Audit Negara untuk membuat pemeriksaan ke atas semua Kementerian dan Agensi Kerajaan berhubung perkara ini. DPPWP berharap agar pihak Kementerian Kewangan mendedahkan kepada media dan rakyat akan senarai Kementerian dan agensi yang didakwa melakukan pembaziran ini bagi membuktikan ketelusan Kerajaan dalam memegang amanah rakyat.

    Adakah negara kita sudah cukup kaya untuk membazirkan wang rakyat dengan cara sedemikian rupa. Kita khuatir dengan dengan sikap segelintir Menteri dan Pegawai Atasan Kementerian dan Agensi yang terlalu tamak dan suka mengadakan Majlis yang terlalu mewah.

    DPPWP dimaklumkan, Kadang kala ada Kementerian dan Agensi yang suka mengadakan majlis atau Mesyuarat Peringkat Pengurusan seperti Perbincangan Dasar -Dasar Kerajaan, Mesyuarat Post-Cabinet, Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ), retreat dan sebagainya diluar dari ibu Pejabat mereka.

    Mereka didapati gemar mengadakan mesyuarat sedemikian di Hotel-hotel atau resort diluar dari kawasan Ibu Pejabat. Ini amat menghairankan kerana pihak Kerajaan sendiri telah membina Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Negara dengan fasiliti Kelas Pertama. Ruang Pejabat yang besar, Bilik-bilik Mesyuarat yang pelbagai fungsi dan Pusat Konvensyen yang dilengkapi dengan berbagai-bagai Kemudahan.

    Adakah ini masih tidak mencukupi hingga mereka perlu menghabiskan duit rakyat untuk mengadakan aktiviti di tempat-tempat yang mahal. Kita tidak mahu sebarang penyalahgunaan duit rakyat berlaku hanya kerana ingin memenuhi kehendakan Pemimpin atau pegawai-pegawai atasan tertentu.

    Oleh itu, DPPWP mengesa agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memainkan peranannya bagi membendung gejala yang tidak sihat ini. Kita tidak mahu melihat pegawai-pegawai kerajaan ini terlalu leka dan membazirkan duit rakyat, sedangkan khidmat yang diberi tidak seberapa.

    Lihatlah diluar ini, masih ada rakyat kita yang meminta sedekah ditepian jalan dan rumah-rumah ibadat. Masih ada rakyat kita yang tidak berumah kerana rumah mereka dirobohkan oleh Penguatkuasa Kerajaan Tempatan atas dasar Setinggan Sifar.

    Diluar ini juga, kita harus sedar bahawa masih ramai lagi anak-anak yatim, orang-orang tua dan golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan Kerajaan.

    Oleh itu kita berharap agar adanya kesedaran bagi Kakitangan Kerajaan untuk hidup bersyukur dan berjimat cermat. Jangan kerana kebuasan sesetengah Pemimpin dan Pegawai Kerajaan, tahun depan harga minyak dinaikkan, harga beras digandakan, tariff air dan letrik ditingkatkan.

    Sebelum ini Pemimpin kerajaan selalu menuduh bahawa rakyat Malaysia terlalu boros dengan menggunakan terlalu banyak peralatan eletrik, membazirkan banyak air tiap hari, berbelanja besar untuk keperluan harian dan sebagainya. Kerajaan juga selalu mengesa rakyat agar berjimat cermat bila harga minyak serta tarif air dinaikkan.

    Pada kali ini DPPWP bersama rakyat menyeru agar Kerajaan turut berjimat cermat. Kita tidak mahu Pemimpin kerajaan cakap berdegar-degar tentang Jimat Cermat tetapi dalam masa yang sama ekornya bergelumang dengan tahi. Ibarat menepuk ke air, terpercik jua ke muka sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata rakyat-Kerajaan yang lebih

    Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berjimat cermat demi kelangsungan sebuah tanahair yang maju dan berdaya saing.

    Herman Samsudeen
    Ketua Penerangan
    Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
     
    Malangnya sampai mcm nie punya politiking....!!
    11.23.06 (1:12 am)   [edit]
    http://www.tranungkite.net/v3/gambar/bajusar.jpg
     
    UMNO oh UMNO kenapa ko dengki dan takut sangat dengan PAS...adakah ahli PAS nie semuanya golongan yg sesat...Jika PAS sesat sudah tentu HARUN DIN sesat....Jika PAS SESAT sudah tentu ISMAIL KAMUS sesat...Jika PAS sesat sudah tentu Taib AZAMUDDIN sesat...JIKA tokoh ini sesat adakah kamu semua baik..adakah nazri lebih baik dari harun din..adakah najib lebih baik dari harun din adakah zainuddin maidin lebih baik dari harun din...
     
    Jika kamu mati siapa org yg kamu cari untuk jadi imam kamu...najib, nazri @ zam maidin...
     
    Fikirkanlah dengan hati yg IKHLAS...jangan kerana politik kamu sanggup ketipan semua yg baik kerana itu dari pembangkang...bangsa kita musnah oleh siapa bknnya penjajah tetapi...??? 
     
    JURUCAKAP UMNO MUNAFIK
    11.22.06 (2:21 am)   [edit]
    JURUCAKAP UMNO MUNAFIK

    Saudara pengarang,

    Saya terpanggil untuk mengulas mengenai saranan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia yang tersiar dalam Berita Minggu (19 November 2006) supaya semua anggota Jabatan Penerangan menjalankan tugas menerangkan dasar dan kempen kerajaan yang berkaitan dengan RMK9 termasuklah resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu.

    Sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai saya rasa saranan tersebut tidak kena pada tempatnya kerana kakitangan Jabatan Penerangan dibayar gaji oleh kerajaan supaya menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat bagi memajukan negara bukannya menjadi jurucakap bagi pihak UMNO. Maknanya segala dasar dan perancangan yang telah digubal oleh kerajaanlah yang perlu dijelaskan kerana ianya digubal untuk faedah dan kepentingan rakyat keseluruhan tidak mengira latar belakang dan pegangan politik mereka.

    Oleh itu, adalah tidak adil jika kakitangan Jabatan Penerangan yang menerima gaji skim kerajaan sebaliknya bertugas untuk melaksanakan agenda perjuangan partisan UMNO yang jelas bersifat perkauman dan mengamalkan sikap “double-standard” iaitu mengutamakan ahli parti mereka sahaja. Mereka yang makan isi tetapi yang bukan UMNO hanya menghirup kuahnya saja.

    Apabila tiba musim pilihan raya kakitangan Jabatan Penerangan jugalah yang bertungkus-lumus berkempen memenangkan calon UMNO dan Barisan Nasional. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak beramanah kerana memakan hasil atau gaji yang dikutip daripada rakyat melalui pelbagai cukai sebaliknya bila tiba pilihan raya mereka hanya berkempen untuk memenangkan calon UMNO dan Barisan Nasional. Bukan UMNO yang membayar gaji mereka. UMNO hanyalah sebuah parti politik yang diberi kuasa atau mandat untuk menerajui kerajaan setelah menang pilihan raya. Apabila Parlimen dibubarkan kerajaan sudah tidak wujud lagi maka kakitangan Jabatan Penerangan tidak berhak untuk bekerja bagi memenangkan calon UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka bukan lagi ahli kabinet dalam kerajaan. Taraf mereka adalah sama dengan calon parti lain yang sedang bertanding untuk memenangi pilihan raya. Sepatutnya tiada istilah parti kerajaan dan parti pembangkang semasa pilihan raya diadakan.

    Kita sering melihat setiap kali musim pilihan raya tiba ratusan juta wang kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Penerangan telah digunakan untuk menjalankan kempen pilihan raya atas nama projek kerajaan. Selain dihamburkan untuk merasuah para pengundi melalui pemberian subsidi, bantuan dan wang saku termasuklah membayar elaun kakitangan Jabatan Penerangan yang menjalankan kempen pilihan raya. Ini baru Jabatan Penerangan tak termasuk lagi peruntukan pilihan raya yang disalurkan kepada agensi berikut:

    1. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
    2. Jabatan Perpaduan Negara,
    3. Biro Tatanegara,
    4. Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA),
    5. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain Jabatan lagi.

    Pendek kata sebahagian besar jentera kerajaan telah digembleng semahu mungkin daripada segi tenaga kerja dan sumber kewangan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang pilihan raya. Berbeza dengan parti politik yang lain kerana mereka terpaksa berhempas pulas menggunakan jentera parti sendiri (tenaga kerja dan kewangan yang terhad) untuk memenangi hati pengundi bagi memenangi kerusi pilihan raya. Tentu sahaja pengundi akan terpesona dengan ”kemewahan” yang ditayang oleh jentera kempen UMNO dan BN kerana tugas kempen pilihan raya UMNO/BN telah diswastakan kepada jentera kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

    Oleh itu, saya rasa sudah tiba masanya rakyat keseluruhan menilai semula isu ini termasuklah kakitangan Jabatan Penerangan sendiri. Ini kerana wang kerajaan (bukannya wang UMNO) telah diselewengkan untuk faedah segelintir pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Setelah mereka menang pilihan raya rakyat didera pula dengan pelbagai kenaikan seperti kenaikan harga minyak, kenaikan tarif air dan elektrik, tol dan lain-lain lagi hingga menyebabkan kenaikan harga barangan secara keseluruhan. Rakyat menderita. Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kaya-raya termasuklah ahli keluarga mereka.

    BILAKAH RAKYAT NAK SEDAR???

    Saya sedih melihat fenomena ini kerana sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya namun rakyat masih tidak mahu sedar dan ”merelakan” pula penyelewengan ini berterusan. Kalau kita lihat di luar negara rakyatnya begitu prihatin terhadap langkah kerajaan mereka untuk menggunakan wang kerajaan. Jika digunakan bukan untuk faedah rakyat keseluruhan mereka akan membuat bantahan secara besar-besaran. Ini menyebabkan kerajaan mereka begitu berhati-hati membelanjakan wang kerajaan (wang rakyat melalui cukai).

    Sebaliknya di Malaysia, hasil mahsul negara dipunggah oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan jentera kerajaan sendiri yang sepatutnya menjalankan tugas untuk faedah dan rakyat keseluruhan. Yang hairannya pengundi dan rakyat seolah-olah tutup sebelah mata apabila mendapat habuan setiap kali tiba musim pilihan raya sehingga melupakan semua penyelewengan yang pernah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

    BERUBAHLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA! TUKARKANLAH PARTI POLITIK YANG SEDANG MENGUASAI KERAJAAN SEKARANG KERANA MEREKA TELAH PECAH AMANAH!

    NEGARA KITA SEBENARNYA KAYA TETAPI NIKMATNYA HANYA DIBOLOT OLEH SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO/BN. RAKYAT YANG MENDERITA!

    KUASA DI TANGAN KITA. KITA YANG MENENTUKAN PARTI MANA YANG SEPATUTNYA MENJADI KERAJAAN BUKANNYA PEMIMPIN UMNO/BN YANG MENENTUKAN. JANGAN TAKUT UGUTAN MEREKA, JANGAN LENA DENGAN KATA MANIS MEREKA.

    Veteran Prihatin
    KAJANG.
     
    Jasa UMNO...pada bangsa...
    11.21.06 (11:42 pm)   [edit]

    Tragedi Kampung Berembang Ampang

    Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India  kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu. Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak - anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Beremban Ampang - kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua - dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka. Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi - api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 -  isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan - dilakunkan - digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006. 

      

    Dimana perjuangan itu? Apa maksud keris terhunus dan apa erti kita membicarakan perjuangan Melayu itu. Mereka tidak berada - mereka salah kerana hidup merempat - mereka mahukan yang terbaik dan mereka mahukan pembelaan. Adakah tidak ada cara lain selain dari menyiksa mereka - tidak sempatkah untuk berunding mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Adakah mereka pengemis yang tidak perlu dilihat - tidak perlu difikirkan. Sekali lagi MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ) menjadi "hero" pada kontraktor  - kontraktor , pemaju dan hamba kepada orang  yang  berkuasa dan TIDAK PADA RAKYAT MELAYU !

    Tidurlah, buaikan mimpi melihat negara ini aman sejahtera, pemimpin peka masalah rakyat, pemimpin sedar kesengsaraan rakyat dan kirimkan salam kepada anak - anak Cina yang bangkit mempertahankan 80 keluarga Melayu sedang kepimpinan Melayu sebok memperjuangkan Melayu dalam Dewan PWTC dengan laungan HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
     
    Mon | Nov 20, 06 | 05:30:27 PM
    Oleh Anis Nazri

    KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Lebih 20 penduduk Kampung Berembang, Ampang dekat sini, termasuk dua pelajar sekolah berusia 14 dan 16 tahun, dipercayai ditahan polis hari ini kerana menghalang rumah mereka daripada dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

    Image
    MANGSA KHIANAT... Puan Fatimah bersama anaknya berlari sehelai sepinggang tanpa dapat menyelamatkan harta benda setelah rumahnya di Kampung Berembang, Ampang, Selangor terbakar semasa kerja-kerja perobohan yang dilakukan oleh MPAJ bermula pagi tadi (20 November). Foto Wan Zahari Salleh
     
     
     


    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
    HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! 
     
    inilah yg dilaung2kan 2,3 hari lepas..!!        
     
    UMNO Yang Semakin Kerepot
    11.21.06 (11:34 pm)   [edit]

    Ahli UMNO berhak untuk bertanya apa sahaja termasuklah tentang dasar-dasar kerajaan. Kenapa perlu takut untuk menyatakan pandangan. Pemimpin UMNO seharusnya bersifat terbuka untuk menerima pandangan sama ada dari ahli UMNO, Mahathir atau orang lain.

    Kenyataan Pak Lah ini hanyalah menambahkan keyakinan bahawa beliau kini dihantui ketakutan terhadap bayang-bayang Mahathir. Beliau sedar bahawa kedudukannya kian terancam dan sedang giat mengukuhkan pasak dirinya yang kian goyah. klik sini

     
    TarakNama:...........kerepot....eishh eishh eishh kasian...!! 
     
    Siapa dibelakang Sisters in Islam?
    11.21.06 (11:32 pm)   [edit]

    Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah mempunyai hubungan rapat dengan Nori!

    Saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan SIS dan KAF ini kerana ianya dibangkitkan oleh wakil Umno dalam Perhimpunan Agung Umno.

    Kiranya dibangkit oleh wakil NGO Islam atau PAS sudah pasti ianya tidak perlu diberi perhatian, tetapi ini dibongkar oleh forum tertinggi dalam Umno, takkanlah pihak berkuasa TUTUP SEBELAH MATA juga?!

    Kalau benar Umno serius dalam memelihara Islam, segerelah bertindak dengan menyaisat badan-badan ini tanpa prejudis. klik sini
     
    Akai ada kaa...???
    11.21.06 (11:28 pm)   [edit]

    RAKYAT DAPAT KAIN BURUK
    Dato' Kamarul Bahari Abbas

    • Anwar sebenarnya dihalang kerana terlalu ramai pemimpin Umno yang ekornya bergelumang tahi
       

    • Siapakah yang sesungguhnya menggadai nasib orang Melayu?
       

    • Di hujung lidah Umno, Melayu hanya sebagai barang lelongan

    Kita juga faham yang kokokan itu melengkapi politik cium tangan yang menjadi budaya walau pun itu adalah semata-mata lakonan di pentas parti itu. Hari ini mereka mencium tangan dan tunduk kepada Abdullah, esok, mereka jugalah yang akan menyepak pemimpin mereka sendiri tatkala sang pemimpin sudah tidak lagi punya kuasa.

    Demikianlah Perhimpunan Parti itu yang semakin jauh tercabut daripada adab dan kebijaksanaan. Kalau mereka menyusun pantun atau madah, semua itu hanya tempelan belaka, tanpa apa-apa erti mau pun nilai. Erti kebijaksanaan bangsa yang antara lain menekan betapa pentingnya bercakap benar dan menegakkan yang hak, walau pun di hadapan pemimpin yang zalim, sudah lama terkubur. klik sini
     
    TarakNama:......oii org yg sokong UMNO...ko org nie ada akai kaa...takkan nak sokong membabi buta jee...pikir laa sama...otak tak ada kaa...awat selama nie apa yg dikatakan pembangkang tuu salah kaa tak betoi kaa tipu kaa dan apa yg dikatakan oleh pemimpin2 bacul kamu tuu adalah benar sebenarnya kaa...FIKIR FIKIR FIKIR...ALLAH bagi otak akal utk berfikir...hujah balas dgn hujah...jadi fikirkanlah hujah siapa yg benar...takkan jika 1+1=2 nak kata jugak 1+1=11..apa laa biol sangat... 
     
    UMNO punca segalanya...
    11.21.06 (11:22 pm)   [edit]
    Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dot, dot, dot..
    Mon | Nov 20, 06 | 04:56:14 PM
    Oleh Azhar Salowi

    Assalamualaikum
    Saya ingin mengutarakan pendapat peribadi saya sendiri tentang isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Perkara ini mungkin belum pernah lagi disentuh oleh media atau pun pihak yang membangkang isu penggunaan bahasa inggeris di dalam pembelajaran matapelajaran tersebut.

    Kita lihat pada sejarah purba. Temadun-temadun purba seperti temadun Mesir, temadun Greek, temadun Mayan di Amerika Selatan dianggap satu temadun atau bangsa yang termaju pada zaman mereka. Saya bukanlah ahli bahasa tetapi dari pengetahuan sejarah, didapati bangsa-bangsa ini mempunyai sistem bahasa yang maju.

    Hasil tulisan yang terdapat pada piramid-piramid Mesir masih lagi menjadi bahan kajian ahli sejarah tentang temadun Mesir. Secara langsung atau pun tidak, bahasa dikaitkan dengan kemajuan temadun purba tersebut. Perkara ini juga terbukti di zaman moden ini.

    Bangsa-bangsa yang dianggap maju, mempunyai bahasa mereka sendiri yang telah maju. Kita perhatikan bangsa Jepun, bangsa Cina, bangsa Eropah (Jerman, Perancis dan Itali) dan termasuk juga bangsa Ingerris sendiri. Pihak kerajaan tidak silap untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di dalam matapelajaran sains dan matematik.

    Isu untuk memahirkan orang Malaysia berbahasa Inggeris khasnya bangsa Melayu (yang ramai tidak mahir berbahasa Inggeris ) bukanlah matlamat dalam proses pembelajaran tersebut. Pihak kerajaan sebenarnya secara tidak langsung mengiktirafkan bahawa bahasa bangsa Inggeris sebagai bahasa yang maju.

    Ini kerana banyak istilah-istilah sains dan matematik datangnya dari bahasa tersebut walaupun sebenarnya istilah tersebut datangnya dari istilah Greek atau Latin. Jika proses pembelajaran tersebut berlangsung untuk tempoh yang lama, kejayaaan boleh dicapai oleh pelajar-pelajar kita di dalam mendapatkan ilmu sains dan matematik.

    Bagi saya, ini bukanlah isunya. Insyaallah, kejayaan akan tercapai jika pelajar kita sabar dan cuba memahami apa yang dipelajari. Isu yang patut kita ketengahkan di sini adalah matlamat mencapai bangsa maju atau negara maju pada tahun 2020. Seperti yang kita tahu dari sejarah, sesebuah bangsa boleh maju apabila bahasanya maju.

    Jadi persoalannya di sini, adakah bangsa Malaysia khasnya bangsa Melayu akan maju sekiranya bahasanya sendiri dipinggirkan ? Negara kita telah merdeka hampir 50 tahun. Selama itu bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan.

    Jikalau umur 50 tahun itu dibandingkan dengan seorang manusia, tiada seorang pun yang dapat mengatakan manusia tersebut maju. Ini kerana bahasanya sendiri masih pada tahap budak berumur 2 tahun. Kita perhatikan sahaja ahli-ahli politik berucap. Berapa ramaikah di antara mereka menggunakan seratus peratus bahasa Melayu? Ini adalah ahli-ahli politik yang berbangsa Melayu, bagi kaum yang lain pula tidak hairan lagi kalau mereka menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak semasa berucap.

    Mereka yang berpendapat kita (pelajar) cepat mengalah apabila diajar dalam bahasa lain kerana tidak mahir dalam bahasa tersebut sepatutnya berfikir dua kali. Kementerian Pendidikan Malaysia yang sepatutnya dipihak yang mengaku kalah di dalam isu ini kerana menganggap bahasa Melayu tidak patut digunakan untuk mengajar subjek sains dan matematik. Apakah fungsi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka?

    Istilah-istilah sains yang baru harus dicipta atau diambil dari bahasa lain seperti yang dilakukan oleh bangsa Inggeris terhadap bahasa mereka. Orang Inggeris sendiri tidak mengajar bangsanya dengan bahasa lain. Tetapi menceduk dan menukar istilah bahasa lain ke dalam bahasa Inggeris.

    Proses memajukan bahasa mereka mengambil masa berabad lamanya, selari dengan bangsa mereka. Berapa banyakkah karya ilmuan Arab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Bukan bangsa Inggeris sahaja melakukan perkara yang sama, bahkan bangsa Perancis dan Jepun juga. Kita sepatutnya meniru langkah ini.

    Saya harap pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak menyerah kalah walaupun kerajaan tetap akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam subjek sains dan matematik.

    Bahasa Jiwa Bangsa.
     
    TarakNama:....siapa perosak bangsa UMNO atau PAS...?? 
     
    PEMUDA UMNO yg lawak...tapi ada org sokong jugak...
    11.21.06 (11:18 pm)   [edit]
    Siapa Khianat, Siapa Munafik?
    Mon | Nov 20, 06 | 04:50:45 PM
    Oleh Hizwan, Ampang

    Kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO baru-baru ini dianggap sangat biadab dan umpama meludah ke langit. Khairy dalam ucapannya menyatakan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Anwar Ibrahim memutarbelitkan fakta, munafik dan pengkhianat bangsa apabila beliau menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diamalkan tidak lagi relevan dan mesti digantikan dengan dasar yang lebih menyeluruh.

    Khairy dilihat seumpama ingin menunjukkan bahawa beliaulah pahlawan dan jaguh kepada ahli-ahli partinya dengan tuduhan melulu dan tidak berasas seperti itu.Beliau seharusnya perlu melihat kepada dirinya sendiri, jangan seumpama ayam jantan yang berkokok megah namun ekornya bergelumang tahi sendiri!.

    Anwar Ibrahim dikatakan khianat kepada bangsanya apabila mahu DEB dihapus dan digantikan dengan dasar baru yang memberi menafaat menyeluruh kepada semua yang memerlukannya. Sebagai sosok yang pernah terlibat dalam perlaksanaan dasar tersebut pasti Anwar lebih tahu apa yang berlaku. Baru sahaja Akta Rasuah diperkenalkan oleh beliau di Parlimen beliau telah dicantas dari UMNO dengan tragedi yang cukup menghinakan.

    Sebenarnya kenyataan Anwar Ibrahim mengenai DEB ini tidak lagi relevan turut disokong oleh Tan Sri Dato'Khalid Ibrahim. Khalid merupakan antara individu penting dalam perangkaan dan perlaksanaan DEB turut menyatakan bahawa dasar tersebut telah disalahguna dan hanya memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu yang berkepentingan sahaja.

    Dasar baru yang kini sedang dirangka sendiri oleh Khalid selaku bendahari Agung KeADIlan akan dibentangkan kepada rakyat Malaysia kelak bakal memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira kaum dan berlandaskan semangat perlembagaan. Oleh yang demikian,selagimana Perlembagaan Malaysia digunapakai tidak timbul masalah dan kekalutan tentang hak keistimewaan bangsa Melayu & agama Islam.

    Khairy Jamaluddin sepatutnya insaf dan mendalami maksud disebalik perkataan bekas Pemangku Presiden UMNO tersebut. Anwar Ibrahim dan mana-mana orang Melayu dalam negara ini yang menyokong pemansuhan DEB tidak akan menjadi kurang 'Melayu'nya hanya kerana itu.

    Berlainan dengan Khairy Jamaluddin yang entah dari mana muncul tiba-tiba diangkat menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?! Dalam masa tak sampai 2 tahun bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri Malaysia, telah puluhan juta ringgit keuntungan memenuhi kantungnya hasil penjualan beberapa syarikat yang merupakan pemangkin industri strategik negara kepada bangsa asing dari negara asing.

    Jika Khairy menjalankan semuanya dengan cara terhormat seorang peniaga dan mengikut susur galur undang-undang melalui syarikat ECM Libra, mengapakah beliau menyaman Datuk Husam Musa yang mendedahkan segala salah lakunya?

    Dengan penglibatan Khairy selaku antara pemegang saham terbesar ECM Libra, tentu beliau ada jawapan tentang penglibatan syarikat itu dengan beberapa syarikat yang turut mempunyai kepentingan Yahudi & Israel seperti Parkway Holdings, Westcombe dan Newbridge. Sekarang Khairy, siapa pengkhianat bangsa? siapa munafik?

     
    Ringkasan selepas bersidang...
    11.19.06 (1:00 pm)   [edit]

    Perhimpunan Agung Umno 2006 milik Mukhriz
    Setelah puas beretorik, bagi amaran sana-sini, hunus keris, bersembur air liur, akhirnya yang muncul sebagai pemenang ialah Dato' Mukhriz Mahathir. Daripada Presiden hinggalah tukang ampu dan tukang kipas, semuanya terpaksa 'menggulung' ulasan ringkas Dato' Mukhriz yang hanya menuturkan beberapa patah perkataan yang membawa pengertian 'ucapan dasar presiden adalah ucapan lapuk - tiada sesuatu yang baru'! 

    Dengan Dato' Mukhriz seorang pun, seluruh Umno sudah bercempera... 

    Abdullah berkata beliau akan berasa amat bimbang sekiranya orang hanya memberikan puji-pujian. Mengulas komen Mukhriz, "dia (Mukhriz) mengatakan sesuatu yang saya fikir tidak betul sama sekali," dan dia (Abdullah) menyerahkan kepada Pemuda Umno untuk menyelesaikan masalah itu. Yang jelas Paklah memang jenis cakap tak serupa bikin...

    Mahathir: Dah Lamaaa Dah... 
    Pak Lah Duda: Tak Lama Dahhhh  
    RAKYAT: Dah meluat dahhh

    petikan dari laman m@rhaen
     
    azhar oh Azhar...
    11.19.06 (12:57 pm)   [edit]
    Azhar Mansor masih enggan mengucap dua kalimah syahadah 
     
    Disiarkan di bawah ini petikan dari laporan BERNAMA yang mengatakan Azhar Mansor enggan mengucap dua kalimah syahadah. Dipanjangkan juga transkrip sepenunya (dalam bahasa Inggeris) wawancara antara Azhar Mansor dengan pemberita yang dipetik dari "The Sun Online".

    Agak pelik kenapa Azhar Mansor enggan mengucap dua kalimah syahadah bila disyorkan pemberita untuk berbuat demikian agar isu murtad atau fitnah ini selesai tanpa sebarang keraguan. Malah dari transkrip (The Sun Online) didapati Azhar Mansor tidak secara direct mengatakan "I am a Muslim" (Aku seorang Islam). Azhar pusing sini-sana, dan bila diminta mengucap dua kalimah syahadah suatu perkara yang amat mudah bagi seorang Islam, dia berdalih dan enggan mengucap. Namun begitu adalah harapan kita si Azhar itu sebenarnya adalah seorang Islam dan bukannya murtad dan berusaha memurtadkan lebih ramai lagi orang Islam.

    Berikut adalah sedutan dari laporan BERNAMA di mana Azhar enggan mengucap dua kalimah syahadah:

    - Bagaimanapun, ketika pemberita mencadangkan supaya beliau mengucap untuk menamatkan spekulasi itu, Azhar berkata beliau tidak akan berbuat demikian hanya untuk "menyedapkan telinga".

    "You, you, you, mak you suruh you mengucap ke? Bapa I tak suruh I mengucap lagi sebab kita dah mengucap banyak kali sebab sembahyang kita mengucap banyak kali.

    "Eh, tak boleh, saya tak akan buat itu (mengucap). Ini bukan hari kiamat lagi (di mana) saya akan disoal. Hari kiamat ini kita sama-sama tak tahu kesudahan di mana. Bukan atas ungkapan itu ataupun bukan atas nak bagi sedap telinga," katanya.

    Ditanya sama ada beliau menyifatkan SMS itu sebagai fitnah, Azhar berkata: "Saya tak reti pakai perkataan itu... Saya tak pernah (tanya) orang tu nak (pakai) seluar pendek, dia nak duduk kat kedai kopi ke, nak duduk kat bar ke, dia punya hal... kita patut jaga diri kita sendiri." (sedutan BERNAMA)

    From The Sun Online

    Mariner Azhar: I have not renounced Islam
    Husna Yusop

    KUALA LUMPUR (Nov 17, 2006): Mariner Datuk Azhar Mansor today declared he had not renounced Islam as had been speculated since he achieved his round-the-world solo sailing feat in 1999.

    In a press conference held at the Putra World Trade Centre (PWTC) on the last day of the Umno general assembly, Azhar made the declaration in the company of Religious Advisor to the Prime Minister Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman and Umno executive secretary Brig Gen Datuk Husainay Hashim.

    Later, in his winding-up speech, Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told the assembly that Azhar had taken the opportunity to be there to say that he is a Muslim and that there should now be an end to the speculation.

    Azhar was then in the crowd and he stood up to applause.

    At the start of his press conference earlier, Azhar gave the salam before explaining he was there as an observer to the assembly and decided to take the opportunity to meet the press and address a situation that could potentially affect public order.

    He was referring to the incident on Nov 5 at the Our Lady of Lourdes Church in Jalan Silibin, Ipoh where a large group of Muslims gathered outside the church on being informed via SMS that Azhar was to baptise a group of Muslims there.

    They dispersed after police investigated and assured them no such thing was happening and that there were about 100 children of Indian descent who were being baptised.

    This is the Q&A of the press conference:

    Q: The polemic has arisen because of the status of your religion. Can you make it clear whether you are still a Muslim or not?

    A: Sometimes, I wonder... I can make this answer a very long, long one, or I can also make it short. But I sometimes wonder, where is the confusion? Of course, from what I understand, the rumours about me no longer being a Muslim have been there since 1999 when I was still sailing. This issue has been doubted and questioned until today. From being circulated in the Internet to now in an SMS. I have not given it much thought because it was an Internet source. But to go specific to the SMS, whereby my name was involved, on the incident in Ipoh which should not have happened, I was surprised myself because I got the SMS after the incident. I was informed through my family members in Ipoh that many people had gathered to protest since I was supposed to be there to baptise people. This was out of my knowledge. Now it is under police investigation. If only in the Internet, it is okay but when there is an SMS which affected public order, I would also like to know the cause and agenda of such an SMS.

    Q: After so many days, people are wondering why you have not declared that you are still a Muslim?

    A: I cannot control other people's perception.

    Q: Are you a Muslim?

    A: My mindset is trained differently. As a sailor, my stand is, I am a person who wants to know what is in front of my eyes and in my hands. What others want to say about me, I cannot control.

    Q: But you can use this opportunity to declare that you am still a Muslim! Just say yes or no.

    A: Then we can go back? I also want to know what else you want to know from me.

    Q: It is just whether you are a Muslim or not?

    A: That's it?

    Q: Before this we heard from a third party, so now we want to hear it from you.

    A: If I say that, you will all leave this room. I would also like to get to know you all too.

    Sometimes I wonder, why people want to know which shirt I am wearing, why I am wearing shorts.

    Why do you want to know this? In fact, I have certain responsibilities which I have to adhere to and that is what I should concentrate on.

    Meaning, if all of you want to know, I was born in Perlis as a Malay Muslim.

    My father is a Muslim, my family and siblings are Muslims.

    My own family members are also Muslims.

    So, I feel the issue of the status of my religion does not arise at all.

    That should not be questioned at all.

    If you want to ask me that just based on the Internet and SMS, that is why I do not want to entertain this kind of things.

    This is a sensitive matter. But my father, my children, my siblings are Muslims.

    So there is no need for this question to arise.

    And I have never, in this country or in any other parts of the world, that I have applied to renounce Islam.

    And I have never thought about doing that. That was what surprised me. But I don't want you to leave now that I have answered you.

    Q: The perception still persists because in the recent press statement there was nothing from you to say you are still a Muslim. That is what people want to know.

    A: If I say that, if I say I am a Muslim from the very beginning, you mean that's the end of the story?

    Q: Yes. That's it. Another thing, can you say the Kalimah Syahadah now? Everyone will keep quiet after this.

    A: Did your mother ever ask you to say it? My father has never asked me to say it until now. Because we have said it many times, we say it everytime in our prayers.

    Q: Then only this matter will not arise again later.

    A: No. Cannot. I am not going to do that. This is not the Judgment Day for me to be questioned like this.

    When the day comes, nobody will know where we will end up going. It is not a matter of saying it or trying to please your ears. (Bukan atas ungkapan itu atau bukan atas nak bagi sedap telinga)

    Q: Our intention is only to clarify things for the public.

    A: I understand. If you see me in Langkawi, we would understand each other even better.

    My work is related to many people, including those from overseas. Obviously, I would always be hanging out with the white men. So, when I sit with them, people will say I am not a Muslim.
    It's tough on me.

    Q: Where are you based now?

    A: I am based in Langkawi, as in my responsibilities. My home, as in family, is in KL. And those are the two places that I have been, other than going on short trips on business.

    Hamid: I would like to explain, for everyone of us, as long as one does not renounce his religion, he remains in his original religion. There is no need for one to repeat whether he is Muslim or not.

    Q (to Azhar): On the SMS incident, are you going to take action against anyone?

    A: That is already under police investigation. When the SMS first came out I did not lodge any police report.

    But when the matter was prolonged, I felt it was better for me to make a police report to protect myself.

    Now we just wait for the police report and any further development. I cannot say anything else as of now.

    Q: Are you saying that what is contained in the SMS is a fitnah (accusation/defamation/sl ander)?

    A: I am not used to using that kind of word. I would never say anything if I see someone wearing shorts, or drinking in a coffee shop or in a bar. That is his personal matter.

    We should take care of our ownselves.

    If we want to question whether one is a Muslim or a Christian, it would be tough.

    But all I know, my responsibility, my stand, my faith is in Allah.

    So, don't question me now and I am only living my daily life in Malaysia according to the Syariah teaching and country's regulations.

    I have never committed any offence. If you want to ask whether one is a Muslim or not, it is better for you to ask the rapists. That is better.

    Don't ask me that. I was only doing my job in langkawi. I have never disturbed anybody. It is the others who always disturbed me.

    Husainay: The conclusion is, Azhar is still a Muslim. I think we better make it clear. So, let us end this session.

    Q: Do you think the SMS has something to do with your business relations?

    Azhar: I don't know. I will wait and see the outcome of the police investigation. If I can get hold of the finding, perhaps I can think of what to do next. But now I do not want to think about it. Now I just want to stay to follow the assembly and later go back to Langkawi to continue with my work. But I will be wearing my shorts. Is it okay with you guys if I wear shorts?

    Hamid: But we must be clear that in Islam, faith is one aspect, while behaviour is another aspect. They are not inter-connected.

    So if a citizen was caught stealing, he is guilty and considered a criminal, but his citizenship remains. It will not be abolished.

    Islam is also like that. If a Muslim does not practise the Islamic teaching, that is another story, but his faith in Islam remains. It will not be affected.

    Q: After this, would your daily life be affected?

    Azhar: "No, it will not affect me. It is just that sometimes, I think, is our country this bad to the extent I have to take action to protect my family?

    Should that happen, I would be very much shocked. But for me, I am too engrossed with my responsibilities. I have never worked but I have a lot of responsibilities.

    And at this opportunity, I would like to say, being the unofficial ambassador of Langkawi, I would like to invite you all to come to Langkawi if you want to go for a holiday.

    Then you can see me in shorts."

    End of report.

     
    jangan Layan...
    11.19.06 (9:45 am)   [edit]
    Umno mahu dekati PAS hanya omong kosong - Ir Amiruddin 
    KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Gesaan ahli Umno supaya parti itu mendekati pimpinan PAS dalam usaha untuk menguatkan kedudukan bangsa Melayu, dianggap sebagai 'omong kosong', demikian menurut AJK PAS Pusat Ir. Amiruddin Hamzah.
     
    TarakNama; betul tuu YB..depa nie kalau tersepit baru dok tayang muka mai sendel kat kita...tak sah dok layan biaq depa kerengeh soreng2.... 
     
    Fikirkanlah.......
    11.19.06 (9:33 am)   [edit]
    Lawak Pemuda UMNO: Antara Yang Dilantik dan Dipilih

    Ketua Pemuda UMNO Johor, YB Razali Ibrahim; Ketua Pemuda UMNO Perlis, Rozabil Abdul Rahman; Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dali Hussein; Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd. Salim Abdul Bari; Ketua Pemuda Negeri Sembilan, Ir. Jamlus Aziz; Ketua Pemuda UMNO Pahang, Khairuddin Yaakob dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria mendesak Dato' Mukhriz mengkaji kedudukannya sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

    Lucu sungguh melucukan.................Read More...
     
     
    Pak Lah & Fakta: Realiti atau Khayalan?

    Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi akan tercatat dalam sejarah sebagai Presiden UMNO yang tidak memahami peraturan dan undang-undang parti.

    "Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Datuk Mukhriz Mahathir mengkritik ucapan dasarnya pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO adalah melanggar peraturan Pergerakan Pemuda UMNO." - Utusan Online

    Note: http://cuitsikit.blogspot.com/" title="http://cuitsikit.blogspot.com/" target="_blank"http://cuitsikit.blogspot.com...
     
    ..................................................................................??????? 
     
    Poco kaa Pocong..!!!
    11.19.06 (9:21 am)   [edit]

    Poco-Poco dengan Najib dan Rosmah...


    Poco-Poco adalah ialah sejenis tarian yang berasal dari orang Minahasa di Sulawesi.Langkah dan geraknya dikatakan dilihamkan dari aktiviti pertanian seperti membajak sawah,menanam padi, memetik cengkih dan sebagainya.Tarian ini yang diadunkan dalam senamrobik cukup popular di Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Ia menjadi tarian popular semasa majlis perkahwinan,harijadi dan perayaan kemerdekaan.Semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita UMNO di PWTC petang Sabtu ia menjadi salah satu persembahan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Datuk Seri Rafidah Aziz 'ditarik’ naik keatas pentas untuk beraksi.
     
    taraknama:....eishhh inikaah dia barisan pimpinan had-hari kita... 
     
    antara yg menarik
    11.19.06 (9:18 am)   [edit]
    Antara yang menarik hari ini

    600 juta : Media hari ini berulangkali menceritakan bagaimana Pak Lah memperuntukan 600 juta untuk pembangunan luar bandar untuk seluruh Malaysia. Perdana Menteri berkata ia merupakan tambahan kepada peruntukan berjumlah RM1.5 bilion yang telah dilaksanakan dan hampir habis. Disamping itu media - media lain turut memaklumkan 400 juta untuk pembangunan Istana Negara yang baru.

    Persoalan yang turut menarik perhatian kami juga adalah : Apa bezanya mengenai UMNO dahulu dan UMNO sekarang? Jawapan Pak Lah adalah UMNO sekarang lebih terbuka untuk tidak takut untuk mengemukakan sebarang padangan dan kritikan. Ini mungkin membawa erti UMNO dibawah kepimpinan Tun Mahathir mungkin takut.

    Satu lagi kenyataan Pak Lah adalah, jangan cuba saya dan dan adalah sukar untuk jadi baik dan sabar. Ini merupakan satu amaran tegas dari Pak Lah.

    Najib kemukakan bukti Cina tidak terpinggir katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini. Statistik yang ditunjukkan adalah bukti peningkatan kaum Cina dalam pendapatan per kapita berbanding dengan Melayu. klik sini

    Najib juga menggesa sokongan diberi 100% kepada Pak Lah bagi mengukuhkan perjuangan Melayu. Sungguhpun begitu satu lagi komitment Najib adalah "Bila berjuang untuk kepentingan orang Melayu, kita ingin menegaskan bahawa tiada had masa yang ditetapkan untuk mencapainya," katanya ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. klik sini

     
    kok keak kokkk..........
    11.19.06 (8:55 am)   [edit]
    Mukhriz terus dibidas
    KUALA LUMPUR 18 Nov. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz menyifatkan Datuk Mukhriz Mahathir tidak memahami intipati ucapan dasar Presiden UMNO yang menggariskan agenda Melayu.
     
    Mukhriz diberi dua hari
    MARAN: Pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh dua hari kepada anggota Exco paling kanannya, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menjelaskan kenyataannya memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum dikenakan tindakan disiplin
     
     
     
    Hishammuddin mahu dengar penjelasan Mukhriz
    MARAN 18 Nov. – Sebarang tindakan ke atas Datuk Mukhriz Mahathir akan hanya diambil setelah Exco Pemuda UMNO itu memberi penjelasan atas tindakannya mengkritik ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam.
     
    Pemuda Barisan Nasional ‘senada seirama’
    MARAN 18 Nov. – Pemuda Barisan Nasional (BN) masih ‘senada dan seirama’ dalam memperjuangkan kemajuan bangsa walaupun timbul isu-isu sensitif kebelakangan ini termasuk yang dibincangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam.
     
    Perhimpunan paling berkesan
    KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin dianggap paling berkesan di samping menggariskan 12 gagasan penting bagi kemajuan orang Melayu dan masih berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa.
     
    TarakNama:..heh heh heh..3hari koo org berkokok hanya yg nie jee ko org dapat...seekor kambing hitam....kesian koo mukhriz...itulah adat UMNO terima lee seadanya....
     
    pengumuman...
    11.15.06 (1:32 pm)   [edit]
    sory tak update laa...
    aku malas nak belek surat habaq 2,3 hari nie...
    semua citer bab UMNO UMNO UMNO
    macam negara nie semua sokong UMNO...

     
    Roboh leee..ada berani...
    11.10.06 (12:39 pm)   [edit]
    Kini jelas sudah rakyat Johor sememangnya mahukan jambatan menggantikan tambak yang menghubungi Johor Baru dengan Woodlands di Singapura. Baginda Sultan Iskandar tanpa berselindung lagi telah menyatakan dikhalayak ramai bahawa baginda mahu tambak itu dirobohkan.

    Baginda memberi gambaran bahawa tambak itu telah sengaja didirikan penjajah British pada tahun 1920 untuk menyekat lalu lintas kapal di selat itu dan dengan itu telah menjamin kejayaan pelabuhan Keppel di Singapura.

    Baginda mahukan kapal boleh merintasi Selat Tebrau kembali dan airnya dapat mengalir dari timur ke barat dan sebaliknya. Ini juga membolehkan pencemaran air yang tersekat kerana di halang tambak itu diatasi. Baginda juga menyatakan bahawa lambang peninggalan penjajah yang telah menipu negara sudah tidak patut wujud lagi.(Read More..)
     
     
    MmmmmmMMmmMMmMM
    11.10.06 (12:31 pm)   [edit]

    Polis panggil Azhar Mansor beri keterangan – Musa
    KUALA LUMPUR 9 Nov. – Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor telah dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai cubaan pihak tertentu membaptiskan umat Islam di sebuah gereja di Perak pada Ahad lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

    Azhar Mansor tidak pernah pergi ke Ipoh sejak 4 tahun
    LANGKAWI 9 Nov. – Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor mendakwa tidak pernah pergi ke Ipoh, Perak untuk sebarang urusan sejak empat tahun lalu.
     
    TarakNama:...awat susah sangat nak kata..." I'm MUSLIM...i'm proude to be a muslim..." 
     
    Next...............
    11.10.06 (12:28 pm)   [edit]

    Bush akui kalah teruk - Demokrat lengkapkan penguasaan dua dewan di Kongres
    WASHINGTON 9 Nov. – Parti Demokrat memenangi majoriti tipis di Senat semalam untuk kembali menguasai kedua-dua dewan di Kongres selepas 12 tahun didominasi Republikan.

    Laluan getir bagi Bush sehingga 2008
    WASHINGTON – Presiden George W. Bush kini semakin terpinggir dan lemah di White House. Keputusan Pilihan Raya Kongres kelmarin yang menyaksikan kemenangan Demokrat sudah pasti menjadi tamparan paling hebat kepada beliau.

    Demokrat mulakan gerakan tekan Presiden
    WASHINGTON 9 Nov. – Para pemimpin Demokrat di Kongres telah memperlihatkan belang politik semalam apabila menggesa Presiden George W. Bush mengadakan sidang kemuncak dwipartisan mengenai perang di Iraq dan mencari asas sama dalam isu domestik seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.

    Calon keturunan Asia catat kemenangan
    WASHINGTON 9 Nov. – Calon-calon keturunan Asia mencatatkan kemenangan penting dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) apabila meraikan penguasaan semula parti Demokrat di Kongres dan mempamerkan pengaruh politik di kawasan kubu kuat mereka di California dan Hawaii.

    Cuba: AS perlu gugur sekatan
    NEW YORK 9 Nov. – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan usul mendesak Amerika Syarikat (AS) menamatkan sekatan perdagangan sejak 45 tahun lalu terhadap Cuba selepas menolak pindaan dikemukakan oleh Australia yang menggesa kerajaan Fidel Castro membebaskan tahanan politik dan menghormati hak asasi manusia.
     
    TarakNama: Giliran bush dah tiba....NEXT.....!!! 
     
    Saka Belaan..
    11.10.06 (12:27 pm)   [edit]
    ‘Sang Saka Bangsa’ nama bendera UMNO
    KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bendera UMNO yang mencecah usia 60 tahun bakal dikenali dengan nama ‘Sang Saka Bangsa’.
     
    TarakNama: memang ada saka pon bendera....dah telan habis harta malaysia org yg pakai bendera nie lee... 
     
    Entah lee...
    11.10.06 (12:25 pm)   [edit]
    Meritokrasi kekal – PM -- Sains, Matematik terus diajar dalam bahasa Inggeris
    KUALA LUMPUR 9 Nov. – Dasar meritokrasi dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kekal, tegas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
     
    Oleh Abu Bakar Rahman
    KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  jangan hanya pandai menyuruh pelajar bumiputera menghadapi cabaran sedangkan kerajaan pimpinannya tidak pernah lulus dalam cabaran mempersiapkan guru-guru, sistem dan prasarana yang sewajarnya dan boleh digunakan untuk membolehkan para pelajar mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan berkesan, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad.
     
     

     
    Hot Story
    11.09.06 (12:19 pm)   [edit]
     
     

     
    Inikah hasilnya selepas UMNO berkuasa 50thn...
    11.09.06 (11:05 am)   [edit]
    Oleh A Kadir Jasin

    RASA sedih, hairan dan ngeri. Akibatnya saya terpaksa bertanya: Apakah yang sedang terjadi kepada Negara kita; negara Malaysia tercinta?

    Berita sensasi mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri dan pembesar-pembesar Umno membina rumah umpama mahligai tanpa kebenaran.

    Berita mengenai dinasti politik yang semakin menular kuasanya sehingga ke peringkat Majlis Perbandaran dan Daerah.

    Berita mengenai kemurkaan Sultan terhadap penyelewengan cawangan eksekutif sehingga memaksa Baginda campur tangan dalam hal yang sepatutnya ditangani dan diselesaikan oleh Cawangan Eksekutif.

    Berita mengenai jenayah kejam -- yang sama atau lebih kejam daripada yang digambarkan di dalam filem-filem Mafia Amerika -- yang menyangsikan orang kenamaan, pegawai dan anggota polis ditangkap dan dikenakan tahanan reman.Ditakuti, kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga, negara kita akan digambarkan sebagai “the murder capital of the world”.

    Harap-harap, rasa gundah gulana di hati ini tidak mencerminkan realiti. Harap-harap negara tercinta ini masih dalam jagaan Illahi.

    Harap-harap apa sedang berlaku adalah kekecualian dan bukan kebiasaan – exceptions and not the rule.

    Na’uzubillahi min dzalik.

    [PS. Dan berita mengenai akhbar tabloid "milik Umno" digantung penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kerana "mewujudkan kontroversi di kalangan pembaca dengan laporan-laporan yang dianggap keterlaluan menganai isu-isu berkaitan seks.]

    .........................
    http://www.kadirjasin.blogspot.com/" title="http://www.kadirjasin.blogspot.com/" target="_blank"http://www.kadirjasin.blogspo...

     
    malaysiaku yg COMOT...
    11.09.06 (9:45 am)   [edit]
    Pembunuhan perempuan rakyat Mongolia di sini, sudah tentu mencomotkan nama Malaysia sekali lagi. Lebih memilukan, anggota polis yang diharapkan melindungi kita semua, adalah antara suspect yang ditahan.

    Anggota polis yang dilatih mengutamakan keamanan orang lain hilang pedoman sehingga merelakan kekejaman mengambil tempat- gadis 28 tahun dari Negara miskin Mongolia ditembak dua das di kepala sebelum diletupkan dengan bom.

    Editor Weekend Mail, edisi hujung minggu Malay Mail dalam warga NST, gagal mempertimbangkan baik dan buruk ketika menyiarkan isu-isu lucah sebanyak 57 muka surat di bawah premis Let’s Talk About Sex hujung minggu lalu,.

    Malaysia terguling lima tangga lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International, menafikan dengan jelasnya keberkesanan slogan pengislahan pentadbiran seperti yang dilaungkan.

    Seorang Timbalan Menteri terlibat mengitar wang haram (money laundry) mencecah RM 10 juta andainya laporan seorang pemuda Mohamad Tahir Fazal Mohamad, adalah benar. Seperti dilaporkan oleh The Star hari ini, Mohamad membuat laporan BPR sejak 23 Ogos tahun ini dan sejak itu, beliau sudah empat kali mengunjungi pejabat BPR tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Jika tidak silap ingatan saya, perkara ini pernah dibangkitkan di Dewan Rakyat satu masa dulu dan saya kira, saya boleh meneka Timbalan Menteri berkenaan.

    Jakim – menjadi sasaran kecaman – dituduh kehilangan arah tuju – tidak lain melainkan oleh ahli Dewan Rakyat dari BN sendiri. Ia dengan sendirinya menjelaskan ketidakmajuan Islam Hadhari yang dilaung-laungkan.

    Semua ini menggambarkan kecomotan Negara kita – imej yang bercelaru di satu segi. Segi yang jauh lebih membimbangkan ialah nampaknya orang-orang yang diberi tugas memikul amanah – tidak lagi memiliki keupayaan mempertimbangkan isu-isu paling asas. Kehilangan kelayakan memikul amanah menjadi amat ketara. Nilai-nilai tunjang telah hilang.

    Jika ini adalah gambaran dari keseluruhan permasalahan yang Negara kita sedang hadapi, ia tentu menjanjikan scenario yang lebih menakutkan pada masa depan.

    Ia bukan lagi kelemahan Abdullah semata-mata, tetapi kegagalan dasar yang serius untuk hampir 50 tahun pemerentahan Umno-Perikatan-Barisan Nasional.
     
    oleh: vice president PAS - YB datuk Husam Musa 
     
    Inilah akibatnya bila ISLAM dipermainkan...!!
    11.09.06 (9:06 am)   [edit]
     
    PASIR MAS, 8 Nov (Hrkh) - Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri dianggap antara punca umat Islam semakin celaru sehingga ada yang terpengaruh dengan dakyah songsang.

    Biar pun gagasan Islam Hadhari kurang diterima rakyat secara menyeluruh, namun konsep itu menyebabkan orang ramai tambah keliru sehingga ideologi songsang mudah mempengaruhi mereka.

    Bekas pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Badrul Amin Baharom berkata, Islam Hadhari dianggap sesetengah pihak yang kurang arif mengenai agama sebagai satu ideologi baru.

     
     
    Azhar Mansor: Murtad kah tidak??
    11.09.06 (9:04 am)   [edit]
    Tajol Rosli, Musa menghadap sultan
    IPOH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dipanggil menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini, semalam
     
    Azhar beri penjelasan kepada bekas mufti Perlis
    KANGAR: Penasihat Agama Kerajaan Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin sudah menemui keluarga Datuk Azhar Mansor yang didakwa sudah murtad dan cuba mengkristiankan pelajar Islam seperti disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel, baru-baru ini
     

    PM arah KPN bertegas ke atas penyebar SMS gugat ketenteraman
    PUTRAJAYA 8 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengambil tindakan tegas ke atas penyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat negara ini.

    SMS: Sultan Perak panggil MB, Musa menghadap
    IPOH 8 Nov. – Sultan Perak, Raja Azlan Shah hari ini memanggil menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur perkauman yang menyentuh sensitiviti agama.

    Shahidan akan jumpa keluarga Azhar Mansor
    PADANG BESAR 8 Nov. – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan berjumpa sendiri dengan ahli keluarga pelayar negara, Datuk Azhar Mansor bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan yang Azhar kini murtad.

    Angka murtad dalam SMS tidak betul
    KUALA LUMPUR 8 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin hari ini menyangkal dakwaan terdapat sejumlah 100,000 orang Islam di negara ini telah murtad.
     
    TarakNama:...akhirnya siapa yg kena.....!!! 
     
    inilah dia orgnya...
    11.09.06 (9:01 am)   [edit]
    Razak Baginda direman -- Bantu siasatan kes pembunuhan kejam model warga Mongolia
    KUALA LUMPUR 8 Nov. – Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda ditahan reman selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom, dua minggu lalu.
    Penganalisis politik direman
    KUALA LUMPUR: Penganalisis politik yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia kelmarin, dikenakan perintah reman selama lima hari untuk membantu siasatan menculik dan melarikan mangsa dengan niat hendak mengurungnya.

    Razak Baginda buat laporan polis terhadap Altantuya
    KUALA LUMPUR 8 Nov. – Penganalisis politik dan pertahanan, Abdul Razak Abdullah Baginda yang ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah, 28, di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pernah membuat laporan polis terhadap Altantuya bulan lepas.

    Altantuya pernah dibiayai ke beberapa destinasi
    PETALING JAYA 8 Nov. – Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah, 28, yang dibunuh dengan kejam dipercayai pernah dibiayai perjalanannya ke beberapa destinasi oleh seorang lelaki yang dikenalinya di Malaysia.

    Serpihan tulang Altantuya dihantar ke Jabatan Kimia
    KUALA LUMPUR 8 Nov. – Laporan bedah siasat ke atas serpihan tulang belakang dan bahu kanan Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam dan mayatnya ditemui berkecai di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, kelmarin dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya hari ini.
     
     
     
    Penganalisis politik terkemuka,Abdul Razak Baginda,46 sudah dikenakan tahanan reman lima hari.Ini setelah Majistret Manira Mohd Nor membenarkan permohonan oleh polis itu pada 9.15 pagi Rabu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Identiti lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan polis keatas pembunuhan kejam wanita Mongolia,Altantuya @Aminah Abdullah,28 sudah diketahui umum.Namun begitu banyak lagi yang menjadi misteri hingga membawa pembunuhan model sambilan ini yang dikatakan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari ‘suaminya’ bagi mendapatkan wang merawat anaknya

     
     
    NAK JADI APA nie..!!
    11.09.06 (8:58 am)   [edit]

    KLUANG, 9 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merasa amat kesal dengan sikap 'double standard' Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, dalam kenyataannya berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang dibangkitkan Umno Johor pada Konvensyennya baru-baru ini.

    Isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik ini sudah sekian lama menjadi perbincangan dalam masyarakat, kata Ketua DPPNJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dekat sini.
     
    Pengajaran Sains, Matematik dalam BI ditentu 2008
    PUTRAJAYA 8 Nov. – Keputusan sama ada mahu meneruskan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya akan dibuat pada tahun 2008.
     
    Isu bahasa UPSR selesai 2008
    PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuat keputusan pada 2008 sama ada peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan dijalankan dalam satu bahasa berbanding pilihan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sekarang ini, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
     
    tArakNama:...berfikirlah dgn matang buatlah keputusan demi anak bangsa....bertanyalah kepada yg hak apa sudah jadi dgn keadaan pelajar di sekolah sekarang...minat mereka bagaimana..jgn hanya kita bangga dgn bulu yg cantik sedangkan ekor terpalit taik...fikirkanlah..!!
     

     
    Insya'allah.....kebenaran akan datang jua...
    11.08.06 (12:38 am)   [edit]
    Paderi bunuh diri kerana Islam berjaya
    BERLIN: Seorang paderi yang sudah bersara bertindak membunuh diri di sebuah biara di Jerman pada Selasa lalu kerana terlalu kecewa dengan kegagalan pemimpin Gereja Protestan membendung kebangkitan Islam di negara itu.
     
    TarakNama: keADILan PASti datang....Islam PASti menang...Insya'allah..
     
    Sama2 Bodoh...
    11.08.06 (12:35 am)   [edit]
    Kaji semula keputusan – Ku Li
    KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan diminta mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ilmu serta bahasa penyatu.
     
    KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Dakwaan kerajaan kononnya keputusan pelajar Melayu yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat "merupakan satu pendustaan," Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
     
    tarakNama:..org melayu dok lingkop dan bodoh bukan salah org tuu tapi salah pemimpin yg buat perlaksanaan tuu...yg salah ialah org itu melantik pemimpin tuu..lantik pemimpin yg bodoh maka org itu pon bodoh...jadi sama2 bodoh...
     
    Inilah jika ISLAM kapal SELAM...
    11.08.06 (12:29 am)   [edit]
    Budaya ‘senyap’ penyubur rasuah…

    Budaya ‘senyap’ dimana pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah enggan bersuara atau melaporkan kes itu adalah antara sebab yang dikenalpasti menyuburkan rasuah di negara ini.Ini dinyatakan oleh Presiden Malaysian Society for Transparency and Integrity Tan Sri Ramon V. Navaratnam Isnin ketika mengumumkan Malaysia menurun lima tempat ke tangga 44 daripada 163 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International.Tahun lalu Malaysia berada pada kedudukan ke-39 daripada 158 negara.Beliau turut menyebut "kerumitan dan kekaburan dalam proses kelulusan serta pelesenan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dan berkanun" sebagai penyumbang kepada masalah itu.

     
    TArakNama:.............ingatkan cakap dapat buat tapi habok pon tarak...UALAMAK apanya...ULAQ dlm semak ada laa...!!! ini pon UMNO bangga lagi....dahh lamaa dahh..!!
     
    Rasuah di Malaysia....Jatuh Lagi
    11.08.06 (12:24 am)   [edit]

     
    TarakNama:..............Hasil kayra ABDULLAH HADARI..........!!! 

     
    haram lagi.....
    11.03.06 (3:44 pm)   [edit]
    Asam boi merah campur arak
    MELAKA: Orang ramai terutama masyarakat Islam di negara ini perlu berhati-hati untuk membeli asam boi merah bersaiz besar yang dijual di pasaran berikutan ramuan untuk membuatnya dikhuatiri dicampur arak.   Lagi...
     
    Taraknama:.........adusssssssssss makan benda haram lagi........ 
     
    seminggu jeee........
    11.03.06 (2:42 pm)   [edit]
    Tunai haji seminggu
    MENGERJAKAN haji dalam tempoh seminggu. Bunyinya agak menarik khususnya bagi mereka yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.
     
    TarakNama:....inilah idea keemasan yg dapat dilahirkan oleh ahli ugama HADARI...fikirkanlah betul kata ulamak yg suatu hari nanti org pie mekah macam pie melancong bukan nak pie buat amal ibadat....!!!!!!! 
     
    Siapa besaq - SULTAN @ UMNO??
    11.03.06 (2:35 pm)   [edit]
    Zakaria akur arahan MT UMNO, tarik diri ahli majlis MPK
    SHAH ALAM 2 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros malam ini mengumumkan menolak daripada dicalonkan bagi menyambung jawatan sebagai anggota majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK).
     
    Taraknama: aku rasa mamat nie telah derhaka dgn sultan sebab...sultan dah arah suruh letak jawatan haram sepatah tak kata apa...tapi bila MT UMNO suruh baru dia akur...lanie sapa yg besaq...sultan kaa umno.....??? 
     
     
     
    Kesesatan dan Kejahilan Nazri Aziz
    11.02.06 (8:32 pm)   [edit]
    Sila senaraikan KEBEBALAN Nazri Aziz
    1. Mengatakan negara ini bebas untuk ditafsirkan selain daripada negara Islam.
    2. Mencari gaduh dengan Tun Dr. Mahathir mewakili menantu Paklah KJ.
    3. Bersekongkol dengan Kumpulan Artikel 11 berkenaan isu IFC
    4. Mengatakan tambak johor sebagai hakmilik bersama dengan Negara Singapura.
    5. Mencari gaduh dengan drebar Taxi.
    6. Jenis manusia tidak mengenang budi7. Seorang manusia yang tidak reti menghormati orang yang lebih tua.
    7. Suka menonjolkan diri.
    8. Angkuh dan bongkak.
    9. Suka memaparkan aksi samseng ( cuba tengok setiap kali berhujah kat parlimen, manjang dia tunjukkan sikap samseng kampung nya itu.)
    10. Akal pendek (nak mampu nak berfikir secara rasional)
    11. Manusia yang terlalu emosional. (Bila dikritik sikit, mula dia melenting, bercakap pun mula tonggang langgang ....sebijik cam PLah)



     
    Rentetan UMNO & TUN
    11.02.06 (8:24 pm)   [edit]
    "Paklah-Saya Boleh ditegur"
    Tapi menteri semua melenting bila TDM kritik
    NST melenting bila TDM kritik
    TV3 melenting bila TDM kritik

    "Paklah-Saya Boleh Dikritik"
    Tapi Nazri Aziz minta TDM masuk pembangkang
    Mahdzir Khalid minta TDM letak jawatan
    Pemuda Terengganu minta TDM keluar UMNO
     
     
    Usaha Untuk Melelong Sudah Bermula..tapi terbantut...
    11.02.06 (8:21 pm)   [edit]
    Oleh A M Ubaidah S

    Apakah di sebalik usaha memecat Tun Dr M dari 3 berkait syarikat kerajaan (GLC), LADA, Proton dan Petronas. Dalam kesibukan hidup kita semua, rasanya ada pentingnya kebenaran tentang perkara ini diutarakan.
    Kemungkinan sekali, niat di sebalik usaha pemecatan Tun Dr M dari menasihati Petronas adalah yang paling parah. Sejak awal tahun ini, anasir anasir rakus yang mempengaruhi The Edge dan NST telah mengutarakan ide-ide penswastaan Petronas.Read More...
     
    TarakNama:...nampaknya perancangan nak gugur TUN dapat di baca jadi TUN tak di pecat lagi....selamat lagi koo TUN.... 
     
    Hingaq jee lebih......
    11.02.06 (8:12 pm)   [edit]
    Features
    ---
    BERITA TERKINI:Tiada tindakan keatas Dr Mahathir...

    MAJLIS TERTINGGI UMNO TIDAK MENGENAKAN SEBARANG TINDAKAN KEATAS TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KERANA TERUS MENGKRITIK PERDANA MENTERI DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI.BELIAU JUGA KEKAL SEBAGAI PENASIHAT BEBERAPA AGENSI KERAJAAN TERMASUK PETRONAS DAN PROTON.HAL INI DIBERITAHU OLEH ABDULLAH DALAM SIDANG AKHBAR SELEPAS MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO DI PWTC PETANG KHAMIS,BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.

     
    tarakNama: Sekadar menjadi pemerhati..... 
     
    I'm back......
    11.02.06 (12:05 pm)   [edit]
    Assalamualaikum,
    Alhamdulillah...
    selepas beraya mari kita sambong semula keja2 kita semua...
     
    Allah'Huakbar....... 
     
    --tarakNama--
     
    Org cakap tak nak dengar....
    11.02.06 (12:01 pm)   [edit]
    Agama sebagai ubat penyakit sosial
    KEBIMBANGAN Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengenai kemungkinan negara menuju kehancuran jika gejala sosial di kalangan belia tidak ditangani mesti dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
     
    TarakNama:.....org cakap lama dah....kooo org jee yg buat pekak badaknya.....!! 
     
    Jawa Vs Melayu
    11.02.06 (12:00 pm)   [edit]
    Bahasa Jawa bagaikan bahasa rasmi di pejabat MB
    SAYA berurusan dengan pejabat Menteri Besar (MB) Selangor bukannya baru. Sejak zaman Tan Sri Muhammad Muhd. Taib lagi saya berurusan dengan pejabat yang terletak di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
     
    TarakNama:....nak tergelak pon ada sedih pon ada....fikir sendiri lee...?? 
     
    Tun Ohh Tun......nasib lee koo
    11.02.06 (11:56 am)   [edit]
    Dr. M terima apa sahaja keputusan kerajaan, UMNO
    LANGKAWI 1 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau menerima apa sahaja keputusan kerajaan berhubung kedudukan beliau sebagai penasihat beberapa agensi kerajaan dan anggota UMNO.
     
    Dr. M bebas hadiri ceramah
    KUALA LUMPUR 1 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bebas untuk menghadiri majlis ceramah dan perhimpunan di seluruh negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. 
     
    Isu Dr. Mahathir ke mesyuarat MT hari ini
    KUALA LUMPUR 1 Nov. – Isu kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, esok.
     
    TarakNama:.....mmmm maleh aihh aku nak ulas lagi....sendiri baca lee....
     
    Hari ini, Majlis Tertinggi Umno dijangka membuat keputusan di atas usul yang dicadangan oleh sebilangan ahli MT supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan dari jawatannya sebagai penasihat beberapa agensi kerajaan. 
     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog