Pada 19hb Disember Datuk Najib memaklumkan bahawa pasaran
hartanah akan meningkat dalam masa 3 bulan lagi atas alasan
pengurusan kadar faedah yang baik dan perlaksanaan RMK 9
yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara ini. klik sini Selang sehari selepas itu, kita diberitahu
oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kini rumah yang bernilai
RM 250,000 boleh dimiliki oleh rakyat asing tanpa memerlukan
kelulusan Jawatan Kuasa Pelabur Asing JPM klik sini sebagai langkah menyemarakkan pasaran hartanah
tempatan yang semakin meruncing. Berikut adalah komen yang
kami terima yang menganggap itu adalah satu langkah menjual
kedaulatan negara.
Pas tidak sensitif penderitaan rakyat
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Langkah Dewan Pemuda Pas memulakan gerakan untuk
menghadapi pilihan raya umum akan datang ketika banjir melanda beberapa
negeri jelas memperlihatkan sikap tidak sensitif terhadap penderitaan
rakyat.
TarakNama: aku dok agak dah mesti depa tulis camnie punya....!!!
ko org baca dan pikiaq sendiri leeee..............???
Utusan: Jangan sampai orang berdoa ia berkubur
Kartun
ini merujuk kepada satu himpunan jentera Pemuda PAS yang diadakan di
Kota Bharu semalam yang diberi nama Himpunan 15,000 Pemuda PAS.
Utusan tidak pula melaporkan darihal kejayaan penganjur mengumpulkan
lebih 15,000 pemuda dari seluruh negara berhimpun di Kota Bharu.
Utusan juga tidak melaporkan bahawa Pemuda PAS Johor dikecualikan
dari hadir dalam perhimpunan ini kerana dikerahkan memberi bantuan
kepada mangsa-mangsa banjir di negeri mereka. Dan Utusan tidak
pernah melaporkan bahawa PAS Johor telah membuka bilik-bilik gerakan
di Johor dan Timbalan Presiden PAS adalah antara yang terawal turun
ke negeri tersebut mengagih-agohkan bantuan dan menziarahi manga
banjir di sana.Sehingga hari ini Utusan TIDAK BERANI melaporkan
darihal kegiatan dan aktiviti bantuan kemanusiaan yang telah
dilancarkan oleh PAS Pusat dan PAS Johor. klik sini
KOTA TINGGI, 24 Dis 2006 (Hrkh) –
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, mengucapkan tahniah
kepada seluruh jentera PAS di negeri ini terutama Unit Amal, yang telah
bertungkus lumus turun padang membantu mangsa banjir di negeri ini... Lagi..
KOTA TINGGI, 24 Dis 2006 (Hrkh) –
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Banjir PAS Johor, Aminolhuda Hassan,
berkata, PAS Johor telah membuka Bilik Gerakan banjir di semua kawasan
kecuali Mersing,..
BATU PAHAT, 24 Dis (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr
Mahfods Mohammad dan Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman,
merupakan antara puluhan ribu rakyat negeri ini yang turut terba..
KUALA LUMPUR, 24 Dis 2006 (Hrkh) – Yayasan
Amal Malaysia turut bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di
kawasan terjejas teruk terutamanya di negeri Johor...
Banjir ragut lima nyawa KUALA
LUMPUR: Banjir di Johor yang terburuk dalam 100 tahun, meragut lima
nyawa manakala dua lagi negeri – Kelantan dan Terengganu mula dinaiki
air semalam, menjadikan enam negeri dilanda bencana itu yang
menyebabkan lebih 60,000 orang dipindahkan.
Hukuman Kembiri Terhadap Perogol Antara Saranan Wakil Puteri
Para
perogol harus dikenakan hukuman kembiri di samping hukuman penjara dan
sebatan bagi membendung peningkatan kes jenayah itu, Perhimpunan Agung
Puteri Umno di sini diberitahu Selasa.
Wakil Puteri Umno Pahang, Norydal
Othman berkata hukuman ke atas perogol sekarang dianggap masih ringan
kerana di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan itu
hanya dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun
serta hukuman sebat antara 10 dan 20 kali sebatan.
TarakNama:..ini aku ambil dr web UMNO...adussss..tak ada wakil umno nak sokong ke cadangan nie...kembiri pon kembiri lee...org suruh buat hukum ALLAh pakat buat pekak badak...last nak kembiri plak...buat aja bagi org gerun sikit....nie tak sembang jee..!!
Alor Star 3 September 2006 - Pergerakan Wanita UMNO akan
memberi perhatian khusus kepada tiga buah negeri iaitu
Kedah, Perlis dan Kelantan dalam persediaan menghadapi
pilihan raya umum akan datang. Ketuanya, Datuk Seri Rafidah
Aziz berkata, usaha tersebut bagi memastikan cita-cita pihak
pembangkang untuk menawan Kedah dan Perlis tidak akan
tercapai. ‘‘Tidak usah orang lain bermimpi untuk tawan Kedah
atau Barisan Nasional (BN), sebab kita akan perkukuhkan lagi
UMNO yang menjadi tunjang kepada BN.
Hati kotor hanya boleh diubat, dibersih dengan iman
SETIAP manusia dikurniakan Allah hati. Hati adalah seketul darah yang
berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu
bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan
kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia
akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.
Intip khalwat: Pendapat Mufti Perlis disokong
SAYA begitu gembira melihat perkembangan yang begitu positif dalam
memahami dan memurnikan pemahaman Islam yang sebenar dengan mengikut
petunjuk al-Quran dan sunah.
TarakNama:..heh heh..tulis cantik dah bagus dah last nak belaga PAS dgn group mufti perlis nie..PAS tak penah nak tolak pon apa yg Mufti Tu cakap salah..masalahnya skrg jika dah tahu maksiat terang tuu yg patut di benteras kenapa dia tak tekankan bab tuu....tekan kan apa yg Maksiat terang tuuu bagi tau satu MALAYSIA macamana Mufti PERAK katakan tuu...itu yg sebenarnya....
Kabinet lulus projek kereta api laju Kuala Lumpur - Kuantan
KUANTAN 19 Dis. – Kabinet meluluskan projek kereta api laju
menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan bagi meningkatkan pelaburan dan
industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung.
TarakNama:..Projek lagi..kata duit tak dak..sampai kena naik TOL..Naik Minyak...tapi projek jalan jugak..ada apa2 ke nie...???
‘Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain’
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tindakan membiarkan Utusan Melayu (M) Bhd.
dikawal oleh pihak lain melalui cadangan penggabungan dengan The New
Straits Times Press (NSTP) boleh dianggap sebagai dayus kerana ia akan
menjejaskan budaya dan maruah orang Melayu.
TarakNama: Siapa yg DAYUS....ko org laa yg DAYUS..biaq P'Lah buat sesuka hati...nak cabut keris tuu tikam tak mau sembang jeee...pegidah..!!
Penggabungan Utusan-NST dipercayai bawa kebaikan
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sidang Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa
kerajaan percaya penggabungan Utusan Melayu (M) Bhd. dan The New
Straits Times Press (NSTP) akan membawa kebaikan kepada semua pihak
yang terlibat.
Apakah
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi indikasi cadangan
penggabungan Utusan Melayu (M) Bhd dan The New Straits Times Press
(NSTP) akan ‘jalan terus’?Setelah
berdepan dengan bantahan demi bantahan termasuk dari rakan-rakannya
dalam kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu Isnin yang
menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2007 bagi Jabatan
Perdana Menteri di Dewan Negara berkata berkata cadangan penggabungan
itu akan membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.
TaraKNAMA: Looo nie kata bagus plak..tadi kata DAYUS...penin aihh aku dgn koo org nie..cakap tak serupa bikin, itu pasal lingkup negara tuuu...
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA..?
TarakNama: For INFO sahabat ein..itulah ayat yg sebenarnya di atas..bukan niat saya nak kata PAS tuu sesat tapi jika dilihat ayat diatas tu dia seperti sati soalan kpd UMNO...mengapakah mereka tak sanggup nak mengetahui akan kebenaran dan apa kebathilan yg di perjuangkan oleh kedua parti nie (PAS & UMNO)..itu sahaja..
Jika kita buat keputusan untuk menjadi Imam yang popular di dada akhbar untuk tujuan politik, maka jagalah akhlak dan keperibadian kita. Janganlah guna agama untuk kepentingan politik.
Tengoklah sikit contoh Tok Guru Nik Aziz jadi Imam, tak ada Nik Aziz buat (sentuh Wanita) macam ni.
Kadar
tol naik: berita baik buat Ahli Umno dan BN
- Laman M@RHAEN
Saudara
pengarang,
Saya selaku
menteri yang bertanggungjawab dengan ini mengisytiharkan bahawa ahli Umno
dan BN akan dikecualikan daripada membayar tol di mana-mana lebuhraya dalam
Malaysia kerana jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Usah gusar dan
sedih atas berita kenaikan kadar tol ini. Hanya mereka selain dari ahli
Umno dan BN sahaja yang akan berkongsi beban tol bersama-sama dengan
kerajaan.
Justeru, ahli
Umno dan BN sama sekali tidak akan terbeban dengan kenaikan kadar tol pada
1 Jan 2007. Saya berharap agar semua ahli Umno dan BN akan bersyukur kepada
kerajaan atas anugerah nikmat sebegini.
Sebagai membalas
jasa kerajaan, bekerja kuatlah kalian pada tahun 2007 agar Umno dan BN
akan terus memenangi pilihanraya umum. Sekiranya kita terus memerintah,
bukan setakat RM 3 juta jumlah peruntukan kerajaan untuk satu bahagian
Umno, bahkan kita boleh naikkan berlipat kali ganda lagi jumlahnya. Dengan
itu, kontraktor kelas F di bahagian masing-masing akan mendapat rahmat
yang lebih besar.
War-warkan
kepada semua ahli Umno dan BN tentang berita baik ini.
Isu yang melibatkan YB Dato Rahman Ismail (MP
Gombak) dan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn masih belum
selesai. Suara Keadilan dalam edisi 12-17 Disember
memaparkan kebenaran skandal kedua - dua kepimpinan tersebut.
Laporan polis suami Nor Hayati dipaparkan sebagai
menunjukkan bukti bahawa skandal itu dipercayai benar.
Sejak
isu pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu mahu menguatkuasakan peraturan
kod berpakaian untuk para peniaga, pembantu jurujual dan pelayan
restoran wanita di kawasan pentadbirannya, banyak pihak yang telah
mengeluarkan pandangan dan pendapat. Ada yang mengkritik dan tidak
kurang ramainya yang menyokong dan mengalu-alukkan langkah MPKB-BI itu.
Dalam
pada itu ada juga pihak yang memperlekeh dan memperkcilkan langkah itu
dengan menisbahkannya sebagai satu langkah yang sempit, kuno dan
ketinggalan zaman. Da ada juga pihak yang mencurui kesempatan dari
kepelbagaian pandangan itu dengan menjadikan isunya ini sebagai bahan
senda-gurau.
Yang paling ketara saya lihat adalah akhbar THE STAR.
Sejak mula isunya ini bangkit beberapa hari lalu, setiap hari akhbar
tersebut mengeluarkan lukisan karikatur menjadikan langkah itu bagaikan
satu bahan jenaka. Dan hari ini sehingga tiga runagan kartun berbeda
terbit untuk terus mempersedakan langkah ini.
Kepada pejuang hak asasi, ahhh bukankah itu hak sikartunis untuk berkarya.
Kepada
yang prihatin dan sensitif terhadap agama, sesungguhnya isu di Kota
Bharu itu berkaitan dengan peraturan Islam. Kerana keghairahan kita
menyerang MPKB dan kerajaan Kelantan sedar tak sedar kita telah membuka
ruang dan peluang bagi pihak yang memang suka Islam ini diperlekehkan,
terus menjadikan peraturan agama bahan senda guruau dan gelak ketawa.
Hal tutup aurat dan berpakaian sopan pun kita biarkan orang lain perkecil dan bodoh-bodohkan, aduhai baik dan tolerannya kita.
Membaca artikel-artikel
oleh Ahmad Lutfi Othman serta laporan ucapan Dato' Mustafa Ali mengenai
PRU-11 dan PRU-12 di Malaysia dalam harakahdaily saya terpanggil untuk
melakarkan tulisan ini.
Saya sangat bersetuju dengan saranan
dan cadangan yang diberikan oleh sdr Lutfi. Tanpa satu proses yang
telus dan adil, mimpi pembangkang untuk meraih kemenangan yang bererti
dalam PRU di Malaysia, jangankan untuk mengalahkan BN, akan terus
tinggal mimpi.
Menteri Kerjaraya Datuk seri S Samy Vellu petang Khamis mengumumkan kenaikan kadar tol di lima
lebuh raya sekitar Lembah Klang naik antara 30 sen dan RM1 mulai 1 Jan
ini.Lima lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan
Lebuhraya Koridor Guthrie.Kadar baru untuk kereta yang diklasifikasikan
sebagai Kelas 1 adalah seperti berikut: LDP RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie
RM1.40 (naik 40 sen).Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya di
Kuala Lumpur,Samy Vellu berkata jika kerajaan membenarkan kesemua
pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada
pengguna adalah lebih berat, iaitu di LDP kenaikan mencecah RM2.10,
Lebuhraya Shah Alam RM2.40, Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1.20
Batu 11 RM1.10 dan Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM8.80 dan (Bentong)
RM3.70. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.
Tentu
mustahil sekali pada fikiran kita. Kerana apa yang selalu
kita lihat di kawasan majoriti orang Melayu pun, orang
Cinalah yang berniaga di situ. Apatah lagi di sesebuah
kawasan perumahan atau pusat-pusat perniagaan yang besar,
majoritinya adalah kedai Cina. Kalau ada pun satu dua kedai
Melayu, ia terselit di antara kedai-kedai tersebut. Tetapi
itulah pengalamaan Rufaqa membangunkan projek-projek di
Bandar Country Homes, Rawang. Mampu menguasai perniagaan di
tengah-tengah perniagaan Cina.
Membubarkan Rufaqa bererti membunuh sebuah
model ekonomi Melayu Islam. Sedangkan kita tahu orang Melayu
ketinggalan di bidang ekonomi. Sepatutnya orang lain belajar
dan Rufaqa bagaimana ia membangunkan ekonomi, bukannya
‘membunuhnya’ hanya kerana dengki dengan kejayaan orang
lain. Sedangkan belum ada mana-mana mahkamah yang memutuskan
bahawa aqidah Rufaqa terpesong atau sesat.
Kalaulah ada pihak yang mahu untuk bersemuka dengan saya dan
bertanya apa sebenarnya yang saya buat, saya berpeluang
untuk menjelaskan. Bila saya dah jelaskan terpulanglah
kepada mereka samada hendak terima atau tidak. Tetapi hingga
sekarang tidak ada sebarang pertemuan dan perbincangan
dengan saya. Saya di salahkan tanpa di tanya dan berbincang
dengan saya. Saya dihukum dengan penuh emosi dan prejudis
tanpa melihat kenyataan sebenar. klik sini
TarakNama:........aku rasa tindakkan yg dilakukan itu ada kepentingan....jika tak kenapa di sibuk kan sangan Arqam nie....mesti ada golongan yg dengki kena rasuah tak dapat hidup tender tak dapat sbb org Islam bila bisnes dengan jujur semua tuu tak ada...aku rasa lee...jika betul mereka sesat ayah pin lagi sesat...hamid kahar lagi sesat...pasai paa depa selamat sampai skrg...sbb ayah pin mana reti bisnes...hamid kahar mana reti bisnes...ini semua ekonomi...duit duit duit....aku teringat satu saham kat KULIM dulu...apa nama PLATINUM LANE...5thn bertapak....10% keuntungan kasi kat ahli sebulan...5thn org MElayu bertapak..ada lot kedai yg banyak kasi ahli jual beli masuk perumahan tuu semuanya dia punya last2 nak kasi padam p tangkap tuan empunya dakwa terus mati bisnes tuu....ini semua kepentingan ekonomi sesetengah pihak aku rasa....(aku rasa)...sapa melayu yg buat pedajal nie ko org tanggung laa dosa dgn ALLAH swt.....(aku rasa lee....ko org rasa camna aku tak tau laa....)
Tertarik
dengan laporan berita harian hari ni (11-12-06), Muhammad Yunus dari
bangla, sebuah negara yang dok jadi mainan tohmahan dan cacian terhadap
rakyatnya yang mencari rezeki di sini, menang nobel dengan cara yang
begitu mudah : menguruskan wang dengan bijak.
aku tak tau la kaya mana si mat yunuih ni, tapi mengikut laporannya
dah ada bank. Bank Grameen. kaya la kot. aku penah tengok cerita dia ni
di astro satu masa dulu sebelum menang nobel prize. humble saja
orangnya. targetnya bukan nak kaya, tapi gunakan pengetahuan dia untuk
betul2 bantu orang2 susah di bangla untuk memulakan kehidupan. ideanya
mudah - orang miskin ada skill, orang kaya ada duit - gunakan kaedah
mikrokredit untuk bagi bantuan. aku tatau sangat pasai mikrokredit ni.
mungkin akauntan2 handalan kat sini boleh mentafsir sampai bebuih2
mulut. tapi konsep mikrokredit ni lah antara perkara yang dapat
membantu penduduk2 miskin bangla untuk meneruskan kehidupan dengan
lebih selesa.
yang aku ingat, masa aku dok tengok rencana dia dalam astro, hati
aku sebak. demi Allah masih ada lagi manusia yang sememangnya hidup
bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi untuk masyarakat sejagat. yang
menyebabkan aku lebih sebak ialah aku tak nampak sekoq manusia pun di
Malaysia ni yang kaya, yang ada duit lebih banyak daripada mat yunuih
ni, menang anugerah nobel sebab pandai menguruskan kewangan seperti mat
yunuih.
yang kita ada di malaysia ialah pinjaman pelajaran, pinjaman
perumahan, pinjaman perniagaan, pinjaman itu, pinjaman ini, yang secara
mutlaknya adalah konvensional yang mana akhirnya nanti yang mendapat
keuntungan ialah pihak yang dipinjam. ada MARA, tapi yang dok nampak
UNDUR. ada bank pembangunan, tapi kertas kerjanya macam haram jadah.
selagi tak bejanji dengan dakwat darah kat pegawai bank tu yang kalau
pinjaman lulus, kita bersumpah di atas kubur mak kita bahawa kita akan
bayar balik - dengan segera - kat dia 10%, maka sampai ke sudah la tak
dapat!
maaf kalau ada yang tesentuh di sini, tapi amat bodohlah segala
bankers2 dan akauntan2 kita yang ada di malaysia ni, yang gah dengan
ekonomi dan pendapatan perkapitanya, tapi haram sekoq pun tak pernah
dapat anugerah nobel! bukan susah sangat. bukan suruh jadi miskin.
bukannya akan rugi bejuta2 ringgit. orang mintak buat perkara yang
paling asas saja. basic. saksamakan hak dan harta negara secara
menyeluruh. tu saja! apa yang hangpa dok buat selama ni? pebesaq rumah?
pebesaq kereta? pebesaq perut? pebesaq bini? yang haluih kuruih kering
kat baling dengan sik nuh sapa peduli? Bersamamu? Tijarah Ramadhan?
aku tau ada bankers2 dan akauntan2 yang dah pikir perkara2 sebegini.
kalau tak takkan la wujud MARA, bank pembangunan, bank pertanian, dan
segala macam yayasan untuk membantu rakyat terpinggir. benda2 ni kalau
dilihat dari sudut matlamat penubuhan memang sangat baik. dan kalau
dibandingkan dengan matlamat penubuhan Bank Grameen, rasanya kita dah
boleh menang nobel tahun 70 nuh lagi. tapi di mana kita sekarang? atau
soalan lebih tepat - di mana duit2 tu disalurkan? jurang miskin kaya
makin melebar dan malaysia masih tak ke mana. bak kata sorang penulis
ostolia - orang sibuk kelola ekonomi, kita dok kalut berebut harta.
tapi bila ditanya balik pada menteri2, yang disalahkan semula ialah
orang2 kita - melayu secara spesifik. dituduhnya kita kurang berusaha.
pemalas. mengharapkan sabsidi. mentaliti tak kuat. dan seribu satu
alasan yang memungkinkan mereka dilihat sebagai juara untuk mengubah
perkara2 yang mereka sendiri cipta. hanya untuk memastikan mereka terus
berkuasa - pembahagian harta negara dibuat secara tidak adil.
mengkayakan sekumpulan puak sehingga sangat2 kaya yang akhirnya
meninggalkan yang miskin tercari2 haknya. kemudian dicampakkan angan2
pada simiskin bahawa merekalah yang boleh merubah nasib simiskin
menjadi kaya seperti yang mereka2 telah dikayakan dahulu. dan hanya
pada merekalah tempat simiskin patut mengadu.
hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa!
mereka sangat2 takut jika perkara seperti mat yunuih buat menjadi
satu realiti. jurang miskin kaya dapat dirapatkan. jika ini berlaku,
maka perjuangan mereka sudah tidak relevan lagi. maka kemanakah
perginya orang2 yang sudah tidak relevan lagi? berehat di sri kembangan
mungkin? mereka tidak mahu perkara ini berlaku, dan tidak mahu dilihat
sebagai satu entiti yang tidak relevan. sebab tu yang dah pencen dok
menyibuk dalam urusan kerajaan dengan mengondem apa yang boleh dikondem
- hanya untuk dilihat sebagai masih relevan. dan yang kerajaan terus2an
merompak harta negara secara diam2 hanya untuk terus2an membuktikan
bahawa melayu masih merempat dan memerlukan bantuan - yang akhirnya
menjadikan mereka masih relevan!
sebuah negara yang merempat di mata dunia berjaya diangkat
martabatnya melebihi kita hanya kerena mereka membenarkan orang seperti
mat yunuih ini untuk buat apa yang sepatutnya semua orang buat -
berlaku adil.
dan sekarang ni aku jadi malu bila berselisih bahu dengan pekerja2
bangla. mereka sekarang boleh berbangga kerana walaupun mereka merempat
rata, ternyata dalam kedaifan yang mereka hadapi, kerajaan mereka
bersungguh2 untuk mengubah nasib mereka.
aduhai malaysia. malunya kita. lebih hina dari bangla!
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Hrkh)
- Muslimat PAS mencadangkan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina
Othman Said menjadikan kemenangan ratu pecut Bahrain, Ruqaya Al Ghasara
sebagai contoh wanita I..
TarakNama:..hendak seribu daya jika HADARI tak seribu dalih...
Bahrain sprinter Al Ghasara says Muslim dress only makes her faster
Published: Monday, December 11, 2006 | 11:59 AM ET
Canadian Press: CHRISTOPHER BODEEN
DOHA, Qatar (AP) - Bahrain sprinter Ruqaya Al Ghasara says she isn't
held back by running in a hijab, or full Muslim headscarf. In fact, she
says, it makes her even quicker.
"Wearing traditional Muslim dress has encouraged me. It's not an
obstacle - quite the opposite," said Al Ghasara, who won the gold medal
in the 200-metres Monday night in 23.19 seconds.
Bahrain's Ruqaya Al Ghasara celebrates after winning the gold medal in the final of the Women's 200m. (AP Photo/Lee Jin-man)
The bronze medal winner earlier in the 100, Al Ghasara is instantly
recognizable in her full-length running suit which leaves only her
hands and face exposed. It's only traditional in spirit, however: The
fabric is clingy and stretchable and her white hijab headwear bears the
swoosh trademark of her sponsor.
Al Ghasara said her outfit is a personal choice, although tradition
weighs heavily. While other Bahraini female athletes compete in the
clothing more typical of their sports, many are naturalized Bahraini
citizens who were not raised Muslim.
Yet Al Ghasara, who claims U.S. sprinter Marion Jones as a role
model, said she hoped her clothing choice would inspire other Muslim
women to join in competitive sports.
The 15th Asian Games are the first to be held in an Arab state and
Doha officials are using it as a test run to bid for the 2016 Olympics.
Other Muslim women have competed in clothes that conform with their
traditions, but Al Ghasara has the highest profile.
Mon 11 Dec, 4:15 PM view image
Bahrain's Ruqaya Al Ghasara bows down on the track in celebration
after winning the gold medal in the final of the Women's 200m at the
Asian Games in (ASSOCIATED PRESS)
Mon 11 Dec, 4:15 PM view image
Bahrain's Ruqaya Al Ghasara smiles after receiving the gold medal
she won in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha,
Qatar, Monday D (ASSOCIATED PRESS)
Mon 11 Dec, 2:24 PM view image
Bahrain's Ruqaya Al Ghasara celebrates after winning the gold medal
in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha, Qatar,
Monday Dec. 11 (ASSOCIATED PRESS)
Mon 11 Dec, 2:21 PM view image
Bahrain's Ruqaya Al Ghasara kisses the track in celebration after
winning the gold medal in the final of the Women's 200m at the Asian
Games in Doha, (ASSOCIATED PRESS)
Mon 11 Dec, 1:14 PM view image
Bahrain's Ruqaya Al Ghasara, 2nd right, on her way to winning the
gold medal in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha,
Qatar, Monda (ASSOCIATED PRESS)
CADANGAN Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
untuk mengenakan denda maksimum RM500 kepada wanita yang dilihat
berpakaian tidak senonoh memang tidak wajar. Sepatutnya MPKB dan
kerajaan negeri lebih menumpukan perhatian kepada perkara lebih penting
seperti kebersihan bandar Kota Bharu, masalah sosial seperti penagihan
dadah, mat rempit dan pelacuran.
(takkan nak buat satu tinggal satu....semuanya kita basmi jangan sini elok sana kurap sana panau situ songkla...apa raa....basmi kesemua...amal makruf nahil mungkar..)
Tindakan berpakaian seksi yang boleh menyebabkan kejadian rogol boleh
dipertikaikan. Wanita mana yang inginkan dirinya dirogol. Ini semua
bergantung kepada nafsu lelaki kerana dia lebih kuat dan boleh memaksa
perempuan supaya menyerahkan diri kepadanya.
(nafsu tuu mai kena tengok punca jgk....1st SETAn laa dia hasut kita...dia hasut tuu kira kedua dua pihak laa wanita & lelaki...wanita pakai seksi lelaki tengok naik nafsu...bukan susah pon...koo pon jika ko telanjang bulat tengah2 bandar pastu koo plak come lawa plak...tentu akan ada 1 drp 100org yg tengok koo tuu naik syeih...tapi jika 100org tuu beriman alhamdulillah andaikata semuanya naik syeih naya koo...perumpaan ko ada duit ko simpah dalam wallet pastu masuk dalam kocek saku koo..apasal duit tuu ko tak selit kat telinga jaa...biaq semua org nampak...paham kee nie..)
Banyak kejadian
wanita yang berpakaian sopan, kanak-kanak dan wanita tua dirogol.
Adakah kejadian itu berlaku kerana mereka berpakaian seksi? Ia
semata-mata untuk menyalahkan golongan hawa sedangkan dalam Islam ada
mengatakan bahawa seorang lelaki harus menundukkan pandangan jika
berada di hadapan bukan muhrimnya.
(ini dinamakan mencegah....bukanlah semua yg pakai seksi2 tuu kena rogol...kira nasib laa tak kena sbb masih ada lelaki yg dapat kawal nafsu dia..kot nya mai ada yg kepala biru tuu mana tau dia main tibai aja laa...alaa dalam ertikata senang yg ko naik keta pakai talipinggang apasal ko bukan tahu nak eksiden bila pon...aku naik 45thn tak eksiden pon tapi aku ikut jugak peraturan pakai talipinggang tuu...)
Oleh itu, kejadian rogol
bukanlah 100 peratus kesalahan wanita tetapi, sebenarnya terjadi
apabila lelaki tidak dapat mengawal nafsunya dan lupakan suruhan agama.
Jadi, berpakaian seksi bukan penyebab kejadian itu.
(sapa lupa ajaran agama..bagi aku wanita yg pakai seksi tuu pon lupa ajaran agama jadi lelaki yg rogol wanita dan wanita yg pakai seksi tu 2 x 5 jaa..buat benda HARAM..langgaq perintah ALLAH)
NADURA,
Subang Jaya, Selangor.
-------------------
tarakNama: adus ini sah wanita UMNO nie..pastu mengaji tak habis...
(merah aku punya ulasan)
nie tulisan org CINA kapiaq yg reti apa itu keindahan ISLAM....
Cina NS sokong peraturan pakaian seksi Saya,
Yau Con Seng hari ini ingin membidas sekeras-kerasnya kenyataan yang
dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, En
Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang dibangkitkan
oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar
Kelantan Darul Naim yang juga Mursyidul Am PAS Pusat."
Calon pilihan raya Aceh mesti lancar baca al-Quran
BANDA ACEH 8 Dis. – Fasih membaca al-Quran dan wajib menjalani ujian
darah menjadi syarat utama sebelum mana-mana calon dibenarkan
bertanding dalam pilihan raya Aceh yang pertama pada 11 Disember ini.
Rakyat Aceh mahu pendidikan sama rata, percuma
BANDA
ACEH 8 Dis. – Pendidikan sama rata dan percuma bermula dari usia tujuh
hingga 15 tahun merupakan antara faktor utama dikehendaki oleh setiap
rakyat Aceh pada pilihan raya wilayah berkenaan pada Isnin ini.
Azwar ajak penduduk Aceh sama-sama membangun
BANDA
ACEH 8 Dis. - Seorang calon jawatan Gabenor, Azwar Abubakar mengajak
penduduk Aceh sama-sama membangun menggunakan segala sumber yang
terdapat di wilayah berkenaan untuk mengubah nasib hidup mereka.
TarakNama:....alhamdulillah selepas tsunami nampaknya ACEH semakin hari semakin berubah...jika beginilah perlaksanaannya nampak insya'allah ISLAM akan kembali bersinar di bumi ACEH...tetapi bagi rakyat MALAYSIA takkan kita nak kena ALLAH timpakan musibah sebegitu baru kita nak tinggal kerja2 sesat yg kita dok buat selama ini....kita lagi suka bermahzahabkan pemimpin dr bermahzahabkan ALLAH...fikirkanlah...!!
UMNO tetap pertahan keunggulan Utusan Malaysia
JAKARTA 10 Dis. – UMNO tetap akan mempertahankan keunggulan dan sejarah
kegemilangan Utusan Malaysia sebagai lidah perjuangan orang Melayu dan
dalam masa yang sama mahu Kumpulan Utusan mampu bersaing dengan
syarikat media lain.
Kaji semula cadangan gabung Utusan, NSTP
JOHOR BAHRU 10 Dis. – Cadangan menggabungkan Utusan Melayu (Malaysia)
Berhad dan New Straits Times Press (NSTP) perlu dikaji semula kerana
monopoli akan menimbulkan kesan ke atas kebebasan editorial
akhbar-akhbar itu.
TarakNama:..adakah ayahlah akan dengaq cakap AHLI2nya..tunggu..!!
Sultan Selangor tegur YB pentingkan diri KLANG:
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan sikap
sebahagian wakil rakyat negeri ini yang disifatkan baginda sebagai
lebih cenderung bekerja untuk kepentingan diri, kelompok atau puak
mereka saja
TarakNama: tak mampu apa kejadahnya lagi...yg ko pegi buat jambatan ke 2 Penang tu boleh...yg ko pegi buta zone ISKANDAR kat Johor tuu boleh...yg ko pegi bagi 600juta kat bhgn UMNO tuu boleh...nak naik gaji tengok upaya kaa tak..apa dia..!!!
Wakil rakyat diingat jangan pentingkan diri
KLANG 11 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
menitahkan agar wakil rakyat di negeri ini tidak bersikap mementingkan
diri dengan mengambil kesempatan di atas jawatan yang dipegang untuk
mendapat kesenangan diri dan kelompok mereka sahaja.
TarakNama:...aku rasa sultan pon dah paham apa jadi kat negeri dia selangor nie...cuma rakyat aja2 yg tak pham nya..TUKAQ AJA....
ADA fenomena enggan berijtihad (mengeluarkan hukum baru) di kalangan
ulama silam. Ia adalah rentetan ramai golongan jahil yang mendakwa diri
ulama dan berijtihad sesuka hati. Keadaan masyarakat itu menjadikan
mereka mengeluarkan kaedah: "Tertutupnya pintu ijtihad". Walhal pintu
ijtihad terbuka luas sehingga hari kiamat kepada orang yang mempunyai
syarat ijtihad.
TarakNama:..puak nie pon satu haru...nu bidaah nie bidaah...awat hebat sangat kaa iLMU ko org nie..jika hebat moh kita lawan kerajaan toghut nie...itu yg penting...yg bidah tuu semuanya amalan jugak...nu tak boleh nie tak boleh...boleh tak boleh puak tuu p jugak masjid....pelan2 laa koo org tarbiah depa nie bagi ikut koo org janglaa main hukum jaa org tu sesat org nie sesat....last tak p langsung geng nie ke masjid...sapa yg rugi ISLAM jgk yg rugi...
tapi puak2 toghut terus memporak perandakan ISLAM...dengan Islam Liberal dia laa..Islam HAD Hari dia laa...dengan ISU murtad laa...hang pa dok kira nu bidaah nie bidaan....bagi aku hangpa yg bidaahnya.....toya aihhhh.........
UMNO tetap pertahan keunggulan Utusan Malaysia
JAKARTA 10 Dis. – UMNO tetap akan mempertahankan keunggulan dan sejarah
kegemilangan Utusan Malaysia sebagai lidah perjuangan orang Melayu dan
dalam masa yang sama mahu Kumpulan Utusan mampu bersaing dengan
syarikat media lain.
Kaji semula cadangan gabung Utusan, NSTP
JOHOR BAHRU 10 Dis. – Cadangan menggabungkan Utusan Melayu (Malaysia)
Berhad dan New Straits Times Press (NSTP) perlu dikaji semula kerana
monopoli akan menimbulkan kesan ke atas kebebasan editorial
akhbar-akhbar itu.
TarakNama:....beginilah generasi UMNO yg ada lanie....cakap ikhlas ikhlas...last apa yg ada pada nama MELAYU kat bumi malaysia nie habis tinggal bekas aja....
KTMB-----------nama melayu !!!
MARA-----------nama melayu !!!
IC---------------nama Melayu !!!
U/Melayu-------nama Melayu !!!
Baju Melayu----nama Melayu !!!
Lanie mana yg tinggal nama....50thn UMNO pegang satu persatu dilondehkan MELAYU tuuu..!!
Mat rempit ‘mengamuk’
BUKIT MERTAJAM 10 Dis. – Jalan-jalan utama di sekitar Seberang Perai
‘kacau-bilau’ awal pagi ini apabila sekumpulan lebih 60 pelumba haram
atau mat rempit bertindak menyerang dan menyamun pengguna jalan raya
termasuk menyembur mereka dengan alat pemadam api.
TarakNama:..masya'allah kenapa lee kerajaan bagi muka sangat kat budak2 nie....aku letakkan benda nie atas kerajaan yg memerintah sebab depa tak ada cara nak settle benda nie..semakin hari semakin celaru muda-mudi kita...aku rasa jika kirta cek IC dan bangsa nie 90% tentu MELAYu... takkan kita nak berlembut dan berhemah lagi...lakukanlah satu tindakkan yg drastik..
Contoh aku tengok jika nak buat satu2 tuu sungguh insya'allah boleh aihh..tapi maslaahnya tak ikhlas...cuba koo org pikiaq kes VCD haram 2,3 thn lepas...sampai nak beli VCD pon dah macam nak beli dadah sebab susah nak dapat di sebabkan penguatkuasaan yg tegas.,...tapi skrg bila dah semua lali dan longlai..benda tuu mai balik....
TarakNama: Nama P.Ramli hangpa rasa tercemar nama ISLAM yg lama TERCEMAr dek buat benda haram di negara Hadri nie hangpa tak pikiaq....awat pelacuran nie halal kaa tak pon masuk kategori darurat itu tak tercemar tuuu........pot peng pot pong....
kepada sahabat semu akau cadangkan ko org save kan gambaq nie nanti kita tabuq satu malaya tok iman punya angkara...jangan pedulik...depa nak godam kaa nak apa kaa kita buat terus keja kita....
RM2.1j senggara SJKC
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan
kelulusan peruntukan RM2.1 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan
penyelenggaraan bagi 96 buah Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC) yang
berstatus bantuan modal.
TarakNama:..macamnana dgn sek. agama rakyat..???? UMNO UMNO oh UMNO...ko lah pengkianat bangsa!!
Isu gabung Utusan-NSTP bimbangkan senator
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Ahli-ahli Dewan Negara hari ini melahirkan
kekhuatiran mereka dengan cadangan penggabungan Utusan Melayu (M) Bhd.
dan The New Straits Times Press (NSTP) di bawah sebuah syarikat.
Permuafakatan antara jemaah menteri penting – Seri Paduka
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin
Syed Putra Jamalullail bertitah kerjasama dan permuafakatan yang erat
antara anggota jemaah menteri amat penting dalam sistem pentadbiran
yang berasaskan perkongsian kuasa seperti yang diamalkan di Malaysia.
Abu Bakar Rahman KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) -Berita
bertajuk "Seri Paduka mahu semua menteri sepakat" yang disiarkan
semalam (8 Disember) oleh sebuah akhbar tempatan menimbulkan pelbagai
tanda tanya tentang
Adik timbalan menteri ditangkap
IPOH 8 Dis. – Polis menahan adik kepada seorang timbalan menteri dari
Perak kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.
TarakNama:..andai kata adik nie adik x'co kelantan...mampos..!!
Sambutan 50 tahun merdeka harus libat semua kaum
PUTRAJAYA 7 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
berkata, beliau mahu ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara yang akan
disambut secara besar-besaran tahun depan melibatkan semua kaum bagi
memupuk dan mengukuhkan perpaduan rakyat.
tarakNama: apasal nak libatkan semua kaum...moto negara AGAMA BANGSA NEGARA...Agama ISlam umno buat apa dah..dah jd Hadari...BANGSA...apa jd dgn bangsa Melayu yg dah jd mcn mlauyu ''i look stupid when i speek malay...''
DIPERCAYAI
KERANA MENYIARKAN GAMBAR IMAM
HADHARI MEMEGANG BAHU DATO' MICHELLE KINI
LAMAN MALAYSIA TODAY PULA DIGODAM-
Laman M@RHAEN
Kelmarin
Laman
BuletinOnline, antara lamanweb awal yang menyiarkan komen dan gambar
Imam Hadhari memegang bahu Dato' Michelle Yeoh, telah
digodam oleh pihak tertentu. Pada malam ini, didapati WebLog MalaysiaToday
pula menghadapi keadaan yang sama.
KERANA
MENYIARKAN GAMBAR/BERITA
IMAM HADHARI MEMEGANG BAHU DATO' MICHELLE LAMAN
BULETIN ONLINE DIGODAM-
Laman M@RHAEN
Laman
BuletinOnline, antara lamanweb awal yang menyiarkan komen dan gambar
Imam Hadhari memegang bahu Dato' Michelle Yeoh, telah digodam oleh pihak
tertentu dan menggantikan dengan logo keris telanjang umno dan mengandungi
tulisan pemudaumno
MALAYSIA. ketika berita ini disiarkan (4.50 petang 08.12.06), laman
BuletinOnline masih dalam senggaraan webmaster. Semoga laman berkenaan
akan dapat beroperasi semula secpeat mungkin.
Berikut disiarkan
screen-capture muka surat web yang sepatutnya menyiarkan komen dan salinan
gambar kontroversi monsoon cup, yang kini dipercayai menjadi bahan paling
laris pada waktu ini.
Denda pakaian seksi ganggu hak wanita
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender
menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan
denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai
mengganggu hak asasi kaum wanita.
tarakNama: apa la nak jadi dgn oarang ISLAM nie...tak tau nak beza yg mana perintah mana amalan...memang betoi laa akhir zaman nie zaman fitnah..nak buat benda baik tentu org akan kutuk gelak kata kuno..mcm2 laa TAPI bila nak buat benda TAK ELOK pasti pakat ramai sokong...dunia dunia..Awat laa bengong sangat nie...!!!
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak
bersikap terlalu ghairah bertindak mengikut tafsiran sendiri dalam
menguatkuasakan undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian
tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan
tadbirannya."Dalam
hal ini, saya minta mereka tidak gunakan peruntukan ini sebagai satu
alasan untuk bertindak sewenang-wenangnya terhadap mana-mana pihak
sehinggakan ia menjadi sesuatu yang menekan daripada segi kebebasan
individu, walaupun kita faham apa yang dimaksudkan tentang pakaian
bersopan dan sebagainya," kata Timbalan Perdana Menteri.Beliau
menyatakan demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenai
penguatkuasaan undang-undang yang mengenakan denda sehingga RM500 bagi
mereka yang berpakaian menjolok mata pada sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-62 di Putrajaya.
SPR: Celup jari pengundi dakwat khas
PUTRAJAYA 6 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keberatan menggunakan
kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka
selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang kerana
ia akan menimbulkan banyak kesulitan.
TarakNama: nak buat tuu buat aja jgn banyak songeh...itu ini itu ini.....
Harga minyak mentah kekal
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Harga minyak mentah pada tahun ini dijangka kekal
pada paras purata AS$70 setong, manakala harga bagi tempoh sederhana
belum dapat diramalkan ekoran ketidaktentuan politik di Asia Barat.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh) -
Kerajaan tetap tidak berminat menurunkan harga minyak bagi meringankan
beban rakyat apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk
Seri Dr. Hilmi Yahaya ..
TarakNama:....nak naik macam ribut nak turun kemut nak mampos.....
40 setinggan tak mahu berpindah
KUALA LUMPUR: Kira-kira 40 penghuni empat rumah setinggan Kampung
Chubadak Tambahan, di sini, yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) kelmarin, bertegas tidak akan berganjak dari tapak rumah
masing-masing selagi tidak diberikan penempatan baru.
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Dec 05, 06 | 09:25:12 AM
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) -
Tragedi ganas Kampung Berembang baru sahaja berlalu, tetapi itu tidak
memberi kesan atau menerbitkan simpati kepada pihak berkuasa dan polis
untuk terus mengganasi penduduk di sebuah kawasan setinggan lain iaitu
di Kampung Chubadak Tambahan dekat Sentul hari ini.
****Otak yang diisi dengan pengetahuan sama ada
melalui pembacaan, Internet, mengikuti siaran berita
dan hal ehwal semasa serta hal ehwal dunia dan
sebagainya akan menjadikan mereka prihatin dan
sensitif dengan isu-isu semasa****
Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau
berkenaan "otak perlu diisi" agar "mereka prihatin
dan sensitif dengan isu-isu semasa".
Telah berbuih perbincangan mengenai "sikap" orang
Melayu-UMNO di serata cerok rantau, namun,
hakikatnya, mereka masih kekal dengan tradisi "bergayut
ke atas", tanpa peduli dengan sekitaran.
Kepedulian kepada masyarakat hanya berlaku ketika
pilihanraya, selepas itu, mereka akan akan menjadi
"hero kepada keluarga dan kroni". Kepedulian kedua
ialah ketika berlaku pertandingan dalam pemilihan
kepimpinan pelbagai peringkat. Ketika itu mereka
kelihatan sebagai orang yang sangat prihatin dengan
parti dan masyarakat Melayu. Hujah yang paling
memuakkan ialah "abang tak nak jawatan, tapi orang
kampung nak juga abang bertanding, jadi kau kena
sokonga abang ni ! (bersama itu dihulur amplop)".
Masalahnya, ahli parti atau "masyarakat akan hilang
akal bila telah dapat habuan", gilanya, lalu merasa
terhutang budi dan ikut mengundi siapa yang
menghulur. Dalam pemilihan parti pertimbangan utama
bukan kerana kredibiliti sang calon, tapi "calon
mana yang mampu memberi paling banyak". Dan, malang
sekali bagi calon yang memberi sedikit, mereka akan
"menyauk" juga "amplop" mereka, lalu "melopong".
Gejala beginilah yang menyebabkan ALlahyarham Tun
Gaffar Baba sampai tergamak menyebut "UMNO AKAN
DILELONG"
Di sinilah akar permasalahan yang telah menjadi
barah dalam umno. Tahap barah ini barangkali boleh
diandaikan sama dengan "barah payu dara", walaupun
telah dipotong dan menjalani kimoterapi, dalam masa
2 tahun, lazimnya akan meninggal. Menurut dokter
pakar, jika dapat dikesan dan dibuang barahnya pada
peringkat awal, masih boleh diselamatkan. Tapi,
kalau di peringkat kronik, usaha hanya dilakukan
untuk menangguhkan kematian (bukan ajal, kerana itu
kuasa ALlah SWT).
Isunya, "masih bolehkah umno diselamatkan dari pada
barah payu dara yang sudah berada pada peringkat
kronik ini ???"
Saya ingin berkongsi pandangan dengan para peserta
laman ini.
GEORGETOWN, 4 Disember (Hrkh) - DAP Pulau Pinang
menggesa supaya bangunan Umno Bahagian Tanjung yang terletak di
Jalan Masjid Kapital Keling wajar dirobohkan kerana
pengubahsuaian bangunannya tidak mendapat kelulusan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)...
Tunggakan hutang negeri RM446 juta
GEORGETOWN: Tunggakan hutang kerajaan Pulau Pinang dengan Kerajaan
Pusat sehingga 31 Disember 2005, mencecah RM446 juta, kata Ketua
Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Kisah rak roti depan kedai gamatkan sidang
SHAH ALAM: Jika sebelum ini hanya wakil rakyat Barisan Nasional (BN)
dibidas kerana melanggar peraturan, persidangan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Selangor, kelmarin, gamat selepas seorang wakil rakyat
mendedahkan tindakan seorang wakil rakyat pembangkang yang gagal
mematuhi peraturan.