Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Pak Lah ohh Pak Lah
    02.01.07 (9:34 am)   [edit]
     Oleh kamaluddin

    Persoalannya apakah benar-benar ada keperluan untuk mendapat sebuah lagi A319 CJ (Corporate Jet) tersebut atau hanya merupakan ego seorang Perdana Menteri yang tidak mahu menggunakan jet yang pernah digunakan oleh Perdana Menteri sebelumnya. Yang terbaru jet VIP untuk kegunaan pemimpin negara dibeli pada November 2003.

    Mungkin AAB boleh mengatakan tidak dibeli tetapi disewa (wet leased) dari Penerbangan Malaysia Berhad. PMB keluarkan duit milik kerajaan sebanyak 200juta dan kerajaan menyewa dari sumber mana pulak? A319 CJ (Corporate Jet) akan diselenggara oleh TUDM. Gaji krew dan penyelenggara dibayar oleh siapa? Sekiranya tidak digunakan oleh pemimpin negara adakah ianya akan disewa kepada pihak lain?

    Pihak PMB (milik kerajaan) yang berbelanja RM200juta tentu akan menyewakan dengan keuntungan yang lebih dari harga asal dan kerajaan akan menyewa pada harga yang lebih tinggi dari harga jet tersebut. Maknanya kerajan akan berbelanja lebih dari 2 kali ganda harga asal jet tersebut.

    Sekarang kita ada 4 jet VIP yang diselenggara oleh TUDM di Subang;

    - Boeing Business Jet
    - Bombardier Global Express
    - Dassault Falcon 900B
    - Fokker F-28

    Ketika rakyat menderita dengan berbagai kenaikan dan berbagai bencana alam, pentadbir negara dengan egonya berbelanja mewah. Yatch beharga 30 juta dan berseronok makan nasi kandar di Autralia tidak termasuk pembinaan sekolah yang pernah beliau belajar di baikpulih dengan nilai 20 juta.

    Adakah pembelian ini dibincangkan didalam

    - mesyuarat Kabinet?
    - Kelulusan Parlimen?
    - Termasuk dalam Budget Negara?
    - Atas nasihat siapa pembelian ini?

    Kantoi lagi...........


    Abdullah nafi kerajaan beli pesawat eksekutif
    SEPANG 29 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan kerajaan telah membeli sebuah pesawat eksekutif, sebaliknya menegaskan pesawat itu hanya disewa untuk kegunaan rasmi kerajaan termasuk untuk Yang di-Pertuan Agong.
     Utusan Malaysia 30 Jan 2007

    .........................
    http://din.huluselangor.net/" title="http://din.huluselangor.net/" target="_blank"http://din.huluselangor.net/

     
    Mahathir perli Pak Lah
    02.01.07 (2:27 am)   [edit]
    Mereka yang sudah biasa membuat liputan sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad cukup mengerti apa yang dimaksudkannya dari cara dan nada beliau menjawab sesuatu soalan.Ini adalah dalam kontek pandangannya tentang isu Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) membeli sebuah pesawat ekskutif baru ACJ 319 keluaran Airbus berharga hampir RM200 juta yang akan disewakan kepada kerajaan untuk kegunaan VIP.Pada awal sidang akhbar di pejabatnya di Yayasan Perdana di Putrajaya, Rabu untuk mengumumkan mengenai inisiatif membentuk Tribunal Jenayah Perang sempena persidangan antarabangsa mengenai jenayah perang dari Isnin hingga Rabu ini di PWTC,bekas Perdana Menteri itu mengingatkan para wartawan ia adalah spesifik mengenai persidangan berkenaan sahaja.Persidangan itu dianjurkan oleh Perdana Global Peace Organisation yang dipengerusikannya.Namun begitu ketika beliau hendak bangun menamatkan sidang akhbar itu,para wartawan berebut mengemukakan beberapa soalan mengenai isu dalam negara.Antaranya seorang wartawan asing meminta beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin bahawa kerajaan bukan beli pesawat itu tetapi hanya akan menyewanya dari PMB.Dr Mahathir dengan nada sinis dan bersahaja kata, “ ia amat diperlukan…ia amat diperlukan…patutnya 747 ( Boeing 747) atau 380 (Airbus 380 – pesawat penumpang terbesar di dunia) tetapi kerajaan amat berhati-hati kerana kerajaan tak ada duit..kapal terbang itu cuma berharga RM200 juta…kalau ia tidak dibeli oleh kerajaan ia dibeli oleh pihak lain (PMB)…pihak lain itu (PMB) dimiliki 100 peratus oleh kerajaan.
     
    Syabas...Boikot BERJAYA..
    02.01.07 (2:21 am)   [edit]
    By Jacqueline Ann Surin

    PETALING JAYA (Jan 30, 2007): The recently-concluded Batu Talam by-election has reinforced the need for electoral reforms, a PhD researcher on elections said.

    Monash University Malaysia lecturer Wong Chin Huat said PAS's and Parti Keadilan Rakyat's grounds for boycotting the election remain justified.

    Citing the high-profile campaign and enormous Barisan Nasional (BN) machinery used for 13 days from nomination to polling, he also said it was inconceivable that the BN candidate's campaign expenses was capped at RM100,000, as stipulated in the Election Offences Act.

    "The by-election clearly demonstrated the lack of proper controls of campaign opportunities and use of resources," Wong, who has taken part in a Universiti Kebangsaan Malaysia election project and is co-editing a book on the 2004 general election, said in an interview.

    He is also reading his PhD at Essex University on electoral system and its impact on party system in West Malaysia from 1982 to 2004.

     
    Boikot Pembangkang Berjaya.. BN kepanasan
    01.29.07 (10:20 am)   [edit]
    Oleh Taraknama  (Laman M@RHAEN)
    ASSALAMUALLAIKUM,

    Peratusan mengundi turun
    RAUB 28 Jan. – Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Batu Talam hari ini adalah 7,131 pengundi atau 67.32 peratus.
     
    Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, peratusan keluar mengundi itu merosot berbanding pilihan raya umum 2004 lalu iaitu 76.59 peratus atau 10,866 pengundi.

    Alhamdulillah..Nampaknya kempen yg laksanakan berjaya...walaupon BN menang besaq..alaaa biasa laa lawan sorang2..
    Katanya, peratusan pengundi tertinggi ialah di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP iaitu sebanyak 79.62 peratus, manakala peratusan paling rendah ialah di Sekolah Kebangsaan Kundang Patah iaitu sebanyak 58.18 peratus.
     
    Jelas beliau, trend pengundian di Batu Talam kali ini memperlihatkan bahawa jumlah pengundi muda agak kurang jika dibandingkan dengan golongan warga emas.
    Inilah yg sebenarnya matlamat kita...nampaknya golongan saluran 2 sudah kembali semula yg mana saluran satu tuu takyah citer laa compom UMNO Bn punya....
    ''Contohnya, bagi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Atok, pada umumnya, bilangan keluar mengundi di saluran satu yang dikhususkan untuk golongan warga emas mencatat jumlah 80.29 peratus," katanya pada sidang akhbar di Rumah Rehat Raub di sini, hari ini.

    Katanya lagi, peratusan pengundian paling rendah adalah di saluran dua, Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 1 iaitu hanya 39.56 peratus.

    Nampaknya orang muda sudah bangun semula....ayuhhh pemuda pemudi laksanakan kewajipan anda dengan penuh kesedaran kebenaran...
    Beliau berkata, pusat mengundi di Cheroh yang majoritinya pengundi Cina mencatatkan jumlah pengundian 63.87 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar di kawasan itu.
    Satu aja kerja pembangkang mesti melipat gandakan jika ini adalah keputusan yg benar..pertingkatkan kefahaman pada golongan cina
    Mengenai tempat pengiraan undi pula, beliau seterusnya memberitahu, pengiraan dibuat di 12 pusat mengundi, manakala pusat pengumpulan undi dilakukan di Dewan Jubli Perak bagi tujuan melicinkan proses undi.
     
    Petikan Utusan Meloya.(merah ulasan penulis)TarakNama
     
    Nak nafi lagi.......
    01.28.07 (12:17 pm)   [edit]
    Pemberian hadiah, satu unsur rasuah Pak Lah

    Inilah yang dilaporkan oleh Suara Keadilan edisi 24 Januari - 13 Februari 2007. Mungkin benar, kenyataan dan penafian Pak Lah mengenai tidak membeli kapal tersebut tetapi adakah penerimaan hadiah  dari seorang jutawan dan juga ahli perniagaan Malaysia wajar?

    Akhbar tersebut mendakwa ini boleh dikategorikan mempunyai unsur - unsur rasuah dan Perdana Menteri Malaysia tidak seharusnya menerima pemberian tersebut.

    Pengesahan kapal ini milik Pak Lah datang dari satu sumber yang melaporkan bahawa, Perdana Menteri Turki mengesahkan Abdullah Badawi menerima kapal mewah tersebut berharga 30 juta sebagai hadiah.

    Sungguh pun begitu ada juga desas desus yang jutawan itu turut pernah memberi hadiah serupa kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir sungguh pun tidak ada pengesahan mengenai berita ini . Persoalan utama kita hari ini adalah penerimaan hadiah sebegini mewah dan mahal oleh ahli perniagaan di Malaysia, adakah ini boleh menimbulkan keraguan wujudnya rasuah atau ini adalah satu kesalahan moral yang menjatuhkan intergriti Perdana Menteri Malaysia?

     
    Koyak dan Berani....
    01.28.07 (9:44 am)   [edit]
     
    "KOYAK SAHAJA KERTAS UNDI" 
     
    PRK Batu Talam : Koyakkan kertas undi! - Mohamad Sabu
    BATU TALAM, 27 Jan (Hrkh) - "Koyakkan kertas undi!" demikianlah gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu kepada penduduk dan pengundi Batu Talam sebagai tanda protes pada hari membuang undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Batu Talam yang dijadualkan pada 28 Januari (Ahad) ini.
     
     
    Bola & FAM....??
    01.28.07 (9:37 am)   [edit]

    Kecundang angkara penalti



    MALANG: Sepakan lemah Khyril mudah ditampan penjaga gol
    Singapura, Lionel ketika perlawanan separuh akhir kedua
    Kejohanan Asean di Stadium Nasional, Singapura malam tadi.
    Tuan rumah mara ke final selepas menang 5-4 penentuan
    penalti. Kedudukan agregat 2-2 pada sepenuh masa.

    Kegagalan Khyril pada sepakan kelima mengundang padah buat Malaysia

    WAJAH-wajah muram terpancar pada anak didik Norizan Bakar yang ada di kalangan mereka melutut di atas padang tanda kecewa selepas tewas kepada pasukan tetangga, Singapura menerusi sepakan penalti 5-4 apabila terikat 1-1 dalam saingan separuh akhir kedua, Kejohanan Bola Sepak Asean di Stadium Nasional, malam tadi.
     
    TarakNama:....Bola oh Bola....FAM ohh FAM.... 
     
    Hantu Vs Hantu
    01.28.07 (9:32 am)   [edit]
    KACA MATA: Batu Talam jadi cermin buat BN
    “KITA sudah terbiasa dengan perlumbaan sepantas Formula 1 tapi ini umpama bersiar-siar di lebuh raya yang lengang. Bukan kalah perlumbaan yang kita takutkan tapi terbabas kerana jemu gara-gara tiadanya saingan.”
     
    Analogi yang dibuat Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, terhadap pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, hari ini, harus amat bertepatan.

    Tempoh berkempen sejak hari penamaan calon yang menemukan Abdul Aziz Mat Kiram (Barisan Nasional) dengan Ng Chee Pang (Bebas), 12 hari lalu, harus terasa amat panjang – dibandingkan dengan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir di Kelantan pada 6 Disember 2005 dan DUN Kuala Berang di Terengganu pada 28 Ogos 2004 selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mewarisi kepemimpinan negara.
     
    TarakNama:..heh heh heh Ayat org gila meroyan....baru ko org tahu skrg camna rasanya lawan dgn hantu....itu pasal pulon tak mau2 tuuu....
     
    Najib ohh Najib
    01.28.07 (9:20 am)   [edit]
    Turun berhabis-habisan – Najib
    RAUB 27 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) agar menggerakkan jentera parti berhabis-habisan bagi memastikan semua pengundi di Batu Talam keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, esok.
     
    TarakNama: Salah tajuk tuuu jom turun perabih duit habis2an......apa raa alaa NAJIB nak cover line lee tuuu...surat bodoh tuu dah pecah tembelang...ingatkan terra...last kantoi...tapi still malang UMNO dok caye situ lee jgk....udah laa tuuu...kena bodoh sikit dah laa nie sampai masuk lubang bewak 2,3 kali apa kehe nya nie.... 
     
    UMNO Bodoh, Najib lagi bodoh... baculnya!

     Oleh Ahmad Lutfi Othman
    detikdaily.net

    SELEPAS berkunjung ke Batu Talam semalam, banyak juga isu-isu berkaitan pilihan raya kecil itu yang perlu disinggung, tetapi saya kira dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa PAS mewajibkan ahli-ahlinya  'menyokong calon Bebas agar dia tidak hilang wang pertaruhan' perlu dijelaskan dahulu.

    Surat edaran yang dikatakan ditandatangani Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa itu penuh dengan kejanggalan, sekali gus menunjukkan penipuan itu dilakukan secara amatur dan cukup memalukan, apatah lagi akhbar-akhbar utama dan siaran berita tv, menunjukkan gambar Najib sendiri yang membuat pendedahan eksklusif itu! "Kalau nak tipu pun biarlah orang percaya."

     
    Knp org suka...
    01.19.07 (10:49 am)   [edit]
    Jejantas Melaka Sentral jadi tempat maksiat
    JEJANTAS Melaka Sentral - Tesco memang canggih kerana disediakan gerai minuman dan kraftangan selain memudahkan orang ramai menyeberang jalan. Bagaimanapun, saya ingin melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir remaja Melayu yang bermadu kasih dan bercumbuan di kawasan tangga mahupun di jejantas.
     
    TarakNama:..oi oi nie sapa nak jawab nie....maksiat oh maksiat kenapa kau org zaman suka skrg... 
     
    nak kata apa lagi..kata camtu je lah..
    01.19.07 (10:45 am)   [edit]
    Lesen rumah urut lulus lebih cepat daripada kedai runcit?

    SHAH ALAM 18 Jan. – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor memberi sepuluh sebab mengapa mereka perlu meluluskan terlalu banyak lesen pusat hiburan di kawasan masing-masing.

    Sedangkan, tegas beliau, proses meluluskan lesen kedai-kedai runcit mengambil tempoh yang agak lama dan ada permohonan lesen kedai runcit berakhir dengan kegagalan.

    Berdasarkan penelitian dan laporan yang diterimanya, kata Mohamad Khir, ada PBT yang meluluskan sehingga 70 lesen pusat hiburan dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

    ‘‘Saya musykil sangat, kenapa lesen karaoke, pusat urut, mesin judi perlu ada banyak di Selangor?
     
    TarakNama: nak jawab camna nie.....takkan lempaq batu sembunyi tangan...atau pon bapak borek anak rintik....ko org fikirkanlah sendiri 
     
     
    Siapa yg penakut....
    01.19.07 (10:40 am)   [edit]

    PelbagaiOleh Malaysiakita

    Sebagai penyokong PAS, saya selalu mengharapkan agar parti yang saya sokong memboikot pilihan raya umum akan datang. Tetapi saya yakin, kawan-kawan dalam PAS Kelantan tak nak. Takut hilang pemerintahan di negeri itu.

    Seronok rasanya bila Datuk Husam Musa sendiri yang berkata: ''Kemungkinan itu ada kalau tidak diperbaiki, jangan fikir ia tak mungkin (dilakukan). Tetapi saya tidak kata 'ya'".

    Bagaimana kalau orang kata bodoh, bacul dan sebagainya? Tengoklah, ada yang mereka jawab elok-elok, ada yang cabar tanpa takut-takut dan ada juga yang bubuh cukup-cukup!

    Itu pemimpin politik. Bagi sang kutu seperti saya, biasanya saya survive dalam keadaan yang genting dengan buat badak!
     
    Adakah ini sandiwara....
    01.19.07 (10:38 am)   [edit]

    Wang palsu RM50, angkara siapa?

    Oleh: ARSHAD KHAN


    ADNAN Yaakob menunjukkan surat ucapan tahniah dan RM500 wang palsu semasa sidang media di pejabat UMNO Bahagian Raub, Pahang, semalam.

    RAUB 18 Jan. – Angkara siapa? Wang kertas palsu RM50 kini beredar di kawasan Batu Talam, tempat berlangsungnya kempen pilihan raya kecil Batu Talam.

    Dalam tempoh 24 jam ini, polis sudah menerima 10 laporan daripada orang awam dan ahli UMNO Bahagian Raub berhubung edaran wang palsu itu.

    Lebih membimbangkan, seorang suri rumah di Jeruas di sini menerima 10 keping wang kertas palsu RM50 bersama sekeping nota menerusi pos, kononnya daripada Alumni UMNO Pahang.

    Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika mendedahkan perkara itu berkata, wanita terbabit yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena kemudian menyerahkan surat serta wang itu kepada pihaknya.
     
     
    TarakNama:.....heh heh heh sah nak tuduh pembangkang tuuuu...dah tau dah...laye aihhh hangpa.... 
     
    Oi Mana SPR...nganga lagi kaa
    01.17.07 (11:57 am)   [edit]
    Risda tambah pendapatan pekebun kecil
    RAUB: Pekebun kecil di negara ini bakal menikmati pendapatan antara RM2,000 sehingga RM3,600 sebulan apabila Program Impian 500 diperkenalkan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) diperluaskan ke seluruh negara.
     
    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata menerusi program itu setiap pekebun kecil perlu menanam 500 pokok getah di atas tapak seluas satu hektar.

    “Ini bukan khayalan, tetapi kenyataan yang mampu kita genggam jika kita sanggup berusaha,” katanya berucap pada majlis pelancaran projek Impian 500 Peringkat Kebangsaan di Kampung Ria dekat sini, semalam.

    Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Pengerusi Risda, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Abdul Aziz Mat Kiram.
     
    TarakNama:....tengok dah salah guna instument kerajaan....apasal si calon tu p bertenggek kat program rakyat....nie kerjaan punya program....takkan dah tak reti beza kerajaan dgn parti....mana SPR nie....itu pasal org boikot..cth dah ada dah....tapi saja ja buat2 tak paham...aparaaaaaaa........
     
    nie aku up sekali lagi....
    1. Polis bukan agensi UMNO.
    2. SPR bukan sayap pemuda UMNO.
    3. Jabatan Pendidikan bukan sayap Puteri UMNO.
    4. RTM bukan unit UMNO.
    5. Jabatan kerjaraya / Jabatan itu / Jabatan ini, bukan cawangan UMNO.
    6. Balai raya bukan markas UMNO.
    7. Balai raya bukan bangunan Kemas.
    8. BPR bukan unit lembu UMNO.
    9. Jabatan Agama bukan unit agama UMNO.
    10. Jabatan pendaftaran bukan unit pendaftaran UMNO.
    11. Bank negara bukan bank UMNO.
    12. Kementerian kewangan negara bukan kementerian kewangan UMNO.


    Tetapi inilah terjadi. Melayu tidak mampu menjadi sebijak ini (menyedarinya).
     
    RASUAH, AGAMA RASMI MALAYSIA
    01.17.07 (11:45 am)   [edit]
    Jika menurut dari segi logiknya, adalah dengan jelas menunjukkan bahawa Polis dan Majlis Daerah Sabak Bernam sama-sama terbabit dan bersalah. Kerana tanggung jawab Majlis Daerah adalah memantau premis-premis yang memohon lesen perniagaan dari mereka sementara pihak polis pula perlu lah ambil tindakan atau membuat lapuran ke ibu pejabat Bukit Aman sekiranya ada perniagaan yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka. Membiarkan perkara ini berlarutan tanpa mengambil sebarang tindakan adalah sikap tidak bertanggung-jawab pihak berkuasa. klik sini
     
    TarakNama: Adusss aib aib aib...... 
     
    Apa pendapat anda....
    01.17.07 (11:35 am)   [edit]
    Agihan mesti adil: PM
    JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kerajaan negeri dan Pusat mengambil tindakan bersama memulihkan kehidupan lebih 100,000 mangsa banjir, yang disifatkannya sebagai tugas lebih besar dan penting berbanding usaha menyelamat, memindah dan menghantar bantuan.
     
    Selaras bantuan banjir bersama agensi berkaitan
    SUBANG 16 Jan. – Sukarelawan, organisasi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu mangsa banjir khususnya di Johor diminta terlebih dahulu berhubung dengan agensi yang dipertanggungjawabkan menyelaras operasi berkenaan. 
     
    TarakNama: agak2 anda ADILKAH MEREKA..???
     
    UMNO oh UMNO....
    01.17.07 (11:31 am)   [edit]
    Jangan ambil mudah – Najib
    RAUB 16 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pengundi dan penyokong Barisan Nasional (BN) supaya jangan ambil mudah, tetapi keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam pada 28 Januari ini, walaupun calon BN diyakini mencapai kemenangan.
     
     
     
     
    Pertandingan antara ‘dua darjat’
    Pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Abd. Aziz Mat Kiram dengan calon bebas, Ng Chee Pang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, 28 Januari ini ibarat pertembungan antara dua darjat. 
     
    Pemuda UMNO guna ‘sentuhan peribadi’ dekati penduduk
    RAUB 16 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO akan mengurangkan program ceramah sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, tetapi sebaliknya menggunakan ‘sentuhan peribadi’ iaitu mengunjungi rumah ke rumah untuk mengenali masalah penduduk.
     
    TarakNama:..cuba ko org bayangkan kat sini dah tau nak menang pon still tak konpiden lagi masih nak kempen jgk....nak dekati penduduk laa jgk...kata hebat sangat dah apasal plak nak kempen2 lagi lawan budak kanyiaq aja tuuu..... 
     
    Panas lagi le nampaknya...
    01.17.07 (12:40 am)   [edit]

     Najib terbabit dalam kes rasuah pesawat Sukhoi RM3.2 bilion?

     Oleh Anwar Ibrahim
    ImagePembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK oleh Menteri Pertahanan bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion) menimbulkan persoalan serius mengenai integriti dan ketelusan urusniaga tersebut.

    Kementerian Pertahanan telah membeli pesawat tersebut daripada sebuah syarikat kerajaan Rusia, Federal State Unitary Enterprise 'Rosobornexport'. Sebahagian daripada perjanjian pembelian ini termasuk program angkasa Malaysia bernilai RM90 juta.

    Di bawah perjanjian tersebut, IMT Defence Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai ejen tempatan untuk syarikat kerajaan Rusia tersebut dan akan menerima 12 peratus daripada jumlah harga pembelian, bernilai US$108 juta (RM380 juta).
     
    TarakNama:...Najib lagi....kepanasan lee ko nampaknya  
     
    Aduhai LAH....
    01.16.07 (11:57 pm)   [edit]

    Cobra King RM30 juta : hadiah kepada Pak Lah

    Category: General
    Posted by: Raja Petra
    Oleh Zulkifli Mohamed

    Selepas dikaitkan dengan skandal rasuah anak menantu, dan foto mesranya bersama bekas heroin James Bond, Michelle Yeoh, imej Pengerusi Persidangan Negara Islam (OIC) Abdullah Ahmad Badawi semakin tercalar.

    Kini, dilaporkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kesal dengan tindakan Abdullah menerima ‘hadiah’ Cobra King daripada tokoh perniagaan ke-6 terkaya di Asia, Ananda Krishnan yang turut terbabit dalam bidang perjudian.

    Menurut sumber tertinggi Keadilan, Ananda telah menghadiahkan kapal mewah bernilai RM30 juta tersebut kepada Abdullah.

    Jelas sumber tersebut, pengesahan itu dibuat oleh Erdogan kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
     
    TarakNama:....adusss LAH nasib badan laa ko cakap laa apa pon skrg nie tentu ada JAWAPAn punya....jadi pada sahabat2 tuu bebanyak laa pikiaq mcm mana PM kita nie..
     
    Najib Giler Meroyan
    01.16.07 (11:34 pm)   [edit]
    Sah! Ng Chee Pang Bakal Terima Habuan Lumayan
    Oleh Cucu Mat Kilau

    Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

    Laporan terkini didada-dada akhbar arus perdana, pastinya perihal Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam yang dijadualkan berlangsung pada 28 Januari ini.

    SATU LAWAN SATU... Calon BN Abdul Aziz Mat Kiram, 47, (kiri) bersalaman dengan Calon Bebas Ng Chee Pang, 22, selepas menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding Pilihanraya Kecil Dun Batu Talam di Pejabat Daerah dan Tanah Raub.

    UMNO/ Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh seorang calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam itu nanti. UMNO/BN meletakkan Setiausaha Umno Bahagian Raub, Abdul Aziz Mat Kiram, 47, yang akan ditentang oleh Ng Chee Pang, seorang peniaga muda yang akan menyambut hari lahirnya ke-22 pada hari Isnin ini. Ng yang kabarnya tiba lebih dulu di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Raub jam 9 pagi (6 Jan)  hanya diiringi oleh  tiga orang penyokongnya sahaja.

    Kabaran yang cucu terima juga setengah jam kemudian, suasana bertukar dengan gegak gempita apabila Abdul Aziz tiba bersama 10,000 penyokong BN, diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Maka terbukti dan benarlah telahan cucu bahawa calon bebas akan menentang calon BN dalam pilihanraya kecil Batu Talam itu nanti . Semalam cucu ada menulis di blog cucu berkenaan "Tawaran RM300,000 Untuk Calon Bebas" yang sanggup bertanding menentang BN dalam pilihanraya kecil ini.
     
    TarakNama:..aku memang meluat tengok statement NAJIB yg dok asyik menuduh calon BEBAS nie pembangkang taja....awat laaa sampai camtu sekali ko bekenan dengan PAS/Keadilan nie..dah org tak suka dok diam dah laa ko layan laa calon BEBAS tuuu....nie tak nampak sangat gila meroyan kat pembangkang kasian..kasian.. 
     
    Depa Mula Dah...
    01.16.07 (11:26 pm)   [edit]

    MYKAD kini diagih ke Cawangan UMNO..
    Persediaan menjelang pilihanraya Umum!


    Agih Mykad ke JKKK dan Cawangan UMNO Persediaan Menghadapi Pilihanraya??

    Berita terbaru bagaimana JPN akan mengagihkan semua 300,000 Mykad yang tidak dituntut ke semua cawangan JKKK dan pusat YB seluruh negara menandakan bermulanya langkah UMNO menghadapi pilihanraya yang bakal menjelma. Peranan peringkat tertinggi JPN dalam piliharaya umum 2004 dalam membekalkan Mykad bagi pengundi hantu tidak boleh disangkal lagi. Barangkali kita hanya menumpu kepada isu SPR dan mengabaikan peranan dua agensi khas Umno iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran.

    Malah operasi yang dimulakan Dr Mahathir di Sabah yang dikenali sebagai projek M kini merebak ke semenanjung Malaysia. Sabah boleh dikatakan hampir separuh daripada pendatang haramnya mempunyai Mykad. Ia kini telah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara . kini ia merebak disemenanjung Malaysia. Siapakah nama besar dalam skandal piliharaya kali ini selain Abdul Rasyid pengerusi SPR ?
     
    RasHIT memang SHIT
    01.16.07 (7:06 am)   [edit]
    RASHIT YANG MENGHITUNG HARI
    To: " anuar mohd nor" <anuarmohdnor@yahoo.com>


    Parti PAS dan Keadilan dengan sebulat suara bersetuju untuk memboikot pilihanraya. Keputusan yang dibuat telah dijangka oleh sesetengah pihak tetapi bukan SPR dan Kerajaan. Dalam pada itu SPR sedang cuba untuk bertenang di dalam hal ini. Tetapi hakikat sebenar, dapat dirasai oleh RASHIT pada ketika ini. Bontotnya panas dan duduknya tidak pernah selesa.

    Di dalam media, banyak kritikan dibuat oleh Menteri dan ahli-ahli UMNO. Mereka bersekongkol dengan SPR untuk mencemuh parti pembangkang dengan tujuan mengaut sokongan dari rakyat. SPR masih terus mem'BODOH'kan pembangkang. Mereka sakit hati benar.

    Rata-rata rakyat memuji tindakan Parti Pembangkang yang kelihatan bersatu hati dan sudah membuka mata mencapai kata sepakat untuk bertindak kepada badan yang selama ini telah menjatuhkan maruah, memperbudak-budakk an rakyat untuk sekian lamanya. Malah ada yang berpendapat usaha bokot ini sepatutnya dilakukan lebih awal lagi.

    Persetankan dengan demokrasi yang BN bawa kerana demokrasi adalah untuk mereka menang setiap kali pilihanraya. Demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia adalah demokrasi kuno yang lebih kepada menyedapkan hati rakyat tetapi hakikatnya menipu sampai kiamat.
     
    Semakin Hari Semakin Kusut...oh Altantuya malangnya nasibmu..
    01.16.07 (12:29 am)   [edit]

    Kematian Warga Mongolia: Sebiji Bom Jangka?
    (Mongolian Murder A Potential Time Bomb?) 
    Oleh: Kim Quek-Laman M@RHAEN



    Gesaan terbaru Anwar Ibrahim agar ada ketelusan dan dilakukan siasatan meluas ke atas pembunuhan seorang warga Mongolia adalah satu ingatan yang nyata bahawa banyak yang tidak kena dengan cara kerajaan Malaysia menangani kes siasatan pembunuhan ini. Malahan piawaian ketelusan dan akauntabiliti sudah jatuh merudum tidak standing amalan sebuah negara demokrasi; lantas mengingatkan kita kepada pencemaran keadilan yang sengaja diadakan lapan tahun dahulu ketika dalam pendakwaan Anwar Ibrahim. Yang tidak adilnya ketika itu ialah bagaimana seorang insan yang tidak berdosa boleh terhumban dan didakwa. Kali ini mungkin, perbicaraan adalah dibuat sebagai satu helah melindungi seseorang yang bersalah kerana membunuh.

    Dalam kes Anwar dahulu, institusi tempatan – polis, Jabatan Peguam Negara, sistem keadilan dan media – nampaknya telah digembleng untuk bergerak serentak dalam usaha mengawal kecemaran, kerana di situlah tergantungnya nasib struktur kuasa negara. Namun, sebelum menyingkap segala butirannya, eloklah kita mengimbau perspektif kes itu dahulu.

    Yang menjadi tumpuan skandal ialah seorang wanita cantik warga Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu, yang telah sengaja dikatakan bertugas sebagai seorang model. Sebenarnya beliau ialah seorang yang pakar banyak bahasa dan bertugas sebagai seorang penterjemah di peringkat antarabangsa. Dia fasih bertutur dalam bahasa Russia, Inggeris, China dan Peranchis – dan kerana itu dia kerap berterbangan ke sana ke mari. Ada dakwaan bahawa Altantuya adalah kekasih Abdul Razak Baginda, seorang penganalis politik dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Najib Tun Razak. Abdul Razak memang kerap terbang juga dan kerap mengiringi Naib dalam lawatan beliau keluar negara.
     
    Inilah perangai SPR & UMNO
    01.16.07 (12:24 am)   [edit]
    Terbukti Sikap Sebenar Pemimpin UMNO / BN 
    Terhadap Mangsa Banjir Di Johor!!

    Oleh Cucu Mat Kilau

    Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,Bahang pilihanraya kecil DUN Batu Talam semakin terasa. Biarpun umum telah mengetahui bahawa pakatan pucuk pimpinan parti pembangkang iaitu PAS dan PKR telah mengambil kata sepakat untuk memulaukan pilihanraya kecil kali ini. Namun disatu pihak lagi, iaitu UMNO / BN kini sedang rancak mengatur strategi.
     
    Biarpun hari penamaan calon telah ditetapkan oleh SPR iaitu pada 16 Januari ini, namun dapat dilihat sejak dulu kini dan selamanya UMNO/BN telah mula berkempen. Inilah yang dapat dilihat di Batu Talam kini, para pemimpin UMNO/BN baik di peringkat negeri mahupun pusat telah mula menabur janji dan berbakti kepada rakyat di sana. Antara adengan yang dapat kita lihat ialah pemberian hadiah kepada pelajar cemerlang, pemberian tanah, penganugerahan dan tidak kurang juga dengan janji-janji projek pembangunan yang akan dibawa ke Batu Talam.
     
    Sapa bOdoH
    01.13.07 (4:52 pm)   [edit]
    Boikot Batu Talam bodoh - Pengerusi SPR
    2007-01-13 14:12:43
    KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Rashid Abdul Rahman menyifatkan tindakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot Pilihanraya Kecil Batu Talam.
     
    Pengerusi SPR jangan cabar kesabaran pembangkang
    KUALA LUMPUR, 13 Jan - Jangan cabar orang yang masih bersabar dengan pengkhianat yang bukan sahaja mengkhianati amanah rakyat malah bodoh dan gagal dalam menjalankan tugasnya, Naib Presiden PAS.
     
    TArakNAma:....aku tolong cakap bg pihak...ko tu yg BODOHnya rashid oiii....mengong....
     
     
     
    Juara AF4 juara Hantu...Hantu ada merata2 skrg nie...
    01.13.07 (4:44 pm)   [edit]
    Datuk Haji Abdul Rahman Bakar mesti menjawab


    Thursday, 11 January 2007

     Oleh Ayah Long

    YB Datuk Haji Abdul Rahman Bakar mesti menjawab bagaimana UMNO Bahagian Marang boleh mengeluarkan wang sebanyak RM80,000.00 untuk memastikan Faisal Ramly menjadi juara Akademi Fantasia ke-4.

    Menurut sumber yang sah pengeluaran pembelanjaan ini tak melalui mesyuarat AJK UMNO Bahagian. Apakah Nik Dir tidur? atau bersubahat sama dalam perkara ini?

    Read more...

    TarakNama:...Pendedahan terkini di lama web UMNO...juara AF4 menang secara UNDI HANTU...sama mcmmana UMNO dok buat selalu..aibbb aibbb aibb..hantu berkeliaran merata..
     
    JASA PAS di T'Ganu
    01.13.07 (12:41 pm)   [edit]
    JASA PAS DI TERENGGANU... Kerajaan BN telah menaikkan kadar bayaran tol di 5 buah lebuh raya bermula 1 Jan 2007. Sejarah dunia, hanya Kerajaan PAS Terengganu yang menghapuskan TOL sebaik saja memenangi pilihan raya 1999. Sesaat selepas diumumkan kerajaan, rakyat tidak lagi membayar tol . Semoga selepas PRU ke-12, rakyat tidak akan membayar cukai pintu rumah kediaman lagi seperti sebelum 2004.
     
    Jom BANTAH
    01.13.07 (12:40 pm)   [edit]

    PostPosted: Fri Jan 12, 2007 12:22 pm    Post subject: ProGram, Aktiviti & CeraMaH Reply with quote

     
     
    Diminta semua Reformis menggunakan kuasa SMS demontrasi ahad ini bagi membantah kenaikan kadar tol dilembah Klang... Sebarkan dengan SMS!! Mulakan dari sekarang..
    Kuasa SMS bisa menghimpunkan ribuan Ummat Islam dihadapan gereja diselibin bagi membantah operasi MURtad... apa nak ditakut jika kita mahu berdemontrasi membantah kezaliman yang nyata..
    gunakan kuasa SMS minta semua sebarkan kepada saudara mara dan rakan sekerja..
    Lawan tetap lawan
    reformis muda
    Taraknama:..ini aku kasi sati link sms FREE kepada kengkawan boleh laa gunakan utk meyebarkan program ini..lawan tetap lawan....
     
    Surat terbuka seorang budak kepada Presiden PAS.
    01.13.07 (12:31 pm)   [edit]
    ************************* ************************* **********
    Oleh : AdukaTaruna

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

    Kepada semua pembaca, surat ini bertaraf memberi cadangan semata-mata. Ianya tidak berlatarkan kritikan kerana penulis adalah terlalu muda untuk memahami situasi sebenar. Lagipun penulis bukan ahli agama. Ini bermakna, setiap cadangan yang bakal hamba kemukakan tidak semestinya selari dengan syarak.

    Untuk itu, hamba terbuka (Insyaallah) apabila ada yang mengimbanginya semula / membantah / mengkritik dan sebagainya. Semoga ALLAH menunjuki kita. Insyaallah.

    ************************* ************************* **********

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

    Assalamualaikum wrkt kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Semoga Tuan Guru berada dalam rahmat ALLAH. Sihat, bertenaga, ceria, ikhlas, tenang, sabar dan sebagainya. Amin.

    Adapun tujuan hamba menulis surat ini adalah untuk memberi cadangan / pandangan dari sudut hamba (tidak semestinya betul). Atas sifat seorang ulama yang tawadduk, sudah tentulah sesiapa sahaja boleh memberi cadangan / pandangan kepada Tuan Guru. Insyaallah. Amin.

    Mengapa secara terbuka?

    Setelah dipertimbangkan seteliti yang mungkin (secara manusia), hamba memilih untuk menyampaikan secara tebuka kerana beberapa faktor.

    a. Cadangan / pandangan yang akan dikemukakan bakal mencetuskan ilmu apabila masyarakat membincanginya. (bantah / kritik / imbang / tambah / tolak) Ianya membantu usaha ke arah satu masyarakat Malaysia yang berilmu, bermuzakarah, professional dan teliti. Bukan angguk-angguk semata-mata.

    b. Memberi satu mesej kepada Melayu dan non muslim betapa seorang muslim bertaraf budak boleh memberi cadangan / pandangan kepada kepimpinan ulama walaupun cadangan itu tidak semestinya sesuai.

    c. Cadangan / pandangan ini bersifat keseluruhan. Jadi, dengan ini setiap ahli PAS dari akar umbi sehingga pemimpin tertinggi dapat membacanya. Mudah-mudahan kita dapat belajar satu ilmu atau sekurang-kurangnya mengetahui satu sudut yang belum diterokai sebelum ini.

    Insyaallah.

    Cadangan : Perlunya pemimpin yang peka dan pantas.

    Yang Berbahagia Tuan Guru. Apa yang hamba akan katakan, mungkin sudahpun dilakukan oleh mana-mana pemimpin PAS. Cuma, tidak diketahui oleh hamba. Dan jika ini berlaku, hamba dengan perasaan kesal meminta maaf. Maafkan hamba.

    1. Perlu ucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara.

    Seperti yang kita ketahui, pada 7 Januari 2007 yang lalu, ‘kita’ (segan menggunakan perkataan kita. Tetapi kerana ianya dibaca umum) telahpun mengadakan satu perhimpunan aman membantah tol. Masing-masing bersemangat menentang penganiayaan yang berlaku. Semoga ibadah kita diterima ALLAH. Kita memerlukan ALLAH. ALLAH tidak memerlukan kita.

    Tetapi Yang Berbahagia Tuan Guru, sebagai pemimpin, kita perlu peka / kreatif / mampu melihat benda yang tersirat. Mungkin hamba silap (mohon maaf). Adapun perhimpunan itu telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak polis. Tersurat. Ini semua mampu melihat.

    Dan yang tersiratnya ialah, Ketua Polis Negara adalah baru. Dan cadangan hamba dari budak yang tidak mengerti situasi sebenar ini, ialah : Yang Berbahagia Tuan Guru sendiri, rendahkan diri berjumpa dengan beliau (Ketua Polis Negara), mengucapkan terima kasih kerana polis telah berdiri sebagai polis untuk rakyat Malaysia.

    Kita perlu pantas. Sebaik sahaja polis bertugas sebagai polis, kita terus ucapkan terima kasih secara berdepan mata. Kunjungi beliau. Apatah lagi yang merendah diri itu ialah Presiden PAS. Dimana sejarahnya banyak dianiaya oleh polis.

    Ini hamba namakan strategi Jentik Unsur Belas. Hamba tidak mahulah menerangkan kajian hamba mengenainya di dalam surat ini, dan mungkin bangsa-bangsa utama dunia sudah pun menemuinya. Cuma namanya berlainan. Namun, secara ringkasnya hati manusia hamba bahagikan kepada beberapa unsur. Antaranya unsur belas.

    Peka dan pantas.
    Wallahualam.

    2. Perlu ucapkan terima kasih kepada Pengerusi SPR.

    Yang Berbahagia Tuan Guru. Kita perlu berupaya mengasing-asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya. (Tuan Guru lebih arif. Cuma untuk tatapan pembaca) Kita telah pun mendengar pengakuan Pengerusi SPR mengenai dilemma yang dihadapi oleh badan itu.

    Mari kita asingkannya. Apa pun niatnya, jika buruk, kita bantahlah. Namun di satu sudut, pengakuan beliau itu membuktikan kepada rakyat Malaysia, Melayu khususnya, bahawa keluhan / aduan PAS selama ini bukan bohong. Kenyataan itu dicetak di muka hadapan :

    SPR perlu dirombak -- Bagi menangkis dakwaan badan itu tidak bebas – Pengerusi

    Jadi, dengan mengasingkannya sesuai ditempatnya, adalah perlu (tidak semestinya betul) Yang Berbahagia Tuan Guru berjumpa beliau dan mengucapkan terima kasih. Namun, perlu dijelaskan penghargaan itu atas sebab pengakuan, namun, di sudut yang lain, pihak PAS akan sentiasa berjuang bagi mendapatkan demokrasi yang adil.

    Kata lainnya, di sudut yang lain, kita asingkannya di tempatnya, yakni terus mengkritik, memberi cadangan, tekanan, berjuang dan sebagainya. Dan janganlah anggap kami sebagai musuh. Inilah perjuangan kami.

    Peka dan pantas.
    Wallahualam.

    3. Rapatkan jurang kategori agama.

    Yang Berbahagia Tuan Guru. Seperti yang kita maklum (Tuan Guru lebih arif), orang Islam di Malaysia terbahagi kepada 2. Sekularis, dan Islamis. Kita tinggalkan sekularis. Kita pergi kepada Islamis.

    Islamis pula terbahagi kepada beberapa kategori. Apa yang memperjuangkan Islam melalui perniagaan. Ada yang melalui politik seperti PAS, ada yang mengajak / berdakwah tanpa gangguan politik, ada yang melalui NGO, dan sebagainya. Mungkin ALLAH yang mengadakan golongan-golongan yang berjuang untukNYA. Cuma wadah yang berbeza. Wallahualam.

    Dan adalah berbahaya kepada tangan-tangan dunia, jika perbezaan wadah ini disatukan di bawah satu kuasa. Untuk itu, tangan-tangan dunia perlu mencipta satu watak tokoh agama yang bersifat pembaharuan atau kembali kepada tulen (kononnya). Watak-watak ini akan mengkucar-kacirkan golongan agama dengan meniupkan / mengapikan perkara-perkara furu’.

    Dan apa yang perlu PAS lakukan?

    Rendahkan diri temui pemimpin Rufaqa.

    Yang Berbahagia Tuan Guru. Seperti yang hamba nyatakan di atas, kita perlu mengasing-asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya. Dalam kes ini, mungkin fahaman pemimpin Rufaqa agak berbeza. Namun, dengan mengasingkan sesuatu yang lain di tempatnya, kita tewas kepada Rufaqa dalam satu bab.

    Ekonomi. Jadi, cadangan hamba, seorang budak yang tidak mengetahui situasi sebenar ini, ialah :

    a. Hantar satu unit PAS untuk belajar / berjaring dengan Rufaqa dari segi ekonomi.

    b. Aturkan pertemuan barisan kepimpinan PAS dengan kepimpinan Rufaqa untuk mengumpul apa yang Rufaqa mahukan jika PAS memerintah kelak.

    “Kami ini hendak bertanya kepada saudara, seperti yang saudara ketahui kami berjuang menegakkan Negara Islam melalui demokrasi. Jika caranya saudara tidak setujui, bab lainlah. Hormatilah kami. Namun, jika boleh kami mahu juga mendapatkan pandangan dari pihak saudara. Jika kami berjaya kelak. Ada apa-apa yang perlu ditambah atau dicadangkan. Semoga ALLAH menunjuki kita.”

    Jadi, dengan ini, jurang masyarakat kategori agama dapat dirapatkan sekurang-kurangnya, jika tidak boleh disatukan ketika ini.

    Peka dan pantas.
    Wallahualam.

    Rendahkan diri temui Maulana Tabligh.

    Sama seperti di atas, kepimpinan PAS perlu merendahkan diri berjumpa dengan Maulana-maulana mereka.

    a. Untuk mengumpul pandangan / cadangan supaya mana yang molek, boleh diperjuangkan bersama.

    b. Menyelesaikan kekeliruan yang mungkin terjadi selama ini.

    Peka dan pantas.
    Wallahualam.

    Hanyalah sekadar cadangan.

    Yang Berbahagia Tuan Guru.

    Apa yang telah hamba sampaikan di atas adalah sekadar cadangan. Sekali lagi hamba menegaskan usia hamba adalah terlalu muda untuk memahami situasi sebenar. Apatah lagi hamba bukan kategori ahli agama. Dan Yang Berbahagia Tuan Guru sendiri lebih arif mengenainya. Ahli dalam politik dan ahli dalam agama.

    Jadi, hamba sudah pasti mengelak untuk memberi cadangan dalam konteks politik atau agama. Kerana sesuatu bidang itu perlu diserahkan kepada ahlinya. Nanti kelihatan seperti Tun Dr. Mahathir menegur Tuan Guru Nik Aziz dalam konteks agama. Seorang ahli perubatan memperbetulkan ahli agama. Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah mengajar beliau dalam konteks perubatan.

    Namun, dalam keadaan yang agak bersalah, hamba cuba memberi cadangan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru dari konteks strategi. Walaupun ‘ahli’ hamba mungkin bertaraf rendah dari ‘ahli’ Yang Berbahagia Tuan Guru, namun masih sesama ‘ahli’ dalam strategi. Insyaallah.

    Mohon maaf dan terima kasih.

    Yang Berbahagia Tuan Guru.

    Jika apa yang dicadangkan itu tidak munasabah langsung, hamba dengan perasaan kesal meminta maaf kepada Yang Berbahagia Tuan Guru. Segala masa yang diluangkan untuk membaca dan memahami setiap butir huruf yang disusun hamba, hamba ucapkan ribuan terima kasih.

    Semoga kita terus dikurniakan kekuatan, petunjuk dan rahmat dari ALLAH swt. Insyaallah. Dengan ini hamba mengundurkan diri. Mohon maaf dan terima kasih.

    Wallahualam.

    AdukaTaruna
     
    Sapa BODOH...???
    01.13.07 (10:47 am)   [edit]
    Undi dari kubur, bas dari kubur Abu Bakar Rahman
    KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan terlebih dahulu "undi dari kubur" di dalam daftar pemilih sebelum Pengerusinya bercakap tentang "gelanggang" yang "adil" dan mendakwa tidak ada pengundi hantu.

    Menurut laporan Al-Jazeera, Jumaat lalu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui terdapat kira-kira setengah juta nama orang yang telah mati di dalam daftar pemilih.

    "Bila anda bercakap mengenai orang-orang yang telah mati di dalam daftar pemilih, saya mengakui memang begitu banyak," Abdul Rashid dipetik oleh agensi berita itu sebagai berkata.

    Di dalam satu kes, lapor Al-Jazeera, nama seorang wanita yang meninggal dunia pada tahun 1975 ketika berusia 77 tahun masih disenaraikan dalam daftar pemilih 2006.

    "Jika terdapat begitu banyak 'undi dari kubur', Rashid jangan mendakwa tidak ada pengundi hantu dan jangan melarang rakyat menahan 'bas-bas dari kubur' ketika pilihan raya," Mohamad Sabu mengingatkan.........
     
    TaraKNama:.........Mana UMNO yg dok sokong lagi tanpa usul periksa tuu aku mintak koo org rentikanlaa.....nak sokong biaq laa berpada2 jgn sampai org perbodoh depan mata pon takkan nak tengok saja....eishhh apa laa ko org nie bodoh sangat......
     
    Siapa yg bacul dan Skim cepat Kaya...
    01.13.07 (10:43 am)   [edit]
    PAS hantar peluru berpandu ke Putrajaya PDF Cetak E-mail
    Abu Bakar Rahman
    Fri | Jan 12, 07 | 10:01:52 PM

    KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Keputusan PAS memboikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam sama ertinya Pas menghantar peluru berpandu ke Putrajaya, kata bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin.

    "Bagi mereka yang tidak ada asas atau belajar sains politik, terutama orang-orang Umno/Barisan Nasional (BN) tentulah keputusan itu sebagai menunjukan satu kekuatan Umno/BN dan berita gembira seperti itu adalah seakan selari dengan komen yang diberi oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "itu dia punya fasal" .

    "Tetapi bagi yang faham apa erti politik, tindakan memboikot itu sama ertinya Pas menghantar peluru berpandu ke Putrajaya, walau pun bomnya tidak nampak melutup tetapi kerosakannya amat terkesan," kata penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu dalam blognya, Sang Kelembai.

    Beliau menyifatkan isyarat yang dihantar oleh PAS dihantar kepada SPR sebenarnya bertujuan untuk dihantar seluruh dunia.

    "Sekarang nama Malaysia tercemar, sebagai pengamal demokrasi yang Perdana Menterinya seorang Pengerusi Pertubuhan Kedua terbesar selepas PBB termasuk Pertubuhan Negara Berkecuali telah dimalukan oleh PAS.

    "Isyarat yang dihantar oleh PAS dihantar kepada SPR sebenarnya bertujuan untuk dihantar seluruh dunia walau pun tidak memakai satelit Measat 5," kata Zaharin yang dipecat dari Umno 29 September lalu kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Seorang lagi blogger yang juga penyokong kuat Dr Mahathir, Amin Yatim menyifatkan percaturan PAS kali ini amat tepat dari segi taktikal.

    "Saya ingin berbeza pendapat dengan Datuk A Kadir Jasin yang menganggap tindakan Pas dan Keadilan menarik diri sebagai bacul. Bagi saya percaturan PAS kali ini amat tepat dari segi taktikalnya," kata beliau dalam blognya, Cuit Sikit.

    Menurut beliau, PAS dan Parti Keadilan Nasional tidak mahu keputusan pilihan raya kecil itu akan mengejutkan Perdana Menteri yang masih dibuai puja dan puji mengenai populariti beliau.

    "Bagi mereka Batu Talam bukan agenda perjuangan dan survival politik. Mereka tidak mahu Abdullah berubah kerana ini akan menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya akan datang.

    "Dengan kata lain, Pas dan Keadilan tidak mahu Pak Lah sedar bahawa laporan-laporan daripada kumpulan cerdik pandai bawah Khairy adalah palsu belaka," kata beliau.

    PAS, kata Amin, mengambil pengajaran daripada pilihan raya kecil di Kelantan lalu, bahawa kekuatan jentera BN amat sukar ditangani dalam pilihan raya kecil.

    "Mereka ingin menunggu Pilihan raya umum ketika jentera BN terpaksa berpecah ke serata tempat untuk memberi kejutan," katanya.

    Amin juga menarik perhatian tentang "Skim Cepat Kaya" menjelang Pilihan Raya Kecil Batu Talam.

    "Kini peluang terbaik kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi cepat kaya. Sekiranya ada popular atau ada sedikit pengaruh di Raub," katanya.

    Sediakan RM 5, 000.00 dan bertandinglah sebagai calon bebas dan besar kemungkinan akan menang atau mendapat durian runtuh ditawarkan untuk menarik diri, kata beliau.

    "Apakah BN tidak sanggup membayar RM 50 - 100 ribu supaya anda menarik diri berbanding menghabiskan RM 1 juta untuk kempen kali ini?

    "Inilah skim cepat kaya paling menarik," katanya.


    TarakNama:..Nah rupanya ada jugak org UMNO yg sedaq tak macam D.Kadir Jasin yg mengatakan tindakkan parti pembangkan adalah BACUL....sekarang kita tengok siapakah yg menjadi cacing kepanasan.....mereka dan keluarga mereka.....pada datuk kadir saya rasa anda yg bacul sebenarnya.....sbb anda masih takut utk keluaq dr kepompong UMNO....
     
    dan yg aku suka satu lagi..sapa nak glamour ayuh jom jadi calon kat batu talam mana tau betul2 mcm joint SKIM CEPAT KAYA heh heh heh.......
     
    SPR kuda tunggangan Umno?
    01.13.07 (7:18 am)   [edit]
    SPR kuda tunggangan Umno?

    Parti-parti pembangkang memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam atas dasar terdapat kepincangan dalam pengurusan pilihanraya oleh pihak SPR. Mereka mahukan pihak SPR lebih telus menyediakan Level Playing Field atau gelanggang pertaurungan yang adil dan saksama.

    Malah di Batu Talam sahaja telah didedahkan beberapa isu membabitkan SPR yang mencurigakan. Contohnya SPR telah mengumumkan bahawa untuk pilihanraya kecil ini daftar setakat 30 November 2006 akan digunakan. Anehnya SPR telah mengurangkan jumlah pengundi di DUN ini (atas alasan membersihkan dari pengundi yang telah meninggal dunia) dari 10,748 ke 10,524 tanpa melalui proses pameran dan seumpamanya yang membabitkan penyertaan rakyat dan parti-parti politik.

    Dalam THE SUN hari ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan bagaimana dalam satu kampung itu hanya terdapat 2 rumah yang dihuni oleh pengundi India tetapi daftar pengundi menunjukkan terdapat 300 pengundi India di sana!

    Sepatutnya SPR memandang serius dakwaan-dakwaan ini dan bertindak mengembalikan keyakinan rakyat, sebaliknya semalam dalam Berita TV Pengerusi SPR Tan Sri Rashid telah bertindak memperlekehkan tindakan PAS dan parti-parti pembangkang dengan antara lain menyatakan yang jika mereka tidak mahu bertanding itu mereka punya pasal.

    Tidakkah ini merupakan satu komen politik yang sekaligus meletakkan beliau sebagai tidak lagi non partisan dan sebaliknya menyebelahi satu pihak secara terbuka. Sepatutnya Pengerusi SPR, Setiausaha dan Pengarah-pengarahnya perlulah dilihat berkecuali malah kalau boleh memiliki karektor seorang hakim. Tetapi di Malaysia malangnya tidak dan kerana itulah mereka ini benar-benar memerlukan rombakan dan pengkstrukturan semula agar dilihat lebih telus dan adil.

    Diperingkat ini Pengerusi SPR sepatutnya kurang bercakap dan bertindak memperbetulkan keadaan kecualilah memang sungguh mereka merupakan kuda tunggangan Umno dan BN.

    Ikuti temuramah saya dengan Sdr Mohd Sayuti Omar, Ketua Pengarang SIASAH berhubung isu ini dalam rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini di WTV8 http://www.wtv8.tv/" title="http://www.wtv8.tv/" target="_blank"http://www.wtv8.tv/

     
    Amankah jika macam ini
    01.13.07 (7:16 am)   [edit]
    Murid tahun 1 dirogol, bunuh
    KLANG 12 Jan. – Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dipercayai dirogol sebelum dibunuh ditemui terapung di sungai berhampiran Kampung Sungai Pinang Dalam di sini, pagi ini.
     
    Ibu parah, bayi cedera ditikam peragut
    KUALA LUMPUR 12 Jan. – Seorang wanita parah dan bayi lelakinya cedera apabila diserang oleh seorang lelaki yang meragutnya di Flat Seri Inai, Pandan Indah di sini, semalam.
     
    TarakNama: Amankah lagi negara ku ini????
     
    Sembang aja lebih....apa pon tak ada pon
    01.13.07 (7:13 am)   [edit]

    Pembangkang sudah jangka kalah teruk – Awang
    BACHOK 12 Jan. – Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sengaja mengugut mahu memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam di Pahang kerana mereka sudah menjangka kemungkinan kalah teruk di tangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu pada 28 Januari ini.

    Pas tidak yakin boleh menang
    KOTA BHARU 12 Jan. – Tindakan parti pembangkang memulaukan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem pilihan raya sebagai ‘kambing hitam’ menunjukkan mereka tidak yakin untuk mencapai kemenangan.
     
    TarakNama: Alaa apa nak herah kalah memang dah adat dah..mana ada pembangkang dok menang punya p/raya kecik nie.....hangpa main taram kesemua harta k'jaan jadi hak hangpa..boleh laa sembang besaq....jika betui anak jantan meh sini yg aku senarai nie jgn buat harta mak bapak hangpa:
     
    1. Polis bukan agensi UMNO.
    2. SPR bukan sayap pemuda UMNO.
    3. Jabatan Pendidikan bukan sayap Puteri UMNO.
    4. RTM bukan unit UMNO.
    5. Jabatan kerjaraya / Jabatan itu / Jabatan ini, bukan cawangan UMNO.
    6. Balai raya bukan markas UMNO.
    7. Balai raya bukan bangunan Kemas.
    8. BPR bukan unit lembu UMNO.
    9. Jabatan Agama bukan unit agama UMNO.
    10. Jabatan pendaftaran bukan unit pendaftaran UMNO.
    11. Bank negara bukan bank UMNO.
    12. Kementerian kewangan negara bukan kementerian kewangan UMNO.


    Tetapi inilah terjadi. Melayu tidak mampu menjadi sebijak ini (menyedarinya).

    Wallahualam. 
     
    Apakah dosa kita....
    01.13.07 (7:09 am)   [edit]

    Johor banjir lagi
    JOHOR BAHRU 12 Jan. – Belum pun sempat menarik nafas lega ekoran banjir besar bulan lalu, penduduk Johor kini terpaksa berhadapan dengan gelombang kedua bencana alam itu yang menyebabkan hampir 29,000 orang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri ini sejak semalam.

    46 buah sekolah terpaksa ditutup
    JOHOR BaHRU 12 Jan. – Sebanyak 46 buah sekolah di seluruh negeri Johor ditutup hari ini berikutan keadaan banjir bertambah buruk akibat hujan tanpa henti sejak dua hari lepas.
     
    TarakNama: Ya'Allah ya tuhanku apakah dosa umatMU ini sehingga kau menimpakan bala bertimpa2 sebegini Ya'Allah..... 
     
    TUN berbunyi semula...
    01.12.07 (10:35 am)   [edit]
    Tun Dr M mengaum kembali

    Sejak beberapa minggu kebelakangan ini ramai yang bertanya mengapa bekas PM Tun Dr M senyap sahaja, sudah tidak bersuara lagi? Mungkinkah beliau secara diam-diam telah berdamai dengan Pak Lah?

    Saya sendiri tidak percaya, kerana semasa berpeluang menemuramah YBM Tengku Razaleigh Hamzah melalui WTV8, Ku Li ada memaklumkan bahawa dari pengalaman beliau mustahil Tun akan mudah mahu berdamai.



    Terbukti memang benar, tiada ceasefire pun.

    Semalam semasa hadir dalam satu sidang akhbar di Taman Melewar saya terdengar seorang pemberita berkata, Tun dah bersuara kembali. Tun dah mula menyambung serangannya.

    Semalam Tun mempertikaikan kenaikan harga tol mulai 5 Januari di 5 lebuhraya sekitar Lembah Kelang. Kata Tun rakyat perlu tahu berpakah perolehan pendapatan para pemegang konsesi ini setakat ini kerana jika mereka untung bermakna kerajaan berhak menerima saham keuntungan dan oleh itu tidaklah perlu tol ini dinaikkan secara besar begitu.

    Cuba teliti kenyataan Tun ini dalam akhbar THE SUN hari ini:

    What you have is a cabinet which is not very knowledgeable all the time because it is not made up of experts but politicians (and) some politicians like myself can sometimes be stupid.

    Jelas terselit dalam kenyataan ini sindiran yang besar jika kita mampu menafsirnya. Kalau beliau umpamakan diri beliau sebagai SOMETIMES STUPID bermakna mereka yang selepas beliau?

    Menurut Presiden MTUC sekurang-kurangnya Tun berani mengakui kelemahannya, masalahnya PM dalam akhbar hari ini menganggap kenaikkan kadar tol ini sebagai sesuatu yang dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana!

    Dan Tun tidak sekadar mengulas berkenaan tol. Tun turut menyentuh berkenaan banyak perkara lain tetapi seperti biasa digelapkan oleh akhbar Saluran Perdana.

    Mengenai Khairy Jamaluddin Tun berkata (kerana Pak Lah mendakwa Tun telah pecahkan periuk nasi Khairy):

    Ianya periuk yang besar, sukar mahu dipecahkan.

    Berkenaan Batu Talam:

    Sekiranya rakyat gembira dengan BN sudah pastilah majoritinya akan meningkat tetapi jika tidak ianya akan menurun dan jika rakyat benar-benar menyatakan ketidakpuasan hati mereka tidak mustahil BN boleh tewas.

    Berkenaan rasuah politik dan membeli undi:

    Sekiranya wang digunakan saya harap rakyat menolaknya dan saya harap rakyat melaporkan berkenaannya kepada pihak berkuasa.

    Apakah beliau akan terus mengkritik kerajaan:

    Apa sahaja yang dilakukan tidak betul akan dikritik samada dilakukan oleh kerajaan kita atu kerajaan lain. Dan itu prinsip saya samada saya sebagai PM atau tidak.



    Nampak-nampaknya benarlah telahan Ku Li bahawa sukar (malah mustahil) dijinakkan Tun setelah beliau mula mengganas. Dengan ini yang pasti tidak senang duduk (atau nyenayk tidur) adalah PM Dollah Badawi. Selamat kembali bersuara Tun!
    roslan SMS@
     
    Ini rupa ISLAM UMNO...!!!
    01.12.07 (10:06 am)   [edit]

    Ini gambar Ketua Puteri Umno Pandan yang
    dijanjikan tempoh hari, baru dapat UPLOAD
    hari ini
     
    TarakNama:.....macam nie aja rupa ISLAm yg di war2kan tuuu.....
    aib aib aib....sokong le puak umno oii... 
     
    P tanya UMNO memang la dia jwb camtu..apalaa bengong sangat...
    01.12.07 (10:04 am)   [edit]

    Boikot pilihan raya sandiwara Pas, Keadilan

    KUALA LUMPUR 11 Jan. – Tindakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) untuk memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Talam pada 28 Januari ini, dilihat sebagai satu sandiwara.

    Kalangan pemimpin UMNO juga menyifatkan tindakan kedua-dua parti pembangkang itu satu gimik politik semata-mata.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan kedua-dua parti itu memboikot pilihan raya kecil tersebut kerana parti pembangkang berkenaan takut untuk menghadapi kekalahan.

    ‘‘Mereka memberi alasan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus. Saya berpendapat, orang bila kecewa dia akan sentiasa mencari alasan,” katanya.

    Akhbar hari ini melaporkan Pas dan Keadilan mengambil keputusan memulaukan pilihan raya kecil DUN kawasan Batu Talam pada 28 Januari ini.

    Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mendakwa tindakan itu diambil kerana terdapat enam kepincangan dalam sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga memaksa dua parti berkenaan memulaukan pilihan raya tersebut.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan parti-parti pembangkang itu menunjukkan bahawa mereka akan kalah jika bertanding.

    Menurutnya. DUN Batu Talam merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan membuktikan bahawa rakyat memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan BN.

    Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pula berkata, UMNO tidak akan termakan dengan taktik yang dimainkan oleh Pas dan Keadilan.

    Beliau menyifatkan keputusan pembangkang itu sebagai muslihat dan sikap yang tidak jujur mereka untuk mengaburi mata jentera BN supaya tidak bekerja keras.

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan Pas sudah tidak mempunyai ‘modal’ untuk menafikan kejayaan BN apabila mengambil keputusan memboikot pilihan raya ini.

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa pula berkata, jika sistem pilihan raya dan SPR yang didakwa pincang dijadikan alasan, mengapa dalam pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir mereka berhempas pulas untuk menentang BN.

    Katanya, Pas dan Keadilan sebenarnya kini dalam keadaan terumbang-ambing ketika jentera UMNO dan BN telah bersedia untuk berkempen pertahankan kerusi.

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, menyifatkan tindakan kedua-dua parti itu sebagai keputusan yang tidak patut dibuat.

    “Alasan yang diberi juga secara umum seolah-olah mereka juga mahu memboikot pilihan raya umum. Saya anggap tindakan mereka itu tidak tepat langsung dan tidak demokratik,” katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pas dan Keadilan sudah tidak yakin dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

    “Kalah menang adat pertandingan, tetapi kalau mereka tahu tak ada peluang untuk menang dan jadikan isu-isu sampingan untuk memboikot pilihan raya, itu tak tahu lah saya,” katanya.

    Ketua Penerangan UMNO Bahagian Raub, Abdul Rashid Mohamed berpendapat, kedua-dua parti berkenaan sebenarnya menyedari hakikat peluang mereka untuk menang amat tipis dan mahu mengelak memberikan gambaran awal tentang kekuatan mereka pada pilihan raya umum akan datang.
     
    TarakNama:..inilah dikatakan bertanya pada musuh pasal lawan masing2...awat tak pergi tanya lawan tuu pasai apa depa boikot...apa raa punya turr.......cuba pegi tanya kucing dia suka tak makan tikus....pasti kucing jwb dia suka sbb memang mknan aku....tak ada satu pon huraian dr pemimpin lawan..cuba p tanya mat sabu kaa mahfuz kaa..
     
     
    TauXpe....
    01.10.07 (9:23 am)   [edit]
    Dasar SPR perlu dirombak – Mursyidul Am PDF Cetak E-mail
    Maslan Yusoh
    Tue | Jan 09, 07 | 10:15:44 AM
    KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu merombak dasarnya dan bukan sekadar menstruktur organisasinya bagi memulih semula sistem demokrasi di negara ini.

    Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bukan sekadar orangnya perlu ditukar sebaliknya dasar SPR sendiri perlu dirombak.

    “Saya setuju benar kalau SPR dirombak. Lagi pun parti pembangkang sudah lama benar bersungut mengenai ketelusan proses pilihan raya di negara ini yang dikendalikan badan itu.

    “Secara peribadi saya telah lama sebut perkara itu. Soal hendak tukar orang yang menerajui badan itu saya tidak kisah sangat tetapi dasarnya perlu dirombak,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Tabung Amanah Tok Kenali dengan Takaful Malaysia Bhd.

    Pada perjanjian itu Tabung Tok Kenali diwakili pengurusnya, Saifuddin Nasution Ismail dan Pengurus Besar Pemasaran Takaful Malaysia Bhd, Mohd Apandi Ibrahim mewakili syarikat insurans itu.

    Turut menyaksi majlis menandantangani perjanjian bersejarah tersebut Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Shkori Mohamed, anggota Exco, Dato’ Husam Musa dan Pengurus Perniagaan Takaful Malaysia Bhd, Saharuddin Chik.

    Hari ini media melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan badan itu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan yang berusia lebih 50 tahun dirombak secara drastik.

    Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berharap SPR mempraktikkan kaedah menggunakan celup jari dengan dakwah sebagai usaha bagi memulihkan semula imej badan itu yang kini dipertikai banyak pihak.

    “Pilihan raya kecil Dun Batu Talam ini diharap menjadi permulaan bagi SPR menggunakan kaedah tersebut untuk memastikan peristiwa pengundian dua kali yang berlaku sebelum ini dapat dielakkan.

    “Pilihan raya umum ke-11 lalu tercemar dengan insiden seperti itu apabila pusat pengundi di Selangor dibuka sehingga jam 7 petang di mana kita mengsyaki tujuannya untuk diberi ruang kepada pengundi yang telah mengundi di Terengganu mengundi kali kedua di Selangor.

    “Dan sekiranya cap jari digunakan pada pilihan raya kecil ini, maka penipuan pengundian dua kali dapat dielakkan,” katanya.

    Beliau berkata, kes penyamaran seperti itu juga telah dibuktikan pada perbicaraan kes petisyen pilihan raya Dun Pengkalan Pasir oleh mahkamah tahun lepas.

    Malah menurutnya, negara kurang maju seperti Bangladesh lebih telus proses pengundian yang dijalankan termasuk pengisytiharan tarikh pilihan raya lebih awal.

    Sedangkan kata beliau, tarikh pilihan raya umum di negara ini menjadi milik mutlak kepada Perdana Menteri dan bukan ditentukan Parlimen.

    “Kalau ditengok kepada perubahan yang berlaku di negara-negara lain mereka sudah jauh ke hadapan dalam pengendalian pilihan raya. Misalnya di Kanada dalam rombakan terbaru kuasa menentukan tarikh pilihan raya ditentukan Parlimen dan bukannya Perdana Menteri,” ujarnya.

    Beliau juga menjangka tarikh pilihan raya umum ke-12 akan diadakan sebelum Mac 2008 memandangkan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu akan diadakan pada 10 Mac tahun depan.

    Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh tersebut bagi perbicaraan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis membunuh model terbabit.

     
    Alasan seorg PM.....eishhh eishh eishhh
    01.10.07 (9:20 am)   [edit]
    Cuti masa banjir: Saya sentiasa memantau walaupun dari jauh – Pak Lah

    Soal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan percutiannya semasa kemuncak banjir besar di Johor telah menjadi satu isu.Beberapa laman web dan parti-parti pembangkang telah menghentamnya kerana didakwa tidak prihatin dengan penderitaan rakyat yang ditimpa musibah.Ketika banjir itu berlaku Perdana Menteri melakukan lawatan rasmi ke Venezuela dan beliau kembali seketika untuk tinjau sendiri situasi banjir di Johor dan kemudiannya berlepas untuk meneruskan cutinya di Perth, Australia.Pada sidang akhbar untuk mengumumkan Skim Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa (KJBI) bagi membantu peniaga yang menanggung beban kewangan akibat banjir di pejabatnya di Putrajaya petang Isnin ia merupakan antara soalan yang dikemukakan kepadanya oleh para wartawan.Abdullah menolak tanggapan beliau tidak prihatin dengan penderitaan rakyat kerana terus bercuti waktu itu. "Saya sentiasa memantau walaupun dari jauh",katanya.Malah Perdana Menteri berkata ketika di luar negara, beliau sering berhubung dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan banjir dan memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk membantu mangsa yang terlibat."Apa yang berlaku pada waktu banjir, kita akui banyak orang yang menderita kerananya tetapi kita ada jentera khas yang telahpun diwujudkan dan saya memang tahu benar tentang jentera ini kerana saya pernah menjadi pengerusi jawatankuasa banjir untuk pastikan apa yang telahpun diputuskan sebagai langkah untuk membantu, dilaksanakan," katanya.Dalam sidang akhbar berkenaan beliau mengumumkan kerajaan mewujudkan sebuah dana khas bernilai RM500 juta untuk membantu perniagaan yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan di Malaysia.

     
     
     
    tarakNama: nak kata camna lagi aku pon boleh cakap alasan macam nie..... tapi bagi aku alasan sekadar alasan lee...ko org pikirkanlah sendiri tahap mana alasan nie..... 
     
    Belom apa2 dah timbul dah lubang sana sini...
    01.10.07 (9:13 am)   [edit]
    Pas minta penjelasan
    KOTA BHARU 9 Jan. - Pas akan meminta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kewujudan nama 120 orang daripada kaum India dalam daftar pemilih bagi peti undi Ulu Sungai, kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Talam.
     
    Maslan Yusoh
    KOTA BHARU, 9 Jan (Hrkh) – PAS beranggapan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghantar surat semakan alamat dalam daftar pemilih kepada pengundi yang hanya ditetapkan tempoh 15 hari.
     
    Pengerusi SPR jangan jadi boneka Umno dan BN - Anwar
    Abdul Aziz Mustafa

    KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya sedar dan tidak.

     
     

     
    Opera CINA...
    01.10.07 (9:09 am)   [edit]

    Rombakan SPR bakal kembalikan keyakinan rakyat
    KUALA LUMPUR 9 Jan. – Penstrukturan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pilihan raya di negara ini bakal mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan itu dalam mewujudkan pilihan raya yang telus dan adil.

    SPR tidak perlu dirombak – Nazri
    KOTA BHARU 9 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu dirombak atau distruktur semula hanya kerana kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada badan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
     
    TarakNama:..inilah dikatakan opera CINA....aku sampai skrg still hilang keprcayaan apa yg puka nie bercakap bagi aku semua nie lakunan semata2...haram tak ada keikhlasan langsung....pegidah... 
     
    UTUSAn.......pegi mampos lee koo...
    01.09.07 (7:10 am)   [edit]
    Politik

    Perdana Menteri yakin BN menang pilihan raya Batu Talam
    PUTRAJAYA 8 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam pada 28 Januari ini, walaupun pembangkang memanipulasi isu kenaikan tol dan harga minyak.

    Nor Mohamed Yakcop dilantik semula sebagai Senator
    KUALA LUMPUR 8 Jan. – Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara atau Senator untuk tempoh tiga tahun lagi.

    UMNO Pahang diminta kemuka nama calon wanita
    RAUB 8 Jan. – UMNO Pahang diminta mengemukakan cadangan beberapa nama wanita untuk turut dipertimbangkan bagi menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam pada 28 Januari ini.

    Wanita jalankan bancian dari rumah ke rumah
    KUANTAN 8 Jan. – Wanita UMNO Pahang akan terus menjalankan bancian dari rumah ke rumah bagi mendapatkan maklumat mengenai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Talam dalam usaha mempertahankan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 28 Januari ini.

    Kesepakatan ahli BN di Batu Talam tinggi – Nazri
    KUALA TERENGGANU 8 Jan. – Kekuatan dan kesepakatan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Talam kini di tahap tertinggi sekali gus meyakinkan parti itu dapat mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya kecil 28 Januari ini.

    BN yakin dapat kepercayaan pengundi – Muhyiddin
    LABIS 8 Jan. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa yakin parti komponen Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat kepercayaan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dalam pilihan raya kecil pada 28 Januari ini.

    Jentera Barisan Nasional digerak ke Batu Talam hari ini
    RAUB 8 Jan. – Jentera parti dari seluruh negara akan digerakkan mulai esok ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dalam usaha mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.

    Banjir tidak jejas pilihan raya
    BANGI 8 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin banjir yang diramal melanda Pahang tidak akan menjejaskan proses penamaan dan pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam yang masing-masing ditetapkan pada 16 dan 28 Januari ini kerana ia adalah kawasan tanah tinggi.

    Siri penerangan penyelewengan Rufaqa’ mula minggu depan
    SHAH ALAM 8 Jan. – Kerajaan Selangor akan mula mengadakan siri penerangan mengenai kumpulan Rufaqa’ yang didakwa terbabit dalam usaha menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam, bermula minggu depan.

    ADUN Rim cedera kemalangan
    MELAKA 8 Jan. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan negeri, Datuk Ramlah Abas cedera pada muka dan kepala apabila kereta Proton Perdana V6 dinaikinya merempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 20.5 Jalan Serkam-Bemban di sini pagi ini.

    TarakNama:.......Nah kat citer politik utusan Meloya hari nie kesemuanya citer bab UMNO jeee macam tak ada dah citer yg pembangkang punya....nampaknya perangai LAMA UMNO dah kembali macam dulu.....sembang aja lebih....jika macam nie punya gaya....biaq pegi mampos aja lah UTUSAN nie....ko nak bergabung ka tak nak kaa serupa aja.... 
     
    SPR dah start bermadah....
    01.09.07 (7:05 am)   [edit]
    SPR perlu dirombak -- Bagi menangkis dakwaan badan itu tidak bebas – Pengerusi
    BANGI 8 Jan. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mencadangkan badan itu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan pilihan raya di bawahnya yang sudah berusia 50 tahun dirombak secara drastik.
     
    TarakNama:...mmmm gendang sandiwara telah berbunyi....laye aihhh kamu....juboq penoh taik..tak caya moh baca apa yg kawan kita huraikan nie..
     

    PRK DUN Batu Talam: Syabas SPR! Tapi … Tak Kan Telus Sampai UMNO Pun Keliru?

    Wow! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya begitu bersungguh dalam mengkotakan apa yang dikatakannya! Berpandukan daftar pemilih (bentuk softcopy) yang saya “tersepak” ketika berjalan di sekitar setesyen teksi Raub kelmarin, SPR nampaknya sudah menggugurkan hampir 160 nama pemilih yang tidak mempunyai kad pengenalan baru (12 angka).

    Tidak pasti samada SPR berbuat demikian dengan persetujuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika tindakan tersebut adalah bersendirian, maka saya kira, saya perlu tabik SPR kerana keberanian untuk melakukan sesuatu yang betul lagi tepat.

    Saya sanggup tabik SPR kerana dari apa yang saya faham, sehingga hujung tahun 2002 dulu, sudah tiada lagi rakyat Malaysia yang memiliki hanya nombor pengenalan tujuh (7) angka. Semua orang yang masih hidup sepatutnya telah pun diberi nombor pengenalan 12 angka.

    (Bahagian gambar yang di highlight kuning menunjukan contoh nama yang digugurkan dari daftar pemilih. Perhatikan nama berkenaan mempunyai nombor pengenalan tujuh (7) angka. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas).

    Kalau diikut logik “picisan” sekalipun, adalah sukar dipercayai masih wujud lagi warga Malaysia yang mempunyai hanya satu nombor pengenalan, yakni nombor tujuh angka. Kerana sepengamatan saya, gerakan menggunakan nombor pengenalan 12 angka telah pun bermula dengan warga yang lahir pada tahun 1978 dulu. Bagi warga yang lahir dalam tahun tersebut, bila mereka mencapai umur 12 tahun dalam tahun 1990 dulu, JPN telah pun memberikan mereka nombor pengenalan 12 angka.

    Malah seingatan saya, gerakan menggantikan kad pengenalan bentuk (serta nombor) lama kepada kad bentuk (serta nombor) baru telah dilakukan semenjak awal dekad 80han lagi. Dan saya masih boleh ingat (bukanlah saya ini tua sangat, jika ayat saya membayangkan demikian) ugutan denda jika gagal menukar kad pengenalan adalah satu “ciri piawai” bagi RTM dalam dekad 80han dan 90han dulu.

    Maka itu adalah tidak munasabah, malah tidak patut, jika selepas diingatkan secara berterusan selama 20 tahun, masih ada lagi warga Malaysia yang ke hulu ke hilir dengan nombor pengenalan tujuh angka sahaja.

    Bertolak dari cerita pengguguran nama pemilih yang memiliki hanya kad pengenalan lama, saya amati juga bahawa cerita daftar pemilih ini adalah masih lagi satu cerita “perjuangan yang belum selesai.”

    Perhatikan lapuran akhbar berikut.

    • SPR dilapurkan oleh pelbagai akhbar sebagai berkata bahawa daftar pemilih terkini (disahkan sehingga 30 September, 2006) mempunyai 10,525 nama.
    • Di masa yang sama, tetapi dalam berita yang lain, Setiausaha Agung UMNO, Radzi Sheikh Ahmad pula dipetik menghebahkan bahawa daftar pemilih terkini DUN Batu Talam mempunyai 10,789 nama.
    • Daftar pemilih bentuk softcopy yang saya temui pula menunjukan terdapat 10,734 nama.

    Andaikan buat seketika bahawa maklumat yang saya temui adalah salah (lagi tidak bertanggung jawab). Maka itu sila tumpu perhatian tuan/puan kepada perbezaan angka jumlah pemilih yang diumumkan oleh UMNO dan SPR. Perbezaannya ialah 264 pemilih.

    Seterusnya jika hendak dihalusi, perhatikan bahawa UMNO mengatakan bahawa pemilih Melayu dalam DUN Batu Talam ialah 8,494 orang. Di masa yang sama, secara tidak langsung (indirect), SPR dilapurkan memberitahu bahawa DUN Batu Talam hanya mempunyai 7,683 pemilih Melayu (73% dari 10,525).

    Beza jumlah pengundi Melayu mengikut rekod SPR dan UMNO ialah 811 hantu … maaf, silap taip … 811 Bangla, Indon, Mindanao … oops … silap taip lagi … 811 manusia.

    811 pemilih adalah satu jumlah yang terlalu banyak dalam konteks persaingan politik di mana dua undi boleh menentukan parti mana yang mentadbir negeri. Tepulanglah kepada pembaca untuk menilai sejauh mana “kebaculan” congak saya.

    Langsung saya bertanya: Adakah perbezaan-perbezaan angka ini satu pertanda? (Janganlah pula UMNO dapat satu versi, manakala PAS diberi satu versi daftar yang berlainan).
     
     
    Dia Mula dah........
    01.09.07 (12:50 am)   [edit]
    Kacau bilau daftar pemilih Batu Talam!
    Oleh Rudin X
    http://mimpiboneka.blogspot.com/" title="http://mimpiboneka.blogspot.com/" target="_blank"http://mimpiboneka.blogspot.c...
    Wow! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya begitu bersungguh dalam mengkotakan apa yang dikatakannya! Berpandukan daftar pemilih (bentuk softcopy) yang saya “tersepak” ketika berjalan di sekitar setesyen teksi Raub kelmarin, SPR nampaknya sudah menggugurkan hampir 160 nama pemilih yang tidak mempunyai kad pengenalan baru (12 angka).

    Tidak pasti samada SPR berbuat demikian dengan persetujuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika tindakan tersebut adalah bersendirian, maka saya kira, saya perlu tabik SPR kerana keberanian untuk melakukan sesuatu yang betul lagi tepat.
     
    mmm...apa nak jadi...
    01.09.07 (12:30 am)   [edit]
    TMM 2007 DILANCAR PENUH KEGEMERLAPAN
    Kegemerlapan lampu berwana-warni dan dentuman bunga api menerangi sekitar Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur Sabtu malam memeriahkan suasana majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Lebih 400 orang wartawan dan jurugambar luar negara dan lebih 100 orang wartawan dan jurugambar dalam negara membuat liputan majlis tersebut sementara RTM menerusi TV1 membuat siaran langsung majlis gilang gemilang tersebut dan ia juga dipancarkan ke beberapa buah negara Asia Pasifik.Sungguhpun hujan renyai selepas Perdana Menteri melancarkan TMM 2007 ia tidak mematah semangat wargakota dan para pelancong yang dianggarkan sekitar 20,000 orang membanjiri sekeliling Tasik Titiwangsa.Tarikan utama pada majlis itu ialah Eye on Malaysia setinggi 60 meter seperti London Eye.Hadir sama dimajlis itu Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Dr Hamid Pawan Teh,Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yaakop, beberapa menteri kabinet lain dan duta-duta negara asing.TMM 2007 dijangka dapat menarik 20.1 juta pelancong ke negara ini beserta dengan tukaran wang asing sebanyak RM44.5 bilion.
     
    TarakNama:.dah lupa dah kat mangsa banjir di JOHOR nuu..kata tak mau sambut apa2 dah INSAF last..toya kesemua...sekali2 dgn PM pon sama....
     
    Masih ada lagi rupanya
    01.06.07 (7:54 am)   [edit]
     
    Sedih tidak ke sekolah
    KUALA TERENGGANU: Kesempitan hidup menyebabkan tiga beradik di Kampung Kubang Parit di sini, hanya mampu menangis setiap hari kerana tidak dapat ke sekolah seperti kanak-kanak lain. 
     
    TarakNama: nie bukan nak kempen dinar Iraq nie...nie nak habat kat negeri T'ganu sana rupa2nya masih ada yg kais pagi mkn pagi kais ptg makan petang...apa nak jadi nie...sampai bila lagi rakyat nak hidup merintih macam nie....tgk kulit cantik tak mau2 dah bila tengok isi plak macam2 yg timbol....adusss 50thn memerintah takkan ada lagi yg hidup camnie...kata hebat memerintah ........
     

     
    tatapan di PAGI hari
    01.06.07 (7:49 am)   [edit]
    Konsert tak hormati mangsa malapetaka
    MASYARAKAT kita suka berhibur? Bayangkan ketika tsunami melanda, kita buat konsert, ketika beberapa tempat negara ini ditimpa bencana, kita buat konsert dan ketika gembira pun kita buat konsert.
     
    tarakNama: nampaknya ada jugak insan yg memahami...!!!
     
    Malapetaka satu ujian Tuhan kepada manusia
    AMAT jelas seperti yang sering diingatkan ulama bahawa setiap kejadian mempunyai hikmah dan pengajaran. Lazimnya, bencana alam sering dikaitkan dengan kesalahan manusia menguruskan alam sekitar, tetapi tidak ramai melihat dari sudut agama iaitu angkara manusia lalai terhadap perintah Allah SWT.
     
    TarakNama:...jika semuanya faham akan apa yg diturunkan oleh ALLAH insya'allah semuanya akan selamat..hakikatnya manusia itu angkoh...!!!
     
    16 sekeluarga disyaki menyamun
    KLUANG 5 Jan. – Enam belas anggota daripada satu keluarga berusia antara 13 dan 48 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun, pecah rumah dan bunuh di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Johor Bahru sejak tiga bulan lepas.
     
    TarakNama: Tudia ini dikatakan keluarga sepakat membawa berkat....aibb aibb aibb takkan sebegini yg ada di malaysia pada waktu ini..hari demi hari macam2 perkara yg mengaibkan intitusi kekeluargaan bagi masyarakat malaysia....salah tang manakah perkara ini boleh berlaku... 
     
    Bekas pemain bola disyaki subahat merompak
    KUALA LUMPUR 5 Jan. – Bekas pemain bola sepak Selangor yang sebelum ini ditahan bersama rakan sekerjanya berhubung rompakan di AmBank, Taman Connought Selasa lalu kini dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan ketiga-tiga penjenayah yang ditahan berhubung kes itu, semalam. 
     
    taraKnama: kenapa semakin banyak generasi di malaysia kacau bilau....ada perompak yg mana semakin hari semakin bertambah dan lama2 dah jd ayat biasa bila dengaq kata2 perompak...sedangkan hakikatnya ia adalah perbuatan keji. Kenapa semakin ramai rakyat Malaysia menceburi bidang PEROMPAK ini..adakah ekonomi mereka tak cukup nak bela anak bini...adakah hobi mereka...tertekan dgn system perbelanjaan skrg..sana naik sini naik..adusss fikir2kanlah..
     

     
    Siapakah akan menang nanti...!!!
    01.05.07 (10:42 am)   [edit]

    Lelaki Mengaku Nabi Dibenar Mohon Cabar Undang-undang Jenayah Syariah

    Penggerak  Inter Faith Council. Malik Imtiaz Sarwar hadir untuk membela Abdul Kahar Ahmad, 56 yang mengaku Nabi. Malik yang  sebelum ini dilihat sebagai orang kuat menyokong IFC dan terbabit dalam isi - isu perundangan khusus yang kontra dengan Islam.

    Malik dalam kenyataan beliau berkata, tuduhan terhadap Abdul Kahar kononnya dia menyebarkan ajaran salah, menghina dan melanggar ajaran Islam dan bertindak menyalahi fatwa dan Mufti, bukannya kesalahan mengikut ajaran Islam. Kita sebenar harus memberi tumpuan serius atas isu - isu sebegini. klik sini
     
    TarakNama:................malang bagi UMAT ISLAM di Malaysia.....bayangkan apa akan terjadi seterusnya.....!!!! 
     
    biaq betoi jika tak betoi...
    01.05.07 (10:23 am)   [edit]
    Abdullah gagal pertahan Islam, rasuah jadi perkara biasa - Ezam
    KUALA LUMPUR, 4 Jan (Hrkh) - Sejak lebih tiga tahun lalu, dunia melihat kononnya Malaysia diperintah oleh pemimpin yang mahu berpegang kepada dasar Islam dengan melojakkan konsep Islam Hadhari sebagai dasar pentadbiran.
     
    TarakNama:..Looo kok nya kata tadi cemerlang laa gemilang Laa nie apa barang beb..!!! 
     
    Sapa kat ada RASUAH kat Malaysia..mana ada aihh...!!
    01.05.07 (10:01 am)   [edit]
    Syor naik gaji banteras gejala rasuah
    KERAJAAN disaran supaya mengkaji semula gaji minimum kakitangan awam, khususnya kumpulan sokongan sebagai satu daripada langkah untuk membanteras gejala rasuah di negara ini.
     
    TarakNama: Ada ka kes rasuah kat negara kita nie...kata negara ISLAM HADARI..jika cakap rasuah tentu HARAM..& Berdosa...tapi pasai pa ada jgk kes rasuah nie...pastu tak ada pon yg kena dakwa @ tangkap pon pasal kes rasuah nie....jadi takkan ada kot....pastu takkan gaji tak cukup lagi...kan kerajaan kita pandai memerintah....mereka tau la setakad mana gaji nak bagi kat rakyat...alu rasa gaji yg di bagi kat2 pegawai kerajaan nie dah banyak dah tuu itu pasai ada yg masih sokong tindakkan kerajaan naikkan minyak, tol, cukai dan yg sewqaktu dgnnya...betul tak kengkawan..!! 
     
    Adusssss mimpi ke aku nie..!!
    01.05.07 (9:54 am)   [edit]
    Strategi pentadbiran Abdullah cemerlang
    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini memasuki tahun keempat sebagai Perdana Menteri disifatkan mempunyai strategi cemerlang, tetapi kelemahan sistem penyampaian menghalang rakyat dan negara meraih manfaat penuh daripada kepemimpinannya.
     
    TarakNama:...Adussss nak kata apa pon tak tau laa...ko org pikiaq laa sendiri...betoi ka nie....minyak naik 30sen..tol naik 50%..harga barang naik tak mau2...indek rasuah makin jatuh...Islam makin dihina....eishhh betoi kaa nie...cuba pikiaq balik sat..??
     
    Hadari TAIK kucing...
    01.04.07 (11:09 am)   [edit]
    Laga pipi, pegang bahu artis, budaya baru Islam Hadhari? PDF Cetak E-mail
    Helmi Khalid
    Wed | Jan 03, 07 | 07:24:13 AM

    ALOR STAR, 3 Jan (Hrkh) - Setelah sekian lama Parti Islam Semalaysia (PAS) memberi amaran kepada rakyat akan bahayanya penerapan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mutakhir ini telah terbukti amalan dan gaya hidup Hadhari amat membahayakan kesucian Islam.

    Image Insiden di Terengganu, ketua Islam Hadhari, Abdullah berbalas pegang tangan di atas bahu Datuk Michell Yeoh, pelakon wanita James Bond dan adegan laga pipi antara Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Dato' Seri Najib Tun Razak dengan artis lelaki Bollywood di Kuala Lumpur cukup untuk memperlihatkan bahawa Islam Hadhari menghalalkan apa yang diharamkan dalam ajaran Islam yang dibawa junjungan besar Muhammad s.a.w.

    "Kedua-dua perbuatan ini jelas diharamkan oleh Islam, bagaimana pula boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan isteri Timbalannya, ini adalah bukti kukuh Islam Hadhari adalah satu ancaman kepada nilai hidup seorang Muslim, ia amat membahayakan," tegas Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Ustazah Aishah Ghazali.

    Katanya, di ketika negara menghadapi krisis moral golongan muda yang meruncing, perbuatan Abdullah dan Rosmah itu, memberi isyarat bahawa kerajaan Islam Hadhari telah membelakangkan Islam dan langsung tidak sensitif dengan masalah moral yang runtuh sekarang ini.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Musoddak Ahmad pula mendesak Abdullah dan Rosmah memberi respon segera mengenai perilaku tidak bermoral mereka itu.

    "Abdullah dan Rosmah mesti sedar mereka adalah orang penting dalam negara ini, perbuatan itu akan menjadi ikutan, media hendaklah mendapatkan segera komen dari mereka berdua," sambung beliau.

    Katanya lagi, rakyat sudah sedia maklum perbuatan itu adalah haram di sisi Islam, cuma rakyat juga ingin tahu apa pula respon Abdullah, mungkin dia tak tahu yang dipegang itu adalah bahu seorang wanita atau dia terlena waktu Michell Yeoh membalas memegang tangannya.

    Sambungnya, rakyat mesti sedar sejak berpuluh tahun lamanya pemimpin Umno memfitnah bahawa PAS hanya memperalatkan Islam untuk meraih undi, kini pembohongan mereka itu telah diketahui umum, nyata sekali Islam Hadhari yang diperkenalkan hanya sebagai topeng untuk mereka melanggar hukum Allah.

    Kata Musoddak, perbuatan Abdullah dan Rosmah itu mungkin ada kaitannya dengan fatwa Setiausaha Parlimen DiJabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mashitah Ibrahim yang menghalalkan wanita yang dalam kesempitan hidup untuk melacur.

    "Mashitah orang kuat di Jabatan Perdana Menteri, dia juga dianggap ustazah Umno, mungkin Abdullah dan Rosmah fikir kalau melacur diri pun Mashitah kata boleh, takkanlah pegang bahu wanita yang tak beralas kain dan laga pipi antara lelaki dan perempuan tak boleh pula," ujar beliau.

    Sementara itu, Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), Che Din Arshad pula berpendapat adegan yang dilakukan Abdullah dan Rosmah itu memperlihatkan diri mereka yang sebenar.

    "Bagi orang Melayu, perbuatan itu amat pelik, Islam hukum haram, tetapi bagi sesetengah golongan Melayu mereka menganggap itu tidak salah kerana ia dianggap gaya hidup moden dan 'sporting'.

    Beliau pula mendesak cerdik pandai dari universiti-universiti untuk mengulas, jangan hanya pandai memuji Pak lah, inilah masanya mereka memberi teguran, jangan sanggup bersekongkol dengan perkara mungkar, adakah mereka hanya berupaya memuji tetapi tidak ada ilmu untuk menegur perkara sumbang seperti itu. - mr

     
    Betulkah kita DAYUSSSSSSSSSSSSSS
    01.04.07 (10:48 am)   [edit]

    Pengundi, pembayar cukai, pengguna Malaysia terlalu dayus!
    Posted on Sunday, December 31 @ 20:25:15 CST by lutfi

    Fokus Isu"Apakah kepentingan pemegang-pemegang konsesi yang berupa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa individu yang berjaya kerana ihsan kerajaan lebih penting daripada 24 juta pengguna, 3.5 juta pembayar cukai (cukai pendapatan saja) dan 10.3 juta pengundi?"

    Oleh A Kadir Jasin

    APAKAH
    pemerintah, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia begitu tidak berdaya sehingga terpaksa menjadi hamba kepada pemegang-pemegang konsesi kemudahan awam nasional?

    Bagi pemerintah, inilah gambaran dan hujah yang disogokkan kepada pengguna, pembayar cukai dan pengundi setiap kali ia mengizinkan kenaikan tol dan tarif oleh pemegang-pemegang konsesi ini.

    Alasan yang diucapkan ke sekian kalinya oleh pembesar-pembesar negeri sehingga sudah menjadi klise – kata-kata kosong yang tidak bermakna -- ialah pemerintah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian konsesi.





    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula, alasan itu dibuat dengan nada yang menyalahkan pemerintah terdahulu kerana menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi berkenaan.

    Banyak persoalan dan soal yang boleh ditimbulkan oleh masyarakat umum, oleh pengguna, pembayar cukai dan pengundi jika mereka mahu.

    Masalahnya ialah masyarakat pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia sudah menjadi terlalu dayus dan terlalu pasif.

    Misalnya kita boleh bertanya apakah beza antara pemerintah hari ini dengan pemerintah terdahulu yang merundingkan dan menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi ini?

    Bukankah Datuk Seri Abdullah Ahmad, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri S Samy Vellu dan majoriti anggota Kabinet sekarang adalah juga anggota pemerintahan yang lampau?

    Kalau pemerintahan sebelum ini yang mempelopori penswastaan dan merundingkan perjanjian-perjanjian konsesi boleh menangguhkan atau mengehadkan kenaikan tol dan tarif, mengapakah pemerintahan sekarang tidak boleh?

    Apakah kepentingan pemegang-pemegang konsesi yang berupa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa individu yang berjaya kerana ihsan kerajaan lebih penting daripada 24 juta pengguna, 3.5 juta pembayar cukai (cukai pendapatan saja) dan 10.3 juta pengundi?




    Mengapakah seorang menteri yang begitu gah dan bercakap besar seperti Samy Vellu mempersembahkan dirinya sebagai amat tiada berkuasa, amat tiada berdaya dan amat tiada berpengaruh apabila berdepan dengan pengurus-pengurus GLC dan dengan beberapa orang individu yang menjadi kaya raya atas ihsan kerajaan itu?

    Atau apakah pengurangan defisit dan pengimbangan belanjawan ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang nampaknya menjadi mantera pemerintahan sekarang lebih penting daripada kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata?

    Najib pernah menyebut kepada saya secara peribadi bahawa saya sepatutnya lebih simpati dengan kerajaan kerana saya (kononnya) memahami isu-isu ekonomi dan perniagaan.

    Tanggapan Timbalan Perdana Menteri tentang saya faham isu ekonomi dan perniagaan mungkin betul dan mungkin juga tidak.

    Namun jawapan saya kepada beliau mudah sahaja --- bukan kewajipan rakyat jelata memahami dan bersimpati dengan kerajaan, tetapi adalah kewajipan kerajaan memahami, bersimpati dan mengatasi masalah rakyat jelata.

    Itulah inti pati kontrak antara kerajaan dan rakyat jelata yang ditandatangani melalui peti undi setiap lima tahun sekali – yang terakhir pada tahun 2004.

    Sudah sampai masanya bagi kerajaan sekarang yang sangat megah dengan mandat besarnya memikirkan semula kaedah pelaksanaan projek-projek kemudahan awan dan penguatkuasaan perjanjian-perjanjian konsesi agar isu kenaikan mandatori tol dan tarif dapat diatasi.

    Ini boleh dimulakan dengan merunding dan menandatangani perjanjian konsesi yang lebih fleksibel dan tidak membebankan pengguna dengan pemegang konsesi projek-projek baru seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua dan Monoril Georgetown.

    Di pihak mereka pula, pengguna, pembayar cukai dan pengundi akan terus menjadi “mangsa” perniagaan raksasa dan francais nasional (seperti gula, gandum dan beras) jika mereka terus pasif dan sekadar bersungut sahaja.

    Mereka harus berfikir mengenai ironis keadaan dan nasib mereka sekarang. Mereka memberi mandat besar kepada kerajaan dan membayar cukai kepadanya.

    Dengan mandat yang ada kepadanya kerajaan menggunakan pendapatan cukai mereka untuk menubuhkan GLC dan memberikan kontrak berbilion ringgit kepadanya. Bukan itu sahaja. Banyak GLC dan pemegang konsesi raksasa diberikan pinjaman mudah (soft loan) oleh kerajaan untuk melaksanakan projek mereka.
     



    Pemegang konsesi ini pula memberikan kontrak pembinaan projek kepada anak syarikat mereka sendiri dan mengaut keuntungan awal.

    Apabila projek siap untuk digunakan, beban dipindahkan kepada pengundi dan pembayar cukai “kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban.”

    Kalau rakyat jelata, pengguna, pembayar cukai dan pengundi Malaysia mahukan kontrak sosial yang lebih adil, mereka harus memikirkan semula “perjanjian” di antara mereka dengan parti-parti politik yang menyembah mereka pada setiap pilihan raya.

    Mereka memerlukan kerajaan yang bersimpati dengan mereka dan bukan yang memohon simpati daripada mereka. Kerajaan yang memikul beban mereka bukan memindahkan beban kepada mereka.

    Ke manakah perginya wang berbilion ringgit yang dijimatkan apabila kerajaan menarik balik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga petrol, diesel dan gas masak naik mendadak awal tahun lalu?

    Ke manakah perginya keuntungan Petronas dan GLC yang berpuluh bilion itu?

    Kita harus memikirkan semula dan memastikan apakah jalan raya, bekalan air dan elektrik masih berupa perkhidmatan awam (public services) yang menjadi kewajipan pemerintah atau sudah ditukar menjadi perniagaan besar.
     
    Lawan beb Lawan....
    01.04.07 (10:27 am)   [edit]
    Pas hanya mahu kurang majoriti BN
    KOTA BHARU 3 Jan. – Pas akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam dalam pilihan raya kecil kawasan itu meskipun terdapat cadangan supaya pembangkang memulaukan sahaja pilihan raya berkenaan.
     
    TarakNama: heh heh heh.........susun kata mau ada strategi mau mantap....nanti ko tunggu aja kat batu Talam...sekali2 dengan talam tuuu kami telangkop atas kooo nanti...itu pon jika rakyat malaysia nie sedaq laa yg depa selama ini ditipu dan digula2kan tapi jika tak nampaknya TALAM tinggal TALAM je lah.... 
     
    9 cadangan untuk Mufti Perlis buktikan keikhlasan
    01.04.07 (10:20 am)   [edit]
    "Minta kerajaan-pusat atau negeri supaya tidak membazirkan wang rakyat dalam melaksanakan projek kerana ia adalah wang rakyat, dan inilah yang pernah dilakukan oleh Imam Nawawi, seorang ulama muda terhadap pemerintah di zamannya."

    Iinilah masanya juga beliau membuktikan bahawa beliau bukan hanya mahu menggunakan platform mufti itu untuk menyebarkan fahaman Wahabi yang ‘ditohmahkan’ kepadanya.

    Oleh rantisi_jr

    Isu intip khalwat nampaknya menjadi isu besar yang dibincang di dada akhbar. Nampaknya sahabat saya, Dr Asri ada ‘aura’ tersendiri. Justeru, saya mahu syorkan beberapa perkara di bawah yang boleh dilakukan oleh beliau. (Kalau beliau tak sempat baca, anak buah beliau boleh tolong sampaikan cadangan ini.)

    1. Tolong minta kerajaan (termasuk Perlis), media dan badan-badan tertentu supaya tidak menyambut awal tahun baru 2007 dengan perayaan berbentuk konsert hiburan dan yang melalaikan, apatah lagi ia disambut berbetulan dengan Hari Raya Qurban. Banyak dalil dari Quran dan Hadis SAHIH yang boleh menyokong kenyataan ini.

     

    2. Tolong buat kenyataan melalui media meminta remaja-remaja perempuan terutama Melayu Islam supaya memakai pakaian lebih sopan di khalayak umum dengan menutup aurat tanpa perlu mengikut budaya Barat.



    3. Boleh buat statement melalui press meminta pengusaha-pengusaha disko dan kelab malam mencari alternatif untuk terus mencari rezeki halal selain dari pusat-pusat hiburan tersebut.


    4. Minta media-TV dan majalah supaya tidak menyiarkan filem, gambar dan bahan-bahan lucah, separa lucah dan yang boleh merangsang shahwat dalam media masing-masing.


    5. Cuba syorkan kepada kerajaan supaya menutup segala pusat judi dan pusat-pusat pelacuran kerana ia menghakis kesucian agama Islam dan hak asasi umat Islam untuk berugama.


    6.Minta kerajaan robohkan patung helang besar di Langkawi atau tugu peringatan.  


    7. Syorkan kepada kerajaan supaya mensyaratkan kepada kilang-kilang mengambil paling kurang seorang guru agama Islam bagi mengajar pekerja-pekerja Islam tentang agama mereka, supaya pekerja-pekerja kilang tidak terus jahil tentang agama.


    8. Buat kenyataan meminta kerajaan meminda Perlembagaan dengan meletakkan Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi dalam perlembagaan negara.


    9. Minta kerajaan-pusat atau negeri supaya tidak membazirkan wang rakyat dalam melaksanakan projek kerana ia adalah wang rakyat, dan inilah yang pernah dilakukan oleh Imam Nawawi, seorang ulama muda terhadap pemerintah di zamannya.

    Inilah di antara syor-syor atau kenyataan yang boleh dibuat oleh Mufti Perlis, selain dari kenyataan tentang intip khalwat dan kayu kokka. Itupun kalau sungguh beliau mahu memelihara Islam-Quran dan Sunnah sebagaimana kenyataan beliau.

    Inilah saatnya beliau membuktikan kesungguhan mendaulatkan Quran dan Sunnah dalam bentuk yang lebih besar dan holistik melalui jawatan mufti, dan inilah masanya juga beliau membuktikan bahawa beliau bukan hanya mahu menggunakan platform mufti itu untuk menyebarkan fahaman Wahabi yang ‘ditohmahkan’ kepadanya.

     
    Hisamudin mana???
    01.03.07 (1:18 pm)   [edit]
    Yuran wajib murah -- Bayaran tambahan berbeza mengikut persetujuan PIBG
    KUALA LUMPUR 2 Jan. – Semua sekolah rendah di Terengganu mengenakan yuran maksimum RM14.50 manakala pelajar tahun satu sebuah sekolah di Bachok, Kelantan meminta ibu bapa di sana membayar yuran keseluruhan berjumlah RM107.
     
     

    Belanja besar setiap kali persekolahan bermula
    BATU PAHAT 2 Jan. – Bermulanya musim persekolahan bermakna ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar, lebih-lebih lagi jika anak yang bersekolah masih ramai.

    Yuran sekolah di Terengganu rendah
    KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Kadar yuran sekolah kebangsaan di Terengganu telah ditetapkan maksimum RM14.50 untuk sekolah rendah manakala sekolah menengah pula maksimum RM24.50 iaitu antara yang paling rendah di negara ini.

    Ibu bapa di Kedah setuju yuran sekolah diseragam
    ALOR STAR 2 Jan. – Kadar bayaran yuran sekolah kebangsaan yang berbeza-beza wajar diseragamkan bagi memastikan ibu bapa tidak menanggung beban kewangan yang tinggi setiap kali sesi baru persekolahan bermula. 
     
    TarakNama: eikkk apa laa kementerian buat nie...guru besat buat apa nie....nganga kaa
     
    Jom Bantah....
    01.03.07 (1:05 pm)   [edit]

    Kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang naik antara 30 sen dan RM1 mulai 1 Jan ini.

    Lima lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

    Kadar baru bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen).

    Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas satu
     
    TarakNama:... Hah nganga lagi jom pakat p.....
     
    Sehubungan itu bagi merealisasi kemarahan terhadap penindasan ini, rakyat Malaysia khususnya penduduk di sekitar Lembah Klang diminta turut serta dalam demonstrasi membantah kenaikan tol pada 7 Januari (Ahad ini) di hadapan Sunyway Pyramid bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan 'penindasan'.
     
    Berani JOM LAWAN secara gentleman...
    01.02.07 (11:05 am)   [edit]
    BN mampu kekalkan kerusi DUN Batu Talam
    MELAKA 1 Jan. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang sekiranya pilihan raya kecil diadakan.
     
    TarakNama:...cubalah jika ko mampu..janji jangan main kotor...jangan guna harta kerajaan...
     
    ini ada seorg sahabat buat penjelasan...tak tahu lee org UMNO nie paham ke tak??
     
    Parti politik adalah satu organisasi yang merebut hak untuk memerintah negara. Dan apabila mendapat hak tersebut, parti yang memenangi majoriti kerusi berhak menjalinkan kerjasama dengan parti lain yang dipilih mereka sendiri untuk membentuk kerajaan.

    Apabila mereka sudah membentuk kerajaan, maka, kerajaan harus melayan kesemua rakyat termasuk yang tidak mengundi mereka kerana mereka semua adalah warga negara, sama adil dan saksama.

    1. Polis bukan agensi UMNO.
    2. SPR bukan sayap pemuda UMNO.
    3. Jabatan Pendidikan bukan sayap Puteri UMNO.
    4. RTM bukan unit UMNO.
    5. Jabatan kerjaraya / Jabatan itu / Jabatan ini, bukan cawangan UMNO.
    6. Balai raya bukan markas UMNO.
    7. Balai raya bukan bangunan Kemas.
    8. BPR bukan unit lembu UMNO.
    9. Jabatan Agama bukan unit agama UMNO.
    10. Jabatan pendaftaran bukan unit pendaftaran UMNO.
    11. Bank negara bukan bank UMNO.
    12. Kementerian kewangan negara bukan kementerian kewangan UMNO.


    Tetapi inilah terjadi. Melayu tidak mampu menjadi sebijak ini (menyedarinya).

    Wallahualam.
     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog