Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter
    TOP 10 tBlog


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     MALAYSIAN BLOGS
    A Kadir Jasin
    ABIM
    Aisehman
    Aliran
    Anwar Ibrahim 3.0
    Buletin Online
    Cetusan Minda
    Diari Pemantau Media
    DJ Novin
    Faisal Mustaffa
    Gelanggang Keris Silau
    Generasi M
    GERAK
    Gerbang Ruhanie
    Gobala23
    In-human Rights
    James Wong Wing On
    Kassim Ahmad
    KMU Dot Net
    Laman Marhaen
    Lim Kit Siang Blogspot
    M Bakri Musa
    Mahaguru58
    Malaysia Watch
    MCOBA Blog
    MCOBA Offside
    MGG Pillai
    Minda Madani
    MyIslamNetwork
    Peace Palestine
    Peguampas
    Rocky's Bru
    Roslan SMS Corner
    Sabah Talk
    Sang Kelembai
    Sarawak Talk
    Screenshots
    Suaram
    Teng Chang Khim Online
    The Haj Journey
    The Malaysian
    TKC Old Girls Blog
    Umno Reform
    Ummah Online
    Wengsan's Blog
    When Perak meets Pahang
     
     

    Menarik Hari Ini...
    03.01.07 (7:56 am)   [edit]
    Peluang besar Barisan Nasional rampas kerusi Pas
    ALOR STAR 28 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid percaya Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
     
    TarakNama: Peluang tang mana datuk...mehhh lawan dulu laaa kalau setakad sembang aku pon boleh... 
     
    Siasat ke akar umbi: KPN
    KUALA LUMPUR: Polis meneliti semula kertas siasatan berhubung kes Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang didakwa terbabit dalam rasuah, gangguan seksual dan salah guna kuasa.
     
     
     
     
    Kes Zulkipli disemak -- Peguam Negara teliti semula kertas siasatan Ketua Pengarah BPR
    KUALA LUMPUR 28 Feb. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara hari ini.
     
    TarakNama: SIASAT JANGAN TAK SIASAT.....kalau salah pancung aja dok biaq buat apa lagi kat muka bumi nie.... 
     
     
     
    Aku tak kesah..!!!
    02.23.07 (1:30 pm)   [edit]
    Pak Lah tak kisah…

    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin keraguan rakyat pada kemampuan pentabirannya lama kelamaan akan hilang setelah projek-projek bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dilaksanakan dengan baik dan teratur dan membuahkan hasil.Perdana Menteri mengakui beliau sedar mengenai cakap-cakap banyak program kerajaan tidak terlaksana dan lembab.“Banyak sangat cakap-cakap yang mengatakan banyak program kita tidak laksana, perlaksanaan kita lembab, tak palah depa nak komen, siapa nak komen…saya tak apa-apa”katanya ketika menjawab soalan Agendadaily semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur Khamis malam.
     
    TarakNama: Memang bebal betul la dia nie.... 
     
    OTAK yg haru biru...
    02.23.07 (1:28 pm)   [edit]
    Arahan doa bahasa Melayu dalam majlis rasmi - Umno makin cemari Islam
    Salmiyah Harun
    KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh)- Kekuatan agama Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini, semakin rapuh walaupun agama itu sudah termaktub di dalam perlembagaan berpunca dari kelemahan pemimpin-pemimpin Umno yang menerajui kerajaan.

    Ini dapat dilihat apabila kabinet mengarahkan agar pembacaan doa di majlis-majlis rasmi yang turut dihadiri bukan Islam dilakukan dengan cara yang turut juga menghormati amalan agama mereka.

    Doa itu juga boleh dibaca secara umum tanpa penggunaan bahasa Arab supaya ia boleh disertai oleh semua yang hadir.

    Timbalan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, berkata, tindakan kerajaan itu menunjukkan pimpinan Umno, walaupun pada dasarnya menekankan Islam gagal menjaga dan mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara.

    Tegasnya, tindakan itu juga merupakan percubaan untuk menyamaratakan agama Islam dengan agama lain memandangkan doa yang dibaca oleh orang Islam secara tidak langsung turut melibatkan soal akidah dan pegangan umatnya.
     
    TarakNAma: Awat haru biru sangat otak UMNO nie..... 
     
    Skodeng FREE
    02.23.07 (1:26 pm)   [edit]
    PM arah henti intip kes maksiat
    JAKARTA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pentadbiran agama Islam kerajaan negeri menghentikan sebarang usaha mewujudkan kumpulan pengintip bagi mengesan perbuatan sumbang atau maksiat di kalangan umat Islam kerana banyak lagi cara lain untuk memperbetulkan akhlak mereka.
     
    TarakNama:....heh heh heh naya mat2 rempit kat ganu....ingatkan dah boleh skodeng FREE 
     
    UMNO oh UMNO.....
    02.23.07 (1:21 pm)   [edit]

    Tidak wajar tidak nyanyi lagu Negaraku – Hishammuddin
    PUTRAJAYA 22 Feb. – Tindakan kebanyakan sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan tidak menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku dan lagu negeri, Selamat Sultan adalah tidak wajar.

    Isu Negaraku diputuskan pengurusan YIK
    KOTA BHARU 22 Feb. – Isu lagu Negaraku dan Selamat Sultan yang tidak dinyanyikan di kebanyakan sekolah kendalian Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan dibincangkan pada peringkat Lembaga Pengurusan Sekolah yayasan itu tidak lama lagi.
     
    TarakNama: Inilah UMNO dah tak ada apa nak balon tok guru sampai lagu negaraKU dijadikan ISUnya...
     
    Nasyid, Negaraku dinyanyikan di SAR
    Maslan Yusoh

    KOTA BHARU, 22 Feb (Hrkh) – Yayasan Islam Kelantan (Yik) menganggap dakwaan mengatakan sekolah agama di bawah pentadbirannya tidak menyanyikan lagu Negaraku sebagai kes terpencil.

    Jurucakapnya berkata, perkara itu tidak berbangkit memandangkan lagu Negaraku dan nasyid Asma Ul Husna dinyanyikan pelajar-pelajar sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat (SAR) pada perhimpunan yang diadakan.

    “Perhimpunan pagi Ahad yang diadakan lagu Negaraku dan nasyid nama-nama Allah dinyanyikan pelajar-pelajar sekolah agama. Oleh itu adalah tidak berbangkit ada pihak mengatakan sekolah Yik tidak patriotik,” katanya di sini.

    Di PASIR PUTEH, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, amalan menyanyikan lagu-lagu nasyid nama-nama Tuhan sudah lama dipraktikkan di sekolah-sekolah agama.

    “Sebelum Yik mengambil alih sepenuhnya sekolah tersebut, pihak pentadbirannya sudah mengamalkan nasyid-nasyid yang memuji kebesaran Allah.

    Image“Dan setelah berada di bawah Yik amalan itu tetap diteruskan di samping menyanyi lagu Negaraku dan lagu negeri. Adalah tidak benar ada pihak mengatakan pelajar sekolah agama di Kelantan tidak patriotik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

    Sebuah akhbar kelmarin mendakwa lagu kebangsaan dan lagu negeri tidak dinyanyikan di sekolah-sekolah agama di bawah Yik sejak PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990.

    Malah, Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno, Ahmad Ikmal Ismail dilaporkan berkata, tindakan sekolah agama di Kelantan tidak menyanyikan lagi Negaraku dan Selamat Sultan sebagai memalukan.


     
    Mendebarkan,membimbangkan.................
    02.21.07 (5:13 am)   [edit]
    60%  bangsa Cina tolak Barisan Nasional

    Mendebarkan,membimbangkan . Benarkah 60% bangsa Cina kini menolak Barisan Nasional. Ini bukan berdasarkan konklusi anggaran tetapi dikatakan adalah melalui culaan statistik. Sekiranya ini benar dan peratus sokongan kepada UMNO juga merosot maka mungkinkah pembangkang akan menunjukkan pretasi yang lebih baik atau dapat menafikan majoriti undi. Sekiranya 60% bangsa Cina menolak BN adakah mungkin bandar- bandar besar negara ini akan terlepas kepada Cina? Apakah nasib Barisan Nasional dan UMNO yang gagah memperjuangkan nasib Melayu? Adakah dengan penolakkan itu akan memberi lebih demokrasi kepada Malaysia atau terlaksana Malaysian Malaysia yang dimimpikan oleh DAP atau Democratic Action Party? Apa pula agenda Melayu waktu itu? Adakah agenda ini terlupus dan meminggirkan Melayu khususnya setelah kalah dalam persaingan ekonomi.Apakah implikasi terhadap pemalingan keturunan Cina terhadap Barisan Nasional?
     
    Melayu mana yang dapat peluang?
    02.21.07 (5:12 am)   [edit]

    Kita telah memberi peluang kepada Melayu tetapi mereka tidak berjaya mengambil opurtuniti tersebut  Mahathir Mohamed Off The Edge Feb 2007

    Hari ini kita lihat ramai yang timbul, antaranya adalah orang - orang UMNO yang rata - rata dahulu menutupkan sebelah atau kedua - dua mata terhadap kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, perbuatan menakutkan rakyat, menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sekelompok orang - orang Melayu kini bangkit menceritakan penindasan , soal demokrasi, soal kebebasan media di bawah Pak Lah. Mereka bangkit menentang Pak Lah kerana polisi membebankan rakyat, tiada ketelusan , rasuah dan salah guna kuasa. Ironisnya Mahathir juga bangkit menentang sedangkan beliau punca UMNO Baru jadi begini , penuh dengan ahli yang hanya mahu sesuatu - wang dan kekayaan biar siapa pun tertindas. Penyerang Pak Lah bangkit mendadit dada, mempersoalkan kepincangan perlakuan Pak Lah. Ini sekarang wujud hanya kerana satu sebab - mereka tidak menjadi kronis Pak Lah, mereka susah berniaga dan kini mereka tersepit dalam kekuatan ekonomi palsu sahaja.

    Bagi saya biarlah pembangkang yang konsisten menghentam UMNO dari mereka yang hadir dari sistem yang korup kini tidak berpeluang melakukan korupsi untuk memenuhi kantong masing - masing. Lebih buruk lagi, Bapa didaktor Malaysia, Bapa Korupsi Malaysia dan Bapa segala kemusnahan UMNO kini bercerita mengenai intergriti - anti korupsi dan kesalahan polisi pemerintahan Pak Lah. klik sini
     
    Isu hadiah contoh rakyat dipermain
    02.21.07 (5:10 am)   [edit]
    Isu hadiah contoh rakyat dipermain
    SAYA ingin mengulas mengenai hadiah kereta MyVi yang dijanjikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, bagi mereka yang memohon MyKad dalam tempoh ditetapkan. Kalau menteri sendiri sudah berjanji, ia tidak sepatutnya ditarik balik atau dimansuhkan begitu saja
     
    TarakNAma: Sedaq Tak Pa ingatkan tak sedaq lagi.... 
     
     
    Come On laaa cari isu lain la jika nak mohong pon...
    02.21.07 (4:58 am)   [edit]
    Negaraku tidak dinyanyikan di SAR Kelantan

    KOTA BHARU 20 Feb. – Lagu kebangsaan, Negaraku dan lagu negeri, Selamat Sultan tidak dinyanyikan pada perhimpunan dan acara lain di kebanyakan sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan.

    Amalan itu dikatakan beransur terhenti sejak Pas mengambil alih pemerintahan pada tahun 1990 dan hanya mengekalkan bacaan doa serta nasyid kerana lagu-lagu itu dikatakan dikaitkan dengan unsur semangat kebangsaan.

    Menurut sumber, para pelajar juga tidak ditanam dengan semangat patriotik terhadap bangsa dan negara, sebaliknya disemaikan dengan fahaman yang lebih menjurus ke arah pembentukan pegangan politik mereka pada masa depan.
     
    TarakNama: Plz laa my friend..jika nak berpolitik pon jangan la isu bangang macam nie...Takkan budak yg keluaq sek agama tu tak ada semangat cintakan negara....sbb cintakan negara dan agama laa depa dok lawan ko org tuuu dr dok biaq melingkopkan negara...come on laaa p cari isu lain laaa....tuuuu mat rempit yg berkeliaran tuuu cintakan negara laaa.....depa tu bkn saja cintakan negara malah jugak cintakan nyawa...bangang betoi la ko org nie... 
     
    Untung Punya Pasal...
    02.21.07 (4:53 am)   [edit]

    Bahaya makanan segera -- 200 jenis produk digemari jadi punca pelbagai penyakit

    Oleh: S. ANAND KUMAR dan NURUL ANUAR KARI

    KUALA LUMPUR 20Feb.– Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.

    Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

    Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.

    Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.

    Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan.

    Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.

    Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.
     
    TarakNama: Nak buat camna semuanya just mengejar keuntungan.... 
     
    jangan anda terkejut
    02.21.07 (4:50 am)   [edit]
    Musa tegas mengatakan : dalam usaha polis berjuang menentang jenayah, pihak polis kalanya kecewa dengan sesetengah ahli politik yang mahukan polis menutup sebelah mata (Sin Chew)

    Ini adalah petikan kata - kata Ketua Polis Di Raja Malaysia dalam senimar “Crime and Changing Social Values in the Malaysian Society” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru - baru ini. Blog Lim Kit Siang mempersoalkan ahli politik mana yang mengecewakan pihak polis dan kenapa polis tidak mengambil tindakan yang lebih tegas kerana meminta polis untuk menutup sebelah mata menyalahi undang - undang. Tindakan meminta Polis menutup mata adalah satu tindakan yang serius khususnya yang berkaitan dengan jenayah. Menurut Lim Kit Siang lagi kepercayaan terhadap polis semakin menipis dan ini adalah kerana polis dilihat hilang kawalan/genggaman dan terpaksa akur kepada kuasa - kuasa politik. Ini amat membimbangkan sekira polis adalah alat kepada kuasa politik. Laporan ini wujud dalam akhbar berbahasa Cina,Sin Chew sungguhpun kenyataan yang di buat oleh Ketua Polis Negara itu amat serius. Sepatutnya semua akhbar mula mempersoalan implikasi kenyataan Ketua Polis ini. Adakah benar polis kecewa kerana ada kuada politik melangkaui undang - undang? Adakah kuasa polis terhad dan undang - undang mempunyai dua sasaran berbewa, undang - undang untuk mereka yang mengawal kuasa politik dan satu untuk rakyat?

    Ini amat mendukacitakan. Adakah ini cara polis? Mungkin ini adalah hakikat kebenaran. Musa tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kalau ianya tidak benar. Adakah ini menunjukkan kebenaran bahawa terdapat pendakwaan terpilih dalam negara kita ini? klik baca artikel Lim Kit Siang dalam blognya klik sini
     
    TarakNama: Inilah dikatakan kuasa Allah itu mengatasi segalanya.....skrg fikirkanlah apa yg selalu dikatakan oleh pembangkang selama ini...kini ianya telah dinyatakan sendiri oleh Ketua polis Negara...Fikirkanlah...!!!! 
     
    CINA kapiaq lagi FAHAM drp ISLAM
    02.17.07 (10:14 am)   [edit]
    Tahniah buat peniaga seperti Boon! PDF Cetak E-mail
    M Faqih
    Thu | Feb 15, 07 | 02:20:30 AM

    Ketika orang ramai sibuk memperkatakan PAS dan Keadilan memboikot pilihan raya kecil Dun Batu Talam dan banjir di Johor, tiba-tiba rakyat Kelantan dikejutkan dengan episod lain pula.

    Sekali dengar seperti tidak percaya. Namun itulah adegan yang disifat mengusik lubuk hati orang Melayu. Maka dicatat dalam sejarah 6 Januari lalu, laporan koran (media) menyebut seorang lelaki Melayu naik berang selepas seorang pelayan kedai menjual arak enggan melayannya untuk membeli arak.

    Laporan itu menyebut: "Pada pukul 12.20 malam, seorang lelaki dikatakan naik berang setelah pelayan di sebuah kedai minuman enggan melayan permintaannya untuk membeli arak. Lelaki itu menggertak untuk menahan semua pelanggan yang berada dalam premis itu dan bertindak membatalkan lesen kedai." – Lihat Utusan Malaysia 10 Januari 2007.

    Rakan sebuah akhbar berbahasa Cina mengakui seorang pemberitanya berada di lokasi tempat kejadian berlaku. Menurutnya lelaki berkenaan menyedari aksinya dirakamkan.

    Keesokan harinya terpampang berita dalam akhbar berkenaan. Namun akhbar Melayu menyusul dua hari kemudian. Sedih benar bagi penduduk Kelantan sekiranya dakwaan itu benar. Sedangkan dalam surah al-Baqarah ayat 219 Allah mengingatkan:

    “Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal tuak (arak) dan judi. Katalah: Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.”

    Cuba pula teliti Hadis Nabi Muhammad s.a.w.:

    Dari Aisyah r.a katanya: "Rasullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman keras yang terbuat daripada madu bernama bit’i. Baginda bersabda: 'Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang).'"

    Peringatan keras terhadap minuman arak juga dapat dilihat dalam Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerajaan Kelantan di bawah tajuk Syurb. Fasal 22 (i) menyebut syurb adalah kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukum sebat lebih daripada 80 kali dan tidak kurang daripada 40 kali.

    Laporan akhbar itu juga menyebut pelayan kedai berkenaan yang dikenali sebagai Boon memberitahu lelaki itu turut mengaku sebagai pegawai pasukan keselamatan sambil mengeluarkan kad kuasa. Akibat kejadian itu, pemilik kedai terbabit mendakwa mengalami kerugian apabila pelanggan yang diancam meninggalkan premis berkenaan.

    Biar pun begitu kita tabik kepada Ketua Polis Kelantan, Dato’ Zulkifli Abdullah yang menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang menyalahgunakan kuasa.

    Namun kita berharap kisah itu sekadar kes terpencil, yang tidak menggambarkan keseluruhan pasukan keselamatan. Ada pula rakan-rakan mengusik tidak ramai pegawai minat berkhidmat di Kelantan kerana kekangan-kekangan sosial seperti itu.

    Di Kelantan premis menjual arak hanya dibenarkan kepada bukan Islam dan orang Islam dilarang masuk. Lesen premisnya dilulus berdasar kepada keperluan penduduk bukan Islam.

    Berdasarkan kepada pengakuan Boon kepada media, jelaslah dalam dirinya ada integriti. Dia mematuhi permit ditetapkan pihak berkuasa tempatan, tahniahlah peniaga seperti Boon.

    Kalau di negeri lain, ada rakan mengusik macam-macam alkisah berlaku. Kalau dibelek-belek akhbar ada pegawai kerajaan ditukar serta merta kerana ketua kerajaan tidak berpuas hati terhadapnya. Sebab itulah di Kelantan pentadbiran kerajaan negeri berteras kepada pengabdian kepada Allah (ubudiah), bertanggungjawab (masuliah) dan kecemerlangan (itqan). Ia mementingkan sikap kebertanggungjawaban kepada pencipta dan bukan sekadar terhadap sesama manusia.

    Bukan lagi sekadar slogan bersih, cekap dan amanah yang tidak dihubung jalin dengan akhirat. Rakyat Kelantan mengharapkan sifat ubudiah itu benar-benar tercerna, bukan sekadar pemimpin utama negeri, sebaliknya pegawai dan kakitangan bawahannya. Kita tabik kepada pegawai bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawabnya.

    Lebih menarik lagi amalan agama tidak dikesampingkan. Tetapi malangnya ada sesetengah kes ketegasan dipamerkan pula tidak bertempat. Ada anak buahnya cerita selepas solat sunat Dhuha, terus maki hamun. Kita pun hairan, amalan agama sudah bagus tetapi perbuatan kurang Islamik.

    Harap-harap kisah lama itu sudah tidak wujud lagi. Begitu juga bagi pemimpin politik, kadang-kadang kita keliru di antara agenda rakan-rakan dan kerajaan. Biarlah apa yang kurang menarik itu kita tinggalkan selepas menjejaki tahun 1428 Hijriah. Isu ada pihak mahu guna kembali tema Maal Hijrah menggantikan Hijratul Rasul bukan lagi menjadi persoalan pokok.

    Kecemerlangan Islam akan terpancar juga, kalau kita benar-benar ikhlas. Jangan pula ketika rakyat sudah ditarbiah dengan kehidupan beragama, ada tangan lain mengait dari belakang.

    Ada baiknya diteladani usaha calon Bebas Ng Chee Pang, 21 menyuburkan demokrasi di Batu Talam, biar pun awal-awal lagi terkesan tidak mampu menang. Sekadar enggan memberi kemenangan percuma buat Abdul Aziz Kiram, 47.

     
    LEMBUT SANGAT KO org Nie...
    02.17.07 (9:54 am)   [edit]
    Kes remaja terlibat jenayah meningkat
    KUALA LUMPUR 16 Feb. – Masyarakat perlu berganding bahu bersama polis dalam usaha mengatasi masalah jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
     
    TarakNama: ini berita utama bagi aku hari nie....bayangkan generasi ini akan memerintah negara 30,40 thn lagi....habis rosak negara jika biaq kat epa...pasai pa jadi camnie....Bagi aku kita berlembut sangat dgn bebudak nie...yg dok layan kerenah depa apa hal...cth mat rempit..tangkap dan sumbat aja dlm penjara...pastu suruh buat kerja2 amal p kutip sampah kaa apa kaaa...yg dok belai2 depa nie apasal....hukuman dan akta tu tukaq laa takyah dok denda duit lagi....buat habis karan jaa...TEGAS la sikit buat camna hangpa nak kutip VCD2 haram dulu tuuu....sampai nak beli pon susah waktu tu stok habis kena rampas...bukan tak boleh buat pon...nak sembang ja lebih... 
     
     
    main sedap cakap jee...
    02.17.07 (9:44 am)   [edit]
    Masa bubar Parlimen -- Pakar anggap ekonomi negara sangat stabil, memberangsangkan
    KUALA LUMPUR 16 Feb. – Seorang pakar ekonomi tempatan yakin sekarang adalah masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.
     
    TarakNAma: ahhhh tunggu lagi BUBAR aja laaa................
     
    Rakyat kini lebih selesa – Abdullah
    PUTRAJAYA 16 Feb. – Rakyat Malaysia kini memiliki tahap keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang tinggi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 
     
    TarakNAma: Selesa menda sedap je ko cakapnya Selesa...mohhh ko mai turun kat kawasan pendalaman di gubir greek kg jejarum baling ko tgk sendiri camna susah payah nak cari rezeki....
     
    Pastu keluarga tu bahagia menda anak2 terbiaq di malam hari merempit sana sini....pencuri plak bermaharaja lela....selesa lagi...???

     
    UGUTlah KAMU sebelum kamu DIUGUTKAN...
    02.16.07 (6:15 pm)   [edit]
    Seorang lagi pemimpin PKR jadi sasaran Print E-mail
    Rabu, 14 Februari 2007
    MK - Fauwaz Abdul Aziz   Feb 12, 07 7:09pm

    Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat – Timbalan Setiausaha Agung, Dr Xavier Jeyakumar – menjadi sasaran apabila rumahnya dibaling dengan botol kaca berisi cat putih.

    Beliau terjaga pada kira-kira jam 1.30 pagi apabila terdengar bunyi kaca pecah di rumahnya di Taman Klang Jaya. Ketika itu dia juga terdengar bunyi anjingnya menyalak dan bunyi motosikal beredar dari situ.

    Apabila membuka pintu depan rumahnya, Xavier menemui botol kaca berisi cat putih yang dibaling dari luar pagar dan mengenai dinding tempat letak kereta di rumahnya.

    Lantai dan dinding tempat letak kereta, pintu depan, kereta Toyota dan Volvo dan dua ekor anjingnya terkena percikan cat tersebut. 

    Selain daripada pecahan kaca, tidak ada kerosakan lain yang berlaku. Xavier menganggarkan kira-kira RM1,000 diperlukan untuk membersihkan tempat letak kereta serta membersihkan cat yang terkena pada keretanya itu.

    “Keluarga saya masih terperanjat dengan kejadian tersebut. Ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini,” katanya.

    Bermotif politik?

    Xavier berkata, akvititinya dalam parti, yang membabitkan isu-isu mengenai pembangunan dan untuk pihak-pihak tertentu, mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

    “Nasib baik cat putih dan bukan warna merah atau warna lain yang mungkin memberi mesej yang lain,” katanya.

    Pada 19 Januari lalu, Naib Presiden, Azmin Ali diserang di depan rumahnya di Ampang Jaya oleh empat lelaki yang bersenjatakan parang dan batang besi. Mereka memaksanya menyerahkan telefon bimbitnya dan wang tunai RM2,000.

    Seperti juga Azmin, Xavier berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga bermotifkan politik.

    Balai polis Klang, yang menerima panggilan Xavier, telah mengambil kenyataan di rumahnya
     
    Oi LENA lagi
    02.16.07 (7:14 am)   [edit]
    Israel mahu bina kuil di tepi Masjid Al-Aqsa
    BAITULMAQDIS: Pakar arkeologi Israel, Meir Ben Doff mendakwa tugas penggalian rejim Zionis berhampiran Masjid Al-Aqsa adalah bagi pembinaan sebuah kuil Yahudi di pekarangan kompleks masjid berkenaan dan bukannya projek pembaikan jambatan lama seperti digembar gemburkan Israel. Malah beliau mendakwa mempunyai dokumen bagi menyokong dakwaannya itu dan memberi amaran, pembinaan kuil itu boleh menyebabkan Masjid Al-Aqsa runtuh. Kenyataannya itu dibuat ketika satu laporan lain memetik pemimpin Islam Baitulmaqdis, Sheikh Ekrema Sabri mendakwa kerajaan Israel menipu masyarakat antarabangsa dengan mengakui kerja penggalian berhampiran Pintu Magharba, sudah digantung.
     
    TarakNama: hanya ayat pelaq anak haram bejadah aja yg mampu aku cakap kat bangsa pelaq nie..... 
     
     
    Tol: bayar @ tak
    02.16.07 (7:11 am)   [edit]
    Penduduk guna tol Sungai Nyior perlu terus membayar
    PULAU PINANG 15 Feb. – Lebih 300,000 penduduk di Seberang Jaya dan Butterworth akan terus terpaksa membayar tol di Plaza Tol Sungai Nyior dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi kerana jalan alternatif yang dicadangkan masih dalam pembinaan.
     
    TarakNama: bayaq aja laa dah yg tu yg hangpa sokong tak baik lawan cakap pemerintah yg kita pilih nanti derhaka namanya....
     
    Kenaikan tol: Lima pilihan untuk rakyat
    Mohamed Hanipa Maidin
    2007-02-15 12:31:12

    Tahniah kepada rakyat Malaysia. Tahun 2007 disambut dengan hadiah kenaikan tol oleh Kerajaan BN di beberapa buah lebuh raya di Lembah Klang. Kenaikan tol kali ini agak "menarik" kerana kadarnya amat tinggi iaitu menjangkau daripada 20 peratus hingga 60 peratus. ..

     
     
    Ada berani....
    02.16.07 (7:09 am)   [edit]
    Perkenal semula cawat besi elak rogol
    HULU TERENGGANU 15 Feb. – Pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa, kata tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.
     
    TarakNama:....ini nak kategori ayat perli atau dato tak pikiaq betoi2 kaa masalah nie.....tak payah aihh dato buat aja hukuman seperti yg tok guru kami cadangkan nie tak yah dok cakap pusing2
     
    Hudud mampu kurangkan kadar jenayah – TG Nik Aziz -- ada berani?????

     
    Antara Anak & Bapak
    02.16.07 (7:03 am)   [edit]

    Tambahan RM2.6b dilulus -- Tingkatkan mutu, prasarana pendidikan luar bandar – PM

    SEMPORNA 15 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM2.6 bilion bagi pembangunan pendidikan luar bandar menjadikan keseluruhan peruntukan untuk penduduk desa di seluruh negara berjumlah RM12.3 bilion.
     
    TArakNAma: Lo ada duit banayak lagi rupanya.....ingat dah tak ada dah...habaq kata ta duit tak ada laa rakyat kena jimat laa..apa laaa last jemput sikit p letak kat pelajaran....ini kira kata baik laa pemimpin berjiwa rakyat dalam dok makan sikit2 tuu ada ingat jugak laa kaa pelajaran nie....mmmm
     
     
    Naik gaji: Najib minta kakitangan awam bersabar
    KUALA LUMPUR 15 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta lebih 800,000 kakitangan awam yang menuntut kenaikan gaji baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan masih dalam peringkat memperhalusi permintaan tersebut.
     
    TarakNama: anak2 dah bantu dah nak ngaji camna nie mak bapak yg dok ligat cari wang belanja nak sara keluarga tak nak bantu jgk kaa takkan nak perayat dgn ayat sabaq aja....sabaq laa no bersyukurlaa noo hanya banyak nie yg kita ada..... 
     
     
    UMNO yg still buta kayu
    02.15.07 (7:11 am)   [edit]
    Berterus-teranglah dengan yang nyata

    Saya masih lagi membelek-belek akhbar tempatan pagi ini, melompat antara membaca The Star dan The Sun, belum pun sempat sentuh Utusan. Tiba-tiba perhatian saya tertarik kearah satu berita kecil dalam The Sun dimuka 11 bertajuk:

    Leader in education but more needs to be done: UN man

    Pelapor Khas atau Special Rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, berhubung hak asasi terhadap pelajaran, Vernor Villalobos rupanya berada di Malaysia untuk mengkaji sistem pelajaran dan pendidikan negara untuk dilaporkan kepada Majlis Hak Asasi UN.

    Villalobos dalam sidang akhbarnya menyuarakan kebimbangan terhadap Akta Kolej Universiti 1971 yang menurut beliau menyekat hak berperasatuan, hak bersuara dan menyatakan pendirian politik dikalangan mahasisiwa tempatan yang menurut beliau jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.

    Rupanya menurut laman web MALAYSIAKINI kedua-dua Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi enggan berjumpa Villalobos sepanjang misinya ke Malaysia. Sedangkan menurut beliau di negara-negara lain yang dikunjunginya beliau menerima penghormatan dan layanan yang baik dari pimpinan tertinggi negara dalam portfolio pelajaran dan pendidikan.

    Yang lebih menarik perhatian saya sebagaimana dilaporkan oleh laman web berkenaan betapa Villalobos turut menyuarakan pandangan berhubung pengajaran subjek sains dan matematik di sekolah-sekolah dalam Bahasa Inggeris.

    Menurut beliau:

    there was a need to re-examine the re-introduction of English to teach Mathematics and Science subjects since many rural students struggle with the language

    Menteri tak nampak, Timbalan Menteri tak nampak, ahli-ahli parlimen lebih lagi tak nampak rupanya seorang asing dari entah mana negara, boleh berkunjung ke sini dan dengan jelas mendapati bahawa anak-anak kita di sekolah berhadapan dengan masalah, namun kita tetap berkeras kepala mahu meneruskan program yang meranapkan masa depan anak-anak bangsa ini.
     
    by: roslanSMS ®
     
    JOM RAGUT
    02.15.07 (6:58 am)   [edit]
    Hadiah motosikal jika tangkap peragut
    BALING 14 Feb. – Putera UMNO menawarkan hadiah sebuah motosikal kepada orang ramai yang berjaya membantu menangkap peragut di daerah ini.
     
    TarakNAma: ketawa lagi aku pagi nie.....adusssss negara aku sampai camnie sekali...mana peginya sifat bantu membantu tolong menolong....kata Malaysia penuh dgn sifat2 tersebut....come on lah (AYAT RADZHI SHEIH AHMAD)
     
     
    Cakap Pandang2....
    02.15.07 (6:54 am)   [edit]
    SAR jadi mangsa politik
    KOTA BHARU 14 Feb. – Jabatan Pelajaran Kelantan kesal dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dianggap mencerminkan sikap kepimpinan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan politik.
     
    tarakNAMA; Siapa yg sebenarnya nak berpolitik....jika cakap baba agama nie muhasabah sikit jangan nanti kancing gigi kena sumpah kot... 
     
     
    DINAR ohh DINAR
    02.15.07 (6:50 am)   [edit]
    Urus niaga guna emas cegah susut nilai mata wang
    KUALA LUMPUR 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang
     
    TarakNama: nah satu pukulan smash kepada si awang adek yg tak cerdek...itu laa lain kali nak berpolitik biaq laa ada batasan sikit jangan main semberono aja nak mengata kat orang....skrg cuba tengok...kedebuk kena atas kepala sendiri...awat hang ingat kami lupa ka apa yg hang dok kata pasai Dinar EMAS kelantan tempohari....Sekarang cuba tengok siapa ikut siapa....he he he (aku hanya mampu ketawa tengok juak2 umno nie) 
     
     
    Bodoh oh Bodoh..he he he
    02.15.07 (6:45 am)   [edit]
    Shahidan gesa Radzi tarik balik perkataan ‘bodoh’
    KANGAR 14 Feb. – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad digesa menarik balik kenyataan beliau yang secara keras menyifatkan pemberian upah bagi memperbaharui MyKad yang diumumkan menteri terdahulu sebagai bodoh dan rubbish (mengarut).
     
    TarakNAma: Nah sekarang kita btengok mereka bercakaran sesama sendiri.... 
     
     
    Asri oh Asri...
    02.13.07 (2:19 pm)   [edit]
    Mari jaga tepi kain sendiri

    Sejak Dr Asri Zainal Abidin dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru saya tidak pernah mengambil masa untuk mengulas atau menyentuh berkenaan beliau di sini. Tetapi hari ini setelah membaca akhbar The Star saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan.



    Akhbar berkenaan membawa tajuk:

    Men can watch if women atheletes decently clad: Mufti

    Dr Asri dilaporkan telah memberikan pandangan berkenaan usaha kerajaan PAS Kelantan menganjurkan Sukan Wanita atau Nisa Games 2007 bermula 17 Febuari ini.

    Menurut EXCO kerajaan Kelantan yang mempengeursikan Jawatankuasa Wanita, Belia dan Sukan Abdul Fatah Mahmood, kaum lelaki hanya dibenarkan hadir semasa upacara perasmian dan tidak dibenarkan hadir dan menyaksikan acara-acara sukan berkenaan yang hanya dikhaskan untuk kaum wanita.

    Menurut laporan akhbar berkenaan Dr Asri berkata kaum lelaki sepatutnya dibenarkan menyaksikan acara sukan seumpama ini dengan syarat para atlit yang mengambil bahagian itu DECENTLY CLAD atau berpakian sopan.

    Dari pemerhatian saya pertama Dr Asri telah mengulas satu isu yang jelas beliau sendiri tidak berapa arif atau memiliki maklumat menyeluruh berkenaannya. Beliau mungkin tidak dimaklumkan bahawa sukan itu terbuka kepada semua atlit wanita tanpa mengira kaum dan agama. Ianya dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 peserta.

    Kalau ianya terbuka bermakna besar kemungkinan bukan semua pesertanya mengenakan pakaian menutup aurat atau lebih selamat lagi meminjam istilah Dr Asri sendiri, DECENTLY CLAD.

    Lantas kerana itulah kerajaan Kelantan dan Nisa Malaysia menghadkan penonton, para pegawai dan kakitangannya hanya terdiri dari kaum wanita sahaja semasa acara berlangsung. Jadi dalam hal ini tidak perlulah Dr Asri menyebut:

    During Prophet Muhammads days, even his wife Aishah participated in horse racing in public but she was clad decently.

    Kedua, Kelantan bukan sekadar mempunyai Muftinya sendiri malah MB dan beberapa anggota EXCO nya tidak kurang juga tinggi ilmu mereka sebagaimana Dr Asri (mungkin lebih lagi). Mungkin dalam hal ini Dr Asri mahu EXCERCISE atau menjalankan kerja dakwah, tetapi tidakkah membetulkan rumah tangga sendiri itu lebih aula dari membetulkan rumah tangga orang lain. Bagaimana agaknya atlit di Perlis beraksi?

    Saya cadangkan Dr Asri menasihatkan kerajaan negeri Perlis agar memastikan semua atlit wanitanya DECENTLY CLAD untuk semua acara yang disertai oleh negeri itu samada di dalam Perlis atau ke luar. Nanti acar-acara sukan di Perlis boleh dibuka kepada penonton lelaki termasuk Dr Asri apabila semua atlitnya yang mengambil bahagian semuanya DECENTLY CLAD belaka.
     
    by: RoslanSMS@ 
     
    UMNO oh UMNO takkan nak dengaq saja ja bab nie...
    02.13.07 (2:18 pm)   [edit]
    Hapuskan bacaan doa demi perpaduan negara?

    Saya melalui tingkatan empat dan lima di Sekolah yang dimiliki oleh mubaligh Kristian iaitu La Salle. Saya masih ingat Pengetua kami Brother Charles Michael O Leary, seorang berbangsa Scot, berpakaian jubah putih paderi Katolik sepanjang waktu persekolahan.

    Semasa hari-hari perhimpunan Brtoher Charles akan memulakan perhimpunan dengan mengajak anak-anak murid berdoa, mengikut kepercayaannya. Lalu semua pelajar akan tunduk bertafakur menurut amalan Katolik kecuali pelajar-pelajar Islam. Dan saya yakin inilah amalan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh mubaligh-mubaligh ini seluruh negara.

    Amalan ini diterima oleh kami para pelajar kerana sekolah tersebut walaupun mengguna pakai kurikulum kerajaan dan guru-gurunya dari Jabatan Pelajaran belaka namun ianya dimilki oleh mubaligh-mubaligh ini. Tidak timbul singgung-menyinggung.

    Lantas saya terperanjat apabila membaca berita berikut dari laman mSTAR Online:

    Guru sepatutnya memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan kegiatan-kegiatan yang menyatu-padukan murid dan menggalakkan mereka berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya.

    Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

    Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.

    Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka, katanya.

    Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

    Inilah satu sikap dan perangai orang Melayu yang cetek dan berfikiran sempit yang akhirnya mengakibatkan ruginya agama dan anak bangsa. 50 tahun kita merdeka, kita sepatutnya berusaha memperteguhkan lagi jatidiri bangsa dan agama tetapi tidak, semakin negara dewasa semakin kelihatan hapus dan terhakis nilai-nilai kita. Dari tulisan jawi, ke sekolah-sekolah agama rakyat (yang ditarik balik peruntukkannnya), pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan kini amalan berdoa untuk anak-anak kita pun mahu dihapuskan!

    Saya menghormati semua kaum dan agama dalam negara kita ini, dan saya yakin mereka juga setelah 50 tahun bersama duduk di bumi bertuah ini turut sama menghormati adat, amalan dan kepercayaan kita.

    Mengapa harus kita robah STATUS QUO ini tanpa mengambil-kira pandangan majoriti? Sekolah-sekolah yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, sehingga ke hari ini masih mengekalkan salib dan lambang-lambang agama mereka di setiap pelusuk sekolah-sekolah ini. Di Kuala Lumpur sahaja pergilah ke SK St John, Convent Bukit Nanas, MBS, La Salle dan lain-lain. Kenapa demi perpaduan negara tidak kita arahkan agar salib ini diturunkan atau dipadam dari bangunan sekolah?

    Kita tidak melakukannya kerana kita menghormati mereka, dan kita tidak pernah terganggu dengan amalan mereka itu, lalu kenapa dalam hal agama kita mudah sangat kita berkompromi demi kononnya menjaga kepentingan orang lain?

    Sebelum ini menteri-menteri MCA dan Gerakan pernah menyuarakan bantahan mereka terhadap amalan doa ini dan termasuklah ayat-ayat doa umpama doa makan dan doa masuk tandas yang dituliskan di dinding-dinding kebanyakkan sekolah-sekolah di negara kita.

    Nampaknya langkah yang bermula dari tabika-tabika perpaduan ini adalah permulaan yang saya yakin atas alasan yangsama akan dipanjangkan ke sekolah-sekolah rendah dan menengah.

    Saya sedih melihat betapa mudahnya hal-hal seumpama ini dikorbankan demi kerana tuntutan dan kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Saya tidak pernah mendengar amalan-amalan doa ini contohnya dipaksakan ke atas anak-anak yang bukan beragama Islam di tadika atau sekolah rendah dan menengah sebagaimana saya dan rakan-rakan yang bersekolah di missionary schools umpama yang saya sebutkan di atas tidak pernah pun dipaksa oleh paderi-paderi di sekolah-sekolah kami dahulu.

    Kesimpulannya janganlah ghairah merobah sesuatu amalan yang baik dan berguna sehingga akhirnya nanti melahirkan anak-anak kita yang buta agama dan hilangan pegangannya. Bersederhanalah bila perlu, perpaduan negara telah dikecapi selama 50 tahun kebelakangan ini tanpa perlu kita menghapuskan bacaan doa di tadika atau sekolah-sekolah, mengapa sekarang tiba-tiba kita bersungguh?
     
    by: Roslan SMS@ 
     
    hang pa yg sebenat nya SETAn....
    02.13.07 (10:51 am)   [edit]
    Pelakun dan pelawak Rosnah Mat Aris, 52 baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana terlepas kata-kata kesat terhadap isteri pertama Rasulullah. Beliau telah segera meminta ma’af dan kesal dengan perbuatannya.
     
    Mengapa TV3 masih berdiam?
     
    (Read More...)
     
    TarakNAma:.....Setan semua nie...depa tu sebnaqnya maksum...kata kat nabi tak apa kata kat depa yg tak bolehnya....awat apa nak jadi dgn hangpa nie....oii penyokong depa nie pasai pa hangpa nie kelam sangat mata hangpa dgn apa yg berlaku nie....pikiaq la sama sampai macam nie nabi & isteri dia dihina takkan dgn hanya ucapan mintak maaf jaa....jika kat denmark dulu hangpa bukan main lantang nie dah ada depan mata hangpa rakyat hadari sendiri takkan nak pejam mata lg kot....akai ada kaa... 
     
     
    JASA ohh JASA,,,udah la tuuu
    02.13.07 (10:34 am)   [edit]
    Tamu Selasa: Jasa perjelas salah tanggapan rakyat
    JABATAN Hal Ehwal Khas (Jasa), jabatan termuda diwujudkan di Kementerian Penerangan. Sejak penubuhannya bagaimana perkembangannya dalam memastikan misi dan objektifnya tercapai khususnya kestabilan politik.  
     
    TarakNAma:..tengkorak koo awat ingat rakyat malaysia nie mengong semua....kestabilan politik konon..cakap aja ko nie pengampu kerajaan...jika berani calon jadi parti laa takyah selindung atas nama KERAjaan kita lawan...nie tak...nak buat penerangan kasi rakyat paham dasar KERAjaan la tapi kempen mengalahkan ahli politik tak caya moh tengok yg nie apa pengawai JASA cakap....
     
     
     
    Ada apa2 kaa???
    02.13.07 (10:21 am)   [edit]

    Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi?

    KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan Islam di Nusantara, adalah dirujuk.

    Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti sejarah.

    Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul Aman.

    Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam Kedah Kheang Tesh.

    Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Baginda bersemayam di Ayuthia (Thailand).

    Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau = Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan iaitu Putera Lelaki Beta.

    Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai. Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736 Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman Indera, Alor Star.

    Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan Kampung Kamboja. Tenteranya pula ditempatkan di Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah.

    Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh, sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan menempatkan istana di dalam kota tersebut.

    Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long. Long Jaafar ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak.

    Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah menghantar keturunannya untuk menjadi raja di Songkhla.

    – NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD,

    Langgar, Kedah.
     
    TarakNama: Pasai pa depa taknak ngaku ISLAM mai awai kat muka bumi MALAYA nie....ada apa2 maksud tersirat kaa???? 
     
     
    Tahniah...itu dinamalkan ISLAM...
    02.13.07 (10:17 am)   [edit]

    Kelantan sedia beri hak milik tanah kepada Cina – Exco

    KOTA BHARU 12 Feb. – Kerajaan Kelantan sedia memberi hak milik tanah kepada masyarakat Cina yang menjadi pemastautin tetap di negeri ini dengan syarat ibu bapa mereka merupakan anak kelahiran Kelantan.

    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan arahan bahawa masyarakat Cina menerima hak yang sama sebagaimana orang Melayu.

    Beliau bagaimanapun tidak menyebut bila arahan itu dikeluarkan.

    Sebelum ini, masyarakat Cina di Kelantan tidak dibenarkan memiliki tanah walaupun dilahirkan di negeri ini kecuali tanah yang diwarisi daripada orang tua mereka.

    “Orang Cina pun dilahirkan di Kelantan, dia hidup (tinggal) di Kelantan, serta mencari makan di Kelantan, tidak ada sebab orang Cina tidak dapat memiliki tanah di negeri ini,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Penyayang Sempena Tahun Baru Cina 2007 di sini, malam tadi.

    Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan kira-kira 800 jemputan terutama masyarakat Cina.

    – Bernama
     
    TarakNama:..kita tengok depa nak komen apa plak pasai nie..!! 
     
    Ingatkan negara ku yg hebat rupanya jiran lg hebat...
    02.13.07 (10:09 am)   [edit]
    Perjalanan yang mengubah persepsi

    February 13, 2007 : 08.59 AM
    ---


    Sebuah hentian mini van dan teksi di Hadyai



    Ini pula di pinggir bandar Krabi

    Selatan Thai sentiasa terpancar sebagai kawasan yang meragukan pada persepsi kita.

    Apa lagi dengan ketegangan yang berterusan di wilayah Yala,Pattani, Narathiwat dan bom meletup di pusat bandar Hadyai tidak lama dulu.



    Jangan kata mereka yang jauh dari Kuala Lumpur,cuba cakap pada orang di sekitar Bukit Kayu Hitam,pintu masuk utama sebelah barat semenanjung ke Selatan Thai...kita nak pandu kereta sendiri ke Phuket.

    Hentian bas di Bandar Trang

     


    Sebuah R&R dekat Phatthalung

     

    Jawabnya pastinya ada yang cepat-cepat geleng kepala tanda JANGAN.

    “Bahaya tu encik…orang Siam bukan peduli apa.Kita langgar depa pun kita salah…depa langgar kita pun kita salah,”itu antara cerita yang kebanyakan orang di situ cakap.

    Kalau ingat nak ambil pengalaman pertama cara itu ke sana ‘nasihat’ begini saja sudah cukup untuk buat siapa saja putus semangat.


    Dari Phatthalung ke Trang



    Jalan lebar dua hala tanpa tol


    Kalau nak difikirkan Phuket misalnya hanya sekitar 600 kilomiter saja dari Bukit Kayu Hitam.



    Seorang ajen pengendali teksi dari Bukit Kayu Hitam ke Hadyai kata pada saya kalau ada kawan-kawan memandu konvoi ramai-ramai OK. “Kalau tak ada tu takut jadi apa-apa tengah jalan”,katanya.

    Jalan paling mudah ke Phuket ialah terbang terus dari KLIA macam kebanyakan orang.

    Namun begitu merentas menerusi jalan darat sentiasa menjanjikan pemandangan yang lebih menyeluruh.


    Pantai di sebuah pulau sekitar Krabi yang sentiasa dibanjir pelancong




    Entah kenapa kawasan-kawasan ke Utara lepas bandar Hadyai hingga ke hari ini boleh kata agak asing sekali bagi kita.

    Tak perlu pergi jauh pada hal-hal lain.Ramai yang masih lagi tertanya-tanya macam mana rupa bentuk jalan di sana.

    Apapun bagi yang nak memandu juga ke sana jangan lupa kita wajib ambil insuran Thai dan bawa bersama geran kereta.




    Senja di Ao Nang



    Bagi yang rasa serbasalah dan tak begitu yakin ,ada banyak mini van,bas ekspres atau teksi.

    Dari Bukit Kayu Hitam untuk ke Hadyai sebuah teksi hanya kena RM40.

    Untuk ke tempat-tempat lain di stesyen bas Haadyai ada bas ekspres.Nak ke Bangkok pun ada.



    Pagi di Ao Nang – para pelancong menaiki bot untuk ke pulau-pulau sekitar Krabi



    Air yang jernih dekat Chicken Island

     

    Di sekitar Hadyai juga terdapat banyak hentian mini van di pusat ajen pelancongan untuk ke mana jua.

    Seorang ajen pelancongan di sebuah hentian di situ mencadangkan kepada saya kenapa tak cuba ke Krabi.Ikut cakapnya Phuket sudah menjadi destinasi terlalu biasa bagi orang Malaysia.

    Krabi terletak 285 kilomiter ke utara Hadyai.


    Kedai-kedai yang menjadi tumpuan pelancong di pekan Ao Nang

     

    Tambang bas ekspres terus ke situ hanyalah RM35 seorang.Kalau mini van RM40 seorang.

    Saya mengambil bas berhenti di bandar Phatthalung dan kemudiannya ke Trang sebelum terus ke Krabi.

    Pengalaman pertama sepanjang jalan menuju kedua-dua bandar itu dan bersiar sekitarnya sudah cukup menukar seluruh persepsi tentang kawasan yang tidak dikenali itu.

    Rupanya banyak cerita yang ‘lebih-lebih’.Apa yang dilihat sepanjang jalan jauh dari macam-macam andaian sebelum ini.



    Kecuali sempit dan berbelok sedikit di kawasan bukit antara Phatthalung dan Trang,jalannya lebar dan selesa sepanjang perjalanan.

    Bagaimana suasananya?Memetik kata salah seorang dari dua orang pengembara dari Sweden yang sudah dua kali ke kawasan ini semasa kami sama-sama dalam bas dari Hadyai ke bandar Phatthalung, “ So far we have no problem…its very safe here…and beautiful ”.

    Kawasan pantai dan puluhan pulau-pulau di Selatan Phuket terus menjadi destinasi popular baik bagi pengembara dari Barat dan pelancong yang berduit dari serata dunia.


    Dari kamar chalet milik Fauzi

     

    Tsunami Disember 2004 yang melanda kawasan itu menelan lebih 3,000 orang termasuk ramai pelancong Barat.

    Tragedi itu kini bagai satu kenangan silam.

    Senarionya boleh dilihat di pekan pantai Ao Nang kira-kira 30 kilomter dari bandar Krabi.Inilah tempat where the action is .

    Ao Nang juga merupakan pusat transit menaiki bot ke James Bond Island, Phi Phi dan sebilangan pulau-pulau indah lain di kawasan itu.

    Di situ hampir setiap masa ada ribuan pengembara dan pelancong Barat bersidai.

    Setting pekan itu sendiri cukup untuk menjadi daya penarik.Persekitaranya sungguh indah lengkap dengan hotel berbagai bintang,chalet serta gerai-gerai tepi pantai yang terhias rapi.Semua keperluan para pelancong ada di situ.

    Kita juga mungkin tidak terasa jauh dari kampong halaman kalau menginap di chalet di celah-celah kampong di situ.

    Kira-kira 40 peratus penduduk Krabi beragama Islam.Laungan azan kedengaran berkemundang dari masa ke semasa bila tiba waktu sembahyang.

    Ramai juga yang berniaga macam-macam termasuk jadi agen pelancongan.

    Suasana kehidupan harian orang Islam di situ sama seperti wilayah-wilayah Selatan Thai lain.

    “Bezanya di sini memang aman sekali …tidak seperti di Yala dan Pattani,”kata Fauzi,seorang pengendali chalet tidak jauh dari pekan Ao Nang.- ROSLI ISMAIL,13/1/2007

     
    Eishh macam2 ada........
    02.11.07 (4:00 pm)   [edit]
    Kepimpinan Abdullah semakin diyakini dunia luar –Taib
    MIRI 10 Feb. – Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin diyakini di peringkat antarabangsa berikutan kekukuhan ekonomi negara serta keupayaan meningkatkan nilai dagangan ke paras RM1 trilion, tahun lalu.
     
    TarakNama: itu org luaq apa kata rakyat sendiri cuba p tanaya tengok apakah mereka yakin atau tak...??? 
     
    Langkah berjimat cermat PM terbukti
    KUALA LUMPUR 10 Feb. – Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menyifatkan langkah berjimat cermat yang dilaksanakan oleh kepimpinan sekarang merupakan tindakan yang betul ke arah meningkatkan ekonomi negara. 
     
    tarakNama: Terbukti apa....?
    1. Terbukti beli kapal layar
    2. Terbukti beli kapal terbang
    3. Terbukti naik tol..
    4. Terbukti kayakan anak beranak...
    5. Terbukti harga barang naik...
    6. dot dot dot............
    UMNO Kelantan semakin kukuh
    KOTA BHARU 10 Feb. – UMNO Negeri Kelantan kini semakin kukuh dan menganggap sedang berada pada landasan terbaik untuk merampas kembali negeri ini daripada Pas pada pilihan raya umum akan datang.
     
    tarakNama: Nak kata apa lagi dok canang ayat tu je lah.....kita tengok kita lawan dulu....!!! 
     
    Betoi tu aku setuju...
    02.10.07 (10:38 am)   [edit]
    Siapa kata Dollah tak peduli?

    Berikut adalah kenyataan PM Dollah Badawi semalam di Putrajaya yang dipetik oleh BERNAMA selepas kunjungan SPB YDP Agung ke sana. Kata Dollah:

    We are aware and understand the peoples anxieties and difficulties. Efforts will be made (to address the hardship).We mean business. We are serious. I promised before and I will honor my promises stage by stage

    Rupa-rupanya Dollah tahu yang rakyatnya sedang dalam kebimbangan dan kesusahan. Rupa-rupanya kesempitan hidup kita ekoran kenaikan mendadak harga runcit minyak, tarif elektrik, air, tol dan lain-lain disedari oleh Perdana Menteri.


    diambil dari blackinkorea.blogspot.com


    Dan beliau serius dan berjanji akan menangani permasalahan ini berpeingkat-peringkat.

    Soalnya kita sekarang diperingkat mana?

    Menurut kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre yang baru sahaja dikemaskini di Malaysiakini 32 peratus rakyat sungguh bimbang dan terkesan akan isu-isu ekonomi yang menimpa mereka secara langsung.

    Dan menurut kajian itu lagi dari 1,025 responden yang ditemui peratus keyakinan rakyat terhadap kerajaan Dollah rata-rata menurun. Paling tinggi 63 peratus masyarakat India tidak berpuas hati dengan cara Dollah menguruskan ekonomi negara, ini diikuti dengan 55 peratus masyarakat Cina dan 39 peratus masyarakat Melayu.

    Mungkin kerana itulah maka BERNAMA turut memetik Dollah sebagai berkata:

    Im not thinking (about the general election). What Im thinking now is about work. Theres a lot of work now. Promises made to the people in the last general election are being implemented.

    Samada Dollah sedari ataupun tidak rakyat kini sedang menunggu-nunggu peluang untuk memberikan pengajaran kepada BN lantaran kesengsaraan yang rata-rata mereka hadapi.

    Kerana itu sahabat BLOGGER saya SANG KELEMBAI berterima kasih kepada pengundi di Batu Talam kerana mengizinkan BN menang besar, kata beliau sekurang-kurangnya BN kini berbesar kepala, dan memandang kecil kemampuan pembangkang, sedangkan hakikatnya bara kemarahan rakyat sudah merah menyala menunggu saat untuk menjulang bagaikan api besar yang bakal membakar hangus Dollah dan rakan-rakannya.

    Saya percaya dalam keadaan hari ini apa kajian sekalipun (melainkan kalau Poutera dan Puteri Umno yang lakukan) akan memeprolehi keputusan yang hampir sama dengan yang diperolehi oleh Merdeka Centre ini. Anda bagaimana?
     
    Roslan SMS@ 
     
    Tau Tak pa....
    02.10.07 (10:21 am)   [edit]

    Kes remaja hamil luar nikah meningkat selepas Valentine’s Day

    KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kes remaja hamil luar nikah di negara ini sering menunjukkan peningkatan setiap kali selepas sambutan Hari Memperingati Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.

    Gejala itu jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan menyumbang kepada meningkatnya kes pembuangan bayi di negara ini.

    Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan kepada kes yang dikendalikannya, jumlah remaja hamil yang dirujuk ke pusat itu pada akhir Februari dan awal Mac biasa meningkatnya.

    Katanya, dalam tempoh itu pusatnya yang menempatkan remaja-remaja yang bermasalah menerima purata 40 hingga 45 remaja hamil.

    ‘‘Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. (LAGI)
     
    TaraKNama: Depa nie tau kaa apa yg depa dok kata....!!!
     
     
    Salah Siapa...???
    02.10.07 (10:07 am)   [edit]

    Dalang konflik Fatah-Hamas

    Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)


    SEORANG budak perempuan Palestin berdiri di hadapan bendera negara tersebut semasa tunjuk perasaan membanteras sengketa antara Fatah dan Hamas di selatan Semenanjung Gaza, baru-baru ini. – AP.

    MASYARAKAT di Malaysia antara yang mengikuti dengan rapat perkembangan sengketa Fatah-Hamas di Palestin.

    Ia digembar-gembur oleh media Barat sebagai sangat serius sehingga cenderung untuk menjerumuskan kepada perang saudara.

    Tanpa menafikan pergeseran Fatah-Hamas itu wujud, akses ke beberapa laman web alternatif seperti islamonline.net, al-Quds al-‘Arabi, antiwar.com dan imemec.org mendapati ia bukan begitu meruncing seperti digambarkan.

    Malah ia memberikan pula maklumat yang barangkali tidak mungkin disiarkan sama sekali di laman web atau media yang pro-Barat. (LAGI)

     
    kami boleh tak...??
    02.10.07 (10:06 am)   [edit]
    TPM lancar Jawatankuasa Pilihan Raya Peti Undi 16 Feb.
    KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Peti Undi dan K5 UMNO Negeri Terengganu di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 16 Februari ini.
     
    TarakNama:..aku bukan nak ambik peduli akan xtvt UMNO nie yg nak highligt kat sini adalah tempat depa nak buat prog tuuu....nak tanya adakah PAS juga boleh buat prog kat UiTM tuu 
     
     
     
    insya'allah
    02.10.07 (9:47 am)   [edit]
    Ramai masih ragu-ragu - Meskipun Perisytiharan Mekah bawa harapan baru di Palestin
    RAMALLAH 9 Feb. – Umumnya, rakyat Palestin menyambut baik Perisytiharan Mekah yang ditandatangani semalam. Tetapi persoalan timbul: sejauh mana ia akan menjadi kenyataan?
     
     
     
     
    Perisytiharan Mekah -- Membuka laluan untuk menamatkan pertempuran Fatah-Hamas
    MEKAH 9 Feb. – Berkat permuafakatan depan Kaabah, puak-puak Hamas dan Fatah yang bersengketa akhirnya bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan kebangsaan Palestin. 
     
     
     
    TarakNama: Marilah kita sama2 berdoa semoga FATAH tak menjadi barua amerika dan segla perjanjian ini akan berjaya handaknya...
     
    Celuparnya MULUT dia...
    02.09.07 (12:20 pm)   [edit]
    Ko org Tengolk dan fikirkanlah sendiri BAB nie...
    aku memang berderau darah bila dengaq pasai nie..
    ko org aku tak tau laaa....!!!! 
     
     

     
    Gelap Udah....TERANG bila lagi,,,
    02.09.07 (7:42 am)   [edit]
    Khalwat
    KANGAR 8 Feb. - Mufti Perlis, Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguat kuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.
     
    TarakNama: Alhamdulillah bab MAKSIAT nampaknya dah seattle tapi ini baru kes maksiat sembunyi...nuu kes maksiat terang camna... 
     
    Ada lagi kes mcm nie rupanya..
    02.09.07 (7:39 am)   [edit]

    Tiada siapa peduli Kota Marudu terputus hubungan sejak sebulan

    Oleh Zulhisham Ishak


    PENDUDUK kampung terpaksa mengangkut tong gas, mendukung anak dan memikul barang keperluan dari bandar melalui laluan sementara untuk menyambung perjalanan dengan pengangkutan yang menunggu di seberang akibat tanah runtuh di Km. 12, Jalan Marak- Parak, Kota Marudu, semalam. – Gambar ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN.

    KOTA MARUDU 8 Feb. – Bayangkan perasaan anda jika terpaksa melalui jalan raya di kawasan tanah runtuh selama sebulan terus-menerus tanpa dibaiki oleh pihak berkuasa.

    Ketika banjir besar yang melanda selatan Semenanjung bulan lalu telah pulih dan mangsa-mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing, penduduk di 16 buah kampung di sini terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sejak awal Januari tanpa bantuan dari luar.

    Lebih 4,000 penduduk di sini terjejas ekoran kejadian itu.

    Hingga ke hari ini, belum ada agensi pihak berkuasa yang berusaha membuang runtuhan tanah yang berlaku di Jalan Marak-Parak di daerah ini iaitu satu-satunya jalan penghubung antara kawasan pedalaman dengan bandar Kota Marudu.

    Musim tengkujuh baru-baru ini menyebabkan berlaku tujuh runtuhan tanah besar di sepanjang jalan itu mengakibatkan jalan raya terputus, sekali gus menjejaskan kegiatan harian, persekolahan dan kegiatan ekonomi penduduk.(LAGI)

     
    Pro & Kon
    02.09.07 (7:36 am)   [edit]
    FREE TRADE AREA (FTA) - UNTUNG & RUGI
    Petikan drp Usahawantani Kelantan Blogspot- Laman M@RHAEN


    AFTA - ASEAN Free Trade Area iaitu Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
    MUFTA - Perdagangan Bebas Malaysia dan Amerika Syarikat

    Merupakan agenda globalisasi serantau - persiapan menghadapi globalisasi dunia - Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa, WTO iaitu World Trade Organization bagi:

    • Menggalak perdagangan serantau,
    • Meningkatkan aliran gerak barangan dan kemasukan pelaburan di kawasan ini dengan lebih pesat
    • Membuka pasaran yang lebih luas
    • Menggalakkan penyaluran keperluan sumber import dan pengeluaran barangan eksport
    • Mengurangkan kos transaksi perniagaan
    • Ruang jalinan perindustrian.
    AFTA - ASEAN FREE TRADE AREA
    AFTA menggalak peluang pelaburan negara ASEAN melalui perdagangan bebas dengan menghapuskan sekatan tarif serta bukan tarif di kalangan anggota-anggota ASEAN.
    • Menurunkan duti import bagi barangan yang diperdagangkan di rantau ASEAN ke paras 0-5% & menghapus semua bentuk halangan bukan tarif.
    • Memaksa (negara ASEAN) Malaysia bersaing dengan negara-negara pengeluar
    • Menggunakan satu skim pengurangan tarif yang dipanggil Common Effective Preferential Tariff (CEPT) atau Tarif Keutamaan Efektif Am
    • Skim yang menjadualkan tingkat-tingkat pengurangan tarif daripada 0 - 5% sehingga 2003 untuk enam negara asal ASEAN
    • AFTA akan berkuatkuasa di Vietnam pada 2006, Laos dan Myanmar pada 2008 dan Kampuchea pada 2010.
    • Senarai AFTA - 9,000 barangan dalam pengurangan tarif antara 0 hingga 5%.
    • Skim CEPT meliputi barangan perkilangan, barangan pertanian yang diproses dan yang tidak diproses.

    • –Tarif - cukai yang dikenakan terhadap barangan import.
      –Tujuan tarif - mengurangkan kuantiti import, mendapatkan hasil cukai, menggalakkan pengeluaran tempatan dan memperbaiki imbangan bayaran.
      –Tarif juga ada persamaan dengan duti kastam, duti atau cukai import.
    Perjanjian AFTA membahagikan barangan kepada tiga senarai:
    • Temporary Exclusion List (TEL) atau Senarai Pengecualian Sementara untuk semua barang kilang dan barangan pertanian yang diproses.
    • Sensitive List (SL) @ Senarai Sensitif untuk barangan pertanian yang tidak diproses seperti tembakau, gula, buah-buahan, khinzir, ternakan ayam dan susu.
    • General Exception List (GEL) atau Senarai Pengecualian Am iaitu barangan2 yang dikecualikan daripada pengurangan tarif untuk menjaga kepentingan sekuriti nasional, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan moral dan bahan artistik dan bernilai sejarah.
    • Protokol Mengenai Tatacara Khas untuk Barangan Pertanian Belum Diproses, Barangan Sensitif dan Amat Sensitif diberi jangka masa yang lebih lama untuk dimasukkan ke dalam Skim CEPT.
    • Barang-barang dalam Senarai Sensitif akan dimasukkan ke dalam Skim CEPT mulai tahun 2003 dan akan hanya mencapai duti tidak melebihi 5% pada tahun 2010.
    • Datuk Seri Rafidah Aziz, Malaysia telah meletakkan beras di dalam Senarai Amat Sensitif.
    • Perdagangan beras hanya dimasukkan ke dalam Skim CEPT pd 1 Januari 2005 dan untuk pasaran terbuka hanya pada 1 Januari 2010.
    • Tambahnya lagi, pada 2010, Malaysia masih lagi mempunyai hak melindungi pasaran beras tempatan melalui duti import sebanyak 20%.
    Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian
    • Enam penandatangan asal AFTA iaitu Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand pada tahun 1998 telah bersetuju untuk menyegerakan pelaksanaan AFTA
    • Kelonggaran seperti tempoh lebih panjang diberikan bagi petani meningkatkan daya saing melalui peningkatan produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran
    • Tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan koko (dikuasai estet & korporat kedudukan yang lebih baik menghadapi AFTA)
    • Apakah kesan AFTA kepada lebih 300,000 keluarga penanam padi, lebih 80,000 keluarga nelayan, lebih 400,000 keluarga pekebun kecil getah dan lebih 250,000 keluarga pekebun kecil kelapa sawit?
    • Kesan AFTA terhadap golongan petani, nelayan, buruh, pekerja, pekebun kecil dan peniaga kecil belum dikaji dan dijelaskan.
    • Sub-sektor pertanian makanan bergantung subsidi daripada kerajaan oleh petani berpendapatan rendah berisiko tinggi.
    • Syarikat pertanian besar dan antarabangsa vs petani kecil menyebabkan petani kecil makin terpinggir.
    • AFTA menyebelahi pedagang-pedagang besar, tidak untuk petani dan pengusaha kecil.
    • Keutamaan diberi syarikat korporat membangunkan sektor pertanian.
    • Syarikat gergasi menguasai seluruh proses pengeluaran pertanian seperti pengeluaran dan stok benih, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan dan pemasaran. Petani tidak mempunyai kuasa penentu dan hanya menjadi pekerja syarikat pertanian besar.
    • Pengurus Besar MADA, Datuk Syed Azizan Al Idrus mencadangkan - mengekalkan saingan dalam pasaran terbuka, kos pengeluaran mesti dikurangkan iaitu melibatkan pembangunan sawah-sawah padi secara besar-besaran atau bersepadu beberapa petani yang mempunyai kemahiran tinggi.
    • Petani tidak punya kuasa - proses pengeluaran pertanian.
    • Petani-petani kecil hanya mempunyai dua pilihan jka tidak mampu bersaing iaitu:

    • 1. Menjual tanah
      2. Bekerja sebagai buruh
    Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian BURUH
    • Pembukaan perdagangan - lebih daya bersaing - berpindah daripada perusahaan berintensif buruh ke perusahaan berintensif teknologi bagi mengurangkan kos pengeluaran
    • Buruh tidak mahir terjejas teruk.
    • Pengusaha besar mencari tapak beroperasi di kos buruh paling rendah.
    • Peluang pekerjaan kumpulan buruh tempatan semakin berkurangan
    • Kuasa runding pekerja akan juga menjadi semakin lemah
    • Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian PADI / BERAS
    • Sebelum akhir 2004, kerajaan telah menaikkan cukai padi dan beras daripada 0% ke 40%. Tujuan kepada tariff import adalah untuk melindungi pada tempatan dengan menjadikan harga berat import lebih tinggi daripada harga beras tempatan. Undang-undang AFTA menghendaki maksimum 40% dikenakan pada tahun 2005 dan akan dikurangkan kepada 20% menjelang 2010. Menurut industri beras tempatan, tarif 20% bagi beras import pada 2010 tidak akan mampu melindungi industri beras tempatan.
    Ada apa dengan AFTA?
    • Petani kecil tertindas: langkah kawalan tidak mencukupi
    • Hanya kelompok kecil mendapat manfaat; tauke ladang dan korporat
    • •Pemilikan tanah terhakis, terutama orang Melayu.
    • •Sektor makanan asasi terjejas
    • •Kebergantungan import
    • •Saingan persyarikatan besar & sistemnya
    • •Subsidi menurun, harga meningkat (WTO)
    Pertanian kecil vs Rancangan Malaysia Ke-9
    • Menjaga kepentingan syarikat besar dan multinasional
    • Mempromosi teknologi biotek yang tidak menjamin keselamatan,
    • Memperkukuhkan pergantungan kepada industri mekanikal dan penjenteraan dan industri kimia sintetik (baja sintetik dan racun rumpai) dan pelbagai masalah lain.
    MUFTA - MALAYSIAN-US FREE TRADE AREA

    Sejarah FTA Malaysia dan US

    Pada 10 Mei 2005, Dato’ Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bersama Robert Zoellick Wakil Perdagangan AS (USTR) telah menandatangani perjanjian rangkakerja pelaburan dan perdagangan (TIFA) di Washington, AS.

    Perjanjian ini adalah untuk memulakan perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan AS.

    Dalam majlis penandatanganan itu, Dato’ Seri Rafidah Aziz mengatakan, bahawa FTA antara Malaysia dan AS tidak mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia!

    Kenapakah Amerika Sangat Ingin Memasuki Pasaran Malaysia di Bidang:

    • Pelaburan
    • Perlindungan Harta Intelek
    • Pemindahan Teknologi
    • Bioteknologi
    • Promosi dan Perlindungan Pelaburan
    • Perolehan Perkhidmatan
    • Perkhidmatan
    • Perubatan
    • Pertanian
    Kenapakah US Beria-Ia Benar Hendak Ikat FTA Dengan Malaysia?
      1. Kerana Amerika adalah Rakan Perdagangan Terbesar untuk Malaysia
      • Malaysia pengimport paling besar berbanding dari negara lain, kecuali Jepun.
      • Amerika adalah pasaran eksport terbesar untuk Malaysia.
      • Amerika adalah pelabur terbesar di Malaysia.
      2. Malaysia adalah Rakan Strategik yang Kuat untuk Amerika
      • Malaysia adalah rakan serantau perdagangan antarabangsa yang penting dalam pelbagai badan (APEC, WTO, ETC).
      • Mempunyai pemimpin yang moderat di kalangan negara Islam.
      • Rakan yang bagus dalam memerangi keganasan/ terorisme dan pelbagai isu sekuriti.
    3. FTA Amerika-Malaysia menyokong agenda di rantau Asia Tenggara (ekonomi dan politik). Presiden Bush Mempunyai agenda Inisiatif ASEAN yang akan mewujudkan suatu rangkaian FTA dengan Amerika seluas mungkin.

    4. Peluang Besar Pengeksport Pertanian dari Amerika ke Malaysia:

    • Yogurt
    • Keju Diproses
    • Buah Kiwi
    • Beras
    • Confectionery
    • Produk Cokelat Makanan
    • Campuran buah yang di tin Sos (kicap, sos tomato, sos soya)
    • Daging (daging kambing pun termasuk jugak)
    • Jus Nanas
    • Soups dan Broths
    • Makanan Kanak-kanak
    • Protein Concentrates
    • Yeats dan pelbagai tambahan
    • Air mineral dan minum tidak beralkohol dan beverages
    • Ayam
    Contoh Pengalaman Negara Membangun Yang Telah Menandatangani FTA Dengan Amerika.

    Pengalaman negara membangun yang lain bila menandatangani FTA dengan AS jelas merugikan

    MEXICO
    Petani miskin menanam jagung tetapi akibat FTA dengan AS (NAFTA) Mexico menerima import jagung yang disubsidi dari AS sebanyak 3 kali ganda daripada sebelumnya. Kini Mexico terpaksa mengimport 99% kacang soya dan 80% beras. Hampir 2 juta petani Mexico terpaksa meninggalkan tanah mereka sejak NAFTA dikuatkuasakan. Akibatnya, rakyat Mexico keluar mencari kerja semakin bertambah, kemiskinan desa meningkat dan bertambahnya pengeluaran dadah secara haram.

    SENEGAL
    Kehilangan 1/3 pekerjaan dalam sektor perkilangan apabila tarif dikurangkan untuk menghadapi persaingan dengan barangan dari Amerika.

    CHILE
    Kehilangan pekerjaan sebanyak 8% dalam sektor pembuatan bila tarifnya diturunkan. Ini berlaku juga di Uruguay, Cameroon, Kenya, Nigeria, Uganda, Zambia.

    ECUARDO
    Menurunkan tarif dari 1995-99 dan akibatnya telah menjatuhkan pendapatan pekerja dan kemiskinan melonjak naik.

    BANGLADESH, GHANA, ZIMBABWE, FILIPINA
    Semua program industrialisasi negara-negara ini terjejas akibat FTA dengan AS yang memaksa negara-negara ini menurunkan tarif. Akibatnya ekonomi golongan bawahan serta stabiliti serta imbangan bayaran turut terjejas.

    Risiko Kepada Petani Malaysia Adalah:

    Keuntungan dan kerugian dalam bentuk import atau eksport hasil pertanian yang dikeluarkan oleh petani Malaysia tidak jelas.

    Keuntungan dan kerugian kepada pekerjaan di kalangan petani juga tidak jelas.

    Kesan ke atas institusi kredit tempatan seperti bank-bank pertanian dan agensi pemasaran seperti FAMA untuk membantu petani tempatan tidak jelas bila berhadapan dengan agensi-agensi kewangan dan pemasaran Amerika yang akan diberi kebenaran masuk dan menubuhkan cawangan di Malaysia.

    Kesan atas sumber input pertanian untuk petani juga tidak jelas bila syarikat Amerika dibenarkan masuk menguasai pasaran input pertanian.

    Kesan hak bumiputera ke atas tanah yang mengusahakan pertanian tidak jelas, kerana Amerika mahu ruang pelaburan dalam sektor pertanian diperluas dengan menuntut kerajaan melonggarkan hak milik tanah.

    Kesan kemungkinan syarikat Amerika memonopoli input pertanian seperti benih, baja menyebabkan petani terikat dengan harga yang ditentukan oleh Amerika.

    Kesan ke atas peruntukan subsidi kepada petani juga tidak jelas, kerana Amerika mahu supaya harga pasaran yang diganggu subsidi dihapuskan.

    Kesan kepada persaingan dalam pasaran akan menjadi sangat berat sebelah dan menguntungkan Amerika jika hasil pertanian AS dibenarkan masuk ke dalam pasaran tempatan.

    RISIKO YANG BOLEH DIJANGKA KE ATAS SEKTOR PERTANIAN IALAH:

    Keuntungan tidak berpadan dengan harapan. Jangkaan eksport hasil pertanian Malaysia ke AS akan terhalang pelbagai syarat tarif dan bukan tarif di AS.
    AS akan mempunyai keupayaan menguasai pasaran pertanian di Malaysia kerana keupayaan yang jauh lebih besar daripada segi modal dan rangkaian pemasaran.

    Risiko petani akan kehilangan pekerjaan kerana tidak boleh menghasilkan produk pertanian yang mampu bersaing dengan harga produk pertanian yang ditawar oleh AS.

    Tanah petani kecil sama ada akan terbiar, petani akan kehilangan kerja dan tanah terlepas kepada konglomerat atau syarikat besar.

    Menyebabkan petani lebih sukar menyimpan dan mengguna benih semula, kerana terikat dengan syarat perlindungan hak intelektual berkaitan dengan benih.

    Sebenarnya melalui FTA petani akan menjadi mangsa kepada monopoli Amerika yang akan menguasai seluruh input pertanian.

    Persoalan Yang Timbul Di fikiran Kami Semua Selepas Tamat Seminar....

    • Kenapa Dato’ Seri Rafidah Aziz, tanpa mendapat pandangan daripada pelbagai pihak dalam negara (masyarakat, NGO dan Parlimen) telah menandatangani proses perundingan itu?
    • Kenapa ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri tidak diberi maklumat yang cukup dan membahas isu ini sebelum perjanjian ditandatangani?
    • Apakah jamaah kabinet benar-benar telah meneliti kesan kepada Malaysia akibat perjanjian ini?
    • Apakah FTA yang telah dimeterai antara Malaysia dan Jepun pada 13 Disember 2005 (JMEP: Japan-Malaysia Economic Partnership Agreement) telah dikaji sama ada telah memberikan kesan yang positif atau negatif kepada Malaysia? Sedangkan terdapat beberapa aspek dalam perjanjian itu yang bertentangan dengan beberapa akta yang telah diluluskan dalam Parlimen seperti Akta Paten 1983 dan Akta Perlindungan Jenis Tumbuhan Baru 2004. Maknanya, Undang-undang kita akan terjejas dan perlu dipinda hanya kerana kita menandatangani perjanjian perdagangan bebas. Jika demikian, di mana letaknya kedaulatan negara kita?
    Maklumat ini saya perolehi semasa Seminar Nasional RMK 9, "Pertanian Baru...Harapan dan Realiti" Anjuran J/w Pertanian dan Industri Desa Negeri Kelantan.

    Sama-sama kita fikir, bincang dan ambil tindakan bersama.... kesedaran dan maklumat sebenar perlu sampai kepada semua. Keadilan mesti ditegakkan dan nasib petani/penternak/nelayan harus dibela.

    Usahawantani Kelantan
    http://usahawantani-kelan tan.blogspot.com/2007/02/free-trade-ar ea-fta.html" title="http://usahawantani-kelan tan.blogspot.com/2007/02/free-trade-ar ea-fta.html" target="_blank"http://usahawantani-kelan tan....

    Kiriman MyYamseng
     
    Nak jaga hati konon...
    02.09.07 (7:33 am)   [edit]
    Pendirian kerajaan mengenai sidang jenayah perang yang hentam Amerika

    Kerajaan tidak menyokong mahupun membantah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam teruk Amerika kerana pencerobohannya keatas Iraq dan melabel Presiden George Bush sebagai ‘penjenayah perang’ semasa Persidangan Jenayah Perang selama tiga hari di Kuala Lumpur yang berakhir petang Rabu.
     

    Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sekalipun beliau fikir pastinya Amerika sudah tentu tidak gembira dengan perkara ini tetapi ia tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua negara.

    Menurutnya setakat ini kerajaan tidak ada menerima apa-apa nota bantahan dari kerajaan Amerika.

    Syed Hamid berkata Malaysia ialah sebuah negara bebas dan demokrasi dan apa yang dilakukan oleh Yayasan Keamanan Sejagat Perdana yang diketuai Dr Mahathir adalah tanggungjawab dan hak mereka termasuk penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

     
    CERAMAH UMUM
    02.09.07 (7:30 am)   [edit]
    CERAMAH UMUM “KORUPSI PUNCA ALTANTUYA DI BUNUH”
    Tarikh :         & nbsp;9 Febuari 2007
    Masa :         & nbsp;   9.00 malam
    Tempat :         Padang Menora, Tasek Gelugor
    Penceramah  :         & nbsp;  che’Gubard (GERAK)
        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   :         & nbsp;  Gobalakrishnan (keADILan)
        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   :         & nbsp;  Amizuddin Ahmad (Ketua AMK P.Pinang)
    Pertanyaan  &nb sp; :         & nbsp;  AMK P.Pinang 016 469 5343
     
    Ayuhh kita mulakan skrg...
    02.09.07 (12:19 am)   [edit]
    Medan tempur kian bergelora menanti pertembungan baru
    Ahmad Lutfi Othman
    Thu | Feb 08, 07 | 10:02:29 AM

    "Kritikan Anwar itu, tanpa ragu lagi, telah melukakan Najib," kata seorang menteri Umno. "Orang sudah lupa krisis Mahathir-Abdullah, konflik Anwar-Najib lebih mendebarkan."

    IKLIM politik tempatan kian panas walaupun gelanggang yang dirintis Dr Mahathir Mohamad enam bulan lalu diisi pertarungan berbeza, selepas Abdullah Badawi menyepi. Boikot Batu Talam turut memeriahkan suasana, apa lagi siri demonstrasi bantah kenaikan tol di Lembah Klang memasuki fasa baru apabila empat pemimpin PAS, KeADILan dan DAP disoal-siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) ekoran pendedahan perjanjian konsesi.

    Kes saman NSTP ke atas dua bloger juga menjadi saksi betapa medan tempur semakin kompleks dan batas sempadannya tidak tertakluk kepada "pemain tradisi". Semakin ramai di luar barisan pembangkang bersedia membawa obor kebenaran. Malah, majoriti blogers ini datangnya bukan daripada dunia pembangkang, termasuk bekas pengamal media pro-pemerintah. Maknanya, Perdana Menteri diasak dari pelbagai sisi dan jerangkap samar sukar dikesan lagi.

     
    Mereka Telah bermula..
    02.09.07 (12:14 am)   [edit]
    X filter TM Net block Tranung kite sebagai Porno site
    Oleh ahmadhadeed

    "Terkejut saya apabila Laman Web Tranung kite di sekat oleh Perisian X filter keluaran TMnet sebagai porno site pada 7 Feb 07 jam 10 malam. Sunnguh teruk orang UMNO dalam TMnet sampai boleh membuat perkara sedemikian. Saya tak tahulah apa nak jadi pada orang Melayu sekarang terutama Melayu buta yang menyokong kerajaan.

    Mereka sanggup menggunakan segala jentera kerajaan untuk politik mereka. Adakah mereka telah hilang nilai murni , etika kerja , profesionalisma dan segala nya. Perisian itu di jual kepada orang awam dan mengkategori satu laman web berita dan analisis berita sebagai porno site adalah tidak etika , berbohong kepada pelanggan dan tidak bermoral."
     
    TarakNama:..yesss nampaknya segala jentera telah dikerah utk menghadapi kita..bersedialah... 
     
    Alasah NOH OMAQ mengelirukan
    02.07.07 (9:21 pm)   [edit]

    Oleh LoyalCitizen (Forum mykmu)

    Cuba kita analisa kenyataan terakhir pada berita ini. 6 peratus sahaja dari lima juta pelajar yang beli buku sendiri. Dalam kata lain, 94 peratus daripada para pelajar ni semuanya datang dari keluarga "miskin" yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Sekiranya perkara ini benar, maka negara kita ini mempunyai ramai penduduk "miskin" atau ramai yang menipu diri sendiri dan kerajaan kerana hanya untuk mendapatkan bantuan buku teks percuma.

    Di sini saya paparkan berita yang keluar di TV3 untuk renungan kita semua.



    Quote:
    Buku Teks Percuma Tahun 2008 Tidak Akan Dilaksanakan
    (Sabtu, February 3, 2007 - Buletin Utama TV3)
    Mengikut perancangan - semua pelajar akan menikmati skim bantuan buku teks secara automatik mulai 2008.

    Bagaimanapun cadangan itu tidak dapat dilaksanakan berikutan tambahan peruntukan lebih 100 juta ringgit lagi, diperlukan bagi tujuan itu.

    Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, Skim Pinjaman Buku Teks, SPBT, kekal mengikut syarat sedia ada.

    Selain membabitkan kos tambahan, keputusan dibuat turut mengambil kira rayuan dari pihak persatuan, pengedar dan penjual buku yang bakal kehilangan sebahagian pendapatan jika skim itu dilaksanakan secara menyeluruh.

    Tahun lalu, Kementerian Pelajaran mengumumkan untuk meluaskan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar.

    Ketika ini 94 peratus daripada lima juta pelajar seluruh negara menikmati Skim Pinjaman Buku Teks secara percuma, berdasarkan syarat pendapatan ibu bapa di bawah dua ribu ringgit sebulan.

    Komen:
    Kenyataan si Noh ni pun satu, tambahan 6% atau 300,000 pelajar pada kadar purata RM200 seorang akan hanya melibatkan tambahan peruntukan bernilai RM60 juta, bukannya RM100juta.

    Oleh itu, tidak ada apa yang nak diherankan lagi, kerajaan sekarang ini sememangnya cakap lain, buat lain. Lepas tu beri alasan yang bodoh2. Dalam pada itu, kena tipu ngan rakyat yang kaya mengaku miskin.

    Saya sememangnya bersekolah dengan menggunakan buku teks bantuan kerajaan. Namun begitu, saya tidak memerlukan PL untuk memberitahu saya supaya berkorban dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

    Buat pengetahuan PL dan NO, semua kelima-lima anak saya bersekolah tanpa menggunakan buku bantuan dari kerajaan. Walaubagaimanapun, saya berasa ditipu dan tersinggung dengan kenyataan kedua-dua menteri ini yang menganggap saya ini seorang yang tidak tahu bersyukur, tidak mahu berkorban dan hanya menadah tangan dan mengharapkan bantuan dari kerajaan enam setengah ini.
     
    Sendiri fikir...
    02.07.07 (11:47 am)   [edit]

    Rosnah bertaubat, tak niat hina isteri Nabi
    PETALING JAYA: “Jika masih ada yang tidak berpuas hati dan memandang saya manusia jahat, itu hak mereka. Tetapi saya sudah bertaubat atas keterlanjuran kata yang menyinggung umat Islam,” kata pelakon Rosnah Mat Aris.

    TarakNAma:....Hah nak main2 kan lagi dgn AGAMA..koo tanggung la akibatnya...

    Peguam Syarie Menulis: Pendapat persenda agama gugat akidah

    Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

    Tindakan artis burukkan Siti Khadijah di televisyen perbuatan melampau
     
     
    MASYARAKAT sangat terkejut dengan tindakan seorang artis ketika menyebut umur Khadijah ketika Rasulullah mengahwininya dalam satu rancangan televisyen pada 30 Januari lalu.

    Rancangan itu disiarkan secara langsung dan seluruh rakyat yang menontonnya mendengar kata-kata yang diucapkan itu. Penonton dalam rancangan pula dikatakan bertepuk tangan seolah-olah tidak berasakan kenyataan itu adalah satu kesalahan.

    Sebelum ini, kita pernah mendengar kenyataan yang seumpamanya daripada banyak pihak. Mungkin ada yang masih ingat seorang artis pernah menyatakan bahawa seorang pelakon berpegang tangan dan berpeluk ketika melakonkan watak dalam filem adalah wajar atau dibenarkan kerana dibandingkan dengan tugasan doktor yang memegang pesakit untuk tujuan berubat.

    Begitu juga dengan kenyataan bahawa amalan berpoligami dalam Islam adalah suatu amalan ortodoks yang ketinggalan zaman dan wajar ditolak. Pepatah orang tua ada menyatakan, 'Terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata, buruk padahnya.'

    Sekiranya ada orang mengambil barang kita tanpa izin, mungkin kita akan memaafkannya apabila barang dipulangkan. Tetapi jika dia menyebut kata-kata yang pedas dan menghina sehingga menghiris hati kita, mungkin ia sukar untuk dimaafkan. (LAGI)
     
     
     
    Mana satu nak buat nie...
    02.07.07 (11:25 am)   [edit]
    Hukum juga ‘si bapa’ -- Cadangan KPN bagi membendung perbuatan buang bayi

    Oleh Ruhaidini Abd. Kadir

    KUALA LUMPUR 6 Feb. – ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut.

    Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mencadangkan perkara itu menegaskan, untuk itu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi yang diguna pakai sekarang perlu dilihat dan dikaji semula.

    “Ketika ini Kanun Keseksaan mempunyai peruntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati membuang bayi.

    “Namun, undang-undang ini tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan wanita yang dituduh membuang bayi itu.

    “(Undang-undang) Inilah yang perlu dilihat semula agar ia memberi keadilan kepada pihak yang teraniaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. (LAGI)
     
    TarakNAma: ini aku ambik kata2 sahabat aku....
    ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan. Selagi pusat masiat bercabah, selagi maksiat tidak diedahkan oleh kerajaan, selagi itu perkara ini akan berlaku... Ikutlah ketentuan Allah kerana Allah yang menjadikan kita. 
    - Dollah Rimau
     
    AMAN kah macam nie....
    02.07.07 (10:13 am)   [edit]

    Terima kasih pencuri!

    Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM


    DAHLAN Mohamad menunjukkan kain rentang yang dipasang khas oleh Ahli Jawatankuasa Surau Temiang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan semalam sebagai luahan rasa kecewa terhadap kes kecurian yang sering berlaku di surau itu. - Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN.

    SEREMBAN 6 Feb. – “Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.”

    Kain rentang tertera dengan kata-kata tersebut dipasang di pintu masuk Surau Temiang Jaya, Sikamat di sini oleh ahli jawatankuasanya yang kecewa dengan kecurian tidak terkawal dan semakin menjadi-jadi di tempat ibadat itu.

    Sejak surau itu dibuka pada 1980 sudah lebih 10 kali kejadian pecah masuk dan kecurian berlaku, termasuk tiga kali pada tahun lalu.

    Apa sahaja harta surau yang berunsurkan besi, aluminium dan tembaga daripada kepala dan batang paip, mangga kunci, rantai besi, tong gas, periuk, kuali, tangga dan radio serta televisyen yang disimpan dalam stor dan dewan serbaguna surau itu, habis lesap.

    Tidak cukup dengan itu, penjenayah rumah ibadat itu juga ‘tanpa segan silu’ memecah masuk ruang sembahyang dan merompak pembesar suara, amplifier serta tabung duit sumbangan orang ramai. (LAGI)
     
    TarakNAma:.....Inilah terjadinya kepada sebuah negara yg dicanangkan AMAN AMAN AMAN....Polis ko org takkan tengok aja repot2 dah...tahu laa ini bukan kes OSA Perhimpunan Haram....Kes yg macam nie laa sebenaqnya ko org kena settle cepat..ini kes rakyat....TAHNIAH pada AJK masjid...inilah dinamalan reverse sikologi...Insya'allah semoga PENCURI itu mendapat hidayah...
     
    Suatu hari yg malang...
    02.06.07 (7:10 am)   [edit]

    Angkara siapa?

    Oleh Ainol Amriz Ismail


    MENYAYAT HATI... Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

    SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

    Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.

    Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.

    Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.

    Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.
     
    TarakNAma:.....sedihnya hari ini bila terbaca kejadian ini...apa sudah jadi dgn rakyat malaysia...mana pegi sifat kasih sayang sopan santun berbudi bahasa yg telah di tanamkan oleh nenek moyang serta ajaran ISLAM kedalam diri masing2...aibb aibb aibbb 
     
    Apa yg patut anda baca hari ini...
    02.06.07 (7:07 am)   [edit]
    Elak rakyat merungut: PM
    PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam meminta semua pentadbir awam sentiasa memantau, membuat susulan dan menyelaras kemajuan setiap projek pembangunan bagi memastikan ia berjalan lancar.
     
    TarakNama: Cakap manis....senyum manis....tapi belakang kalu habis di kikis.... 
     
    ‘Tugas polis terima kritikan orang ramai’
    GEORGETOWN: Adalah menjadi sebahagian daripada tugas seorang anggota polis untuk menerima kritikan daripada orang ramai, Mahkamah Tinggi memutuskannya di sini, semalam.
     
    TarakNama: Salah kot tugas depa jaga pemerintah yg kurap...agaknya lee jika tak takkan dok sebok halang kegiatan pembangkang sana sini....
    Tun Telanai: Anjing Kepala Merah Dan Biru Tua Mengganas Lagi 
     
    Cadangan cap jari sebelum buang undi
    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bercadang menggunakan alat pengimbas cap jari untuk semua pengundi dalam pilihan raya yang akan diadakan, sebagai antara kaedah meningkatkan ketelusan proses itu di negara ini.
     
    TarakNama: Jangan hanya tinggal cadangan jee...sebab nak sedap hati jee...laksanakan...itu sahaja...benda baik nak halang pasai paaa....
     
    Hentikan siasatan dokumen konsesi tol – Majlis Peguam
    KUALA LUMPUR 4 Feb. – Majlis Peguam menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk menyiasat dan bertindak ke atas mereka yang membekalkan atau menerima salinan perjanjian konsesi tol.
     
    TAraKNama: Suruh aja..tapi still berjalan....nak jaga busuk takut pecah....
    Media PKR: Pejabat Suara Keadilan Digeledah Polis
     
     
     
    Mereka sudah mula kepanasan...
    02.05.07 (7:15 am)   [edit]
    Para pejuang rakyat terus diambil tindakan

    Kami 10 or d tangkap krn demo tol d ioipuchong, skrg d balai polis puchong jaya

    Demikianlah bunyi SMS yang saya terima dari YB Sdr Salahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

    gambar http://www.lensamalaysia.com/" title="http://www.lensamalaysia.com/" target="_blank"http://www.lensamalaysia.com/...
    Menurut jurukamera WTV8 yang berada di tempat kejadian, demonstrasi aman anti tol di hadapan Komplek Membeli-belah Pucong IOI Mall itu telah disertai oleh lebih 1,000 orang. Pihak polis telah bertindak menangkap beberapa pemimpin pembangkang yang mengetuai perhimpunan aman itu.

    Selain Salahuddin antara yang turut ditahan di Balai Polis Puchong adalah Tian Chua, Ezam Md Nor,Ginie Lim, Ronnie Liu dan Sivarasa.

    Jelas kebangkitan rakyat ini semakin mengusarkan pihak kerajaan. Memang kjita tidak boleh melakukan apa-apa ekoran kenaikan mendadak tol di Lembah Kelang sejak 1 Januari lalu, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyatakan sokongan kita kepada bantahan awam yangaman seumpama ini.

    Biar kerajaan BN tahu bahawa sikap mereka membenarkan pemegang konsesi tol ini bermaharajalela atas kesusahan rakyat, ditenatang oleh semua. Bara kebencian rakyat ini akan terus menyala. Tahniah kepada anak-anak Malaysia yang berani memimpin kebangkitan rakyat ini.

    Tangkaplah selagi mana muat lokap dan penjara kamu, namun ia tidak sekali-kali akan menghalang suara rakyat yang memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.

    Bantah kenaikan tol, tolak BN bila tiba masanya!
     
    @Roslan SMS 
     
    Show Bulan ini...
    02.05.07 (7:10 am)   [edit]
     
    Hanya UMNO yg tahu siapa itu UMNO
    02.05.07 (7:05 am)   [edit]

    Bodoh Tak Bodoh Tapi Bodoh



    Tun Dr Mahathir Mohamed pernah berkata bahawa seorang pemimpin bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih. Dalam pentadbiran Abdullah Hj Ahmad pula pemimpin bukan sahaja mesti tidak bersih tetapi menampakkan diri itu tidak bersih. Itulah berlaku hari ini dengan Abdullah Hj Ahmad sendiri yang tidak bersih dan turut menampakkan dirinya sendiri tidak bersih.

    Bermula dengan menerima kapal mewah yang dibeli oleh Ananda Krisnan pemilik di sebalik Air Asia (itu sebab semua armada kapal terbang AirAsia menggunakan no pendaftaran AK-Ananda Krisnan) dan juga pemilik syarikat judi nombor ramalan yang diluluskan lesen setiap tahun oleh Abdullah Hj Ahmad, Menteri Kewangan dan juga Imam Besar Islam Hadhari, setelah mendapat fatwa daripada Mufti Besar Islam Hadhari Dr Abdullah Zain yang juga Menteri yang menjaga agama Islam, semua bukan sahaja tidak bersih tetapi mesti kelihatan tidak bersih. (MORE)
     
    Menarik & Tertarik
    02.05.07 (7:02 am)   [edit]

    Inilah antara poster menarik yang mencuri perhatian lensa umno-reform.com

     
    Alahai datok apasal lak nie....
    02.05.07 (6:57 am)   [edit]

    Tiba - tiba Melayu tidak malas

    Setelah sekian lama kita diasak dengan terma Melayu haprak, Melayu pemalas dan sikap Melayu yang yang rata - rata negatif, hari ini Najib Tun Razak membuka pendedahan baru mengenai Melayu. Rupa - rupanya Melayu bukan pemalas dan Melayu menurut statistik Datuk Najib adalah bangsa yang rajin dan berjaya. Habis siapa yang pemalas dan siapa yang menuduh Melayu haprak? Hari ini Datuk Najib Tun Razak mengumumkan bahawa mitos Melayu Pemalas adalah ciptaan penjajah. Mungkin agar lama baru timbul kesedaran dari Najib bahawa Melayu Bukan Pemalas. Habis apa yang diperkataan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri yang nama Datuk Najib sendiri adalah antara Menteri kabinet beliau kini adalah palsu. Atau benar kata perpatah Melayu sekali air bah sekali pantai berubah maka hari ini juga kenyataan berubah kerana Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia klik sini untuk kenyataan Datuk Najib.

     
    Ayuhhh bangunlah wahai sahabat ku sekelian..REFORMASI...
    02.05.07 (6:53 am)   [edit]

    Satu isyarat " kebangkitan reformasi"

    Mesej mereka mudah, dedahkan perjanjian konsesi tol dan hentikan tindakan membelakangi rakyat. Mereka membantah bukan sahaja kenaikan tol tetapi tindakan membelakangi rakyat. Bagi mereka membuat perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat, yang bakal memunggah wang rakyat dan kemudian dokumen ini tertakluk dibawah Akta Rahsia Rasmi membuktikan kerajaan tidak telus malah hanya menjaga kepentingan syarikat konsesi dan bukan rakyat.

    Mesej ini adalah mesej yang serupa dilaungkan oleh mereka setiap kali mereka berhimpun untuk membantah kenaikan tol. Ini adalah rutin tetapi perhimpunan kali ini dihadiri oleh sifu gerakan reformasi Ezam Mohd Nor yang turut menjadi korban penahanan kali ini. Salah seorang yang hadir menggambarkan kehadiran Ezam Mohd Nor bersama - sama tokoh reformasi yang lain sebagai "return of the Jedi". Adakah ini satu indikasi bahawa ledakan reformasi kembali semula? Gabungan tokoh reformasi seakan wujud semula dan semarak itu nampak hadir dengan kehadiran Ezam Mohd Nor" seperti yang dikatakan oleh salah seorang reformis yang hadir " sifu sudah datang" Yang jelas gabungan tokoh - tokoh reformasi lampau dan baru ini pasti akan mengegarkan semula senario politik negara ini. Mampukah ledakan 1998 muncul semula. Kerancakkan demonstrasi tadi jelas kelihatan dengan kehadiran Tien Chua, Hatta Ramli, Badrul Hisham, Jonnah, Nora Mohd Noor dan gerakan reformis lain. Melihat insiden tangkapan dan suntikan moral dengan kehadiran Ezam Mohd Nor, apa yang nampak jelas ialah gerakan mereka seakan tersambung. Adakah mesej sebenarnya adalah kehadiran gelombang reformasi seterusnya. Sekiranya gabungan reformasi ini kembali bersatu adakah ini tidak memungkinkan ledakan gelombang reformasi?
     
    Eishhh AwatLAH ko DoLAH...
    02.04.07 (11:10 am)   [edit]
    Sewa Untung Atau Beli Untung?

    Oleh Husam Musa

    Tak ada jalan lain, kecuali mengakui Kerajaan membeli sebuah lagi jet mewah. Pembeliannya bukan oleh Kerajaan secara terus tetapi oleh sebuah anak syarikat Kerajaan bernama Syarikat Penerbangan Malaysia.

    Untuk kecilkan kesan negatifnya, Perdana Menteri hanya ada satu logik yang pada fikirannya berkesan. Sewa, bukan beli.
     
    TarakNama: Awat dia ingat kita tak sekolah kot...??? 
     
    Umno Oh Pak Lah...
    02.04.07 (11:08 am)   [edit]
    Pak Lah bekerja untuk Malaysia atau SCOMI?
    Oleh ALMG

    Sesiapa yang pernah mengunjungi Putrajaya tentu ternampak landasan monorail terbengkalai (gambar bawah), jambatan monorail berdekatan Yayasan Kepimpinan turut terbengkalai.

    Itulah cara Abdullah Badawi membalas jasa Mahathir Mohamad. Lebih jauh itulah cara Abdullah Badawi membalas kepercayaan kita semua.
    TarakNama:...dalam dok dedah macam2 hal kebobrokkan UMNO nie pon...dok ada org dok pangkah situ jugak laaa....eishhh eishhh tak tau laa nak kata apa dah....


    Monorel mampu atasi kesesakan Putrajaya
    PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya berharap kerajaan meneruskan projek pengangkutan monorel bernilai RM400 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi lebih 50,000 kakitangan awam dan penduduk.
    TarakNama: eishhh ko org pikir laaa...
     
    Aduss semakin hari semakin terok nampaknya....!!!
    02.03.07 (11:15 am)   [edit]
    Murid perempuan buka rahsia lakukan seks
    PADANG BESAR: Seorang murid perempuan tahun enam sebuah sekolah kebangsaan, di sini, yang ghairah menceritakan pengalamannya melakukan hubungan seks kepada rakan menerima padah apabila dia dipanggil untuk siasatan polis.
     
    TarakNama: Jika anda ISLAM tak ada perasaan kah anda mengenai kes yg terjadi nie....Takkan negara ini semakin hari semakin runtuh akhlaknya....dan ini salah siapa....ibu bapa...sahabat... pemerintah.... ??? 
     
    Nampaknya mereka masih lagi kepanasan...
    02.03.07 (11:09 am)   [edit]

    Boikot pilihan raya: Pendirian parti pembangkang berbeza
    PETALING JAYA 1 Feb. – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) menyuarakan pendirian yang berbeza mengenai hasrat Pas untuk memulaukan pilihan raya umum akan datang.

    Pas jadikan SPR kambing hitam – MCA
    KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pas hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam kerana ketandusan isu untuk dijual pada pilihan raya umum akan datang.
     
    TarakNama:..heh heh heh memang betoi laa pukulan bt talam tak habis2 lagi...nampaknya depa' dok cuba nak belaga pembangkang laa plak...heh heh heh tengok aja kesudahannya...!! 
     
    Sakit hati pasai paa plak...
    02.03.07 (11:04 am)   [edit]
    Pak Lah sakit hati lihat sungai tercemar
    KUALA MUDA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sakit hati melihat kotoran dan pencemaran sungai yang berpunca daripada perbuatan golongan tidak bertanggungjawab.
     
    TarakNama: PM camna plak dengan org nipu...cakap berbelit...salah guna kuasa....awat ingat rakyat tak sakit hati kee...!!! 
     

    ingat tak lagi yg nie...!!!

     
     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com
     
     





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog