pilihanraya
kecil batu talam, raub, pahang sudah berakhir. calon bn berhadapan
dengan calon bebas. calon bebas berusia 22 tahun itu mengaku ditaja oleh pihak tertentu,
tetapi tidaklah diketahui dengan pasti siapa pula pihak itu. calon
bebas itu anak kepada bendahari dap raub yang beberapa hari selepas
penamaan calon telah meletakkan jawatannya. tpm najib kata calon bebas
itu helah pembangkang.
apapun, dengan adanya calon bebas itu, pilihanraya kecil yang
dipulaukan oleh kesemua parti pembangkang itupun tidaklah dibatalkan.
konsesi pihak pemerintah
yang meletakkan calon dari umno tidak banyak, barangkali kerana calon
lawan tidak dikenal, dan majoriti pengundi adalah dari kalangan orang
melayu. namun di antaranya ialah;
Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan
RM13.5 juta bagi pembinaan dan pembaikan beberapa kemudahan prasarana
di Felda Gugusan Tersang, Batu Talam dekat sini.
Menurut
beliau, daripada jumlah itu, RM10 juta adalah untuk menambah baik mutu
bekalan air, RM3 juta untuk pembinaan sebuah kompleks sukan komuniti
serta RM393,000 bagi projek-projek kecil dan Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK).
Katanya,
peruntukan RM10 juta bagi tujuan projek bekalan air itu akan
didahulukan oleh kerajaan negeri sebelum dibayar balik oleh Felda.
“Peruntukan
awal untuk memperbaiki masalah air di Felda seluruh negeri ialah RM150
juta sebelum naik kepada RM180 juta dan kini dengan tambahan RM10 juta
ia telah meningkat menjadi RM193 juta,” katanya semasa berucap pada
Majlis Bersama Rakyat, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang
dekat sini hari ini.
Sementara
itu, ketika berucap pada majlis Mesra Rakyat di Felda Tersang, Najib
memberitahu, beliau akan meneruskan usaha bapanya, Allahyarham Tun
Abdul Razak bagi memastikan semua peneroka Felda di negara ini menjadi
penyokong kuat UMNO dan BN.
Katanya,
sebagai menghargai sokongan kuat para peneroka, kerajaan melalui Felda
akan memperkenalkan beberapa program baru yang bertujuan untuk
memberikan hidup yang lebih selesa dan masa depan yang lebih terjamin
kepada peneroka.
Pada
majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan bagi membina loji
bekalan air Felda Gugusan Tersang dan Sungai Koyan yang bernilai RM13
juta.
Menurutnya, pembinaan projek itu akan bermula tidak lama lagi.
‘‘Saya berharap masalah bekalan air yang selama ini mengganggu kehidupan harian peneroka akan berakhir tidak lama lagi.
Kerajaan
akan menganugerahkan tanah berkelompok seluas 200 hektar kepada 150
penduduk berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Batu Talam untuk dimajukan dengan projek tanaman herba.
Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata,
tanah itu akan diusahakan dengan projek tersebut selari dengan
kewujudan Taman Teknologi Malaysia di Ulu Sungai Raub, tahun lepas.
Katanya,
tanah berkelompok itu akan dianugerahkan menerusi Felcra dan Taman
Teknologi Malaysia yang bertanggungjawab untuk menjalankan projek herba
itu dan penduduk yang terpilih akan menerima dividen dalam bentuk saham.
‘‘Tanah
berkelompok ini akan diberikan secara ala Felcra dan Taman Teknologi di
mana kedua-duanya akan mengambil alih tanah tersebut untuk tanaman
herba, dan penduduk yang terbabit sama dengan projek itu akan dibayar
dividen dalam bentuk saham,” katanya.
Penantian
30 tahun bagi lebih 2,000 penduduk di 10 buah kampung di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Batu Talam berakhir apabila sebuah jambatan
bernilai RM2.5 juta bagi memudahkan mereka membawa hasil pertanian
untuk dipasarkan di bandar Raub bakal dibina.
Menteri
Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jambatan itu akan dibina di
Kampung Ulu Atok pada tahun ini dan akan membolehkan para penduduk di
kampung berkenaan untuk menyeberangi Sungai Semantan dengan selamat.
jadi
kita semua dapat melihat (maaf ye jikalau anda buta) dengan jelas
bahawa pilihanraya kecil batu talam membawa hadiah besar kepada rakyat
jelata di kawasan itu. kita jangan peduli bila mb pahang adnan yaakob
kata keputusan untuk melaksanakan projek-projek ini bukan bertujuan memancing undi.
Projek bukan pancing undi
Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan tuduhan pembangkang
kononnya kerajaan meluluskan beberapa projek pembangunan di kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam bagi memancing undi.
Beliau
berkata, kerajaan tidak berniat menggunakan cara tersebut untuk meraih
undi penduduk Batu Talam, sebaliknya projek yang diumumkan itu sudah
dirancang dan diluluskan lebih awal.
yang
terlebih penting ialah kebajikan serta kesejahteraan rakyat jelata yang
sebelum itu seolah-olah tidak diambil peduli oleh pihak pemerintah,
tiba-tiba mendapat prihatin yang begitu tinggi dan efisyen sekali.
jikalau mereka sebelum ini sentiasa mengambil peduli kepentingan rakyat
jelata, tentulah mereka tidak perlu menyusun projek segera ketika
pilihanraya kecil seperti itu.
hari mengundi bagi pilihanraya
kecil machap akan berlangsung pada 12 april ini. calon bn ditentang
oleh calon dap. ini kawasan majoriti orang cina, oleh itu kita
perhatikanlah berapa banyak konsesi yang diberikan oleh pihak
pemerintah kepada orang cina. kita akan kumpulkan maklumat mengenainya
selepas pilihanraya kecil machap. dan selepas itu, kita akan ke ijok, selangor pula.
kemudian,
barangkali kita boleh mandapat gambaran jelas mengenai fenomena
pilihanraya kecil di negara kita. dan mudah-mudahan, kita sebagai
rakyat jelata boleh mempelajari beberapa hal mengenai strategi pihak
pemerintah sekarang apabila menghadapi pilihanraya. insha-Allah
lanjutan kepada pemerhatian kita pada tajuk 'pilihanraya kecil - apa yang boleh diperhatikan?'
berikut ialah beberapa hadiah yang diterima oleh rakyat jelata dalam
dun machap (9,623 pemilih. 46.07 % cina; 38.65% melayu; 14.13% India;
1.15% lain-lain), melaka:
Menteri
Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan peruntukan
sebanyak RM4 juta untuk pembangunan ekopelancongan di kawasan Machap.
Daripada
jumlah itu, RM1.2 juta diperuntukkan bagi membina Taman Rekreasi Datuk
Wira Poh Ah Tiam manakala selebihnya untuk pembinaan Taman Negeri
Melaka di Hutan Simpan Bukit Sedanan dan Sungai Tebong, di sini.
Menurut
Tengku Adnan, ia adalah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) dan tawaran tender akan dikeluarkan pada pertengahan
Jun ini manakala kerja-kerja pembinaan akan bermula 15 Julai.
‘‘Dengan
ini, kita akan dapat memberikan satu suntikan semangat buat semua
masyarakat setempat untuk menikmati ekopelancongan sekali gus
merancakkan kelompok pertumbuhan sektor pelancongan di Machap,'' kata
beliau.
At
the gathering, the deputy prime minister announced an allocation of
RM3.7 million for the Felda Tun Ghafar Baba Hutan Percha, of which RM3
million would be to upgrade the water pipes, RM600,000 for the
construction of a multipurpose hall and RM100,000 to repair the mosque.
The
Government has approved a total allocation of RM540,000 for three Felda
schemes in Machap for repairs and minor development works.
Felda Tun
Ghafar Machap, the biggest of six schemes that come under the Gugusan
Tun Ghafar Felda cluster, received the lion’s share of the allocation.
The
scheme (previously called Felda Machap) was given RM405,000 that will
pay for, among others, mosque repairs and upgrading (RM100,000) and
drainage and irrigation (RM95,000).
"Pick
the candidate who can bring development to our constituency," said
Najib who also announced an additional allocation of RM200,000 for the
construction of the RM1 million community hall.
MELAKA
5 April – Kerajaan negeri meluluskan permohonan lot tanah di kawasan
Felda Bukit Bulat di sini untuk 50 peneroka berketurunan Cina.
Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya telah mengadakan
perbincangan dengan Felda berhubung perkara berkenaan dan dipersetujui
oleh agensi itu.
“Sebelum ini kita telah beri kelulusan untuk permohonan 102 lot tanah bagi peneroka di kawasan berkenaan.
Sementara
itu, kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan kawasan tanah seluas
2,508 meter persegi di hadapan Tokong San Nui di Machap Baru di sini
untuk dijadikan kawasan meletak kenderaan.
“Kita juga akan beri
bantuan kewangan sebanyak RM7,000 untuk mereka, substesen Tenaga
Nasional Berhad yang terletak berhampiran tokong itu juga akan ditambah
kapasiti kuasanya supaya bekalan tenaga elektrik ke kawasan itu tidak
terjejas,” kata beliau.
Pada masa yang sama kerajaan negeri,
katanya, turut bersetuju menerima permohonan pelebaran beberapa kawasan
kubur masyarakat Cina di Machap.
“Bagi Machap Umboo, kawasan kubur
di sana akan ditambah seluas 2 hektar, Machap Baru seluas empat hektar
manakala sebuah kawasan perkuburan masyarakat Hainan pula seluas 2.8
hektar,” ujar beliau.
“makaru wama karullah, wallahu khairul maakirin” Mereka merancang dan allah juga merancang, perancangan allahlah yang terbaik..
Satu
undian sms tv3 di akhir mac lalu menghasilkan 62 peratus pengundi sms
tv3 penonton buletin utama setuju cuti bersalin dilanjutkan hingga 84
hari. Desas desus untuk melaksanakan agenda tersebut masih dalam kajian
tetapi merupakan salah satu yang telah dilaksanakan semudah 10 tahun
pertama pas memerintah kelantan.
Ini bererti dasar-dasar
islam-pas dapat diterima ramai. Kalau rakyat suka idea-idea baik pas
kenapa pula rakyat tidak dapat menerima pas? Kebaikan pas dan islam
dikelabui oleh media media massa yang diperalatkan! Ditambah pula
persekitaran yang menyebabkan rakyat menjadi lalai dan leka. Tak kenal
maka tak cinta. Kalau seorang pemuda telah jatuh cinta kepada
kecantikan gadis, kenapa dia tidak dapat menerima gadis tersebut
sebagai teman hidupnya jika gadis itu lebih cantik dari apa yang
digambarkan.gadis itu bernama pas-islam.
Umum juga mengetahui
bahawa sistem kewangan islam dapat diterima oleh bukan islam dengan
begitu amat menggalakkan. Kalau kecantikan islam yang dipandang dari
sudut keuntungan dunia (kewangan) dapat diterima, inikan pula
keseluruhan dan batang tubuh islam yang cantik yang akan menyelamatkan
dan menguntungkan manusia hingga akhirat yang kekal abadi….
Teringat
saya sewaktu di zaman othmaniah bagaimana kejatuhan konstantinapol
ditangan islam salah satu faktornya disebabkan penduduk tempatan yang
“menjemput” islam masuk dan ternanti-nantikan islam masuk memerintah
negara mereka. Bila keadilan islam ditegakkan, dan dapat dilihat;
negara kafir jatuh satu persatu.. Sebab itu barat sedang mengelabui
media massa ..
Berlaku juga dalam sejarah islam , bila
keadilan islam tertegak, maka rakyat tidak memberontak-seperti berlaku
dinegara-negara yang telah dibuka semula oleh islam. –sebagaimana yang
kita ketahui, selepas tentera islam membuka atau membebaskan sesuatu
negeri atau negara, hanya akan tinggal beberapa orang tentera islam di
situ yang memerintah.. Jika rakyat mahu memberontak sudah tentu islam
dapat dikalahkan secepat mungkin. Tetapi ini tidak berlaku!
Kita
juga melihat fenomena tentera yang menjajah dan berkuasa akhirnya
menganut agama rakyat yang dijajahnya. Ini tidak berlaku dalam sejarah
lain melainkan dalam sejarah islam dan berlaku di mongol.
Insya
allah fenomena yang sama sedang berlaku. Cuma rakyat masih belum nampak
kebaikan pas dan islam-kerana jahatnya media masa. Namun dalam jahatnya
media tv 3 ; terlihat juga kerajaan pas di sokong! Wallahu kahirul
makirin..
Pas juga telah terkehadapan dalam beberapa kebaikan yang akhirnya ditiru kerajaan pusat.
1. Meletakkan papan tanda jalan 50 meter sebelum mesjid.
2. Cuti dua hari, kerja 5 hari-akhirnya ditiru kerajaan pusat setelah berpuluh tahun dilaksanakan di kelantan.
3. Ar rahnu yang berkembang diterengganu sebaik sahaja pas memerintah kelantan.
4. Tok guru memberi idea muaalaf di”bin” kan dengan nama bapanya yang sebenar.
5. Ketua polis kelantan memberi khutbah
6. Kenaikan elaun tok imam dsb.
7. Dll.
Banyak
lagi kebaikan yang boleh dilaksanakan jika pas dapat kuasa dipusat.
Kalau difikirkan dengan sedikit kuasa dinegeri pun sebegitu cepat pas
dapat mengharamkan arak dsb. Dengan serangan serta kepongan ekonomi
serta kketiadaan sokongan media.
Kebaikan dan dasar yang ada harapan untuk ditiru:
1. Cuti bersalin 90 hari yg dilaksanakan dikelantan insyaallah ada harapan.
2. Sistem kifaalah warga tua
Yang tidak ada harapan walaupun dasar baik
1. Menutup kelab2 malam
2. Menutup kedai2 judi
3. Menutup kedai2 arak
4. Menegakkan hudud
5. Tender terbuka
6. Pengasingan lelaki perempuan dlm. Kaunter dsb.;
7. Kedai gunting rambut untuk lelaki dan perempuan diasingkan.
8. Sukan untuk wanita sahaja.
9. Mengasingkan lelaki perempuan dalam konsert islam.
Demikian
beberapa kisah dasar pas ditiru dan takkan ditiru. Samada disedari atau
tidak oleh rakyat. Tetapi dek kerana terlalu “terbukanya” pas, pas
tidak kisah kalau tidak disebut satu peniruan. Atau walau tak dikaitkan
dengan pas sekalipun.hinggakan pas pernah meminta umno mengemukakan
hudud bernama “hudud umno” untuk dilaksanakan dikelantan.
Demikian
beberapa dasar pas dan islam yang dapat diterima. Pendekata kalaulah
dasar kewqangan dan produk-produk islam seperti bank islam , gadaian,
takaful dapat diterimabaik , inikan pula keseluruhan sistem islam dan
negara islam itu sendiri. Bukankah sistem kewangan islam itu dari allah
dan allah juga mencipta islam yang syumul ujtuk manusia. Diciptakan
islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Kita juga kena ingat bahawa
kerajaan islam juga memperkenalkan insuran secara tak langsung(di zaman
umar), hospital dan sistem pos (abbasiyah), matawang dinar yang tidak
jatuh nilai.. Dll lagi..
Jangan lupa juga pelajar, terbaik spm
adalah siti fatimah, dari maahad muhammadi kota bharu. Bukankah
pencapaian terbaik dalam pendidikan merupakan hasil dari resepi islam!
Dalam
kamus islam dan pas, ada satu perkataan yang tidak dapat dalam kamus
agama lain termasuk bn. Kamus itu tertulis ”berkat”. Pas yakin kepada
keberkatan lebih dari yakin kepada wang..dan keberkatan itu dari allah
.namun itu hasil undian yang tidak dipengaruhi apa2 kepentingan
pribadi. Jika gendang pilihanraya dimainkan nanti, mungkin pendirian
pun akan berubah. Lupa kebajikan sendiri kerana terpengaruh dengan
rasuah materi.
Rakyat boleh mengundi bn yang meniru kebaikan
kerajaan pas, mengapa pula tidak boleh mengundi pas? Atau pun
sekurang2nya pas wajib dikekalkan sebagai “pemangkin” kepada kebaikan…”
tak dok sebab nak lawe kawe…”
Siapakah gerangan 10 ahli parlimen yang paling kerap ke luar negara?Soalan ini berbangkit di Dewan Rakyat Selasa.
Nombor satu jatuh kepada ahli parlimen Barisan Nasional kawasan Ampang Dr Rozaidah Talib.namun begitu semuanya atas tugas rasmi.
Sejak tahun 2004 hingga sekarang beliau telah 11 kali ke luar negara melibatkan tuntutan perbelanjaan sebanyak RM141,391.06.
Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi senarai itu dalam
jawapan bertulisnya kepada soalan dari ahli parlimen DAP kawasan batu
gajah Fong Po Kuan.
Beliau ingin tahu nama 10 anggota Parlimen yang kerap melawat ke
luar negara, berapa kali lawatan dari 2004 sehingga tahun lepas dan
jumlah perbelanjaan yang terlibat.
Menurut
Abdullah, Dr Rozaidah ke luar negara sebanyak 11 kali bagi menghadiri
Persidangan Anggota Parlimen Komanwel (CPA) di mana beliau adalah wakil
rantau Asia Tenggara bagi Anggota Parlimen Wanita Komanwel.
Sebahagian daripada perbelanjaan beliau seperti tambang kapal terbang dibayar oleh ibu pejabat CPA.
Sembilan yang lain ialah Dr Junaidy Abdul Wahab (BN-Batu Pahat)
sebanyak lapan kali dengan tuntutan perbelanjaan RM60,812.27, Datuk
Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat) lapan kali (RM69,440.72), Datuk Seri
Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN-Arau) enam kali (RM38,659.28),
dan Datuk Dr Raman Ismail (BN-Gombak) lima kali (RM116,834.26).
Anggota lain ialah Datuk Raja Ahmad Zainuddin (BN-Larut) empat kali
(RM100,955), Datuk Tan Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) tiga kali
(RM9,597.50), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) tiga kali
(RM33,686.80), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) dua kali
(RM14,312), dan Razali Ibrahim (BN-Muar) dua kali (RM17,395.75).
Perdana Menteri berkata Markiman dan Syed Razlan merupakan anggota
Jawatankuasa Pertubuhan Antara Parlimen Asean (AIPO) Malaysia yang
telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Adhoc AIPO bagi mengkaji
dan merangka statut AIPO yang baru.
Abdullah berkata beberapa siri mengenai mesyuarat ini telah
diadakan sejak 2004 dan statut yang baru ini akan dibentang dan
diluluskan pada persidangan AIPO ke-28 di Kuala Lumpur, Ogos ini.- 17/4/2007
Jangan
terlalu elit melayan orang IJOK, cuba bawak cara kampung...dengan
menyapa cara kampung yang baik...Mak Cik kampung tidak membaca tapi ia
mendengar...dari mulut nya selalu .."aku dengor" gini aku dengor gitu...
Caritalah
pasal kampung, jangan cerita pasal SAHAM, RASUAH, EKONOMI ..tak paham
makcik tu eh...Kalau yang teruk sangat tu...cakap jer..DACING dah tukar
mak cik semenjak Mahathir tak der..jadi (tunjuk logo PKR ajar dia
mangkah) he he ...tidak digalakan tips ini.
Tips orang jawa :-
Usap bahunya..mereka suka dibelai / dilayan lebih akrab.
Senyum,
makan dan minum apa yang diberi,
Ambil apa yang diberi,
Bawa ole-ole,
Bertanya khabar,
Suka cerita keluarga, asal usul dan keturunan,
Suka berbahasa ibundanya (jawa)
Kalau kawasan Jawa...bawaklah orang jawa...saya ajar..jawa sikit..
Khabare - Apa Khabar..
Lae opo / Gae Opo = Buat Apa
Ngumbee = minum
Madang / mangan / mentong = makan
Ngeehh = Ya / (bahasa halus)
Mongo = sila naik / masuk
Waras = sihat
Kulonuwon = macam salam la tu...
Kesuwon = terimakasih
Wak = Orang baya pertengahanlah...mak cik pak cik lebih kurang
Mbah = datuk , mbah wedok = tok prempuan Lanang lelaki.
Wok = gadis sunti / anak perempuan belum kawin
Nang / tol = pendekan lanang = anak lelaki
Solan Makcik UMNO : Kami tak pilih orang kami pilih parti.
Jawab
PKR : Ye lah mak cik oi...esok anak makcik..kawin jangan pilih calon
...pilih sapa sapa pun, kalau boleh tu tu yang bawak jambatan tu nak?.
Soalan :- Kami pilih PKR boleh dapat apo eh?
Jawab
PKR : - Dah 50 tahun apo yang makcik dapat he...? Asyik asyik kain
batik, duit RM50, ...jalan makcik dapat, kami pun dapat, sekolah makcik
dapat, kami pun dapat...tak dok bezo...he..
Soalan :- Apo nak reformasi kan sini..dari dulu kami duduk aman kat sini.
Jawab PKR :- Mak cik amanlah..anak mak cik belum tentu...mano anak mak cik ee sekrang? kut kut duk merempit?.
dah
lah mak cik..ponek cakap ngan mak cik ni...undi jer ...PKR Dato'
Khalid, bukan budak hingusan tu...kawin lah dulu...kalau tak pun..mak
cik ajer lah yang ambik dia tu...
KUALA SELANGOR 19 April – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad
Khir Toyo mempertikai matlamat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Ijok kononnya untuk membawa pembangunan di kawasan
tersebut.
Beliau berkata, jika benar beliau hendak membawa pembangunan dan
membantu orang kampungnya sendiri, ia sepatutnya sudah dilakukan oleh
bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu 20
tahun lalu.
“Kalau benar hendak bangunkan kampung sendiri, apa sebenarnya yang
telah dia lakukan selama 20 tahun dulu, mana dia sekolah, mana dia
masjid, mana dia surau yang telah dirikan selama ini?”, tegasnya di
sini, hari ini.
utusan meloya @
------------------
Nie nak Jawab: Awat bengong sangat ko nie....takkan SEKOLAH MASJID tan sri khalid nak kena buat semua tuu......ko kan KERAJAAN ko lah yg wajib buat semua tuu dr 20thn dulu lagi...bukannya lunggok semuanya sedass hari nie....apa laa akai BN nie...jengkel...
PRK IJOK : CERITA 'SANTA KLAUS' YANG DUNGU
Politik
bagi pemimpin Umno/BN ialah buat jalanraya, masjid, surau dan kain
batik. Itulah mentaliti mereka. Mereka tidak nampak kemiskinan rakyat,
gejala sosial yang semakin parah, bilangan penagih semakin ramai, kadar
jenayah meningkat, fakir miskin tidak pernah kurang, rumah rakyat yang
robek, pendidikan anak-anak diabaikan dan sebagainya.
Bagi
pemimpin Umno wirid mereka hanyalah pembangunan fizikal dan bagaimana
nak 'buncit'kan perut sendiri.ITULAH POLITIK PEMIMPIN DAN PENGIKUT
UMNO/BN.
Mentaliti pemimpin sama sahaja dengan mentaliti JKKK kampung.
Maka
tidak hairanlah apabila Khir Toyo berkata semalam mempersoalkan apa
yang dibuat oleh Khalid selama hampir 20 tahun menjadi Pengerusi PNB.
Khir
berkata, “Kalau benar hendak bangunkan kampung sendiri, apa sebenarnya
yang telah dia lakukan selama 20 tahun dulu, mana dia sekolah, mana dia
masjid, mana dia surau yang telah dirikan selama ini?”. Bagi Khir Toyo
itu sahaja politik yang tahu.
Pemimpin seperti perlu dijatuhkan kerana kepala otaknya berfikiran sempit dan cetek. Calon BN pun sama juga mentalitinya.
MEREKA SEMUA UMPAMA 'SANTA KLAUS' YANG MEMBERIKAN HADIAH KETIKA HARI PERAYAAN. PERBEZAAN MEREKA BAGI HADIAH DAN SOGOKAN KETIKA PILIHAN RAYA
Jam 3.00 petang - DS Anwar tiba di Lapangan Terbang Pulau Langkawi.
Beliau disambut oleh lebih kurang 200 orang penyokong, bungga manggar
dan paluan kompang. Ada beberapa anggota polis dan juga staf-staf
syarikat penerbangan mengambil kesempatan untuk bersalaman dan juga
bergambar dengan DS Anwar.
Kemudian, DS Anwar bersama konvoi sebanyak 30 buah kereta bergerak
mengelilingi Pulau Langkawi sebelum&nbs p;menunju ke Pejabat KeADILan
Langkawi di Bandar Kuah. Kibaran bendera keADILan dan poster-poster
yang ditampal menyemarakkan lagi kehadiran DS Anwar. Tarikh ini, Pulau
Mahsuri sekali lagi bakal menyaksikan kebangkitan rakyat! Turut bersama
dalam rombongan DS Anwar kali ini adalah Ketua Perhubungan Negeri
Kedah, Johari Abdul, Presiden AIC, Sdr. Farhan Fauzi, Sdr.
R.Salehuddin, Sdr. Saiful Izham, Sdr. Wan Salleh dan juga
beberapa pemimpin&nb sp;keADILan Negeri Kedah.
Jam 4.00 petang - DS Anwar tiba di Pejabat keADILan Langkawi untuk
bertemu dengan sebahagian daripada 600 ahli baru keADILan. Kebanyakkan
daripada mereka adalah panglima-panglima UMNO Langkawi yang kini turut
menyertai keADILan! Dalam ucapan ringkas, DS Anwar memberi mandat
supaya semua bekerja keras dan dalam masa 1-2 bulan, keADILan Langkawi
menerima lebih 1000-2000 orang ahli baru.
DS Anwar juga menegaskan supaya pejabat keADILan Langkawi ini aktif
dengan kegiatan untuk membantu masyarakat Langkawi untuk menyelesaikan
masaalah-masaalah kerana kita berjuang untuk membantu rakyat. Beliau
memberi kata-kata semangat yang cukup bermakna dengan mengatakan bahawa
sejarah dunia membuktikan tiada kubu tidak boleh ditembus. Begitu juga
dengan mana-mana kubu kuat BN. Kami semua kemudiannya dijamu dengan
jamuan ringan dan buah durian yang sungguh lazat.
Jam 9.00 malam – Padang luas Markas Pas Kampung Temuyong mula penuh,
kibaran bendera PAS dan keADILan serta poster-poster penuh disepanjang
pintu masuk. Pada malam ini, DS Anwar akan memberi ceramah bersama
dengan Ustaz Dato’ Haron Din. Secara kasar dianggarkan 8000-10,000
orang hadir pada kali ini. Sebelum mula berceramah, DS Anwar dengan
segala hormatnya telah menerima 665 borang ahli keADILan penduduk
Langkawi daripada Ketua keADILan Bahagian Langkawi, Sdr Wan Salleh.
DS Anwar mula berucap pada jam 10.40 malam, dalam ucapan yang
semakin lama semakin membara tiba-tiba hujan mula turun. Hujan kali ini
membawa petanda besar apabila ribuan hadirin yang ada sedikit pun tidak
berganjak dan masih setia mendengar ucapan DS Anwar. Hujan yang semakin
lebat menyebabkan DS Anwar juga basah kuyup tetapi ceramah masih
diteruskan, keadaan sejuk dipanaskan kembali dengan ucapan DS Anwar
yang semakin membara!
Dalam ucapan beliau menekankan tuduhan kes rasuah menteri-menteri
dan juga pegawai tinggi kerajaan tetapi tiada siasatan yang logik dan
relevab dijalankan. Beliau menyindir apa erti pembangunan yang dijulang
oleh kerajaan tetapi pada hakikatnya 80,000 siswazah masih menganggur
dan kebanyakannya bangsa Melayu sendiri. DS Anwar kerap mengatakan
bahawa beliau tidak memusuhi ahli-ahli UMNO kerana mereka juga adalah
rakan-rakan kita, tetapi siapa yang sepatutnya ditentang adalah
pemimpin-pemimpin yang rasuah dan korup! Kasihan apabila melihat
ahli-ahli UMNO dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang giat
merompak wang rakyat, tetapi cuma melemparkan beberapa puluh ringit
untuk ahli-ahli bawahan yang kerja separuh nyawa dan akhirnya mendapat
kesusahan apabila harga minyak dan barang mula naik.
Didalam hujan lebat, DS Anwar dengan penuh semangat berkata, `Kita
menang sahaja pilihanraya, esok minyak akan turun! Kita tawan Langkawi
kemudian kita tawan Kedah, selepas itu kita tawan Pulau Pinang!
Membujur lalu melintang patah! Lawan Tetap Lawan!!’ Hadirin kemudian
bersorak penuh semangat, malam itu sekali lagi sorakan kebangkitan
rakyat bergema dengan sekuat-kuatnya di Pulau Langkawi.
Jeti Langkawi - Kuala Kedah - Alor Setar, Jumaat (13/4/2007)
Jam 9.30 pagi, DS Anwar dan rombongan bergerak menaiki feri daripada
Langkawi ke Kuala Kedah. Tiba di Jeti Kuala Kedah pada jam 11 pagi, DS
Anwar disambut dengan penyokong-penyokong dan juga orang ramai yang
berada di jeti. Ada penjual tiket yang melaungkan `Hidup Dato Seri!’
dengan pembesar suara yang mereka gunakan. DS Anwar kemudiannya
meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan penduduk Taman Bersatu,
Kuala Kedah. Kemudian, beliau bergerak ke Markas PAS Kg. Kubang Rotan
untuk bermesyuarat dengan keADILan Negeri Kedah dan Perlis.
Dalam mesyuarat selama satu jam tersebut, beberapa permasalahan dan
strategi menghadapi pilihanraya dibincang. Satu jamuan makan tengahari
dihidangkan sebelum DS Anwar menunaikan solat jumaat di Masjid Kg.
Kubang Rotan. Para jemaah yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran
DS Anwar di situ sekali lagi mengambil kesempatan untuk bersalaman
dengan beliau.
Jam 2.30 petang, DS Anwar bertolak ke Hotel Seri Malaysia Alor Setar
untuk 2 sesi dialog yang dijadualkan. Sesi dialog pertama diadakan
bersama dengan petubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan juga ahli-ahli
korporat Cina negeri Kedah. Turut serta dalam sesi dialog ini adalah
Yang Dipertua Ulamak Kedah, Yang Dipertua Jim dan juga pimpinan ABIM.
Antara isu menarik yang dibincangkan adalah pinjaman wang yang
diambil oleh kerajaan daripada negara asing. Menjawab beberapa
persoalan, DS Anwar menerangkan bahawa pada tahun 1993 semasa beliau
masih lagi menteri kewangan, beliau telah menghentikan pinjaman
daripada IMF kerana sumber kewangan negara banyak pada ketika itu.
Beliau telah melaksanakan `belanjawan seimbang’ dimana wang-wang yang
ada digunakan untuk membayar hutang, membantu rakyat dan juga untuk
pembangunan negara. Menariknya, beliau dituduh ejen asing dan dalang
IMF tetapi pada hakikatnya semasa beliau menjadi salah seorang
penasihat Bank Dunia selepas dibebaskan beliau menyemak akaun Bank
Dunia dan terdapat rekod pinjaman Malaysia pada tahun 1999, semasa
beliau dipenjara!
Sesi dialog kedua pada jam 4.30 petang diadakan bersama dengan
keADILan dan PAS Negeri Kedah. Dialog ini bertujuan untuk meningkatkan
kesefahaman dan semangat kerjasaman kedua-dua parti untuk menjana
kemenangan di Kedah. Dialog ini turut disertai oleh Naib Presiden PAS,
Hj. Md Sabu, Mahfuz Omar dan juga Pengerusi PAS Kedah, Ustaz Azizan.
Jam 6.30 petang, satu sidang media diadakan di Hotel Seri Malaysia. DS
Anwar bersama Hj. Md. Sabu menjawab beberapa soalan wartawan tetang
pendirian Barisan Rakyat mengenai pilihanraya kecil N11 Dun Ijok.
Jam 8.30 malam, DS Anwar dan konvoi bergerak ke Kota Sarang Semut
untuk ceramah perdana. Satu lagi kejutan apabila Markas Pas Kota Sarang
Semut dipenuhi hampir 30,000 orang hadirin. Ceramah dimulakan dengan
ucapan daripada Ustaz Azizan, Sdr Johari Abdul, Hj Md Sabu dan
kemudiannya DS Anwar Ibrahim. Keadaan sama seperti Langkawi, hujan
lebat mula turun tetapi 30,000 hadirin tetap tidak berganjak untuk
mendengar ucapan DS Anwar!
Pulau Pinang - Sabtu, 14/4/2007
Jam 3 petang, DS Anwar telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat
dengan beberapa buah bahagian di Pulau Pinang. Mesyuarat ini diadakan
di Yayasan Aman, Penanti. DS Anwar kemudiannya mengadakan perjumpaan
tertutup pada jam 4.30 petang di tempat yang sama.
Jam 5.30 petang, DS Anwar dan konvoi bergerak ke Bayan Lepas untuk
majlis perasmian Bilik Gerakan keADILan Bayan Baru. Lebih kurang 200
orang ahli-ahli keADILan hadir dan DS Anwar sempat memberikan ucapan
ringkas sebagai satu amanat kepada semua ahli untuk menghadapi
pilihanraya yang semakin hampir.
Pada sebelah malam, DS Anwar memberikan ceramah di Tasik Gelugor.
Sepertimana sambutan-sambutan sebelum ini, tidak kurang hebatnya
sambutan di Tasik Gelugor. Ribuan rakyat memenuhi kawasan ceramah
mendengar amanat daripada pemimpin yang mereka sanjungi, Anwar Ibrahim!
Ijok - Pengistiharaan Calon, Selasa (17/4/2007)
Jalan masuk ke Kuala Selangor melalui Sungai Buluh mula sesak,
jentera-jentera berat dan pekerja sibuk membetulkan jalan walaupun hari
sudah agak lewat. Inilah dia kerajaan Barisan Nasional, mahu
memperbodohkan rakyat Malaysia. Apabila ada sahaja pilihanraya kecil
baru sibuk untuk membetulkan jalan.
DS Anwar tiba di Bilik Gerakan Keadilan Batang Berjuntai pada jam
9.30 malam diiringi oleh Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail dan disambut oleh tarian naga serta paluan musik tradisi India.
Turut ada disana adalah Azmin Ali, Dato Nallakarupan, Tan Sri Khalid
Ibrahim, Dato’ Dr Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin Md Isa dan
pimpinan-pimpinan PKR dan PAS. Dianggarkan hampir 5000 orang memenuhi
kawasan lapang untuk mendengar pengistiharaan calon dari parti keADILan
yang akan bertanding di Ijok.
Selepas beberapa ucapan oleh pepimpin keADILan dan PAS, DS Wan
Azizah selaku Presiden mengistiharkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari
Keadilan sebagai Calon keADILan di pilihanraya kecil N11 Dun Ijok.
Kemudian Dato Nallakarupan dan Tan Sri Khalid memberikan ucapan yang
sungguh bermakna membawa mesej kepada penduduk Ijok untuk menolak calon
BN.
DS Anwar Ibrahim kemudiannya naik ke pentas untuk berucap, hadirin
semakin ramai dan semakin rapat untuk mendengar amanat daripada DS
Anwar. Kelihatan ramai juga hadirin daripada kaum Cina dan India. DS
Anwar berucap dan diselit dengan beberapa potong ayat dalam bahasa
Tamil dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin. Dalam
ucapan permulaan beliau di Ijok kali ini, beliau menegaskan kepada
penduduk Ijok mengenai prinsip dan perjuangan Parti KeADILan yang
berjanji untuk membela nasib semua kaum tanpa mengira Melayu, Cina
ataupun India.
DS Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid dan Parti Keadilan kali ini nampak
disambut baik oleh penduduk Ijok! Mari kita semua membantu jentera
keADILan di Ijok untuk jana kemenangan rakyat disana!
Rahimi Osman
gambar oleh: Ahan & Deeno
*ribuan terima kasih diucapkan kepada Team AIC kerana banyak mebantu. Lawati www.anwaribrahimclub.com
KUALA LUMPUR 17 April - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak
RM257.4juta kepada Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GPSB) berikutan
pembatalan pembinaan Jambatan Indah menggantikan Tambak Johor.
TarakNama: Aku perbesaqkan nak bagi org UMNO baca betapa membaziaqnya duit bagi camtu jee...boleh tanggung duit buku FREE kat sekolah 2thn tuu..
Harga rumah dijangka naik 10 peratus KUALA
LUMPUR: Harga hartanah termasuk rumah dijangka meningkat antara lima
hingga 10 peratus berikutan pertambahan kos bahan binaan dengan terbaru
harga siling keluli dinaikkan antara 17 hingga 20 peratus, berkuat
kuasa semalam. berita penuh
TarakNama: TOYA aihhh...dah la nak beli rumah pon dah ramai yg tak mampu...yg ko org tahu NAIK HARGA NAIK HARGA...sampai mati la menyewa aku jika camnie...
Lojing: Pejabat Menteri Besar keluar arahan ‘tutup mulut’
KOTA BHARU 17 April – Selepas membuat penafian kelmarin, Timbalan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengakui wujudnya
surat yang mengarahkan pegawai Jabatan Perhutanan supaya tidak
memberikan sebarang maklumat mengenai pembalakan haram di Lojing, Gua
Musang.
Ahmad menjelaskan, penafiannya kelmarin dibuat kerana beliau belum
diberi maklumat oleh Pejabat Menteri Besar mengenai surat itu yang
sebenarnya telah dikeluarkan pada 26 Mac lalu.
Katanya, bagaimanapun kandungan surat itu hanya menyentuh pemberian
maklumat mengenai pembalakan secara umum di seluruh negeri ini dan
tidak khusus kepada isu di tanah tinggi Lojing yang hangat diperkatakan.
‘‘Arahan dikeluarkan bagi mengelak maklumat-maklumat penting tidak
disalahgunakan oleh pihak tertentu dan bukannya untuk menutup sebarang
isu,” jelasnya.
Berbohong
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Datuk Seri Azmi Khalid yang mendakwa kerajaan negeri berbohong
berhubung kandungan surat berkenaan.
Azmi semalam berkata, surat yang dikeluarkan itu mengarahkan Jabatan
Perhutanan supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai
kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di tanah tinggi Lojing.
Azmi mahu kerajaan negeri mengaku mengeluarkan arahan itu yang
dianggapnya cuba menutup mulut pegawai perhutanan mengenai isu
kemusnahan hutan di Lojing, sebelum beliau bertindak mendedahkan surat
itu yang boleh memalukan kepimpinan negeri.
Penerokaan hutan di Lojing yang turut menjadi kawasan tadahan hujan
mendapat kritikan pelbagai pihak kerana boleh menjejaskan ekologi
setempat dan banyak desakan dibuat agar tindakan diambil terhadap pihak
yang didapati membelakangkan peraturan.
Menurut Ahmad, kandungan surat itu menyebut bahawa Pengarah
Perhutanan negeri boleh mengeluarkan maklumat dengan keizinan Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
tarakNama: Ini yg sebenarnya....ok la tuu nanti jika takada kawalan main semberono aja jawabnya....dan lagi musuh keliling kelalangkan ramai dok tunggu nak menembak jaa...
Bapa Nazrin bersimpati
KUALA LUMPUR 17 April – Shamsul Ghazali Shamsuddin, 35, bapa kepada
Muhammad Nazrin atau Yin, 5, hari ini melahirkan simpati mengenangkan
nasib yang menimpa pasangan Myanmar yang telah menjaga anaknya selama
15 hari.
Abang minta hak jaga lima anak saudara
KUALA
LUMPUR 17 April – Abang kepada pasangan warga Myanmar yang ditahan
berhubung kes budak hilang, Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin
telah memohon untuk mendapatkan hak penjagaan sementara ke atas lima
anak saudaranya sehingga adik serta adik iparnya itu dibebaskan.
Nazrin keluar hospital
KUALA
LUMPUR 17 April – Muhammad Nazrin atau Yin mungkin dibenarkan pulang
hujung minggu ini selepas doktor mendapati jangkitan kulit pada
bahagian punggung, kaki dan tangannya beransur pulih.
Bila wakil rakyat mati baru ada pembangunan? - Kit Siang
Nyza Ayob
Mon | Apr 16, 07 | 06:18:39 PM
KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh)- "Apabila ada orang mati baru ada
pembaharuan. apa namanya demokrasi apabila ada wakil rakyat meninggal
barulah dijanjikan untuk mempertingkatkan 'public service' .
Perbelanjaan yang digunakan juga melebihi dari sepatutnya. Saya mahu
laporan terperinci kenapa kawasan pembangkang di diskriminasi"
Perasaan
tidak puas hati itu diluahkan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan
Rakyat hari ini sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan
Tambahan 2007 peringkat Kementerian Kewangan,
Selain tidak puas hati dengan Barisan Nasional sepanjang proses
kempen di Machap, Kit Siang turut menyentuh tentang perletakan jawatan
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat yang didakwa
disebabkan berlakunya krisis antara Ketua Menteri Sabah. (LAGI)
Alasan pasangan penuh persoalan KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan kini
timbul apabila pasangan suami isteri warga Myanmar yang menetap di
negara ini kira-kira 20 tahun, mendakwa mereka tidak menyedari langsung
kehilangan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5. Alasannya,
mereka buta huruf dan tiada peti televisyen di rumah. Lagi...
‘Saya tetap serah RM5,000’ SEREMBAN: “Saya tetap akan menyerahkan
wang ganjaran RM5,000, sama ada kepada individu yang menemui
kanak-kanak itu atau diserahkan kepada keluarga mangsa untuk diadakan
kenduri doa selamat,” kata seorang ahli perniagaan, Rahimuddin Md
Harun, 36.
Lagi...
Tarik balik ganjaran KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang wanita
yang mempunyai sifat keibuan, sudah tentu dia (Noorshida Nur Islam)
tidak akan menyimpan Yin selama dua minggu dan tindakannya serta suami
itu menimbulkan keraguan.
Lagi...
Mengadu sakit kaki SUBANG: Muhammad Nazrin atau Yin yang
hilang di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur, dekat sini, 31 Mac lalu, mengadu
sakit kedua-dua tapak kaki serta tangannya, selain kesan luka kecil
serta mengelupas.
Lagi...
Mengapa kepala dibotak? KUALA LUMPUR: “Ketika pasangan suami
isteri warga Myanmar itu menyerahkan Yin, semalam (kelmarin), saya
tidak mengesyaki apa-apa perbuatan buruk selain hanya mahu berjumpa
semula dengan anak kami.
Lagi...
Terus siasat KUALA LUMPUR: Walaupun Muhammad Nazrin
Shamsul Ghazali atau Yin, sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya
kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu polis terus menyiasat punca sebenar
kanak-kanak berusia lima tahun itu ‘disimpan’ keluarga Myanmar di
Sentul di sini, selama dua minggu. Lagi...
‘Ikat’ anak jika terpaksa KUALA LUMPUR: Isteri Timbalan Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan ibu bapa yang mempunyai
anak hiperaktif agar lebih berwaspada termasuk ‘mengikat’ anak mereka
sekiranya terpaksa, demi menjamin keselamatan mereka ketika berada di
tempat tumpuan ramai.
Lagi...
Parthiban ada kriteria wakil rakyat
KUALA LUMPUR 16 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yakin
calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban, 38, yang bertanding pada
pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini
mampu menawan hati pengundi.
TarakNama: Nak kata apa lagi..angkat ekoq cakap sendiri lee...
SHAH
ALAM 16 April – Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor, S. P. Thirumoorthy
mengesahkan peletakan jawatannya dalam parti itu hari ini berikutan
tidak dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding
dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.
TarakNama: Ahhh..kan dah kata...cuba p tanya paklong nie...sah dia bantai macam-macam...
KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan langkah
Ketua Cawangan MIC Bahagian Kuala Selangor, S.P. Thirumoorthy meletak
jawatan kerana tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) kawasan Ijok sebagai tidak wajar.
TarakNama: Takkan nak sokong kot....pening najib dok mikir 2000 org di blkg Thirumoorthy..
SHAH
ALAM 16 April – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal bertanding
dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April
ini akan diumumkan esok.
KUALA
LUMPUR 16 April – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi
Khalid akan mendedahkan kandungan surat yang mengarahkan supaya pegawai
Jabatan Perhutanan ‘menutup mulut’ mengenai isu kemusnahan alam sekitar
di Lojing, Gua Musang jika kerajaan Kelantan terus menafikan kewujudan
arahan tersebut.
TarakNama: Loooo....dok bising2 lagi..dedah kan aja....takyah pening2 kepala...
Kita dengar dan kita bahaskan ceramah Anwar Ibrahim
sewaktu jamuan Keadilan Batu. Kita dengar dan kita buat analisa sendiri
mengenai beberapa tuduhan beliau terhadap rasuah Menteri Barisan
Nasional - Menteri Barisan Nasional mempunyai nilai ratusan juta
kata beliau. Beliau juga menyentuh mengenai Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris serta gesaan beliau agar "NAJIB DISIASAT" Kita dengar dengan fikiran terbuka. Kita mendengar laungan Anwar
yang mahukan hak sama rata antara Melayu, Cina dan India. Anwar hari
ini mengatakan bahawa "Hubungan antara kaum diMALAYSIA
TIDAK BAIK". Kita dengar juga raungan Bekas Timbalan Perdana
Menteri membelasah beberapa dasar - dasar yang dibuat oleh kerajaan
yang juga turut ada sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana
Menteri. Beliau tidak dipecat kerana menentang dasar - dasar korup
kerajaan tetapi dipecat kerana persengketaan dengan Tun Dr Mahathir
Mohamed. Kita percaya ada beberapa isu yang dibawa oleh beliau
mempunyai kebenaran tetapi ada pula beberapa isu yang dibawa adalah
isu yang beliau sendiri tidak perjuangkan sewaktu dalam UMNO. Apa
yang nampak adalah sikap kepimpinan Melayu - nampaknya menggunakan
isu untuk mendapatkan kuasa. Ini adalah pertentangan mendapatkan
kuasa dan pengaruh adalah mekanismanya. Apa pun diskusi untuk
penghujahan yang dibawa oleh Anwar adalah penting kerana salah satu isu
yang bagi saya nampak berat adalah isu perhubungan kaum. Klik Sini.
MACHAP, 13 April (Hrkh) - Calon Barisan Nasional (BN) Lai Meng Chong berjaya mengekalkan
kemenangan BN di Dun Machap N08 namun begitu BN gagal menambah majoriti
undi seperti yang diharapkan walaupun berkempen bermati-matian.
Calon BN, Lai Meng Chong memperolehi 5,533 undi menewaskan calon dari
DAP, Liou Chen Kuang yang mendapat 1,452 undi, undi rosak sebanyak 166,
jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,151 pengundi manakala undi pos
berjumlah 102 memihak kepada Lai.
DAP berjaya mengurangkan majoriti undi BN dari 4,562 pada pilihan raya
umum 2004 kepada 4,081 dan ini menunjukkan penurunan majoriti undi sebanyak
481 undi seterusnya hasrat BN menghilangkan wang deposit DAP tidak
berjaya.
Janji Lai Meng Chong
ALOR GAJAH 12 April - Calon Barisan Nasional (BN), Lai Meng Chong yang
memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap hari
ini, berjanji untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan
membawa lebih banyak pembangunan di DUN Machap.
Bukti keyakinan rakyat kepada PM
ALOR
GAJAH 12 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan besar
Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri
(DUN) Machap hari ini membuktikan keyakinan rakyat yang amat tinggi
terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Lojing: Pas jadikan JAS kambing hitam
KOTA BHARU 10 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan,
Datuk Seri Annuar Musa membidas kerajaan Pas yang cuba menjadikan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sebagai ‘kambing hitam’ dalam isu
kemusnahan hutan di Lojing, Gua Musang.
TarakNama: Last Kerajaan Negeri Jugak di salahkan....itu yg sebenaqnya muslihat UMNO nie....heh heh heh ... sekilas aku tgk ekoq aku tahu ada palit tahik @ tidak....heh heh ehe
Malaysiakini
dalam artikelnya menyebut bahawa Datuk Najib Tun Abdul Razak
mewakili UMNO telah bertindak memancing undi dengan memberi
berbagai projek pembangunan. Menurut malaysiakini Najib telah menjanjikan perkara - perkara berikut seperti:
Jumlah keseluruhan adalah: RM 3 juta untuk menaik taraf paip air,RM600,000 untuk pembinaan Dewan Serbaguna dan RM100,000 membaiki Majsid
Najib juga dilaporkan berkata "“Ada ubi ada
batas, ada budi boleh balas. Kalau nak balas, balas pada
April 12 dan undilah Barisan Nasional" bukankah itu bentuk -
bentuk rasuah politik. Saudara sendiri fikirkan dan
sekiranya mahu ada video klip dalam www.malaysiakini.com untuk keterangan lanjut.
Hari ini pula 600 lot tanah akan diagihkan
termasuk dikawasan Machap. Mungkin bertuah kematian ADUN dan
lebih ramai lagi ADUN meninggal dunia maka lebih berpeluang
kawasan itu mendapat pembangunan mee segera. Apa komen tuan?
Petikan dr UmnoReform.com
Apakah
yang telah terjadi kepada negara kita? Apakah yang sedang terjadi
kepada negara kita. Dan apakah yang mungkin terjadi kepada negara kita?
Sila
lapangkan sedikit masa untuk membaca berita berikut yang disiarkan oleh
Gulf Daily News, akhbar berbahasa Inggeris yag diterbitkan di Bahrain
berbunyi:
"Formula One boss Bernie Ecclestone was quoted saying the
Sepang circuit was getting "shabby" from lack of care just hours before
yesterday's Malaysian Grand Prix.
TarakNama: Itu laa aku kata sembang aja pemimpin UMNO...tapi teloq tak ada pon..
Isu Lojing: Pemuda Pas minta dedah hasil pembalakan
KOTA BHARU 9 April – Dewan Pemuda Pas Kelantan meminta Jabatan
Perhutanan negeri mendedahkan butiran lengkap mengenai hasil pembalakan
yang diperoleh dari penerokaan tanah untuk pembangunan di tanah tinggi
Lojing.
Ketuanya, Mohamed Zaki Ibrahim berkata, hanya fakta itu akan dapat
melenyapkan sebarang prasangka buruk yang cuba dilemparkan kepada
kerajaan negeri berhubung hasil pembalakan itu.
‘‘Ia akan dapat menutup mulut pihak yang kepentingan politik yang
memainkan isu pencemaran Lojing dan mengaitkannya dengan pembalakan
sedangkan isu sebenarnya ialah pelanggaran syarat kelulusan kesan
Penilaian Alam Sekitar (EIA).
‘‘Kelulusan kepada syarikat-syarikat atau pihak yang memohon telah
bermula sejak 1984 lagi dan saya percaya semasa pemerintahan Pas, hasil
pembalakan ini masuk sepenuhnya ke kantung perbendaharaan negeri,”
ujarnya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di sini hari ini sebelum
menghantar memorandum kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Kelantan, Mokhtar Abdul Majid bagi mendesak supaya tindakan diambil
terhadap pemaju yang melanggar EIA di Lojing.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri
Annuar Musa dilaporkan berkata, kawasan yang digondolkan bagi pelbagai
projek pembangunan terutama pertanian di situ dianggarkan mempunyai
hasil hutan kira-kira RM250 juta.
TarakNama: Tengok seperti nak kena batang hidung sendiri dah niee....awat dah mula sonyap jee...bising laa lagi....awat dah tak bising dah....
Mitos imej Google Earth
INDIA, Korea Selatan, Thailand dan Australia adalah di antara negara
yang begitu lantang membantah kemudahan paparan imej satelit yang
disediakan oleh Google Earth. Kebimbangan yang dilahirkan oleh negara
tersebut berpunca daripada betapa mudahnya seseorang itu boleh
mendapatkan imej satelit untuk kawasan tertentu dengan hanya
menggunakan kemudahan komputer dan Internet.
tARAkNama: Tahu ke ko org nie apa itu google earth...??
NASIB BAIK ADA AKAI JUGAK SIKIT WALAUPON SEBENAQNYA TAK ADA PON...!!! - TN
Penulis blog tak perlu daftar
KUALA LUMPUR 9 April – Para penulis blog tidak perlu mendaftar
dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, jelas Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.
Ini kerana kata Perdana Menteri, ia tidak menjadi dasar kerajaan untuk untuk memaksa penulis-penulis blog mendaftar.
‘‘Undang-undang untuk mendaftarkan penulis-penulis blog ini belum
ada dan kalau hendak dilaksanakan, ia perlu dikaji dengan mendalam.
Kalau kerajaan mewajibkan mereka untuk mendaftar mungkin ada yang tidak
akan mendaftar.
‘‘Penulis blog ini juga menggunakan saluran di luar negara seperti
di Amerika Syarikat (AS). Oleh itu undang-undang sedia ada akan
dikuatkuasakan ke atas mereka apabila ia boleh dikuatkuasakan,’’
katanya di sini hari ini.
Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa kementerian itu sedang
mempertimbangkan menguatkuasakan undang-undang agar penulis blog
mendaftar dengan kementerian.
TarakNama: Nampaknya lepas nie jgn laa ada pulak ahli parlimen dok bercadang nak naikkan gaji tok ketua depa lebih dr nie plak utk berlawan dgn jiran sebelah...mana juak2 nie bukanya ada akai sangat pon...janji ampu sana ampu sini...rakyat hidup kais pagi mkn pagi pon tak dipedulikkanya...
KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - PAS bertindak
mengarahkan Unit Amal Wilayah Persekutuan untuk bekerjasama
dan membantu mencari kanak-kanak, Muhammad Nazrin Shamsul
Ghazali, 5, yang hilang di Kompleks Membeli-belah Sogo,
lapan hari lalu.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, berkata langkah itu
disarankan bagi memastikan kanak-kanak itu ditemui semula
dengan kadar segera dan diserahkan kepada pihak berkenaan.
Husam yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kelantan,
berkata Kelantan turut melakukan pelbagai usaha dan kaedah
bagi tujuan tersebut.
Bapa sedih terima banyak panggilan palsu
SUBANG JAYA 8 April – Ketika Shamsul Ghazali Shamsuddin, 34, dan
isterinya, Nor Amizah Ahmad, 25, semakin buntu dan hilang punca
petunjuk dalam mencari anak mereka Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau
Yin, 5, yang hilang sejak seminggu lalu, ada pihak yang menambahkan
tekanan perasaan pasangan itu.
Ganjaran kini RM15,000
KUALA
LUMPUR 8 April – Jumlah ganjaran kepada individu yang dapat memberikan
maklumat atau menemui Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5,
meningkat kepada RM15,000 hari ini.
Maklumat: Michael terima panggilan misteri
KUALA
LUMPUR 8 April – Setelah beberapa hari berita mengenai kehilangan
Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, disiarkan, Ketua Biro
Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong hari ini
mendedahkan menerima panggilan misteri daripada beberapa individu yang
tidak dikenali.
DAP tidak berpeluang menang di Machap – KM
KUALA TERENGGANU 8 April – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali
Rustam yakin DAP tidak berpeluang memenangi kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Machap kerana parti pembangkang itu kini lemah akibat
perpecahan.
TarakNama: eishhhh jgn tulis KM la bangang tulis Pengerusi BN melaka laaa....awat la bodo sangat mentality rakyat Malaysia BN nie...tak reti beza jawatan parti jawatan KERAjaan...
Ketua cawangan MIC ditangkap cuba rasuah pegawai TNB
BUKIT MERTAJAM 8 April – Tiga pengusaha premis barangan lusuh termasuk
seorang ketua cawangan MIC di Kedah ditahan ketika cuba memberi rasuah
kepada seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi
di sekitar Butterworth dan Jitra, semalam.
TarakNama: heh heh heh inilah dia ketua yg dilahirkan oleh MIC/BN....aibb aibbb
ALOR GAJAH 5 April – Pihak pembangkang terpaksa mengungkit kisah
lama yang sudah basi dan telah diselesaikan oleh kerajaan dalam kempen
pilihan raya mereka kerana tiada isu baru, kata Ketua Menteri, Datuk
Seri Mohd. Ali Rustam.
Menurutnya, isu seperti Tabung Kebajikan Hospital Putra (dahulu
dikenali Hospital Southern) dan kenaikan harga petrol adalah antara isu
basi yang pernah menjadi bahan kempen mereka sejak pilihan raya umum
lalu.
TN: Alaa TOYA jika ini isu basi...pasaipa harga minyak masih mahal sampai skrg...ooo jika lama kalu ingat rakyat boleh lupa..apa raa..UMNO ja yg anggap basi KAMI yg dok isi minyak ini tak anggap basi...UMNO tu yg bASi sebenaqnya..otak lembab...
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan Naib
Presiden UMNO berkata, isu Tabung Kebajikan Hospital itu telah
dijelaskan sebelum ini tetapi pembangkang masih mengungkitnya.
‘‘Apa lagi nak cakap. Salahkah saya membantu orang yang sedang
sakit? Salahkah saya memberi jaminan untuk orang yang sakit bagi
menyelamatkan nyawa mereka?
‘‘Kalau Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) sakit nak minta jaminan,
pun saya akan berikan atas dasar saya sebagai Ketua Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sistem pelepasan air
mentah dari Empangan Durian Tunggal ke Empangan Jus, di sini hari ini.
Mohd. Ali berkata, pembangkang turut menggunakan isu kenaikan harga
petrol pada kempen pilihan raya kecil di sini walaupun kerajaan telah
memberikan penjelasan panjang lebar mengenainya.
Beliau berkata, selain isu lapuk dan basi, pembangkang juga
menggunakan isu kenaikan tol bagi meraih undi pengundi-pengundi di
Machap.
‘‘Dia cakap pasal tol di sini orang Machap pun gelak. Mana ada orang
Machap kena bayar tol. Kalau bayar pun sebab guna lebuh raya nak pergi
Kuala Lumpur.
‘‘Tapi kalau tak nak bayar tol, pakailah jalan biasa. Jalan Muar ke
Alor Gajah bernilai RM600 juta sudah siap dan tak ada tol... boleh
guna,” katanya.
TN: Ini satu lagi bengap...nak sempitkan pemikiran rakyat...ko perbodohkan ahli UMNO dgn CINA MCA serta India MIC udahlaaa.....kalau camtu org asli wajib pangkah ko org laa dlm hutan sana mana ada kena tol rodtax minyak..apa raa mengong...
Justeru beliau menggesa pengundi di DUN Machap tidak terpengaruh
dengan taktik kotor sandiwara yang dimainkan oleh pihak pembangkang.
Ini satu video ko org tengok laa perangai pemimpin pujaan ko org nie...
Cadangan wujud Zon Akses Bebas di WPI dibatal
JOHOR BAHRU 5 April – Kerajaan telah membatalkan cadangan untuk
mewujudkan kawasan Zon Akses Bebas (FAZ) di Wilayah Pembangunan
Iskandar (WPI) bagi membolehkan warga asing dari Singapura keluar dan
masuk secara bebas.
TarakNama: Alhamdulillah......apa yg ditegur akhirnya mendapat perhatian......selamatlah bumi tanah airku...