Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Siaran langsung Muktamar...
    05.31.07 (3:30 pm)   [edit]
    Image
    :: jom Klik banner ini :: 
     
    Segala Update mengenai muktamar sila
    kunjungi HarakahDaily...
    maaf saya tidak update masa ini
    sebab segalanya sudah ada disana...
    siap siaran lansung webTV lagi....
     
    :: Admin :: 

    1 Comments
     
    Apa2 pandang2...
    05.29.07 (8:03 am)   [edit]
    Paip bocor gara-gara terlepas pandang
    KUALA LUMPUR 28 Mei – Kontraktor utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Johawaki Sdn. Bhd. mengakui punca berlakunya kebocoran paip di bilik servis kafeteria di kompleks berkenaan adalah disebabkan ‘terlepas pandang’.
     
    TN: tengkorak ko org buat keja main2 terlepas pandang....benda bila jadi macam nie siapa yg rugi...kos nak perbaiki bukan seposen dua....org buat kerja biarlah tepat...ibarat macm pilot nak mendarat kapal terbang...salah mendarat..MATI..bukan nya bila salah...oooooo sory saya terlepas pandang butang turun tayar tuuu...nak jawab macam nie kee....apa laa ngok sangat pekerja kat malaya nie...
     
    3 Comments
     
    POLIS oh POLIS
    05.29.07 (7:59 am)   [edit]
    Kembalikan kekuatan risikan, penyamaran polis
    SEBAGAI seorang yang dua kali menjadi mangsa kes pecah rumah, saya menyokong pendapat saudara RAK, Putra Nilai dalam ruangan ini semalam mengenai betapa perlunya pihak polis memantapkan aspek penyamaran dalam membanteras jenayah di negara ini. 
     
    TN: Nak buat camna..kekadang tu aku pon rasa sedih jugak dengan pihak polis nie....sekarang nie macam2 benda jenayah berlaku....tak tahulah aku kenapa boleh jadi macam nie....inilah akibatnya bila buat kerja bukan dengan niat yg ikhlas...aku masih ingat lagi kes rumah menteri nazri aziz yg mana pembantu rumahnya bawak lari barang kemas...dalam tak sampai seminggu terus amah tu kena cekup...tapi jika kes begitu kena kat rakyat marhaen ada yg sampai skrg tak settle lagi....bagi aku sebenaqnya POLIS kita bie memang hebat dan cekap....aku tak nafi akan semua tuu cuma perlu pertingkatkan lagi hemah bekerja tuu..ayat sedia berkhidmat tu biarlah menyeluruh..jangan hanya berkhidmat memilih bulu aja....
     
    alaaa bukan susah pon...jika masing2 tahu kerja masing2 insya'allah aman aihhh...jangan kalut pantau ceramah pembangkang ja lebih tapi bila bab mat rempit hanya dok layan dengan sebijik keta peronda saja....sedih laa gitu....
     
    1 Comments
     
    Apanama...!!!
    05.22.07 (12:35 pm)   [edit]
    JELI 21 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO percaya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah faktor penentu bila pilihan raya umum akan diadakan, seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pihak.
     
    TN: Laaa ko org nie...jika dah tau kawan tu dah jd nagka busuk apasal dok sebut2 lagi nama dia....lantak p laa kat dia...TAPI masalahnya ko org dok melayan jugak dia tuu..kata org tua2..jika selalu dok sebut nama tuu tanda setuju laa tuu.... 
     
    Anwar cabar buktikan kaitannya dengan Bank Dunia
    KUALA LUMPUR 21 Mei – Pengerusi Yayasan bagi Masa Depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya supaya membuktikan kaitan antara yayasan itu dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz. 
     
    TN: Mana budak KJ tuu...Jawab la balik....main serkap jarang jaa...bila org tanya balik kerenyehhh jaa...pie rahhhh..!!!
     
    Kenaikan yuran Astro membebankan – CAP
    PELANGGAN Astro akan melihat kenaikan RM5 hingga RM15, yang puratanya 15 peratus dalam bil bulan Jun mereka nanti. Notis berhubung perkara itu telah dihantar kepada semua pelanggan yang turut menjelaskan alasan mengenai perkara itu.
     
    TN: YG dok galak langgan siapa suruh....cuba pakat2 boikot...kompom FREE lepas nie....
     
    0 Comments
     
    Macam2 Ada..!!
    05.21.07 (8:24 am)   [edit]
    Golongan muda Kelantan perlu tolak Pas
    KOTA BHARU 20 Mei – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengajak golongan muda di negeri ini menolak Pas pada pilihan raya umum akan datang ekoran kegagalan parti itu mewujudkan peluang ekonomi sepanjang 17 tahun memerintah Kelantan. 
     
    TN: Yee laa bila sokong ko org dapat la pegi konsert pegi disko pegi kutub utara....
     
    Bayi disah mati bergerak sebelum dikapan
    JITRA: Penduduk Kampung Padang di sini yang menghadiri majlis pengebumian seorang bayi perempuan yang disahkan mati oleh doktor di Hospital Jitra kerana tidak cukup bulan, gempar apabila bayi itu tiba-tiba bergerak.
     
    TN: hanya kuasa dari mu Ya'Allah...aduss manusia yg bernama dr. ko nie buat keja main2 kee...resign je lah buat main2 plak bab nyawa nie...
     
    Remaja ketagih rokok kian membimbangkan
    KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020. 
     
    TN: Alhamdulillah maju setapak lagi negara aku.....malaysia boleh
     


    Harga minyak masak paket 1kg RM2.90
    KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling RM2.50 bagi minyak masak paket 1 kilogram. Baru-baru ini saya membeli satu paket minyak masak di sebuah pasar raya di Temerloh dan mendapati ia dijual pada harga RM2.90 satu paket. Saya tidak pasti sama ada pasar raya dan kedai lain di sekitar Temerloh menjualnya dengan harga sama. berita penuh

    Lagi peminjam minta KWSP longgar syarat
    SAYA bersetuju dengan surat ‘Ingin beres hutang’ yang tersiar pada 17 Mei lalu. Seperti beliau dan mungkin ribuan peminjam lain, saya bersyukur dengan kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyatakan peminjam boleh mengeluarkan wang daripada akaun 2 untuk membayar pinjaman mengikut jumlah baki pinjaman yang ada. Ini dapat mengurangkan bebanan kami setiap bulan. berita penuh

    Pelbagaikan kegiatan unit uniform sekolah
    SAYA terpanggil untuk membincangkan kegiatan kawad di sesetengah sekolah di negara kita. Usaha Kementerian Pelajaran mewujudkan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform di sekolah adalah baik. Hasil pemerhatian saya, didapati pertandingan kawad kaki menyebabkan ada pelajar mengabaikan pelajaran dan guru hanya memberi tumpuan kepada kawad semata-mata.  berita penuh

    Usaha bersepadu banteras seks rambang
    JEMAAH Islah Malaysia (JIM) ingin merujuk rencana Berita Minggu bertajuk ‘Seks Rambang Semakin Menular’ oleh Hafizah Iszahanid pada 13 Mei lalu. Saya sedih gejala seks rambang yang semakin berleluasa. berita penuh

    Caj tambahan, insurans tinggi membebankan
    ERA 1990-2007 menyaksikan penggabungan institusi perbankan dalam menempuh cabaran globalisasi agar terus mapan dalam memberikan perkhidmatan efektif dan efisien. Dalam tempoh ini juga institusi perbankan menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada pengguna.  berita penuh

    Kewajipan mufti tegur kesilapan
    SAYA ingin memberi pandangan berhubung kenyataan dua Ahli Parlimen mengenai cadangan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau kenyataan mufti.  berita penuh
     
    TN: nak buat camna Islam Hadari lah katakan

    Limbang tersisih arus pembangunan
    SAYA ingin mengemukakan di sini mengenai ketiadaan kemudahan asas di kampung di pesisiran Sungai Limbang, Sarawak, yang terletak berdekatan sempadan Brunei. Kedudukan kampung ini berdekatan bandar Limbang iaitu 25 minit perjalanan menggunakan bot ataupun kurang 15 kilometer jika menggunakan jalan darat.  berita penuh
     
    TN: ADUN p mana?????????

    Mentaliti rakyat mesti seiring status MSC
    KENYATAAN Perdana Menteri sempena Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) ke-10 supaya bagi memantapkan lagi persediaan akhir menjadi negara maju perlu diberi perhatian oleh sekalian rakyat. berita penuh
     
    0 Comments
     
    Apa akan jadi jika mufti PERAK kata Islam Had-Ari HARAM..!!!!
    05.19.07 (2:23 pm)   [edit]
    Apa akan jadi jika mufti PERAK kata Islam Had-Ari HARAM..!!!!
    Posted on Friday, May 18 @ 11:22:45 MYT by din-cryptos
    ArtikelOleh TaraNama

    Aduss semakin hari semakin pening hidup dimuka bumi Islam HadAri nie...dah cakap tok mufti pon tak boleh pakai habis nak dengaq cakap siapa lagi...sekarang nie takkan nak dengaq cakap ustazah yg darurat tu..tak pon bekas iman yg sepak peti undi...

    masa mufti Perlis tegur bab maksiat terang dulu bukan main heboh ko orang semua...betul la bijak la jangan cari aib orang la..macam2 ko orang hujahkah sampai last nak tangkap org maksiat pon sampai jadi celaru celara...

    nah ambik sekarang bila mufti Perak teguq bab JOMHEBOH lalu bunyi nada kot lain pulak...nak kena pie majlis fatwa lah..nak kena bermuzakarah dulu lah...entahLAH aku pon tak tahu nak kata apa...takkan rakyat tak nampak akan rentak dan lenggok Islam HAD-ARI nie...tuu nasib baik mufti Perak tak cakap yg Islam Hadari tu HARAM dan mufti Perlis plak kata BIDAAH HASANAH..punggahhh....

    Pendapat mufti negeri bukan fatwa
    UMAT Islam tidak harus keliru dengan pendapat yang dikeluarkan mufti negeri-negeri dengan menganggapnya sebagai fatwa yang harus diikuti.
     
    Sebaliknya, kenyataan seseorang mufti mengenai hukum Islam hanya pandangan peribadi masing-masing, persidangan Dewan Negara diberitahu, semalam.
     
    Ketika menjelaskan perkara itu ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan penggal keempat Parlimen Ke-11, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md. Zin berkata pendapat atau pandangan mufti negeri tidak boleh dianggap sebagai fatwa.
     
    "Fatwa mesti dikeluarkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Soal umat Islam di negara ini keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan mufti seharusnya tidak timbul kerana ia (kenyataan) pandangan peribadi mereka (mufti) dan bukannya fatwa," katanya.
     
    Sehubungan itu, katanya pengwujudan jawatan Mufti Negara bagi menyelaras kenyataan serta pandangan mufti seperti dicadangan beberapa senator, adalah tidak perlu.
     
    Mengulas cadangan Senator Datuk Syed Ali Alhabshee agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diberi lebih kuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan mufti, Abdullah berkata perkara itu juga tidak perlu.
     
    "Ini kerana Jakim dari semasa ke semasa memantau kenyataan yang dikeluarkan mufti menerusi media," katanya.
     
    Mengulas cadangan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn agar diselaraskan mas kahwin bagi setiap negeri, beliau berkata Islam tidak menetapkan kadar tertentu bagi jumlah mas kahwin tetapi ia adalah pemberian wajib suami kepada isteri.
     
    "Dalam masyarakat kita, mas kahwin tidak menjadi isu tetapi yang menjadi perbincangan ialah soal jumlah hantaran.
     
    Beliau berkata, Islam mementingkan soal kesederhanaan dan menegah sama sekali sifat suka menunjuk-nunjuk.— Bernama
    --

    TarakNama@gmail.com
    Http://TarakNama.tblog.com
    0 Comments
     
    Haji Ohhh Haji
    05.19.07 (2:21 pm)   [edit]

    Wajarkah skim pinjaman tunai haji?

    SURAT PERTAMA
    SAYA amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pinjaman boleh dibuat oleh umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.

    Menunaikan ibadat haji bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah dengan maksud ‘jangan dibuat main-main’. Ia merupakan jihad bagi kaum perempuan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.

    Sebelum pergi menunaikan ibadah haji, umat Islam dinasihatkan agar bersedia dari segala segi, mental dan fizikal, bertaubat kepada Allah, memohon ampun dan maaf daripada ibu bapa jika masih ada, sanak saudara, sahabat handai, juga dinasihatkan agar menyelesaikan hutang-piutang termasuk hutang kad kredit (kecuali hutang rumah, kereta kerana ada potongan gaji, bermakna kita sudah ada niat hendak bayar setiap bulan).

    Sebab itu kita tidak digalakkan berhutang terlalu banyak terutama melalui kad kredit.

    Menunaikan ibadah haji adalah wajib bagi umat Islam dan ia adalah salah satu daripada rukun Islam, jika berkemampuan untuk berbuat demikian, dari segi kewangan, kesihatan, yakin di atas keselamatan diri dan sebagainya.

    Jika kita berhutang untuk menunaikan ibadah haji, ia bermakna, kita masih tidak mampu untuk berbuat demikian.

    Malah kita membebankan anak-anak atau ahli keluarga kita untuk berhutang kerana kita. Melainkan jika itu adalah duit mereka sendiri dan ikhlas mereka berikan kepada kita yang tidak mampu ini. Banyak fenomena yang berlaku kerana masalah hutang.

    Hutang kad kredit, PTPTN, pinjaman daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

    Semuanya menghadapi masalah kerana peminjam tidak mahu bayar.

    Kelak, berlaku lagi fenomena di mana peminjam tidak bayar hutang yang dibuat melalui skim pinjaman naik haji.

    Sebenarnya, kita perlulah menabung dalam Tabung Haji dari masa muda lagi. Insya-Allah, jika niat kita itu ikhlas kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita dan lambat-laun, kita akan sampai ke sana juga.

    Seperti saya, berbelas tahun menabung dalam Tabung Haji, alhamdulillah, tahun lepas saya telah dapat menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

    Saya amat berharap agar cadangan mewujudkan skim pinjaman ini tidak diluluskan.

    Apa yang orang lain atau negara lain buat, tidak semestinya baik untuk diri kita dan negara kita. Fikir-fikirkanlah.

    – ANIE,

    Kuala Lumpur.

    SURAT KEDUA
    ERLEBIH dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Sudin dari Klang kerana mencetuskan cadangan mengenai skim pinjaman naik haji seperti disiarkan dalam ruangan Forum pada 15 Mei 2007.

    Saya berharap pihak Tabung Haji memandang serius perkara ini untuk dipertimbangkan dan membuat kajian bagi membantu umat Islam mengerjakan haji.

    Tabung Haji merupakan satu-satunya pertubuhan yang diberi kepercayaan membantu umat Islam di Malaysia setiap kali musim haji. Hajat saya untuk menunaikan haji pada usia muda mungkin tidak kesampaian apabila memikirkan faktor kewangan. Oleh sebab itu, kewangan saya hanya mencukupi bagi mengerjakan umrah setelah menyimpannya sejak bekerja.

    Semasa saya di Mekah saya melihat jemaah dari Indonesia masih muda dan mampu mengerjakan umrah walaupun mereka datang dari golongan kurang berada. Mereka juga mampu mengerjakan haji apabila tiba musim haji. Rahsianya ialah mereka mendapat pinjaman daripada kerajaan untuk merealisasikan impian mereka.

    Saya merasakan alangkah baiknya kerajaan Malaysia memberi peruntukan pinjaman kepada golongan muda yang sihat serta berpendapatan sederhana bagi mengerjakan rukun Islam kelima ini. Kita tak perlu menunggu hingga umur pencen dan mengeluarkan wang KWSP untuk mengerjakan haji.

    Sekali lagi saya berharap perkara ini mendapat sokongan dan perhatian sewajarnya daripada semua pihak.

    - RASYIKAH HUSNA,

    PJ, Selangor

    SURAT KETIGA
    SAYA ingin memberi komen tentang kenyataan Abg. Zam dari Beranang, Selangor mengenai sokongannya kepada cadangan Pak Sudin dari Klang supaya Tabung Haji memberi pinjaman mengerjakan haji.

    Sebagai umat Islam kita sepatutnya tahu bahawa mengerjakan haji merupakan rukun Islam yang kelima dan salah satu syarat haji ialah berkemampuan.

    Maksudnya kita mempunyai wang cukup dan tidak berhutang di samping meninggalkan tanggungan kita di tanah air dengan perbelanjaan yang cukup semasa mengerjakan haji. Pinjaman itu adalah hutang yang ternyata sudah menyalahi syarat haji.

    Apakah kita mahu dibebani hutang setelah mengerjakan haji dan mampukah kita melangsaikan hutang itu? Bagaimana sekiranya kita meninggal dunia sebelum hutang itu dibayar sepenuhnya?

    Sepatutnya orang seperti Abg. Zam memberikan keutamaan kepada perkara lain seperti pendidikan anak, insurans dan simpanan hari tua. Ingin saya tekankan sekali lagi, mengerjakan haji itu hanya wajib kepada mereka yang berkemampuan dan sihat.

    – ANTI HUTANG,

    Kuala Lumpur.
     
    TN: Jika dah sampai nak utang piutang aku rasa takyah laa...buat tambah beban jaa...pastu nanti balik belom tentu dapat haji marboq tah tah dapat aji marlboro... 
     
    0 Comments
     
    Apa yg Ada..??
    05.19.07 (2:18 pm)   [edit]
    Kenapa gerai saya?
    JOHOR BAHRU: “Kenapa gerai saya yang dibina di atas tanah sendiri mereka dahulukan sedangkan gerai haram yang dikuasai warga asing dibiarkan beroperasi,” kata seorang peniaga yang tidak berpuas hati selepas Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) merobohkan gerai makan diusahakannya di Felda Cahaya Baru, Masai, baru-baru ini.
     
    TN: Adusss ini dinamakan kera dihutan disusukan nak kat umah mati kelaparan...PANGKAH lagi..!!
     
    ‘Maafkan kami’
    KUALA LUMPUR 18 Mei – Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin meminta maaf atas keterlanjuran perkataan ‘bocor’ di Dewan Rakyat tempoh hari dan menjelaskan mereka tidak berniat menyinggung sesiapa terutama kaum wanita.
     
    TN: nah lain kali jaga mulut tu elok2 jangan kasi bocoq aja...tapi malang laa jika macam nie punya MP..buat habis duit bayaq gaji aja.... 
    0 Comments
     
    Apa ada Hari ini..!!
    05.15.07 (9:40 am)   [edit]

    Harga barang runcit naik
    KUALA LUMPUR; Belumpun kenaikan gaji kakitangan awam diumumkan kerajaan, beberapa harga barang runcit keperluan makanan didapati sudah naik antara lima hingga 10 peratus. berita penuh
     
    TN: BN barang Naik.....

    Kenderaan berbaris panjang masuk terowong
    KUALA LUMPUR: Ratusan kenderaan bersesak dan berbaris panjang sejauh kira-kira dua kilometer dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga ke laluan masuk Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) apabila ia dibuka secara percuma selama sebulan mulai jam 3 petang semalam. berita penuh
     
    TN: Benda baru adat laa....

    Kadar tol Smart lebih tinggi
    KUALA LUMPUR: Kadar tol Terowong Pengurusan Air Banjir dan Lalu Lintas (Smart) yang mula dibuka semalam dijangka lebih mahal daripada tol lebuh raya lain kerana kos pembinaan dan penyelenggaraannya lebih tinggi. berita penuh
     
    TN: Apa kata kasi FREE nie tak bayar..bayar bayar...

    80 ahli, penyokong Pas sertai Umno
    BALING: Lapan puluh ahli Pas dan penyokong parti pembangkang itu di Kampung Charuk Bemban Dalam, Kupang dekat sini, menyertai Umno, semalam. Borang keahlian Umno bekas ahli Pas terbabit diserahkan sendiri oleh wakil kumpulan itu, Roslan Md Daud, 34, kepada Pengerusi Kelab Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di kampung itu.  berita penuh
     
    TN: Nak kena siasat nie....

    ‘STAM perlu diubah suai’
    ALOR STAR: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) perlu diubah suai, khususnya dari segi mata pelajarannya selaras perkembangan semasa supaya ia diterima pakai sebagai syarat kelayakan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). berita penuh
     
    TN: Cakap aja nak buat silibus ISLAM HADari......

    Remaja hidap barah mohon bantuan segera
    KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Empat hanya sempat mengikuti pembelajaran selama seminggu di sekolah, sebelum diserang barah pada lutut kirinya yang kian membengkak, sejak awal Januari lalu. berita penuh

    Kementerian teliti syor pecah monopoli IWK
    KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang memperincikan cadangan untuk memecahkan monopoli syarikat pengurusan sisa kumbahan, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) kepada unit negeri yang mengendalikan bekalan air atau mengekalkannya sebagai sebuah badan tunggal mengendalikan operasi di seluruh negara. berita penuh
     
    TN: Baru  hangpa nak sedaq...bukan aja indah water tapi BN pon sama asyik monopoli semua harta kerajaan

    Murid cedera di muka disyaki mangsa dera
    ALOR STAR: Seorang murid Tahun Enam cedera di muka dan beberapa bahagian badan, dipercayai menjadi mangsa penderaan ahli keluarganya sejak lima bulan lalu.  berita penuh

    Pengacara 360 didakwa salah guna dadah
    JOHOR BAHRU: Wartawan penyiaran TV3, yang juga pengacara rancangan 360, Mazidulakmal Sidek, 40, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menyalahgunakan dadah.  berita penuh
     
    TN: Looooooooo ko nie apahal........

    5 lelaki dipenjara
    MUAR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang lelaki manakala empat lagi rakannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan mengurung seorang wanita warga Vietnam selama dua hari pada Mei 2004. berita penuh

    Abdullah, Lee sambung rundingan di Langkawi
    LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, tiba di sini, semalam untuk lawatan kerja dan perbincangan tidak rasmi dua hari.  berita penuh

    Pak Lah ceria, habiskan dialog 2 jam
    PULAU PANGKOR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan sihat dan ceria selepas menghabiskan lebih dua jam berdialog dengan ahli Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), di sini, pagi, semalam.  berita penuh

    Dr Mahathir masuk ICU sukar nafas
    LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi, petang semalam, selepas mengadu sukar bernafas sejurus sebelum menghadiri satu majlis kenduri kesyukuran, di Kampung Temoyong, di sini.
    0 Comments
     
    Antara 2 darjat...
    05.14.07 (12:30 pm)   [edit]
    Tengoklah rumah2 mereka..
    bandingkan dgn rumah2 kita...
    dimanakah bezanya...
    INI BARU di PENANG..
     
    0 Comments
     
    jaga kesihatan tuu.....
    05.14.07 (8:46 am)   [edit]
    Paklah pengsan
    Oleh: Badrul Hisham Shaharin (che’GuBard)
     
     

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pengsan semasa menghadiri majlis jamuan rakyat dan perasmian Dataran Hadhari di Teluk Batik di Lumut tengah hari semalam.

    Kejadian berlaku semasa menyerahkan kunci kepada sembilan penerima rumah program Khidmat Bakti Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di majlis kenduri rakyat di Teluk Batik, Perak, Abdullah tiba-tiba hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.

    Bagaimanapun, Perdana Menteri sempat dipegang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Pemangku Pengerusi BNBBC Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

    Respon kepada kejadian itu Abdullah sendiri kemudian menyatakan (menurut bernama)
     

    Untuk bacaan lanjut layari http://chegubard.blogspot.com" title="http://chegubard.blogspot.com" target="_blank"http://chegubard.blogspot.com...

    che'GuBard.
    www.chegubard.blogspot.com
    0 Comments
     
    Ikhlas ke nak buat nie......
    05.14.07 (8:40 am)   [edit]

    Kelantan sedia runding lokasi paip minyak

    KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia menerima penempatan lokasi paip minyak di Bachok jika Kerajaan Pusat mempunyai alasan kukuh dalam memilih lokasi itu.

    Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri sedia bertolak ansur, jika projek bernilai RM24 bilion itu lebih baik dilaksanakan di Bachok.

    “Sekiranya ada hujah dan bukti kukuh, Bachok perlu dipilih sebagai lokasi laluan paip minyak itu, kita akan terima. Saya tidak kisah, lagi pun projek itu masih dalam peringkat taklimat dan belum ditentukan bila dilaksanakan.

    “Pada pandangan saya, lebih baik projek itu dilaksanakan di Tumpat bukannya Bachok. Namun, jika nak dibuat di Bachok, biarlah ada hujah yang kukuh mengenainya, baru kami terima,” katanya.

    Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu Kerajaan Pas Kelantan tidak bersetuju mengenai lokasi saluran paip minyak yang ditetapkan Kerajaan Pusat.

    Isu lokasi saluran paip minyak itu timbul apabila Nik Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, mahu Tumpat dipilih dan bukannya Bachok seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Nik Aziz berkata, beliau melihat Tumpat lebih baik sebagai lokasi projek itu berbanding Bachok, kerana turut mempunyai sistem pengangkutan kereta api.

    Di samping itu katanya, kerajaan negeri juga ingin melihat projek mega berkenaan turut boleh sama dinikmati oleh masyarakat negara jiran, Thailand.

    “Kerajaan negeri inginkan rakan di sempadan Thailand turut sama menumpang limpahan ekonomi yang dihasil dari bumi ini,” katanya.

    Beliau berkata, jika projek berkenaan dilaksanakan di Tumpat, kerajaan negeri mahu meminta syarikat terbabit membuat tambakan pemecah ombak bagi mengatasi hakisan di Tumpat dan Kuala Besar.

    “Dari segi fizikal, saya dapati laluan Jeli ke Bachok lebih jauh berbanding Jeli ke Tumpat,” katanya.
    0 Comments
     
    Tak ajak pon...
    05.14.07 (8:23 am)   [edit]

    Dr. M nafi sokong pembangkang

    TAIPING 13 Mei – Bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau kini menyokong parti pembangkang.

    Dr. Mahathir menegaskan, tujuan beliau membuat kritikan terhadap kerajaan selama ini adalah semata-mata untuk melihat kerajaan dan UMNO menjadi lebih kuat dan terus kukuh.

    ‘‘Kalau kita sokong UMNO secara membuta tuli dan tidak berpegang kepada prinsip perjuangan, UMNO akan jadi lemah akhirnya,” kata beliau kepada pemberita selepas program Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di sini hari ini.

    Dalam program yang dianjurkan oleh Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pergerakan Pemuda UMNO itu, Dr. Mahathir menyampaikan ceramah bertajuk Membina Kekuatan Bangsa.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.
     
    TarakNama: Lantak ko la aku pon bukan nya peduli ko sokong siapa janji apa yg ko cakap biaq betul dan utk kesejahteraan rakyat....ko tegurlah siapa kau nak tegur...itu hak ko....
     
    0 Comments
     
    PERCAYA @ Tidak GASAK...
    05.06.07 (12:23 pm)   [edit]

    Teori penipuan di Ijok

    PERTAMA 143 kertas undi ini samada telah siap berada dalam tangan PEMBELI UNDI atau dikeluarkan oleh 143 pengundi.

    KEDUA Sindiket akan memangkah BN pada kesemua 143 undi yang dikeluarkan ini.

    KETIGA Sindiket akan mendekati melalui kakinya sejumlah para pengudi yang dikenal pasti. Jaringan 143 orang kaki sindiket ini akan mengunakan para pengundi yang dikenal-pasti iaitu dengan menyerahkan kertas undi yang bertanda BN ini kepada mereka untuk dibawa masuk ke bilik mengundi.

    KEEMPAT Pengundi akan masuk ke bilik mengundi, menerima kertas undi baru tetapi memasukkan dalam peti undi kertas yang telah sedia dipangkah sedangkan kertas mereka akan dibawa keluar tanpa pangkah

    KELIMA Kertas undi yang dibawa keluar tanpa pangkah akan diserahkan kepada sindiket dan pengundi tadi akan menerima habuan, kalau mengikut audio dalam Umno Reform sogokannnya adalah tunai RM150.00

    KEENAM Seterusnya kertas undi yang dibawa keluar itu akan dipangkah pada ruangan BN dan proses di atas diulang kembali. Sekiranya kitaran atau cycle ini berulang 10 kali bermakna BN telah terjamin dengan 1,430 undi (soalnya berapa kalilkah cycle ini telah diulang-ulang di Ijok Sabtu lepas?)

    KETUJUH Cycle ini akan berakhir apabila waktu mengundi tamat dengan 143 kertas undi yang divbawa keluar oleh jaringan pengundi terakhir diserahkan kepada sindiket. Mungkinkah ini yang sebenarnya telah berlaku di Ijok Sabtu lepas?  klik sini
    0 Comments
     
    Bodoh Sombong
    05.06.07 (8:59 am)   [edit]
    Pemimpin kena dulu celik ICT
    SEORANG aktivis yang banyak membantu ketika banjir besar di Johor penghujung tahun lalu ingin menghantar laporan penutup kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpinnya. Sasaran laporan itu ialah teman beliau dalam dunia politik – Menteri Besar, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Barulah beliau sedar bahawa kebanyakan mereka tidak mempunyai alamat e-mel sendiri atau jika adapun, alamat itu tinggal alamat. E-mel jarang sekali dibuka.
     
    TarakNama: Dah pemimpin yg dilahirkan tu bangang semuanya..itu pasal yg jd mcm tu.... 
     
    0 Comments
     
    Tengok laa lagi...
    05.06.07 (8:55 am)   [edit]
    Yuran membebankan -- Kalau tidak suka, jangan tengok Astro – Keng Yaik
    KUALA LUMPUR 5 Mei – Keterlaluan dan membebankan. Begitu reaksi persatuan-persatuan pengguna berhubung tindakan drastik Astro All Asia Networks Plc. (Astro) menaikkan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15.
     
    tARAkNama; Nah sekali lagi ko org kena...(pada yg langgan ASTRO)..ingatkan menteri nak bela rakyat yg jd pelanggan tapi dibela tokeh ASTRO..hah hah hah....layan lagi ASTRO tuuu..pastu bising barang naik la apa laa...tak tengok pon tak rugi sekupangnya..BOIKOT aja...
     
     
    0 Comments
     
    Apa ada Hari ini..!!
    05.05.07 (12:54 pm)   [edit]
    Astro naikkan yuran -- Lebih 2.02 juta pelanggan bayar sehingga RM15 mulai Jun
    PETALING JAYA 4 Mei – Astro All Asia Networks Plc. (Astro) akan menaikkan yuran langganan bulanannya antara RM5 hingga RM15 berikutan peningkatan kos kandungan program, khususnya hak penyiaran rancangan sukan.
     
    TarakNama: NAHHH..padamm muka ko org semua..bela lagi ANANDA tuu... 
     
    Lagi barang keperluan mungkin ada harga siling
    KUALA LUMPUR 4 Mei – Kerajaan berkemungkinan menetapkan harga siling ke atas beberapa barangan keperluan lain sebagai langkah awal bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di pasaran. 
     
    TarakNAma: nahhh naik lagi....BN..Barang Naik...PANGKAH lagi...
     
    Karpal cabar Samy Vellu bertanding pilihan raya umum
    KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mencabar Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu untuk menentangnya atau ketua pembangkang Lim Kit Siang di mana-mana kawasan pada pilihan raya umum akan datang.
     
    TarakNama:...Alahhhh bukan beraninya si SAMY nie sembang ja lebih....last lari masuk bawah tempurung jugak..... 
     
    USIA: Jangan bina patung Buddha dekat masjid
    04-05-2007 06:09:12 PM

    KOTA KINABALU:  Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) meminta masyarakat bukan Islam di negeri itu supaya turut memahami sensitiviti umat Islam sebelum merancang sebarang keperluan agama mereka agar ia tidak menimbulkan perselisihan faham.

    Setiausaha agungnya Abdullah Hussin berkata pertubuhan itu tidak membantah pembinaan patung Buddha, yang dikenali Mazu Dewi Laut Cina, di Kudat tetapi mahukan lokasinya tidak berhampiran masjid demi menjaga kesucian agama Islam.
     
    TarakNama:...nahhh tak reti2 lagi kaa penganut HADARI...depa nie dah naik kepala nie... 
     
     
     

    0 Comments
     
    HADARI + UMNO = PelaQ
    05.05.07 (12:30 pm)   [edit]
    Mufti kata haram, TV3 teruskan Jom Heboh
    04-05-2007 05:30:38 PM
    Oleh SALHAN K. AHMAD

    PETALING JAYA:  Program karnival dan konsert Jom Heboh anjuran TV3 yang difatwakan haram oleh Mufti Perak akan tetap diadakan mengikut jadual bermula esok.

    Pegawai di jabatan komunikasi korporat stesen televisyen itu, Yusnita Mad Jalani berkata program bulanan itu diteruskan memandangkan segala persiapan telah diatur untuk diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia di Ipoh.

    "Program ini tetap 'on'. Malah, kami baru sahaja menghantar krew di dalam tiga buah bas untuk menjayakan program itu," kata Yusnita kepada mStar Online, sewaktu diminta mengulas kenyataan terbaru mufti tersebut.

    Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini menegaskan kembali pendiriannya sejak beberapa tahun bahawa karnival tersebut, yang memuatkan konsert hiburan, tetap haram di sisi Islam.

    Beliau dilaporkan berkata mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton acara tersebut adalah haram.

    Harussani berkata pesta jualan sambil berhibur itu, walaupun ditukar namanya sekarang daripada Sure Heboh, boleh "membawa kesan buruk kepada orang Melayu", lapor agensi berita Bernama.

    "Benda yang haram tetap haram. Saya sudah membantah pada awal-awal lagi sebelum ia datang ke Perak," beliau dipetik sebagai berkata.

    Pada 30 Julai 2004, Harussani membuat kenyataan bahawa Majlis Mufti-mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert tersebut hukumnya haram dengan alasan ia melalaikan umat Islam dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.

    Karnival dua hari itu antara lain menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan juga Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim sebagai jemputan di set rancangan tersebut.

    Ia juga dijadualkan mementaskan persembahan beberapa orang penyanyi terkenal, antaranya Misha Omar, Adibah Noor dan Hattan.
     
     
    \\
     
    TArakNAma: Sebut aja asal dr BUDAYA UMNO HADARI......boleh aja..... 
     
    0 Comments
     
    Lojing Oh Lojing
    05.03.07 (12:38 am)   [edit]
    0 Comments
     

    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter


     



    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com

    ANTARA TAJUK2
    MENARIK DI TarakNama



    Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.
     
     
    Mahathir VS Kerajaan

     

     



    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com