Sehingga
bulan Jun tahun ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat 13
lawatan kerja dan rasmi keluar negara manakala 20 pada tahun lepas, 25
(2005) dan 22 (2004) menjadikan kesemuanya 80 kali sejak sejak beliau
jadi Perdana Menteri.
Dalam
jawapan bertulisnya kepada soalan dari Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di
parlimen Rabu Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata semasa
lawatan berkenaan beliau biasanya diiringi
beberapa menteri Kabinet yang relevan dengan bidang yang ingin diadakan
usaha sama dengan negara yang dilawati, pegawai kanan kerajaan, wakil
agensi berkaitan dan ahli perniagaan.
Selain itu pegawai sokongan daripada Kementerian Luar, Kedutaan Besar
Malaysia dan pegawai keselamatan.
"Jumlah delegasi lawatan amat bergantung kepada skop kerjasama dua
hala dan keperluan pakar bidang untuk meneliti dan memberi khidmat
nasihat termasuklah menteri-menteri berkaitan dalam sektor ekonomi yang
penting serta ketua-ketua industri yang relevan," katanya.
Menteri
Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata lawatan seperti itu yang
antaranya berteraskan kerjasama ekonomi telah menyumbang kepada
pencapaian kedudukan
Malaysia sebagai negara perdagangan ke-19 terbesar di dunia.
Fong
meminta kementerian itu menyenaraikan lawatan rasmi dan tidak rasmi
Perdana Menteri ke luar negara, tempoh lawatan dan jumlah anggota
rombongan bagi setiap lawatan.
Jawapan bertulis berkenan turut melampirkan senarai penuh lawatan Abdullah ke luar negara bagi 2004 hingga tahun ini.
Lampiran itu menunjukkan antara tujuh dan 143 orang delegasi mengikuti Perdana Menteri dalam lawatan beliau.
Syed
Hamid menjelaskan antaranya adalah lawatan rasmi dan kerja ke negara
jiran Asean, lawatan dua hala ke Asia Timur, Timur Tengah, benua
Amerika dan Afrika serta lawatan sempena menghadiri mesyuarat atau
persidangan berkala seperti D8, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Pergerakan Negara Berkecuali
(NAM) dan sebagainya.
Katanya
lawatan tersebut telah berjaya meningkatkan hubungan dua hala dan
membuka lebih banyak ruang untuk sektor swasta memperoleh projek
pembangunan infrastruktur dan peluang pemasaran di setiap negara yang
dilawati.
Katanya lawatan itu juga amat dialu-alukan pemimpin asing dan rakan
sejawatan Perdana Menteri untuk membincangkan isu dua hala dan
antarabangsa dalam usaha mencari kesepakatan dalam menangani isu yang
dihadapi.
Banyak Spekulasi berlegar dikalangan pembangkang bahawa Ezam bakal
menyertai Umno dan terjebak dalam perancangan kem Khairy. pernah di
ceritakan kepada kita bagaimana Ezam melakukan perjanjian sulit bersama
Khairy agar Anwar dibebaskan. malah tindak tanduk Ezam yang jauh dari
Parti Keadilan setelah Anwar dibebas sebenarnya sebahagian janjinya
kepada Khairy supaya Anwar dibebaskan segera. ketika itu Anwar yang
dalam keadaan kritikal sakit tulang belakang, samada hendak atau tidak
Ezam menerima syarat yang ditawarkan demi kebaikan Anwar. apakah syarat
itu? Ezam keluar dari Keadilan dan Anwar tidak boleh terlibat dalam
Politik secara langsung selama 2 tahun selepas pembebasan. ini
dikatakan penyebab Anwar bertugas diluar negara bagi mengelak daripada
terlibat dalam Politik tempatan.malah desas desus itu dikuatkan lagi
dengan kedatangan tanpa diundang khairy di rumah Dato seri Anwar dihari
pembebasannya untuk menyerahkan pasport.
Ketika Anwar
dibebaskan, semangat reformasi kembali bangkit dikalangan warga
reformis, mereka cuma menunggu masa Anwar yang balik dari berubat di
German untuk memulakan kembali gerakan reformasi yang sudah pudar
semenjak tahun kemuncaknya pada tahun 2000, dan harapan mereka hampa
apabila Anwar yang kembali seketika ke Malaysia dan terus bertugas di
luar negara. ini adalah kerana Anwar sendiri terikat dengan perjanjian.
Namun
perjanjian mereka terjejas apabila satu persatu skandal khairy menjual
negara yang didedahkan menjadi penyebab hubungan sulit dan perjanjian
politik mereka kini tidak lagi relevan.malah Tun mahathir kini berada
diluar negara untuk satu operasi besar.
Ezam akan Berjuang Luar parti ?
Spekulasi
Ezam keluar dari Keadilan bukan sahaja kita dengar sejak dua menjak
ini, malah sewaktu pilihanraya tahun 2004 Ezam diberitakan keluar
bersama 6 lagi tokoh reformasi didalam Keadilan seperti Ruslan kasim.
Namun kem Najib dan khairy ketika itu gagal memujuk Ezam , dan
kemarahan Ezam memuncak apabila mereka gagal juga membebaskan Anwar
Ibrahim setelah 6 tokoh ini keluar Keadlan, lalu Ezam bertindak mahu
bertanding melawan najib di Pekan tetapi dihalang dengan syarat Spr
bagi membolehkannya bertanding. apakah ketika itu Khairy sudah mahu
menghapuskan Najib?
Apapun
di beritakan Ezam bakal menggerakkan satu reformasi total dalam
pemerintahan di Malaysia. Ezam akan memberi kata dua kepada Kepimpinan
Paklah supaya bertindak atau semua dokumen rahsia rasmi kerajaan akan
dikeluarkan untuk tayangan umum. apakah ada orang dalam Umno sendiri
yang memberikan maklumat menjelang perhimpunan Agung Umno ini. apakah
Najib akan diserang pula diluar mahkamah, dimana ketika inipun Najib
tidak lena tidur mengenangkan perbicaraan Altantuya yang sedang
berlangsung. apakah akaun bank Sammy Vellu bakal diedarkan dikhalayak
awam. dan apakah Musa Hassan akan menjadi ketua kerajaan kedua selepas
dato Zulkifli ketua pengarah BPR ditelanjang Ezam.malah 2-3 orang saksi
besar sedia tampil mendedahkan kepincangan sedia ada. siapakah mereka?
Jangan
lupa, isu Ketua pengarah BPR dimainkan TV3 bagi membantu Ezam, andai
TV3 tidak memainkan sentimen tersebut apakah anda akan ingat Pengarah
BPR itu akan mengundur diri. awal minggu ini TV3 memainkan peranannya
sekali lagi dengan membuat laporan penafian Tan Sri Musa Hassan
berkenaan salah lakunya. apakah TV3 akan mendendang lagu yang sama
seperti yang dilakukan kepada ketua pengarah BPR. siapakah dibelakang
Tv3 ini?
kini Paklah kembali dalam tekanan, bukan sahaja dalam
isu rasuah malah tuntutan pekerja swasta dalam isu gaji minima.
peranan ini dimainkan Syed Shahir melalui MTUC.
Paklah mungkin
beranggapan setelah menaikan gaji kakitangan awam, dia boleh goyang
kaki untuk menghadapi pilihanraya dengan gula gula dari kerajaan. namun
apa yang tidak disangka kini satu gelombang dari sektor swasta boleh
menggugat Kerajaan udimana pekerja swasta menuntut taraf hidup yang
lebih selesa setelah pelbagai keperluan hidup, harga Minyak dan harga
utliti seperti eletrik dan air naik mendadak.apa yang merisaukan 2
gerakan ini akan menjadi pencetus gelombang reformasi kedua pada bulan
julai ini? apakah perlu gerakan pembangkang menambah perisa dalam
melonjakkan kembali gerakan reformasi? Bola di kaki anda.
Apapun
semua ini hanya satu spekulasi, walaubagaimanapun bibit kebangkitan
rakyat kini bermula sammada dalam keadaan sedar ataupun tidak. dan
spekulasi Ezam juga bakal menentukan masa depan pembangkang. dan
mungkin spekulasi ini juga akan menjadi mimpi buruk pula bagi
pembangkang jika Ezam benar benar menyertai Umno.
apapun tunggulah satu episod yang menarik bakal berlaku pada bulan julai ini. ia pasti menarik!!!
- YG isi borang tapi dah kembali ke ramahtullah - 5%
- YG isi borang tak bayaq yuran sampai skrg - 10%
- YG isi borang masa nak masuk university sbb nak loan PTPTN 5%
- YG isi borang nak p terjun kutub utara - 5%
- YG isi borang tapi sokong pembangkang (aku lee tuu) - 10%
= Jawapan anda kira sendiri leee.....!!!
(penulis hanya mencongak sahaja % tuu...
semunya berdasarkan kepada apa yg penulis fikirkan sahaja..
kalau betul tuu nasib ko le UMNO...)
HAKIKATnya tak kuat mana pon UMNO nie....just eksyen je lebih...tak apa tunggulah nasib ko org nanti...nak lama mana sangat nak tunjuk kuasa...Insya'allah suatu hari Allah akan tunjuk punya...tak kena disini compom akan kena disana...tak berapa ekoq ja lagi dalam umno tuuu...dah sampai nak tahap monopouse dah tuuu...
kepada sahabat2 semua ayuh kita lawan tetap lawan.....
sekarang hangpa bandingkan dengan apa yg PM hangpa dok membebel..
Piket MTUC boleh jejas minat pelabur asing
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tindakan Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia (MTUC) berpiket di seluruh negara bagi mendesak
kerajaan melaksanakan sistem gaji minimum di sektor swasta akan hanya
merugikan pekerja dan negara.
Betoi ka Pak Lah dan beberapa pembodek SAKA yg telah bersuara sekoq dua tuu..aku tengok ko org nie dok cari kambing hitam nak palit kat sapa isu nie....rasanya dah jumpa sebab beberapa JUAK mereka telah melencongkan Isu nie adalah permainan pihak pembangkang...
Komen PM tentang piket MTUC
Wednesday, 27 June 2007
PERDANA MENTERI,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC), yang sedang menuntut gaji minimum dan elaun sara hidup
yang lebih tinggi, agar jangan mengambil tindakan yang boleh merugikan
pekerja.
Perdana Menteri berkata perkara itu seharusnya diselesaikan melalui perbincangan.
Katanya
pihak majikan pada masa ini sangat mementingkan soal kos tenaga kerja
dan boleh menggunakan pertimbangan itu untuk membuat keputusan
berpindah ke negara lain jika kos itu adalah tinggi di Malaysia.
Beliau
diminta mengulas tuntutan MTUC agar kerajaan menetapkan gaji minimum
sebanyak RM900 dan Elaun Sara hidup (COLA) RM300 kepada pekerja sektor
swasta.
Semalam lebih 1,000 pekerja sektor swasta mengambil
bahagian dalam piket anjuran MTUC selama sejam mulai pukul 5 petang
berhampiran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur.
Piket di dalangi pembangkang
SEMENTARA ITU,
Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) membantah
tindakan piket oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk
menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM900 dan Elaun Saraan
Hidup (Cola) RM300 untuk pekerja sektor swasta.
Presiden Maseu,
Alias Aziz berkata tuntutan MTUC itu tidak mendapat layanan pemimpin
negara kerana mendakwa kesatuan itu telah menjadi kuda tunggangan oleh
pemimpin pembangkang yang kini menjadi ketua dalam kesatuan.
"MTUC
sepatutnya lebih fokus terhadap cara untuk menyelesaikan sebarang
pertikaian dan harus menggunakan pendekatan profesional dan berdaya
saing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kegagalan MTUC
dalam tuntutan itu mungkin berpunca dari kelemahan badan itu untuk
mengemukakan hujah-hujah yang boleh mempengaruhi kerajaan dan majikan.
Pada
18 Jun lalu, MTUC telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan meminta kerajaan memenuhi
tuntutan itu dengan memasukkannya ke dalam Akta Pekerjaan 1955.
Kesatuan
itu, yang mempunyai keahlian seramai 8 juta pekerja, memberikan
kerajaan tempoh seminggu untuk memberi maklum balas positif atau piket
besar-besaran akan diadakan.
Dalam pada itu setiausaha agung
Kesatuan Pekerja Industri Perusahaan Elektrik (EIWU), Maniyam Poovan,
mahu kerajaan membincangkan dengan MTUC mengenai cadangan gaji minimum
baru.
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata Majlis Gaji yang
dicadangkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn untuk
menangani isu itu tidak akan berhasil.
"Majlis itu bukan lagi
baru tetapi sejak ia ditubuhkan, ia tidak memanfaatkan perkerja malah
pekerja dan kesatuan pekerja hilang keyakinan terhadap majlis itu,"
katanya.
Katanya buat masa ini pekerja di negara ini masih
menerima gaji bulanan kira-kira RM400 iaitu jauh lebih rendah daripada
garis kemiskinan sebanyak RM691. BERNAMA
Pilihanraya umum sudah dekat? 27-06-2007 12:19:52 PM PETALING JAYA: Persoalan itu mungkin terlintas di dalam fikiran
pengguna Lebuhraya Sprint yang memandu lalu plaza toll Damansara
apabila mereka ternampak beberapa potret pemimpin Barisan Nasional yang
terpapar di situ.
Potret
presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalan presiden Datuk
Seri Najib Tun Razak, presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, presiden MIC
Datuk Seri S. Samy Vellu dan pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh
Tsu Koon itu didirikan oleh Kolej Kejururawatan and Kesihatan
Masterskill, sebuah kolej swasta yang terletak in Cheras, Kuala Lumpur.
Difahamkan
bahawa potret yang serupa juga diletak di beberapa lokasi sekitar
Lembah Kelang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-50. THE STAR
TN: TauXpe.....sekali sekala tengok macam muka2 ketua lanun yg rompak duit TOL jee..
Pragawati seksi promosi sukan, KBS dikecam 27-06-2007 08:26:35 PM
KUALA
LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibidas beberapa anggota
parlimen kerajaan yang mempersoalkan sikap tidak tegas kementerian itu
berhubung isu pragawati berpakaian seksi yang digunakan untuk
mempromosi acara sukan berprestij yang dianjurkan di negara ini.
Gadis
litar di acara sukan permotoran Jepun yang diadakan di sini baru-baru
ini. Seorang ahli Dewan Rakyat berkata: Kalau promosi di Kuala Lumpur
sahaja mungkin saya boleh faham, tetapi ini jelajah seluruh negara. (foto The Star)
Datuk
Ir. Hasni Mohamad (BN-Pontian) yang mengemukakan soalan berhubung
perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan
bagaimana kementerian itu boleh terlepas pandang mengenai perkara itu.
"Bagaimana
boleh perkara-perkara sebegini terlepas dari pandangan kementerian
kerana ia bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di seluruh negara.
"Kalau
promosi di Kuala Lumpur sahaja mungkin saya boleh faham, tetapi ini
jelajah seluruh negara," katanya pada soalan tambahannya.
Turut
membangkitkan perkara itu ialah Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang
mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil walaupun Malaysia
mempunyai undang-undang mengenai perkara tersebut.
"Undang-undang
memang ada, dan kita berkata penguatkuasaan akan dijalankan, tetapi
kalau ada orang langgar kita tak pernah ambil tindakan. Lebih-lebih
lagi jika orang yang melanggar itu orang luar, kita jadi kaku, beku,
tidak berani... malu berterus-terang orang langgar kita punya
peraturan, penyudahnya kita diam.
"Akhirnya apabila persoalan timbul di Parlimen akan kita jawab itu je-lah, daripada dulu, kini dan selamanya," katanya.
Setiausaha
Parlimen KBS, Vigneswaran Sanasee ketika menjawab soalan itu berkata,
pakaian yang digunakan oleh pragawati terbabit bukanlah pakaian mandi
seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya adalah "hot pants".
Beliau
berkata kementerian ini sememangnya mengambil berat perkara tersebut
dan akan mengemukakan perkara berkenaan kepada menteri supaya tindakan
yang sewajarnya diambil.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Ir
Hasni, Vigneswaran berkata, KBS apabila meluluskan penganjuran sesuatu
acara sukan antarabangsa di Malaysia mensyaratkan supaya penganjur
mematuhi syarat yang ditetapkan.
Antaranya ialah memastikan
setiap peserta, penganjur memahami, mematuhi dan menghormati adat resam
tempatan dan memastikan prinsip protokol dipatuhi bagi menjamin imej
kerajan tidak terjejas, katanya.
Beliau berkata pelaksanaan
syarat itu terbukti semasa Malaysia menganjurkan Le Tour de Langkawi
dan F1 2007 di mana pragawati yang terlibat telah memakai baju kebaya
semasa tujuan promosi acara sukan berkenaan. BERNAMA
TN: Laaa ingatkan negara ISlam HADARI boleh pakai macam tuuu..heh hhe heh
Adakah hukum Islam ini terkena pada Khatami sahaja?
Berita ini terbit dihampir keseluruhan akhbar tempatan hari ini. Ianya dipetik dari sumber agensi berita antarabangsa AFP.
UTUSAN memetik:
Bekas
Presiden Iran Mohammad Khatami hari ini menyangkal keras tuduhan beliau
melanggar undang-undang Islam dengan berjabat tangan dengan wanita
semasa lawatannya ke Itali bulan lalu.
Menurut THE STAR:
According to Islam’s syariah law it is forbidden for a man to have any physical contact with a woman to whom he is not related.
(Menurut undang-undang syariah Islam adalah haram bagi seorang lelaki untuk menyentuh seorang wanita yang bukan mahramnya)
Saya
bangkitkan isu ini bukan kerana mahu berbahasa samada benar Khatami ada
menyentuh atau tidak wanita di Itali sebagaimana didakwa itu, biarlah
isu ini diselesaikan oleh rakyat Iran sendiri. Tujuan saya lebih kepada
permasalahan hukum yang dibangkitkan dan amalannya di Malaysia.
Menurut
sumber AFP berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram adalah haram
menurut hukum Islam, dalam erti kata lain kita, lebih-lebih lagi para
pemimpin (kerana di Iran yang dipertikaikan adalah tindakan Khatami
seorang bekas pemimpin Republik Islam itu) diharamkan menyentuh
termasuklah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram, yang tiada
kaitan atau hubungan darah dengan kita.
Di Malaysia yang menganuti fahaman Islam Hadhari bagaimana?
Pernah
terbit dikaca TV seeorang Setiausaha Parlimen wanita yang berkelulusan
Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan
Hadis dari Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir berjabat tangan dengan
para tetamu dalam suatu majlis seminar.
Malah Perdana Menteri
dan Menteri kabinet yang beragama Islam lelaki atau wanita secara
terang-terangan berjabat tangan dengan sesiapa sahaja yang menyuakan
tangan kepada mereka. Malah pernah seorang Menteri Pusat bukan Islam
marah-marah apabila guru-guru wanita beragama Islam di sebuah sekolah
dalam kawasan parlimen beliau enggan berjabat tangan dengannya.
Mungkinkah hukum Islam ini tidak releavan atau lebih tepat lagi tidak diiktiraf oleh fahaman Islam Hadhari di Malaysia?
Saya
percaya rakyat jelata yang membaca berita ini mahukan kepastian dan
penjelasan dari pihak kerajaan Islam Hadhari Malaysia. Jika sumber
berita antarabangsa tadi menyatakan HARAM hukumnya dalam Islam berjabat
tangan dengan wanita bukan mahram, maka apakah hukum yang sama diterima
pakai di Malaysia kerana nampak-nampaknya di sini macam tidak kisah.
Mungkin
para Mufti terutama dari Bumi Indera Kayangan yang progresif dan
terbuka itu boleh membuat penjelasan kepada kita. Jika ia sudah hukum
yang jelas maka tidak perlukan fatwa lagi. Apa yang kita perlu adalah
penjelasan, harap-harap adalah pihak samada wakil atau jurucakap
kerajaan islam Hadhari boleh segera berikan penjelasan.
KOTA BARU: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, diminta
campur tangan menghentikan cadangan Universiti Malaya (UM) untuk
menukar pengajaran daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris
sepenuhnya pada semester akan datang.
TN: Dok kaji menda biaq p la nak guna bahasa magris...nanti tak reti la plak rakyat malaysia nak p joint mat2 saleh kat luaq sana tak gitu...tak ada class laa...pierahhhhhhhh
Malaysia dalam 'liga perdana' rasuah 21-06-2007 04:13:56 PM
KUALA
LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz berkata walaupun persepsi rasuah di negara ini dianggap
merosot, Malaysia masih tergolong dalam "liga premier" (liga perdana)
mengandungi 50 negara paling kurang rasuah.
"Bila kita dah ke
(lingkungan) 50, macam mana nak naik lagi? Kita sudah ada dalam liga
premier, bukan senang nak mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya
di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu tindakan kerajaan
memandangkan indeks persepsi tahap rasuah (CPI) oleh Transparency
International kepada Malaysia menunjukkan kemerosotan berbanding
negara-negara seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Kedudukan Malaysia jatuh lima anak tangga tahun lepas kepada 44 daripada 39 pada tahun 2005.
Nazri
berkata walaupun CPI hanyalah kajian berdasarkan persepsi atau
pandangan luar yang tidak mencerminkan keadaan sebenar di dalam negara,
persepsi negatif itu perlu diterima sebagai peringatan bagi menyedarkan
dan menyuntik semangat kepada semua lapisan masyarakat untuk berusaha
dengan lebih gigih ke arah membasmi rasuah.
Katanya untuk
memperbaiki kedudukan Malaysia daripada perspektif CPI itu, kerajaan
akan melipat gandakan usaha pembanterasan rasuah melalui pelbagai
pendekatan khususnya daripada aspek perundangan, khidmat rundingan dan
pendidikan masyarakat.
"Usaha akan turut dilaksanakan dengan
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan khususnya yang
melibatkan sektor ekonomi, menjalinkan kerjasama lebih erat dengan GLC
(syarikat berkaitan kerajaan) dan sektor swasta dalam konteks
pencegahan rasuah dan pengukuhan integriti, serta mendapatkan kerjasama
pelbagai sektor dalam dan luar negara untuk membantu mengubah
persepsi," kata Mohamed Nazri.
Menjawab soalan tambahan Dr Wan
Azizah, beliau berkata kebebasan media yang kurang dikawal sekarang
berbanding dahulu turut menyumbang kepada kemerosotan dalam CPI.
"Hari
ini akhbar bebas dan boleh cakap apa sahaja, yang tak semestinya betul.
Dulu lagi (ketat) dikawal, dan pada masa itu persepsi (terhadap indeks
tahap rasuah) Malaysia bagus.
"Tapi bila kita bebas, akhbar
bebas, siapa saja boleh bercakap dan memberi pandangan mereka kepada
media dan pandangan ini menjadi persepsi," katanya.
Mengambil
contoh satu blog dalam internet menuduh seorang timbalan menteri yang
kononnya menerima rasuah RM5 juta, Mohamed Nazri berkata ia menunjukkan
betapa mudahnya untuk membuat tuduhan tanpa bukti menggunakan media
masa kini.
"Saya nak tanya, mana RM5 juta tu? Dalam akaun
timbalan menteri ke? Atau pada sesiapa yang memegang bagi pihak
timbalan menteri? RM5 juta itu tak ada, nak siasat apa? Kita cari RM5
juta dulu, barulah kita boleh tuduh orang itu ambil rasuah.
"Perlukah
balik ke zaman dulu di mana akhbar tidak bebas dan tidak dapat
mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang liar kepada pemimpin?" katanya. BERNAMA
TN: Amboi tak ngaku lagi kata negara kita terok nak mampos pasal RASUAH...Sebut ISLAM tapi RAKYAT masih gila mengejar RASUAH...Islam APA kebenda nie... ISLAM HADARI kot....
Beri kuasa PBT tetap panduan berpakaian di khalayak
PIHAK berkuasa tempatan (PBT) harus diberi kuasa undang-undang untuk
mengambil tindakan terhadap mereka yang berpakaian kurang sopan atau
menjolok mata di tempat awam.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan langkah itu
wajar, selain mendidik generasi muda memperkukuh jati diri agar tidak
terikut-ikut dengan gaya, cara berpakaian dan trend negara Barat.
Semalam, Presiden Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia
(Macom), Norizan Sharif berkata, kerajaan perlu membuat definisi yang
dimaksudkan sebagai pakaian tidak sopan atau pakaian yang dilarang di
tempat awam sebelum PBT mengadakan undang-undang kecil mengenainya.
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
menyokong padu gesaan tersebut. PMIUPM melihat perkara yang
dibangkitkan itu agak penting dan perlu diambil tindakan oleh PBT.
Hari ini kita boleh melihat corak berpakaian masyarakat Malaysia di tempat-tempat awam semakin rosak dan tidak senonoh.
Banyak yang berpakaian menjolok mata sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung tempat awam yang lain.
Panduan berpakaian yang perlu dibentuk ini bukanlah bertujuan
mengongkong cara berpakaian generasi muda hari ini. Tetapi ia dilihat
lebih kepada mewujudkan kesedaran bersama agar setiap individu dalam
masyarakat menghormati hak anggota masyarakat yang lain.
Terdapat ibu bapa yang bimbang pemergian anak-anak mereka ke kota
raya. Mereka bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan corak
berpakaian dan pergaulan generasi muda yang tidak menampilkan ciri-ciri
kesopanan dan ketimuran. Bagi yang sudah berkeluarga, mereka merasa
terhalang untuk beriadah dan bersiar-siar di tempat awam gara-gara
trend berpakaian menjolok mata di kalangan generasi muda hari ini.
Garis panduan itu juga penting bagi mengukuhkan jati diri dan gaya hidup di kalangan generasi muda hari ini.
Kita bimbang trend ini kelak menghancurkan hasrat kerajaan untuk
mencapai Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk masyarakat mengikut acuan
kita sendiri. Kepentingan mewujudkan panduan ini tidak boleh dinafikan
lagi.
Perkara ini boleh kita lihat dari kesungguhan sebuah bandar di
Louisiana, Amerika Syarikat, yang telah menguatkuasakan rang
undang-undang bagi mendenda mereka yang memakai seluar londeh sehingga
menampakkan seluar dalam dan mengisytiharkan memakai seluar itu sebagai
satu jenayah.
PMIUPM juga melihat pewujudan etika berpakaian bahkan bergaul di
khalayak ini turut perlu dan penting untuk ditekankan di
sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian tinggi. Kita sedia
maklum terdapat banyak sekolah atau universiti etika berpakaian
tersendiri yang cukup bagus. Namun, pelaksanaannya masih di tahap yang
amat lemah.
Justeru, PMIUPM menyeru agar pihak yang bertanggungjawab
memperteguhkan pelaksanaan etika berpakaian dan etika pergaulan demi
menyelamatkan generasi muda yang akan mewarisi negara ini.
– MOHD. HASSAN SUKIMAN,
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.
TN: dah org Islam sendiri tak nampak akan keindahan Islam itu..lalu puak kapiaq la yg buatkannya...
Artis wanita tempatan gemar pakai gaun berkemban cara Barat semakin menjadi ikutan remaja
SEKITAR
1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku
artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat
kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara
berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini.
Perkara
utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika
muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan
bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka
perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak
menjolok mata.
Hasilnya terjadilah kes artis kena gam dan lebih
teruk digunting rambut oleh Menteri Penerangan ketika itu. Ramai juga
artis yang semakin berhati-hati dengan penampilan mereka kerana tidak
mahu ‘periuk nasi’ mereka ditutup.
Bagaimanapun, usaha ini sudah
boleh dikatakan tinggal hangat-hangat tahi ayam. ‘Baunya’ saja pun
sudah tidak sekeras dulu, malah terus tenggelam. Selepas 15 tahun,
boleh dikatakan garis panduan ini sudah terus lenyap begitu saja.
Jika
dulu artis berpakaian nampak ketiak dan lurah dada menjadi topik hangat
diperkatakan, tetapi hari ini seakan tiada sesiapa yang peduli lagi
apabila kebanyakan artis wanita dilihat lebih gemar tampil mengenakan
gaun berkemban atau baju bertali halus seperti yang lazim digayakan
artis Barat.
Ada kalanya, lebih seksi gaya ditampilkan lebih
mendapat pujian terutama perekanya. Apabila ada artis yang berpakaian
sopan menutup tubuh, dia dikatakan artis kampung yang tidak pandai
bergaya.
Apa yang membimbangkan, mahu atau tidak mahu kita
terpaksa menerima hakikat bahawa gaya artis ini turut menjadi ikutan
remaja masa kini. Jika diteliti, 90 peratus penggemar dan pengikut
dunia hiburan adalah remaja yang baru hendak mengenal adat dan budaya
bangsa.
Persoalannya, bagaimana remaja boleh diharapkan untuk
meneruskan adat dan budaya bangsa pada masa depan sedangkan mereka
terus ‘disogok’ dengan gaya hidup Barat yang berlawanan dengan agama,
malah budaya Timur?
Banyak kajian yang dijalankan ke atas
remaja terbabit dengan masalah sosial juga jenayah juvana memberikan
alasan terpengaruh dengan apa yang mereka tonton dan bahan yang dibaca
berkaitan program dan acara hiburan.
Beberapa pemimpin
pertubuhan bukan kerajaan wanita yang sempat ditemui turut menyuarakan
kegusaran mereka terhadap budaya negatif ini dan menggesa agar pihak
berwajib segera memastikan agar garis panduan etika artis yang ada
dilaksanakan dengan tegas.
Presiden
Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr
Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting
bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa
kini.
“Kita sangat bimbang apabila artis bebas berpakaian
sehingga tidak mengambil kira lagi adab budaya di negara ini. Tidak
kira dia itu artis beragama Islam atau tidak, adab Timur mesti dipatuhi
kerana tidak mahu kehilangan identiti kita sendiri,” katanya.
Beliau
berkata, apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan apatah lagi artis
yang di bawah persatuan sedia ada seperti tidak melakukan sebarang
usaha membendung gejala yang sudah pun menular ini.
“Kita
jangan marah remaja apabila mereka berpakaian tidak senonoh kerana hari
ini golongan artis sudah seperti diberikan lesen untuk tampil dengan
pakaian meruntun jiwa penonton. Kalau ada pakaian berciri Melayu pula
sudah diubah suai seperti korset yang dipakai di luar dengan dada serta
bahu terdedah,” katanya.
Beliau berkata, artis yang mendedahkan
tubuh hakikatnya belum mempunyai kekuatan untuk bergelar artis dan
berdepan dengan masyarakat. Mereka seharusnya sedar, sebagai artis,
mereka mendapat perhatian berbilang masyarakat tidak kira tua, muda
mahupun remaja.
“Apa yang perlu dibangunkan adalah dunia seni
yang membantu memajukan masyarakat dan bukannya seni tubuh dengan
perjuangan kebebasan berpakaian. Tidak salah berfesyen asal ia tidak
merosakkan budaya apatah lagi bertentangan agama.
“Jika
mahukan nama dan hasil karya terus meniti di bibir peminat, mereka
harus menitik beratkan perjuangan seni dengan identiti serta mesej
jelas bukannya hanya glamor semata-mata dengan budaya cedokan Barat,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah
Malaysia (JIM), Prof Dr Harlina Haliza Siraj, berkata melihat kepada
keruncingan cara berpakaian artis hari ini, sudah sampai masanya garis
panduan etika berpakaian di kalangan mereka dikuatkuasakan segera.
“Ini
selaras dengan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan yang memerlukan
masyarakat memiliki identiti tersendiri. Apa yang penting, peraturan
dalam perkara ini perlu jelas. Mungkin sudah ada, tetapi tidak
dikuatkuasakan. Dulu sudah ada peraturan yang ditetapkan Kementerian
Penerangan, artis yang tampil di kaca televisyen atau khalayak perlu
tampil tanpa menjolok mata,” katanya.
Beliau berkata, artis dan
selebriti di negara ini tidak kira apa bangsa perlu menghormati budaya
Timur yang mementingkan adab dalam berpakaian.
“Walau
bagaimana glamor sekalipun, golongan ini perlu berpegang kepada
falsafah, di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Kalau tidak
hormat atau segan pada agama, hormatilah budaya. Jangan kerana mengejar
glamor dan ingin mendapatkan perhatian, semua perkara ini dipandang
remeh.
“Mahu atau tidak, mereka harus sedar bahawa mereka juga
menjadi contoh remaja hari ini. Mereka yang tampil berpakaian seksi
hakikatnya memiliki keyakinan diri yang rendah dan cuba menutupi
kelemahan itu dengan menarik perhatian dengan cara lain,” katanya.
Lihat
saja penampilan artis wanita Malaysia pada Anugerah Planet Muzik (APM)
yang diadakan di Singapura, baru-baru ini. Boleh dikatakan 90 peratus
mengenakan baju ala kemban yang mendedahkan bahagian dada dan bahu.
Malah,
dalam kebanyakan majlis membabitkan artis, boleh dikatakan
kebanyakannya memilih baju moden yang seksi. Berbanding artis negara
jiran, khususnya Indonesia yang dilihat lebih bijak bergaya apabila
sering mengutamakan baju tradisional mereka seperti kebaya sekali gus
mencerminkan identiti bangsa.
Dalam hubungan ini, kita bangga
dengan penampilan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang
mengenakan baju Melayu, batik dan juga etnik Sarawak pada APM itu.
Bukan saja beliau bijak bergaya, bahkan dapat memperkenalkan budaya
Malaysia di luar negara.
INFO
Etika artis
1
November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara
langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search,
Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika
itu, Datuk Mohamed Rahmat.
1993- Kod Etika Perilaku
Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia
hiburan, merangkumi empat aspek penting:
1. Menjaga dan
mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di
khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.
2. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya.
3.
Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika
berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau
berlakon di dalam filem dan drama.
4. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.
1
Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan
berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus
persaingan industri penyiaran negara.
Melihatkan teks pertuduhan dilakukan team tun Abdul Majid pada hari
pertama kes melibatkan kematian tragik Altantuya , pendakwaraya seolah
olah membuat pertuduhan seakan akan ia adalah kematian biasa melibatkan
"pergaduhan suami isteri".. malah motif dan tuduhan agak lemah?
ceritanya berkisar ugutan keatas Razak baginda dan mangsa yang terlibat
diperlihat sebagai pelacur jalanan yang meminta sedikit duit bagi
menutup cerita jalang mereka.
Hakikatnya jauh berbeza kalau
dilihat keterangan dari bapa Altantuya, apa yang menjadi telahan Anwar
Ibrahim dan bapanya Altantuya memang terlihat kebenarannya seawal hari
pertama pertuduhan.Motif pertuduhan disempitkan skopnya. janganlah
diungkit kisah pertukaran hakim dan pendakwaraya yang sememangnya
memalukan itu. memang jelas mereka merencana sesuatu? sebenarnya mereka
pendakwa cuba menghilangkan Motif melibatkan Tan sri Najib Tun Abdul
Razak.
Apakah begitu bodoh Polis Malaysia membuat siasatan
seperti kes pelacur mati dijalanan? lupakah mereka yang Altantuya itu
berurusan perniagaan yang mencecah angka billion bersama Abdul Razak?
lupakah mereka bahawa Altantuya menguasai 5 bahasa asing, apakah kalau
pelacur kelas tinggi sekalipun bisa menguasai 5 bahasa asing dan
memiliki 2 kesarjanaan? dan seperti mana didedahkan bapa Altantuya
bahawa Altantuya bukan Model, dan benarlah konspirasi media malaysia
yang melibatkan sama media mongolia memburukkan Altantuya memang amat
menjijikkan. media malaysia hilang rasa kemanusian dan seakan akan
berada bersama team orang penjenayah? media mereka reka motif dan
persepsi orang ramai. mereka mahu Altantuya dilihat seperti pelacur
berbanding seorang ahli perniagaan.
selain
itu, selipar yang dikatakan dijumpai didalam kereta tertuduh, menambah
kebodohan seorang anggota khas polis yang boleh leka dengan bukti
sebesar itu, penagih dadah yang menjalan kerja jenayahpun tahu
membersihkan kesan darah dan bahan bukti. selain itu, tuduhan Altantuya
mengugut mencederakan anak Razak bagin satu lagi perkara yang lebih
kepada menyempitkan skop kepada perkara yang tidak logik. motif mereka
satu, memperlihatkan imej Altantuya sebagai jahat dan Pelacur jalanan.
malah cerita penting seperti urusniaganya dan apa hubungan perniagaan
digelapkan pendakwaraya dan cerita cerita dongeng pula diketengahkan
pendakwaraya. nada serius sahaja tidak cukup jika pertuduhan dan
siasatan seperti menyiapkan kertas pertuduhan kes pergaduhan suami
isteri, andai peguam pemerhati Karpal Sing membangkitkan isu urusniaga
nanti ,pasti hakim akan berkata "Tidak Relevan" dan istilah ini akan
kembali popular selepas ini. jika siasatan dan pertuduhan
sebeginirupa,tidak hairan man dato' yang begitu kejam lepas begitu
sahaja, malah Hanif Basri yang air maninya disahkan berada di rongga
dubur Norita samsuddin pun boleh terlepas dari hukuman,inikan jika kes
melibatkan kes yang berprofile tinggi.
Ingat
!! gani patail pernah bekerja untuk Najib pada Pilihanraya Ijok, maka
tak hairan kali ini berkerja lagi untuk Najib. begiu juga Polis.
sewaktu pilihanraya tiba tiba sahaja pihak Polis mengeluarkan keputusan
DNA anak Altantuya yang disahkan bukan anak warga Malaysia? apa
motifnya diumumkan waktu pilihanraya Ijok. mengesahkan lagi mereka
bekerja untuk Najib apabila bapa Altantuya mengesahkan Polis tidak
pernahpun mengambil darah anak Altantuya bagi ujian klinikal bagi ujian
DNA.bagaimana mereka mendapat keputusan bagi ujian tersebut sewaktu
pilihanraya Ijok. semunya kerana mahu mempertahankan imej Najib di Ijok.
percaturan
sebenarnya berlegar antara Paklah dan Najib bagi kes Altantuya. malah
diwaktu pendakwa raya bertungkus lumus mempertahankan Najib, sudah ada
rundingan luar antara Najib dan Paklah. maka tidak hairanlan jika baru
baru ini Najib secara terbuka mengatakan dia akan setia sebagai orang
nombor dua. namun ramai peganalisis berkata pergolakan tetap juga akan
berlaku,!!
Letupan bom di Puduraya mungkin kerja militan 16-06-2007 07:59:57 PM KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kes letupan bom buatan
sendiri yang berlaku di terminal bas Puduraya di sini malam tadi
dilakukan oleh puak militan dari selatan Thailand.
TN: Lahanat sungguh sapa yg buat benda nie....tak kira sapa yg buat....tapi AWAS..fikirkanlah dimana puncanya...kenapa..siapa yg terlibat..???
Malaysiakini melaporkan polis menyifatkan letupan bom di Pudu Raya mungkin kerja militan.
Sebagai orang yang berakal, kita mengutuk apa jua bentuk serangan ke
atas orang awam yang tidak bersalah. Tidak kira siapa pun yang
melakukannya.
Ketika peristiwa 11 September 2001
mula berlaku, oleh kerana terlalu bencikan pentadbiran Amerika
Syarikat, saya mengaku bahawa saya begitu gembira dengan peristiwa itu.
Tetapi apabila beberapa ulama mengutuk serangan ke atas orang awam
dengan menggunakan kemudahan awam itu, saya mula tersedar.
Ahad lalu Kuala Lumpur porak-peranda lagi. Kenderaan tenggelam,
premis dilimpahi air dan keadaan trafik yang tiba-tiba “mati” akibat
banjir selepas hujan lebat selama tiga jam. Ini entah kali yang ke
berapa bandar raya yang dicanang sebagai maju ini dilanda banjir kilat
sekali gus memusnahkan harta benda warga kota.
Setiap kali banjir melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya,
kerugian dan kemusnahan harta benda ditanggung sendiri oleh pemiliknya.
Sejak dua dekad lalu, banjir kilat adalah “mercu tanda” Kuala Lumpur
dan banjir Ahad lalu bukanlah suatu yang mengejutkan.
Dengan tahap keseriusan pentadbir bandar raya ini terhadap masalah
banjir yang begitu rendah, warga kota hanya menunggu bila lagi banjir
kilat akan melanda? Kesukaran dan penderitaan menjadi mangsa banjir di
Kuala Lumpur sebenarnya kurang dihayati oleh pentadbir Kuala Lumpur.
Ketika meninjau di Jalan Masjid India, Masjid Jamek dan beberapa
kawasan yang dilanda banjir Isnin lalu, keadaan memang sangat
menyedihkan. Peniaga-peniaga kecil dan pemilik kenderaan terpaksa
menanggung kerugian yang besar.
Ini bukan acara Tahun Melawat Malaysia kerana lorong-lorong, kaki
lima dan longkang memberikan bau hapak dan hanyir yang meloyakan.
Banjir di Kuala bukannya semakin berkurang tetapi semakin bertambah
luas kawasannya. Ahad lalu ada beberapa kawasan yang menjadi penerokaan
baru banjir kilat di Kuala Lumpur. Antaranya Stesen LRT Masjid Jamek,
Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Kampung Baru dan Jalan Pinang.
Warga Kuala Lumpur sebenarnya sudah penat, letih dan bosan untuk
bercakap tentang banjir. Selain projek SMART, semacam tidak ada langkah
proaktif yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Jabatan Parit dan Saliran (JPS).
Suatu yang kita kena ingat, ini bukanlah kali pertama Kuala Lumpur
dilanda banjir. Tahun 2003 pun banjir memusnahkan banyak harta benda.
Kalau mengambil kira tahun 2003, seriuskah usaha menguruskan banjir
apabila sekarang ini DBKL tengah membina kolam takungan dan rumah pam?
Dengan tahap keseriusan yang begini memang tidak mustahil banjir kilat
akan melanda lagi di Kuala Lumpur.
Warga Kuala Lumpur bosan dengan kenyataan-kenyataan retorik setiap kali harta benda mereka musnah dimamah banjir.
Warga Kuala Lumpur memang wajar berasa bosan dan marah kerana mereka
bukan menghuni satu kawasan yang mundur prasaranannya. Mereka menghuni
sebuah bandar raya yang pesat membangun dan menjadi sebutan di
peringkat antarabangsa. Maka banjir yang berulang kali melanda Kuala
Lumpur adalah suatu yang sangat memalukan.
*Pesat
Apakah ertinya pembangunan pesat dengan bangunan pencakar langit
yang tumbuh bagai cendawan kalau masalah banjir gagal diuruskan? Ini
memberitahu kita bahawa hanya prasarana Kuala Lumpur saja yang berkelas
dunia. Tetapi disiplin, penyelenggaraan dan pengurusan hanya kelas
dunia ketiga. Kuala Lumpur hanya pesat membangun tetapi pembangunan itu
tidak diuruskan dengan sempurna hingga mendatangkan malapetaka kepada
rakyat.
Banjir kilat di Kuala Lumpur bukan bencana alam. Sekali lagi, bukan
bencana alam. Ini adalah bencana disebabkan oleh kegagalan manusia atau
lebih tepat lagi pihak yang mentadbir Kuala Lumpur; Kementerian Wilayah
Persekutuan, DBKL dan JPS. Kenyataan retorik apabila banjir ialah
pembangunan yang menyekat aliran air. Sebenarnya pembangunan tidak
menyusahkan rakyat kalau diuruskan serta memanfaat teknologi dari
pembangunan itu untuk mengatasi banjir.
Kita tidak boleh menolak pembangunan semata-mata mahu mengelak
banjir. Ini kerana kalau Kuala Lumpur tidak membangun seperti sekarang
pun dengan sikap yang tidak serius pihak tertentu, banjir akan melanda
juga.
Ada teori mengatakan banjir kilat berlaku disebabkan sungai menjadi
kian sempit dan cetek kerana pembangunan pesat di Kuala Lumpur. Tetapi
pihak berkuasa tidak mengenakan syarat dan menguatkuasakan syarat itu
ke atas pemaju yang mengakibatkan sungai menjadi sempit dan cetek.
Malah pentadbir Kuala Lumpur tidak perlulah memberi penjelasan
bahawa banjir Ahad lalu bukan saja limpahan Sungai Klang tetapi
sungai-sungai lain sekitar Kuala Lumpur. Untuk apa? Warga Kuala Lumpur
yang menjadi mangsa banjir tidak perlu tahu sungai mana yang melimpah.
Itu bukan urusan mereka. Mereka hanya mahu banjir kilat selepas hujan
tiga jam tidak berulang lagi.
Begitu juga ada pihak berkata, banjir Ahad lalu adalah yang terburuk
sejak 2003. Kenapa harus ada skala “yang terburuk” padahal semua
kejadian banjir adalah buruk dan perlu dihindarkan sama sekali. Sama
ada buruk, terburuk atau paling buruk adalah sama saja; banjir
memusnahkan harta benda dan mengganggu emosi mangsanya.
Maka kemajuan pesat Kuala Lumpur di mana terletaknya Menara Kembar
Petronas yang pernah menjadi tertinggi di dunia menuntut penyelengaraan
yang juga bertaraf dunia. Pihak yang diamanahkan mentadbir Kuala Lumpur
perlu menghayati pembangunan pesat itu juga membawa maksud kecekapan
mengurus dan menyelenggara.
Kalau seperti yang berlaku sekarang, “balik-balik” menyalahkan
pemaju, hujan dan sungai, Kuala Lumpur belum bersedia untuk menjadi
bandar raya bertaraf dunia. Semua pihak yang bertanggungjawab bukan
saja wajar berasa malu tetapi bersalah di atas kemusnahan harta benda
warga kota.
Apakah warga kota harus menunggu tahun 2020 untuk melihat kejayaan
menangani masalah banjir kilat di Kuala Lumpur? Imej Kuala Lumpur perlu
dipulihkan serta-merta. Bandar raya ini mesti membangun dalam semua
aspek termasuk menguruskan kepesatan pembangunannya.
Ungku Aziz gembira
KUALA
LUMPUR 16 Jun – Profesor Diraja Ungku Aziz gembira dengan kenyataan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu Universiti
Malaya (UM) dikekalkan di tempat asalnya di Lembah Pantai di sini.
TN: Mudah2an lepas nie tak ada lagi suara yg cuba nak perbongkahkan harta @ khazanah negara yg berharga dr segi sejarah dan kenangannya.
2,000 penyiasat diminta bertindak pantas
Oleh: KHAIRUL AZRAN HUSSIN
KUALA LUMPUR 16 Jun - Sebanyak 2,000 orang pegawai penyiasat Unit
Risikan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara digesa
mengambil tindakan pantas dalam setiap kes jenayah yang dilaporkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan
Soo Kee berkata, usaha itu dapat dicapai dengan cara meningkatkan
kerjasama dengan Ketua Polis Negeri, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Negeri, Ketua Polis Daerah negeri dan detektif di negeri masing-masing.
‘‘Unit Risikan Jenayah adalah nadi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),
unit ini merupakan tempat utama polis untuk mendapatkan maklumat
berkaitan sesuatu kejadian jenayah bagi meneruskan operasi polis.
‘‘Jadi polis mesti menyusun semula unit ini untuk menjadikannya
lebih berkesan dalam usaha memerangi kejadian jenayah di negara ini,’’
katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi perjumpaan khas
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dengan 165 pegawai polis
terdiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen dan Ketua Polis Daerah
di seluruh negara.
Christopher memberitahu, unit risikan perlu diberi penekanan dalam
usaha menangani peningkatan jumlah jenayah terancang dan kes-kes
berprofil tinggi.
Jelasnya, JSJ perlu menggunakan pendekatan yang lebih canggih untuk
berhadapan dengan trend jenayah pada masa ini yang sangat licik dan
melepasi sempadan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kadar
jenayah di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 8.69 peratus
sehingga bulan Mei tahun ini.
‘‘Jumlah tersebut menunjukkan penurunan ketara berbanding 15 peratus yang dicatatkan pada Januari tahun ini.
TN: Siasat apa...kami yg rakyat marhaen nie kes dok tertunggak disitu laa...rumah sahabat masuk pencuri..dr belom kawin sampai dah kawin pastu sampai dan beranak pinak haram tak tau apa punca... TAPI kalau rumah BAPAK MENTERI DATO' TAN SRI...24 jam settle....pierahhhhhhhhhhhhhh..........
KUALA LUMPUR: Kadar tol bagi Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan
Raya (SMART) ditetapkan pada RM2 sehala untuk setiap kenderaan mulai
tengah malam Khamis ini (14 Jun), Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy
Vellu mengumumkan hari ini. selengkapnya
TN: Ayaq naik pon TOL jalan jugak kaa..kan TEROWONG tu funtion untk apa...??
Ibu Kota dilanda banjir: Terburuk sejak 2003 KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda ibu
kota semalam adalah yang terburuk selepas bencana sama pada 2003
apabila lebih 30 kawasan termasuk pusat bandar raya ditenggelami air.
Lagi...
Ibu Kota dilanda banjir: ‘Ombak’ rempuh restoran KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis yang
ingin memohon pekerjaan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun
Perak di sini, bertukar tragedi apabila cedera akibat terkena serpihan
kaca ketika banjir kilat melanda ibu kota, malam tadi.
Lagi...
Ibu Kota dilanda banjir: 3 beranak nyaris maut KUALA LUMPUR: Tindakan tiga beranak yang
keluar dari kereta beberapa minit sebelum sebatang pokok besar tumbang
menyelamatkan mereka daripada maut dihempap pokok terbabit di Kelab
Diraja Selangor di Jalan Raja di sini, semalam.
Lagi...
Ibu Kota dilanda banjir: Ribuan terkandas KUALA LUMPUR: Ribuan warga kota
kelam-kabut dan terperangkap apabila banjir kilat sekali lagi melanda
ibu kota selepas hujan lebat hampir empat jam, lewat petang semalam.
Lagi...
TN:.....Terimalah seadanya.....bila manusia menyangka mereka mampu membuat segalanya...namum kuasa Allah mengatasi segala2nya.....kembalilah kepadaNYA....
Manusia secara fitrahnya gemar berhibur. Adakalanya manusia terhibur
apabila mendengar muzik dan ada juga yang terhibur apabila mendengar
bunyi-bunyi alam seperti deruan ombak, kicauan burung atau desiran
angin.
Bagaimanapun, masih timbul perdebatan dalam masyarakat sama ada
hiburan khususnya yang melibatkan muzik dibolehkan atau tidak dalam
Islam.
Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, MOHD. ZAKKI JILAN
menemu bual pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed bagi membincangkan isu
ini.
MEGA: Apakah kaitan hiburan dengan manusia?
ZAHAZAN: Pada umumnya, manusia telah lama terlibat dengan hiburan.
Dari segi antropologi dan sosiologi manusia, hiburan memang telah wujud
sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
Apabila kita fokuskan hiburan kepada muzik, memang menjadi fitrah
manusia menyukainya. Orang Arab dahulu pun memang sudah menggunakan
bunyi-bunyian seperti gendang untuk melambangkan sesuatu keadaan. Kalau
semasa perang ia akan diketuk kuat. Dalam majlis perkahwinan pula
dihiasi dengan pukulan kompang dan tarian menggunakan gitar.
Pokoknya, semua ini digunakan untuk menenangkan fikiran.
Berdasarkan sirah, Rasulullah pernah bersabda: Wahai Bilal, tenangkan kami. (Riwayat Bukhari)
Sebabnya, Saidina Bilal adalah seorang muazin yang terkemuka pada
ketika itu. Jadi, melalui laungan azannya, Rasulullah dan para sahabat
menjadi tenang.
Dalam satu kisah, Rasulullah dan Saidatina Aisyah sedang mendengar
lagu daripada dua hamba perempuan di Buath, kawasan peranginan di
Madinah. Tiba-tiba Saidina Abu Bakar datang dan berkata, apa ini
syaitan dalam rumah Rasulullah. Kemudian Nabi bersabda, biarkan mereka
Abu Bakar. (Riwayat Bukhari)
Cuma dalam kisah ini, Rasulullah tidak memandang ke arah hamba tersebut.
Bagaimanapun ada pendapat mengatakan muzik itu haram. Benarkah?
ZAHAZAN: Memang ada ulama yang berpendapat sedemikian. Ini antara
lain hasil tafsiran mereka tentang ayat Allah iaitu lahwun sebagai mana
yang terdapat dalam surah Luqman.
Firman Allah, Dan di antara manusia (ada) orang yang memilih serta
membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan
yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang
ramai)dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan...(Luqman: 6)
Sebanyak 24 daripada 26 ulama termasuk Imam Syaukani, Imam As-Sayuti
dan Imam at-Tabari berpendapat lahwun itu adalah lagu-lagu atau muzik
dan perkara yang berkaitan dengannya.
Walhal terdapat satu perkataan lagi iaitu laghwun yang ditafsirkan sebagai benda yang melalaikan dan sia-sia.
Dalam perkara ini, Imam At-Tabari merumuskan terdapat 11 dalil yang
menjelaskan muzik dan hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam.
Jadi, salahlah kita berhibur terutama dengan menggunakan alat muzik?
ZAHAZAN: Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman. Jadi ia meliputi semua bab termasuklah berhibur.
Ulama besar yang juga penulis kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali
yang membuat kajian di hampir semua tempat yang didiami oleh orang
Islam memberikan pandangan yang berbeza dalam soal ini.
Menurut beliau, muzik itu sebenarnya ialah bunyi-bunyi yang
dikumpulkan hasil dipetik, diketuk atau desiran angin. Ia hanyalah
bunyi-bunyian alam yang membawa ketenangan kepada pendengarnya.
Seorang lagi ulama abad ke-21 iaitu Prof. Dr. Yusuf Qaradawi dalam bukunya Halal dan Haram turut membincangkan soal hiburan ini.
Beliau membuktikan bahawa kesemua 11 dalil yang mengharamkan muzik
itu boleh ditepis. Sebabnya, kebanyakan keputusan itu dibuat oleh
penilai-penilai hadis bukannya kata putus Rasulullah s.a.w.
Dalam satu peristiwa, selepas selesai majlis akad perkahwinan Nabi,
tiba-tiba ada beberapa anak gadis (hamba) yang menyanyi, menari dan
mengetuk-ngetuk gendang. Antara liriknya ialah, “Berasa kesal dengan
kematian saudara Muslim pada perang Badar tetapi gembira kerana Nabi
mengetahui apa yang akan berlaku esok”.
Rasulullah kemudiannya menegur kesalahan ayat yang baginda
mengetahui tentang yang akan berlaku esok tetapi baginda tidak menegur
lirik yang satu lagi. Pada majlis itu, ia turut dihadiri oleh
sahabat-sahabat baginda.
Dalam hadis yang lain, Rasullullah bersabda: “Hebahkanlah nikah dan
pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan
perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)
Ini adalah antara hujah bahawa Islam itu membenar atau mengharuskan
hiburan. Dalam hadis pertama tadi, jika hiburan haram, sudah tentu
Rasulullah akan melarang anak-anak gadis tersebut daripada menyanyi dan
menari.
Jadi, apakah intipati rumusan oleh Imam al-Ghazali dalam bab ini?
ZAHAZAN: Imam al-Ghazali yang mengkaji dengan akal membuat beberapa kesimpulan tentang hiburan.
Disebabkan hiburan adalah fitrah manusia dan bunyi muzik adalah
himpunan suara makhluk yang Allah jadikan, beliau berpendapat tidak
boleh mengharamkan muzik secara mutlak.
Dalam pada itu, tidak ada juga dalil yang menggalak atau amat
menyuruh kita mendengar hiburan. Sebaik-baiknya berhibur itu sederhana
atau pertengahan sahaja, setakat untuk menghilangkan kebosanan.
Larangan Rasulullah untuk berhibur pada zaman awal kedatangan Islam
adalah untuk mengelak menularkan budaya orang Arab kuno. Mereka ini
lazimnya apabila berhibur akan disertai oleh tarian gelek dan juga arak.
Baginda tidak mahu dalam tempoh awal kedatangan Islam dijejaskan
oleh tabiat buruk masyarakat jahiliah atau umat Islam ketika itu
teringat semula zaman tersebut.
Sebab itu, pengharaman muzik boleh dikatakan kerana persekitaran
bukan kerana zatnya. Gitar itu tidak haram tetapi bila dimainkan dalam
majlis yang bercampur aduk dengan arak dan pergaulan bebas lelaki
perempuan yang bukan mahram, ia menjadi haram.
Bagaimana hendak mentakrifkan kedudukan pertengahan dalam berhibur ini sebab apabila mendengar muzik selalunya kita leka?
ZAHAZAN: Bagi golongan anak- anak dan remaja, hiburan adalah perlu.
Kita tidak boleh terus menghalang mereka. Ingatlah pesan Saidina Ali,
“bila dipaksa membuat benda yang tidak disukai, hati itu akan mati.”
Bagi golongan ini, secara psikologinya memang mereka perlu berhibur tetapi tetap ada batasnya.
Bagi penganjur pula, hendaklah menyediakan kemudahan tempat solat,
memaklumkan kepada penonton waktu solat telah masuk dan majlis
dihentikan seketika untuk solat.
Bagaimanapun, bagi golongan yang peringkat umurnya sudah matang,
tidak payah lagi banyak berhibur. Sebabnya, terlalu banyak berhibur ini
akan menyebabkan hati menjadi keras atau dalam istilah sufinya mati.
Ada yang berpendapat muzik
yang dibenarkan oleh Islam itu hanyalah nasyid, benarkah pendangan begini?
ZAHAZAN: Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
menetapkan bahawa semua lagu itu sifat asalnya harus didengar.
Malah Dr. Yusuf Qaradawi turut menggariskan empat sebab lagu itu
menjadi haram. Pertama, melanggar tatasusila Islam, kedua (menyanyi
atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat dan berlenggang lenggok),
ketiga (jangan nyanyian atau hiburan itu meninggalkan tanggungjawab
utama seperti solat) dan keempat (jangan disertai oleh benda haram
seperti
minum arak dan pergaulan bebas
lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
Lagu yang diharuskan tidak semestinya nasyid sahaja. Ada banyak lagu
yang liriknya bagus seperti mengajak masyarakat cintakan negara, hormat
pada ibu bapa dan lagu-lagu puisi untuk menyedarkan masyarakat. Semua
ini boleh kita dengar. Cuma eloklah kita berpada-pada.
>>
cuba pakat-pakat pikir,tafakkur sejenak.Gunalah secalit IMAN yg ALLAH s.w.t
kurniakan,bala bencana apakah ini?!
>> TOLONG pikir nasib anak cucu kita nanti.Jangan kerana salah tangan kita
memilih,mereka nanti tidak kenal surau/masjid,
tidak kenal Tuhan,kita jugak
dapat susah,tiada orang nak talkin,doakan sejahtera kita dalam liang
lahad!
>>
Sumber diambil dari Harian Metro,11hb May 2007.
Mahkamah
Tinggi: Tangguh roboh Surau Dang Wangi
Oleh Mohd
Razlan Salleh
KUALA
LUMPUR: Kira-kira 2,000 jemaahSurau Dang Wangi di sini, yang berusia 90 tahun, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di
sini semalam, menangguhkan keputusan merobohkan surau berkenaan untuk memberi
laluan kepada projek pembinaan bangunan baru.
Hakim Datuk Tee Ah
Seng memerintahkan defendan pertama,Trans Resources Corporation Sdn Bhd
(TRCSB); defendan kedua,Majlis Agama Islam
Selangor (Mais) dan defendan ketiga,Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan tidak merobohkan surau berkenaan yang dijadualkan
hari ini.
Tee yang
membuat keputusan itu dalam kamar beliau, membenarkan permohonan injunksi
sementara sehingga 22 Mei.
Plaintif
iaitu 13 ahli jawatankuasa surau berkenaan memfailkan permohonan penangguhan itu
melalui peguam belaA Vishnu Kumar danSuraj Singh,
manakala Mais diwakili Pegawai Undang-Undang,Nurhani Salwa
Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan diwakili Peguam
Kanan Persekutuan,Mohd Azahari Abu
Hanif.
Wakil pihak
defendan pertama tidak hadir di mahkamah.
Mengikut
pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa tanah surau itu dibina, didaftarkan
atas nama Mais dan dipindah milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 7
April 2004.
Mereka
mendakwa surau itu wujud atas tanah terbabit sebelum 1975 dan menjalankan
aktiviti sebagai pusat ibadat dengan sokongan dan tanpa bantahan pemilik tanah.
Tanah itu
diambil alih Mais sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Dakwa
plaintif lagi, apabila tanah itu dipindah milik kepada pesuruhjaya, mereka tidak
dihubungi atau diberitahu mengenai perpindahan terbabit selain tiada usaha
dibuat pesuruhjaya bagi mendapatkan pandangan ahli jawatankuasa dan jemaah.
Baru-baru
ini, defendan ketiga membenarkan syarikat TRCSB membangunkan sebuah kompleks
polis di atas tanah terbabit menyebabkan plaintif menerima notis mengosongkan
surau itu dalam masa sebulan.
Berikutan
itu, plaintif menulis surat kepada defendan dan pihak lain untuk menyelesaikan
isu itu, tetapi tiada jawapan daripada semua defendan.
Plaintif
kemudian membuat laporan polis pada 5 Mei lalu.
Sehubungan
itu, plaintif memohon deklarasi mereka berhak menetap dan menjalankan aktiviti
di surau itu dan perintah melarang defendan pertama merobohkan surau terbabit
sehingga kes diputuskan mahkamah.
<<pakat-pakat forwardlah weh,kalau masih ada
rasa sayang pada Islam>>
Time kasih dgn ilmu yang dikongsi tersebut... saya &
klrga dah lama tak makan hati semenjak mendengar hadis mengatakan organ dalaman
tak baik untuk di mkn.
Pertembungan sains
dengan Islam, mana nak dipilih?
Assalamualaikum wbt
Dalam artikel lalu saya telah
menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila
baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini
saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak
manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung
ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya.
Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya
mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland,
Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya
mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.
Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati
kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi
yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada
benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat
di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati
sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang
sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama
sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu
makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih
menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ
dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah
pinggang
7. Jantung
8. Buah
pinggang
9. Telur
ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur
ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana
khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari
memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan
anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai
jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah
menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri
membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini
sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar
matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian
termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa
anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau
lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna
darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung
kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan
supplement untuk anak kami tersebut
Bermula dari saat ini setiap kali
balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati
ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun
dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya
semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi
penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju
maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit
demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan
merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan
isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak.
Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad
kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang
biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya
azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena
anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya
tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar
saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat
mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum
usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu
dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh
saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat
supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal
membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan
hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
Satu perkara lain selain masalah
masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi
demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun.
Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi
membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak
bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya
mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan
ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan
arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru
cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan
anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru
saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar
mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah
makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah
delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas
beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.
Bermula dari saat inilah saya
terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya.
Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya
lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal
perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya. 2. Elakkan makanan rapu
seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, nugget,sausage & nbsp; &n bsp; &nb sp; dan
sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan
buah delima
7. Makan
epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan
pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata,
akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk
merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin
sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi
sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah
berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa
makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada
diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang
sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana
mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains
bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang
yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang
Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata,
alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.
Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari
ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin
menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata
demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan
orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan
kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia
makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan
sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya
akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang
mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor
sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan
hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak
berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.
Kepada mereka yang taksub dengan ilmu
sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan
oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka
mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung
dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit
diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.
Kepada ibu bapa yang bakal mendapat
kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah
sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara
memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh
anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk
diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.