Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




View My Stats


  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    kita TURUNkan MEREKA...kuasa ada atas KITA...
    11.22.07 (10:30 pm)   [edit]
    Hampir 3 juta orang Malaysia sakit mental
    22-11-2007 08:20:30 PM

    SUNGAI PETANI:  Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

     

    TarakNama: Nak bimbang apa halnya...banyak benda nak kena fikir itu pasal laa otak tension... dah tension lama lama boleh jamm... bila dah jamm maka itu pasal boleh sakit mental tuuu...

    Salah satu benda nak kena pikiaq...nie dia ibu segala pikaiq...

    Terima hakikat harga petrol, gas naik tahun depan
    22-11-2007 08:11:22 PM
    Oleh MOHD ARSHI DAUD & NOR BAIZURA BASRI

    KUALA LUMPUR:  Berdasarkan jangkaan pengurangan subsidi bahan api, rakyat Malaysia dijangka perlu menerima hakikat bahawa mereka terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk petrol dan gas tahun depan.

     

    TarakNama:.... MINYAK..... dah benda nie naik maka ekoq-ekoq dia pon turut sama lee...macam aku cerita roti gardenia tuu laaa....lori tepung kena pakai minyak...lalu tepong naik harga..tepong naik kalu takkan roti tengok saja tentu naik... macam cerita bangau ohh bangau... last memang makanan aku.... takkan kita masih lagi nak jadi makanan mereka sedangkan mereka ini boleh kita cantas mereka... kenapa tak percaya...baca plak artikal yg Jom pangkah BA..tak puashati 5thn nanti pangkah lah BN semula..

    Ayuh kengkawan kita buktikan yg kita semua mampu untuk tak bagi semua nie naik... kita ada banyak contoh dah..nuuu dah nak dekat 20thn PAS perintah Kelantan tak ada pon yg mati kelaparan... nuu kita ada Bekas TPM nuu kita ada Pakar2 Ekonomi yg mampu melaksanakan dengan baik dari apa yg UMNO dok buat nuu... rekod x-TPM mana ada yg dapat tanding lagi KDNK 8% setahun... Tan Sri Kalid 12% BONOS asb.... DI SAMPING tok tok guru yg mampu memantau perlaksanaan atas dasar DOSA PAHALA.... Ayuhhhhhhhhh Buktikan KITA SENDIRI mampu menurunkan semua nie..... Insya'Allah...

     

     

    1 Comments
     
    Jom pangkah BA..tak puashati 5thn nanti pangkah lah BN semula..
    11.22.07 (11:45 am)   [edit]

    Bila di baca UtusanOnline hari nie di ruangan FOROM... ada satu luahan dari rakyat M@rhaen pasal mate sains dalam BI nie....

    aku pon naik hairan laa... apasal orang melayu nie tak sedaq2...bukan susah nak guna semula bahasa melayu nie... usah dok letak harapan kat UMNO nie... kita kasi jatuh aja insya'allah lepas tu kembali lah bahasa melayu tu bukan susah pon.... malangnya masih ada lagi insan2 yg menaruh harapan pada UMNO nie.... ingat kalau dia jadi pencuri tak mustahil dia akan mencuri semula... benda nie dulu siapa yg buat.. UMNO lah bukan PAS ka keADILan ka DAP ka... punca utama yg buat perkara nie aku ulang UMNO...MCA MIC Gerakan tu pak turut jaa.. pastu puak2 nie bukan ikut  silivas nie...yg dok laksanakan benda nie just sekolah kebangsaan sahaja iaitu sekolah tempat anak2 bangsa melayu kita menuntut ilmu.... habis lingkop dah satu generasi pastu hari dok menyalak bukit yg itu salah ini salah....

    udahlaaa tuu apa yg di salakkan oleh Berok Khairy tu dah lama dah di katakan oleh pejuang2 bangsa masa mula2 nak laksanakan benda nie... PAS tentang Adil Tentang DAp pon tentang.... tapi UMNO buat apa.... buat bodooooooo ja....

    TAPI hari nie apasal di salak semula isu nie.... ini semua berkepentingan.... punca utama nak raih undi org melayu itu sahaja yg lain tu semua tu sembang jaa lepas nie buat balik...lingkop satu generasi..pastu pakat dok menangis mengenangkan  generasi yg lingkop tu...

    udah laa tuuu 50tahun punya skill  taktik dan sembang2 yg berdegar2 tu takkan tak paham2 lagi.... sembang jaa semua tuu...

    marilah semua kita buat perubahan sekali... 5thn jaa... lepas tu tak puas hati pakat2 pangkah la UMNO tu semula...5thn shj...kita tgk apa nak jadi.... kalau kata nak lingkop negara dlm 5thn tu..nie dah semuanya pon nak lingkop dah...sana naik sini naik...sana tembak sini tembak... sana rompak sini curi...sana rogol sini sosial....macam2ada.... 

    Guna semula bahasa Melayu

    KITA bersyukur kerana terdapat perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang membangkitkan tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Suara Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda begitu bererti apabila beliau menyatakan ‘kenapa kacau Sains dan Matematik, kita kena lihat cara mantapkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah’, menarik perhatian.

    Maksudnya pergunakanlah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia untuk pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut.

    Memang tepat pendapat beliau, kerana itu sekian ramai ibu bapa yang bersyukur jika kedua-dua mata pelajaran itu ditukar semula menggunakan bahasa Melayu.

    Sebelum ini terdapat anak-anak kita yang menangis apabila pulang dari sekolah kerana tidak dapat memahami isi pelajaran Sains dan Matematik.

    Para guru juga begitu kecewa kerana tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan kerana menggunakan bahasa Inggeris dan kanak-kanak pula menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian.

    Pendapat para psikologi juga menyatakan setiap pengajaran ilmu adalah lebih berkesan menggunakan bahasa ibunda.

    Selain itu, jika kita tinjau negara lain terutama negara maju dan membangun seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Finland, kesemua negara ini menggunakan bahasa ibundanya.

    Jerman dan Jepun misalnya, setiap ilmu kejuruteraan, sains dan matematik menggunakan bahasa ibundanya sehingga mereka berjaya menjadi negara industri kejuruteraan yang utama.

    Begitu juga Rusia, menggunakan bahasa ibundanya sehinggakan angkasawan kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi pertama ke stesen angkasa lepas.

    Menyedari hakikat ini sewajarnya negara kita tidak sahaja menumpukan pengajian ke negara-negara yang berbahasa Inggeris.

    Adalah lebih manfaat kita merancang program pengajian anak-anak bangsa kita mempelajari bahasa-bahasa utama yang menguasai sains dan teknologi itu agar percambahan ilmu pengetahuan dapat diperkembangkan di negara kita.

    Kita juga begitu bersyukur apabila perwakilan UMNO Johor, Dr. Mohd. Fuad Zakarshi menegaskan bahawa UMNO Johor tetap dengan prinsip perjuangan memartabat dan mempertahankan bahasa Melayu kerana ia tidak akan menyekat kemajuan yang dirancang pada masa depan.

    Beliau berkata: “Pendirian UMNO Johor jelas bahawa bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkat tamadun bangsa.

    ‘‘Penjajah Inggeris sendiri tidak dapat menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa mereka, tetapi selepas kita merdeka dan usir mereka dari bumi ini kenapa kita mengundang bahasa dan budayanya ke sini?’’

    Tegas beliau lagi bahawa bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkat dan mengangkasa tamadun bangsa.

    Memang nyata, kita tidak ingin negara kita kembali ke zaman penjajah dengan menggunakan bahasa Inggeris seluas-luasnya sehingga meminggirkan bahasa ibunda kita sendiri kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Kita sepatutnya mendaulatkannya sebagai ‘Bahasa Mahkota Bangsa’.

    Bahasalah yang memartabatkan bangsa Jepun, Jerman, Perancis, Korea dan Rusia - termasuk juga negara-negara tetangga kita iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam.

    Kita bimbang seperti yang berlaku di negara kita sekarang, sekian ramai rakyat negara ini termasuk ahli korporat, para pemimpin dan pegawai kerajaan meminggirkan bahasa kita dalam ucapan sehari-hari dan majlis rasmi dengan menggunakan bahasa Inggeris.

    Sebenarnya kita sama sekali tidak menolak bahasa Inggeris, begitu juga bahasa lain.

    Apa yang dituntut ialah rakyat dan para pemimpin negara ini pergunakanlah dan yakinilah bahasa Melayu seperti mana para pemimpin negara-negara maju yang disebutkan tadi. Lihatlah betapa kuatnya jati diri mereka.

    Kita berharap dan menyokong penuh kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahawa keputusan sama ada pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah kembali diajar dalam bahasa Melayu akan ditentukan pada akhir tahun depan.

    Merujuk kepada alasan-alasan dan sebab-sebab yang dinyatakan, kita amat berharap pihak kerajaan bersetuju menukarkan kembali pengajaran Sains, Matematik ke bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

    Kita bimbang jika semakin lama lagi menggunakan bahas Inggeris maka ramailah lagi anak bangsa kita terutama anak Melayu yang tinggal di luar bandar (kira-kira 70 peratus) akan menjadi mangsa atau terkorban mempelajari pelajaran Sains dan Matematik.

    – REJAB ISMAIL

    Kangar, Perlis.

     

    0 Comments
     
    Alahamdulillah...amannya negaraku...
    11.22.07 (11:22 am)   [edit]

    Angkasawan negara cedera diserang perompak
    KUALA LUMPUR 21 Nov. – Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed cedera diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Cheras di sini awal pagi ini.





    Anggota kastam miliki senapang, peluru ditahan

    PADANG BESAR 21 Nov. – Polis menahan seorang anggota kastam kerana memiliki selaras senjata api jenis sub mesingan beserta 283 peluru hidup pelbagai kaliber dalam satu rondaan cegah jenayah di pekan Padang Besar, dekat sini petang semalam.

     

    Minuman tin guna logo halal palsu
    BUKIT MERTAJAM 21 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar kegiatan sebuah syarikat memproses minuman dalam tin yang menggunakan logo halal palsu.

    Empat perompak larikan bahan membuat plastik bernilai RM97,000
    JOHOR BAHRU 21 Nov. – Empat perompak bersenjatakan parang melarikan sebuah lori yang membawa muatan bahan membuat plastik seberat 20 tan bernilai RM97,000 dalam satu kejadian di Pasir Gudang, di sini malam tadi.

     

    TarakNama : nak nafi apa lagi...nie tipu ja nie...negara kita nie aman.. makmor... kita negara terbaik dari pakistan myanmar bangladesh jepon hongkong amerika dan seantaro dunia.

    Aman tengkorak ko orang... hidup pon dah tak ketahuan dah nie... hidup hari2 dalam kebimbangan... risau... pening memikirkan apa nak jadi apa nak jadi... berjalan pon dah kena pantau depan belakang... nak tinggal rumah pon nak kena mangga besaq2.... nak sembahyang di masjid pon kasut nak kena letak elok2... apa nie... apa sudah jadi nie...  dulu kalau dok di taman baru mana ada nak kena fikirkan unit rukun tetangga... dulu semuanya malam boleh tidur lena...skrg macamana tidur pon dah tak nyenyak....

    adakah ini namanya 'BALA' dari Allah... yg mana kita masih tak percaya dan ragu2 akan perkataan "nakalalminallah&quo t;.... pencegahan itu datangnya dari ALLAH...

     

    0 Comments
     
    BN - Barang Naik...Barang Naik...Barang Naik...
    11.21.07 (3:07 pm)   [edit]

    Bila aku dok tengok surat habaq hari nie aku jumpa tajuk Harga tepung tidak naik – Shafie (nie aku ambik kat blog sahabat)...tapi bila p buka harakahdaily nie apa halnya plak... Tepung gandum dijual 11 peratus melebihi harga kawalan - SM Mohamed Idris...... Adusss apa nak jadik nie....


    Masih tak percaya lalu aku p kedai nak beli roti nie.....


    Lalu ambik 2bijik bayaq la seringgit then nak blah...TETIBA tuan kedai panggil dan kata lagi 20sen.. maka dengan ini kompom lah harga dah naik...punca tepong saja... masalah skrg dari aku dok congak...harga roti nie dulu 50sen harga BN (barang naik) pulak 60sen jadi jika di kali darab campoq jumlah kenaikkannya ialah dalam 16% apa ke halnya nie.... awat zalim sampai camnie sekali hisap darah rakyat m@rhaen dalam diam2 nie.....

    ini baru roti dalam gambaq nie....yang lain tu skrg nie dah makin belambak naik...tolong lah kami tolonglah dengar luahan rakyat bawahan nie....takkan sampai macam nie sekali koo org jaga negara......???

    kalau dah tak reti nak jaga negara nie...bagi aja kat orang lain...banyak lagi yg layak....nie tak sembang sana sembang sini last BN jugak........!!! rakyat kat bawah nie pon satu haru.... buat pie laa apa pon... bila mai cerita dunia semua naik harga minyak mahal bla bla bla....habis cair semua pastu sokong lagi dan lagi....then naik lagi bising bla bla bla... mai cerita mai musim p/raya dok pangkah yg tuu jugak.... entah laaa..... !!!!!!!!!

    BN.....Barang Naik
    BN.....Bila Naik
    BN.....Baru Naik
    BN.....Berapa Naik
    BN.....Banyak Naik

    Nak sapa tak puas hati p mengadu kat sini....

    mengadu aja laa...bukan boleh buat apa pon..
    puak2 nie pon sembang jaa lebih..
    bukan berani pon.......
    1 Comments
     
    Dok kerenyeh apa lagi......???
    11.16.07 (2:02 am)   [edit]

    SPR sudah tahu tarikh pilihan raya umum

    MELAKA:  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata beliau tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat memberitahunya.

    selengkapnya

     

    TarakNama : Buat hari nie...inilah manusia yg memeluatkan diriku nak tengok muka dia... awat yg terok nak mampos nie nak habaq pilihanraya bila....ingat nie main2 polis sentry @ main sembunyi2 kaa...ini kes nak mentadbir sebuah negara yg ko dok kesin kerenyeh tu apa hal.... declare ja lah bila nak buat pilihanraya....bukan susah pon...PAKISTAN yg darurat tu pon dah tahu nak mengundi bila...thailand pon sama serta australia pon sama...depa nie awai2 lagi dah haba qnak ngundi bila.... toya aihhh............

     

    0 Comments
     
    ZAM ZAM alaaa ka ZAM.......
    11.13.07 (12:34 pm)   [edit]

    Al Jazeera diminta tidak kelirukan masyarakat antarabangsa

    KUALA LUMPUR: Stesen televisyen satelit antarabangsa, Al Jazeera, diminta tidak mengelirukan masyarakat antarabangsa dengan laporan berat sebelah mengenai perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu lepas.

    selengkapnya 

    TarakNama : Heh heh heh......cepat cepat counter attack balik..nanti tak pasal2 next election si khairy pancong terus posisi koo nie...itu laa ALLAH maha kaya...tak selalu ko akan berjaya memusingnya...kini dah kena ket batang idung ko sendiri...nasib lee buat ko Zainuddin Maidin yang bergigi kuning .. oii..

    malas nak ulas koo org pikiaq sendiri lee...

    Oleh Wartawan KLpos.com

    Web TVVIDEO temubual telefon secara langsung dengan Menteri Penerangan Malaysia, oleh stesen televisyen kabel Al-Jazeera. Zainuddin b...

     

    Zainuddin Maidin bila berdepan dengan wartawan  dengan Al Jazeera mengenai isu Perhimpunan Bersih, gagal bukan sahaja menjawab dengan baik malah menunjukkan betapa Menteri Penerangan Malaysia itu perlu diganti dengan Menteri yang lebih jitu dalam berhadapan dengan wartawan. Sikap menuduh dan bercakap “seperti keling karam” ( pepatah untuk menguatkan kenyataan)  apabila di soal oleh wartawan Al Jazeera amat memalukan kita rakyat Malaysia. Sepatutnya Zainuddin Maidin perlu ditegur kerana gagal menunjukkan sikap seorang Menteri yang berwibawa, intelektual dan tidak melatah.   Kenyataan Zainuddin Maidin hanya menampakkan beliau begitu emosional sehingga tidak menampakkan ciri-ciri beliau seorang Menteri. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya kita  mengatakan bahawa Menteri seperti ini perlu diganti dari terus memalukan Malaysia. Beliau nampak tidak mempunyai jawapan kepada soalan Al Jazerra dan jawapan yang diberikan hanya untuk memburuk tetapi tidak mahu memberi justifikasi mengenai perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang adil, bukan untuk menuntut diadakan pilihan raya. Mungkin sudah sampai ketika mereka dalam UMNO menegur Zainuddin Maidin dan MUNGKIN SAMPAI MASA ZAINUDDIN MAIDIN digugurkan dari menjawat jawatan Menteri Penerangan.

     petikan UMNO-Reform.com

     

    1 Comments
     
    BERSIH pon sudah.......
    11.11.07 (10:15 am)   [edit]
    Alhamdulillah,
    Selamat pergi Selamat balik.....
    macam2 kenangan INDAh yg berlaku..
    insya'allah mudah2an selepas ini semuanya BERSIH....
    Allah Huakbar...
    p/s: nak letak gambaq pon rasanya dah banyak dah..nak letak video pon rasanya macam tu jugak...
    so far satu cadangan jika nak tengok video2 menarik boleh pegi : TengokAje
    0 Comments
     
    UMNO silat seorang diri........
    11.03.07 (6:12 pm)   [edit]
    Betul Tok Guru..Saya Setuju....
    Dok belagak seorang diri ok laa...

    0 Comments
     
    JOM Serbu.......
    11.03.07 (6:02 pm)   [edit]
    Salam Semua,
    Lama tak meluahkan perasaan disini pasai bab politik nie just dok update V2 aja..oklah memandangkan 10/11 nie kita nak berduyun2 turun KL jadi nak bagi semangat sikit kat kengkawan semua....
    Ko org jgn dok pedulik apa badigol2 tu dok kata...lantak p depa..negara nie kita punya bukan mak bapak depa saja...
    kita bukan nak p boh BOM C4 kat dataran merdeka tuu..kita bukan guna kapal Terbang yg PM dok naik selalu tu utk p sana..kita guna harta kita sendiri jadi JOM KITA BERAMAI-RAMAI p sana..tunjukkan yg kita bersatu hati nak tuntut keBERSIHan tersebut...jd tunggu apa lagi...
    JOM JOM JOM....

    0 Comments
     

    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter


     



    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com

    ANTARA TAJUK2
    MENARIK DI TarakNama



    Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.
     
     
    Mahathir VS Kerajaan

     

     



    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com