Adus..apa punya POLITIK nie...cuba senarai mai sat siapa PELAMPAU tu..kami rakyat M@RHAEN nie nak tahu jugaklah siapa golongan tersebut. Jika golongan2 tersebut bermaharajalela di muka bumi MALAYSIA tercinta ini buat apa di simpan lagi..cepat la tangkap dan dakwa mereka.. janganlah biarkan mereka berkeliaran membuat onak dan duri dalam negara nie. Jangan main cakap ja..TINDAKKAN tak ada...nie yg buat rakyat luar tengok negara kita huru hara..ada pelampau la ada link tamil elam la ada al qaeda la ada memacam lagi...mulut jaga la sama jangan main semberono ja cakap..nie semua untuk nama malaysia di mata dunia jugak..lepas tu kalut pelancong tak mai la... negara huru hara laa.. dah pemimpin dia asyik dok berdoa benda macam tu aja...apa raaa.....
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat supaya tidak memberi ruang kepada golongan pelampau untuk cuba mempengaruhi atau menentukan agenda negara bagi mengelak Malaysia terjebak ke kancah huru-hara.
Dalam amanatnya sempena Tahun Baru 2008, Perdana Menteri menegaskan, segala usaha mestilah menjurus kepada hasrat memberi manfaat serta faedah kepada semua rakyat, bukannya menyahut desakan golongan yang mempunyai pemikiran sempit.
“Setiap kita bertanggungjawab memelihara negara daripada terjebak ke kancah huru-hara akibat daripada apa yang dimomokkan sebagai kebebasan bersuara tanpa mempedulikan perasaan atau sensitiviti orang lain.
nampaknya semakin hari semakin kepanasan pucuk2 pemerintahan negara...macam2 statement mereka keluaqkan...semalam najib dok merapu mereben cakap negara 'bankrup' bila pembangkang memerintah...
Hari ini raSHIT dongga plak berbunyi....he he he Amboi nak menang FREE pulak...dok cabar2 pembangkang...dah habis idea dah la tu puak2 dongga nie...nampaknya setelah di campor tolak bahagi darab semua taktik yg akan dilakukan masa PRU nanti seperti tak memberikan keputusan yg baik kpd mereka KINI mereka duduk main akal nak menang cara mudah iaitu di cabar KITA jgn BERTANDING......
IKUT SUKA KAMI la raSHIT nak bertanding @ TAK... kau tu buat lah kerja kau tu... dah tak lama lagi dah kau nak merasa kerusi empok tu... kau ingat dapat lagi ke nak merasa duit gaji 1thn.. sory to say beb... abis aja PRU nanti sekali dgn kau sekali dengan dongga yg lain KAMI akan bwk ke kemuka pengadilan spt mana kes SPR Thailand dahulu... ingat raSHIT... ALLAH MAHA KAYA...
SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihan raya
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
PUTRAJAYA 31 Dis. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.
Ab. Rashidyang berasa amat kesal dengan tindakan itumahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.
‘‘Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.
Temu bual itu diadakan ketika parti-parti politik di negara ini dan SPR sendiri bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-12.
Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Pada November lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil yang didalangi parti-parti pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota menuntut SPR mengadakan pilihan raya yang lebih adil dan telus khususnya untuk pilihan raya umum akan datang.
Gabungan itu turut menuntut Ab. Rashid tidak dilanjutkan perkhidmatannya atas dakwaan gagal menjalankan tugas dengan baik.
Ab. Rashid, 65, yang baru sahaja dilanjutkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR selama setahun pada 27 Disember lalu – selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan beliau meneruskan tugasnya – berkata, BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.
‘‘Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihan raya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya.
‘‘Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,’’ katanya.
Ab. Rashid berkata, beliau terdorong untuk membuat cabaran seumpama itu kepadapihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.
‘‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.
‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya. UTUSAN
TUARAN:
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara ini
akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini
melambung naik di pasaran dunia.
BERIKUTAN
tersiarnya berita syarikat minyak negara Petronas buat untung sebelum
cukai RM76.3 billion agi tahun ini. Seperti biasa, parti-parti politik
pun hendak komen juga.
Petronas dalam kenyataannya semalam berkata syarikat itu, menyumbang
balik sejumlah RM48.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai,
dividen, royalti dan eksport duti.
KUALA
LUMPUR: Petronas sekali lagi mencatat rekod dengan meraih keuntungan
sebelum cukai RM58.03 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005,
meningkat 55 peratus daripada RM37.4 bilion pada tahun kewangan
sebelumnya.
TarakNama:
Aku plak senang saja...100% aku tak percaya kata najib..sbb Apa yg PEMBANGKANG janji tu belom teruji dan dilaksanakan..jadi dia mana tau bangrap....TAPI dah 50thn dok merintah nie semakin hari semakin nak bangrap ada laa...tanda2 dia dah belambak dah...
contoh:
-Harga minyak naik padahal untuk berbilion2..thn depan pon nak naik lagi
Ada banyak lagi aihh kalau hangpa korek korek tengok... bagi aja peluang kat BA.. selama nie pon memang dok susah dah pon...ini IBARAT dok usha kereta baru laa... dah 50thn dok naik keta PROTON Tin MILO jadi dah nak reban dah pon body dan enjin tu...dah tentu dok usha nak beli kreta baru....dalam keadaan begini NAJIB nie ibarat TOKEH keta PROTON Tin MiLO laa...TAkkan dia nak suruh kita...bagus2 jual lah keta LAMA tuu.. GILA nak cakap camtu... dia nak kondem kampeni kerata baru tu ada laa lagi...
Jadi kepada RAKYAT Malaysia... ayuhhh...bagi aja PELUANG 5thn kpd BA nak uruskan negara ini...iNsya'allah jika tak suka 5thn nanti tolak balik...bukan susah pon.
TAPI ini semua JUST boleh beritahu sahaja KALAU Golongan UMNO still TAKUT denagn seruan NAJIB tu kita bukan boleh buat apa...sekurang2nya kita telah berjanji untuk kesejahteraan rakyat..contoh pon telah ada semasa BA memerintah Terengganu dahulu dan KELANTAN sehingga sekarang nie...
- Jasa PAS kepada RAKYAT - PAS@BA (tak yakin lagi tak tahulah)
namun rakyat masih setia dan redha dengan apa yg berlaku sekrang nie Koo Orang Pangkahlah...pangkahlah BN tuu...Tiada siapa yg boleh halangnya sebab KUASA naik TURUN peminpin tu di tangan KITA rakyat M@RHAEN bukannya PEMIMPIN...
JADI kita yang akan membuat keputusan....
Guna Akal Untuk berfikir....fikir2kanlah...renung2kanlah.....
ISU MATE & SAINS dalam BI..nie entahlah nak jadik apa pon tak tau...
HAKIKATNYA sekarang anak MELAYU makin terperosok kebawah......mana yg TERRA bertambah TERRA namun mana yg TAK FAHAM dan TAK TAHU terus ketinggalan....entah laa jangan LINGKOP BANGSA MELAYU sudah...nanti hangpa jawab sendiri sahaja lah...
UMNO Johor tetap mahu Sains dan Matematik dalam BM MUAR 28 Dis. – UMNO Johor tetap dengan pendirian bahawa subjek Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Malaysia walaupun terdapat peningkatan keputusan untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 yang diumumkan semalam.
‘Jangan di takuk lama’ Saya tidak bersetuju dengan pendapat Irmaz Dini mengenai pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah sekarang sebagaimana yang disiarkan dalam ruangan Forum, 26 Disember.
Pertahankan bahasa Melayu DALAM isu yang menyentuh permuafakatan politik di Malaysia ini sering kali berhadapan dengan retorik para pemimpin yang menyarankan perlunya semua pihak menghormati kontrak sosial yang telah lama disepakati dan menjadi tunjang dalam penggubalan Perlembagaan Negara.
TarakNama: Sahabat..nampakknya takpayah ko dok fikir lah akan bahasa melayu ni (opss Malaysia kot..sbb dah tukar) UMNO mana ada masa nak pikir pasal hak bangsa dia..mereka skrg sebok dgn isu HINDRAF isu KAUM isu PERPADUAN bla bla bla....semua isu nie sebenarnya tak ada apa pon just saja suka nak buat bising tong kosong nak kata mereka peyelamat bangsa Melayu...
isu bahasa nie senyap camtu saja...bising masa perhimpunan UMNO dulu jaa bila balik tembolong dah penoh bising apa lagi..itu yg sebenaqnya....
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy sedia menerima apa jua bentuk hukuman berikutan kenyataannya bahawa kaum India di negara ini terus terpinggir.
Bagaimanapun, beliau tidak menyesal dengan tindakan itu kerana ia merupakan usahanya untuk meluahkan perasaan rakyat di peringkat akar umbi.
Sebagai seorang ahli politik, katanya, beliau harus menanggung risiko terhadap tindakannya itu termasuk dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) dan Jawatankuasa Disiplin Parti Gerakan.
‘‘Saya tertakluk kepada perlembagaan parti dan saya juga tertakluk kepada undang-undang negara. Jika parti mendapati saya telah melakukan satu kesalahan yang bertentangan dengan perlembagaan, saya sedia dikenakan tindakan.
“Saya tidak akan menyalahkan Pemangku Presiden (Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) sekiranya saya dikenakan hukuman ini kerana beliau telah melakukan perkara yang sewajarnya,’’ kata Paranjothy kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini.
Baru-baru ini, satu laporan dalam laman web Internet memetik Paranjothy sebagai mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.
Dalam reaksinya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Tsu Koon bertindak terhadap pemimpin muda Gerakan itu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan boleh merosakkan hubungan dalam Barisan Nasional (BN).
Ketika ditanya kemungkinan beliau dipecat daripada parti akibat perbuatannya mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut, Paranjothy berkata, beliau tidak pernah terfikir hingga sejauh itu.
‘‘Saya yakin Pemangku Presiden, Jawatankuasa Disiplin Gerakan dan semua yang akan terlibat dalam mengadili saya akan membuat keputusan yang adil dan terbaik,’’ ujarnya.
Paranjothy memberitahu, beliau terdorong mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan bahawa masyarakat India di Malaysia memang memerlukan pembelaan sewajarnya.
Katanya: ‘‘Saya juga ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah menyatakan UMNO menjadi punca kaum India terpinggir tetapi apa yang saya ingin beritahu ialah kedudukan kaum India yang kini berhadapan dengan banyak masalah.
‘‘Saya bukan sengaja mahu mengeruhkan keadaan tetapi keadaan ini adalah hakikat yang sedang berlaku. Siapa yang banyak menjadi ahli kumpulan samseng gengster – kaum India. Siapa yang banyak terlibat dalam gejala sosial yang memalukan – orang India.’’
Tegas beliau, isu orang India adalah isu nasional dan ia perlu diberi perhatian sepenuhnya.
‘‘Jangan nanti negara kita menjadi tidak selamat kerana kita gagal menyelesaikan masalah orang India,’’ ujarnya.
Menurut Paranjothy, beliau langsung tidak berniat untuk menjadi popular tetapi apa yang diperjuangkan itu adalah berteraskan kepada kepentingan orang ramai.
Katanya, setakat ini beliau masih belum dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Parti Gerakan.
‘‘Saya jangka mereka akan memanggil saya tidak lama lagi kerana ramai di kalangan anggota jawatankuasa itu sedang bercuti ketika ini,’’ tambahnya.
This screenshot downloaded from YouTube Sunday Dec. 23, 2007 shows the Royal Channel on YouTube. The queen will use the popular video-sharing Web site to send out her 50th annual televised Christmas message, which she first delivered live to the nation and its colonies on Dec. 25, 1957. Buckingham Palace also began posting archive and recent footage of the queen and other royals on the channel Sunday, with plans to add new clips regularly. (AP Photo/YouTube)
bukan apa bila di tengok dan tilik kembali akan tajuk tersebut betapa perhubungan antara pemimpin dgn rakyat sebenar sudah berada depan kita sahaja..tidak perlu kita melintasi berprotokol protokol untuk mengadu kpd pemimpin akan masalah rakyat.
JIKA di Malaysia pihak pemerintah amat tidak ambil peduli akan teknologi maklumat ini dan siap memberikan tuduhan bahawa semua ini cuma propaganda sahaja. namun apa dilihat beberapa pemimpin Pembangkang sudah menggunakan kaedah ini spt dato Sri Anwar Ibrahim, Lim Kit siang, Ust Nasarudin Mat Isa, Husam Musa dan beberapa orang lagi.
alangkah indahnya JIKA semua saff kepimpinan tahu dan merebut peluang akan kaedah ini... dimana Rakyat dibawah akan mempunyai satu channel untuk bertemu dgn Pemimpin walaupon di alam maya.
Saya jugak amat berbesar hati dan bangga jika Presiden PAS dan jugak kepimpinan yg lain jugak mempunya channel seperti ini..seperti mana blog kepunyaan ust nasarudin Tantawi & DSAI..dan jugak kpd timb Presiden update lah blog anda itu....jika tak sempat atau sibuk sila bertanya pada DSAi macamana urusan tersebut dilakukan. jika pihak PRESIDEN saya merasakan ianya tiada masalah kerana pegawai akbar beliau memang dah ada blog sendiri dan boleh dikatakan hari2 update...
Insya'allah jika beginilah antara salah satu gerak kerja yg kita lakukan tak mustahil mereka lagi kepanasan...
JIKA ini berlaku dan kaedah kepelbagaian sumber maklumat yg terus menerus dari kepimpinan maka tak mustahil pihak lawan kita tentu lagi panas spt cacing...Insya'allah....fikir2kanlah....
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam menghargai titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya aspek kesejahteraan diutamakan bagi mewujudkan suasana harmoni serta aman damai yang menjadi hak mutlak warga negara ini.
Naib Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata majlis itu menyambut baik cadangan disuarakan beliau terutama menyentuh dua aspek iaitu hak mengadakan per-himpunan secara aman dan penyediaan saluran sesuai untuk menyampaikan masalah.
“Dua aspek itu selaras perjuangan kami sebelum ini bagi memberi peluang lebih banyak pihak menyuarakan pendapat kepada kepemimpinan negara.
“Mungkin apa yang disuarakan itu boleh dikaji pihak berkuasa untuk dilaksanakan pada masa depan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Akhbar New Sunday Times (NST) semalam menyiarkan temu bual bersama Raja Dr Nazrin yang menyentuh beberapa isu negara antaranya perhimpunan, gejala rasuah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam temu bual itu, baginda menegaskan keutamaan harus diberikan kepada kesejahteraan rakyat kerana masyarakat berhak untuk hidup dalam suasana aman dan harmoni yang tanggungjawab untuk menjaganya terletak di tangan kerajaan.
Baginda juga menggariskan pentingnya hak mengadakan demonstrasi secara aman diimbangi keperluan kesejahteraan masyarakat dan penyediaan platform sesuai kepada rakyat menyampaikan pandangan serta masalah dengan cara terhormat.
Ragunath berkata, beberapa perubahan mungkin boleh dilakukan seperti memperkenalkan beberapa garis panduan mengadakan perhimpunan aman supaya tidak timbul masalah seperti sebelum ini.
“Mungkin mereka (pihak berkuasa) boleh menyediakan satu hari khas kepada perhimpunan aman dengan lokasinya di tempat yang tidak akan menjejaskan orang ramai.
“Sebagai tambahan, mereka boleh mengawasi pergerakan perhimpunan supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Mari kita mansuhkan ISA
Sejak penahanan beberapa pemimpin HINDRAF di bawah ISA baru-baru ini, kezaliman undang-undang warisan penjajah itu mula hangat diperkatakan kembali. Saya tertarik sejak satu dua hari kebelakangan ini apabila mendapat tahu darihal komen yang diberikan oleh dua orang personaliti yang berbeza terhadap ISA ini. Kedua-duanya menarik dan perlu diambil perhatian oleh semua warga Malaysia yang cintakan keadilan dan hak asasi.
Semalam bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bekas PM Tun Dr Mahathir telah ditanya berkenaan ISA. Beliau yang semasa kepimpinannya dahulu pernah menggunakan ISA terhadap para penentang dan pengkritiknya telah memberikan reaksi yang sangat tajam dan mendalam maknanya (sebagaimana kata Dato Mustapha Ali, dalam bahasa Tun Dr M). Kata Tun (beliau memberikan kenyataannya dalam Bahasa Inggeris):
It is up to the government and the people to decide this. You see we are a democratic country. If the people selected to lead are the people who support the use of ISA, then they will use it. The choice is yours.
Terpulanglah kepada kerajaan dan rakyat untuk memutuskan. Kita adalah sebuah negara demokrasi. Jika yang dipilih oleh rakyat adalah mereka yang menyokong penggunaan ISA, maka mereka akan menggunakannya. Pilihannya terletak pada anda.
Anda boleh memberikan berbagai tafsiran terhadap kenyataan Tun ini, tambah lagi bagi mereka yang tidak putus dendamnya terhadap beliau. Bagi saya, kenyataan Tun ini bagaikan serampang dua mata, satu cuba mempertahankan pentadbiran beliau dahulu, dua melemparkan kritikkan sinis terhadap pentadbiran yang ada. Lebih mudah lagi kalau tak suka ISA pilihanraya nanti janganlah lagi undi parti Dollah Badawi!
Sementara itu dalam NST hari ini dimuatkan temuramah Syed Nazri dan Jeniffer Gomez dari akhbar tersebut bersama Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Salah satu soalan yang diajukan kepada Raja Nazrin adalah berkenaan ISA. ISA dikatakan suautu alat bagi kerajaan untuk bertindak terhadap mereka yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara, komen beliau:
I hope it is used very sparingly, if at all, and only when there is a genuine threat to national security. It should never be used to stifle dissent.
Saya berharap ianya mestilah dikawal penggunaanya jikapun perlu digunakan ianya mestilah ketika berlaku ancaman yang sebenar terhadap keselmatan negara. Ia tidak wajar digunakan untuk mengekang perbezaan pendapat.
Sekali lagi pihak istana kembali dengan pandangan yang luas dan bernas. Malah banyak isu disentuh oleh Raja Nazrin dalam wawancara beliau itu namun dalam hal membicarakan darihal ISA ini cukuplah sekadar memaparkan yang ini. Kesimpulannya ISA kini sudak diperakui lapuk dan usang, zalim tak terkata. Siapakah yang berkuasa merobahnya, tidak ada kuasa lain melainkan rakyat sendiri. Oleh itu marilah kita fikirkan masak-masak perkara ini, perubahan hanya mampu berlaku apabila rakyat sendiri yang bangkit menuntunya, oleh itu pastikan ianya berlaku dalam PRU ke 12 nanti.
posted by Roslan SMS
tarakNama : tak ada sapa nak ulas pasal nie..almaklomlah kena batang hidung sendirilah katakan....
PULAU PINANG: Parti Gerakan telah memulakan tindakan tata tertib terhadap Naib Ketua Pemudanya, S. Paranjothy berikutan kenyataannya yang disifatkan boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini serta membelakangkan semangat berpasukan Barisan Nasional (BN).
TArakAnma : memang betol la kata hang LAN... BN nie parti golongan JUMUD sampai tak boleh teguq apa2 pon... ingatkan PEMBANGKANG saja kena tekan...TAPI dalam golongan mereka sendiri pon tak BOLEH nak bersuara....
Dok nganga apa lagi... pakat2 tinggai laa parti macam nie sampai tak boleh nak kata apa pon... ISLAM pon tak ajaq berpolitik macam nie... ISLAM suruh HUJAH di jAWAb dgn HUJAH... bukan suruh ambik tindakkan bila tak boleh JAWAb... eishh eishh eishh sedihnya POLITIK macam nie....
Sejak kebelakangan ini banyak sungguh suara ketidakpuasan hati kita dengar dari kalangan saf kepimpinan BN sendiri terhadap samada BN ataupun Umno selaku tulang-belakang parti komponan tersebut. Kalau sebelum ini saya pernah paparkan suara-suara keras semasa Perhimpunan Pemuda MCA dan Gerakan, pernah juga Zaid Ibrahim dan Tengku Razaleigh mengkritik, tidak ketinggalan PPP, kini terbaru seorang lagi pemimpin dalam komponan BN bersuara lagi.
KANGAR: Sungai Perlis yang mengalir di tengah bandar Kangar dihiasi pelbagai keindahan di tebingnya namun bau busuk akibat pencemaran sungai itu membangkitkan kemarahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid. selengkapnya
TarakNAma: Awat kat situ hangpa tak letak papan tanda... SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL...kan segak....
Masyarakat India Malaysia adalah rakyat kelas ke empat kata Naib Ketua Pemuda Gerakan S Paranjothy.
Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.
www.malaysiakini.com memaparkan berita kenyataan S. Paranjothy yang menuduh bahawa UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk mendapatkan undi kembali. Beliau menegur mengenai isu pemberian permit untuk berhimpun sebagai tidak adil dengan Pemuda Barisan Nasional akan sentiasa mendapat permit berbanding dengan organisasi lain. Bagi kami apa yang jelas kelihatan adalah semangat Hindraf sebenarnya semakin membengkak dan kini hati-hati mereka semua tersentuh dengan Hindraf.
Kekhuatiran kita adalah apabila Hindraf adalah Masyarakat India Malaysia dan Masyarakat India Malaysia adalah Hindraf. Sungguhpun kita lihat Datuk Hishammuddin yang menerajui Pemuda Barisan Nasional mengatakan tidak ada masalah dalam isu perkauman ini khususnya di peringkat Pemuda Barisan Nasional tetapi nampaknya sekam itu masih berasap dan bakal menjadi api. UMNO terus dilabel sebagai punca dan hari ini UMNO turut dikatakan sebagai parti yang menggunakan sentimen kaum untuk kekal mendapat sambutan dari orang Melayu. Adakah ini benar? Adakah kita orang Melayu percaya bahawa ini benar?
Barisan Nasional mungkin pada hakikat bersatu tetapi adakah sebenarnya sentimen bersatu itu hanya pada kulit dan tidak pada teras. Sebenarnya kerisauan semakin memuncak. Kita lihat segelintir mereka yang menggelar diri mereka Hindraf sudah bangkit dan seakan nampak menerima sokongan. Kita lihat juga kaum lain seperti Cinaturut juga memberi sokongan kepada isu “marginalisation&rd quo; kaum India. Tetapi apa yang nampak adalah semua parti politik – mungkin berjuang kita untuk menang dengan menggunakan aliran perkauman.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau telah meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram di Batu Caves, bulan lepas.Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau telah meminta Peguam Negara untuk mempertimbangkan perkara itu secepat mungkin.Katanya beliau bersimpati dengan 31 orang yang didakwa itu dan percaya mereka dipesongkan oleh penganjur perhimpunan haram itu.Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan itu juga menolak kumpulan yang menggelarkan diri...
KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Hrkh) - Tindakan pihak Jabatan Peguam Negara, pada saat-saat akhir, mendakwa Suwandi Ab Gani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21, dua orang yang ditembak seorang anggota polis dengan menggunakan peluru hidup dalam tragedi berdarah Batu Burok, telah menghalang Suhakam untuk meneruskan siasatan awam seperti yang telah dirancangkan.
Berikut merupakan rakaman video catatan saya semasa hari perbicaraan Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan, peserta dan Unit Amal yang ditahan semasa Himpunan 100 ribu rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula dari 9.00 pagi hingga 9.30 malam.
Perbicaraan yang diadakan terlalu lewat kerana Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam telah berakhir sekitar pkl 7.15mlm.
Berlaku sedikit kekecohan serta tidak puas hati apabila hakim memaklumkan bahawa boleh menjamin OKT dengan wang tunai kerana bank sudah tutup tetapi bahagian daftar penjamin tidak mahu menerima wang jaminan secara tunai. Akhirnya setelah lama merayu, jaminan boleh dibuat pada keesokan hari dengan syarat perlu ada individu yang mencagar harta seperti geran tanah dll. Akhirnya seorang peguam cina dari Majlis Guaman telah berjasa kerana beliau sanggup menggunakan bon syarikatnya utk menjamin OKT agar mereka dapat dibebaskan malam itu juga.
Kelihatan Gobalakris hnan dan Tian Chua sdg minum air manakala Hj Mohamad Sabu sedang menjamu nasi bungkus di dalam tempat daftar penjamin disebabkan kelaparan setelah menunggu dengan agak lama perbicaraan.
Perhimpunan2 menentang Malayan_Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan_Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan_Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.
Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus
Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan
Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan baru-baru ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.
Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.
Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.
Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.
Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.
Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.
Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa
Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.
Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat.. Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.
Penutup
Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.
40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.
Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.
Nampaknya gerak kerja GASAK kena dipertingkatkan kerna tanda rakyat M@rhaen dah boring dengan akhbar melayu telah jelas terbukti berdasarkan perangkaan terbaru Audit Bureau of Circulation (ABC).
Ramai orang MELAYU suka membaca metro mungkin disebabkan mereka bosan dengan berita2 dakyah parti pemerintah dan hilang kepercayaan atas berita yg dituliskan. Di akhbar metro bhgn POLITIK hanya sdikit sahaja yg selebihnya kesah ROGOL BUNUH ROGOL BUNUH serta ASTIS sana ARTIS sini....Rakyat suka membaca cerita yg ringan dan tak semak kepala otak.
Ayuhhh..cepatkan agenda nak BOIKOT MEDIA..jangan berlengah lagi... signal pilihanraya semakin hari semakin terserlah...jadi bertindak sekarang...
TarakNama.
Akhbar Melayu tidak dipedulikan di Lembah Klang
07-12-2007 07:38:05 PM Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Berbanding akhbar berbahasa Inggeris dan Cina, akhbar berbahasa Melayu tidak diberikan perhatian meluas di Lembah Klang yang menguasai 40% jumlah pembelian akhbar nasional.
Menurut perangkaan terbaru Audit Bureau of Circulation (ABC), akhbar berbahasa Melayu meraih hanya 25% pembaca di Lembah Kelang berbanding akhbar berbahasa Inggeris (43%) dan Cina (32%) daripada jumlah 1.1 juta naskhah.
Jumlah keseluruhan edaran akhbar di Malaysia meningkat 12% kepada 2.8 juta naskhah dalam kajian yang dibuat ABC antara Julai 2006 hingga Jun tahun ini.
Mingguan Malaysia masih lagi menguasai kedudukan teratas dalam kategori akhbar mingguan dengan edaran paling banyak 459,793 naskhah, manakala Sin Chew Daily pula akhbar harian paling laris dengan 357,163 naskhah.
Akhbar berbahasa Inggeris yang paling laris dikuasai The Star dengan 309,181 edaran, manakala akhbar percuma The Sun pula mencatat pertumbuhan edaran paling banyak dengan 256,486 naskhah.
Bagaimanapun, edaran The Star telah merosot sedikit 0.3% berbanding tempoh sebelumnya, manakala The New Straits Times (NST) tidak banyak berubah dengan 139,763 bagi tempoh yang sama.
Edaran akhbar The Malay Mail pula menjunam 40% kepada 19,828 naskhah.
Menurut kenyataan ABC yang dikeluarkan Selasa lalu, jumlah edaran The Sun dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan jumlah edaran bagi kategori akhbar harian berbahasa Inggeris.
Edaran akhbar tersebut, yang mula diberikan percuma sejak April 2002, telah meningkat daripada 82,307 naskhah sehari berbanding tempoh sebelumnya, sedangkan edaran akhbar harian berbahasa Inggeris yang lain sama ada merosot atau tidak menunjukkan perubahan.
Akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu: Harian Metro mencatat edaran sebanyak 289,315 naskhah, diikuti Utusan Malaysia (197,033) dan Berita Harian (192,917).
Pengerusi audit ABC Mirza Mohamed Tariq berkata, akhbar cetak di negara ini masih mampu mencapai pertumbuhan dalam masa lima tahun akan datang, namun trend itu bergantung kepada kadar capaian Internet di negara ini yang akan memberi peluang akses kepada akhbar dalam talian.
Beliau juga berkata edaran media cetak di Eropah, Amerika Utara dan Australia menunjukkan trend menguncup disebabkan penggunaan media dalam talian yang semakin meluas.
Namun menurut ABC, jumlah edaran akhbar harian di negara ini masih mampu meningkat sebanyak 8% manakala edaran akhbar mingguan pula berkembang sebanyak 10%.
Aman Aman Aman.........kata kata keramat UMNO kepada semua rakyat Malaysia...
maka anda sendiri fikirkan....AMANKAH kita..???
Utusan Meloya : Jenayah
Pensyarah Unisel mati ditikam perompak SHAH ALAM 7 Dis. – Seorang pensyarah teknologi maklumat di Universiti Industri Selangor (Unisel) mati setelah cedera ditikam ketika bergelut dengan seorang daripada tiga lelaki yang memecah masuk rumahnya di Jalan Bakti, Simpang Tiga, Ijok, Kuala Selangor dekat sini, awal pagi ini.
Ditahan cuba seludup senjata api IPOH 7 Dis. – Polis berjaya menggagalkan satu cubaan menyeludup senjata api dari negara jiran berikutan penahanan seorang pengusaha kedai makan dari Sungai Petani, Kedah di Pengkalan Hulu berhampiran sempadan Thailand, petang semalam.
Kakitangan KLIA mati ditikam penyamun KUALA LUMPUR 7 Dis. – Seorang kakitangan perkhidmatan pelanggan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mati ditikam dalam kejadian samun kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Saujana Impian, Kajang dekat sini malam tadi.
ini pulak kat harian metro :
9 pelajar lelaki, dua wanita dicekup GEORGETOWN: Sembilan pelajar lelaki sebuah kolej swasta dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan dua wanita di dalam sebuah rumah teres di Taman Inderawasih, Prai, semalam. Lagi...
Bantuan bawa padah KUALA TERENGGANU: Niat murni seorang nelayan memberhentikan kenderaan bagi membantu tiga lelaki yang 'tersadai' di tepi jalan membawa padah apabila disamun lelaki terbabit, kelmarin. Lagi...
Pendamai dakwa terima panggilan ugutan MELAKA: Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan (Pendamai) cawangan Melaka mendakwa dihubungi pihak tertentu yang mendakwa mahu mengambil tindakan menyerbu pejabat mereka di Rumah Pendamai, Taman Bertam Indah, kelmarin. Lagi...
TUDM terima 10 Pilatus LANGKAWI: Sebanyak 10 pesawat ringan Pilatus PC7 MK11 bernilai RM231 juta diserahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk digunakan bagi latihan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara, Alor Star, Kedah. Lagi...
7 penjenayah pukul polis MUAR: Dua anggota polis bantuan cedera ringan akibat bergelut dengan tujuh penjenayah yang cuba memecah masuk rumah seorang penolong pengurus sebuah ladang di Kampung Kim Kee, Bukit Pasir, dekat sini, awal pagi semalam. Lagi...
Bahana gegaran Sukhoi LANGKAWI: Jarak masa kurang dua saat menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak berusia setahun daripada menemui ajal atau setidak-tidaknya cedera parah apabila siling bilik tidur runtuh dipercayai berpunca daripada gegaran enjin pesawat Sukhoi SU-30 MKM, semalam. Lagi...
Patung pakai kopiah MELAKA: Kewujudan sebuah tokong yang dinamakan 'Datuk Putih Tua' di kawasan lapang bersebelahan kawasan perumahan Taman Pertam Jaya, dekat sini, menimbulkan rungutan masyarakat setempat. Lagi...
Kotak minuman Ecstasy SHAH ALAM: Cubaan menjual Ecstasy bernilai hampir RM500,000 dengan dimasukkan ke dalam kotak minuman sebelum dibalut pembungkus hadiah dan diletakkan dalam beg kononnya sebagai hadiah hari jadi gagal apabila dua suspek yang melakukannya ditahan ketika berurus niaga, Isnin lalu. Lagi...
Rampas rokok RM51 juta dirampas PELABUHAN KLANG: Dalam tempoh seminggu saja, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas sejumlah rokok seludup bernilai lebih RM51 juta melalui sembilan operasi berasingan. Lagi...
Sering jadi bahan ejekan SUNGAI PETANI: Seorang ibu dalam kebimbangan apabila berat badan anaknya semakin bertambah dari sehari ke sehari hingga mencecah lebih 100 kilogram menyebabkannya sukar bergerak dan melakukan aktiviti bersama rakan sebaya. Lagi...
Anak derhaka KUALA TERENGGANU: Anak derhaka. Gelaran itu patut diberikan kepada seorang remaja yang sanggup menendang ibu kandung hingga tersungkur serta mengugut mencederakannya dengan sabit pemotong buah kelapa sawit apabila wang diminta tidak diberikan. Lagi...
Maut kereta berpusing MERSING: Seorang pemandu kereta maut manakala penumpangnya cedera apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan di Kilometer 18, Jalan Mersing-Endau, di sini, semalam. Lagi...
Bergegas pulang rumah tenggelam MASAI: Pengalaman tidak sempat menyelamatkan harta benda ketika dilanda banjir besar awal tahun ini, menyebabkan penduduk di dua kampung di sini, panik hingga ada yang bergegas pulang dari tempat kerja berikutan hujan lebat sepanjang hari semalam. Lagi...
Dua pusat pemindahan bersiap sedia MASAI: Dua pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Masai dan dewan raya Masai, sudah disiapkan bagi membolehkan mangsa banjir ditempatkan di pusat berkenaan. Lagi...
Suri rumah rugi RM9,360 KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM9,360 selepas diperdaya sebuah sindiket pengendali skim cabutan bertuah antarabangsa dipercayai beroperasi di Macau, China yang menawarkan hadiah RM780,000, kelmarin. Lagi...
Murid parah dilanggar KUALA TERENGGANU: Keseronokan seorang kanak-kanak lelaki menikmati cuti sekolah bertukar mimpi ngeri apabila dilanggar sebuah Perodua Kancil, menyebabkan kecederaan parah di mata. Lagi...
Budak parah dek anjing liar MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan patah tulang dagu dan terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian hidung, mulut dan gusi selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter bersama basikalnya ketika dikejar anjing liar di Taman Sri Jati Fasa Dua, Batu Berendam, petang Ahad lalu. Lagi...
Pertaruh nyawa ibu KUALA LUMPUR: Anak yang berhutang dengan 12 ceti haram atau along, ibu pula yang menjadi mangsa ugutan bunuh apabila anaknya melarikan diri serta gagal dikesan. Lagi...
2 orang lama tak sehaluan KEWAJARAN tindakan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memboikot Sukan Sea di Korat, Thailand, menjadi topik perbahasan yang boleh dinobatkan sebagai isu paling hangat pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Lagi...
Bawa sebaldi air redah api PEKAN: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun nekad membawa sebaldi air dan meredah api bagi memadamkan kebakaran di bilik neneknya di Kampung Ketapang Tengah, semalam. Lagi...
Pelarian dadah SHAH ALAM: Serbuan di sebuah rumah di Taman Putra, Ampang, Ahad lalu, bukan saja menemui tiga warga Myanmar yang menyalahgunakan kad pelarian dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) malah 28 gram heroin dalam dulang untuk jualan. Lagi...
Balas jasa ibu KELANA JAYA: Enam beradik membuat kejutan kepada ibu tersayang dengan menghadiahkan pakej menunaikan haji apabila mereka berpakat untuk mengikat perut dengan menyumbang sebahagian duit gaji untuk membiayai perbelanjaan orang tua ke Tanah Suci. Lagi...
15999 ganti talian TeleDera PUTRAJAYA: Nombor 15999 akan menjadi talian hayat untuk membantu golongan wanita, kanak-kanak, miskin dan orang tua menyalurkan masalah bagi memudahkan pihak terbabit memberikan bantuan yang diperlukan lebih pantas. Lagi...
Perbualan terakhir MUAR: Seorang tukang gunting tidak menyangka perbualan empat jam dengan anak saudaranya malam kelmarin adalah yang terakhir apabila lelaki itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya dipercayai akibat langgar lari di Kilometer 5.5 Jalan Muar-Melaka, di sini, awal pagi, semalam. Lagi...
Tawar seks kepada pegawai Jaim MELAKA: Seorang lelaki berlagak wanita (pondan) tidak menyangka dua lelaki yang ditawarkan seks sebenarnya adalah pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim). Lagi...
SERING kali terpapar di akhbar, kemalangan dan kematian melibatkan motosikal terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian. Tetapi ada faktor lain yang turut menjadi punca kemalangan antaranya keadaan dan kualiti jalan raya seperti jalan yang dikorek dan ditimbus semula dengan tidak berkualiti serta tidak kemas dan jalan berlubang. Keadaan ini kerap ‘membahayakan&rsquo ; penunggang motosikal dan kenderaan lain.
Para penunggang terpaksa berdepan dengan keadaan untuk mengelakkan lubang dan jalan tidak rata yang saya anggap seperti jerangkap samar kepada para penunggang serta pembonceng motosikal.
Semakin banyak jalan di ibu negara dan Lembah Klang bermasalah dan ia cukup menyedihkan warga kota.
Manakan tidak, apabila projek pembaikan jalan dibuat untuk menurap keseluruhan laluan selesai, dalam beberapa minggu akan ada kerja-kerja mengorek jalan yang yang sama (yang baru diturap) atas pelbagai tujuan seperti penanaman wayar elektrik atau paip air.....
TarakNama : Inilah puncanya jika golongan yg di beri amanah untuk buat projek nie tiada sifat JUJUR BERSIH serta BERKEPERIHATINAN. Jika ada sifat tahu DOSA PAHALA ..... yg tahu hanya sumbat perut masing2... yg jd mangsa RAKYAT.....
KEPUTUSAN tender nombor pendaftaran kenderaan CCC yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, minggu lalu mengejutkan penduduk negeri ini berikutan dua Exco kerajaan Pahang dinamakan sebagai berjaya membida RM62,400 bagi CCC 3 dan harga yang sama juga untuk CCC 8.
Fakta yang didedahkan pihak media itu telah mengundang reaksi pantas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Semasa sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Kesebelas, Jumaat lalu, beliau membuat penjelasan bahawa dua Exco berkenaan tidak membida pada harga setinggi itu sebaliknya ia ditawarkan oleh JPJ.
Susulan kenyataan MB itu, Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Abdul Moin, tampil membuat sidang media menjelaskan beliau hanya membida pada harga RM5,000 melalui permohonan kepada Menteri Pengangkutan lalu diarahkan mengisi Borang Tender MV10 berserta bayaran RM3,000 sebagai deposit.
Penjelasan itu yang disiarkan kebanyakan media cetak 25 November lalu, turut menyalahkan JPJ Pahang kerana mengumumkan beliau sebagai berjaya memiliki CCC 8 pada harga RM62,400 manakala keputusan itu dipaparkan di Ibu Pejabat JPJ.
Shahiruddin mendakwa JPJ telah mencalarkan nama baiknya sebagai ahli politik kanan Pahang sehingga bakal berhadapan tindakan hilang jawatan Exco sekiranya terus membeli nombor itu.
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail memberi penjelasan ringkas berhubung isu CCC 3 dengan kenyataan, beliau hanya memasukkan borang kosong ke dalam peti tender JPJ tanpa sebarang deposit sementara menantikan surat sokongan Timbalan Menteri Pengangkutan.
Tetapi beliau mendakwa JPJ menghantar surat tawaran pada 21 November lalu mengatakan dia berjaya memperoleh nombor itu pada harga RM62,400.
Selepas membaca penjelasan dua Exco ini serta Menteri Besar Pahang melalui kenyataan mereka yang disiarkan sebahagian besar media cetak, timbul enam persoalan berikutan terdapat percanggahan ketara dalam prosedur operasi standard (SOP) tender nombor pendaftaran JPJ, dengan apa yang mereka jelaskan.
Pertama, adakah terdapat mana-mana peruntukan undang-undang membenarkan JPJ untuk menawarkan sebarang nombor pendaftaran dengan harga ditetapkan oleh JPJ sendiri kepada mana-mana individu.
Jika merujuk kepada prosedur SOP nombor pendaftaran, harga tidak ditetapkan oleh JPJ sebaliknya ditentukan melalui proses tender terbuka yang mana pembida dengan harga tertinggi akan ditawarkan nombor berkenaan dan bukannya JPJ sesuka hati menawarkan harga dan nombor itu kepada sesiapa.
Kedua, adakah terdapat mana-mana peruntukan undang-undang yang membenarkan kuasa Menteri Pengangkutan atau Timbalan Menteri Pengangkutan untuk menentukan berapa harga sesuatu nombor pendaftaran dan siapa yang bakal memilikinya.
Jika peruntukan sedemikian wujud, ternyata kerajaan menolak hasil lumayan daripada bidaan nombor itu kerana melalui proses tender secara terbuka, harga bidaan boleh mencecah ratusan ribu ringgit bagi sesuatu nombor.
Kenapa perlu disekat hasil negara itu melalui campur tangan politik?
Kalau adapun ihsan menteri, ia hendaklah bersifat untuk membantu meringankan beban rakyat untuk sesuatu perkara yang amat diperlukan dan bukannya bagi sesuatu seperti mahu menggunakan nombor kenderaan yang cantik bagi tujuan bermegah.
Ketiga, merujuk kepada kenyataan Ibu Pejabat JPJ Putrajaya dalam akhbar KOSMO, 25 November lalu, pihak JPJ menegaskan bahawa mereka tidak menetapkan sebarang harga bagi sesuatu nombor sebaliknya pembida tentukan sendiri harga maksimum yang mereka mampu pada Borang MV10.
Persoalannya, mengapa dua Exco berkenaan bertegas menyatakan bahawa mereka tidak pernah meletakkan bidaan sebegitu tinggi sebaliknya pihak JPJ yang meletakkan harga RM62,400 bagi setiap nombor itu. Mana yang betul sebenarnya?
Keempat, Shukri dalam Mingguan Malaysia tarikh 25 November juga, menjelaskan beliau hanya memasukkan borang JPJ MV10 yang kosong tanpa dituliskan nilai bidaan, ke dalam peti tender JPJ untuk nombor CCC 3.
Persoalannya, jika prosedur mengisi borang kosong dibenarkan oleh JPJ, ia bererti satu penipuan dan mengkhianati pembida lain kerana proses tender terbuka adalah memilih harga tertinggi dan bukannya borang kosong yang kemudiannya akan diisi harga sebaik mengetahui nilai tertinggi pembida lain.
Kelima, amat tidak munasabah apabila dua Exco berkenaan menyatakan bahawa mereka hanya berhasrat untuk membeli nombor berkenaan sekiranya harga tawaran bernilai sekitar RM5,000 sahaja.
Adakah dua Exco ini tidak mengetahui bahawa belum pernah ada dalam sejarah JPJ mana-mana negeri yang menerima harga kurang daripada RM15,000 bagi nombor pendaftaran satu digit.
Lebih hairan lagi, dua Exco berkenaan ketika ini sudah diketahui umum menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran satu digit (8 dan 3). Tidak masuk akal mereka tidak mengetahui harga nombor yang mereka sudah miliki.
Keenam, Shahiruddin dalam sidang medianya mengemukakan dua bukti dokumen tender daripada JPJ iaitu surat tawaran dengan nilai RM62,400 dan Borang MV10 dengan catatan harga tempahan RM5,000.
Berdasarkan SOP proses tender nombor pendaftaran mana-mana JPJ, sebaik peti tender mula dibuka (ada yang disaksikan pegawai BPR), Panel Tender JPJ akan melihat Borang MV10 dengan tawaran nilai paling tinggi bagi sesuatu nombor sebelum mengeluarkan surat tawaran kepada pembida berkenaan.
Bermakna, angka di dalam surat tawaran JPJ mesti bersamaan dengan angka yang ditawarkan oleh pembida dalam Borang MV10. Mengapa dalam kes Shahiruddin angkanya berbeza?
Malah prosedur juga menetapkan bahawa pembida perlu membayar deposit sebanyak 10 peratus daripada nilai bidaan untuk nilai tawaran melebihi RM2,000 atau RM500 untuk bidaan bawah nilai itu.
Namun, dalam kes Shahiruddin, beliau mendakwa membuat bidaan RM5,000, tetapi membayar depsit RM3,000. Bukankah RM3,000 merujuk kepada bidaan RM30,000?
Jika benar, mengapa kaedah pembayaran seorang Exco berbeza daripada SOP yang telah ditetapkan?
Pelbagai persoalan yang timbul ini sudah pastinya tidak dapat terlepas daripada mempertikaikan integriti JPJ kerana umum amat sedia maklum dengan proses tender sesuatu nombor pendaftaran.
Tambahan pula, dua Exco berkenaan amat bertegas mahukan penjelasan daripada JPJ berhubung isu itu seolah menggambarkan JPJ suatu institusi yang tidak cekap dan tidak telus seterusnya perlukan saringan daripada BPR.
Penyelesaian terbaik untuk polemik ini adalah rundingan semeja antara Exco berkenaan, Menteri Besar Pahang dan pihak JPJ manakala BPR perlu memainkan peranan menilai integriti kedua-dua pihak.
Sikap berdiam diri JPJ Pahang bukan penyelesaian kepada isu yang berbangkit ini.
Jawapan yang sewajarnya perlu diberikan sama ada oleh pihak Ibu Pejabat JPJ atau JPJ Pahang.
KUALA LUMPUR: Bank Dunia mengakui institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia mampu berkembang dan menjadi pusat pendidikan tinggi bertaraf dunia hasil perhatian serius kerajaan, termasuk menyediakan peruntukan besar memajukannya. (BERITA)
tarakNama : Salam Sahabat semua aku memang setuju 200% kita berpakat takyah belilaaa serat habaq UTUSAN MELOYA & BERITA HAIRAN nie.... buat habis duit jaa..simpan duit tu buat beli kopi tea pon lagi bagus.... kalau nak baca jgk p laa guna yg online atau p baca FREE kat kedai surat habaq....
Bukan apa kat atas nie dah terang2 BOHONG beradap....kalau crita bab bersih yg 100k kata 4k lantak p laa..berita macam tu memang dah dok tau pon....lanie cuba tengok betul2 apa bezanya dua keratan akhbar diatas lepa stu pakat PIKIAQ sendiri lah.... malas nak hurai dah...
dan kalau puak2 UMNO baghal tu masih dok rasa apa yg dilakukan tu betul dgn memanipulatekan berita kau org buatlah...lagi bagus buat sampai mampos senag cerita nanti kau org jawab sendiri dalam kubur....benda dah terang2 nak nipu nie....jd pikiaq guna akailah....