Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Menangi N93/iPhone!
    01.29.08 (11:25 pm)   [edit]

    Menangi N93/iPhone!

    Iphone_34 Inginkan talifon mobile canggih? Dengan video kamera, teknologi 3G dan banyak lagi features. Atau anda inginkan mobile anggun, iphone? Percuma! Ya, percuma!

    Apa yang anda perlu buat ialah, siapkan komersil Pilihanraya mendatang buat Barisan Alternatif (BA). Tema terbuka, karya anda boleh saja mengikut tema berikut (dan banyak lagi):

    Cuma hantarkan karya anda ke www.dperantauan.com atau email link anda (tinggalkan link anda d ruang komen). Karya anda (original) hendaklah dalam bentuk video/movie (format/link YouTube amat dgalakkan)

    Entry* terbaik akan menerima hadiah berupa Nokia N93 atau iPhone.

    Artikel terdahulu: eKempen, Memaksimakan Web2.0!

     
    FAKTA @ AUTA....macam hotFM la plak....
    01.29.08 (11:18 pm)   [edit]

     

     

    Kita ke-6 terbaik dunia -- Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis - UTUSAN

    eishhh ko nie dolah... tengok tajuk pon dah tau lebong...tengok nama UK, JERMAN, JEPUN & PERANCIS tu dah tau sesangat dah ko nie tail nipu... kalau ke 6 terbaik dunia bab KECEKAPAN NIPU aku caya laa...

    Nie aku ambik keratan2 penulisan sahabat dan dari BERNAMA... bkn apa baca yg bernama pon dah tau dak ko org nak nipu...

    Abdullah: M'sia ekonomi kelapan kompetitif di dunia
    28-01-2008 05:31:39 PM
    PUTRAJAYA: Daya kompetitif Malaysia telah mencapai tahap yang lebih baik apabila menduduki tempat kelapan dalam "ranking" daya kompetitif dunia pada tahun lepas, berbanding tempat ke-10 pada tahun 2000.

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memetik statistik World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland.

    Malaysia masih berada di belakang Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China, Jerman, Taiwan dan United Kingdom tetapi mendahului negara lain termasuk Jepun dan India, daripada segi daya kompetitif secara keseluruhan, katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di Pusat Konvenysen Antarabangsa Putrajaya di sini.

    Menurut laporan itu, Malaysia di tempat keenam daripada segi prestasi ekonomi tahun lepas, kedudukan yang dipegang sejak 2000.

    Malaysia hanya perlu menyaingi lima negara terbaik Amerika Syarikat, China, United Kingdom, India dan Taiwan.

    "Sumber menarik. Angka itu bagus. Kita tidak menipu orang ramai. Kerajaan tidak akan kekal jika menipu," kata Abdullah.

    Sejurus sebelum beliau memetik kedudukan negara daripada segi kecekapan perniagaan, Abdullah secara berseloroh berkata: "Ini bukan angka Rafidah."

    Beliau merujuk kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.

    Malaysia menduduki tempat keempat pada tahun lepas daripada segi kecekapan perniagaan, berada di belakang Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, berbanding tempat ke-13 pada tahun 2000.

    Statistik yang dipetik dalam laporan itu membabitkan negaranegara yang mempunyai jumlah penduduk lebih 20 juta.

    Daripada segi kecekapan infrastruktur, Malaysia melonjak daripada tempat ke-13 tahun 2000 kepada ke-10 tahun lepas, katanya.

    Abdullah berkata walaupun Malaysia tidak lagi dikenali dengan buruh murah berbanding dengan Vietnam, China dan India, ia masih kompetitif jika kos menjalankan perniagaan di negara ini kekal rendah.

    Beliau berkata kelewatan yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan kos membiayai perniagaan di negara ini meningkat.

    Sebagai contoh, beliau berkata masyarakat peniagaan akan mengalami kerugian besar jika operasi peniagaan mereka tidak dapat dijalankan akibat kelewatan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun bangunan telah siap.

    "Menunggu membabitkan kos. Menunggu membuka ruang kepada rasuah," katanya.

    Misalnya, beliau berkata seorang pemilik bangunan kedai tidak dapat mengutip sewa selama enam bulan jika CF tertangguh bagi tempoh itu manakala yang lainnya tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang tempoh itu. BERNAMA

    AKU COPY PASTE KAT mSTAR

    surat habat depa sendiri pon dah belit-belit...

    yang nie plak sidang akhbar dari DSAi..

    Daya Saing Malaysia Ke-8 di Dunia? Telitikan Data Sebenar

    image11.jpg

    Dakwaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Malaysia kini di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara adalah satu fakta yang sengaja diputarbelitkan.

    Penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

    Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.

    Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.

    Keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya.

    Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

    Jelasnya, kita memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.

    ANWAR IBRAHIM

    ini plak dari seorang sahabat kat TKO:

    Betulkah malaysia negara ke enam kerajaan terbaik?

    Oleh fizie02

    "Malaysia negara ke enam kerajaan terbaik dan ke 8 paling kompetetif bagi 2007? Buktinya di sini, tak sama dengan ucapan Pak Lah,

    www.imd.ch/research/publications/ wcy/upload/scoreboard.pdf www.imd.ch/research/publications/ wcy/upload/CHPressRelease UK.pdf

    TARAKNAMA : Lanie hangpa pikaiq sendiri laa mana dia juak2 UMNO yg dok jilat ju*** tu yg dok canang yg PAK IMAM HADARI hangpa nie baguih tahap teramat sangat lanie hangpa tolong cari idea sat nak AUTA macam mana plak dgn apa yg dimelalutkan oleh dia... penat dah aihh dengaq ayat2 JILAT JU*** nie......

     
    SPR di bongkar lagi...
    01.22.08 (5:08 pm)   [edit]
    eweh, auta najib. yang dia menang tahun 1999 tu pasai apa.
    kalau tak percaya saya cuba bagi contoh dan tuan-tuan boleh semak sendiri didalam web site spr daftar pemilih. mana pi undi pos yang sering dipertahankan oleh spr kata ia penting dan anggota tentera tak boleh nak pi mengundi macam orang luar/ awam. kem tentera tak boleh dipantau oleh paka calon ,hanya pegawai tentera yang boleh pi.
     
    cuba bandingkan no tentera dan no awam ni, T715511, dan A0624038, serta T719756 dan A3170255, org yang sama tapi alamat berlainan, mungkin yang menangkan najib dulu pada 1999 adalah manusia jenis ini. Yng satu tahir lahir dipinda supaya orang yang memegang kad awam itu boleh mengundi untuk anggota tentera tersebut, saya secara kebetulan mencari nama tersebut dan terjumpa dua nama ini dan kebetulan ia sama dengan no kp lama mereka, jadi kalau beginilah cara najib nak kelentong rakyat, jenuh la kita buat daftar pemilih dan cula undi, depa tambah hantu untuk mai mengundi, buat saja ic palsu, dah boleh undi atas nama anggota tentera.
     
    Soalan saya adakah anggota tentera boleh memegang dua kp secara serentak, satu kp awam dan satu kp tentera, dan sudah pasti mereka boleh mengundi dua kali, bukankah ini penipu namanya wahai najib anak tun razak. Janganla jadi pembelit macam yang kena boo dengan hindraf tu.
    Ko orang tengok sendiri lee...
     
    dan tak percaya pergi check kat SPR takut aku nipu...
    img250/1659/amrangu3.jpg
    img152/4028/hazlylv0.jpg
     
    Idris: Terengganu makmur kini berbanding era PAS...(betoi kaa deris..?)
    01.10.08 (7:47 am)   [edit]
    Idris: Terengganu makmur kini berbanding era PAS
    09-01-2008 04:46:31 PM

    KUALA TERENGGANU:  Beberapa faktor telah membuktikan bahawa kehidupan rakyat Terengganu kini semakin selesa dan makmur berbanding beberapa tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

    Tanpa memberikan angkanya, beliau berkata kadar kemiskinan di negeri ini juga telah mencatatkan penurunan.

    Beliau berkata antara faktor yang menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat Terengganu bertambah baik ialah kuasa beli rakyat yang semakin meningkat berdasarkan kepada peningkatan jualan kenderaan dan juga barangan di kedai dan pasar raya.

    Sementara Suruhanjaya Syarikat Malaysia melaporkan sebanyak 432 syarikat didaftarkan sepanjang tahun lepas berbanding 346 pada 2006 manakala sebanyak 7,090 premis perniagaan didaftarkan pada tahun 2007 berbanding 5,872 pada tahun sebelumnya, katanya.

    "Derma di masjid-masjid bertambah hingga tiga, empat kali ganda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

    Idris berkata kerajaan negeri juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menggunakan sistem komputer berpusat bagi keselesaan orang ramai.

    "Jadi dengan faktor-faktor itu, kita yakin kadar kemiskinan rakyat Terengganu telah menurun dan kini kehidupan rakyat bertambah baik di bawah pemerintahan kerajaan sekarang berbanding empat tahun lepas," katanya. BERNAMA

    TARAKNAMA : Setakat nie aja otak deris fikirkan..main cakap jaa last bila tanya data dan fakta tak beri laa plak..deris oo deris... 

     
    Seorang PEMIMPIN satu BLOG part 2
    01.10.08 (12:01 am)   [edit]
    hari ini selepas aku dok godek sana godek sini TIKUS PC aku nie lalu ter godek laman web dperantauan  dan aku jumpa nie selepas aku p komen kat ganukite pasal cita BARACK OBAMA... inilah dikatakan gambaq memainkan seribu makna... itu aku penah bebel pasal SATU PEMIMPIN SATU BLOG ... jika cerita berkenaan pergerakkan dan kehidupan PEMIMPIN kita nie disiarkan ONLINE ia akan memberikan berbagai2 makna. BIAQkan UMNO dengan RTM nya dengan TV3 nya.. TETAPI kita mesti maju setapak kedepan... bukan susah pon nak sampaikan pesanan... cuma nak dengan tak nak sahaja.... modal bukan banyak pon... tak payah guna KEMERA canggih2.. jurusolek juru makeup lalu KITA bertemu RAKYAT ..Online.. satu pelusuk dunia dapat tahu akan semangat kesungguhan perjuangan kita....
     
    AYUH belom terlambat pilihanraya just dalam 60 ke 90 hari jaa lagi...
     
     Gunakanlah kelengkapan yg ada... 
     
    Tekun
     
    cth gambaq ini membawa seribu makna...apadia..cari sendiri..? 
     
    Lihat isteri dirogol...Ini bukan budaya KITA.. ini budaya BINATANG...!!!
    01.09.08 (8:37 am)   [edit]

    Ini budaya SIAPA.. kenapa kita yg berwarganegara MALAYSIA yg penuh sifat berbudi bahasa dan sopan santun TELAH hilang semuanya. KITA sanggup menjadi seperti HAIWAN.. ini bukan BUDAYA kita... Mana HILANGnya AGAMA yg kita bawa.. mana hilangnya semua itu.. kenapa ini semua ada di bumi kita tercinta..MALAYSIA.. Fikir2kanlah.. Renung2kan...  

    Lihat isteri dirogol

    Oleh Jaafar Mulup
    am@hmetro.com.my

    GEMAS: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya dirogol di sebuah kebun getah di Felda Sungai Kelamah, di sini, Ahad lalu, dipercayai sebagai cara menyelesaikan masalah peribadi antara dia dengan suspek.

    Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suami mangsa yang berusia lingkungan 50 tahun hanya mampu melihat isteri yang baru dikahwininya tiga bulan lalu diperkosa malah mengambil tindakan pulang ke rumah dengan membiarkan isterinya menjadi mangsa pemuas nafsu suspek.

    Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan meminta bantuan seorang lelaki yang juga rakan suaminya menghantar dia ke Felda Sungai Kelamah menggunakan motosikal.

    Mangsa yang tinggal di Alor Gajah, Melaka dikatakan terpaksa meminta bantuan lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu kerana mahu berjumpa suaminya yang tinggal bersama isteri tua.

    Sebaik tiba di rumah, suami mangsa meminta rakannya itu menghantar isterinya ke satu kawasan di Felda terbabit kononnya untuk membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah peribadi antara mereka sementara dia mengekori dari belakang menggunakan motosikal.

    Setiba di tempat kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke dalam kebun getah sebelum memperkosa wanita itu di depan suaminya.

    Suami mangsa tidak berani bertindak kerana takut diserang malah berpatah balik ke rumahnya.

    Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Gemas berhubung kejadian itu.

    Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

    Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

    Menurutnya, polis belum membuat tangkapan manakala motif sebenar kejadian itu masih disiasat.

     
    Pilihlah Menteri yang berkelayakan bukan yang suka berangan!
    01.09.08 (8:11 am)   [edit]
    08-01-2008 10:35:25 AM

    PELIK, musykil dan kelakar bila minyak masak kehabisan stok. Macam biasa pelbagai alasan diberi oleh kementerian yang berkaitan. Pengguna panik (beli banyak untuk buat stok), pengusaha sorok bekalan juga penyeludupan.

    Secara tak langsung jelas menunjukkan penguatkuasaan kita terlalu lemah,dangkal dan boleh dikatakan tidak buat kerja. Buat Shafie Afdal bangunlah daripada tidur yang terlampau lama. Jangan hanya berbangga sebagai Menteri KPDN & HEP tetapi tiada apa yang anda telah usahakan.

    Setiap kali berlaku masalah Shafie selalu salahkan keadaan juga pengguna. Kes diesel dulu, kata diesel kita murah, berlaku penyeludupan tapi bila harga diesel naik, kes diesel senyap terus.Takkan kes minyak masak ni alasannya sama juga.

    Senangnya jadi menterikan. Bila kena tekan oleh pembekal terus cari alasan bodoh dan selalunya punca masalah ini terjadi menjadi tanda tanya kepada rakyat.

    Tidak logik sebagai pihak yang berkuasa dalam perdagangan tidak dapat mencari punca setiap kejadian. Ini Malaysia, negara kecil, takkan 'root' sesuatu permasalahan tidak dapat diselesaikan. Lembab sungguh kementerian anda bekerja.

    Tiada perancangan ke dalam kementerian anda? Kementerian anda ni tidak boleh bekerjesama dengan pihak Polis ke untuk menyiasat kes seperti ini. Yelah kalau anggota kementerian anda terlalu takut untuk menangkap 'kepala' atau 'dalang' setiap kes.

    Tetapi saya rasa sebagai sebuah kementerian, pihak anda pasti ada langkah yang sepatutnyakan.

    Pelikkan, tidak pernah kita dengar perancang segala kejadian ini ditangkap. Jangan bagi rakyat bersangka buruk kepada kementerian anda. 

    Yang paling tidak dapat diterima kementerian selalu salahkan pengguna. Pengguna Malaysia ini dituduh mudah panik seolah-olah pengguna Malaysia ini tidak berakal. Tolonglah fikir sikit masalah rakyat. Rakyat juga ada perancangan dalam kehidupan.

    Lainlah saudara yang hidup penuh dengan keistimewaan. Tetapi rakyat tidak pernah pertikaikan kerana itu hak saudara sebagi pemimpin tetapi tolonglah bekerja dengan penuh keikhlasan untuk mempertahankan hak rakyat pula.

    Buatlah perancangan yang terbaik untuk keselesaan rakyat. Sudah banyak rakyat dibeban dengan masalah ekonomi yang semakin meruncing ini. Petrol dah naik, tol dah naik, roti dah naik, janganlah bahan asas dinaikkan lagi. Cukup-cukuplah tu.

    Sedangkkan gaji tetap sama, terutama kepada bukan yang bekerja dengan kerajaan. Buat kerajaan BN, jangan berasa selesa dengan keadaan sekarang. Pilihanraya kali ini belum tentu lagi anda akan dapat 2/3. Sebenarnya kerajaan bernasib baik kerana berlakunya perhimpunan yang dikelolakan oleh Hindraf. Terus terang saya katakan, tidak banyak, sedikit orang Melayu telah bersatu.

    Sebelum ini sudah ramai yang di atas pagar, terutamanya golongan pemuda Melayu Proffesional. Ingat, pemuda kita sekarang bukan pemuda dahulu, boleh terima bulat-bulat semua perkara. Pemuda kita sekarang sudah melangkau dunia cyber yang penuh dengan maklumat. Tetapi kami bukan bodoh untuk terima semuanya.

    Buat yang berkenaan, bekerjalah dengan jujur. Simpatilah dengan nasib rakyat. Fikirlah langakah yang bijak untuk mengatasi masalah yang bodoh macam ni.

    Keistimewaan yang anda miliki sekarang tidak akan anda kecapi tanpa sokongan rakyat. Jangan bermain wayang hanya bila plilihanraya sudah hampir. Bila habis pilihanraya, anda BERKUASA, tetapi rakyat merana.

    "Jangan Jadi Kacang Yang Lupakan Kulit".

    ANAK KERAMAT

    (ARTIKAL ASAL)  

     
    Mak Cik FIDAH plak berbunyi...
    01.09.08 (8:04 am)   [edit]

    Selamat datang Anwar – Rafidah

    PUTRAJAYA 8 Jan. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

    Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.

    ‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.

    Terdahulu ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menurunkan harga minyak seandainya dapat mengetuai kerajaan, Rafidah menyifatkan ia sebagai tindakan tidak rasional.

    ‘‘Hendak turun minyak apa? Minyak lenga (bijan). Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersidang tiap-tiap hari pun tidak boleh menurunkan harga minyak yang kini melambung di pasaran,” katanya.

    TARAKNAMA : mak cik nie... itu OPEC lantak p la dia... kita bincang pasal harga dalam malaysia... kalau OPEC naik harga tinggi itu kira satu keuntungan pada negara... skrg org berbingcang pasal KITA (MALAYSIA) pergi jual minyak kat luar dengan harga $100 usd setong...minyak kita sendiri.. ada UNTUNG tahun lepas $80bilion...ulang UNTUNG..ulang lagi UNTUNG... abis yg ko dok merepek apahal... JIKA kita jual tu RUGI..ulang RUGI.. tak apa laa..ko org nak naik RM2.50 seliter pon lantak pie laa...dah nama RUGI kena lee naik HARGA... nie tak.. dah le UNTUNG...tetapi HARGA DOK NAIK... apa ra punya tur... tu pun tak boleh fikir ke...

    itu pon jangan dok pangkah situ jugak lee..entah laa benda asas nak pikiaq macam nie pon dah buat celaru abis kepala otak.... GUNA AKAL UTK BERFIKIR....

     
    RAHSIA NAJIB SEMASA PILIHANRAYA LALU DIBONGKAR
    01.08.08 (11:22 am)   [edit]
     
     

    Sekilas lalu mengenai pencapaian Najip Tun Razak dalam pilihanraya:

    Tahun : 1976 Menang tanpa bertanding
    Tahun : 1978 Menang dengan majoriti 9,533 undi (nampak ok)
    Tahun : 1982 Menang dengan majoriti 2,371 undi (tak pasti kenapa jatuh)
    Tahun : 1986 Menang dengan majoriti 10,808 undi (nampak ok)
    Tahun : 1990 Menang dengan majoriti 10,467 undi (nampak ok)
    Tahun : 1995 Menang dengan majoriti 10,793 undi (nampak ok)
    Tahun : 1999 Menang dengan majoriti 241 undi (teruk menjunam dipukul gelombang reformasi)
    Tahun : 2004 Menang dengan majoriti 22,922 undi (lain macam je mendadak naik)

    Adalah diyakini kenaikan mendadak pada 2004 disebabkan oleh:

    1. Jasa baik Pengerusi SPR yang tak jadi pencen.

    2. Persempadanan semula.

    3. Rasuah pengundi dengan projek, wang, jalan tar dll.

    4. Salahguna jentera kerajaan (termasuk SPR)

    5. Berkemungkinan RAKYAT amat sayang dan cintakan NAJIB & UMNO

    6. NAJIB guna BOMOH

    Kemungkinan sebab-sebab lain seperti:

    1. Undi POS (tentera dll).

    2. Pengundi hantu!

    Agaknya leee..........!!!! 

    Data dipetik dari laman web rasmi jabatan perdana menteri
    http://www.pmo.gov.my/website/tpmwebdb.nsf" title="http://www.pmo.gov.my/website/tpmwebdb.nsf" target="_blank"http://www.pmo.gov.my/website...

    TarakNama : TQ fahmi aku ambik dari komen kamu dari blog DSAI & aku tambah sikit2 secukup rasa...

     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog