Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Kecewa nama tiada dalam daftar pemilih
    02.23.08 (10:57 am)   [edit]
     
    nak buat camna adik oi..kira nasib lee...dah tak ada pegi le tulong berkempen.. 

    Kecewa nama tiada dalam daftar pemilih

    SAYA ingin membuat aduan tentang ketiadaan nama saya dalam Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Untuk makluman, saya telah mendaftar sebagai pemilih melalui kaunter SPR yang telah dibuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 April 2007.

    Saya telah dimaklumkan bahawa dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pendaftaran, saya boleh membuat semakan daftar pemilih melalui laman web SPR.

    Saya kemudian telah membuat semakan daftar pemilih melalui laman web SPR pada September 2007 tetapi nama saya tiada dalam daftar pemilih tersebut.

    Hal ini amat mengecewakan saya kerana saya telah mendaftar dengan kakak saya pada hari yang sama. Nama kakak saya pula ada dalam semakan daftar pemilih.

    Saya telah menghubungi SPR negeri Selangor pada September 2007 untuk memaklumkan perkara ini.

    Pihak SPR hanya mengambil nombor telefon saya dan tiada tindakan lanjut dibuat selepas itu.

    Saya telah menghantar e-mel ini kepada SPR (info@spr.gov.my) tetapi telah dikembalikan kerana alamat e-mel yang diberi seolah-olah tidak wujud.

    Saya telah menyahut seruan kerajaan untuk mendaftar sebagai pemilih. Tetapi hal sebaliknya pula yang berlaku.

    Saya amat khuatir insiden yang sama turut terjadi kepada orang lain yang telah mendaftar seperti saya.

    Saya harap tidak berlaku penafian hak untuk mengundi terhadap saya.

    - EZNA SYAQIRA

    Kuala Lumpur

     
    PAYAH ke ATAU BUAT-BUAT PAYAH...
    02.23.08 (10:53 am)   [edit]

    PAYAH TAK PAYAH BAK MAI SINI...DAH KO TAK TAHU NAK BUAT MACAMANA KASI ORANG LAIN LE BUAT.. ORG AKAN CARI YG TERBAIK JADI DAH TAK TAHU NAK SETTLE MASALAH DAN JANJI YG TERBAIK JADI NGANGA LAGI...BLAH LAA.... 

    Payah lupus hutang PTPTN

    KUALA LUMPUR - Jika ada pihak mengatakan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) boleh dilupuskan dengan mudah, ia lebih kepada cakap-cakap kosong.

    Ini kerana hutang kira-kira sejuta peminjam yang berjumlah RM20 bilion adalah terlalu besar untuk 'hilang' begitu sahaja.

    Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, pelupusan hutang itu akan menjejaskan aliran tunai untuk pengagihan semula dana.

    "Kita menggunakan modal pusingan yang dibayar oleh para peminjam, jika mereka hapuskan pinjaman tertunggak itu, bagaimana adik-adik kita mahu mendapat dana untuk menyambung pelajaran kelak,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Beliau mengulas manifesto Pas pada pilihan raya umum ini yang menjanjikan pelupusan hutang PTPTN jika dipilih untuk membentuk kerajaan.

    Bagi Razali, langkah itu tidak rasional dan lebih kepada sekadar mencari publisiti murahan.

    Tambah Razali, sistem PTPTN bersifat adil serta banyak membantu rakyat mendapat kemudahan pembelajaran sempurna di universiti-universiti tempatan.

    "Kita beri kemudahan pinjaman sampai ke peringkat doktor falsafah (Ph.D).

    "Cuma bila habis belajar dan dapat kerja, mereka kenalah bayar semula hutang tersebut.

    "Kita kenakan tarif tiga peratus untuk mereka bayar dalam tempoh 20 tahun, itu menunjukkan PTPTN prihatin dengan mereka,'' ujarnya.

     

     
    He he Gelabah jugak ko BN/UMNO noo..
    02.23.08 (10:32 am)   [edit]

    He he Gelabah jugak ko BN/UMNO noo.. 

    Kerana stem hasil RM10, ramai calon Johor panik
    22-02-2008 07:50:10 PM

    PETALING JAYA: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan pengecualian setem hasil bagi borang akuan berkanun (Borang 5 bagi calon Parlimen dan 5A bagi calon Dewan Undangan Negeri) dua hari sebelum penamaan calon menimbulkan sedikit panik di kalangan bakal-bakal calon Barisan Nasional Johor.

    Ini kerana sehingga petang Jumaat, nama-nama calon BN negeri itu masih belum diumumkan, dan mereka bimbang akan menghadapi masalah untuk mematikan setem hasil seperti yang dikehendaki undang-undang itu.

    Mereka bimbang kegagalan mematikan setem hasil itu akan menyebabkan borang pencalonan mereka tidak diterima Ahad ini dan mereka akan hilang kelayakan bertanding.

    Seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan dikenali mempersoalkan mengapa peraturan baru itu diumumkan SPR terlalu lewat.

    "Setem kami bolehlah beli, tetapi tanpa surat watikah daripada parti, kami tidak boleh mengisi borang dan mematikan setem itu. Setem itu pula tidak boleh dimatikan jika borang tidak diisi sepenuhnya.

    "Esok hari Sabtu, pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pejabat daerah di mana setem duti boleh dimatikan tutup. Apakah kesannya ke atas kami dan juga Barisan nanti," katanya.

    Mengulas perkara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, calon-calon terlibat tidak perlu panik kerana selain pejabat LHDN dan pejabat-pejabat daerah, setem hasil juga boleh dimatikan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

    "Calon bolehlah mengisi Borang 5 atau 5A, yang mana berkenaan, kemudian membawanya kepada mana-mana Pesuruhjaya Sumpah untuk dimatikan setem hasilnya," katan beliau.

    Wan Ahmad menjelaskan bahawa selama ini setem hasil memang dikecualikan, tetapi tahun ini SPR telah dinasihatkan oleh Pejabat Peguam Negara agar membatalkan pengcualian itu bagi mengelakkan ia dijadikan sebab oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan perintah mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya.

    "Sebab itu kita umumkan lewat kerana kita pun baru dinasihatkan oleh Pejabat Peguam Negara. Pembayaran stem hasil RM10 termaktub dalam Akta Setem 1949 yang memerlukan apa-apa borang rasmi undang-undang perlu dikenakan setem hasil.

    "Oleh kerana borang 5 dan 5A adalah borang akuan berkanun, ia termaktub sebagai borang undang-undang dan perlu dikenakan setem.

    "Kita bukan hendak menyusahkan, hanya hendak memastikan pilihan raya nanti tidak terbatal kerana masalah teknikal undang-undang," jelasnya.

    Pada Khamis, SPR mengumumkan semua calon yang akan mengemukakan kertas penamaan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-12 pada Ahad ini, dikehendaki mengemukakan Akuan Berkanun iaitu Borang 5 dan 5A yang telah dibayar duti setemnya.

    Dalam Borang 5 dan 5A, jelas dicetak bahawa stem duti adalah dikecualikan.

     

     
    ALERT : ada 2 benda bocor kat SPR setakat ini...
    02.17.08 (1:23 pm)   [edit]

    Hanya ‘buta’ dan ‘tuli’ tertipu

    MUKADIMAH
    APABILA ditanya kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor bila masanya beliau boleh tiba di pintu rumah dalam tempoh seminggu ini, tangannya hanya menunjukkan sofa panjang di depan meja beliau.

    ‘‘Di situlah saya tidur, sudah banyak hari dah saya tidak balik ke rumah,” ujar Kamaruzaman tersenyum dalam nada serius.

    Kesibukan Kamaruzaman membantu bosnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman ketara dengan kelibatnya memberi arahan termasuk menerusi telefon bimbit kepada para pegawai badan itu.

    Dalam temu bual selama satu jam 15 minit di pejabatnya di Aras 5, SPR, Putrajaya Jumaat lalu, beliau memberitahu wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL, HAMDEN RAMLI, THOMAS CHONG serta jurugambar ZAKI AMIRUDDIN tentang ketidakseronokan SPR dengan telahan negatif pihak tertentu terhadap ketelusan dan kewibawaan SPR mengendalikan urusan pilihan raya umum ke-12 yang akan diadakan pada 8 Mac ini.

    SPR, tegasnya, bersedia berdepan dengan pihak terbabit untuk menjelaskan kedudukan sebenar telahan tersebut. Namun, menurutnya, pertikaian terhadap semua itu berpunca daripada kekeliruan yang tercetus dalam diri individu berkenaan.

    MINGGUAN: Apakah peraturan baru yang dikuatkuasakan pada pilihan raya ke-12?

    Kamaruzaman: Yang pertama, kita tidak lagi menggunakan nombor siri pada kertas undi. Dahulu, jika kertas undi dikoyak (ada dua bahagian iaitu satu untuk pengundi dan satu lagi untuk rekod SPR), ia mempunyai nombor siri seperti buku. Di bawah kertas undi itu, ada nombor siri pemilih dalam daftar pemilih. Itu yang diguna pakai pada pilihan raya umum 2004 tetapi mulai pilihan raya DUN Sarawak pada 2006, SPR tidak lagi mencatat nombor siri pada kertas buku undi.

    Undi ini betul-betul rahsia, anda tidak boleh menjejak pengundi. Dulu pun rahsia tetapi orang kurang yakin, jadi kita buang nombor siri. Yang kedua, pada 2004 SPR mengira kertas undi di pusat penjumlahan rasmi undi. Apabila wujud perbezaan antara calon sebanyak dua peratus, kita kira semula di pusat penjumlahan rasmi undi.

    Tetapi mulai pilihan raya Sarawak dua tahun lalu, kita buat pengiraan semula di saluran pengundi. Di setiap saluran, terdapat lebih 700 pemilih, jadi hendak kira semula, lebih senang dan cepat. Selepas dikira di saluran pengundi, penyata borang 14 itu ditandatangani oleh ketua tempat pengundi dan disahkan ejen-ejen mengira undi calon. Ketua tempat pengundi akan membawa borang 14 itu bersama peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi.

    Di peringkat itu, pegawai pengurus tidak lagi membuka peti undi untuk mengira, ia cuma mencantumkan undi setiap saluran dalam satu-satu bahagian pilihan raya untuk dijumlahkan tetapi penjumlahan dibuat di saluran masing-masing.

    Adakah SPR masih memiliki Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya nanti?

    Kamaruzaman: Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya ditubuhkan di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Keanggotaannya meliputi satu pasukan untuk setiap kawasan pilihan raya Parlimen. Bagaimanapun bagi Cameron Highlands ditubuhkan dua pasukan kerana jarak kawasannya. Jadi, SPR mempunyai 223 pasukan walaupun jumlah keseluruhan kerusi Parlimen adalah 222.

    Siapa anggotanya?

    Kamaruzaman: Di bawah Sekyen 27C Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia mempunyai seorang ketua disertai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas, seorang pegawai pihak penguat kuasa tempatan dan setiap calon bertanding boleh melantik seorang ahli. Tugasnya ialah mengawal semasa tempoh berkempen.

     

    Apa peranan pasukan ini?

    Kamaruzaman: Pertama, ia mengawasi bahan-bahan kempen yang diedarkan oleh calon-calon. Untuk mengedarkan bahan kempen ini, calon-calon kena membayar deposit untuk Parlimen RM5,000 manakala untuk DUN, RM3,000.

    Sesiapa yang hendak menggantung poster dan kain rentang perlu membayar deposit. Jika tidak, ia melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kedua, memantau pengedaran risalah atau dokumen kepada orang ramai. Ini kerana ia memerlukan cop, alamat penerbit, penganjur dan pencetak bagi memastikan pihak yang menerbitkannya lebih bertanggungjawab.

    Ketiga, ia juga mengawasi penganjuran ceramah yang perlu mendapat permit polis di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jadi, sesiapa yang membuat ceramah tanpa permit akan dihentikan program berkenaan. Ia juga satu kesalahan yang membolehkan seseorang itu ditangkap di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Pada hari pengundian, pasukan akan mengawasi larangan-larangan di bawah Seksyen 26 (1)(a)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    Adakah ceramah oleh calon parti-parti bertanding yang berunsur fitnah di bawah tanggungjawab SPR menanganinya?

    Kamaruzaman: Ceramah-ceramah yang boleh menimbulkan perasaan jahat merupakan kesalahan. Jika ada kaitan dengan Akta Hasutan, pihak polis akan membuat siasatan kerana SPR tidak ada kuasa menyiasat. Jika SPR mengesan ceramah berbentuk ini, kita akan lapor kepada polis.

    Bagaimana jika tercetus pergaduhan semasa ceramah?

    Kamaruzaman: Polis bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam, bukannya SPR. Ramai keliru, kes koyak poster pun lapor kepada SPR.

    Istilah pengundi hantu dalam persepsi SPR?

    Kamaruzaman: Seseorang pengundi berdaftar itu mestilah berumur 21 tahun, rakyat Malaysia dan bermastautin dalam satu bahagian pilihan raya. Versi pertama berkaitan isu pengundi hantu ini ialah katakan anda (pemberita) mendaftar di Teluk Intan tetapi meninggalkan tempat itu dan menetap di Damansara Damai kerana peluang pekerjaan yang wujud. Setelah menetap di Damansara Damai selama 10 tahun, anda tidak pernah membuat permohonan menukar pusat pengundi.

    Jadi, semasa mengundi, anda akan balik ke Teluk Intan untuk membuang undi sekali gus anda bukan pengundi hantu tetapi pengundi berdaftar yang sudah tidak lagi menetap di alamat berdaftar dahulu. Versi kedua dikaitkan dengan individu menggunakan kad pengenalan orang yang sudah mati. Kalau nak tipu SPR, bank pun orang tipu, tetapi insidennya jarang berlaku.

    Jika ini berlaku, ia satu kesalahan. Justeru, jika orang kata SPR bawa pengundi import, kita nafikan sekeras-kerasnya. Kita kena fikir secara logik betulkah andaian ini. Ini kerana untuk mengundi, seseorang itu mesti mempunyai nama di dalam daftar pemilih.

    Dalam konteks ini, ejen-ejen calon akan buka buku untuk semak identiti pengundi, masing-asing akan gariskan menggunakan pensel jika identitinya betul. Jika identiti itu tidak betul, ejen (calon) boleh membantah. Ini bermakna perkara ini dibuat secara telus. Bila tidak ada orang bantah, barulah kerani SPR akan mengoyak kertas undi daripada buku undi, tindikkan dan serah kepada pengundi.

    Ini bermakna pengundi hantu tidak ada dalam kamus SPR?

    Kamaruzaman: Ya, hanya orang yang ada nama sahaja boleh mengundi melainkan dua perkara ini berlaku. Pertama, semua mata ejen calon dibutakan, yang kedua, semua telinga ejen calon ditulikan, barulah kejadian ini (pengundi hantu) mungkin berlaku, tetapi sanggupkah ejen-ejen calon dibutakan mata mereka, cubalah guna akal.

    Saya ada terdengar kononnya kita (SPR) mendaftarkan pengundi berusia lapan tahun. Untuk mendapat kad pengenalan berapa tahun? Mestilah 12 tahun. Macam mana boleh kami berbuat demikian? Istilah ini digunakan oleh parti politik tertentu yang hendak mengucar-ngacirkan keadaan seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Lunas dan Pengkalan Pasir. Ketika itu dikatakan wujud pengundi hantu yang didatangkan dengan bas. Sebenarnya mereka ialah pengundi berdaftar.

    Penggunaan dakwat untuk mengundi kini di peringkat mana?

    Kamaruzaman: Penggunaan dakwat setakat ini masih dalam peringkat pertimbangan oleh SPR.

    TN: Adusss tak kompem lagi kaaa....gazet terus laaa...nanti jadi macam pondok PANAS.. sat 50meter sat 5meter naya ooo....plz take care.. 

    Bagaimana SPR mahu menangani masalah kesesakan di pusat mengundi?

    Kamaruzaman: Kita mempunyai zon larangan 50 meter daripada pusat mengundi. Tidak ada orang boleh berada di dalamnya. Namun yang mengawal di luar pusat mengundi itu bukannya SPR tetapi polis.

    Bagaimana orang buta hendak mengundi?

    Kamaruzaman: Tidak ada masalah. Bawalah seorang saudara yang akan mengundi bagi pihaknya (orang buta) iaitu sama ada ibu atau ayah, adik lelaki atau abang, adik perempuan atau kakak, isteri atau suami. Bukan pengundi buta sahaja tetapi orang kurang upaya (OKU) lain pun boleh membuang undi seperti yang cacat tidak bertangan. Syaratnya, saudara kepada pengundi buta itu mestilah pengundi berdaftar.

    Berdasarkan pengalaman lepas, adakah kemungkinan terdapat pengundi buta huruf?

    Kamaruzaman: Ada, macam-macam jenis cara mereka memangkah calon pilihan mereka. Ada yang buat tanda tertentu dan ada pula menulis nama calon pada kertas undi.

    Pernahkah berlaku saluran mengundi yang kurang pemilih berdaftar?

    Kamaruzaman: Tidak pernah berlaku. Kebiasaannya, satu saluran mengandungi 350 pengundi dan paling banyak pun seramai 700 orang. Saluran pertama dikhususkan untuk golongan paling tua di pusat pengundi itu dan sehinggalah saluran seterusnya untuk mereka yang berusia lebih muda dari saluran pertama. Maksimumnya enam saluran di satu-satu pusat mengundi. Lazimnya, satu pusat mengundi mengandungi purata 3,850 pemilih.

    Ada andaian pertukaran peti undi boleh berlaku dalam keadaan bekalan elektrik terputus?

    Kamaruzaman: Macam mana hendak tukar sebab sekarang SPR tidak lagi mengira undi di pusat penjumlahan undi. Semuanya hanya sekeping kertas iaitu Borang 14. Kalau ada enam saluran, kita campurkan semua. Pihak yang membuat dakwaan ini mungkin hanya mendengar cakap orang (berlaku pertukaran peti undi semasa gelap). Seperti saya katakan tadi, semua pengiraan dibuat di depan mata calon. Kecuali mata dia buta dan calon itu hantar wakil tuli (mungkin berlaku penipuan).

    Adakah pemakaian baju seragam parti ketika mengundi satu kesalahan?

    Kamaruzaman: Baju seragam parti boleh dipakai ketika mengundi. Yang tidak dibenarkan ialah baju yang ada lambang parti dan lambang calon bertanding. Peraturan ini tertakluk di bawah Seksyen 26 (1)(G) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sebagai contoh, ada yang hendak mengundi memakai baju calon, justeru dia mesti tukar baju itu atau memakainya secara terbalik.

    Berapa bilangan kerusi membolehkan sesebuah parti untuk mencatat majoriti mudah?

    Kamaruzaman: 112 kerusi manakala majoriti dua pertiga pula sebanyak 148 kerusi.

    Pukul berapa keputusan pilihan raya umum ke-12 nanti boleh diketahui?

    Kamaruzaman: Secepat mungkin. Untuk makluman anda, apabila kita menukar sistem kiraan undi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, menjelang pukul 8.30 malam Barisan Nasional (BN) sudah boleh menubuhkan kerajaan di Sarawak. Itu menunjukkan betapa cepatnya sistem pengiraan sekarang.

    Apa cabaran yang dijangkakan oleh SPR pada pilihan raya umum ke-12?

    Kamaruzaman: Pertama, untuk memastikan semua orang keluar mengundi. Cabaran kedua pula ialah janganlah ada mana-mana parti politik yang mengeluarkan cerita memutarbelitkan sistem pengundian yang telus ini. Jangan ada pihak memutarbelitkan cerita untuk memburukkan SPR.

    Bagaimana hendak mengatasi elemen putar belit ini?

    Kamaruzaman: SPR tidak boleh tutup mulut orang. Mulut manusia tidak boleh ditutup. Siapa hendak kata SPR, katalah. Anda bebas hendak memperkatakan apa sahaja cuma di akhirnya, saya atau pegawai SPR akan mendapat pahala percuma. Cuma, untuk peranan SPR khususnya saya sebagai orang yang bertanggungjawab juga dalam mengurangkan orang melakukan dosa adalah pertama, dengan mengeluarkan buku berjudul Ketelusan Urusan Pendaftaran dan Penyemakan Daftar Pemilih. Buku kedua Ketelusan Dalam Urusan Penamaan Calon Pilihan Raya, ketiga, ialah Ketelusan Dalam Urusan Sistem Pengundian, Pengiraan dan Penjumlahan Undi serta Pengumuman Keputusan Pilihan Raya dan buku keempat yang sedang dicetak dan akan diedarkan pada 24 Februari ini Ketelusan Dalam Urusan Undi Pos.

    Sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa daftar pemilih SPR tidak bersih sebab banyak mengandungi orang berusia lebih 100 tahun?

    Kamaruzaman: Memang ada (orang berusia lebih 100 tahun). Habis! dia nak suruh buat apa? Memang wujud. Orang itu ada. Umur dia panjang. Sebab dalam sistem SPR, soal kelahiran, keluar kad pengenalan dan mengesahkan orang itu sudah mati adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selagi JPN kata orang itu hidup, kita tidak boleh keluarkan namanya.

    Pernahkan gabungan ini bersemuka?

    Kamaruzaman: Dua kali. Mereka datang menemui SPR di bawah satu gabungan.

    Maknanya SPR sudah memberi penjelasan?

    Kamaruzaman: Masalahnya, mereka ini datang cakap benda lain. Benda yang di luar bidang kuasa SPR. Saya tidak mahu mendedahkan apa butiran yang mereka bangkitkan tetapi apa yang mereka bangkitkan patut disalurkan kepada pihak lain. Bukan SPR. SPR tidak boleh buat apa-apa. SPR hanya melaksanakan Akta Pilihan Raya 1954.

     

    Nampaknya kempen seperti pasang poster sudah bermula?

    Kamaruzaman: Sekarang ini bukan musim pilihan raya. Ramai orang tidak faham. Musim pilihan raya bermula selepas hari penamaan calon (24 Februari ini). Yang orang pasang poster sekarang, itu bukan bidang kuasa SPR. Itu bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Setakat ini bagaimana kerjasama daripada parti politik khususnya pembangkang.

    Kamaruzaman: Kalau pembangkang, setiap kali keluarkan kenyataan, akan mengatakan SPR tidak telus dan tidak adil. Itu sahaja. Tapi saya ingin tanya dia. Di mana kita tidak adil, di mana kita tidak bebas. Saya hendak tahu. Hendak pergi penamaan calon, sesiapa sahaja boleh pergi untuk menjadi calon. Sesetengah negara tidak boleh, kena pula menganggotai parti politik.

     

    Apa komen SPR jika ada orang menyatakan masih banyak perkara mengelirukan dalam soal mengundi ini?

    Kamaruzaman: Yang mengelirukan ialah pihak-pihak yang berkepentingan. Nak pergi mengundi bawa kad pengenalan, tidak ada kad pengenalan, bawalah lesen memandu atau bawa laporan polis mengatakan kad pengenalan hilang. Jika masih tidak ada lesen memandu, bawalah pasport antarabangsa. Kalau ketiga-tiga itu tidak ada, bawa kad pejabat yang ada tertera gambar dan jenis jawatan. Kalau tidak ada keempat-empat itu, memanglah tidak boleh mengundi. Mudahkan?

    TN : Kena TELITI betul2 nie...nanti ada yg bawak PAS keja dgn REPORT POLIS naya kita..benda nie boleh buat. Becarefull all my friend... 

     
    Pak FELDA di RASUAH lagi........
    02.17.08 (12:47 pm)   [edit]

    Kuala Krau, 10 Feb - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah melawat Kuala Krau hari ini untuk memberi ucapan dan menjumpa rakyat. Anwar diiringi oleh Zakarian Hamid, Ketua Perhubungan PKR Negeri Pahang.

    Anwar tiba di Kg. Pasu, sebuah perkampungan Orang Asli pada lewat petang dan disambut oleh penduduk kampung tersebut dan juga penduduk-penduduk dari kampung-kampung berdekatan.

    Anwar telah disambut oleh ketua-ketua JDM (Cawangan) Kg Pasu, Kg Penderas, Kg. Pian, Kg Lubok Wong, Kg Terboi/Galung, Kg Mendoi dan Kg Seboi bersama-sama ahli-ahli KeADILan dari kampung masing-masing.

    Turut hadir didalam Majlis itu adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

    Didalam ucapannya Anwar menyatakan bahawa Orang Asli terpinggir dibawah pemerintahan UMNO/BN, setelah 50 tahun Negara Merdeka, tak seorang pun Orang Asli di Pahang memiliki geran untuk tanah-tanah mereka.

    Anwar mengajak Orang Asli berjuang bersama-sama KeADILan di dalam keluarga besar dan bersama-sama berjuang membela nasib Orang Asli dan menuntut hak milik tanah secara individu dan bergeran.

    “Kita akan berjuang sehingga berjaya!” tegas Anwar.

    Disebelah malamnya pula, Anwar berkunjung ke Felda Jenderak Utara dengan disambut oleh ribuan peneroka-peneroka Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.

    Anwar bertanya, “Kenapa peneroka-peneroka yang menyerahkan tanah mereka kepada Felda untuk tanaman semula hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan, manakala peneroka-peneroka yang membuat tanaman sendiri memperolehi antara RM5,000.00 hingga RM7,000.00 sebulan?”

    “Apabila Barisan Alternatif memenangi Pilihanraya Umum ke-12 nanti, kami akan memperbetulkan keadaan ini, agar tidak ada mana-mana pihak memanipulasikan pendapatan peneroka Felda untuk kepentingan orang lain selain daripada peneroka-peneroka.”

    Anwar mengakhiri lawatannya ke Pahang di DUN Benta, Kuala Lipis.

    TARAKNAMA : Rupa2nya BN nie ada duit nak bagi kat rakyat..namun semua tu hanya turun jika ada PILIHANRAYA sahaja...jika tak ada TOBAT nak curah mai banyak2 camnie... JIKA aku jd PAK FELDA kompom aku pangkah pembangkang lagi..lepas nie tentu lagi banyak dapat sebab nak ambik hati macam depa dok curah lanie... JOM PAK FELDA kita tolak BN...lagi banyak tolak lagi banyak dapat... TAK CAYA jom TRY....


     
    CORRECT! CORRECT! CORRECT!
    02.17.08 (12:41 pm)   [edit]
    CORRECT! CORRECT! CORRECT!
    KOREK! KOREK! KOREK!
     
    IT REFLECTS!  IT REFLECTS!
     
    BAHASA CACA MERBA MENCERMINKAN BANGSA YG CACA MERBA JUGA.
    BAHASA HARU-BIRU MENCERMINKAN BANGSA YG HARU-BIRU JUGA.
    BAHASA HURU-HARA MENCERMINKAN BANGSA YG HURU-HARA JUGA.
    BAHASA TAK TENTU HALA MENCERMINKAN BANGSA YG TAK TENTU HALA JUGA.
    BAHASA TAK TENTU ARAH MENCERMINKAN BANGSA YG TAK TENTU ARAH JUGA.
    BAHASA LINTANG PUKANG MENCERMINKAN BANGSA YG LENTANG PUKANG JUGA.
    BAHASA BERCELARU MENCERMINKAN BANGSA YG BERCELARU JUGA.
    BAHASA YANG PINCANG MENCERMINKAN MASYARAKAT YG PINCANG JUGA.
    BAHASA YANG TUNGGANG TERBALIK MENCERMINKAN BANGSA YG TUNGGANG TERBALIK JUGA.
    BAHASA YANG LINGKUP MENCERMINKAN BANGSA YG LINGKUP JUGA.
    BAHASA YANG DAH ROSAK MENCERMINKAN BANGSA YG DAH ROSAK JUGA.
     
    SEMESTINYA BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA.
    BAHASA MENCERMINKAN BANGSA.
     
    BAHASA ROJAK  =  BAHASA MALAYSIA  =  ADALAH BAHASA KITA SEMUA  =  BAHASA YANG MENYATUKAN KITA SEMUA.
     
    "BAHASALAH MENYATUKAN KITA SEMUA ....
     MARILAH AMALKAN RAMAI-RAMAI ....... "  (patahlagu dalam rangkap lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" -   sepatutnya di"update"kan atau diubahsuai kpd amalan terkini kpd:
     
    "BAHASA ROJAK LAH MENYATUKAN KITA SEMUA ....
     MARILAH AMALKAN RAMAI-RAMAI ......"
     
    ITU SEBAB RAMAI-RAMAI PAKAT MENGAMALKANNYA ..... PATUT PUN !
    BAHASA KITA WAJAH KITA !
     
    FIKIR-FIKIRKAN
     
    UMNO/Bn yg SAKIT..mereka yg kena RAWAT dulu..
    02.17.08 (11:43 am)   [edit]
    Rawat Umno dulu - Mursyidul Am PAS
    Helmi Khalid
    Sun | Feb 17, 08 | 11:08:46 am MYT

    ALOR STAR, 17 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Umno dan BN supaya merawat diri sendiri dan tidak perlu merawat Kelantan, kerana di sana sudah ada doktor dan hospital tersendiri dan rakyat Kelantan sihat belaka.

    "Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak, jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks PAS Kedah, di sini sebaik selesai menyampaikan ceramah Perdana bersama Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din.

    "Banyak penyakit dalam Umno, berebut pangkat, iri hati dan ini semua perlu diubati, tak mahu kepada Islam lebih berat, berubatlah segera, rakyat Kelantan dah ada doktor, dah ada hospital sendiri, kami aman di Kelantan," sambung beliau.

    Tuan Guru berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Manteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mendakwa kononnya BN bertekad mengambil-alih teraju kerajaan negeri bertujuan merawat Kelantan.

    Tiga pemimpin tertinggi parti itu hadir ke Kedah sempena program Jelajah Presiden yang berakhir di sini semalam.

    Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang ditemui mengucapkan syabas kepada rakyat Kedah di atas sambutan hangat yang diberikan.

    "Siri terakhir Jelajah Presiden ini memperlihatkan sambutan luar biasa rakyat dari pelbagai kaum di Kedah terhadap tiga pimpinan utama PAS di Sungai Petani, Pendang dan Kubang Pasu; ceramah perdana malam ini juga mendapat sambutan luar jangkaan, Alhamdulillah.

    "Kita berharap mood ini dapat dikekalkan hingga ke hari pembuangan undi, saya yakin Umno tidak senang duduk dengan sambutan yang diberikan; kehadiran Pak Lah di Kedah pada hari yang sama tidak mendapat sambutan sebegini rupa, hanya penipuan yang boleh memenangkan BN di Kedah dan di tempat lain, itu sahaja senjata terakhir mereka," ujar Haji Mahfuz. - tajdid

     
    RTM dah jadi RT'BN'
    02.17.08 (11:39 am)   [edit]
    Pulau sementara TV1, TV2 dan TV3
    Mohd Sabri Said
    Sun | Feb 17, 08 | 11:00:57 am MYT

    KEPALA BATAS, 17 Februari (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa mengajak rakyat negara ini memulau sementara media elektronik terutamanya TV1, TV2 dan TV3 kerana begitu keterlaluan memutarbelitkan fakta kononnya parti pembangkang begitu ganas, tidak mahukan kemajuan dan sengaja membiarkan rakyat miskin di bawah pemerintahannya di Kelantan.

    Baginya, Menteri Penerangan, Dato' Zainudin Maidin gagal menunjukan kematangan dan profesionalisme ketika mengendalikan stesen penerangan milik rakyat itu kerana merubah fungsi RTM khususnya TV1 dan TV2 kepada pusat propaganda BN.

    Hari ini kebanyakan berita dan rancangan terbitan tempatan yang disiarkan menerusi TV1, TV2 dan TV3 milik swasta semuanya berbau politik bertujuan menyelamatkan maruah pengtadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah calar.

    "Mulai sekarang sehingga tiga minggu akan datang, rakyat harus pulau sementara TV1, TV2 dan TV3 kerana tidak melaksanakan tanggungjawab menyalurkan maklumat betul sebaliknya cuba memburukkan imej parti pembangkang. Hari ini rakyat hanya boleh percayakan filem Doraemon (rancangan kartun Jepun) daripada siaran berita," katanya diiringi gelak ketawa hadirin.

    Nasharuddin berucap di majlis Jamuan Perdana sempena program 'Jelajah Presiden' anjuran PAS Kawasan Kepala Batas di Tapak Komplek PAS Kepala Batas di Kampung Kota Aur, Penaga tengahari semalam.

    Beliau turut menyatakan kesediaan PAS menumbangkan Presiden Umno di Parlimen Kepala Batas serta membantu Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 8 Mac depan.

    Kemelut yang berlaku terhadap negara sekarang ini memerlukan keprihatinan rakyat untuk menolak kepimpinan yang korupsi, tidak telus serta mementingkan kronisme.

    Kekayaan negara katanya, dikaut untuk kepentingan peribadi padahal semasa mula memegang tampuk pemerintahan, Abdullah telah mengarang sajak 'Damai Abadi' yang antara lain menyebut kononnya beliau tidak berminat mengumpul harta bertimbun-timbun sebaliknya 'mencari imam Al-Ghazali'.

    "Apa yang diperkatakan semasa mula memegang kuasa hanya tinggal kenangan bila empat tahun berkuasa. Walaupun beliau tidak terlibat secara langsung mengaut keuntungan tetapi kaum keluarganya penuh dengan skandal melibatkan wang rakyat," terangnya di hadapan ribuan hadirin.

    Nasharuddin turut menyeru jentera PAS dan Barisan Alternatif (BA) semua peringkat agar mencurahkan semaksima mungkin buah fikiran, wang ringgit dan tenaga bagi memastikan pertambahan kerusi Parlimen dan Dun sekaligus menafikan dua pertiga penguasaan BN di Dewan Rakyat dan Dun.

    Suasana yang wujud sekarang, ujarnya menyebelahi BA dan parti-parti pembangkang kerana peralihan sokongan masyarakat India dan Cina.

    "Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini tambahan pula untuk mengalahkan Perdana Menteri di Kepala Batas asalkan semua jentera kita berjalan lancar dan tersusun. Yang kita khuatir, kita tak buat kerja tapi berangan-angan menjatuhkan BN, " tegas beliau.

    Berucap sama pada majlis itu Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

    Turut hadir Setiausaha PAS negeri, Fadzil Kemi, Ketua Penerangan PAS negeri, Haji Halim Saleh, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Ustaz Khalid Man, Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid dan para pemimpin PAS kawasan. - tajdid

     
    Peraturan PBT yang berbeza atau penguatkuasaan terpilih?
    02.16.08 (7:50 pm)   [edit]

    oleh: kopisecawan

     

    Beberapa PBT beberapa negeri dilaporkan telah bertindak tegas menurunkan bendera-bendera PAS yang dipasang di tempat-tempat yang tidak dibenarkan kononnya. Berdasarkan laporan beberapa blog dan laman web alternatif kejadian ini menggambarkan kegusaran UMNO/BN terhadap sokongan yang cukup baik diterima oleh PAS dan parti-parti alternatif lain.

     

    Namun hal sebaliknya berlaku di daerah Kubang Pasu. Pihak PBT (Majlis Daerah Kubang Pasu) pula seolah-olah tidak mempunyai penguat kuasa untuk mengambil tindakan apabila bendera BN dinaikkan pada tiang elektrik sepanjang jalan dari Kepala Batas hingga ke Pekan Jitra. Pihak UMNO telah menaikkan bendera ini sejurus selepas pengumuman pembubaran parlimen oleh PM. Tinjauan sehingga tengah hari tadi masih mendapati tiada sebarang tindakan untuk menurunkan bendera ini dilakukan oleh pihak berkenaan. Atau memang dalam peraturan MDKP memang dibenarkan mana-mana pihak sewenang-wenang memasang bendera di mana-mana tempat yang disukai?

     

    Dalam hal ini jelas, PAS dilihat lebih mematuhi peraturan dan akur kepada peraturan PBT. Amat mengecewakan kerana tindakan UMNO sendiri yang melanggar peraturan dan menghalang tugas-tugas kakitangan awam.  

     

    Berdasarkan tinjauan rambang, kebanyakan orang yang ditemui menyedari tindakan salah UMNO tersebut dan juga kelemahan serta sikap 'double standard' MDKP dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan di bawah bidang kuasa mereka.

     

    Untuk makluman, Parlimen Kubang Pasu mengandungi dua DUN iaitu Jitra dan Bukit Kayu Hitam. Penyandang kerusi Parlimen Kubang Pasu ialah Datuk Johari Baharom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.  Dalam PRU kali ini, PAS dijangka akan meletakkan calon untuk Parlimen dan DUN Jitra manakala DUN Bukit Kayu Hitam akan diwakili oleh PKR.  Menurut sumber, PAS akan meletakkan calon wanita untuk DUN Jitra. Kemungkinannya seorang doktor perubatan yang telah bertanding dalam PRU lalu di DUN yang sama, tambah sumber tersebut.

     

     

    Keterangan gambar:

     img20/9341/mdkbgpasulv8.jpg

    Bendera BN yang dipasang pada tiang elektrik di sepanjang jalan utama Kepala Batas ke Jitra sejak pembubaran parlimen. Gambar ini dirakamkan pada 16 Februari 2008 jam 1.37pm.

     
    Kecelaruan Minda ahli-ahli UMNO Jerlun (DUN Ayer Hitam)
    02.16.08 (7:35 pm)   [edit]

    Kecelaruan Minda ahli-ahli UMNO Jerlun (DUN Ayer Hitam)

    Oleh: kopisecawan
    Kecelaruan UMNO dalam mengasingkan harta kerajaan dan harta parti makin menjadi-jadi. Tindakan rakus ahli-ahli UMNO UPU Gandai dalam Parlimen Jerlun (P5) dan DUN Ayer Hitam (N4) telah menimbulkan rasa kurang senang dan meluat di kalangan penduduk setempat. Hal ini terjadi kerana tindakan mereka membuka bilik gerakan UPU di sebuah balai raya yang yang turut menempatkan sebuah tabika Kemas dan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang merupakan pusat pemulihan untuk OKU.
    Tindakan kurang bijak ini tidak disenangi oelh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kedua-dua institusi tersebut. Rata-rata beranggapan sentimen kepartian harus mengambil kira sensitiviti ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke situ. Selain itu ada juga yang beranggapan tindakan tersebut membuktikan betapa jahilnya ahli-ahli UMNO apabila tidak tahu membezakan kepentingan masyarakat dengan hal-hal kepartian.
    Manakala penduduk setempat yang majoriti penyokong PAS menaganggap tindakan tersebut sebagai satu perbuatan biadab dan satu usaha UMNO untuk memecahbelah keharmonian penduduk di situ. Sepanjang sejarah PRU mereka tidak pernah menaikkan bendera PAS pun dalam kampung mereka dan UMNO pun tidak pernah memasang bendera di kampung tersebut walaupun terdapat ahli UMNO totok di situ.
    Menurut sumber penduduk kampung tersebut, PAS juga akan mengambil tindakan dengan memasang bendera PAS di tempat yang sama. Insyaallah perkembangan ini akan dilaporkan sedikit masa lagi.
    keterangan:
    Gambar 1- Bendera BN yang dipasang disepanjang pagar kawasan yang menmpatkan tadika Kemas, PDK dan Balai raya. UMNO juga memasang papan tanda cawangan dalam kawasan ini.
    Gambar 2- pandangan dekat balai raya yang dijadikan bilik gerakan UPU Kg Gandai dan Tadika Kemas disebelahnya...tiada dalam gambar di sebelah kanan adalah bangunan PDK yang dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


    gambar 1


    Gambar 2
     
    Ceramah Anwar diganggu polis
    02.15.08 (11:28 am)   [edit]


    Ceramah 20minit Anwar
    Part 1
     
    Bom ditemui di Jalan Raja Muda Abdul Aziz
    02.15.08 (10:51 am)   [edit]

    Aman AMAN Aman...........betulkah AMAN...!!??? 

    15-02-2008 10:21:29 AM

    KUALA LUMPUR: Sebutir bom ditemui di laluan pejalan kaki di Jalan Raja Muda Abdul Aziz bertentangan Menara Celcom, kira-kira setengah kilometer dari Wisma Bernama di sini hari ini.

    Penemuan itu menyebabkan keduadua arah Jalan Raja Muda Abdul Aziz ditutup dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas selama kirakira dua jam di Jalan Tun Razak.

    Bom berkenaan diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia pada pukul 10.15 malam.

    Jurucakap polis berkata bom itu ditemui seorang pekerja di gerai makan berhampiran Menara Celcom kirakira pukul 8 malam.

    "Kami sedang menyiasat jenis bom itu. Serpihan bom yang telah diletupkan itu akan dihantar ke jabatan forensik untuk dianalisis," katanya ketika ditemui ditempat kejadian.
     
    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan itu dan berkata: "Kami masih menyiasat jenis bom itu dan tidak tahu sama ada ia masih aktif atau tidak".

    Sementara itu, Mohd Falini Mokhtar, 25, berkata beliau ternampak satu objek bulat berwarna hitam berdekatan sebatang pokok di kawasan itu.

    "Saya yang ingin tahu, pergi lebih dekat untuk mengetahui apakah objek itu dan terkejut apabila melihat bentuknya seperti sebiji bom. Saya memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas di Menara Celcom dan beliau menghubungi polis," katanya. BERNAMA

     
    Rukun Islam HAdhari
    02.15.08 (2:55 am)   [edit]


    1) Bleh langgan pelacur macam Chua Soi Lek

    2) Bleh Mencarut Macam Adnan Ya'cub

    3) Bleh Terajang Orang Mcm Adun UMNO di DUN kelantan

    4) Bleh Main Judi Macam Osu Sukam Menteri Umno

    5) Bleh Rogol anak orang macam Bekas Ketua Menteri Melaka

    6) Bleh Bawak lari duit berguni macam muhammad Taib MB Selangor UMNO

    7) Bini Boleh peluk artis bolywood macam bini pak lah

     

    Siasahdaily 

     
    Manfaatkan politik tandas kepada undi
    02.15.08 (2:19 am)   [edit]

    Saudara Pengarang,
    Assalamulaikum,

    Selepas selesai bersolat Asar di sebuah masjid sekitar Kulim, saya telah pergi ke tandas. Apa yang menarik perhatian saya adalah tulisan di sebalik pintu tandas dan juga dinding tandas.

    Sememangnya menconteng tandas adalah suatu vandalisma, tetapi saya melihat dari segi positif kandungan contengan di dinding tandas tersebut kerana apa yang tertulis adalah merujuk kepada apa yang terkandung dalam pemikiran mereka.

    Saya melihat, ada dua kelompok manusia yang suka menconteng dinding tandas. Pertama kumpulan lucah. Mereka selalu membayangkan perlakuan tidak senonoh, mereka cuba meluahkan sesuatu di dinding tandas.

    Gambaran mereka kadang-kadang menakutkan tetapi ada lukisan mereka cukup kreatif. Sayangnya, bakat mereka disalahunakan. Perkara yang tersirat adalah betapa kumpulan ini, yang saya pasti adalah remaja, sudah terlalu rosak daripada segi akhlaknya.

    Pendedahan gambaran porno adalah manifestasi tahap didikan agama yang terlalu cetek dan pengawasan yang terlalu longgar. Siapakah yang harus dipersalahkan?

    Kumpulan celik politik

    Kumpulan kedua si penconteng dinding ni adalah dalam kalangan kumpulan yang celik politik. Acapkali peperangan contengan dinding tandas menjadi medan perang terbuka kepada puak pembangkang dan kerajaan.

    Kutuk-mengutuk, hujah berhujah, maki hamun sampailah kepada fakta ilmiah diluahkan di dinding tandas. Pada saya, golongan ini golongan yang mempunyai kesedaran politik, yang semestinya juga remaja.

    Mungkin mereka tiada saluran untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka lantaran sekatan kebebasan bersuara. Justeru, dinding tandas menjadi medan senyap untuk meluah perasaan.

    Apapun perlakuan ini tetap salah. Ini adalah kesalahan, namun ada pengajaran yang dapat kita lihat betapa politik ini akan memberi kesan kepada semua rakyat sehinggakan kepada anak di dalam kandungan juga menderita disebabkan salahguna politik.

    Susu untuk bayi juga tak terlepas daripada kenaikan harga menggila. Remaja penconteng dinding pun tahu menilai keburukan pemerintah, inikan pula golongan terpelajar.

    Sudah tiba masanya politik tandas ini diterjemahkan ke atas kertas undi dan seterusnya ditranformasikan kepada kuasa politik yang akan merubah senario politik tandas kepada suatu kuasa yang akan merubah nasib rakyat. – aba.

    TARAKNAMA : Bergeliga jugak akal kau nie.... 

     
    Tips Kejayaan BN
    02.15.08 (12:56 am)   [edit]
    1.Berusaha-berkempen bermati-matian.

    2.Target mereka ialah Pengundi yg berdaftar dan
    adanya pengkalan data memudahkan untuk terus menusuk kehati pengundi.

    3.Mengelakkan berkempen diForum2 online kerana kebanyakkan mereka ialah rakyat malaysia yg tidak mendaftar dalam PRU kali ini.

    4.Membantu Kempen NGO dalam membantu orang susah

    5.Pecah dan Perintah iaitu mengecilkan mereka kepada kumpulan kecil kepada perugas2 BN memberi penerangan.

    6.Menggalakkan Ceramah Besar-Besaran Parti Pembangkang berkempen menjelang PRU ini penting bagi memudahkan Rakyat menilai kata2 manis mereka yg biasanya akan kuar telinga kiri lepas pulang ceramah.For BN we only interested cerita apa kita nak buat untuk rakyat not Kutuk parti lawan.

    7.Menghantar petugas/perayu undi BN yang kebanyakan penduduk setempat kenal-jiran2 mereka gak...orang kampong tu..

    8.Senyum sokmo pada orang kampung.

    -muka masam alamak kena potong elaunlah gamaknya.

     

    Sumbangan: 

    Adik'ku Puteri 04 

    TarakNama : TQ adikku.... semoga apa yg anda berikan ini dapat dijadikan semangat untuk BA bekerja kuat lagi...

     
    JPN Wilayah Persekutuan KL, Melaka Ditutup Sabtu
    02.14.08 (8:09 pm)   [edit]

    KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka akan ditutup kepada orang ramai Sabtu ini untuk kerja mengemaskini pangkalan data utama jabatan itu di Putrajaya.

    Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor hari ini berkata kedua-dua pejabat itu akan beroperasi seperti biasa pada Ahad dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

    Beliau berkata kerja penyelenggaraan itu bertujuan menambah baik sistem bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

    -- BERNAMA

    TarakNama: Tudia mesti ada apa2 nie tetiba pie tutup...cepat BERTINDAK segera mana yg patut... tengah2 dok kalut nie depa p tutup plak JPN nie.... thah2 dok susun nama pengundi kot.. 

     

     
    Tawaran PAS UTK Semua
    02.14.08 (7:42 pm)   [edit]

    MANIFESTO PAS : Tawaran Untuk Semua..

    Versi Cetak

     
    "Negara Berkebajikan: Kerajaan beramanah, adil dan bersih"
    02.14.08 (6:59 pm)   [edit]
    Oleh Abdul Halim TDMA

    Manifesto PAS sebenarnya belum pun dilancarkan secara rasmi. Ianya
    dibayang-bayangkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS di dalam
    ucapan mereka semasa program jelajah mereka ke seluruh negara sejak
    bulan lalu, namun bayang-bayang itu telah terus diterpa oleh media arus
    perdana dan telah langsung mendapat reaksi pimpinan Umno.

    Satu demi satu menteri menyerang dan mengkritik cadangan PAS itu
    walaupun mereka sendiri sebenarnya hanya dengar-dengar dari laporan
    akhbar yang separuh masak dan separuh tiang. Anehnya apabila
    masing-masing menteri memperlekeh dan menghina, PM Dollah Badawi pula
    mendakwa yang Malaysia pun selama ini adalah sebuah Negara Kebajikan.
    Begitulah porak-perandanya Umno dan BN yang baru sekadar mendengar
    bayang-bayangan belum pun mengkaji sepenuhnya janji
    pilihan raya PAS itu.

    Sudah pastilah kekalutan Umno dan BN ini menunjukkan betapa terancam dan
    terganggunya mereka terhadap gagasan "Negara Berkebajikan" yang mahu
    dibawa oleh PAS itu. Dalam keadaan rakyat dibebani dengan kos hidup yang
    semakin perit, sudah pastilah bayangan harapan dari PAS itu menikam Umno
    dan BN dari pelbagai penjuru.

    Manifesto PAS yang bakal dilancarkan itu bukan menjanjikan "Negara
    Kebajikan" atau "Welfare State" tetapi sebaliknya "Negara Berkebajikan"
    atau "A Caring and Service Oriented Nation".

    Dalam ertikata lain Negara Berkebajikan itu nanti akan memberikan
    penekanan dan kepentingan terhadap pengurusan ekonomi dan kekayaan
    Negara supaya ianya diurus secara bijak dan mampu membawa pembangunan
    yang seimbang kepada rakyat dan negara, disamping itu sentiasa
    mesra-manusia dan mesra alam. Kemampuan mencerna sebuah negara
    sedemikian insyallah akan memelihara nasib dan kebajikan rakyat dan
    mengangkat hidup mereka ke arah yang lebih selesa, aman dan sejahtera
    dalam tanahair yang tercinta ini.

    "Negara Berkebajikan" PAS ini adalah alternatif kepada apa yang telah
    selama ini diwujudkan oleh Umno dan BN. Pengurusan negara di bawah
    tangan mereka terbukti serba longgar dan berserabut, dengan amalan
    rasuah, kronisma dan nepotisma yang seolah menjadi amalan biasa.
    Kekayaan negara yang sepatutunya dinikmati oleh rakyat kini sebaliknya
    menjadi bahana yang menghimpit kehidupan rakyat. Jenayah, krisis
    perkauman dan keruntuhan moral berada pada tahap luar kawalan, sehingga
    Malaysia sudah tidak selamat dan aman lagi untuk rakyatnya sendiri.

    Dalam suasana demikianlah PAS terbit dan menyerahkan kepada rakyat
    Manifesto "Negara Berkebajikan" ini untuk dipertimbangkan. Adakah PAS
    mampu? Ya, insyallah PAS mampu. PAS kini memiliki kekuatan kepimpinan
    yang berkelayakan, berakhlak dan lebih penting lagi bertaqwa. Rela dan
    sedia menawarkan diri untuk memimpin Malaysia dan negeri-negeri di
    bawahnya, dengan corak kepimpinan yang berbeza sama-sekali dari yang
    pernah dan sedang kita rasai selama ini di bawah
    Umno dan BN.

    Rakyat Malaysia berhak untuk dipimpin oleh anak-anak bangsa yang amanah,
    adil dan bersih. Berilah keyakinan dan sokongan anda, berilah peluang
    kepada PAS dan Barisan Alternatif. Selamatkanlah negara kita yang
    tercinta ini, undilah untuk perubahan.


    SEMUGA SAHABAT AKU ORANG HT FAHAM DGN KENYATAAN DIATAS.............
    Semuga saudaraku Kamaruzaman Othman lebih faham.

    ZAMRI ABDUL RAHMAN.
     
    Nak Bangga macam mana ? Bahasa yang tiada punya identiti sendiri. [Respon Awang Dogoi pada Awang Selamat]
    02.14.08 (6:53 pm)   [edit]
    Respon Awang Dogoi pada Awang Selamat:
     
    Gua dah cakap sama lu orang semua, bahasa Malaysia memang sinonim dengan jenama popular 'Bahasa Rojak'. Semua orang senang dan selesa bila boleh apply apa saja terms dalam bahasa percakapan juga dalam penulisan. Kira okey apa? Apa mau susah susah guna ayat bahasa Melayu yang panjang berjela-jela dengan penambahan depan penambahan dibelakang buat meleret-leret saja ayat yang kita nak sebut. Susah dan memang menyusahkan.
     
    Akan tetapi gua cukup setuju dengan Awang Selamat pasal itu nama-nama Inggeris yang banyak sangat digunakan dalam segenap nama jalan, bangunan, kompleks, pusat membeli-belah, kelab, premis-premis perniagaan, nama-nama syarikat, firma dan banyak lagi. Itu adalah nama rasmi (official name) bagi sesuatu rupa-bentuk landmark atau mercu-tanda atau sesuatu tempat (lokasi) dan sebagainya bagi sesuatu entiti (entity) yang terdapat dalam negara Malaysia yang katanya mengamalkan 'bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara' atau lebih tepat dikatakan sebagai 'bahasa kebangsaan' yang kini diberi nafas baru atas nama 'Bahasa Malaysia'. Cantek sangatlah tu.
     
    Oleh kerana keghairahan menggunakan istilah asing dengan nama-nama Inggeris (penjajah) menunjukkan yang kita ni masih mengagung-agungkan penjajah Inggeris hinggakan sanggup mengenepikan bahasa sendiri yang sepatutnya mencerminkan identiti kita sebagai negara Malaysia yang sudah merdeka  -  merdeka dengan maksud 'bebas dari pengaruh penjajah'.
     
    Namun itu semua tidak boleh dipersalahkan kerana semuanya ini disebabkan oleh kita sendiri yang sejak dari dulu lagi gemar menggunakan istilah Inggeris dalam percakapan kita seharian. Bukan dalam percakapan sahaja, malah dalam penulisan pun tidak kurangnya kita mengadaptasikan istilah Inggeris. Baik "pure English" atau pun "broken English" atau juga "Manglish" dan juga istilah diambil dari bahasa Inggeris kemudian di Melayukan (meminda, menokok-tambah atau ubahsuai (modify). Bahasa yang kita sering gunakan 'bahasa rojak' ini seperti bahasa yang dikawin-campurkan. Nak kata bahasa Inggeris - bukan Inggeris; nak kata bahasa Melayu juga bukan bahasa Melayu yang betul-betul bahasa Melayu. Bahasa campur aduk yang memang sesuai sangat disebut 'bahasa rojak'.
     
    Pada hakikatnya bahasa Melayu kita memang tidak punya identiti sendiri. Kita hanya gembar-gembur akan slogan 'Bahasa menunjukkan Bangsa'. Pada hakikatnya - tidak.
     
    Tapi kita tidak punya bahasa yang betul-betul boleh menunjukkan identiti bangsa kita sendiri. Ini terang terang menunjukkan bahawa bahasa yang kita gunakan bukan beridentitikan 'Melayu jati'. Ianya hasil dari pengambilan istilah-istilah bahasa asing sejak dari dulukala lagi. Yang paling ketara ialah istilah dari bahasa Sanskrit, Tamil, Urdu, Cina, Inggeris dan lain-lain.
     
    Tambah-tambah lagi sekarang ini, bertambah meningkat lagi penggunaan dengan mengambil/meminjam istilah-istilah Inggeris (English secara direct atau istilah Inggeris yang diMelayukan). Masing-masing bebas menggunakannya. Segenap kaum etnik dari semua lapisan dan peringkat yang berupa masyarakat majmuk dalam negara Malaysia ini mengaplikasikan penggunaan istilah Inggeris bercampur-aduk dengan bahasa Melayu, dalam aspek percakapan juga penulisan.
     
    Adakah kerana kita masyarakat Melayu yang tidak punya identiti sendiri sejak dari dulu hingga kini terumbang-ambing terpaksa menumpang, menempek, menenggek, mengambil , meminjam, mencedok, meniru, menciplak orang lain punya.
     
    Dengan itu, untuk mempertahankan maruah dan martabat bangsa Melayu, maka terpaksalah kita bermegah-megah dan berbangga-diri atas banyak perkara-perkara yang tidak relevan dan yang bukan hak mutlak kita pun ya semata-mata untuk melindungi kepincangan, kekuran gan dan kelemahan kita. Memang banyak contoh-contoh kalau hendak disenaraikan.
     
    Sebab itulah banyak sangat berlaku seperti apa yang terpampang disekeliling kita.
     
    Awang Dogoi
     
     
    RENCANA

    BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

    AWANG mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengambil langkah menukar sejumlah 87 nama jalan bahasa Inggeris di kawasan Jinjang kepada bahasa Malaysia.
    Sewajarnya persekitaran kita pada hari ini – selepas 50 tahun merdeka – perlu dicerminkan dengan realiti Malaysia, bukannya penjajah.
    Ketika DBKL mengambil usaha menukar nama jalan bahasa Inggeris, keadaan sebaliknya berlaku ke atas nama taman perumahan, kondominium, rumah kedai dan pejabat.
    Malah yang menghairankan Awang ialah penggunaan berleluasa nama Inggeris sama ada di ibu negara mahupun di tempat lain.
    Tidak sukar untuk terjumpa nama-nama seperti Lavender, Valencia, Parkview, Parkcity, Glenhill, Beverly Heights, Maplewood, Country Heights, Rivercity, Prestige, Avenue, Cove dan Aston.
    Begitu juga Solaris Mont, Palm Court, Phileo dan bermacam lagi. Itu belum lagi melibatkan nama pusat membeli-belah.
    Awang selalu tertanya apa sudah jadi dengan DBKL dan PBT lain yang meluluskan sewenang-wenangnya nama bahasa Inggeris untuk premis seolah-olah kita berada di bumi Eropah?
    Awang – Bangga bahasa sendiri.
     
     
    Komen Awang Dogoi: Nak bangga macam mana lagi Awang Selamat oi?
    Selama ini pun, memang Melayu kita senantiasa bangga-diri dan terlalu bermegah-megah tak tentu pasal tentang apa saja. Padahal kebanyakannya semuanya tak relevan langsung.
     
    Tengoklah - Kalau pasai guna bahasa omputih, (walaupun sikit, walaupun broken) - Melayu kita cukup rasa besaq kepala la. Proud nak mampuih. Kalau Melayu dikampung yang berpendidikan Inggeris - depa kata 'educated' (orang Melayu kampung yang tak belajaq English kata 'dia ketit'). Orang bandaq pula kata - itu kalangan 'elite' atau 'elite group'.
    Melayu  -  begitulah adanya  -  dan itulah sikap kita - Melayu yang dikatakan Melayu.
     
    Nampaknya depa dah sedaq kot..@ nak raih undi jaa....
    02.08.08 (9:37 am)   [edit]

     Alhamdulillah nampaknya ada satu lagi REZEKI diturunkan dari langit. Dahulu bukan main dipertahankan akan isu perpindahan sekolah tersebut. Sampai beberapa orang yg membantah telah di tahan oleh pemerintah. Namun dekat2 musim 'RAYA' nie ada macam2 usul telah dikeluarkan..demi suvival politik mereka.

    Mudah2an lepas nie mereka juga memandang akan Sek agama Rakyat kita yg telah mengakibat banyak guru2 agama dari SAR menganggur secara terhormat....

     

    Abdullah minta bincang soal SJKC Damansara

    KUALA LUMPUR 7 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membincangkan permintaan masyarakat Cina supaya dibuka semula Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara yang dipindahkan pada 2002.

    Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

    ‘‘Perkara itu telah dibangkitkan semasa pertemuan saya dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina yang meminta kerajaan untuk mempertimbangkan mengenai perkara tersebut.

    ‘‘Saya juga mengetahui sejarah sebab-sebab SJKC Damansara (sekolah asal) dipindahkan ke kawasan baru kerana permohonan majoriti ibu bapa para pelajar di kawasan tersebut,’’ katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM di sini hari ini.

     
    Just For CooL...!!!
    02.05.08 (10:16 pm)   [edit]
     
    Berdosa bayar zakat terus kepada asnaf
    02.05.08 (10:09 pm)   [edit]
    KEJAYAAN Lembaga Zakat Selangor (LZS) Majlis Agama Islam Selangor mengutip lebih RM202 juta bagi tahun 2007 adalah cukup membanggakan.
     
    TarakNama : Rupa2nya baru aku tahu hari ini selama ini aku dok bayaq zakat kat asnaf2 8 tu berdosa....perghhh penin aku penin....nak kata fatwa nie main2 tapi dikeluaqkan dan digezetkan oleh MAJLIS FATWA... kira kena "samiaqna watoqna" jika tak ikut dah jatuh HUKUM BERDOSA tuu..walaupon mereka katakan SAh zakat tu... nie satu lagi nak kira macamana... ibarat menikah dgn pengkid tapi berdosa kalau bersetubuh.. entahlaaa koo org pandai2 laa p tanya ustaz ko org.... aku mudah jaa.. kalau HUKUM tu keluaran KERAJAAN HADARI mampos aku takkan akan IKUT..lantak p la fatwa apa pon hangpa nak buat... ASB pon dah jadi HARUS... lepas nie tah tah letak bunga kat Tugu Negara pon Harus jugak paa....entah laa.... Alahai Hadari oiii..............!!!!!!!!!!!
     
    Mereka dapat TAPI kita tak dapat..!!!
    02.05.08 (10:00 pm)   [edit]
    SHAH ALAM 5 Feb — Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi membina dan membaik pulih sekolah jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara dengan RM10.9 juta daripadanya digunakan bagi menggantikan semula 10 bangunan sekolah di negeri Selangor.... Berita Penuh
     
    TarakNama: Perghhh dapat lagi... wahai bangsa MELAYU tak sedarkah anda lagi bahawasanya semakin hari semakin BANYAK diperuntukkan kepada mereka... kenapakah semua ini tidak diberi sama rata... kenapakah sekolah agama rakyat kita tidak diberikan peruntukkan sebegini rupa... kita bukan jelouse JIKA itu hak mereka berilah seberapa banyak mana yg pemerintah mahu TAPI harus diingat kan sebelom ini diwar2kan bukan main sekolah bistari yg mana 3 kaum bersama dalam satu sekolah...nak meningkatkan intergrasi dikatanya namun kenapa kini begitu banyak diberikan seperti ada tangan ajaib dari langit yg menguruskannya untuk mencari sesuatu... FIKIR2kan lah wahai bangsa melayu semua... apa dosa Sekolah Agama Rakyat tidak diberikan peruntukkan sebegini...?? 
     
    Cadangan Negara berkebajikan: POTONGAN 30% GAJI AHLI KABINET @ PM/TPM
    02.05.08 (9:54 pm)   [edit]

    Memandangkan sekarang musim tawar menawar apakata kita tawarkan pulak  tawaran PEMOTONGAN GAJI AHLI KABINET sebanyak 30% jika kita memenangi pilihanraya nanti. Kuasa potongan gaji ini saya dapati ianya jugak memainkan impak besar kepada apa yang ada pada BN sekarang ini. Semua ini bukan apa, jika selama ini pemimpin-pemimpin negara bersenang lenang dengan tanpa memikirkan akan kesengsaraan rakyat. Mereka dengan gahnya mengistiharkan akan kita kaya namun hakikatnya ia berlaku sebaliknya.

    Selepas dari tawaran penurunan harga minyak serta pendidikan percuma yg telah kita nyatakan dalam manifesto NEGARA BERKEBAJIKAN tempohari.

    Insya'allah dengan cadangan tawaran terbaru ini diharap ianya mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan.

    Selamat berjuang.

    --
    TarakNama@gmail.com
    Http://TarakNama.tblog.com
     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog