Adakah anda semua jelas akan perjuangan sebenar UMNO(baru) yang didaftar pada tahun 1988? Isu ini adalah isu UMNO(baru) - [bukan UMNO asal pimpinan Tunku Abdul Rahman Putera yang diharamkan oleh Mahathir pada tahun yang 1988 juga] Oleh itu - jangan mudah kita Melayu yang punyai akal waras begitu mudah diperkotak-katekkan oleh mereka yang berkepentingan. Harus berhati-hati dan berwaspada senantiasa. Sila baca keratan ini untuk renungan semua: Sunday, March 16, 2008 Kini masa untuk kita muhasabah diri...memikir, merenung dan menilai kembali yang mana satukah arah perjuangan Umno yang sebenar....Adakah kerana 'Bangsa' atau kerana 'Agama'?
Saya minta maaf, sebenarnya hingga ke saat ini saya sendiri belum jelas masih kabur yang mana satukah arah perjuangan Umno yang sebenar. Apabila kita berada di persimpangan, maka kita tiada pilihan kita terpaksa membuat hanya satu pilihan yang terbaik. Kita mesti memilih yang mana satu arah perjalanan kita yang sebenar adakah kerana bangsa atau agama?
Itu sebab bila saya membangkitkan perkataan 'Mamak' maka janganlah menyalahkan diri saya. Ini kerana selama ini saya dan semua rakyat didendangkan dengan slogan....Kerana Bangsa...Kerana Melayu.
Seperti yang saya telah bangkitkan sebelum ini, jika Umno itu Parti Melayu...jika Umno itu parti Bangsa Melayu tetapi kenapa orang yang bukan bangsa Melayu yang sebenarnya telah diterima menjadi ahli Umno? Tolong jelaskan kepada saya dan rakyat !
Pemimpin-pemimpin Umno tolong jawab soalan saya ini: Siapa Presiden GPMS sekarang ini? Kenapa jadi begitu...? Sebelum ini Datuk Suhaimi Ibrahim telah dikritik, dihentam habis-habisan akhirnya disingkir oleh siapa? Kenapa orang Melayu tidak sedar perkara ini . Bila keadaan menjadi haru biru dan tersepit, maka dijemput semula hamba Allah itu duduk disebelah Presiden dan ditunjukkan melalui saluran TV kepada seluruh rakyat seolah-olah mereka tidak pernah berkrisis sebelum ini. Memang betulah bila bekas 'Presiden Umno 22 Tahun) mengatakan 'Melayu Mudah Lupa'. Memang tepat sekali kata-kata 'Maha...' itu. Mungkin beliau telah lama mengkaji kelemahan orang-orang bangsa Melayu ini sebelum ini.
Kenapa tidak tukarkan saja nama singkatan GPMS itu kepada GPIS? Buangkan M yang membawa maksud bangsa, dan gantikan I yang membawa maksud Islam.
Saya sekali-kali tidak akan mempertikaikan soal bangsa atau agama ini jika Umno sudah berada dilandasan yang betul dan benar. Tetapi saya terpaksa pertikaikannya bila saya melihat arah tujuannya 'tidak pasti' ?
Itu sebab saya telah terangkan apabila perjuangan kita tidak jelas maka sudah pastinya akan timbulah masalah diakhirnya. Jika kita tahu pegangan kita maka barulah kita tahu arah tujuan kita. Bila kita tahu arah tujuan kita maka barulah kita tahu apa yang sepatutnya ada pada hati dan jiwa kita. Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu. “Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini................... Dan dibawah ini ada beberapa komen-komen terperinci mengikut komen UMNO veteran yang tersiar dalam Utusan Malaysia Online: Melayu undi DAP tiada semangat kebangsaan MELAKA 12 Mac – Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini. komen: UMNO(baru) yang sekarang ini tidak lagi bersemangat kebangsaan sepertimana UMNO dulu yang asal. Akan tetapi lebih kepada SEMANGAT KEBANGGAAN DIRI dan juga ahli-ahli totok UMNO(baru) sendiri yang punyai fikiran bercelaru. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk memperkukuh kedudukan masing-masing dan memperkayakan diri sendiri serta kaum puak saudara-mara mereka sendiri. Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu. komen: Memberi undi kepada Barisan Nasional adalah seperti membantu memberi ruang dan kesinambungan pada mereka memperkayakan golongan elit yang memerintah. Rasuah dan penyelewengan yang berlaku disana sini oleh golongan pemimpin atasan sampai ke peringkat bawahan semakin menjadi-jadi - apakah itu perjuangan? wahai Tan Sri yang bijaklaksamana [macam Laksamana Hang Tuah lagaknya (dgn berpantun-mantun)]. Itu nampaknya memperjuangkan nasib Melayu yang korup. Maaf Tan Sri saya tidak sanjung tinggi watak Hang Tuah langsung - tapi lebih kepada watak Hang Jebat. Kalau nak kata 'hero' - Hang Jebat lah 'hero' yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. “Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini. komen: Orang Melayu kurang berfikir? Sebab orang berfikir dengan menggunakan akal yang waras lah maka kita akan melihat perubahan. Wakil Rakyat yang dilantik (especially UMNO) sepatutnya menjadi Hamba Rakyat (bukan Yang Berhormat yang nak jadi Tuan kepada rakyat - itukah KETUANAN MELAYU yang mereka laung-laungkan?). Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka. komen: Dengan isyarat dan riak-riak dari apa yang berlaku dan terjadi dalam masyarakat Malaysia sekarang sudah membayangkan kemusnahan dari gejala-gejala yang menular akibat dari pemerintahan puak-puak yang kononnya memperjuangkan masa depan Melayu? Tapi Melayu semakin tersepit dihimpit dengan kesempitan hidup. Melayu yang kaya raya (tambah lagi mendapat habuan dari sumber hasil wang rasuah dan penyelewengan) dikalangan atasan tidak akan terasa keperitan hidup seperti yang dirasai oleh golongan Melayu dan rakyat Malaysia 'amnya. Perubahan ini (wind of change) dipilih adalah untuk tidak mahu melihat akan bertambah rosak lagi masa depan rakyat Malaysia sejagat. “Falsafah orang Belanda: Manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia,” katanya. komen: Siapa yang lupa Tan Sri? UMNO sekarang ini kan UMNO(baru)? UMNO yang baru itulah yang membawa kerosakan dan kemusnahan kepada masyarakat Melayu. Pejuang kemerdekaan itu berkata, mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak istimewa orang Melayu terhakis. komen: Bagaimana dia sebagai "pejuang kemerdekaan" boleh tak tahu UMNO yang mana satu 'halal' yang mana satu 'haram'? Takkan sebarang jenis jenama - asalkan UMNO saja dikira itulah hak mutlak orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan? Mana boleh main tangkap-muat saja? Manusia Melayu generasi baru tahu menggunakan akal fikiran dengan waras - bukan jenis mengikut mengangguk membuta-tuli bagaikan lembu dicucuk hidung (macam ahli-ahli UMNO(baru) ciptaan Mahathir yang ada sekarang ni lah). UMNO(baru) ciptaan Mahathir bukan yang memperjuangkan untuk mendapat kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris - tetapi lebih kepada memperjuangkan untuk memperkayakan diri mereka, keluarga, kroni dan kaum puak yang ada kaitan. |