MELAKA 23 April - Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan kerana ia dipengaruhi emosi atau desakan.
taraknama : kalau ko betul maksudkan si mangkok hayun tu nampaknya ko nie memang berlawanan arus la dengan sokongan akar umbi... tak caya cuba p tanya rombongan pengantin yg dok arak seluruh negara baru2 nie... nak cakap biaq terang2 beb.. zaman sekarang mana ada baling batu sembunyi tangan... street to the point ja... cuba cakap kata si KERRY tu yg patut ganti.. kita tengok apa nak jadi... ada berani.... ???
PULAU PINANG - Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon (gambar) semalam mengumumkan keluar parti itu selepas keputusannya untuk menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh kepimpinan parti.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa InvestPenang dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai bertentangan dengan semangat Barisan Nasional (BN).
BUKIT MERTAJAM 23 April - Tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon keluar daripada parti itu wajar dan munasabah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah.
TarakNama :......... depa start lompat dah.... he he he.....
JOHOR BAHRU 15 April - Pergerakan Pemuda UMNO Johor mahu proses peralihan kepimpinan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan secara tertib dan berhemah.
KUALA LUMPUR 15 April – Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Barisan Nasional (BN) mahu peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan dengan segera.
KUALA LUMPUR 15 April – Majlis Veteran UMNO mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menerajui UMNO dan kerajaan.
NAMPAKNYA akhbar UTUSAN hari nie macam dok bagi signal kat PAKLAH aja suruh berundur... sana 'alih' sini 'alih'.. ada suruh alih ada suruh kekal... tapi yg best makcik fidah punya siap takut jadi bubuq lagi katanya...
KUALA LUMPUR 15 April – Peralihan kuasa di antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu berlaku pada masa yang tepat dan jangan menunggu sampai ke tahap ‘nasi sudah menjadi bubur’
.......JIKA macam nie punya keadaan tak mustahil apa yang dikatakan oleh MB Kedah akan jadi kenyataan...sah kena hantaq pi muzium nampaknya puak2 nie...
IPOH 15 April - Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.
bukan apa....dari lepas pilihanraya sampai sekarang mana ada sembang untuk kebaikkan rakyat... semuanya asyik Politik UMNO mereka... semua kenyataan keluaq kebanyakkan politik politik politik.... oiii UDAH la tuu.. pakat2 kerja la pulak... banyak benda2 dok mengganaz sekarang nie..semua tu membebankan rakyat sahaja...
KUALA LUMPUR 15 April – Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.
SHAH ALAM 15 April - Seorang lelaki maut selepas ditembak lapan das ketika dia sedang minum bersama rakannya di Restoran Sri Kota, Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini hari ini.
KUALA TERENGGANU 15 April - Polis menahan seorang pemuda berumur 22 tahun semalam selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan empat sehingga mengandung di Tanjung Gong Pauh, Kemaman.
KUALA LUMPUR - Polis yakin empat penjenayah yang terlibat merompak RM3.45 juta milik sebuah pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 9 April lalu merupakan penjenayah tegar yang juga bekas tahanan Penjara Simpang Renggam.
.......... ini semua masih menyelubungi kehidupan rakyat marhaen sekarang ini... fikir2kanlah...
KUALA LUMPUR 15 April – Peralihan kuasa di antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu berlaku pada masa yang tepat dan jangan menunggu sampai ke tahap ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, pada masa yang sama pergerakan itu mahu proses peralihan antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku dengan tertib dan berhemah bagi memastikan parti tidak berpecah belah.
Beliau turut menegaskan, dalam melaksanakan peralihan kuasa itu, perlu dipastikan tidak berlaku perkara yang akan menyebabkan UMNO lebih lemah daripada yang sepatutnya.
Sehubungan itu, beliau berharap Presiden dan Timbalan Presiden berbincang secara mendalam dari hati ke hati supaya proses peralihan kuasa berlaku pada masa yang tepat.
“Janganlah pula peralihan kuasa ini dijalankan sehingga keadaan seperti ‘nasi sudah menjadi bubur’. ...................... - UTUSAN
TarakNama : he he he SEDAQ jugak makcik sorang nie...ingatkan tak berani nak bersuara dah lepas kena tendang keluaq... BUNYI kuat sikit la makcik jangan dok kenen2 pakai peribahasa macam tu pulak.. Pak Dolah tu bukan jenis kenen2 dia buat do noo jaa... TUN bantai kaw kaw pon dia buat pekak badak ja.. nie dok kenen kenen macam nie.. buat abis ayaq liouq jaa.. CARI satu pendekatan baru... TEGUQ street to the point ka.. ajak RAKYAT boikot UMNO ka.. UGUT DOLAH yg semua pakat nak letak jawatan... tak PON PAKAT2 menyeberang JAMBATAN mai dok dgn PAKATAN RAKYAT..baru nampak ganaz sikit... nie dok berbunga2 plak..SAHIH JADI BUBUQ PUNYA...
Kerajaan Pulau Pinang akan warta cukai tanah RM1 untuk institusi pendidikan 14-04-2008 04:31:15 PM
PULAU PINANG: Semua institusi pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan serta beroperasi di atas tanah bukan milik kerajaan di Pulau Pinang boleh menikmati kemudahan pembayaran cukai tanah bernilai RM1 tidak lama lagi.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata untuk membolehkan institusi pendidikan itu menikmati kemudahan berkenaan, beliau akan membentangkan perkara itu pada mesyuarat Exco Rabu ini untuk mendapatkan kelulusan supaya perkara itu dapat diwartakan.
Katanya apabila perkara itu diwartakan kelak, kedudukan institusi pendidikan yang menerima manfaatnya seperti Sekolah Cina, Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan sekolah bantuan modal akan lebih terjamin dari segi undang-undang.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah China Malaysia (Dong Zong), yang diketuai pengerusinya, Dr Yap Sin Tian di sini, beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan layanan yang sama kepada sekolah daripada semua aliran bagi membolehkan anak-anak terus mendapat pendidikan.
Cadangan mengurangkan bayaran cukai tanah kepada RM1 itu merupakan antara perkara yang dikemukakan oleh Dong Zong pada pertemuan itu.
Pada ketika ini, cukai tanah yang terpaksa dibayar oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan terutamanya yang beroperasi di atas tanah bukan milik kerajaan adalah berbeza-beza dan mengikut kadar pasaran semasa.
Menurut Jadual Ketiga Kanun Tanah Negara, pengecualian bayaran cukai tanah adalah terhad kepada institusi pendidikan yang mendapat bantuan penuh daripada kerajaan.
Lim berkata sudah tiba masanya isu pendidikan tidak harus dipolitikkan kerana tindakan itu hanya akan merugikan bukan sahaja negara malahan masa depan anak-anak.
"Sudah sampai masanya isu pendidikan ditimbang dari aspek keperluan kerana pendidikan adalah baik untuk pembangunan negara.
"Pendidikan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, rohani dan jati diri rakyat dan ia adalah sesuatu yang baik bagi negara dan ini harus digalakkan.
"Dalam aspek ini, seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, pendidikan bahasa ibunda dan juga agama harus terus digalakkan," katanya.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menyarankan agar semua sekolah berkenaan mengemukakan permohonan kepada pejabat tanah dan daerah masing-masing untuk dipertimbangkan cukai tanah sebanyak RM1.
Selain cadangan mengurangkan bayaran cukai tanah sekolah di negeri ini, Dong Zong juga mencadangkan supaya semua tanah rizab sekolah di setiap kawasan perumahan boleh digunakan untuk membina sekolah daripada mana-mana aliran yang diperlukan penduduk setempat termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina yang bukan bersifat keuntungan.
Persekutuan itu juga mencadangkan agar kerajaan Pulau Pinang memberi peruntukan pembangunan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina untuk membantu pembangunan sekolahsekolah itu dan berharap perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin. BERNAMA
TarakNama: Alhamdulillah...dok harap UMNO nak bagi murah langsung tak ada nak rasa... last CINA yg hangpa dok kutuk tu laa bagi keistimewaan macam nie.... RM1 je bang... mana ada negeri lain yg mampu buat camnie... ini baru nama negeri berkebajikan...
14-04-2008 08:00:21 PMOleh SA'ODAH ELIAS KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin mengakui wujud satu "pelan peralihan kuasa" antaranya dengan timbalan beliau Datuk Seri Mohd Najib Razak seperti yang dipinta oleh Badan Perhubungan Umno Johor Jumaat lalu.
TarakNama : alhamdulillah... PMku still nak pertahankan JAWATAn dia... ayuh pegang & jangan undur2....kalau undur nanti kami banyak keja plak nak p cerita kat rakyat.....
KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 orang hadir ke perhimpuan ‘Black 14’ bagi meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari sekatan undang-undang dan berpolitik di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini, Isnin.
taraknama : welkome back dato sri.......... kita ganyang Bn/UMNO sampai lumat jika mereka masih tak insaf2... he he he ........
Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.
Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.
Dr Lee Chong Meng
Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!
Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.
Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
ADUN (Umno) Tg Sepat
Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!
Apa yang ditunjuk tu Wak Tarmudi....
(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)
Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
Menurut akhbar The Sun lagi:
At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.
Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi
Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.
Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!
Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!
Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.
Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.
Black 14: Polis sedia bertindak KUALA LUMPUR – Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang sekiranya penganjur ‘Black 14’, gagal mematuhi prosedur yang telah ditetapkan termasuk berhimpun secara haram, malam ini. Pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga telah diarahkan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuat kawalan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan kawasan sekitar untuk memastikan keselamatan dan trafik di kawasan terbabit terkawal.
TarakNama: Nie pasai black 14 nie... aku nak tegoq sikit laa... awat ada provokasi dari PIHAK POLIS nie dan awat kita tak ambik keputusan yg PIHAK2 berkenaan tak dapat nak manipulasikan xtvt kita... kita kan belambak stadium dok ada kita kan ada banyak padang awam sekarang nie... dah menang 5buah negeri... TU Bukan main besaq stadium Shah Alam tu..awat tak guna tang tu... tukkan kerajaan negeri punya.. macam malam nie kat IPOH... 5 MB berkumpul kat Stadium IPOH Perak.. kan smart buat camtu.... nie cuba tengok depa dah cuba nak manipulasi keadaan semasa denagn xtvt KITA... lepas nie pikiaq panjang sikit nak buat satu2 program tu...
KUALA LUMPUR 13 April – Pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini.
TarakNAma: he he he..dah tersepit baru dok ajak PAS PKR pertahankan MELAYU..50thn hangpa perintah bukan makin elok MELAYU nie..makin hari makin hilang identiti ada laaa...tu pon tak sedaq lagi dok salahkan oleh lain jgk...50thn tu bukannya PAS PKR yg dok buat arahan dok melingkop MELAYU semuanya ko orang sendiri tak lain tak bukan UMNO........
PUTRAJAYA 13 April – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menegur sikap segelintir pemimpin kanan parti itu yang gemar mendedahkan rahsia dalaman sehingga mengakibatkan parti dipandang serong oleh ahli akar umbi.
TarakNama : tengok perangai UMNO...silap sikit teguq..kalau dedah benda tak elok biaq p laa..takkan nak main angguk saja walaupon benda tu adalah rahsia kerakusan pimpinan atasan dok rakus kuasa....dedah aja mampos p laa kalau tak dedah macamana rakyat yg dok sokong kat bawah nie nak tahu...biarlah semuanya tiada rahsia antara kita.
Tidak perlu jumpa tapi letak sahaja jawatan… itulah yang dapat disimpulkan daripada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengenai cadangan supaya ada usaha diambil bagi mempertemukan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rangka memulihkan semula UMNO ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu. Menurut Dr. Mahathir, beliau telah menyuarakan pandangannya dan semua orang sudah mengetahui pandangan beliau dan melihat tidak ada keperluan untuk diadakan pertemuan tersebut. “Tak ada apa (sebab nak berjumpa) saya dah kata… benda saya nak kata semua orang dah tahu. Ini bukan soal peribadi antara saya dengan dia ini soal dasar parti. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 12/4/2008
TarakNama: Nah macam tu sahaja mahathir bantai pak lah..eishhh eishhh eishhh kesian kat ko org ye..bergaduh dalam kelambu le nampaknya....
KUALA LUMPUR 11 April - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo (gambar) tidak bersetuju sistem kuota dikekalkan bagi melayakkan seseorang bertanding pelbagai jawatan dalam pemilihan parti pada Disember ini.
TARAKNAMA: he he he nasib ko le TOYO oi..menyalak le sorang2 puak UMNO nie bukan berani malawan pon...penakut semuanya....
KUALA LUMPUR 11 April - Para pemimpin Pemuda UMNO Pusat akan turun padang untuk bertemu dengan Pemuda UMNO Negeri tidak lama lagi bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu semasa.
TarakNAma: nak maklom apanya..bukan boleh buat apa pon just nak mai tayang muka sahaja...last si BEROK tu jugak yg berkuasa....
KUALA LUMPUR 11 April - Syarat supaya setiap calon yang bertanding bagi jawatan dalam Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini mempunyai laman web atau blog masing-masing adalah satu langkah yang baik.
tarakNama: eik elehhh baru dok galak sebut blog blog blog..juboq hangpa aihhh...dulu masa org suruh buat hangpa pelece kami semua..lanie baru dok gatai sebut blog.... setengah tu blog pon taktau apa dia....he he he
SAYA adalah rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat bersama-sama keluarga dan kami selalu mengikuti perkembangan terkini di tanah air yang kami cintai melalui laman web utusan.com.my.
SEBAGAI salah seorang pelajar di luar negara, saya terpanggil untuk berkata sesuatu berkaitan dengan isu hangat sekarang walaupun saya rasa ahli Kerajaan Negeri Selangor tidak mengendahkan apa yang hendak saya katakan dalam ruangan ini. Suara rakyat yang jelas di depan mata tidak diendahkan, inikan pula sekadar tulisan saya ini.
SAYA sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dengan keputusan Kerajaan Selangor yang meluluskan projek ternakan babi di Sepang secara besar-besaran. Mengapa perlu projek ini menjadi keutamaan walhal daging babi bukanlah satu keperluan kepada masyarakat tetapi boleh dikategorikan sebagai satu kehendak.
AMAT menyedihkan seseorang yang telah berusia lebih empat puluh tahun dilahir dan dibesar di negara ini masih tidak tahu sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam negara ini. Itulah Teresa Kok wakil rakyat DAP Selangor yang sangat berbangga dengan mengumumkan bahawa kerajaan campuran negeri Selangor meluluskan projek untuk mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco pada Rabu lalu.
DAP mula menunjukkan belang sebenar mereka apabila dengan angkuh mengumumkan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di Selangor. Menghairankan kerana Pas (yang kesemua ahlinya diketahui beragama Islam) menyokong projek tersebut tanpa ragu-ragu. Ini berdasarkan kenyataan Hassan Ali dan Dr. Halimah. Saya masih teringat kenyataan seorang pemimpin Pas tidak lama dulu yang mempersendakan pemimpin negara dengan mengaitkannya dengan babi kerana isu Japanese Encephalitis (JE).
INI adalah komen saya sebagai seorang pelajar di salah sebuah universiti di Australia setelah mengikuti isu kelulusan ladang babi bernilai RM100 juta di Sepang, menerusi Internet.
SAYA merasakan komen yang diberikan oleh Ema Izati (semalam) dari Melbourne Australia berhubung dengan projek ternakan babi di Selangor adalah keterlaluan di mana beliau menyeru rakyat membantah industri ternakan babi di negara Islam Malaysia walaupun beliau tahu negara kita mempunyai berbilang kaum.
TarakNama : Aduhhh bila aku baca sebahagian daripada komen forom kat UTUSAN memang betoi laa utusan nie memang BABI yg sebenaq2nya...berbelit2 cerita yg dikeluaqkan memang tarak GILA BABI + KHINZIR laa UTUSAN BABI nie... nie aku ulas salah satu komen tersebut selebihnya ko org pikiaq sendiri laa........
Mengapa babi diutamakan? - Surat 1
SAYA adalah rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat bersama-sama keluarga dan kami selalu mengikuti perkembangan terkini di tanah air yang kami cintai melalui laman web utusan.com.my.
TN: Looo dok baca kat internate jaa pastu baca UTUSAN jee. p la kat TKO ke MARHAEN ke HARAKAHDAILY ke.. baru adil mendapat bahan sumber maklumat untuk dibandingkan... ini just sebelah pihak aja....
Sudah beberapa hari saya mengikuti perkembangan mengenai kontroversi projek ternakan babi yang akan diusahakan di Sepang dan saya merasa untuk berkongsi pendapat.
Apabila membaca artikel tersebut, minda saya terbayang kembali kepada kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa ‘Melayu mudah lupa’.
Apa yang saya hendak kaitkan di sini, sudahkah Kerajaan Negeri Selangor lupa akan apa yang terjadi apabila Negeri Sembilan dan Selangor ‘diserang’ wabak penyakit Japanese Encephalitis (JE) pada tahun 1999. Hal ini telah banyak membawa kesusahan dan keperitan hidup seharian rakyat khususnya di sekitar kawasan yang dilanda wabak ini.
TN: betoi ka lupa..pasai JE la depa nak buat Ladang nie...dalam kamu dok baca BABI nie tak jumpa ka alasan yg diberikan oleh kerajaan selangor? tak jumpa cuba baca cerita BABI kat blog nie...
Menurut World Health Organization, virus JE disebarkan oleh nyamuk jenis Culex Tritaenniorhynhcus dan Culex Vishnui yang hidup di kawasan seperti sawah. Apabila nyamuk jenis tersebut menghisap darah babi, virus berkenaan dipindahkan ke dalam badan babi dan membiak. Maka gabungan ladang babi dan sawah padi adalah seperti ulam dicita pucuk mendatang bagi pembiakan virus JE.
Implikasi negatif yang terjadi adalah industri pelancongan dan perhotelan di kawasan berhampiran terjejas dengan teruk. Pekerja yang menyara hidup dengan bekerja di hotel mendapat gaji yang amat kurang sekali kerana gaji yang dibayar oleh majikan adalah berasaskan service points yang diterima daripada pengunjung hotel.
Untuk makluman anda, saya bukannya anak negeri Selangor, tetapi berasal dari Pulau Pinang.
Pada satu ketika dulu, kawasan yang dipenuhi oleh penduduk Melayu di sekitar Bayan Baru, Bukit Jambul dan Sungai Ara, selalu hidup dalam keadaan resah gelisah, siang dan malam kerana merasa loya apabila kawasan ternakan babi di situ ditiup angin. Ia sekali gus membawa bau yang sungguh meloyakan.
Angin sepoi-sepoi petang adalah yang paling ketara apabila angin panas membawa bau yang teramat busuk ke tempat kami menghuni, tempat yang kami panggil rumah dan tempat yang kami berlindung daripada hujan dan panas.
Malang sekali, oleh sebab bau busuk najis babi itu terlalu kuat, tiada apa yang dapat menghalang kami diserang musuh ketat ini.
Penduduk Melayu Pulau Pinang tidak mampu hendak beli alat pendingin hawa supaya dapat menutup pintu dan tingkap. Mahu tidak mahu, kenalah tahan dan sabar. Tiada tempat untuk mencari perlindungan lagi. Rasa sengsara penduduk minoriti dan lemah negeri ini tidak dihiraukan lagi.
TN: Tu semua zaman BN perintah dan dah terbukti BUSUK... yg ko dak tuduh K'jaan Selangor Baru nie akan bagi busuk seperti BN yg dah buat busuk ko hebat sangat ke dapat membaca apa yg akan berlaku sedangkan K'jaan Selangor nak buat projek nie dgn teknologi yg terbaru bukan cara BN yg BUSUK tu...
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan untuk membangun dan mengusaha ternakan babi itu dibuat setelah kajian terperinci yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum ini mendapati kawasan tersebut didiami oleh penduduk majoritinya adalah bukan Islam.
TN: Ini salah satu sebab dan ada lagi bukan ini sahaja...kamu baca tak abis...lalu dah buat prajudis kat K'jaan Selangor yg baru nie..sah kamu nie sokong BN Busuk..
Walaupun penduduknya terdiri daripada bukan Islam, bau busuk yang dibawa oleh angin tidak kenal latar belakang bangsa manusia yang didiami di kawasan itu.
TN: dah kompom ke bau busuk tu dapat dibau oleh luaq sedangkan dalam teknologi tu salah satunya proses bau dapat diatasi...jangan berburuk sangka sangat...
Percayalah angin ini akan bawa haruman ini sehingga KLIA. Kebanggaan negara akan diperjudi juga.
Apakah latar belakang orang yang sampai di KLIA akan dikecualikan oleh pembawa bau busuk ini? Sama-samalah kita menyambut tetamu luar negara dengan bau busuk. Pencemaran jenis ini tidak kenal siapa mangsanya.
Pada pendapat saya sekiranya teknologi Jerman boleh menjamin pencemaran bau, keselamatan air sungai dan laut serta pencemaran alam sekitar, saya ingin cadangkan ia dibina di kawasan Shah Alam atau di kawasan Seputeh. Kenapakah tidak boleh?
TN: itu pendapat kamu sahaja...tentu mereka dah pikir semasak2nya nak buat benda nie bukan main pendapat2 sahaja...tentu dah dibawak berbincang dan dikaji dahulu sebab kesan dia memang banyak...24juta rakyat malaysia sedang memerhati apa mereka nak buat..jika silap langkah..boleh punggah K'jaan selangor next election...jadi bersabar lah ye pak milineum skrg zaman PR bkn BN dah jadi kita tengok apa mereka nak buat...dah lama dah rakyat mandi ayaq BABI di PANTAI MORIB tu...mana tahu dgn projek nie benda tu dah dapat diatasi...jika tak pon sekurang2nya babi diselangor dah dicentralizekan...pastu jika bau busuk 5thn nie kira normal laa...dari komen tu ada yg dah berbau sampai 20thn apa BN buat...??
Saya ingin merayu kepada Menteri Besar Selangor, lupakan saja hasrat ini.
Tidak cukupkah bekalan daging babi di negeri Selangor dan untuk rakyat Malaysia yang makan babi dan sehingga Kerajaan Selangor terpaksa kena membuat komitmen tersebut, sekalipun dibantah keras?
PAK MILENIUM
Boston, USA.
TN: sabar yaa pak milineum...he he he.... rentikanlah POLITIK macam BABI nie....
SEREMBAN: Ketua Bahagian Umno Seremban dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Ishak Ismail berkata siasatan terhadap perbuatan mensabotaj parti harus meliputi semua peringkat dan tidak sahaja terhad kepada anggota peringkat bawahan.
Sabotaj terhadap parti juga boleh berlaku pada peringkat tinggi dan tidak terhad di kalangan anggota parti di peringkat cawangan dan bahagian sahaja, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ishak yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum lepas juga meminta pemimpinpemimpin tertinggi Umno mengambil kira pandangan dan suara anggota peringkat akar umbi dalam membuat keputusan.
Katanya ramai calon yang berkaliber digantikan dengan orang yang tiada rekod perkhidmatan pada pilihan raya umum lepas dan mereka ditolak oleh pengundi.
TarakNama: Orang kat bawah nie semuanya dah tau dah pasai paa...cuma yg kat ATAS tu jaa buat2 terlepas pandang...TURUN oi TURUN....
Abdullah akui beliau antara penyebab BN kehilangan undi 11-04-2008 07:56:29 PM
JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas. selengkapnya
TarakNama: nah baru hang ada akai...masa tahun lepas macam2 hang dok kata dan dok gebang..hang ingat hang terra last 5 negeri lepas kat orang..dah kena bantai kiri kanan atas bawah depan belakang baru hang nak ngaku..lanie tAK GUNA NGAKU..aku cadangkan BLAH AJA..
AD-LIB: Bila babi dipolitikkan! 10-04-2008 12:02:27 PM oleh ARIFFUDDIN ISHAK
Dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya umum berakhir, arena politik tempatan semakin hangat dan riuh-rendah dengan pelbagai isu dan kontroversi!
Barisan Nasional (BN) dilanda badai dengan isu krisis dalaman kesemua sayap partinya, manakala Pakatan Rakyat gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas cuba mencuri perhatian dengan kelantangan pemimpin-pemimpin parti berkenaan.
Kini, isu yang terhangat ialah apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas di Selangor meluluskan perlaksanaan projek ternakan babi berkelompok berskala besar.
Projek yang menelan kos bernilai RM100 juta itu akan dibangunkan di Sepang yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan hingga setahun.
Sebaik sahaja Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinannnya meluluskan perlaksaan projek terbabit, ia megundang reaksi banyak pihak.
Ramai yang melenting serta tidak senang duduk terutamanya pemimpin parti BN mengenai tindakan kerajaan negeri berkenaan yang dianggap terburu-buru serta tidak peka dengan sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Mereka menyifatkan tindakan meluluskan projek ternakan babi itu adalah satu keputusan yang membabi buta!
Bantahan turut disuarakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa).
Antara bantahan yang lantang disuarakan ialah mengenai isu pencemaran alam sekitar.
Persoalannya adakah kita akan disajikan semula dengan slot ulangan episod sedih dan sadis yang membawa korban tinggi akibat wabak penyakit virus Japanese Encephalitis (JE), di Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada tahun 1999?
Adakah pisang akan berbuah dua kali?
Menurut Abdul Khalid, beliau tetap mempertahankan keputusan melaksanakan projek ternakan kontroversi itu kerana baginya ia sekadar meneruskan projek yang telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini iaitu di bawah payung BN.
Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa projek itu wajar diteruskan memandangkan kawasan tersebut sememangnya telah menjadi tapak utama ladang ternakan babi di Selangor.
Difahamkan juga projek itu mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta kerajaan negeri.
Justeru projek ternakan babi itu tidak akan mencemarkan alam sekitar kerana semua bahan buangan akan diguna semula dalam bentuk bio gas untuk menjana elektrik dan air bagi pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.
Jadi, kalau sungguh bagai dikata dan projek ini lancar seperti dirancang apa yang perlu dikecohkan?
Kadang-kala kita jangan takut hendak menongkah arus! Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri pernah ‘popular’ dengan isu penyapunya yang menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak. Jangan lupa, ada nasi ada keraknya!
Bagi penulis, usah jadi seperti anjing menyalak bukit. Kerajaan negeri Selangor sendiri pasti sudah bersedia dengan ‘skema jawapan’ terhadap semua persoalan yang dibangkitkan.
Bukankah duduk semeja dan bermusyawarah (berbincang) itu lebih baik dan molek. Kata orang cari guru tempat belajar, jangan menyesal kemudian!
Penulis difahamkan projek kontroversi ini bakal menggunakan teknologi Jerman secara moden dan tertutup. Ini bermakna semua sisa buangan yang tercerna akan dikitar semula untuk pengeluaran gas metana.
Lebih hebat, kawasan ternakan tertutup ini akan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang canggih.
Seharusnya kita anjakkan sedikit paksi pemikiran kita agar tidak terlalu konservatif. Jika projek ‘mega’ ini diteruskan, ia akan dilaksanakan secara berkelompok.
Ini bermakna semua ladang-ladang babi yang sedia ada di negeri Selangor akan ditutup dan dipindahkan ke satu tempat yang dikawal selia secara terpeinci dan moden.
Malah pada masa yang sama kerajaan negeri berjanji tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembukaan ladang babi yang baru.
Tidakkah langkah ini dilihat lebih baik dari membiarkan lebih banyak ladang babi dibina di beberapa tempat di seluruh negeri Selangor?
Jadi secara logiknya, masalah pencemaran yang menghantui penduduk-penduduk yang berada di kawasan ternakan babi selama ini akan dapat ditangani dengan segera dan efisyen.
Memindahkan kesemua ladang babi sedia ada ke satu ‘perkampungan&rsquo ; babi yang dikhususkan untuk menternak, menyembelih dan memproses babi umpama menyediakan ‘one stop centre’ untuk pasaran dalam negara.
Kos pembinaan ladang tersebut juga bukan ditanggung oleh kerajaan negeri sebaliknya ditanggung oleh pemilik ladang yang menyertai projek kelompok tersebut.
Lihatlah isu ini dengan waras dan telus. Jangan kita politikkan sesetengah pembaharuan positif yang cuba dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.
Kerajaan Selangor juga pasti sudah mengkaji tindakan ini agar tidak meninggalkan kesan buruk kepada orang ramai khususnya penduduk di sekitar Sepang.
Penulis percaya, Menteri Besarnya sendiri sudah berfikir panjang sebelum beliau dan barisan exconya membuat percaturan ‘berani mati’ apabila meneruskan projek ternakan babi bernilai jutaan ringgit ini.
Jika tidak, ia umpama menjerat leher sendiri dan sudah pasti mandat yang diamanahkan rakyat hanya bertahan selama sepenggal!
tarakNama: takyah aku bebel la pasai ba alif ba ya nie..hg pa baca jalah tulisan sahabat nie..