kali ini aku nak ambik kata-kata pak menteri nie plak.. aku bukan nak sentuh bab mokhzani tu tapi nak sentuk bab diskriminasi karajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri...
Ini adalah berkenaan menteri belia dan sukan pulak buat statement....sebelom nie menteri perlancongan... kata tak nak campor hal pentadbiran dengan politik.. TAPI mulut sial ko orang yang duk ucapkan kata-kata tersebut... Jika macam nie lah punya kelaku KERAjaan BN memerintah.. cukai ko orang sebat semua rakyat dalam negeri di Malaysia tak kira negeri BN @ PR.. tapi yg dok buat perangai dongga nie apasal... nielah masalah BN tak tahu nak berpolitik secara bertempat... takkan nak datang tengok bola pon nak kena pilih pembangkang atau kerajaan... jika macam nie la berpolitik nampaknya memang lah patut TGNA panggil ko orang 'ORANG UTAN'.... entahlaaa sampai bila kita nak berpolitik bermentalitykan macam nie...
Ismail mahu Mokhzani keluar SIC Oleh Bazly Azmi bazly@hmetro.com.my
SEMUA program Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC) dikhuatiri terjejas apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menuntut Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir melepaskan jawatannya berpunca daripada tindakannya keluar Umno.
Beliau yang tidak menghadiri sidang akhbar Siri Antarabangsa Super GT Malaysia di kementeriannya, semalam berkata, Mokhzani tidak layak memegang jawatan yang diberi kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Mohkzani keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan PM, jadi beliau perlu keluar dari SIC. Saya tidak turun menghadiri sidang akhbar SIC kerana mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet KBS, tapi saya tetap menegaskan mengenai prinsip Umno.
“Bukan setakat Mokhzani, tapi Tun Mahathir juga perlu melepaskan jawatan selaku Penasihat Petronas. Jangan susahkan PM!” katanya.
Mengulas tindakan memboikot sidang akhbar Super GT, Ismail berkata, pihaknya (pegawai atasan KBS) tidak berniat mencampur aduk sukan dengan politik.
“Bagaimana KBS boleh mengaitkan politik dengan sukan sedangkan KBS sendiri mengeluarkan banyak belanja untuk program SIC,” katanya.
Begitupun, Ismail mungkin secara tidak sedar berkata, beliau tidak akan bertandang ke Pulau Pinang, negeri pimpinan Lim Guan Eng, andai penganjuran Piala Juara-Juara Belia 2008 tetap dijalankan.
“Tapi, saya mungkin ke venue lain seperti Terengganu dan Melaka,” katanya.
Sementara itu, Mokhzani berkata, beliau belum menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak dan akan menjalankan tugas selaku Pengerusi SIC.
“Pihak terbabit sila berhubung dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kerana SIC selaku gabungan MAHB. Tapi, saya tegaskan, saya sudah memberi surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada PM ketika dilantik memegang jawatan ini pada 2006,” katanya.
Sementara itu, Ismail turut meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya mengarahkan Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) mengadakan semula Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dengan memanggil semua pemain dan ahli yang digugur atau dipecat untuk menghadirinya.
“Saya simpati dengan nasib pemain profesional yang mencari nafkah dengan bermain golf. Situasi ini bukan saja menjejaskan mata pencarian pemain, malah merugikan Malaysia.
“Contoh terbaik apabila Danny Chia dihalang menyertai Terbuka Britain berpunca kemelut melanda MPGA. Saya harap perkara ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
SELESAI… Kontroversi laluan di persimpangan Bandar Mahkota Cheras dan lebuhraya Grand Saga akhirnya selesai apabila Menteri Kerjaraya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed datang sendiri ke tempat tersebut menyampaikan keputusan kerajaan untuk membuka laluan berkenaan bagi kegunaan penduduk kawasan perumahan berkenaan. Beliau yang tiba jam 3.30 petang disambut oleh kira-kira 1,000 penduduk dan terus mengambil pembesar suara mengumumkan keputusan kerajaan itu. Pengumuman beliau itu disambut sorak dan tepukaan gemuruh para penduduk yang hadir sambil ada yang melaungkan hidup ‘Abang Zin’. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 30/5/2008
tARAkNAMA : Pierahhhhhhhh.... lembu punya susu sapi dapat nama.... nak cari berita front page la konon... mai la anound yg jalan tu dah dapat dibuka semua... aku tak kesah bab jalan tu dibuka semua.. sebab itu yg sepatutnya dilakukan oleh KERAjaan Malaysia sebelom nie... TETAPi yg aku meluatnya ialah gara2 nak ambil nama tuu... Awat sebelom nie mana peginya juak2 BN yg berkobar2 berslogan nak berkhidmat untuk RAKYAT... namun perkara sekecik tot nie pon sampai ada kejadian PUKOL MEMUKOL MASUK MAHKAMAH SEMBOQ AYAQ PEDIH MATA etc lagi..
Awat sampai macam nie punya perkara boleh berlaku... SEPATUTnya hal nie dah settle awal lagi sewaktu KERAJAAN NEGERI selangor bagi kebenaran tempohari lagi..TETAPI demi POLITIK dan TEMBOLOK mata duitan maka berlakulah berbagai2 kejadian yg tak sepatutnya berlaku keatas rakyat jelata... Sekali SEKALA apabila ditengokkan akan kejadian ini ianya seperti filem TAMIL dimana rakyat sedang memberontak memintakkan hak mereka..lalu ada gangster mai pukul...padahal Pasukan keselamatan pon ada... tetapi sekadar tengok sahaja... dan sampai memukul rakyat JELATA.. Sepatut wira disini adalah RAKYAT itu sendiri sehingga mereka sanggup menumpah darah mempertahankan hak mereka... dan sanggup melawan pemerintahan yg zalim.. JIKA kerajaan prihatin benda seperti ini tidak akan berlaku namun apakan daya inilah kerajaan yg kita ada....
SELESAI... Menteri Kerja Raya, Ir. Mohd. Zin Mohamed (belakang lelaki baju belang) dan penduduk Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur melihat jentolak mengalihkan tembok yang dibina oleh syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga setelah Kabinet semalam mengarahkan laluan kontroversi yang mencetuskan pertelingkahan selama dua tahun dibuka semula serta-merta.
memandangkan ini blog aku lantak p aku nak tulis apa pon hangpa pedulik apa.. kalau sapa tak puas hati lantak p sapa makan cili dia rasa pedas.....
hari ini aku nak ulas satu aja tajuk bangsa membangsatkan....
PASAI MANGKOK HAYUN EZAM JOINT UMNO...
Ko org politik semua bangsat tambah2 lagi perangai yg seprti sesumpah ja.. hari nie warna kelabu taik anjing esok warna hitam pungkok periuk..itulah ko org...
maaf aku kata ko mangkok hayun... dulu gelaran nie lah aku bagi kat ROSLAN KASSIM & the Gang... skrg aku perturunkan kat ko plak... hangpa semua nie mangkok hayun...
bermula hari nie apa ko cakap aku nak kena filter dulu 2,3ribu mikron utk nak pastikan ko tu lidah bercabang atau tidak...
selepas nie pegilah ko sembah makcik fidah dgn kotak2 mangkok hayun ko tu utk mintak ampon dgn makcik pidah dan pegilah jumpa sama ketua pemudi si hisaham aun aun tu utk ko jilat semula mintak ampon sebab ko yg penah hina dia dulu...
oklah sembang tak guna akhirkata pegi mampos ko dalam UMNO...
Hari ini aku baru teringat nak ulas PASAL PENIPUAN SMS seperti tok imam kat perlis tu kena tipu. Aku tak nak ulas pasal kebodohan Tok Imam tu tapi aku nak ulas pasal security system kat bank2 dinegara kita.
Hang pa sedaq tak macamana kaedah pengambilan wang tu berlaku... aku rasa simple saja tak susah pon... nie aku try susun step dia..
1- Dapat SMS - ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi 0062817705397’
2- Pastu penerima call nombor yg diberikan...ada seorg akan angkat call dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan Muridi adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah.
3- LALU di SURUH BAGI NOMBOR akaun bank... dan penerima tu pon bagi...
4- kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua
5- dan Selepas itu tengok akaun bank terus 'zero'
Apa nie mana dia system security yg dicanangkan canggih manggih yg ada kat intitusi BANK2 di negara kita nie... Unit IT lena kaa.. bukan nya bagi apa2 pon just no akaun aja.. bukannya nombor PIN pon... macam tu pon boleh kantoi dengan PENIPU tersebut....
Satu lagi jika macam nie kira tak selamat la akaun2 bank yg kita ada selama nie... apakata lepas nie depa p tunggu aja kat mesin autoteller tu dan ambik slip yg ada nombor akaun yg dibuangkan dan buat perkara camnie... mampos laa... jenuh masuk duit laa... ada penyangak dok kutipnya....
Dipohon pihak2 yg berkenaan 'TOLONGLAH AMBIK BERAT SIKIT PASAL PERKARA NIE' mudah sangat duit kat akaun kita diambil oleh pencerobohnya...
dah la bawak keluaq duit singgit pon hangpa charge tapi nak jaga duit kami hangpa buat leka.. MENTERI MANA JAGA BANK INI...Makan Gaji Buta kaa....
Oleh Rashidi Karim am@hmetro.com.my KANGAR: “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,” kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.
Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.
“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
TarakNama - best jugak akal sahabat aku nie.. ko org pikiaq la macamana..?? Boleh terima ka akai apa yg dia cerita nie..!!!
Kemusykilan 1 Kenapa Sdr Ezam menyatakan hasrat masuk UMNO ketika parti itu betul – betul dalam keadaan kritikal, kronik atau acute?
Kemusykilan 2 Adakah ia ingin jadi penyelamat sepertimana ia pernah menyelamatkan DSAI ketika reformasi memuncak, pada saat DSAI jatuh dengan menjadi tulang belakang penubuhan keADILan?
Kemusykilan 3 Kenapa DSAI tidak menyerang habis – habisan Sdr Ezam, walaupun dia bertalu – talu serangan dibuat oleh ezam?
Kemusykilan 4 Adakah dengan serangan bertubi – tubi ezam terhadap DSAI, merupakan strategi reverse psikology, yang menyebabkan nama dan perjuangan DSAI dan PKR makin disayangi?
Kemusykilan 5 Adakah Sdr Ezam akan menjadi dan menjadikan dirinya sebagai shooting target atau punching bag, yang akan mempercepat dan memudahkan UMNO mati, pada saat dan ketika ini yang sedang sakit di perbaringan?
Kemusykilan 6 Adakah masa dan saat serta ketika yang sesuai DSAI merestu Sdr Ezam masuk ke dalam UMNO, bagi merealisasikan strategi perang saraf Pakatan Rakyat, untuk melumpuhkan sistem saraf tunjang BN dari dalam, iaitu UMNO?
Kemusyilan 7 Atau, adakah Sdr Ezam akan menjadi bomoh atau pawang yang dijemput masuk untuk mengubati UMNO yang tenat? kerana dalam keadaan sebegini, di mana saja dikatakan ada tok bomoh yang hebat, yang boleh mengubati penyakit , akan dipanggil untuk jampi mentera, walaupun dalam dunia moden kini taraf perubatan dan kesihatan kita antara yang terbaik di dunia. Puak – puak UMNO dah tak percayakan doktor lagi dah . Bekas Presiden mereka, seorang doktor perubatan pun dan tak sanggup nak merawatnya, lalu mengambil keputusan keluar dari rumah UMNO.
Kemusykilan 8 Adakah jampi mentera yang dilakukan oleh DSAI, dicanang, diwar – warkan, diperkatakan di seluruh pelusuk alam, sejurus selepas PRU-12 lalu, bahawa fakta jelas yang ada di tangan, sekurang – kurangnya 30 orang ahli parlimen dan lebih, sudah bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat, telah menyebabkan UMNO dan sekalian pemimpin dan pengikut – pengikutnya sasau dirasuk oleh mimpi ngeri dan igauan, meracau setiap hari? ulit_mayang pun tak ada kemahiran untuk mengubati penyakit misteri yang dihidapi oleh UMNO di zaman moden ni. Maaf
Selamat berjuang kepada Sdr Ezam Selamat menjalankan misi dan visi yang telah diarahkan untuk mematikan UMNO dari dalam Selamat berjaya dan maju jaya.
MILIK SINGAPURA... Pemandangan dari udara, Pulau Batu Putih yang kedaulatannya diserahkan oleh ICJ kepada Singapura semalam. Pulau itu yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura. – Reuters
TarakNama : TAKHZAIH kepada kerajaan PIMPINAN Abdullah kerana negeri ketujuh JATUH kpd PEMBANGKANG....
SHAH ALAM 20 Mei - Kerajaan campuran negeri Selangor menetapkan kriteria hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 layak untuk menerima imbuhan kebajikan seperti terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.
taraknama : aku nak komen pasai nie.. bagi aku syarat yg ditetapkan alu boleh terima untuk permulaan nie... biaqlaa yg miskin dulu rasa bantuan nie... yg gaji banyak2 tu lepas nie plak kita uruskan... TAPI yg aku ralat lanie awatnya BN bising sangat pasai manifesto nie sampai p repot polis sorg mamat tu... bagi aku step by step la kita bagi masa kat Kerajaan Pakatan Rakyat nie jgn gelojoh nak tunjuk kuasa sangat... kat BN ko org semua boleh bagi peluang sampai 50thn lagi tapi kat depa nie 100 hari pon tak sampai dah menyalak sampai nak terkeluaq rengkong tu apahal... nu yg belambak manifesto BN tak tertunai tak plak hangpa kalut p repot POLIS... sampai suatu hari polis nie tak ada kerja dah asyik dok terima repot hangpa ja 3,4thn nie... BAGI aku alhamdulillah dah org nak bagi RM1k tu kat negeri lain nu aku rasa ada ka tak tau pasal intensife nie... nie baru bwh 100hari... dah cukup 5thn nanti apa plak pon tak tau laa....
Hari tu kat PARLIMEN Menteri Besar suruh p bagi senarai nama org yg taknak ayaq FREE tu tak ada pon sampai kehari nie... tapi dlm PARLIMEN nyalak bukan main.... udahlaaa tu berpolitik gila parti nie... pikiaq la pasal rakyat sama... dok kira kepala hotak hangpa jaa... banyak benda hangpa semua nak kena TUNAI nie... BN pon sama PR pon sama.....buat keja demi RAKYAT....
Apa-apa pon cerita LANTAK p depa.. ini cerita rumah tangga mereka yg dah nak roboh tu... 2x5 ja puak2 tu..seorg penyamun seorang perompak itu sahaja... apa2 pon layannnnnnnn.....
SAMPAH sarap dan bekas-bekas arak masih bertaburan di tapak pesta liar berhampiran salah satu pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
PORT DICKSON - "Malam itu memang dahsyat, muda-mudi berpesta macam lupa dunia.
''Minum arak tanpa segan silu hingga ada terbaring dan pengsan dan dibantu petugas St. John Ambulance,''
Itu antara cerita penduduk tempatan mengenai keadaan ribuan pengunjung yang menyertai 'pesta liar' selama dua hari di Port Dickson pada 9 dan 10 Mei lalu.
Seorang penduduk, Syahrul Abidin memberitahu, selain warga asing, kelibat beberapa artis remaja jugau dilihat di tapak pesta yang sama bersama sekumpulan gadis sebagai rakan-rakannya.
TarakNama : Tudia aihhh apakata kejadian nie berlaku di 5 negeri pemerintahan Kerajaan PAKATAN RAKYAT...sat sat dia UALANG sat sat dia ULANG malam tayang siang tayang..sampai tahap naik muak tengok kelaku puak2 uMNo nie...
PETALING JAYA 14 Mei – Penduduk Taman Sri Manja di sini gempar berikutan penemuan sebelah tangan kanan manusia di dalam sebuah parit di Jalan PJS 3/40 di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR 13 Mei - Hampir 400 peniaga dan pemborong pakaian di Pusat Komersial San Peng di sini kini diselubungi kebimbangan apabila sering diganggu sekumpulan gengster yang mengugut diberi wang kononnya sebagai imbuhan untuk melindungi mereka.
IPOH - Seorang bapa yang menyertai polis memecah masuk sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian terkejut menemui mayat anaknya di bilik utama rumah tersebut di Taman Rishah dekat sini semalam.
SHAH ALAM: Dua penjenayah melarikan lima dulang emas dalam rompakan nekad berlaku kurang lima minit di sebuah kedai emas, di dalam pasar raya, di Kota Kemuning di sini, petang semalam.
SHAH ALAM: Tiga buku akaun bank kanak-kanak turut dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor untuk siasatan sama ada ia turut digunakan untuk tujuan menyimpan wang hasil jualan dadah atau sebaliknya, kelmarin.
TarakNama: Cukuplah kot kawe kutip masalah JENAYAH kat malasysia dalam surat2 khabaq hari nie... Bukan apa nak tanya la "PEMUDA GAGAH BERANI" yg pie report kat POLIS pasai JANJI2 kerajaan negeri Selangor tempohari... Pie la report plak katakan BN telah GAGAL nak laksanakan manifesto mereka plak...
Oooo kena kat kami hang riuh sekampong...bla bla bla... Bila kena kat hang mana pie AMAN MAKMOR SELAMAT tu..habuk oon tarak...
KUALA LUMPUR 7 Mei - Kerajaan bercadang menurunkan kadar tol di lebuh-lebuh raya di negara ini jika kajian terhadap operasi syarikat-syarikat konsesi terlibat mendapati jumlah kutipan tol adalah lebih tinggi daripada kos pengendaliannya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed memberitahu, kajian yang sedang dijalankan itu meliputi jumlah trafik kenderaan dan bayaran pinjaman bank serta penyelenggaraan berbanding hasil kutipan tol.
Tambah beliau, terdapat 22 lebuh raya di negara ini dengan pendapatan syarikat konsesi sejak diswastakan sehingga April tahun ini sebanyak RM27.6 bilion - Utusan
tarakNama: Ini ulasan sahabat aku....yg aku ambik kat TKO...
Enamjahanam :Nah, baru dua bulan BN kalah teruk dan PR menang sedikit ( sebab bukan menang untuk perintah Malaysia ) tetapi kerajaan dah bercakap untuk menurunkan harga tol. Semua itu untuk menggula-gulakan rakyat akan percaya semula kepada BN yang kononnya prihatin akan kesusahan rakyat.
Tiada lagi mereka bercakap tentang projek mega yang menelan ribuan juta tetapi lebih kepada kebajikan rakyat marhaen yang susah belaka. Ini kerana mereka tau golongan inilah yang akan memberi undi kepada mereka. Golongan professional dan golongan korporat payah sikit nak percaya cakap belit mereka. Yang percaya hanyalah golongan susah dan papa kedana. Golongan yang tiada kemampuan untuk melanggan internet, golongan yang tiada duit untuk beli harakah . Golongan ini cuma menonton saluran TV 3 suku yang kuat merapu..
Anyway syabas. PR telah menjadikan BN bercakap untuk rakyat. BN baru kenal kuasa rakyat dan BN baru pentingkan projek-projek untuk rakyat.
Tahniah PR dan sekali lagi untuk DSAI. Bila lagi nak ambil alih Malaysia. Jangan cakap kosong sahaja nanti orang tak percaya..
LOBI Parlimen dibanjiri air selepas sistem paip aluminium yang menjadi laluan mengalirkan air hujan di bangunan itu bocor, menyebabkan air melimpah masuk ke dalam saluran penghawa dingin, petang semalam
TarakNama : Aduhhhhh BOCOR lagi.... entahlaa... bila cerita bab bocor nie teringat XMP jasin.. yg guna ayat 'hari-hari Bocor'... apalah cerita beliau skrg...
BARISAN Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam banglo itu.
taraknama : aku layan jugak dari parlimen semalam.. aku layan thru TVkedah yg buat live ... masa Anifah berucap nie aku dengaq la jugak dan aku naik kesian kat puak2 nie... sampai keluaq ayat dok dalam banglo tapi kena tidoq tepi tandas.. kesian ko orang ye... realistik la sahabat dah tahu banglo tu terok dok tebal muka dok masuk dok dalam tu lagi.. TUAN empunay banglo pon buat kenal tak kenal je baik mai dok dalam rumah teres nie namun penghuni dia dapat rasa kesemua nikmat... Tv dapat tengok sama*sama... Dapor dapat guna sama-sama... bilik ayaq pon dapat guna sama-sama... inilah dinamakan rakan kongsi jatuh bangun bersama... tetapi kalau nak tidoq tepi tandas tu dan nak bermegah dgn banglo yg dok ada silakanlah tak ada sesiapa yg nak larang cuma aku boleh umpamakan ada umah besaq ada keta besaq tapi tuan dia hidup makan meggie laaa....
KUALA LUMPUR 6 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rundingan perolehan bagi pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
Katanya, rundingan mengikut prosedur itu melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian dibuat bagi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM.
“Semuanya telah diperiksa oleh agensi pusat sebelum kita menandatangani kontrak tersebut.
“Janganlah kita membuat tuduhan melulu, (sebaliknya) mesti fokus pada fakta sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat semalam yang meminta kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat rundingan perolehan kapal selam Scorpene dari Perancis dan pesawat Sukhoi dari Rusia.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media berhubung perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi menjelaskan, rundingan perolehan tersebut turut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.
Menurut kementerian itu, semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan.
Kenyataan itu memberitahu dakwaan Dr. Wan Azizah bahawa kerajaan membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah tidak berasas kerana tiada sebarang komisen dibuat.
“Ini kerana perolehan kapal selam dibuat secara rundingan terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Armaris (Perancis) dan Navantia (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan daripada kerajaan masing- masing,” katanya.
Kementerian Pertahanan turut menjelaskan Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen sebenarnya hanya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh enam tahun dan nilai kontrak sebanyak euro 114.96 juta itu dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.
“Syarikat ini adalah kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan akaun syarikat itu diaudit dan semua pihak boleh melihat akaun syarikat berkenaan,” katanya.
Mengikut kenyataan itu, skop sokongan Perimekar ialah menyediakan kemudahan dan kelengkapan serta insurans kesihatan bagi 27 keluarga pasukan projek di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.
Katanya, syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan dan kediaman berserta kelengkapan bagi krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis, menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga yang terlibat, membayar elaun harian dan krew kapal selam sebanyak euro 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan euro 60 sehari seorang pula untuk tiga tahun kedua.
Perkhidmatan koordinasi pula antaranya melibatkan tanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia berpotensi untuk menyertai off-set dan menyelaras latihan krew kapal selam.
Mengenai perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan berkata, perolehan dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Rusia.
“Syarikat Rosoboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini dan kementerian ingin menegaskan urusan perniagaan antara syarikat Rusia dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan kerajaan Malaysia.”
Nampaknya hari nie saya nak bebel dekat menteri pulak..lantak p laa apa orang ramai nak kata.. bukan apa jika tak tegur nanti naik lemak pulak mereka nie.. tapi jika tegur nanti kata blogger nie kurang ajar pulak sebab menggunakan saluran blog untuk memburukkan menteri... bukan apa jika ko org baca utusan & kosmo hari nie pasti ko org jumpa tajuk nie...
JELI 4 Mei - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini mengingatkan rakyat supaya berjimat dan mengelakkan pembaziran beras bagi memastikan negara tidak turut menerima tempias krisis kekurangan bekalan beras. - Utusan
Bukan apa YB saya rasa jika tak tahu nak jawab baik dok diam ja.. jangan cakap main semberono nanti hati rakyat terasa dan pembangkang buat isu... bukan kami nak jawapan2 bodoh macam nie.. sebab sebelom nie dah ada banyak dah jawapan bodoh macam nie keluar nak bagi contoh..nie dia..
- semasa isu TOL naik apa kata Sammy Vellu..
"JIKA tak ada duit tak payah guna highwaylah.. gunalah itu jalan persekutuan..."
- semasa isu ROGOL naik apa kata seorg menteri tu..
"lepas nie jika wanita nak keluar rumah mereka kena pakai cawat besi.."
dan banyak lagi laa.. malas saya nak karangnya... TETAPI kini ada lagi benda2 bodoh macam nie ko org bercakapnya... ini bukan cara selesai masalah.. ini cara nak tambah masalah.. JIKA family satu rakyat makan 10kg sebulan takkankah mereka nak kurang p makan 5kg sebln.. lagi 5kg nak sumbat apa YB.. sumbat ubi keledek...??
udahlaa tu.. buat kerja biaq bagi betoi jgn dok cari alasan merapu macam nie laa.. penat aihh pangkah hangpa bagi menang last pikiaq idea2 macam nie...
Pada aku kes beras nie nak serupa macam kes minyak masak tempohari itu jaa.. jd pakat pikaiq laa jgn dok merapu lagi....
-note: kalau tak mau jaga hangpa letak jawapan itu lagi baik... sapie afdal dulu ada jugak gambaq p melawat stesen minyak supermarket tapi menteri rambut putih nie...mmmmmmmmmmmm..
KUALA LUMPUR 3 Mei - Kerajaan terpaksa melewatkan beberapa projek pembangunan yang dianggap tidak begitu penting bagi membolehkan tumpuan diberikan ke arah usaha memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pada masa ini masalah kekurangan makanan merupakan satu isu utama yang perlu ditangani dengan sebaik-baiknya dan sudah tentu peruntukan untuk tujuan itu memberi kesan kepada sektor-sektor lain.
Kata beliau, dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion, kerajaan sedar bahawa akan terdapat beberapa projek yang telah dirancang sebelum ini akan terjejas.
Beliau berkata, kerajaan perlu bertindak sedemikian supaya kesejahteraan hidup rakyat terus terpelihara.
taraknama : assalamualaikum, allo allo ada org tak allo allo mana menteri nie allo allo ooo ada zzzzzz ka... eishhh p la turn masuk kampung cepat nuu awat jadi macam nie mana p stok bekalan makanan nie... awat nak jadi program dari dapoq ke dapur kaa... haru dah nie.. tok sah dok nyembang kata ada laa... semua dah tak ada dah nie bukan kata susut tak ada ulang tak ada... reti ka... tepong elek..beras mahai.. apa nie hangpa nie tau ka jaga negara urus negara...haru aihhh macam nie
KUALA KANGSAR 3 Mei – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih mentah dan tidak faham Perlembagaan negara apabila membuat keputusan menukarkan serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
TarakNama : amboi sedap aih kalau nak kata kat orang nie.. TAK PAHAM la TAK RETI la.. ingatkan kami para blogger yg dikatakan selama nie dok kata kat org rupa2nya sama jee... he he he
Apa yang hendak memperjuangkan sangat oleh kaum-kaum Melayu yang dikatakan pejuang bangsa dan pejuang bahasa itu?
Lihat sajalah betapa lumrahnya penggunaan bahasa Inggeris diseluruh negara, apatahlagi di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putra Jaya dan disekitarnya. Terpampang dimana-mana. Tak perlu disenaraikan. Terlalu banyak. Boleh pandang dan lihat sendiri.
Ini bukan baru. Nama-nama bangunan, nama-nama syarikat, firma, premis perniagaan, nama-nama jalan (contoh terbaik Presint sebagai nama jalan di Putrajaya - nak meniru macam di New York konon yang menggunakan Precinct pada nama-nama jalan). Itu sudah menunjukkan bahawa kita amat berbangga dengan penggunaan bahasa Inggeris. Penggunaan dalam pertuturan satu - ini tidak menjadi persoalan kerana ianya sebagai satu bentuk medium perantaraan disegi komunikasi, apatahlagi bahasa Inggeris sebagai satu bahasa perantaraan antara bangsa di seluruh dunia.
Satu lagi - Penggunaan bahasa Inggeris (sebagai bahasa asing - foreign language) dalam memberi lambang dengan mengekalkan identiti adalah satu persoalan yang harus di pertikaikan dan dikekang (dicegah). Identiti disini bermaksud dalam memberi nama pada satu-satu 'landmark' atau 'mercu-tanda' juga pada nama yang menunjukkan identiti negara kita (sebagaimana contoh Presint diatas). Tentang 'bangga' akan sesuatu pun seharusnya sekadar berpatutan dan berpada-pada - tidaklah sehingga terjejas akan identiti kita sendiri.
Melayu Melayu kita yang cinta sangat akan bahasa hinggakan sanggup memberi sekatan atau ruang yang sempit untuk generasi akan datang agar terperangkap dengan hanya penggunaan bahasa sendiri. Sedangkan bahasa Inggeris sendiri (bahasa antarabangsa) satu-s atunya bahasa yang digunakan dalam pelbagai rujukan (tambah pula subjek seperti Science dan Mathematics). Apakah kita yang Melayu ni sanggup melihat anak-anak generasi baru kita terpaksa meraba-raba mencari-cari makna dan maksud dalam rujukan terhadap subjek Science dan Mathematics yang sudah semestinya banyak yang terdapat kajian-kajian maklumat dalam bahasa Inggeris? Jika dan apabila mereka yang diajar dalam bahasa pengantar bahasa Melayu, sudah tentu terpaksa pula kena belajar juga penggunaan bahasa Inggeris dikemudian hari untuk memahami kajian-kajian seterusnya (extra-learning and for pursuing further studies like specialists and so on). Tidakkah itu dikira dah terlambat? atau bila dah terdesak, barulah tergesa-gesa mencari peluang untuk mempelajari bahasa Inggeris, sedangkan peluang yang ada sekarang memang boleh didapati dari awal lagi dibuang atau ditolak, semata-mata kerana untuk menjaga martabat bahasa Melayu, yang tidak sepatutnya dibangkitkan langsung.
Ini kerana apa yang sedang berlaku pada bahasa Melayu kini pada penggunaan secara menyeluruh, nyata sekali bercelaru dan berterabur dan memang tidak terurus sejak sekian lama lagi. Ini semua amatlah jelas dan nyata terbukti dan dapat kita semua menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dipersekitaran kita juga pada seluruh negara 'amnya.
Jadi, kenapa baru sekarang baru terfikir untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu? Kita kalau mengaku sebagai pejuang bahasa sepatutnya membersihkan dulu segala apa jua kotoran, kepincangan dan pencemaran bahasa yang wujud sekarang, yang berada didepan mata kita, dimerata pelusuk persekitaran dan negara keseluruhannya. Cuci segenap sampah kotoran yang bertaburan didepan mata, dihalaman persekitaran 'rumah' kita dulu. Bukan nak jaga benda atau perkara yang maseh belum berlaku (sama ada positif atau negatif) - kita perlu kena bersihkan dulu kotoran yang memang dah lama terpalit sejak sekian lama dulu. Tindakan itu yang harus di ambil terlebih dulu. Bila dah berjaya dihapuskan segala pencemaran dan nyata menjadi bersih, kemudiannya& nbsp;barulah boleh mendabek dada yang diri kita sebagai 'pejuang bahasa'.
Kenapa hendak memberi tekanan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek matapelajaran Science dan Mathematics, sedangkan penggunaan bahasa Inggeris sememangnya semakin berleluasa penggunaannya oleh semua peringkat lebih-lebih lagi dari kalangan orang Melayu sendiri (terutamanya yang kononnya bertaraf intelek).
Ini dapat kita lihat dan tontoni dimerata-rata majlis apatah lagi di rancangan-rancangan TV dalam pelbagai bentuk dan persembahan.
Pak pak menteri sendiri dan ahli-ahli politik Melayu kita pun apa kurangnya, masing-masing ghairah menggunakan bahasa Inggeris dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua maupun dalam pertuturan mereka. Jika tidak nanti dikata orang, mereka semua tu tidak 'English-educated' - jadi menjatuhkan martabat dan credibility mereka seolah-olahnya. Disini nampak puak-puak Melayu sendiri yang terasa martabat mereka jatuh disebabkan tidak pandai berbahasa Inggeris. Justeru itu, dimana kedudukan Melayu yang kononnya memperjuangkan martabat bahasa demi bangsa Melayu? Adakah itu semua hanya sekadar retorik sahaja? Nampak-nampaknya begitulah.
Dengan penggunaan istilah Inggeris di campur-aduk bersama bahasa pertuturan Melayu sehingga diterima pakai dengan begitu senang dan menyeluruh oleh orang Melayu kita sendiri, secara tidak disedari ianya sudah menjadi lumrah dan dengan sendirinya sudah dianggap relevan. Jadi, jika hanya segelintir sahaja pejuang bahasa dari kalangan orang Melayu kita yang kononnya bermati-matian kini untuk mempertahankan marua h dan martabat bahasa dan bangsa kita, tidak mungkin boleh mengubah kehendak dan kecenderungan majoriti. Mungkin tidak akan dapat sambutan menyeluruh.
Mengapa baru sekarang barulah sedar dan terasa untuk bangkit memperjuangkan semua ini? Sedangkan badan yang seharusnya dan sepatutnya menjaga dan mengendalikan kedaulatan bahasa Melayu (iaitu Dewan Bahasa Pustaka sendiri) pun tidak kisah dan tidak begitu ambil peduli dan ambil berat tentang kepincangan bahasa Melayu yang telah pun tercemar sejak sekian lama. Kini baru badan-badan seperti Gapena yang kononnya pejuang bahasa baru bangun dari tidur-lena, terkejut tersentak, baru sedar akan bahasa Melayu sedang menuju kemusnahan dan kehancuran? Kenapa apa yang berlaku dulu itu, mereka tidak nampak? Kenapa sekarang, baru nampak?
Satu soalan untuk para pejuang bahasa yang dikatakan pencinta bahasa Melayu dan 'Pejuang Melayu' konon-kononn ya - Sejak dari dulu lagi - kenapa anda sekalian tidak mempertikaikan nama atau jenama UMNO itu sendiri? U.M.N.O. singkatan kepada United Malays National Organization. Kan menggunakan bahasa Inggeris tu? Kan itu bahasa penjajah Inggeris yang menjajah kita sejak beratus-ratus tahun dulu? Kenapa diam membisu dalam isu seperti itu? Tunjuk lah kepahlawanan anda dalam memperjuangkan martabat bahasa dan maruah bangsa, sebagaimana yang senantiasa dicanang-canang dan dilaung-laungkan. Dimanakah langkah pertama dalam usaha perjuangan mereka semua?
Padahal isu yang dibangkitkan diatas (mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam nama singkatan UMNO itu sendiri) sepatutnya di perbetulkan dan dibubarkan jika bahasa Inggeris dianggap sebagai pengaruh penjajah yang harus dihapuskan dari minda pemikiran anak bangsa kita seterusnya. Dari situlah seharusnya langkah pertama dimulakan oleh mereka yang dikatakan pejuang bahasa dan juga pejuang bangsa. Mengapa ini tidak berlaku?
usahlah beria-ia sangat nak tonjolkan diri untuk mewar-warkan kpd umum/penonton yg media perdana (kerajaan) sudah memberi sikap 'keterbukaan'/"openn ess" dgn hanya sekadar memberi ruang/slot yg hanya memakan masa selama 15 min (ataupun di lanjutkan kpd setengah jam sekalipun) pun tidak boleh di buat "declare" dgn mencanang kepada seluruh dunia yg badan penyiaran RTM sudah bersikap 'terbuka'. Tak payahlah bermati-matian nak menunjuk kononnya begitu 'open' atau 'terbuka' , namun pada hakikatnya, tidak pun sampai ketahap sasaran yg dapat diterima umum.
Kalau dah tak mampu atau tak terdaya nak memberi ruang untuk sekurang-kurangnya selama satu jam (itu belum di tolak 'berehat'/ruang untuk iklan lagi) untuk jangka jadual 'seminggu sekali' itu, baik RENTIKAN saja. Buang masa - lagipun penonton yg bukan ahli parti Umno/BN sudah jelak dan tidak menggemari atau berminat sikit pun akan siaran-siaran dari RTM. Buang masa saja. Banyak kerja lain boleh di buat. Dan kecenderongan mengaleh ke media media lain pun banyak pilihan.
Jika siaran langsung (Live) seperti Blog di RTM1yg menampil mereka yg tidak menyokong atau mengampu/membodek kerajaan (Umno/BN), elok lupakan sajalah. Cara daya usaha pihak RTM memperkenalkan program Live seperti itu nampak macam 'hendak tak hendak' saja, seolah-olah memaksa diri untuk menarik perhatian rakyat sekaligus untuk mengambil hati rakyat yg telah tidak menyokong parti pemerintah (Umno/BN) semasa Pilihanraya Umum ke 12 yg lalu. Dan ianya juga untuk secara tidak langsung untuk memaksa orang ramai (penonton) menerima atau akur akan sikap RTM/kerajaan yg dikatakan sikap 'keterbukaan' itu.
Apa 'keterbukaan'nya? bila setiap apa yg sedang diberi sebelum habis ayat yg diucapkan oleh tamu yg diundang (contoh terhadap Raja Petra) tempoh hari, dgn menghalang, menyekat dgn cara memotong cakap dan cuba mengalih ke soalan atau ke topik lain dgn secara mengejut. Apa? Itu boleh diterima sebagai "bebas dan telus untuk memberi pendapat dan pandangan secara terbuka"? Jika sebarang pendapat dan pandangan yg di beri oleh pihak tamu blogger yg diundang agak menempelak kpd pihak kerajaan (Umno/BN) dgn mudah si hos diarahkan oleh pihak penerbitnya (dibelakang tabir) untuk mengalihkan kepada soalan atau topik lain. Jadi dimanakah yg dikatakan 'terbuka, bebas dan telus' itu? sedangkan segenap apa pendapat dan pandangan sentiasa disekat-sekat dan dihalang sekira ia menentang arus.
Ini juga termasuk rancangan-rancangan yg berupa siaran Live yg lain dimana seolah-olah pihak badan penyiaran RTM nampak 'reluctant' untuk memberi ruang yang lebih wajar dan berpatutan untuk kepentingan rakyat sekaliannya sebagai penonton dan juga untuk menarik bilangan seramai mungkin penonton untuk mengadap siaran yg disajikan oleh pihak RTM. Jika beranggapan semua rakyat yg mengundi pembangkang bukan rakyat Malaysia amatlah tidak wajar dan cetet sekali tahap akal pemikiran pihak RTM maupun pehak pemerintah. Jika marahkan pihak parti-parti pembangkang dan menganggap mereka sebagai musuh, jangan lah pula menganggap para rakyat yg mengundi parti pembangkang juga musuh kerajaan. Proses sistem demokrasi sememangnya memerlukan pihak rakyat sebagai pengundi membuat pilihan dalam proses undi mereka. Semua pihak kena terimalah hakikat itu.
Jika siaran secara langsung dalam perkara-perkara lain pihak RTM nampak bers ungguh-sungguh tambah pula dgn masa yang begitu panjang diberi, malah melebihi had kebiasaan, seperti majlis konsert hiburan atau siaran-siaran hiburan yg lain atau majlis penganugerahan untuk sesuatu badan hiburan kebanyakannya memakan masa lebih pada dua jam malah ada yg sampai lebih tiga jam pun pernah berlaku. Jadi, jika 15 minit atau setengah jam punya slot pun tidak boleh di beri tempoh yg agak dapat dilanjutkan (extend) kpd satu jam atau lebih, lebih baik dilupakan sajalah. Baik jangan diadakan. Tak payah memaksa diri supaya orang nampak kononnya pihak RTM atau pihak kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam hal itu (padahal ternyata jelas akan "reluctant" nya sikap sebegitu).
Alang-alang hendak menyekat, buatlah sekatan dengan sepenuh hati.
Jangan di adakan langsung. Tidak sesiapa akan membicara lagi.
BIDOR 1 Mei – Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bertindak membenarkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam semalam.
TN: udah la sabery oi.. tok sah dok kalut sangat siaq aja awat takut pekong BN terbongkaq.. ala dah lama dah aku dok tengok LIVE dari parlimen nie.. tak salah aku dah 1thn dan ada LIVE dr PARLIMEN guna internate.. memang macam tu pon kelaku AHLI PARLIMEN.. terutama pelakon yg popular tahun lepas.. iaitu tak asing lagi si Bong Radin, KINABANTANGA, JASIN serta si JERAI... puak2 nie ja dok hingaq tahun lepas.. awat ingat aku lupa ka kes 'BOCOR' yg riuh macam budak tadika tu... cool laa tok sah dok kalut sangat.. siaq aja biaq satu MALAYSIA dapat tengok perangai2 YB depa.. Nasib baik kabinet bagi lulus tadi jadi hg jgn dok buat gaplah jingga plak.. dok gatai nak edit sana edit sini.. siaq aja TERUS MENERUS...
KUALA LUMPUR 1 Mei – Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menggesa Kementerian Penerangan meneruskan slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam untuk memberi ruang kepada wakil rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing.
KOTA BHARU 1 Mei – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Kementerian Penerangan meneruskan siaran langsung sidang Dewan Rakyat walaupun ia hanya memaparkan lebih banyak kekecohan.
TQ sebab LULUS jgk..
Siaran langsung sidang Parlimen diteruskan
02/05/2008 5:04pm
KUALA LUMPUR 2 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk meneruskan siaran langsung persidangan Parlimen yang disiarkan menerusi RTM.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, siaran langsung itu hanya secara percubaan dan akan dikaji semula penyiarannya jika insiden seperti Rabu lalu berulang.
``Keputusan Kabinet itu dibuat bagi melindung imej Parlimen yang tercemar kerana tingkah laku beberapa wakil rakyat terutamanya dari pembangkang,’&rsquo ; katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan
ALOR STAR 1 Mei — Penduduk di negeri ini berhadapan dengan kenaikan harga antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan.... Berita Penuh
taraknama : BN.. Beras Naik.. BN.. Beras Naik.. malas nak ulas dah aihh.. walaupon lama tak ulas.. dok langut kepala tgk keliling aku lanie boleh dikatakan bendang kesemua.. TAPi haran beras tak dak.. KARUT aihh negera aku nie.. nie aku ambik kat blog KedahLanie rasa2 syok jgk bila tgknya...
Nasi Lemak yang dok tunjuk tu kira okey la ... ada berbungkuih dengan daun pisang jugak ... kira okey laaaaa ..... patutnya jika nak bagi lebih real dan ori lagi dia patut di bungkuih dengan daun pisang yang ijau saja ... baru real lagi ori lagi (kata oghang).
Jangan dok campoq aduk dengan kertaih surat habaq lama ka? kertaih minyak ka? atau lainlain jenih kertaih .... semua tu nampak tak lemak pada mata memandang. Tapi yang amat sedih lagi pilu ni - tentang Kopi-O tu - kopi-O di TV9 tak 'terangkat' langsung - kopi-O lagu tu punya jenih - mana ada 'kick' langsung kalau lagu tu? cayaq roi (kata oghang Kedah) - Aziz Desa (hang pun mai dari sebelah tu gak) - awat hang buat tak tau saja? Kopi-O yang cayaq roi lagu tu punya gaya - mana boleh mengiurkan? tengok pun tak teringin (nampak macam 'nescafe-O' adaaaa....lah).
Kira hang ni bukan jenih kaki telan kopi lah kalau macam tu - tak dak 'taste' kata oghang. Main telan saja apa yang ada depan mata - tak gitu? Kita, kalau nak show-off akan wajah-wajah kopi-O - kenalah tunjuk yang betoi-betoi 'kaw' punya - barulah kaki taik kopi tengok ada daya penarek yang ummmph punya - baguih punya 'real kick' punya. Barulah 'terangkat' kata member Penang. Ini yang dok tunjuk kopi-O cayaq roi macam tu kira macam 'main cincai-cincai pakai boh ikut-dan' saja (kata oghang Kedah).
Janji nampak macam kopi-O sudah. Tapi kalau kaki 'real taik kopi-O' tengok gaya kopi-O macam yang TV9 dok tunjuk dalam promo tu - mana ada 'class' punya .... tak dak standard langsung. Tengok pun tak teringin .... Ini kopi-O jenih cayaq roi - macam yang dok advertise tu nampak macam kopi-O warung mamak saja - kopi-O mamak - jenih kopi-O macam tu lah - kopi-O cayaq roi - mamak punya kopi-O mana ada 'kick' punya. Mamak cuma boleh specialise dengan teh-tarek saja - "mamak - teh-tarek syaaattttttuuuuuuu ......." . Teh-tarek mamak memang tidak boleh dipertikaikan ..... memang 'terangkat'. Cukuplah setakat tu puji mamak.
Ni Aziz atau lebih mesra (nama pendek oghang Kedah sebut Jid bagi yang bernama Aziz) Mana ada 'kick' punya kalau kopi-O lagu tu .... Jid oi ..... Jid desa kampung mana mai ni? Hang cuma pandai berceloteh saja ..... pandai dok tegoq oghang tu .... dok tegoq oghang ni .... cuba hang kasi tegoq kat pehak TV9 yang tak gheti nak promote kopi-O yang betoi-betoi punya real punya kopi-O.
Apa? tak berani? Takut nak tegoq depa tu ka? takut 'kerusi' tu kena rampaih pulak? macam yang terjadi di program Keluarga Di 9 dulu tu? Cakap saja berdegar-degar - nampak macam jenih 'tak mau kalah' [di Singapore disebut 'kiasu'].
Tapi yang jelas pada kita orang (oghang Kedah jugak - jangan bagi malu oghang Kedah - bikin leceh saja kalau lagu ni) - hang ni jelas dan nyata 'tak tera tegha mana pun'.
Berbalik kita cakap pasai kopi-O. Cuba hang peghati dan jegil beliak luaeh luaeh biji mata hang tu - hang tengok - di Malaysia kita ni - negara kita ni cukup poplar pasai dengan 'kedai kopi'. Yang syiok tu ... kaum Cina yang dok bolot pasai perniagaan 'kedai kopi' ni ..... kaum Melayu hanya pi dok telan saja .... melepak sampai berjam-jam .... depa sanggup punya. Kaum Cina yang dok berniaga sejak berpuluh-puluh tahun semua tu kira pakar turun temurun dari tok nenek moyang depa mai dari tanah besar Cina sana..... menjelajah mai kat bumi Semenanjung ni.... depa ni kira dah pakar dalam selok belok bancuh kopi (especially yang O tu).
Tak dak sapa boleh challenge apa? Kalau tidak tak jadi berlambak dan berselerak di merata ceruk kampung dan desa apalagi di kota dan bandar di negara Malaysia ni akan kedai kopi milik oghang Cina ... sampai la... la.... ni pun maseh kekal dengan style macam tradisi depa dulu-dulu jugak.
Hang cuba pi masuk kat kedai kopi depa la..... kedai kopi Cina punya la .... Hang order kopi-O satu ...... tengok standard kopi-O depa (tak kira apa 'brand' punya kopi) - dia punya 'taste' semua standard punya. Seluruh negara kira taste kopi-O yang Cina kedai kopi punya bancuh semua sama standard saja...... depa maintain .... kira depa pakat jaga sesama kaum puak depa .... tidak ada perbezaan dalam segi nilai produk hasil buatan sesama sebangsa supaya tak dak dengki mendengki antara mereka ..... bukan macam kita oghang Melayu (yang lumrah dgn sifat dan sikap dengki mendengki .... betoi apa!).
Kopi-O depa kalau tak berapa kaw pun tak lah cayaq roi macam yang dok nampak dalam promo di TV9 Nasi Lemak Kopi-O punya siaran tu. Kopi-O depa adalah betoi betoi punya rasa taste of kopi yang betoi betoi kopi. Kopi-O kaw - berasap panas naik wap (steam) sekali sip dgn rasa pahit-pahit manis - manis-manis pahit ..... dgn pekat, padat, solid taste of kopi-O dgn real punya aroma - fuuuuhhhhh - itu yang best tu ..... mau tak baguih punya Melayu Melayu sanggup pi dok melepak berjam-jam kat kedai kopi Cina (lebih dikenali sbg 'kopitiam'. Padahal suku kaum Cina bukannya taik kopi pun ..... depa punya minum kegemaran adalah 'teh' - sejak dari golongan tok nenek moyang depa dari tanah besar Cina lagi dok pulun pekena teh. Itu yang poplar dikalangan depa iaitu minuman 'Chinese Tea'.
Tapi hairan ya? Depa ni boleh dominate perniagaan kopi dengan membuka perniagaan yang diberi nama 'kedai kopi' dan bukan 'kedai teh'. Yang dok nampak dinegara kita .... ada ka kaum Cina ada dok buka perniagaan 'kedai teh' ? mana ada? ...... kedai kopi banyak la... berselerak dimerata-rata kita boleh nampak.
Nampaknya depa juga adalah 'master' dalam bidang ini selain dari banyak bidang yang lain lagi. Selain dari itu, Melayu kita yang agak jenih 'hidung tinggi' sikit yang agak 'merak buih' atau yang punyai ego yang meninggi - sudah pandai nak ubah angin ..... iaitu nak tukaq gaya cara 'melepak' konon kononnya.
Melayu nak katakan ... kalau pasai nak berlagak ... bergaya .... serah kat Melayu lah ... "bior papa asalkan bergaya" ...... biasaaaaa laaaa ..... Tengok perihal nak ikut selera kaum Melayu ... sampai hotel hotel bertaraf 5 ... 6 .... bintang sehingga sanggup mewujudkan ruang legar untuk para pelanggan (client) terutama dari kalangan Melayu sebagai pengunjungnya untuk di adakan satu ruang yang dinamakan "Coffee Lounge" yang lebih selesa dan digemari ramai orang Melayu.
kita memanggilnya dengan sebutan "Coffee-House" Lounge ..... waaaahhhhh .... betapa hebat sungguh bunyinya .... dan ber'glamor' lagi dengan sangat canggih akan suasana dan 'environment' nya bila kita berada di ruang legar hotel hotel yang masing masing berlumba-lumba antara mereka untuk berebut-rebut menarik minat pelanggan orang-orang Melayu yang gilakan taraf hidup yang bergaya walaupun bergaya dengan lebih bergaya hebat dari cara tradisi lama macam juga 'melepak di kedai kopi' style dulu dulu.....
Tapi kini dalam gaya baru yang lebih nampak hebat dan ber'glamor'. Walaubagaimana pun, kopi-O di "coffee-house lounge" di hotel hotel lima enam bintang tu semuanya jenis dimasak atau kopi dibancuh secara main "push button" .... semua main "automatic switch" memanjang ...... mana boleh lawan dengan yang di kopitiam punya style tu ..... iaitu di kedai kopi Cina .... mana boleh challenge kopi-O di kedai kopi yang dimiliki oleh bangsa Cina tu .... iaitu kopitiam punya 'taste of kopi-O'.
Patutlah bangsa Cina boleh 'survive' ..... boleh hidup dengan cari makan dengan buka kedai kopi sahaja (berlambak-lambak) berselerak dimerata-rata di negara kita ni. Cuba ambik peghati tengok .... jegil jegil .... beliak beliakkan mata ..... Melayu dok asyik berlagak .... puak puak Cina juga yang dok buat duit ...... fikir fikirkan. Hang tu Jid ..... jangan dok asyik leka bercerita saja ....... dok ralit merepek memanjang .... merepek tak menentu ....... kadang kala hang ni Jid ..... dok cakap merepek yang bukan bukan.
Naik cemuih (ada member dok kata yang oghang Peghelih suka kata macam tu). Oleh itu .... jangan hang tu 'over' sangat .... nanti depa naik cemuih .... mula depa nanti kutuk hang pulak ...... mula 'kerusi' hang duduk tu mula naik goyang ..... dah rasa tak stable lagi ...... bergoyang la tu. Itu la ....... aku di sini cuma nak tolong bagi tau .... nak tolong habaq bagi kat hangpa pasai kopi-O ..... yang betoi betoi punya kopi-O ...... real punya. Bukan yang TV9 dok tunjuk tu. Jangan dok jaja kopi-O saja pandai ..... tapi oghang tengok tak nampak real punya kopi-O dalam erti kata sebenarnya. Kopi-O yang real ialah kopi-O yang 'kaw' punya - tak kira apa jenis 'brand'nya ...... nak habaq bagi.
Sekian, jangan marah dan jangan melenting hingga naik melatah tak ketahuan hala pulak jadinya. Salam