Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter
    TOP 10 tBlog


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     MALAYSIAN BLOGS
    A Kadir Jasin
    ABIM
    Aisehman
    Aliran
    Anwar Ibrahim 3.0
    Buletin Online
    Cetusan Minda
    Diari Pemantau Media
    DJ Novin
    Faisal Mustaffa
    Gelanggang Keris Silau
    Generasi M
    GERAK
    Gerbang Ruhanie
    Gobala23
    In-human Rights
    James Wong Wing On
    Kassim Ahmad
    KMU Dot Net
    Laman Marhaen
    Lim Kit Siang Blogspot
    M Bakri Musa
    Mahaguru58
    Malaysia Watch
    MCOBA Blog
    MCOBA Offside
    MGG Pillai
    Minda Madani
    MyIslamNetwork
    Peace Palestine
    Peguampas
    Rocky's Bru
    Roslan SMS Corner
    Sabah Talk
    Sang Kelembai
    Sarawak Talk
    Screenshots
    Suaram
    Teng Chang Khim Online
    The Haj Journey
    The Malaysian
    TKC Old Girls Blog
    Umno Reform
    Ummah Online
    Wengsan's Blog
    When Perak meets Pahang
     
     

    CaKAp BANYAK tak MAU.. JOM TURUN PERMATANG PAUH...
    08.01.08 (2:20 pm)   [edit]

    Kepada semua tak kira geng PR @ BN jom kita TURUN.. sembang banyak tak GUNA... GELANGGANG dah dibuka.. LANIE MOH KITA KE PERMATANG PAUH....

    Berok KJ diam ko tok sah dok bebel banyak... SESUMPAH diam ko... SILA BAWAK SAMA KOTAK2 yg hang dok CANANG dulu... awat cek dah lupa kaa??? 

    KITA TENGOK SIAPA YG KENA...!!!!

     
    CERAMAH TERKINI...
    07.29.08 (3:12 pm)   [edit]

     

     
    JANJI pon dah jadi GIMIK POLITIK...
    07.29.08 (2:49 pm)   [edit]

    Andai tak nak beli tak mengapa... berikanlah apa pon alasan belambak lagi alasan yg ada diatas muka bumi nie.. jangan lah buat statement bangang macam nie..contoh habaq pie laa...

    • Nak kena tengok heli camna dulu...
    • Nak tengok quatation dulu sesuai ka tak..
    • Tunggu laporan HOSPITAL kekerapan perlu digunakan heli nie...
    • dan macam macam lagilah...

    nie tak... pie habaq kata...GIMIK POLITIK tu apahal... buat sakit HATI jaa bila bacanya... nie gimik POLITIK sapa... sapa yg dok BERJANJInya... JIKA dah berjanji kena TUNAI laa... nanti kami buat report macam mamat seorg kat SELANGOR yg pie report sebab Kerajaan Pakatan Rakyat tak tunai janji... lagi penin pak POLISI nak bekerja...

    Alahai mudahnya mereka janji tinggal janji...

    Tiada heli ambulans di HL

    #fullpost {display:none;}
    ALOR STAR 28 Julai – Hospital Langkawi (HL) tidak akan menerima bot khas atau sebuah helikopter seperti yang dijanjikan sebagai kenderaan kecemasan untuk membawa pesakit dari pulau itu ke hospital di tanah besar.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kementerian tidak mampu untuk menyediakan bot khas dan sebuah helikopter semata-mata untuk keperluan seorang atau dua pesakit sahaja.

    “Kos untuk membeli helikopter yang mencecah RM3 juta itu boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pesakit lain.

    “Lagipun, ia bukan keutamaan kepada kami. Cadangan pembelian helikopter tersebut mungkin sekadar gimik politik sahaja,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

    Laporan akhbar pada 3 Mei lalu memetik Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, HL bakal menerima bot khas dan sebuah helikopter sebagai kenderaan kecemasan bagi memastikan penduduk di pulau berkenaan mendapat rawatan kecemasan yang sewajarnya.

    Malah, Tiong Lai turut memberi jaminan untuk mengkaji perkara berkenaan dan berharap penduduk Langkawi tidak perlu risau kerana pihaknya akan memastikan kenderaan terbabit disediakan secepat mungkin.

    Ini berikutan penduduk Pulau Langkawi terpaksa menggunakan bot penumpang bagi membawa pesakit ke HSB di sini yang mengambil masa lebih daripada sejam.

    Menurut Abdul Latiff, masalah kekurangan pelbagai kemudahan di HL merupakan perkara lama kerana tidak semua pesakit di hospital berkenaan memerlukan bot.

    “Bukan semua orang pakai (menggunakan) bot dalam sehari, lagipun dalam setahun dua tiga kes pun tak sampai,” ujarnya. - utusan

     

     
    Alahai EZAM...!!!!
    07.29.08 (2:36 pm)   [edit]
    Sekarang nie jika nak popular dan terkenal kena ambik jalan nekad... ibarat seperti masuk AF ka.. masuk GANG STARZ ka.. masuk PARTI UMNO ka.. ngaku kena LIWAT ka.. kutuk PM ka.. kutuk TPM ka.. ngaku boh BOM C4 ka.. JADI isu mamat EZAM nie pon KIRA macam nielah jugak... JIKA nak gambaq dan cerita dok FRONT PAGE surat HABAQ ka.. kena buat satu benda yg berlawanan ARUS laa.. seperti menawarkan diri nak lawan ANWAR nie... kalau tak ada staetment  camnie usah mimpi la nak dok muka depan surat habaq... apa kata dia buat statement seprti zaman dulu kala iaitu cth..
    • EZAM DEDAH laporan FAIL SULIT rasuah Rafidah Aziz
    • EZAM DEDAH rasuah Rahim Tamby Chick
    • EZAM DEDAH keluarga MENTERI bla bla bla RASUAH
    • EZAM buat laporan POLIS mengenai kes MERCEDES di T'ganu..
    • EZAM buat laporan POLIS rasuah seorang kerabat PM..
    ini sebahagian dari contoh2 laa... jika macam nie punya statement INSYA'ALLAH taklah ko di panggil sesumpah seperti skrg ini... Alahai EZAM oi...
     
    UTUSAN MALAYSIA...
    Ezam sanggup lawan Anwar di mana saja
    PETALING JAYA 28 Julai – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mana-mana pilihan raya kecil yang akan diadakan di negara ini.
     
     
    HENTIKAN MUZAKARAH..!!!
    07.23.08 (1:33 am)   [edit]

    Selepas cerita bab UMNO aku nak cerita semula bab MUZAKARAH nie... selepas aku beristikharah dan selepas baca sana baca sini dan buat penilaian aku dari apa yg aku kata sebelom ini dan apa yg aku baca dari pimpinan kata dan sahabat handai semua tulis lalu aku merasakan dari pandangan aku yg tak seberapa ini baiklah hentikan sahaja bermuzakarah dengan UMNO nie... mereka ini sebenarnya aku tengok seperti tak ikhlas... aku kata macam tu kenapa... sebelom ini PAS dah kena 1-0 sebab paklah bertindak awal beritahu 3x pertemuan dah diadakan... lalu terkapai2lah pimpinan terpaksa membuat kenyataan...

    Alhamdulillah so far dapat lah menjernihkan keadaan buat seketika... namun kini aku tengok selepas kenyataan dari khir toyo plak... aku merasakan golongan-golongan ini sekadar ingin memporak perandakan kita semua sahaja dalam pakatan rakyat... dan yg utama dalam parti PAS itu sendiri...aku katakan begitu kenapa dalam nak bermuzakarah nie pon dah jelas si khir nir masih sayangkan UMNO dan ideologi2 partinya dan mustahil mereka dapat menerima wadah yg kita bawa ini.

    Cukuplah apa yg terjadi sebelom ini biarlah terjadi dan usahlah diteruskan lagi agenda muzakarah ini... benar seperti kata ustaz idris yg PAS Melukut Di Tepi Tong Taik Kalau Dalam BN . Oleh itu marilah kita fahami betul-betul apa yg dikatakan oleh TGNA sewaktu ditemuramah oleh wartawan berkaitan perkara ini... dan ingatlah akan pesanan beliau dimana jangan di patuk kedua kali... 

    Jadi pakat fahamlah semua... andalah semua yg bawak kami dalam wadah perjuangan ini anda semulah yg berikan kata-kata semangat kepada kami anda semualah yg menyebabkan kami sanggup berkorban jiwa dan raga demi perjuangan ini... pada aku kata-kata ini tetap menjadi semangat perjuangan ini...

    "Saudara-saudara sekalian, Percayalah! kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang Barisan Nasional, bukan kerana nama Barisan Nasional. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah....  "

    dan juga dengan apa yg dikatakan oleh TGNA dimana PAS akan dibubarkan andainya UMNO benar nak laksanakan ISLAM. Jadi GUNALAH AKAL UNTUK BERFIKIR............

     
    Ku Li Presiden & Muhyidin Timb. Presiden..!!!
    07.22.08 (1:53 am)   [edit]

     

    http://umnoauckland.co.nz/Images/logoumno2.gif

     

    Amacam tajuk aku ada best tak...? kali nie aku nak tulis kesah rumah tangga UMNO plak... bukan apa aku tengok lanie UMNO pon 2x5 ja cakapnya... masa kalah dulu bukan main hangit sembang dan canang sana canang sini... kita kena buat perubahan... kena tukaq mana yg tak kena... kena buang mana musang berbulu ayam... macam-macam la kena itu kena ini... semua tu semuanya dicadangkan bagi nak elok UMNO... yg pencen yg kalah yg menang yg veteran... semua bercakap senada dan seiring.... sampai bekas presiden pon umum keluaq UMNO sebab tak suka punya pasai...he he he ... itu dulu laa.. sewaktu terkena terjahan TKO PRU12 dulu....

    Namun kini semua tu dah tak dengaq dah suara-suara yg berdegar2 tu... entah pie mana pon tak tau... tapi yg dengaq la nie keset lama diulang semula... jangan lawan presiden.. kita kekalkan apa yg ada.. kita sokong cadangan tersebut.. bla bla bla.... lebih kurang macam tu laa... TAPI yg tinggal dok meraung-raung sekarang cuma Ku Li seorang sahaja dan yg dok sorong papan tarik papan pak muhyidin kita....

    Lanie aku cadangkan kepada team UMNO apa kata hangpa angkat depa nie plak... Ku Li Presiden & Muhyidin Timb. Presiden... amacam cadangan aku... hangpa ada berani nak buat cadangan kat mesyuarat cawangan kaa... bukan apa lanie aku tengok AHLI mebuak-buak perasaan tak suka tetapi pak ketua-ketua nie semuanya macam dah 'kena' aja ... cuba tengok lanie boleh dikatakan pak menteri yg ada jawatan kat bhgn masing dah buat kenyataan yg tetap sokong presiden yg dok ada... ini macam nak jaga bontot jaa... cuba tengok plak Gua Musang sana bukan main berani usulkan Ku Li jd presiden ini sebab Nor zula tu bukan ada jawatan apa pon jadi tak heran la dia apa yg nak jadi kedepan hari.. pastu dia pon kira tergolong dlm kategori org gedebe jgk...

    amacam... ada setuju.. andai setuju angkat tangan... he he he....

     

     
    Penin aih kelaku hangpa.....
    07.21.08 (8:30 pm)   [edit]

    Adus makin tak keharuan dah negara aku lanie.... bukan apa aku kesian kat POLIS-POLIS yg bertugas... tambahan lagi yg terlibat dengan kes mainstream spt isu kes berkaitan DSAI dengan KETUA POLIS NEGARA.

    dulu DSAI pie report polis pasai KETUA POLIS NEGARA terlibat kes lama dia... pastu pakat dok sembang macam2.... siapa nak siasat siapa... berani dak siasat ketua sendiri... bla bla bla....

    Tup Tup hari nie ada report baru plak....

    KPN fail saman fitnah terhadap Anwar

    21/07/2008 11:57am
    KUALA LUMPUR 21 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadapnya semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

    Saman tersebut difailkan melalui firma peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Tiada jumlah ganti rugi dinyatakan dalam writ saman tersebut.

    - Utusan

    Aku bukan apa aku naik penin dok pikiaq nie... kes yg DSAI report tu dah sah ka terbukti BERSALAH @ TIDAK... jika dah sah dan sahih terbukti sebagai fitnah oleh DSAI maka report POLIS nie aku tak heran laa... tapi yg dok pie buat report bertindan nie apasal... lanie nak siasat yg mana satu.... step by step laa jangan buat terbalik kuang dan penin sana penin sini nie... nanti rakyat lagi penin tengok kelaku hangpa...

     
    Mercedes versi tarakNama
    07.21.08 (8:20 pm)   [edit]

    mercedes la plak....

    nie aku ambik balik kes lama dimana waktu PAS umum mau beli mercs dulu... masa tu apa puak2 sana kata...hangpa pikiaq sendiri laa..

    Kerajaan Kelantan Akan Membeli 8 Buah Mercedes Lagi?

    Membaca artikel "Kerajaan Kelantan Akan Membeli 8 Buah Mercedes Lagi?" membuatkan hati saya sangat hiba terhadap segala tuduhan yang telah dilemparkan. Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan Islam ini dipenuhi dengan ujian-ujian. Teringat ayat Al-Quran yang mafhumnya:

    "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan KEDENGKIAN dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS 59:10)

    Marilah kita cuba berfikir dengan fikiran yang terbuka terhadap isu ini. Sebagai orang yang hendak mendaulatkan Islam, bila berlaku sebarang perselisihan faham tentang sesuatu, marilah kita kembali kepada Al-Quran, Al-Hadis dan sunnah Rasulullah untuk menyelesaikan isu ini. ... selanjutnya...

    lanie ken akat Ganu plak mau beli mercedes nie... alahai nasib nasib.....

    ini ada satu komen kat ganukite...

    Dulu semasa kerajaan Kelantan beli kereta mercedes recond, ganti Perdana V6,  pemimpin BN tempelak dgn alasan membazir. Alasan kerajaan Kelantan juga sama dgn MB Teganu ni iaitu kos penyelenggaraan Perdana V6 tu terlalu mahal.

    Jadi sekarang jangan pula kita tempelak dia orang (Teganu) sebab dulu kita yg buat. Cuma bezanya kita beli kereta recond dan dia orang beli baru. Kalau saya, lebih baik beli yg baru yg pasti condition baik.

    Apa pun, kita orang PAS dan PR kena belajar jadi rasional, jangan bangkang semua yg orang lain buat, sebab bimbang-bimbang terkena kita balik. Nanti orang bertambah meluat dgn kita bukan nak mendekati kita....

    bagi aku taraknama senang aja... Berani buat berani tanggung... Ada alasan kukuh ada duit kukuh hangpa beli laa benda ada duit ada... TAPi kalau nak belagak dalam rakyat dok sengsara nie... TUNDA lah dulu... masa Kelantan dulu aku berpandangan ekonomi 2thn lepas bukan macam skrg... jika dalam keadaan skrg nie tentu Kelantan pon pikiaq 2,3 kali nak beli atau tidak... jadi pakat2 pikiaq laa apa yg patut apa yg elok.....

    • Kabinet bincang isu pembelian Mercedes oleh kerajaan Terengganu
    • Kenapa kereta mercedes?

     

     
    MUZAKARAH versi TarakNama pulak..!
    07.21.08 (12:03 pm)   [edit]

    MUZAKARAH ohh MUZAKARAH....

    Penin aihhh awat lepas atu tajuk satu tajuk dok bincang kat Malaysia nie... start dari HARGA MINYAK NAIK... tukaq pie EZAM MASUK UMNO..pastu pie plak TAJUK LIWAT...dan masuk plak tajuk PAKLAH SERAH KUASA 2010... dan lanie mai plak TAJUK MUZAKARAH.... last tajuk utama...MINYAK NAIK BARANG NAIK RAKYAT SEMAK JIWA DAN RAGA nak hadapi semua tu... para pimpinan parti POLITIK still sembang pasai POLITIK POLITIK POLITIK.... entahlaaa...

    OK bab MUZAKARAH...1st aku tengok PAS dah kena 1-0 dgn UMNO... sebab dok cuba nak sembunyi2 last P.Lah habaq dah 3X jumpa semalam dan hari nie baru nak keluaq kenyataan yg PAS penah jumpa UMNO .... yg dok sembunyi apasal... habaq jaa kat ahli... tak laa ahli dok bisingnya... lanie cuba tengok aku sependapat dengan HUSAM bab nie.. nie kira POLITIKAL MILLAGE kat UMNO....

    Pada aku nak MUZAKARAH tak ada hal... jumpa pie laa tapi kena bijak laa macam TGNA kata...kita kena hati-hati supaya tak kena patuk kali 2 ...tapi dalam dok hati-hati pon P.Lah dah patuk dah... alahai nasib... bagi aku bab jumpa nie tak kesah ini pon kira salah satu jalan ke PutraJaya lah jugak... PKR dok deal cara diam... tapi PAS kira hebat laa siap dapat masuk TV3suku lagi.... pada aku jika PAS tetap dengan pendirian mereka yg mana ISLAM itu yg utama ... insya'allah tak kemana MUZAKARAH dengan UMNO nie.. pi mai pi mai tang tu jaa... andai UMNO tetap dengan perangai nak mempertahankan agenda POLITIK USANG mereka tu... Insya'allah hangpa percayalah.

    TETAPI jika pimpinan GELAP mata dan TERMAKAN UMPAN jawatan seperti yg di katakan oleh satu blog tu ianya boleh dikirakan sebagai satu pengkhianatan kepada wadah POLITIK yg di perjuangkan oleh PAS selama ini...

    JADI pesanan TARAKNAMA... ber MUZAKARAH dengan baik... dan sampaikan ISLAM itu dengan sejelas2nya kepada GOLONGAN2 UMNO yg berjumpa tu.. dan JIKA MEREKA MENOLAK terpulanglah kepada mereka... dan yg jelas dan nyata kita dah sampaikan PESANAN itu kepada MEREKA....  dan andai kata MEREKA sudi ajaklah mereka BERSATU atas ISLAM... asas wadah perjuangan KITA bukan wadah perjuangan MEREKA.... Insya'allah kita tak akan dipersalahkan oleh anak cucu kita masa hadapan nanti dengan apa yg kita lakukan ini... ALLAH HUAKBAR.

     
    DNA 1000 thn boleh boleh la plak tapi 10 thn tak boleh pulak.... alahai nasib2....
    07.20.08 (9:03 am)   [edit]

    Tu dia nak sembang pasai DNA sangat... hari nie tuhan bagi satu tajuk khas kat puak2 dunggu yg dok buat bodoh apa itu DNA... yang dok kalut nak ambik DNA baru apahal... nie dia dah 1000tahun pon DNA tu nasih boleh di tentukan usianya....

    TAPI yg dok kalut nak DNA anwar sekali lagi apahal... DNA yg 10thn dulu tu dah tak boleh pakai dah kaa... 1000thn boleh takkan 10thn tak boleh pulak.... alahai nasib2....

    Sentral: 3 gigi manusia prasejarah dikaji

    Oleh Mohd Azis Ngah


    PENEMUAN: Dr Shahrul (kiri) dan Dr Sahidan (dua dari kiri ) melihat tapak penemuan rangka manusia prasejarah berusia lebih 1,000 tahun di Pulau Kalumpang, Kuala Gula dekat Taiping.

    Dua pakar DNA dari UKM analisis sampel ditemui di Pulau Kelumpang

    KUALA LUMPUR: Sampel tiga batang gigi manusia prasejarah yang ditemui di kawasan paya bakau di Pulau Kelumpang, Kuala Gula, dekat Taiping, minggu lalu, kini dikaji pakar Asid Deoksiribonukleik (DNA).

    Kajian dijalankan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bio Sains dan Bio Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shahrul Hisham Zainal Ariffin bersama seorang lagi pensyarah jabatan sama, Prof Madya Dr Sahidan Senafi.

    Laporan awal pakar percaya rangka manusia itu berusia antara 1,000 hingga 2,000 tahun.

    Dr Shahrul berkata, sampel gigi itu akan diserahkan kepada pakar gigi di UKM untuk dianalisis dan jika maklumat DNA boleh menentukan usianya, ia sudah memadai untuk mendapatkan maklumat manusia prasejarah berkenaan... (selanjutnya........ )

     

     
    Alhamdulillah.. TEORI anwar jugak di pakainya..!!!
    07.18.08 (1:05 pm)   [edit]

    Alhamdulillah..nampak idea dato seri anwar depa dah sudi nak laksanakan walaupon dalam debat tempohari macam bodoh sombong aja kelakuak si shabery tuu... nampaknya teknik pengurangan kadar kuasa IPP yg terlebih sebanyak 1oookWt dikurangkan kadar penghasilan dia... 

    nampaknya idea bernas nie jugak diambilnya... tak megapalah janji untuk kesejahteraan rakyat jelata... kini kita tengoklaa plak hasil drp pengurangan kos tu di belanjakan kemana.. andai masuk ke perut jerung jugak nampaknya sia-sialah semua... namun bersangka baik insya'allah kerajaan akan membelanjakan kesemua tu untuk kesejhteraan rakyat nya... tak caya tanya pak lah... he he he

    Dewan Rakyat: Margin tenaga elektrik diturun

    Laporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Norliza Wasilan dan Nor Azma Laila




    Tindakan bagi jimatkan perbelanjaan ditanggung kerajaan menjelang 2014

    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.

    Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

     

     
    LAPORAN POLIS - kenapa susah sangat nak bagi..???
    07.18.08 (12:29 pm)   [edit]
    laporan polis si saiful tu awatnya susah sangat si anwar nak tengok... awat masa si saiful tu buat laporan dia tak copy kaa laporan polis tu..setahu aku laporan polis nie bukan confidential pon...dah tentu perepot dah ada salinan dia maka pihak polis tentu tak susah kot polis nak bagi salinan depa...apa yg buat susah sangat nie... bagi sajalah... kita tengok anwar ak bagi alasan apa lagi dengan pihak polis tentang kerjasama... nie sampai tak bagi langsung tengok salinan dia apahal... tentulah pihak tertuduh nak tahu jugak apa yg terdapat dalam laporan tu.. bila kejadian tu.. dimana kejadian tuu.. siang ka malam kejadian tu... jam berapa kejadian tuu... tentu semuanya tercatat dalam laporan si saiful tuu... andai semua tu tak ada itu bukan laporan polis nama nya... dah ko kena torron juboq tentu ko tahu bila mana masa tempat akan kejadian tersebut... jangan hanya buat laporan.. saya diliwat oleh bla bla bla.... pastu detail tak ada...laporan apa kejadahnya tuu... lepas tu yg teruk nak kena cari bukti dan alasan si tertuduh... nak bagi alasan apanya tempat masa waktu kejadian haram tak tau.... mampos la macam nie... jika macam nie punya kes... seperti filem TAMIL jaa... lanie apakata POLIS bagi salinan repot si saiful tu kita tengok apa anwar nak jawab pulak...
     
    Shabery plz resign.....
    07.16.08 (2:12 am)   [edit]

    antara komen-komen mengancam!

    komen 1

    Alhamdulillah…
    Rasanya saudara pak menteri itu kena debat tajuk lain….”Zaman Ku Belum Baligh”… masa tu baru boleh singkap sejarah dulu kala…zaman tak pakai seluar pun blh cakap…zaman curi rambutan jiran masa balik sekolah…

    Debat sebentar tadi pasal minyak petrol Shabery oiii… yang ko criter zaman 1974 tu apsal…. Ko ni tak ngaji abis kot… Ko tau ke taubat manusia dengan Allah Taala. Ke “tau buat” jer… tau buat orang sakit hati… Ni tidak… criter 34 tahun lampau. Allah pun terima taubat hamba. Ko ni masih ungkit2… Asyik nak serang peribadi org jer. Ni la dia…spesis AMENO. kerja dia sangka buruk kat orang. Tak abis-abis. Nasib baik orang tak criter masa ko lahir dulu telanjang tak pakai baju…amacam, ko nak jawap aper.

    Topik tadi nak turun harga minyak. Dia ambik kesempatan pulak. Aku nak ko letak jawatan esok. Tapi, wahai sahabat sakalian, percayalah…percaya lah…percayalah( lebih kurang ayat shabery tadi..) mesti surat khabar / pak loh bedawi / dan ulasan media tunggangan Umno kata shabery baguih…Penipu punya kaki…marah wooo… cekik kedarah punya orang. Dia tak pikir minyak naik harga barang naik. Rebat tunai tu untuk org ada kereta / moto jer. Abih tu…org kampung tu, mana dpt rebat.

    Apapun, kita nampak dengan jelas…sebentar tadi selesai satu perdebatan di antara seorang pemimpin berjiwa rakyat dengan pemimpin putar alam.

    Anyway…Congratulat ion DSAI. And…Shabery, don’t forget, tommorow pls resign!

    komen 2

    A: Gelanggang ini dimanfaatkan sebaik2nya oleh sdr Anwar bagi menerangkan sebahagian kecil manifesto atau ‘mini pakej’ PR untuk kesejahteraan umat Malaysia amnya. Pada dasarnya, tiada suatu urusan pun yang dibawa oleh sesuatu gagasan, melainkan ada manfaat di sebaliknya. Justeru, bilamana gagasan tersebut ternyata membebankan majoriti penghuni Malaysia khususnya, maka ia mestilah merubah perlaksanaannya sendiri atau ia perlu ditukar kepada gagasan lain.

    S: Kelihatannya hujjah sdr Shabery berusaha sedaya upaya mempertahankan kedudukannya dalam kabinet berbanding sebab2 secara releven mengapa pemerintah sekarang terpaksa menaikkan harga minyak. Justeru, beliau lebih menyerang peribadi Anwar sehingga melemahkan nilai hujjah beliau dalam mempertahankan dasar2 pemerintah. Kurang cerdik watak ini sebagai tokoh.

    A: Pengalaman & perjalanan sdr Anwar dalam menempuh ranjau perjuangan [dalam menegakkan HAQ] jelas memberi ‘debit’ kepada beliau untuk mengupas isu2 tertentu demi kebaikan negara. Lazimnya, orang yang banyak menelan keperitan dalam berjuang sememangnya terserlah sifat ‘Fitrah Keinsanannya’ bukan terbawa2 naluri ‘kebinatangan&rsquo ;.

    S: Sdr Shabery pula berjuang dalam arus yang selesa sehingga ‘tidak memahami’ intitpati dan tajuk debat. Ternyata akibat keselesaan inilah yang terpaksa ditelan oleh umat Malaysia kerna memilih perjuangan orang yang memerintah kita yang tidak suka akan keperitan. Maka jika berlaku persekitran yang duka, maka mereka ini menghala keperitan tersebut kepada rakyat serta-merta.

    A: Jelas pendirian sdr Anwar suka ‘melawan’ arus luar dan dalam negara yang memberi tekanan kepada orang2 yang dijaganya. Justeru, soal minyak dunia naik meskipun ada negara lain menerima kesan, merupakan masalah yang boleh dilawan atau paling tidak dapat dihadang kemaraannya.

    S: Pendirian sdr Shabery pula cepat panik sehingga menuruti kehendak persekitaran luar negara yang tidak sihat sebagai alasan ‘menghalalkan&rsquo ; kemudharatan kepada rakyat. Sikap ini tidak sesuai ketika berada di perbatasan ‘perang’, nampak sahaja senapang musuh orang lain pula ditolak ke depan.

    PS: Ikhwan sekalian, manfaatkanlah ruang yang Allah ciptakan ke atas kita dengan sebaik2nya, generasi kita hari ini adalah harapan kepada generasi masa hadapan. Jangan sekali2 ruang ini kita gunakan untuk membunuh persepakatan kita, isu2 perselisihan hendaklah ditangani dengan tolak-ansur dan bermaafan.

    Saya berharap agar debat ini tadi menjadi titik tolak kepada PR bagi mengukuhkan manifestonya. Kepada pemerintah, orang yg benar2 jujur dan ikhlas sekali2 tidak akan menolak sesuatu yang dilihat baik meskipun ianya teori semata.

    A=Anwar ; S=Shabery

    komen 3

    pu3imaneisya
    Jul 15th, 2008 at 11:37 pm

    Salam buat DSAI. Sekarang ni aku tengah tengok lagi siaran tertunda DEBAT yang disiarkan tadi. Tak puas rasanya tengok dan aku nak fahamkan betul2 diri aku ni sebab aku dibelenggu persoalan. Apakah aku yang tak pandai memahami tajuk atau si wakil lagi satu tu yang dah overdose punya lari tak cukup dewan tentang tajuk yang ditetapkan. Memang menyimpang siur dari tajuk yang dah diberi. Tak sudah dengan serangan peribadi… demostrasi jalananlah.. konsert tak senonohlah… sejarah BALINGlah.. dan tah apa-apa tah lagi… lain yang ditanya, lain yang dia jawab. Tu kes tak ada idea dan point nak jawablah tu. Orang beri tajuk pasal pasal minyak, dia bawa contoh Venezuela… nak beritahu yang dia baru balik dari sana… Aku suka nak nasihatkan, tolonglah buat homework tentang tajuk. Begitu juga dengan prof tu… minyak dan gas adalah dibawah satu bumbung pun kurang tahu. Aduh! Malunya… Hujah DSAI mantap, beriring dengan bukti, bukan omongan kosong. Seorang bekas menteri kewangan yang memang arif dengan selok belok kewangan dan susur galur jalanan kerajaan BN hendak ditentang oleh menteri penerangan… Erm… sayangnya penerangan yang diberikan lebih layak dikategorikan sebagai PENERANGAN UNTUK SERANGAN PERIBADI YANG TERSASAR DARI TAJUK YANG DIBERI. Agaknya tak dan buat reja ghumah kut…. Muka dia pun nampak makin lama, makin tak confident bila kena BELASAH dengan hujan penuh fakta dari DSAI. Bravo DSAI. Moga perjuangan anda akan dirahmati allah hendak-Nya. Betul gak kata DSAI… soh depa pi market, beli ikan, sayuq, beras… dengaq apa kata makcik2 hak dok ada kat sana. Semua barang mahai… depa mana ghasa sebab asyik makan orang taja… gaji kalau setakad 4 5 angka tak ghasa apa… sedangkan rakyat…. fikir-fikirlah wahai rakyat negaraku sayang… Bila lagi kita nak berubah… sampai bila kita nak ditindas di negara sendiri dengan segala macam bentuk korapsi sampai kita hampir-hampir kita mengalami bangkrap C … orang suruh jimatkan perlebihan yang melampau dia dok faham soh amik kat Petronas… Aduh! kesiannya Menteri Penerangan yang belum terang dengan kefahaman soalan… Kesian dia… kesian dia… kesian dia.. kesian dia….

    komen Taraknama:

    Sabery memang HAMPAS kelapa jaa...PLZ resign as soon as posible... sebab ko dah janji....nak resign kalo ko tak mampu pikul amanah yg diberikan... lanie ko cuma hampas ja debat lari TAJUK..cth soalan Zulkifli Sulong mana pie duit dibelanjakan masa minyak naik 30sen dulu tapi ko jawab sampai pie isu BALING nu apahal...awat apa salahnya anuar buat reformasi masa kes baling...betul pa org kaya bertambah kaya org miskin terus miskin...dan masa anwar jadi TPM.. yg dia buat Amanah Ikhtiar dan bagi pinjaman ASb RM5000 tu untuk keluarga miskin apadianya...so far anuar dah jawab apa yg ko merapu tu.. just sekilas dia jawab..OK jika 97/98 dia yg salah tapi apa ko org buat 2008 nie...itu aku kata ko merapu HAMPAS kelapa...dan aku dengaq kat TV3 pagi tadi kalau pendebat keluaq tajuk si moderator nak stop kan tapi apahal si JJ biaqkan saja si shabery tu merapu tahap cipan.... PLZ RESIGN PLZ RESIGN...

     

    agendadaily:

    Lagi komen PM mengenai debat…

    Antara soalan semasa interbiu Bernama dan Radio RTM dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan petang Ahad ialah: Soalan: Mengenai perdebatan Menteri Penerangan (Datuk Ahmad Shabery Cheek) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh Datuk Seri beri komen. Nampaknya pihak pembangkang tidak membuat apa-apa untuk meringankan beban rakyat? Jawapan: Depa (mereka) cakap saja. Cakap lebih daripada janji. Saya kira Ahmad Shabery memang bertekad untuk melakukannya. Beliau yakin yang beliau boleh lakukannya dan beliau seorang pemidato yang bagus. Soalan: Jika beliau (Ahmad Shabery ) gagal? Jawapan: Jika beliau gagal… dia kata dia akan jumpa Pak Lah, sila ambil orang lain untuk menjaga Angkasapuri. Tetapi beliau bagus, boleh dikatakan tiap-tiap minggu program kementerian beliau hadir.- 13/7/2008 

     


     
    Warkah untuk EZAM...
    07.13.08 (2:49 pm)   [edit]

    EZAM EZAM EZAM...

    awat banyak sangat cerita pasai mamat seumpah nie dua tiga hari nie...UMNO nie dah tak ada modal dah ka nak lawan puak pembangkang kat malaysia nie..just hanya nak dedah keaiban sahaja...aku nak buruk hang aku nak londeh hang aku nak dedah semua pasai hang.. itu sahaja yang yang dilaungkan dua tiga hari nie..

    awat dah habis modal dah ka atau dah tenggelam punca dah... skrg nie merata diusung mamat poyo nie dan mamat poyo nie skrg dah balik perangai asal dah yang mana suka dedah sana suka dedah sini.. teringat cerita kotak2 beliau dahulu yg mana kini rasanya dah dimakan anai2 agaknya... dulu bukan main dedah sana dedah sini sampai kena meringkuk dalam penjara...itu semua dulu..kini bukan lagi... kini apa yg didedahkan berlainan sekali... pendedahan individu dan pendedahan masalah peribadi antara beliau dgn PKR terutama mahaguru beliau dahulu iaitu DSAI...

    kemanakah isu perjuangan agama bangsa dan negara yg pernah dilaung2kan dahulu... kemanakah perjuangan menentang rasuah nepotisme & kronisme yg dahulu merupakan perjuangan nombor wahid yg dilaung2kan... 

    kenapakah apabila dalam wadah parti baru nie kamu tidak memperjuangkan masalah rakyat... dimana rakyat semakin hari semakin terhimpit dalam kehidupan harian yang menekan sekarang ini atas dasar PARTI YG ko sertai itu... jika itu yg kamu perjuangkan sudah pasti kamu tidak akan dihina sebegini hina oleh kelompok masyarakat marhaen....

    entahlah ezam... berfikirlah kamu dengan waras... berfikirlah kamu sebagai insan yg tahu dosa pahala... berfikirlah kamu sebagai insan ada agama... dan buatlah keputusan kamu dengan solat istiharah..dan...

    JIKA itu termaktub pilihan perjuangan kamu maka kamu tanggunglah akibatnya...sebab itu yg kamu pilih...

    LAWAN tetap LAWAN...

    allah'huakbar....

     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com
     
     





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog