he he he..17hb tempohari bukan main hingaq.. bising satu dun ia kata anwar&n bsp;penipu la k encing la... last last kena kat batang hidung sendiri...itu laa lain kali jangan dok julang langit sangat... la nie allah taala dah bayaq cash kat hangpa plak... baru ada akai... kira lanie hangpa pon sama ja 2x5 sat jadi sat tak jadi sat tangguh sat lawan sat menang free sat bagi camtu sat itu sat ini last sat lekok... he he he he Perhimpunan Agung UMNO, pemilihan MT ditangguh ke Mac 2009 KUALA LUMPUR 26 Sep. – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijadualkan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac tahun depan.
Ahlan wasahlan... TU DIA aihh siap ngaku RASUL lagi tuu... memang hebat Malaysia nie macam-macam ada.. nie kira menghina tahap gaban dah nie... dalam dok hina ISLAM pon tak ada yg berani ngaku RASUL nya yg dok hina setakad nie just NGUMPAT ISTERI NABI, NGUMPAT PASAL TUDUNG, BUAT NAMA AGAMA BARU etc...
Aku bab nie maleh nak ulasnya tapi aku nak ulas bab keindahan ISLAM tuu.. dimana walaupon mamat nie dah menghina tahap GABAN dan tapi ianya tetap di BICARAKAN untuk menunjukkan betapa indahnya ISLAM tuu.... 'hujah di lawan dengan hujah'... dah dia ngaku dia RASUL suruh dia bawak hujah dia pasai pa dia ngaku macam tuu... dan kita bawak hujah kita untuk tunjukkan ILMU kita... suruh tok mufti alim ulamak sedikan hujah untuk di jawab pasal kes mamat nie....
TAPI yg sedihnya pasal kes mamat yg seorang lagi yg mana sudah kena ISA tuu... jika betoi mamat tu hina nabi pasai pa tak di dakwa seperti mamat nie.. masa nie lah kita nak berdakwah dengan dia.. dah tahu dia sesat tapi kita terus humban dia dengan hukum rimba tanpa nak bagi penerangan dan mendakwa apa yg dia buat tu salah.. tapi terus di hukum....kira kita 2x5 jgk la dgn dia...
Jadi apa bezanya kes RPK dengan RASUL MELAYU nie....???
Pendakwaan terhadap `Rasul Melayu' sah PUTRAJAYA 26 Sept. - Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan Terengganu sah daripada segi Perlembagaan untuk menuduh seorang lelaki, Abdul Kahar Ahmad, 57, kerana mendakwa dirinya nabi serta tiga lagi yang dikatakan pengikut ajaran sesat.
Eishhh Nampaknya semakin hari semakin penin dah KERAjaan nie.. Bukan apa sebelom nie bukan main bantah dah macam2 kata kat Pakatan Rakyat bila sambut 16sept... Siap tunda hari penutupan perayaan Kebangsaan ke 10 Okt nie demi 16 Sept...TAPI last-last mereka pulak yg setuju secara rasmi... nie sapa yg memerintah Malaysia nie...he he he
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.
Sesuai untuk bacaan semua golongan yg masih tak puas hati pasai pa ada setengah pihak pertahankan kes penahanan teresa kok salah disisi agama dan undang-undang...
ISLAM adalah matlamat yang dituju, bukan alat yang dipergunakan. Malangnya dalam masyarakat hari ini, banyak keadaan menunjukkan Islam itu tidak lebih daripada alat yang dipergunakan.
Islam dipergunakan untuk keuntungan peribadi, perniagaan, politik dan lain-lain.
Islam diperlakukan oleh sesetengah pihak bagai pelaris jualan. Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklankan barangan. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai. Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata-mata. Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim. Namun dinding kedainya dipenuhi ayat al-Quran. Maka ayat al-Quran itu bukan pegangan hidupnya, tetapi alat yang dipergunakan untuk kepentingan dirinya. Bukan sedikit orang yang seperti tuan kedai itu dalam masyarakat kita. Mungkin bidang kepentingan dan caranya berbeza-beza, tetapi perbuatan mengeksploitasikan agama itu adalah sama.
nah dok kalut angkut sana angkut sini tak bagi pindah @ lompat last depan mata hilang 2 kerusi... alahai BN nasib kome lahhh.. tak reti den nak ulasnya....
KOTA KINABALU 20 Sept. – Kerusi dua Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) iaitu Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) akan dipindahkan ke barisan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat, 13 Oktober ini.
Sat Awal Sat kekal Sat itu Sat ini.. Last Sat Lekok
BANGI 20 Sept. – Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menafikan wujud tekanan daripada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Presiden lebih awal.... Berita Penuh
betoi ke nie ayah lah.. dengaq kata riuh rendah dalam meeting tuu... pastu ada plak yg kata akan berlaku awal lagi nie macam tak mau bagi jaa cakap aja tak mau bagi...senang cerita...
Sidang akhbar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di tingkat 39 Pusat Dagangan Dunia Putra petang Khamis berlangsung cuma tujuh minit sahaja. Ini kerana beliau terburu-buru kena menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Merdeka di bawah.
jadi nak percaya yang mana nie... entahlaaa beb.. dok hujung2 kuasa pon nak rewang lagi...
he he he inilah antara kata-kata yg kita dengar sehari dua nie....ini kata-kata TarakNama....(suber berita - lantak ko org lah nak kata apa...)
Insya'Allah Jadik....
namun kena hati2 sbb PakLah dah sound direct dah tadi siang...
"Anwar is a threat to our country's economy and security. Iwill actin the best interest of the people and the country." Prime Minister, Dato' Seri Abdullah just said in his press conference after a cabinet meeting today via TV3...
Bersedialah wahai pejuang2 semua... ada banyak liku di depan anda....
Aku lanie tak mau dengaq ISU-ISU yg pakat dok sembang dalam negara kita lanie... aku cuma nak habaq kat hangpa semua yg lanie
HARGA MINYAK DAH JATUH SAMPAI
~101.00 USD~
JADI NGANGA LAGI... BAWAK TURUN LA HARGA MINYAK 2.50sen TUU... mana cukup bawak turun 15sen jaa... mana boleh macam nie.. dulu masa hangpa nak bawak penaik haram tak lengah-lengah pon habaq kata OGOS tapi hangpa bantai naik JUN lagi... nie dah turun sampai rendah macam nie sepatutnya harga balik ke 1.95sen macam mula-mula dulu....
AWAT dok kalut topic lain nie... NIE lah yg UTAMAnya... ISA ka 916 ka tu semua sembang saja kerja org POLITIK semua.. lanie yg kami nak menatang nie HARGA MINYAK MAU TURUN..kami nak balik kampung beraya nie hangpa tak pa la harta makan 10 keturunan tak habis...lanie tak payah dok kona TOPIC.... TOPIC UTAMA...
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara ini pada tahun lalu dan kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Orang ramai terutama umat Islam yang ingin pulang ke kampung sepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi diminta mengambil langkah-langkah tambahan bagi mengelakkan rumah mereka dipecah masuk oleh penjenayah.
JOHOR BAHRU 11 Sept. - Polis merampas 4,640 gram heroin dan menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah dalam tiga serbuan berasingan di Permas Jaya, Johor Bahru dan Skudai kelmarin.
KUALA PERLIS 11 Sept. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara merampas kira-kira 8,000 liter diesel subsidi dianggarkan bernilai RM20,000 yang cuba diseludup ke negara jiran oleh sebuah bot nelayan milik lelaki tempatan.
KUALA TERENGGANU 11 Sept. - Kastam Terengganu berjaya merampas 86 kilogram pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,095 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Seberang Baroh, Jalan Kelantan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Gara-gara terlanggar bahu kekasih salah seorang ahli kumpulan buli sekolah, seorang pelajar lelaki dipukul bertubi-tubi di perhentian bas Sekolah Menengah Kebangsaan Sesyen 5, Wangsa Maju di sini petang semalam.
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Polis Trafik Selangor telah mengeluarkan waran tangkap dan menahan 47 pesalah trafik yang gagal menyelesaikan saman trafik dalam Ops Warta 1 yang bermula hari ini.
KOTA KINABALU 11 Sept. - Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kenyataan Datuk Yong Teck Lee yang mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengikuti lawatan sambil belajar ke luar negara menerima wang saku RM50,000.
KOTA BHARU 11 Sept. - Bekas Pengarah Perikanan Kelantan, Abdullah Jaafar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah kira-kira dua tahun lalu.
MELAKA 11 Sept. - Seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang asyik bermain meriam besi diberkas polis dalam satu serbuan di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, di sini, semalam.
KOTA KINABALU 11 Sept. - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan dan penemuan mayat seorang pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) 28 Ogos lalu.
he he he baru dua orang bercakap... LALU hikmat 'PENCANTASAN PERINGKAT ke 8' pon berbunyi.... he he he.... TAKUT HILANG KUASA keee..??
Tiada kewajaran pelan peralihan kuasa dibangkitkan lagi, kata PM
12/09/2008 8:44pm
PUTRAJAYA 12 Sept. — Tiada kewajaran pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dibangkitkan lagi kerana segala usaha sepatutnya ditumpukan kepada soal memenuhi kemahuan rakyat iaitu pembangunan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri sekiranya pelan peralihan kuasa itu dibangkitkan lagi, ia akan menimbulkan pelbagai cerita dan kempen.
“Ada yang akan gesa supaya pelan itu dilaksanakan mengikut jadual ... ada yang akan gesa (tempoh peralihan) dipendekkan,” katanya kepada para pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan, di sini.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau (Najib) menyerahkan kepada anggota Umno untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa itu. - Bernama
nah sampai masanya dia berbunyi jugak...Nun jauh di sana, Najib mula bersuara tapi kali ini suaranye agak berlainan. Liriknya telah diubahsuak dan melodinya seperti lebih berjiwa akar umbi. Lirik asal, Bos yang buat tapi Najib tak bantah. Bos tak marahke ubah lirik?
Lepas tu penyanyi latar pon mula berbunyi.. hisham auw auw pon sudah berbunyi jugak... maka kita tengok macam mana lagi irama2 yg akan berbunyi....
ALAHAI nasib le koo PAKLAH....
Kita amati betul-betul lirik di sini
Bahagian tentukan pelan peralihan kuasa PM, TPM
12/09/2008 12:00pm
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan
Suara akar umbi lebih penting tentukan hala tuju parti
12/09/2008 6:27pm
PUTRAJAYA 12 Sept. — Pucuk pimpinan UMNO hari ini perlu mendengar kehendak anggota di peringkat akar umbi dalam menentukan hala tuju serta kepimpinan parti, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, ini kerana mereka yang menentukan kedudukan parti sama ada ketika melalui pilihan raya umum atau semasa berhadapan dengan isu-isu kritikal yang menyentuh soal bangsa Melayu.
“Pendapat seorang atau dua pihak bukan penentu sebenar. Kalau suara datang dari akar umbi, tidak kiralah apa Majlis Tertinggi (MT) atau pucuk pimpinan cakap, tetap kena dengar suara mereka di bawah,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-35 di sini hari ini.
Baru-baru ini Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tarikh peralihan kuasa memandangkan tarikh yang dijadualkan pada 2010 terlalu lama.
Semalam Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana menurutnya tarikh peralihan kuasa yang ditetapkan sebelum ini sudah dipersetujui kabinet dan juga MT. - Bernama
Sebenarnya inilah aspek yg patut dititik beratkan oleh Kerajaan PakLah semasa badget tempohari... kena keluarkan budget untuk fasilities nak membagikan kehidupan rakyat selamat setiap hari... Dan bukannya dok guna POLIS untuk siasat2 kes saman merapu hangpa tu plak... sana 10juta sini 100juta... biarkan Polis buat kerja jaga rakyat bukan jaga politik mangkok hayun hangpa tuuu.... Jika boleh semasa budget tempohari bwk keluaq budget CCTV kwsn awam kaa.. ramaikan POLIS di kwsn perumahan ka.. nie tak...Pastu hambat balik ja mat mat pendatang yg dok melewaq dlm negara nie dok biaq buat paa....entah laaa..
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kematian seorang suri rumah yang ditikam dan dikelar penjenayah di rumahnya di Shah Alam kelmarin adalah antara kes yang menunjukkan trend jenayah pecah rumah melibatkan kekerasan dan bunuh semakin membimbangkan kebelakangan ini.
nah sekarang harga minyak dah jatuh sampai paras 100usd.. kenapa dok berlengah lagi.. sepatutnya kerajaan kita turunkan minyak pada taraf 1.95 dah bukan nya 15sen dok 15 sen.... alahai kerajaan lelah awat laa gaplah sangat hangpa nie...
Crude Oil
$101.00
▼1.68
1.64%
17:38 PM EDT - 2008.09.11
nie dia harga minyak pada hari nie waktu nie masa nie...
Harga minyak mungkin turun
PUTRAJAYA 11 Sept. – Harga minyak kemungkinan boleh diturunkan sebanyak 10 sen hingga 15 sen jika harga minyak global jatuh ke paras AS$99 setong.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menurunkan harga bahan api itu tetapi ia masih bergantung kepada keputusan Kabinet.
‘‘Harga minyak mentah telah menurun dan stabil di bawah AS$110 setong dan semalam ia berada di antara AS$103 dan AS$104 setong. Saya rasa ia akan kekal rendah walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) turunkan pengeluaran
‘‘Kita harapkan berita gembira (semasa raya) dan lazimnya kita berkemahuan tinggi untuk maklumkan berita gembira tetapi ia bergantung kepada rakan di Kabinet sama ada penurunan harga minyak diumumkan sebelum raya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca.........
"16 September ini tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan,ini berpandukan kepada 2 faktor, iaitu faktor teknikal dan faktor politik" Demikian ketegasan dibuat Dato' Mustafa Ali ketika membuat persidangan media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu semalam. Kenyataan ini dibuat secara peribadi beliau bagi menjawab kekalutan politik yang timbul sejak akhir-akhir ini."
mangkaq ja mamat nie...
tengah dok serang sampai pintu gol last berhenti tengok stokin ada temucut ka tak... apa hal ko nie bro... rembat dulu.... keeper tepis ka.. kena tiang ka.. bola naik atas palang ka... lepas rembat baru kita kira...
Biaq musuh kita tak keharuan... nie seperti nak cari alasan atau lepas tangan bila bola tak gol boleh la kata ........ oooo temucut ada kat stokin aku lalu kaki aku gatai dan aku nak kena garu sat.. apa laaa lu nie....
Ari nie aku nak sentuh bab LAWATAN BNBBC tu...apa motif sebenaqnya puak2 nie nak pie berkampong kat luaq nuu.. dah buang tabiat ka atau takut kehilangan kuasa... dok kalut panama... kan PAK LAH dah cakap benda 16hb tu tak jadi jadi dok susah hati apanya... Nie nak tanya sikit dok pie bendondon reramai nie pakai duit sapa... balik nanti boleh claim kaa.. kalau itu macam itu dikira satu penganiayaan kpd rakyat sebab guna harta rakyat ko org pie makan angin...
atau sebenarnya hangpa dah jadi cacing kepanasan dah kot. .. tak ketahuan nak buat apa dah dok takut hilang kuasa... itu laaa org bagi kuasa suruh jalankan amanah elok2 ANDA semua leka lalai dan lupa daratan kini dah dok hujung tandung dah mula gabra dah..alahai nasib anda laa..
yg depa kalut sangat ni nak buat apa.kalau nak belajaq teknologi pun bawak AP yg berkenaan dan terlibat ngan bidang yg nak dipelajari sudah la…yg pi angkut kesemua tu apesai…
dalam ekonomi tak menentu ada masa makan angin.AP AP BN ni takdak airmuka ka…rakyat dok sengsara ngan BN (Barang Naik) depa nak pi melancong pulak…
Sudah la…kalau AKU JANJI pun dah tak mau sign…takkan melancong pun tak boleh tolak… entah laa lu pikir lah sendiri..
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau selaku Ketua Whip Barisan Nasional (BN) telah meluluskan pemukiman Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) ke luar negara pada bulan ini kerana program itu berfaedah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pemukiman atau lawatan sambil belajar mulai 7 hingga 19 September itu adalah peluang baik untuk mendedahkan wakil rakyat BN terhadap pelbagai perkara baru.
''Ya, saya meluluskan (pemukiman) ini yang merupakan hasil daya usaha BNBBC dan mereka boleh memilih lokasi di mana saja dan menganjurkannya pada bila-bila masa jika program berkenaan membina,'' katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menutup PLKN Siri 5/2008 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. Najib mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa sebahagian ahli Parlimen BN diminta menyerahkan pasport antarabangsa mereka untuk program pemukiman ke luar negara bermula Ahad ini ke lokasi yang tidak dinyatakan.
Utusan Malaysia difahamkan China dan Taiwan telah dicadangkan sebagai lokasi pemukiman itu bagi membolehkan ahli Parlimen meninjau perkembangan teknologi pertanian di negara terbabit.
Ditanya sama ada lawatan itu bertujuan memastikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 30 wakil rakyat BN akan melompat parti tidak menjadi kenyataan, Najib berkata:
''Dia (Anwar) boleh mendakwa apa sahaja dan kita tidak kisah. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada 16 September ini dan dia berkemungkinan membuat dakwaan lain pula."
Dalam pada itu, Najib enggan mengulas apabila ditanya adakah keyakinan beliau untuk menjadi Perdana Menteri terjejas dengan usaha Anwar menarik sokongan ahli Parlimen BN itu.
''Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini. Kita akan lihat apa yang boleh dilakukan apabila perkara ini benar-benar terjadi," ujarnya.
Mengenai kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semalam, bahawa beliau tetap berpegang teguh dengan pendirian tidak akan meminta maaf, Najib menyerahkan kepada UMNO Pulau Pinang untuk membuat keputusan.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tampil memberi penjelasan dan memohon maaf, selepas mengeluarkan kenyataan orang Cina hanya penumpang di negara ini ketika berceramah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, bulan lalu. [+]
GEORGETOWN: "Saya tidak akan minta maaf kerana tidak pernah melakukan kesalahan," kata Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa mengeluarkan kenyataan kononnya masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini. [+]
penin aihh tengok kelaku hangpa....esok sejuk laa tuu..sah esok mintak maaf punya..he he he
Tajuk Surat Khabar spt jual Buah Rambutan sahaja...
aku hari nie nak sentuh perihal TAJUK-TAJUK surat HABAQ... apa ke bangangnya punya pie buat TAJUK NAK BAGI LAKU sirat HABAQ dan bagi ORANG SEMBANG MENYAKITKAN HATI... ok hangpa BACA tgk...
Apa yg terlintas kat KEPALA OTAK hangpa bila tengok surat habaq nie... sah anda akan berbangga dan gumbira sebab minyak TURUN LAGI 15sen.... sah pakat pie beli punya nak tau cerita selanjutnya... TAPI ada ayat pemati plak iaitu JIKA yg mana ditulis HALUS KECIK tot...seperti org meniaga RAMBUTAN plak kat market chow kit plak tulis 2 harga... 1kg besaq harga kecik dan 1/2 kg kecik harga plak besaq..
1 kg- RM10.00
1/2 kg -RM5
memang betoi la kira GULA-GULA la nie... tulis surat habaq pon nak bagi sedap ja dengaqnya... PETURUN la oi dah us109 dah nu nganga lagi...
Tu dia aihh baru aku tahu selama nie sekolah agama rakyat nie daif... Ingatkan 51thn BN@UMNO perintah SAR nie dah patut berbangga sesama dengan Sek Keb dan Sek Men kat Malaysia nie almaklumlah PEMERINTAH 51thn tu bukan cha ya nun alif pon tapi MELAYU dari dulu kini selamanya tak tukaq pon walau sepenggal... TETAPI kenapa sampai begini DAIF sekali sekolah untuk pembelajaran anak sebangsa seagama kat bumi Malaysia nie... dan kenapa ISU NIE pakat kalut pulak nak mintak bantuan kat kerajaan negeri.... dulu tak ada sapa nak pikiaq pon masalah kedaifan SAR nie.. siap pancung nak bagi mampos ada lah lagi... apa yg hangpa tak kata... TALIBAN la TERORIS la SESAT la.. tapi kini pakat dok meminta sumbangan plak...
Pada aku ini semua POLITIKAL MILLAGE aja... dan BENGKONG SAPA yg TERDEDAH sekarang... kenapa SAR boleh jadi macam tu... bak kata si NABIL... Lu Pikirlah Sendiri.....
Oleh ABDUL RAZAK DIN, WAN SYAMSUL AMLY dan SITI ATHIRAH DZULKIFLY
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Pertubuhan Pendokong Sekolah-sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSR) meminta kerajaan negeri turut menganugerahkan tanah kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) seperti yang diberikan kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina bagi membolehkan SMA itu meneruskan peranannya.
Setiausaha PPSR, Khairul Anwar El-Syazalli Musa berkata, keadaan sembilan buah sekolah menengah agama itu kini begitu uzur dan tidak lagi boleh bertahan jika tiada bantuan diberikan.
Katanya, keseluruhan sekolah agama di Perak daripada segi fizikalnya begitu daif kerana tiada bantuan sewajarnya diberikan oleh kerajaan negeri.