Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    UMNO Gila Khinzir Semula...
    10.29.08 (9:53 am)   [edit]

    Nampaknya UMNO nie tak reti-reti nak ambil ikhtibar daripada kekalahan yg lepas... masih nak mengamalkan Politik GILA KHINZIR nie... dan yg PALING SEDIHnya walaupon UMNO buat apa pon masih ada jugak orang yg dok menyokongnya.... lanie dok hingaq bab PKNS pulak.. aku pon hairan dgn UMNO nie... depa nie gila kuasa utk diri sendiri ka gila kuasa untuk kesejahteraan rakyat... JANJI apa yg dibuat oleh Pakatan Rakyat kompom bangkang tak kisah yg tu baik atau pon tidak..motto utama 'bangkang 1st'....

    nak kata depa tak bela sangat melayu yg kena pegang jawatan besaq dalam sebuah sykt kerajaan.. masa MAS diserahkan kat IDRIS JALA dulu tak ada sekoq pon berbunyi... awat hangpa ingat IDRIS JALA tu Melayu kaa... dan seperti kata MB Selangor..

    Abdul Khalid mendakwa beliau tidak faham apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri melantik Siew Moi untuk memangku jawatan itu berbanding memikirkan PKNS didakwa hilang berbilion ringgit.

    "Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbilion ringgit. Kalau ada pendirian berbeza sama ada memilih bumiputera kemudian bagi beratus juta ringgit, atau memilih orang Melayu tetapi hilang berbilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

    ....ini yg aku penin pikiaq kelaku UMNO nie... tang kelaku pimpinan dia aku tak kesah dah..memang kita dah tau dah kepala otak depa macamana tapi yg aku penin macamana PARA PENYOKONG, PARA MEDIA boleh jadikan benda nie sebagai MODAL ISU nak mengata kepada Pakatan Rakyat padahal apa yg depa kata itu ibarat sedang MENJILAT LUDAH SENDIRI...

    Entahlahh..jika macam ini punya kelaku sampai bila POLITIK MALAYSIA tak akan ada check N balance.. aku salah hang teguq hang salah aku teguq.. nie tak hang buat apa pon betoi atau salah janji utk survival politik aku tentu aku akan kondem walaupon hakikatnya itu betul....

    Dan pesanan saya pada penyokong UMNO nie... BUKALAH MATA HATI ANDA.. lihat akan kebenaran didepan mata anda... dan Fikirkanlah dengan Hati yg Ikhlas dan buatlah PILIHAN berdasarkan Kebenaran bkn Kebathilan... insya'allah anda akan ketemui 'SIRATOLMUSTAQIM'....

    Khalid pertahan pelantikan
    SHAH ALAM 28 Okt. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap mempertahankan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) walaupun menerima bantahan pelbagai pihak.

    Persatuan, NGO bantah
    SHAH ALAM 28 Okt. – Lima persatuan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sebuapertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum membantah pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
     
    Pemuda UMNO rayu campur tangan Sultan Selangor
    SHAH ALAM 28 Okt. – Pemuda UMNO Selangor merayu campur tangan Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran banyak tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kebelakangan ini dilihat semakin mengabaikan kepentingan orang Melayu.
     
     
     

     

     
    Tengok Muka masya'allah BAGUIH kesemua..TAPI dalam kalu..
    10.28.08 (9:21 am)   [edit]
    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama Datuk Seri S. Samy Vellu dan pemimpin parti komponen BN lain memotong kek sewaktu menghadiri Rumah Terbuka MIC sempena perayaan Hari Deepavali di Dewan Merdeka PWTC semalam.
     
     KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.
     
    MCA mintak jolok sarang BN lagi..
    10.28.08 (9:16 am)   [edit]

    Aku kalau DAP dok hingaq mintak itu mintak ini aku tak berapa nak kalaut sebab depa tu nak mintak.. lantak mampos pie la nama pon mintak nak bagi belom tentu.. dah tu yg nak bagi ialah kerajaan yg memerintah jadi nak susah hati apanya...

    Yang aku susah hatinya bila MCA / Gerakan / MIC yg dok mintak itu mintak ini sambil mencabar kewibwaan ketuanan MELAYU dibawah tunjang AGAMA ISLAM. Bukan apa bila depa mintak sah dah Kerajaan yg memerintah terpaksa buka mata sbb mereka nie semuanya kompenan  di bwh satu payung iaitu BN... andaikata pemerintah buat latah setuju apa yg mereka mintak tu mau kucar kacir hati dan perasaan umat MELAYU di bumi Malaysia ini.

    Sebelom nie mintak Timb. Pengerusi BN ada 2 .. ini spt mintak Jawtan TPM laa... lanie mintak mansuhkan ekuity bumiputera ... apahal nie yg dok sebok hak bumiputera nie... tu la mulut hebiaq sangat dok bercakap... kan sebelom nie najib ada cakap nak buang DEB pelan2 ... Apalagi melalak la puak2 nie...

    Mansuh ekuiti bumiputera

    KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

    Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

    “Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

    “Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

    Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

    Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

    Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa.

    “Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera),” katanya.

    Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.

    “Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan,” katanya.

     

     
    duit DERMA pon UMNO songlap jugak kaa..???
    10.28.08 (8:52 am)   [edit]

    Tu dia aih perangai juak-juak UMNO nie start dari atas sampai kebawah macam2 tuduhan kena lempaq kat kepala depa... Tuduhan tu nak kata tak betoi.. belambak di kasi bersama dengan bukti2nya... dan tuan yg empunya badan pon tak dakwa pulak kat mahkamah kata semua tu fitnah.. entahlaa jika budaya macam nie terus dibiarkan berakaq dalam negara tak mustahil lingkop negara nie...

    Anda bayangkanlah jika yg di atas kena tuduh makan rasuah beli EUROCOPTER & KAPAL SELAM... yang di bawah plak kena tuduh songlap duit DERMA... apa nie dah tak ada HALAL HARAM DOSA PAHALA dah kaa.. main bantai ja sumber duit tu.. Buat malu Agama ja kpd bangsa lain... sampai duit kutipan DERMA yg orang nak buat PAHALA pon hangpa songlap... sah dah hangpa nie memang "LIMAU PERUT 3 SETANGKAL..BUTA PERUT TAK ADA AKAI"

    Salah guna duit derma

    Oleh YUSRI ABDUL MALEK dan NORFAISAL JAHURI
    am@hmetro.com.my

    ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.

    Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.

    Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.

    “Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.


    Bagaimanapun, Salmah masih mengharapkan ada pihak sudi membantunya membawa pulang anaknya, Sanisah Abu Bakar, 33, dan lima cucunya yang mengikut suaminya pulang ke Lombok pada 2002 dan tidak pulang hingga kini.

    “Sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk membawa pulang anak dan cucu saya. Anak saya sering menangis minta dibawa pulang ke sini selepas tidak tahan menanggung derita akibat kemiskinan di negara orang,” katanya.

    Salmah berkata, anaknya tidak putus-putus menghubungi dan merintih supaya beliau berikhtiar mencari bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menolong.

    “Saya sudah kering air mata mendengar rintihan Sanisah yang merayu mencari wang untuk membawa dia pulang,” katanya.

    Menurut Salmah, dia terharu pada mulanya apabila ada pihak sanggup membantu menubuhkan tabung khas untuk membantunya sejak dua bulan lalu.

    “Namun setakat ini jumlah sumbangan orang ramai hanya RM1,000, sedangkan jumlah diperlukan adalah RM10,000.

    “Saya harap impian bertemu Sanisah akan menjadi kenyataan. Hampir enam tahun kami tidak bertemu, makcik sangat merindui mereka. Makcik harap ada orang bersimpati dengan nasib saya,” katanya.

    Salmah berkata, Sanisah berkahwin dengan warga Indonesia, Widodo Cinasin, 35, yang berasal dari Lombok.

    Selepas beberapa tahun berkahwin atas restu keluarga dan dikurniakan anak, Salmah meminta izin mengikut suaminya pulang ke kampung halamannya di Lombok bagi bertemu mentuanya.

    “Pada mulanya Salmah dan suaminya hanya merancang bercuti selama sebulan selepas keluarga mentuanya teringin mahu menemuinya, tetapi tidak pulang sehingga kini,” katanya.

    Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank EONCAP di akaun 6089000578.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negerin (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman, gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

     

     
    TNB..usah banyak cengkadak..!!
    10.17.08 (1:44 pm)   [edit]

    Ciss tengkorak hangpa aihh..masa nak naik dulu kata HARGA MINYAK dunia mahal... tak timbul pon bab2 nak papa kedana nie... bila minyak turun banyak pulak cengkadaknya...

     

    Untung TNB jatuh, tarif tidak boleh dikurangkan


    Che Khalib Mohamad Noh menjawab soalan media sambil diperhatikan oleh Leo Moggie pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

    KUALA LUMPUR 16 Okt - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak dapat mengurangkan tarif elektrik kerana harga arang batu, yang menyumbang 60 peratus daripada kos penjanaan tenaga, kekal melepasi AS$75 setan metrik.

    Kenaikan tarikh pada 1 Julai lepas adalah berasaskan pada harga AS$75.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, 60 peratus tenaga dijana menggunakan loji tenaga gas dan 30 peratus arang batu, tetapi dari segi kos, arang batu menyumbang 60 peratus dan 40 peratus gas.

    "Jika harga arang batu naik 10 peratus , ini bermakna peningkatan enam peratus kos bahan api," katanya selepas pengumuman prestasi kewangan TNB yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi tahun berakhir 31 Ogos 2008, susut sebanyak RM1.74 bilion kepada RM3.02 bilion berbanding RM4.7 bilion sebelumnya.

     

     
    MCA nie nak mintak jawtan TIM. PM kee????
    10.17.08 (1:39 pm)   [edit]

    Perghh nampaknya DALAM BN PON dah cakap mintak jawatan... dok mintak timb. pengerusi jd 2 org tu seperti mintak jawatan timb. PM laa.. tapi cakap masih berlapik lagi...katakan yg nak jawatan Timb. Peng. BN..dalam hati tu mau tau laa... Nie nak habaq kat UMNO... hangpa lanie tak usah kalut sangat PASAL PAKATAN RAKYAT...dalam kelambu hangpa pon dah tak ketahuan dah...JADI jaga laa dalam kelambu tu baik2 yee nanti terbakar baru tahu...

    Nie nak habaq w/pon apa berlaku sila ikut perlembagaan negara yg telah termaktub... jgn hangpa pandai2 mau  ubah hak yg termaktub dlm perlembagaan tuu..

    Tiong Lai saran wujudkan dua jawatan Timbalan Pengerusi BN, satu diisi pemimpin MCA

    17/10/2008 10:23am

    KUALA LUMPUR 17 Okt. - Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai mencadangkan jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditambah dari satu jawatan sekarang kepada dua dengan satu daripadanya diisi pemimpin dari MCA.

    Sambil memberikan sokongan kepada UMNO untuk menjadi Pengerusi BN, beliau berkata, struktur BN perlu diubah dan harus memperlihatkan kedudukan atau kepentingan perwakilan semua parti komponen BN.

    ``Cadangan MCA mengisi jawatan Timbalan Pengerusi memang tepat pada masanya dan kita yakin BN akan mengubah struktur dan kita akan terus mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia,'' katanya.

    Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung MCA ke-45 di Wisma MCA di sini hari ini.

    - Utusan

     

     
    PUNGKOQ HANG!
    10.15.08 (3:33 am)   [edit]
    ...Nie Gua jumpa dari blog sahabat.. kira sehati sejiwa la apa hg kata tu sahabat.. aku pon nak kata sama tapi tak gamak kira berlapik la lagi .... TAPI kira serupa la aku wakil kat hang....
     
    DULU...

    SEKARANG...

    Gua tak ada hal kalau lu nak sokong atau bantah sesuatu tindakan atau cadangan. Tapi, sokong atau bantahlah ia berdasarkan isu, bukan berdasarkan parti. Tindakan atau cadangan yang sama, walaupun oleh parti politik yang berbeza, harus menerima reaksi yang sama. Kepada mereka yang memberikan reaksi yang berbeza, gua ucapkan: PUNGKOQ HANG!

    Sekian, terima kasih.
     
    AHLI PARLIMEN YG BANGANGKAH MEREKA INI..???
    10.15.08 (2:02 am)   [edit]

    Penyokong BN boikot Anwar (AHLI PARLIMEN BN)

    Ramai keluar Dewan ketika ucapan 5 jam

    KUALA LUMPUR: Ucapan perbahasan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam selepas 11 tahun 'meninggalkan' Parlimen, gagal menarik perhatian penyokong kerajaan apabila ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar masuk dewan sepanjang ucapannya hampir lima jam itu.

    Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula berucap pada jam 11 pagi selaku Ketua Pembangkang bagi membahaskan Bajet 2009, sebelum menyambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang selepas Dewan Rakyat berhenti rehat pada jam 1 tengah hari.

    TarakNama - Aku sebenarnya MALAS NAK KOMEN bab AHLI-AHLI PARLIMEN bangang nie.. aku kata bangang sebab ANDA SEMUA TELAH DILANTIK oleh RAKYAT nak BERBAHAS dalam PARLIMEN yg dok BOIKOT apahal... dengaqlah UCAPAN PEMBANGKANG tu.. takkan dia berucap saja-saja.. dia pon telah di pilih oleh RAKYAT M@RHAEN di dalam Negara nie... jadi jika anda perlece dia anda ibarat memperlece rakyat negara anda sendiri... dengar ucapan itu kalau UCAPAN ITU SALAH ANDA SANGGAH.. dan JIKA BETUL TEGURAN TU ambil perhatian.. itu sebenaqnya dinamakan check and balance... AMBIK yg terbaik untuk kesejahteraan RAKYAT JELATA....

    ini yg sebenaqnya mereka 'BOIKOT' tuu...

    Koridor Parlimen

    Menteri dan Ahli Parlimen BN Takut Untuk Dengar Hujah Anwar

    SUASANA Parlimen hari ini tidak sesesak semasa Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009, 29 Ogos lalu. Keadaan dan pemerhati sidang Parlimen hari ini biasa saja, walaupun umum sudah tahu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan membentangkan perbahasan Bajet berkenaan. Seolah pembentangan perbahasan oleh bekas Menteri Kewangan itu tidak penting.

    Suasana Parlimen lenggang dan banyak ruang yang boleh dimuat. Kawalan keselamatan juga biasa saja tidak ada kawalan tambahan. Namun apa yang berlaku di dalam Dewan ternyata lebih menarik dan panas daripada ketika Abdullah Ahmad Badawi membentang Bajet tempoh hari.

     

     
    Nak KATA kat org CERMIN-CERMIN lah dulu diri kita tuu..
    10.12.08 (10:14 am)   [edit]

    http://farm2.static.flickr.com/1436/1185502168_7b7d2283d2.jpg

    'Anwar ibarat tin kosong'

    MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tin kosong kerana terus menabur janji Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat daripada Barisan Nasional (BN).

    Ok fine...dah ANWAR tin KOSONG.. HANG PULAK apa.. mangkaq.. mangkok hayun.. lahabau..bla bla bla..YANG hang pie bagi DATUK kat BANGLA tu baguih laa...betoi laa.. Tu laa kalau nak kata kat orang sampai tak cermin diri sendiri macam nie la jadinya...bodo tak sudah2... LEPAS nie sah JACKIE CHAN jgk dapat DATUK sbb buat filem POLICE STORY 3 kat KL dulu.. tak pon CHOW YON FAT pon boleh di bagi jgk sbb filem THE KING & I dulu pon buat kat Penang.. nie semua kira Promosi Malaysia la tuu....

    Alasah Ali Rustam pasal Datuk Shah Rukh Khan

    Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka

    MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

    Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

     

     
    Kata-kata PAK LAH sudah berani di sanggah oleh menterinya SENDIRI...
    10.12.08 (12:06 am)   [edit]

    Apa KATANYA...

     

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan penubuhan sebuah kumpulan yang membenarkan keahlian langsung dalam Barisan Nasional (BN) bagi mereka yang menyokong BN tetapi tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen.

    NAMUN kini..mereka sudah berani menyanggahkannya...itu masih belom letak jawatan..apa nak jadi bila dah betul2 berhenti nanti...Ibarat kain buruk kah jadinya....??

     
    http://www1.bharian.com.my/Misc/Umno55/Images/7chik.jpg

    KEMAMAN: Sebarang cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) satu parti pelbagai kaum ibarat seperti membubarkan Umno yang selama ini menjadi tunjang kepada kekuatan kerajaan memerintah.

     

     

     
    macamana org tak meluat...
    10.10.08 (7:41 am)   [edit]

    Cuba anda fikirkan tengok...macamana org tak panggil surat khabar umno... boleh dikatakan 2/3 semuanya cerita umno.. tak ada cerita nak bantu rakyat ke.. cerita harga minyak dunia turun ke.. cerita nak pulih ekonomi ka.. cerita bab raya kaa..

    cuba anda kira tengok Bharian Online ruangan NASIONAL ... UMNO UMNO UMNO..

    • Calon harapan PMR terbunuh motosikal, kereta bertembung

      PASIR MAS: Hasrat membeli kad tambah nilai telefon bimbit, bertukar tragedi buat seorang pelajar yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Isnin ini, apabila motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta dekat Lati di sini, malam kelmarin. [+]

    • Pelajar maut pemadam api meletup

      JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan amali di sebuah kilang, di Kawasan Perindustrian Tampoi, di sini, terbunuh manakala tiga lagi rakannya cedera apabila sebuah alat pemadam api di premis itu tiba-tiba meletup, petang kelmarin. [+]

    • Ops Sikap XVII capai matlamat

      KUALA LUMPUR: Ops Sikap XVII sempena Aidilfitri yang berakhir kelmarin berjaya menurunkan 8.4 peratus kemalangan maut dan 7.6 peratus jumlah kematian, melebihi sasaran pengurangan lima peratus sepanjang 15 hari pelaksanaan operasi berkenaan bermula 24 September lalu. [+]

    • Mahkamah tarik balik larangan

      KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Sesyen S M Komathy Suppiah semalam menarik balik larangan dikeluarkannya, kelmarin, terhadap media daripada menyiarkan kandungan bahan bukti insiden ‘mata lebam’ pada 1998 membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [+]

    • MCAC ganti tugas BPR tahun depan

      PUTRAJAYA: Suruhanjaya Antirasuah Malaysia (MCAC) bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan tugas dan tanggungjawab menangani rasuah mulai awal tahun depan. [+]

    • 2 biras didakwa kes wang haram RM61j

      MELAKA: Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, semalam tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing lebih RM45 juta dan RM16 juta. [+]

    • Ismalina tetap tanding jawatan Ketua Puteri

      KUALA LUMPUR: Datin Ismalina Ismail, yang menawarkan diri merebut jawatan Ketua Puteri Umno, tetap dengan keputusannya bertanding walaupun suaminya, Datuk Reezal Merican Naina Merican turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan. [+]

    • Khairy, Mukhriz dicalon

      MACHANG: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir masing-masing mendapat satu pencalonan ketua pergerakan daripada dua bahagian yang bermesyuarat semalam. [+]

    • Dr Mahathir tak berhak desak Pak Lah berdiam

      KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berdiam diri sehingga menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak menjelang Mac ini kerana Perdana Menteri masih perlu melaksanakan tanggungjawabnya memimpin negara. [+]

    • Lima lagi tawar diri tanding MT

      KUALA LUMPUR: Lima lagi pemimpin Umno, semalam menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti pada perhimpunan agung, Mac tahun depan. [+]

    • 6 bahagian Umno Melaka calon Najib

      MELAKA: Semua enam bahagian Umno di Melaka akan mencalonkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan pucuk pimpinan Mac tahun depan. [+]

    • 'Penyokong mesti sedia terima kekalahan'

      IPOH: Calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno mesti menghormati prinsip demokrasi dan sanggup menerima kekalahan serta tidak menimbulkan masalah kepada parti. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata calon yang kalah mestilah menjelaskan kepada penyokong supaya menerima keputusan majoriti. [+]

    • Muhammad Taib tawar tanding Timbalan Presiden

      SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib semalam menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi menarik diri daripada bertanding jawatan itu dan menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden. [+]

    • Gandingan mantap perkukuh perjuangan

      BACHOK: Umno Bahagian Bachok akan mencadangkan gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti, Mac tahun depan. [+]

    • Muhyiddin mahu semua bahagian calonkan Najib

      BACHOK: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta bahagian Umno seluruh negara yang bersidang mulai hari ini, supaya 100 peratus mencalonkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Presiden menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan parti Mac tahun depan. [+]

    • TPM tidak rela biadab jadi amalan, sebati jiwa

      KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Malaysia menolak sikap dan perangai pihak yang tidak tahu berbudi bahasa, bersopan santun serta tidak tahu menghormati pemimpin kerana ia boleh merugikan negara jika dibiarkan. [+]

    • 'Masih banyak perlu dilakukan'

      PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengambil cuti sebelum menyerahkan jawatan kepada penggantinya pada Mac tahun depan kerana masih mempunyai banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. [+]

     

     
    Ditujukan KHAS untuk mangkaq EZAM...
    10.10.08 (1:13 am)   [edit]

    Ini aku ambik dari satu blog sahabat.. ingat nak buat ucapan kat EZAm sekoq nie tapi dah ada yg buat khas utk dia jadi aku copy paste jelah....

    Apalah nasib ko Ezam....Isyk isyk isyk...!!

    Dulu ko masuk Umno sebab 2 benda:

    1. Pak Lah jadi PM dia hapuskan rasuh

    2. Che Det dah keluar Umno

    La ni...

    1. Pak Lah nak berhenti dah dan gagal hapuskan rasuah dan...

    2. Che det nak masuk Umno...

    Ko nak pergi mana Ezam oiii? Ke dia orang dah sealed ko dalam kotak? Sonyap ajo..He he...
     
    Siapa BANGUN siapa TUMBANG siapa REBAH siapa GAGAH..??
    10.08.08 (8:05 pm)   [edit]

     

     http://massa121.files.wordpress.com/2008/04/pak-lah.jpg

    "DIA SUDAH PERGI"

     

    http://www.bloomberg.com/apps/data?pid=avimage&iid=igNrPQlS01_o

    "DIA TEKUN MENANTI"

     

     http://www.bloomberg.com/apps/data?pid=avimage&iid=ifUOTOvjJtBw

     "OPSS..DIA MASIH BERTEKA-TEKI"

     

     http://image.pathfinder.com/Asiaweek/magazine/2000/0407/nat.malaysia.jpg

    "..ATAU DIA YG AMBIL NANTI"

     

    http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/04/anwar-fr-jeff-ooi.jpg

    "TAK PON SEMUANYA KENA KETEPI.." 

     
    Apa Beza 3 Gambaq Ini..???
    10.07.08 (11:04 am)   [edit]

    Aku tak nak sentuh bab DEWA ka DEWATA RAYA ka apa kaa lanie aku nak sentuh bab sembang mulut BUSUK... pasaipa aku kata macam tu... benda nie bila kena kat DEPA diam seribu BAHASA tapi bila kena kat ORANG LAIN maka BERKUKUKlah BAPAK-BAPAK ayam seluruh kampong....

    Kalau nak tau inilah perangai UMNO... JIKA ada peluang nak menembak orang depa tak tengok sekeliling dah BANTAI ja janji PUAS.. habis FATWA sana dia angkut dia ambil nak bagi apa yg dia kata tu betul dah sahih al-ghazali... tapi dia tak sedaq apa yg dia cakap tu rupa-rupanya kembali kepada mereka sendiri....

    LANIE aku nak tanya apa bezanya 3 keping gambaq kat bawah nie...hangpa jawab sendiri hangpa hurai sendiri....

    Guna Akal Untuk Berfikir.... atau bak kata nabil...Lu pikir lah Sendiri....

     

     http://i6.photobucket.com/albums/y233/smileymorning/mj.jpg

    http://www.nadai.name/weblog/uploaded_images/tytbday4-785347.jpg

     
    Pimpinan Selangor nie Bangang Sangat kee..??
    10.05.08 (11:44 am)   [edit]

    Salam Lebaran Salam Aidilfitri,

    Sebelom aku nak menulis aku nak mohon ampon dan maaf pada semua... bab hari nie mengenai Kerajaan pakatan Rakyat Selangor. Sejak dua menjak nie aku tengok selepas isu KUIL itu di robohkan macam-macam cerita yang keluar..

    awat bangang sangat pimpinan yg ada kat Selangor nie pasal kes KUIL nie tak sudah2 pakat nak buat statement dan stetement tu plak pie buat buat kat TV3 UTUSAN.. hangpa tak tau ka puak2 tu serampang seribu mata… bukan siar berita nak bagi elok pon cuma nak pelaga ada laa.....

    lanie pakat pie mesyuarat elok2.. Bincang dgn MB Selangor apa nak buat dgn kes nie tak payah pakat nak tunjuk jaguh buat statement… cari keputusan yg terbaik itu baru betul... nie tak aku bercakap hang bercakap engkou bercakap kamu bercakap last cuba tengok MUSUH SEDANG BERGEMBIRA KITA SEDANG BERCAKARAN….

    - akal bangang macam nie pon boleh perintah negeri..eishh eishh eishhh

     

     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog