Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    LEBIH BAIK AKU RASA HANGPA SEMUA YG TURUN............
    12.01.08 (12:19 pm)   [edit]

    Turun harga barang selaras harga minyak - PM

    01/12/2008 9:04am
    PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memastikan harga barang makanan yang diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak mesti merupakan barangan yang digunakan rakyat setiap hari.

    Dalam nada kesal, Perdana Menteri berkata, peniaga kebiasaannya begitu liat malah lewat untuk menurunkan harga barang pada setiap kali harga minyak diturunkan tetapi begitu cepat pula tanpa disuruh menaikkan harga apabila harga minyak naik.

    "Saya dah beritahu Shahrir (Datuk Shahrir Abdul Samad), bahawa barang yang diturunkan mesti barangan yang digunakan setiap hari.

    "Ini satu masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini. - Utusan.

    TARAKNAMA - Adusss sampai PM pon cakap macam nie... tak tau nak kata apa la lagi.. he he he... wahai rakyat jelata kini beta menitahkan supaya rakyat semua turunkan harga barang namun beta cuma menitahkan sahaja tapi terpulang kepada rakyat jelata nak turunkan atau tidak....adusssssssss penin penin....

    • Susu Budak bila mau turun...
    • Ayam bila mau turun..
    • GAS MASAK bila mau turun...
    • ROTI CANAI bila mau turun...
    • TEA 'O' Ais bila mau turun...
    • BERAS bila mau turun...
    • LEBIH BAIK AKU RASA HANGPA SEMUA YG TURUN............
     
    SAMPAI BILA KITA NAK DI BANGANGKAN OLEH ISU BANGANG..
    12.01.08 (12:13 pm)   [edit]

    Hari Nie aku nak sentuh bab kelaku UTUSAN MALAYSIA..dan PROPAGANDA JAHAT yg depa dok BUAT SELAMA nie... ISU dia bab PAPAN TANDA kat PENANG...

    nie UTUSAN MALAYSIA..

    Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik


    PAPAN tanda sebatang jalan di Georgetown yang turut menggunakan bahasa Cina. - Bernama

    PULAU PINANG 21 Nov. – Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

    Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan.

    “Kita mahu meningkatkan industri pelancongan Pulau Pinang dan ini sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelancong melawat Georgetown setelah UNESCO mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penamaan jalan pada papan tanda di Lebuh Acheh di sini hari ini.

    Beliau berkata, nama jalan pada papan tanda dalam pelbagai bahasa boleh membantu ramai pelancong mengetahui bahawa Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama.

    “Kita mahu mempromosikan Georgetown dan pada masa yang sama tidak mengurangkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” kata beliau.

    Ditanya mengenai kritikan selepas pemasangan papan tanda dalam pelbagai bahasa, Guan Eng berkata, ia telah dilakukan di banyak bandar raya termasuk Kuala Lumpur yang menambah nama jalan dalam bahasa lain seperti Arab dan jawi dan mengekalkan nama dalam bahasa Melayu.


    Papan tanda Lebuh Acheh, Georgetown turut memaparkan tulisan Tamil.– Bernama

    “Kita tidak boleh jadi satu “masyarakat tertutup” jika kita mahu hidup dan bersaing global,” katanya sambil menambah bahawa lima bahasa berlainan yang dipasang pada papan tanda di sepanjang Lebuh Acheh berharga setiap satu kira-kira RM300.

    Mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bahawa Guan Eng sepatutnya menyedari mengenai garis panduan UNESCO yang kini boleh menjejaskan pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, Guan Eng berkata, perkataan yang digunakan Mohd. Ali tidak boleh dipercayai.

    “Mohd. Ali pernah berkata, bahawa Shah Rukh Khan akan ke Melaka pada 29 November untuk menerima anugerah negeri yang membawa gelaran Datuk tetapi dibatalkan.

    Ini menunjukkan bahawa Mohd. Ali tidak tahu apa yang dikatakan dan tidak menyatakan apa yang dimaksudkan,” kata beliau.

    Rabu lepas, Guan Eng dilaporkan berkata, garis panduan UNESCO mengenai pengisytiharan Tapak Warisan Dunia tidak dimaklumkan dengan meluas apabila ia dalam proses pengisytiharan, sambil menambah ia hanya diketahui ketika status Georgetown itu diluluskan oleh UNESCO, barulah kerajaan menyedari garis panduan tersebut.

    – Bernama

    ok dah hang pa dah baca dah kan.. apa yg depa dok bebelnya...

    OK lanie hangpa tgk plak apa TheStar tulis...

    Multilingual road signs put up to boost Penang's tourism

    By NG SU-ANN

    GEORGE TOWN: Lebuh Acheh and Lebuh Carnarvon are the first streets here to display the much-debated multilingual signboards.

    While maintaining their Bahasa Malaysia versions, the four signboards along Lebuh Acheh have translations in Arabic, Chinese and Tamil while the Lebuh Carnarvon one includes a Chinese translation.

    Implemented in phases, the project recently came under fire from certain quarters.

    New attraction: Visitors to Lebuh Acheh in Penang will be able to see one of the much-debated multilingual signboards.

    On Nov 4, Pahang accountant Nik Rizman Sapian filed an injunction at a High Court here to stop the Penang Municipal Council from putting up the multilingual signboards.

    He claimed that the move would jeopardise the position of Bahasa Malaysia as the country’s national language.

    Chief Minister Lim Guan Eng, who unveiled the signboards yesterday, said the state was merely adding other languages in the signboards while retaining Bahasa Malaysia in deference to it being the national language.

    This was part of its efforts to boost Penang’s tourism and promote George Town as a place which welcomed everyone, just like in an airport, he added.

    On the project’s critics, he said: “We don’t want to be racists like them. A leopard can’t change its spots.

    “Let them continue to live under the coconut shell. We don’t have to follow them.”

    He said each name plate cost RM150 while the pole cost another RM150, adding that some signboards retained their original poles.

    Ok lanie hangpa tengok yang nie plak...

     Lanie apa masalahnya dengan PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA nie... Oooo HANGPA buat tak apa.. sebut kata KERAJAAN PAKATAN RAKYAT nak buat semua tak betul... POLITIK BANGANG apa macam nie nie....

    http://img75.imageshack.us/img75/7336/jwmy5.jpg

    hentikanlah politik macam nie.. cuma nak cari ISU bagi nampak kata kita pejuang bangsa dan agama namun hakikatnya taik penuh kat ekoq... ayuh marilah kita sama2 berpolitik dengan lapang dada.. aku salah kamu tegur kamu salah aku tegur janji apa kita buat untuk kebaikan rakyat marhaen semua bukan segelintir atau segolongan sahaja....

    Bila la nak sedaq rakyat jelata oii... takan kita nak tengok macam nie ja kita diputar belitkan oleh isu sampah nie.. banyak lagi isu yg wajib di fikirkan oleh rakyat malasyia takan benda bangang nie saja yg nak dijadikan bahan pemikiran rakyat malaysia.... aduhhhh pakat-pakat fikirkanlan  supaya nak bagi elok negara nie...

     

     

     
    JOM pakat sedekah duit kat GOVERMENT..
    11.26.08 (1:58 pm)   [edit]

    ASW 2020 tawar satu bilion unit mulai esok

    KUALA LUMPUR: Satu bilion unit baru Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan ditawarkan mulai esok bagi memberi peluang lebih ramai rakyat melabur dalam saham amanah itu.

    Unit baru saham amanah yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia itu, boleh dilanggan mulai jam 8 pagi di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) seluruh negara dan 1,627 cawangan ejennya.

    Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tawaran sehingga 3 Disember ini, pelaburan maksimum dihadkan 10,000 unit seorang.

    TarakNama - he he he tudiaa... 1Bil Unit tuu..nganga lagi cepat pakat pie serbu beli lekaih.. mana tau dapat TOP-UP duit kat GOVERMENT yg tengah dok kering kontang nie...he he he... BAGUIH sungguh rakyat MALAYSIA.. KERAjaan tak ada duit RAKYAT akan bagi punya...

    Kes nie sama la dengan kes RAKYAT dok bagi susidi minyak kat GOVERMENT .. mana nak cari RAKYAT MALAYSIA yg paling BAGUIH atas muka bumi nie... JADI patut la pon warga Asing suka mai MALAYSIA.. best Negarakuku nie... he he he....

     
    Jika dah SUKAR.. AYUH kita tukaq KERETA baru..
    11.26.08 (5:14 am)   [edit]

    Sukar kekang politik wang

    Daripada Azhar Abu Samah di Lima, Peru
    bhnews@bharian.com.my


    NAJIB bersama (dari kiri) Presiden Chile, Michelle Bachelet; Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper berpakaian tradisional Peru, poncho untuk sesi bergambar bersama pemimpin Apec di Lima, Peru, semalam.

    Umno ambil langkah tambahan: Najib

    LIMA: Umno akan mengambil langkah tambahan yang lebih komprehensif untuk membanteras politik wang dalam parti, tetapi semua pihak perlu menyedari usaha itu memerlukan kekuatan politik dan komitmen yang kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak,

    Timbalan Presiden Umno berkata, semua pihak juga perlu realistik kerana usaha berkenaan tidak mudah dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. (LAGI)

    TarakNama - Tuuu tak paham-paham lagi... hang pa dok ikut buat apa lagi sampai bakal PM pon kata SUKAR.. jadi jika dah sukar pon maknanya dalam bahasa kasaq SUKAR nie sama dengan SUSAH, PAYAH,MUSTAHIL... jadi pakat-pakat cari la payung baru kereta baru enjin baru.. INSYA'ALLAH nanti bila dah semua baru.. KITA MAJU KEDEPAN DENGAN LANCARNYA SEMULA....

     

     
    APA beza YOGA dan BERSANDING..???
    11.23.08 (2:00 pm)   [edit]

    Majlis Fatwa haram yoga



    ABDUL Shukor menunjukkan kenyataan mengenai kedudukan senaman Yoga selepas dibincang Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Malaysia.

    PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

    Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

    Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. - Seterusnya-

     

    TarakNama - OK dah HARAM dan siap keluaq fatwa jadi semua PAKAT-PAKAT TERIMA laa apa yg di fatwakan oleh Majlis FATWA nie... TAPI aku lanie nak tegoq plak bab satu lagi yg boleh di katakan ADIK BERADIK YOGA jugak... iaitu satu adat yang kekal di jalankan oleh masyarakat MELAYU hingga ke HARI ini... iaitu Majlis BERSANDING ketika kenduri KAHWIN...

    http://www.gua.com.my/photobank/2008/3/13/full/MPPB_04045.jpg

     aku harap Tok-Tok Mufti kenalah peka akan masalah ini... jika bab YOGA yg cuma di amalkan oleh segelintir masyarakat umat Islam sahaja.. sedangkan MAJLIS BERSANDING nie boleh di katakan syarat wajib yang akan di lakukan oleh setiap orang Islam yang berpegang pada adat dan jugak dengan kiasan kahwin hanya sekali dan masa nie nak bagi masyarakat tengok.... oleh itu aku harap bab BERSANDING nie jugak di ambik berat oleh MAJLIS FATWA... jangankan YOGA sahaja kita bising sedangkan hal lain kita letak ketepi sahaja padahal Umat Islam sedang melakukan satu perkara DOSA.... 

     
    Sapa yg BABI skrg nie..???
    11.22.08 (9:36 am)   [edit]

    Demonstrasi bantah projek ternakan babi

    SUNGAI PETANI: Lebih 100 ahli Pemuda Umno dan Belia 4B negeri mengadakan demonstrasi secara aman membantah cadangan Kerajaan Pas Kedah untuk melaksanakan projek ternakan babi di negeri ini.

    Timbalan Pengerusi Belia 4B Kedah, Mohd Khairul Azhar Abdullah, berkata demonstrasi itu bukan sekadar membantah projek ternakan babi di Bukit Selambau di sini, tetapi membabitkan semua kawasan di negeri bagi mengelak timbul pelbagai masalah terutama aspek kebersihan dan keselesaan penduduk.

    Beliau berkata, selain projek ternakan babi berpusat di Bukit Selambau yang dibatalkan pelaksanaanya oleh Kerajaan Kedah, kelmarin, ada dua kawasan lagi yang pernah dicadangkan iaitu Pinang Tunggal dan Padang Lembu di Gurun di sini.

    "Kami juga berharap Kedah tidak akan menjadi negeri penternakan babi seperti Selangor," katanya ketika ditemui di sini, semalam

    "Tidak kira siapa yang memerintah, sama ada Pas atau Barisan Nasional (BN), kami berpendirian menolak semua projek ternakan babi di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    TarakNama - Nah nie baru betul2 dikatakan BABI... amboi sedap sungguh aihh hangpa bercakap... lanie aku nak hangpa jawab apa aku nak tanya 2 soalan... lepas kalau jawapan memuaskan hatiku baru aku pon setuju apa yg hangpa dok demo nie...

    1. Didapati PROJEK LADANG BABI nie di LULUSKAN pada bulan Dec 2007 lagi.. JADI masa tu yang memerintah sapa kalau tak bukan tentu BN... OK soalan... Lanie dah bulan November dan PAS menang bulan MAC jadi sepanjang DEC sampai MAC hangpa buat apa ...LENA...????
    2. Semasa PROJEK LADANG BABI nie nak lulus dulu dan dah di luluskan dah pon... mana pie HANGPA semua nie.. simpan TELOQ dalam seluaq kaa... HARAM SEPATAH tak berbunyi pon.. sunyi sepi... HANG PA pie mana..??
     
    Pie Mai Pie Mai.. 15sen...
    11.21.08 (4:46 pm)   [edit]

     

     

    Nah.. 15sen lagi.. memang betoi la tok uban nie patut di panggil menteri 15sen... oi Menteri 15sen hang tau dak lagi harga dunia skrg berpa setong.. dah 49USD dah.. kira rendah lagi dari harga masa hangpa penaik 70sen dulu... waktu dulu harga setong dalam 120USD dan naik ke 145USD lalu hangpa penaik 70sen... skrg dah berapa kali ganda minyak tu turun takan dok takad 1.85sen lagi... awat mangkaq sangat nie.. jangan la dok pebodo rakyat sangat satgie makan diri hang sendiri yg kena sumpahnya...

    Harga minyak RM1.85?

    Oleh ASRON MUSTAPHA
    mohdasron.mustapha@kosmo.com.my

    KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.

    Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.

    "Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.

    "Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,'' katanya di lobi Parlimen semalam.

    Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

     

     
    49USD dah setong..namun RAKYAT NGANGA...
    11.21.08 (4:35 pm)   [edit]

    Adusss dah 49USD dah setong.... mana pie semua PEMIMPIN yg RAKYAT PILIH utk bela RAKYAT nie.. awat hangpa BUTA ka dengan HARGA MINYAK DUNIA nie... dulu kata harga minyak naik sebab harga pasaran dunia naik.. nie dah TURUN sampai kelantai nie tak kan TAK TURUN plak minyak yg hangpa dok penaik dulu...

    kalau macam nie punya GAYA.. bukan kata MENTERI PEMIMPIN serta WAKIL RAKYAT yg BENGONG... sampai ke RAKYAT yg pangkah nie pon aku hukum bengongnya... sebab macam REDHA ja apa PUAK-PUAK mangkaq nie buat...

    mana UMNO, mana PAS, mana MIC, mana MCA, mana PKR, mana DAP.. takan hangpa nak tengok saja jaaa... takan nak simpan kat dalam ja teloq tu tunjukanlah anda tu pewaris pahlawan melayu yg pantang di zabar dan di bengongkan sebegini rupa...

     49USD..49USD..49USD..

    49USD..49USD..49USD..

    49USD..49USD..49USD..

    49USD..49USD..49USD..

    - Pakat buka bijk mata tuu tengok harga PASARAN DUNIA berapa dah Setong....

     
    Bab MILAMINE pon kena tipu lagi...
    11.18.08 (1:19 pm)   [edit]

    Salam.. nie nak tegoq bab milamine plak... menteri mana yg jaga bab milamine nie.. yg MENTERI 15sen tu jugak ka.. KALAU mamat nie HARU-BIRU lah jadinya... bukan apa aku dok dengaq cerita MILAMINE nie ingat ada kat CHINA sana jaa.. pastu Negara-negara luaq yg lain sebab kat Malaysia nie tak dengaq cerita apa pon... last-last mai dengaq ada BERTAN-TAN biskut kena lupus sebab ada MILAMINE... 

    Oiii mangkaq tok sah dok cerita laa berapa TAN yg dok lupus tu.. lanie habaq mai SYARIKAT MANA, BISKUT JENIS APA yg masih dok ada kat PASARAN supaya rakyat  tak payah pie beli BISKUT tuu.. yang dok tak mau habaq pasai paa... kena sumbat dah ka perut hang pa tuu..

    Nak habaq nama KOMPENI tu pun susah sangat.. entahlaaa nak jadik apa pon tak tau MALAYSIA nie.. RAKYAT ASYIK dok kena perbodoh ja memanjang... MINYAK pon kena bodoh.. POLITIK WANG pon kena bodoh... MILAMINE pon kena bodoh.. entah laaa....memang dasar MELAYU kot... LAYU jaaa memanjang...

     

    Biskut banyak melamin dilupus


    Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah SPU menyaksikan kerja-kerja pelupusan biskut dan serbuk amonia bikarbonat yang disahkan mengandungi kandungan melamin melebihi had yang dibenarkan di tapak pelupusan sampah Ampang Jajar, Butterworth, Pulau Pinang semalam.

    BUTTERWORTH 17 Nov. - Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini melupuskan 12,000 kilogram biskut bernilai lebih RM83,400 kerana didapati mengandungi bahan melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.

    Proses tersebut turut membabitkan pelupusan 8,400 kilogram bahan penaik amonia bikarbonat dari China yang digunakan oleh dua buah kilang biskut di negeri bagi menghasilkan produk itu.

    Pelupusan bahan berkenaan dibuat susulan pemantauan dan analisis makmal yang dilakukan jabatan itu sejak September lalu terhadap empat jenis biskut keluaran dua kilang terbabit.

    Pegawai Jabatan Kesihatan SPU, Dr. Shaari Saad berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan dua kilang berkenaan menarik balik biskut-biskut keluaran mereka dari pasaran untuk dilupuskan dalam masa terdekat.

    ''Kita sudah minta mereka (pengilang) supaya tidak memasarkan produk yang dicemari bahan itu (melamin) dan biskut yang sudah dipasarkan pula ditarik balik untuk dilupuskan.

    ''Setakat ini, dua kilang terbabit memberi kerjasama yang amat baik dan akan melupuskan sendiri biskut berkenaan dengan pemantauan Jabatan Kesihatan," katanya ketika ditemui di tapak pelupusan sampah Ampang Jajar di sini hari ini.

    Kementerian Kesihatan baru-baru ini, melarang serta-merta pengimportan bahan penaik amonia bikarbonat dari China berikutan bahan itu didapati mempunyai tahap melamin melebihi piawaian yang dibenarkan.

    Serentak itu, kementerian juga mengarahkan supaya 20 jenis biskut yang dikenal pasti mengandungi bahan melamin ditarik balik dari pasaran.

    Dr. Shaari berkata, pelupusan biskut dan bahan penaik tersebut dilakukan mengikut Akta Makanan 1983 pindaan 2001.

    Menurut beliau, pihaknya sudah menjalankan pemantauan terhadap semua jenis biskut di pasaran dan sehingga kini masih membuat pemeriksaan rutin termasuk di kedai runcit dan pusat-pusat beli-belah.

    Ditanya mengenai tindakan yang akan dikenakan ke atas pengilang terbabit, Dr. Shaari berkata, kedua-dua pengilang berkenaan sudah memberi kerjasama dengan baik untuk menarik balik produk mereka dari pasaran sebelum melupuskannya.

    ''Mereka (pengilang) sebenarnya tidak mengetahui biskut yang mereka hasilkan mengandungi melamin yang tinggi ekoran penggunaan amonia bikarbonat berkenaan," jelasnya.

    p/s ; Cuba hangpa baca petikan UTUSAN kat atas.. HARAM tak habaq nama SYARIKAT tuu... dok habaq pengilang-pengilang... Habaq mai jaa BIAQ RAKYAT buat keputusan nak beli atau tidak..

     

     

     
    MENTERI 15sen HARGA SUSU BUDAK bila pulak nak turun..??
    11.18.08 (9:03 am)   [edit]
    Aku nak kejutkan MENTERI 15sen sekejap.. Oi mamat hang jangan dok tengok MINYAK saja.. nie mai aku nak habaq harga SUSU BUDAK pon hang kena perati jugak.. Aku tengok haram tak turun2 pon sampai lanie walaupon hangpa dan peturun 5X minyak tuuu... Nama saja menteri makan GAJI buta ja.. HAK RAKYAT haram tak reti nak jaga... Dulu SEMBANG PANDAI.. KOMPLAIN ORANG PANDAI.. orang bagi JAWATAN habis cempra dan lingkop kehidupan RAKYAT MARHAEN...
     

    Beri tumpuan turunkan harga susu, makanan bayi

    KEADAAN ekonomi global yang tidak menentu sememangnya telah membantu kepada penurunan harga minyak.

    Rata-rata rakyat Malaysia berada dalam kesusahan kerana kenaikan harga minyak oleh kerajaan sebelum ini kerana ia telah membawa kepada kanaikan harga barangan yang drastik.

    Walaupun telah dua kali kerajaan menurunkan hraga minyak, harga barangan di pasaran masih lagi tinggi.

    Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai anak kecil saya amat terkilan kerana harga susu bayi telah meningkat begitu tinggi sekali dalam masa yang amat singkat.

    Harga susu yang tinggi menyebabkan kurangnya kemampuan membeli oleh ibu bapa sekali gus mengurangkan pilihan susu yang terbaik untuk bayi. Sesetengah ibu bapa terpaksa mengikat perut kerana ingin memastikan bayi mereka mendapat yang sebaiknya. Harga susu, makanan bayi dan kanak-kanak di bawah umur dua tahun perlu mendapat perhatian yang jitu dari semua pihak kerana itu sahaja sumber makanan mereka.

    Kesihatan mereka bukan hanya membawa kepada kestabilan politik tetapi kestabilan kepada semua aspek kehidupan kerana mereka adalah pengganti kepada kehidupan yang lebih awal.

    Oleh itu saya merasakan pihak berwajib perlu memainkan peranan yang lebih tegas dan bertanggungjawab dalam menangani hal ini dan bukan sekadar melaungkan keinginan di dada akhbar.

    MAWAR MERAH
    Melaka

     
     
    MENTERI 15sen..!!
    11.18.08 (1:00 am)   [edit]

    Ini dia mangkaq tahap cipan yang mana aku terpaksa gelaq kat mamat sekoq nie... bukan apa tension gila dok tengok depa nie PERBODOHKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA....

    ANDAI puak2 UMNO yang  dok sokong membabi buta tu mampos pie laa depa tu dah kelam mata dah POLITIK WANG dengan RASUAH pon tak reti nak beza dah... MASALAH skrg kena tempias kat KITA SEMUA nie... ASYIK DOK KENA PEBODO ja dek mamat tok UBAN nie....

    AKU pon naik heran laa.. APA yg keramat sangat angka 15 dengan mamat sekoq nie.. asyik-asyik 15sen.. 15sen... 15sen.... masa penaik dulu haram tak naik sikit-sikit.. main rembat freekick pie ke 70sen terus... tak pikiaq panjang dah LEPAS tu canang DUIT SUBSIDI setiap sorang 30sen... HINGAQ satu MALAYA....

    KALAU setakat SUBSIDI tu pon lanie dengan HARGA MINYAK DUNIA dalam linkungan 56USD setong kira dah drop 100USD dari 150USD masa hangpa penaik 70sen dulu tapi lanie dok turun 15sen...15sen...15sen...

    OKlah memandangkan hang suka sangat dengan 15sen dengan ini aku anugerahkan kat hang satu gelaran terulung untuk menteri kat MALAYSIA...iaitu ->MENTERI 15sen..!!

     
    SHAHRIL SAMAD & TAIK AYAM PANU...
    11.15.08 (3:27 am)   [edit]

    TENGKORAK Kooo SHAHRIL... ko tahu minyak sekarang berapa harga... 56USD setong... habis apasal cuma 15sen... sekurangnya sekarang 1.50sen dah harganya... masa nak penaik ko naik sekali GUSSS jaa..masa nak turun sejemput sejemput.... jangan dok perbodoh rakyat kerap sangat nanti kena sumpah jadi SESUMPAH baru ko tahu... sudahla harga Barang tak turun2 lagi kat kampung nie...entahlaa nak cakap pon tak kena tak cakap pon tak kena..awat la bengong sangat rakyat Malaysia nie.. boleh terima jaa mentah2 apa yg mamat nie cakap... andai dekat luar negara aku rasa depan opis dia tu dah kena lunggok dengan TAIK AYAM PANU dah...

    PUTRAJAYA 14 Nov. - Kerajaan dijangka mengumumkan harga runcit baru bagi petrol dan diesel dalam tempoh sehari dua lagi.

    Ketika membayangkan kemungkinan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan kali ini juga dijangka tidak akan melebihi kadar 15 sen seliter seperti penurunan akhir bulan lalu.

    ''Kerajaan biasanya menurunkan harga minyak secara berperingkat-peringkat, seperti Oktober lepas kita telah menurunkan masing-masing 15 sen pada pertengahan dan hujung bulan.

    ''Bagaimanapun, Kabinet hari ini tidak berbincang mengenai harga minyak tersebut tetapi tunggulah untuk mengetahui penurunan harga sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

     

     
    PAS & UMNO !!!
    11.15.08 (3:20 am)   [edit]

    Cuba tengok...PAS nie bukan jumud sangat sampai tak boleh di bawak berbincang..cuma sebelom nie dah tertanam dalam kepala yg PAS nie dianggap sebagai musuh politik yg tak harus diterima.. jika beginilah keadaannya tak mustahil ISLAM dan MELAYU itu dapat di satukan...

     

    Kerjasama dengan Pas tidak bermotif politik – Shahrizat


    Pengerusi Senada, Shahrizat Abdul Jalil menyambut Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh pada Perjumpaan dan Dialog Senada di Putrajaya, semalam. Seramai 19 anggota Muslimat Pas menyertai majlis itu.


    PUTRAJAYA 14 Nov. – Kerjasama antara Sekretariat Pembelaan dan Perkasaan Wanita Islam (Senada) dengan Dewan Muslimat Pas yang dimeterai hari ini tidak bermotif politik, sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk memperkasa golongan wanita Islam negara ini.

    Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kerjasama itu yang merentasi sempadan kaum, ideologi politik dan bangsa adalah platform dalam menentukan kecemerlangan wanita Islam ke tahap yang lebih optimum.

    Beliau berkata, penyertaan Dewan Muslimat Pas adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa Islam merupakan titik penyatuan kepada semua aspek kehidupan walaupun dengan latar belakang yang berbeza.

    “Kerjasama dan perjuangan ini adalah wadah yang akan menyatukan kita di bawah satu agama iaitu Islam. Kita akan wujudkan pelbagai program yang melibatkan badan bukan kerajaan dan pihak yang relevan dalam memperkasakan kedudukan wanita Islam,” katanya.

    Shahrizat yang juga Penasihat Hal Ehwal Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan sesi dialog Senada bersama Dewan Muslimat Pas, di sini hari ini. - LAGI

     

     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog