|
Assalamualaikum, Aku walaupon hakikatnya ada terdetik sedikit rasa macam tak puas hati dengan beberapa hal yg di timbulkan oleh penduduk Bukit Antarabangsa namun mai bab nie aku setuju dengan mereka.. RASAnya bab nie dah aku katakan sebelom ini.. MENTALITY POLITIK BANGANG nie masih di lakukan walaupon sudah 50thn merdeka... KENAPA masih ada benda seperti ini aku pon tak tahu.. masih bangang sangatkah generasi bijak pandai sekarang ini.. nak kata tak faham atau pon buat-buat tak paham perbezaan dua perbezaan ini..iaitu apa itu PARTI apa itu KERAJAAN.. Tidakkah kita semua buang ketepi ego politik masing-masing... kita kembali kepada rule of law yg sebenarnya dimana semua ini dah termaktub pon dalam perlembagaan kita namun kita sendiri yg membeza2kan.. Ok lah masa hendak dilantik peminpin tu kita bertelagah dan bergaduh demi untuk mengangkat seorang pemimpin yang benar-benar kita rasakan dapat berkhidmat untuk rakyat.. jadi apabila dia sudah menang dan di pilih sebagai pemimpin maka kita berilah keyakinan sepenuhnya supaya beliau dapat berkhidmat kepada rakyat.. namun harus di ingat KEPADA RAKYAT bukan KEPADA AHLI PARTI.. kerana RAKYAT nie KESELURUHAN dimana semua kena..yg ada parti yg tak ada parti yg sokong anda dan yg tak sokong anda..tapi jika kepada AHLI PARTI..ianya hanya kepada AHLI ANDA sahaja... tidak merangkumi kesemuanya... JADI mulai sekarang marilah kita bina POLITIK MALAYSIA dengan wadah yg satu matlamat yg satu.. DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA..
Usah promosi ideologi politik, bantu kami - Penduduk Bukit Antarabangsa Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB KUALA LUMPUR: Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa (BARA) hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan parti-parti politik yang mengambil kesempatan menggantung iklan di beberapa pusat operasi bantuan bertujuan untuk mempromosi parti mereka. Jurucakap persatuan itu, Dr Mohamad Rafick Khan berkata, hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan pada waktu ini, kedua-dua parti dari kerajaan dan pembangkang sepatutnya bekerjasama membantu mengsa kejadian tanah runtuh di kawasan itu yang berlaku pada Sabtu lalu. "Mereka sepatutnya duduk semeja berbincang untuk membantu tapi sebaliknya mereka bersaing sesama sendiri untuk menunjukkan siapa lebih baik," katanya dalam satu sidang media di Bukit Antarabangsa di sini. Mohamad Rafick berkata, hal itu seterusnya telah menimbulkan sentimen politik apabila ada mangsa yang tidak mahu pergi ke pusat bantuan yang bukan diuruskan oleh parti yang disokongnya. Beliau berkata, kesemua ahli politik ini dipilih oleh rakyat untuk membela nasib mereka. Justeru katanya, mereka tidak mahu sikap sedemikian wujud dalam diri pemimpin dalam keadaan rakyat benar-benar memerlukan bantuan mereka. Dalam sidang media yang sama, beliau turut mengumumkan penubuhan BARA yang dianggotai oleh wakil penduduk dari lapan taman perumahan di Bukit Antarabangsa iaitu Taman Bukit Utama, Taman Utama Tropicana Villa, Puncak Bukit Utama, Taman Bukit Jaya, Kyoto Gardens, Oakleaf Condominium, Laman Oakleaf dan Sinaran Ukay. Mohamad Rafick berkata, persatuan itu ditubuhkan berikutan penduduk merasakan perlunya satu persatuan untuk melihat keperluan penduduk dalam menyuarakan pelbagai masalah, cadangan dan tindakan bagi memastikan keselamatan sosial dan persekitaran Bukit Antarabangsa. "Objektif kami adalah untuk menjadikan Bukit Antarabangsa tempat yang selamat. "Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak berkuasa lain bagi mencari jalan penyelesaian jangkamasa pendek dan panjang berikutan masalah yang timbul daripada kejadian tanah runtuh ini," katanya. Beliau berkata, salah satu isu utama yang akan difokuskan dalam jawatankuasa yang baru ditubuhkan itu adalah keselamatan kawasan itu pada masa hadapan. Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) semalam supaya memperkenalkan akta baru seperti yang digunapakai di Hong Kong bagi mengawasi dan memantau projek pembangunan tanah tinggi dan cerun bukit, Dr Mohamad Rafick berkata, pihaknya mengalu-alukan penubuhan akta itu. Beliau turut meminta pihak media supaya tidak menulis berita berdasarkan sumber daripada pihak berkuasa yang tidak diketahui identitinya. "Penulisan berita yang hanya merujuk sumber tanpa diketahui identiti sebenar sumber itu akan menimbulkan keraguan sama ada apa yang disampaikan itu benar atau tidak," katanya. Beliau turut melahirkan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang enam hari mereka mereka menghadapi kesukaran termasuk dari segi makanan dan tempat tinggal berikutan kejadian tanah runtuh itu. Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku kira-kira 4 pagi Sabtu lalu telah meragut empat nyawa dan menimbus enam unit banglo di Taman Bukit Mewah dan lapan di Taman Bukit Utama. Kira-kira 2,000 dari empat taman perumahan berhampiran diarah mengosongkan rumah mereka atas faktor keselamatan.
|