Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Hot And Spicy's


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    TAHNIAH..P036..
    01.19.09 (2:20 pm)   [edit]

    http://img89.imageshack.us/img89/9347/abnertm5.jpg

     

     

     

     
    Oi KARPAL awat hang Bengap sangat nie...??
    01.09.09 (11:20 am)   [edit]

    aduss semalam aku bebel pasal si brahim.. hari nak bebel pasal mamat mangkaq sekoq nie pulak... nama saja peguam tapi bengong nak mampos... awat laa DAP dok simpan sangat mamat bioul sekoq nie aku pon tak tau..

    Oi kapal aku nak tanya apa yg hang keliru sangat nie..hang tak paham tang mananya.. atau hang sekoq ja yg dok keliru lagi tapi orang lain so far dah dapat terima dah hukum yg akan dibuat itu jika PAS memrintah. KELIRU apanya dah jelas ianya HANYA akan di jalankan kepada ORANG ISLAM..ulang ORANG ISLAM.. hang BUKAN ISLAM tak payah kalut atau seboknya kami tak akan kerat aihh tangan hang atau rotan hang.. tak payah pikiaq semua tuu.. hang kalau buat salah pie la diadili dalam mahkamah yg menjalankan hukuman sivil seperti mana yg dok ada sekarang nie...

    lepas tu aku nak tanya hang lagi.."BERTENTANGAN DIMANA nya dengan HASRAT PAS nak BUAT NEGARA ISLAM...?" bertentangan dimananya.. dah itu perjuangan PAS..sama la dengan konya nak buat MALAYSIAN MALAYSIA... ada PAS bangkangnya... buat laa kalau ko mampunyai sokongannya..sekarang semuanya BERSATU DALAM PAKATAN RAKYAT jadi kena pakat-pakat faham la ideologi masing-masing namun kena ingat matlamat utama NYAHKAN UMNO... jadi disini kau memerlukan aku dan aku memerlukan engkau jadi sendiri mau ingat laa jangan la celupar sangat...

    kau nie peguam dan paham Undang-undang takan ini pon nak kena cerita.. andai kau nak buat MALAYSIAN MALAYSIA kau kena ada majority dalam parlimen sebab nak ubah perlembagaan begitu jugak dengan PAS andai nak buat Negara ISLAM kena juga dapat majority dalam PARLIMEN tak kan benda nie nak kena cerita.. awat ko nie bangang sangat..

    *aku ulas kat artikal pulak dengan ulasan aku tu di bold kan

    Kenyataan Anwar mengelirukan - Karpal

    KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.

    *keliru tang mananya habaq mai sat..?

    "Kenyataan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat Pas yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

    *bertentangan pasai pa..memang hudud nie hukum untuk orang ISLAM sahaja.. bertentangan pasai pa plak dengan hasrat nak buat negara Islam.. kalau dah negara tu majority islam dan semua pakat bagi mandat dan sokong perjuangan ISLAM dah tentu laa akan jadi negara ISLAM dan semestinya HUKUM ISLAM itu akan dilaksanakan..tapi untuk orang ISLAM sahaja.. orang bukan ISLAM Allah tak benarkan jika mereka tak mahu..

    "Ini memang menjadi pendirian Pas sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin Pas sekarang," katanya dalam kenyataan di sini.

    Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember tahun lepas sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

    *Betul la tuu.. HUKUM HUDUD nie pon bukannya dibuat suka-suka saja tapi untuk membicarakan dan menghukum orang yg buat salah..tak boleh kaa.. sedangkan GANTUNG SAMPAI MATI boleh terima.. itu pon hukuman untuk org buat salah.. yg tak bersalah dok kalut apanya..awat hangpa nie org salah kaa...??

    Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

    *betoi ka benda nie bro.. kalau betul ko susah hati apanya dah perlembagaan negera depa macam tu.. terima laa pastu negara depa 99% Islam.. nak kalut apanya..namun ALLAH swt telah memberikan kelonggaran atas Ayatnya yg HUKUM HUDUD ini untuk ORANG ISLAM sahaja dan jika ORANG BUKAN ISLAM bersetuju nak ikut jugak HUKUMAN guna SISTEM ISLAM baru dibenarkan.. jadi maybe orang Bukan ISLAM kat Arab sana setuju menerima perlaksanaan Hukuman HUDUD ini.. lalu apa yg kalutnya lagi disini bro...kalau ko tak suka nak kerat tangan kalau ko9 mencuri lantak laa sebab ko bukan orang Islam tapi ko tetap akan di hukum dengan Hukuman SIvil seperti PENJARA ka DENDA ka..

    "Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar Pas yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

    "Mungkin Presiden Pas, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan Pas terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya Pas berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

    *Berapa kali mau cakap la mangkok oi..

    Karpal Singh berkata, Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.

    *Tak payah habaq laa..ini laa sebabnya PAS dok berjuang sekarang nie sehingga cukop majority dalam Parlimen dan semua orang dah paham akan Hukum Hudud nie baru nak buat semua tuu..

    LASt : dah la Karpal oi penat aku dengan hang sekoq nie..perangai hang sebijik macam si Brahim nuu.. brahim cara brahim karpal cara karpal..last dua-dua bengong...

    So far orang nak pie perang dah tak berapa nak sembang dah kes dalam kelambu
    tapi si natang bengong karpal nie tak sudah2 suka sembang
    kat AKHBAR musuh pasai hal rumah tangga sendiri.. 
    AKU PON TAK TAU PASAI Paaa...?? 

     

     
    Betoi ka Pembangkang tiada ISU..??
    01.08.09 (10:47 am)   [edit]

    Apa la bangang sangat UMNO nie.. awat kalau Pilihanraya kena buat ISU baru sajalah.. dan isu lama yg tak selesai tak boleh sembang dah ambik sapu letak bawah karpet kaa.. Jika basa bengong tu tetap bengong laa nak kelirukan rakyat.. Kira nasib baik laa dok buka Isu Lama kalau buka yg baru pulak campuq yg lama aku rasa hangpa pulak yg kalutnya sebab dari 3 raga dah jadi 10 raga...mampos hangpa tak terjawabnya...

    ISU LAMA

    • pemerintahan negara dijalankan penuh rasuah - memang pon hangpa rasuah.. jadi kalau benda nie kira benda tak patut sembang dah kira syok la hangpa boleh bergembira dengan harta rakyat sebab isu lama jadi tutup kes laa... pierahh mana boleh tutup kes kena ulang2 habaq kat rakyat kata pimpinan yg dok ada la nie RAQSUAH.. nak menang Ketrua Bahagian pon RASUAH nak JAWATAN Naib PRESIDEN pon rasuah..(opss politik wang).. abiss nak baiq gitu saja..
    • pembaziran Wang Royalti minyak - memang pon bazir.. dapat berbilion-bilion tapi rakyat yang hidup macam mak wok tu pon ada lagi...kenai ka makwok sapa..??
    • memuji allahyarham - isu lama ka tu bila puji si mati.. diakan baru mati kira baru la tuu..

    benda tiga nie pon hangpa dah tak terjawab dah dok kalut suruh bagi ISU BARU.. ok nie aku senaraikan sikit ISU BARU...

    • EUROCOPTER - beli tanpa test drive dan tender mahal melambung
    • POLITIK WANG untuk dapat PANGKAT DALAM UMNO lepas tu yg menang nie pulak akan jadi pemimpin negara...
    • IKTIRAF ISRAEL DAN ENGGAN IKTIRAF HAMAS
      Anwar Ibrahim yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai ejen Zionis menempelak tindakan UMNO dan Pak Lah yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Palestin.
      UMNO dan Pak Lah seterusnya secara tidak langsung hanya mengiktiraf Israel apabila UMNO dan Kerajaan Malaysia hanya berurusan dengan parti nasionalis Mahmud Abbas yang kalah pilihanraya Palestin. Parti Fatah ini diiktiraf oleh Israel dan UMNO mungkin terasa terpanggil untuk menunjukkan persefahaman dengan Israel dengan bekerjasama hanya dengan Fatah.

    • HARGA BARANG TAK TURUN-TURUN...
    • DUIT 5Billion KWSP bail-out jadi apa dah sekarang..?
    • dan banyak lagi la..hangpa pakat tambah sendiri laa maleh aku nak nulisnya..

    Tiada isu baru dalam ceramah pembangkang

    Oleh ZULKIFLEE BAKAR

    SEMALAM, pakatan pembangkang memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan mengadakan ceramah mega di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu.

    Bersesuaian dengan istilah ‘mega’ yang digunakan, ceramah berkenaan yang bertujuan memperkenalkan calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut, membariskan kesemua pemimpin besar pakatan tersebut.

    Mereka yang berada di atas satu pentas di hadapan ribuan hadirin pada majlis itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali.

    Seperti diduga tiada isu baru yang ditimbulkan melainkan dakwaan bahawa pemerintahan negara dijalankan penuh rasuah, pembaziran wang royalti minyak oleh kerajaan Terengganu dan berusaha meraih sokongan pengundi dengan memuji Allahyarham Datuk Razali Ismail.

     

     
    K.Terengganu : Surat Cinta kat Brahim Ali - Letak Jawatang Segera..!!!
    01.08.09 (10:21 am)   [edit]

    Assalamualakum,

    Oi brahim brangset nie aku nak habaq kat hang, jangan jadi dajal mata satu basa tak kenang budi awat ingat mu hebat sangat kaa.. hidup jilat pungkoq pon masih tak sedaq diri.. sudah-sudah laa dok buat kerja musang berbulu ayam nie.. ingat mu menang pon atas ehsan orang pastu basa tak kenang budi la plak.. awat yg mu dengki sangat perjuangan yg PAS bawak nie.. awat tak kena tang mana nya perikatan yg dibuat antara PAS & DAP nie.. awat yg mu tak senang hatinya bila DAP dan PAS boleh dok semeja pastu bincang bab hudud lagi.. DAP tak suka HUDUD mampos pie la dia sebab dia bangsa cina kapir.. memang pon depa boleh kata tak suka...

    lanie aku nak tanya mu.."Mu nie suka kat HUDUD dak..dan paham dak macam mana nak buat HUDUD nie kat PARLIMEN..??" Jawab mai sat aku nak dengaq.. jangan la kata HUDUD nie PAS saja.. nak kena buat dia kena dapat majority undi dalam PARLIMEN kalau just Ahli PARLIMEN PAS saja yg buat USUL dan yg lain tak sokong macamana nak jadi UNDANG2 HUDUD nie...tapi tang nak buat PAS tetap akan buat seandainya mereka mendapat majority di PARLIMEN itu pon nak kena habaq kaa... Yang dok gatai mulut cakap benda tak paham tu pasai pa awat mu nie sayang lagi ka kat UMNo tuu.. kalau sayang lepas 17hb nie mu plak letak jawatan ahli parlimen kita buat Pilihanraya baru dan Mu ambik sorang sebagai wakil calon mu (sbb mu tak leh tanding dah) dan kita kempen lawan tengok sapa menang... Kita tengok PASIR MAS boleh kat sapa plak lepas nie...

    Tak payah ajaq PAS nak tunduk ka tak... Selama nie pon mana ada tunduk pon tekanan DAP tu.. tapi yg Mu dok jadi bewak lidah bercabang apahal.. sudah-sudah la brahim.. org dah naik meluat dah kat mu nie... boleh belah laa...

    Aku ulang kalau berani sangat LETAK JAWATAN SEGERA SEBAGAI AHLI PARLIMEN...lepas tu kita tengok siapa yg kena....

    Pas diminta tidak tunduk gesaan DAP - Ibrahim Ali

    KOTA BHARU 7 Jan. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Pas supaya tidak tunduk dengan gesaan DAP yang mahu parti itu menghentikan cita-cita membentuk negara Islam dengan pelaksanaan hukum hudud.

    Katanya, adalah sesuatu yang malang jika Pas terpaksa akur dengan kehendak DAP dan melupakan teras perjuangannya selama ini dalam usaha pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.

    Ibrahim menyifatkan DAP menolak Islam sebagai agama rasmi negara kerana secara terang-terangan tidak dapat menerima pelaksanaan hukum hudud dan qisas.

    "DAP telah menolak hudud, ia adalah sebahagian daripada Islam, sekiranya parti itu menolak hudud, maka dengan sendirinya ia menolak Islam dan menentang Perlembagaan negara.

    "Perlembagaan jelas menunjukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, jika parti ini masih berpegang kepada pendiriannya, maka mereka boleh dianggap menentang Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang dilaporkan terus bertegas menentang pelaksanaan negara Islam dan hudud di negara ini.

    Karpal juga meminta pemimpin Pas supaya menghentikan kenyataan dan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mahu terus berada dalam pakatan pembangkang kerana syarat itulah yang membolehkan mereka terus bekerjasama dalam pilihan raya umum lalu.

    Malah, menurut Karpal, DAP hanya memutuskan untuk membantu Pas dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menarik balik kenyataannya berhubung pelaksanaan hudud selepas pembangkang berpeluang membentuk kerajaan.

    Ibrahim yakin, DAP tidak ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dengan Pas dan ia diadakan semata-mata mahu memperoleh undi daripada kaum Melayu bagi mendapatkan lagi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

    "Saya menyokong penuh sekiranya Pas mahu melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang dapat memerintah negara ini.

    "Bagaimanapun, ia agak sukar untuk dilaksanakan (hudud) kerana rakan mereka (DAP) dalam pakatan tidak dapat menerima dasar itu dan Pas sedia menunggu untuk mendapat persetujuan semua," katanya.

    Katanya lagi, jika DAP tidak dapat menerima dasar parti Islam itu, mereka seharusnya tidak bekerjasama untuk membentuk kerajaan di Perak.

    ''Pas perlu bertegas dalam pelaksanaan dasarnya dan mereka juga perlu menarik diri daripada bekerjasama dengan parti itu. Ia tidak perlu mengorbankan dasarnya dan berkawan dengan DAP semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

    ''Apa guna perjuangan sekiranya dasar tidak dapat dilaksanakan. DAP secara jelas menolak hukum hudud, oleh itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin dan Pas perlu keluar daripada kerajaan pakatan di negeri itu," katanya.


     
    SALAM HIJRAH dan Salam 2009...
    01.02.09 (2:17 am)   [edit]

    Assalamualaikum,

    Rasanya tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan SALAM HIJRAH dan Salam 2009...

    Semoga tahun ini kita mendapat kecemerlangan dan kejayaan hendakNya... 

     


    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog