Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Bantah FTA


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Bantah FTA
    03.07.07 (2:03 pm)   [edit]

    Bantah FTA

    Ambil iktibar kes Kanada, Mexico
    TAN Sri Adam Kadir dalam tulisannya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia kelmarin mengemukakan alasan-alasan bagi menyokong keperluan untuk FTA dengan AS termasuk supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam dunia perdagangan tanpa sempadan (borderless trade).

    Saya tidak setuju dengan alasan sedemikian yang tidak meneliti dan mengkaji dengan mendalam perjanjian-perjanjian bebas AS dengan negara-negara yang merupakan ‘template’ bagi Malaysia.

    Beberapa persoalan di sini adalah perjanjian FTA akan membawa impak negatif kepada beberapa sektor dalam negara kita dan adakah kajian terperinci telah dibuat tentang sektor-sektor yang akan terlibat dan langkah yang akan diambil untuk melindungi sektor-sektor tersebut?

    Lebih penting lagi, di mana kajian kos faedah yang dikatakan telah dilakukan oleh kementerian terbabit? Tidakkah rakyat berhak mengetahui butir-butir kajian tersebut.

    Pesaing

    Seperti mana yang dinyatakan dalam rencana Tan Sri, orang ramai perlu memainkan peranan dalam memberi pendapat tetapi di mana usaha untuk memastikan bahawa rakyat mengetahui dengan sepenuhnya tentang faedah atau kos perjanjian yang dicadangkan tersebut?

    Sekiranya perjanjian FTA tersebut adalah begitu perlu untuk memastikan penglibatan Malaysia sebagai pesaing yang substantial di pentas dunia, mengapakah negara seperti Switzerland, Lesotho, Botswana, Namibia, Afrika Selatan, Swaziland, Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay, Uruguay, Venezuela telah menghentikan rundingan FTA dengan AS?

    Walaupun autonomi negara ketika ini boleh dipastikan dengan mendirikan polisi awam, tetapi dengan adanya FTA, apa-apa pengubahan yang dibuat kepada polisi ini mungkin dianggap sebagai expropriation dan satu pengingkaran perjanjian tersebut.

    Seterusnya, adakah pertimbangan terperinci telah diberi oleh Jabatan Peguam Negara tentang peruntukan-peruntukan investor-state yang memberi hak kepada mana-mana pelabur Amerika untuk menghadapkan kerajaan kita di tribunal antarabangsa (tanpa terikat kepada undang-undang tempatan) sekiranya menganggap bahawa pelaburan terjejas akibat apa-apa pengubahan polisi atau undang-undang negara?

    Sebagai seorang peguam, saya telah meneliti perkembangan kes-kes yang di bawah perjanjian NAFTA (iaitu FTA Amerika yang pertama yang ditandatangani di antara Amerika, Kanada dan Mexico) dengan perasaan bimbang yang semakin meningkat.

    Satu kes yang relevan kepada Pos Malaysia Berhad adalah kes UPS vs Kanada. Secara ringkasnya, UPS (satu syarikat AS) telah berhujah bahawa infrastruktur Canada Post sebagai pembekal perkhidmatan pos awam Persekutuan mengingkari perjanjian NAFTA kerana infrastruktur tersebut memberi status monopoli yang istimewa kepada Canada Post dalam bidang perkhidmatan kurier dan bungkusan yang bukan satu sektor monopoli.

    Kes ini masih berjalan di hadapan tribunal antarabangsa.

    Akhir sekali dalam apa-apa keadaan pun, ia adalah jelas bahawa pertimbangan terperinci setiap peruntukkan dalam FTA adalah perlu dan pertimbangan tersebut harus dilakukan dengan cara terperinci tanpa tergesa-gesa.

    Demi kepentingan awam, adalah lebih baik kerajaan tidak meneruskan FTA.

    – KARINA YONG,

    Kuala Lumpur.

    Anjakan baru hadapi cabaran
    OLEH kerana kerajaan masih menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, maka sektor ini merupakan lombong emas utama kepada pembekal-pembekal farmasi dari dalam atau luar negara.

    Di dalam perjanjian FTA, Amerika Syarikat menuntut hak pelindungan paten lebih diperkukuhkan dari segi tempoh dan syarat-syarat lain yang membolehkan mereka bersaing dengan industri tempatan berdasarkan mutu dan perkhidmatan.

    Saya sangat bersimpati dengan industri tempatan kerana di situlah terdapatnya ramai teman dan kawan seperjuangan bertugas siang dan malam untuk mengeluarkan ubat-ubat yang dikatakan lebih murah daripada pengeluar pemegang paten asal.

    Dari pengalaman saya, apabila satu ubat dari pengeluar syarikat multinasional sudah hilang tempoh patennya yang pada kebetulan sudah mencapai satu tahap harga yang tinggi, maka akan muncullah satu produk generik yang menawarkan harga rendah, walaupun bukan murah dan kadang-kadang tidak jauh dari harga pertama produk paten dilancarkan.

    Beralah

    Apabila masa berlalu, syarikat multinasional akhirnya terpaksa beralah dengan menurunkan sedikit harganya, malah ada harga ubat dari pengeluar asal yang lebih rendah dari produk generik.

    Malangnya, pengeluar produk-produk generik tidak pula menunjukkan sifat berhemah ini, malah ada yang menaikkan harga mereka pada setiap tahun.

    Pada pandangan saya, apabila FTA memanjangkan tempoh paten produk ubat baru, bererti syarikat tempatan terpaksa menunggu masa lebih lama untuk melakukan proses fotokopi di dalam mengeluarkan produk-produk generik, maka ia harus mencetuskan satu anjakan baru kepada industri farmasi tempatan.

    Cabaran ini harus disambut dengan mengubah corak industri kepada membangunkan bahan kimia baru melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

    Kita bukan tertinggal ke belakang untuk bersaing dengan syarikat multinasional melalui kaedah penyelidikan. Buat peringkat permulaan, bantuan kerajaan diperlukan melalui pemberian geran penyelidikan.

    Kita sepatutnya sudah bersedia untuk mengambil pendekatan baru bagi menghadapi cabaran-cabaran yang lebih getir di masa ini dan masa hadapan.

    – YUSOF HUSSIN,

    Kuala Lumpur.

    Ambil kira pandangan rakyat
    KITA harus berunding untuk menang-menang dan tugas berat tersebut tentunya terletak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Menteri Luar serta pegawai-pegawai mereka agar ia kelak tidak menjejaskan secara drastik kepentingan negara dan rakyat sama ada dari aspek politik, ekonomi dan kewangan.

    Isu ini harus ditangani dengan hati-hati kerana sebarang tekanan yang diberi oleh kuasa besar itu tidak harus dituruti dengan sikap mengalah dan tidak apa.

    Kita harus lihat kesan FTA kepada negara dan rakyat Malaysia keseluruhan dan dalam jangka panjang.

    Saya mengesyorkan, apa jua butiran perundingan dihebahkan kepada media massa dan didebatkan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan memberi maklum balas segera.

    Sebaiknya forum yang terbaik selepas media massa ialah Parlimen Malaysia kerana di situ berhimpun para wakil rakyat sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang.

    Kita sesungguhnya boleh terus berunding selagi ia tidak menjejas kepentingan negara dan rakyat.

    – NASERON ISMAIL,

    Yayasan Rangkaian Sahabat.

     
    Your Name:


    Your Comment:




    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog