Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Dakwaan bekas ahli PAS bakar rumah JKKK: PAS hantar memo


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Dakwaan bekas ahli PAS bakar rumah JKKK: PAS hantar memo
    03.07.07 (2:11 pm)   [edit]
    Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah menghantar memorandam kepada Ketua Polis Negeri Terengganu berhubung dakwaan seorang bekas ahli PAS di Besut membakar rumah ahli JKKK.

    Memorandam bertarikh 28 Februari itu ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali. Memorandam tersebut turut dihantar salinannya kepada Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Setiausaha Agung PAS, Ahli-Ahli Parlimen PAS dan PKR serta Presiden IIM.

    Kandungan penuh memorandam adalah seperti berikut:-

    YBhg SAC 1 Datuk Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani
    Ketua Polis Negeri Terengganu
    Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu
    Jalan Sultan Omar
    20918 Kuala Terengganu

    YBhg Datuk,

    DAKWAAN BEKAS AHLI PAS BAKAR RUMAH AHLI JKKK DI DAERAH BESUT

    Saya merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Februari 2007 muka surat 14 bertajuk "Bekas ahli Pas dakwa lima rumah" dan akhbar New Straits Time juga bertarikh 27 Februari 2007 muka surat 16 bertajuk "Pas 'arsonist' cofesses" yang melaporkan antara lain bahawa seorang bekas ahli PAS bernama Muhammad Nor Ibrahim telah membuat pengakuan terbuka membakar lima buah rumah anggota JKKK dalam daerah Besut kira-kira 20 tahun yang lalu dan ianya dilakukan dengan arahan pemimpin PAS.

    2. Pengakuan terbuka terhadap satu perbuatan jenayah ialah suatu kes yang sangat serius apa lagi ia dilakukan di hadapan seorang ketua kerajaan iaitu Menteri Besar Terengganu, yang sekaligus semacam mengiakan kebenaran dan kesahihan peristiwa tersebut dengan terus membuat kesimpulan politik berdasarkan pengakuan tersebut.

    "Sementara itu Menteri Besar berkata pendedahan bekas ahli Pas itu membuktikan pembangkang punca perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini". Demikian dilaporkan oleh Berita Harian.

    3. Soal pemimpin Umno mengambil "political mileage" dari laporan-laporan akhbar dan media yang berat sebelah dan mengaitkannya dengan PAS ialah suatu perkara yang sangat lumrah dilakukan oleh mereka sepanjang masa sejak dahulu, tetapi mengiakan dan mengesahkan suatu perbuatan jenayah yang belum pasti kesahihannya ialah perlakuan yang sangat tidak berhemat dan beretika oleh seorang ketua kerajaan.

    4. PAS memandang berat isu ini kerana ia melibatkan kredibiliti dan nama baik PAS. Kami pemimpin PAS telah lali dengan pelbagai tuduhan dan fitnah oleh pemimpin Umno sepanjang masa tetapi inilah kali pertama bagi PAS Negeri Terengganu dikaitkan dengan satu perbuatan jenayah. Kami sedar bahawa di saat Pilihan Raya Umum Ke-12 semakin hampir, pemimpin Umno sedang berusaha keras untuk membendung kemarahan rakyat atas segala kezaliman dan penyelewengan yang mereka lakukan seperti dalam kes perampasan tanah rakyat dan perobohan rumah mereka dalam Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di beberapa daerah di negeri Terengganu serta penyelewengan mereka menggunakan kewangan kerajaan khususnya dana khas "royalti petroleum" dalam program-program pembangunan Pulau Duyong, Mansoon Cup, Masjid Kristal dan pemberian-pemberian kontrak lain yang dibuat secara tidak telus dan merugikan wang rakyat.

    5. Bukanlah tujuan saya untuk menyeret pihak polis untuk membicarakan isu-isu politik tetapi oleh kerana pengakuan perbuatan jenayah itu pada keyakinan kami mempunyai motif politik, maka senario ini perlu difahami oleh semua pihak termasuklah oleh pihak polis sendiri.

    6. Bagaimanapun, sebagaiamana kenyataan yang dibuat oleh Datuk bahawa pihak polis adalah bertanggungjawab untuk menyiasat kes ini ini dan arahan telahpun dibuat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Besut untuk berbuat demikian, kami mengharapkan penyiasatan itu dapat dilakukan sampai ke akar umbi untuk memastikan sama ada peristiwa itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

    7. Saya suka memberi pandangan bahawa antara fakta-fakta yang mesti diperolehi antara lain ialah:

    a) Siapakah pemimpin PAS yang mengarahkan Muhammad Nor Ibrahim membakar rumah JKKK?

    b) Siapakah pemimpin JKKK (5 orang semuanya) yang rumah mereka telah dibakar?

    c) Bilakah peristiwa itu berlaku?

    d) Apakah ahli JKKK yang rumah mereka dibakar hanya berdiam diri dan tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis?

    e) Adakah pemimpin Umno Terengganu khususnya Umno Besut tahu tentang kejadian tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil oleh mereka? Bagi pihak PAS saya boleh menyatakan secara tegas bahawa kami tidak pernah menerima apa-apa maklumat berhubung dengan kejadian tersebut dan tidak pernah melihat dan tahu adanya satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno berhubung dengan kejadian tersebut. Adalah terlalu aneh, peristiwa yang begini serius tidak pernah ada satu kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno.

    f) Adakah atau tidak dalam rekod polis tentang kejadian tersebut sebagaimana yang didakwa dan apakah siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan tindakan seterusnya diambil?

    8. Saya meletakkan keyakinan kepada kewibawaan Datuk untuk menyiasat kes ini secara telus supaya suasana politik negeri Terengganu tidak dikotori oleh dakwaan dan tuduhan tidak berasas yang akan menyukarkan pihak polis untuk mengawal keadaan dan menghindarkan perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku.

    9. Saya ingin menegaskan komitmen kami pemimpin-pemimpin PAS untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam melaksanakan tugas mereka mengenai penyiasatan tersebut.

    10. Akhir sekali saya mengharapkan pihak Datuk dapat berusaha terus dan bertindak secara adil dalam memastikan perjalanan politik yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi yang sebenar dapat ditegakkan dalam negeri Terengganu.

    Semoga pihak Datuk dapat mengambil perjalanan dengan kadar yang segera supaya maklumat sebenar mengenai peristiwa ini dapat diketahui secara telus dan sahih.

    Sekian, terima kasih. Wassalam.

    "PULIHKAN DEMOKRASI DAULATKAN ISLAM"


    Yang benar,



    t.t.
    (DATO' HAJI MUSTAFA BIN ALI)
    Pesuruhjaya
    PAS Negeri Terengganu


    s.k.

    Ketua Polis Negara
    Peguam Negara
    Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
    Setiausaha Agung PAS
    Ahli Parlimen PAS dan Keadilan
    Presiden IIM
     


    posted by: joe rusila (reply)
    post date: 02.12.08 (11:53 pm)

    betul ke orang pas bakar rumah jkkk dok logik!tapi kalau pikir baik baik logik gok!doksoh ke bakar rumah orang bunuh orang pun org pas sanggup kalu pemimpin mereka suruh

    Your Name:


    Your Comment:




    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog