Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Ingat lagi, guna wang KWSP beli komputer?


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Ingat lagi, guna wang KWSP beli komputer?
    12.13.04 (8:39 pm)   [edit]
    Malaysia Today

    Masih ingatkah lagi apabila kita boleh mengeluarkan wang KWSP untuk membeli komputer?

    Siapakah yang berkata jalan ke neraka diturap dengan hasrat yang murni? Siapa pun orang itu, dia mungkin memikirkan skim KWSP untuk ahli yang membenarkan pengeluaran sehingga RM3,500 setiap seorang untuk membeli komputer peribadi.

    Lebih kurang setahun di dalam operasi, lebih kurang 720,000 ahli telah membuat pengeluaran sebanyak RM2.2 bilion untuk membeli komputer. Ini mungkin adalah salah satu program pemilikan komputer yang paling berjaya di mana jua - jika pembelian ini adalah tulen. Sebaliknya, sesetengah menganggarkan yang hanya satu dari setiap lima pengeluaran adalah benar-benar untuk pembelian komputer.

    Skim ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mahathir Mohamad untuk mengalakkan seluruh isi rumah di Malaysia memiliki komputer agar menjadi satu masyarakat yang celik komputer sebagai asas untuk pembangunan industri dan perkhidmatan yang berteraskan pengetahuan.

    Oleh kerana ramai isi rumah di Malaysia tidak mampu memiliki komputer, mengapa tidak membenarkan pekerja mengeluarkan wang simpanan mereka di KWSP agar mereka boleh membeli komputer, belajar menggunakannya. Melayari internet, mengasah kemahiran informasi dan komunikasi mereka dan selanjutnya.

    Skim yang berniat baik ini musnah kerana pembeli bersubahat dengan penjual dan pembekal komputer telah membuat berbagai muslihat untuk mengeluarkan wang tanpa sebarang pembelian.

    Secara mudahnya, pengeluaran memerlukan samada penyerahan invois yang telah dipalsukan ataupun pembelian semula yang cepat komputer tersebut dengan harga yang lebih rendah oleh vendor yang asal. Ahli KWSP secara dasarnya menipu diri sendiri dengan mengeluarkan wang dari tabung persaraan mereka yang tidak digunakan untuk membeli komputer.

    Lebih buruk lagi, sebahagian dari wang pengeluaran tersebut, sehingga RM1,000 untuk setiap pengeluaran sebanyak RM3,500, akan diambil oleh orang tengah - vendor komputer dan mereka yang mengeluarkan invois palsu tersebut - sementara pembekal yang memonopoli skim ini akan menerima keuntungan yang besar dengan margin yang besar, walaupun jika pembelian itu tulen.

    Pada bulan Jun, lebih kurang dua tahun selepas skim pengeluaran ini dilaksanakan pada April 2000, skim ini telah digantung untuk mengkaji penyalahgunaanya. Kini, menurut laporan berita, perunding yang menjalankan kajian ini mencadangkan agar skim ini dimansuhkan.

    Mengapa para perunding ini diperlukan untuk mendapat penyelesaiannya, begitu menghairankan kita tetapi akhirnya penyelesaian yang betul telah dibuat. Skim ini mengandungi beberapa kecacatan yang mana dijangka akan berlaku sebelum ianya dilaksanakan.

    Pertama, anggapan mengelirukan yang mengatakan cara ini membolehkan komputer mampu dibeli dan semestinya mereka mahu membeli sebuah.

    Kedua, anggapan yang mengatakan mereka yang membuat pengeluaran tersebut akan menggunakannya untuk membeli komputer - yang akhirnya hampir kesemuanya tidak membeli, dan tidak pernah mempunyai hasrat sekalipun.

    Ketiga, kepintaran rakyat Malaysia mencari kelemahan dan membuat keuntungan darinya, terutamanya wang haram, dari skim yang memperkecilkan kepintaran mereka. Malaysia juga adalah salah satu negara di mana penipuan kad kredit adalah di antara yang tertinggi.

    Seperti kebiasaan seorang yang mampu untuk memandu ataupun mampu untuk mempunyai seorang pemandu, dan seseorang yang memerlukan kemudahan seperti itu, akan membeli kereta, seorang yang membeli komputer adalah seorang yang bukan sahaja tahu bagaimana untuk menggunakanya tetapi juga mempunyai kegunaan untuknya.

    Berapa ramaikah mereka yang bekerja sebagai buruh atau pekerja yang berpendapatan rendah mempunyai sebab untuk menggunakannya? Dan berapa ramaikah yang mampu untuk membelanja RM3,000 untuk membeli sebuah komputer untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah?

    Realiti sebenarnya adalah majoriti dari mereka yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli komputer, pengeluaran ini memberi mereka peluang untuk mengeluarkan sedikit wang dari KWSP dan menggunakannya untuk perbelanjaan sendiri. Contohnya termasuk kenduri kahwin, pembelian motosikal lama dan membayar hutang.

    Jelas sekali, terdapatnya penyalahgunaan di dalam skim ini. Andaikan purata isi rumah mempunyai enam orang, jadi terdapat lebih kurang 3.7 juta (22 juta/6) isi rumah di dalam negara ini.

    Jika, seperti angka yang ditunjukkan, 720,000 komputer telah dijual hanya di dalam dua tahun ini, bermakna di dalam seperlima dari isi rumah di Malaysia ini telah dibekalkan dengan komputer di dalam tempoh tersebut, yang bermaksud satu pencapaian yang hebat. Malangnya, kadar penyalahgunaan adalah tinggi, setinggi 80 peratus, menurut setengah sumber.

    Di dalam situasi sebegini adalah baik jika wang RM3,500 itu dibiarkan di dalam akaun ahli dan dibiarkan ianya berganda ataupun empat kali ganda. Di dalam 30 tahun, jumlah tersebut mungkin menjadi RM28,000 andaikan jika mendapat pulangan 7.0 peratus setahun secara purata - dimana adalah jauh lebih baik dari membenarkan pengeluaran tersebut, di mana lebih dari 80 peratus akan dibelanjakan dan sebanyak 1/4 pergi kepada orang tengah dan vendor-vendor yang tidak bertanggungjawab.

    Di antara berbagai skim-skim yang pernah KWSP perkenalkan, skim pengeluaran untuk pembelian komputer peribadi ini adalah yang paling teruk.

     


    posted by: ismail (reply)
    post date: 09.27.06 (10:08 pm)

    saya adalah seorang pegawai bank (pegawai rendah jee). keadaan kerja saya amat memerlukan saya menggunakan kompter. saya pernah memajukan permintaan ini utk membuat pengeluaran KWSP utk membeli laptop tapi tidak dibenarkan. saya dpt merasakan kepayahan utk pergi ke cyber cafe setiap kali saya ingin membuat sedikit research utk kerja saya...

    di alaf baru ini, saya seolah olah tertinggal di belakang. saya tidak berdaya utk pegi ke CC setiap kali saya ingin mendapatkan maklumat. kenapa skim ini tidak di hidupkan dan saya sokong pendapat cuma golongan pekerja sahaja dibenarkan membuat pengeluaran ini.

    utk membuat pembelian tunai saya tidak mampu apatah lagi saya mempunyai financial commitment lain, kereta, rumah,kredit card dan juga hutang personal loan di bank rakyat....

    kenapa susah sangat utk mendapat ruang utk memajukan diri sendiri di malaysia ini??? keperluan saya utk PC atau laptop adalah genuine... ada sesiapa yg boleh membantu saya???



    posted by: (reply)
    post date: 10.07.08 (2:20 am)

    rompak bank



    posted by: eddie (reply)
    post date: 03.18.10 (3:41 am)

    Pada aku KWSP tu yang sengal... bangang... dia sepatutnya dah kaji benda ni sebelum laksanakan skim... Diorang memang dah tau perangai rakyat malaysia. sepatutnya.. komputer tu kena dijual secara berpusat. Permohonan dan pengambilan komputer perlu diambil dari mana-mana cawangan KWSP... KWSP nak ambil produk pun , ada banyak cara... Kontrak.. (dan aku dapat fikirkan 4 cara lagi.. tapi aku malas nak taip panjang2

    KWSP yang perlu serahkan komputer tersebut.. confirm benda nie tak jadi.. Sebab malas sangat..
    benda yang sepatutnya baik ,last2 jadi buruk.. Kalau diorang awal2 kaji.. dan rajin sedikit...benda camni tak jadi, and yang memerlukan skim tu (which is 20%) tak teraniaya... dan yang nak menipu tak jadi tipu..

    Your Name:


    Your Comment:




    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog