Photobucket - Video and Image Hosting
 
APAKAH YG PAS PERJUANGKAN ADALAH AGAMA ISLAM YG SESAT SEHINGGA UMNO TIDAK ADA SEDIKIT PON INGIN MENGETAHUI AKAN KEBENARAN & KEBATHILANNYA.."DahLahLAH, undurLAH, letihLAH, ApaLAH, MengaLahLAH, MengarutLAH...."

Pendaftaran Peserta Siri Kedua PLKN Kalut


Blog For Free!


Archives
Home
2009 November
2009 February
2009 January
2008 December
2008 November
2008 October
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December

My Links
LET GO JOINT tBLOG GROUP'S
RM10Maybank2U
Disertasi
KedahLanie
FGR
Beli VCD on-Line
TauXpe
UstazMUda
SaifuL Islam
Harakah
tranungkite
Malaysia Today
WIKIPIDIA
RM35 seumur hidup..UNTUNG RM8000 sehari
kereta Mayat
iklan apa2aja
Soduku Online
Kamus BI > BM

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!




  • Kuliah.fm
    (Malaysia - Winamp/RealPlayer)
  • Ikim.fm
    (Malaysia - Media Player)
  • Radio Tarbiyyah
    (Indonasia - Winamp/RealPlayer)
  • Nur Islam
    (Brunai - Media Player)

  •  
    Live Web Radio :
    [ S1 - T.Melewar ]
    [ S2 - Rusila ]
    [ S3 - Putik ]
    Live Web TV :
    [ S1 - KL ]
    [ S2 - Terengganu ]
    [ S3 - Kelantan ]
    [ WTV8 ]
    [ TVPas]

    Untuk Download fail audio & video ini, sila ke laman khusus JITPNT iaitu TerengganuKini.Net
    http://www. terengganukini.net



    Link Sahabat:
    *Kassim Selamat
    *TauXpe 
    *NaBilah
     


    web counter


    JIKA ANDA MEMPUNYA CERITA2 @ ARTIKAL2 YANG MENARIK ANDA BOLEH E-MAILKAN PADA SAYA DI :
    taraknama@gmail.com




     

    Pendaftaran Peserta Siri Kedua PLKN Kalut
    12.13.04 (9:03 pm)   [edit]
    SINTOK, 13 Dis (Bernama) -- Pendaftaran bagi siri kedua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini menjadi kalut apabila ramai peserta mendapati nama mereka tidak tersenarai.

    Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohamed Basri menjelaskan bahawa masalah itu timbul kerana peserta tidak mendapat maklumat jelas bahawa siri kedua kali ini mempunyai tiga sesi panggilan iaitu pertama adalah pada Isnin, panggilan kedua pada Mac tahun depan dan ketiga pada Julai.

    "Itu yang menyebabkan ada sesetengah peserta tidak mendapat surat walaupun nama mereka tercatat dalam surat khabar dan Internet atau terpampang di sekolah," katanya pada sidang media di Kem Sintok di sini Isnin.

    Beliau diminta mengulas masalah yang dihadapi sesetengah peserta PLKN yang mahu mendaftar Isnin tetapi mendapati nama masing-masing tidak tersenarai.

    Dr Ahmad Fawzi berkata pengambilan sesi pertama Isnin dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

    Beliau berkata hanya mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan itu serta mempunyai potensi memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) dipilih pada sesi pertama pengambilan.

    "Kita tidak mahu mengganggu proses kemasukan peserta ke IPT apabila keputusan SPM diumumkan nanti," katanya.

    Sesi kedua dan ketiga panggilan adalah untuk peserta yang dijangka kurang berpeluang memasuki IPT tetapi mereka boleh meninggalkan latihan apabila mendapat tawaran memasuki IPT.

    "Kalau peserta sesi kedua dan ketiga pengambilan dapat tawaran memasuki IPT, mereka boleh berhenti daripada program tanpa perlu mengulanginya semula," kata Ahmad Fawzi.

    Katanya peserta yang gagal mendaftar Isnin disebabkan namanya tiada, mungkin terlibat dalam sesi kedua atau ketiga pengambilan.

    Katanya pendaftaran untuk peserta dari negeri-negeri Pantai Timur yang dilanda banjir ditangguhkan ke 19 Dis ini.

    Seorang peserta yang namanya tidak tersenarai Isnin, Somchit a/p Boonmee, melahirkan rasa kecewa kerana mendapati namanya tidak tersenarai walaupun dia telah membuat persediaan mencukupi.

    "Saya dapati nama saya tiada ketika mahu mendaftar di Stadium Darulaman. Saya rasa amat sedih kerana sebelum ini mendapati nama saya tercacat dalam surat khabar, internet serta sekolah," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Naka itu.

    Rakannya dari sekolah sama Suni a/p Chan berkata dia bimbang tidak dapat mengikuti program itu pada sesi lain kerana mungkin pada masa itu dia diterima memasuki IPT.

    Seorang pegawai urusetia pendaftaran yang enggan namanya disiarkan berkata mereka yang gagal mendaftar Isnin boleh membuat permohonan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

    Di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Kamaruddin Mohamed Baria berkata, banjir yang melanda pantai timur sejak beberapa hari lepas telah menjejaskan kelancaran program itu kali ini.

    Ia kerana perjalanan peserta dan pengendalian kursus terpaksa ditangguhkan selama seminggu.

    Peserta ke dan dari negeri-negeri terbabit akan melaporkan diri pada 9.30 pagi Ahad ini di pusat pengumpulan yang telah ditetapkan.

    "Kita akan cuba mengintensifkan kursus di kem-kem pantai timur supaya modul-modul akan dapat dibereskan. Kita tak akan lanjutkan tempoh khidmat negara peserta yang terbabit," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Menara TH Selborn.

    Proses pengumpulan dan perjalanan peserta PLKN memasuki hari kedua hari ini bagi kumpulan pertama seramai 22,700 orang di seluruh negara.

    Setakat ini, 2,500 peserta telah melaporkan diri di kem-kem latihan yang ditetapkan.

    Terdapat 66 kem yang ditetapkan untuk penempatan peserta PLKN dengan setiap kem menerima antara 300 dan 400 peserta.

    Kamaruddin berkata Kem Gerachi di Kuala Kubu Baharu tidak digunakan untuk PLKN kali ini kerana beberapa masalah di situ dan disebabkan keputusan itu dibuat seminggu sebelum tempoh mula PLKN, ini menyebabkan beberapa peserta terbabit tidak dapat dihubungi.

    "Hanya mereka yang mempunyai nombor telefon yang dapat kita hubungi untuk memaklumkan mengenai pertukaran kem," katanya.

    Kamaruddin juga menjelaskan mengenai aduan ibu bapa yang anak mereka dihantar ke negeri di Pantai Timur Ahad yang tidak dimaklumkan mengenai penangguhan itu.

    "Kami sebenarnya hanya membuat keputusan untuk menangguhkan itu pada saat akhir. Kita akan menyemak dengan Bilik Gerakan Banjir serta pihak polis untuk menentukan keadaan sebelum membuat penangguhan itu," katanya.

    Mengenai cadangan ibu bapa supaya program itu tidak dilaksanakan pada musim tengkujuh seperti sekarang, Kamaruddin berkata segala kelemahan yang ada akan diteliti.

    Di KUALA TERENGGANU, 72 peserta PLKN dalam dua bas dari Terengganu, yang terkandas di Dungun akibat banjir, telah meneruskan perjalanan mereka pagi Isnin selepas jalan berkenaan dibuka kepada lalulintas.

    Mereka ditempatkan di beberapa buah hotel di kawasan terbabit sehingga pagi Isnin.

    Seramai 1,448 orang peserta PLKN, siri kedua dari Terengganu dijadualkan untuk berlepas ke kem latihan masing-masing Ahad dan hari ini. Empat ratus daripada mereka dijadual berlepas Isnin.

    Di KLANG, pergerakan kira-kira 800 pelatih PLKN yang berlepas dengan 20 buah bas dari Padang Sultan Sulaimen di sini ke kem PLKN sekitar Selangor berjalan lancar pagi Isnin.

    Jurucakap dari Kem PLKN Setia Ikhlas di Semenyih berkata walaupun kem itu telah menerima 468 pelatih sedangkan kapasitinya adalah 440 orang tetapi kem itu tidak menghadapi masalah menampung lebihan pelatih.

    "Kita ada kemampuan untuk terima lebih pelatih. Tambahan lagi kita telah diberitahu bahawa tentang tambahan kapasiti itu," katanya.

    Di KUCHING, jurucakap tentera daripada Markas 1 Divisyen, Mejar Ahmad Farid Ariffin berkata, proses pendaftaran peserta berjalan lancar dan hampir 90 peratus telah mendaftarkan diri sejak proses pendaftaran dibuka Isnin dan Ahad.

    "Tiada masalah besar yang dilaporkan setakat ini, cuma masalah seperti nama peserta tidak ada dalam senarai di pick-up point yang mana kita selesaikan dengan merujuk senarai nama utama di pusat pendaftaran," katanya.

    Ahad seramai 221 peserta PLKN dari seluruh Sarawak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL bagi mengikuti program itu di lima kem di Semenanjung Malaysia.

    Jumlah keseluruhan peserta Sarawak yang terlibat dalam program itu untuk tahun ini ialah 2,454 orang.

    Di MELAKA, proses pendaftaran dan pergerakan 490 peserta PLKN di negeri itu ke kem-kem latihan berjalan lancar, kata anggota Jawatankuasa Pemantauan PLKN Melaka, Gan Tian Loo.

    Gan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Duyong berkata, berbanding sesi PLKN yang lalu apabila beliau menerima banyak aduan daripada ibu bapa yang kurang berpuashati dengan proses pendaftaran peserta, kali ini, ramai ibu bapa yang melahirkan rasa keyakinan mereka terhadap program itu.

    Di NEGERI SEMBILAN, 240 peserta melapor diri di Kem Ulu Pari dan lebih 260 melaporkan diri di Kem PDS Resort di Port Dickson.

    -- BERNAMA

     


    posted by: thilaheni (reply)
    post date: 07.31.06 (9:55 pm)

    i need khimat negara coz i have 2 train bout the difficult of the world n love the world



    posted by: thilasheni (reply)
    post date: 07.31.06 (9:57 pm)

    i need khidmat negara coz i have 2 train the difficult the world n love world



    posted by: muhammad syamsul b.hussain (reply)
    post date: 09.06.06 (2:50 am)

    Reply to: saya mahu menyertai plkn




    posted by: nor nabila iskandar (reply)
    post date: 09.20.06 (6:39 am)

    plkn de yg blik jd ok!!!!!!!!!!!!
    de yg blik jd antu plak..
    adooh...
    cm x guna lorh..
    huhuhu!!!!!!!!!!



    posted by: (reply)
    post date: 09.20.06 (6:41 am)

    Reply to:
    beria plak ko nk g plkn???????????????




    posted by: (reply)
    post date: 09.20.06 (6:41 am)

    Reply to:
    beria plak ko nk g plkn???????????????




    posted by: (reply)
    post date: 09.20.06 (6:41 am)

    Reply to:
    beria plak ko nk g plkn???????????????




    posted by: (reply)
    post date: 09.20.06 (6:41 am)

    Reply to:
    beria plak ko nk g plkn???????????????




    posted by: (reply)
    post date: 09.20.06 (6:41 am)

    Reply to:
    beria plak ko nk g plkn???????????????




    posted by: sharon (reply)
    post date: 10.11.06 (8:38 pm)

    plkn syok!kte adakh bekas platih plkn kem setia ikhlas swmenyih siri ke 2,kmpl ke 3.mula2 msuk mmg sedih..tp lma2 kt sna best giler..benda yg paling bharga kt sna adlh pgalaman,dn psahabatn..susah senang kte sma2..trokai..kenangan yg xkn kte lupakn..kte dr company delta..cikgu raman n 4 all delta mmbr u all da best..love u all..klu keh masukkn kte balik!!rindunya..sharon sarawakian!



    posted by: sharon (reply)
    post date: 10.11.06 (8:45 pm)

    kpd pmbaca..rugi tau klu x ikut!!0138346288 kpd smua bkas platih kem setia ikhlas siri2,kmpl 3 2006..call kte tau..rindulah..kte skrg kt sarawak sibu...teh tarik,teh goncang,semenyih menarik () ini mcm...hehehe



    posted by: pink (reply)
    post date: 10.11.06 (8:49 pm)

    Reply to:
    alla ko lom rasa kt plkn mmg syok!!kan sharon..nanti kte call awk k,kte pun bks plkn semenyih..tp kompeni alpha..heheh.



    posted by: lionel messi (reply)
    post date: 09.07.07 (4:33 am)

    alla bro mcm mna ni orang lembut saja kah yg terpilih pi plkn kmi ni yg taggaras tida kna pili?



    posted by: (reply)
    post date: 09.07.07 (4:35 am)

    Reply to:pink
    om koto tiwas tu lagi yg siok nda ka pili pi plkn!!!



    posted by: (reply)
    post date: 09.07.07 (4:36 am)

    Reply to:nda payah pili ko coz ko nda kuat




    posted by: org utan (reply)
    post date: 09.07.07 (4:37 am)

    Reply to: mestilah bro coz nda dpt pi memotong




    posted by: org gla..tp ok (reply)
    post date: 10.21.07 (11:28 pm)

    program ini tujuannya adlh utk mningkatkn disiplin para emaja lepasan spm.so,sya hrap kpd mrka yg trplih mngkuti program ini dpt mmperoleh faedahnya..this programe is very gud 4 us..hdup plkn"!!!!!!!



    posted by: adik charlie (reply)
    post date: 12.03.07 (4:46 am)

    actually plkn mmg best...org yg penah je dpt rasa da tru experience..rindu kt kwn2,cikgu-cekgi suma..hope all da best 2 bdk2 plkn kump4 siri kem plkn uum,sintok..miss u all muaxx..charlie chayok2..



    posted by: bebe boo (reply)
    post date: 02.12.08 (10:41 pm)

    halo..tumpang tanye cket,,cmner nk daftarkan diri tuk plkn nie erkk???



    posted by: bebe boo (reply)
    post date: 02.12.08 (10:42 pm)

    Reply to:
    halo..tumpang tanye cket,,cmner nk daftarkan diri tuk plkn nie erkk???





    posted by: nurul hidayah (reply)
    post date: 02.21.08 (6:36 pm)

    mahu menjadi peserta plkn



    posted by: pijos (reply)
    post date: 02.24.08 (9:34 am)

    Reply to: btol aku skong bdk 2,plkn ni mcm xbtol je,ada yg balik jd antu,rugi kan duit rakyat je,..baik wat mende lain




    posted by: pijos..... (reply)
    post date: 02.24.08 (9:35 am)

    ada jgk yg nak daftar kan diri..xde keje dah ke.rugi masa je



    posted by: KRISRIE ALLEY (reply)
    post date: 02.26.08 (9:29 pm)

    YE.....SAYA MEMAMG TERINGIN NAK MEMASUKI PLKN.





    posted by: AOKI89 (reply)
    post date: 02.26.08 (9:34 pm)

    MEMORI PLKN MEMANG BEST......SYOK HABIS.............LAGI2 KENANGAN GILA2 YANG PERNAH DILALUI BERSAMA....TO ALL OF EX TRAINEE......PLKN.....SIRI 4 KUMP 1 KEM ULU PARI...RINDU U ALL.....ESPECIALLY THE REPUBLICAN OF TANAWAU.....ULU PARI THE BEST...MUAAHHHH...




    posted by: sal (reply)
    post date: 02.27.08 (8:43 am)

    pkn mmg bgs tp lam bgs ada xbgsnyer...




    posted by: sal (reply)
    post date: 02.27.08 (8:45 am)

    bt dak2 pkn PDS resort and bt cg2 kat sana salam sayang dr ank murid ku...




    posted by: LIM KIM KIAT (reply)
    post date: 03.23.08 (12:52 am)

    ADAKAH SAYA ADA TERPILIH DALAM PLKM?BOLEHKAH SAYA MASUK KE PLKM



    posted by: apitcr7 (reply)
    post date: 04.08.08 (11:55 pm)

    Reply to:
    xpe lo manyak syok ooo...



    posted by: pirate9 (reply)
    post date: 04.16.08 (7:07 am)

    aku dpt g plkn..
    mmg bez gle wlaupun byk yg x smpat bt..
    wlaupun bez,aku xmau g dh..haha
    benda plg brharga dpt kt plkn ialah FRIENDSHIP



    posted by: MulaN JamiLaH (reply)
    post date: 04.16.08 (7:29 pm)

    Reply to:Lantak ko la dapat kex...........
    hehehehe......................



    posted by: waNi (reply)
    post date: 04.16.08 (7:30 pm)

    aKu nak pgi PLKN nie woi.......



    posted by: gen-2- (reply)
    post date: 04.27.08 (8:57 pm)

    PLKN kumpulan 2 siri 3mmg best giler!!! alpha layan.... hi sharon miz u so much... heheheh



    posted by: gen-2- (reply)
    post date: 04.27.08 (9:02 pm)

    kite kump. 2 siri 3 kat kem semenyih setia ikhlas lah sharon...
    slh tu bukan kump.3 siri 2 hehehe....



    posted by: andriano (reply)
    post date: 05.05.08 (11:31 pm)

    tak tau la mcm mna nak ckp



    posted by: andriano (reply)
    post date: 05.05.08 (11:32 pm)

    ade ke nma sa masuk dlm plkn?sa nak masuk la plkn..boleh ke?



    posted by: farouk (reply)
    post date: 06.11.08 (3:14 am)

    Bekas Squad Leader Company Alpha...
    Kump 2 Siri 3 2007...Kemasukkan bulan Mac..
    Kem Setia Ikhlas...
    Harap Hubungi Semula....
    017-3538147....



    posted by: bakal wirawati (reply)
    post date: 08.31.08 (3:20 am)

    nak thu drp senior yg dh g plkn.. mcm mana ye keadaan kat kem? penat x? cter skit penglaman.. kpd kwn2 yg bkl g plkn,kalu da cter, kongsi ar ckit..



    posted by: nazrah (reply)
    post date: 09.17.08 (11:50 pm)

    aku x dapat plkn ase nak nangis jer r...........cpe yg dapat g 2 tahniah....



    posted by: sal (reply)
    post date: 09.26.08 (6:33 pm)

    kem kom pds berat sebelah suka jaga nama....



    posted by: man (reply)
    post date: 09.26.08 (6:37 pm)

    kj fiza ala...ala gedik santai....cakap pandai...nasihat pandai tapi diri sendiri cakap x serupa bikin...



    posted by: former wirawati siri 3 kump 2 2006 (reply)
    post date: 10.12.08 (11:44 pm)

    Reply to: bakal wirawati
    honestly,plkn memang bez giler...1stly korg msuk mmg sdh,boring..tp..after 3weeks..wow!!!! syok giler...kwn bnyk..cikgu pun bez..tmpt pun ok..in short..smue bez..jln same2..bsukan same2..bile dh tyme nak abiz kem..memang giler sdh ar..bab pas tue x dpt jumpe lg...rugi kalau x pegi...=)



    posted by: last night (reply)
    post date: 10.25.08 (7:26 pm)

    aku gelabah ni tahun depan aku dapat plkn



    posted by: anyss (reply)
    post date: 11.24.08 (10:02 pm)

    hurm kem setia ikhlas aper yg besh aktiviti ea eks?




    posted by: iela (reply)
    post date: 12.19.08 (9:11 pm)

    Korg Cmne nk check snrai nm psta siri ke-2 n 3????Aku tringin nk sngt....



    posted by: aqib (reply)
    post date: 01.11.09 (7:24 pm)

    wei krg blh tlg aku x...cm ne nk cek plkn kem aku siri ke 2..ni no ic aku..911215085273



    posted by: ety (reply)
    post date: 01.18.09 (10:21 pm)

    Reply to:
    i pown nak join u all sume...untuk mlndungi negara kte!!!!



    posted by: ety (reply)
    post date: 01.18.09 (10:24 pm)

    Reply to:
    kpde wirawati....i nak auw angat tntng cte kat sne lbih mndalam agie....law leh contact i pd no.nie
    0173108496



    posted by: zakiah (reply)
    post date: 01.31.09 (7:10 pm)

    saya nk sgt join plkn.........kalau dpat join sila hubungi saya di no 0175703272



    posted by: ieza (reply)
    post date: 02.09.09 (11:43 pm)

    nak join gak tapi taun depan kot..



    posted by: RAINE (reply)
    post date: 03.04.09 (6:18 pm)

    SAYA BERMINAT MASUK KAT PLKN TAPI MACAM MANA CHEAK PERMOHONAN.



    posted by: RAINE (reply)
    post date: 03.04.09 (6:21 pm)

    Reply to:
    LEH TANYA TAK MCM NA NK CHEAK PLKN.



    posted by: sara (reply)
    post date: 03.06.09 (7:46 am)

    hmmmm... pulannnn



    posted by: ADUL MUNAP BIN BATALIS (reply)
    post date: 06.30.09 (10:20 pm)

    SAYA MINAT MEMASUKI PLKN KERANA INGIN MENCUBA PERKARA YANG BAHARU



    posted by: K@KE (reply)
    post date: 07.01.09 (8:15 pm)

    SYA NAK MENDAFTAR PLKN.TP XTAW CAM ANE?ADUH PENING-PENING



    posted by: k@ke (reply)
    post date: 07.01.09 (8:17 pm)

    Reply to: adul munap memang bez tp kan kne yang berjiwa kental taw..dan yang aling penting satu kepala ngan memanber tw




    posted by: nurul shahida (reply)
    post date: 07.07.09 (3:10 am)

    best ke.....




    posted by: mieza (reply)
    post date: 07.09.09 (1:44 am)

    saya bidak plkn tahun 2004..
    rindu sangat saat 2..



    posted by: NURUL SYAZWANIE (reply)
    post date: 08.07.09 (10:32 pm)

    I LIKE PLN ........



    posted by: mohammad hafiz (reply)
    post date: 08.20.09 (6:54 am)

    seronak lah kita berpuas adi bulan ramadhan ini kita hendaklah menahan puasa selama 1 bulan saja,tetapi jangan pula kita nak sorok2 makan di dapur pula...................



    posted by: nurfadillah (reply)
    post date: 08.20.09 (6:56 am)

    selamat berpuasa dan selamat hari raya aidifitri hari yang mulia sekali............




    posted by: normala (reply)
    post date: 11.02.09 (3:51 am)

    Reply to:
    PLKN memang bez ler,rmai kwn lak 2...lau leh nk ag kut plkn....mcm2 aktvti yg kte org wat taw.pas 2 bnyk p'glmn yg cye dpt smsa mnjlni khdmt ngara...



    posted by: mala (reply)
    post date: 11.02.09 (4:00 am)

    eyh...rndu lah semua wrwati n wira kem puncak permai.kmpln 3 siri 5 2008....lau u all dew mse kol sye key 0148907350.....salm rndu kat jrulth puncak permai.....



    posted by: MAT BT 11 KELAN... (reply)
    post date: 11.13.09 (8:17 pm)

    SAYA SUKA MASUK



    posted by: (reply)
    post date: 11.13.09 (8:22 pm)

    Reply to:




    posted by: Farah Hazwaniy Bin Yatim Mustafar (reply)
    post date: 12.29.09 (9:41 pm)

    SAYA TAK NAK PERGI PLKN NI LETIH SANGAT KAN NAK BUAT MACAM MANA TERPAKSA SAYA RINDU IBU SAYA






    posted by: misha (reply)
    post date: 03.25.10 (5:15 am)

    saya dapat plkn sesi ke3,tp ayah da mhonkan sesi ke2..
    agak2 dapat x untuk tkr sesi ke2?
    tlg!!!



    posted by: Qalissya (reply)
    post date: 03.29.10 (10:36 am)

    Oit..nk tny ni..cmne nk usha snarai nme dak2 plkn 2o06 ek? Nk try cri s0me0ne arr..tdesak sgt ni..pless..help me..!



    posted by: wana (reply)
    post date: 04.08.10 (3:43 pm)

    bagaimana cara untuk saya mengikuti PLKN? saya ingin mengikuti plkn kerana nama saya ada tersenarai sebagai perserta plkn tetapi saya tidak dapat mengikutinya kerana saya lewat mendapat surat dan tarikh pendaftaran telah tamat.



    posted by: eyka (reply)
    post date: 05.28.10 (10:40 am)

    i nak register plkn ler........ tp confius nk msuk ktne arH????

    Your Name:


    Your Comment:




    Blog Versi Baru 
    TarakNama.V2


    web counter





    JOM BOIKOT BARANG ISRAEL..JOM BOIKOT BARANG ISRAEL...JOM BOIKOT BARANG ISRAEL....


    Marilah Luangkan
    sedikit masa ANDa
    untuk mengundi
    Blog saya.. segala
    kerjasama ANDa
    amatlah dihargai...
    Bersama Kita Bersama...


    Apa pendapat anda tentang website ini
    Alhamdulillah banyak membantu
    Alhamdulillah OK lee...
    puihh..buruk nak mampos..
      
    Free polls from Pollhost.com




    Anda berasal dari mana?
    Kuala Lumpur
    Selangor
    Perak
    Kedah
    Perlis
    Penang
    Kelantan
    Terengganu
    Pahang
    Johor
    Sabah
    Sarawak
    Melaka
    Negeri 9
    Luar Negara
      
    Free polls from Pollhost.com





    View My Stats

    Ukhwah.com :: Top Blog